Nota Padat Kem 2015 Emma

33
TAJUK 1: KONSEP BUDAYA (s1) Definisi - Kamus Dewan: kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya - suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. - ‘BUDAYA’ = budhi (kecergasan fikiran & akal) + daya (kekuatan, kuasa, tenaga & pengaruh) - BUDAYA = tenaga fikiran, usaha rohani @ kuasa m’gerakan jiwa - Pandangan tokoh a. Thomas J. Sullivan (1993) Merujuk kpd tradisi, adat, perlakuan seseorang b. Lucy Mair Milik bersama sesuatu msyrakat yg mmpunyai tradisi yg sama c. Talib Osman (1988) K;budayaan adlh cara hidup, cara mengatur hidup 1 kelompok menusia Kandungan (elemen) - Budaya material a. Trdiri objek fizikal @ artifak b. Peralatan @ kelengkapan hidup (rumah, kereta, perahu) c. Cth: keris Digunakan olh org mlayu sjk z. Kesultanan Mlayu Melaka Mrupakan alat kebesaran bg raja2 @ lambang kekuasaan @ kedaulatan - Budaya bukan material a. Unsur yg tdk wujud secara fizikal b. Adat, kepercayaan, bahasa & nilai c. Cth; adat istiadat S. nilai yg brhubung dgn cara brfikir, pegangan hidup serta amalam ssuatu msyrkt Adat : praturan yg diamalkn secara turun temurun dlm msyrkt sehingga mnjadi hokum dan peraturan yg harus dipatuhi Istiadat : cara2 @ praturan utk mlakukan ssuatu yg sdh mnjd kebiasaan @ resam (a.pepatih / a.temenggung) TAJUK 2: KONSEP BUDAYA (s1) Ciri-ciri Budaya - Diwaris i H : Diwarisi dri 1 generasi ke 1 generasi berikutnya (elemen tinggalan nenek moyang dahulu) Ahli msyrkt merupakan pendokong kpd kebdyaan trsebut Jika x ahli msyrkat, maka bdy itu x mgkin wujud Cth: bdy mlayu dlm perkahwinan (merisik, bertunang, bersanding) msih dikekalkan dlm dunia moden ini - Dikongs i H : Dikongsi bersama olh m’sia yg mnjadi anggota msyarakatnya P’komgsian ini brmaksud stiap prlakuan itu diramal dan didokong oleh sekmpulan m’sia Prlakuan yg tdk dikongsi dlm kehidupan m’sia tdk dianggap budaya wlapun ia wujud dlm msyarakat kini (bdya mencuri) Cth: budya melayu perlu membuka kst sebelum msuk ke dlm rumah. Prlakuan ini trjadi dgn sendiri tnpa disuruh kerana elemen

description

Nota Padat Kem 2015 Emma

Transcript of Nota Padat Kem 2015 Emma

TAJUK 1: KONSEP BUDAYA (s1)Definisi Kamus Dewan: kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. BUDAYA = budhi (kecergasan fikiran & akal) + daya (kekuatan, kuasa, tenaga & pengaruh) BUDAYA = tenaga fikiran, usaha rohani @ kuasa mgerakan jiwa Pandangan tokoha. Thomas J. Sullivan (1993)Merujuk kpd tradisi, adat, perlakuan seseorangb. Lucy Mair Milik bersama sesuatu msyrakat yg mmpunyai tradisi yg samac. Talib Osman (1988)K;budayaan adlh cara hidup, cara mengatur hidup 1 kelompok menusia

Kandungan (elemen) Budaya materiala. Trdiri objek fizikal @ artifakb. Peralatan @ kelengkapan hidup (rumah, kereta, perahu)c. Cth: keris Digunakan olh org mlayu sjk z. Kesultanan Mlayu Melaka Mrupakan alat kebesaran bg raja2 @ lambang kekuasaan @ kedaulatan

Budaya bukan materiala. Unsur yg tdk wujud secara fizikal b. Adat, kepercayaan, bahasa & nilaic. Cth; adat istiadat S. nilai yg brhubung dgn cara brfikir, pegangan hidup serta amalam ssuatu msyrkt Adat : praturan yg diamalkn secara turun temurun dlm msyrkt sehingga mnjadi hokum dan peraturan yg harus dipatuhi Istiadat : cara2 @ praturan utk mlakukan ssuatu yg sdh mnjd kebiasaan @ resam (a.pepatih / a.temenggung)

TAJUK 2: KONSEP BUDAYA (s1)Ciri-ciri Budaya DiwarisiH : Diwarisi dri 1 generasi ke 1 generasi berikutnya (elemen tinggalan nenek moyang dahulu) Ahli msyrkt merupakan pendokong kpd kebdyaan trsebut Jika x ahli msyrkat, maka bdy itu x mgkin wujud Cth: bdy mlayu dlm perkahwinan (merisik, bertunang, bersanding) msih dikekalkan dlm dunia moden ini

DikongsiH : Dikongsi bersama olh msia yg mnjadi anggota msyarakatnya Pkomgsian ini brmaksud stiap prlakuan itu diramal dan didokong oleh sekmpulan msia Prlakuan yg tdk dikongsi dlm kehidupan msia tdk dianggap budaya wlapun ia wujud dlm msyarakat kini (bdya mencuri) Cth: budya melayu perlu membuka kst sebelum msuk ke dlm rumah. Prlakuan ini trjadi dgn sendiri tnpa disuruh kerana elemen budya itu tlh diketahui olh ahli2 dlm msyrkat itu. Tanpa prkongsian ia hnya prlakuan individu bkn prlakuan msyrkat

Bersifat sejagatH : Kesejagatan bdya brmksud kbudyaan itu wujud dlm semua kelompok msia X msyrkat yg x mpunyai bdya Bdya msyrakat itu brbeza krana fktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota Cth : dlam seni prtahankan diri, mlayu (silat), cina (kung fu), india (silambam)

Dinamik / brubahH : Budya brkmbang dan brubah selari dengan prubhan msyrkat itu sendiri Prubhan yg blaku akn mmprkaya dan mempelbagaikan lg bdya itu Prubhan dilihat dri bentuk, ciri, dan proses yg blaku Cth :a. Kebendaan : rmh atap rumbia diganti dgn rmh atap gentingb. Bkn kebendaan : ekonomi sara diri diganti dgn ekonomi kapitalis(pdagangan dan industri)

Simbol prlambanganH : Sbgai 1 lmbang dlm budaya yg memberi makna kpd pendokongnya sprit bnedera, warna, logo, lambaian tangan, dsb. Prlmbngan wjud utk mmbntu msyrkt brhubung dan brkomunikasi sesama mereka. Cth: bdy mlayu bersalam apabila bertemu dan mencium tngan org yg lebih tua (tnda hormat)

Konsep Asimilasi Kamus Dewan : pemaduan plbgai jenis undur mnjadi 1 Kontek kbdyaan: proses pencantuman dan penyatuan antara etnik yg brlainan bdya hingga mmbntuk etnik dan ras kelompok dgn kbudayaan dan identity yg sama. A + B + C = A (A dominan , B dan C minority) cth : baba dan nyonya (asimilasi dlm konteks bdya tnpa mlibatkan anutan, kepercayaan @ agama) proses ini brlaku apabila wujud interaksi yg erat antara ahli kmpulan etnik yg berbeza bdya dlm 1 tempoh yg lama kejayaan asimilasi brgantung kpd kesanggupan etnik minoriti mhlgkan identiti mereka dn menerima identiti etnik majoriti

Konsep Akulturasi konteks kbdyaan : akulturasi (proses penerimaan unsur kbdyaan lain dlm klngan ind. / klompok. X mlibatkan kehilangan idntiti asal msyrkt yg menerima. Proses ini mdh dicapai dgn mlibatkan unsur2 yg brsifat kbndaan dan mndtgkn manfaat Zawiah syukor : akulturasi sbgai prpaduan 2 bdya Cth: org india dan cina memakai bju kurung dlm mjlis formal

Konsep Akomodasi Proses yg mnyebabkan setiap kmpulan etnik menyedari serta mghormati norma dan nilai kmpulan etnik lain dn tetap mmprthankan budya A + B + C = A + B + C Pelbagai etnik hidup secara harmonis dn saling mghormati Setiap etnik bebas mengamalkan budya mereka dlm keadaan harmoni Cth : msyrkat mjmuk di MSia

TAJUK 3 : KONSEP MASYARAKAT (s2)Definisi Kamus Dewan : msyrkat ilah sekumpulan msia yg hidup bersama di sesuatu tempat dgn aturan dan cara tertntu Msyrakat merupakan sekumpulan msia yg hdup brsma2 dlm tmpoh yg cukup lama, mmpunyai kebudyaan trtentu, mmpunyai pemimpin serta mlakukan sbhgian bsr kegiatan dlm kelompok msia trsbut

Ciri-ciri Masyarakat Berkelompok Hidup dlm kelompok trtentu dan tinggal secra tetap dlm msyrakat Setiap ind. Mmpunyai peranan msing2 Mlalui kelompok mereka akn sling mengenali. Dlm sesebuah klompok mempunyai nilai trtentu, adat istiadat, pantang larang yg prlu dipatuhi olh setiap anggota Berbudaya Bdya mrupakan satu cara hidup yg prlu dipatuhi olh stiap anggota msyrakat Cara hidup meliputi sistem social, organisasi social, politik, agama, ekonomi, kprcyaan, adat resam, sikap, dan hasil teknologi msyrakatnya Msyarakat mrupakn kelompok yg aknmmpraktikan kbudyaan warisan nenek moyang mereka

Berinteraksi Interaksi amt pnting dlm msyrakat krana mreka blh brkomunikasi antara satu sama lain ttg pelbagai hal yg mmpunyai kaitan dgn akt. Social Dlm satu msyrakat akan mmpunyai bhs sendiri dan digunakn secara meluas dlm klangan klompok Bhs yg digunkan prlu disepakati brsama sblum digunakan

Bersosial Rahim syam dan norhale (1985)1. Kprluan hdup secra brkerabat (amalan melamar, berkahwin)2. Kprluan pendidikan (tadika, sekolah, IPT)3. Keprluan hidup (memiliki s.prtanian, industry dan teknologi)4. Kprluan utk menyatakan keindahan (seni ukir, kesusasteraan)5. Kerluan beragama

Bertahap-tahap Rahim syam dan norhale (1985)1. 3 gol. Yg bsr : a. kelas bawahan buruh kasar yg tinggal di pendalaman dan bndar (kawasan setinggan), mnjalani aktv pertanian b. pertengahankerani yg hdup secra sederhana dlm semua aspekc. atasanmemiliki tnh sendiri, ahli perniagaan dan pegawai kerajaan yg tinggal di rumah mewah dgn kehiudpan baik dan senang

Berpemimpin Bilangan ahli yg ramai mencetuskan pemilihan ketua Msyrakat melayu (Tok Penghulu) pemilihan diambil kira individu tertua dlm klompok trsebut yg memiliki kecerdasan akal, pribadi mulia dan byk berjasa Pemimpin prlu tahu segala-galanya ttg corak hidup ahli masyarakatnya

Perkembangan Masyarakat Peringkat pertama : masyarakat memburu EKONOMI: memburu dan bercucuk tanam Hidup dlm kelompok kecil 15-20 org dlm 1 klompok PERALATAN: ringks dan mudah (kayu, tombak dan ank panah) Wjud pmbahgian tgs antara lelaki (memburu) dan perempuan (brcucuk tanam) PENDIDIKAN: Pndidikan x formal ikut gender (laki : mmburu , prmpuan : brcucuk tanam) POLITIK: yg mudah (ketua dpilih dlm klangan sanak saudara KEPERCAYAAN: bsifat animistik (percya semangat pd batu, kayu, matahari) PERUBATAN: pawang @ shaman yg mahir dlm prubtan dn ilmu agama

Peringkat kedua : masyarakat berkebun dan menternak EKONOMI: 2 bdang utama ; horticultural (spnuh masa berkebun) dan pastural (sepenuh masa memburu) Kelompok bsr (1,000 org) trdiri drpd msyrakat yg ada prtalian saudara POLITIK: pemimpin dpilih dlm kalangan lelaki yg brtubuh besar, gagah dan brani. KEPERCAYAAN: memuja nenek moyang mereka sendiri, mula mprcyai hantu dan makhluk selain msia

Peringkat ketiga : masyarakat pertanian EKONOMI: Majoriti pnduduk trlibat dlm aktviti bertani secara perladangan (kwsn yg luas) turut wjud aktviti brdagang dan berniaga guna sistem duit gnti sistem barter bidang pekerjaan dibhagikan pengkhususan (peniaga, tukang, dan nelayan) PERALATAN: jentera ringkas dan binatang sprti kuda, kerbau, lembu mmbntu dlm mengushakan tanah mereka Pnduduk tnggal di bandar2 (100. 000 org) KEPERCAYAAN : kitab-kitab (agama langit Kristian, Islam dan Yahudi) Btk kprcayaan lbh kompleks Trut wujud mjlis tari-menari dan nyayian sbgai hiburan Kegiatan rekreasi bersifat perlawanan antara manusia dan haiwan (pertarungan antara kerbau)

Peringkat keempat : masyarakat industry Muncul akibat pgunaan teknologi kompleks (mesin reka cipta yg mluas) EKONOMI: smber s/jdi (b.timah, b.besi dan minyak) diproses utk djdikan barangan dan dijual dgn hrga yg murah saiz penduduk lbh besar dan wujud pelbagai jenis pkerjaan wujud sistem ekonomi bntuk kapitalis, komunis dan sosialis POLITIK: pemimpin dipilih sistem pilihan raya Pemimpin dikenali sbgai president @ prdana menteri PENDIDIKAN: formal (sekolah, institusi) Agama tdk mmpengaruhi kehidupan msyrakat Masyarakat bersifat ritual dan hari2 keagamaan dirayakan ikut hari kebesaran agama msing2 Cth: islam (hari raya puasa) budha (tahun baharu cina), hindu (wesak)

TAJUK 4 : MASYARAKAT MELAYU (s2)Definisi Asal Usul Melayu 6 teori1. Catatan di negara China: kerajaan Mo-lo-yue wjd stlah sekian lama. Menghantar hasil buminya pd Maharaja Cina pd ketika itu. Brpusat di Jambi Sumatera. Nama Melayu diambil brsempena kerajaan trsebut.2. Nama sebatang sungai: sebtg sungai yg air yg deras di Jambi, Sumatera dan dikenali sbgai Sungai Mlayu3. Catatan I-Tsing : menggunakan istilah Melayu apabila mnceritakan ttg 2 buah kerajaan yg dilawatinya4. Istilah Melayu blakang sebuah ptung ditemui di Padang Rocore, iaitu Sungai Batanghari, Sumatera5. Pengertian bahasa Jawa Kuno: Melayu bermaksud brlari atau mengembara. Sesuai dengan peristiwa kdtangan org Melayu secra bsr-bsran yg brgerak dri Yunan ke Tanah Melayu6. Pendapat Zuber Osman: Melyu diambil drpd perkataan Himalaya atau Alaya yg brmksud tmpat brsalji. Pndapat ini dikuatkan lg dgn teori kdtngn org mlayu brasal dri prgunungan Himalaya.

Takrif Melayu Asmah Omar (1985): istilah Mlayu prlu dilihat dlm pengertian sempit dan yg luas Mlayu mrujuk kdp bgsa Austronesia yg mndiami STM Kdua, mrujuk kpd kwsan tradisional yg disebut gugusan pulau2 Mlayu yg meliputi negara Indonesia ketika ini UNESCO (1972) : mlayu brmksud pengenalan suku bangsa brbahasa Melayu yg mndiami STM, Pantai Sumetera. Bhs yg digunkan ialah b.Mlayu. bhs ini kemudian menjadi bhs kebangsaan dan bhs rasmi di Mlysia Perlembagaan perkara 160(2): org Mlayu (islam, bertutur bhs mlayu, amal adat istiadat bhs mlayu)

Sejarah dan Latar Belakang Bangsa Melayu Teori Yunan 3 gelombang prgerakan msiaa. Negrito Pdduk plg awal di Kepulauan Mlayu Brasal dr gol. Austronesia di Yunan Mereka brada sejak 1000 SM (Gua Cha, Kelantan) Ciri fizikal : kulit gelap, rambut krinting, mata bundar, hidung lebar, bibir penuh, saiz badan pendek Keturunan org Asli di smnanjung, Dyak di Srwak, Btak di sumatera

b. Proto Prpndahan gelombang ke2 Pradaban org mlayu-proto lbh maju dri Negrito Pndai brcucuk tanam, buat alat prhiasan Bpndah randah Zaman neolitik / zmn batu baru

c. Deutro Prpndahan glombang ke3 Pradaban org malyu-deutro lbh maju tlh mengenali logam Guna alat prburuan dan pertanian dri besi Hidup ditepi pantai (zmn logam) Alasan menyokong teori ini Kapak tua yg mirip Kapak Tua A.Tgh di Kepulauan Mlayu. Bukti migrasi pnddk dri A.Tgh ke Kepulauan Mlayu Adat resam bgsa Mlayu mirip kpd suku kaum Naga daerah Assam sempadan india dan Myanmar Bhs mlyu serumpun dgn bhs Kemboja. Pnddk di kmboja brasal dri dataran Yunan dgn menyusuri sg Mekong. Phbungn bgsa Mlayu dgn kmboja skali gus mnndakan prtalian dgn dataran Yunan

Teori Nusantara Bngsa mlyu dan bgsa Jawa mpunyai tamadun yg tinggi. Hl ini menunjukkan bhw org Mlayu tdk brasal dri mana-mana ttpi brasal dn brkembang di Nusantara Msia kuno solainensis dan homo wajakensis trdpat di P.Jawa. penemuan msia kuno ini mmnunjukkan ada kmgkinan org Mlayu itu brketurunan drpd msia kuno trsebut yg brasal dri Jawa dan wujud tamadun sendiri Teori ini kurang popular di Mlysia

Asmah Hji Omar : trdapat pndebatan dlm kalangan budayawan Mlysia sama ada org Mlayu asasnya petani / pelayar. Org mlayu biasa digol. sbgai petani. Hal ini kerana sejarah awl mereka dlm alam Mlayu, dikatakan brada di kawasan tnh yg subur, yang dipugar utk brcucuk tanam yg mjd sra hdup mreka

I-Tsing : mncatatkan bhwa org2 kedah sdh mpunyai cara brcucuk tanam yg canggih dlm prtanian padi. Kaedah org2 kedah menanam padi dan menuai padi menyokong pndapat ini skali gus mnjdi bukti bhwa tradisi ini sdh wjud brabad lamanya.

Pakar sejarah: Org mlyu mrupakan playar yg merantau di merata2 tmpt dan bkn petani Jika teori org Mlayu brasal dri daerah Yunan ditrima maka sdh tntu cara mra brimigrasi adalah melalui lautan. Jika benar,mereka mpunyai pengetahuan yg luas mengenai selok-belok lautan

TAJUK 5: KEBUDAYAAN MELAYU (POLITIK) E1Sistem Pemerintah Dan Pentadbiran Terbahagi kpd 2 gol.a. Gol pemerintahb. Gol diperintah Golongan pemerintah Raja / sultan Pada zaman Melayu tradisional, raja dianggap sebagai pemerintah yang berdaulat dan amat mulia. Daulat ini dikaitkan dengan spiritual dan kepercayaan tradisi. PENTADBIRAN PERINGKAT KAMPUNG Melalui pengagungan Raja ini maka timbullah konsep Daulat dan Derhaka. Sesiapa yang ingkar kepada perintah Raja akan dihukum bunuh akibat tulah yang mereka hadapi. Contohnya, Tun Hussien yang merupakan seorang pembesar Sultan telah dibunuh kerana didapati ingin menderhakai sultan, walhal, beliau bertindak atas dasar kemanusiaan yang cuba untuk menegakkan keadilan untuk menuntut bela kematian ayahnya. Secara umumnya, Sultan berperanan penting dalam tiga aspek utama iaitu politik, sosial dan ekonomi.POLITIK: Sultan berperanan sebagai ketua kerajaan yang memerintah secara mutlak dan dibantu oleh pembesar yang bertindak sebagai penasihat. Selain itu, baginda juga berperanan sebagai pemimpin utama angkatan tentera di mana baginda akan mengepalai angkatan tentera bagi mempertahankan negeri dan meluaskan jajahan taklukan. Di samping itu, baginda juga merupakan ketua Agama Islam dan penggubal undang-undang.SOSIAL: baginda bertindak sebagai penyelesai masalah rakyat dengan menjalankan pemerintahan dan hukuman yang adil kepada rakyat. Oleh sebab itu, Sultan menjadi tempat mengadu masalah dan dijadikan simbol perpaduan.EKONOMI: Sultan berperanan penting dalam mengawal kewangan kerajaan. Maka dengan itu, Sultan telah meminta rakyat agar memberikan hasil kegiatan ekonomi kepada kerajaan. Hasil ini dikutip melalui sistem cukai yang telah diperkenalkan. Kerabat diraja Kedudukan dan status kedua tertinggi selepas Sultan ialah golongan anak raja dan kerabat diraja. Mereka merupakan golongan yang mempunyai jurai keturunan Sultan yang memerintah sesebuah kerajaan. Mereka ini diberi gelaran sebagai Raja atau Tengku. Anak raja sebenarnya tidak semestinya seorang putera kepada Sultan yang sedang memerintah. Anak raja atau putera puteri raja Sultan juga mempunyai keistimewaan yang sama dengan Sultan. Namun demikian, keistimewaan yang diberikan kepada anak raja tidak melebihi keistimewaan Sultan sebagai ketua kerajaan. Antara keistimewaan anak raja ialah mempunyai payung putih dan menggunakan bahasa dalam. Pembesar (4 lipatan)a. Bendahara Bendahara merupakan ketua eksekutif seluruh mekanisme pentadbiran melayu tradisional. Taraf Bendahara lebih tinggi berbanding pembesar yang lain apabila beliau merupakan golongan ketiga selepas kedudukan Sultan. Semasa ketiadaan Sultan, Bendahara mempunyai hak untuk memangku tugas dan peranan Sultan, dengan dibantu oleh Seri Nara Diraja (Penghulu Bendahari) dan Seri Bija Diraja. Beliau akan menjadi ketua urus tentera, ketua hakim dam dan ketua dibalai sendiri kedudukan Bendahara dibuktikan melalui kedudukan beliau semasa di balairung istana di mana beliau duduk di sebelah kanan Sultan. Selain itu, Bendahara juga turut dianugerahkan usungan untuk berjalan2. Keistimewaan Bendahara telah disentuh dalam Sejarah Melayu Dalam jawatan Bendahara, tiada sistem yang tetap dalam perlantikan jawatan ini. Oleh sebab itu, Bendahara selalunya akan dilantik daripada pembesar kanan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Sultan. Kebiasaannya, Bendahara adalah merupakan bapa saudara Sultan sendiri.b. Penguhulu bendahari Penghulu Bendahari menduduki tempat kedua selepas Bendahara Penghulu Bendahari mempunyai peranan utama dalam memegang harta benda dan hasil mahsul kerajaan. Para pembesar yang berada di bawah bidang kuasanya ialah bendahari2, pemegang hasil negeri, syahbandar2 dan hamba2 raja. Penghulu sebenarnya merupakan Menteri Kewangan dan beliau menjalankan tugas dengan menjadi wakil yang menerima ufti daripada kawasan taklukan kerajaan. Selain itu, penghulu Bendahari juga boleh dititahkan untuk menjadi ketua angkatan tentera perang untuk menyerang negeri asing seperti Melaka menentang Kampar.c. Temenggung Pembesar yang ketiga ialah Temenggung. Temenggung berperanan sebagai Ketua Keamanan Negeri. Temenggung juga menghakimkan perbicaraan yang besar sebagai Timbalan Ketua Hakim, menangkap orang yang melakukan kesalahan, membaiki keadaan pasar dan pekan, dan ketua perancang bandar dan jalan raya. Kecuaian yang dilakukan oleh Temenggung akan menjadikan sesebuah negeri huru-hara. Tugas temenggung ada dibicarakan dalam Undang-undang Melaka Selalunya, Temenggung dilantik daripada kalangan keluarga pembesar-pembesar itu sendiri. Contohnya: Tun Mutahir yang menjadi Temenggung Melaka adalah anak kepada Seri Nara Diraja Tun Ali dan anak saudara kepada Tun Perak.d. Laksamana Jawatan terakhir dalam sistem empat lipatan dalam herarki zaman tradisional Melayu ialah Laksamana. Jawatan ini merupakan monopoli orang melayu dari Bentan yang bergelar Seri Bija Diraja. Apabila jawatan Laksamana diperkenalkan oleh Sultan Mansor Syah, jawatan ini mula dipegang oleh Laksamana Hang Tuah yang merupakan golongan kebanyakan. Dalam acara pencercaan, Laksamana dan Temenggung ditugaskan untuk mengawal keselamatan Bendahara. Dalam hal ini dapat menunjukkan kedudukan kedua-dua pembesar ini hampir sama. Rakyat yang biadap menentang Bendahara akan dibunuh oleh Temenggung atau Laksamana. Tugas-tugas utama Laksamana ialah ketua organisasi angkatan laut, pembawa utusan diraja dan pengawal peribadi Bendahara. Bagi jawatan Laksamana, ia diganti mengikut lunas kekeluargaan. Contohnya, pengganti-pengganti kepada Laksaman Hang Tuah ialah Laksamana Khawaja Hassan, iaitu menantunya, dan kemudian Hang Nadim yang juga menantu beliau. Seperti Bendahara, Laksamana juga dikurniakan usungan.e. Syahbandar Syahbandar juga merupakan pembesar yang terpenting pada zaman Melayu tradisional walaupun tidak tergolong dalam pembesar empat lipatan. Syahbandar bererti pemerintah pelabuhan yang diambil daripada perkataan Parsi. Syahbandar menjadi ketua organisasi pelabuhan dan wakil saudagar-saudagar asing. Syahbandar diletakkan di bawah bidang kuasa Penghulu Bendahari. Sebenarnya, jawatan Laksamana dan Syahbandar adalah kerana keperluan semasa. Hal ini kerana sumber ekonomi zaman tradisional Melayu pada ketika itu bergantung kepada kegiatan laut, terutama perdagangan dan perniagaan. Oleh itu, Laksamana diperlukan untuk mengawal keselamatan laut. Manakala, kelancaran dan kepimpinan diperlukan di kawasan pelabuhan untuk memudahkan urusniaga sehingga terciptanya jawatan Syahbandar. Keadaan ini sehinggakan menyifatkan Laksamana sebagai raja di laut dan syahbandar sebagai raja di pelabuhan. Ulamak Golongan yang dikatakan penting dalam masyarakat tradisional Melayu ialah golongan ulama. Golongan ini merupakan golongan intelek dan alim ulam yang pakar dalam hal ehwal agama Islam. Ekoran daripada kepentingannya dalam sistem sosial masyarakat Melayu, maka golongan ini telah diangkat darjatnya dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Biasanya, golongan ini terdiri daripada masyarakat yang mempunyai keturunan Arab-Melayu. Golongan ini digelar sebagai maulana, makhdum, kadi dan pendeta tasawuf. Lazimnya, mereka juga turut menggunakan gelaran kebesaran seperti Maharaja Kadi, Dato Mufti Seri Utama dan Imam Maharaja. Golongan ini sebenarnya hanya mula memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Melayu selepas tersebarnya Islam ke Nusantara. Pada mulanya, mereka mengajar asas agama Islam. Namun, apabila Islam berkembang dengan pesat, mereka mula mengajar ilmu dalam bidang tasawwuf, tafsir, dan hadis. Selain itu, golongan ini juga telah dilantik oleh Sultan untuk menjadi guru, ketua agama, kadi dan bertugas menasihati Sultan dalam bidang hukum syarak. Oleh itu, golongan ulama ini dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Sultan. Seterusnya, pendeta pula merupakan golongan yang pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja. Golongan ini mempunyai bilangan yang sedikit dalam masyarakat Melayu. Namun begitu, mereka menjadi rujukan Sultan dan golongan istana selain menjadi perawi Sultan.

Golongan Diperintah Rakyat Rakyat merupakan lapisan pertama dalam golongan yang diperintah dalam sistem sosial masyarakat Melayu. Rakyat merupakan golongan yang terbesar dalam masyarakat Melayu. Fungsi utama rakyat adalah dari aspek mental, fizikal, dan tradisi ialah menyokong dan patuh kepada institusi raja dan pembesar. Sebahagian besar daripada golongan rakyat adalah orang Melayu dan selebihnya adalah orang asing dan Orang Laut yang terlibat dalam kegiatan ekonomi sebagai pedagang, peniaga, pedagang-mubaligh dan senteri yang menyebarkan agama Islam. Rakyat kebiasaannya menjadi pengikut atau pengiring pembesar2 dan raja sebagai hulubalang. Mereka juga terlibat secara langsung dalam apa jua jenis perang yang melibatkan kerajaan. Selain itu, rakyat biasa juga terdiri daripada golongan peniaga dan saudagar. Mereka ini mempunyai taraf ekonomi yang lebih rendah daripada golongan buruh kasar dan tukang mahir. Orang asing orang asing turut dikenali sebagai orang dagang dan orang perantau yang terdiri daripada dua jenis utama.a. Pertama, golongan yang terlibat dalam pelbagai jenis kegiatan sosial seperti tentera upahan yang kebanyakannya daripada Jawa dan Pasai selain sebagai mubaligh.b. Kedua, mereka yang terlibat dalam aspek ekonomi seperti peniaga kecil-kecilan sehingga menjadi pemborong dan peniaga besar. Golongan yang terlibat dalam kerja mahir juga dipelopori oleh golongan asing seperti dalam perlombongan bijih yang didominasi oleh golongan Cina. Secara umumnya, orang asing ini dikategorikan kepada dua kumpulan.a. Pertama mereka yang menetap terus di Tanah Melayu.b. kedua adalah mereka yang menjadi pengunjung sekali-sekala untuk tujuan perdagangan dan perniagaan. Antara golongan orang asing pada zaman tradisional Melayu ialah orang Cina, Keling (Tamil), Gujerat, suku-suku dari Arab, Ghori, Parsi dan Siam. Hamba Institusi perhambaan di dalam masyarakat tradisional Melayu dikaitkan dengan tradisi perhambaan di Tanah Arab dan wujudnya sistem kasta dalam kepercayaan Hindu. Sebenarnya, institusi perhambaan ini wujud akibat daripada dorongan keperluan dan kepentingan sosial serta ekonomi masyarakat melayu. Hamba berfungsi menyediakan tenaga manusia bagi menyokong dan menjalankan pelbagai jenis kerja yang wujud dalam masyarakat. Hamba dikatakan mampu meningkatkan taraf hidup pemiliknya kerana semakin ramai hamba yang dimiliki oleh seseorang, semakin tinggi taraf hidup dan kukuh ekonominya. Contoh: Tun Mutahir yang mempunyai ratusan hamba dan dianggap sebagai orang terkaya pada ketika itu. Hamba terbahagi kepada tiga golongan utama iaitu hamba biasa hamba berhutang dan hamba raja.a. Hamba Raja Mereka terdiri daripada orang yang merdeka yang telah melakukan kesalahan jenayah, kemudian tertangkap lalu mendapat keampunan daripada sultan, dan berjanji akan menjadi hamba turun temurun. Dengan cara ini mereka akan terlepas daripada menerima hukuman atas kesalahan yang mereka lakukan. Selain itu, golongan ini juga terdiri daripada tawanan perang atau banduan. Hamba raja juga dikenali sebagai biduanda yang melakukan hampir kesemua jenis pekerjaan. Hamba raja ini mendapat perlindungan daripada pihak pemerintah. Golongan hamba raja ini mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding dua kelompok hamba yang lain sehingga sesiapa yang membunuh hamba raja akan mendapat hukuman yang berat seperti yang dinyatakan dalam Hukum Kanun Melakab. Hamba biasa Hamba daripada golongan ini biasa diperoleh melalui pembelian dan pertukaran tuan. Golongan ini menjadi hamba seumur hidup secara turun-temurun. Hamba abdi terbahagi pula kepada beberapa jenis.a. hamba tawanan yang menjadi hamba apabila tertawan dalam sesebuah peperangan.b. hamba diranggah iaitu hamba yang bukan daripada orang Islam yang ditawan seperti Batak dan orang asli atau penduduk Islam lain di rantau ini yang diculik dan dijual oleh peniaga hamba abdi termasuk mereka yang ditawan oleh lanun dan menjadi hamba.c. hamba habsyi iaitu hamba yang diimport dari Afrika. Kebanyakan mereka merupakan orang kulit hitam yang dibeli oleh orang Melayu semasa menunaikan haji di Makkah.d. Hamba hulur merupakan mereka yang melakukan kesalahan jenayah dan mereka yang menyerah diri kepada pemerintah kerana tidak mampu untuk membayar semula hutang darah atau denda.e. hamba serah pula mereka yang menghadapi kesukaran hidup dan menjadi hamba dengan menyerah diri kepada mereka yang sanggup memberikan makanan atau nafkah hidup.f. hamba keluarga atau anak hamba yang merupakan anak dan isteri kepada hamba abdi.

c. Hamba berhutang merupakan golongan yang tidak dapat membayar hutang kepada si pemiutang. Golongan hamba berhutang ini pada asalnya merupakan golongan orang yang merdeka. Oleh kerana tidak mampu membayar hutang, maka mereka terpaksa menjadi hamba berhutang untuk melunaskan hutang-hutang mereka. Lebih memeritkan lagi apabila bukan sahaja mereka yang menjadi hamba, tetapi turut dialami oleh anak-anak dan isteri sebagai hamba tebusan. Tempoh perkhidmatan hamba berhutang adalah sehingga hutang tersebut telah selesai dibayar seperti yang telah dijanjikan. Hamba berhutang melakukan pelbagai jenis kerja termasuklah bercucuk tanam, melombong, kerja-kerja domestik dan lain-lain. Hamba berhutang sebenarnya terbahagi kepada empat bahagian yang kecil.a. Pertama ialah orang berhutang. Orang berhutang merupakan orang yang terikat dengan hutang dan akan dibebaskan selepas menjelaskan hutang tersebut.b. Kedua ialah anak emas yang merupakan orang yang menjadi hamba melalui perkahwinan iaitu hamba lelaki yang berkahwin dengan hamba wanita dan terikat kepada tuannya.c. Ketiga ialah hamba waris yang merupakan isteri dan anak-anak hamkba orang berhutang.d. Keempat: hamba bayar yang merupakan abdi yang diserahkan oleh tuannya kepada orang lain untuk tujuan membayar hutang tuannya kepada pemiutang. Sesuatu yang menarik dalam golongan hamba ialah mereka dilindungi oleh Hukum Kanun Melaka yang menyebut bahawa hamba terlindung daripada kezaliman. Hamba bebas untuk bergerak seperti mengambil upah daripada orang lain. Hasil pendapatan boleh disimpan sendiri atau diberikan kepada tuan mereka. Kedudukan sosial hamba ini dibicarakan secara panjang lebar dalam Hukum Kanun Melaka.

Institusi Sosial Mrupakan organisasi yg merangkumi sistem kekeluargaan, pentadbiran dan pemerintahan. Pnting bg mnjamin keamanan dan keharmonian negara.

Sultan

Pmbesar pringkat negeri

Pmbesar pringkat daerah / jajahan

Penghulu pringkat kampung

Institusi sosial tanah melayu

Peranan Institusi Sosial Melayu

Sistem Kekeluargaan Terbahagi kpd 2 kelompok1. Sistem kekeluargaan dwisisi2. Sistem kekeluargaan nasab ibu (minangkabau) Bentuk perkahwinana. Monogami 1 laki 1 perempuanb. Poligami 1 laki dgn bbrapa org perempuan pd satu2 masac. Endogami Perkahwinan sesama suku. Pmlihan jodoh dlm kalangan klompok sendiri (sanak-saudara)d. Eksogami Perkahwinan drpd suku kaum lain. Pmilihan bakal menantu alam kalangan org yg tdk ada hbungan kekeluargaan (kampung lain). Blh brbeza agama, keturunan dan kewarganegaraane. Heterogami Perkahwinan antara kelas social yg brbeza (bngsawan dan petani)f. Homogami Perkahwinan kelas social yg sama (saudagar dgn saudagar)g. Perkahwinan campur Digunakan olh pihak gereja katolik utk mengiktiraf prkahwinan antara seseorg yg bragama kristian dengan bukan kristian

TAJUK 6: KEBUDAYAAN MELAYU (SOSIAL) E1Kesenian Merangkumi semua akt. dan hasil krya msia yg indah dan berseni bg semua kaum dan bgsa di sunia. Kesenian @ sei dibahagikan kpd 3:a. Seni prsembahanb. Seni tampak c. Seni muzik Seni persembahanKamus Dewan: ssuatu yg dihidangkan atau dipertunjukkan yang diselangi lagu2Trbahagi kpd 2 : drama tradisonal & seni taria. Drama tradisional Main puteri Berkembang di negeri Kelantan Digunakan utk mengubati org sakit Tok Puteri sbgai pawang @ bomoh utk mengawal penyakit yg dibawa olh roh2 atau semangat jhat Makyung Drma tradisonal yg popular di ngri Kelantan Brasal drpd ritual memuja roh datuk nenek Dikatakan brasal dri ngra Patani

Menora Drama yg dipengaruhi olh seni drama siam Popular dingri perlis, kedah dan klantan Pelakon dpanggil peran Wayang kulit Mgnakan prisip chya dan byg dimainkan oleh seorang Dalang medium hiburan dan kadangkala dikaitkan dengan unsur ritual yang terdapatdalam sesuatu masyarakatb. Seni Tari Gerakan berirama T. asli Dicipta brdasarkan lagu2 asli ikut irama lgu2 asli trtentu Contoh lagu : makan sirih, gunung banang, sapu tangan T. asyik (kekasih) Tarian klsik daerah Klantan yg ditarikan di istana raja2 klantan dan patani Tarian ini brsifat lemah-lembut Tarian brmula dengan 10 org penari msuk dan ddk bersimpuh. Kmudian, masuk Puteri Asyik dan mereka mulakan tarian Ditarikan di upacara prkahwinan dan mlm mjlis berinai T. ayam didik Tarian brasal dri ayam berlaga Dicipta oleh ahli tari ngri perlis Tarian diiringi dgn lagu ayam didik T. balai Dri daerah ngri tganu Ditrikan olh gdis kampung dlm bntuk simbolik sprit mlakukan pkerjaan sawah Penari akan mnri mlilingi balai (payung pjg warna-warni yg diltkkan dbwh glanggang) Canggung Canggung brasal dri Thai brmaksud menari Brasal dri perlis, dicipta oleh ahli tarian dri Kangar slps perang ke2 T. siti wau bulan Ditarikan pd musim menuai padi sempena temasya dan prmainan wau T. cinta sayang Gambaran ttg kluarga nelayan Tarian ini mnjukkan cara kluarga nelayan ucap slamat jalan kps para nelayan sblum turun ke laut T. dabus Mengandungi unsur keagamaan brkaitan kepahlawanan Saidina Ali T. gambus Trkenal dri daerah kuala kangsar brasal dri T.arab T. inai Tarian istana yg ditarikan sms mjlis berkhatan ank pmbsr2 istana Diprsembahkan kpd knk2 sms mereka hdk dikhatankan dan ddk si atas pelamin T. joget Dipengaruhi dgn kbdyaan Portugis dan dijadikan sbg tarian sosial T. kuda kepang Tarian warisan jawa yg dipengaruhi Islam Ciri Kejawaan jelas kelihatan pd pakaian penari2 dan unsur Islam jelas dlm jln cerita tarian T. mak inang Popular pd ZK Mlayu Mlaka pd hari upacara perkahwinan T. zapin Brasal dri Parsi Diiringi alat2 muzik dan pakaian dgunakan bju mlayu

Seni tampakTerbahagi kpd 9:a) Seni ukir Mempunyai hubungan rapat dengan hasil-hasil kerja tangan yang dicipta melalui kepandaian mengukir. Ciri-ciri ukiran dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus

b) Seni kraftangan Hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur. Memerlukan daya estetika bg mmberi reka bntuk yg menarik.c) Seni tembikar Menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap. Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas menyimpan makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain. Perusahaan membuat tembikar secara tradisioanl ini masih dilakukan oleh orang Melayu khususnya di Sayung, Kuala Kangsar, Perak.d) Seni anyaman Proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang tlh dikeringkan. Mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.e) Seni tekat Dikenali juga dengan nama suji. Menggunakan kain baldu sebagai kain dasar dan bentuk hiasannya mengambarkan reka bentuk bunga dan pohonpohon. Digunakan untuk membuat kasut, kipas, muka bantal dan balutan tepak sirih. Dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan pada upacara perkahwinan, upacara berkhatan, pertabalan raja.f) Seni tenunan Terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa, tenunan ikat celup dan songket.

Tenunan songkettenunan yang paling lengkap dan cantik.merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan biasa. Tenunan ikatberkembang di istana rajaraja.penciptaannya lebih rumit terutama dalam proses menyongket solek atau menyolek.dikenali juga : kain benang emasg) Seni batik Dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup kain. Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan. Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan. Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkatperingkat. Selanjutnya kain itu direbus dan dibasuh sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.h) Seni tembaga Tujuan : mencipta alat-alat daripada tembaga yang cantik dan indah bentuknya. Digunakan dalam upacara-upacara adat khususnya di istana raja-raja Melayu seperti alat-alat pertabalan raja, upacara perkahwinan atau upacara diraja yang lain. Digunakan sebagai hiasan atau perkakasan kegunaan di rumah seperti dulang, tempat letak sireh, sudu, tempat bara, bekas perenjis air mawar.i) Seni bina Lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi tempat penginapan orang Melayu. Memperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni bina dari daerah-daerah lain di alam Melayu atau dari luar alam melayu. Contoh : rumah-rumah orang Melayu di negeri Sembilan adalah bercorak seni bina rumah Minangkabau. Seni muzik Seni muzik trbhgi 2:a. Muzik tradisi mlyu Trbahagi kpd 3:i. Tradisi warisan istana Tradisi tinggi (great tradition) Golongan bangsawan yang merupakan golongan kelas pemerintah Muzik nobat menjadi satu pasukan muzik istana sejak abad ke-15 lagi. Muzik ini dimainkan dalam upacara pertabalan, kematian raja dan upacara mengadap. Selain nobat muzik yang berkembang melalui tradisi istana di Malaysia ialah gamelan. Gamelan yang terkenal di TM berasal dari kerajaan Riau-Lingga dan Johor. Alat-alat muzik dalam gamelan termasuklah saron, bonang, kerompong, gendang dan gong.ii. Tradisi muzik rakyat Tradisi rendah (little tradition) Terdiri daripada kaum petani dan nelayan. Lahir daripada minat anggota masyarakat. Sebahagian daripada mereka mewarisi keahlian bermain alat-alat muzik itu daripada keluarganya. Diperbuat daripada bahan-bahan di sekeliling seperti buluh, kayu, kulit binatang. Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur keislaman seperti dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat, maulud dan lain-lainiii. Tradisi muzik mlayu yg lain Seperti muzik makyong dan gendang keling diwarisi dari zaman praislam. Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah dan Perlis menggunakan alat muzik seperti gong, rebab, gendang dan serunai. Muzik wayang kulit, kuda kepang dan ghazal juga merupakan muzik Melayu tradisional dari zaman silam. Muzik wayang kulit mengandungi alat muzik seperti gamelan dan mempunyai hubungan dengan tradisi dan kepercayaan masyarakat pribumi. Ghazal pula berasal dari pengaruh Arab Parsi, dibawa melalui India sebelum berkembang di alam Melayu. Muzik Melayu asli ialah muzik yang menyertai tarian ronggeng atau joget yang mempunyai hubungan dengan dondang sayang yang berkembang di Melaka dan canggung di Perlis. Tarian kuda kepang pula mengandungi alat-alat muzik paluan yang dibunyikan mengikut rentak kuda berlari. Tarian kuda kepang ini berkembang di Johor di kalangan masyarakat Melayu keturunan Jawa.

b. Seni suara Trbahagi kpd 2:I. Seni vocal (seni nyanyian yg dialunkan tanpa sbrg muzik) Endoi dendang Siti Fatimah dan ulit anak Endoi atau dendang Siti Fatimah terkenal di negerii Perak, Selangor dan Negeri Sembilan manakala ulit anak dinegeri Terengganu. Biasanya dilagukan dalam upacara berbentuk keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau upacara bercukur kepala.

Nazam @ naban Berasal daripada Terengganu, Pahang dan Melaka. Dikarang dalam Bahasa Melayu yang mengisahkan riwayat Nabi Muhamad, para Nabi Allah dan para sahabat Rasul. Persembahan yang tidak disertai alat muzik ini memerlukan kemerduan suara

Marhaban, nsyid, dan qasidah Merupakan nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian kepada Nabi Muhamad dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Nasyid ialah nyanyian dan berbentuk dakwah Islam iaitu terdapat dalam senikata Arab dan Melayu. Qasidah biasanya dinyanyikan dalam bahasa Arab yang mengandungi puisi memuji Nabi Muhamad dan para sahabat

II. Seni vocal brmuzik (dialaunkan dgn iringi muzik) Dikir Dikir dikenali dengan pelbagai nama seperti dikir maulud, dikir Pahang, dikir Rebana dan dikir berarak. Dikir-dikir ini dilagukan dengan iringan pukulan rebana atau kompang. Hadrah Sejenis nyanyian yang berasal daripada dikir. Dinyanyikan dengan iringan sejenis alat bercorak rebana yang hampir sama dengan kompang Beduan Sejenis nynyian rakyat negeri Perlis dan diringi dengan bunyi-bunyian gendang. Beduan mempunyai persamaan dengan bentuk zikir dan burdah yang diringi dengan pukulan rebana. Dikir barat Sejenis nyayian yang terkenal dinegeri Kelantan. Nyanyiannya diringan dengan pukulan rebana. Ghazal Sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan. Ghazal dinyanyikan dengan iringan alat seperti syeringgi, sitar, harmonium dan tabla.

TAJUK 7: KEBUDAYAAN MELAYU (SOSIAL) E1Agama Islam, Adat dan Kepercayaan Agama Islam Islam mndasari identiti Mlayu Kemasukan Islam mnjadi pnentu takrif Melayu Ciri org mlayu:a. Islamb. Amal ikut adat mlayuc. Bertutur dlm BM Islam mmbntuk dan mprsiap Melayu mghadapi zmn moden tanpa ubah pndirian agama Sifat keanjalan Islam mudah mresap dlm bdya Mlayu Islam mengubah pandangan dan pemikiran msyrakat mlayu. Mengubah nilai dan cara berfikir. Cthnya: sama rata, penghormatan hak msia, t/jwb msia Islam mencorak sistem social, intelektual, politik, bhs, tatacara hdup, perundangan, kprcayaan, adat istiadat, seni, sastera dll. Brmula dri hidup hingga mati islam mengambil alih peranan adat istiadat terdhulu brlndaskan nilai2 islam. Cth: hidup (azan, qamat, khatan, perkahwinan/akad nikah), mati (mandi, kafan, sembahyang, talkin) Sistem braja, islam ubah amalan tradisi mendewa2kn pemimpin kpd menghormati pemimpin sprit dituntut dlm islam dlm pentadbiran dan perundangan. (raja pemimpin yg diamanahkan Allah)

Adat (praturan yg diguna pakai sjk trun-temurun) Mendirikan rumah bharu Menggantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi/ emas pd setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sbgai upacara memulihkan rumah. Dilakukan olh bomoh yg kononnya mpunyai kuasa utk mengelakkan gangguan jin dan syaitan Upacara menurunkan perahu / kapal Dilakukan olh bomoh spy perahu trsebut selama dilaut tdk diganggu olh hantu laut Kenduri tolak bala Dilakukan sthn skali di tgh2 pdg dlm sebuah kmpung, setiap pnduduk mmbawa spinggan makanan Imam dijemput utk mmnaca doa dan bomoh mmbaca jampi spy kmpung slamat dri bala bncana Blh dilakukan pd bila2 masa dgn syarat lelaki dan perempuan tdk brcampur Persandingan Slh satu bntuk pemujaan dlm agama hindu yg memuja Dewa Rama & Dewai Sita Kedua2 ini akan diarak dan disanjung sprti mana2 org hindu puja dewa dewi mereka (sbb itu pengantin digelar RAJA SEHARI) Mengandung / kelahiran Sblum melahirkan, bidan djmput utk upacara lenggang perut. Sms klahiran, prlu siapkan 7 lapis kain kunig, tilam & bantal warna kuning serta pulut kuning. Duri diletak dibawah rumah spy x dganggu hantu / penanggal Pantang slama 45 hari Adat sms meninggal dunia dan slps kematian Bomoh akn ltk gunting ats mayat Sms hdk htr mayat, ada knduri msuk kubur, slps 7 hri knduri pecah perut, slps 14 hri knduri mkn srabai (kuih), knduri 40 hri tanda roh trpisah dari waris knduri 100 hri knduri turun batu nisan, ttpi semunya brtntangan dgn syariat Islam

Kepercayaan (anggapan bhwa sesuatu itu ada dan bnr serta diturunkan scara lisan) Jangan pukul / dera mana2 binatang takut nnti ank yg bakal lahir akan alami kecacatan. Rasionalnya, utk elak penganiayaan trhadap haiwan tdk brdosa. Jgn duduk atas bantal, nanti tumbuh bisul. Rasionalnya, spy bntal tdk koyak/pecah. Mlh x sopan apabila pelapik kepala utk tdur dijdikan alas punggung Jgn jahit waktu senja, takut mata jd buta. Rasionalnya, utk elak dri jari trcucuk jarum kerana hari mula gelap Makan nasi hingga habis, klu x nasi menangis. Rasionalnya, utk elak blaku pmbaziran Anak dara jgn mennayi di dapur, takut dpt lelaki tua. Rasionalnya, utk elak makanan yg dimasak mnjadi hangus

Pengajaran di sebalik pantang larang Melayu Fgsi sbgai undg2 kecil dlam rumah utk mndidik dan mendisiplinkan ank2 mahupun dewasa Sbg cara halus mndidik anak spy tdk menyinggung prasaan anak2 yg tlh bsr / remaja Pnggunaan kesan yg melampau utk tnjuk ketegasan org mlayu agar anak2 bri prhatian Trsembunyi kebaikan. Cth, anak dara jgn menanyi di dapur utk elak makanan yg dimasak hangus krana leka menyanyi Utk tunjuk bahawa org mlayu trlalu sygkan anak2 mereka agar tdk mlakukan prkara x baik

Bahasa Bahasa sapaan Bhs utk mengajak org brkomunikasi sama ada lisan atau tulisan Pgunaan bhs sapaan yg btul mnjukkan budi prkrti yg tinggi Memerlukan kecekapan brkomunikasi utk guna bhs sapaan Cth, saudara/I (utk org yg bru dikenali), saya (utk brcakap dgn org yg brstatus tinggi), tuan (org yg brkedudukan tinggi, puan (prmpuan yg tlh brkahwin)

Bahasa sindiran Digunkan utk mengata, ejek, keji / mencela seseorg Digunakan brcakap scra x trus trang Mengandungi mksud yg igin ditujukan pd seseorg tp x disebut secara tepat Tunjuk bhwa org mlayu tdk suka brtrus trang krna pgg prinsip mnjaga hati Cth: siapa mkan cili dia rasa pedas

Bahasa terbalik Digunakan utk menyatakan mksud yg trsirat atau brlawanan dgn apa yg disebut Bhs trsebut haruslah difahami mksudnya dgn btul, jka tdk maksud yg ingin disampaikan tdk brjaya Cth: panjatlah lg pokok tu, kata ibu kpd anaknya yg baru jatuh pokok.

Bahasa halus Bhs yg bradat, sopan dan brbudaya tinggi Kata yg digunkan utk lmbangkan kesopanan dan brnilai tinggi Cth, mati tlh menghmbuskan nafas terakhirmengandung brbadan dua

Nilai dan falsafah Nilai dalam budaya melayu Bergotong royong Cth: kenduri-kendara, tnm/tuai padi Bertimbang rasa (utamakan prasaan org lain) Bersopan santun Hormat menghormati Brkrja brsungguh2 Falsafah dlam budaya melayu Utamakan nilai islam dlm semua akt. Taat kpd raja dan hormat pemimpin Pegang teguh pd adat resam Hormat golongan lbh tua Tetamu mesti diraikan/ diutamakan Selesaikan mslh dgn cara musyawarah

TAJUK 8: KEBUDAYAAN MELAYU (SOSIAL) E1PERUBATAN Perubatan Melayu yang diamalkan oleh para bomoh dan Tok Dukun sejak beberapa abad dahulu. Perubatan ini yang banyak menggunakan bahan-bahan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan dan herba kerana ia merupakan kaedah yang selamat dan tidak memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan manusia. Perubatan Melayu adalah sistem penjagaan kesihatan dan perubatan yang diwarisi dari masa lampau. Pengamal perubatan tradisional Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan dan ingatan yang diwarisi daripada guru mereka secara turun-temurun. Perubatan tradisional Melayu adalah melalui amalan petua yang terdiri daripada dua aspek, iaitu amalan suruhan dan amalan tegahan. Amalan suruhan banyak berhubung dengan pemakanan bertujuan untuk mendapatkan keseimbangan serta mengelakkan sebarang serangan penyakit dan keuzuran. Amalan tegahan bertujuan untuk halang pesakit makan makanan tertentu sewaktu dalam tempoh rawatan sebagai tujuan untuk memeliharakan kesihatan dalam keadaan baik secara berterusan atau bagi mempercepatkan penyembuhan penyakit. Tumbuh2 khasiat: SirihUtk memecahkan angin yg brkumpul, rangsang kestabilan hormon, bersih darah, hidung berdarah, sakit kepala, darah tinggi Serai (biasa dan wangi)Dibalut dgn besi atau batu panas utk tuaman dan bertungku pd urat saraf yg lemah, kecut rahim yg bengkak Rempah ratusHalia (panas) utk pecah angin, hilang rasa sejukManjakani (sejuk) utk lancarkan darah haid, kuatkan gigi

PRINSIP DAN AMALAN PERBOMOHAN Yg menurut perspektif Islam hrus brdasarkan Al-Quran dan Sunnah Jika ada prcanggahan, maka amalan trsebut perlu disingkirkan Pemujaan utk brkawan dgn mahkluk halus dilarang Bantuan hanyalah bersandarkan kpd Allah dan usaha2 yg dilakukan

PAKAIAN CIRI-CIRI PAKAIAN TRADISIONAL MLAYU Kocek baju Mlayu kaum lelaki ada 3, manakala prmpuan ada 1 Bntuk pakaian labuh, besar, dan menyelubungi badan Kdua bju kurung mmpunyai pesak pd bawah lengan baju Potongan cekak musang sprti leher baju kaum india, hnya bhagaian penutup butangnya shj dijahit brtindan Potongan teluk belanga lehernya dijahit sulaman mata lalat atau tulang belut Sampin teluk belanga dlam baju, sampin cekak musang luar bju

PERMAINAN Dikenali sbg prmainan masa lapang/ sukan rakyat 2 jenis permainan:Dewasa: sepak raga, wau, brlaga kerbauKanak2: galah panjang, teng2 Fungsi permianan trdisional:a. Aktiviti riadahb. Alat hiburanc. Cara utk kurang gangguan emosid. Alat komunikasi dlm masyrakat

TAJUK 9: KEBUDAYAAN MELAYU (EKONOMI) E1PEKERJAAN (sara diri dan ekonomi kormesial) Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, kebanyakkan menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan. Aktiviti pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, kelapa sawit dan kelapa. Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakkannya bekerja dalam sektor perindustrian,perdagangan, pengangkutan dan lain-lain. Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang telah berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi ahli perniagaan.

PENGURUSAN HARTA ADAT PERPATIH Jika blaku pnceraian hidup atau mati, harta dapatan dikmbalikan kpd isteri atau waris isteri Harta pmbawaan dikmbalikan kpd suami / waris suami Harta pncarian akan dibahagikn sama rata Jika hrta pusaka tebusan tdk dibahagikan krana hak mutlak isteri Jika kematian, harta pusaka bkn adat akn dibri kpd anak si mati yg tinggal. Jika tiada anak, semua hrta akn dbri pd suami isteri yg msih hidup

ADAT TERMENGGUNG lelaki berhak mewarisi harta yang lebih banyak daripada wanita Jurai sebelah bapa lebih diutamakan Jika berlaku perceraian, pembahagian harta antara suami dan isteri akan dilaksanakan mengikut hukum syarak Harta semasa perkahwinan dikenali sebagai harta sepencarian yang kebiasaannya berkaitan dengan tanah. Harta sepencarian bagi isteri yang diceraikan akan dibahagikan secara sama rata. Jika isteri yang dicerai tidak bekerja, maka ia berhak mendapat satu pertiga bahagian sahaja Jika penceraian itu atas permintaan suami, maka si suami mestilah menyediakan nafkah selama tiga bulan dan harta sepencarian haruslah dibahagi Jika penceraian disebabkan oleh perangai buruk isteri, maka si isteri hanya kehilangan tempat tinggal dan undang-undang menetapkan bahawa si suami harus membayar sejumlah tertentu emas Jika penceraian antara suami dan isteri disebabkan isteri meminta cerai kerana tiga kali mendapati perangai buruk suami dan telah mendapatkan cerai, isteri tersebut harus menebus dirinya dengan memulangkan tempat tinggal, sementara harta yang berpindah milik terserah kepada suami.

TAJUK 10: PENGARUH LUAR DLM MASYARAKAT MLAYUFAHAMAN ASAL MASYARAKAT MELAYU Asalnya Animisme (percaya akan kuasa ghaib) Pelbagai nama diberikan kepada kuasa luar biasa, antaranya penunggu, hantu, jembalang, dan sebagainya. Percaya bahawa tempat-tempat tertentu seperti di dalam hutan, di tengah laut, di gunung, terdapat penunggu yang perlu dihormati Punca sesuatu penyakit disebabkan tersampuk, saka, terkena buatan orang dan sebagainya. Penggunaan tangkal, mantera bagi mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku ketika mengunjungi tempat-tempat yang dipercayai berpenunggu, seperti hutan, Mereka menggunakan ungkapan tertentu contohnya, Tabik Tok Nenek, cucu nak lalu bagi memujuk penunggu di hutan tersebut agar tidak mengapa-apakan mereka.

HINDU Pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu yang dibawa oleh pedagang. Kepercayaan Hindu jadi cara hidup masyarakat. Penyerapan amalan Hindu majlis perkahwinan Contoh : menepung tawar bersiram di pancapersada bersanding Upacara melenggang perut Untuk tahu jantina anak Buah kelapa akan diletakkan di atas perut ibu, dan selepas itu kelapa itu dibiarkan jatuh. Sekiranya jatuh ke kiri ibu itu dikatakan akan melahirkan anak lelaki, jatuh ke kanan akan melahirkan anak perempuan. Banyak kosa kata Sanskrit yang dibawa oleh Hindu diserapkan dalam bahasa Melayu. Hal ini menjadikan kosa kata bahasa Melayu lebih luas. (dosa, dukka, sansara) Hindu juga membawa sastera lisan mereka. Cerita penglipur lara merupakan cerita lisan yang popular dan berkembang khususnya dalam kalangan istana Pengaruh Hindu juga terdapat dalam kesenian Melayu. Motif-motif yang berlambangkan haiwan seperti gajah, ular dan sebagainya terdapat dalam seni ukiran yang menghiasi rumah dan barang-barang perhiasan. Muzik tradisional Hindu turut masuk dalam masyarakat Melayu khususnya di istana.

ISLAM Wujud setelah berakhirnya pengaruh Hindu. Berkembang dengan kedatangan mubaligh ke rantau ini. Amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam digugurkan walaupun tidak sepenuhnya. Penyerahan diri kepada Allah merupakan satu daripada amalan yang dilakukan oleh kebanyakan orang Melayu. Agama Islam telah mengubah cara pemikiran orang Melayu. Agama Islam menyuruh umatnya berfikir untuk menerapkan unsur-unsur rasionalisme dalam pemikiran mereka. Budaya Arab yang merupakan sebahagian daripada agama Islam telah dipelajari oleh orang Melayu menyebabkan berlakunya perubahan besar dalam cara hidup orang Melayu. Contoh :Hampir setiap negeri di Tanah Melayu dan Brunei dianggap sebagai negara Islam dengan mengambil sempena nama-nama syurga (Darul Ridzuan, Darul Iman, Darul Takzim dan lain-lain). Antara unsur budaya Arab (Islam) yang terserap termasuklah bahasa. Contoh :Banyak kosa kata Arab terdapat dalam bahasa Melayu. Antaranya termasuklah konsep ibadat seperti fardu, solat, azan dan sebagainya. Pengaruh dalam bentuk tulisan Tulisan tersebut dinamakan tulisan jawi oleh orang Melayu. Ahli-ahli bahasa telah mengubah suai huruf Arab tersebut dengan menambahkan titik diakritis pada huruf yang sedia ada supaya dapat membunyikan perkataan Melayu yang tiada dalam tulisan Arab seperti huruf p dan g. Ekoran hal tersebut, kitab Islam tersebar luas menggunakan tulisan jawi dan ini dapat difahami oleh kebanyakan orang. Pengaruh Islam dalam seni bina Reka bentuk ukirannya berbentuk geometri bagi menggantikan bentuk-bentuk haiwan yang tidak dibenarkan oleh Islam. Reka bentuk ini terdapat pada rumah Melayu, masjid dan barang-barang perhiasan. Terdapat sebahagian masyarakat yang mencampuradukkan ajaran Islam dengan Hindu dan animisme. Doa dicampuradukkan dengan jampi mantera dan pemujaan terhadap makhluk halus. Hal ini terdapat dalam kesenian seperti wayang kulit, makyung, kuda kepang dan beberapa kesenian lain

BARAT Kedatangan Barat berlaku selepas kedatangan Islam kerana penjajahan. Nilai barat menular dalam masyarakat yang kadangkala bertentangan dengan ajaran Islam. Pergaulan terlalu bebas, hiburan melampaui batas agama merupakan pengaruh yang negatif. Terdapat kesan yang positif hasil pengaruh barat misalnya teknologi moden dalam bidang pertanian, perindustrian dan perkomputeran yang dapat mengembangkan ekonomi masyarakat Melayu. Bahasa - banyak kosa kata yang terserap yang dapat mengungkapkan pelbagai idea dan maklumat selaras dengan arus globalisasi Peluang pendidikan yang lebih luas kepada masyarakat Melayu, khususnya golongan bangsawan yang kemudiannya dibuka kepada orang awam. Ini mempengaruhi budaya fikir orang Melayu. sebab-musabab saintifik menggantikan konsep magis. Ubat-ubatan kimia menggantikan jampi serapah.

TAJUK 11: KEBUDAYAAN MLAYU DLM SASTERAPUISI TRADISONAL Merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa serta bahasa. Puisi tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan yang berkembang dalam kesenian rakyat. Puisi tradisional terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya ialah pantun, syair, gurindam dan seloka. Pantun Karya yang berangkap tetap, iaitu bilangan baris dalam setiap rangkap sudah ditetapkan, sama ada dua, empat, enam, lapan, sepuluh, dua belah atau empat belas baris dalam serangkap. Pantun yang mempunyai dua baris serangkap dikenali sebagai pantun dua kerat, sementara yang mempunyai empat baris serangkap dikenali sebagai pantun empat kerat, dan begitulah seterusnya. Terdiri daripada dua bahagian, iaitu pembayang dan maksud. Syair Karangan berangkap dan setiap rangkap terdiri daripada empat baris. Setiap baris merupakan maksud kerana syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun. Setiap rangkap syair tidak boleh berdiri sendiri kerana saling berkait dengan rangkap-rangkap lain. Keseluruhan rangkap syair mengungkapkan sesuatu maksud secara kesatuan. Setiap baris dalam syair biasanya mengandungi empat patah kata yang berjumlah antara lapan hingga dua belas suku kata. Rima akhir syair ialah aaaa. Ada irama dan melodinya trsendiri Cth Dengarlah anak ibu berpesanLengkapkan diri dengan pelajaranHanya itu jadi bekalanUntuk hidup di masa depan

Gurindam Karangan berangkap yang terdiri daripada dua baris serangkap. Terdapat gurindam yang lebih bebas dari segi jumlah kata pada setiap rangkap dan rima akhirnya. Rima akhir gurindam ialah aa. Baris pertama dalam gurindam mengandungi soalan, syarat atau perjanjian, baris kedua merupakan jawapan, akibat atau kesimpulannya. Isi gurindam berupa nasihat, pengajaran atau kebenaran yang disampaikan dengan bahasa yang lebih padat dan bernas. Cth :Kalau cakap tidak cermatTentu kamu tidak selamat

Seloka Seloka dirumuskan sebagai gurau senda yang mengungkapkan sindiran yang ditulis dalam bahasa puisi. Setiap rangkap seloka selalunya terdiri daripada empat baris. Terdapat seloka yang berbentuk bebas yang mengandungi kurang atau lebih daripada empat baris serangkap. Jumlah kata pada setiap baris tidak tetap dan rima hujungnya bebas. Isi seloka mengandungi unsur pengajaran dan nasihat yang disampaikan dalam nada mengejek atau menyindir Contoh selokaAduhai malang pak kadukAyamnya menang kampung tergadaiAda nasi dicurahkan Awak pulang kebuluran

Mantera Mantera tergolong dalam kelompok puisi, kerana pengucapan dalam bentuk mantera menggunakan kata-kata yang tersusun dalam bentuk rangkap, mempunyai makna yang tersirat, bahasa yang padat puitis. Mantera digolongkan puisi Melayu tradisional berbentuk bebas, kerana tidak terikat kepada jumlah baris yang sama dalam satu-satu rangkap, manakala rima akihrnya pula tidak tetap Pawang atau bomoh adalah ahli-ahli penting yang menguasai dan mengamalkan mantera. Mereka membaca mantera dengan nada, irama, dan tekanan suara yang tertentu sesuai dengan tujuan perbomohan atau sesuatu perkara yang dihajati.

Fungsi Prosa Tradisional: Alat mendidik Si Tanggang (anak derhaka) Alat hiburan Pak Pandir (simpan garam dlm sungai) Alat mengkritik Pak Kaduk (raja tamak) Alat komunikasi pantun dlm merisik

PROSA TRADISIONAL Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang. Prosa tidak terbatas kepada cerita (naratif) sahaja tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan cerita (bukan naratif/non-naratif) Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang sama ada lisan atau tulisan dikelompokkan sebagai prosa. Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu : Mitos Legenda Cerita rakyat

Mitos Mitos adalah cerita prosa rakyat yang menceritakan kisah masa lampau, mengandungi penafsiran tentang alam semesta dan keberadaan makhluk di dalamnya, serta dianggap benar-benar terjadi oleh yang empunya cerita atau penganutnya. Mitos menceritakan terjadinya alam semesta, dunia dan para makhluk penghuninya. Mitos dapat timbul sebagai catatan peristiwa sejarah yang terlalu dilebih-lebihkan atau sebagai suatu penjelasan tentang ritual. Contoh mitos asal usul negeri Melaka Pelanduk menendang anjing buruan raja

Lagenda Legenda adalah cerita prosa rakyat yang dianggap oleh yang mempunyai cerita sebagai sesuatu yang benar-benar terjadi. Lagenda telah mengalami tokok tambah sehingga sering kali jauh berbeza dengan kisah aslinya. Oleh itu, jika legenda hendak dipergunakan sebagai bahan untuk sejarah, maka legenda harus dibersihkan terlebih dahulu bahagian-bahagian yang mengandungi sifat-sifat karut. Contoh lagenda Mahsuri, Deramang

Cerita rakyat Cerita rakyat ialah cerita rekaan dari zaman dahulu yang disukai ramai dalam sesuatu masyarakat, yang masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan daripada satu generas kepada generasi lain secara lisan dan tulisan. Contoh cerita rakyat; Pak Kaduk

PUISI MODEN Puisi moden mempunyai bentuk, susunan baris, rangkap, dan rima akhirnya tidak terikat lagi dengan bentuk tradisional. Dari segi isinya, mengungkapkan pelbagai maksud dan persoalan yang disampaikan oleh penulis. Penghasilan puisi moden memperlihatkan pembaharuan atau pemodenan pada bentuk dan isinya yang boleh dilihat dalam karya sajak SAJAK Sajak ialah karangan berangkap yang lebih bebas bentuknya dan tidak terikat pada sesuatu pola khusus, walaupun kadang-kadang bentuknya seakan-akan gurindam atau seloka. Penyajak masih menitikberatkan aspek rima, rentak, penyusunan baris dan rangkap atau bait. Jumlah rangkap dalam sesuatu sajak tidak dihadkan, sebaliknya mengikut isi yang hendak disampaikan

TAJUK 12: KEBUDAYAAN MLYU DLM BKN SASTERABAHAN ILMIAH (kajian, rencana, k.kerja) Contoh : Kertas Kerja Prof. Dr. Syed Hussein Alatas (1967) dalam kertas kerja beliau bertajuk Islam dan kebudayaan Melayu menyatakan : Terdapat perpaduan antara Islam dan kebudayaan Melayu contohnya amalan bergotong-royong, berbudi bahasa, sopan santun, menghormati ibu bapa, menghormati hak jiran dll. Terdapat hubungan yang neutral, tidak bertentangan dengan norma masyarakat tetapi brtentangan Islam contohnya upacara persandingan, adat istiadat melayu, pantang larang dsb. Hubungan yang bertentangan dengan Islam. Contoh sikap taat buta kepada raja yang tidak patuh kepada ajaran Islam.(Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah)

MEDIA KOMUNIKASI (filem dan video) Filem Melayu Klasika. Bidang Politik Golongan pemerintah dan golongan rakyat (Hang Tuah) Raja berkuasa mutlak dan berhak menghukum sesiapa sahaja. (Hang Tuah, Nujum Pak Belalang) Sistem kekeluargaan yang rapuh, anak sulung lebih berhak mendapat harta yang lebih berbanding anak bongsu. (Tiga Abdul)

b. Bidang social Mahir dalam ilmu seni mempertahankan diri . (Hang Tuah) Kepercayaan terhadap perkara-perkara tahyul. (Laksamana Do Re Mi) Tahap pendidikan yang rendah. (Pendekar Bujang Lapok) Pakaian. (Tengkolok, keris, songket, kebaya tradisional)

c. Bidang ekonomi Masyarakat Melayu rata-ratanya digambarkan sebagai petani, nelayan dan peniaga

Filem Melayu Moden Kurang menonjolkan budaya Kemelayuan berbanding filem Melayu klasik. Menerima pengaruh dari luar khususnya barat.Contoh: Gila-gila Remaja, Revolusi KL Drift. Sistem pendidikan yang telah maju. Rata-rata ahli masyarakat mempunyai kerjaya tersendiri. Masih berpegang kepada kepercayaan tahyul. Contoh: Khurafat, Jangan Pandang Belakang. Penggunaan bahasa pasar yang kian meluas. Elemen sastera tidak lagi disisipkan. Seni Tarian, Muzik menerima pengaruh daripada luar khususnya barat. Semangat kejiranan: Zombie Kg Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Estet.

MEDIA KOMUNIKASI (rakaman drama , radio dan TV)Rakaman Drama Radio Drama yang dimainkan di stesen - stesen radio. Contohnya, Klasik fm. Melaka fm. Kategori drama radio : Panggung Drama (30 minit) Drama Khas (30 minit) Drama Bersiri (12 episod) Sketsa (5 minit)

Rakaman Drama Televisyen Drama yang disiarkan di stesen televisyen RTM, TV3, Astro dan sebagainya. Contoh, slot Akasia TV3 bertajuk Sebenarnya Saya Isteri Dia - menggunakan daun senduduk sebagai alat untuk menghentikan peredaran darah, perkahwinan ( bersanding)

TAJUK 13: TASAWUR DAN KOSMOLOGI MSYRAKAT MLYU Setiap bangsa dalam dunia, walaupun primitif, mempunyai kosmologi tersendiri. Setiap bangsa, sama ada berdasarkan kitab wahyu, mitos, atau falsafah pemikiran warisan turun temurun, mempunyai tanggapan tersendiri tentang penciptaan alam semesta dan pemikiran yang berkaitan dengannya. Walaupun kosmologi Melayu moden lebih dipengaruhi oleh kosmologi Islam, namun tamadun Melayu yang pernah berada di bawah pelbagai pengaruh budaya sebelum Islam, maka kosmologi tersebut turut mengambil tempat di celah-celah pentafsiran kosmologi Melayu Islam. Orang Melayu silam turut mempunyai konsep kosmologi yang dipengaruh oleh budaya animisme, Hindu dan Buddha. Mereka memuja semangat, dan penunggu; mereka membaca mentera yang menyebut asal kejadian alam dan makhluknya. Mereka memohon perlindungan daripada penunggu pokok dan gua. Mereka meminta pertolongan jin dan syaitan dalam perubatan dan sihir. Mereka mempunyai banyak mitos yang menyebut balik tentang mitos kayangan ini seperti peranan yang dimainkan oleh Sri Rama, Siti Dewi, Raja Muda Laksmana, Hanuman Kera Putih dalam plot ceritanya yang jelas menunjukkan terdapat unsur kehinduan di dalam persembahan itu. Wayang kulit yang merupakan warisan budaya silam menjadikan watak tersebut sebagai latar belakang persembahannya. Orang Melayu tradisional menghayati satu cara hidup yang dianggap unggul dari segi kaca mata pandangan moden semasa. Antara manifestasi keunggulan tersebut ialah apa yang terkandung dalam pandangan alam (Weltanschauung) dan budaya alam bangsa Melayu. Bagi orang Melayu tradisional, mereka melihat alam tabii ini sebagai penuh dengan makna, simbolisme, gurindam dan syair. Pandangan mereka sekali-kali tidak terhad kepada manifestasi material alam, bahkan bagi mereka dimensi fizikal yang amat penting bagi sains dan teknologi moden hanyalah satu manifestasi kecil fenomena alam ini yang kewujudannya sebenarnya bergantung kepada dimensi hakikat dan ruh yang maha seni. Penghayatan pandangan ini, misalnya, dapat diperhatikan secara praktis dalam kehidupan seharian dan kemasyarakatan mereka. Perkembangan semiotik tabii dan kosmologi kebudayaan generasi-generasi tersebut menyerap pelbagai unsur yang datang dari luar ruang budaya Melayu asli. Unsur-unsur luar tersebut datang daripada timur dan barat. Hindu, Buddhis, Islam dan Barat merupakan pengaruh yang memberi kesan kepada pembentukan semiotik dan kosmologi Melayu. Namun demikian, intipati semiotik dan kosmologi Melayu masih terpelihara. Oleh itu dalam "alam Melayu," haiwan, tumbuh-tumbuhan dan batu-batan mampu bercakap, bahkan bermadah secara bernas setanding dengan sebarang pujangga manusia. Alam Melayu juga dimana manusia (khasnya syaman, pawang, bomor, sufi dan wali Allah) berinteraksi dengan haiwan, tumbuhan dan batu-batan pada tingkatan yang sukar diterima dan untuk dibayangkan oleh manusia sekular. Kemampuan bertinterkasi tersebut juga merupakan landasan yang membuka jalan bagi manusia Melayu mampu hidup berharmoni dengan alam tabii. Bagi kebanyakan manusia moden, khususnya dari barat, bercakap dengan mahluk lain selain sesama manusia hanyalah dalam cerita dogeng.

TAJUK 14: KEBUDAYAAN KEBANGSAANDEFINISI DAN KONSEPDefinisi Kebudayaan keseluruhan cara hidup manusia.

Kepentingan kebudayaan Berperanan penting dalam proses pembangunan negara, di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Apakah itu Dasar Kebudayaan Kebangsaan? Satu dasar yang digubal pada tahun 1971 sejak merdeka disebabkan tiada arah dalam mewujudkan kebudayaan kebangsaan. Ini disebabkan kesedaran yg rendah dan kefahaman mengenai kebudayaan, kepentingan politik yg menekankan kebudayaan kaum shj dan penekanan yg lebih kpd kemajuan ekonomi.

Rasional Dasar Kebudayaan Kebangsaan Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan merupakan langkah penting untuk mengekalkan perpaduan. Menjadi garis panduan ke arah membentuk dan mewujudkan serta mengekalkan identiti dan perpaduan dalam masyarakat. Akan menentukan sifat-sifat yang terbaik dan mulia bagi membina bangsa yang bersatu padu dan berdaya saing

PRINSIP

Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Melaka merupakan pusat perkembangan, penyebaran dan warisan kebudayaan Melayu. Kebudayaan serantau digambarkan dengan penggunaan Bahasa Melayu. Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan teras dalam Kebudayaan Kebangsaan

Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai. Unsur-unsur budaya asing, Cina, Arab, India dan sebagainya Kesesuaian dan penerimaan dalam penyerapan kebudayaan bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dalam Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara

Islam menjadi unsur penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Peringkat tertinggi - sepatutnya menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam Peringkat kedua - menerapkan budaya-budaya lain yang tidak bertentangan dengan budaya Islam

PELAKSANAAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa. Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan. Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

TAJUK 15; KEBUDAYAAN KEBANGSAANISU DAN PRMASALAHAN Setelah lebih 50 tahun merdeka, masih belum dapat lihat satu bentuk kebudayaan Malaysia yang jitu. Setiap kaum & etnik masih kuat menyuarakan & meminta hak yg lebih luas utk mengamalkan kebudayaan masing-masing. Media sosial spt elektronik & cetak terpaksa melayan permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing Kebudayaan kebangsaan Malaysia jelas masih terbahagi mengikut kebudayaan kaum & etnik yg pelbagai. Malaysia lebih dilihat di mata dunia sebagai negara pelbagai kaum dan pelbagai budaya. Ada kebudayaan yang sesuai diamalkan oleh semua rakyat Malaysia dan ada yang tidak sesuai. Jurang interaksi antara murid SK & SKJ sehinggalah ke peringkat tertinggi. Banyak universiti swasta didominasi oleh satu-satu kaum sbg majoriti. Bahasa Melayu tidak digunakan sepenuhnya sebagai bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa kebangsaan. Generasi muda yang tidak berminat terhadap kebudayaan. Kecanggihan teknologi dan arus permodenan semakin lama semakin mengaburkan nilai kebudayaan.

KEDUDUKAN YG TRKINI Gagasan 1Malaysia yang diangkat oleh PM Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sedikit sebanyak membantu membentuk kelikatan perpaduan dan jalinan budaya antara kaum. Sambutan perayaan diraikan di peringkat kebangsaan dengan mengadakan rumah terbuka. Mewujudkan tarian 1 Malaysia, senam seni, festival citrawarna Malaysia untuk menzahirkan kebudayaan kebangsaan. Penciptaan lagu-lagu melibatkan bahasa-bahasa kaum di Malaysia dan menggunakan alat-alat muzik semua kaum serta disiarkan di media elektronik. Pengenalan baju kebangsaan baju batik dipakai setiap hari Khamis oleh penjawat awam.

BNTUK BUDAYA PD MASA AKAN DTG Proses globalisasi baik melalui media massa atau komunikasi langsung dan perbagai informasi yang terbuka mengakibatkan pelbagai kebudayaan di dunia bertemu dan terjadi percampuran kebudayaan yang lebih besar. Perubahan yang terjadi dalam budaya masyarakat merupakan hasil dari pertemuan antara nilai yang satu dengan yang lain. Budaya masa kini & akan datang antaranya ialah:i. Hip-hop dan K-Popii. Amalan pertuturan manglishiii. Tayangan filem yang seolah-olah tidak ditapisiv. Gaya hidup barat cth sesi pre dan post wedding photos dan lamaran gaya barat.v. Perkahwinan sama jenis