Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

23
Nota Pengajian Am 1 - Perlembagaan Pengenalan Perlembagaan • Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara • Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom. • Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara Perlembagaan Malaysia • Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. • Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan : “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah

Transcript of Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

Page 1: Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

Nota Pengajian Am 1 - Perlembagaan

Pengenalan Perlembagaan 

• Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi

peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan

juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir

negara 

• Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan

juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan

bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United

Kingdom. 

• Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan

pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap,

jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak

berbelah bagi kepada negara

Perlembagaan Malaysia 

• Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia

merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk

berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan

Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

 

• Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca

kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah

tidak bertentangan dengan perlembagaan :

“Perlembagaan ini adalah undang-undang utama 

 Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang 

 diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang 

 berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah 

 terbatal setakat berlawanan dengan itu”.

 

Page 2: Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

  Perkara 4(1)

• Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi

dan kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara

ini. 

• Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan

kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Sejarah Ringkas Perlembagaan Malaysia kembali

 

  

Sejarah perlembagaan moden Malaysia bermula pada akhir abad ke 19,

ketika kerajaan British menguasai Tanah Melayu.

Kronologi ringkasnya adalah seperti berikut:

• 1905 – sebuah badan perundangan pusat yang dikenali sebagai Majlis

Mesyuarat Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua undang-undang yang

dibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak

bertentangan dengan undang-undang yang dibuat oleh MMP. Sungguh

pun begitu MMP tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam

dan kedudukan Raja-raja Melayu.

• 1927 – melalui pindaan Perjanjian Persekutuan bagi anggota-anggota

MMP, MMP diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh

negeri-negeri Melayu Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak lagi mengambil

bahagian dalam perbincangan MMP. Ini menjadikan kuasa kerajaan pusat

menjadi kuat. Sementara itu kedudukan Dewan Negeri diperkuat dan

beberapa kuasa yang dulunya dijalankan oleh Ketua Setiausaha (Pegawai

British) diserahkan kepada Dewan Negeri. Jawatan Ketua Setiausaha

ditukar kepada Setiausaha Persekutuan.

Page 3: Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

• Di bawah Malayan Union pula, segala kuasa terletak di tangan gabenor

termasuk kuasa memberi ampun pada orang salah. Gabenor boleh

membatalkan segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Perundangan.

Majlis Perundangan Negeri di setiap negeri pula hanya boleh membuat

undang-undang tentang perkara tempatan sahaja dan ia boleh dibatalkan

oleh Majlis Perundangan Malayan Union.

• 1948 – Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayu

ditubuhkan pada 2 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan

ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang.

Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk

menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis

Perundangan Persekutuan. Sementara itu Majlis Perundangan Negeri

mempunyai kuasa yang terhad seperti yang disebuat dalam Jadual Kedua

bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

• Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan

masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai

perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911.

Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun

1948. 

• Jun 1955 – pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota

Majlis Perundangan Persekutuan – mengandungi 52 anggota yang dipilih,

34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang

Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.

• Mac 1956 – Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk yang diketuai

oleh Lord Reid. Jawatankuasa ini diberi tugas merangka Perlembagaan

Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat.Jawatankuasa ini

mula menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan

laporannya pada Disember 1956. Laporan ini dikaji, diteliti dan

kemudiannya digubal menjadi Perlembagaan Persekutuan.

• Pembentukan perlembagaan telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan

dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.

Page 4: Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

• Julai 1963 – Perjanjian Malaysia ditandatangani di London oleh kerajaan

British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-

undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan

Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi

Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu

undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda

Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26

Ogos 1963.

Kandungan Perlembagaan Persekutuan kembali

 

  

• Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara beserta dengan

13 Jadual. Bagi setiap perkara terdapat beberapa Fasal yang dijelaskan

dengan terperinci sebagai garis panduan perundangan dan kepentingan

rakyat.

• Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi beberapa perkara yang

tidak boleh dipersoalkan seperti:

- agama Islam sebagai agama rasmi;

- kedududkan istemewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan

Sarawak;

- kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan,

- soal kerakyatan.

• Susunan Perkara-Perkara Dalam Perlembagaan:

  Perkara 1 hingga 4

  Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi  

  Persekutuan

Page 5: Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

  Perkara 5 hingga 13 

  Kebebasan Asasi

  Perkara 14 hingga 22

  Kewarganegaraan (Bab 1 – Perolehan Kewarganegaraan)

  Perkara 23 hingga 28A

  Kewarganegaraan (Bab 2 – Penamatan Kewarganegraan)

  Perkara 29 hingga 31

  Kewarganegaraan (Bab 3 – Tambahan)

  Perkara 32 hingga 37  

  Persekutuan (Bab 1 – Ketua utama negara)

  Perkara 38

  Persekutuan (Bab 2 – Majlis Raja-Raja)

  Perkara 39 hingga 43C

  Persekutuan (Bab 3 – Pemerintah)

  Perkara 44 hingga 65

  Persekutuan (Bab 4 – Badan-badan Perundangan

  Persekutuan)

  Perkara 66 hingga 68

  Persekutuan (Bab 5 – Acara perundangan)

  Perkara 69 

  Persekutuan Bab 6 – Keupayaan terhadap harta, kontrak 

  Dan guaman )

  Perkara 70 hingga 72

  Negeri-negeri

  Perkara 73 hingga 79

Page 6: Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

  Perhubungan Antara persekutuan dengan Negeri-negeri

  (Bab 1 – Bahagian kuasa-kuasa perundangan)

  Perkara 80 hingga 81

  Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri

  (Bab 2 – Pembahagian antara kuasa-kusa pemerintah)

  Perkara 82

  Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri

  (Bab 3 – Pembahagian beban kewangan)

  Perkara 83 hingga 91

  Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri

  (Bab 4 – Tanah)

  Perkara 92

  Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri 

  (Bab 5 – Pembangunan negara)

 Perkara 93 hingga 95

 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri

 (Bab 6 – Tinjauan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan 

 pemeriksaan mengenai kegiatan Negeri)

 

 Perkara 95A hingga 95E

 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri

 (Bab 7 – Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan)

 Perkara 96 hingga 112

 Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 1 – Am)

 Perkara 112A – 112D

 Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 2 – Pemakaian

 Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak)

 Perkara 113 hingga 120 

Page 7: Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

 Pilihanraya

 Perkara 121 hingga 131A 

 Perhakiman

 Perkara 132 hingga 148

 Perkhidmatan Awam

 Perkara 149 hingga 151

 Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan 

 Kuasa-kuasa Darurat

 Perkara 152 hingga 160B

 Am dan Pelbagai

 Perkara 161 hingga 161H

 Perlindungan Tambahan bagi Sabah dan Sarawak

 Perkara 162 hingga 180

 Peruntukan Sementara dan Peralihan

 Perkara 181

 Pengecualian bagi Kedaulatan Raja-raja

 Perkara 183 hingga 183

 Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja

Beberapa Perkara Asas Perlembagaan kembali

 

  

• Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)

Page 8: Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutaun ialah YDPA, iaitu

seorang raja yang dipilih daripada raja-raja sembilan buah negeri Melayu.

Berdasarkan sistem Raja Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah

Persekutuan. Namun begitu Perkara 39 dan 40 menyatakan bahawa

baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau seorang

menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri.

Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah Pemerintah tertinggi

Angkatan Tentera Persekutuan, sementara Perkara 42 pula meletakkan

baginda mempunyai kusa untuk mengampun dan menangguhkan

hukuman terhadap orang yang telah disabitkan oleh mahkamah tentera

bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur.

Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tiga komponen badan

perundangan Persekutuan, iaitu Parlimen. Perkara 71 pula menyediakan

peruntukan bagi menjamin hak sesorang raja sesuatu negeri untuk

mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak

keistemewaan di sisi perlembagaan bagi sesorang raja di dalam negeri

itu. 

Perkara153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawab untuk

memelihara kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera

Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain.

Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik semua hakim

Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah ditangan baginda

atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-

raja. 

• Kedudukan Agama Islam

Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama

rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan

bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk

Page 9: Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang

negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan,

jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut

agama Islam – Perkara 11 (4).

• Kedudukan Bahasa Melayu

Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa

Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi

bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi.

Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa

jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri

dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

• Kedudukan Istemewa Orang Melayu 

Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang

Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi : 

- perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4) 

- ekonomi : Perkara 153 (6) 

- pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4)

- Kedudukan Istemewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan

Perkara 89 dan 90 – berhubung dengan tanah rizab Melayu.

- Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta

Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

• Kewarganegaraan 

Apabila Perlembagaan 1957 maka dengan sendirinya negara mempunyai

Page 10: Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

undang-undang kerakyatannya yang selaras.Kewarganegaraan dalam

Perlembagaan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:-

- Perolehan Kewarganegraan : 

  Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 1)

- Penamatan Kewarganegaraqan

Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 2)

-Peruntukan Tambahan 

Bahagian 3 Perlembgaan (Bab 3)

Dalam Perlembgaan ada dua cara menyebabkan sesorang itu boleh hilang

kewarganegarannya:

 

-Perkara 24 menyatakan bahawa kerakyatan akan 

 dilucutkan sekiranya mendapat kerakyatan  

 daripada negara lain

-Perkara 25 menyebut bahawa kerakyatan akan  

 dilucutkan sekiranya terbukti tidak setia kepada  

 negara.

• KEBEBASAN HAK ASASI

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberikan Kebebasan

Hak Asasi kepada seluruh warganegaranya sebagaimana yang dijamin

dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak-Hak Asasi ini meliputi :

Perkara 5 : Kebebasan Diri 

Perkara 6 : Kebebasan Ekonomi (hamba abdi dan 

 buruh paksa)

Page 11: Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

Perkara 7 : Perlindungan daripada undang-undang 

  Jenayah

Perkara 8 : Hak Kesamarataan

Perkara 9 : Hak Kebebasbn Bergerak

Perkara 10 : Kebebasan Bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

 

  Perkara 11 : Kebebasan Beragama

  Perkara 12 : Hak Mendapat Pendidikan 

  Perkara 13 : Hak Terhadap Harta

Catatan : Untuk kepentingan, kebaikan dan keselamatan negara

keseluruahannya haka-hak tersebut boleh disekat melalui antaranya: 

• Perkara 149 – Perbuatan Subversif 

• Perkara 150 – Kuasa-kuasa Darurat 

• Perkara 159 – Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 

• Akta Universiti dan Kolej 1971 pindaan 1975 

• Dan beberapa akta lain.

http://pmr.penerangan.gov.my/article.cfm?id=233 6 okt 08

April 16, 2008...8:39 pm

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial

Jump to Comments 

Salam semua,

Blog ini menerima email daripada seorang pembaca supaya artikel

mengenai Ketuanan Melayu dituliskan di dalam blog ini supaya orang

ramai faham mengenai perkara di atas. Ini disebabkan menurut beliau,

rata-rata generasi muda melayu tidak faham mengapa ketuanan melayu

harus dipertahankan. Penulis membuat sedikit carian dan kajian

Page 12: Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

mengenai Ketuanan Melayu dan mendapati bahawa bukan isu mengenai

Ketuanan Melayu harus dipostkan tetapi juga mengenai Artikel 153 dan

kontrak sosial Malaysia harus dipostkan kerana ia saling mengaitkan

antara satu sama lain. Sumber rujukan dari wikipedia dan lawnet.

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada

Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan

penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai

Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat

melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota

kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan

awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial

kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan

Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk

asal Malaysia.

Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit,

dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah

dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi

kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara

Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain

mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk

kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-

Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan

ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu

untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri

mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan

perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri

Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh

Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam

(selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa,

danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya

atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan

Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh

Page 13: Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan

atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu

dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2),

perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri

Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan

biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau

kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki

bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian

X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang

dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa,

danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan

khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah

mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-

undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong

tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan

awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa,

danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan

khas lain yang dinikmati olehnya.

(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.

(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu

permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan

atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan

fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau

memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang

dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit

atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan

perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang

Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak

sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan

pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk

melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak,

keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada

orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk

Page 14: Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau

lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit

atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang

jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya

dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut

mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen

dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan,

maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-

apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan

anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada

undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu

(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak,

keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada

orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau

(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau

lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit

atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana

orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang

lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan

mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang

daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa

lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan

perniagaan itu; atau

(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan

pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak

pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi

mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah

dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu

mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan

kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau

untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian

kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu

jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu,

pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan

Page 15: Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

mengikut perjalanan biasa keadaan.

(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam

mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang

memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau

yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak

berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau

institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian

adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-

tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa

Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak

berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada

tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara

Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh

Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi

arahan itu dengan sewajarnya.

(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa

untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud

perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri

Sabah dan Sarawak.

(9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri

Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan

kepadanya dalam Perkara 161A.

(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan

yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan

Perkara ini.

Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia

dengan artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing

menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia)

lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan

Bumiputra Malaysia dipertahankan. 

Ketuanan Melayu

Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang

Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang)

Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai

pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi

kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu

Page 16: Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu

(sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan

kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana

kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan

orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang

Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara

153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia).

Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil

Kontrak Sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik

ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh

semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia)

mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan

orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang

arif tentang konsep atau fahaman ini.

Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan,

frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai

hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah

daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti

Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan

Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu

mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu

untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang

untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup

besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan

Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963

hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu,

sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi

selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan

raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu

sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra

yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan

pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan “orang asal”

Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal

Malaysia.

Tentangan yang dimainkan oleh DAP ini sebenarnya merupakan lanjutan

tentangan yang dimainkan oleh parti induk DAP iaitu parti

Page 17: Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

PAP(Singapura). 

Berikut adalah tentangan mengenai ketuanan Melayu di dalam fasal 153

Perlembagaan Malaysia oleh PAP.

Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri

Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia

kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara

umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan

menyeru satu “Malaysian Malaysia”. Mempersoalkan kontrak sosial , Lee

telah menyatakan: “Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula

untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira

700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini,

kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha

agung UMNO, Dato’ Syed Ja’afar Albar, yang datang ke Malaya dari

Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.

Kontrak Sosial

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa

kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian

beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan

dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan

Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada

mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan

untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan,

seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara

sekular.

Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial

telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam

kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak

habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada

orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah

merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara

mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media

Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik

yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya

daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk

mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.

Kontrak sosial selama ini telah lama diamalkan oleh para pemimpin

Page 18: Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

terutamanya pemimpin dari parti kompenen Barisan Nasional. Tidak

terdapat syarat-syarat formal mengenai kontrak sosial ini. Di bawah

sedikit petikan mengenai kontrak sosial.

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah “kontrak sosial”

(dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan

tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah

menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-

pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai

mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga

bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak

dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya

dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan

kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya

orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian

hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli

(dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian

Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan

mengatakan: “Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk

melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin

komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu

sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status

kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti

penduduk asli Sabah dan Sarawak.” [1]

Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota

dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk

lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri

yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada

hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru

Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum

Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa

Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota

ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan

diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan

harta tanah diberikan.

Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap

orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya

Page 19: Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina

untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun,

orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa

merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini

boleh dipertikaikan.

Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-

universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar “meritokrasi”.

Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang

bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang

ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus

yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa

mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara

teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini

jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan

pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan

orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan

universiti.

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan

menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang

kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia

dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga

menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya

diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak

menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan

ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang

diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan

secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun,

disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat,

tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153

berlangsung tanpa sebarang peristiwa.

Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk

enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara,

orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah

Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa

Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja

dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak

Page 20: Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-

tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk

membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak

hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong

ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah

ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada

pembangkang-pembangkang.

Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman

(kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan

bahawa “…apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union

(yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain

tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya

merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga

menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara

asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan

untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami

menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan

orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami

akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan.” Bagaimanapun,

dia menambah bahawa “Bagi mereka yang mencintai dan berasa bahawa

mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut

mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya

yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa

yang sama dengan orang-orang Melayu.”

Ketiga-tiga di atas merupakan sentimen yang sering dimainkan oleh parti-

parti politik sejak kebelakangan ini. Semangan muhibah dikalangan

pemimpin-pemimpin awal negara seakan-akan dipermainkan oleh anak

cucu mereka yang menjadi pemimpin parti-parti politik pada hari ini.

Persoalannya ketika isu kontrak sosial dimainkan oleh pemimpin bukan

melayu…di mana pemimpin-pemimpin Melayu terutama dari

pembangkang tampil mempertahankan kontrak sosial yang sudah sekian

lama terbina?? Adakah adil sekiranya kita membiarkan konsep Ketuanan

Melayu ini dihapuskan dan diganti dengan konsep Ketuanan Rakyat

(sedangkan Ketuanan Melayu juga adalah sama kecuali penekanan yang

lebih diberikan kepada orang Melayu) yang belum terbukti lagi menjamin

masa depan orang Melayu? Adilkah sekiranya anak-anak kita terpaksa

Page 21: Nota Pengajian Am 1 Perlembagaan

mengharungi keperitan untuk ‘survive’ di masa hadapan sedangkan kita

telah membesar dengan agak selesa sehingga apa yang kita kecapi

setakat hari ini adalah hasil dari konsep Ketuanan Melayu. Diharap anak-

anak muda faham akan kenapa walaupun negara kita sudah 50tahun

merdeka konsep ini masih digunapakai. Konsep ini bukan lah sesuatu

yang baru dan sejarah membukti bahawa terpisahnya Malaysia dengan

Singapura adalah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin

parti induk DAP iaitu PAP yang memainkan isu ketuanan Melayu ini.

Adakah anda lebih gemar konsep Ketuanan Melayu ini digugurkan dan

digantikan dengan konsep Malaysian Malaysia atau konsep Ketuanan

Rakyat??? Bukankah pemimpin parti seperti PKR dan PAS ini merupakan

anak-anak yang membesar hasil dari konsep Ketuanan Melayu ini. Cuba

fikirkan di mana pemimpin-pemimpin ini berada sekiranya konsep

Ketuanan Melayu dihapuskan dahulu?? Adakah mereka akan begelar

pemimpin??

Terkini:

Istilah “Ketuanan Melayu” perlu dilihat dalam konteks perjuangan orang

Melayu sebelum merdeka yang menganggap Semenenjung Tanah Melayu

sebagai tanah pusaka (sons of the soil) seperti yang diakui oleh pihak

penjajah British ketika itu. Istilah ini juga merujuk kepada situasi sebelum

merdeka yang menjelaskan reaksi orang Melayu terhadap penubuhan

Malayan Union yang telah menghapuskan “Ketuanan Melayu” dari segi

kedaulatan, kuasa politik dan isu kewarganegaraan yang longgar.

“Ketuanan Melayu” dilaungkan oleh pemimpin Melayu pada ketika itu bagi

menyatupadukan orang Melayu menentang Malayan Union dan bukannya

menuntut kemerdekaan. Oleh itu, konsep ini ialah peristiwa dan reality

sejarah pada ketika itu dan ia dimasukkan bukan bertujuan untuk

menggugat perpaduan masyarakat Malaysia.

Istilah di atas merupakan penjelasan Kementerian Pendidikan mengenai

Ketuanan Melayu. Penjelasan ini dipetik dari blog LKS.

Dicatat oleh Panatia pengajian am smk madaidi 01:30

0 ulasan: