nota peta minda.docx

8
FALSAFAH BAHASA MELAYU 1 FALSAFAH BAHASA MELAYU Hakikat Bahasa Bahasa dan Pemikiran Melayu Fungsi Bahasa Pemikiran Melayu Budaya Melayu Bahasa dan Budaya Melayu

Transcript of nota peta minda.docx

Page 1: nota peta minda.docx

FALSAFAH BAHASA MELAYU

1

FALSAFAH

BAHASA MELAYU

Hakikat BahasaBahasa dan

Pemikiran Melayu

Fungsi Bahasa Pemikiran Melayu Budaya Melayu

Bahasa dan Budaya Melayu

Page 2: nota peta minda.docx

Falsafah Bahasa Melayu

2

Konsep Falsafah Bahasa• - Bidang yang menghimpunkan

2 bidang utama penyelidikan iaitu bidang falsafah dan bidang ilmu bahasa.

• - Falsafah merupakan bidang yang mengkaji tentang sesuatu secara mendalam dan terperinci.

• - Falsafah bahasa bolehlah ditakrifkan sebagai satu bidang yang mengkaji tentang kebenaran dan hakikat bahasa yang perlu disertai dengan bukti dan alasan kukuh.

Pengertian Falsafah• - Berasal dari bahasa Greek

(Yunani) yang mengandungi 2 perkataan iaitu philo bermaksud cinta dan sophia yang bermaksud hikmat.

• - Jika kedua-dua perkataan ini dicantumkan, maka philosophia memberi erti cintakan hikmat.

• - Menurut Hashim Musa (1994), falsafah bahasa melihat kepada penelitian hubungan antara bahasa dengan ilmu pengetahuan manusia.

• - Ahli falsafah menganalisis bahasa untuk mendapatkan konsep linguistik yang sejagat dan menggunakannya untuk menentukan benar atau tidaknya sesuatu ayat.

Hubungan Falsafah Bahasa dan Falsafah Linguistik

• - Falsafah bahasa bermaksud penelitian dan pemeriksaan secara falsafah pengetahuan yang dipanggil conceptual knowledge.

• - Falsafah linguistik pula bermaksud satu perbincangan tentang dasar falsafah yang terkandung dalam konsep dan istilah linguistik.

• - Sebagai contoh, beberapa konsep struktur dalaman dan luaran, frasa menerang dan diterangkan, hubungan sintagmatik dan paradigmatik, binaan sintaksis, morfologi, perkataan morfem, fonem, penggolongan kata dan kaedah, teori tatabahasa strutural, tagmetik, sistematik, transformasi-generatif, wacana dan lain-lain. (Hashim Musa, 1994).

Page 3: nota peta minda.docx

3Bahasa bersifat

produktif

Bahasa bersifat dinamis

4) Bahasa sebagai pembawa makna,

pelambangan (simbol) dan perantaraan perhubungan.

2) Bahasa boleh dilihat sebagai alat yang mendukung dan

menyampaikan sesuatu maksud.

1) Bahasa merupakan bunyi yang diucapkan,

mengandungi beberapa komponen dan unsur seperti fonem, suku kata, morfem,

perkataan, frasa, klausa dan ayat.

Menurut Hashim Musa (1994), hakikat bahasa

boleh dilihat berdasarkan kepada beberapa sudut

yang berikut :

Menurut Abdul Jalil Hassan (1989), persoalan tentang

hakikat bahasa adalah penting untuk

diketahuikerana ianya merupakan ilmu yang membahaskan hakikat

sesuatu.

Hakikat bermaksud sesuatu yang tidak dapat dinafikan

atau diatiadakan kebenaran atau kenyataannya.

5) Bahasa sebagai alat yang boleh merakam, menimbul

dan mewariskan segala khazanah, kebudayaan dan tamadun sesuatu bangsa daripada satu generasi kepada satu generasi

6) Bahasa sebagai satu urutan perlakuan, kejadian

dan keadaan yang berperanan sebagai satu aktiviti atau satu bentuk

kehidupan.

3) Bahasa sebagai fenomena sosial yang

mampu menghubungkan antara seorang individu

dengan individu lain atau satu kumpulan dengan

kumpulan yang lain dalam satu masyarakat bahasa.

Page 4: nota peta minda.docx

BAHASA DAN PEMIKIRAN MELAYU

4

HUBUNGAN HAKIKAT

BAHASA DAN FUNGSI BAHASA

Bahasa adalah sebuah sistem

Bahasa bersifat

konvensional

Bahasa itu bermakna

Bahasa bersifat arbitrari

Bahasa mewujudkan

lambangBahasa

berupa bunyi

Bahasa berfungsi sebagai alat

interaksi sosialBahasa merupakan identiti penuturnya

Bahasa itu bervariasi

Bahasa bersifat

universal

Bahasa bersifat unik

Page 5: nota peta minda.docx

5

Bahasa dan Pemikiran Melayu

- Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa ilmu, bahasa pengantar dan bahasa perpaduan.

- Bahasa Melayu mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa Malaysia sebagai suatu alat komunikasi masyarakat.

- Bahasa merupakan sejenis lambang yang berbentuk bunyi dan boleh menjadi pembawa segala bentuk fikiran yang abstrak dan

pengetahuan konsepsi Malaysia.

Hubungan Bahasa dan Fikiran

- Perhubungan yang dimaksudkan adalah melibatkan fikiran yang terkandung dalam bahasa

dan hubungan kedua ialah bahasa sebagai wahana fikiran.

- Ada pendapat mengatakan bahawa cara sesebuah masyarakat melihat alam sekitarnya

adalah dibayangi oleh corak sistem dan struktur bahasanya (Hashim Musa, 1994).

Proses Berfikir dan Hubungannya Dengan Bahasa

1) Berfikir secara autistik2)Berfikir secara mendalam3) Berfikir secara mengingat kembali kejadian4)Berfikir secara fokus5) Berfikir dengan imaginas6)Berfikir secara kepercayaan dan pegangan7) Berfikir dengan berhati-hati8)Berfikir dengan kepercayaan, pegangan, pendirian dan pandangan

Page 6: nota peta minda.docx

6

1) Bahasa sebagai teras kebudayaan sesuatu bangsa

Kewujudan kebudayaan kebangsaan di Negara kita mestilah berteraskan kepada bahasa kebangsaan Negara ini iatu bahasa Melayu.

Kewujudan hubungan bahasa juga dipengaruhi dengan kepercayaan dan nilai hidup kebudayaan penuturnya.

Konsep pemikiran penutur juga ditentukan dengan cara dan perlakuan penutur .

Sarjana Barat seperti Von Humboldt (1767) pernah menegaskan bahawa struktur bahasa turut mempengaruhi perkembangan pola fikiran manusia melalui penggunaan bahasa yang khusus.

2) Bahasa sebagai alat untuk memberitahu kandungan budaya

Kramsch (2001) berpendapat bahawa bahasa merupakan wahana yang menjadi asas kepada tindakan manusia untuk melakukan kehidupan social.

Bahasa dan budaya sesuatu masyarakat itu terjadi secara ilmiah terlihat dan pada bentuk sosialisasi atau penyesuaian diri manusia yang beragama.

Peranan bahasa amat luas sehingga dapat memupuk resam, nilai dan norma serta pemikiran sesuatu bangsa (Aziz Deraman, 2007).

BAHASA DAN

BUDAYA MELAYU

Page 7: nota peta minda.docx

7

Simpulan bahasa Peribahasa Pantun Kesantunan Bahasa Ragam bahasa Parabahasa atau paralinguistik

Nilai dan etikaKepercayaan Pantang larang Adat istiadat Peralatan permainan Peralatan senjata

Bersifat dinamik. Menerima dan menolak unsur tertentu. Kebdayaan itu diwarisi. Proses kesinambungan

Sebagai pendukung perkembangan ilmu dan mempengaruhi pemikiran bangsa. Sebagai alat komunikasi masyarakat dan alat perpaduan rakyat Malaysia

1) Peranan Bahasa Melayu

2) Ciri-ciri Budaya Melayu

4) Hubungan Bahasa dan

Budaya Melayu

3) Identiti Budaya Melayu

BAHASA DAN BUDAYA MELAYU