NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

20
9/26/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA « KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD 1/20 kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/ KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG SYUMUL COURSE NOTES Pengenalan Islam ialah agama yang akhir diturunkan untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah ialah Islam” (ayat 19 surah Ali ‘Imran). Agama Islam ialah agama yang syumul (sempurna) berbanding agama lain yang pernah diturunkan oleh Allah s.w.t. Apa beza agama Islam dengan agama lain? Tentu ada bezanya. Dalam sekian banyak agama ada tiga agama yang disebut sebagai Agama Langit, iaitu Agama Yahudi, Nasrani dan Islam. Ketiga-tiga agama ini ada kitab dan ada Rasulnya. Agama Islam ialah agama yang akhir diturunkan kepada Nabi yang akhir iaitu Muhammad s.a.w. dan kitab terakhir iaitu al-Quran yang lebih sempurna daripada kitab-kitab sebelumnya. Menurut al-Quran Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan untuk semua manusia di akhir zaman, termasuklah umat yang sebelum ini seperti agama Yahudi dan Nasrani walaupun mereka mempunyai kitab dan rasul (surah al-A’raf

description

nota pengajian islam

Transcript of NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

Page 1: NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

9/26/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA « KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

1/20kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/

KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH

NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA

ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANGSYUMUL

COURSE NOTES

Pengenalan

Islam ialah agama yang akhir diturunkan untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya agama yang benar di sisiAllah ialah Islam” (ayat 19 surah Ali ‘Imran). Agama Islam ialah agama yang syumul(sempurna) berbanding agama lain yang pernah diturunkan oleh Allah s.w.t.

Apa beza agama Islam dengan agama lain? Tentu ada bezanya. Dalam sekian banyak agamaada tiga agama yang disebut sebagai Agama Langit, iaitu Agama Yahudi, Nasrani dan Islam. Ketiga-tiga agama ini ada kitab dan ada Rasulnya. Agama Islam ialah agama yang akhirditurunkan kepada Nabi yang akhir iaitu Muhammad s.a.w. dan kitab terakhir iaitu al-Quranyang lebih sempurna daripada kitab-kitab sebelumnya. Menurut al-Quran Nabi Muhammads.a.w. diutuskan untuk semua manusia di akhir zaman, termasuklah umat yang sebelum iniseperti agama Yahudi dan Nasrani walaupun mereka mempunyai kitab dan rasul (surah al-A’raf

Page 2: NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

9/26/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA « KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

2/20kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/

158). Untuk mengetahui lebih jelas sila ikuti tajuk ini dengan teliti.

Hasil Pembelajaran

Setelah membaca tajuk ini anda akan dapat:

1. Memberi definisi Islam, Iman dan Ihsan

2. Menerangkan maksud Aqidah, dan Syari’ah serta dapat menjelaskan

maslahah di sebalik setiap suruhan dan larangan dalam Islam

3. Dapat menyenaraikan ciri-ciri keistimewaan Islam

Pengertian Islam, Iman dan Ihsan

Islam Sebagai Cara Hidup Yang Syumul

Maqasid al-Syari’ah

Tasawwur Islam

Maksud Aqidah, Syariah dan Akhlak

Page 3: NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

9/26/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA « KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

3/20kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/

1.1. Pengertian Islam, Iman dan Ihsan

Apa makna Islam?

“Islam bermaksud selamat atau menyerah diri kepada Allah. Ia adalah nama bagi agama Allahyang akhir sekali, ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan kepadasemua manusia di akhir zaman”.

Apakah semua manusia di akhir zaman mesti memelukagama Islam?

Ya, demikianlah kehendak Allah seperti yang difirmankan dalam surah Āli-Imran:

Bermaksud: Sesungguhnya agama (yang benar) di sisi Allah ialah Islam.

Surah Āli-Imran ayat 19.

Dalam ayat lain Allah berfirman:

Maksudnya: Sesiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam, maka tidak akan diterima(agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat nanti termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.

Page 4: NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

9/26/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA « KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

4/20kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/

Surah Āli-Imran ayat 85.

Perkataan “Islam” berasal daripada kalimah ِسْلًماІَیْسَلُمІَسِلَم yang bermaksud selamat dan ُیْسِلُمІَاْسَلَمbermaksud tunduk, patuh dan berserah. Dari segi istilah ia bermaksud tunduk dan patuh ِاْسَالًماkepada perintah Allah s.w.t. iaitu Tuhan pencipta dan pentadbir seluruh alam, dengan penuhrela, bukan dengan paksaan atau perasaan terpaksa. Berserah pula bermaksud menyerah dirikepada Allah untuk menerima perintahNya, sama ada untuk melakukan sesuatu ataumeninggalkannya.

Islam ialah agama yang mempunyai peraturan hidup yang sempurna atau cara hidup yangsyumul (a complete way of life) yang merangkumi sistem kepercayaan, perundangan dan nilai(akhlak).

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim sahabat menceritakan bahawa pada suatu hari semasaRasulullah s.a.w. sedang duduk-duduk bersama para sahabat tiba-tiba datang seorang lelakiyang berpakaian serba putih dan tidak seorang pun sahabat yang mengenalinya. Dia terusmasuk dan duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. sehingga lututnya bertemu dengan lututRasulullah s.a.w. serta berkata:

“Wahai Muhammad, beritahu aku apa itu Islam?” Maka jawab Rasulullah s.a.w. “Engkaubersyahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikansolat, berpuasa Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Baitullah bagi yang kuasasampai ke sana”. Jawabnya “Engkau benar”

Kemudian dia berkata lagi “beritahu aku apa itu Iman” Maka jawab Rasulullah s.a.w. “Engkaupercaya (beriman) kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulnya, hari akhirat danqada dan qadar” Jawabnya “Engkau benar”

Kemudian dia berkata lagi “Beritahu aku apa pula maksud Ihsan”. Maka jawab Rasulullah s.a.w. “Bila engkau beribadat kepada Allah buatlah dengan bersungguh-sungguh seolah-olah engkau nampak Allah. Walaupun kamu tidak dapat melihatNya tetapi Dia (Allah) tetap melihatkamu…….”

Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Umar al-Khattab “Kenalkah siapa orang itu” Jawab Umar“Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui” Maka sabda Rasulullah s.a.w. “Dia adalah Jibraildatang mengajar agama kepada kamu”

Berdasarkan kepada hadis yang panjang ini kita dapat faham bahawa agama Islammengandungi tiga perkara ini iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Ketiga-tiga ini juga disebut Aqidah(kepercayaan), Syari’ah (Perundangan) dan Akhlak (Nilai). Inilah yang dikatakan Islam itumengandungi sistem kepercayaan, sistem perundangan dan sistem nilai.

Page 5: NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

9/26/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA « KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

5/20kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/

Pengertian Islam

Islam (Aslama) bermaksud tunduk, patuh dan taat kepada Allah dengan

melakukan segala suruhannya dan meninggalkan larangannya

Pengertian Ihsan

Ihsan bermaksud melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya dan bersungguh-sungguh.

Pengertian Iman

Iman ialah percaya kepada Allah, malaikat, kitab-kitab, rasu-rasul, hari Kiamat dan Qadhadan Qadar.

1.2 Asas-asas Islam

Ada tiga perkara yang menjadi asas kepada agama Islam iaitu ‘Aqidah, Syari’ah dan Akhlak. ‘Aqidah ialah kepercayaan kepada Allah, Syari’ah ialah perundangan dan Akhlak pula sistemnilai. Di bawah ini dibincang dengan lebih terperinci.

1.2.1 Aqidah (Sistem Kepercayaan)

Page 6: NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

9/26/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA « KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

6/20kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/

Dari segi bahasa, Aqidah bermaksud simpulan atau tali yang tersimpul. Dari segi istilah syara’pula, ‘Aqidah bermakud kesimpulan yang tetap atau kepercayaan yang kukuh dalam dirimanusia yang berkaitan dengan ketuhanan dan lain-lain kepercayaan agama.

Contohnya; “dalam hati seorang muslim terpahat satu kepercayaan yang kukuh bahawa Allahitu ada, Dia merupakan Tuhan yang berkuasa atas segala-galanya”. Ini ialah ‘Aqidah.

Contoh yang lain ialah “di dalam diri seorang muslim terdapat satu kepercayaan bahawa nabiMuhammad s.a.w. dilahirkan pada tahun 571 M itu tetap wujud dan menjadi Rasul Allah untuk

menyeru manusia mentauhidkan Allah”. Inilah yang dikatakan ‘Aqidah.

Dalam keadaan yang lain Aqidah ini disebut juga I’tiqad ( اعتقاد ). Ia juga bermaksudkepercayaan. Contohnya; “mengikut I’tiqad Ahlussunnah wal-Jama’ah bahawa siksa kubur ituada”. Yakni mengikut kepercayaan Ahlussunnah wal-Jama’ah siksa kubur itu ada.

1.2.2 Sistem Perundangan

Adakah anda tahu ada berapa jenis undang-undang

Asas di dalam sistem perundangan Islam?

Dalam Islam terdapat 4 bahagian besar perundangan Islam iaitu:

1. Undang-undang Ibadat2. Undang-undang Muamalat3. Undang-undang Munakahat4. Undang-undang Jinayat

Huraian

Tujuan undang-undang ini ialah untuk kesejahteraan hidup manusia, iaitu mengatur manusiasupaya melakukan yang ma’ruf dan menjauhi yang mungkar. Undang-undang tersebut ialah :

Undang-undang Ibadat. Maksud Undang-undang Ibadat ialah peraturan-peraturan dantatacara mengerjakan ibadat dalam Islam. Ini termasuklah peraturan-peraturan mengenaiibadat solat, puasa, zakat, haji, qurban, aqiqah dan sebagainya. Ibadat ini digelar Ibadat

Page 7: NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

9/26/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA « KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

7/20kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/

Khusus. Ia mempunyai syarat dan rukunnya, dan jika tidak menepati syarat dan rukun ituibadat dikira tidak sah dan tidak diterima.

Selain daripada itu terdapat pula jenis ibadat lain yang digelar Ibadat Umum. Ini termasuklahsemua perkerjaan yang baik yang kita lakukan setiap hari seperti bekerja, belajar, tolongmenolong, sedekah, kenduri, beriadah, bermain, makan, minum, berkahwin dan lain-lain. Maksud ibadat ialah kita melakukan perkara itu kerana tunduk kepada perintah Allah, dan kitadiberi ganjaran pahala kerana melakukannya. Ini bermakna kita makan, minum, bermain,bekerja dan sebagainya akan mendapat pahala asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.Contohnya, makan minum yang dibenarkan dan bekerja pada tempat yang dibenarkan. Demikianlah sebaliknya, iaitu berdosa jika makan makanan yang dilarang atau bekerja padatempat yang dilarang.

Undang-undang Muamalat. Ini merujuk kepada peraturan yang berkaitan dengan hubungansesama manusia seperti jual beli, sewa menyewa, hutang piutang, pengurusan, pentadbiran dansebagainya. Dalam undang-undang muamalat terdapat beberapa peraturan untuk kepentingandan kesejahteraan manusia.

Undang-undang Munakahat : Undang-undang ini ialah undang-undang yang berkaitandengan nikah kahwin. Ianya termasuklah peraturan tentang meminang, aqad nikah sertasyarat-syaratnya, wali, talak, ruju’, hadhanah (hak penjagaan anak), dan lain-lain seperti yangdibincang dengan panjang lebar dalam Bab Nikah.

Undang-undang Jinayat. Ini ialah undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiranmahkamah, hukum qisas (hukum bunuh balas kepada orang yang membunuh orang), hudud,(hukum ke atas orang yang berzina, menuduh orang berzina dan mencuri), ta’zir (hukumandera keatas orang yang minum arak) dan lain-lain.

Di Jabatan Agama Islam Negeri terdapat Undang-Undang Keluarga Islam. Cuba anda buattinjauan di Jabatan berkenaan dan perhatikan apakah kandungan Undang-Undang tersebut

1.2.3 Sistem Nilai

Sekarang cuba anda fikirkan, apakah yang dimaksudkan dengan Sistem

Page 8: NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

9/26/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA « KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

8/20kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/

Nilai Islam? Apakah ia sama dengan sistem nilai umum yang diamalkan dalam masyarakat sekarang?

Sistem nilai Islam ialah satu sistem untuk menilai tingkah laku manusia berdasarkan hukumnilai yang diletakkan oleh Allah. Sistem nilai Islam serba tetap serta mutlak. Ia bersifatsarwajagat. Maknanya, di mana sahaja kita berada, nilai itu tetap sama, melainkan jika adaunsur-unsur lain yang menyebabkan ia berubah berdasarkan prinsip-prinsip tententu menurutperbincangan dalam ilmu Usul Fiqh. Yang uniknya ialah nilai itu diletakkan oleh Allah dandinilai oleh Allah s.w.t., sebab itu ia serba tetap.

Adapun nilai adat dan masyarakat diletakkan oleh masyarakat dan dinilai oleh masyarakatmengikut norma masyarakat tersebut. Dengan demikian ia tidak tetap, malah banyakperbezaannya, lain masyarakat lain nilainya. Contohnya adalah seperti perabezaan antaramasyarakat barat dan timur. Apa yang baik di barat tidak semestinya baik di timur. Misalnyaberkucup mulut lelaki perempuan di khalayak ramai adalah bagus, tetapi bagi masyarakattimur itu tidak bagus kerana bertentangan dengan nilai adat. Kalau mengikut nilai Islam haramdi timur dan haram di barat. Inilah yang dikatakan nilai Islam itu serba tetap.

Di dalam Sistem Nilai Islam terdapat 5 kategori nilai yang menjadi asas penilaian bagi semuaperbuatan dan tingkah laku manusia, iaitu :

1. Fardhu atau wajib2. Haram3. Sunat4. Makruh5. Mubah atau harus

Fardhu atau wajib ialah nilai tetap terhadap suruhan yang mesti dilakukan oleh setiap orangIslam. Melakukannya dikira beribadat dan mendapat pahala. Meninggalkannya dikira derhakadan haram serta berdosa. Contohnya solat, puasa, mencari nafkah, menutup aurat dansebagainya.

Haram pula ialah sesuatu yang ditegah dan dilarang. Meninggalkannya adalah satu ibadat dandiberi pahala, melakukannya adalah ingkar dan derhaka serta berdosa. Contohnya berjudi,minum arak, berzina, mendedahkan aurat, menganiayai orang atau binatang, melakukansesuatu yang membahaya dan merosakkan diri sendiri atau orang lain seperti memandu dengancara yang salah dan sebagainya.

Sunat ialah sesuatu yang baik dan dianjurkan supaya melakukannya. Melakukannya dikira

Page 9: NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

9/26/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA « KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

9/20kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/

beribadat dan mendapat pahala. Meninggalkannya tidak berdosa. Contohnya menjamumakan, menolong orang dalam keadaan biasa, memberi hormat kepada kawan denganmengucap Salam atau ucapan lain yang sesuai bagi yang bukan Islam dan sebagainya.

Makruh ialah sesuatu yang kurang baik dilakukan, malah dianjurkan supayameninggalkannya. Sesiapa yang meninggalkannya adalah ibadat dan diberi pahala.Melakukannya tidak berdosa. Contohnya makan makanan yang berbau tidak enak, bercakapdengan suara yang tinggi tanpa sebab dan sebagainya.

Harus atau Mubah ialah sesuatu yang dilakukan atau meninggalkannya tidak berpahala dantidak pula berdosa. Contohnya jenis makanan dan minuman, selagi tidak diharamkansemuanya harus. Demikian juga dengan warna dan jenis pakaian. Harus memakai atau tidakmemakai pakaian yang berwarna atau tidak berwarna asalkan ia menutup aurat.

Jadi apa saja yang kita lakukan dalam hidup kita seharian dan di mana saja kita berada, tidakakan terlepas daripada nilai ini. Inilah sistem nilai Islam yang cukup unik yang diletakkan olehpencipta manusia iaitu Allah s.w.t. dan Dia-lah yang menilai dan memberi ganjaran yangsewajarnya.

1.3. Maqasid al-Shari’ah

Adakah anda biasa dengar istilah ini? Jika belum biasa perhatikan perbincangan di bawah ini

Perkataan “maqasid” berasal daripada “qasad dan maqsad” yang bererti tujuan atau maksud. Syari`ah ialah perundangan Islam. Kedua perkataan itu digabungkan bermaksud tujuanperudangan Islam atau sebahagian penulis menamakannya dengan Falsafah Tashri’ atauFalsafah Perundangan Islam. Jadi, tajuk ini membincangkan mengenai mengapa diturunkanundang-undang Islam seperti yang kita ketahui sekarang.

Mengikut Haron Din (2000) tujuan Allah menurunkan undang-undang syari’at ialah untukmenjaga lima perkara, iaitu:

1. Agama

2. Jiwa

3. Akal fikiran

4. Harta benda

5. Keturunan

Page 10: NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

9/26/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA « KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

10/20kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/

Huraian

Menjaga agama bermakna menjaga agama seseorang muslim itu supaya tidak jatuh, ataumenjadi murtad. Menjaga agama juga bermaksud mengaja kesucian dan ketinggian agamaIslam sebagai agama Allah, iaitu Tuhan yang menciptakan seluruh alam. Dengan demikianmaka terdapat undang-undang syari’at yang melarang orang Islam murtad. Sekiranya murtadia akan dinsihat supaya bertaubat dan kembali balik kepada Islam dalam masa 20 hari. Sekiranya masih engkar juga maka ia dihukum bunuh (Mastika Hadith, jld. 1). Ini adalahuntuk mejaga kesucian agama, kerana yang keluar daripada Islam ia menghina Islam, lantaranitu ia dihukum bunuh.

Perundangan Islam juga mencegah penganutnya mengamalkan amalan syirik, kerana syarikboleh merosakkan aqidah seseorang. Orang yang rosak aqidah jika ia mati dalam keadaandemikian ia akan kekal di dalam neraka, sedangkan ia adalah ahli syurga kerana ia seorangmuslim. Jadi, undang-undang Islam hendak menyelamatkan setiap muslim daripada neraka.Demikianlah indahnya perundangan Islam.

Menjaga Jiwa bermaksud menjaga diri seseorang daripada hilang jiwanya atau matidisebabkan oleh kezaliman manusia. Dengan sebab itu turun undang-undang melarangmembunuh orang atau membunuh diri dengan apa cara sekalipun. Orang yang membunuhorang, sama ada secara terang atau sulit dikira bersalah, dan kesalahan itu hukumannya ialah dibunuh balas (hukum Qisas). Jadi, hukum Qisas itu ialah untuk memelihara jiwa manusia.

Menjaga Akal fikiran bermaksud menjaga kesihatan akal dengan menjauhi perkara-perkarayang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi mabuk atau gila. Kerana mabuk itumenjatuhkan martabat manusia lebih rendah daripada binatang, sebab ia tidak boleh berfikirdengan waras. Malah ia akan membahayakan dan membawa kerosakan kepada orang lainkhasnya jika ia memandu semasa sedang mabuk. Akal fikiran adalah anugerah Allah yangpaling berharga kepada manusia. Dengan demikian Islam melarang kita merosakkanya. Larangan tersebut adalah untuk memelihara akal yang sihat daripada tercemar dan memeliharakeselamatan umum serta harta benda.

Harta benda ialah semua yang kita miliki. Harta benda adalah satu pemberian Allah kepadahambaNya setelah ia berusaha untuk mendapatkannya. Mencuri, menyamun, menipu,monopoli dan sebagainya adalah satu kerosakan kerana memindahkan milik seseorang kepadaorang lain dengan secara zalim. Perbuatan itu juga menyebabkan masyarakat tidak aman,dengan sebab itu maka Islam mengharamkan perbuatan tersebut. Inilah falsafah di sebalikpengharamannya.

Keturunan. Manusia yang sempurna akalnya menginginkan keturunan yang baik dan sihat. Islam pula menganjurkan supaya menjaga keturunan dan melarang merosakkannya. Perbuatan zina, rogol, homoseks adalah di antara amalan-amalan yang boleh merosakkanketurunan Dengan sebab itu Islam mengharamkan semua amalan seperti tersebut. Tujuannyatidak lain melainkan untuk menjaga ketrurunan dan kedamaian rumah tangga.

Page 11: NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

9/26/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA « KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

11/20kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/

1.3.1 Pembahagian Maqasid

Daripada keterangan di atas boleh dibuat kesimpulan bahawa Maqasid Shar’iyah bolehdibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

1. Maqasid ‘Ammah

2. Maqasid Khassah

Maqsih ‘Ammah ialah tujuannya untuk masyarakat umum. Contohnya larangan daripadamencuri, arak dan zina ialah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman umum. Yakniseluruh manusia atau ahli masyarkat mendapat manfaatnya dan terjauh daripada kerugian dankerosakan.

Maqasid Khassah ialah kebaikannya untuk perseorangan. Contohnya orang tidak minum arakterselamat akalnya daripada rosak. Orang yang tidak meminang atas pinangan orang lain atautunang orang, terselamat dirinya daripada cemohan orang.

Selain daripada larangan, suruhan yang positif juga mempunyai tujuan atau hikmahnya yangtertentu yang dikatakan Maqasid al-Shari’ah. Contohnya solat. Solat Jamaah dapat mengukuhkan persahabatan, malah solat itu sendiri bertujuan untuk mengingati Allah dan mendekatkan diri kepadaNya Seperti firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya Aku-lah Allah, tiada tuhan melainkan Aku. Maka beribadatlah kepadaKu dandirikan solat untuk mengingati Aku. Surah Taha 14.

Falsafah daripada menigati Allah ialah untuk mendapat ketenangan. Firman Allah:

Maksudnya: Ingatlah bahawa dengan mengingatkan Allah akan menenteramkan jiwa. Surah al-Ra’d 28

Orang Islam diajar bahawa untuk mendapat ketenangan hendaklah mengingati Allah, iaitudengan cara beribadat kepadanya, khasnya dengan mendirikan solat. Ketenangan tidak akandapat dengan mengunjungi pusat-pusat hiburan, minum arak, mengambil dadah atau berpoya-poya. Dengan mendekatkan diri kepada Allah sahajalah yang akan dapat menenteram dan menenangkan jiwa kita.

Selain daripada itu, Allah menjamin bahawa orang yang menunaikan solat dengan sempurnaakan terhindar daripada melakukan perkara mungkar dan keji. Ini jelas daripada firman Allah:

Page 12: NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

9/26/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA « KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

12/20kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/

Bermaksud: Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah (pelakunya) daripadamelakukan perkara yang keji dan mungkar. Surah al-‘Ankabut 45.

Demikianlah dengan ibadat-ibadat lain seperti zakat, haji, umarh, aqiqah, qurban dan lain-lainatau larangan-larangan Allah seperti menzalimi, memfitnah, membunuh, menuduh dansebagainya, semuanya mempunyai hikmah-hikmahnya yang tertentu yang dipanggil Maqasi al-Shar’iyah.

1.4. Tasawwur Islam: Keistimewaan dan ciri-ciri

Adakah anda pernah mendengar perkataan Tasawwur sebelum ini?

Tasawwur ialah kalimah Arab. Biasanya diterjemahkan sebagai “pandangan hidup”. Dalambahasa Inggeris disebut “World View”. Kalau mengikut tajuk ini ia bermaksud “PandanganHidup Islam”. Ada juga disebut dengan “Pandangan Alam Semesta”. Tidak ada satu terjemahyang tepat bagi kalimat tersebut. Maksudnya ialah melihat Islam secara keselulruhan, dengandemikian ternampaklah Islam itu Indah, syumul, dan istimewa kerana merangkumi segala-galanya.

1.5 Ciri-ciri Keistemewaan Islam

a. Rabbaniyah

b. Thabat wa Murunah

c. Waqi’iyyah

d. Tawazun

e. Syumul

f. Alamiyah

g. Wasatiyyah

Page 13: NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

9/26/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA « KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

13/20kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/

1.5.2 Rabbaniyah (Ketuhanan)

Rabbaniyah bermaksud bersifat ketuhanan. Jadi, apa saja yang kita lakukan adalah dan yangdisukai oleh Tuhan. Contohnya kita menolong orang, ia dikatakan Rabbaniyah kerana Tuhanyang perintahkan. Apabila kita melakukannya kita mendapat keredaan Tuhan. Demikianlahdengan yang lain, sama ada kita lakukan yang baik atau meninggalkan yang dilarang adalahkerana percaya kepada Allah, bukan kerana manusia, adat atau lainnya. Kalau kita lakukansesuatu kerana manusia, maka ia tidak bersifat Rabbaniyah.

1.5.3 Thabat wa Murunah (Tetap dan anjal)

Di antara keistimewaan Islam ialah ia bersifat tetap, sama ada dari prinsip ‘Aqidah atau Syariah. Walaupun demikian, dalam pelaksanaannya ia adalah anjal iaitu boleh berubah. Dari aspek‘Aqidah misalnya, kita tetap meyakini keesaan Allah s.w.t. dan haram serta boleh membawakepada murtad jika seseorang Islam itu tunduk kepada berhala. Tetapi dalam keadaan terpaksaia melakukannya sedangkan hatinya tetap mentauhidkan kepada Allah s.w.t., maka ia tidakberdosa dan tidak jatuh agamanya.

Dalam aspek syari’ah misalnya, kita diharamkan memakan bangkai dan apa-apa lagi yangdiharamkan. Jika terpaksa kerana kelaparan, maka pada masa itu tidaklah berdosa kerana iabertjuan hendak menyelamatkan nyawa.

1.5.4 Waqi’iyyah (Praktikal)

Dalam bahasa Melayu Waqi’iyyah boleh diterjemahkan sebagai praktikal atau ideal danrealistik. Dari segi kepercayaan, Islam adalah agama yang ideal kerana percaya kepada keesaanAllah s.w.t. dan yakin kewujudanNya serta beribadat kepada Allah serta minta tolongkepadaNya.

Dari aspek perundangan kita dapati setiap peraturan ada faedah dan maslahahnya sama adakepada disi sendiri, keluarga dan masyarakat amnya. Contohnya seperti pengharaman arak,judi, zina dan lain-lain. Itu adalah untuk kebaikan sedang keburukannya telah diketahui olehsemua orang.

Bincang dengan kawan-kawan anda mengenai kebaikan memakan

makanan yang halal dan keburukan makanan yang haram

Page 14: NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

9/26/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA « KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

14/20kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/

1.5.5 Tawazun (Seimbang)

Seimbang bermaksud sederhana di antara dua keadaan yang bertentangan. Dalam Islamsetiap perkara disyari’atkan dalam bentuk yang cukup seimbang. Ini termasuklah dalam aspekkepercayaan, perundangan dan nilai. Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:

a. Seimbang Dari Sudut Kepercayaan

Islam mengajak manusia mempercayai perkara yang dapat dibuktikan dengan hujah dan dalilyang jelas. Contohnya :

Islam membezakan antara golongan yang keterlaluan dalam mempercayai semua perkaratanpa bukti, dengan golongan yang tidak menerima kewujudan sesuatu melainkan denganbukti empirikal.

Dalam dunia ini ada golongan yang mempercayai wujudnya banyak tuhan, seperti menyembahbinatang, pokok, matahari, bulan, bintang dan sebagainya. Mereka memuja dan memintakepada objek berkenaan dan mereka percaya bahawa objek tersebut mempunyai kuasamemberi dan menyampaikan hajat, sedangkan akal tidak dapat membuktikan pokok itu bolehmenyampaikan hajat.

Ada golongan lain pula tidak percaya kepada benda-benda yang tidak nampak. Mereka hanyapercaya kepada apa yang boleh dibuktikan secara empirikal dan saintifik, atau yang bolehdibuktikan dalam makmal sains. Mereka ini menolak adanya Tuhan dan hari Qiamat. SebabTuhan tak boleh ditunjukkan dan hari Qiamat tak tahu di mana.

Islam adalah agama yang sederhana kerana percaya kepada perkara yang ghaib, tetapi terhadkepada apa yang diberitahu oleh Allah dan RasulNya sahaja. Islam percaya kepada adanyaTuhan, dan Tuhan itu satu sahaja iaitu Allah yang Esa. Bukti empirikal dipercayai oleh Islamselagi tidak bertentangan dengan SunnatulLah seperti yang diisyaratkan oleh Al-Quran. Iniberbeza dengan kumpulan yang percaya kepada banyak tuhan dan yang tidak percaya kepadaTuhan dan hanya percaya kepada kekuatan akal fikiran.

b. Seimbang Antara Amalan Untuk Duniawi Dengan Amalan Ukhrawi

Page 15: NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

9/26/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA « KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

15/20kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/

Islam memerintahkan umatnya mengerjakan ibadat, dan dalam masa yang sama ia juga harusbekerja untuk keperluan dunianya. Islam membahagikan masa sehari semalam sesuai denganfitrah kejadian manusia, iaitu 8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk berehat dan 8 jam untukberibadat.

Orang yang bekerja 24 jam dianggap keterlaluan untuk keduniaan dan orang yang beribadat24 jam tanpa melakukan kerja-kerja untuk kehidupan harian, juga dianggap keterlaluan. Islammenganjurkan supaya mengambil yang seimbang dan bersikap sederhana dalam melakukantugas-tugas seharian.

Cuba buat lakaran grafik pembahagian masa sehari semalam seperti teks di atas

c. Seimbang Antara Kerohanian dan Kebendaan

Manusia dijadikan daripada dua unsur, iaitu jasad dan roh. Islam mengaturkan supaya kitamemberi makanan kepada rohani dengan ibadat dan makanan jasmani dengan bahanmakanan dan miuman yang dibenarkan. Tanpa kedua-dua jenis makanan ini manusia itumenjadi tidak seimbang.

d. Seimbang Antara Individu dan Masyarakat

Setiap individu mesti memelihara kehormatan dirinya dan dalam masa yang sama ia juga mestimemelihara kehormatan masyarakatnya. Ia tidak dibenarkan merosakkan masyarakat dengantujuan membela dirinya. Demikian juga sebaliknya, seseorang itu tidak boleh merosakkandirinya untuk menjaga nama baik masyarakat.

e. Seimbangan antara kepentingan Individu dan masyarakat

Kepentingan individu mestilah tidak bertentangan dengan kepentingan masyarakat. Jika adayang bertentangan maka hendaklah diutamakan kepentingan masyarakat. Misalnya, jikanegara terancam, maka pengorbanan individu diperlukan, dan harta individu perlu dikeluarkanjika masyarakat sangat memerlukannya.

1.5.6 Syumul (Sempurna)

Page 16: NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

9/26/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA « KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

16/20kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/

Syumul bermaksud lengkap dan sempurna. Anda tentu sudah yakin bahawa agama Islamialah agama yang akhir diturunkan oleh Allah kepada nabi yang akhir dan untuk manusia diakhir zaman. Mari sama-sama kita lihat, ia sempurna dari aspek apa?

a. Islam sempurna dari aspek jangka masa.

Nabi-nabi yang lalu diutuskan untuk satu golongan umat sahaja. Contohnya umat Nabi Musa,Nabi Isa, Nabi Noh, Nabi Hud, Nabi Salleh alaihimus-salam, semuanya diutus untuk kaummasing-masih untuk satu masa tertentu. Firman Allah:

Bermaksud: Dan sesunguhnya Kami telah utuskan pada tiap-tiap umat itu seorang rasul (danmenyeru mereka) “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. Surah al-Nahl, 36.

FirmanNya lagi:

Bermaksud: Dan tidak Kami ustuskan sebelummu (wahai Muhammad) seorang Rasul punmelainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang sebenarnya)melainkan Aku; oleh itu beribadatlah kepada Aku”. Surah al-Anbiya 25.

Ini bermaksud bahawa nabi-nabi dahulu membawa risalah yang sama daripada Allah s.w.t.iaitu agama Tauhid. Iaitu mengesakan Allah dan beribadat kepadaNya dan menjauhiperbuatan syirik, iaitu beribadat kepada selain daripada Allah.

Ini berbeza dangan Nabi Muhammad s.a.w., baginda diutuskan untuk umat akhir zaman danterus menerus hingga hari Qiamat dan tidak ada nabi lagi selepas baginda s.a.w. Seluruhmanusia adalah dituntut supaya mengikuti ajaran baginda s.a.w. Firman Allah:

Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya akuadalah pesuruh Allah kepada kamu semua”. Surah al-A’raf 158.

FimanNya lagi:

Bermaksud: Dan tidak Kami utuskan kamu (Muhammad) melainkanuntuk menjadi rahmat bagiseluruh alam. Surah al-Anbiya 107.

Page 17: NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

9/26/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA « KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

17/20kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/

Untuk mengetahui lebih jelas anda boleh melihat tafsir al-Quran. Antaranya: Surah al-Fajr ayat 5-10, Surah al-Haqqah 4 – 8, Surah Jin dan lain-lain.

b. Peraturan hidup yang sempurna.

Hidup manusia dilengkongi dengan kepercayaan, undang-undang dan juga nilai. Ketiga-tigaperkara ini telah dibincang sebelum ini dalam sub-tajuk Sistem dalam Islam. Dalam Islam telahwujud ketiga-tiga perkara ini untuk menjamin keselamatan manusia di dunia dan akhirat. Sistem kepercayaan mengatur manusia untuk berada di atas jalan yang lurus sesuai danganpencipataanya. Sistem undang-undang mengatur kehidupan manusia, iaitu hubungan manusiasesama manusia, manusia dengan Tuhan, dengan binatang, alam sekitar dan bermacam-macamlagi.

1.5.7 Alamiyah: Perutusan Islam menyeluruh tanpasempadan (Risalah Sejagat)

Nabi-nabi dahulu diutuskan untuk kaumnya dan di tempat berkenaan sahaja. Seperti NabiNuh, Hud, Lut, Salleh dan lain-lain. Ini berbeza dengan perutusan Nabi Muhammad s.a.w.yang mana baginda diutus untuk seluruh alam, hatta makhluk jin pun disuruh beriman denganNabi Muhammad s.a.w. dan tidak ada had masa dan sempadan geografi, kerana tidak ada laginabi selepas Nabi Muhammad s.a.w..

Ajaran Islam bukan sahaja berkaitan dengan hubungan manusia dengan Tuhannya, malahmerangkumi hubungan manusia dengan sesama manusia, sama ada yang muslim atau bukanmuslim, hubungan manusia dengan alam, termasuk binatang, dan juga hubungan manusiadengan alam ghaib seperti alam malaikat dan jin. Islam meletakkan peraturan individu,keluarga, masyarakat, kenegaraan dan hubungan antarabangsa. Ibadat pula bukan setakatsolat dan haji sahaja, malah semua pergerakan adalah ibadat, termasuk bekerja, bermain,berkahwin, menolong orang, memberi makan binatang dan sebagainya.

1.5.8 Wasatiyyah (kesederhanaan)

Page 18: NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

9/26/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA « KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

18/20kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/

Maksud Wasatiyyah ialah pertengahan atau sederhana. Malah al-Quran menggelarkan umatIslam sebagai umat pertengahan (Ummatan Wasatan). Firman Allah:

Bermaksud: Dan demikianlah Kami jadikan kamu (umat Islam) sebagai umat yang pertengahan(umat pilihan dan adil) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul(Muhammad s.a.w.) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Surah al-Baqarah 143.

Cuba anda fikir, apa maksud umat pertengahan?

Umat pertengahan dalam ayat di atas mempunyai beberapa maksud, antaranya:

a. Umat yang terpilih di sisi Allah kerana sikap dan amalannya

b. Umat yang adil dan tetap dalam keadilan

c. Umat yang di tengah iaitu yang diperhati oleh orang lain sebagai contoh

kerana keunikannya

d. Umat yang mengamalkan sikap sederhana dalam segenap segi.

Cuba kita lihat beberapa contoh sederhana:

Sederhana antara ketuhanan dan kemanusiaan: Iaitu tidak dituntut beribadat sepanjang masa sehingga meninggal kewajipan rumah tangga seperti makan minum, berkahwin dan sebagainya.

Sederhana antara kerohanian dan kebendaan: Yakni tidak dituntutsupaya tinggalkan harta benda dunia atau hidup hanya mengejar dunia sehingga tidaklangsung melakukan ibadat.

Page 19: NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

9/26/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA « KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

19/20kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/

Sederhana dalam perbelanjaan. Iaitu tidak membazir dan tidak pula bakhil.

Sederhana dalam Ibadat. Tidak dituntut mendirikan solat sepanjang hari dan malam, tetapisolat pada waktunya dan masa lain bekerja untuk dunia.

Sederhana dalam Akhlak. Islam mendidik umatnya supaya mengahayati akhlak dengansebaik-baiknya. Walau bagaimanapun tidaklah hendak menjadikan seorang manusia itusebagai malaikat sehingga tidak ada cacat celanya langsung. Di samping itu tidaklah pulamembiarkan seorang itu tidak berakhlak sehingga perangainya seperti syaitan.

Inilah di antara contoh-conntoh kesederhanaan dalam Islam.

Bincang dengan kawan-kawan anda mengenai kebaikan memakan

makanan yang halal dan keburukan makanan yang haram

1.6 Rumusan

Islam ialah selamat, sejahtera kerana patuh dan taat kepada perintah Allah

Iman ialah percaya kepada apa yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Ihsan ialah melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat hasil yangsebaik-baiknya

Aqidah ialah sistem kepercayaan Islam

Sistem Perundangan ialah undang-undang Islam yang mengawal tingkah laku manusia

Sistem Nilai ialah nilai yang diletakan oleh agama bagi setiap perlaku muslim

Maqasid Syari’ah ialah falsafah bagi setiap undang-undang di dalam Islam

Page 20: NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT

9/26/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA « KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

20/20kaptnizam.wordpress.com/nota-pengajian-islam-iptipta/

1.7 Latihan

1. Senaraikan Empat jenis undang-undang yang terdapat di dalam Sistem Perundangan Islam.2. Bincangkan apakah Sistem Nilai Islam sama dengan sistem nilai yang diamalkan oleh

masyarakat tempatan sekarang?3. Firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada

melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar” Surah al-‘Ankabut 45. 4. Huraikan Maqasid Syar’iah yang terdapat di dalam ayat tersebut.

2 Respon to “NOTA PENGAJIAN ISLAM IPT/IPTA”

1. rozila binti ibrahim berkata:April 10, 2012 at 19:00terima kasih kerana berkongsi ilmu yang bermanafaat…..saya mmg cari2 info ni….

Balas2. anynomous berkata:

Mei 17, 2012 at 19:00alhamdulillah..banyak memberikan pencerahan. jzzkh

Balas

Blog di WordPress.com. Theme: Brand New Day by Caroline Moore.