Nota psk t2

Click here to load reader

Transcript of Nota psk t2

  1. 1. [1] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com 1. KECEMERLANGAN DIRI Tarikh PatutSiap:09.01.2012 Pengenalan Setiap orang mahukan kecemerlangan dalam hidup. Ada yang inginkan kecemerlangan dalam pelajaran, ada yang mahukan kecemerlangan dalam kerjaya, ada yang mengimpikan kecemerlangan dalam akhlak serta. keperibadian dan sebagainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan kecemerlangan diri? Kecemerlangan diri merupakan kejayaan indivldu yang dicapai dalam beberapa aspek. Antaranya cemerlangdalam: (a) pendidikan; (b) perwatakan; (c) komunikasi; (d) refleksi. Apabila seseorang itu telah mencapai kecemerlangan dalam keempat-empat aspek ini, bermakna dia telah mencapai kecemerlangandalamdiri. Pendidikan llmu pengetahuan merupakan asas kejayaan hidup seseorang, Oleh itu, sesiapa yang berjaya dalam pendidikan,dianggapcemerlang. Sesiapa yang inginkan kecemerlangan dalam pendidikanperlu mengamalkanciri-ciri yangberikut;- (a) mempunyai matlamathidup.Contohnya: - sudahtahu kerjayayangdiinginkan - menetapkan jumlah A yang akan dicapai dalam peperiksaanPMR (b) rajindan gigihketikamenuntutilmu; (c) mempunyai semangatyangkental; (d) tekun,yakindiri; (e) tidak mengenal erti putus asa dan cekal menghadapi sebarangdugaan; (f) mempunyai keazamanyangtinggi; (g) senantiasaberusahamemperbaiki diri. Orang yang cemerlang dalam pendidikan tentunya berpeluang memiliki kerjaya yang baik, dipandang mulia,dihormati, dan disegani. Perwatakan 1. Orang yang mempunyai perwatakan yang terpuji jugaadalahorangyang cemerlang. 2. Ciri-ciri orangyangberperwatakan terpuji: (a) taat kepadaibubapa; (b) mempunyai perasaankasihsayang; (c) berpegangteguhkepadaajaranagama; (d) menjagakebersihan danpenampilandiri; (e) berakhlakmuliadanberbudi pekerti tinggi; - senantiasa menjaga pertuturan, perlakuan, dan tindakanagar tidakmenyinggungperasaanorang (f) jujur,amanah,dan ikhlasdalamtindakan. Apabila kita memiliki kecemerlangan dalam perwatakan, tentunya kita akan menjadi contoh teladan kepada orang lain dan dihormati oleh masyarakat. Komunikasi 1. Komunikasi boleh berlaku dalam tiga bentuk, iaitu: (a) lisanatau verbal; (b) bahasabadanatau non-verbal; (c) simbol yang difahami oleh kedua-dua pihak, iaitupemberi danpenerimamaklumattersebut. 2. Orang yang cemerlang, akan cemerlang dalam komunikasi. 3. Komunikasi yang cemerlang mempunyai ciri- ciri komunikasi yangberkesan. 4. Komunikasi yang berkesan berlaku apabila orang yang menyampaikan maklumat atau idea dapat menyampaikan maklumat tersebut dengan jelas, beretika, dan intonansi yang sesuai serta difahami oleh orang yang mendengar atau menerima maklumat itu. 5. Gunakanlah bahasa yang sopan dan mengikut etika serta kesesuaian keadaan ketika berkomunikasi supaya orang yang menerima maklumat, dapat menerimanyadenganhati yangterbuka. 6. Contohnya ketika terdapat percanggahan pendapat, jangan sekali-kali meninggikan suara kerana tindakantersebutakanmemburukkanlagi keadaan. Refleksi 1. Untuk menjadi cemerlang, seseorang itu mestilahselalumembuatrefleksidiri. 2. Refleksi diri adalah tindakan membuat renunganatau menilai kembali tentangdiri sendiri. 3. Orang yang membuat refleksi diri akan menilai kelemahan dan kesilapan lalu dan sedaya upaya memperbaikikelemahantersebut. 4. Kesilapan dan kelemahan lalu akan dijadikan pengajaran supaya tidak diulang lagi pada masa hadapan. 5. Segala kelebihan diri perlu ditingkatkan supayakitamenjadi lebihhebatpadamasahadapan. 6. Jangan jadikan kelemahan diri sebagai alasan untuktidakberusahadanberputusasa. 7. Kadang kala kita tidak tahu akan kelemahan dan kelebihan kita. Olehitu, kita boleh menilai diri kita melalui rakanatauahli keluargakita. 8. Sebarang pandangan atau komen perlulah diterima secara positif untuk kebaikan dan kecemerlangandiri.
  2. 2. [2] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com 2. PERPADUAN DALAM KELUARGA Tarikh PatutSiap: 13.02.2012 Pengenalan 1. Perpaduan dalam keluarga boleh dicapai jika mendapatkerjasamaseluruhahli keluarga. 2. Perpaduan keluarga boleh dicapai dengan cara yangberikut,iaitu: (a) penglibatan ahli keluarga dalam sambutan hari khaskeluarga; (b) berkongsi saatsukadan duka; (c) senantiasa memberikan sokongan kepada anggota keluarga; (d) melibatkandiri dalamaktiviti keluarga. Sambutan Hari Khas Keluarga 1. Hari khas keluarga adalah hari-hari istimewa dalamkeluarga. 2. Contohnya hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan,hari ibu,hari bapa dan sebagainya. 3. Hari-hari khas ini perlu disambut untuk mengeratkanhubungankekeluargaan. 4. Sambutan hari khas ini tidak semestinya disambutsecarabesar-besaran. 5. Yang penting ahli keluarga yang diraikan rasa diri dihargai dandiambil peduli. 6. Bagi merancang sambutan hari khas keluarga, tentunya memerlukan kerjasama daripada seluruh ahli keluarga. Sama ada dalam memberikan idea, mengumpul sumber kewangan, dan tenaga untuk menjayakansambutanhari khastersebut. 7. Perkara-perkara yang memerlukan kerjasama ahli keluargaketikamenyambuthari lahirkeluarga: (a) memberikansumbanganidea; (b) membantu menghulurkan sumbangan berbentukwangatautenaga; (c) bersama-sama menghias rumah untuk sambutantersebut; (d) bersama-sama menyediakan makanan dan minuman; (e) berkemas selepas sesuatu majlis diadakandansebagainya. 8. Kerjasama anggota keluarga dalam sambutan hari khas keluarga ini dapat mewujudkan perpaduan dalamkeluarga. Berkongsi Suka Duka 1. Apabila ahli keluarga berjaya, sokonglah mereka agar sokongan tersebut dapat mendorong mereka mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Menghadiri konvokesyen ahli keluarga merupakan salah satu cara kamu berkongsi suka dengan kejayaan mereka. 2. Manakala apabila ahli keluarga berada dalam kesedihan atau menghadapi masalah, berikan mereka sokongan moral agar mereka tidak patah semangat dengandugaandan tabah menghadapi kesusahan. 3. Berkongsilah saat suka dan duka ahli keluarga. Sokongan padu daripada seluruh anggota keluarga amat pentingsupayamerekarasadihargai. Aktiviti Keluarga 1. Aktiviti keluarga yang dijalankan bersama- sama boleh menjalinkan kemesraan kepada setiap anggota keluarga. 2. Antara aktiviti keluarga yang boleh dilakukan bersama-sama: (a) menontontelevisyen; (b) beriadah; (c) berkelah; (d) melancong; (e) mengadakankenduri dansebagainya. 3. Ketika melakukan aktiviti keluarga, setiap ahli keluarga perlu bekerjasama supaya aktiviti yang dijalankan dapat memberikan manfaat kepada seluruh anggota keluarga. 4. Anak-anak yang mendapat sokongan daripada ibu bapa lebih stabil emosinya dan keadaan ini dapat menghalang mereka daripada terjebak dengan aktiviti negatif.
  3. 3. [3] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com 3. HORMATI HAK ORANG LAIN Menghormati PerbezaanOrang Lain 1. Setiap manusia mempunyai perbezaan. Manusiaberbezadari segi: (a) latar belakang; (b) kebolehandanbakat; (c) pendapat. 2. Perbezaan ini menyebabkan cara hidup, budaya, pandangan, dan kepercayaan setiap orang itu jugaberbeza. 3. Perbezaan latar belakang bermaksud perbezaan agama, perbezaan taraf keluarga, perbezaan jantina, sejarah keluarga, pekerjaan, dan kelulusan. 4. Orang yang beragama Islam contohnya, tentu mempunyai budaya dan kepercayaan yang berlainan daripada orang yang beragama Hindu, Buddha, Sikh, mahupunKristian. 5. Kita mesti menghormati perbezaan ini supaya kitadapat hidupdalamsuasanayang harmoni. 6. Antara cara-cara kita menghormati perbezaan orang lainadalahdengan: (a) tidakmengejek-ejekbudayakaumlain; (b) mendengar pendapat dan pandangan orang dan tidak hanya menganggap pandangan kita sahaja yang betul; (c) bertolakansurdan sebagainya. Tarikh PatutSiap:05.03.2012 Tarikh PatutSiap: 05.03.2012 Kepentingan Menghormati HakOrang Lain 1. Dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran dan situasi yangberbeza; 2. Boleh menerima pandangan dan pendapat orang lain; 3. Lebih sabar menghadapi kerenah manusia yang pelbagai; 4. Lebih bersimpati dan empati terhadap kesusahanorang; 5. Bersikap terbuka terhadap keunikan budaya kaum-kaumlain; 6. Dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan persaudaraan antaraindividudankaum; 7. Menambahkan perasaan kasih dan sayang sesamamanusia; 8. Menjadikan kita lebih bertimbang rasa dan perihatin; 9. Dapat mengelakkan perselisihan faham dan perasaancemburuterhadaporanglain. 10. Hidupdalamsuasana aman danharmoni. Berikan dorongan kepada rakan yang ingin mempamerkan bakatnya.Tindakan memperlekeh-lekehkan bakat dan kebolehan rakan adalah sikap orang yang tidak menghormati hak orang lain.
  4. 4. [4] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com 4. PEMUPUKAN SEMANGAT KEKITAAN Tarikh PatutSiap:16.04.2012 Pengenalan 1. Semangat kekitaan adalah kemahuan dan kesanggupan seseorang untuk membantu dan bekerjasamadenganoranglain. 2. Sikap ini perlu diamalkan dalam masyarakat agar hubunganantara ahii masyarakat akan lebiherat. Pemupukan Semangat Kekitaan dan Kepentingannya 1, Terdapat beberapa cara untuk memupuk semangatkekitaan.Antaranya: (a) suka bertegur sapa tanpa mengira agama dan kaum; (b) tidakbersikapsombong; (c) menghormati jiran tetangga yang pelbagai kaum; (d) bersedia menghulurkan bantuan pada bila-bilamasa; (e) salingberkunjungke rumahjiran; - contohnya ketika jiran mengadakan kenduri, rumah terbuka atau majlis-majlis tertentu seperti sambutan majlis hari lahir mengambil berat akan keperluan, kebajikan,dankeseiamatanjiran; mengamalkan sikap bertolak ansur dengan jiran; menghormati perbezaan budaya, agama,dan adat resamjirantetangga; turut sama terlibat dalam pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan. 2. Jiran yang mempunyai semangat kekitaan akan senantiasa muafakat dalam menyelesaikan semuamasalahsetempat. 3. Keadaan ini menyebabkan keseiamatan masyarakat setempat lebih terjamin dan kebajikan merekaterlebihterjaga. 4. Di samping itu juga perpaduan akan terpelihara dan masyarakat hidup dalam kesejahteraan. 5. Masyarakat setempat mestilah prihatin dengansegalaaktiviti yangberlakudi tempatmereka. 6. Antara masalah setempat yang perlu diambil berat oleh masyarakat di sesuatu tempat adalah masalah sosial. Antara masalah sosial yang dihadapi biasanyatermasuklah:- (a) gengsterisme; (b) vandalisme; (c) pergaulanbebas; (d) penagihandadah; (e) budayalepakdansebagainya. 7. Adalah menjadi tanggungjawab masyarakat setempat berganding bahu untuk menyelesaikan masalahdi atas. Agensi-agensi yang Dapat Menjaga KesejahteraanMasyarakat 1. Agensi-agensi tertentu sama ada daripada badan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan amat diperlukan untuk sama-sama menjaga kesejahteraan masyarakat. 2. Antara agensi-agensi tersebuttermasuklah: (a) RukunTetangga; (b) Mercy; (c) St, JohnAmbulans; (d) KelabLion; (e) RakanCop; (f) SahabatAlamMalaysia; (g) Yayasan Salamdan sebagainya.
  5. 5. [5] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com 5. WARISAN KESENIAN PELBAGAIKAUM Tarikh PatutSiap: 14.05.2012 Pengenalan 1. Malaysia kaya dengan pelbagai warisan kesenian kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. 2. Warisan kesenian pelbagai kaum ini menjadi kebanggaan negara dan seluruh rakyat perlu bersama- sama mengekalkan warisan kesenian ini. 3. Warisan kesenian ini dapat dibahagikan kepada beberapajenis, iaitu, (a) muzik; (e) Lukisan; (b) alat muzik; (f) permainan; (c) tarian; (g) kraftangan. (d) seni bina; Muzik, Alat Muzik, dan Tarian 1. Muzik, alat muzik, dan tarian mempunyai kaitan yang rapat. Untuk menghasilkan sesuatu muzik, memerlukan alat muzik, dan tanpa muzik, tarian sukar untuk ditarikan. 2. Kepelbagaian kaum di negara kita menyebabkan lahirnya pelbagai genre muzik yang mempunyai identitinya tersendiri mengikut kaum. 3. Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka, kegunaan muzik adalah terhad. Muzik hanya dibahagikan kepada dua, iaitu, (a) muzik diraja, iaitu nobat i. nobat ini dimainkan ketika upacara diraja seperti upacara pertabalan, keputeraan, dan kemangkatan ii. alat muzik nobat termasuklah gong, gendang, serunai, dan nafiri. (b) muzik rakyat adalah seperti ghazal di Johor, hadrah dan gambus di Perak dan sebagainya. muzik rakyat dimainkan untuk tujuan berhibur bagi meraikan majlis perkahwinan, dan menyambut tetamu. 4. Muzik-muzik Melayu yang lain termasuklah endoi, ulik mayang, nazam, dikir barat, dan boria. 5. Tarian masyarakat Melayu juga pelbagai antaranya tarian inang, zapin, dan asyik. 6. Tarian naga dan tarian singa pula adalah seni tarian yang paling popular dalam kalangan masyarakat Cina. 7. Gong, simbal, dan gendang akan mengiringi tarian singa. Bunyi yang kuat daripada alat muzik ini akan member! semangat kepada penari untuk menari dengan lebih bertenaga. 8. Bagi masyarakat Iban, alat muzik yang menjadi warisan mereka ialah gong, tetawak, bebendai, dan enkeromong. 9. Sementara itu, tarian warisan masyarakat ini ialah tarian ngajat. Tarian ini dipersembahkan untuk menyambut kepulangan pahlawan. 10. Masyarakat India juga mempunyai warisan muziknya. Alat muzik tradisional masyarakat ini ialah trompet dan tavil. Alat muzik ini biasanya mengiringi persembahan tarian Natheswaram. Permainan dan Seni Lukisan 1. Permainan tradisonal masyarakat di Malaysia juga perlu dikekaikan. Antara permainan tradisi masyarakat Malaysia termasuklah sepak raga, congkak, gasing, wau, caturcina, silambam, dan sebagainya. 2. Permainan ini biasanya dimainkan secara kumpulan dan memerlukan sikap bekerjasama dan saling membantu. 3. Seni lukisan tanah air juga perlulah kita jaga kerana hasil-hasil lukisan ini memaparkan cara hidup rakyat yang berbilang bangsa, budaya, dan agama. Seni Bina, Seni Ukir, dan Kraf Tangan 1. Masyarakat Malaysia juga kaya dengan seni ukir dan kraftangan, Kebanyakan seni ukir ini bermotifkan alam semula jadi. 2. Hasil seni ukir ini dapat kita lihat di rumah tradisional masyarakat Melayu, di kepala perahu, dan di hulu keris. 3. Bagi masyarakat Cina, seni ukiran berbentuk naga akan diukir di tokong. Masyarakat Cina juga amat popular dengan seni kaligrafi. 4. Seni bina di negara kita perlu dipelihara. Contoh seni bina negara yang perlu dipelihara termasuklah rumah-rumah tradisional, istana lama, tempat-tempat ibadat dan sebagainya. 5. Hasil seni kraf tangan masyarakat Malaysia juga perlu dikekaikan kerana keunikannya. 6. Antara hasil kraftangan tersebut termasuklah tenunan, anyaman, barangan seramik, dan lukisan batik. 7. Anyaman biasanya dibuat daripada rotan, buluh, daun mengkuang, dan daun nipah. Antara hasil anyaman termasuklah bakul, tikar, tudung saji, dan sebagainya. 8. Barang-barang seramik pula dibuat daripada tanah liat. Tanah liat ini akan dijadikan patung, pasu bunga, atau tempayan. 9. Hasil ukiran daripada tanah liat paling popular di Sabah dan Sarawak. Ukiran berbentuk bunga, atau burung akan dihasilkan pada pasu bunga atau pada tempayan. 10. Bagi masyarakat India, satu hasil seni yang paling unik adalah seni menghasilkan kolam, Kolam ini dibuat daripada beras yang berwarna-warni. Kolam ini akan dihias di hadapan pintu masuk rumah sempena sambutan Deepavali.
  6. 6. [6] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com 6. SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA Tarikh PatutSiap: 02.07.2012 Sistem Demokrasi Berparlimendi Malaysia 1. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimendenganrajaberperlembagaan. 2. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalahKetuaNegara. 3. Manakala Perdana Menteri ialah ketua kerajaan. 4. Kerajaan demokrasi berparlimen bermaksud permerin-tahanyangdijalankansecaraperwakilan. 5. Melalui amalan demokrasi, rakyat diberikan kebebasan menuntut hak-hak sebagai rakyat negara ini denganadil dansaksama. 6. Antaranya termasuklah hak untuk memilih pentadbir negara yang dilaksanakan melalui proses pilihanraya. 7. Rakyat berhak memberikan kuasa kepada kerajaan dan mandat kepada wakil-wakil yang dipilih dalamsetiappilihanrayauntukmentadbirkannegara. PilihanRaya 1. Pilihan raya adalah suatu cara memilih wakil ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri melalui undi. 2. Pada umumnya pilihan raya diadakan setiap limatahunsekali. 3. Pilihan raya bukan sahaja penting dari segi amalan demokrasi, tetapi juga penting dalam menentukankerajaanyangmemerintah. 4. Pelaksanaan pilihan raya melibatkan tiga pihak,iaitu:- (a) SuruhanjayaPilihanRaya; (b) Pengundi; (c) Calon. 5. Warganegara yang layak mengundi ialah yang berumur21 tahunke atas. 6. Calon yang memenangi pilihan raya akan mewakili ka-wasannya di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri bagi suatu tempoh yang tidak melebihi limatahun. Parlimen 1. Parlimen adalah badan yang menggubal undang-undangdi peringkatpersekutuan. 2. Parlimen terdiri daripada tiga komponen utama,iaitu:- (a) Yang di-PertuanAgong; (b) DewanRakyat; (c) DewanNegara. 3. PerananParlimentermasuklah: (a) meluluskan undang-undang persekutuan; (b) membuat pindaan kepada undang- undangpersekutuanyangada; (c) memeriksadasar-dasarkerajaan; (d) meluluskanperbelanjaankerajaan; (e) meluluskan hasil-hasil cukai yang baru. Dewan Undangan Negeri 1. Anggota Dewan Undangan Negeri dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. 2. Parti politik yang memperoleh jumlah majoriti kerusi di Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya akan diberi kuasamembentukkerajaannegeri. 3. Menteri Besar atau Ketua Menteri akan dilantik daripada ketua parti yang memenangi pilihan raya olehRajaatau Yang DipertuaNegeri. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi Penamaan calon dijalankan Parti atau calon menyiapkan manifesto Kempen pilihan raya dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya memberitahu tempat mengundi dan tempat pengiraan undi Pada hari mengundi... pengundi mengundi di tempat yang ditetapkan; pengundi diberikertasundi; pengundi memilihcalonpadakertasundi; kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi. Kertas undi dikira di tempat pengiraan undi. Pegawai pilihan raya mengumumkan keputusan pilihanraya
  7. 7. [7] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com 7. RAJA BERPERLEMBAGAAN Tarikh PatutSiap: 06.08.2012 Sistem RajaBerperlembagaan 1. Di negara kita, sistem Raja berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 2. Sistem ini telah diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaanpadatahun1957. 3. Dalam sistem Raja Berperlembagaan di negara kita,raja menjadi pemerintahtertinggi negara. 4. Baginda disebut Yang di-Pertuan Agong, manakala timbalannya disebut Timbalan Yang di- PertuanAgong. 5. Kedua-dua jawatan ini disandang dalam tempohlimatahun. 6. Kedua-dua jawatan ini diisi secara bergilir-gilir melalui pemilihan daripada kalangan sembilan raja Melayu yang memerintah sembilan buah negeri Melayu. 7. Dalam melaksanakan pemerintahan negara, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh membuat keputusan secara sendirian. Segala keputusan berkaitan dengan urusan pemerintahan negara dibuat berdasarkan peruntukan Perlembagaan dan nasihat PerdanaMenteri. Majlis Raja-raja 1. Majlis Raja-raja dianggotai oleh semua Sultan Negeri-negeri Melayu, Yang Dipertua bagi Negeri Melaka,PulauPinang,Sabah,danSarawak. 2. Majlis ini bebas daripada badan perundangan persekutuandannegeri. 3. Kebiasaannya Majlis Raja-raja ini bersidang tiga atau empatkali setahun. 4. Dalam sesuatu mesyuarat yang berkaitan dengan dasar negara, Yang di-Pertuan Agong akan diiringi oleh Perdana Menteri manakala raja-raja Melayu akan diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing. 5. Antara tugasMajlisRaja-rajatermasuklah:- (a) memilih dan memecat Yang di-Pertuan Agong serta Timbalan Yang di-Pertuan Agong melalui pengundian; (b) menimbangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar negara, contohnya perubahan dalamdasar imigresen; (c) menyetujui atau tidak menyetujui sebarang perkara yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu sertaagama Islam; (d) menyetujui atau tidak menyetujui sebarang undang-undang yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuannya. Misalnya yang berkaitan denganpersempadanansemulanegeri. 6. Majlis Raja-raja mempunyai setiausaha yang dikenal sebagai PenyimpanMohorBesarRaja-raja. 7. Perlantikannya dilakukan sendiri oleh Majlis Raja-raja. 8. Setiausaha Majlis Raja-raja merupakan jurucakap rasmi yang mengumumkan sebarang keputusanyangdiambil olehMajlisRaja-raja. 9. Antara tugas Penyimpan Mohor Besar Raja- raja adalah membuat pengumuman tarikh permulaan puasa dantarikhhari raya. Peranan dan Bidang Kuasa Yang di- PertuanAgong Peranan MelantikPerdanaMenteri Melantik dan melucutkan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri atas nasihat Perdana Menteri Mengampunkan, meringankan, dan menang- guhkan hukuman atas nasihat Jemaah PengampunanNegara. Memelihara keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak seperti termaktubdalamperlembagaan Memanggil, menangguh-kan, dan membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri Melantik Ketua Hakim dan semua hakim Memperkenankan undang-undang yang diluluskanolehParlimen Menganugerahkan gelaran dan bintang kebesaran Bidang Kuasa KetuaNegara PanglimaTertinggi AngkatanTentera Ketua Agama Islam bagi negeri yang tidak bersultanatauberaja
  8. 8. [8] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com 8. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA DALAM KERAJAAN DEMOKRASI Tarikh PatutSiap: 24.08.2012 1. Kewarganegaraan ialah sesuatu yang amat berharga. Tanpa kewarganegaraan, kita akan kehilanganhakdanpelbagai keistimewaantertentu. 2. Sebagai warganegara, kedaulatan dan keluhuran perlembagaan negara haruslah kita pertahankan. Mengundi Setiap warganegara bertanggungjawab mengundi bagi memilih pemimpin untuk menentukan corak pemerintahannegarapadamasahadapan Namun, warganegara yang bertanggungjawab akan memilih pemimpin yang betul-betul berwibawa untukmemerintahnegara. Melibatkan Diri dalam Rancangan Kerajaan Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk menjayakan segala rancangan yang diatur oleh kerajaan. Antara kempen-kempen yang perlu kita sokong termasuklah kempen antimerokok, kempen membaca, kempen keseiamatan di jalan raya dan sebagainya. MemberikanPendapat melalui Saluranyang Betul Dalam negara demokrasi, rakyat diberi kebebasanmemberikanpendapat. Namun warganegara yang bertanggungjawab tidak akan menyatakan apa-apa sahaja sesuka hati yang boleh menyentuh isu-isu sensitif yang dapat mengganggugugatketenteramanawam. Berikan pendapat anda melalui saluran yang betul dan dengan cara yang betul demi kesejahteraan rakyat dannegara. MenjagaNama Baik Negara Sebagai warganegara kita perlulah mengawai setiap tindakan, baik dari segi perkataan mahupun perlakuan. Tingkah laku bersopan dan beradab hendaklah kita amalkan kerana amalan yang buruk akan memalukanbangsadannegara. MenjagaKeamanan Menjaga keseiamatan dan keamanan negara bukan hanya tanggungjawab anggota pasukan keseiamatan, bahkan tanggungjawab semua rakyat Malaysia. Janganlah kita melakukan rusuhan atau membuat hasutan yang boleh mengganggu keamanan negara. Amalan BerterimaKasih Rakyat seharusnya berterima kasih kepada kerajaan atas daya usaha membangunkan negara denganpelbagai kemudahandanperkhidmatan. Oleh itu bersyukurlah dengan kemudahan yang diberikandanjagalahkemudahandenganbaik Antara kemudahan yang disediakan kerajaan termasuklah:- - kemudahanpendidikan - kemudahan kesihatan seperti hospital dan sebagainya
  9. 9. [9] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com 9. KESTABILAN DAN KEBERKESANAN JENTERA PENTADBIRAN NEGARA Tarikh PatutSiap:04.10.2012 Peranan Jentera Pentadbiran Kerajaan 1. Kestabilan dan keberkesanan jentera pentadbiran negara memerlukan kepemimpinan yang berwawasandankerajaanyangtelusdanamanah. 2. Jentera pentadbiran negara dipimpin oleh Perdana Menteri. Beliau mentadbirkan negara dengan bantuan Jemaah Menteri atau Kabinet yang terdiri daripadabeberapaorangMenteri. 3. Jentera pentadbiran negara terlibat dalam perancangan dan penetapan dasar kerajaan. 4. Kestabilan dan keberkesanan jentera pentadbiran negara terletak pada kebijaksanaan PerdanaMenteri sertaanggotaeksekutif yangterlibat. 5. Perdana Menteri dan jentera pentadbiran yang lain perlu mempunyai wawasan dalam usaha memperbaikimutuperkhidmatanawam. 6. Jentera pentadbiran negara perlu berpandangan jauh. Sesuatu dasar dan rancangan yang hendak dijalankan haruslah dikaji terlebih dahulu dengan teliti supaya jentera pentadbiran negara lebih bersedia dan berkemampuan untuk menangani sebarang kemungkinan yang timbul pada masa akan datang. Wawasan 2020 1. Wawasan 2020 yang diumumkan oleh Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1991 adalah saiah satu usaha kerajaan yang berwawasan yang mahukan kemajuankepadanegara. 2. Wawasan ini merupakan suatu pandangan jauh yang mendalam untuk menjadikan Malaysia negara industri yang serba maju dan seimbang dari segi sosial, politik, dan ekonomi menjelang tahun 2020. Struktur jentera pentadbiran negara Kerajaanyang Telus dan Amanah 1. Kerajaan memegang amanah rakyat untuk memerintah negara dengan baik. 2. Oleh hal yang demikian, kerajaan perlu senantiasa berusaha memperbaiki kelemahan pentadbiran, pengurusan kewangan, serta membanteras rasuah, penyelewengan, dan penyalahgunaan kuasa di kalangan anggota pentadbiran kerajaan. 3. Maka, selaras dengan itu, kerajaan telah menubuhkan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) dalam usaha mencegah jenayah rasuah. 4. Kesan buruk rasuah bukan saja akan merosakkan pelaku-pelakunya tetapi juga dapat meruntuhkan seluruh sistem pentadbiran negara. 5. Untuk melancarkan jentera pentadbiran negara, setiap kakitangan kerajaan tertakluk pada garis panduan dan akujanji 6. Setiap kakitangan bertanggungjawab memberikan perkhidmatan dengan komitmen yang tinggi dan menghindarkan diri daripada penyelewengan. 7. Di samping itu, ketua-ketua jabatan diminta agar mengenal pasti dan mengatasi isu serta masalah yang dapat membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan. PerdanaMenteri TimbalanPerdanaMenteri Menteri-menteri Timbalan- timbalanMenteri Setiausaha-setiausaha Parlimen Setiausaha-setiausaha Politik KEMAJUANINDUSTRIDANKESEPADUANASPEK KEHIDUPANDALAMWAWASAN2020 Perpaduankaum Peningkatantaraf hidup Kestabilanpolitik Pengukuhansistempentadbiran Peningkatanmaruahbangsadannegara Penghayatandanpenerapansemangat yakindiri Pengukuhannilaimurni
  10. 10. [10] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com 10. BEKERJASAMA DAN BERSATU PADU MENGHADAPI PELBAGAI CABARAN Tarikh PatutSiap:24.09.2012 Pengenalan 1. Selaras dengan usaha negara mencapai status negara maju seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020, maka Malaysia memainkan peranan proaktif dalamkerjasamaserantaudanantarabangsa. 2. Malaysia turut berperanan dalam memberikan sumbangan ke arah mengekalkan keamanandunia. 3. Faktor globalisasi dan pelbagai cabaran pembangunan turut mempengaruhi hala tuju negara kita. 4. Justeru hubungan dua hala yang erat dengan negara maju dan negara membangun terus dijalin dan dikekalkan. 5. Hubungan ini merangkumi kerjasama politik, sosial, dan kebudayaan dengan hubungan ekonomi sebagai terashubunganduahala berkenaan. Malaysiadan ASEAN 1. Malaysia sudah lama menjalinkan hubungan diplomatikdengannegara-negarajiran. 2. Tujuan utama hubungan tersebut adalah untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan bersama. 3. Menyedari akan kepentingan hubungan yang rapat dengan negara-negara jiran, Malaysia kemudiannyamenyertaiASEAN padatahun1967. 4. Tujuan utama penubuhan ASEAN adalah untuk menggalakkan kerjasama serantau dalam bidangpolitik,ekonomi,sosial,dankebudayaan. Malaysiadan KeamananDunia 1. Malaysia senantiasa menyokong usaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam mengekalkankeamanandankeharmoniandunia. 2. Malaysia mengamalkan dasar berkecuali, iaitu berbaik dengan semua negara tanpa mengira ideologi atau fahamanpolitik. 3. Hubungan baik yang dijalin dengan negara- negara lain dapat menjamin keamanan sejagat dan kesejahteraanbersama. 4. Antara sumbangan Malaysia dalam usaha memeliharakeamananduniatermasuklah: (a) menjadi anggota PBB dan berperanan dalam PBB mengutuk pencerobohan kuasa besarterhadapnegarakecil yangberdaulat; (b) menyuarakan bantahan terhadap perbuatan puak Serb terhadap rakyat Bosnia dalamPerhimpunanAgungPBB; (c) menghantar anggota tentera membantu PBB dalam misi keamanan di Congo, Kampuchea, Namibia, dan Bosnia- Herzegovina; (d) menyarankan agar segala konflik diselesaikan di meja rundingan bukannya melalui peperangan. Bentuk Kerjasama di kalangan Negara-negara Anggota ASEAN mewujudkansuatukawasanyangaman,bebas,danberkecuali. mengamalkandasarberkecualidanmewujudkanpersahabatandengansemuanegara tanpa mengiraideologi. menggalakkanpelancongdari seluruhduniamelawatke negara-negaraanggotamelalui projekpelancongan membenarkanwarganegaraASEAN melawatke negara-negaraASEAN tanpavisa. menubuhkansebuahpusatserantauuntukilmusainsdanmatematik(RECSAM) di Gelugur,PulauPinang. melaksanakanprojekperindustriansecarausahasamaantaranegara anggotaASEAN.