Nota Padat EDU 3108

21
Nota Padat EDU 3108 BAB 1 KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION 1) Pengenalan; - Kamus Dewan (2005) suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. - Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. 2) Ciri-ciri Profesion; - Merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. - Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan. - Pekerja mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu. - Pakar dalam bidang pekerjaan . - Mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugas. - Mementingkan mutu perkhidmatan. - Berdedikasi dan tidak mementingkan ganjaran dalam menjalankan tugas. - Pekerja terdiri daripada ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan kemasukan, mengawal mutu dan penyingkiran ahli. - Mematuhi kod etika profesion 3) Konsep Profesional; - Ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. - Ornstein & Levine (1993) -4 atribut dalam suatu profesion: a) penguasaan ilmu yang mendalam b) kecekapan dan kepakaran dalam bidang c) kod etika d) kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.

description

tq cikgu ridzuan

Transcript of Nota Padat EDU 3108

Page 1: Nota Padat EDU 3108

Nota Padat EDU 3108

BAB 1 KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION

1) Pengenalan;

- Kamus Dewan (2005) – suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan,

kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.

- Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial

yang penting.

2) Ciri-ciri Profesion;

- Merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk

masyarakat dan negara.

- Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi

perkhidmatan.

- Pekerja mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas

mengikut satu tempoh masa tertentu.

- Pakar dalam bidang pekerjaan .

- Mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugas.

- Mementingkan mutu perkhidmatan.

- Berdedikasi dan tidak mementingkan ganjaran dalam menjalankan tugas.

- Pekerja terdiri daripada ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan

kemasukan, mengawal mutu dan penyingkiran ahli.

- Mematuhi kod etika profesion

3) Konsep Profesional;

- Ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion.

- Ornstein & Levine (1993) -4 atribut dalam suatu profesion:

a) penguasaan ilmu yang mendalam

Page 2: Nota Padat EDU 3108

b) kecekapan dan kepakaran dalam bidang

c) kod etika

d) kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk

beroperasi.

4) Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan;

- Perguruan – diertikan sebagai pengajaran (Kamus Dewan,1989)

- Keguruan – diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan,

tugas dan kelayakan sebagai guru (Kamus Dewan,1989).

5) GURU PROFESIONAL VS. NON PROFESIONAL

Guru Profesional;

- Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Perguruan.

- Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah.

- Menjadi ahli kesatuan yg menentukan kod etika sebagai panduan dalam segala

aktiviti profesional.

- Guru adalah pakar dalam pendidikan.

- Pekerjaan guru adalah perkhidmatan yang penting kepada indidvidu dan negara.

Guru Non Profesional;

- Tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Cth: guru sandaran, guru sementara

- Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak

persaingan.

- Autonomi guru adalah terhad.

- Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru sekiranya guru

tersebut tidak mematuhi kod etika.

- Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli kesatuan

6) Ciri-ciri guru profesional (Abdul Shukor Abdullah,1998);

Page 3: Nota Padat EDU 3108

- Bersikap profesional

- Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori

- Berilmu

- Patuh dengan Kod Etika.

- Bermoral

- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran

- Prihatin terhadap murid dan ibubapa

- Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid.

- Mempunyai kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

- Memastikan suasana ‘guru mengajar murid belajar’ dalam bilik darjah.

- Melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya murid mempunyai kekuatan ilmu,

berpersonaliti sihat dan serba boleh.

- Taat dan setia terhadap perkhidmatannya.

- Mempertahankan martabat profesionnya.

- Menunjukkan kesetiaan terhadap kerajaan, bebas pendirian & tidak berbelah

bahagi.

7) 10 Tret Guru yang Berkesan (McEwan,2002);

- Dorongan oleh misi dan passionate

- Positif dan benar

- Guru sebagai pemimpin

- With-it-ness

- Gaya

- Kepakaran dalam motivasi

- Keberkesanan pengajaran

- Pembelajaran kandungan

- Pintar

- Celik minda

Page 4: Nota Padat EDU 3108

8) Model Guru Profesional -Mohamad Sani,1998) ;

Sahsiah

• Bertaqwa

• Berakhlak

• Berperibadi mulia

• Komitmen

• Bersopan

• Positif

• Berkepimpinan

• Budaya ilmu

Ketrampilan

• Merancang & mengurus p & p

• Memilih strategi

• Kemahiran teknologi

• Kemahiran generik

• Kemahiran kaunseling

• Menilai p & p

Ilmu

• Isi kandungan

• Pedagogi

• Bahan

• Kaedah

• Teknologi

9) Seorang guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut:

- Kaedah mengajar

- Kawalan sosial di sekolah

- Kawalan disiplin murid

- Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid

Page 5: Nota Padat EDU 3108

- GERKO

- Pembimbing kepada murid

10) Refleksi

- Anda telah mengetahui bahawa terdapat beberapa ciri non profesional dalam

profesion keguruan. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh

diambil untuk meningkatkan profesional keguruan?

- Gunakan alat pemikiran SWOT (Strength, weakness, opportunity, threat) bagi

membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan dan juga

menyeronokkan.

BAB 2 KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUAN

1.Konsep Etika

- sistem tingkah laku kumpulan manusia / organisasi.

- nilai moral yang baik / buruk

- masyarakat menganalisis, menilai, sama ada mengikut peraturan yang telah

ditetapkan.

- guru perlu menjaga kod etika demi status, akhlak dan maruah.

2) Kod Etika Keguruan

Tanggungjawab terhadap pelajar

- mengutamakan kebajikan dan dan keselamatan pelajar

- bersikap adil terhadap pelajar

- merahsiakan maklumat ikhtisas

- membimbing /mengajar pelajar tanpa sebarang bayaran

- menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku

- memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas

Tanggungjawab terhadap ibu bapa

Page 6: Nota Padat EDU 3108

- Menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

- Mewujudkan hubungan yang mesra dan kerjasama.

- Mengganggap semua maklumat yang diberi ibu bapa sulit.

- Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka.

- Mengelakkan daripada menggunakan/dipengaruhi oleh kedudukan sosial/ekonomi

ibu bapa.

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

- Tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan pelajar, masyarakat atau

negara

- Memupuk sikap dan nilai supaya menjadi warganegara yang taat setia,

bertanggungjawab

- Menghormati masyarakat tempat berkhidmat

- Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa,

institusi pendidikan dengan masyarakat.

- Berpegang pada tingkah laku yang sopan dan diterima masyarakat.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion

- Mengelakkan diri daripada membuat kenyataan yang boleh mencemarkan nama

baik rakan sejawat dihadapan pelajar atau ibu bapa.

- Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai

guru.

- Berusaha menunaikan tanggungjawab.

- Sentiasa membantu rakan yang baru dalam profesion perguruan.

- Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion

perguruan.

- Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

3) Akauntabiliti Guru;

Konsep

- Tanggungjawab kepada seseorang/sesuatu

- Tanggungjawab kepada profesion perguruan

- Leslie Kaplan & William Owings (2001), akauntabiliti guru sebagai;

Page 7: Nota Padat EDU 3108

● kualiti guru

● kualiti pengajaran.

Akauntabiliti terhadap diri / perlakuan

- Berilmu pengetahuan dan berkemahiran menyampaikan maklumat.

- Kemahiran interpersonal.

- Membentuk soalan penilaian.

- Pengurusan bilik darjah

- Memotivasikan pelajar

- Pengurusan disiplin

Akauntabiliti terhadap murid-murid dan ibu bapa

- Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

- Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid.

- Bersikap adil dengan setiap murid.

- Membimbing murid-murid tanpa mengenakan sebarang bayaran.

- Memberi contoh yang terbaik kepada murid-murid.

Akauntabiliti terhadap profesion

- Melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

- Menjadi suri teladan yang baik kepada murid-murid.

- Membantu rakan sejawat

- Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang mencemarkan profesion perguruan.

Akauntabiliti terhadap bangsa dan negara

- Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat FPN dan RN.

- Memupuk nilai murni yang sesuai dengan masyarakat berbilang kaum.

- Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

- Mengeratkan persefahaman dengan ikhlas dalam kalangan ibu bapa

- Memberi sumbangan sukarela kepada negara.

4) Integriti Guru

- Integriti bermaksud wholeness atau completeness- kesempurnaan

Page 8: Nota Padat EDU 3108

- Nillsen 2004, bermaksud keikhlasan dan kejujuran

- Institut Integriti Malaysia- kualiti yg wujud secara keseluruhan dan padu kepada

individu dan organisasi

- Berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari

- Integriti guru bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang

dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.

- Guru harus mengamalkan Kod Etika Profesion dan Piagam Pelanggan demi

mewujudkan budaya kerja organisasi yang bersistem.

- Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan

mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar

- Guru yang melaksanakan tugas dengan ikhlas mampu merancang p&p yang

terbaik

5) Refleksi Kendiri

- Berdasarkan pengalaman anda di sekolah, imbas kembali salah seorang guru yang

anda sanjung sebagai guru yang berintegriti.

- Senaraikan ciri-ciri guru pilihan anda yang dapat menyokong pandangan anda

bahawa guru berkenaan berintegriti.

BAB 3 ISU ETIKA GURU

Maksud etika :

-cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam pergaulan

Maksud Etika Guru :

- Suatu sistem yang diatur sebagaipanduan untuk diikuti oleh guru supaya guru

saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya

serta boleh menguruskan kehidupan dengan baik 

Etika perlu dalam profesion perguruan :

- Supaya segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan masyarakat yang

berhubung dengan mereka

Page 9: Nota Padat EDU 3108

- Supaya tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku dan tidak

bertentangan dengan hak asasi umum.

- Guru dikawal oleh etika perguruan.

Fokus Etika Guru :

- Kesantunan guru

- Kepedulian guru

- Penampilan guru

- Berniaga di sekolah

- Pengurusan masa

- Kerjaya sambilan

- Kerjaya sambilan

- Pengurusan kewangan

1.0 ISU KESANTUNAN GURU

- Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam

masyarakat.

- Fokus kesantunan guru ialah :

a) Perlakuan dalam percakapan

- Kawalan suara

- Memonopoli sidang perbualan

- Cakap banyak

- Puji diri secara langsung dan tidak

b) Tatacara berkomunikasi

- Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja.

2.0 ISU KEPEDULIAN GURU

- Definisi ; perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang diberikan

kepada sesuatu isu/tugas

- Perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan guru terhadap isu atau

tugasnya.

- Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu

yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya. 

- Kepedulian merupakan kuasa yang akan menggerakkan suatu proses perubahan

Page 10: Nota Padat EDU 3108

(Havelock 1995)

- Guru perlu :

a) Sedar atas perubahan

b) Minat pada perubahan

c) Mengenali pembawa perubahan

d) Mengurus perubahan

e) Menilai kesan perubahan

f) Bekerjasama dengan rakan

g) Membuat penambahbaikan

- Kepedulian dari segi penyempurnaan diri

: urus hal kehidupan seharian

: jangan sampai masalah kehidupan mengganggu tugas

- Kepedulian terhadp tugas pengajaran

: ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban PNP

: bimbang terhadap perasaan murid terhadap guru

- Kepedulian terhadap impak pengajaran

: yakin terhadap kebolehan pelajar

: guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan

Cadangan :

- Membuat refleksi terhadap kepedulian harian dan sedia menerima maklum balas

daripada guru lain, mentor atau penyelia tentang masalah dihadapi.

BAB 4 PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

Teori Keprihatinan (Fuller 1969)

- Peringkat Keprihatinan Diri

- Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas

- Peringkat Impak

Page 11: Nota Padat EDU 3108

Prihatin Diri : 

- Apakah pelajar suka saya?

- Bolehkah saya mengajar apabila diselia?

- Apakah yang dikatakan oleh guru lain tentang saya.

- Apakah BBM saya sesuai dengan murid?

Peringkat Impak : 

- Bagaimana cara saya memotivasikan murid saya?

- Apakah cara saya mewujudkan rasa kejayaan dalam kalangan pelajar saya?

- Adakah pelajar saya mempunyai disiplin yang tinggi?

Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru

- Peringkat novis

- Peringkat novis lanjutan

- Peringkat cekap

- Peringkat mahir

- Peringkat pakar

Cabaran Guru Permulaan

- Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative

- Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah

- Masalah penyesuaian diri dengan reality sekolah dan bilik darjah.

- Mula mengaplikasikan kaedah mengajar

- Memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran

- Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru

- Kurang berupaya menangani tugas harian guru

Guru Cekap :

- Ada kecekapan pada tahap minimum

- Guru mula kenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dengan merujuk situasi

khusus.

Page 12: Nota Padat EDU 3108

- Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah PNP.

Guru Mahir

- Terbaik dalam bidang

- Menjadi teladan profesionalisme

- Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum

Guru Pakar

- Menyerlahkan diri secara profesionalisme

- Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.

- Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya.

Konsep Sekolah dan Guru Berkesan

Konsep sekolah berkesan diperkenalkan dengan matlamat membawa sistem

pendidikan kearah kecemerlangan seiring dengan slogan membawa sistem

pendidikan ke taraf dunia.

Guru Cekap

Menjadi guru cekap :

- Kecekapan profesionalisme

- Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip

- Keutuhan peribadi

- Kecekapan menggunakan teknologi maklumat

Ciri-ciri guru cekap :

1) Ciri peribadi – bermatlamat, fikiran positif, yakin dan sabar

2) Ciri mengajar – gaya tersendiri, kepakaran, bermotivasi

3) Ciri intelektual – suka membaca, mempunyai mental-life yang segar, mempunyai

kesungguhan kendiri dan minda sihat dan terbuka.

Page 13: Nota Padat EDU 3108

Prinsip Guru Cekap :

- Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan kurang silap

- Guru mengajar murid belajar : mengajar, membuat persediaan dan beri murid

semangat belajar bersungguh-sungguh

- Berkongsi visi yang sama

- Bakti disemai bukti dituai

- Penambahbaikan berterusan

- Mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan masalah : guru perlu proaktif

Ciri guru berkesan :

- Profesional

- Mempamer kekuatan teori

- Kaya ilmu

- Bertindak atas landasan etika kerja

- Morality yang teguh

- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran

- Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa

- Menilai kekuatan dan kelemahan murid sekolah

- Melengkapkan diri dengan kemahiran sejajar dengan tuntutan semasa

- Menampilkan watak terpuji, berimej, peribadi mulia, berwawasan

- Taat setia terhadap perkhidmatannya, memartabatkan profesionnya

- Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas berpendirian

- Professional dengan PNP di sekolah

- Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai ilmu,

berpesonaliti sihat dan serba boleh.

Guru Mahir

- Orang yang memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang keguruan

sehingga ia mampu melakukan tugas dan fungsi sebagai guru dengan kemampuan

maksima

- Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik.

Guru Berintelek

- Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu, yang akan mendorong diri mempelajari

Page 14: Nota Padat EDU 3108

dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah (up to

date)

Guru mahir perlulah :

- Mahir berkomunikasi. Guru yang mahir berkomunikasi dengananak muridnya akan

mghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik

- Dapat memberikan motivasi yang berkesan

- Murid menerima motivasi secara berhemah dan berhikmah.

- Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT, mengekalkan guru berkualiti dengan

cara sentiasa aplikasi ICT dalam PNP dan tahu kemahiran aplikasi computer.

Kesimpulan :

Kemahiran guru yang perlu ada :

- Kemahiran penyampaian

- Kemahiran penilaian

- Kemahiran merangsang

- Kemahiran pengurusan bilik darjah

Guru Pakar

Definisi Guru Pakar :

- Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran

tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam PNP.

Sahsiah guru pakar :

- Sahsiah terpuji

- Berketrampilan

- Berpegang eguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam

- Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar

- ‘role model’ kepada warga pendidikan

Pengetahuan guru pakar :

- Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran

- Menjadi pakar rujuk PNP

Page 15: Nota Padat EDU 3108

- Bijak mengurus masa, bahan dan sumber

- Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar

Hasil kerja :

- Meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome)

- Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan

mesej yang berkesan.

Potensi :

- Berwawasan, proaktif, responsive, inovatif dalam rangka menjalankan tugas

sebagai pendidik.

Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara

- Berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan

berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara.

Guru Permulaan

1) Guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat kursus perguruan di IPG

atau university

2) Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling mempengaruhi antara individu

dalam konteks sosial sekolah selepas penempatan baru.

3) Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi. 

Fokus isu :

- Guru baru sering menghadapi masalah :

: guru besar dan guru

: mempelajari peranan sebagai guru di luar bidang tugas mengajar

: masalah pembelajaran dan disiplin murid

Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan :

- Kurang mahir urus Koku

- Kurang mahir urus aktiviti sukan

Page 16: Nota Padat EDU 3108

- Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah

- Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah

- Kurang teori dan amalan latihan

- Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber

- Kurang kemahiran sosial

BAB 5 PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH

1) Peranan Guru

• Pengamal Ilmu dan Kemahiran

• Pembimbing

• Pengamal Reflektif

• Penyelidik

• Agen Sosial

• Agen Perubahan

• Pengganti Ibu Bapa

• Pembentuk Tingkah Laku

• Pengurus Pembelajaran

2) Pengamal Ilmu dan Kemahiran

- Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi.

- Menstruktur pengajaran dengan mengintegrasikan unsur kemahiran dan nilai.

- Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan meninggikan adab murid.

- Mempraktikkan budaya ilmu – membaca, berfikir, membuat penyelidikan & mencari

idea baru.

3) Pembimbing

- Menyemai minat dan motivasi terhadap mata pelajaran.

- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.

- Menanamkan minat dan sikap yang sihat pada alam persekolahan & amalan

Page 17: Nota Padat EDU 3108

seharian.

- Mengenal pasti & membantu murid yang mengalami masalah spt pelajaran,

sosioemosi & kesihatan.

4) Pengamal Reflektif

- Membantu guru permulaan menstruktur pemikiran bagi menguasai aspek

kandungan pengetahuan.

- Meningkatkan tahap profesional guru.

- Menambahbaik aktiviti P&P.

- Jika diterapkan kepada murid membolehkan mereka memperoleh kemahiran

berfikir kritis & kreatif.

5) Penyelidik

- Dapat meningkatkan kualiti P&P.

- Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan yang berkaitan amalan P&P.

- Menggunakan BBM dan mengkaji keberkesanannya melalui kajian penyelidikan

tindakan.

- Guru boleh menjaalankan penyelidikan biasa menggunakan kaedah kes, soal

selidik, pemerhatian & temubual.

6) Agen Sosial

- Guru agen sosialisasi.

- Guru bukan sahaja menyampaikan pengetahuan tetapi perlu menupuk sahsiah,

sikap dan nilai selaras dengan kehendak budaya masyarakat.

- Guru berperanan sebagai pembudayaan masyarakat.

7) Agen Perubahan

- Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar kepada tanggungjawab guru.

- Guru berperanan mengawal kepincangan ini.

Page 18: Nota Padat EDU 3108

- Oleh itu guru perlu membina kesepaduan ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid.

- Menerapkan nilai kepimpinan demokratik.

- Peranan guru sebagai agen perubahan meliputi

- Menggunakan strategi pemusatan murid

- Mengawal sikap penyayang

- Bersikap proaktif 

- Bersedia menghadapi perubahan

8) Pengganti Ibu BapA 

- Guru perlu mendapat kefahaman sosiobudaya anak muridnya.

- Guru hendak peka dengan emosi, keperluan dan perubahan sikap & tingkah laku

murid.

- Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan tanpa batasan pilih kasih, prejudis atau

diskriminasi.

9) Pembentuk Tingkah Laku

- Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama, nilai terminal & nilai instrumental bagi

membentuk tingkah laku murid.

- Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk tingkah laku (kesungguhan,

kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi dan kesabaran).

10) Pengurus Pembelajaran

- Meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan

sosial.

- Mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar.

- Memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pelajar.

- Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi.

- Memupuk nilai persahabatan, kerjasama, toleransi dalam kalangan pelajar.

- Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid. 

Page 19: Nota Padat EDU 3108

- Menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RHP, BBM dan

membuat rujukan pada bahan lain yang terkini.

- Mengurus perancangan penilaian termasuk prosedur dan BBM.

BAB 7 STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN

VISI DAN MISI KPM

1) Visi KPM : SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

- Unggul bermaksud kehebatan yang patut ada di sekolah sama ada dari aspek

kecemerlangan akademik dan kokurikulum mahupun siasah, prasarana dan

persekitaran sekolah tersebut.

- Misi KPM: ‘Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti’

- Pendidikan berkualiti ialah pendidikan yang mampu membina masyarakat yang

progresif, berdaya tahan, mampu berdepan dengan perubahan-perubahan di

peringkat global tetapi pada waktu yg sama mendukung identiti negara berlandaskan

Rukun Negara

2) carta organisasi

- KPM didokong oleh 31 Bahagian, 2 Bahagian Berkanun dan 16 Jabatan

Pendidikan Negeri (JPN)

- Pengetua akan dibantu oleh 3 Penolong Kanan iaitu PK 1-bertanggungjawab

terhadap kurikulum dan pentadbiran

- PK2 – bertanggungjawab dlm HEM

- PK3 – menguruskan hal-hal kokurikulum

4) Tugas Dan Tanggungjawab Guru;

- Menyebarkan ilmu

- Pengamal dan pelaksana ilmu

Page 20: Nota Padat EDU 3108

- Pengamal TMK

- Role model

- Penerap nilai

- Educare/educere

- Pakar rujuk

- Pemimpin

- Mentor

- Penyelidik

- Agen sosialisasi

- Agen perubahan

- Pembina Negara Bangsa

5) Jangkaan Guru;

- Merupakan harapan dan keinginan guru yg sangat kuat untuk memperoleh sesuatu

ganjaran atau hasil setelah melakukan sesuatu tugasan

4 bentuk jangkaan:

- jangkaan terhadap pelajar- e.g penentuan hasil pembelajaran

- Jangkaan terhadap pentadbir atau pengurus sekolah-e.g pihak pentadbir dapat

memimpin dengan penuh amanah, berintegriti dan bersungguh-sungguh

- Jangkaaan terhadap ibu bapa dan komuniti – e.g merancang strategi bg membina

jambatan yg menghubungkan ibu bapa dan komuniti dengan pihak sekolah

- Jangkaan terhadap diri sendiri – e.g meletakkan jangkaan bahawa guru berpeluang

yg luas dalam laluan kerjaya di samping insentif dari sudut kebajikan

BAB 8 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU:PEMBELAJARAN

SEPANJANG HAYAT

Page 21: Nota Padat EDU 3108

PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

1) Pembelajaran Sepanjang Hayat

- Seorang guru harus meneruskan pendidikannya sepanjang hayat kerana

pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan.

- Senaraikan perubahan-perubahan yang dimaksudkan di atas.

2) Cara guru dapat memenuhi tuntutan Pembelajaran Sepanjang Hayat

- Bengkel

- Seminar

- kursus-kursus pendek

- budaya membaca

- penyelidikan

- lawatan ke sekolah

- penandaarasan

- projek-projek komuniti

- aktif dlm persatuan akademik

3) Pembelajaran Sepanjang Hayat bermaksud motivasi kendiri ke arah pencarian

dan peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan personal atau

profesional.

4) Pembelajaran Peribadi

- Guru ialah contoh dan rol model paling dekat dengan murid, maka belajar

bagaimana belajar ( learn how to learn ) perlu dipaparkan melalui perlakuan dan

tindakan guru sendiri.

5) Senaraikan kaedah atau bentuk pembelajaran peribadi / kendiri yang anda tahu

Sebagai contoh

- Program secara “on-line” merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru

Page 22: Nota Padat EDU 3108

boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran secara

“on-line”.

- Antara contoh ialah VirTEC (Virtual Teacher Education Center)yang dibina dan

menjadi satu landasan untuk merangsang gurudalam perkembangan professional

guru Bahasa Inggeris (Mohamed Amin Embi,

6) Budaya Membaca;

- Guru perlu mengamalkan budaya membaca bagi memastikan mereka sentiasa

kemaskini dengan ilmu pengetahuan.

- Guru di Malaysia patut menggilap imej guru melalui pembacaan bagi memastikan

guru tidak terpinggir daripada kelompok profesional yang lain.

7) Mengapa dan bagaimana?

Budaya Menyelidik

Kajian Tindakan

- Bentuk kajian paling popular dalam kalangan guru Kem. Pelajaran Malaysia.

- Suatu pusingan (spiral) yang terdiri daripada perancangan, tindakan, penilaian

terhadap tindakan.

- Fokus kepada kajian yang spesifik ttg satu aspek pengajaran yang guru perhatikan.

- Membentuk budaya reflektif, bersikap terbuka dan mampu menambah baik amalan

kendiri.

8) Amalan Reflektif;

Antaranya amalan refleksi melalui :

- Penulisan reflektif/jurnal

- Portfolio pengajaran

- Penyelidikann tindakan,

- Perkembangan professional on-line

- Aktiviti Pusat Kegiatan Guru

- As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldn’t

be teaching – because education is a constant process of change. Every single time

Page 23: Nota Padat EDU 3108

you “teach” something to someone, it is ingested, something is done with it,and new

human being emerges (Leo Buscaglia).

9) Kolaborasi dan Musyawarah

- Kolaborasi bermaksud bekerja dengan orang lain dlm projek bersama yang

mempunyai matlamat yang sama hendak dicapai.

- Musyawarah bermaksud rundingan yang berlangsung dan mencapai kata sepakat

terhadap sesuatu tindakan yang diambil

10) Mengapa guru perlu berkolaborasi?

Elemen-elemen kolaborasi:

- Hubungan kerja berasaskan kepercayaan guru.

- Bekerja bersama-sama secara sukarela.

- Peningkatan kemahiran seabagi usaha berterusan.Berkolaborasi sebagai usaha

berterusan tanpa menyekat individu.

- Penghargaan terhadap mereka yang terlibat

11) Latihan dlm Perkhidmatan ( Kursus Dalam Perkhidmatan – KDP)

Fokus kepada:

- Peningkatan ilmu

- Kemahiran guru dalam pengurusan

- Pembestarian sekolah 

- Teknologi maklumat dan komunikasi 

- Pengurusan kokurikulum

- Transformasi kurikulum

- Pentaksiran dan penilaian

- Pedagogi terkini

Page 24: Nota Padat EDU 3108

12) Pembelajaran Autentik

- Bermaksud pembelajaran berasaskan aktiviti dalam suasana sebenar yang

membolehkan seseorang pelajar menumpukan pada pengetahuan dan kemahiran

seperti kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.

13) Akses Maklumat daripada Pelbagai Sumber

- Program Adobe

- Program ERIC 

- E-Pembelajaran

- E-Perpustakaan

- E-Buku

- E-Jurnal