Nota padat hin
date post
18-Jul-2015Category
Social Media
view
80download
5
Embed Size (px)
Transcript of Nota padat hin
ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM PROSA TRADISIONAL HIKAYAT INDERA NATA
ITEMPERNYATAANHURAIAN
TemaPengembaraan anak raja yang menempuh pelbagai cabaran demi melaksanakan tugas rajaIndera Nata mengembara kerana ingin mencari gajah bergadingkan emas atas perintah ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh oleh Indera Nata seperti menemui binatang buas, mendaki bukit yang tinggi, menyelamatkan tujuh puteri dan mengalahkan raksasa dan semua cabaran itu dapat diatasinya
Persoalan
Persoalan keberanian anak raja menempuh cabaranIndera Nata seorang yang sangat berani kerana binatang-binatang buas dapat ditewaskannya sehingga Indera Jenaka selamat daripada dimakan oleh binatang buas
Persoalan kehebatan dan kesaktian anak raja/ bangsawanIndera Jenaka juga hairan apabila melihat Indera Nata dapat bercakap dengan binatang-binatang buas itu
Persoalan patuh pada arahan rajaInderanata patuh pada arahan Raja Rom supaya mencari gajah bergadingkan emas
Persoalan kebijaksanaan untuk mendapat sesuatu yang dihajatiTuan Puteri memberitahu jika raksasa ingin melihat hati mereka besar, mereka mencadangkan raksasa mencari gajah bergadingkan emas supaya hati mereka cepat membesar
Persoalan tipu muslihat untuk menyelamatkan diriIndera Nata dan tuan puteri mengambil kesempatan apabila raksasa mencari kijang emas dengan menunggang gajah serta membawa segala peralatan yang terdapat di mahligai bersamanya
Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknyaBonda Indera Nata menyatakan sepeninggalan Indera Nata hatinya tidak senang sehingga tidak dapat makan, minum dan tidur kerana sangat teringatkan anaknya.
Watak & perwatakan
Indera NataSeorang yang beraniIndera Nata dapat menewaskan binatang buas yang menyerang Indera Jenaka
Seorang yang patuh pada arahanIndera Nata patuh pada perintah ayahandanya, raja Rom supaya mencari gajah bergadingkan emas
Seorang yang bijaksanaIndera Nata memperdayakan raksasa supaya mencarikannya gajah bergadingkan emas dan melarikan tujuh puteri ke Rom
Seorang yang baik hatiIndera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada menjadi mangsa raksasa dengan membawanya pulang ke Rom
Watak & perwatakan
Tuan Puteri Cendana KesumaSeorang yang petah berkata-kataTuan Puteri petah berkata-kata apabila bercakap dengan Indera Nata dan juga boleh berpantun
Seorang yang bijaksanaTuan Puteri mencadangkan supaya raksasa mencari gajah bergadingkan emas supaya hatinya cepat membesar
Seorang yang penyayangTuan Puteri menangis kerana teringat akan allanad dan bondanya
Latar masa7 hari 7 malamPerjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama-sama tujuh puteri
Waktu siangMerah Silu pergi ke tepi sungai dan ternampak banyak ikan
Waktu pagiRaksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas
Waktu petangRaksasa tidur
Waktu tengah malamIndera Nata tiba di rumah bondanya bersama-sama tujuh puteri
Latar tempat
Negeri Rom (rumah Si batu Kembar)Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya perihal Indera Nata yang sangat berani dan menyelamatkannya daripada dimakan binatang buas
Sebuah bukit tinggiTempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersama-sama tujuh orang puteri yang ditawannya
Sebuah peti emasIndera Nata disembunyikan oleh tuan puteri di dalam peti emas supaya tidak diketahui oleh raksasa
Rumah bonda Indera NataIndera Nata berjumpa dengan bondanya setelah pulang mengembara bersama-sama dengan gajah bergadingkan emas dan tujuh orang puteri
Latar masyarakat
Masyarakat bangsawanDiwakili oleh Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Indera Nata, Tuan Puteri Cenderawati dan Tuan Puteri Cendera Kesuma
Masyarakat yang beraniIndera Nata berani bertarung dengan binatang buas semasa menyelamatkan Indera Jenaka
Masyarakat yang patuh pada arahanIndera Nata patuh pada arahan ayahandanya supaya mencari gajah bergadingkan emas
Masyarakat yang suka membantuIndera Nata membentu menyelamatkan Indera Jenaka daripada dimakan oleh binatang buas
Masyarakat yang bijaksanaIndera Nata dan tuan puteri bijak memperdayakan raksasa sehingga dapat melepaskan diri
NilaiTaat setiaIndera Nata taat pada perintah ayahandanya supaya mencari gajah bergadingkan emas
Baik hatiIndera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada menjadi tawanan dan makanan raksasa
KeberanianIndera Nata berani bertarung dengan binatang buas semasa menyelamatkan Indera Jenaka
BijaksanaIndera Nata dan tujuh puteri bijak memperdayakan raksasa sehingga mereka dapat melepaskan diri
Kasih sayangBonda Indera Nata tidak dapat tidur dan makan kerana teringat akan Indera Nata yang mengembara mencari gajah bergadingkan emas
PengajaranKita hendaklah berani menghadapi cabaran agar kecelakaan dapat dielakkanIndera Nata berani bertarung dengan binatang buas semasa menyelamatkan Indera Jenaka daripada dimakan binatang buas
Kita hendaklah taat pada perintah raja walaupun pekerjaan itu sukarIndera Nata taat pada perintah ayahandanya supaya mencari gajah bergadingkan emas
Kita hendaklah membantu orang yang dalam kesusahan supaya beban mereka dapat diringankanIndera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada menjadi tawanan dan makanan kepada raksasa
Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah agar matlamat dapat dicapaiIndera Nata dan tujuh puteri bijak memperdayakan raksasa sehingga mereka dapat melepaskan diri daripada menjadi tawanan raksasa
Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihadapiIndera Nata sanggup menghadapi pelbagai cabaran demi mencapai matlamaynya untuk mencari gajah bergadingkan emas
Gaya BahasaBahasa klasikSebermula, hatta
Bahasa IstanaTuanku, kakanda, anakanda
Puisi tradisional - pantunIkan pari bertelur beribuBertelur sejengkal jugaHujan arah ke langit biruTawakalku dapat juga
SimileMaka ia mendengar bunyi seperti ribut
HiperbolaGajah bergadingkan emas, kijang putih bertandukkan emas