Nota Memula perniagaan - Ainon

16
NOTA NOTA MEMULAKAN BISNES AINON MOHD. Pengerusi,  ABS Holdings Pengasas,  Ainon Business School (ABS)

Transcript of Nota Memula perniagaan - Ainon

8/11/2019 Nota Memula perniagaan - Ainon

http://slidepdf.com/reader/full/nota-memula-perniagaan-ainon 1/16

NOTA NOTA

MEMULAKAN

BISNES

AINON MOHD.

Pengerusi,

 ABS Holdings

Pengasas,

 Ainon Business School (ABS)

8/11/2019 Nota Memula perniagaan - Ainon

http://slidepdf.com/reader/full/nota-memula-perniagaan-ainon 2/16

LEAN STARTUP

ABS mengamalkan prinsip Lean-Startup bagi memulakan bisnes.

Mazhab Lean-Startup mengajarkan:

Jangan memulakan bisnes dengan cara yang bermewah-mewah.

Apatah lagi jika kita menggunakan duit pinjaman.

Mesti kita sanggup ikat perut, ataupun istilahnya bootstrapping.Selagi dapat berjimat, kita berjimat.

Sebelum kita memulakan pengeluaran dan penjualan sebarang

produk ataupun servis, kita mesti menjalankan ujian dahulu supaya

kita mengetahui bagaimana agaknya sambutan pasaran.

Test dahulu, apakah betul pasaran mahukan produk yang kita akantawarkan itu nanti.

Istilahnya, validate, validate, validate.... Test, test, test. Jangan main

redah sahaja, begitulah kata orang kampung.

Banyak peniaga Melayu main redah sahaja semasa mengeluarkanproduk terkilang mereka. Kita main rasa-rasa. Kita rasa produk kitasangat bagus, tentulah orang lain pun akan kata bagus.

8/11/2019 Nota Memula perniagaan - Ainon

http://slidepdf.com/reader/full/nota-memula-perniagaan-ainon 3/16

LEAN STARTUP

Kita rasa kita dapat jual produk kita dengan main Facebook. Kita rasakita boleh lantik agent si seluruh Malaysia.

Kita rasa kita dapat jual semua 5000 unit produk kita dalam masa 1

tahun.

Kita rasa kita dapat balik modal kita dan buat untung 300%.

Akibatnya berpuluh ribu, malah beratus ribu, duit panjaman bankhangus terbakar. Tanah ayah mertua yang dicagarkan masih tergadai.

Faedah hutang yang banyak setiap hari bertambah banyak.

Contoh:

Kita mahu mengeluarkan 5000 unit krim penghilang parut kesankehamilan.

Wakil jualan kilang OEM itu akan buat semuanya untuk kita.

Kita tidak perlu buat apa-apa, kita cuma pilih sahaja apa krim yangkita mahu, warna apa, bau apa, bentuk botol macam mana, label 

apa, desain macam apa, sijil halal dll. Semuanya disediakan oleh pihak kilang. Kita bayar sahaja.

8/11/2019 Nota Memula perniagaan - Ainon

http://slidepdf.com/reader/full/nota-memula-perniagaan-ainon 4/16

LEAN STARTUP

Betulkah produk kita itu ada pembelinya? Kalau ada, berapa ramaiyang mahu membelinya?

Apa profail mereka yang mahu membelinya? Remaja? Perempuan

muda? Perempuan profesional? Perempuan suri rumah?Perempuan kaya?

Betulkah harga jualannya sesuai dengan pembeli?

Betulkah desain kotaknya disukai pembeli?

Betulkah kedai runcit mahu mengambilnya?

Betulkah supermarket mahu mengambilnya?

Betulkah botol yang kita pilih itu mendorong orang mahu

membelinya?

8/11/2019 Nota Memula perniagaan - Ainon

http://slidepdf.com/reader/full/nota-memula-perniagaan-ainon 5/16

LEAN STARTUP

Kita rasa kita dapat jual produk kita dengan main Facebook. Kita rasakita boleh lantik agent si seluruh Malaysia.

Kita rasa kita dapat jual semua 5000 unit produk kita dalam masa 1

tahun.

Kita rasa kita dapat balik modal kita dan buat untung 300%.

Akibatnya berpuluh ribu, malah beratus ribu, duit panjaman bankhangus terbakar. Tanah ayah mertua yang dicagarkan masih tergadai.

Faedah hutang yang banyak setiap hari bertambah banyak.

Contoh:

Kita mahu mengeluarkan 5000 unit krim penghilang parut kesankehamilan.

Wakil jualan kilang OEM itu akan buat semuanya untuk kita.

Kita tidak perlu buat apa-apa, kita cuma pilih sahaja apa krim yangkita mahu, warna apa, bau apa, bentuk botol macam mana, label 

apa, desain macam apa, sijil halal dll. Semuanya disediakan oleh pihak kilang. Kita bayar sahaja.

8/11/2019 Nota Memula perniagaan - Ainon

http://slidepdf.com/reader/full/nota-memula-perniagaan-ainon 6/16

MEMILIH BISNES APA?

Banyak kali saya menerima surat inbox dari ahli ABS yang masihbekerja.

Mereka memberitahu hasrat mereka mahu menceburkan diri dalam

bisnes, tetapi mereka tidak tahu hendak buat bisnes apa.

Mereka minta nasihat apa bisnes yang sesuai untuk orang yang baru

pertama kali hendak memulakan bisnes.

Lazimnya, kita cenderung membuka bisnes pertama kita berdasarkanperkara yang kita sukai.

Jika kita pandai membuat kek, kita pun membuka bisnes membuatdan menjual kek.

Jika kita pandai mendesain dan menjahit baju, kita pun membukabisnes yang ada kaitan dengan pengeluaran dan jualan pakaian.

Jika kita suka mengajar kanak-kanak, kita pun membuka tadika.

8/11/2019 Nota Memula perniagaan - Ainon

http://slidepdf.com/reader/full/nota-memula-perniagaan-ainon 7/16

MEMILIH BISNES APA?

Menyukai sesuatu perkara adalah biasa. Semua orang mempunyaiperkara yang disukai. Kita tidak akan muflis disebabkan menyukaisesuatu.

Kita mungkin muflis apabila kita membuka bisnes berdasarkanperkara yang menjadi kesukaan kita.

Jangan membuka bisnes pertama berdasarkan perkara yang kitasukai.

Bisnes yang kita sukai mungkin kos membukanya mahal, sehingga kitaterpaksa meminjam duit bank.

8/11/2019 Nota Memula perniagaan - Ainon

http://slidepdf.com/reader/full/nota-memula-perniagaan-ainon 8/16

8/11/2019 Nota Memula perniagaan - Ainon

http://slidepdf.com/reader/full/nota-memula-perniagaan-ainon 9/16

BISNES CARA IKUT IKUTAN

Kita selalu diberitahu supaya jangan berniaga cara ikut-ikutan.Maksudnya, jangan kita membuka bisnes disebabkan kita tengokorang lain sudah membuka bisnes itu.

Kita diberitahu supaya buat bisnes kita sendiri. Jangan ikut orang lain.Buat bisnes yang orang lain tidak buat.

Akibat mendengar nasihat macam itu, banyak peniaga Melayu

mengeluarkan produk yang pelik-pelik:

Menggunakan bahan yang tidak familiarBelum pernah ada produk macam itu dalam pasaran

Pelanggan tegarnya belum wujud

Product-knowledge belum diberikan

Belum diketahui bagaimana sambutan orang ramai terhadapproduk itu.

8/11/2019 Nota Memula perniagaan - Ainon

http://slidepdf.com/reader/full/nota-memula-perniagaan-ainon 10/16

BISNES CARA IKUT IKUTAN

Dalam beberapa jenis bisnes, membuka bisnes yang banyak oranglain sudah buka adalah cara yang betul.

Sebagai contoh,

Kita lihat di kawasan kita banyak kawasan perumahan baru sedang

dibangunkan.

Kita tengok sudah ada 4 buah kedai dobi dan kedai cuci karpet.

Semua 4 buah kedai itu sibuk belaka.

Dengan adanya kawasan perumahan yang akan siap tidak lama lagi,

kita meramalkan jumlah penduduk akan bertambah.Perkhidmatan kedai dobi akan lebih diperlukan.

Membuka kedai dobi adalah pelaburan yang relatifnya selamat,walaupun sudah ada 4 buah kedai dobi.

8/11/2019 Nota Memula perniagaan - Ainon

http://slidepdf.com/reader/full/nota-memula-perniagaan-ainon 11/16

PRODUK YANG KITA SUKA ATAU PASARAN SUKA

Produk yang kita suka....Produk yang pasaran suka....

Banyak orang muda membuka bisnes berdasarkan aktiviti yangmereka minati.

Jika mereka menyukai aktiviti sukan motorsikal berkuasa besar,mereka membuka bisnes yang ada kaitan dengan motorsikal

berkuasa besar.

Jika mereka suka melawar dan dipandang cantik, mereka membuka

bisnes yang ada kaitannya dengan kecantikan.

Jika mereka suka aktiviti membuat kek dan biskut, mereka membuka

bisnes yang ada kaitannya dengan kek dan biskut.

Objektif bisnes bukanlah menyukakan hati kita sendiri, yakni

berseronok melakukan perkara-perkara yang kita sukai.Objektif bisnes adalah membuat banyak duit, membuat banyak duit,

membuat banyak duit.

Ada masanya perkara yang kita sukai itu

membolehkan kita mudah membuat banyak duit.

Ada masanya, tidak.

8/11/2019 Nota Memula perniagaan - Ainon

http://slidepdf.com/reader/full/nota-memula-perniagaan-ainon 12/16

PRODUK YANG KITA SUKA ATAU PASARAN SUKA

Kesilapan banyak orang muda yang telah memilih membuat bisnesberdasarkan aktiviti yang mereka gemar melakukannya adalahdisebabkan:

Mereka sangka cara bisnes yang betul adalah di mana mereka

sendiri yang kena buat kerja-kerja itu.

Mereka percaya kalau mereka sendiri yang membuat kerja-kerja

itu, tentu hasilnya lebih baik, tentu produknya lebih laku, tentu jualannya lebih tinggi.

Jangan buka bisnes sebab kita menyukai bisnes itu.

Bukalah bisnes yang membolehkan kita mudah buat banyak-banyakduit, meskipun kita tidak menyukai aktiviti bisnes itu.

Pilih produk yang pasaran perlukan.

8/11/2019 Nota Memula perniagaan - Ainon

http://slidepdf.com/reader/full/nota-memula-perniagaan-ainon 13/16

TIP MEMBUKA BISNES PERTAMA

Apakah tuan baru hendak mula belajar berniaga?Bisnes pertama kita adalah projek kita belajar berniaga dalam alamrealiti. Kita membuka perniagaan dalam keadaan kita masih bodoh

dalam hal-ehwal logik-bisnes.

Jangan terjun ke dalam dunia bisnes dengan membuka bisnes yangmempunyai ciri-ciri di bawah ini:

+ Bisnes itu modalnya besar

Jika kita mempunyai wang simpanan, jangan sampai kita terpaksa

mengunakan semua wang simpanan kita. Sebagai contoh, kitabersara lalu kita gunakan semua wang KWSP bagi membuka bisnes.

+ Meminjam duit bank

Jangan sampai kita terpaksa mencagarkan hartanah kepada bank.

Ingat 93% semua bisnes ditutup dalam tempoh 3 tahun selepasdibuka. Nanti bisnes kita gulung tikar, hutang bank tidak dapatdibayar, hartanah yang dicagarkan itu dilelong oleh bank.

8/11/2019 Nota Memula perniagaan - Ainon

http://slidepdf.com/reader/full/nota-memula-perniagaan-ainon 14/16

TIP MEMBUKA BISNES PERTAMA

+ Meminjam duit keluarga

Jangan memimjam duit modal dari adik-beradik, ipar-duai, sepupu-sepapat, dan saudara-mara. Nanti sudahlah bisnes lingkup, bergaduhpula dengan adik beradik dan ipar-duai.

+ Menyewa kedai

Jangan menyewa kedai sebagai bisnes pertama. Orang yang baru

pertama kali membuka bisnes belum pandai menjual banyak. Hasil jualan tidak cukup bagi menanggung kos operasi bisnes. Gagalmembayar sewa kedai adalah salah satu punca utama bisnes kitaterpaksa ditutup.

+ Tidak memiliki skill utama

Jangan buat bisnes yang skill utamanya tidak ada pada kita. Sebagaicontoh, jangan membuka kedai makan kalau kita tidak pandai masak.Nanti tukang masak lari, kita terpaksa tutup kedai.

+ Membuka bisnes francais

Yuran francais sangat tinggi. Bisnes francais memaksa kita membuat

pinjaman bank dan menggadaikan hartanah.+ Bisnes pengeluaran

Jangan membuka kilang. Kos membuka kilang sangat tinggi. Kos sewakedai, renovasi, membeli mesin-mesin pengeluaran adalah tinggi.

Ia memaksa kita membuat pinjaman bank.

8/11/2019 Nota Memula perniagaan - Ainon

http://slidepdf.com/reader/full/nota-memula-perniagaan-ainon 15/16

BISNES YANG BAGUS SEBAGAI BISNES PERTAMA

Modal yang diperlukan bagi memulakan bisnes itu adalah kecil.Maksimum RM2k. Jangan lebih. Kalau bisnes itu lingkup, tangan

kita tidak terbakar. Kita dapat bangun semula dengan mudah.

Kita mempunyai skill yang diperlukan.

Dapat dibuat dari rumah dahulu, sebelum kita pindah ke kedai.

Bisnes itu dapat kita jalankan sendiri dahulu. Kemudian, apabila

bisnes sudah berkembang, baru kita mengambil pembantu.

Lebih banyak nota-nota bisnes?

Lawati FB kami:

www.facebook.com/sekolahbisnesdotcom