Nota padat B&K

31
BAB 1: BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1.1 KONSEP ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1) Apakah DEFINISI bimbingan, kaunseling dan psikoterapi? Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang memerlukan panduan ke arah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan menentukan matlamat jangka pendek atau jangka panjang, merancang cara-cara bertindak dan mengubah tingkah laku ke arah yang positif. Kaunseling ialah suatu proses interaksi antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan bersama-sama memikirkan beberapa alternatif yang sesuai bagi mengatasi kekeliruan tersebut seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih Psikoterapi ialah suatu proses rawatan yang membawa seseorang untuk menyemak dan mengatur persepsinya terhadap diri dan persekitarannya seterusnya bersedia menerima reality hidup dunianya. 2) Perbandingan KONSEP bimbingan dengan kaunseling. Persamaan - Bimbingan dan kaunseling bermatlamat memberi klien peluang untuk melihat pelbagai opsyen penyelesaian yang sedia ada, seterusnya membantu klien membuat keputusan yang bijak. Perbezaan (pendekatan yang digunakan)

description

nota padat kursus bimbingan dan kaunseling dari bab awal hingga akhir.

Transcript of Nota padat B&K

Page 1: Nota padat B&K

BAB 1: BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.1 KONSEP ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1) Apakah DEFINISI bimbingan, kaunseling dan psikoterapi?

Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu

yang memerlukan panduan ke arah pemahaman, pengetahuan dan

kemahiran dengan menentukan matlamat jangka pendek atau jangka

panjang, merancang cara-cara bertindak dan mengubah tingkah laku ke

arah yang positif.

Kaunseling ialah suatu proses interaksi antara seorang kaunselor yang

terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami

kekeliruan dan bersama-sama memikirkan beberapa alternatif yang

sesuai bagi mengatasi kekeliruan tersebut seterusnya melaksanakan

alternatif yang dipilih

Psikoterapi ialah suatu proses rawatan yang membawa seseorang untuk

menyemak dan mengatur persepsinya terhadap diri dan persekitarannya

seterusnya bersedia menerima reality hidup dunianya.

2) Perbandingan KONSEP bimbingan dengan kaunseling.

Persamaan

- Bimbingan dan kaunseling bermatlamat memberi klien peluang untuk

melihat pelbagai opsyen penyelesaian yang sedia ada, seterusnya

membantu klien membuat keputusan yang bijak.

Perbezaan (pendekatan yang digunakan)

Page 2: Nota padat B&K

Bimbingan Semasa proses bimbingan, masalah klien diberikan tumpuan dan layanan yang rapi; kemudian maklumat atau nasihat dibekalkan oleh seseorang pakar (pembimbing/guru)

Semasa bimbingan diberikan, klien telah pun membuat keputusan terhadap sesuatu isu; klien hanya memerlukan maklumat lanjut dan nasihat terhadap keputusannya itu.

Kaunseling Semasa proses kaunseling, masalah klien dibincangkan bersama klien dan kaunselor; Di akhir sesi diharap klien mendapat celik akar dalam mencari cara penyelesaian serta berupaya membuat keputusan yang baik.

Kaunseling dijalankan dalam dua situasi: 1. Membantu klien

mempertimbangkan satu-satu pilihan yang berpotensi dari pelbagai sudut sebelum membuat pilihan

2. Membantu klien mengubahsuai , mengukuh atau mengetepikan satu-satu pilihan yang telah dibuat.

3)

Perbandingan KONSEP kaunseling dan psikoterapi.

Aspek Kaunseling Psikoterapi Pendekatan Tidak tertumpu kepada satu

pendekatan khusus sahaja. Berasaskan pendekatan psikodinamik Frued, di mana salah satu fokus latihan adalah terhadap masa silam pesakit.

Tempoh latihan

Tempoh latihan singkat dan kos yang lebih murah. Kaunseling tidak bercorak terlalu akademik dan berbentuk pendidikan inklusif. Sesiapa sahaja berpeluang mengikuti kursus ini.

Mengambil masa yang lama. Syarat pertama, terapis perlu menjalankan sesi bersama pesakit sebenar di bawah penyeliaan terapis berpengalaman. Syarat kedua, terapis perlu memiliki kelayakan akademik sarjana muda.

Fokus isu Isu-isu masa kini untuk membantu individu berkembang dan mencapai potensi menangani isu yang timbul.

Tertumpu kepada punca masa lampau berhubung dengan masalah neorosis dan psikosis yang melibatkan perubahan personaliti secara mendadak.

Seting Pejabat atau pusat kaunseling Klinik atau hospital

Page 3: Nota padat B&K

(bukan perubatan) (bersifat perubatan) Tempoh sesi

Satu hingga beberapa sesi Mengambil masa yang panjang dan bertahun-tahun mengikut kes-kes tertentu.

4) Perbandingan ASPEK antara bimbingan , kaunseling dan psikoterapi.

Aspek Bimbingan Kaunseling Psikoterapi

Konsep asas

Proses bantuan kepada individu ke arah pengetahuan, pemahaman dan kemahiran

Proses interaksi antara kaunselor terlatih dengan klien yang mengalami kekeliruan kepada memahami diri dan persekitaran.

Proses rawatan psikologi yang dijalankan oleh pakar kepada pesakit ke arah perubahan persepsi terhadap dunia realiti

Matlamat Memberi nasihat, panduan dan pengajaran kepada pelajar yang memerlukan

Mengatasi dan menangani kekeliruan, kebuntuan dan kekusutan fikiran dan perasaan klien

Memulihkan kekeliruan, kecelaruan mental dan emosi dalam pembentukan semula jiwa.

Seting Sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi.

Sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi, pejabat, kilang dll.

Hospital, klinik, pusat perubatan.

Tempoh Masa yang singkat dan ringkas

Satu hingga lapan sesi

Lebih daripada 6 bulan

Jenis masalah

Masalah peribadi, akademik, keluarga kerjaya, hubungan interpersonal.

Masalah peribadi, akademik, keluarga kerjaya, hubungan interpersonal.

Masalah neorosis dan psikosis

Kaedah Kaedah pengajaran dan nasihat

Kaedahn perbincangan dan pendidikan

Kaedah rawatan

Pihak profesional

Guru biasa, guru mata pelajaran, guru bimbingan dan kaunseling

Guru bimbingan dan kaunseling, pakar psikologi kaunseling

Pakar psikologi kaunseling klinikal psikatris, psikoanalisis

Sasaran Individu, kelompok kecil atau besar

Individu, kelompok kecil

Individu yang mengalami masalah psikologi

Page 4: Nota padat B&K

1.2 MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

5) Apakah MATLAMAT bimbingan dan kaunseling?

1.3 PRINSIP DAN FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING

6) Huraikan PRINSIP-PRINSIP Bimbingan dan Kaunseling.

Kandungan Huraian 1. Bimbingan dan Kaunseling

adalah suatu proses pendidikan yang terancang dan berterusan

Bimbingan dan kaunseling disediakan sepanjang tempoh persekolahan dan individu pada semua peringkat dan tahap sekolah. Dengan kata lain, semua kanak-kanak boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan serta melibatkan diri dalam semua aktiviti berkaitan yang diiaksanakan. Mereka dibimbing untuk memperoleh pengalaman dan memupuk nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di negara kita.

2. Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua kanak-kanak

Segala aktiviti bimbingan dan kaunseling yang terangkum dalam perancangan tahunan terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, kaum etnik, agama atau kepercayaan masing-masing. Maka jelas bahawa aktiviti-aktiviti yang dikendalikan bersifat menyeluruh dan dapat memenuhi keperluan semua golongan kanak-kanak, mahupun bijak, sederhana atau lemah.

3. Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk

Guru bimbingan dan kaunseling hendaklah sentiasa bersedia untuk membantu kanak-kanak yang

2. Membantu klien memulakan dan meneruskan perhubugan yg positif dgn org lain

3. Membantu klien mengurus diri dengan lebih efektif apabila dlm kesulitan

4. Membantu klien membuat keputusan dengan rasional

5. Membantu klien berkembang secara positif

Ramlah rasa marah & kecewa dgn rakan2nya. Kaunseling dpt mbantu Ramlah utk berkomunikasi dgn rakan2 ttg perasaannya tanpa mengeruhkan keadaan & capai penyelesaian

Ranjit magalami kecacatan akibat kemalangan. Dia berasa rendah diri & tiada harapan utk maju. Kaunseling dpt mbantu Ranjit menerima kekurangannya sbg bukan penghalang utk berdikari.

Ramlan keliru dlm memilih kerjaya masa depannya. Kaunseling blh mbantu Ramlan mengenali minat & kerjayanya.

Rita minat melukis. Ibu bapanya memintanya mengambil kursus kedoktoran yg x diminatinya. Kaunseling dpt mancari penyelesaian Rita dgn ibu bapanya.

1. Membantu klien mengubah tingkah laku kepada kehidupan yg lebih produktif &memuaskan

Ramli suka berlumba motor scr haram. Kaunseling blh mbantu beliau mengubah t/laku kpd galakan minat Ali blumba di litar perlumbaan motosikal

Page 5: Nota padat B&K

mendapatkan bantuan apabila mereka memerlukan

mungkin memerlukan bantuan sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya. Walau bagaimanapun, perkhidmatan tersebut hendaklah terhad kepada waktu pejabat, melainkan timbul kecemasan atau krisis yang memerlukan bantuan serta merta.

4. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak bagi mengembangkan potensi dan kebolehan mereka.

Program bimbingan dan kaunseling yang dirancang dan dikendalikan hendaklah bertujuan untuk melayan keperluan kanak-kanak agar dapat berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan masing-masing.

5. Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa kini dan masa hadapan.

Segala usaha bimbingan dan kaunseling untuk membantu kanak-kanak bersifat lebih tegas diri, cekap menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan mereka pada masa ini akan diteruskan sehingga masa depan.

6. Bimbingan dan kaunseling dapat membantu kanak-kanak memahami diri dan orang lain.

Kanak-kanak yang menjalani sesi perlu memainkan aktif dalam proses bimbingan dan kaunseling; bukan duduk secara pasif dan menunggu arahan daripada guru bimbingan dan kaunseling sahaja. Perlakuan kanak-kanak sedemikian akan membolehkan mereka berpeluang untuk menjelajah tujuan-tujuan dan matlamat hidup, di samping berupaya untuk memilih serta merancang hidup mereka dengan lebih berkesan. Selain itu, mereka juga akan menyedari tentang kekuatan dan kelemahan masing-masing.

7. Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama

Dalam mengendalikan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua warga sekolah termasuk pihak pentadbir, guru-guru lain, ibubapa dan kanak-kanak seharusnya bekerjasama dan menyumbangkan masa, tenaga dan kepakaran demi kejayaan dan keberkesanan aktiviti tersebut.

Page 6: Nota padat B&K

1.4 KEPENTINGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

7) Nyatakan KEPENTINGAN Bimbingan dan Kaunseling terhadap pelajar.

1. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dalam membantu klien

menguasai kemahiran disiplin diri.

2. Menyumbang kepada keberkesanan pendidikan inklusif.

3. Membimbing murid menghadapi masalah pembelajaran.

4. Mengembangkan potensi murid dalam semua bidang.

5. Membantu membentuk iklim bilik darjah.

6. Memotivasikan murid.

7. Dapat membantu murid membuat pilihan & persediaan kerjaya

Page 7: Nota padat B&K

BAB 2 PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

2.1 JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN

1) Senaraikan JENIS perkhidmatan bimbingan yang disediakan di sekolah.

1. Inventori, taksiran dan rekod

2. Bimbingan

3. Kaunseling

4. Penempatan dan tindakan susulan

5. Konsultasi dan rujukan

6. Penilaian

2) Nyatakan MAKSUD Inventori, Taksiran dan Rekod.

Inventori merujuk kepada pengumpulan maklumat mengenai kanak-kanak

secara keseluruhan, dan klien secara spesifik.

Contoh: teknik ujian dan teknik bukan ujian

Taksiran merujuk kepada usaha guru bimbingan dan kaunseling untuk

menganalisis dan menggunakan pelbagai jenis data murid termasuk

peribadi, psikologikal dan sosial yang diperoleh daripada pelbagai jenis

inventori di atas.

Contoh: taksiran berbentuk objektif dan subjektif.

Rekod merujuk kepada sistem fail sebagai indikator perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling yang sistematik dan berkesan.

Contoh: rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, rekod sesi

bimbingan dan kaunseling dan rekod program bimbingan dan kaunseling.

3) Huraikan INVENTORI/ CARA PENGUMPULAN DATA/TEKNIK yang

digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling untuk mengumpul

maklumat murid.

Teknik Ujian Teknik Bukan Ujian

1. Ujian Kecerdasan Untuk menguji IQ murid

1. Soal Selidik Sesi temubual antara kaunselor dengan pelajar untuk mendapatkan maklumat seperti butir diri.

Page 8: Nota padat B&K

2. Ujian Minat Untuk mengetahui minat murid terhadap sesuatu aktiviti.

2. Pemerhatian Untuk mengenalpasti ciri-ciri pelajar dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

3. Ujian Personaliti Untuk mengetahui aspek bukan kognitif seperti motivasi dan afektif. Contoh: The survey of Personal Values (SPV)

3. Kajian dokumen utama dan sekunder Mengandungi kajian dokumen utama (autobiografi, anekdot, kad kumulatif) dan kajian dokumen sekunder (biografi, laporan guru, senarai semak)

4. Ujian Saringan Untuk mengasingkan merid-murid cerdas dengan kurang cerdas.

4. Rekod anekdot Laporan berdasarkan permerhatian terhadap sesuatu kajian atau peristiwa oleh guru atau kaunselor.

5. Ujian Diagnostik Untuk mengesan punca kelemahan pembelajaran murid

5. Sosiometri Kaedah penelitian bertujuan memerhati hubungan sosial dan psikologi pelajar yang berinteraksi dalam kumpulan mereka.

4) Nyatakan JENIS REKOD dan KANDUNGANNYA yang perlu disediakan oleh

guru bimbingan dan kaunseling.

Jenis Rekod Kandungan 1. Rekod

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Rancangan Tahunan Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling

Jadual Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Laporan aktiviti harian

Analisis Rekod Mingguan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Individu; Analisis Rekod Mingguan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok

Analisis Rekod Bulanan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Individu; Analisis Rekod Bulanan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok

Analisis Rekod Tahunan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Individu; Analisis Rekod Tahunan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok

Anggaran pembelanjaan program yang dirancang

2. Rekod sesi Bimbingan dan Kaunseling

Masa perkhidmatan diberikan

Nombor rujukan klien

Jantina dan bangsa klien

Page 9: Nota padat B&K

Jenis kes bimbingan dan kaunseling

3. Rekod Program Bimbingan dan Kaunseling

Masa aktiviti

Bidang aktiviti

Objektif aktiviti

Jenis aktiviti

Kumpulan sasaran

5) Nyatakan 3 DOMAIN UMUM yang bersifat perkembangan dalam

perkhidmatan BIMBINGAN di sekolah.

1. Perkembangan peribadi dan sosial

2. Perkembangan akademik

3. Perkembangan kerjaya

6) Nyatakan 3 KATEGORI klien untuk kaunseling individu atau ahli

kaunseling kelompok dalam perkhidmatan KAUNSELING di sekolah.

1. Sukarela

2. Dijemput

3. Dirujuk

7) Apakah PROSES yang perlu dilalui oleh seseorang klien bagi kategori

SUKARELA/DIJEMPUT/ DIRUJUK dalam perkhidmatan KAUNSELING.

Klien yang datang Sukarela

Klien yang dijemput Klien yang dirujuk

I) Isi borang temujanji (Permohonan Mendapatkan Khidmat Kaunseling)

II) Serahkan borang kepada guru BK

III) Dapatkan surat kebenaran (Surat Kebenaran Meninggalkan Kelas)

IV) Sesi dijalankan

I) Guru BK mengisi Borang Khidmat Kaunseling Individu/ Kelompok

II) Menyerahkan Surat Kebenaran Menghadiri Khidmat Kaunseling Individu/ Kelompok

III) Sesi dijalankan

I) Guru BK mengisi Borang Rujukan Perkhidmatan Kaunseling

II) Menyerahkan Surat Kebenaran Menghadiri Khidmat Kaunseling Individu/ Kelompok

III) Sesi dijalankan

Page 10: Nota padat B&K

8) Apakan TUJUAN perkhidmatan bimbingan berasaskan PENEMPATAN

DAN TINDAKAN SUSULAN?

Guru bimbingan dapat membantu kanak-kanak membuat keputusan

mengenai aliran persekolahan yang akan diikuti sambil mereka melalui

transisi daripada satu peringkat persekolahan ke peringkat yang lain.

Penempatan melibatkan taksiran kanak-kanak perkhidmatan maklumat,

dan bantuan kaunseling yang releven dengan pilihan mereka.

Tindakan susulan melibatkan perancangan yang sistematik bagi

mengekalkan hubungan dengan bekas murid.

9) Apakah TUJUAN perkhidmatan bimbingan berasaskan KONSULTASI DAN

RUJUKAN?

Guru bimbingan dan kaunseling dapat mengatur sesi perbincangan dan

rundingcara antara guru dengan ibubapa atau pihak-pihak tertentu yang

mengikuti kes seperti doktor perubatan, psikatris, polis dan pegawai

kebajikan masyarakat.

10) Terangkan KEPENTINGAN 3 JENIS PENILAIAN dalam perkhidmatan

Bimbingan di sekolah.

Jenis Penilaian Penerangan 1. Penilaian

Personalia Jenis penilaian ini menggambarkan penilaian terhadap guru bimbingan dan kaunseling melalui data proses yang dikumpulkan. Ia merangkumi semakan fail dan rekod yang disimpan seperti:

- bilangan klien bagi kaunseling individu atau krisis;

- bilangan sesi bimbingan dan kaunseling kelompok;

- bilangan konferens ibubapa; - bilangan panggilan telefon kepada

ibubapa/penjaga atau agensi luar. -

Page 11: Nota padat B&K

2. Penilaian Program

Jenis penilaian ini menggambarkan status program bimbingan dan kaunseling sekolah berbanding dengan piawaian program yang telah ditetapkan. Untuk tujuan pengumpulan data persepsi, beberapa teknik boleh digunakan. Contohnya:

- skala pemeringkatan diedarkan atau tinjauan pendek dilaksanakan ke atas guru dan/atau kanak-kanak;

- temubual dijalankan secara rawak dengan guru-guru atau kanak-kanak tentang keberkesanan satu-satu aktiviti yang telah dikendalikan; dan sebagainya

3. Penilaian hasil

Jenis penilaian ini menjawab soalan, “Sejauh manakah impak program (aktiviti dan perkhidmatan) bimbingan dan kaunseling terhadap kejayaan kanak-kanak, khususnya pencapaian akademik mereka?" Antara data hasil yang di kutip termasuk kadar penambaikan dari segi:

- kehadiran murid, - markah dan gred, - skor pencapaian, dan - tingkah laku dalam bilik darjah kadar

penurunan kes disiplin, dan sebagainya.

6.1 JENIS KAUNSELING

11) Huraikan JENIS KAUNSELING INDIVIDU / Pendekatan Orientasi B&K di

sekolah.

Kaunseling Krisis / Pemulihan

Kes-kes kritikal spt bertumbuk dgn tujuan mencedera, percubaan bunuh orang/diri, masalah mental, penyalahgunaan dadah.

Kaunseling Penyediaan Kemudahan

Kes-kes penempatan dalam bidang kerjaya, penyelesaian masalah kemudahan berkaitan kokurikulum & kurikulum.

Kaunseling Pencegahan

Pendekatan untuk mencegah/menyekat kemungkinan berlaku aktiviti-aktiviti yang tak diingini seperti penyalahgunaan dadah, AIDS, kelakuan tak bermoral.

Page 12: Nota padat B&K

6.3 ETIKA KAUNSELOR

12) Jelaskan PRINSIP-PRINSIP Etika Kaunselor

Prinsip Penjelasan Autonomi (Autonomy)

Menghormati hak klien untuk membuat keputusan atau bertindak sendiri tanpa sebarang pergantungan kepada atau gangguan daripada guru bimbingan dan kaunseling.

Kemurahan Hati (Beneficience)

Berbuat baik kepada klien

Membantu klien mencapai hasil positif akibat hasil kaunseling.

Tidak Berniat Jahat (Nonmaleficience)

Tidak melakukan sesuatu yang mencederakan atau memudaratkan klien atau orang lain

Keadilan (Justice)

Membekalkan akses atau layanan yang sama dan asil kepada semua kanak-kanak

Kejujuran (Vedelity)

Bersifat jujur dan ikhlas;

Elakkan sebarang penipuan atau eksploitasi terhadap klien

Kotai perjanjian dan komitmen yang dibuat.

13) Huraikan KOD TATALAKU yang wajib dipatuhi oleh guru

bimbingan dan kaunseling.

A. Tanggungjawab terhadap klien

mengutamakan kepentingan klien

menghormati privasi klien

Memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.

Mencapai persetujuan klien mengenai batasan unsur kerahsiaan.

B. Tanggungjawab terhadap Rakan Profesional

Menghormati, bersikap adil dan terbuka terhadap rakan profesional

Sedia mempertahankan, membantu & membela rakan profesional yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.

Kaunseling Perkembangan

Aktiviti-aktivit yang berusaha untuk memotivasikan individu supaya bentuk personaliti & konsep kendiri yang positif ke arah mencapai prestasi yang lebih baik.

Page 13: Nota padat B&K

C. Tanggungjawab terhadap masyarakat

Memahami & menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana beliau berkhidmat

Mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.

D. Tanggungjawab terhadap organisasi & majikan

Mematuhi persetujuan komitmen yg ditandatangani dgn organisasi tempat beliau berkhidmat.

Menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.

Tidak menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.

14) Kaunselor berperanan untuk menggunakan kemahiran kaunseling

membantu klien menjaga kesejahteraan keseluruhan individu.

Apakah ASPEK PERANAN Kaunselor sepanjang hidup individu berkenaan?

1. Kesihatan Fizikal - membantu individu menjaga kesihatan, amalkan

tabiat positif dan

gaya hidup sihat

2. Keperluan Sosial - perhubungan individu dengan orang lain seperti

hubungan keluarga

persekitaran tempat kerja, persahabatan dan

kejiranan.

3. Kesihatan Mental - kaunselor perlu merangsang pemikiran klien supaya

lebih rasional

dalam menyelesaikan masalah.

4. Keperluan Emosi - meningkatkan kesejahteraan emosi klien supaya dapat

menyatakan

masalah dan perasaannya terhadap kehidupan.

5. Keperluan Rohani - mendorong klien supaya bertindak berlandaskan

sesuatu kepercayaan

dan ajaran agama.

15) Nyatakan CIRI-CIRI Kaunselor Profesional

1. Mempercayai bahawa klien adalah individu yang unik dan berharga

2. Mempercayai bahawa klien berupaya untuk berubah

3. Memahami dan mengetahui bagaimana individu yang efekttif berfungsi

Page 14: Nota padat B&K

4. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk

membantu individu yang terbatas kefungsiannya.

5. Mempunyai kesanggupan melibatkan dirinya dalam proses

interpersonal.

6. Mengenal diri sendiri dan kemahiran yang ada serta batasannya.

BAB 3 PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU KAUNSELING

3.1 MENGUMPUL MAKLUMAT MURID

1) Huraikan PERANAN Guru Biasa sebagai guru pembimbing / dalam

mengumpul maklumat murid.

Peranan Guru Huraian

1. Mengumpul maklumat pelajar

Guru bimbingan perlu manjalankan kerja pentadbiran termasuklah menguruskan fail pelajar, menyimpan rekod, surat-menyurat, penubuhan dan pengelolaan kelab bimbingan atau kelab kerjaya dan melaporkan aktiviti bimbingan dan kaunseling kepada pentadbir.

2. Mengurus program bimbingan dan kaunseling

Di antara pengurusan yang boleh dibuat:

Perancangan Guru bimbingan merancang program di sekolahnya.

Pengelolaan Menggunakan prosedur kaunseling untuk mengelola program tersebut

Penentuan halatuju Menentukan halatuju dan perlu melaksanakan perancangan, membuat keputusan, membuat garis panduan dan peraturan.

Menilai Menilai keberkesanan program mengenalpasti kelemahan dan kekuatan program dan mengambil tindakan seterusnya.

3. Mengenalpasti pelajar bermasalah dari

Guru bimbingan membuat rujukan kepada kaunselor atau pihak tertentu.

Page 15: Nota padat B&K

segi disiplin 4. Menjadi

perunding di antara pihak sekolah dengan ibu bapa.

Guru bimbingan harus mewujudkan satu kerjasama yang baik dengan ibu bapa pelajar berkaitan perkembangan pelajar sama ada dari segi pencapaian kurikulum atau kokurikulum.

5. Mengesan masalah akademik pelajar

Guru bimbingan bertanggungjawab untuk menangani kelemahan ini melalui beberapa perancangan dan program.

6. Memupuk pelajar dengan tabiat belajar dan baik

Guru bimbingan harus memupuk pelajar dengan tabiat belajar dan melakukan kerja dengan baik.

2) Bagaimanakan KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT MURID dilakukan

oleh guru biasa menggunakan Teknik Ujian?

Jenis Ujian Tujuan Contoh/Aspek

1. Ujian Pencapaian

Mengukur apa yang diketahui oleh kanak-kanak berhubung dengan satu-satu mata pelajaran.

Untuk mengenalpasti potensi kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran

Tahap pembelajaran (tinggi, sederhana, rendah)

Kadar Pembelajaran (cepat, sederhana lembab)

Perbandingan pencapaian antara kanak-kanak lain

Ramalan mengenai mutu pembelajaran masa depan

2. Ujian Aptitud

Ciri yang menunjukkan kebolehan seseorang untuk mencapai kejayaan dalam satu-satu bidang tertentu.

Untuk mengukur kebolehan pembelajaran seseorang

Bateri Ujian (penakulan verbal, kebolehan makanikal, kefasihan bahasa)

Scholastic Aptitude Test (SAT) (skor sebagai satu criteria untuk ke university/kolej)

3. Inventori Minat Kerjaya

Untuk memperoleh profil awal satu kumpulan kanak-kanak yang boleh digunakan sebagai bahan perbincangan dalam sesi kaunseling individu.

Menentukan minat

Strong-Campbell Interest Inventory (SCII)

Self-directed search (SDS)

Ohio Vocational Interest Survey (OVIS)

Kuder Occupational Interest Survey (KOIS)

Page 16: Nota padat B&K

terhadap satu-satu bidang atau kerjaya.

4. Inventori Personaliti

Mengdiagnosis masalah emosi yang sedang dialami

Bersifat objektif dan merangkumi aspek:

- Konsep kendiri - Penyesuaian social - Gaya penyelesaian - Masalah

Bersifat subjektif dan tidak berstruktur

- Teknik projektif - Draw-a-person

Test - Thermatic

Acerception Test (TAT)

5. Ujian Sikap Menentukan fikiran atau tindak balas semula jadi terhadapo sesuatu onjek, peristiwa, dan jenis tingkahlaku seseoarnag atau kelompok.

3.2 MENGENALPASTI MASALAH KANAK-KANAK

3) Apakah MASALAH yang dihadapi oleh kanak-kanak?

1. Konflik Interpersonal

Konflik yang belaku dengan orang lain

2. Konflik Intrapersonal

Konflik dalam diri

3. Kurang pengetahuan tentang diri sendiri

Ingin tahu tentang kebolehan, kekuatan, minat dan nilai-nilai diri.

4. Kurang informasi tentang persekitaran

Tidak tahu bagaimana cara untuk berjaya di sekolah

5. Kurang Kemahiran

Page 17: Nota padat B&K

Perlu kemahiran tertentu seperti cara berfikir yang efektif dan tingkah

laku yang asertif.

4) Jelaskan FAKTOR-FAKTOR pelajar bermasalah?

Faktor Penjelasan Faktor Pengajaran dan Pembelajaran

- Perkembangan kognitif pelajar tidak selaras dengan kurikulum

- Pedagogi pengajaran guru lemah - Bahan pengajaran kurang menarik minat pelajar

Faktor peribadi - Masalah kemiskinan dan kewangan - Masalah perhubungan, pengaruh rakan sebaya dan

persekitaran - Hilang minat - Masalah kritik kendiri, helah bela diri - Masalah komunikasi

Faktor mental - Factor warisan kelahiran tidak normal - Kecederaan otak akibat kemalangan, lemah otak

akibat kurang zat makanan - Masalah kemahiran membaca, menulis, mengira, - Masalah lupa, malas berfikir dan menyelesaikan

masalah - Masalah pengurusan diri

Faktor fizikal - Kurang sihat akibat kekurangan zat makanan - Kekurangan tenaga akibat mencari nafkah hidup - Masalah kecatatan seperti pekak, bisu buta, cacat

anggota dan seumpamanya.

Faktor psikologi - Masalah emosi seperti pobia, trauma, benci, takut, penggeli, dendam, rendah diri, mnyendiri, keliru dan skizifrenia.

5) Bagaimanakah KESILAPAN PEMIKIRAN berlaku?

1. Pemikiran yang rigid - melihat sesuatu situasi hanya dalam 2D

2. Overgeneralization - melihat sesuatu peristiwa secara umum

3. Mind reading - percaya dia tahu apa yang orang lain

fikir tentang dirinya

4. Alas an berdasarkan emosi - mengandai perasaan / tindak balas emosi

menggambarkan situasi sebenar

Page 18: Nota padat B&K

5. Menolak perkara positif - tidak menerima pengalaman positif hanya kerana

pandangan negatif

6. Meramal - menjangka situasi masa depan adalah negatif

7. Menyalahkan diri sendiri - menganggap diri sendiri adalah punca

negatif

8. Mesti harus

9. Buat perbandingan

10. Menjadi pilihan.

Page 19: Nota padat B&K

BAB 4 TEORI-TEORI KAUNSELING

PERBANDINGAN TEORI-TEORI KAUNSELING

Sifat Semula Jadi

Manusia Konsep Utama /

Matlamat Teknik / Proses Peranan Kaunselor Peranan Klien

Page 20: Nota padat B&K

TEO

RI M

OD

IFIK

ASI

TIN

GK

AH

LA

KU

Sikap, kebiasaan, tabiat ditentukan olh t/laku ssuatu organisma.

Perkembangan personaliti ditentukan olh pengalaman & interaksi individu & persekitarannya

Individu berbeza disebabkan perbezaan pengalamannya. t/laku dipengaruhi olh rangsanagn prsekitaran

Personaliti individu terbentuk dsebabkan olh peneguhan2 ug diterima sama ada +ve / -ve. Sikap diubah dgn cara melemah / menahan peneguhan @ proses pelupusan

Ssuatu t/laku blh ditiru dgn cara pemerhatian & peneguhan.

Individu bermasalah apabila melakukan t/laku yg menyeleweng di dlm masyarakat

Teori ini menyediakan keadaan persekitaran agar sgl t/laku yg x sesuai blh diahpuskan & membimbing klien menguasaai t/laku baru yg sesuai bg mneggantikan t/laku yg x sesuai

Matlamat

Menyediakan keadaan2 & persekitaran agar apa jua t/laku yg x sesuai blh dihapuakan & klien akn diajar menguasai t/laku yg baru yg sesuai

Klien hendaklah memilih t/laku baru yg dikehendakinya, matlamat nak

Proses

Definisi masalah

Perkembangan sejarah sosial

Menyatakan matlamat t/laku

Strategi mengubah t/laku

Teknik

Latihan istirehat

Penghapusan deria scr bersistem

Terapi implosive

Teknik terapi yg menyakitkan / oversif

Token ekonomi

Teknik2 kognitif

Sbg pakar, sorg guru yg aktif kerana mempunyai kemahiran saintifik yg blh digunakan bg mengubti maslaah2 kaunseling

Hendaklah amhir dgn semua teknik yg digunakan dlm teori t/laku’

‘harus mpunyai orientasi yg baik ke arah oenyelidikan & statistik agar ia dpt melaksanakan penilaian dgn objektif

Harus komited kpd startegi & tatacara terapi tingkah laku

Haru smmepunyai motivasi utk mengubah apa juga t/laku yg lazim.

Sedia melakukan apa yg dipersetujui dr percubaaan2 terapi.

Page 21: Nota padat B&K

TEO

RI P

EMU

SATA

N IN

SAN

Msia adalah baik & blh dipercayai

Manusia blh dipercayai berdasarkan konsep positif

t/laku manusia terhasil dr dlm diri individu tiu sndr. Ia sndr mbuat pilihan tgkh laku

menerima manusia tanpa syarat (no judgement)

konsep kendiri terbentuk dr: - ‘positive regard’ dr

org lain - Penerimaan kendiri

+ve – rasa dihormati, diterima, mesra

- Cenderung ke arah kesempurnaan kendiri

t/laku dilihat dr sudut persepsi.

Berkonsep psikologi kemanusiaan (humanistic)

Beri suasana teraputik kpd klien untuk merasai dirinya sndr

Meneylesaikan isu masa kini

Menerima diri secara +ve

Lebih realistik

Lebih matang Matlamat

Klien akn mjadi lbh realistik, objektif, & lebih tepat dlm tanggapannya & lebih berkesan dlm penyelesaian masalahnya.

Teknik

Tumpuan kpd keupayaan kaunselor utk mbina hbgn memudah cara: - Refleksi perasaan - Menggalakkan

klien mnyatakan mslh scr terbuka

- Perhubungan penuh kemesraan & kefahaman

- Kaunselor letak t/jwb pd stp tindakan, pemikiran & buat keputusan

- Toleransi Proses

Klien buat keputusan perlukan kaunselor

Kaunselor jelaskan apa yg berlaku dlm sesi kaunseling

Kanselor tlg klien nyatakan perasaan

Kaunselor x buat penilaian tp terima perasaan klien

Susuli pernyatan –VE ialah kemunculan

Batu klien tumpukan kpd perasaan klien sndr

Perassan itu dibias spy klien dpt mendengar & dpt melihat masalahnya

Menggalakkan luahan perasaan yg me,bawa kpd celik akal.

Klien perlu meluahkan perasaan scr lisna

Klien tumpukan pd diri dulu, baru lain & dunia persekitarannya

Klien yg berada dlm keadaan x kongruen – persepsi x sama dgn pengalaman perlu mengurangkan ketegangan agr diri kongruen dn persekitaran.#

Page 22: Nota padat B&K

TER

I RA

SIO

NA

L EM

OTI

F TE

RA

PI

Insan dilahirkan dgn potensi utk bersifat rasional. Insan mampu memilih yg baik / jahat, yg slaah / betul

Msia mempunyai kecenderungan s/jadi utk memelihara diri, mengasihi & berkomunikasi dgn org lain.

Msia sndr yg menyebabkan timbul masalah, & maslah itu bkn dtg dr luar.

Konsep / Prinsip

A – (avent) peristiwa

B – (believe system) Sistem kepercaaan

C – (consequence) emosi

D –(dispute) cabaran / Hujah

E – (New Emotion) Emosi Normal

Matlamat

Membantu klien memperkembangkan pemikiran yg rasional & logikal dgn menggalakkan mereka memikir & memahami pemikiran x rasional yg diwarisi masa lalu sbg punca utama yg membawa kpd masalah psikologikal masa kini

A Peristiwa, fakta, t/laku yg dialami olh klien

B Sistem kepercayaan yg dianuti

C Emosi yg lahir dr penilaian A dan B

D Strategi g digunaka utk berhujah, mencabar 7 membetulkan sistem kepercayaan yg x rasional

E Individuyg tlh jd normal akibat dr penilaian semula yg rasional & +ve

Perlu ada satu sistem bg membuktikan sistem kepercayaan yg x rasional klien sering dipengaruhi oleh ‘’mesti’ sepatutnya ‘harus’

Mencabar klien & mengarahnya utk melinbat altiviti2 yg mencabar kepercayaan yg x rasional

Menunjukkan kpd klien bhw masalahnya disebabkan olh klien sndr yg sntiasa percaya dgn kepercayaan x logik

Mencabar klien menggubal pemikiran yg x rasional & menghindar drp mnjadi mangsa

Kaunselor bersikap mengarah

Klien lbh kpd pelajar yg ingin mempelajari ssuatu drp kaunselor

Klien x perlu cerita cerita lampau, ttp perlu berbicara ttg keadaan masa kini dr sg pemikiran

Klien harus menyedari & mengenali sistem yg x rasional yg wujud dlm diri yg mengganggu emosi & kepercayaannya

Page 23: Nota padat B&K
Page 24: Nota padat B&K

BAB 5 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

5.1 TAHAP-TAHAP DALAM KAUNSELING

1) Senaraikan TAHAP-TAHAP dalam proses kaunseling

1. Tahap Membina Hubungan - Kaunselor perlu membina hubungan

agar klien berasa

selesa dan membina sifat kepercayaannya

terhadap kaunselor

2. Tahap Penerokaan - kaunselor perlu bersama-sama

menerokai, memahami dan

menganalisis permasalahan klien.

3. Tahap Membuat Keputusan- kaunselor dan klien perlu bersetuju untuk

menentukan matlamat

dan menentukan pendekatan dan srategi untuk

capai matlamat

4. Tahap Pelaksanaan - Kaunselor membimbing dan membantu klien

untuk berfungsi

dengan lebih efektif.

5. Tahap Penamatan Sesi - Kaunselor perlu menentukan kesediaan klien

untuk sesi ditamatkan.

Penilaian keseluruhan sesi dilakukan oleh kaunselor

dan klien.

2) TAHAP MEMBINA HUBUNGAN

Apakah TUGAS Kaunselor ?

1. Mewujudkan suasana yang menggalakkan hubungan

(selamat, mesra, selesa, wujud minat dan hormat perasaan klien)

2. Menentukan matlamat awal kaunseling

(Kaunselor dank lien bersama-sama menentukan dan menyetujui

matlamat yang hendak dicapai )

3. Menstruktur hubungan

Page 25: Nota padat B&K

(menjelaskan perjalanan/proses kaunseling, penstrukturan sesi:

konsep kaunseling, proses kaunseling, jangkamasa sesi, aspek

kerahsiaan)

4. Membina kepercayaan

(kaunselor berpegang pada etika professional kaunseling, beri

penekanan pada aspek kerahsiaan klien, nyatakan peranan kaunselor,

ada tat etika kaunselor yang tinggi)

3) TAHAP PENEROKAAN

Apakah ASPEK yang perlu diberi tumpuan untuk memahami masalah

klien?

1. Skop permasalahan

Mengenalpasti masalah yang dikemukakan adalah masalah yang sebenarnya

Mengenalpasti konteks dan persekitaran permasalahan yang berlaku

Menilai keadaan. Mengenalpasti penglibatan orang yang signifikan dengan klien

2. Tahap Kefungsian Klien

Klien telah dapat memenuhi keperluan psikologikal, fisiologikal dan sosial dengan baik

Berfungsi pada aras yang sesuai

Mempunyai perhubungan yang positif dengan orang yang signifikan

Dapat melalui konflik, dan cabaran hidup dengan berkesan

3. Memahami Corak Klien Berfikir dan Bertindak

Apakah klien berani mengambil risiko dalam permasalahan yang lepas mahupun pada masa akan datang?

Apakah corak atau gaya penyelesaian masalah klien pada masa lalu?

4. Memahami Kekuatan Klien

Kaunselor perlu memahami kekuatan yang ada pada klien

Klien disedarkan tentang tanggungjawabnya untuk menangani masalah yang dihadapi.

4) TAHAP MEMBUAT KEPUTUSAN

Nyatakan FAKTOR yang boleh mempengaruhi matlamat dan strategi

kaunseling?

Page 26: Nota padat B&K

1. Faktor Klien Jenis permasalahan klien

Cara gaya klien menghadapi masalah

Demografi klien

Tret personality klien

Budaya dan latar belakang klien

2. Faktor Kaunselor Pengalaman dan pengetahuan kaunseling

Aras kognitif

Aras kemahiran komunikasi

Prinsip dan pegangan teori 3. Faktor

Persekitaran Tempat

Suasana

Keadaan

5) TAHAP PELAKSANAAN.

Apakah FAKTOR yang mempengaruhi keberkesanan proses kaunseling?

1. Orang yang signifikan

Orang yang banyak mempengaruhi klien

Jika perlu mereka ini dilibatkan

2. Sumber lain yang signifikan

Institusi lain sebagai sumber bantuan

Institusi lain sebagai sumber rujukan

Bantuan dari segi kepakaran dan kemahiran

3. Risalah dan artikel yang berkaitan

Klien didedahkan kepada artikel dan bahan bacaan tentang kaunseling

Klien didedahkan kepada artikel atau buku berkaitan dengan hubungan menolong.

4. Pengalaman dan pengetahuan kaunselor

Mendalami ilmu, kemahiran dan kepakaran

Mengkaji dan meneliti kaedah dan strategi

Mendapatkan maklumat

6) Apakah KEMAHIRAN ASAS yang penting dalam kaunseling

1. Kemahiran melayan

2. Kemahiran mendengar

3. Kemahiran memerhati

4. Kemahiran menyoal

5. Kemahiran member respon

6. Kemahiran merumus

7. Kemahiran merefleksi

8. Kemahiran konfrontasi

9. Kemahiran memprafasa

Page 27: Nota padat B&K

7) Huraikan KEMAHIRAN ASAS yang perlu dikuasai oleh seorang kaunselor.

1. Kemahiran menyoal

Fungsi: Soalan Terbuka

a. Untuk mendapatkan maklumat awal b. Memerlukan jawapan yang lebih luas dan bebas c. Membantu menerangkan dengan lebih terperinci

tentang sesuatu d. Membantu kaunselor memahami perkara yang lebih

khusus e. Klien bebas member jawapan f. Menggalakkan klien berkonsi maklumat

Soalan Tertutup a. Untuk mendapatkan fakta yang tepat dan ringkas b. Memenuhi keperluan ingin tahu sahaja c. Kurang memberikan refleksi kepada klien

2. Kesenyapan

Tujuan: Memberi ruang kepada klien berfikir dan mengemaskan idea membuat seseorang berucap, membuat refleksi. Kepentingan:

a. Memberi peluang kepada klien melihat perasaan, sikap, nilai dan perbuatannya sendiri

b. Memberi ruang kepada klien berfikir sejenak dan memberi respon

c. Klien diberi peluang untuk bercakap dan berkata-kata

d. Klien memerlukan masa untuk mengimbas kembali dan memproses apa yang telah dibincangkan sebelum itu

e. Menandakan kaunselor menghormati dan menghargai perkara yang difikirkan oleh klien.

f. Kesenyapan itu penting untuk perhubungan 3. Kemahiran

mendengar Kepentingan:

a. Mempunyai nilai teraputik yang tinggi kerana dapat member gambaran kepada klien bahawa kaunselor sentiasa bersama-sama klien

b. Mendengar secara aktif dan dapat member maklum balas dengan tepat

c. Mendengar dengan teliti d. Dapat member tafsiran yang tepat e. Dapat membuat refleksi isi, perasaan dengan tepat

Page 28: Nota padat B&K

f. Klien merasakan dirinya dihargai dan perasaannya diberi keutamaan

4. Kemahiran prafasa

Maksud: Kaunselor member maklum balas kepada klien apa yang dicakapkan dengan menggunakan perkataan kaunselor sendiri sebagai tanda kaunselor telah mendengar dengan teliti. Kepentingan:

a. Kaunselor menyatakan semula intipati maklumat menandakan kaunselor mendengar dengan teliti

b. Menggalakkan klien untuk bercakap dengan lebih lanjut

c. Meringkaskan apa yang dikatakan oleh klien dengan lebih jelas

d. Member gambaran kepada klien bahawa kaunselor memahaminya.

e. Menyemak persepsi.

Contoh: Klien: “Saya tidak suka dan bosan apabila guru meyoal saya bertubi-tubi seolah-oleh saya melakukan kesalahan” Kaunselor: “Anda bosan apabila anda disoal dan dituduh”.

5. Kemahiran merefleksi

Merefleksi Perasaan: a. Menyatakan semula perasaan yang mungkin dialami

oleh klien mengikut persepsi kaunselor b. Bertujuan untuk menyemak perasaan klien ketika

itu c. Menggambarkan kepada klien bahawa kaunselor

memahami perasaanya d. Akan menggalakkan lagi klien untuk meluahkan

perasaan Klien: “Saya sungguh tidak berpuas hati dengan layanan kawan saya. Dia tidak adil,” Kaunselor: “Jadi, anda berasa kecewa terhadap perhatian rakan anda?” Merefleksi Isi:

a. Menyatakan semula isi kandungan perkara yang telah dibincangkan

b. Bertujuan untuk menyemak isi perkara yang dinyatakan oleh klien.

Page 29: Nota padat B&K

c. Menggambarkan kepada klien bahawa kaunselor sentiasa mengikuti jalan cerita atau perkara yang dinyatakan.

d. Menggalakkan klien bercakap dengan lebih mendalam lagi.

Klien: “Isteri saya mengizinkan saya berkahwin lagi. Beliau tidak sanggap mengikut saya berpindah ke tempat lain” Kaunselor: ”nampaknya isteri anda rela bermadu asalkan beliau tidak dipaksa untuk berpindah”.

6. Kemahiran merumus

a. Kaunselor dan klien membuat rumusan tentang perkara yang telah dibincangkan

b. Bertujuan untuk menyemak apa yang telah dibincangkan

c. Member gambaran kepada klien bahawa kaunselor sentiasa mengikuti dan memahami apa yang dialami oleh klien.

d. Mengimbas kembali perkara penting yang telah dibincangkan

e. Menjelaskan kembali perkara penting telah dinyatakan oleh klien.

f. Kaunselor menjelaskan semula apa yang telah berlaku.

5.2 KEMAHIRAN MELAYAN DAN MENDENGAR

5.3 KEMAHIRAN MENGINTERPRETASI TINGKAH LAKU BUKAN LISAN

8) Nyatakan JENIS-JENIS dan CONTOH-CONTOH perlakuan BUKAN LISAN.

1. Anggota Badan a. Mata: (berlinang, terkelip-kelip, sayu, besinar, kuyu, lelap)

b. Penumpuan Mata: (jeling, pandang ke bawah, liar tidak bertentang mata)

c. Cara Duduk: (bersedia, menyandar,tegak,bertenaga, bergoyang)

d. Riak Air Muka: (ceria, senyum ketawa, gigit bibir, masam, manis)

Page 30: Nota padat B&K

e. Gerakan Badan dan Tangan: (menggeliat, mendepakan tangan, menggaru, menggosok)

2. Nada Suara a. Kelajuan percakapan: (laju, sederhana, perlahan)

b. Nada: (tinggi, sederhana, rendah)

c. Bahasa: (kasar, halus, slaga, teratur)

3. Persekitaran a. Jarak: (jauh, sederhana, rapat)

b. Keadaan dan kedudukan fizikal: (kemas, bersepah,teratur,bersih,ceria, berabuk, tersusun)

c. Pakaian: (menjolok mata, kemas teliti, bergaya, bersih, kotor, mahal)

9) Bagaimanakan untuk MENTAFSIR perlakuan BUKAN LISAN?

1. Tafsiran hanya perlu dibuat hanya sebagai gambaran tentang perasaan,

pemikiran dan motif klien

2. Tafsiran tidaklah muktamad

3. Perlakuan hanya sebagai sumber kedua dan panduan kaunselor untuk

meneroka dengan lebih mendalam tentang diri klien

4. Kaunselor perlu mahir untuk mengesan apa yang dinyatakan klien tidak

selaras dengan apa yang dilihat

5. Dengan memahami perlakuan bukan lisan klien dapat member kesan

rasa empati terhadap klien.

6. Kesan ini sangat penting dalam hubungan menolong.

10) Bagaimanakah seorang kaunselor menunjukkan perlakuan BUKAN

LISAN?

1. Fokus mata

2. Kedudukan badan menunjukkan penerimaan

3. Menghadap klien atau kedudukan sisi

4. Badan condong ke hadapan

5. Riak air muka kea rah kemesraan

Page 31: Nota padat B&K

6. Tenang

5.4 KEMAHIRAN MEMBERI TINDAK BALAS

5.5 KEMAHIRAN MENGENALPASTI MASALAH

5.6 KEMAHIRAN MELAKSANAKAN INTERVENSI