Nota ringkas budaya

20
Created: N.I.A_2012-liya 1 EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Tajuk 1 – Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia 1.1 Definisi: Budaya :- cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu Budhi(Sanskrit)-kecergasan fikiran dan akal Daya(Melayu)-kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Nik Safiah Hj Abdul Karim : tenaga, fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa. Kamus Dewan, 2005 : Kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Merupakan satu cara hidup yg diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Mohd Taib Osman, 1988 : Satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yg dpt memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dpt menyesuaikannya dgn keadaan sekeliling Dr segi bahasa-Budaya ialah Cara hidup Istilah : Satu cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir Apa jua aktiviti yang terdapat dalam persekitaran :Kesenian, Sains, Barangan, Kepercayaan, Makanan, Nilai, Pakaian, Sikap, Pertuturan bahasa, Gaya hidup, Persepsi, Tulisan 1.2 Unsur-unsur kebudayaan Peralatan dan kelengkapan Sistem ekonomi Sistem kemasyarakatan Bahasa Kesenian Pengetahuan Agama Kerajaan 1.3 Pembahagian Budaya Budaya kebendaan : Peralatan dan kelengkapan hidup Apa yang diperlukan dalam kehidupan Berbeza mengikut bangsa Contoh : rumah, kereta, pakaian, makanan, teknologi Budaya bukan kebendaan : Kepercayaan Adat istiadat Undang-undang 1.4 Peranan Pembentukan Budaya Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti yang melibatkan unsur

Transcript of Nota ringkas budaya

Page 1: Nota ringkas budaya

Created: N.I.A_2012-liya

1

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Tajuk 1 – Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia 1.1 Definisi: Budaya :-

• cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu • Budhi(Sanskrit)-kecergasan fikiran dan akal • Daya(Melayu)-kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. • Nik Safiah Hj Abdul Karim : tenaga, fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa. • Kamus Dewan, 2005 : Kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya.

Merupakan satu cara hidup yg diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

• Mohd Taib Osman, 1988 : Satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yg dpt memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dpt menyesuaikannya dgn keadaan sekeliling

• Dr segi bahasa-Budaya ialah Cara hidup • Istilah : Satu cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan

tabiat berfikir • Apa jua aktiviti yang terdapat dalam persekitaran :Kesenian, Sains, Barangan, Kepercayaan,

Makanan, Nilai, Pakaian, Sikap, Pertuturan bahasa, Gaya hidup, Persepsi, Tulisan

1.2 Unsur-unsur kebudayaan • Peralatan dan kelengkapan • Sistem ekonomi • Sistem kemasyarakatan • Bahasa • Kesenian • Pengetahuan • Agama • Kerajaan

1.3 Pembahagian Budaya

• Budaya kebendaan : – Peralatan dan kelengkapan hidup – Apa yang diperlukan dalam kehidupan – Berbeza mengikut bangsa – Contoh : rumah, kereta, pakaian, makanan, teknologi

• Budaya bukan kebendaan : – Kepercayaan – Adat istiadat – Undang-undang

1.4 Peranan Pembentukan Budaya

• Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti yang melibatkan unsur

Page 2: Nota ringkas budaya

Created: N.I.A_2012-liya

2

– Norma : peraturan sosial yang khusus yang menetapkan perangai yang sesuai – Nilai : idea-idea yang perlu, betul dan baik yang dikongi bersama – Simbol : mewakili objek, subjek dan makna – Bahasa : sistem sosial berstruktur berdasarkan corak berbunyi yang mempunyai

makna khusus – Pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian,

kemanusiaan, spiritual dan mental. 1.5 Ciri-ciri Budaya

• Dipelajari • Dikongsi • Bersifat sejagat • Diwarisi • Berubah-ubah • Mempunyai unsur simbolik • Mempunyai pandangan semesta • Diwarisi dari generasi ke generasi • Berlaku perubahan tetapi tidak ketara • Berlaku dalam keadaan sosialisasi • Mempunyai kuasa moral yang menimbulkan kesefahaman dalam masyarakat (normatif)

1.5 Kategori Pola Budaya

• Wajib-tiada pilihan perlu patuh kpd pola yg sedia ada. • Preferred-lebih digemari iaitu ada beberapa pilihan ttp satu dpdnya lebih digemari. • Tipikal-tiada satu pun yg digemari ttp satu dpdnya lebih kerap dilakukan. • Alternatif-ada beberapa cara melakukannya tanpa ada sesuatu yg digemari. • Terhad-cara melaksanakan sesuatu itu dibenarkan ttp utk org2 tertentu shj.

1.6 Kelompok-dua individu atau lebih, berinteraksi, saling bergantung dan bergabung utk mencapai

sasaran tertentu a. Klasifikasi: Kelompok Tugas: bersama2 menyelesaikan sesuatu tugas/kerja. Kelompok Kepentingan-individu yg bekerjaama utk mencapai sasaran khusus yg diperhatikan Kelompok Persahabatan-yg ditetapkan secara bersama-sama kerana memiliki satu atau lebih sifat yg sama. b. Tujuan

i. Keamanan – berasa lebih kuat, rtidak ragu2, lebih menentang pd halangan. ii. Status – diri boleh dipandang penting jika mengambil bhg dlm setiap aktiviti klompok. iii. Harga diri – perasaan dihargai oleh anggota klompok. iv. Afilisasi – dpt memenuhi keperluan social, menikmati interaksi terus-menerus. v. Kekuatan – memperolehi kekuatan dlm anggota klompok melalui kerjasama. vi. Pencapaian tujuan – berkepentingan bersama, berpengetahuan atau kekuatan utk

mencapai sesuatu pekerjaan.

Page 3: Nota ringkas budaya

Created: N.I.A_2012-liya

3

1.7 Demografi Def: Kajian saintifik dan statistikal tentang fertiliti (kelahiran), mortaliti (kematian), perkahwinan serta migrasi dan bagaimana komponen ini berubah mengikut masa serta mempengaruhi saiz dan taburan kependudukan manusia.

1.8 Demografi Kelompok di Malaysia • Terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama • Kaum Melayu merupakan etnik terbesar (orang yang berbudaya Melayu, bertutur dalam bahasa

Melayu dan beragama Islam) • Bumiputera dianggap kaum asal Malaysia, yang merangkumi pelbagai kaum (Melayu, Dayak, Iban,

Kadazan, Kadazan Dusun) • Terdiri daripada pelbagai bangsa dan kelompok:

– Melayu (54%) – Cina (25%) – India (7%) – Asli – Sikh – Etnik di Sabah dan Sarawak (melebihi separuh populasi di negeri tersebut)

• Homo-Sapiens-jenis-jenis Ras - :

i. Caucasoid : bibir nipis, kulit putih, mata besar, rambut lurus, tinggi, hidung mancung. ii. Negroid : kaki kurus, rambut kerinting, mata besar, bibir tebal, kulit hitam, tinggi iii. Mongolod : hidung kurang ,mancung, badan kecil, kulit berwarna, mata agak kecil,

rambut lurus @ kerinting iv. Austroloid : kulit kelabu, rambut kerinting, hidung besar, mata besar v. American Indian: hidung sederhana, kulit merah, bentuk muka bersegi, rambut lurus, mata

besar vi.

1.9 Perpaduan dan Integrasi a. Perpaduan: menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. b. Integrasi: mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi terdiri daripada-integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan, politik c. Segregasi: pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yg lain dlm sesebuah negara. d. Akomodasi: penyesuaian ant etnik Switzerland ialah Negara yg mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka. e. Akulturasi: penerimaan unsur kebudayaan dlm kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yg

Page 4: Nota ringkas budaya

Created: N.I.A_2012-liya

4

berbeza. f. Asimilasi: percantuman dan penyatuan ant kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dgn kebudayaan dan identiti yg sama. Kejayaan asimilasi bergantung kpd kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti. g. Amalgamasi: budaya atau ras bercampur utk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan campur. h. Pluraliti: Masyarakat Majmuk Pluralisme budaya bukan fenomena baru. Interaksi ant pelbagai budaya seperti Arab Islam, Hinduisme, Buddhisme, Eropah (Portugis, Belanda, British) wujud sejak abad ke- 5 Masihi lagi. Tajuk 2 – Kesedaran Kepelbagaian Sosio-Budaya

2.1 Bangsa – • Bermaksud kumpulan manusia yg sama asal usulnya serta serupa sifat-sifatnya. • Ia juga boleh ditakrifkan sebagai perkataan lain bagi kaum.

i. Melayu

Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.

Menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yg berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yg lain, bukan semua orang yg berketurunan dpd nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas.

ii. Cina

Orang Cina Malaysia ialah yg menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa.

Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yg amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakan orang Melayu beragama Islam. Di bawah undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak bukan beragama Islam untuk memeluk agama pasangannya. Kebanyakan orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik.

Page 5: Nota ringkas budaya

Created: N.I.A_2012-liya

5

iii. India

Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yg berketurunan dpd mereka yg berhijrah dari India semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.

Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yg lalu. Kumpulan ini merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda.

Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum terdiri terutamanya daripada orang lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

2.2 Struktur Masyarakat/Kelas Sosial

a. Etnik- satu kelompok yg boleh di kaji hubungan persaudaraan mereka. eg: Melayu, Cina, India, dll

b. Sub Etnik – eg: Jawa, Minang, Bugis, Banjar, dll c. Etnisiti – rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik d. Etnosenterisme – sikap atau kepercayaan bhw kebudayaan sendiri lebih baik dpd kebudayaan

kelompok lain. e. Rasisme – pandangan, pemikiran, kepercayaan negatif sesuatu kelompok terhadap kelompok

lain melihat perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras. f. Prajudis – pandangan negatif terhadap kelompok etnik lain yg tersemat dlm hati. g. Stereotaip – kenyataan umum yg negatif terhdap sesuatu kump etnik h. Masyarakat – komuniti yg saling bergantung ant golongan yg wujud bersama. i. Masyarakat majmuk – kaum yg hidup bercampur ttp mempunyai kehidupan yg berasingan.

i. Ciri-ciri Masyarakat

a. hidup berkelompok b. mempunyai budaya c. sering mengalami perubahan d. saling berinteraksi dgn dalaman dan luaran e. berkepimpinan f. berperaturan social – susun lapis, kelas, status, kasta

ii. Kelas Masyarakat Tradisional

a. Sultan : kelas hierarki tertinggi b. Bangsawan : terdiri dpd kaum keluarga diraja c. Pembesar : pembesar negeri / daerah d. Rakyat : golongan diperintah

iii. Kelas Masyarakat Sekarang

a. Golongan memerintah b. golongan yg diperintah

Page 6: Nota ringkas budaya

Created: N.I.A_2012-liya

6

2.3 Kepercayaan • Bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh

kepercayaan ke atas sesuatu pekara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' atau kepastian terhadap pekara yang berkenaan.

• Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude).

• Dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Dalam konteks ini, kepercayaan dikenali sebagai Akidah ataupun Iman.

i. Agama i. Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib

dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.

ii. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.

iii. Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut: a. Perlakuan- seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara. b. Sikap- seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci

dan bersih terhadap agama. c. Pernyataan- seperti jambi,mantera dan kalimat suci. d. Benda-benda material- yang zahir seperti bangunan. Contohnya masjid, gereja, azimat dan

tangkal

ii. Animismi i. kepercayaan kepada makhluk halus dan roh, merupakan asas kepercayaan agama yang mula-

mula muncul dikalangan manusia primitif purba kala. ii. mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau

batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu.

iii. Semangat Padi i. Kepercayaan semangat padi ini merupakan satu kepercayaan kuno yang diwarisi dari zaman

animisme, kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat yang mengawalnya. ii. Kepercayaan ini terdapat meluas dikalangan kebudayaan yang menanam padi secara turun

temurun dan tidak terhad kepada orang-orang Melayu sahaja. iii. Kepercayaan ini kian terhakis akibat daripada pendalaman akidah Islam dan juga

perkembangan teknologi. Pada masa kini, kepercayaan terhadap semangat padi semakin pudar dan hanya diamalkan oleh golongan tua sahaja.

Page 7: Nota ringkas budaya

Created: N.I.A_2012-liya

7

iv. Pantang Larang

tunjuk ajar dan nasihat kpd anak cucu yg masih mentah dlm kehidupan harian.

tujuan utk mendidik.

disampaikan dgn cara halus.

v. Mentera i. Mentera diambil daripada perkataan sanskrit "mantra" atau "manir" yang merujuk kepada

kata-kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda. ii. Dalam masyarakat Melayu, dikenali sebagai jampi, serapah, atau seru – sejenis pengucapan

yang berentak puisi yang mengandungi unsur sihir dan bertujuan bagi menpengaruhi atau mengawal sesuatu perkara untuk memenuhi kenginan penuturnya.

iii. Mentera dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar-biasa yang membolehkan pembacanya mengawal seseorang atau alam semulajadi.

2.4 Bahasa

sistem komunikasi yg menggunakan bunyi, simbol dgn pengertian yg digunakan dgn sewenanag-wenang.

alat menyalurkan idea.

satu set simbol2, aturcara2 yg disusun dgn sistem komunikasi yg kompleks – Cole(1998).

Linguistik-kajian ttg bunyi, sintaksis-bentuk pertuturan, tulisan-bentuk huruf.

i. Perubahan Bahasa

kerana penyesuaian dlm organisasi sosial. 1. kerana pertembungan masyarakat dan budaya. 2. penjajahan 3. peperangan 4. perpindahan 5. perubahan populasi 6. kelas sosial 7. etnik 8. umur 9. seks 10. pekerjaan 11. penemuan baru(kaedah, benda-benda, peralatan) 12. pendidikan 13. penghijrahan 14. agama

Page 8: Nota ringkas budaya

Created: N.I.A_2012-liya

8

2.5 status ekonomi Adat Resam

caran yg telah ditentukan utk melakukan sesuatu yg telah diakui oleh masyarakat.

amalan yg piawai-kelaziman yg diharapkan dpd anggota masyarakat.

‘isbat’ kpd pelaku samada positif atau negatif.

diwarisi turun-temurun. i. Adat Resam Melayu

1. mellenggang perut-amalan utk wanita yg telah genap tujuh bln hamil.

2. Meminang dan bertunang-utk mengenali pasangan dgn lebih mendalam sebelum nikah.

3. Kematian-mengadakan kenduri aruah utk sedekah kpd si mati.

4. Bersunat-utk lelaki dan perempuan persediaan utk menempuh alam remaja.

5. Cukur jambul-cukur jambul bayi yg baru lahir.

ii. Adat Resam Cina

kelahiran-mengandung dijaga oleh ibu mertua. Mementingkan anak lelaki. nama bayi terdiri dpd 3 perkataan, nama keluarga, nama segenerasi, nama sendiri.

Kenduri selepas kelahiran-kuih khas berbentuk bulat berwarna merah kuning, berinti kacang, tau su dan telur diberikan kepada saudara-mara.

Cukur rambut-pengiktirafan org baru ke dlm masyarakat mereka.

iii. Adat Resam India a. Sewakktu mengandung-

i. (Valaikaappu) dilakukan ketika mengandung sulung menjangkau usia 7-9 bln.

ii. Dipakaikan gelang tangan baru (Suulkaappu). Suul-kandungan ibu, kaappu-perlindungan.

iii. Tujuan utk beri nama kpd bayi yg akan lahir.

b. Semasa bersalin- i. Membisikkan nama tuham-Gayatti

Mantiram ke telinga bayi. ii. Upacara potong tali pusat, menyapu madu pd lidah bayi utk kecantikan.

c. Selepas bersalin i. Membawa bayi pulang ke rumah ii. Mandi selepas bersalin iii. Mendodoi bayi iv. Memberi nama

2.6 Jantina i. mempengaruhi iklim di dlm bilik darjah ii. lelaki lebih keras dan agresif iii. perempuan bersopan dan berhemah,

cepat matang iv. percampuran beri peluang murid

bergaul dgn lebih tertib, btanggungjawab.

v. menghormati perbezaan yg wujud vi. meluaskan lgi ruang persefahaman dan

toleransi.

Page 9: Nota ringkas budaya

Created: N.I.A_2012-liya

9

Tajuk 3 – Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya 3.1. Guru

Bangsa- tidak mengajar mengikut kelompok

Kelas sosial- tidak mengajar mengikut kelas sosial

Kepercayaan-tidak menyentuh aspek2 agama

Bahasa-jurang bahasa dialek

Jantina-layanan berbeza antara jantina 3.2. Murid

Bangsa-bersosial dalam kelompok

Kelas sosial-golongan atasan dan bawahan

Kepercayaan-sosialisasi mengikut agama

Bahasa-kelompok dialek

Jantina-interaksi antara jantina

3.3. Sekolah

Bangsa-sekolah jenis cina dan india.

Kelas sosial- sekolah bandar dan luar bandar

Kepercayaan-sekolah agama

Bahasa-bahasa rasmi dan bahasa penghantar sekolah

Jantina-sekolah kekaki dan sekolah perempuan.

3.4 Kurikulum Tersirat

Bangsa-mererapkan nilai budaya masyarakat.

Kelas sosial-pergaulan tidak mengikut jurang sosial.

Kepercayaan-tidak menekankan hanya kepada agama islam

Bahasa-menghormati bahasa ibuda dan dialek

Jantina-tahu batasan pergaulan.

Tajuk 4 – Ketaksamaan Peluang Pendidikan 4.1. Kelas Sosial A. Kamus Dewan edisi 3-Ketidaksamaan perihal (sifat,keadaan) tidak sama ant gambaran dan

hakikat. B. Rohan Melghan(1986), kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di

dlm sesuatu bangsa yg sama. C. Karl Marx – adalah kategori individu yg mempunyai hubungan yg sama terhadap pengeluaran

spt sistem pengagihan dan pertukaran.

D. Lima kelas sosial yg boleh dibezakan: a. golongan atasan,-org kaya, ahli2 korporat. b. pertengahan atasan,-berpendidikan tinggi, profesional, berjawatan dlm sesuatu organisasi. c. pertengahan bawahan,-berkelulusan sekolah menengah, sijil, diploma.

Page 10: Nota ringkas budaya

Created: N.I.A_2012-liya

10

d. pekerja-pekerja kolar biru, berpendidikan PMR-SPM.bekerja dgn kemahiran. e. bawah.-berkelulusan amat rendah @ tiada berpendidikan formal. Faktor2nya Ekonomi, kesihatan, pengaruh rakan sebaya, struktur keluarga, sekolah dan guru.

4.2. Jantina i. Wujud status berbeza, cita-cita, perlakuan dan ciri2 yg sesuai utk lelaki dan wanita. ii. Zaman tradisional-fungsi wanita terhad sbg pembantu suami. iii. Zaman penjajah-peluang pengajian diutamakan utk golongan lelaki shj. iv. Amalan patriarki(sistem masyarakat yg sebahagian besar kekuasaannya dipegang oleh kaum

lelaki.)budaya lelaki sbg ketua dan dominasi ke atas wanita dan kanak-kanak. v. Sistem meritokrasi(sistem sosial yg menyanjung tinggi kedudukan seseorang kerana

kebolehannya)pemilihan berdasarkan pencapaian akademik. vi. Kecenderungan pemilihan kursus di institusi pengajian tinggi.

4.3. Kumpulan Minoriti – Asli, Indigenous, Masyarakat Pendalaman

a. Sesuatu kump etnik dlm sesebuah masyarakat yg mempunyai jumlah ahli yg kecil. b. Faktor geografi mempengaruhi budaya sesebuah kump itu eg: kaum asli, kadazan, murud

dan masyarakat pribumi. c. Menerima pendidikan tidak formal shj melalui keturunan. d. Faktor2nya:

i. kurang kemudahan dan infrastruktur,prasarana kurang lengkap(letrik, air, jalan) ii. Kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu-satu bidang.-P&P tidak

menarik, murid tak minat belajar. Guru tak pandai guna bahasa pribumi-murid tak faham.

iii. system pend belum menyentuh system belajar mereka(asli). iv. kekurangan akses dan pendedahan dr dunia luar v. sukar menerima perubahan/pembaharuan dlm cara hidup seharian vi. tidak memperjuangkan hak2 mereka vii. tidak mendapat perhatian dr masyarakat luar viii. seisi keluarga terlibat sbg tenaga kerja. ix. berpegang teguh kpd budaya hidup tradisional.

e. Kesannya-kump minoriti akan jdi mundur dlm bidang pend. f. wujud jurang ant jenis sekolah, kaum, jantina, taraf ekonomi dan tahap kupayaan murid.

4.4. Murid Berkeperluan Khas

a) Dr.Chua Tee Tee (1982)-satu program pendidikan yg dirancang khas utk kanak2 istimewa, luar biasa dr segi intelek, jasmani, sosial @ emosi.

b) Dua kategori murid berkeperluan khas a) masalah, b) masalah khusus. c) Mereka menghadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa. d) Kanak2 pintar cerdas, yg mempunyai mental jauh lebih tinggi dpd rakan sebaya-sistem

pend sedia ada tidak dpt memberi manfaat kpdnya. e) Menimbulkan komflik dlm hidup, bermasalah sesio-emosi

Page 11: Nota ringkas budaya

Created: N.I.A_2012-liya

11

f) 7 kategori kanak2 istimewa: i. Kerencetan mentel ii. Bermasalah pembelajaran iii. Kecelaruan tingkah laku iv. Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi v. Cacat penglihatan vi. Cacat fizikal vii. Pintar-cerdas dan berbakat istimewa

4.5. Dasar Dan Matlamat A. Dasar KPM adalah utk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan

tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar

mempunyai peluang dan keupayaan yg sama utk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK.

KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yg perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan

kualiti dapat ditingkatkan, iaitu :

i. Jurang Bandar Dan Luar Bandar

ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama

di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman.

ii. Jurang Digital

merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dikalangan guru.

iii. Jurang Antara Tahap Pencapaian Pelajar

merujuk kepada kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan

pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan.

iv. Jurang Antara Pelajar Normal Dan Bekeperluan Khas

merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong

proses p&p pelajar bekeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan

berbakat.

v. Jurang Sosioekonomi

merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan

kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam bandar.

B. Kekurangan Kemudahan Asas

767 sekolah rendah dan 28 sekolah menengah belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam.

Janakuasa yang ada berkuasa rendah dan tidak cukup utk menampung penggunaan ICT di sekolah

Sukar mendapatkan bekalan diesel terutama sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman.

Page 12: Nota ringkas budaya

Created: N.I.A_2012-liya

12

Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-35KVa, menyediakan mekanisme penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan diesel agar sekolah-sekolah ini dapat memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya untuk p&p.

o 1517 sekolah rendah dan 68 sekolah menengah tiada bekalan air. o Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan melalui kaedah bekalan air graviti,

penuaian hujan (rain harvesting) dan telaga tiub (tube well). o Bekalan air graviti menggunakan air dari sungai atau air terjun manakala penuaian hujan

pula menggunakan air tadahan hujan. o

C. Sekolah Kurang Murid 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan sebagai SKM,(kurang 150

orang). Hampir 90 % SKM - keadaan daif dan - masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan

guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan

perjawatan guru pemulihan. Penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh dipedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil - SKM amalkan pengajaran kelas bercantum (multigrade

teaching)mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan.

D. Cabaran KPM memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi

kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan

makmal kompute, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian

sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina.

E. Bantuan Dan Program Sokongan KPM memperuntukkanlebih daripada RM 1.0 bilion setiap keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui program berikut :

a) Rancangan Makanan Tambahan (RMT) b) Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM) c) Bantuan Makanan Asrama. d) Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid e) Jaket Keselamatan f) Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya g) Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) h) Skim Baucer Tuisyen (SBT) i) Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kleas Persediaan Universiti (BKPU) j) Asrama Harian

Page 13: Nota ringkas budaya

Created: N.I.A_2012-liya

13

Tajuk 5 - Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah mewujudkan satu suasana serta iklim pemb yang kondusif dgn mengambil kira keunikan perspektif dr pelbagai latar belakang budaya dan sosial. 5.1 Kriteria-kriteria Fizikal Umum Persekitaran Bilik Darjah yg Mesra Budaya

A. Aspek Fizikal

Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti.

Mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik.

Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut.

Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut.

Melukis mural diswekitar kelas.

Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api. B. Sudut2 Pembelajaran

Sudut aktiviti yg dpt membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya.

Sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia.

5.2 Kriteria-kriteria Fizikal Spesifik A. Aspek Fizikal i. Menyusun atur tempat duduk spy terdapat kesamarataan taburan di ant murid-murid dari

pelbagai kump etnik. ii. Aktiviti mengecat dan melukis mural. Tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-

perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Libatkan semua murid berlainan etnik membantu guru.

iii. Ruang untuk bekerja-penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong-menolong ant murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya. Tugasan yg di berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini;

B. Sudut2 Pembelajaran i. Selain sudut-sudut biasa, wujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut

patriotik. Sediakan pelbagai - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pemb tersebut utk menarik minat murid.

ii. Wujudkan sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan ant kaum-kaum

iii. Menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku, risalah yg mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik.

iv. Sudut pemb elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar belakang etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Dapat memupuk, menghayati nilai-nilai spt bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.

Page 14: Nota ringkas budaya

Created: N.I.A_2012-liya

14

5.3 Peranan guru sebagai ‘Physical Enviroment Designer’. A. Sebelum P&P

Perlu mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu

Perlu faham dengan mendalam perasaan setiap murid

Mengkikis pra sangka

Perlu mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap murid dengan mendalam.

Pemilihan tajuk pembelajaran yang berkaitan kepelbagaian budaya Eg : Perayaan di Malaysia, Permainan Tradisional

Penerapan budaya nilai-nilai murni dalam objektif pembelajaran (afektif)

Penghasilan bahan bantu mengajar yang mampu melibatkan keseluruhan pelajar

Memastikan bilik darjah dalam keadaan yang baik dan selesa sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan .

B. Semasa P&P

Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang melibatkan interaksi yang aktif dalam bilik darjah Eg : Sodiodrama, Main peranan

Menggalakkan aktiviti berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai budaya

Tidak memilih kasih, berat sebelah dan sentiasa bersikap adil kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang pelajar

Memberi pujian dan galakan kepada pelajar yang baik dan aktif dalam kelas

Tidak memburuk-buruk dan merendah-rendahkan pelajar terutama sekali di hadapan pelajar lain

Tidak menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguris perasaan mana-mana pihak

Menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung kepada pelajar di samping penekanan kepada aspek akademik

Menekankan kepentingan perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasama dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan

Menggalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi

Melaksanakan aktiviti yang memerlukan pelajar berinteraksi dengan aktif antara satu sama lain

Guru menjadi role-model yang terbaik untuk dijadikan teladan kepada pelajar

Pelaksanaan peraturan yang dapat membentuk peribadi pelajar

Melaksanakan tindakan yang sewajarnya kepada pelajar yang melakukan kesalahan dengan setimpal.

5.4 Pengurusan Sosio Emosi

5.4.1 Implikasi positif

i. Membangkitkan dan mengekalkan minat

ii. Kuasa dalaman yg mengawal minat dan tingkahlaku

Page 15: Nota ringkas budaya

Created: N.I.A_2012-liya

15

iii. Meneruskan aktiviti dlm pemb.

iv. Penglibatan murid dlm setiap akt bertambah.

v. Disenangi kawan

vi. Menerima demokrasi

vii. Suka berjenaka

viii. Boleh menganggung konflik yg berlaku

ix. Membangkitkan naluri ingin tahu

x. Semangat kerjasama

xi. Memahami emosi rakan sebaya

xii. Menerima rakan-rakan yg berbeza

5.4.2 Implikasi negatif

i. Berada dlm kebimbangan

ii. Perubahan emosi-perubahan sikap

iii. Putus asa

iv. Prestasi terjejas

v. Tersisih

vi. Sangkaan yg salah kpd rakan

5.4.3 Peranan Guru a) Berikan pujian dan galakan kpd murid yg mengambil bhg. b) Ganjaran pelbagai bentuk-hadiah, token dll c) Denda yg tidak menjejaskan emosi d) Hubungan baik ant guru dan murid e) Pastikan hubungan baik juga ant rakan sekelas f) Beri peluang bersosial g) Banyakkan peng berpusatkan murid h) Bila rasa letih, malas, bosan, motivasi menurun,-adakan masa rehat, aktiviti kinestatik eg:

muzik, puitis, teater.

5.5 Hubungan Antara Kelompok Etnik 5.5.1 Pengenalan

Malaysia mempunyai lebih daripada 24 juta penduduk dalam tahun 2005.

Rakyat di negara kita terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik.

Antara kumpulan terbesarnya ialah melayu, cina, india, kadazan-dusun, banjar, iban dan lain-lain lagi.

Dengan jumlah kumpulan etnik yang seramai ini di negara kita, ia sentiasa menjadi agenda utama dalam pengurusan masyarakat di negara ini.

Page 16: Nota ringkas budaya

Created: N.I.A_2012-liya

16

Terdapat dua perkara utama yang perlu diteliti dan terbukti menjadi asas kepada pembinaan hubungan kaum di Malaysia iaitu politik dan pendidikan.

5.5.2 Masalah Yang Melibatkan Hubungan Kaum/Etnik I. Permusuhan kaum

II. Suka berada dlm kelompok masing2. III. Pemberian Kuota IV. Tidak menerima kontrak social

5.5.3 Langkah-langkah Memupuk Perhubungan Ant Kaum

i. Beri kesedaran ttg pentingnya hub. etnik ii. Pecahkan kelompok besar kpd kecil iii. Guru jgn bersikap pilih kasih iv. Gubal semula matapelajaran sejarah v. Guna pendekatan mikro vi. Galakan belajar bahasa lain selain BM dan BI vii. Pupuk semangat kekitaan selalui pelbagai aktiviti

Tajuk 6 – Kemahiran Komunikasi Guru 6.1 Pengenalan - Topik ini mengandungi aspek-aspek:

a) Gaya kepemimpinan autokratik, demokratik dan laissez faire dalam komunikasi bilik darjah.

Koontz(1990)- Kepimpinan ditakrif sebagai kebolehan untuk menggunakan pengaruh interpersonal melalui komunikasi untuk mencapai matlamat.

Guru sebagai pemimpin perlu mempunyai keberkesanan komunikasi dan kecekapan dalam hubungan sesama manusia.

Guru sebagai pemimpin berwawasan mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut: a. Sentiasa memikirkan perubahan

b. Seorang pemikir yang berkesan c. Menjadi pemimpin yang proaktif

Terdapat TIGA jenis gaya kepimpinan iaitu: i. Autokratik o Guru akan menetapkan semua keputusan. o Guru tidak berkongsi kuasa dengan sesiapa di dalam kelasnya. o Interaksi antara guru dengan pelajar adalah sehala. Pelajar agak pasif dan banyak

mendengar sahaja. o Pemimpin bercorak kekerasan. Pelajar yang berani sahaja aktif. Pelajar berkemungkinan. o Gaya kepimpinan ini tidak mengajar pelajar bersikap berdikari. Pelajar mungkin menarik diri

daripada mengikuti kegiatan-kegiatan yang di rancangkan.

Page 17: Nota ringkas budaya

Created: N.I.A_2012-liya

17

ii. Demokratik Menganggap semua individu di dalam kelasnya sebagai satu komuniti. Setiap pelajar

diterima dengan hati yang terbuka.

Murid tidak berasa diri terkongkong. Namun, kuasa guru tetap ada.

Guru bertindak sebagai fasilitator.

Guru akan melayan pelajarnya secara sama rata.

Keputusan akan dibuat secara perundingan atau mesyuarat.

Aspek hubungan dengan pelajar dijaga, mengelak tingkah laku dan pandangan yang negatif.

Sahsiah guru seimbang, baik, sentiasa mengawal emosi dan menjaga hati pelajar.

Suasana pembelajaran adalah harmonis, guru dihormati dan disegani mewujudkan

pembelajaran yang berkesan.

iii. Laissez Faire

Guru memberi hak kebebasan sepenuhnya kepada pelajar.

Guru tidak berusaha menentukan cara bagaimana pelajar patut belajar, apa yang patut difahami dan sebanyak mana perlu dipelajari.

Murid akan berada di dalam suasana terumbang-ambing, serba salah dan kadar pembelajaran adalah rendah.

Interaksi di antara guru dan pelajar amat kurang tetapi interaksi pelajar dengan pelajar amat kerap berlaku kerana guru membiarkan pelajarnya berbuat sesuka hati.

Guru kurang memberi bimbingan dan bersikap tidak acuh dalam pengajaran.

Corak kepimpinan ini sesuai untuk pelajar dewasa yang boleh menentukan hala tuju dan matlamat yang ingin dicapai (Meyers, Rust & Wayne, 2001.

b) Aktiviti berstruktur dan tidak berstruktur yang dapat membantu guru. Berstruktur

i. Aktiviti berfokus pada guru. ii. Dilakukan dengan cara memberi penerangan atau demonstrasi kepada semua pelajar sebagai

satu kumpulan besar. iii. Pelajar sebagai penerima ilmu yang pasif. iv. Peranan alat bantuan mengajar, serta v. Huraian tentang cara meningkatkan minat serta merangsang kreativiti pelajar.

Tidak Berstruktur

Setiap pelajar digalakkan mengembangkan potensi kendiri. Setiap bilik darjah adalah unik kerana guru dan pelajar bersifat kreatif dalam menyusun peralatan

dan perkakasan di dalamnya. Bilik darjah bersifat fleksibel kerana perkakasan boleh diubah mengikut keperluan.

Page 18: Nota ringkas budaya

Created: N.I.A_2012-liya

18

6.2 Bahan Bantu Belajar Dibahagikan kepada tiga bahagian.

Mempermudah penyampaian isi kandungan. – Isi kandungan boleh disampaikan dengan lebih mudah dengan bantuan peralatan dan

teknik yang sesuai seperti power point, arahan komputer, video, poster, gambar, muzik, lagu, lakonan, pergerakan atau animasi.

Memotivasi dan menarik perhatian pelajar. – Dengan penggunaan perkakasan seperti di atas, perkaitan di antara isi pengajaran dan

nilai dapat dikaitkan dengan pengalaman sebenar pelajar. Lantas ia mencetus motivasi dalaman dan menarik perhatian pelajar.

Merangsang aktiviti – Dalam merancang pelajaran, aspek melibatkan deria atau Multiple Intelligence (MI)

sangat perlu ditekankan. – Dengan perancangan yang betul, guru dapat menyediakan pengajaran dan aktiviti pada

tahap berbeza mengikut pencapaian pelajar. – Kreativiti pelajar boleh ditingkatkan dengan cara membenarkan mereka merangka dan

melakukan aktiviti yang disukai.

– Para pelajar amat digalakkan diberi peluang membuat pilihan dalam aktiviti dan

penilaian.

– Guru dapat membantu murid lebih bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka

sendiri.

6.2 Rumusan Guru perlu mahir dalam aspek perhubungan manusia dan individu.

Guru demokratik dapat kerjasama daripada murid.

Walaupun guru tidak dapat lari daripada merancang aktiviti secara berstruktur, ia boleh diatasi

dengan menggunakan pelbagai kaedah dan peralatan

Guru perlu membuat perancangan aktiviti dengan seimbang agar pelajar berasa seronok

semasa melakukan aktiviti serta dapat manfaatkan isi pengajaran.

Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan aktiviti untuk menarik minat pelajar dalam

pembelajaran mereka.

Tajuk 7 – Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran Yang Mesra Budaya 7.1 Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Masyarakat Orang Asli Di Pinggir Bandar 7.1.1 Perancangan pelan ini dibuat bersama oleh JHEOA dan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Objektif bertujuan : Menyediakan program/aktiviti khusus dan keperluan peruntukan di kawasan pinggir

Page 19: Nota ringkas budaya

Created: N.I.A_2012-liya

19

7.1.2 Kumpulan sasar program terdiri dari 4 kumpulan iaitu :

1. Peringkat Pra Sekolah (5-6 tahun) Tujuan pendidikan Pra Sekolah adalah untuk menyediakan asa kukuh yang sebelum pendidikan formal.

Ia bagi membolehkan kanak-kanak berumur 5+ tahun memperoleh pendidikan awalan yang kukuh dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah.

2. Peringkat Rendah (7-12 tahun)

Tujuan pendidikan peringkat rendah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran 3M

iaitu Membaca, Menulis dan Mengira; kemahiran berfikir, konsep asas sains, seni dan rekreasi dan

penerapan nilai-nilai murni tegasnya program pra-sekolah dan renah adalah asas kepada

pembangunan dan pengembangan domain kognitif, afektif dan selari dengan hasrat falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

3. Peringkat Menengah (13-18 tahun)

Pendidikan Menengah merupakan program pendidikan yang komprehensif dan berkualiti kepada

warganegara Malaysia yang berumur antara 12+ tahun hingga 17+ tahun. Pada peringkat ini

penekanan diberi kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan memberi fokus kepada

pendidikan umum pada tahun 7 dan 8 persekolahan supaya setiap pelajar mendapat pendedahan

kepada pelbagai bidang ilmu.

4. Peringkat Tercicir

Tumpuan akan diberi kepada belia dan beliawanis yang tercicir dari sistem persekolahan dan juga ibu

bapa yang tidak pernah bersekolah supaya mereka sedar akan pentingnya pendidikan. Latihan-latihan

kemahiran yang bersesuaian dengan minat serta kebolehan mereka akan diperkenalkan supaya

mereka dapat memasuki pasaran tenaga buruh dan peluang-peluang pekerjaan.

5. Kumpulan Dewasa

Kumpulan dewasa ini boleh dipecahkan kepada dua kategori iaitu :

Wanita

Bagi kategori ini program-program seperti Penggerak Wanita Orang Asli, Program Kesejahteraan

Keluarga, Latihan-Latihan Kemahiran dan Keusahawanan akan dilaksanakan.

Semua peringkat

Bagi kategori ini, latihan-latihan kemahiran, keusahawanan, pembangunan minda, keagamaan dan

kerohanian serta pendidikan literasi fungsian dilaksanakan. Disamping itu, program celik huruf akan

dipertingkatkan kepada golongan dewasa yang buta huruf.

Page 20: Nota ringkas budaya

Created: N.I.A_2012-liya

20

7.1.3 Pelaksanaan Pelan Tindakan.

akan dijalankan oleh pelbagai agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Juruperunding, Swasta

dan para akademik.

Dalam melaksanakan pelan ini; Agensi Kerajaan akan banyak terlibat dengan program/projek yang berbentuk penyediaan kemudahan

prasarana pendidikan; NGO pula penglibatan mereka lebih tertumpu kepada program/projek perubahan minda; Pihak Juru Perunding akan dilibatkan dengan program/projek kajian-kajian seperti kajian penilaian

semula pelan dan kajian program/projek yang dilaksanakan secara ‘outsourcing’. Keperluan Peruntukan.

Dalam tempoh pelaksanaan pelan ini, peruntukan sebanyak RM6,171,000.00 diperlukan bagi melaksanakan pelbagai program/projek.

Cabaran. Pencapaian dan kejayaan pelan ini bergantung kepada beberapa faktor berikut :

Komitmen yang tinggi daripada pegawai-pegawai JHEOA dan agensi pelaksana; Penerimaan dan penglibatan aktif masayarakat Orang Asli; Penyediaan peruntukan yang mencukupi; Kerjsama yang erat dan mantap dikalangan Kementerian, Agensi-Agensi Kerajaan, Badan Bukan

Kerajaan (NGO), Swasta dan Juruperunding.

Skim Bantuan Galakan Pendidikan JHEOA disediakan bagi membantu pelajar Orang Asli diperingkat Sekolah Rendah, Menengah dan Institusi

Pengajian Tinggi Awam Tempatan. Bantuan ini diberikan bagi membantu meringankan beban masyarakat Orang Asli dalam membiayai

persekolahan dan pengajian anak-anak mereka.

Jenis-Jenis Bantuan: A:Sekolah Rendah dan Menengah. Yuran Persekolahan.

Kokurikulum Kertas ujian bulanan Sukan tahunan sekolah Kegiatan pendidikan islam/pendidikan moral MSSM

Bantuan Persekolahan Buku tulis dan buku kerja Alat tulis Pakaian seragam sekolah Barang keperluan diri (untuk pelajar tinggal di asrama), seperti ubat gigi, sabun mandi, sabun pencuci,

kapur kasut, tuala mandi). Tambang pengangkutan ke sekolah. Bantuan makan murid sekolah pedalaman (sekolah rendah).