NOTA PAI T5
-
Upload
wan-nur-hidayah -
Category
Documents
-
view
269 -
download
9
Transcript of NOTA PAI T5
tilawah dan hadis tingkatan 5
BAB 1 : LAYANAN BAIK TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM
(SURAH AT-TAUBAH : 6)
1. Hukum membaca ’Basmallah’ dan ’Isti’azah’
a. Hukum membaca ’Basmallah’ adalah sunat pada setiap awal surah, kecuali surah at-Taubah kerana surah ini diturunkan dalam kemurkaan Allah kepada orang-orang munafiq.
b. Hukum membaca ’Isti’azah’ ( ) adalah sunat muakkad setiap kali hendak memulakan bacaan al-Qur’an, sama ada di awal atau pertengahan ayat.
2. Perintah Allah Dalam Surah at-Taubah Ayat 6 :
a. Orang Islam wajib memberikan perlindungan atau bantuan kepada orang bukan Islam yang meminta bantuan.
b. Dalam tempoh tersebut, umat Islam perlu memberikan layanan yang baik dan menjelaskan tentang Islam sekiranya diminta.
c. Di samping perlindungan, mereka juga perlu ditempatkan di tempat yang aman dan selamat
3. Kepentingan Memberi Layanan Baik Kepada Orang Bukan Islam
a. Menarik perhatian mereka supaya mendekati dan memahami Islam
b. Suapaya mereka dapat melihat keindahan ajaran Islam
c. Umat Islam menjadi contoh dan teladan kepada umat lain.
d. Menjadi medium untuk menyebarkan Islam kepada mereka.
4. Strategi Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk:
a. Mengamalkan akhlak mulia/yang dianjurkan oleh Islam dalam perhubungan dan pergaulan.
b. Mewujudkan suasana yang aman dan harmoni dalam masyarakat.
c. Menggunakan teknologi modern dalam menyampaikan dakwah, contohnya media elektronik dan media cetak untuk menyempaikan mesej dakwah.
d. Mengadakan sesi perbincangan dengan baik untuk menjelaskan tentang ajaran Islam yang sebenar.
5. Islam : berasal daripada perkataan salam yang membawa maksud sejahtera, selamat, aman dan damai kerana Islam sentiasa menganjurkan perdamaian dan kebajikan kepada semua manusia.
6. Kesan Peperangan
a. Kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda
b. Kemajuan ekonomi terbantut
c. Kekuatan pertahanan negara berkurangan
7. Kebaikan Perdamaian
a. Rakyat hidup dalam keadaan selesa
b. Pembangunan negara dapat dikembangkan
c. Ekonomi negara akan kuat dan mantap
d. Pendidikan rakyat dapat diteruskan.
8. Pengajaran Ayat
a. Orang Islam wajib memberikan perlindungan kepada orang bukan Islam untuk menyampaikan ajaran Islam kepada mereka.
b. Kita wajib mengekalkan keamanan yang sedang dinikmati supaya kelestarian hidup generasi akan datang dapat diteruskan
c. Umat Islam wajib menunjukkan teladan yang baik kepada orang bukan Islam untuk membuktikan keindahan Islam.
9. Soalan Pengukuhan :
SPM 2007
a. Berdasarkan ayat di atas, apakah tujuan Islam memberi perlindungan kepada orang bukan Islam?(2m)
b. Cadangkan 2 cara memberi perlindungan kepada orang bukan Islam yang berminat ke arah Islam (4m)
c. Namakan 2 pertubuhan yang berperanan membantu orang yang baru memeluk Islam di Malaysia.(2m)
SPM 2005
a. Apakah sebab diperintahkan perlindungan tersebut.(2m)
b. Nyatakan bentuk perlindungan yang boleh diberikan.(2m)
c. Jelaskan 2 kesan positif perlindungan tersebut terhadap Islam.(4m)
Catatan :
BAB 2: NABI MUHAMMAD S.A.W UTUSAN ALLAH
(SURAH AT-TAUBAH AYAT 129)
1. Intisari ayat :
a. Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan Allah.
b. Baginda amat mengambil berat tentang umatnya.
c. Baginda sangat kasih kepada orang-orang yang beriman.
d. Baginda akan meminta pertolongan daripada Allah sekiranya manusia menentang dakwah baginda.
2. Hikmah Nabi Muhammad dipilih di kalangan manusia:
a. Membuktikan bahawa syariat Islam mampu dilaksanakan oleh manusia
b. Memudahkan manusia menerima Islam
c. Memudahkan manusia mencontohi Rasulullah s.a.w
d. Memudahkan manusia berkomunikasi dengan Rasulullah s.a.w
3. Kasih Sayang Rasulullah s.a.w Terhadap Umatnya
a. Penentangan penduduk Taif terhadap Raulullah s.a.w – baginda menolak tawaran Jibril untuk memusnahkan kampung tersebut, sebaliknya baginda berdoa agar mereka diberikan hidayah oleh Allah
b. Menjelang kewafatan, baginda masih lagi berulang kali menyebut tentang umat baginda.
4. Amalan-amalan sebagai tanda mengasihi Rasulullah s.a.w:
a. Sentiasa berselawat ke atas baginda
b. Mengamalkan dan menghidupkan sunnah baginda
c. Melaksanakan segala ajaran baginda
d. Menegakkan syiar Islam di muka bumi.
5. Kelebihan Mengasihi Rasulullah s.a.w
a. Mendapat syafaat Rasulullah s.a.w
b. Mendapat petunjuk dan hidayah Allah/keberkatan
c. Kebahagiaan dunia dan akhirat
6. Tawakkal
a. Definisi : Berserah kepada Allah setelah berusaha
7. Peranan Tawakkal
a. Dapat mencapai kejayaan dan kemajuan
b. Menanam sifat sabar dan redha
c. Rajin berusaha dan bersungguh-sungguh
d. Tidak mudah berputus asa
8. Pengajaran Ayat :
a. Rasul diutuskan di kalangan manusia untuk membuktikan bahawa Islam mampu dilaksanakan oleh semua manusia
b. Kita hendaklah mengamalkan sunnah Rasulullah sebagai tanda kasihkan baginda
c. Bertawakkal adalah asas kejayaan dalam berdakwah.
9. Soalan Pengukuhan :
SPM 2009
a. Apakah maksud tawakkal?(2m)
b. Nyatakan dua cara anda mengasihi Rasulullah s.a.w (2m)
c. Terangkan 2 peranan tawakkal kepada pendakwah dalam menyampaikan ajaran Islam.(4m)
SPM 2006
a. Nyatakan 2 contoh kasih sayang Rasulullah s.a.w terhadap umatnya(2m)
b. Terangkan kepentingan tawakkal dalam berdakwah (2m)
c. Terangkan 2 sebab Allah SWT mengutus rasul dari kalangan manusia. (4m)
d. Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda mencontohi sifat kasih sayang
Rasulullah s.a.w (2m)
SPM 2004
a. Jelaskan maksud tawakkal. (2m)
b. Bagaimanakah sifat tersebut dapat membantu kejayaan dakwah Islam ?(4m)
Catatan:
BAB 3 : BATAS-BATAS PERGAULAN
(SURAH AN-NUR AYAT 30 – 31)
1. Intisari ayat :
a. Allah memerintahkan mukmin lelaki dan perempuan supaya menjaga kehormatan diri serta menutup aurat
b. Mukmin dan mukminah diperintahkan juga supaya mengelakkan diri daripada melihat perkara mungkar
c. Mukminah diharamkan mendedahkan perhiasan diri kecuali yang zahir sahaja
d. Mukmin dan mukminah yang melakukan perkara tersebut hendaklah bertaubat
2. Kewajipan Memelihara Maruah dan Kehormatan Diri
a. Umat Islam diwajibkan menjaga maruah. Cara-cara menjaga maruah diri :
i. Tidak memandang perkara-perkara yang diharamkan
ii. Memelihara diri dengan menjauhi perkara-perkara maksiat
iii. Menutup aurat
b. Kelebihan/hikmah menjaga maruah diri:
i. Dipandang mulia oleh orang lain
ii. Mengelakkan berlakunya fitnah atau gangguan yang memudharatkan.
iii. Lahir masyarakat yang bermoral dan bermaruah
c. Batasan aurat
Aurat lelaki Antara pusat hingga ke lututAurat perempuan i. Bersama dengan
perempuan Islam /
muhrim :
Antara pusat hingga ke
lututii. Bersama dengan lelaki
bukan muhrim :
Seluruh anggota badan
kecuali muka dan tapak
tangan
3. Pengajaran Ayat :
a. Wajib ke atas lelaki dan perempuan menghindari daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan
b. Kita wajib menjaga kemaluan daripada perkara-perkara yang diharamkan seperti zina, liwat, onani dan sebagainya.
c. Haram bagi perempuan melakukan perkara yang boleh mendatangkan fitnah, contohnya berhias secara berlebihan.
d. Haram berpakaian ketat dan nipis yang boleh menampakkan bentuk badan.
4. Soalan Pengukuhan
SPM 2008
a. Siapakah yang dimaksudkan oleh Allah SWT supaya mengawal pandangan mata
dan memelihara maruah? (2m)
b. Nyatakan 2 cara mengawal pandangan mata.(2m)
c. Terangkan 2 usaha untuk menjaga batas pergaulan di kalangan ahli keluarga.(4m)
SPM 2006
a. Apakah yang dimaksudkan dengan menjaga pandangan?(2m)
b. Terangkan 2 kebaikan menjaga kehormatan diri (4m)
c. Nyatakan 2 hikmah Islam mewajibkan umatnya menutup aurat.(2m)
d. Bagaimanakah anda berpakaian menutup aurat menurut Islam(2m)
Catatan :
BAB 4 : HIDAYAH ALLAH SWT
(SURAH AN-NUR AYAT 35)
1. Pengertian Hidayah :
Cahaya petunjuk daripada Allah SWT yang membawa manusia ke jalan kebenaran dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
2. Golongan yang mendapat hidayah Allah :
a. Sentiasa bertasbih dan bertahmid kepada Allah
b. Menjalankan urusan jual beli tanpa lalai daripada mengingati Allah
c. Mendirikan solat fardu dan sunat
d. Mengeluarkan zakat yang difardukan
e. Takut kepada pembalasan Allah di hari kiamat
3. Cara memperolehi hidayah Allah:
a. Menuntut ilmu supaya dapat membezakan antara baik dan buruk serta senang untuk menghayati ajaran Islam.
b. Beramal dengan ilmu supaya dapat membentuk hamba Allah yang soleh.
c. Zikrullah dapat melembutkan hati dan mudah menerima kebenaran.
4. Halangan menerima hidayah :
a. Berterusan dalam kejahilan
b. Tidak berusaha untuk menuntut ilmu
c. Tidak beramal dengan ilmu
d. Bersikap sombong dan tidak mahu menerima kelemahan diri
e. Melakukan maksiat
f. Memakan makanan haram
5. Kepentingan hidayah Allah SWT
a. Mendorong manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran
b. Sanggup berjihad dan berjuang kerana Allah
c. Sentiasa menjadikan Islam sebagai satu cara hidup
d. Sentiasa ikhlas dalam setiap pekerjaan.
6. Ciri-ciri kemukjizatan Al-Qur’an :
a. Gaya bahasa al-Qur’an yang sangat indah sehingga melemahkan sasterawan arab yang hebat pada masa itu.
b. Al-Qur’an mengandungi pelbagai jenis ilmu, termasuk yang berkaitan dengan alam ghaib. Ini membuktikan al-Qur’an bukan karangan Rasulullah s.a.w
c. Allah SWT mencabar manusia supaya mencipta satu surah seperti al-Qur’an namun tiada siapa pun yang mampu menandingi kehebatan al-Qur’an.
7. Ilmu fardu ain dan fardu kifayah:
Fardu Ain Fardu KifayahIlmu yang wajib dipelajari bagi menyempurnakanagamanya
Contohnya :
Ilmu yang wajib dipelajari oleh sebahagian umat Islam bagi menyempurnakan hubungan sesama
Cara bersolatmanusia
Contohnya :
Ilmu perubatan
8. Kepentingan ilmu kepada orang beriman :
a. Membezakan antara baik dan buruk
b. Melakukan ibadah dengan betul
c. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan
d. Memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat
9. Pengajaran ayat :
a. Hidayah Allah menerangi hati orang mukmin umpama cahaya yang menerangi alam
b. Manusia perlu berusaha bagi mendapatkan hidayah Allah
c. Menuntut ilmu adalah satu kewajipan dan salah satu cara untuk memperoleh hidayah Allah
d. Kita wajib menguasai ilmu fardu ain dan fardu kifayah untuk menjadi pakar dalam kedua-dua bidang.
10. Soalan-soalan yang berkaitan :
a. Nyatakan kepentingan hidayah kepada seseorang .
b. Implikasi tidak mendapat hidayah Allah.
c. Jelaskan hujjah yang membuktikan bahawa al-Qur’an bukan kitab rekaan Nabi Muhammad saw.
d. Bagaimanakah cara untuk memperoleh hidayah Allah melalui al-Qur’an.
11. Info :
a. Khadijah binti Khuwailid r.a : isteri Rasulullah dan orang yang pertama memeluk Islam.
b. Istilah :
i. Tahlil :
ii. Takbir :
iii. Tasbih :
iv. Tahmid :
Catatan :
BAB 5 : PERIBADI MUKMIN
(SURAH AS-SAJDAH: AYAT 15-16)
1. Ciri-ciri Orang Beriman :
a. Sentiasa sujud kepada Allah
b. Sentiasa mengingati Allah/zikrullah
c. Tidak takbur/bersifat tawadduk
d. Melazimi qiamullalil
e. Menginfakkan harta untuk jalan Allah
2. Kelebihan-kelebihan amalan:
Amalan KelebihanSujud kepada
Allahi. Jiwa akan tenang
ii. Membentuk peribadi mulia
iii. Menjauhkan godaan syaitanZikrullah i. Mendorong ke arah kebaikan
ii. Ikhlas dalam beribadah
iii. Tidak mengabaikan perintahNyaTidak takbur/
tawadhuki. Dikasihi oleh Allah dan
orang ramai
ii. Sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah
iii.Bersedia menerima kelemahan diri
Melazimi qiamullalil
i.Sumber kekuatan rohani dan jasmani
ii.Memantapkan keimanan dan ketakwaan
iii.Melahirkan muslim berakhlak mulia
Menginfakkan harta untuk jalan Allah
i. Membantu golongan fakir miskin
ii.Membiayai program gerakan dakwah
iii.Membantu pelajar-pelajar miskin untuk menyambung pelajaran.
3. Orang yang beriman dan kufur
Kelebihan orang yang beriman
Keburukan orang yang kufur
a. Tenteram dan tenang hidup
a. Dilanda kegelisahan dalam hidup
b.Cenderung dan gemar melakukan amal ibadah
b. Berterusan melakukan maksiat
c. Sabar dan tabah dalam kehidupan
c. Mudah berputus asa dan kecewa
d.Disenangi oleh semua orang
d. Dibenci oleh masyarakat
4. Kepentingan pembangunan berasaskan keimanan
a. Menghindari sifat-sifat mazmumah
b. Pembangunan yang memberi kebaikan/keuntungan untuk semua
c. Keindahan alam sekitar terpelihara
5. Akibat pembangunan yang tidak berlandaskan keimanan
a. Melahirkan individu yang bersifat tamak/mementingkan diri sendiri
b. Berlaku pelbagai bencana alam
c. Pelbagai masalah social akan wujud dalam masyarakat.
6. Jenis-jenis sujud:
Jenis Sebab PerlaksanaanTilawa
hApabila membaca/mendengar ayat sajadah
Sekali sujud, di luar atau dalam solat
Sahwi - Menambah /mengurangkan rukun solat secara tidak sengaja
- Meninggalkan sunat ab’ad secara sengaja atau tidak sengaja
Dua kali sujud, sebelum salam
Syukur Apabila mendapat nikmat atau terlepas daripada bala
Sekali sujud di luar solat
7. Pengajaran ayat :
a. Umat Islam disunatkan membanyakkan selawat dan berzikir kepada Allah untuk melembutkan hati mukmin
b. Allah menjanjikan ganjaran yang besar kepada orang yang melazimi qiamullalil
c. Orang mukmin bersifat tawadhuk kerana mereka menyedari kekurangan diri berbanding kebesaran Allah
d. Islam menggalakkan kita mencari harta yang halal dan menginfakkan harta untuk jalan Allah
8. Catatan:
Huruf Muqatta’ah : Huruf tunggal pada awal surah yang hanya difahami oleh Allah.
9. Soalan Pengukuhan
SPM 2008
a. Apakah yang dimaksudkan ‘tidak takbur( ) dalam ayat di atas (2m)
b. Senaraikan 4 ciri orang yang beriman(4m)
c. Qiamullail ialah bangun malam untuk melakukan ibadah.Nyatakan 2 jenis ibadah semasa qiamullail (2m)
SPM 2004
a. Nyatakan 2 ciri orang yang beriman yang terdapat dalam ayat di atas. (2m)
b. Jelaskan 2 cara berdoa seprti yang disarankan dalam ayat di atas.(4m)
c. Terangkan 2 kebaikan menghayati budaya infak dalam masyarakat (4m)
Catatan :
BAB 6 : KEMULIAAN AL-QUR’AN
(SURAH AL-HASYR : AYAT 21-24)
1. Keistimewaan al-Qur’an :
a. Mukjizat agung Rasulullah s.a.w
b. Kandungan al-Qur’an lengkap, merangkumi semua aspek kehidupan manusia
c. Ajarannya sesuai dilaksanakan untuk semua bangsa, tempat dan masa
d. Terpelihara daripada sebarang perubahan dan penyelewengan hingga kiamat
e. Tiada makhluk yang dapat menandingi keindahan bahasanya.
f. Membimbing manusia menuju kebahagiaan dunia dan akhirat
d. Setiap huruf yang dibaca dikira ibadah dan diberi pahala.
2. Cara menghayati al-Qur’an :
e. Istiqamah dalam membaca al-Qur’an
f. Memahami dan mengamalkan kandungan al-Qur’an dalam kehidupan seharian
g. Sentiasa mempelajari dan mendalami isi kandungan al-Qur’an
h. Membawa al-Qur’an dengan bertajwid dan bertaranum
3. Asmaul Husna berdasarkan ayat 21 - 24
a. Ar-Rahman (Maha Pemurah)
b. Ar-Rahim(Maha Pengasih)
c. Al-Malik (Maha Penguasa)
d. Al-Quddus (Maha Suci)
e. As-Salam (Maha Sejahtera)
f. Al-Mukmin (Maha Pemelihara Keamanan)
g. Al-Muhaimin (Maha Pengawasterhadap makhluknya)
h. Al-Aziz (Maha Mulia)
i. Al-Jabbar (Maha Perkasa)
j. Al-Mutakabbir (Maha Agung)
k. Al-Khaliq (Maha Pencipta)
l. Al-Bari’ (Maha Menjadikan)
m. Al-Musawwir (Maha Pembentuk)
Al-Hakim (Maha Bijaksana
4. Cara makhluk lain patuh kepada Allah
a. Pokok, batu dan haiwan sentiasa bertasbih kepada Allah dengan cara tersendiri.
b. Matahari dan bulan/ alam cakerawala patuh dengan beredar di paksinya mengikut ketentuan Allah.
c. Tumbuhan tumbuh, berbunga dab berbuah mengikut musim yang telah ditetapkan oleh Allah
d. Musim panas, tengkujuh dan sejuk berubah mengikut ketentuan Allah
5. Perbandingan antara bukit dan orang yang engkar kepada Allah SWT
a. Persamaan antara bukit dan orang engkar : Bukit kuat dan keras, sukar untuk dihancurkan. Manakala orang yang engkar juga mempunyai hati yang keras dan susah untuk menerima kebenaran serta bersikap kasar.
b. Perbezaan antara bukit dan orang yang engkar : Bukit boleh hancur musnah dengan kehebatan al-Qur’an dan kerana takutkan Allah SWT. Manakala orang yang engkar pula sombong dan tidak takut apabila dibacakan ayat Allah
6. Pengajaran ayat :
a. Allah SWT memerintahkan kita supaya mengambil iktibar daripada peringatan-peringatanNya yang terdapat dalam al-Qur’an
b. Gunung ganang yang kuat dan kukuh akan runtuh sekiranya diturunkan al-Qur’an keatasnya kerana keagungan al-Qur’an
c. Haiwan dan tumbuhan sentiasa tunduk dan bertasbih kepada Allah SWT.
d. Allah SWT Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib
e. Allah SWT memiliki nama yang agung lagi suci supaya manusia mengambil iktibar daripada nama-nama tersebut.
7. Soalan Pengukuhan
SPM 2005
Dalam ayat di atas Allah SWT membuat contoh perbandingan antara manusia dengan bukit apabila diturunkan al-Qur’an
a. Apakah yang anda faham dengan perbandingan tersebut?
b. Nyatakan empat Asmaul Husna yang terdapat dalam ayat tersebut.
c. Terangkan maksud potongan ayat berikut :
Catatan :
SPM 2007
a. Berdasarkan ayat di atas, senaraikan empat Asmaul Husna.
b. Terangkan dua keistimewaan al-Qur’an
SPM 2009
a. Mengapakah digambarkan gunung akan hancur apabila diturunkan al-Qur’an kepadanya? (2m)
b. Nyatakan 2 cara menghayati al-Qur’an
c. Terangkan 2 keistimewaan al-Qur’an
BAB 7 : KEHIDUPAN DIDUNIA IBARAT SEORANG PERANTAU
1. Intisari Hadis :
a. Dunia ini adalah tempat persinggahan untuk menuju akhirat
b. Dunia adalah tempat untuk mencari bekal
c. Seorang muslim wajib menghargai masa dan tidak melengah-lengahkan.
2. Kehidupan di Dunia Adalah Sementara
a. Realiti hidup dunia :
i. Hidup dunia terlalu singkat berbanding akhirat
ii. Dunia tempat manusia mencari bekalan /amalan untuk kehidupan akhirat
iii. Manusia tidak boleh leka dengan nikmat dunia hingga melupakan tempat tujuan asal iaitu akhirat.
b. Persamaan antara kehidupan dunia dan perantau:
i. Mempunyai tempat tuju/destinasi
Perantau : kampung halaman
Dunia : akhirat
ii. Tempoh yang singkat : tidak kekal
iii. Bekalan
Perantau: dlm bentuk material @ keperluan asas
Dunia : sebagai tempat mencari bekal untuk akhirat
3. Teknik Pengurusan Masa Secara Efektif
a. Merancang penggunaan masa dengan aktiviti yang berfaedah : masa beribadah, mengulang kaji, berehat.
b. Menyegerakan tugasan atau kerja
c. Menentukan wawasan hidup supaya menjadi insan yang lebih berdisiplin.
d. Menyediakan jadual peribadi dan menepatinya.
4. Kelebihan Menyegerakan Segala Urusan Kehidupan
a. Dimuliakan Allah dan RasulNya
b. Urusan dapat disempurnakan dengan berkualiti dan mengikut jadual
c. Menyumbang ke arah kemajuan negara kerana lebih produktif dan hasil kerja yang lebih berkualiti.
5. Implikasi menangguhkan kerja @ urusan :
a. Hidup dalam keadaan resah dan gelisah
b. Hasil kerja yang tidak berkualiti, produktiviti menurun
c. Tidak disukai majikan dan orang sekeliling.
6. Bekalan-bekalan Untuk Hari Akhirat
a. Taqwa
b. Amal ibadah yang fardu
c. Amalan sunat
d. Menjaga hubungan baik sesama manusia.
7. Pengajaran Hadis
a. Tempoh kehidupan manusia di dunia terlalu singkat berbanding kehidupan di akhirat yang kekal abadi.
b. Manusia hendaklah menggunakan tempoh kehidupan di dunia sebaik mungkin
c. Islam melarang kita menangguh-nangguhkan urusan kehidupan.
d. Seorang muslim hendaklah menguruskan masanya dengan bijak.
8. Soalan Pengukuhan
SPM 2004
a. Berdasarkan hadis di atas, jelaskan 3 cara anda menguruskan masa belajar dengan baik. (6m)
SPM 2005
a. Nyatakan 2 bentuk nasihat yang boleh dijadikan amalan untuk hidup bahagia di dunia dan akhirat. (4m)
b. Terangkan maksud potongan hadis berikut : (2m)
SPM 2006
a. Apakah maksud perantau dalam hadis di atas?(2m)
b. Nyatakan dua cara pengurusan masa yang dituntut dalam hadis (2m)
c. Nyatakan 2 amalan yang perlu untuk bekalan ke akhirat (2m)
SPM 2007
a. Berdasarkan hadis di atas, huraikan pernyataan ”dunia ialah tempat persinggahan” (2m)
b. Rasulullah s.a.w juga berpesan supaya membuat persediaan untuk hari akhirat. Nyatakan pesanan Rasulullah s.a.w yang lain.(2m)
c. Nyatakan akibat mengabaikan pesanan Rasulullah s.a.w (2m)
SPM 2008
a. Nyatakan 2 amalan yang sewajarnya dilakukan semasa sihat.(2m)
b. Nyatakan 2 cara pelajar menguruskan masa yang bijak. (2m)
c. Terangkan kebaikan menguruskan masa dengan bijak.(4m)
BAB 8: ORANG BERIMAN KEKASIH ALLAH
1. Intisari Hadis :
a. Allah mengharamkan permusuhan dengan orang yang beriman dan bertaqwa
b. Untuk mencapai kedudukan yang tinggi di sisi Allah kita mesti mentaati segala perintahNya dan memperbanyakkan amalan sunat.
c. Apabila seseorang itu dikasihi oleh Allah, akan diberi petunjuk kepadanya untuk melakukan kebaikan serta memperkenankan doanya.
2. Wali Allah
a. Takrif : manusia biasa yang beriman, bertqwa, beristiqamah melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya secara zahir dan batin.
3. Ciri-ciri Orang Soleh
a. Mempunyai ilmu yang tinggi tentang Allah
b. Sentiasa beramal dengan ilmu secara ikhlas dan istiqamah untuk mencapai darjat tertinggi di sisi Allah
c. Mempunyai akhlak yang mulia/mahmudah, contohnya : bertolak ansur, bersangka baik dan suka membantu.
4. Amalan-amalan Sunat Yang Boleh Mendekatkan Diri kepada Allah:
a. Solat sunat
b. Puasa sunat
c. Membaca al-Qur’an
d. Berzikir
e. Berdoa
5. Kelebihan-kelebihan Orang Yang Melakukan Ibadah Nawafil.
a. Ibadah Nawafil?
i. Amalan-malan sunat seperti solat dhuha, puasa enam hari dalam bulan syawal.
b. Kelebihan-kelebihan Orang Yang Melakukan Ibadah Nawafil.
i. Disayangi Allah dan Rasul
ii. Allah memelihara segala anggotanya daripada melakukan perkara maksiat.
iii. Dapat merasai nikmat kemanisan ibadah
iv. Allah memakbulkan doanya.
6. Pengajaran Hadis.
a. Orang mukmin wajib melaksanakan segala perkara yang difardukan keatasnya dengan penuh ketaatan.
b. Kekasih Allah ialah orang mukmin yang melakukan banyak ibadah nawafil
c. Orang yang hampir kepada Allah ialah orang mukmin yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.
d. Allah memperkenankan doa orang yang hampir kepadanya.
7. Soalan-soalan Pengukuhan :
Nota Ibadah Tingkatan 5Tajuk-tajuk Ibadah Tingkatan 5
Nota Ibadah Tingkatan 5:
1. Konsep Perkahwinan Dalam Islam:
a. Selaras dengan fitrah manusia yang memerlukan pasangan
b. Mendapatkan zuriat yang soleh
c. Memupuk sikap tanggung jawab
2. Pengertian Perkahwinan
a. Bahasa : Cantum /himpun
b. Istilah Syarak :
Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa yang membawa maksud nikah untuk menghalalkan persetubuhan lelaki dan perempuan
3. Hukum Perkahwinan :
Hukum KeteranganHarus Tiada tuntutan mendesak atau
tiada perkara yang mengharamkannya
Wajib Mampu zahir dan batin,dikhuatiri terlibat dengan zina
Sunat Mampu zahir dan batin, tidak dikhuatiri terlibat dengan zina
Makruh Tidak mampu nafkah zahir tetapi berkeinginan berkahwin
Haram Tidak mampu atau melakukan kezaliman kepada pasangan.
4. Hikmah Perkahwinan :
a. Menjamin Kesihatan – mengelakkan daripada penyakit kelamin
b. Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani
c. Menjalinkan silaturrahim antara kedua belah pihak
d. Memberi ketenteraman kepada suami dan isteri.
5. Asas Pembinaan Rumah Tangga untuk Menjamin Kebahagiaan :
a. Iman dan takwa
b. Kasih sayang dan kasihan belas
c. Pergaulan yang baik
6. Persediaan Sebelum Memasuki Gerbang Perkahwinan :
a. Ilmu dan akhlak
b. Fizikal dan mental
c. Ekonomi yang stabil
7. Implikasi Perkahwinan Yang Tidak Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam:
Implikasi KeteranganDiri - Dikenakan tindakan undang-
undang
- Dipandang serongKeluarga - Nama baik keluarga akan
tercemar.
Masyarakat - Menjadi kucar kacir kerana tidak menghormati undang-undang
8. Langkah Mengatasi Masalah Perkahwinan Yang Tidak Mengikut Undang-Undang Islam :
Langkah KeteranganPerhatian ibu bapa/ masyarakat
Pastikan perkahwinan mengikut undang2
Program agama Memberikan penjelasan tentang undang-undang keluarga Islam
Tindakan undang-undang
Penguatkuasaan dan perlaksanaan kepada yang melanggar hokum syarak dan undang2
9. Kaifiyat Perkahwinan :
a. Ciri-ciri Bakal suami dan Isteri
Ciri-ciri Umum Ciri-ciri berdasarkan Hadis Rasulullah s.a.w
-Beriman, bertaqwa, berilmu, bertimbang rasa dan bertanggungjawab
- Harta
- Keturunan
- Kecantikkan
- Agama
10. Wanita Yang Haram Dikahwini :
- Terbahagi kepada dua bahagian :
a. Haram Selama-lamanya :
Faktor ContohKeturunan/
Nasabi. Ibu, nenek keatas
ii. Anak , cucu ke bawah
iii. Adik beradik seibu
sebapa/ sebapa/ seibu
iv. Ibu saudara sebelah ibu/bapa keatas
v. Anak saudara dari adik beradik seibu sebapa/seibu/ sebapa ke bawah
Penyusuan/ar-Radha’ah
Syarat penyusuan:
1. Sekurang-kurangnya 5 kali kenyang
2. Bayi yang berumur 2 tahun atau kurang
i. Ibu susuan ke atas
ii. Anak susuan ke bawah
iii. Adik beradik susuan
iv. Ibu saudara/ adik beradik ibu susuan @ suami
v. Anak saudara dari adik beradik susuan ke bawah
Persemendaan / al-Musaharah
i. Ibu tiri ke atas(sama ada disetubuhi atau tidak)
ii. Menantu (anak atau cucu) ke bawah (disetubuhi atau tidak)
iii. Ibu mertua ke atas
iv. Anak tiri ke bawah apabila disetubuhi ibunya
b. Haram Sementara:
i. Perempuan yang ditalak 3
ii. Perempuan yang bersuami
iii. Masih dalam iddah
iv. Sedang hamil hasil perzinaan
v. Tidak beragama samawi
vi. Mengumpul bersama muhram dalam satu masa
vii. Perempuan kelima bagi suami yang mempunyai 4 orang isteri.
11. Merisik
a. Pengertian :
Langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang
b. Hukum melihat bakal tunangan : disunatkan melihat muka dan tangan sahaja
c. Tujuan melihat :
i. Berpuas hati dengan pilihan
ii. Mengelakkan penipuan
iii. Terjamin kebahagiaan rumah tangga
12. Meminang
a. Pengertian :
Lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri.
b. Cara/lafaz yang digunakan :
i. Soreh/jelas/berterus terang – contoh : meminang/melamar
ii. Kinayah/sindiran/kiasan – contoh menyunting
c. Hukum pemberian /hadiah :
Harus dengan syarat tidak berlaku pembaziran dan tiada unsur-unsur maksiat
d. Batas pergaulan dalam tempoh bertunang :
Mereka masih dianggap sebagai orang asing/ajnabi, diharamkan bergaul bebas dan keluar berdua-duaan tanpa ditemani muhram
13. Rukun nikah dan syarat-syarat
Bil Rukun Syarat1 Bakal
suamii. Islam
ii. Lelaki
iii. Tidak beristeri empat pada satu masa
iv. Bukan dalam ihram haji/umrah
v. Bukan muhrim2 Bakal
isterii. Islam / ahli kitab
ii. Perempuan
iii. Bukan isteri orang
iv. Bukan dalam idah raj’ie
v. Bukan dalam ihram haji/umrah
vi. Bukan muhrim3 Wali i. Islam
ii. Lelaki
iii. Baligh
iv. Berakal
v. Bukan dalam ihram haji/umrah
vi. Tidak ditegah daripada membelanjakan harta
vii. Merdeka4 Saksi i. Islam
ii. Dua orang lelaki
iii. Baligh
iv. Adil/tidak melakukan dosa
besar
v. Memahami lafaz ijab dan kabul
vi. Sejahtera pancaindera5 Ijab
dan kabul
Ijab : lafaz yang diucapkan oleh wali.
Syarat:
i. Dilafazkan oleh wali/wakil
ii. Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis
iii. Bukan bahasa sindiraniv. Jelas dan difahami oleh
wali, bakal suami dan saksiv. Tidak diselangi oleh
diam yang lama/perkataan yang tidak berkaitan
Kabul : jawapan penerimaan yang dilafazkan oleh bakal suami
Syarat:
i. Tidak menyalahi ijab
ii. Tidak diselangi oleh diam yang lama/perkataan yang tidak berkaitan
iii. Dilafazkan oleh bakal suami/wakil
iv. Menyebut nama bakal isteri/ganti namanya
v. Tidak dengan lafaz taklik
vi. Tidak dibataskan
tempoh masa.
14. Wali nikah
a. Pengertian : Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan
b. Bahagian :
i. Wali Nasab/Keturunan
ii. Wali Hakim: mereka yang diberi kuasa oleh sultan/pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keenganannya atau hilang kelayakan
c. Susunan wali
i.
Bapa
ii. Datuk
iii. Adik-beradik lelaki seibu sebapa
iv. Adik-beradik lelaki sebapa
v. Anak saudara lelaki daripada adik-beradik seibu sebapa dan ke atas
vi. Anak saudara lelaki daripada adik-beradik sebapa dan ke atas
vii. Bapa saudara seibu sebapa dan ke atas
viii. Bapa saudara sebapa (sebelah bapa)
ix. Sepupu lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa dan kebawah
x. Sepupu lelaki daripada bapa saudara sebapa
xi. Wali hakim
d. Sebab-sebab perpindahan kuasa wali nasab kepada wali hakim:
i. Tiada wali nasab
ii. Wali tidak dapat dikesan/ dipastikan masih hidup/mati.
iii. Wali tinggal jauh
iv. Wali dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi
v. Wali dalam ihram haji/umrah
vi. Wali meyembunyikan diri
vii. Wali setaraf bergaduh
viii. Wali sendiri yang ingin berkahwin dengan perempuan tersebut
ix. Wali enggan
15. Saksi
a. Peranan :
i. Boleh memberi keterangan sekiranya berlaku pertikaian
ii. Menjamin pernikahan itu sah
iii. Memuliakan perkahwinan
iv. Mengelakkan fitnah
16. Mahar
a. Pengertian :
Pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang @ sesuatu yang bernilai.
b. Hukum : wajib
c. Jenis-jenis :
i. Musamma : mahar yang telah ditetapkan dan dipersetujui
ii. Misil : Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut mahar saudara perempuan isteri.
d. Kadar : bergantung pada persetujuan dan budi bicara, sebaik-baiknya yang sederhana.
e. Syarat mahar : semua barang @ manfaat yang boleh dijadikan bayaran @ upah.
f. Hikmah :
i. Melahirkan keikhlasan
ii. Sebagai persiapan suami untuk memikul tanggung jawab
iii. Mengembirakan hati isteri
iv. Memulia dan mengiktiraf wanita
17. Walimatul urus
a. Pengertian :
Kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan.
b. Hukum :
Sunat muakkad mengadakannya, wajib menghadirinya tanpa keuzuran
c. Adab-adab mengadakan :
i. Sederhana, tiada pembaziran
ii. Tiada unsur-unsur maksiat /khurafat
iii. Hiburan yang tidak bertentangan dengan Islam diharuskan
iv. Tiada pergaulan bebas
d. Hikmah mengadakan :
i. Melahirkan rasa kesyukuran
ii. Melahirkan kegembiraan
iii. Tanda tahniah dan selamat
iv. Mengisytiharkan kepada orang ramai
v. Mengikut ajaran dan sunah
18. Tanggung jawab suami isteri
Aspek Tanggung jawabSuami i. Memberi nafkah zahir dan batin
ii. Memberi didikan
iii. Memberi layanan yang baikIsteri i. Mentaati suami
ii. Memelihara kehormatan diri
iii. Menjaga harta suami
iv. Memberi layanan yang baik kepada suami
v. Tinggal di rumah suamiBersama i. Memelihara dan mendidik anak-
anak
ii. Menghubungan silatur rahim keluarga kedua-dua pihak
iii. Memenuhi keprluan masing-masing
iv. Saling menghormati dan menjaga keaiban
v. Saling menasihati
a. Kesan pengabaian tanggung jawab :
i. Persefahaman akan hilang dan pergaduhan akan tercetus.
ii. Berlaku perceraian
iii. Anak-anak menjadi mangsa keruntuhan rumah tangga – hidup terbiar dan terlibat dengan gejala yang tidak sihat
iv. Masyarakat akan kucar kacir
b. Persiapan keluarga bahagia:
i. Mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang agama dan yang berkaitan dengan kekeluargaan.
ii. Persiapan ekonomi – penyediaan keprluan asas untuk isteri dan anak-anak.
iii. Persiapan akhlak – semaikan nilai-nilai murni dalam diri suami isteri supaya menjadi contoh ikutan
19. Talak
a. Pengertian :
i. Bahasa : cerai atau melepaskan ikatan
ii. Istilah : merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak, cerai atau yang membawa makna keduanya.
b. Hukum talak:
Hukum HuraianHarus hukum asalWajib apabila tidak dapat
melaksanakan kewajipan atau melakukan kezaliman
Sunat isteri memiliki akhlak yang buruk
Haram dilafazkan pada waktu haram iaitu ketika isteri sedang haid/hamil/nifas atau bertujuan untuk menganiaya
Makruh menceraikan isteri tanpa sebab atau isteri yang solehah.
c. Rukun dan syarat talak :
Rukun SyaratSuami Berakal, baligh dan kemahuan sendiriIsteri Isteri yang sah dan masih milik suamiLafaz Mempunyai maksud cerai
Terbahagi kepada dua jenis :
i. Lafaz soreh (jelas) – menggunakanperkataan talak/cerai.
Contoh : Aku ceraikan engkau
ii. Lafaz Kinayah (sindiran) – memerlukan niat suami.
Contoh: Aku bebaskan engkau
d. Hikmah talak
i.
©jah06
Memberi peluang memulakan hidup baru
ii. Sebagai pengajaran untuk memperbaiki diri
iii. Mengurangkan tekanan perasaan
iv. Menyedarkan tentang kepentingan menghayati Islam.
e. Jenis-jenis talak
Aspek JenisHukum i. Talak Sunni – yang sesuai
dengan peraturan syarak:
- Talak satu dan dua ketika isterinya suci dari haid /nifas dan tidak disetubuhi
ii. Talak Bid’ie – menyalahi peraturan syarak
- Talak tiga sekali gus
- Atau ketika isteri dalam haid/nifas
- Atau suci dari haid/nifas tapi telah disetubuhi
Kesan i. Talak Raji’e – talak satu dan dua yang boleh dirujuk dalam masa iddah
ii. Talak Bain – talak yang
tidak boleh dirujuk.
Terbahagi kepada dua :
a. Bain sughra – suami tidak boleh rujuk tetapi boleh nikah semula
- Contohnya : khuluk, fasakh, ila’, talak raji’e yang tamat tempoh iddah dan talak sebelum bersetubuh.
b. Bain kubra – talak tiga yang mengharamkan suami mengahwini semula isterinya kecuali selepas isteri berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan setelah berlaku persetubuhan.
f. Talak taklik : talak bersyarat
i. Taklik biasa : Suami berkata kepada isteri “Jika engkau keluar rumah maka engkau tertalak dengan talak satu”
ii. Taklik khuluk : suami tidak boleh merujuk isterinya kecuali dengan akad nikah baru.
20. Rujuk
a. Pengertian
i. Bahasa : Kembali
ii. Istilah : Suami yang mengambil kembali isteri yang telah diceraikan .
- isteri yang diceraikan dengan talak satu dan dua dalam masa idah
b. Rukun dan syarat rujuk :
Rukun SyaratOrang yang Islam, baligh, berakal
merujuk : suami
dan kemahuan sendiri
Orang yang dirujuk : isteri
Islam, telah disetubuhi, bukan perceraian fasakh/ khuluk/talak tiga, dan masih dalam tempoh iddah
Lafaz/sighah i. Lafaz soreh/ jelas : Aku rujuk engkau
ii. Lafaz kinayah/ sindiran : Aku pegang engkau
©jah06Syarat : Menggunakan lafaz rujuk, tidak bertaklik/bersyarat, dan tidak ditentukan masa
c. Hikmah rujuk
i. Sesuai dengan fitrah manusia
ii. Memberi peluang untuk menyambung semula hubungan
iii. Dapat memperbaiki kesilapan/kelemahan
iv. Memberi ketenteraman jiwa
v. Menyatukan semula keluarga.
21. Iddah
a. Pengertian :
i. Bahasa : Tempoh pengiraan
ii.
©jah06
Istilah : Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami.
b. Jenis dan tempoh iddah
Status isteri
Iddah
Perceraian hidup
Perceraian mati
Hamil Melahirkan MelahirkanHaid 3 kali suci 4 bulan 10
hariTiada Haid 3 bulan 4 bulan 10
hariBelum disetubuhi
Tiada iddah
4 bulan 10 hari
c. Sebab perbezaan tempoh jenis-jenis iddah
i. Iddah perempuan bercerai hidup :
1. 3 kali suci kerana dapat membersihkan rahim perempuan daripada benih bekas suami
2. Perempuan hamil : hingga melahirkan supaya perempuan dapat memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan dan kandungannya.
ii. Iddah perempuan bercerai mati : 4 bulan 10 hari sebagai tanda perkabungan dan kesedihan.
iii. Iddah permpuan yang belum disetubuhi : tiada iddah kerana rahimnya bersih dari pada benih suaminya.
d. Hikmah iddah
i. Memastikan tidak berlaku percampuran keturunan
ii. Memberi peluang untuk berfikir
iii. Memberi penghormatan kepada suami yang meninggal dan menjaga perasaan keluarganya
e. Hak dan status isteri semama dan selepas iddah
Hak semasa iddah Hak selepas iddah
i. Talak satu/dua masih dalam iddah : mendapat nafkah zahir, tempat tinggal dan harta pewarisan
Tidak lagi mempunyai hubung an dengan suami.
Bebas untuk ber kahwin dengan bekas suami atau lelaki lain
ii. Talak bain : tidak berhak mendapat nafkah zahir, kecuali tempat tinggal dan harta pewarisaniii.Kematian suami: Tempat tinggal sahaja
f. Perkara-perkara yang dilarang semasa iddah
Perkara Iddah talak Iddah kematianPeminangan Diharamkan
kepada lelaki lain, sama ada secara terang/sindiran
Diharamkan kepada lelaki lain secara terang, harus secara sindiran
Keluar rumah
Tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami kecuali keperluan yang dibenarkan syarak
Tidak boleh keluar rumah kecuali keperluan yang dibenarkan syarak
Berhias diri Dalam iddah raji’e : harus
Dalam iddah bain : sunat
Diharamkan
Perkahwinan Diharamkan dengan lelaki lain
Diharamkan
22. Fasakh dan Khuluk
Aspek Fasakh KhulukDefinisi Bahasa: Batal Bahasa:Mencabut
Istilah : Pembatalan ikatan perkahwinan oleh pihak kadi/mahkamah syari’ah
/
tanggal
Istilah : Perceraian antara suami isteri dengan lafaz talak khuluk atau bayaran tertentu
Hukum HarusSebab-sebab
1.Suami tidak
memberi nafkah
zahir/batin.
2.Suami ber
penyakit yang
sukar diubati
3.Suami
melakukan
kezaliman
4.Suami hilang
/ghaib (Mazhab
Hanbali – 6 bln,
Mazhab Maliki
-1 tahun, dan
Mazhab as-
Syafi’e – 4thn)
5.Suami murtad
Atas permintaan isteri
Proses Isteri menuntut Isteri meminta diceraikan dengan
fasakh,
Mahkamah Syari’ah menyiasat, jikasabit aduan,mahkamah akan membubarkan perkahwinan
tebus talak sbyk RM 1000, suami melafazkan : Aku talakkan engkau dengan bayaran sebanyak itu.
Kesan Tidak boleh dirujuk dalam masa edah, tetapi boleh nikah semula
Hikmah
1.Mengelakkan
kemudaratan
terhadap isteri
2.Peringatan
kepada suami
agar melaksana
-kan tanggung
jawab
3.Menyelamatkan
aqidah isteri/
anak daripada
suami murtad
1.Penghormatan
kepada isteri
2.Mengelakkan
nusyuz
3.Mengelakkan
sifat ego suami
yang suka
menyalahguna
kan kuasa
sebagai ketua
keluarga
23. Nusyuz
a. Definisi :
i. Bahasa : derhaka/ingkar
ii. Istilah : Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut syarak.
b. Hukum : haram dan malaikat melaknat isteri yang nusyuz
c. Perkara-perkara yang boleh membawa kepada nusyuz :
i. Enggan melayan suami ke tempat tidur.
ii. Keluar rumah tanpa izin
iii. Melakukan kekasaran; perkataan/perbuatan
iv. Ingkar perintah suami
v. Membenarkan lelaki lain yang tidak disukai suami memasuki rumah ketika ketiadaan suami.
d. Kesan nusyuz :
i. Hilang hak nafkah daripada suami
ii. Hilang hak giliran bermalam
e. Akibat buruk nusyuz
i. Suami : hilang pertimbangan dan akan bertindak kasar terhadap isteri.
ii. Keluarga : anak-anak hilang rasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa.
iii. Masyarakat : hubungan antara keluarga akan terjejas.
f. Adab mendidik isteri yang nusyuz
i. Memberi nasihat dengan penuh hikmah
ii. Memisahkan tempat tidur
iii. Memukul dengan tujuan mendidik.
g. Syarat-syarat memukul isteri nusyuz
i. Tidak keterlaluan hingga mencederakannya
ii. Tidak memukul dibahagian yang sensitif
iii. Memukul dengan tujuan mendidik
iv. Memukul dengan alat yang tidak membahayakan.
24. Zihar
a. Pengertian :
i. Bahasa : belakang
ii. Istilah :suami menyamakan isterinya atau mana-mana anggotanya dengan ibunya atau dengan mana-mana perempuan muhram baginya.
b. Hukum : haram dan berdosa besar
c. Rukun dan syarat zihar
Rukun SyaratSuami i. Baligh
ii. Berakal
iii. Sah talak (tidak sah menziharkan isteri dalam iddah bain)
iv. Kemahuan sendiri.Isteri i. Isteri yang sah
ii. disandarkan kepada isterinya atau mana-mana anggotanya.
Orang yang diserupakan
i. Perempuan
ii. Muhram suami : keturunan, penyusuan dan persemendaan.
Sighah i. Lafaz yang digunakan jelas
dan khusus - tidak
memerlukan niat. ( Lafaz
“Belakang”)
iii. Lafaz tidak jelas/khusus – ia
memerlukan niat(anggota
selain belakang)
d. Langkah-langkah mengelakkan zihar.
i. Suami hendaklah mengawal kemarahan
ii. Memahami konsep zihar
iii. Tidak mengikut sifat arab jahiliah
e. Kifarat Zihar
i. Memerdekakan seorang hamba
ii. Jika tidak mampu, suami berpuasa dua bulan berturut-turut
iii. Jika tidak mampu, memberi makan 60 orang fakir miskin dengan kadar secupak seorang(beras)
f. Akibat zihar
i. Suami mendapat kemurkaan Allah kerana mengharamkan persetubuhan yang halal
ii. Suami isteri haram melakukan persetubuhan
iii. Suami wajib membayar kifarat
iv. Zihar menjatuhkan maruah isteri.
25. Li’an
a. Pengertian :
i. Bahasa: laknat
ii. Istilah :
1. sumpah suami yang disertakan dengan laknat daripada Allah untuk menolak hukuman qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isteri atau untuk menafikan nasab.
2. sumpah isteri yang diseetakan dengan kemurkaan Allah untu menolak tuduhan zina suaminya
b. Sebab berlaku li’an
i. Suami menuduh isteri melakukan zina tanpa 4 orang saksi – akan dikenakan hukuman qazaf iaitu 80 kali sebatan. Untuk mengelakkan hukuman ini suami hendaklah berli’an.
ii. Isteri yang dituduh akan dikenakan hukuman rejam sampai mati jika mengaku salah atau menolak untuk berli’an.
c. Proses li’an
i. Suami bersumpah di hadapan hakim : Aku bersaksi dengan nama Allah bahawa tuduhan zina terhadap isteriku adalah benar (4 kali).
Sumpah yang kelima : Sesungguhnya laknat Allah akan menimpa diriku jika aku berdusta dalam membuat tuduhan zina terhadap isteriku
ii. Isteri bersumpah di hadapan hakim : aku bersaksi dengan nama Allah bahawa tuduhan zina yang dibuat oleh suamiku terhadap diriku adalah dusta (4 kali)
Sumpah yang kelima : Sesungguhnya kemurkaan Allah akan menimpa diriku jika tuduhan suamiku adalah benar.
d. Implikasi li’an
i. Suami isteri terpisah
ii. Mereka tidak boleh berkahwin selama-lamanya
iii. Suami yang membuat tuduhan terlepas dari hukuman qazaf
iv. Isteri akan dikenakan hukuman hudud zina jika tidak menolak tuduhan dengan li’an
v. Anak yang dinafikan akan ternafi nasabnya daripada suami yang bersumpah
vi. Isteri berhak menuntut nafkah bagi anak yang tidak dinafikan nasabnya.
e. Hikmah li’an
i. Suami dapat mencari jalan penyelesaian dengan cara adil dan diredai Allah
ii. Isteri dapat menjaga maruahnya daripada tuduhan
iii. Suami dapat mempertahankan kesucian nasabnya
26. Poligami
a. Pengertian :
i. Bahasa : (Latin) banyak isteri
ii. Istilah : Lelaki yang beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak lebih daripada 4 orang isteri pada satu masa.
b. Hukum : harus
c. Syarat-syarat :
i. Tidak melebihi 4 orang
ii. Boleh berlaku adil, dari aspek lahiriah, (kasih sayang tidak termasuk kerana di luar kawalan manusia.)
iii. Mampu ; jasmani dan kewangan
d. Kesan poligami yang tidak mengikut syarat:
i. Dapat kemurkaan Allah
ii. Perasaan tidak puas hati di kalangan isteri-isteri.
iii. Berlaku perbalahan/ pergaduhan
iv. Anak-anak terabai.
e. Hikmah poligami :
i. Menyambung keturunan
ii. Membela anak-anak yatim dan wanita
iii. Mengelakkan maksiat
iv. Mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
27. Kemahiran Keibubapaan.
a. Konsep Keibu bapaan
Matlamat pendidikan : membentuk anak-anak yang soleh yang boleh mendoakan ibu bapa sebagai amal jariah.
Sabda Rasulullah s.a.w , mafhumnya:
Apabila manusia mati maka terputuslah
segala amalannya melainkan tiga perkara:
Sedekah jariah (berterusan),
ilmu yang dimanfaatkan atau
anak soleh yang mendoakannya
b. Hukum melaksanakan tanggung jawab : wajib
c. Cara melaksanakan tanggung jawab :
i. Semasa Mengandung
1. Mendekatkan diri kepada Allah
2. Melakukan perintah Allah
3. Menjauhi maksiat
4. Membaca al-Qur’an
5. Menjaga akhlak
6. Membuat pemeriksaan berkala
7. Menjaga pemakanan
8. Banyakkan berehat
ii. Selepas Kelahiran :
1. Bayi baru lahir disunatkan :
Azan dan iqamah
Bertahnik
Menamakan dengan nama yang baik
Mencukur dan bersedekah
Melakukan akikah
2. Pendidikan Islam – asas-asas keimanan : rukun iman, rukun Islam dan prinsip-prinsip syariah
3. Pendidikan Moral – akhlak dan budi luhur
4. Pendidikan Jasmani – penjagaan kesihatan, makan minum dan kebersihan diri.
5. Pendidikan intelektual – ilmu fardu ain dan kifayah
6. Pendidikan rohani – sifat-sifat positif
7. Pendidikan sosial – konsep persaudaraan, menjaga hak-hak orang lain, batasan aurat dan pergaulan.
d. Implikasi Pengabaian Tanggung jawab Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Anak-anak
i. Membentuk individu yang bersifat individualistik/ mementingkan diri sendiri
ii. Melahirkan individu yang lemah dan tidak mempunyai jati diri
iii. Anak-anak mudah terjebak dengan gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah
iv. Terdorong untuk melakukan perlakuan jenayah.
v. Menimbulkan kebencian Allah dan masyarakat
28. Undang-undang Keluarga Islam
a. Definisi :
Undang-undang yang memperuntukkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keluarga Islam
- Ditadbir oleh enakmen Pentadbiran Hukum Syarak di negeri masing-masing.
b. Sejarah Penubuhan :
i. Sebelum penjajahan Inggeris - Undang-undang Islam telah diamalkan di Tanah Melayu, buktinya Hukum Qanun Melaka, yang merangkumi bidang jenayah, muamalah, keluarga, acara keterangan serta undang-undang pentadbiran dan pemerintahan.
ii. Selepas penjajahan Inggeris – aspek agama dan pentadbiran dipisahkan.Undang-undang Islam hanya digunapakai dalam aspek kekeluargaan sahaja, serta tertakluk di bawah bidang kuasa Inggeris.
iii. Tahun 1880 – Ordinan Perkahwinan Muhammad diwujudkan yang membawa kepada penubuhan Mahkamah Syariah.
iv. Tahun 40-an – kuasa pentadbiran Hal Ehwal orang Islam diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis Agama Islam Islam negeri-negeri.
v. Tahun 1989 – Pentadbiran Mahkamah Syariah dipisahkan daripada Majlis Agama Islam Negeri.
vi. 1998 – Jabatan Kehakiman Syariyyah Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menyususn semula Mahkamah Syariyyah.
c. Bidang Kuasa Mahkamah Syariah
i. Bidang Kuasa Mal
pertunangan,perkahwinan,perceraian,pembatalan perkahwinan atau perpisahan.
pelupusan/tuntutan harta perkara (1)
nafkah,kesahtarafan,hadhanah.
pembahagian /tuntutan harta pencarian.
wasiat/pemberian ketika hampir mati seseorng Islam.
pemberian sesama hidup
waqaf/nazar
menantu/membahagikan harta berwasiat / tidak berwasiat orang Islam
perkara lain yang berkaitan dengan bidang kuasa yang diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
ii. Bidang Kuasa Jenayah
Untuk kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum penjara 3 tahun atau denda RM5,000.00 atau sebat 6 rotan atau kedua-duanya sekali.
d. Struktur Organisasi Mahkamah Syariyyah
i. Mahkamah Rendah
ii. Mahkamah Tinggi
iii. Mahkamah Rayuan
e. Peranan Mahkamah Syariyyah:
i. Khidmat nasihat
ii. Menyelesaikan kes
iii. Memberikan maklumat perundangan kepada orang ramai
f. Info Istilah :
i. Akta : Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat
ii. Enakmen : Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri
iii. Ordinan : Rang undang-undang yang diluluskan sebelum merdeka
iv. Harta sepencarian : Harta yang diperoleh dalam masa perkahwinan suami isteri, hasil atau usaha mereka bersama.
29. Anak Amanah Allah
a. Pengertian anak angkat :
Anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya.
b. Hukum mengambil anak angkat : harus
c. Peraturan pengambilan anak angkat
i. Haram membin atau membintikan anak angkat kepada bapa angkat
ii. Batas-batas pergaulan anak angkat – dianggap sebagai ajnabi / bukan muhram
iii. Harta pusaka – anak angkat tidak boleh mempusakai harta pusaka keluarga angkat
Cara anak angkat
Memperoleh harta melalui :
hibah
hadiah
wasiat dengan syarat tidak melebihi 1/3 harta keluarga angkat.
Harta pusaka daripada keluarga kandung
d. Hikmah larangan membin/ membintikan anak angkat kepada bapa angkat
i. Mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan pertalian nasabnya.
ii. Memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa kandungnya.
iii. Menjaga batas pergaulan
iv. Memelihara hak wali nikah.
e. Hadhanah :
i. Pengertian:
Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumayyiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.
ii. Hukum : wajib bagi anak yang belum mampu berdikari.
iii. Hak Hadhanah :
1. Ibu adalah yang lebih berhak memelihara anaknya.
2. Sekiranya ibu hilang kelayakan :
Nenek sebelah ibu
Bapa
Nenek sebelah bapa
Datuk
Saudara perempuan seibu sebapa
Saudara perempuan seibu
Saudara perempuan sebapa
Anak saudara perempuan daripada adik-beradik perempuan seibu sebapa
Anak saudara perempuan daripada adik-beradik perempuan seibu
Anak saudara perempuan daripada adik-beradik sebapa
Emak saudara mebelah ibu
Emak saudara sebelah bapa
Waris lelaki yang boleh menerima ‘usbah’- muhram kepada kanak-kanak tersebut
iv. Syarat-syarat mendapat hadhanah:
1. Islam
2. Berakal
3. Dewasa
4. Berakhlak mulia dan memelihara kehormatan diri
v. Sebab-sebab gugur hak :
1. Berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai pertalian nasab dengan kanak-kanak tersebut.
2. Berkelakuan buruk
3. Berpindah tempat kediaman dengan tujuan menghalang bapa menziarahinya
4. Cuai atau menganiaya
5. Murtad
vi. Tempoh Hadhanah
1. Apabila telah dewasa, kerana sudah mampu berdikari
2. Mumayyiz – kanak-kanak berhak memilih untuk tinggal dengan ibu / bapa
Dicatat oleh Cik Jah... di 8:57 PM
Nota Akidah Tingkatan 5Nota
BAB 1 IMAN MUTIARA HIDUP
1. Pengertian
a. Bahasa : mengiktiraf, mengakui dan
membenarkan sesuatu tanpa
mendustakan
b. Istilah : membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota
2. Iman boleh bertambah dan berkurang
a. Amalan-amalan untuk meningkatkan keimanan
i. Melakukan ketaatan kepada Allah
ii. Menambahkan ilmu pengetahuan
iii. Membanyakkan amal ibadah
iv. Melazimi amalan-amalan sunat
b. Ciri-ciri individu yang bertambah iman
i. Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah dan RasulNya
ii. Banyak melakukan ibadah sunat
iii. Melazimi berzikir
iv. Sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah
c. Perbuatan-perbuatan yang boleh mengurangkan iman
i. Melakukan maksiat
ii. Melanggar hukum syarak
iii. Gemar melakukan perbuatan yang sia-sia
iv. Menyintai dunia melebihi cintakan akhirat
d. Ciri-ciri individu yang berkurang iman:
i. Malas dalam melakukan ibadah
ii. Sentiasa lalai daripada mengingati Allah
iii. Mempunyai akhlak yang buruk
e. Cara-cara untuk mencapai tahap iman yang kamil /sempurna
i. Memahami kehendak aqidah
ii. Melakukan ibadah dengan betul
iii. Mendampingi orang-orang yang soleh
iv. Menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai model/contoh
3. Martabat Iman :
Kategori Iman HuraianIman tidak bertambah atau berkurang/statik
Iman para malaikat
Iman sentiasa bertambah
Iman para nabi dan rasul
Iman bertambah dan berkurang
Iman umat Islam yang melakukan perintah Allah
Iman sentiasa berkurang
Iman orang fasik dan ‘asi
Iman yang ditolak Iman orang munafik dan kafir
4. Kemanisan Iman
a. Takrif :
Berasa gembira melakukan ibadah, sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredaan Allah dan RasulNya serta mengutamakan Allah dan Rasul lebih daripada harta benda dunia.
b. Cara-cara untuk mendapatkan kemanisan iman :
i. Cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segalanya.
ii. Mengasihi sesama manusia kerana Allah
iii. Benci kekufuran sebagaimana benci jika dicampakkan kedalam api neraka
c. Kesan individu yang mendapat kemanisan iman
i. Mendapat kelazatan melakukan ibadah
ii. Membentuk individu yang berakhlak mulia
iii. Tidak akan melakukan perbuatan yang boleh menyusahkan orang lain
iv. Sedia berkhidmat untuk masyarakat
BAB 2. AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
1. Pengertian:
“ Kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Qur’an, as-Sunnah Rasulullah s.a.w dan perkara yang dibawa oleh para Sahabat Baginda serta menentang perkara-perkara bid’ah”
2. Nama-nama lain : Ahli Sunnah, al-Jamaah, as-Salafu as-Soleh dan Ahli al-Hadis
3. Bila bermula
a. Selepas berlaku perpecahan di kalangan
umat Islam
b. Nama tersebut dimasyhurkan oleh Abu
al-Hassan al-Asy’ari dan Abu Mansur
al-Maturidi
4. Kenapa dikenali dengan nama….. ?
a. Ahli Sunnah : kerana menerima dan beramal dengan SunnahRasulullah s.a.w
b. Al-Jamaah : kerana berkumpul atas kebenaran dan bersatu untuk:
i. Berjihad
ii. Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar
iii. Menghidupkan sunnah
iv. Menentang bid’ah
5. Prinsip-prinsip:
a. Pegangan : al-Qur’an dan as-
Sunnah/al-Hadis
b. Pegangan : prinsip-prinsip as-Salafu
as-Soleh
c. Rujukan : al-Qur’an dan as-Sunnah
d. Tidak mencela atau mengkafirkan orang
yang tidak sealiran
e. Tidak menghukum tanpa bukti sahih
6. Pandangan:
Perkara HuraianAl-Qur’an Kalam Allah bersifat
Qadim, bukan makhlukMelihat Allah/ Rukyatullah
Orang mukmin boleh melihat Allah di akhirat dalam syurga
Pelaku dosa besar
Tetap dianggap sebagai mukmin, tetapi digelar sebagai fasik
Iman bertambah dan
berkurang
Bergantung kepada ketaatan atau keingkaran individu tersebut
Qadak dan Qadar
Segala yang berlaku telah ditentukan oleh Allah sejak azali mengikut kebijaksanaanNya
7. Kepentingan berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah:
a. Dapat membersihkan akidah daripada
kekeliruan dan kesesatan
b. Asas penerimaan sesuatu amalan
c. Hidup diredhai Allah kerana berada di
jalan yang benar
8. Mazhab Syiah
Pengertian :
“Golongan yang mendokong cita-cita untuk menjadikan Saidina Ali k.w. sebagai khalifah Rasulullah s.a.w”
9. Kumpulan-kumpulan :
Kumpulan Pengenalan PeganganSyiahImamiyah Berpendapat : jawatan pemimpin
umat Islam (Imam) hanya layak disandang oleh Ahli al-Bait
Jawatan ‘Imam’ anugerah Allah, maksum tetapi tidak mendapat wahyu, hanya dari kalangan Ahli al-Bait.
Menolak hadis yang tidak diriwayat oleh Ahli al-Bait
Imam mereka ke-12 sebagai Imam al-Mahdi
Taqiyyah-sembunyikan iktikad apabila berhadapan dengan orang yang berbeza iktikad
Perkahwinan ‘Mut’ah’: sementara / kontrak
SyiahZaidiyah Sempena pengasasnya: Zaid b Ali ZainalAbidin (cicitSaidina Ali )
Kedudukan pelaku dosa besar : antara keimanan dan kekufuran
Perlakuan manusia dilakukan oleh manusia bukan Allah
Tidak percaya Imam bersifat maksum
Menolak ‘Taqiyyah’
Menolak imam ke12 sebagai Imam al-Mahdi
Syiah al-Batiniah
Berpendapat : al-Qur’an mempunyai makna zahir dan batin yang hanya difahami oleh imam mereka
Dianggap sebagai sesat dan paling radikal
Saidina Ali dan imam-imam mereka sebagai tuhan
Imam mereka, Muhammadal-Hanafiyah masih hidup
Menghalalkan beberapa kemungkaran (e.g arak)
10. Khawarij
Pengenalan PeganganPada asalnya penyokong Saidina Ali dan menentang Muawiyah b Abu Sufyan, tetapi membelot dan menentang Saidina Aliselepas peristiwa MajlisTahkim
Pelaku dosa besar dianggap kafir
Mengkafir dan menghalalkan darah (boleh dibunuh)orang yang berbeza iktikad
Sumber syariat : hanya al-Qur’an
11. Langkah-langkah memelihara akidah:
a. Mempelajari asas akidah berdasarkan
kitabAhli Sunnah wal Jamaah yang
muktabar
b. Belajar daripada guru yang diiktiraf
keilmuannya dalam bidang akidah
c. Membina ketahanan akidah dengan
berdoa.
d. Menjauhi diri daripada orang yang
mengamalkan ajaran sesat
e. Menunaikan perintah Allah dan
meninggalkan laranganNya.
12. Istilah-istilah asas dalam ilmu akidah
Kafir Mengingkari prinsip akidah yang telah
dijelaskan dalam al-Qur’an dan al-HadisMusyrik Menyengutukan Allah pada Zat, Sifat
atau perbuatanNyaMunafik Menzahirkan keimanan dan
meyembunyikan kekufuran dalam hatiFasik Tidak taat kepada Allah dan Rasul,
melakukan dosa besar atau berterusan dengan dosa kecil
Murtad Keluar dari Islam denga perkataan, perbuatan atau iktikad
Mulhid Tidak beragama/atheis
BAB 3 AJARAN SESAT
1. Definisi :
Ajaran @ amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam, hakikatnya bercanggah dengan al-Qur’an dan as-Sunnah
2. Ciri-ciri :
a. Mencemarkan kesucian al-Qur’an dan as-Sunnah
b. Mendewa-dewakan pemimpin
c. Menolak perkara qat’ie
d. Mengubah bentuk ibadah
e. Mengubah konsep dosa dan pahala
f. Mendakwa boleh melakukan perkara pelik
g. Mendewa-dewakan sesuatu
h. Menolak hadis/anti hadis
3. Kesan/Keburukan :
Aspek Kesan/KeburukanIndividu - Rosak akidah
- Masa terbuang
- Minda tertutup
- Kehidupan tidak stabilMasyarakat - Keruntuhan institusi kekeluargaan
- Perpaduan tergugat
- Berlaku keganasanNegara - mundur
- politik & ekonomi tidak stabil
- memerlukan peruntukan yang banyak
4. Langkah-langkah untuk mengatasi:
a. Kefahaman Islam yang sebenar
b. Penyebaran islam
c. Penguatkuasaan undang-undang
d. Program pemulihan akidah
5. Cara untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan ajaran sesat.
a. Meperlengkapkan diri dengan ajaran Islam yang sebenar
b. Menjauhkan diri daripada golongan tersebut
c. Mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksankan segala perintahNya dan menjauhi laranganNya
6. Contoh-contoh ajaran sesat di Malaysia:
Aspek Qadyani Baha’ie TaslimPengasas Mirza GhulamAhmad Hussin Ali al-
ManzadaraniHj Muhammad b
Syafie@ Hj Muhammad
MatahariAsal India Iran Bayan Lepas,
P/PinangPenyebardi Malaysia
MaulanaMuhammadSadik b Barakatullah
Yan Kee Leong -
Tahun di 1949 1953 1870an
Malaysia
7. Ciri-ciri Kesesatan Qadyani:
a. Pengasasnya :al-Mahdi, nabi, dan jelman Krisna (Tuhan Hindu)
b. Allah menurunkan Kitab suci al-Tazkirah kepada Mirza Ghulam
c. Mirza Ghulam mempunyai sejuta mukjizat
d. Menghapuskan jihad
e. Mengubah ayat al-Qur’an
f. Malaikat pancaindera Allah
g. Qadyani tempat suci dan tempat untuk menunaikan ibadah haji
h. Nabi Isa mati dan dikebumikan di Srinagar, India
i. Menghukum kafir selain penganut Qadyani
8. Ciri-ciri Kesesatan Bahai
a. Pengasasnya: jelmaan Allah
b. Semua agama sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai
c. Alam ini bersifat baqa’/ kekal
d. Nabi Isa mati disalib
e. Menggunakan kod 19 sehingga al-Quran dipengaruhi dengan kod tersebut
f. Menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga dan neraka
g. Memansuhkan ajaran Islam
h. Acre di Palestine : kiblat baru
i. Mengubah ibadah : puasa 19 hari, solat : 9 rakaat 3 kali sehari dan wuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaan ‘Bismillah al-athar (5kali)
j. Menghapuskan jihad
9. Ciri-ciri Kesesatan Taslim:
a. Pengasas : pemimpin yang maksum
b. Diri batin manusia : Allah, dan diri zahir manusia:nur Muhammad
c. Alam bersifat qadim (sediakala)
d. Mentafsir ayat al-Qur’an mengikut hawa nafsu
e. Mengharuskan zina melalui nikah batin
f. Menolak kewujudan hari kiamat, syurga dan neraka
g. Soal secara niat tanpa rukun qauli (perkataan) dan rukun fi’li (perbuatan)
Sirah dan Tamadun Islam T5Pendidikan Islam Sirah dan Tamadun Islam
Tingkatan 5
Tajuk: 20: Penyebaran Islam Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
1. Faktor dalaman:
(a) penduduk setempat yang tertarik dengan Islam;(b) galakan khalifah yang menyediakan peruntukan khas untuk para ulama dan pendakwah;(c) dasar kerajaan yang menyamakan status orang Arab dengan orang bukan Arab.
2. Faktor luaran:
(a) pembukaan wilayah-wilayah baru;(b) penggunaan bahasa Arab yang meluas;(c) hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasiyah dengan negara luar.
3. Kesan positif penyebaran Islam:
(a) terhadap akidah: berjaya merobah kepercayaan menyembah berhala kepada penyembahan Allah yang Esa;
(b) terhadap ilmu: perintis kepada perkembangan ilmu dan pemikiran umat Islam;(c) kebudayaan: penduduk bebas mengamalkan budaya masing-masing selagi tidak
bertentangan dengan Islam;(d) sistem kemasyarakatan: sistem penghambaan dan penindasan dihapuskan dan diganti
dengan sistem keadilan yang telus.
4. Semangat jihad umat Islam pada zaman Kerajaan Abbasiyah:
(a) umat Islam berjuang untuk memajukan diri dan memartabatkan umat Islam dalam semua aspek kehidupan. Mereka telah berjaya menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan dan menjadi pakar dalam bidang-bidang tersebut;
(b) pencapaian umat Islam pada zaman tersebut amat membanggakan kerana dapat menandingi dua tamadun besar pada ketika itu iaitu Rom dan Parsi.
Tajuk: 21 – Perkembangan Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
1. Faktor utama perkembangan ilmu:
(a) kreativiti para ulama;(b) usaha dan galakan para khalifah;(c) aktiviti penterjemahan pelbagai bidang ilmu;(d) dasar kerajaan yang memberi keutamaan kepada ilmu;(e) kewujudan prasarana pendidikan yang baik;(f) kestabilan politik dan kewangan kerajaan;(g) hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasiyah dengan negara-negara luar;(h) kedudukan Baghdad yang menjadi pusat keilmuan dan perdagangan antarabangsa.
2. Institusi pendidikan pada masa itu ialah masjid, istana khalifah, perpustakaan dan pusat-pusat pengajian dan pendidikan.
3. Bidang-bidang ilmu:
(a) ilmu berteraskan wahyu: ilmu tafsir, ilmu hadis, ilmu fekah dan ilmu tauhid;(b) ilmu berteraskan akal: ilmu matematik, ilmu falak, ilmu kimia, ilmu fizik, geografi dan ilmu
perubatan.
4. Kesepaduan antara ilmu fardu ain dengan fardu kifayah pada masa itu telah membentuk umat yang kuat dari segi fizikal dan mental.
Tajuk: 22 – Perkembangan Sains Dan Teknologi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
1. Faktor perkembangan:
(a) aktiviti perterjemahan yang giat dan sistematik pada zaman Al-Makmun;(b) galakan para khalifah yang membina banyak pusat penyelidikan sains dan mengadakan
seminar perubatan;(c) globalisasi ilmu kesan daripada aktiviti perdagangan dan pembukaan kawasan-kawasan
strategik.
2. Andalus dan Sicily menrupakan gedung ilmu yang menjadi tumpuan pada ketika itu.
3. Perkembangan ilmu sains dan teknologi telah mengangkat status umat Islam.
4. Kesannya, umat Islam hidup lebih maju dan tidak perlu bergantung kepada umat yang lain.
5. Umat Islam juga dihormati dan dipandang mulia.
Tajuk: 23 – Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
1. Sektor ekonomi yang utama:
(a) sektor pertanian: antara usaha yang dilakukan termasuklah membina saliran air, melebarkan sungai, tali air dan membuka kawasan pertanian yang baru;
(b) sektor perindustrian: Kerajaan Abbasiyah terkenal sebagai sebuah negara yang maju dalam industri pembuatan;
(c) sektor perdagangan: antara faktor kepada kemajuan perdagangan ialah pembukaan wilayah-wilayah baru dan perkembangan industri perkapalan. Kerajaan pula berusaha mengambil langkah positif dengan membina pusat perniagaan yang dilengkapi perigi di jalan utama, membina rumah-rumah api dan mengetatkan kawalan keselamatan bagi memajukan sector ini.
2. Kesan pembangunan ekonomi:
(a) rakyat dapat menikmati kemajuan hidup;(b) pelbagai prasarana diwujudkan seperti masjid, tali air, jalan dan sekolah;(c) wujud banyak peluang pekerjaan.
Tajuk: 24 – Perkembangan Ketenteraan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
1. Struktur organisasi ketenteraan Kerajaan Abbasiyah:
2. Fungsi ketenteraan:
(a) tugas utama: menjaga kawasan sempadan, menentang musuh-musuh negara dan bersedia menghadapi keadaan darurat;
(b) tugas bantuan: membantu pihak polis dan pihak berkuasa awam dalam memelihara ketenteraman awam serta memberikan bantuan malapetaka.
3. Faktor kejayaan tentera Islam:
(a) dasar ketenteraan yang terbuka kepada orang bukan Arab;(b) pemimpin yang berkaliber;(c) peralatan ketenteraan yang canggih;(d) strategi peperangan yang berkesan seperti Al-Karadis iaitu strategi peperangan yang
membahagikan tentera lima ketumbukan besar yang mempunyai peranan masing-masing;(e) keimanan dan semangat jihad yang tinggi dalam diri setiap anggota tentera.
Tajuk: 25 – Kegemilangan Dan Kejatuhan Kerajaan Abbasiyah
1. Faktor kegemilangan:
(a) kestabilan politik;(b) dasar kerajaan yang memberi layanan yang adil kepada semua pihak;(c) kedudukan Baghdad yang strategik;(d) perpaduan antara kaum;(e) penghayatan konsep kerja sebagai ibadat.
2. Faktor kemerosotan:
(a) kelemahan pemerintahan hingga menyebabkan golongan Turki dan Parsi campur tangan;(b) perpecahan wilayah-wilayah;(c) perebutan kuasa dan serangan dari luar;(d) kegawatan ekonomi;(e) perselisihan aliran fahaman keagamaan.
Tajuk: 26 – Ibnu Sina Bapa Perubatan Dunia
1. Riwayat hidup:
(a) nama sebenar: Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hassan bin Ali bin Sina; dilahirkan tahun 980M di Bukhara dan meninggal dunia tahun 1037M di Hamazan;
(b) termasyhur sebagai ahli falsafah dan menjadi doktor ketika berusia 17 tahun;(c) dikenali sebagai Avicenna di Barat;(d) sifat peribadi: gigih menuntut ilmu, taat pada agama, berinovatif dan bijak.
2. Pendidikan:
(a) mempelajari al-Quran ketika berusia 5 tahun dan menghafaznya ketika berusia 10 tahun;(b) mempelajari ilmu fekah, tasawuf, ilmu hisab, geometri, ilmu sains dan astronomi;(c) menguasai ilmu perubatan ketika berusia 16 tahun.
3. Sumbangan:
(a) menghasilkan karya yang paling berpengaruh di Eropah iaitu al-Qanun Fil-Tib yang menjadi rujukan utama di universiti di Eropah;
(b) menghasilkan 116 karya dalam bidang falsafah, mantic, kimia dan matematik;(c) pakar dalam bidang perubatan mengenai penyakit lumpuh, paru-paru, usus dan penyakit
kulit.
Tajuk: 27 – Ibnu Khaldun Tokoh Sejarawan Ulung
1. Riwayat hidup:
(a) nama sebenar: Abdul Rahman bin Muhammad, dilahirkan di Tunisia tahun 1332M/732H; meninggal dunia tahun 1406M/808H di Kaherah ketika berusia 87 tahun;
(b) pakar dalam bidang ilmu kemasyarakatan; seorang ahli sejarah yang alim dan terkenal;(c) termasyhur dalam bidang pendidikan, undang-undang, falsafah dan politik;(d) sifat peribadi: tekun berusaha, berjiwa pemimpin dan beridea kreatif.
2. Pendidikan:
(a) mendapat pendidikan asas agama dan bahasa Arab daripada bapanya;(b) berguru dengan ulama yang terkenal dan mendalami ilmu mantic, falsafah, sains dan
matematik.
3. Sumbangan:
(a) menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik dan pendidikan dalam karyanya;
(b) pemikirannya dijadikan wacana, bengkel, tema dan persidangan ilmiah para sarjana;(c) pelapor kepada pemikiran moden.
4. Karya agung Ibnu Khaldun:
(a) kitab karangannya dalam bidang sosiologi telah digunakan sebagai rujukan pelajar diseluruh dunia;
(b) beliau telah menghasilkan karya yang terkenal iaitu al-Muqaddimah yang terdiri daripada enam bahagian yang menjadi sumber rujukan utama dalam bidang sejarah;
(c) Muqaddimah Ibnu Khaldun lebih berkualiti dan berpengaruh kepada pemikiran manusia.
Tajuk: 28 – As-Sayyid Jamaluddin Al-Afghani Pejuang Islam Yang Gigih
1. Riwayat hidup:
(a) nama sebenar: As-Sayyid Jamaluddin bin Safdar Al-Afghani; dilahirkan tahun 1254H/1838M di bandar Asad Abad, Kabul dan berketurunan Parsi; meninggal dunia tahun 1314H/1879M ketika berusia 60 tahun;
(b) digelar As-Sayyid kerana salasilah keturunannya bersambung dengan Saidina Ali dan Rasulullah SAW;
(c) pelopor kepada gerakan Islah;
(d) sifat peribadi: berani dan bercita-cita tinggi.
2. Pendidikan:
(a) menghafaz al-Quran ketika berusia 12 tahun; mempelajari bahasa Arab dan agama daripada bapanya;
(b) mempelajari ilmu mantic, fekah, astronomi dan balaghah serta bermusafir ke India untuk mendalami ilmu sains dan matematik moden;
(c) menguasai beberapa bahasa dunia seperti Parsi, Afghanistan, Arab, Urdu, Inggeris dan Rusia.
3. Sumbangan:
(a) penggerak utama dalam perjuangan menentang penjajah;(b) menyuntik semangat perjuangan melalui pidatonya yang bernas;(c) mengasaskan akhbar Al-Urwatul Wusqa dan Misr;(d) idea Islahnya memberi pengaruh yang besar dalam jiwa umat Islam.
Tajuk: 29 – As-Syeikh Muhammad Abduh Tokoh Islah Agung
1. Riwayat hidup:
(a) nama sebenar: Muhammad bin Abduh bin Hassan Khairullah; lahir di Tanta, Mesir tahun 1265H/1849M; meninggal dunia tahun 1314H/1905M di Iskandariah.
(b) Intelektual Islam yang termasyhur dan tokoh gerakan pemikiran (mujaddid) masyarakat Islam;
(c) Sifat peribadi: berperibadi tinggi dan berani menyatakan idea Islah, tegas dan berdaya kreatif.
2. Pendidikan:
(a) mempelajar ilmu al-Quran ketika berusia 10 tahun dan berjaya menghafaznya dalam masa dua tahun;
(b) mempelajari ilmu-ilmu tauhid, tasawuf, mantic, fekah dan pelbagai ilmu akademik di Universiti Al-Azhar;
(c) mendapat bimbingan daripada gurunya Syeikh Hassan At-Tawil;(d) menjadi pensyarah di Al-Azhar dan Darul Ulum setelah tamat pengajian;(e) metode Islah beliau adalah melalui proses pengajaran, media massa, karya-karya ilmiah
dan jawatan yang disandangnya.
3. Sumbangan:
(a) menggalakkan umat Islam mempelajari ilmu sains dan menggunakan bahasa Arab;(b) menyeru masyarakat supaya berfikir mengikut keupayaan diri;(c) pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin yang memperjuangkan keadilan sosial untuk
mewujudkan penyatuan masyarakat;(d) pencetus dan tokoh gerakan ke arah peningkatan pemikiran umat.
Tajuk: 30 – As-Syeikh Tahir Jalaluddin Tokoh Pemikir Tanah Air
1. Riwayat hidup:
(a) nama sebenar: Muhammad Tahir bin Jalaluddin; dilahirkan tahun 1869M di Sumatera Barat dan meninggal dunia pada tahun 1965M di Perak;
(b) berasal daripada keluarga yang berilmu; mendapat gelaran Syeikh ketika menjadi mufti di Perak;
(c) sifat peribadi: mencintai ilmu, kreatif, serta tekun dan gigih dalam menyebarkan idea Islah.
2. Pendidikan:
(a) menuntut ilmu agama daripada As-Syeikh Ahmad Al-Khatib (sepupu) di Makkah;(b) menyambung pelajaran dalam jurusan ilmu falak di Al-Azhar;(c) pulang ke Malaysia dan mengembangkan ilmunya serta membuat pembaharuan untuk
memajukan masyarakat Islam.
3. Sumbangan:
(a) bidang pemikiran: menyalurkan idea Islah dan maklumat intelektual Islam menerusi majalah Al-Imam;
(b) bidang pendidikan; menubuhkan Madrasah Al-Iqbal di Singapura;(c) bidang ilmu falak: gigih mengembangkan ilmu falak hingga digelar Al-Falak;(d) bidang kesusasteraan: seorang penggiat sastera yang berusaha menyuntik semangat
kislaman dalam kalangan masyarakat Melayu menerusi penulisan-penulisannya.
Tajuk: 31 – Hamka Permata Nusantara
1. Riwayat hidup:
(a) nama sebenar: Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim; lebih dikenal sebagai HAMKA; dilahirkan tahun 1362H/1908M di Sumatera Barat dan meninggal dunia tahun 1981M; berketurunan ulama;
(b) ulama terkemuka pada zaman moden, ahli falsafah dan sasterawan, serta novelis Melayu yang handal;
(c) sifat peribadi; pintar dan bijak, petah berpidato, berjiwa seni dan berani bertindak’
2. Pendidikan:
(a) berpendidikan rendah di Sekolah Desa Pandang Panjang; banyak mendapat ilmu daripada ayahnya dan melalui ceramah yang diadakan oleh ulama;
(b) menghabiskan masa dengan membaca buku-buku ilmiah dan berusaha memantapkan kemahiran dalam bahasa Arab.
3. Sumbangan:
(a) memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan pemikiran dan kemajuan umat Islam khususnya di Nusantara;
(b) meninggalkan hasil karya yang amat berguna kepada umat Islam iaitu Tafsir Al-Azhar;(c) banyak menghasilkan karya yang terkenal dalam bidang agama, falsafah dan
kesusasteraan.Dicatat oleh MOHAMAD YUSSOFF ALI di 5:30 PG
adab tingkatan 5
BAB 1 ADAB BERMUSAFIR
1. Pengertian Musafir : perjalanan dari suatu tempat ke suatu tempat yang tertentu dengan tujuan kebaikan dan memberikan manfaat
2. Hukum Bermusafir
Hukum SituasiWajib Orang Islam yang mampu
menunaikan ibadah haji di MekahSunat Menziarahi Masjidil Haram,
Masjid Nabawi, Masjid al-Aqsa, dan menziarahi kaum keluarga serta orang sakit
Harus Hukum asal serta bagi tujuan yang diharuskan oleh syarak
Makruh Musafir tanpa tujuan atau matlamatHaram Ke tempat-tempat haram/maksiat
atau bertujuan melakukan maksiat
3. Adab-adab Bermusafir
SebelumBermusafir Berdoa memohon petunjuk
Menyediakan keperluan asas
Berniat untuk kebaikanKetikaMemulakanMusafir Melantik seorang ketua
Mengucapkan selamat tinggal
Berdoa ketika menaiki kenderaan
Melakukan solat sunat musafir dan membaca doa musafir
SemasaBermusafir Mengerjakan solat secara jamak atau qasar
Tidak merosakkan alam sekitar
Sentiasa mengingati Allah
4. Hikmah Beradab Semasa Bermusafir
a. Memperoleh keberkatan dan keselamatan daripada Allah SWT.
b. Matlamat musafir tercapai
c. Terhindar daripada perkara maksiat dan kejahatan
d. Dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan saling menghormati.
e. Alam sekitar tidak akan tercemar
5. Implikasi Tidak Beradab Semasa Bermusafir
a. Terlibat dengan perkara-perkara yang tidak diingini.
b. Terdedah kepada maksiat atau kejahatan
c. Jiwa tidak tenteram dan gelisah kerana tidak melaksanakan tuntutan agama.
d. Perjalanan yang tidak lancar dan ditimpa dengan pelabagi masalah.
BAB 2 ADAB BERNEGARA
1. Konsep Bernegara :
a. Takrif Negara: suatu masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan
b. Negara yang harmoni, stabil dan maju hasil daripada komitmen semua lapisan rakyat.
c. Rakyat pula dapat hidup dengan aman damai dan terjamin hasil daripada negara yang stabil dan maju
2. Adab-adab Bernegara
Adab CaraMenjaga nama baik negara
mengharumkan nama Negara
tidak memburukkan
imej Negara
mencipta kejayaanCintakan negara menjaga keamanan
mempertahankan Negara
bekerjasama dengan kerajaan untuk memaju dan membangunkan Negara
Bekerjasama memelihara keamanan dan kesejahteraan negara
menghindari perbuatan yang boleh menggugat keamanan
tidak melakukan perkara yang boleh mencetuskan pergaduhan
berusaha mewujudkan perpaduan
Berbakti kepada negara
Sanggup berkorban untuk menjaga keselamatan negara
Berkorban harta untuk membantu
Berusaha memajukan negara
3. Faedah Menjaga Adab Bernegara
a. Negara akan maju dan membangun
b. Nama baik Negara akan harum
c. Negara terpelihara dari ancaman musuh
d. Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama akan hidup dalam keadaan aman dan harmoni
e. Melahirkan rakyat yang cintakan Negara dan sanggup berkorban demi agama, bangsa dan Negara.
f. Membentuk rakyat yang mempunyai sifat bertanggung jawab.
4. Implikasi Tidak Memelihara Adab Bernegara
a. Rakyat hidup dalam keadaan berpecah belah
b. Ekonomi dan politik Negara tidak stabil.
c. Negara akan terdedah kepada ancaman musuh
d. Negara akan dipandang hina, merosot dan mundur.
5. Persiapan Untuk Melahirkan Modal Insan Yang Berkualiti.
a. Memeperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang sesuai dengan peredaran masa
b. Membina kemantapan iman dalam diri
c. Membina jati diri melalui akhlak yang mulia
d. Membina infrastruktur yang sesuai untuk membina dan melatih modal insan.
BAB 3 ADAB DENGAN PEMIMPIN
1. Konsep Pemimpin
a. Takrif Pemimpin : orang yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin atau mengetuai sesebuah organisasi atau Negara.
b. Pemimpin Negara berperanan penting memastikan kestabilan dan perlaksanaan undang-undang Negara terlaksana
c. Menurut Islam, hukum mentaati pemimpin (Ulul Amri) adalah wajib selagi tidak bertentangan dengan syariat Allah.
d. Ciri-ciri pemimpin yang baik :
i. Beriman dan bertakwa
ii. Berilmu
iii. Adil dan amanah
iv. Tegas melaksanakan syariat Allah
v. Berwawasan dan bercita-cita tinggi
2. Tanggung jawab Pemimpin
a. Menjaga agama agar Islam dapat dilaksanakan dalam pengurusan pentadbiran Negara.
b. Berlaku adil.
c. Menyediakan keperluan asas kepada rakyat
d. Menjaga keselamatan Negara dari ancaman musuh
e. Berusaha untuk membangunkan Negara.
3. Adab Rakyat Terhadap Pemimpin
a. Wajib mentaati pemimpin.
b. Bekerjasama dan membantu pemimpin untuk mencapai wawasan Negara
c. Memberi sokongan padu kepada pemimpin
d. Rakyat berhak menasihati dan menegur pemimpin dengan carayang baik dan mengikut saluran yang betul.
e. Melaksanakan dasar kerajaan demi kebaikan umum.
4. Faedah Beradab Terhadap Pemimpin
a. Masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap kestabilan dan pembangunan Negara
b. Memupuk hubungan yang baik antara rakyat dan pemimpin
c. Rakyat hidup aman dan harmoni
d. Pembangunan dalam negara dapat dilaksanakan
e. Dapat meningkatkan imej Negara di mata dunia.
5. Implikasi Tidak Beradab Terhadap Pemimpin
a. Berlaku rusuhan dan tunjuk perasaan
b. Pembangunan Negara sukar dicapai kerana ekonomi terjejas
c. Memberi peluang kepada musuh Negara
d. Kemanan tergugat dan akhirnya Negara akan musnah.
BAB 4 ADAB BERJIHAD
1. Konsep Berjihad
a. Takrif jihad: usaha yang dilakukan oleh seseorang Muslim dengan menggunakan seluruh kemampuan untuk menegakkan Islam demi mendapatkan keredhaan Allah SWT
b. Jihad utama : perjuangan menegakkan Islam
c. Jihad-jihad lain yang digalakkan oleh Islam :
i. Meningkatkan prestasi pelajaran
ii. Membangunkan Negara
iii. Meningkatkan ekonomi/ mencari rezeki yang halal
iv. Melakukan perkara kebaikan.
2. Peringkat-peringkat jihad dan cara
Peringkat CaraMembaiki Diri Mempelajari Islam
Mengamalkan jaran Islam
Menyebarkan ilmu
Sabar dan ikhlas dalam berdakwah
Melawan Syaitan Melawan dan menghapuskan waswas
Menjauhkan diri daripada mengikut hawa nafsu dan perkara-perkara
maksiatMelawan Kafir Harbi dan
Munafik
MenghapuskanKezaliman dan Kemungkaran
Hati: benci dengan amalan buruk
Lidah: menjelaskan kebenaran
Amar makruf dan nahi munkar
3. Kelebihan Berjihad
a. Ganjaran pahala yang besar
b. Mendapat ganjaran syurga
c. Disukai oleh orang sekeliling
d. Maju dalam sebarang bidang diceburi
4. Adab-adab Berjihad
a. Ikhlas
b. Sanggup berkorban apa sahaja
c. Sentiasa beriltizam dan beristiqamah dalam pejuangan
d. Mematuhi arahan ketua dan mempunyai semangat berpasukan
5. Faktor Semangat Jihad Hari Ini Semakin Pudar
a. Kurang memahami tentang tuntutan jihad menurut Islam yang sebenar
b. Leka dengan hiburan dan kesenangan dunia
c. Tiada matlamat hidup, hanya mementingkan keseronokan sahaja
d. Iman yang kurang mantap
e. Perasaan takut yang menguasai diri.
6. Cara-cara Memupuk Semangat Jihad
a. Menambah ilmu pengetahuan supaya dapat memahami maksud dan konsep jihad yang sebenar.
b. Menceritakan kisah-kisah perjuangan umat Islam terdahulu sebagai motivasi kepada generasi hari ini.
c. Menyuburkan semangat jihad dengan ibadah-ibadah sunat seperti qiamullail.
BAB 5 ADAB MEMELIHARA ALAM SEKITAR
1. Konsep Alam Sekitar
a. Alam ini adalah sebagai tanda kekuasaan Allah
b. Allah menjadikan alam ini untuk kemudahan dan kegunaan manusia
c. Menjadi tanggung jawab manusia untuk memelihara dan memulihara alam supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
2. Kepentingan Menjaga Alam Sekitar
a. Manusia dapat menikmati keindahan alam semulajadi
b. Manusia dapat memanfaatkan segala kejadian alam dengan baik
c. Terhindar daripada pelbagai penyakit
d. Mengelakkan berlakunya bencana alam.
e. Menjaga alam supaya tidak tercemar dan selamat untuk dihuni.
3. Bentuk-bentuk Pencemaran Alam
JenisPencemaran HuraianPencemaran Udara Definisi :apabila terdapat
gas, cecair, atau zarah berbahaya yang terkandung dalam udara sehingga berlaku perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lainPunca berlaku :
Bertambah bilangan kenderaan bermotor
( karbon monoksida)
Asap daripada kilang
Pembakaran terbuka
Asap rokokPencemaran Air Definisi : perubahan yang
berlaku pada kandungan, keadaan, dan warna air sehingga tidak selamat untuk kehidupan air dan kegunaan manusiaPunca berlaku :
Sisa bahan buangan kilang yang berbahaya
Pembuangan sampah dan sisa kumbahan atau tumpahan minyak
Penerokaan hutan yang tidak terkawal – hakisan sungai
PencemaranTanah Definisi : perbuatan yang dilakukan terhadap sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan tanah.Punca berlaku :
Pembuangan sisa toksik dan sisa pepejal
Pembuangan sampah sarap merata-rata
Penggunaan racun serangga.
4. PencemaranBunyi Definisi : bunyi yang berlebihan sehingga mengganggu keselesaan hidup. Tahap
kebisingannya melebihi 80(A) decibel (dB)Punca berlaku :
Kenderaan berenjin
Mesin dan jentera
Kauri memecah batu
Kerja-kerja pembinaan
4. Bukti Alam Ini Rosak Berpunca Daripada Perbuatan Manusia
a. Menganggap bahawa menjaga alam sekitar adalah tanggung jawab pihak berkuasa
b. Sikap megambil mudah/jalan mudah dengan melakukan pembakaran terbuka atau pembuangan sisa
c. Sikap tamak dan ingin mendapat keuntungan yang lebih – pembalakan haram
5. Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Alam
a. Menanam kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar
b. Menyediakan kemudahan dan mekanisme yang dapat membantu orang ramai menjaga alam sekitar
c. Mengadakan aktiviti gotong royong
d. Peguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas
e. Program menghijaukan alam.
6. Akibat Pengabaian Penjagaan Alam Sekitar
a. Alam sekitar akan tercemar dan memberi kesan buruk kepada hidupan bumi.
b. Berlaku bencana alam
c. Generasi baru tidak akan dapat menikmati keindahan alam flora dan fauna
d. Penganiayaan terhadap hidupan lain
e. Tiada keseimbangan ekosistem hidupan di muka bumi.
BAB 6 ADAB MEMBERI DAN MENERIMA SEDEKAH
1. Konsep Hadiah Dan Sedekah
a. Takrif :
Sedekah HadiahPemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah
Sesuatu pemberian sebagai tanda penghargaan, kasih sayang atau pujian.
b. Islam amat menggalakkan umatnya agar memberikan hadiah dan bersedekah :Sabda Rasulullah s.a.w:
“Saling memberi hadiah akan menimbulkan perasaan kasih sayang”
2. Hukum Memberi Hadiah Dan Sedekah
a. Sunat
3. Kelebihan Memberi Hadiah Dan Sedekah
a. Mendapat ganjaran pahala
b. Disukai oleh orang sekeliling
c. Rezeki akan bertambah
4. Jenis-Jenis Sedekah
Jenis sedekah HuraianSenyuman Ikhlas dapat
merapatkan ukhuwwahAmar Makruf dan NahiMunka
rKerana kita telah menyelamatkan saudara Islam daripada api neraka
MenyelesaikanMasalah Orang Dapat mengatasi kesusahan dan kesempitan mereka
Membuang Perkara Yang Menghalang di Jalan
Seperti duri, paku atau apa sahaja yang boleh
menghalang laluanWang Atau Harta Pakaian, makanan, atau
tempat tinggal dan sebagainya
Khidmat Memberikan pertolongan, bantuan tenaga atau perkhidmatan.
5. Adab-Adab Memberi Hadiah Dan Sedekah
a. Memberi dengan hati yang ikhlas
b. Memberi barang yang disayangi
c. Tidak mengungkit pemberian
d. Tidak menunjuk-nunjuk sedekah yang diberi
6. Perkara yang membatalkan Sedekah
a. Mengungkit atau menyebut tentang sedekah agar mendapat pujian
b. Ria’ / menunjuk-nunjuk ketika bersedekah
c. Menyakiti hati orang yang menerima hadiah melalui perkataan atau perbuatan.
BAB 7 ADAB BERNIAGA
1. Konsep Berniaga
a. Definisi berniaga :
i. Bahasa: berdagang atau berjual beli
ii. Istilah syarak : pertukaran harta dengan harta mengikut syarat-syarat tertentu
2. Galakan Berniaga
a. Islam menggalakkan umatnya berniaga kerana 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan
b. Sebab Islam menggalakkan umatnya berniaga :
i. Melahirkan masyarakat yang aman
ii. Mengelakkan penipuan dan penindasan
iii. Mewujudkan ukhuwwah dan kasih sayang
iv. Mendapat keredhaan Allah
3. Cara Untuk Mendapatkan Keberkatan Dalam Perniagaan
a. Jujur dan amanah – menjual barangan yang berkualiti
b. Berlaku ihsan terhadap pembeli – jangan mementingkan keuntungan semata-mata
c. Berniaga untuk mendapat keredhaan Allah
4. Adab-adab Berniaga
a. Amanah – tidak melakukan penipuan dalam urusan jual beli
b. Ihsan – melakukan urusan jual beli untuk mendapatkan keredhaan Allah dengan mengambil kira aspek kemanusiaan di samping mendapat keuntungan
c. Bekerjasama - penjual dan pembeli saling bertolak ansur sekiranya timbul perkara yang tidak diingini.
d. Tekun – bersungguh-sungguh untuk memajukan perniagaan
e. Menjauhi perkara yang haram – contohnya riba, menjual barang yang diharamkan atau mengurangkan timbangan
f. Melindungi hak-hak penjual dan pembeli – penjual dan pembeli perlu saling melindungi hak masing-masing, contohnya pembeli berhak membuat pilihan semasa proses jual beli.
5. Faedah Beradab Dalam Berniaga
a. Melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera
b. Tidak berlaku penindasan atau penipuan
c. Mendapat keuntungan yang diberkati Allah
d. Mewujudkan sifat kerjasama dan saling membantu.
6. Bentuk-bentuk Perniagaan Yang Diharamkan Oleh Islam :
a. Jual beli barang maksiat atau yang mendatangkan keburukan, contohnya arak, dadah dan sebagainya
b. Jual beli barang yang tidak dimilii dengan sempurna, seperti menjual ikan di lautan
c. Menjual daging dengan daging, seperti menjual daging kambing dengan seekor lembu
d. Menjual buah-buahan yang masih muda dan di atas pokok, kecuali yang sudah nyata masaknya.
e. Jual beli bersyarat.
Dicatat oleh Cik Jah... di 7:46 PM
Catatan