NOTA MINGGU KULIAH 4-5 - · PDF fileBahasa sapaan meliputi kata ganti diri dan sapaan dalam...

10
NOTA MINGGU KULIAH 4-5 1 Kesantunan Berbahasa Kesantunan Berbahasa Bahasa Sapaan Sapaan Keluarga Sapaan Masyarakat Panggilan Hormat Aturan Sapaan Bahasa Tubuh AnggotaTubuh GerakanMata GerakanTangan Mimik Muka Pelestarian bahasa Melayu melalui fungsi dan penggunaannya adalah untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan melalui penekanan kepada aspek kesantunan berbahasa. Penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti, berkeperibadian tinggi dan mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai tonggak tamadun bangsa. Aspek yang ditekankan dalam bab ini ialah bahasa sapaan dan bahasa tubuh. Bahasa sapaan meliputi kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga, masyarakat, protokol panggilan hormat dan aturan sapaan. Bahasa tubuh merangkumi gerakan anggota tubuh, gerakan mata, tangan, dan mimik muka. Kesantunan berbahasa dalam komunikasi mampu melahirkan modal insan yang berkaliber dan berkualiti, selari dengan cabaran globalisasi demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata- mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara. Dalam hal ini, Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987). Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972). Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,laporan yang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yang menerimanya.Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan nama peribadi atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal. Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Hj. Omar (2000) mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung

Transcript of NOTA MINGGU KULIAH 4-5 - · PDF fileBahasa sapaan meliputi kata ganti diri dan sapaan dalam...

Page 1: NOTA MINGGU KULIAH 4-5 - · PDF fileBahasa sapaan meliputi kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga, ... Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat

NOTA MINGGU KULIAH 4-5

1

Kesantunan Berbahasa

Kesantunan Berbahasa

• Bahasa Sapaan

• Sapaan Keluarga

• Sapaan Masyarakat

• Panggilan Hormat

• Aturan Sapaan

Bahasa Tubuh

• AnggotaTubuh

• GerakanMata

• GerakanTangan

• Mimik Muka

Pelestarian bahasa Melayu melalui fungsi dan penggunaannya adalah untuk menyuburkan amalan

komunikasi yang baik dan berkesan melalui penekanan kepada aspek kesantunan berbahasa.

Penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi

yang berkualiti, berkeperibadian tinggi dan mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai tonggak

tamadun bangsa. Aspek yang ditekankan dalam bab ini ialah bahasa sapaan dan bahasa tubuh.

Bahasa sapaan meliputi kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga, masyarakat, protokol panggilan

hormat dan aturan sapaan. Bahasa tubuh merangkumi gerakan anggota tubuh, gerakan mata,

tangan, dan mimik muka. Kesantunan berbahasa dalam komunikasi mampu melahirkan modal insan

yang berkaliber dan berkualiti, selari dengan cabaran globalisasi demi kepentingan agama, bangsa

dan negara.

Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-

mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara.

Dalam hal ini, Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan

pergeseran dalam sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan

berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan

hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha

mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan

Levinson, 1987).

Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika

berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf

dengan kita atau orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972).

Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,laporan yang tidak

menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya menggambarkan sikap tidak

menghormati perasaan orang yang menerimanya.Kesilapan yang kerap berlaku terutama

penggunaan panggilan nama peribadi atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal.

Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Hj. Omar (2000) mengaitkannya dengan

penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung

Page 2: NOTA MINGGU KULIAH 4-5 - · PDF fileBahasa sapaan meliputi kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga, ... Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat

NOTA MINGGU KULIAH 4-5

2

daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang

harmoni antara penutur dan pendengar.

kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar sosio budaya msayarakatnya yang berpegang pada

adat resam semata-mata, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada

aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keihklasan.

Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang sopan

dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya.

Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya

tiada sesiapa yang tahu.

Nilai dan Kesantunan

Nilai merujuk kepada sesuatu yang kompleks tetapi berpola dan berprinsip yang memberikan arahan

dan menjadi petunjuk kepada perlakuan dan pemiikiran manusia dalam mengatasi masalah

(Kluckhon dan Strodtbeck (1961). Nilai menjadi ukuran dan pegangan tentang baik buruk atau cantik

hodoh sesuatu perlakuan berasaskan kelaziman atau kebiasaan dalam sesuatu masyarakat (Wan

Abdul Kadir, 2000). Misalnya, kita berasa janggal apabila mendengar suami isteri mengungkapkan

kata panggilan “aku” dan “kamu” dalam perbualan mereka. Perlakuan yang demikian dianggap tidak

santun.

Jadi, nilai dan kesantunan mempunyai pertalian yang sangat erat. Seseorang itu dianggap tidak sopan

dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap menggunakan bahasa yang kasar atau tidak

tahu meletakkan dirinya dalam sesuatu majlis. Ketidaksopanan dan kerendahan nilai perlakuan dapat

digambarkan dalam ungkapan berikut:

Ketika orang diam

Aku bersorak

Ketika orang duduk aku berdiri

Ketika orang memberi

Aku meminta

Ketika orang bekerja

Aku terlena

Ketika orang dipuncak

Aku masih merangkak.

Selain itu, nilai berbahasa juga perlu dititkberatkan, dengan itu wujudlah bentuk bahasa yang

dikelaskan sebagai bahasa halus, bahasa kesat, bahasa kasar, bahasa biadab dan seumpamanya. Oleh

itu, seseorang itu perlu memahami dengan siapa ia berkata, sebab ia berkata, dan dalam situasi apa

dia berkata. Sesunguhnya, orang yang santun ialah orang yang tahu meletakkan dirinya dalam

keadaan tertentu.

Page 3: NOTA MINGGU KULIAH 4-5 - · PDF fileBahasa sapaan meliputi kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga, ... Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat

NOTA MINGGU KULIAH 4-5

3

Sebagai contoh, teliti petikan yang berikut ini:

“Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta buatmu, nak.” Begitu

kata-kata ibunya membujuk dia ke sekolah.

“Kau dah pulang Ramli? Bukalah kasut itu. Letakkan baik-baik di tempat letak kasut. Eh, masih bersih

kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,” kata ibunya di muka pintu.

Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan, akan tetapi wajahnya amat manis, dengan

senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu

disebalik senyumannya. Dia tahu bahawa ibunya bertanggugjawab terhadap dirinya dan adik-adiknya

juga.

Dia meletakkan kasutnya dengan baik di atas tempat letak kasut yang diperbuat daripada tong.

Tempat itu dibuat oleh ibunya sendiri. Kasut adik-adik dan ibunya teratur rapi. Ternyata ibunya amat

mementingkan kebersihan dan kesempurnaan.

“Emak! Esok Hari Guru di sekolah Ramli. Ramli ingin hadiahkan sesuatu kepada Cikgu Fatimah. Dia

baik kat Ramli.”

Ibunya mengangguk-angguk. Akan tetapi tergambar kemuraman di wajahnya. Nasi yang disuapnya

dikunyah perlahan-lahan. Dia tahu ibunya sedang memikirkan harapannya itu.

Dia menoleh ke arah adik-adiknya yang sedang makan dengan penuh selera. Rizal, adiknya yang

tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk melihat kiranya ada nasi yang

bertaburan di atas lantai.

“Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli.

“Tak nak, bang. Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama timang-timangan.

(Dipetik dan disesuaikan daripada Sehijau Warna Daun, hlm 52-54)

Berdasarkan petikan di atas, kita dapat meneliti kesantunan dalam dua bentuk perlakuan, iaitu

perlakuan bahasa dan bukan perlakuan bahasa.

(a) Perlakuan bahasa

(i) Memberikan kata nasihat dalam bentuk pujukan

“Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta buatmu, nak.”

(ii) Kata-kata pujian

“…Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,”

(iii) Kata panggilan yang sesuai

“Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli.

“Tak nak, bang. Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama timang-timangan.

Page 4: NOTA MINGGU KULIAH 4-5 - · PDF fileBahasa sapaan meliputi kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga, ... Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat

NOTA MINGGU KULIAH 4-5

4

(b) Bukan perlakuan bahasa

(i) Empati

Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan.

(ii) Air muka/ raut wajah

…wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar

menyembunyikan penderitaan itu di sebalik senyumannya.

(iii) Menujukkan sikap bertanggungjawab

Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk melihat kiranya

ada nasi yang bertaburan di atas lantai.

Berdasarkan contoh petikan di atas, amat wajar memberikan penekanan kepada aspek kesantunan

dengan menonjolkan aspek-aspek kesantunan yang terdapat dalam petikan. Hal ini perlu diterapkan

secara menarik dan berkesan, dan bukan “dipaksakan”.

Kesantunan Dalam Komunikasi

Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika

berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf

dengan kita atau orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972).

Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,laporan yang tidak

menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya menggambarkan sikap tidak

menghormati perasaan orang yang menerimanya. Kesilapan yang kerap berlaku terutama

penggunaan panggilan nama peribadi atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal.

Sebagai renungan, telitilah kalimat ini:

Santunkah kita

Apabila berbicara mendabik dada

Apabila bercakap bohong belaka

Apabila diberi secebis kuasa tersalah guna

Apabila mengajar kepalang ajar

Apabila berjanji dimungkiri

Ada akal tidak berfikir

Ada Ilmu tanpa amal

Santunkah kita

Page 5: NOTA MINGGU KULIAH 4-5 - · PDF fileBahasa sapaan meliputi kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga, ... Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat

NOTA MINGGU KULIAH 4-5

5

Kita mencintai yang dicipta melupai Pencipta

Kita mencintai kehidupan melupai kematian

Kita mencintai kekayaan melupai perhitungan.

Kesantunan Dalam Komunikasi

Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika

berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf

dengan kita atau orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972).

Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,laporan yang tidak

menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya menggambarkan sikap tidak

menghormati perasaan orang yang menerimanya. Kesilapan yang kerap berlaku terutama

penggunaan panggilan nama peribadi atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal.

1. Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap

sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.

2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika

menggunakan bahasa.

3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang

tersendiri.

4. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti

nama.

5. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama

diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban

hubungan.

6. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan

adab tata tertib.''

7. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya

ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram,

bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.

8. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan

ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

9, Lihat contoh berikut:

Pak Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri.

Mak Digunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak

kendiri

Tok Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan

datuk atau nenek kendiri.

Abang Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak

semua kendiri.

Kakak Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan

juga tidak semuda kendiri.

Adik Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada

kendiri.

Page 6: NOTA MINGGU KULIAH 4-5 - · PDF fileBahasa sapaan meliputi kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga, ... Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat

NOTA MINGGU KULIAH 4-5

6

10. Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik

11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:

i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang,

Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.

Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan

pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang

Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.

ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan

Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar

digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu

danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

12. Gelaran Pergaulan Bebas

Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki

sahaja.

13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)

Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki

bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.

Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri

seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.

Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan

yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.

Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri atau lebih

muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada

ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.

Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan

gelaran saudara.

Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir

syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)

14. Gelaran Warisan

Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei

Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).

Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan,

Terengganu),Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei

Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)

Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki

dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif,

Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.

Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia

seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan(Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).

15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk

(Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri

Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)

Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa

Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

16. Gabungan Gelaran

(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji

(b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji

Page 7: NOTA MINGGU KULIAH 4-5 - · PDF fileBahasa sapaan meliputi kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga, ... Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat

NOTA MINGGU KULIAH 4-5

7

(c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan,

Pak Nik.

(d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik

(e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji

(f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji

Osman

17. Rujukan Hormat

Orang Yang Disapa Rujukan Hormat

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri

Agong

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka

Baginda

Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja

Permaisuri Duli Yang Maha Mulia

Balu Raja Yang Maha Mulia

Raja Muda atau Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat

Mulia

Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia

Bergelar warisan Yang Mulia

Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri,

Menteri Besar, Ketua Menteri Yang Amat Berhormat

Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan

Negeri (wakil rakyat) Yang Berhormat

Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku

atau Raja Yang Berhormat Mulia

Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia

Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan

(selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran

ikhtisas yang formal

Yang Berbahagia

Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif

Ketua Polis Negara Yang Amat Setia

Hakim, Kadi Yang Arif

Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah

Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha

Kesantunan berbahasa merangkumi cara sapaan sama ada secara lisan atau bertulis dengan sopan

santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Kehalusan budi bahasa

menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Dalam kesantunan berbahasa,

bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan

panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan

berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang perlu dikuasai oleh pelajar. Penggunaan kosa kata

dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan

keakraban hubungan. Kesantunan berbahasa terdiri daripada dua kategori bahasa iaitu bahasa

sapaan dan bahasa tubuh. Bahasa sapaan dikategorikan kepada sapaan keluarga, sapaan masyarakat,

panggilan hormat dan aturan sapaan. Manakala bahasa tubuh pula terdiri daripada gerakan anggota

tubuh, gerakan mata, gerakan tangan dan mimik muka.

Page 8: NOTA MINGGU KULIAH 4-5 - · PDF fileBahasa sapaan meliputi kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga, ... Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat

NOTA MINGGU KULIAH 4-5

8

Gelaran Warisan

1. Juga disebut gelaran keturunan

2. Gelaran ini diwarisi sejak lahirnya seseorang itu.

3. Gelaran warisan atau keturunan boleh dibahagikan kepada empat jenis:

(a) Gelaran warisan daripada keturunan raja-raja yang memerintah sama ada pada zaman

dahulu atau sekarang.

Contoh : Gelaran Raja terdapat di negeri Perak dan Selangor. Tunku di negeri Johor dan Negeri

Sembilan, Pangeran, Pangeran Anak dan Pangeran Muda di negara Brunei Darussalam, Tengku di

Kelantan, Pahang, Kedah dan Terengganu.

(b) Gelaran warisan daripada keturunan orang-orang besar.

Contoh : Megat dan Puteri yang terdapat di Perak, Nik di Kelantan, Wan di Kelantan dan Terengganu,

Abang di Sarawak, Datu di Sabah, Awangku, Dayangku di Brunei, Tan di Kedah dan Tun di

Terengganu.

(c) Gelaran warisan daripada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti Syed, Sayid bagi lelaki

dan Syarifah bagi perempuan.

(d) Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden dari Jawa,

Daeng dari tanah Bugis, Sidi di Minangkabau, Teuku dari Aceh.

Gelaran Kurniaan

1. Gelaran didapati melalui pencapaian (achievement)

2. Gelaran ini boleh dibahagikan kepada gelaran kurniaan pemerintah, dan gelaran kurniaan

akademik atau ikhtisas.

3. Gelaran kurniaan pemerintah ialah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan kepada orang-

orang yang dianggap berjasa.

Contoh : Tun : gelaran kurniaan Kerajaan Persekutuan paling tinggi yang dianugerahkan kepada lelaki

atau perempuan.

Toh Puan gelaran untuk isteri kepada Tun.

(a) Tun - gelaran kurniaan Kerajaan Persekutuan paling tinggi yang dianugerahkan kepada orang

lelaki dan perempuan.

(b) Toh Puan – gelaran untuk isteri kepad Tun.

(c) Tan Sri – gelaran di bawah Tun, kurniaan Kerajaan Persekutuan kepada orang lelaki dan

perempuan.

(d) Puan Sri – gelaran untuk isteri kepada Tan Sri.

(e) Datuk – (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia) – gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan-

kerajaan negeri kepada orang lelaki dan perempuan.

(f) Datuk (Datuk Patinggi atau Datuk Amar) – gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri

Sarawak.

(g) Datin Paduka – gelaran yang dikurniakan kepada orang perempuan oleh kerajaan negeri

Selangor.

(h) Toh Puan – isteri kepada Datuk di Terengganu.

Gelaran kurniaan ikhtisas diperoleh kerana kejayaan dalam bidang akademik atau ikhtisas.

Page 9: NOTA MINGGU KULIAH 4-5 - · PDF fileBahasa sapaan meliputi kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga, ... Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat

NOTA MINGGU KULIAH 4-5

9

(a) Profesor Diraja – untuk profesor lelaki atau perempuan yang sudah mencapai kemuncak

bidang akademik.

(b) Profesor – untuk lelaki atau perempuan yang sudah mencapai pangkat paling tinggi dalam

bidang akademiknya.

(c) Profesor Madya – untuk orang lelaki dan perempuan yang sudah mencapai taraf akademik

satu tingkat di bawah Profesor.

(d) Doktor – untuk orang lelaki atau perempuan yang berkelulusan Doktor Falsafah, ilmu

perubatan dan pembedahan, pergigian dan perubatan veterinar (haiwan).

(e) Cikgu – untuk lelaki atau perempuan yang menjadi guru.

Gelaran Keagamaan

(a) Haji dan Hajah– untuk lelaki dan perempuan Islam yang telah menunaikan fardu haji.

Rujukan Hormat

(a) Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda.

(b) Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri.

Duli Yang Maha Mulia

(c) Balu Raja

Yang Maha Mulia

(d) Raja Muda atau Tengku Mahkota

Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia

(e) Kerabat Diraja Karib

Yang Amat Mulia

(f) Bergelaran warisan

Yang Mulia

(g) Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Yang Amat Berhormat

(h) Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)

Yang Berhormat

(i) Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja.

Yang Berhormat Mulia

Page 10: NOTA MINGGU KULIAH 4-5 - · PDF fileBahasa sapaan meliputi kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga, ... Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat

NOTA MINGGU KULIAH 4-5

10

(j) Tun Toh Puan

Yang Amat Berbahagia

(k) Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan ( selain Tun dan Toh Puan) atau gelaran ikhtisas yang

formal.

Yang Berbahagia

(l) Ketua Hakim Negara

Yang Amat Arif

(m) Ketua Polis Negara

Yang Amat Setia

(n) Hakim, Kadi

Yang Arif

(o) Mufti

Sahibul Samahah

(p) Ketua jabatan tanpa gelaran

Yang Berusaha

Latihan

1. Senaraikan ciri-ciri gelaran atau panggilan kehormat untuk kategori

berikut:

a) Gelaran keturunan

b) Gelaran anugerah

c) Gelaran ikhtisas

Membuat nota

2. Senaraikan kepentingan bahasa tubuh dalam komunikasi lisan.