nota pjm 3118

download nota pjm 3118

of 31

description

nota utk pelajar pismp pj

Transcript of nota pjm 3118

Konsep asas kecederaan dalam sukan dan prinsip asas pertolongan cemas

Konsep asas kecederaan dalam sukan dan prinsip asas pertolongan cemasDefinisi Pertolongan CemasPertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan kepada mangsa atau pesakit.

Konsep Pertolongan CemasPertolongan Cemas ditakrifkan/diertikan sebagai Bantuan Permulaan/Bantu Mula/Rawatan Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut/tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

Tujuan Pertolongan Cemas1.Selamatkan nyawa

Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi.

2.Mengelakkan dari bertambah buruk

Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.

3. Mengurangkan kesakitan

Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit

DAPATKAN BANTUAN KECEMASAN ATAU LANJUTAN

Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar yang segera

Jangantinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba.

Sikap Yang Perlu Ada Pada Pemberi Pertolongan CemasBERPENGETAHUAN TENANG

BERKEYAKINAN LEMAH LEMBUT

TAJAM PENGAMATAN BERTANGGUNGJAWAB

PANTAS BERTINDAK AMANAH

Prinsip pengurusan situasi kecemasan

Prinsip-prinsip pertolongan cemas:

1. Menyelamatakan nyawa

2. Mengurangkan kesakitan

3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk

4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan cemas:

1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.

2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu

3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannyasahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.

4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

Tindakan serta merta pertolongan cemas:

1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.

2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.

3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.

4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna

Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:

Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.

pengambilan kadar denyutan nadiBILANGAN NADI SESEORANG

PERINGKATBILANGAN SEMINIT

Dewasa

Kanak-kanak

Bayi70-80 kali

90-100 kali

100-140 kali

Sukan, perubatan sukan dan jurulatih sukanKonsep sukan dan perubatan sukan

Konsep Sukan1. Aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan - pertandingan keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan.

2. Contoh - berenang secara bersaing di hadapan penonton dianggap sukan, tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dianggap aktiviti rekreasi.

3. Sukan menuntut pengorbanan - masa, wang dan keinginan - sama ada sebagai peserta atau penonton.

4. Sukan - aktiviti riadah, mengisi kegiatan lapang, bahan untuk media massa atau elektronik dan sumber pendapatan.

5. Sukan mengandungi; ( i ) latihan kemahiran berguna secara rekreasi, ( ii ) peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.

6. Kecemerlangan - kemampuan mengatasi tanda ukur(benchmark)terdahulu, catatan masa, rekod dunia dan sebagainya.

"Sukan adalah segala kegiatan yang melibatkan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang dilakukan sebagai acara hiburan, pertandingan atau menyihatkan tubuh badan."- Kamus Dewan Edisi ke-5 -

Perbezaan Antara Sukan, Permainan dan Latihan1. Sukan melibatkan peserta berkemahiran (atlet atau individu berpengetahuan).

2. Permainan tidak mempunyai tujuan jelas tetapi boleh berubah kepada sukan seperti permainan kanak-kanak.

3. Latihan ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu sukan.

Perubatan Sukan1. Perubatan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat(wellness).2. Perubatan sukan - bidang yang dapat membantu atlet pulih dari kecederaan yang dialami sewaktu terlibat dalam aktiviti sukan, selain membincangkan hal-hal mencegah kecederaan semasa bersukan.

6 Langkah dalam Kitaran Kecederaan

Kepentingan Terapi dalam Sukan

Terapi kecederaan terbahagi kepada 2 :

Fisioterapi - hidroterapi, elektroterapi, terapi haba

Urutan sukanPeranan dan Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas Sukan1. Kenalpasti punca kemalangan atau kecederaan.

2. Lakukan pertolongan dengan tertib, pantas, tenang dan senyap - elakkan terlalu banyak bercakap perkara yang tidak patut dengan mangsa.

3. Pulihkan pernafasan mangsa jika didapati pernafasan mangsa terhenti.

4. Memberi perangsang kepada mangsa.

5. Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat.

6. Segera hubungi pihak polis, ambulan dan keluarga mangsa jika kecederaan serius.

7. Menjaga etika dan adab diri serta mangsa dalam menghadapi kecemasan.

8. Menilai keberkesanan kaedah rawatan yang digunakan bagi memastikan keadaan mangsa akan datang.

Pencegahan Kecederaan dalam Sukan dan Langkah-langkahnyaDefinisi

Pencegahan kecederaan di dalam kamus dewan edisi keempat , pencegahan kecederaan memberi maksud mencegah dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika melakukan aktiviti sukan.

Prinsip Pencegahan Kecederaan

Prinsip pencegahan yang perlu diberi keutamaan ialah

1)Prinsip latihan

Penambahan beban senaman secara beransur-ansur

Tempoh latihan - Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan jangan berlatih hingga badan menjadi terlalu letih. Tempoh masa yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari.

Intensiti

Motivasi

Pengkhususan - Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai untuk mencapai tujuan dan objektif

Relaksasi - Dapat mengurangkan ketegangan atau kelesuan

Rutin

2) Memanaskan badan Tujuan - sediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran , melonggarkan otot-otot dan sendi-sendi yang tegang dan mencergaskan reaksi atau reflek atlet-atlet.

3) Ansur maju latihanMengandungi latih tubi secara beransur-ansur bagi menyediakan atlet supaya kembali beraksi.Faedah ansur maju :

memulihkan kecederaan

meningkatkan perkembangan

meningkatkan keyakinan diri

4) Aktiviti bagi menggelakkan kecederaan - Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau jogging, melunjur, berlari pecut, senaman khusus, memilih permainan yang sesuai kepada kebolehan atlet dan mengajar kemahiran asas.

5) Keselamatan kemudahan dan peralatanBerlaku sekirannya gelanggang atau kemudahan peralatan tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan.Keadaan disekeliling gelanggang, padang dan dewan.

6)PeralatanperlindunganAlatan yang digunakan bagi melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan.Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripda peraturan sesuatu permainan tersebut. Penguatkuasaan peraturan akan menjamin ahli sukan mendapat kecederaan yang minimum sekiranya berlaku.Pelaksanaan 6 prinsip pencegahan di dalam kitaran kecederaan Menguasai teknik yang betul - Biasanya pemain berkemahiran tinggi jarang mengalami kecederaan kerana mereka dilindungi oleh kemahiran mereka. Oleh itu, adalah penting bagi pemain menguasai teknik permainan yang betul.

Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik - Pemain harus menguasai teknik kecergasan spesifik. Latihan yang dijalankan adalah untuk mengajar dan melatih pemain dalam mengelakkan kecederaan dan bukan untuk memantapkan mutu permainan semata-mata. Pemain yang cergas biasanya jarang ditimpa kecederaan. Hal ini kerana :(a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk mengelakkan diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi.(b)Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan kecederaan.(c) Memiliki kefleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan ketika jatuh Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai - Jersi, seluar pendek dan kasut yang digunakan harus sesuai dengan permainan. Elakkan menggunakan pakaian kurang sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan kepada anggota badan. Alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut boleh digunakan untuk melindungi kecederaan siku dan lutut apabila terjatuh.

Peraturan dan penguatkuasaan undang-undang - Peraturan diwujudkan untuk menjadikan permainan menjadi lebih seronok. Pemain harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan agar kecederaan dapat dielakkan. Peraturan permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas. Persediaan lengkap untuk latihan dan pertandingan - Jenis aktiviti yang dijalankan juga penting, sebelum pertandingan, elakkan latihan yang terlalu keras yang menyebabkan pemain lesu ketika permainan. Ini kerana fokus utama pemain adalan pertandingan. Jika mereka kurang stamina mereka akan mengalami kecederaan ketika pertandingan. Pengurusan EmosiMental yang sihat memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri seseorang atlit.Emosi yang stabil membantu atlit lebih bersedia melakukan aktiviti.Sekiranya berlaku kecelaruan emosi, mungkin menyebabkan perubahan tingkah laku yang boleh menyebabkan berlakunya kecederaan.Pendekatan rawatan kecederaan Kepentingan pendekatan yang sistematik

Mengelakkan kecederaan daripada bertambah teruk.

Mengurangkan kesakitan.

Mengenalpasti bahagian anggota badan yang cedera.

Langkah-langkah Penyelesaian Masalah KecederaanBertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu: D = Danger (Bahaya) = Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya R = Respond (Tindak balas/Reaksi) = Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. Dapatkan tindak balas atau reaksi dari mangsa. Jika sedar : Tanya mangsa keadaannya. Pastikan kecederaan atau kesan lain. Berikan rawatan yang sewajarnya. Dapatkan bantuan jika perlu. Jika tidak sedar: Pastikan saluran pernafasan terbuka dan tiada halangan. Periksa samada mangsa bernafas atau tidak. Periksa pengaliran darah dengan merasa denyutan nadi di leher (karotid). Tahap kesedaran mangsa boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu: 1) A - Alert (sedar sepenuhnya) 2) V - Verbal (respon terhadap suara) 3) P Pain (respon terhadap kesakitan/sentuhan) 4) U Unconcious (tiada apa-apa respon) A = Airway (Saluran pernafasan) = Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa

B = Breathing (Pernafasan) = Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation

C = Circulation (Peredaran/Pengaliran Darah)= Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher , jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].

Menilai kecederaan TOTAPS

T- Talking ( bercakap )

O- Observe (memerhati)

T- Touch ( sentuhan)

A- Active ( aktif)

P- Passive (Pasif)

S- Skill (kemahiran )

Langkah-langkah T.O.T.A.P.S

T-Talking (bercakap )

Bercakap dengan atlet/mangsa yang cedera

Apa yang berlaku?

Bagaimana kemalangan/kecederaan berlaku?

Apa yang kamu rasa?

Bahagian mana yang cedera?

Adakah bahagian lain yang cedera?

Pernahkah bahagian ini tercedera sebelum ini ?

O- Observe (memerhati)

Memerhati ketika bercakap dengan atlet

Adakah atlet/mangsa tertekan ?

Adakah mangsa terbaring dengan posisi/posture yang bukan scara biasa?

Adakah terdapat bengkak/kecacatan/lebam?

Adakah terdapat perbezaan dengan anggota yang lain

Bagaimana bahagian tersebut dikawal ?

T- Touch ( sentuhan )

Lakukan sentuhan bermula kawasan yang tidak cedera

dan secara perlahan begerak ke kawasan yang cedera.

Adakah terdapat kelembutan?

Adakah terdapat kecacatan?

Adalah kawasan cedera panas?

Berhenti disini sekiranya terdapat bukti yang jelas bagi

fraktur dan dislokasi.

A- Active (aktif)

Suruh mangsa gerakan bahagian yang cedera, bila terasa

sakit berhenti.

Tunjukkan pergerakan yang sepatutnya pada bahagian yang tidak cedera terlebih dahulu.

Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan yang penuh atau terhad?

Adakah sakit ketika menggerakkan bahagian tersebut? Bilakah kesakitan tersebut dirasai?

P- Passif (pasif) Berhati-hati gerakkan bahagian yang tercedera pada julat

pergerakkan yang normal. Berhenti jika kesakitan berlaku.

Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan yang penuh?

Bilakah kesakitan berlaku?

Bandingkan julat pergerakan bahagian yang tidak cedera dengan yang tercedera.

Berhenti disini bila atlet/mangsa mengadu kesakitan

atau hilang/bertambah julat pergerakan

S- Skill (kemahiran)

Jika bahagian yang cedera boleh bergerak pada julat

pergerakan yang normal tanpa kesakitan, suruh

atlet/mangsa berdiri dan lakukan pergerakan yang

perlahan.

Sekiranya terdapat kesakitan, nasihat atlit berhenti

Sekiranya tiada kesakitan atau minima, atlet boleh teruskan latihan atau permainan

PEMBEBATANTujuan pembebatana) Menahan pendarahan

b) Membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah kepada kekotoran yang boleh menyebabkan jangkitan.

c) Mencegah jangkitan di tempat luka.

Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan yang bersih suci hama. Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk pembebatan adalah dari jenis kain kasa dan kain lint kerana kain ini lembut dan mudah menyerap.

Pembebat Semasa Kecemasana) Sapu tangan yang bersih.

b) Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap.

Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari memegang atau menempoh kain yang digunakan untuk melapik tempat luka. Ini bertujuan meminimakan jangkitan kuman di tempat cedera tersebut.

Pembalut (Bandages)Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan rawatan mangsa kemalangan. Antara jenis-jenis pembalut yang digunakan ialah:-

a) Pembalut tiga segi (triangular bandage).

b) Pembalut lebar (broad bandage).

c) Pembalut panjang (narrow bandage).

d) Pembalut gulung (rollar bandage).

Kegunaan Kain Pembaluta) Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.

b) Menetapkan pembebatan yang dilakukan.

c) Mengampu bahagian yang cedera.

d) Membantu menghentikan pendarahan.

e) Mengurangkan bengkak.

Kain Anduh Tiga segiKain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Kain anduh yang baik berukuran 1 meter x 1.4 meter.

Antara kegunaan kain anduh ialah:-

a) Mengampu bahagian yang cedera atau patah.

b) Menghenti atau menahan pendarahan.

c) Menetapkan bahagian yang cedera.

d) Dapat digunakan sebagai pengipas.

e) Menutup tempat yang luka atau cedera.

f) Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.

Anduh (sling)Jenis-jenis Anduha) Anduh besar (large arm sling)

mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.

mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.

b) Anduh tiga segi/Anduh St. Johns (triangular sling)

menahan pendarahan anggota atas.

Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.

Mengampu anggota atas yang cedera.

c) Anduh kecil (small arm sling)

mengampu kecederaan di bahagian bahu.

Mengampu tulang klavikal yang cedera.

Mengampu anggota atas yang cedera.

d) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling)

mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.

SISTEM PERNAFASAN

Definisi; satu sistem di mana Oksigen disedut masuk ke dalam tubuh dan diedarkan keseluruh tubuh badan dan proses metabolisme yang berlaku di dalam sel mengeluarkan karbon dioksida dari tubuh.

Bahagian yang terlibat dalam pernafasan;

Salur udara

Paru-paru

Otot-otot pernafasan

Saluran udara

Rongga hidung

Naso faring

Larinks

Trakea

Bronkus

Bronkiol

Saluran pernafasan berfungsi

menapis, memanas serta melembapkan udara masuk.

Mengawal kemasukan dan pengeluaran isi padu udara

Paru-paru

Gugusan alveoli

Salur kapilari

Otot-otot pernafasan

Otot-otot interkosta

Diafragma

BILANGAN PERNAFASAN SESEORANG

PERINGKATBILANGAN SEMINIT

Dewasa

Kanak-kanak 6-10 thn

Bayi15-20 kali

22-25 kali

35-40 kali

Resusitasi?

RESUSITASI UDARA HEMBUSAN (Expired Air Resuscitation - EAR) adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti pernafasannya. Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi. Istilah yang biasa digunakan ialah 'resusitasi mulut-ke-mulut'. Terdapat tiga teknik yang digunakan di dalam EAR ini:

MULUT-KE-MULUTPenyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut

MULUT-KE-HIDUNGDilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang menghalang penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa ataupun dalam kedudukan tertentu semasa menyelamatkan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat akan menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan mangsa menghembuskan nafas keluar.

MULUT-KE-HIDUNG-DAN-MULUT (EAR) Ini adalah kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada kanak-kanak, kerana mulut penyelamat boleh menutup mulut dan hidung kanak-kanak tersebut.

EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti sepenuhnya. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan upaya pernafasan Tercekik, pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan, hampir lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah penafasan tertentu seperti asma atau emfisema (perlu rawatan segera)

Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan kenaikan dan penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh penyelamat. Lakukan sehingga 5 kali cubaan untuk memperolehi dua pernafasan yang berkesan.Tanda-tanda untuk EAR Sianosis - kepucatan

Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah kurang dari 4-5 kali dalam seminit

Prosedur EAR Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher.

Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang kotoran (contohnya darah, muntah, gigi yang patah dan gigi palsu)

Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal sebelah tapak tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin

Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung mangsa, sedut nafas sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada mulut mangsa, kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik kerana udara tersebut dipaksa memasuki paru-paru.

Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui hidung dan mulutnya dengan mulut anda tetapi jangan hembuskan dengan kuat seperti yang dilakukan kepada orang dewasa.

Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama. Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-menerus dengan cepat.

Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam seminit) sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan telah tiba.

Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan (lihat CPR)

Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang belakang dan ketiadaan pernafasan dan/atau nadi, anda masih perlu melakukan resusitasi dan kekalkan keadaan saluran udara.

Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa mendongakkan atau mengangkat dagu dengan banyak kerana ini boleh memburukkan lagi kecederaan pada leher.

Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan menekan-nekan dada jika pernafasan dan nadi masih tidak ada.

Jika anda perlu melentangkan mangsa ini bagi membolehkan resusitasi dijalankan, anda perlukan bantuan daripada orang lain. Pastikan kepala, badan dan ibu jari kaki berada dalam garisan yang lurus. Kekalkan dan jangan lepaskan sokongan pada kepala.

EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)Apakah CPR?

Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas

Merupakan kombinasi terknik pernafasan bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan dada

Berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus ke seluruh anggota badan

Dua sebab utama CPR dilakukan:

*terhenti pernafasan

*tiada nadi

Kaedah: Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan iaitu ABC sebelum melakukan CPR

A Airway (saluran pernafasan)

B Breathing (pernafasan)

C Circulation (peredaran darah)

Definisi :

Kombinasi teknik pernafasan bantuan dan tekanan dada

( Pemulihan pernafasan peparu jantung )

Tujuan : Memastikan jantung dan paru-paru dapat berfungsi semula untuk mengepam darah disamping membekalkan oksigen ke seluruh tubuh.

PERNAFASAN MULUT KE MULUT 1-Dgn keadaan mangsa baring melentang anda hendaklah terlebih dahulu membuang bendasing dalam mulut.

2-Buka saluran udara dgn mencondongkan kepala ke belakang dan dagu diangkat ke atas.

3-Tutup lubang hidung mangsa dgn memicitnya menggunakan ibu jari dari jari telunjuk anda.Tarik nafas sepenuhnya dan letakkan bibir anda di sekeliling mulut mangsa.

4-Tiup ke dalam mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak.

5-Alihkan bibir anda dan biarkan dada mangsa turun perlahan-lahan. Berikan pernafasan berturut-turut

TEKANAN DADA 1-Keadaan mangsa baring terlentang di permukaan rata.Berlutut di sisinya dan cari tulang selangka terakhir dgn menggunakan jari telunjuk dan jari tengah anda. Sorotkan jari anda ke atas sehingga kepada titik tengah pertemuan sempadan tulang selangka dan tulang dada.

2- Letakkan bahagian belakang tapak tangan keatas tulang dada, sorot kebawah sehingga ia sampai ke jari telunjuk anda. Lakukan tekanan pada titik ini.

3- Tindihkan tapak tangan anda dan selang-selikan jari-jari anda.

4- Secara berbongkok dan dengan keadaan lengan yang lurus tekan secara tegak keatas dada mangsa. Tekan lebih kurang 4-5 cm. Kemudian lepaskan tekanan tanpa mengangkat tangan anda.

5- Ulangi tekanan sehingga 80 tekanan/minit tercapai

Permasalahan pernafasan

Penyakit Asma menyerang saluran pernafasan pada paru -paru yang mana wujudnya radang (inflamasi) pada dinding rongga saluran pernafasan hingga menyebabkan penyempitan pada saluran nafas yang pada akhirnya seseorang itu boleh mengalami kesesakan nafas. penyakit asma sangat peka terhadap pelbagai rangsangan seperti pencemaran udara, serbuk sari, udara sejuk, makanan, haiwan berbulu, tekanan jiwa, bau atau aroma menyengat dan olahraga. penyakit asmaadalah kesan dari penghidap mengalami jangkitan saluran pernafasan atas (ISPA) sama ada flu ataupun sinisitis. tanda dan gejalanya , antaranya :

Pernafasan berbunyi terutama diwaktu mengeluarkan nafas. Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.

Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau cuaca sejuk.

Penghidap mengadu merasakan dada menjadi sempit.

Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penghidap tidak dapat berbicara karena kepayahan dalam mengatur pernafasan. Pada usia kanak-kanak, seperti rasa gatal dirongga dada atau leher.Rawatan Kecemasan Tenangkan pesakit dan bantu dia duduk. Letakkan dia pada kedudukan yang selesa dengan tubuhnya menunduk ke depan sedikit serta boleh bertongkat. Pastikan pesakit mendapat udara bersih yang mencukupi. Benarkan dia mendapatkan ubatnya, kalau ada. Ini akan memberi kelegaan kepadanya.

Seandainya simptom serangan asma seperti rasa gelisah, payah bernafas dan muka bertukar biru berulang lagi, hendaklah segera dapatkan bantuan perubatan.

Masalah jantung

Kecederaan kulit

Jenis kecederaan

Kecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah kulit. Kecederaan luaran yang sering berlaku adalah seperti berikut :

Luka :kulit terkoyak disebabkan terkena benda

tajam atau keras. Koyakan yang berlaku menyebabkan kulit berdarah. Koyakan yang dalam boleh menyebabkan saluran darah terputus dan pendarahan yang berlaku lebih serius.

Melepuh :Berlaku disebabkan geseran di antara

bahagian badan dengan permukaan yang lain .

Tisu cecair akan berkumpul dan kulit akan

mengelembung.

Melecet : Berlaku apabila bahagian badan bergeser

dengan permukaan lain. Lapisan epidermis

terkoyak tetapi bahagian atau tisu di bawah kulit

tidak cedera.

Rawatan Am Terbakar dan Melecura) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara.

b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.

c) Tenangkan mangsa.

d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut.

e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu.

f) Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang melekat.

g) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan.

h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.

i) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.

j) Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang.

k) Dapatkan rawatan perubatan segera.

Terbakar oleh Asid atau Alkalia) Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera.

b) Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang banyak.

c) Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat untuk meneutralkan asid.

d) Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk meneutralkan asid. Jangan gunakan bahan asid atau alkali sekiranya terkena mata. Kecederaan mata boleh menggunakan air biasa yang mengalir sahaja.

e) Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan kain yang bersih.

f) Dapatkan rawatan perubatan.

Rawatan Terbakar Pakaiana) Selimutkan mangsa dengan kain basah, cadar basah atau guni basah supaya api dapat dipadamkan.

b) Arah mangsa berguling di atas rumput untuk memadamkan api di pakaian.

c) Curahkan air ke arah mangsa boleh memadamkan api.

d) Elak dari berlaku renjatan. Sekiranya renjatan berlaku, rawatan renjatan perlu dilakukan.

e) Cuci tempat terbakar dengan cermat.

f) Tutup tempat cedera dan dapatkan rawatan perubatan.

Rawatan kecederaan kulit

Pencegahan jangkitan

Pendarahan terbuka Definisi pendarahan terbuka Terkeluar darah daripada sistem pendaahan atau sistem edaran tercedera

Pendarahan berlaku melalui:

Pendarahan ArteriDarah keluar berwarna merah cerah/ terang kerana mengandungi oksigen dan keluar memancut mengikut denyutan jantung.

Pendarahan VenaDarahnya berwarna merah tua kerana kurang mengandungi oksigen dan mengalir keluar perlahan-lahan.

Pendarahan KapilariDarahnya keluar secara meleleh.

Prinsip mengawal pendarahan terbuka Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang sempurna.

Bersihkan luka dari kotoran.

Tekan di tempat luka supaya darah tidak mengalir keluar (tiada benda asing) jika ada buat balutan cincin.

Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu:

a) Hentikan pendarahan secara langsung mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit.

b) Secara tidak langsung

- Tahan darah secara tidak langsung tempat tekan nadi.

-menggunakan penjerut catitan masa direkodkan. Longgarkan jerutan bagi setiap 20 minit selama seminit.

Tinggikan anggota yang luka untuk mengurangkan darah mengalir keluar.

Periksa nadi/pernafasan untuk menentukan tanda-tanda renjatan.

Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai.

Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak sedarkan diri atau baru sedar dari renjatan.

Jika ada tanda-tanda renjatan, beri bantuan kecemasan untuk renjatan.

Rehatkan mangsa dan hantar ke hospital dengan kadar segera.

Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

Terdedah kepada haba yang melampauSTRESS HABA Bagaimana stres haba terjadi?

Apabila suhu atmosfera menjadi seimbang dengan suhu badan, maka badan tidak berupaya utk menghilangkan haba menerusi radiasi. Jika terdapat humiditi yang tinggi peluh tidak dapat meluap dgn sempurna. Aktiviti riadah yang aktif, haba yang berlebihan akan dijanakan oleh kegiatan otot. Kelesuan haba atau keadaan yang lebih bahaya ialah strok haba akan menyerang.

Gejala dan tanda :-Heat exhaustion (Kehilangan air berlebihan)*Gejala : Cirit birit dan muntah.

*Tanda :

1. Pening kepala, pitam dan kebingungan.

2. Hilang selera makan dan loya.

3. Berpeluh, kulit yang berlengas dan pucat.

4. Kekejangan pd kaki dan tangan atau perut.

5. Pernafasan dan denyutan nadi yang cepat dan lemah

-Heat Stroke (Strok haba)*Gejala : Menyerang secara tiba-tiba dan menyebabkan mangsa

tidak sedarkan diri dalam beberapa minit.

* Tanda :

-1. Pening kepala, pitam dan tidak selesa.

-2. Lesu dan kebingungan.

-3. Kulit kering, merah dan panas.

-4. Darjah gerakbalas menurun dengan pantas.

-5. Denyutan nadi yaqng penuih dan melantun.

-6. Suhu badan lebih 40 darjah Celcius.

-Heat Cramp (Kejang haba) *Gejala : Ketidakseimbangan air dan elektrolit iaitu Natrium dan Klorida dalam badan. Sering berlaku di gastrocnemius dan abdomen. Berlaku akibat kehilangan air dan elektrolit melalui perpeluhan.

*Tanda :

-1. Otot menjadi keras

-2. Pergerakan tidak normal

Langkah-langkah mengelakkan stres haba1. Menyesuaikan diri dengan keadaan, cuaca dan suhu yang panas sekurang-kurangnya seminggu sebelum hari pertandingan.

2. Minum air sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi latihan atau pertandingan.

3. Pakaian diperbuat daripada 100% kapas adalah yang paling sesuai dalam cuaca yang panas.Pemakaian topi digalakkan bagi mengelakkan kehilangan 40% haba dibahagian kepala.

4. Elak daripada berlatih dalam cuaca panas.

Pengsan

Definisi Pengsan ( Syncope ) :

Kehilangan daya kesedaran yg disebabkan oleh penyusutan sementara pengaliran darah ke otak

Tanda2:

Mangsa rebah

Denyutan nadi perlahan

Warna kulit pucat

Punca2:

Kecederaan di kepala

Stroke / pitam / serangan sakit jantung/renjatan

Darah beroksigen yg rendah ( hipoksia )

Keracunan yang dibekalkan ke otak termasuk alkohol dan dadah

Sawan dan suhu badan tidak normal

RAWATAN PENGSAN Buka salur udara dengan mengangkat dagu dan sendengkan bahagian kepala

Periksa pernafasan dan denyutan nadi

Jika mangsa muntah, letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan

Periksa mangsa dengan pantas dan sistematik untuk kenalpasti pendarahan luar atau keretakan tulang. ( sekiranya terdapat pendarahan luar / keretakan tulang-hentikan pendarahan

Minta maklumat drp orang ramai yg menyaksikan kemalangan

Jika mangsa tidak memperolehi daya kesedaran dalam tempoh 3 minit, dial 999. Jika mangsa memperolehi daya kesedaran dlm tempoh 3 minit, nasihatkan mangsa berjumpa doktor

Mengangkat dan membawa pesakit

Pertimbangan sebelum mengangkat pesakit semasa kecemasan. Kebakaran ataubahayakebakaran Bahan letupanataubahan-bahanberbahaya Ketidakupayaan untukmelindungipesakitdaribahaya Ketidakupayaanuntukmengaksespesakitlainyangmemerlukanpenjag Situasi lainyangmempunyaipotensiuntukmenyebabkan kecederaan Tidakmenyediakanpenjagaanmenyelamatkan nyawadisebabkan olehlokasipesakitatau kedudukanPrinsip mengangkat pesakit1.Pertimbangkan berat pesakit bersama-sama dengan berat usungan atau peralatan lain yang sedang dijalankan dan menentukan sama ada bantuan tambahan diperlukan.

2.Mengetahui keupayaan fizikal dan batasan anda.Tahu keupayaan gabungan anda dengan pasangan anda.Jika benar-benar perlu, anda boleh meminta penonton untuk membantu.Anda atau pasangan anda mesti yang bertanggungjawab dan memberi perintah, tidak pengamat.

3.Angkat tanpa memulas.Elakkan sebarang gerakan berayun apabila mengangkat

4.Kedudukan kaki lebar bahu anda selain dengan satu kaki sedikit di hadapan yang lain.

5.Berkomunikasi dengan jelas dan kerap dengan pasangan anda. beritahu pesakit apa yang anda akan lakukan terlebih dahulu. PEMINDAHAN PESAKITPemindahan pesakit boleh dilakukan dengan berbagai cara. Antaranya ialah:

a) seorang pembantu (single helper)

b) dua orang pembantu (double helpers)

c) menggunakan penggusung (stretcher)

a) Seorang pembantu (Single Helper)

Kaedah seorang pembantu boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara.

Antaranya ialah:

Kaedah dukungan (Cradle Lift)

-kaedah ini sesuai digunakan untuk mengusung pesakit yang ringan terutama kanak-kanak dan bayi.

Bergandingan dengan pesakit (Human Crutch)

-Usungan ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang boleh berjalan atau mengalami kecederaan sebelah anggota bawah. Mangsa berjalan beriringan dengan pembantunya.

Mendukung di belakang atau encang (Pick a back)

-Mangsa memanjat sambil memeluk belakang pembantunya.Tangan pembantu mengampu kedua belah anggota bawah mangsa. Mangsa berada di dalam keadaan sedar.

Dukung di bahu atau usungan bomba ( Firearm Lift)

-Mangsa pengsan atau tidak boleh berjalan. Kedudukan kepala mangsa condong ke bawah manakala badannya berada di atas bahu pembantunya.

Usungan merangkak

-Digunakan untuk membawa mangsa pengsan atau sedar di tempat yang sempit. Mangsa menyangkut kedua belah tangan di leher pembantunya. Pembantu akan merangkak sambil mengheret mangsa.

Usungan menarik

-Pembantu menghadap ke arah belakang mangsa. Tumpangkan tangan mangsa di bahagian ketiak. Tarik mangsa secara berundur ke belakang.

Menarik menggunakan blanket

-Letakkan mangsa di atas blanket. Pegang kedua belah bucu di bahagian kepala mangsa. Tarik blanket secara berundur ke balakang.

a) Kaedah dua pembantu Duduk di atas dua tangan (two hand seat)

-Mangsa memegang bahu kiri dan kanan pembantunya sambil duduk di atas tangan pembantunya. Kedua-dua pembantu menggunakan sebelah lengan masing-masing sebagi tempat duduk mangsa. Manakala tangan yang lagi sebelah mengampu belakang mangsa.

Mengusung berekoran atau berbuntut.

-Seorang pembantu memeluk kedua-dua belah ketiak mangsa dari arah belakang mangsa. Manakala seorang lagi berdiri di celah kangkang dengan muka mengadap ke belakang mangsa sambil memeluk kedua-dua bahagian lutut mangsa.

Duduk di atas tiga tangan (three hand seat)

-Menggunakan tiga tangan untuk dijadikan tempat duduk mangsa. Sementara sebelah tangan lagi mengampu belakang mangsa.

Duduk di atas empat tangan (four hand seat)

-Menjadikan kedua belah tangan pembantu sebagai tempat duduk mangsa. Mangsa akan memeluk bahu pembantu-pembantunya.

Mengangkat menggunakan kerusi

-Mangsa akan duduk di atas kerusi manakala pembantu-pembantu mengangkat kaki kerusi. Cara ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara usungan beriringan atau secara berekoran.

b) Usungan menggunakan penggusung ( Stretcher)

Pengusung gantian ( improvise stretcher)

I. menggunakan kain blanket atau selimut tebal dan diangkat di keempat-empat bucunya.

II. Menggunakan empat atau lima kain anduh yang diikat di dua batang kayu.

III. Menggunakan dua buah guni yang ditebuk buntutnya. Kemudian dimasukkan dua batang kayu dalam guni itu.

IV. Menggunakan dua kain sarung yang dimasukkan dua batang kayu di dalamnya.

V. Menggunakan tiga atau empat kain baju kemeja. Masukkan dua batang kayu di dalam baju-baju tersebut dan kemudian dibutangkan kancingnya.

Jenis stetcher

Wheel stretcher Portable Scoop Flexible Basket Flexible Stair chair Long backboard Short boardPrinsip menguruskan kecederaan patah

Definisi: Merupakankecederaanyangmelibatkanmana-manabahagiantulang, sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atausebagainya.

Punca-punca patah

Boleh terjadi secara langsung atau tidak langsunga)

Secara Langsung

Patahtepatpadatempatataupuncanya.Contohnyakenatembakan, pukulan, tendangan atau kemalangan. Secara Tidak Langsung

Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan.Contohnya, berlaku kecutan otot atau pergerakan otot yangsecara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah.

Jenis-jenis patah1. Patah tebu/tertutup (simple fracture)

Patah yang tidak disertai dengan luka dibahagian patah.b)

2. Patah riok(Compound fracture)

Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yangpatah tertonjol keluar di bahagian luarkulit.3. Patah melarat (Complicated fracture)

Patahyangmenyebabkanorganlainturutmendapatkecederaan.d)

4. Patah Remok(Comminuted fracture)

Patah yang berkeping-keping ataubeberapa bahagian.5. Patah Terenyok (Impacted fracture)

Tulangpatahkepadaduabahagiandansalahsatunyaterbenam ke dalam tulang yang patah itu.

6. Patah Rebung (Green Stickfracture)Patahsecaramenyungkapdantidakterusputus.Biasanyaterjadi kepada tulang kanak-kanak dan bayi.7. Pecah Remok (Depressed fracture)

Tulangyangpecahterbenamkebawahdanmenghimpitorganlain.Contohnya,tengkorakkepalayangterbenammenghimpit otak

Rawatan awal1. Beritahu mangsa supaya jangan bergerak.

2. Jika terdapat luka, kawal pendarahan. Tekan luka dengan pembebat yang bersih.

3. Bagi kaki yang patah, balut pada bahagian lutut dan buku lali.

4. Bagi lengan, gunakan sling.

5. Dail 999 untuk dapatkan perkhidmatan ambulan.

6. Periksa peredaran darah pada tangan atau kaki setiap 10 minit. Tanda-tanda patah Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.

Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulangpatah.

Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.

Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.

Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang,sendi atau otot.

Bentuk,kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.

Prinsip mengurus kecederaan patah Prinsiprawatan untukkecederaanpatahadalah seperti berikut :

Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.

Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan rawatan ditempat kejadian.

Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.

Sekiranya kulit dibahagianpatahterluka, jangan sentuh. Tutup dengan kain yang bersih.

Haling / ampu pergerakan anggota yangpatahmenggunakan belat (splin), anduh dan pembebat.

Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.

Kecederaan tisu lembut

Definisi :

Kecederaan yang dialami oleh tisu lembut dalam badan merangkumi kulit, salur darah, saraf, otot, tendon, ligamen, kelenjar, dan lapisan yang melindungi organ2 tubuh. Kecederaan ini berpunca drpd rentapan pd sendi yg menyebabkan tisu2 disekeliling terkoyak.

PUNCA2 KECEDERAAN

1. Ketegangan otot otot separuh koyak

2. Koyakan otot koyakan sepenuhnya pd otot

3. Calar2 pd bahagian dalam otot Klasifikasi kecederaan sukanKategori mengikut tempoh masa wujud

Acute(baru)-kecederaan berlaku secara tiba-tiba atau baru berlaku

Chronic(lama)-kecederaan yang lama(masih sakit lagi

Kategori mengikut struktur badan

Tisu lembut : otot, ligament,tendon,saraf,salur darah

Tisu keras : tulang

Kecederaan luaranKecederaan pada permukaan kulit & tisu di bawah kulit

Luka- kulit terkoyak oleh benda tajam dan berdarah

Melecet- tergeris, epidermis dan terluka

Melepuh- kulit menggelembung dan ada air

Kecederaan dalamanKecederaan yang mekibatkan tisu-tisu badan

ligamen

tendon

otot

tulang

Faktor HARMKecederaan jenis tisu lembut, elakkan dari factor berikut

Heat-tambah pendarahan

Alcohol-tambah bengkak

Running-terlalu awal kecederaan terlalu teruk

Massage-dalam 8-78 jam pertam menambahkan pendarahan atau bengkak

(a)Kecederaan Tisu Lembut Tenat

Rawan terkoyak - Berlaku apabila tulang di sendi terpulas dan tertekan. - Biasanya berlaku di lutut. Tergeliat - Berlaku apabila otot atau tendon dipendekkan atau diregangkan dengan kuat.

(b) Kecederaan Tisu Lembut Kronik

Tergeliat kronik otot - Berlaku apabila otot dikerjakan berlebihan dan diregang berlebihan. - Wujud hasil dari beberapa minggu atau bulan. - Disebabkan oleh banyak punca keadaan.

Tendinitis - Berlaku apabila tendon diregangkan berlebihan atau digunakan berlebihan. - Kecederaan ini biasanya berlaku pada tendontendon patela ( lutut ), achilles ( tumit ) bila melakukan aktiviti berlari dan melompat yang berlebihan. - Kecederaan biceps dan ratator cuff ( bahu ) pula adalah individu membuat aktiviti bilangan bahu yang lemah dan tidak fleksibel.

Bursitis - Rongga sendi yang kecil, penuh cecair, terletak antara tulang, otot, tendon dan tisutisu lain. - Berlaku bila bahagian tertentu diasak. - Selalunya berlaku di siku dan lutut Kontusi (contusion ) Disebabkan pukulan terus danmenyebabkan cederapada saluran darah atau saluran halus putus - lebam dan pendarahan dalaman.

Bengkak& pergerakan terbatas. Otot Terkoyak (muscle strain) disebabkan olehpengecutan otot secara tiba -tiba atau disebabkanketidakupayaan otot menanggung bebankerja berlebihan.

Ianya melibatkan kemungkinan otot atau tendon tercedera dan mengsa merasaikesakitan di bahagian tercedera.

Kekejangan otot ( muscle cramp)

Kontraksibuat sementara dan mengalami muscle spasmmenjadikanotot rasa keras dan mangsa kesakitan.

berpunca dariatlit kurang cergas ( dariaspek daya tahan otot ),kekurangan elektrolit (garam mineral) atau dihidrasi dalam badan (kehilanganair). Dislokasi ( dislocation ) berlaku bila tulang sendi terkeluar dari asalnyakejadian di mana pergerakan yang diluar dari julat asal.

Menyebabkan ligamen dan tisu teregang, terkoyak atauterkeluardari tempat asal.

Tanda-tanda : a)Sakit yang sangat kuat pada bahagian persendian.b)Bengkak danlebam bahagian sendi.c)Tidak dapatmengerakkan anggota yang tercedera.d)Terdapatperubahan bentuk pada sendiyangtercedera.e)Terdapattanda-tandaamrenjatan Terseliuh berlaku bila ligamen sendi terkoyak @ teregang secara tiba- tiba menyebabkan sendi tidak stabil. Tanda : bentuk ganjil & cacat, bengkak dan lebam. Tergeliat (Sprain)

Cedera,terkoyakatauterpusingotot-ototdanligamentpadabahagian persendian akibat dari pergerakan yang melampaui batas.

Tanda-tanda dan Gejala tergeliat

a)Sakit bahagian yang tercedera.b)Bengkak danlebam pada bahagian persendian.c)Sakitapabilamenggerakkanbahagiancedera tetapimasihdapat mengerakkan anggota tersebut.

Prinsip mengurus kecederaan tisu lembut Rawatan R.I.C.E. - R ( Rest ) : Merehatkan bahagian yang cedera. Pelajar / atlit terlibat tidak dibenarkan meneruskan aktiviti fizikalnya.

R.I.C.E - I ( Ice ) : Menggunakan ais pada bahagian yang cedera. Ais boleh diaplikasikan secara langsung atau tidak langsung. Jika langsung, ketulan ais perlu digerakkan dalam pergerakan bulatan. Aplikasi ais selama 5-10 minit dan ulang setiap 3 jam atau 4 kali sehari, jika boleh berbuat demikian.

R.I.C.E - I ( Ice ) : Penggunaan ais perlu diadakan dalam 24 jam pertama untuk mengelakkan bengkak kerana pengumpulan cecair di tempat yang cedera. Penggunaan ais ini boleh diteruskan sehingga 48 jam atau lebih. Walau bagaimanapun, penggunaan ais ini akan menyebabkan bahagian terlibat berasa kebas.

R.I.C.E - C ( Compression ) : Tekanan dikenakan pada bahagian yang cedera dengan dua cara. Pertama, cara tidak langsung dengan pembalut bahagian cedera, menggunakan bandage atau pita pelekat kain. Kedua, cara langsung, iaitu dengan tekanan tangan. Perhatian perlu diberi supaya ikatan tidak terlalu ketat sehingga mengganggu pengaliran darah.

R.I.C.E - E ( Elevation ) : Menaikkan bahagian yang cedera ke paras lebih tinggi dari paras jantung. Ini boleh dilakukan dengan mengangkatkan kaki yang cedera ke atas bangku sambil berbaring. Nota :

Dalam masa 72 jam pertama sebarang urut pada bahagian yang cedera tidak dibenarkan. - Selepas 72 jam, mula dengan pergerakan perlahan diikuti dengan berlari perlahan. Sekiranya tidak rasa sakit di bahagian yang cedera, murid dianggap telah pulih.

RAWATAN KECEDERAANDR. ABC Sekiranya si mangsa tidak sedar diri, maka periksa samada : ~ Saluran pernafasan tersekat atau tidak ( Airway ) ~ Kadar pernafasan normal ( Breathing ) ~ Pengaliran darah berjalan ( Circulation )

DR. ABC - D ( Danger) : Pastikan bahawa mangsa telah bebas daripada bahaya disekitarnya. Contohnya, jika mangsa itu tersepit, maka benda yang menyebabkannya tersepit telah disingkirkan DR. ABC - R ( Response ) :Pembantu mula memerhatikan gerak balas mangsa untuk memastikan keadaan sebenar mangsa. Mangsa sepatutnya bergerak balas terhadap cahaya terang, suara panggilan, sebarang bunyi di sekitarnya, sentuhan, bau dan rasa. Jika tiada gerak balas berlaku, mangsa itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri atau dalam keadaan terkejut.

DR. ABC - A ( Airway) : Pastikan terdapat bukaan yang cukup untuk laluan udara. Pastikan saluran udara tidak tersumbat untuk membolehkan mangsa bernafas dengan baik.

DR. ABC - B ( Breathing) : Pastikan mangsa masih bernafas atau tidak. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan jari di hadapan hidungnya untuk mengesan hembusan udara atau melihat sama ada mulutnya dibuka untuk bernafas. Jika mangsa tidak bernafas, bantuan pemulihan pernafasan handaklah diberikan dengan segera.

DR. ABC - C ( Circulation ) :Pastikan peredaran darah mangsa masih baik. Ini dapat dilakukan dengan mengira nadi mangsa itu. Kehadiran nadi menunjukkan bahawa jantung mangsa itu masih berdenyut. Nadi yang rendah menunjukkan denyutan jantungnya lemah. Jika terdapat punca kehilangan darah, contohnya luka, pendaharan itu mesti dikurangkan dengan membalut luka tersebut.

Kecederaan bahagian tangan, badan, kaki, kepala dan mata

Kecederaan

Cara mengurus kecederaan

Kemudahan dan peralatan pertolongan cemas dan rawatan kecederaan Fungsi bilik rawatan sukan

Tempat memberi rawatan

Saiz, lokasi, struktur dan pengelolaan dalaman bilik rawatan

Peralatan yang perlu ada di dalam bilik rawatan Penyimpanan rekod

KOTAK PERTOLONGAN CEMAS ( FIRST AID KID )Keperluan-keperluan sesebuah kotak pertolongan cemas adalah seperti berikut :

1.Kotak yang bertutup untuk mengisi peralatan.

2. Kain anduh tiga segi

3. Kain kasa sucihama

4. Kapas

5. Kain pembalut gulung

6. Kain pembalut gulung elastik ( crepe bandage )

7. Plaster

8. Ubat gosok atau minyak gosok

9. Ubat luka ( lotion flavine, gentian violet atau burnol )

10. Ubat cuci luka ( cetavlon atau dettol )

11. Garam cium ( smelling salt )

12. Penyepit ( forcep )

13. Buku catitan

14. Pin

15. Pen/pensel

Kotak pertolongan cemas hendaklah selalu diperiksa supaya ianya bersih, alatannya mencukupi dan kotak itu di tutup dengan baik bagi mengelakkan dimasuki oleh serangga atau binatang. Selain itu, kotak pertolongan cemas perlu bertanda dengan tanda bulan sabit merah atau palang merah. Ia perlu diletak di tempat yang selamat dan mudah dilihat dan agak tinggi supaya tidak mudah diambil oleh kanak-kanak. Ubat berbentuk cecair perlu ditutup rapat supaya tidak mudah tumpah atau bocor dan ditanda dengan perkataan racun bagi bahan-bahan beracun.