Nota Mengenai Komputer
Transcript of Nota Mengenai Komputer
-
8/14/2019 Nota Mengenai Komputer
1/13
Pengenalan Komputer
Peranti input dan outputNama komputer diambil dari perkataan 'compute' yang membawa makna melakukanpengiraan. Peralatan yang melakukan tiga perkara iaitu menerima arahan input,memproses maklumat (mengira) dan mengeluarkan data output akan dipanggil
'computer'.
Komputer mempunyai 4 bahagian untuk ia beroperasi dengan sempurna seperti
rajah di bawah.
Peranti (device) input terdiri daripada papan kekunci dan tetikus di mana
arahan dan maklumat dimasukkan. Pergerakan kursor (cursor) di skrin
oleh tetikus dan menaip sesuatu di papan kekunci dianggap sebagai arahan pada komputer. Pengimbas dan cam video termasuk dalam gulungan
peranti input. Unit Sistem paling asas terdiri dari prosesor, RAM, papan
induk dan kad VGA akan memproses data dan menyimpan di piring storanserta keluar output di monitor. Apa-apa sahaja yang dipaparkan di skrin
monitor walaupun cuma berbentuk prom C akan di sebut sebagai output.
Sekiranya ingin salinan cetak, maklumat boleh pula dikeluarkan di mesinpencetak.
-
8/14/2019 Nota Mengenai Komputer
2/13
Perkakasan dan PerisianBila bercakap mengenai komputer, topiknya tidak akan kunjung padam, ada saja
yang boleh diperkatakan. Walau bagaimanapun ia terhad kepada dua kumpulan
terbesar yang bersaing hebat sejak akhir-akhir ini. Dua kumpulan itu terdiri dariKomputer Peribadi (Personal Computer) dan Komputer Apple (Apple Computer).
Kedua-dua jenis komputer ini menggunakan perkakasan dan perisian yang berbeza.
Sebuah komputer itu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu perkakasan (Hardware)dan perisian (Software). Perkakasan komputer terdiri dari papan kekunci, tetikus,
monitor, papan induk, RAM, kad video, kad bunyi dan sebagainya. Perisian pulaadalah program yang disimpan di dalam cakera keras dan cakera liut untuk
digunakan bagi melaksanakan berbagaibagai tugas. Contoh perisian untuk komputerperibadi (PC) seperti program Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP,
Microsoft Office dan sebagainya. Salah satu program sistem operasi percuma yangmula diiktiraf ialah program Linux.
Pemasangan program berkenaan memerlukan sedikit kemahiran dan drivermenyokong perkakasan agak terhad. Namun peningkatan sokongan programtersebut dari segi perisian dan driver perkakasan bertambah dari hari ke hari.
Contoh program Linux yang terkenal seperti dari syarikat Redhat, Mandrake danbanyak lagi.
Pengguna rumah boleh memilih perisian yang sesuai mengikut citarasa dan kerja-
kerja yang hendak dilakukan. Windows 95 atau singkatan Win95, Win98, WinMe danWinXP lebih dititikberatkan kepada pengguna rumah mana kala WinNT dan Win2000
lebih sesuai untuk pejabat.
Rajah sebuah cakera keras dan sekeping cakera liut atau disket sebagai perkakasan
dan program di dalam kedua-dua perkakasan tersebut sebagai perisian.
Komputer Berjenama dan klonApa itu klon?
Kion (clone) bererti sesuatu yang menyerupai yang asal atau cuba meniru sehingga
menjadi serupa. Berjenama bererti sesuatu yang memakai nama khas dan menjadipopular.
-
8/14/2019 Nota Mengenai Komputer
3/13
Berjenama dan kion
Komputer bejenama atau klon sebenarnya sama dari segi operasi. Perkakasan klon
bagi komputer dibuat oleh berbagai-bagai syarikat komputer seluruh dunia, terutamadi Asia. Bagi komputer yang bedenama pula, perkakasan dibuat oleh syarikat
gergasi seperti Compaq, NEC, Acer, Dell dan lain-lain lagi.Kebanyakan syarikat-syarikat komputer berjenama ini membuat pelbagai perkakasan
untuk sebuah komputernya. Ini bererti, cuma perkakasannya saja boleh digunakan
sekiranya ada kerosakan. Cara ini bagi mengelakkan dari perkakasan yang tidakserasi atau sesuai digunakan dan diberi jaminan oleh syarikat berkenaan. Untuk
memasang sebuah komputer klon, perkakasan dari mana-mana syarikat komputeryang membuat perkakasan klon boleh di ambil. Sekiranya ada kerosakan pada
komputer, perkakasan dapat ditukar dengan cepat dan mudah.
Pilihan di tangan anda
Apa yang dicari pada sebuah komputer atau perkakasan, tidak kira berjenama atau
klon, seharusnya ada perkhidmatan selepas jualan dan laman web syarikat bagitindak balas segera serta lapuran terkini. Perkakasan klon juga tidak kurang lamanweb masing-masing untuk kepentingan pengguna agar membuat pilihan yang tepat.
Sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing dalam membuat pilihankerana setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya.
Perkakasan klon terlalu banyak di luar sana, harus berhati-hati semasa memilih.
Seharusnya diikuti setiap penerangan berkenaan ICT selagi terdaya dan mendapatinformasi 'feedback' masakini melalui media massa atau Internet. Pemilihan
komputer atau perkakasan harus berpandukan senarai model terkini keranaperubahan IT terlalu cepat dan harus diikuti setiap masa dan ketika. Alpa saja
seketika, kita akan ketinggalan jauh.
Langkah-Langkah KeselamatanLangkah-langkah keselamatan perlu diambil memandangkan kerja-kerja yang akandilakukan bersangkutan dengan elektrik. Tindakan yang betul harus diambil dan
jangan beri ruang pada kesilapan. Tindakan-tindakan itu seperti berikut:
Lapik getah (rubber mat) di tempat kerja atau pakai kasut getah (rubber boot) yangdapat menghindar dari kejutan elekrik.
Guna pena ujian (test pen) sekiranya perlu untuk menguji alat-alat elektrik setelah
dipasang.
Awasi kad-kad litar dari kerosakan elektrostatik (static electricity).Peralatan Kerja (Tools)
Untuk permulaan pemasangan komputer, pemandu skru (screw driver) dan pena
ujian sudah mencukupi. Dapatkan peralatan tambahan bila perlu sahaja keranadengan car-a itu setiap pembelian akan digunakan sepenuhnya. Contoh peralatan
tambahan seperti satu set komputer tool kit, multimeter (meter pelbagai guna),
-
8/14/2019 Nota Mengenai Komputer
4/13
kanta pembesar, lampu suluh, peralatan pateri (soldering equipment) dansebagainya.
Meja kerja (Work bench)Meja tempat membuat keda-keda pemasangan dan penyelenggaraan harus
mempunyai ciri-ciri keselesaan dan keselamatan. Ukuran meja selebar 3 meter
persegi atau sebesar meja makan 6 bangku sudah memadai.
Meja untuk pemasangan dan penyelenggaraan komputer se arusnya mempunyai
sekurang-kurang empat soket bekalan elektrik dekat dengannya. Alas getah atautikar getah dimestikan dan meliputi kawasan sebesar meia. Meja yang hendak
digunakan biarlah lebarnya lebih kurang satu meter erse i untuk keselesaan semasabertugas.
Amaran!!!
Komputer yang telah dibeli sebagai satu unit biasanya akan disealkan dengan kertaskeselamatan tarikh dan logo kedai. Sekiranya seal dirosakkan, ia akan membatalkan
perjanjian waranti. Dari itu elakkan dari membuka kotak komputer atau perkakasanyang telah di sealkan. Sekiranya ada masalah dalam tempuh waranti, hantar
komputer ke pembekal untuk diperbaiki.
-
8/14/2019 Nota Mengenai Komputer
5/13
Electrostatik
Untuk menjaga kad-kad seperti papan induk atau kad video dari mengalamikerosakan, sentuh dengan jari di bahagian komputer yang tidak disaluti cat. Kabel
bekalan kuasa yang telah disambungkan ke punca AC (bekalan elektrik) akanmenyalurkan kesan statik ke bumi. Ini dilakukan sekali sahaja semasa hendak
memulakan kerja pemasangan atau baik pulih.
Nota:
Electrostatic discharge (ESD) bermaksud pengaliran keluar statik elektriksiti (static
electricity) dari sumber luar, umpama tangan manusia, ke kad litar elektronik yangboleh menyebabkan kerosakan.
Cara-cara Memegang Kad-kad Litar
Cara memegang kad dengan betul harus dipraktikkan setiap masa bagi mengelakkankad menjadi rosak. Cara betul yang disyorkan seperti dalam rajah A. Jangan
sesekali menyentuh bahagian litar (anak panah) atau terkena komponen yang tidakbersalut di atas papan litar seperti yang ditunjukkan dalam rajah B.
Sepatutnya penjagaan kad harus diambil kira dari mula perkakasan diterima danmembiarkan kad-kad di dalam bungkusan statik sehingga hendak digunakan.
-
8/14/2019 Nota Mengenai Komputer
6/13
Komputer Pandangan Depan
Set komputer klon pada rajah akan dipasang mengikut manual ini. Berbagai-bagaijenis, perkakasan sama ada baru atau terpakai boleh didapati dan dipilih untuk
memasang sebuah komputer idaman hati.
Setelah dikumpul perkakasan yang dikehendaki sedikit demi sedikit, sebuahkomputer klon akan terbina berkat dari minat, keazaman, keberanian dan sedikit
modal. Pengetahuan boleh dilatih dan dipupuk sehingga diri dapat melakukan kerja-kerja pemasangan dengan konfiden.
-
8/14/2019 Nota Mengenai Komputer
7/13
Komputer Pandangan Belakang
Pandangan dari belakang sebuah komputer kion yang akan dibina mengikut manualini. Semua sambungan perkakasan direka berbeza mengikut Perkakasan masing-
masing. Pemasangan perkakasan tidak akan tersilap dan ini satu berita baik kepadapengguna baru yang mula hendak bedinakjinak dengan komputer.
-
8/14/2019 Nota Mengenai Komputer
8/13
-
8/14/2019 Nota Mengenai Komputer
9/13
Perkenalan Perkakasan komputer
Perkakasan komputer boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan.
Komputer Sistem Asas
Komputer Sistem Multimedia
Komputer Internet Tersedia
1. Komputer Sistem AsasKomputer Sistem Asas terdiri dari sebuah komputer yang mempunya perkakasan
yang paling sedikit. Biasanya digunakan untuk menulis rencan atau keda-keda
mudah. Sebagai panduan senarai perkakasan Sistem Asas seperti di bawah.
Papan induk (Motherboard): Hampir kesemua perkakasan akan diletak di atasnya.Prosesor (Microprocessor atau CPU): Memproses data untuk keseluruhan sistem.Kotak komputer, bekalan kuasa dan kabel kuasa (Casing, power supply dan power cable): Bekalan kuasauntuk sistem boleh berfungsi.
Ingatan capaian rawak (RAM): Memori sementara yang penting.Cakera keras serta kabel reben 40 pin (HDD): Storan untuk sistem operasi dan aplikasi.Pemacu cakera liut atau pemacu layut serta kabel reben 34 pin (FDD): Membaca dan menulis data kedisket 1.4MB.Kad Video (Video card): Untuk memproses dan menghantar data video ke skrin.Monitor: Paparan untuk dilihat aktiviti komputer.Papan kekunci (Keyboard): Peranti input yang penting.
Tetikus (Mouse): Peranti input kedua yang penting.
CPU - Central Processing Unit
HDD - Harddisk driveFDD - Floppy Disk drive
RAM - Random Access Memory
2. Komputer Sistem MultimediaKomputer Sistem Multimedia terdiri dari sebuah sistem yang mempunyai bunyi danboleh memainkan video cakera padat (VCD), Cakera padat (CD) serta berkaraoke.
Senarai perkakasan sistem multimedia yang dicampurkan dengan perkakasan sistemasas seperti di bawah.
Kad bunyi (Sound card) : Menghantar data audio ke pembesar suara.
Pemacu CD-ROM (CD-ROM drive) : Membaca data dari CD, VCD dan CDROM.Mikrofon (Microphone) : Tujuannya untuk berkaraoke dan sembang dalam talian.Pembesar suara (Speaker) : Mengeluarkan bunyi atau suara dari sumber kad
audio.
-
8/14/2019 Nota Mengenai Komputer
10/13
3. Komputer Internet Tersedia
Komputer yang disediakan modem (Internet Ready) untuk melayari Internet.Senarai perkakasan sistem Internet, tambahan kepada sistem asas seperti di bawah.
Modem luar atau dalam:Perkakasan untuk disambungkan ke ISP dan melayariInternet.
Akaun Tmnet atau laring: Akaun untuk mendapatkan hak melayari Internet.
Satu talian telefon untuk sambungan: Satu media yang membantu
menyambungkan komputer dengan ISP.
Papan Induk (Mother Board)
Papan induk boleh dianggap sebagai salah satu perkakasan yang sangat pentingdalam sesebuah komputer. Pemilihannya bergantung kepada tugasan yang hendakdibuat dan kemampuan upgrade. Di atas papan induk akan diletakkan pelbagai
perkakasan seperti CPU, RAM, kad-kad tambahan dan sebagainya. Ini bererti,semasa membeli papan induk, buatlah pemilihan yang bijak kerana perkakasan
boleh ditambah tanpa perlu menukarkan papan induk. Ada berbagai-bagai jenispapan induk mengikut prosesor yang hendak digunakan.
Papan induk datang dalam bentuk AT dan ATX. Papan induk AT telah berada di
pasaran sejak sekian lama. Papan induk ATX memasukkan komponen seperti PortCOM1, COM2, LPT1, USB dan PS/2 di atasnya tidak seperti papan induk AT. Dengan
sendirinya, papan induk ATX memeriukan kotak komputer jenis ATX dan bekalankuasa jenis ATX juga.
Komponen-komponen papan indukPapan induk mempunyai pelbagai komponen di atasnya dan berbeza dari sebuah kesebuah mengikut jenis CPU yang hendak digunakan. Komponen-komponen yang
dimaksudkan seperti di bawah,
BIOS akronim bagi sistem input-output asas (basic input-output system), akanberoperasi dengan sistem mengenai maklumat perkakasan komputer semasa
startup. la menyokong pemindahan data antara peranti-peranti perkakasan.Kebanyakan BIOS di papan induk kini sudah Julus pepijat Y2K yang menjadi masalah
besar semasa menjelang tahun 2000 dahulu. Apa yang sebenarnya berlaku, padamasa mula-mula komputer dibina, storan terlalu kecil dan penjimatan ruangan
menjadi kritikal. Untuk menyelamatkan keadaan, tahun diberi dua angka sahaja dan
apabila tiba tahun 2000, sistem akan beranggapan tahun berbalik kepada 1900.Kekeliruan ini disebut sebagai pepijat Y2K dan dibetulkan dengan menukar perisian
atau perkakasan Y2K serasi.
-
8/14/2019 Nota Mengenai Komputer
11/13
Cache Aras 2 (L2 Cache) di papan induk sebenarnya sejenis RAM statik (static)bagi tujuan mempercepatkan operasi komputer. Lagi banyak cache lagi baik dan
biasanya papan induk kini dibekalkan sebanyak 512 KB atau lebih.
Cipset adalah litar-litar bersepadu dalam satu unit untuk melakukan beberapatugasan biasa. Dalam papan induk, tugas cipset bagi menentukan berbagai-bagai
perkara penting seperti kelajuan sistem bas, jenis PAM atau memori yang bolehdigunakan, jenis CPU dan lainlain lagi. Satu papan induk dengan yang lain amatberbeza bergantung kepada kemampuan dan kecanggihan sesuatu cipset itu.
Sesetengah pengeluar meningkatkan taraf kemampuan cipset dan papan induk yang
sama sudah boleh melakukan perkara-perkara yang lebih baik dari sebelumnya.
Jenisjumper perlu juga diambil perhatian. Ada papan induk menggunakan jumperfizikal dan sesetengahnya jenis suis. Jumper jenis ketiga pula menggunakan CMOS
setup untuk setkan jumper secara perisian. Kebanyakan papan induk kini juga adakombinasi CMOS setup dan jumper flzikal atau jumper dan suis.
Slot RAM bagi SIMM dan DIMM seharusnya mencukupi untuk tugasan. Slot SIMM
mempunyai 72 pin dan DIMM pula 168 pin. Slot RAM di papan induk kini
kebanyakannya jenis DIMM. Pemilihan RAM harus sesuai dengan papan induk agarkedua-duanya beroperasi dengan baik.
Komponen slot tambahan ISA, PCI dan AGP sangat penting juga diberi perhatian,terutama slot PCI yang kini banyak perkakasan jenis slot tersebut. Slot tambahan
AGP pula untuk kad grafik yang lebih baik dari segi prestasi dan resolusi.
Slot FDD dan HDD adalah untuk pemacu cakera liut dan cakera keras. Satu slotFDD boleh menampung dua pemacu cakera liut dan empat penyambung IDE0 dan
cakera keras untuk IDE0 dan IDE1. Ada kalanya sesetengah pengeluar IDE1dinarnakan IDE1 dan IDE2 mengikut perkakasan.
Penyambung bekalan kuasa AT dan ATX kadang-kadang dibekalkan dalam satupapan induk, biasanya terdapat pada papan induk jenis lama. Kebanyakan papan
induk kini dibekalkan dengan penyambung ATX saja memandangkan keperluanvoltan 3V untuk litar-litar tertentu dalam papan induk ATX berkenaan.
Penyambung USB seharusnya dibekalkan untuk semua papar induk kerana
perkakasan jenis USB kini kian banyak. USB 1.1 memindahkan data antara
perkakasan jenis USB dengan komputer pada tahap 12 mbps iaitu 12 megabitsesaat. Keluaran terbaru USB 2.0 bcleh menghantar data sepantas 480 mbps.
Komponen pengkalan (port) COM1, COM2 dan penyambung papan kekunci
bersiri digunakan untuk disambungkan ke tetikus bersiri, modem luar dan papankekunci bersiri mengikut susuran. Port LPT1 (Line printer terminal) pula untuk
perkakasan seperti pencetak, pengimbas, kamera video dan sebagainya.
PS/2 bererti 'personal system', penyambung yang digunakan kebanyakan komputerberjenama. Perkakasan seperti tetikus dan papan kekunci kerap menggunakan
kemudahan ini.
CMOS bermaksud complementary metal-oxide semiconductor untuk menyimpanmaklumat perkakasan seperti jenis storan, jumlah RAM serta waktu dan tarikh.
-
8/14/2019 Nota Mengenai Komputer
12/13
Untuk mengubah senarai perkakasan dalam menu CMOS, tekan kekunci Del berulangkali semasa komputer sedang dimulakan.
Bateri Komputer
Tugas bateri CMOS untuk memberi kuasa kepada cip CMOS menyimpan maklumatperkakasan semasa komputer tidak beroperasi. Ada 3 jenis bateri yang biasanyaterdapat di atas papan induk seperti di bawah,
Bateri Lithium Ion kelihatan seperti sekeping wang siling 10 sen, paling banyak sekali
di papan induk kini. Untuk menukarkannya amat mudah sekali.
NVRAM (cip kombinasi bateri) berukuran panjang 2cm, lebar 1.5cm dan tinggi0.5cm, dipateri ke papan induk dan sesetengahnya bersoket. Yang bersoket, cip
bateri boleh dicungkil keluar dan diganti. Jarang sekali dilihat bateri jenis inisekarang, mungkin sudah pupus.
Bateri Ni-Cad sangat popular satu ketika dulu. la dilekatkan pada papan induk 286,386 atau 486 dan sudah tidak dikeluarkan lagi. Bateri jenis ini juga dipateri dansangat sukar untuk dikeluarkan. Setelah semua perkakasan dibuka termasuk papan
induk dari kotak komputer, baru bateri dapat dikeluarkan dengan bantuan peralatanpateri,
Bateri yang terdapat di atas papan induk kini dari jenis LITHIUM 3V, menyerupaisiling 20 sen seperti dalam rajah sebelah. Tujuan bateri tersebut untuk memberi
kuasa kepada cip CMOS bagi menyimpan maklumat komputer semasa tidak
beroperasi. Jangka hayat bateri dari tiga hingga lima tahun dan sekiranya rosakatau lemah, komputer akan memberi isyarat semasa setiap kali komputer hendak
dihidupkan.
-
8/14/2019 Nota Mengenai Komputer
13/13
Cara-cara menukar bateri jenis LithiumAda kalanya bateri terpaksa ditukar dan untuk mengeluarkannya tidaklah susah
sangat. Dengan hujung pensil tekan ikut anak panah A untuk melepaskan bateridari cangkuk. Tekan dengan jari ikut anak panah B dan bateri sudah boleh
dikeluarkan ikut arah C.
Tukar bateri dengan jenis yang sama dan pastikan kedudukan tanda positif (+)seperti sebelum dikeluarkan tadi.