Nota pas

9
1 Parti Islam Se-Malaysia Parti Islam Se-Malaysia (Jawi: م سڤرتي اس-مليسيا, juga PAS) adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presidenparti, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada Islam di negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat diSingapura, Melaka dan Pulau Pinang, PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Agama Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini. Pada peringkat awal penubuhannya, PAS dilihat sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam melebihi dari apa yang dilaksanakan oleh UMNO. Didokongi oleh para ilmuan agama, PAS adalah parti yang menjadi pilihan bagi orang-orang melayu yang berpendidikan agama. Pun begitu setelah berlakunya Tragedi 13 Mei 1969, PAS telah menerima cadangan UMNO untuk bergabung didalam perikatan yang baru yang dinamakan sebagai Barisan Nasional (BN). PAS adalah diantara parti pengasas BN. Penglibatan PAS didalam BN berakhir dengan krisis darurat di Kelantan pada 1978. Akhirnya PAS mengambil keputusan untuk keluar dari BN. Para penyokong PAS mengganggap bahawa UMNO telah mengkhianati mereka. Para penyokong UMNO pula berpendapat PAS telah tidak patuh pada ketetapan BN. Pun begitu, krisis dalaman PAS telah membawa kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim. PAS telah mengambil masa yang lama untuk menyusun semula perjuangan mereka. Ketika Tuan Guru Yusuf Rawa mengambil alih teraju PAS pada 1982, PAS telah menjenamakan semula parti tersebut dibawah slogan "Kepimpinan Ulama". Kini PAS adalah sebahagian dari sebuah perikatan yang namakan sebagai Pakatan Rakyat, bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Rakyat (DAP). Pencapaian PAS pada pilihan raya umum 2008 adalah di antara yang terbaik. Selain dari mengekalkan penguasaan PAS di Kelantan dengan majoriti yang besar, PAS turut membentuk kerajaan di Kedah dan Perak (antara 2008-2009). PAS juga adalah sebagai daripada kerajaan di Selangor dan Terengganu. Sejarah penubuhan Mengikut satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951). Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli- ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan. Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang). PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimindiharamkan oleh penjajah pada tahun 1948. Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu

Transcript of Nota pas

1

Parti Islam Se-Malaysia Parti Islam Se-Malaysia (Jawi: مليسيا-ڤرتي اسالم س, juga PAS) adalah

sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin

oleh Presidenparti, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang.

PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai

sebuah parti yang mendokong Islam. Dengan tidak menafikan

bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada Islam di

negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah

dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau

reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah

(antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir

Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat

diSingapura, Melaka dan Pulau Pinang, PAS yang muncul pada

tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu

itu) untuk melihat Agama Islam dapat ditegak dan didaulatkan di

negara ini.

Pada peringkat awal penubuhannya, PAS dilihat sebagai sebuah

parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam melebihi dari

apa yang dilaksanakan oleh UMNO. Didokongi oleh para ilmuan

agama, PAS adalah parti yang menjadi pilihan bagi orang-orang

melayu yang berpendidikan agama. Pun begitu setelah berlakunya

Tragedi 13 Mei 1969, PAS telah menerima cadangan UMNO untuk

bergabung didalam perikatan yang baru yang dinamakan sebagai

Barisan Nasional (BN). PAS adalah diantara parti pengasas BN.

Penglibatan PAS didalam BN berakhir dengan krisis darurat di

Kelantan pada 1978. Akhirnya PAS mengambil keputusan untuk

keluar dari BN. Para penyokong PAS mengganggap bahawa UMNO

telah mengkhianati mereka. Para penyokong UMNO pula

berpendapat PAS telah tidak patuh pada ketetapan BN. Pun begitu,

krisis dalaman PAS telah membawa kepada perpecahan PAS pada

beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

PAS telah mengambil masa yang lama untuk menyusun semula

perjuangan mereka. Ketika Tuan Guru Yusuf Rawa mengambil alih

teraju PAS pada 1982, PAS telah menjenamakan semula parti

tersebut dibawah slogan "Kepimpinan Ulama".

Kini PAS adalah sebahagian dari sebuah perikatan yang namakan

sebagai Pakatan Rakyat, bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan

Parti Tindakan Rakyat (DAP). Pencapaian PAS pada pilihan raya

umum 2008 adalah di antara yang terbaik. Selain dari mengekalkan

penguasaan PAS di Kelantan dengan majoriti yang besar, PAS turut

membentuk kerajaan di Kedah dan Perak (antara 2008-2009). PAS

juga adalah sebagai daripada kerajaan di Selangor dan Terengganu.

Sejarah penubuhan

Mengikut satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi

pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang

menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta

Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November

1951).

Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-

ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24

November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.

Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai

sebuah organisasi pada 31hb. Mei1955 dengan Nombor

Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).

PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah

pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan

kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul

Muslimindiharamkan oleh penjajah pada tahun 1948.

Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan

masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan

penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut

menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya

adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu

2

mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung

di dalam al-Quran dan Sunnah.

Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa

pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun 1906 mereka

telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang diberi

nama al-lmam. Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula akhbar

Edaran Zaman diPulau Pinang, majalah al-Ikhwan pada tahun 1926

dan Suara pada tahun 1928.

Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah

berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan

masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang

ditanamkan itu telah mendorong masyarakat Melayu untuk

menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan bagi memajukan

bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya.

Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan

di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim

Haji Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937. Kesatuan ini ditubuhkan

atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta

membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah

oleh penjajah British.

Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana ia telah

diharamkan oleh Jepun semasa Jepun menguasai Tanah Melayu

pada tahun 1941 - 1945.

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru

Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la

ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya

ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan

kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh agama yang

mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa

Melayu. PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai

kemerdekaan negara secara penuh.

Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau

mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan

politik bagi menentang penjajah.

PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam

masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa

sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya.

Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar

(AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama

Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau

bahagian dalam struktur organisasi PKMM.

MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui MATA

dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan

Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM

melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi

mengumpulkan tenaga para ulama.

Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul

Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai

matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi

membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada

kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul

Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-

kerasnya menolak perjuangan UMNO.

Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos

1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping

menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya,

termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Baqir sendiri di bawah Undang-

undang Darurat atau Emergency Regulations.

Penubuhan Awal

Sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti, namun keghairahan

sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan

politiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan

3

kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan

PAS pada tahun 1951.

Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan

pengiktirafan perlulah dihulurkan kepada Ustaz Abu Bakar al-Baqir,

pemimpin MATA dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah

menggarap sebahagian besar dari ground work bagi melebarkan

persekitaran untuk memudahkan penubuhan PAS.

Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi

apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan pusatnya turut

menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Mereka

antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin

Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi.

Besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin

oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh

Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam

UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang

bercadang untuk menaja perjudian (loteri).

Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS

sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli

agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama

Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia

penajanya terdiri daripada:

1. Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi

2. Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha

3. Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota

4. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota

5. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota

6. Tuan Haji Mansor J.P - Anggota

7. Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan

Negeri Sembilan.

Penitia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta

menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu - iaitu dengan nama

Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha

mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan

Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan,

para kadhi dan juga mufti.

Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang

dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya

menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman

Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili

Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol berjaya

melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan

Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.

Maka PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil dari perhimpunan

atau muktamar tersebut, yang antaranya turut disertai oleh:

1. Persatuan guru-guru agama dari Perlis.

2. Persatuan ulama dari Kedah.

3. Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM) Perak.

4. Kelab Darul Ehsan dari Selangor.

5. Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai.

6. Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol, Perak.

7. Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau

Pinang.

8. Dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah

terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.

9. Beberapa orang Tuan Guru, wartawan, imam dan kadhi atas

nama peribadi.

Perlembagaan Awal

Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat

tujuan, iaitu:

4

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk

membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala

tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan

Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan

dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah

yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak

berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi,

keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

Kepimpinan Pertama

Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS

termasuklah:

1. Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan - Yang Dipertua Agung

2. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Timbalan Yang

Dipertua Agung

3. Tuan haji Hussin Che Dol - Naib Yang Dipertua Agung

(Utara)

4. Fakir Muhammad Nor - Naib Yang Dipertua Agung (Tengah)

5. Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli - Naib Yang Dipertua

Agung (Selatan)

6. Tuan Haji Ahmad Maliki - Setiausaha Agung

7. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Bendahari Agung

Ahli Jawatankuasa Agung pula terdiri daripada:

1. Tuan Haji Yahya Joned

2. Tuan Haji Uthman Talib

3. Tuan Haji Mohammad Nor

4. Tuan Haji Zabidi Ali

5. Tuan Haji Abdul Wahab

6. Tuan Haji Assaiya

7. Muhammad Mahzub

8. Tuan Haji Ahmad Nadur.

Jika dilihat kepada persatuan, peribadi dan jumlah yang hadir

semasa perhimpunan atau muktamar penubuhan PAS itu, yang

kebanyakannya terdiri dari tokoh-tokoh agama, maka secara tidak

langsung menunjukkan bahawa elemen dan semangat perjuangan

Islam telah tersemai bersama PAS semenjak awal penubuhannya

lagi.

Elemen Islam dalam PAS ini lebih terserlah lagi apabila usaha yang

dibawa oleh Yang Dipertua Agung Pertamanya, Ustaz Haji Ahmad

Fuad Hassan untuk menyetujui gagasan National Conference tajaan

Dato’ Onn Jaafar (ramai yang berpendapat di sini bahawa Haji

Ahmad Fuad mungkin terpengaruh dengan cara politik Dato’ Onn

yang juga merupakan rakan karib beliau) tidak diterima oleh ahli dan

penyokong-penyokong PAS.

Kegagalan Haji Ahmad Fuad mendapatkan sokongan ahli dan

penyokong-penyokong PAS ini sekali lagi menunjukkan bahawa

kesedaran mendalam mengenai politik Islam di kalangan ahli dan

penyokongnya telah wujud walaupun PAS sendiri ketika itu masih

berada pada tahap yang lemah.

5

Akhirnya, dalam satu Perhimpunan Khas pada September 1953, Haji

Ahmad Fuad terpaksa mengambil jalan keluar dengan meninggalkan

PAS bagi bersama-sama Dato’ Onn (menyertaiParti Negara).

Kesedaran Islam di kalangan ahli dan penyokong PAS inilah yang

menjadikan satu ciri keistimewaan kepada perjuangan PAS

walaupun sepanjang sejarah perjuangannya ramai di kalangan

pemimpin atasnya meninggalkan parti, namun parti terus hidup,

malah lebih kental dan subur.

Sejarah tidak mungkin berulang. PAS pernah bergabung dalam Parti

Perikatan selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Ini kerana kerusi Melayu

UMNO di dalam Perlimen ketika itu sangat sedikit. Untuk

mengekalkan kuasa Melayu PAS terpaksa berkorban menjadi

anggota baru Parti Perikatan dan seterusnya menukar nama kepada

Barisan Nasional pada tahun 1974.

Jasa PAS untuk menyelamat UMNO tidak dikenang lama. Bila kerusi

parlimen UMNO kuat diparlimen, PAS telah disingkirkan tahun 1978.

Sejarah penyingkiran ini begitu tragis sehingga PAS kehilangan

Kelantan selepas pengistiharan darurat 1977.

Pengalaman pahit ini bagi PAS tak akan berulang dua kali.

Sebarang bentuk perpaduan dengan UMNO akan ditolak kecuali

UMNO membuat pindaan dalam akta tubuhnya menerima AL

QURAN DAN HADIS sebagai teras perlembagaannya.

Presiden

Nama Tempoh perkhidmatan

Hj Ahmad Fuad bin Hassan 1951 - 1953

Dr Hj Abbas bin Hj Ilias 1953 - 1956

Dr Burhanuddin bin Hj Mohd Noor

al-Hilmi

1956 - 1969

Tan Sri Mohd Asri bin Haji

Muda (Pemangku ketika Dr

Burhanuddin ditahan ISA)

1965 - 1966

Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda 1969 - 1982

Tuan Guru Haji Yusuf Rawa 1982 - 1989

Dato' Haji Fadzil Mohd Noor 1989 - 2002

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul

Hadi Awang

2002 - kini

6

Kepimpinan

Kepimpinan PAS Pusat[ Bagi sesi 2013-2015,

kepimpinan PAS Pusat adalah seperti berikut:-

Nama Jawatan

Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat, YB Tuan Guru

Dato' Bentara Setia Haji

Timbalan

Mursyidul Am Haron Din, Tuan Guru Dato' Dr Haji

Presiden Abdul Hadi Awang, YB Dato' Seri Tuan

Guru Haji

Timbalan Al-

Presiden Mohamad Sabu, Tuan Haji

Naib Al-Presiden I Salahuddin Ayub,

Naib Al-Presiden II Tuan Ibrahim Tuan Man, Tuan Guru Dato'

Naib Al-Presiden III Husam Musa, YB Dato' Paduka

Ketua Dewan

Ulama Harun Taib, Tuan Guru Dato'

Ketua Dewan

Pemuda Suhaizan Kayat

Ketua Dewan

Muslimat Siti Zailah Mohd Yusof, YB Ustazah

Setiausaha Agung Mustafa Ali, Dato' Haji

Bendahari

Kehormat *belum dilantik*

Ketua Penerangan Mahfuz Omar, YB Dato' Haji

Pengarah

Pilihanraya Hatta Ramli, YB Dr.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

Idris bin Ahmad, YB Ustaz

Mazlan bin Aliman, Tuan Haji

Muhammad Nizar bin Jamaluddin, YB Datuk Seri Ir

7

Amiruddin bin Hamzah, YB Datuk Ir.

Mohd Hatta bin Ramli, YB Dr.

Nasruddin bin Hassan Tantawi, YB Ustaz

Nik Muhammad Abduh bin Nik Abdul Aziz, YB Ustaz

Mujahid bin Yusuf Rawa, YB Datuk Dr.

Dzulkefly bin Ahmad, Dr.

Mohamed Hanipa bin Maidin, YB

Kamaruddin bin Jaffar, YB Datuk

Khalid bin Samad, YB Tuan Haji

Nik Muhammad Zawawi bin Salleh, Datuk Ustaz

Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi, YB Dr

Riduan bin Mohamad Nor, Ustaz Dr

Mahfodz bin Mohamad, Datuk Dr

Siti Mariah binti Mahmud, YB Dr

Nuridah bin Haji Mohd Salleh, Ustazah

Pesuruhjaya PAS Negeri[sunting | sunting

sumber]

Ustaz Hashim Jasin (Perlis)

Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (Kedah)

Dato' Mohd. Salleh Man (Pulau Pinang)

Tuan Haji Abu Bakar Husin (Perak)

Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik

Mat (Kelantan)

Tuan Haji Abdul Wahid Endut (Terengganu)

Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang)

Dr Abdul Rani Osman (Selangor)

Tuan Haji Mohd Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan)

Tuan Haji Mohamad Taufek Abd Ghani (Negeri Sembilan)

Tuan Haji Adly Zahari (Melaka)

Dato' Dr Mahfodz bin Mohammad (Johor)

Tuan Haji Aminuddin Halim (Sabah)

Tuan Haji Adam Ahid (Sarawak)

Anggota Parlimen PAS bagi Parlimen

Malaysia ke-13

Kedah

P8 - Pokok Sena - Mahfuz Omar

Kelantan

P19 - Tumpat - Kamaruddin Jaafar

P20 - Pengkalan Chepa - Dr Izani Hussin

P21 - Kota Bharu - Datuk Takiyuddin Hassan

P22 - Pasir Mas - Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz

P23 - Rantau Panjang - Siti Zailah Muhd Yusoff

P24 - Kubang Kerian - Ahmad Baihaki Atiqullah

P25 - Bachok - Ahmad Marzuk Shaary

P28 - Pasir Puteh - Dr Nik Mazian Nik Mohamad

P31 - Kuala Kerai - Mohd Hatta Ramli

Selangor

P101 - Hulu Langat - Che Rosli Che Mat

P108 - Shah Alam - Khalid Abd Samad

P111 - Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud

P113 - Sepang - Mohammed Hanipa Maidin

Terengganu

P35 - Kuala Nerus - Datuk Dr Khairuddin Aman Razali Al-Takiri

P36 - Kuala Terengganu - Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad

Baharuddin Shah

P37 - Marang - Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

P39 - Dungun - Wan Hassan Mohd Ramly

Perak

P57 - Parit Buntar - Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa

P59 - Bukit Gantang - Ustaz Idris Ahmad

Pahang

P088 - Temerloh - Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi

Sejarah

Parti Islam Se-Malaysia atau lebih dikenali sebagai PAS merupakan

sebuah organisasi yang telah didaftarkan pada 31hb. Mei 1955

dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Penang).

8

Tujuan

Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan

wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan

pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidupIslam dan

hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan

kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Dasar

Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya

ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS

ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias

yang terang dan nyata.

Tujuan PAS ialah :

Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah

masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya

bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan

Allah.

Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan

kedaulatan negara.

Usaha-usaha PAS :

1. Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah

RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

2. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta

menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara

serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha

menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang

termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan

sosial serta pelajaran dan pendidikan.

3. Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan

ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di

kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan

masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-

pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali

dan memehami serta memperjuangkan konsep dan

pandangan hidup Islam.

5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi

memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat,

bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk

membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan,

persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang

tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan

selama mana ianya mujstahak dan sesuai serta tidak

bercanggah dengan undang-undang negara.

7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi

negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha

mengembangkan bahasa al-Qura'an.

8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan

nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran

Islam.

9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara

ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan

keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan

tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di

dalam negara ini.

10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa

Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan

keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta

menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan,

perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

11. Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-

batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi

mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

9