Nota PSK

8
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK Aktiviti pembelajaran yang menggunakan kaedah pemuatan murid di mana guru memberikan atu tajuk!maalahuntuk dibin"angkan #leh murid$ PROJEK B%K% SKRAP Definisi himpunan maklumat/foto/akhbar/bahan ICT/bahan bercetak/bahan dariinternet yang terbaik dan dikumpulkan dalam tempoh masa tertentu mengenaisesuatutopik dalam bentuk yang sistematik . Objektif Pembelajaran Dapat mengumpul maklumat untuk membina konsep Dapat mengukuhkan konsep sesuatu topik Penilaian Dapat mengumpul dan merekod data penyiasatan Dapat menerapkan nilai murnidan sikap saintifik Format Penyediaan uku !krap ". kulit # tajuk$ nama kumpulan dan ahli$ kelas % &.kandungan dan muka surat '.isi # keratan akhbar$ majalah %$ ulasan ( penerangan ). penutup$ kesimpulan Projek uku !krap *engikut Tahun Tahun ) + !ayangi Diri$ !ayangi ,eluarga Tahun - + idup bersama di sekolah masyarakat$ ,enali budaya *alaysia Tahun 0 + *alaysia 1egaraku$ !edia adapi Cabaran PROJEK S%&%' PEMBELAJARAN Faktor Penyediaan !udut Pembelajaran - 2uang$ perabot$ bilangan murid$ keperluan 3angkah& Penyediaan !udut Pembelajaran ". Perbincangan dengan guru kelas &. !ediakan senarai semak keperluan bahan dan senarai tugas '. Penerangan penggunaan sudut pembelaja ). *enjalankan akti4iti penyediaan sudut pembelajaran bersama5sama dengan mur pelan lantai bilik darjah PROJEK PERSEMBA(AN B%&A)A * BROS%R Projek Persembahan udaya - Tarian + 6apin$ gambus$ inai - Drama + 7ayang kulit$ makyong - *u6ik + gamelan$ rebana$ gong - !eni !uara + na6am$ marhaban$ nasyid rosur 2isalah yang memberikan maklumatatau keterangan ringkas tentang sesuatu. PROJEK POR'+OL,O &AN PEMEN'ASAN Definisi Portfolio - koleksi hasil kerja pelajar yang gambaran tentang usaha pelajar dan pencapaiannya dalam bidang tertentu. ,oleksi termasuk penglibatan pelajar pemilihan bahan kandungan$ garis pemilihan$ kriteria dan bukti refleksi kendiri pelajar. Proses Pembelajaran Portfolio - kolaboratif - interaktif melalui kerjasama - fleksibel melalui rundingan - pemindahan maklumat berperingkat 8enis Pembelajaran Portfolio

description

no ta untuk kegunaan pelajar ipg

Transcript of Nota PSK

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Aktiviti pembelajaran yang menggunakan kaedah pemusatan murid di mana guru memberikan satu tajuk/masalah untuk dibincangkan oleh murid.

PROJEK BUKU SKRAP

Definisi himpunan maklumat/foto/akhbar/bahan ICT/bahan bercetak/bahan dari internet yang terbaik dan dikumpulkan dalam tempoh masa tertentu mengenai sesuatu topik dalam bentuk yang sistematik .Objektif Pembelajaran Dapat mengumpul maklumat untuk membina konsep Dapat mengukuhkan konsep sesuatu topik Penilaian Dapat mengumpul dan merekod data penyiasatan

Dapat menerapkan nilai murni dan sikap saintifik Format Penyediaan Buku Skrap1. kulit ( tajuk, nama kumpulan dan ahli, kelas )2.kandungan dan muka surat

3.isi ( keratan akhbar, majalah ), ulasan @ penerangan

4. penutup, kesimpulan

Projek Buku Skrap Mengikut TahunTahun 4 Sayangi Diri, Sayangi Keluarga

Tahun 5 Hidup bersama di sekolah & masyarakat, Kenali budaya Malaysia

Tahun 6 Malaysia Negaraku, Sedia Hadapi Cabaran

PROJEK SUDUT PEMBELAJARANFaktor Penyediaan Sudut Pembelajaran Ruang, perabot, bilangan murid, keperluan

Langkah2 Penyediaan Sudut Pembelajaran1. Perbincangan dengan guru kelas

2. Sediakan senarai semak keperluan bahan dan senarai tugas

3. Penerangan penggunaan sudut pembelajaran

4. Menjalankan aktiviti penyediaan sudut pembelajaran bersama-sama dengan murid.

pelan lantai bilik darjahPROJEK PERSEMBAHAN BUDAYA & BROSUR

Projek Persembahan Budaya Tarian zapin, gambus, inai

Drama wayang kulit, makyong Muzik gamelan, rebana, gong

Seni Suara nazam, marhaban, nasyidBrosur Risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.

PROJEK PORTFOLIO DAN PEMENTASANDefinisi Portfolio koleksi hasil kerja pelajar yang memberi gambaran tentang usaha pelajar dan pencapaiannya dalam bidang tertentu. Koleksi termasuk penglibatan pelajar dalam pemilihan bahan kandungan, garis panduan pemilihan, kriteria dan bukti refleksi kendiri pelajar.

Proses Pembelajaran Portfolio kolaboratif

interaktif melalui kerjasama

fleksibel melalui rundingan

pemindahan maklumat berperingkat

Jenis Pembelajaran Portfolio P. Kerja Harian

P. Hasil terbaik (hasil kerja harian)

P. Dokumentari

Kegunaan Portfolio Guru penilaian holistik, menilai bidang afektif, memantau perkembangan murid Galakkan murid pantau perkembangan sendiri

PROJEK PEMENTASANDefinisi PROJEK : rancangan atau usaha untuk membangunkan sesuatu . PEMENTASAN: perbuatan atau hal mementaskan (sandiwara dll) Unsur dalam Pementasan Jalan cerita/peristiwa, pelaku, dialog, latar

Jalan cerita/ peristiwa Rangkaian peristiwa yang dijalin untuk menggerakkan jalan cerita. Jenis-jenis jalan cerita: Jalan cerita maju: disusun berdasarkan urutan waktu (naratif) dan urutan peristiwa (kronologis) Jalan cerita mundur: menggembalikan cerita ke masa atau waktu sebelumnya Jalan cerita campuran (flashback): gabungan antara jalan cerita maju dan mundur.Pembahagian jalan cerita : Tahap pengenalan: memperkenal pelakon, situasi, latar, waktu dan sebagainya Tahap peristiwa: berjalan satu persitiwa sebagai penggerak cerita Tahap muncul konflik: muncul permasalahan yang menimbulkan pertentangan dan ketegangan antara watak Tahap konflik memuncak: tahap permasalahan/ketegangan berada pada titik paling atas (puncak) Tahap penyelesaian: tahap permasalahan mulai ada penyelesaian (jalan keluar) menuju ke akhir ceritaPelaku Pelaku merupakan watak-watak yang memainkan peranan dalam pementasan drama. Terbahagi kepada tiga jenis: Protagonis Antagonis Tritagonis Dialog Dialog adalah segala ucapan dari pelaku/pelakon dalam teater. Percakapan atau dialog harus memenuhi dua syarat berikut: Dialog seiring dengan perlakuan yang dilakonkan. Dialog yang diucapkan di atas pentas lebih tajam dan tertib daripada percakapan harianLatar Latar adalah tempat, suasana, ruang, dan waktu terjadinya cerita dalam pementasan drama. Latar pada pementasan drama meliputi latar tempat, latar waktu dan latar suasana (budaya). Latar tempat: penggambaran tempat kejadian. Contoh: di rumah, di sekolah Latar waktu: penggambaran waktu kejadian. Contoh: pagi, petang Isnin bertarikh 17 Ogos 2012 Latar suasana (budaya): penggambaran budaya yang melatari sesuatu adegan atau peristiwa. Contoh: masyarakat Melayu, masyarakat Cina. PROJEK KECERIAAN

*tak lengkap - KIVProjek Keceriaan

Strategi Pelaksanaan

Perancangan

1. Mengenal pasti dan memilih tajuk projek 2. Menentukan objektif , jenis aktiviti dan tempoh masa 3. Mengenal pasti sumber dan pihak yang terlibat 4. Pembahagian tugas 5. Penentuan cara mengumpul maklumat 6. Penentuan cara merekod projek Penentuan cara mengumpulkan maklumat Mengenal pasti prosedur menjalankan projek Menyediakan surat atau dokumen berkaitan.Penentuan cara merekod projek Minit mesyuarat dan laporan perbincangan Diari aktiviti yang telah dijalankan Surat akuan Gambar rakaman Pembahagian tugas Melantik ahli jawatankuasa Menyediakan surat Mencari maklumat Menyediakan bahan atau sumber berkaitan Kerja Amali Melaksanakan projek Merekod/mencatat tugas yang dijalankan Mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas Melaksanakan projek

Menjalankan kerja amali Menyediakan bahan atau peralatan yang diperlukan untuk menjalankan tugas. Menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Bekerjasama dengan ahli kumpulan atau kumpulan lain untuk memastikan kerja amali berjalan lancar.Menamatkan kerja amali

Menyimpan atau memulangkan semua bahan atau peralatan yang digunakan Mengemas dan membersihkan kawasan Merekod atau mencatat tugas Catatan kerja amali Tarikh dan masa Jenis tugasan Pengagihan tugas kepada ahli kumpulan Gambar semasa persediaan dan pelaksanaan Langkah melaksanakan tugas surat akuan telah menjalan projek Mengambil tindakan masalah yang timbul

Perlu diselesaikan dengan segera Mencatat kesulitan dan masalah yang dihadapi serta langkah yang diambil untuk mengatasinyaRefleksi

Menilai kerja yang telah dijalankan berdasarkan senarai semak Menyusun dan menyemak dokumen dan catatan Membuat kesimpulan Membuat kesimpulan

Sumbangan kepada masyarakat dan negara Sambutan pihak yang terlibat Faedah kepada murid, masyarakat dan negara Pandangan dan perasaan murid Cadangan untuk meningkatkan.PROJEK KEMPEN KESEDARAN Penganjuran satu program bertujuan memberikan informasi serta maklumat tentang keperihalan sesuatu perkara.

Contoh kempen : Kempen Tak Nak Merokok

Kempen Kesedaran Alam Sekitar

Kempen Anti Dadah

Kempen Kitar Semula

Kempen Sifar PontengPROJEK KECERIAANKriteria Keceriaan SekolahSuasana fizikal sekolah dan bilik darjah

Kelas

Bilik darjah diatur kemas

Saiz yang besar, ruang yang cukup untuk bergerakSekolah

Persekitaran bersih dan kemas

Kawasan yang ceria ( landskap )

Kepentingan Wujudkan rasa tenang, tenteram

Tingkatkan motivasi murid dan guru untuk belajar

Kurangkan masalah ponteng dan disiplin

Wujud budaya menjaga kebersihan dan keceriaan

PROJEK PAMERANDefinisi pameran Pameran adalah kegiatan mempamerkan hasil kerja yang telah siap dibina sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam proses pembinaannya. Tujuan pameran Galakkan percambahan idea Perkenalkan hasil penemuan baharu & barangan atau perkhidmatan baharu bbm yg diubahsuaiProses pengendalian1. Menubuhkan panitia kelas bagi kegiatan pameran. 2. Membuat kertas kerja berkenaan dengan pameran. 3. Membahagikan tugas dalam persiapan untuk melakukan pameran. 4. Menyiapkan atau membuat karya/bahan untuk pameran .5. Membuat penataan ruangan, gambar, teknik pemasangan, pembukaan dan penutupan. Pemilihan tempat Kondusif, mesra pengguna, aspek pencahayaan yang baik. Strategik, kapasiti bahan pameran, peruntukan kewangan, susunan bahan.

Susunan bahan pameran Maklumat, pengkhususan, menarik & sistematik, mudah

Pemilihan bahan Tahan lama, bermutu, terbaik, terbaharu, menepati tema.Jenis-jenis pameran1. Pameran Tetap (Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan tempat) 2. Pameran Semetara (Pemeran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu tempoh masa yang ditetapkan) 3. Pameran Keliling (Pameran yang dijalankan secara mengelilingi sesuatu tempat tanpa mengira waktu yang tetap) KAJIAN KES

Cerita yang digunakan sebagai bahan pengajaran yang menggarapkan pengaplikasian teori atau konsep terhadap situasi sebenar yang berlaku

Ciri-ciri kajian kes cerita yang baik, terkini, ada dialog, mewujudkan empati terhadap watak utama, relevan kepada pembaca, memenuhi fungsi pengajaran bersifat umum Objektif kajian kes untuk memindahkan tanggungjawab belajar daripada guru, kepada pelajar (penyerapan pasif ke arah pembangunan aktif). Melahirkan individu yang peka terhadap keadaan persekitaran. melahirkan pelajar yang mampu menyelesaikan masalah yang rumit dengan mengenal pasti dan menganalisa faktor-faktor penting, mampu mencambahkan idea, menyelaraskan idea dengan fakta sebenar dan menggabungkan idea tersebut secara kreatif. membantu pelajar menghadapi masalah yang timbul dalam situasi dan krisis dunia yang sebenar dengan fakta kes yang digarap berdasarkan simulasi keadaan sebenar (contohnya situasi bilik kuliah, dewan, mahkamah atau hospital). mengasah tahap profesionalisme pelajar melalui cabaran, keperitan dan pengalaman sebenar dan liputan dari dapatan kajian orang lain. Menghubung kait kemahiran, ilmu dan nilai pelajar. Kelemahan kajian kes Masa yang diambil terlalu lama. Tidak sesuai untuk pelajar yang lemah. Biasanya kajian kes ini berada pada aras tinggi. Kes kadang kala terlalu kompleks. Kategori Kes Masalah/Keputusan (Problem/Decision). Penilaian (Appraisal). Sejarah (Case Histories). Catatan Industri (Industry Notes). Kes Bersiri/Berkelompok (Series Cases).PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Matlamat khidmat masyarakat Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri individu terhadap komuniti yang ada di persekitaran. Memupuk serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri setiap individu. Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahiran kepada masyarakat dan negara . Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain. Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideology. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Tumpuan projek khidmat msyarakat Projek membersihkan kawasan sekolah; Projek mengindahkan kawasan sekolah; Projek membersihkan kawasan rekreasi; Projek membersihkan tanah perkuburan; Projek membersihkan Balai Raya kampong; Projek khidmat masyarakat di rumah anak yatim; Projek khidmat masyarakat di rumah orang-orang tua; Projek khidmat masyarakat sama ada di peringkat sekolah, kampung, bandar dan nasionalProses pelaksanaan projek khidmat masyarakat1. Perancangan

Mengenal pasti dan memilih tajuk atau projek khidmat masyarakat yang akan dilaksanakan. Mengenal pasti matlamat, tujuan, dan objektif yang jelas agar tidak berlaku pembaziran dari segi tenaga, wang ringgit dan masa. Mengenal pasti sumber-sumber lain yang boleh membantu pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat serta sumbangan. Mengatur dan memperincikan pelaksanaan mesyuarat ahli jawatankuasa yang terlibat dan pembahagian tugas mengikut kemahiran dan kebolehan individu. Menyediakan senarai semak tugasan dan peralatan yang perlu untuk melicinkan perjalanan aktiviti khidmat masyarakat. Menentukan cara pengumpulan maklumat dan pendokumentasian sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan. Menentukan cara merekodkan pelaksanaan projek khidmat masyarakat bagi tujuan pelaporan dan pendokumentasian. Menentukan sumber kewangan bagi pelaksanaan projek. 2. Pelaksanaan / aktiviti

Adakan taklimat ringkas atau pemakluman kepada semua ahli tentang tugas, peranan dan matlamat aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan. Melaksanakan aktiviti secara co-current dan setiap ahli perlu patuh pada penjadualan tugasan yang telah diagihkan semasa perancangan. Merekodkan setiap kerja khidmat masyarakat untuk dijadikan bahan dokumentasi ataupun bukti. Segera mengambil tindakan penyelesaian masalah sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan dan perancangan. Laksana aktiviti mengikut jadual dan tepati masa ynag telah diatur.

3. Refleksi Penting untuk memastikan setiap aktiviti yang telah dilaksanakan mencapai objektif atau matlamat yang ditetapkan. (post-mortem) Sebagai kayu ukur untuk melaksanakan sesuatu projek khidmat masyarakat pada masa akan datang. kepentingan refleksi : Menilai secara terperinci setiap aktiviti yang telah dijalankan daripada mula hinggalah ke akhir sesuatu projek. Meneliti perkara-perkara yang difikirkan baik dan boleh dijadikan sebagai pedoman serta perkara-perakara buruk yang perlu diperbaiki untuk aktiviti atau projek pada masa akan datang Menyusun dan menyemak dokumen serta catatan yang telah dibuat semasa pelaksanaan aktiviti. Meneliti serta menilai kembali kewibawaan dan keupayaan setiap ahli semasa menjalankan projek. Menulis jurnal refleksi peribadi. 4. Laporan

Laporan ialah suatu bentuk penulisan secara formal untuk dijadikan bahan bukti tentang sesuatu pelaksanaan aktiviti yang telah dijalankan. Laporan penting untuk dijadikan panduan kepada orang lain bagi tujuan yang sama melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat. Di dalam laporan akan dinyatakan perkara-perkara berkaitan dengan kewangan, aktiviti, masa, mereka yang terlibat, pencapaian dan cadangan atau komen untuk dikongsi kepada mereka atau kumpulan lain untuk melaksanakan projek khidmat masyarakat pada masa akan datang.Format laporan

Tema Nama projek Tarikh / tempoh pelaksanaan projek Ahli kumpulan projek Sumber personel lain yang terlibat Organisasi yang terlibat Matlamat dan objektif projek Pelaksanaan projek

Perancangan Pelaksanaan aktiviti

Refleksi Cadangan / komen Penghargaan. Implikasi Khidmat Masyarakat kepada individu mewujudkan rasa persefahaman dan pengukuhan jati diri di dalam sesuatu kumpulan.

Aktiviti yang dilaksanakan secara bersama dalam sebuah komuniti berbilang kaum akan memberikan impak toleransi dan ikatan perpaduan yang lebih utuh. Mewujudkan rasa bertimbang rasa dan menyayangi orang lain khususnya yang kurang upaya serta warga tua. Mewujdkan rasa kejiranan dan persefahaman yang lebih dalam kalangan masyarakat di sesuatu kawasan kejiranan. Melahirkan warganegara yang berjiwa besar, patriotik dan sayang akan negara.PROJEK BENCANA ALAMDefinisiBencana alam adalah kesan kejadian aktiviti semula jadi dan aktiviti manusia

Projek bencana alam dapat membantu mengurangkan masalah yang timbul bagi mengurangkan beban mangsa.

Prosedur1. kaji situasi bencana

2. rancang

3. jalankan projek

4. refleksi

Bentuk projek Bantuan kewangan, gotong-royong, bantuan perubatan, kaunseling

Kategori bencana alam Banjir, tanah runtuh, gempa bumi, kemarau, ribut, jerebu

Kebaikan Kurang beban mangsa Tingkatkan kesedaran masyarakat

Bersyukur

Tingkatkan semangat cinta akan alam sekitarPROJEK LAWATAN SAMBIL BELAJARDefinisi Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang dipelajari dalam situasi sebenar. Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah. Ciri penting projek lawatan Meningkatkan pemahaman sesuatu konsep melalui pengalaman secara langsung . Menggalakkan penggunaan pelbagai deria yang membawa kesan kepada pembelajaran yang baik. Memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku. Menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman luar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan di sekolah. Menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih menyeronokkan kerana perbincangan bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat. Memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara yang diajar Kebaikan lawatan sambil belajar1. membolehkan guru menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar.2. Pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Pengetahuan yang diperolehi lebih kekal lama kerana pelajar menggunakan pelbagai deria untuk mendapatkan maklumat.3. Memberikan pengalaman kepada pelajar.4. Memberi semangat kepada pelajar untuk belajar dengan lebih rajin.