Nota Pembelajaran Math Pecahan

4
Nota Pembelajaran Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4 Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sukatan Pelajaran Matematik 4,sila layari http://www.scribd.com/doc/493811/Matematik-Tahun-4 Sejarah Matematik Perkataan ‘pecahan’(‘fraction’dalam bahasa Inggeris)berasal daripada perkataan Latin,’frangere’,yang bermaksud ‘pecah’.Brahmagupta,ahli matematik India,telah mengikuti cara menulis pecahan,iatiu pengangka ditulis dibahagian atas dan penyebut ditulis dibahagian bawah,pada kurun ke-7.Kemudian ,orang Arab menyempurnakan tulisan ini dengan meletakkan satu garisan(-)di antara dua angka. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah pecahan ,layari laman sesawang http://nrich.maths.org/2515 Istilah pecahan Pecahan adalah nombor yang mewakili satu atau beberapa bahagian daripada satu keseluruhan yang telah dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama besar.

Transcript of Nota Pembelajaran Math Pecahan

Page 1: Nota Pembelajaran Math Pecahan

Nota Pembelajaran

Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sukatan Pelajaran Matematik 4,sila layari

http://www.scribd.com/doc/493811/Matematik-Tahun-4

Sejarah Matematik

Perkataan ‘pecahan’(‘fraction’dalam bahasa Inggeris)berasal daripada perkataan Latin,’frangere’,yang bermaksud ‘pecah’.Brahmagupta,ahli matematik India,telah mengikuti cara menulis pecahan,iatiu pengangka ditulis dibahagian atas dan penyebut ditulis dibahagian bawah,pada kurun ke-7.Kemudian ,orang Arab menyempurnakan tulisan ini dengan meletakkan satu garisan(-)di antara dua angka.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah pecahan ,layari laman sesawang http://nrich.maths.org/2515

Istilah pecahan

Pecahan adalah nombor yang mewakili satu atau beberapa bahagian daripada satu keseluruhan yang telah dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama besar.

Menyebut suatu pecahan

Apabila sebiji kek dipotong kepada 4 bahagian yang sama,setiap bahagian itu adalah daripada keseluruhan kek itu.

Page 2: Nota Pembelajaran Math Pecahan

Maka, 1/4 ialah satu pecahan dan dibaca sebagai ‘satu perempat.

Menerangkan pecahan sebagai sebahagian daripada keseluruhan.

1/4 bermakna ‘satu daripada empat bahagian yang sama’

Jika sebiji kek dipotong kepada 2 bahagian yang sama,setiap bahagian itu adalah

1/2 daripada keseluruhan kek itu.

Oleh itu, 1/2bermakna ‘satu daripada dua bahagian yang sama’

Page 3: Nota Pembelajaran Math Pecahan

Mewakilkan suatu pecahan

Dalam suatu pecahan,angka di atas garis dinamakan ‘pengangka’ dan angka di bawah garis dinamakan ‘penyebut’

- pengangka

- penyebut

Pengangka menunjukkan bilangan bahagian yang sama daripada keseluruhan manakala penyebut menunjukkan jumlah keseluruhan bilangan bahagian yang sama.

Pecahan yang pengangkanya lebih kecil daripada penyebut di sebut pecahan wajar

Nilai satu pecahan wajar adalah kurang daripada 1.

Langkah-langkah untuk mewakilkan dengan gambar rajah

i. Lukis satu rajah

ii Bahagikan rajah itu kepada 8 bahagian yang sama besar

iii Warnakan sebarang 3 bahagian

Page 4: Nota Pembelajaran Math Pecahan

Menulis pecahan berdasarkan gambar rajah yang diberi

Satu jalur kertas dilipat kepada 6 bahagian yang sama besar.5 bahagian daripada kertas itu dilorekkan.Pecahan yang diwakili oleh bahagian berlorek ialah 5/6