Nota Ringkas HBPE2203 Ujian

download Nota Ringkas HBPE2203 Ujian

of 18

Transcript of Nota Ringkas HBPE2203 Ujian

Nota Ringkas HBPE2203 Ujian, Pengukuran, dan Penilaian dalam Pendidikan JasmaniTopik 1: Pengenalan kepada Ujian, Pengukuran dan Penilaian Ujian sebagai satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapat maklumat murid sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotel. Pengukuran didefinisikan sebagai menentukan bilangan pemarkahan keputusan ujian atau lain-lain kaedah penilaian berdasarkan peraturan tertentu. Ini adalah satu proses mengutip maklumat berangka tahap ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang. Pengukuran juga boleh ditakrif sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian. Penilaian didefinisikan sebagai suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikumpul. Kaedah ini meliputi ujian dan pengukuran. Dalam pendidikan, ia adalah proses di mana pendidik menggunakan timbal balas pelajar sebagai stimuli yang terjadi secara semulajadi untuk membuat kesimpulan tentang pengetahuan, kemahiran atau emosi pelajar. Penilaian adalah proses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Penilaian merupakan sebahagian daripada proses P&P yang dijalankan secara berterusan. Tujuan Penilaian a. Memfokus kepada setiap orang murid b. Menentukan status murid Menurut Kirkendal, Grubel dan Johnson 1987 ia merangkumi i. Pemberian gred ii. Mengecualikan murid daripada sesuatu aktiviti. iii. Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi iv. Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu v. Menentukan aktiviti tertentu c. d. e. f. Memilih wakil sekolah Memotivasikan murid Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani Membekal maklumat untuk kajian lain.

Sejarah Pendidikan Jasmani di Malaysia Zaman Pra British (sebelum 1786) Zaman Pemerintahan British (1781-1941) Zaman Sebelum Kemerdekaan Zaman Selepas Kemerdekaan

Rajah 1.3: Ujian Daya Tenaga Asas

Rajah 1.4: Penilaian dalam Pendidikan Jasmani

a.

Ujian Psikomotor Untuk menilai kebolehan dan kecekapan fizikal murid yang melibatkan kemahiran otot-otot kecil (bermain piano) dan otot-otot besar (lompat jauh). Jansma (1988) menerangkan, terdapat empat bahagian asas dalam ujian psikomotor.

Rajah 1.5: Bahagian asas ujian psikomotor b. Ujian Kognitif Ujian kognitif adalah untuk mengukur pengetahuan dan kepintaran pelajar. Terdapat 6 peringkat cara berfikir dalam Taxonomy Cognitive Bloom iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. Pengetahuan iaitu kebolehan mengingat (contohnya: nama ibu kota, nama negara). Pemahaman iaitu kebolehan memahami (contohnya: membuat kesimpulan). Aplikasi iaitu kemampuan penerapan (contohnya: menggunakan suatu pengetahuan yang diperolehnya untuk menyelesaikan masalah). Analisis iaitu kemampuan menganalisis suatu maklumat yang luas dibahagikan menjadi bahagian-bahagian kecil (contohnya: menganalisis pengertian suatu puisi). Sintesis iaitu kemampuan menggabungkan beberapa maklumat menjadi suatu kesimpulan (contohnya: mengenalpasti jenis kategori binatang). Penilaian iaitu kemampuan membuat pertimbangan sifat yang baik dan sifat yang buruk.

c.

Ujian Afektif Ujian afektif pula merangkumi penilaian dari segi perasaan, nilai-nilai dan emosi individu. Ujian ini adalah berbentuk subjektif dan dilakukan melalui pengawasan dan interaksi secara langsung dengan murid. Penilaian afektif dibahagi kepada ujian secara umum (menilai tingkah laku) dan penilaian afektif berbentuk akademik (peperiksaan). Kebanyakan guru pendidikan jasmani merasakan ujian ini tidak begitu sesuai digunakan kerana penilaiannya yang tidak jelas. Mereka lebih cenderong kepada ujian psikomotor dan kognitif. Tetapi ada juga yang berpendapat sebaliknya bagi ujian ini. Sesetengah guru pendidikan jasmani merasakan yang ujian afektif ini tidak sesuai digunakan kerana: a. Perubahan sikap berlaku secara berperingkat-peringkat. Pengetahuan dan kemahiran boleh berubah dalam masa yang singkat, tetapi sikap dan nilai-nilai memerlukan masa yang panjang untuk berubah. b. Sukar untuk mengenalpasti penilaian yang dibuat terhadap minat, sikap, dan nilai. Secara umum, tidak terdapat satu garis panduan atau kaedah yang jelas untuk menilai faktor-faktor ini. c. Hasil daripada penyelidikan yang dibuat menunjukkan guru pendidikan jasmani mempunyai masa yang terhad untuk menilai ujian fizikal, kemahiran pengetahuan dan afektif murid secara serentak dan kerap (Philips dan Hornak 1979; Mood 1982). Kekangan ini membataskan ketepatan penilaian yang dibuat.

Rajah 1.6: Keperluan pengukuran dalam proses penilaian Terdapat tiga prinsip ujian dan pergerakan dalam penilaian, iaitu:

1) Sebagai alat untuk mengukur keberkesanan program Apabila prinsip-prinsip ujian dan pengukuran digunakan dalam penilaian, ia boleh mengenalpasti keberkesanan sesuatu program, sama ada ianya berjaya atau tidak. Sesebuah program yang didapati berkesan akan terus digunakan untuk masa hadapan sebagai bahan rujukan. Jika didapati ia tidak berkesan, penggubahsuaian terpaksa dilakukan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam sesuatu program. Ia mestilah berdasarkan pelbagai jenis prosedur (soalan pilihan objektif, soalan subjektif, essei, projek, teknik pemerhatian dan teknik laporan kendiri). 2) Untuk memenuhi objektif dan keperluan Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif dan keperluan program pendidikan jasmani. Penilaian ini memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada pihak tertentu untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang dirangkakan tercapai. Keperluan sesetengah pihak juga harus dipertimbangkan bagi menjayakan sesuatu program. Ia juga dapat mengelakkan dari berlakunya bias. 3) Untuk menentukan kaedah penilaian. Penilaian dapat dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan cara. Segala prosedur penilaian mestilah sesuai dengan prestasi yang akan diukur (prosedur yang betul, objektif, ketepatan dan menyakinkan). Ia juga mestilah berdasarkan persekitaran dan keluasan pembelajaran dan pembangunan seseorang pelajar. Soalan Topik 1 1. Apakah keperluan pengukuran dalam proses penilaian? a. Memfokus kepada setiap orang murid b. Menentukan status murid c. Memilih wakil sekolah d. Memotivasikan murid e. Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani f. Membekal maklumat untuk kajian lain. Apakah bidang-bidang dalam ujian, pengukuran dan penilaian? a) Psikomotor b) Kognitif c) Afektif Terangkan 3 ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan. a. Ujian Cooper b. Ujian Bangkit tubi berperingkat c. Ujian Mendagu d. Ujian Duduk jangkau e. Ujian Ukuran lilit badan

2.

3.

4.

Huraikan 4 jenis ujian psikomotor di dalam pendidikan jasmani. i. Ujian Fizikal penilaian berkaitan dengan anatomi seseorang individu spt berat jisim badan, peratus kandungan lemak dan kekuatan otot badan ii. Ujian Motor - kualiti cara pergerakan dan perlakuan individu spt pergerakan motor yang dibuat oleh otot-otot kecil di jari iii. Ujian kecergasan penilaian merujuk kepada kompenon asas kesihatan meliputi keupayaan kardiovaskular, kekuatan dan ketahanan otot serta kekuatan mental

iv.

Ujian Permainan kemuncak kemajuan dalam psikomotor iaitu untuk menjadi pemain yang baik perlu tahap kekuatan fizikal, kemahiran motor, dan kecergasan yang baik.

Topik 2: Asas Statistik dlm Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani Statistik adalah satu alat yang digunakan untuk menganalisis data pengukuran yang digunakan bagi tujuan menilai prestasi murid. Istilah asas dalam statistik bertujuan untuk memudahkan pemahaman seseorang tentang statistik sebelum mendalaminya dengan lebih lanjut. Populasi adalah pengumpulan semua unsur-unsur yang dikaji dan kita cuba menarik kesimpulan tentangnya. Populasi perlu ditakrif supaya ia jelas sama ada sesuatu unsur adalah populasi @ tidak. Semua subjek mestilah memiliki karekter yang boleh diukur @ diperhati. Contohnya mengenalpasti tahap kecergasan fizikal murid Tahun 2 di sekolah. Populasinya mestilah meliputi semua murid Tahun 2. Sampel ialah pengumpulan sebahagian tetapi bukan kesemua unsur-unsur populasi yang dikaji. Ia digunakan untuk menghuraikan populasi. Sampel rawak adalah keadaan di mana setiap subjek di dalam populasi mempunyai peluang yang sama rata termasuk di dalam sampel. Taburan kekerapan ialah satu cara untuk menyusun data dalam bentuk yang lebih bersesuaian dan praktikal. Ia menunjukkan kekerapan bagi skor @ markah yang diperolehi oleh sebuah kumpulan. Semua data hendaklah disusun bagi memudahkan kita mencari taburan kekerapan. Data adalah pengumpulan sebarang jumlah cerapan yang berkait. Terma data juga bermaksud keputusan yang ditunjukkan secara bernombor di dalam pengukuran. Ia juga bermaksud maklumat verbal dalam kecenderungan memusat. Terdapat banyak cara menyusun data. Data dikumpul dan disusun mengikut tertib. Penyusunan ini membolehkan kita melihat dengan segera sebahagian ciri-ciri data yang telah dikumpul. Ia boleh membantu pembuat keputusan untuk membuat tekaan berasaskan pengetahuan tentang sebab munasabah dan kesan-kesan seterusnya. Min adalah kaedah yang digunakan untuk mengukur kecenderungan memusat yang mewakili purata aritmatik suatu set data. Ia dikira dengan mencampurkan jumlah skor dan dibahagikan dengan jumlah bilangan skor. Median item tunggal yang paling tengah atau paling memusat dalam sesuatu set nombor. Median juga yang membahagikan set data kepada dua bahagian yang sama besar. Mod ialah nilai yang paling kerap berulang dalam set data. Ia diwakili oleh titik tertinggi dalam keluk taburan sesuatu set data. Data hendaklah disusun secara sistematik bagi memudahkan proses pencarian. Dalam ukuran pembolehubah, julat ialah perbezaan antara nilai tercerap paling tinggi dan paling rendah. Manakala, sisihan lazim mengira berapa banyak penaklukan dibezakan daripada min kumpulan. Ia juga adalah satu kaedah yang terbaik untuk melihat perbezaan skor di dalam taburan kecenderungan memusat. Varian pula digunakan bagi membuat inferen, sama ada sampel yang diambil daripada populasi mempunyai min yang sama atau tidak. Dengan ini, kita dapat membandingkan min lebih daripada dua sampel. Lengkok norma dicipta bagi membantu para pendidik untuk memudahkan cara perbandingan markah atau skor seseorang pelajar dengan pelajar yang lain. Segala keputusan yang berasaskan lengkok norma lebih konsisten dan amat sesuai untuk menilai prestasi pelajar dari berlainan kumpulan.

Soalan Topik 2 1. Cuba anda cari min, median dan mod bagi data yang diberikan. 55 45 50 45 45 50

60

70

85

55

Anda dikehendaki untuk menyusun data yang diberikan 45 45 45 50 50

55

55

60

70

85

a. b. c.

Min 560 = 56 10 Median 50 + 55 = 52.5 2 Mod 45 ( terdapat 3 nombor 45 )

Topik 3: Pembinaan dan Pentadbiran Ujian dan Penilaian Terdapat empat konsep asas dalam ujian dan penilaian, iaitu: 1) Kesahan, 2) Kebolehpercayaan, 3) Objektiviti 4) Norma-norma. Kesahan adalah kriteria terpenting yang perlu di pertimbangkan apabila melakukan penilaian dalam ujian. Secara tradisionalnya, kesahan merujuk kepada apa yang hendak dinilai dalam ujian. Dua aspek yang digunakan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan iaitu: a) Ujian kesahan / kebolehpercayaan berkaitan norma b) Ujian Kesahan / kebolehpercayaan berkaitan kriteria Tiga jenis keterangan kesahan untuk ujian berkaitan norma adalah isi kandungan kesahan, kriteria-kriteria kesahan, dan bentuk kesahan. Ujian kesahan berkaitan kriteria adalah berhubung secara langsung dalam menentukan kelakuan objektif. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan: i. ii. iii. iv. Sifat pengambil ujian Pemilihan kriteria yang hendak diukur Kebolehpercayaan Prosedur pentadbiran

Kebolehpercayaan merujuk kepada ujian yang konsisten. Terdapat empat kaedah untuk menganggar kebolehpercayaan terhadap ujian berkaitan norma iaitu: a) b) c) d) Kaedah ujian-semula Bentuk selari Pembahagian setengah Kuder-Ricardson Formula 21

Ujian kebolehpercayaan berkaitan kriteria bermaksud pengelasan konsisten, atau bagaimana konsistennya ujian pengelasan individu sebagai mahir atau tidak mahir.

Faktor-faktor mempengaruhi kebolehpercayaan i. ii. iii. iv. Kaedah pemarkahan Kumpulan yang pelbagai Tempoh masa ujian Kaedah prosedur

Objektiviti adalah tertumpu kepada bentuk kebolehpercayaan dan boleh menentukan melalui ujian semula (dengan individu yang berbeza melakukan ujian) melalui prosedur yang berkaitan. Faktor-faktor yang menentukan objektiviti iaitu: i. ii. iii. iv. v. Arahan yang lengkap dan jelas Mentadbir ujian dengan cara yang sama Contoh prosedur pengukuran diikuti Bahan mekanikal dalam pengukuran adalah sesuai Keputusan dinyatakan dalam nombor

Dua faktor yang mempengaruhi objektiviti iaitu a. Kejelasan sistem markah b. Kadar di mana hakim dapat member markah dengan tepat Norma-norma adalah nilai-nilai yang berhubung dengan keputusan seseorang dalam masyarakat umum yang mana keputusan tersebut boleh digunakan untuk membuat tafsiran di antara peserta lain. Kriteria-kritera pemilihan atau pembentukan ujian dalam penilaian iaitu i. ii. iii. iv. v. Mudah di tadbir, Kos pentadbiran ujian, Sumber manusia dan peralatan, Memenuhi objektif, Mencabar dan bermakna.

Terdapat tiga faktor dalam pengurusan dan pentadbiran ujian dan penilaian iaitu a) Persediaan pra ujian, Memahami ujian Memajukan prosedur ujian Memajukan arahan Menyediakan pelajar atau prosedur program Merancang ujian percubaan dan pemanasan Menyediakan peralatan dan kemudahan untuk ujian Membuat kertas pemarkahan Menganggar masa ujian yang diperlukan b) Pelaksanaan ujian Persediaan Motivasi Keselamatan

c) Penilaian dan pelaporan.Menilai markah ujian Menyimpan dan melaporkan keputusan ujian Soalan Topik 3 1. a) b) c) d) e) Terangkan kriteria-kriteria yang diperlukan dalam pemilihan dan pembentukan ujian dan penilaian. Mudah di tadbir, Kos pentadbiran ujian, Sumber manusia dan peralatan, Memenuhi objektif, Mencabar dan bermakna

2. I.

Kesempurnaan program penilaian bergantung kepada keberkesanan perancangan persediaan pra-ujian. Apakah jenisjenis perancangan dan prosedur yang patut anda gunakan untuk mentadbir ujian tersebut? Persediaan pra ujian, i. Memahami ujian ii. Memajukan prosedur ujian iii. Memajukan arahan iv. Menyediakan pelajar atau prosedur program v. Merancang ujian percubaan dan pemanasan vi. Menyediakan peralatan dan kemudahan untuk ujian vii. Membuat kertas pemarkahan viii. Menganggar masa ujian yang diperlukan Pelaksanaan ujian i. Persediaan pelajar tahu ujian & mengapa dilakukan, buat banyak latihan, - beri penerangan tentang prosedur ujian, tunjuk contoh ujian - tidak digalakkan utk bertanya sebelum dan selepas ujian kerana ia meningkatkan ketidakbolehpercayaan ii. Motivasi - beri motivasi dan layanan yang sama kepada semua yg mengambil ujian (lemah @ pandai) - jika perlu boleh nyatakan markah ketika ujian yang pertama utk memberi motivasi - elakkan memaklumkan markah yang boleh memalukan para pengambil ujian iii. Keselamatan - semasa penilaian dilakukan perhatikan masalah keselamatan yg timbul - pengambil ujian mungkin mengabaikan keselamatan mereka jika tidak mengikut arahan - masalah keselamatan spt tempat ujian, kerusi meja, jalanraya, penggunaan alat tajam

II.

III.

Penilaian dan pelaporan. i. Menilai markah ujian ii. Menyimpan dan melaporkan keputusan ujian

Topik 4: Penggredan dalam Pendidikan Jasmani Gred adalah satu simbol yang melambangkan perkembangan dan kemajuan, di mana ia bertindak sebagai satu rekod kekal bagi menunjukkan pencapaian pelajar. Di Malaysia, sistem penggredan diwujudkan pada tahun 1989 dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), dimana penilaian formal telah diperkenalkan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi pelajar Tingkatan Satu. Pada tahun ini, markah atau gred bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani telah dimasukkan dalam buku laporan pelajar. Kepentingan gred juga dapat memberi maklumat kepada beberapa kumpulan seperti. Dengan ini, perkembangan prestasi pelajar dapat diawasi dengan lebih baik dan berkesan. 1) 2) 3) 4) Pelajar gred memberi maklumat ttg pencapaian pelajar dlm subjek, memotivasikan pelajar Ibubapa maklumat pencapaian anak mereka, kenalpasti punca kemerosotan, buat perancangan utk anak Guru mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajar, menilai tahap pengajaran guru Pentadbir rujukan melihat rekod pelajar, pemberian anugerah @ sijil utk pelajar berjaya

Prinsip-prinsip pengredan dalam Pendidikan Jasmani ialah a) Dapat digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi dan memberi maklumat tentang pencapaian seseorang pelajar kepada ibubapa, guru, pentadbir dan pelajar itu sendiri. b) Dengan menggunakan gred, matapelajaran Pendidikan Jasmani akan dapat mengekalkan status quo di dalam persekitaran sekolah. c) Gred juga membolehkan para guru menggunakan maklumat bagi memilih pelajar yang terbaik untuk mewakili sekolah. d) Penilaian berterusan di mana ia dijadikan panduan pendidik untuk menunjukkan pencapaian pelajar e) Penggunaan gred berjaya menepis kritikan dan mampu meyakinkan orang ramai f) Gred menentukan prestasi secara tepat dan khusus

Faktor yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani dalam pemilihan gred selalunya berdasarkan tiga domain iaitu a.

Faktor Psikomotor menilai kebolehan dan kecekapan fizikal pelajar- melibatkan kemahiran otot-otot kecil dan otot-otot besar - antara aktiviti utk pengredan i. Kemahiran dalam aktiviti pencapaian (selepas proses pembelajaran ) & peningkatan ( permulaan & selepas selesai pembelajaran ) ii. Kecergasan pencapaian diukur melalui Ujian Daya Tenaga Asas - diberi berdasarkan norma-norma bagi menentukan pelajar cergas atau tidak - banyak dilakukan oleh guru kerana mudah diurus dan tidak memerlukan banyak alat iii. Prestasi dalam permainan kemuncak kemajuan dalam permainan - boleh juga dilakukan dgn permainan kecil selepas pembelajaran atau mengadakan pertandingan - perlu tahap pemerhatian yang baik bagi memberi gred yg sesuai semasa permainan berlangsung.

b.

Faktor Kognitif mengukur pengetahuan dan kepintaran pelajar- gred diberi berdasarkan pengetahuan dlm PJ seperti undang-undang, sejarah dan teknik digunakan - diabaikan kerana guru lebih menitikberatkan tentang praktikal sesuatu permainan

c.

Faktor Afektif penilaian dari segi perasaan, nilai-nilai dan emosi individu- gred boleh diberi melalui pemerhatian tingkah laku dan interaksi langsung dgn pelajar - gred diberikan tidak efektif kerana ia tidak begitu jelas - gred juga boleh diberi berdasarkan semangat kesukanan dalam permainan dan kedatangan pelajar Jenis Penilaian Tujuan Ujian Kertas Pensel Mengukur pengetahuan dan kepintaran pelajar Soalan bertulis (objektif & subjektif) Membandingkan pencapaian pelajar dgn pelajar yang lain Gred Sistem ini amat mudah tepat dan banyak memberi informasi Tidak timbul sebarang keraguan Ujian Perlakuan Menilai perasaan, nilai-nilai dan emosi individu Pemerhatian dan interaksi secara langsung dgn murid Sukar menentukan masalah sebenar pelajar Sukar untuk ditentukan dgn efektif kerana ia tidak begitu jelas Bergantung kepada emosi dan individu pemeriksa

Cara

Pemeriksa

Tiga Jenis Sistem Gred iaitu a. Sistem Gred Tradisional sistem gred diberi guna huruf ( A, B, C, D, E ) spt UPSR & STPM - gred diberi melalui penggunaan nombor ( 1, 2, 3, 4, 5, 6 ) spt PMR, SPM & MUET - sistem ini amat mudah, tepat dan banyak memberi informasi, & diguna utk meramal pencapaian masa depan Sistem Lulus-Gagal - menjelaskan sama ada objektif kursus berjaya atau tidak - gred yg diberi adalah ( Lulus Gagal ) - mudah digunakan tetapi hanya menjelaskan sedikit maklumat tentang pencapaian pelajar - sesuai utk teknik pendekatan penguasaan dalam pembelajaran Sistem Pemerian atau Gambaran. - menggunakan ayat dan ungkapan - contoh ialah ( Cemerlang, Sederhana, Lemah, Memuaskan, Kurang Memuaskan, Baik, Sangat Baik ) - membolehkan pelajar menilai tahap sebenar dalam pemahaman ttg PJ - kadang2 sistem ini digabungkan dgn Sistem Gred Tradisional bagi memberi informasi lebih mendalam

b.

c.

Kriteria pemilihan gred mestilah berdasarkan beberapa faktor iaitu a) b) c) d) e) Gred mestilah berkait rapat dengan objektif pembelajaran, Gred mestilah mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti. Pemberatan (peratusan jumlah gred) yang menentukan gred terakhir mestilah difahami oleh ibubapa Jika gred adalah rujukan norma atau rujukan kriteria guru haruslah mendiskriminasi antara pelajar yang lemah dan pelajar yang baik. Pelajar yang beraksi pada tahap tinggi mendapat gred yang terbaik Gred ditadbir secara ekonomi. Sistem yang digunakan harus berkesan terutama melibatkan masa, kos dan personal. Penggunaan komputer untuk mengira gred dilihat lebih berkesan

Penggredan mutlak digunakan untuk menilai prestasi atau tingkahlaku di dalam kesihatan yang berkaitan dengan kecergasan fizikal, psikomotor, efektif dan kognitif.

Soalan Topik 4 1. Senaraikan tiga faktor yang diberi gred dalam Pendidikan Jasmani dan bincang faktor manakah yang lebih berkesan dalam pemberian gred kepada pelajar. a) Faktor Psikomotor, b) Faktor Kognitif c) Faktor Afektif 2. Cuba anda senarai dan terangkan kriteria-kriteria untuk pemilihan gred. i. Gred mestilah berkait rapat dengan objektif pembelajaran, ii. Gred mestilah mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti. iii. Pemberatan (peratusan jumlah gred) yang menentukan gred terakhir mestilah difahami oleh ibubapa iv. Jika gred adalah rujukan norma atau rujukan kriteria guru haruslah mendiskriminasi antara pelajar yang lemah dan pelajar yang baik. Pelajar yang beraksi pada tahap tinggi mendapat gred yang terbaik v. Gred ditadbir secara ekonomi. Sistem yang digunakan harus berkesan terutama melibatkan masa, kos dan personal. Penggunaan computer dilihat lebih berkesan

Topik 5: Pengukuran Kecergasan Fizikal 1 Kelenturan adalah kebolehan pergerakan sendi badan melalui ketegangan pergerakan maksimum yang tidak bersesuaian. Ujian kelenturan selalunya dilakukan untuk mengenalpasti individu yang mempunyai sedikit pergerakan sendi. Mereka juga melakukannya untuk mengenalpasti jika individu tersebut mempunyai kelenturan yang lebih di sesetengah sendi. Melalui kelenturan juga selalunya digunakan untuk mengukur tujuan diagnostik. Ramai guru Pendidikan Jasmani percaya bahawa persembahan kelenturan boleh diukur dengan menggunakan gred. Ujian jangkauan melunjur adalah untuk mengukur kelenturan dibahagian bawah belakang dan bahagian atas paha. Ujian extension kepanjangan trunk dan tengkuk adalah untuk mengukur kebolehan untuk memanjangkan trunk (kelenturan relatif). Kekuatan otot adalah mustahak dalam persembahan tahap tertinggi dalam kebanyakan sukan, dan meskipun ia tidak sama tahapnya, ia juga mustahak untuk kesihatan yang bagus. Program latihan fizikal yang dilakukan adalah berbeza untuk meningkatkan kekuatan otot dan daya tahan otot. Ujian daya tahan boleh diukur dengan daya tahan mutlak di mana bebanan berat digerakkan untuk keletihan adalah sama. American Alliance for Health, Physical Education, Recreation and Dance (AAHPERD) pengubahsuaian bangun tubi (AAHPERD,1980) adalah untuk mengukur daya terhadap otot abdomen.

Soalan Topik 5 1. Terangkan konsep, matlamat dan objektif ujian dan pengukuran kekuatan otot. Pengukuran Kekuatan Otot Konsep - Kekuatan amat mustahak dlm persembahan tahap tertinggi dlm kebanyakan sukan dan bagus utk kesihatan - Otot yg kuat menolong melindungi sendi, membuat kurang mengalami tergeliat, ketegangan dan kecederaan Matlamat Kekuatan otot adalah matlamat utama pengukuran ini Kekuatan perlu utk posisi badan yg bagus. Masalah posisi badan spt otot abdomen melendut, bahu yg bulat dan sakit belakang boleh dihindarkan jika kekuatan yg cukup dikekalkan Tujuan utk menolong anda melakukan aktiviti harian dengan lebih berkesan dan merasai pengalaman dan kepuasan menyertai sukan regangan.

Objektif

2.

Bincangkan bateri dan prosedur bagi ujian dan pengukuran tersebut. Bateri : Bangun tubi dengan lutut membengkok Objektif : Mengukur kekuatan otot abdomen Prosedur / Arahan : 1. Pelajar dalam kedudukan belakang dengan kaki dibengkokkan di lutut, tapak kaki lurus di lantai dan tumit berkedudukan 12 hingga 18 inci drpd punggung. 2. Tangan hendaklah disilang dan bersentuhan dengan dada dan kedudukan tangan dalam keadaan bertentangan dengan bahu. Tangan juga hendaklah selalu bersentuhan dengan bahu semasa membuat pintalan yg lengkap 3. Dagu hendaklah sentiasa bersentuhan dengan dada. 4. Pasangan anda akan menahan kaki di atas lantai dan mengira bangkit tubi yang lengkap. 5. Pelajar hendaklah melakukan bangkit tubi dalam masa 60 saat. Kesahan : Paras kesahan adalah diterima untuk ujian ini Kebolehpercayaaan : A Pearson r merekodkan .94 untuk ujian ini. Had Umur : 10 tahun hingga dewasa Kawasan ujian : Kawasan rata Peralatan : Tikar senaman Pemarkahan : Nombor bangkit tubi yg lengkap dalam seminit direkodkan sebagai markah. Perbezaan ujian membolehkan masa seminit dan dua mint diberikan Apakah fungsi ujian dan pengukuran daya tahan otot? Ujian ini dilakukan untuk mengukur kebolehan daya tahan otot dalam aktiviti fizikal atau untuk melawan keletihan otot. Ia juga termasuk kecergasan motor dan ujian kesihatan berhubung kecergasan

3.

4. Terangkan salah satu bateri dan prosedur dalam ujian dan pengukuran daya tahan otot .Bateri : Ujian Tekan Tubi Objektif : Mengukur daya tahan tangan dan sekitar bahu Had Umur : 10 tahun hingga dewasa Peralatan : Tikar, Span Prosedur / Arahan : 1. Muka pelajar mengadap tikar di atas lantai dengan badan lurus, tangan dibengkokkan dan tapak tangan rapat lurus ke bawah dengan bahu. 2. Gunakan jari kaki sebagai penahan dan tangan diluruskan ke keadaan awal. 3. Badan diturunkan sehingga dada mencecah lantai. 4. Ulangi ujian ini sebanyak yang boleh tanpa rehat. Kesahan : Kesahan paras Objektiviti : .99. Pemarkahan : Bilangan tekan tubi yang sempurna sepenuhnya.

Topik 6: Pengukuran Kecergasan Fizikal 2 Kecergasan kardiovaskular adalah merupakan keupayaan seseorang untuk melakukan tugas berat secara berterusan bagi satu jangkamasa yang panjang. Ia dikenali sebagai kecergasan aerobic. Dua Matlamat ujian dan pengukuran kardiovaskular ialah: 1) Meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular 2) Mengurangkan risiko penyakit berkaitan dgn jantung, diabetes, darah tinggi, dan jenis2 kanser tertentu Kecergasan kardiovaskular dikaitkan dengan keupayaan pengambilan isipadu maksima oksigen (VO2 max). Pengambilan isipadu maksima oksigen ialah jumlah isipadu maksima gas oksigen yang digunakan oleh seseorang sewaktu melakukan aktiviti yang meletihkan. Skor kecergasan kardiovaskular mengambarkan betapa cekap atau tidaknya jantung dan paru-paru anda bekerja untuk menghantar oksigen ke tisu-tisu dan organ-organ dalam badan bagi menjalankan fungsi masing-masing. Ujian dan pengukuran kardiovaskular dinilai melalui Ujian Larian 1 batu dan 1.5 batu, 12 minit dan 9 minit larian, 3 batu berjalan kaki (tanpa larian) dan 12 minit ujian berenang. Matlamat dan objektif ujian komposisi tubuh badan ialah sebagai perangsang yang penting untuk mencapai berat badan yang unggul. Selain itu, ia juga membantu generasi sekarang dalam pendidikan berkaitan masalah kegemukan dan cara untuk mengatasinya. Dengan ini, kadar obesiti dapat dikurangkan dan ia secara langsung membentuk masyarakat yang lebih sihat dan cergas. Fungsi ujian dan pengukuran komposisi tubuh badan ialah untuk memperkembangkan kecergasan fizikal yang sempurna dan memantau perkembangan pembangunan otot-otot dan jumlah lemak badan yang hilang hasil daripada bersenam. Ia juga dilihat sebagai satu alat untuk meningkatkan prestasi atlet-atlet. Kaedah dalam ujian dan pengukuran dalam komposisi tubuh badan adalah praktikal dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Terdapat dua teknik yang digunakan untuk mengukur tahap lemak pada badan dan ianya sering digunakan oleh golongan profesional dalam bidang kecergasan iaitu

i.

ii.

Menimbang di dalam air (hydrostatic weighing) dan Ujian lipatan kulit (skin-fold caliper).

Bateri dan Prosedur Ujian Pengukuran Kardiovaskular a. Ujian Larian 1 batu dan 1.5 batu Objektif : Mengukur tahap kecergasan kardiovaskular Peralatan : Jam randik dan kawasan yang rata Kesahan dan Kebolehpercayaan : Kedua-dua larian adalah ujian yang sah kerana ia berkaitan dengan jumlah pengambilan oksigen yang maksimum Prosedur / Arahan : Sebelum menjalani ujian ini peserta seharusnya menjalani penyesuaian fizikal yang mencukupi bagi berlakunya penyesuaian fisiologi. Hendaklah ditekankan bahawa individu tidak semestinya berlari dengan sehabis tenaga semasa menjalani ujian ini. Pemarkahan : Berdasarkan masa dalam minit dan saat peserta menghabiskan larian b. 12 minit ujian berenang ( Cooper 1982 ) Objektif : Mengukur tahap kecergasan kardiovaskular melalui berenang Peralatan : Kolam renang, jam randik dan wisel Prosedur / Arahan : Peserta hendaklah membuat latihan sebelum mengambil ujian ini. Peserta diasingkan mengikut lorong masing-masing Apabila wisel dibunyikan ujian dimulakan dan peserta akan cuba melengkapkan renangan dengan mengumpul seberapa banyak pusingan yang dibuat. Peserta boleh menggunakan apa jua gaya dan dibenarkan berhenti untuk berehat seketika. Pemarkahan : Berdasarkan pusingan yang dibuat peserta dalam 12 minit.

1. 2. 3.

Soalan Topik 6 1. Fungsi ujian dan pengukuran Kardiovaskular. a) Menaikkan kapasiti fizikal untuk bekerja pada semua peringkat umur b) Menurunkan kadar obesiti dan masalah yang berkaitan dengan obesiti c) Mengurangkan risiko penyakit coroneri arteri dan stroke d) Mengurangkan risiko mengidap diabetes e) Dapat membantu di dalam pengurusan stres dan kemurungan f) Dapat memberi persediaan daripada segi fizikal dan mental Fungsi Ujian dan pengukuran Komposisi Tubuh Badan a) Memperkembangkan kecergasan fizikal yg sempurna kepada semua orang b) Memantau perkembangan pembangunan otot-otot dan jumlah lemak badan yang hilang hasil drpd bersenam c) Menyediakan data untuk merawat masalah obesity dan memberi kaunseling tentang pemakanan d) Mengambarkan perubahan yg berlaku kepada tubuh badan berpunca drpd pertumbuhan badan, kematangan dan faktor usia e) Sebagai alat untuk meningkatkan prestasi atlet-atlet Senaraikan dua teknik yang digunakan untuk mengukur tahap lemak pada badan yang sering digunakan oleh golongan profesional dalam bidang kecergasan. i. ii. Menimbang di dalam air (hydrostatic weighing) Ujian lipatan kulit (skin-fold caliper)

2.

3.

Topik 7 Pengukuran Lakuan Motor 1 Kuasa adalah kebolehan yang berupaya memaksimumkan daya dengan mengambil masa yang minimum. Dua jenis kuasa akan diukur iaitu kuasa individu yang terlibat dalam olahraga dan kuasa kerja. Daya dihasilkan melalui kekuatan otot (kekuatan adalah komponen kuasa) dan kelajuan adalah kepantasan daya digunakan. Kuasa selalunya dianggap sebagai ciri-ciri untuk menjadi atlet yang bagus, tetapi ia selalunya memerlukan keupayaan kuasa apabila melakukan aktiviti seharian. Ketangkasan, merujuk kepada kebolehan manuever badan, adalah kebolehan untuk kerap kali bertukar kedudukan dan arah badan atau bahagian badan. Ujian ketangkasan selalunya mempunyai tiga jenis iaitu i. ii. iii. Larian menukar arah, Menukar kedudukan badan Menukar arah bahagian badan.

Ujian ketangkasan sebaiknya digunakan untuk tujuan diagnostik, bagi mengenalpasti individu yang mempunyai ketangkasan yang kurang bagus. Ujian ketangkasan juga kadang-kadang digunakan untuk mengklasifikasikan pelajar bagi sesetengah aktiviti atau sukan, tetapi ujian diukur dalam kemahiran di dalam aktiviti atau sukan haruslah digunakan untuk tujuan pengelasan. Bateri dan prosedur ujian dan pengukuran ketangkasan ialah larian boomerang kekanan atau Right-Boomerang Run (Gates & Sheffield, 1940) dan langkah kesisi atau Sidestepping. (North Carolina Motor Fitness Battery, 1971) dan larian Zigzag Barrow (Barrow & McGee, 1979). Imbangan adalah kebolehan untuk mengekalkan equalibrium menentang daya graviti. Secara asasnya, terdapat dua jenis imbangan, iaitu statik dan dinamik.

Bateri dan prosedur ujian dan pengukuran imbangan ialah ujian imbangan statik (Johnson dan Nelson 1986), Ujian Kayu Bass (kaedah kepanjangan) (Bass, 1939), Ujian kayu bass (kaedah silang) (Bass, 1939), dan ujian keseimbangan dinamik.

Soalan Topik 7 1. Terangkan konsep ujian dan pengukuran kuasa. Kuasa adalah kebolehan yang berupaya memaksimumkan daya dengan mengambil masa yang minimum atau singkat. Kuasa juga adalah kadar kerja yang dilakukan ( hasil dari daya dan jarak ) formulanya Kuasa = Daya x Jarak = Kerja Masa Masa Apakah fungsi ujian dan pengukuran ketangkasan? Mengenalpasti individu yang mempunyai ketangkasan yang kurang bagus dan bagus

2.

3.

Terangkan perbezaan imbangan statik dan dinamik. Imbangan statik Kebolehan mengekalkan kestabilan semasa pusat graviti berada setempat @ tidak bergerak seperti dalam aktiviti dirian. Contoh aktiviti tolak patung, dirian kepala, buaian tayar, imbangan dengan sebelah kaki, berdiri tegak, bergaya ketika bergambar, kedudukan untuk menembak. Imbangan dinamik Kebolehan mengekalkan kestabilan di ubah, mengekalkan equilibirium sementara dalam gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Contoh aktiviti berjalan, meniti tali, berjalan di atas titi, berlari, meniti di atas bangku, lompat ketingting, imbangan kaki tempurung, bowling, menendang bolasepak

4.

Nyatakan fungsi ujian dan pengukuran imbangan. Mengenalpasti individu yang mempunyai masalah keseimbangan. Meningkatkan norma-norma bagi penduduk dengan setiap pekerjaan yang dilakukan.

Topik 8: Pengukuran Lakuan Motor 2 Kepantasan ialah kebolehan untuk melaksanakan pergerakan di dalam jangka masa yang pendek seperti yang dilakukan semasa larian pecut. Masa tindak balas ialah satu jangka masa yang diambil untuk bergerak dan bertindak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demikian. Ia selalu dikaitkan dengan faktor deria penglihatan dan pendengaran. Kebolehan dan keupayaan seseorang itu bertindak secepat mungkin dapat membantunya ketika dalam kecemasan. Matlamat dan objektif bagi pengukuran kepantasan dan tindak balas ialah untuk membantu murid memahami keseluruhan kecergasan fizikal dan membantu murid dalam membuat keputusan tentang masa depan mereka di dalam aktiviti fizikal. Objektif ujian pengukuran kemahiran sukan ialah mempertingkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan berasaskan kemahiran sukan. Ia juga meningkatkan kemahiran dan strategi supaya perlakuan dapat dilaksanakan dengan tepat dan memberi pendedahan kepada murid-murid kepada pelbagai kemahiran sukan. Aktiviti pergerakan dan ritma yang boleh meningkatkan kercergasan dan sangat menyeronokkan. Ia juga adalah pergerakan berkoordinasi dan bersifat estetik. Pergerakan boleh dilakukan secara individu, berpasangan, atau berkumpulan dengan alatan atau tanpa alatan secara licin dan berterusan. Matlamat dan objektif pengukuran pergerakan dan ritma ialah dapat melakukan pergerakan asas dengan teknik yang betul, mengikut tema, dengan menggunakan alatan yang sesuai. Aktiviti ini juga dapat menghilangkan tekanan dan dapat mengelakkan daripada berlakunya stress.

Pergerakan terdiri daripada tiga bahagian pergerakan asas; iaitu

1. Pergerakan lokomotor, 2. Pergerakan bukan lokomotor 3. Pergerakan manipulatif.

Rajah 1.1: Pergerakan Asas

Pergerakan lokomotor bersifat gerakan yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke depan atau ke kiri atau ke kanan. Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang-bengkok, zig-zag dan lain-lain. Masa digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat @ perlahan, dengan tiba2 @ terkawal

Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga diertikan sebagai keupayaan mengerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. Kegunaannya ialah membantu menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik, fleksibel dan seimbang, meningkatkan kekuatan otot dan daya tahan otot Gerakan dalam aktiviti bukan lokomotor perlulah dibuat dalam keadaan tenang dan kurang tekanan. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Contoh aktiviti berpasangan dan berkumpulan - gusti tangan, turun naik berpasangan, enjit-enjit semut, tepuk amai-amai, menarik setempat, menarik dan menahan rakan

Manipulasi alat ialah bagaimana cara kita menggayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran manipulasi alat hendaklah dibina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah.

Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan koordinasi anggota badan contohnya tangan-mata, kaki-mata dan lain-lain. Contoh aktiviti melambung sebiji bola ke udara dan menyambut semula, mengolek gelung, membaling pundi kacang

Persepsi Motor Aktiviti persepsi motor adalah penting dalam mengajar kanak-kanak terutama pelajar pra sekolah membuat gerakan berkordinasi. Persepsi motor juga penting dalam membantu kanak-kanak membaca, kemahiran persepsi membolehkan kanak-kanak mahir mengenal dan mentafsir huruf isyarat. Imbangan bermaksud kebolehan untuk seseorang mengawal dan mengekalkan posisi badan semasa melakukan aktiviti. Apabila jumlah tindakan daya pada pusat graviti adalah sifar keseimbangan akan tercapai. Objek yang mempunyai kedudukan pusat graviti yang rendah dan tapak yang lebar adalah lebih seimbang. Koklea yang terdapat dalam organ merupakan bahagian dalam organ pendengaran yang memelihara keseimbangan tubuh. Dalam permainan dan sukan imbangan penting untuk memantapkan keperilakuan dan membentuk gerakan. a) Imbangan statik ialah kestabilan semasa pusat graviti berada setempat seperti dalam aktiviti dirian. Contoh aktiviti tolak patung, dirian kepala, buaian tayar, imbangan dengan sebelah kaki, berdiri tegak b) Imbangan dinamik mengekalkan kestabilan di ubah Contoh aktiviti berjalan, meniti tali, berjalan di atas titi, berlari, meniti di atas bangku, lompat ketingting, imbangan kaki tempurung Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-kanak tentang diri sendiri. Pemahaman tentang potensi pergerakan kanak-kanak bergantung kepada kesedaran tubuh badan. Ruang adalah kawasan di mana kita hidup, ruang terdapat di sekeliling kita. I. II. Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi individu iaitu lingkungan kawasan yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am pula ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan.

Kesedaran arah membolehkan pelajar dapat menyedari dan seterusnya memanipulasi arah di dalam ruang persekitarannya. Kesedaran luaran ini terbina daripada disebabkan kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala datar. Aktiviti kesedaran arah memerlukan kordinasi pelbagai arah pada bahagian tubuh atau anggota lain seperti tangan dan kaki digunakan dalam menolong menggembangkan kesedaran hala datar kanak-kanak. Pelbagai jenis penerokaan pergerakan akan dapat membentuk perkembangan kesedaran arah. Bergerak ke hadapan ke belakang, ke kiri ke kanan, ke atas dan ke bawah boleh membina kesedaran arah. Koordinasi melibatkan penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan anggota tubuh badan menggunakan pancaindera serta hubungannya dengan minda. Koordinasi ialah keupayaan otot dan otak melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar.

Soalan Topik 8 1. Nyatakan persamaan di antara kepantasan dan masa tindak balas serta contohnya. Kepantasan ialah kebolehan untuk melaksanakan pergerakan di dalam jangka masa yang pendek seperti yang dilakukan semasa larian pecut. Masa tindak balas ialah satu jangka masa yang diambil untuk bergerak dan bertindak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demikian. Ia selalu dikaitkan dengan faktor deria penglihatan dan pendengaran. Kebolehan dan keupayaan seseorang itu bertindak secepat mungkin dapat membantunya ketika dalam kecemasan. Matlamat dan objektif bagi pengukuran kepantasan dan tindak balas ialah untuk membantu murid memahami keseluruhan kecergasan fizikal dan membantu murid dalam membuat keputusan tentang masa depan mereka di dalam aktiviti fizikal. Kedua-duanya memelukan masa bertindak dengan cepat dan pantas.

2.

Senaraikan dan bincangkan tiga jenis pergerakan asas. 1) Pergerakan lokomotor, Pergerakan lokomotor bersifat gerakan yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Ia melibatkan arah, haluan dan masa.

2) Pergerakan bukan lokomotor Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga diertikan sebagai keupayaan mengerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. Kegunaannya ialah membantu menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik, fleksibel dan seimbang, meningkatkan kekuatan otot dan daya tahan otot

3) Pergerakan manipulatif. Manipulasi alat ialah bagaimana cara kita menggayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran manipulasi alat hendaklah dibina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan koordinasi anggota badan contohnya tangan-mata, kaki-mata dan lain-lain. Contoh aktiviti melambung sebiji bola ke udara dan menyambut semula, mengolek gelung, membaling pundi kacang

Topik 9: Pengukuran Lakuan Motor 3 Ujian persepsi motor adalah bagi menguji kebolehan kanak-kanak untuk menyatukan maklumat pancaindera dengan pengalaman lepas untuk membuat keputusan tentang pergerakan. Komponen persepsi motor yang lebih tepat termasuklah keseimbangan, kedudukan dan kesedaran lokomotor, pengertian gambaran, pengertian pendengaran, pengertian kinestetik, pengertian deria rasa, kesedaran badan, bahagian sisi dan arah. Program Pendidikan Jasmani yang kukuh adalah mustahak bagi setiap pembangunan motor untuk kanak-kanak. Sebelum melakukan ujian secara rasmi terhadap pelajar kurang upaya, biasakan diri anda dengan bentuk atau cara lakuan motor asas. Persediaan pengukuran bagi sesetengah kemahiran seperti larian, meloncat, keseimbangan, menangkap, membaling, memukul objek dan sepakan mungkin dilakukan dengan cara skala kedudukan, dengan pelajar melakukan kemahiran sementara anda memerhatikan kemahiran tersebut. Bateri dan prosedur ujian dan pengukuran persepsi motor adalah Tinjauan Persepsi Motor Purdue (Roach & Kephart, 1966), Ujian Persepsi Motor Ayres Southern California (Miller & Sullivan, 1982) dan Ujian Persepsi Motor Andover. (Nichols, Arsenault, & Giuffre, 1980). Kinestetik adalah kebolehan untuk fahami kedudukan posisi badan dalam ruang dan hubung kait antara bahagian-bahagiannya (Singer, 1968). Seseorang dengan kepandaian kinestetik juga mempunyai koordinasi yang baik, boleh menjadi mahir dalam kemahiran motor dan fizikal, dan kebolehan untuk menggunakan kemahiran tersebut untuk komunikasi dihasilkan. Mempunyai kebolehan dalam kinestetik juga melibatkan lima deria rasa. Kinestetik secara amnya mempunyai koordinasi tangan dan mata serta teknologi adalah peralatan yang bagus sewaktu belajar. Bateri dan prosedur ujian dan pengukuran kinestetik adalah Pengukuran terhadap Proprioseptif Tangan ( Wycherley, Helliwell & Bird ) dan Penilaian Kesan Latihan Kinestetik terhadap Tulisan Tangan terhadap Pelajar Gred Satu (Sudsawad, Trombly, Henderson & Tickle-Degnen).

Soalan Topik 9 1. Terangkan konsep ujian dan pengukuran persepsi motor. Ujian persepsi motor adalah bagi menguji kebolehan kanak-kanak untuk menyatukan maklumat pancaindera dengan pengalaman lepas untuk membuat keputusan tentang pergerakan Apa yang anda fahami tentang fungsi ujian dan pengukuran persepsi motor. Membantu meningkatkan keseimbangan dan posisi badan. Memberi kesedaran tentang lokomotor, 5 deria utama dan kinestetik.

2.

Topik 10: Bidang Lain dalam Pengukuran Ujian aptitud adalah untuk mengukur kebolehan atau potensi kebolehan dan tanda-tanda kejayaan terhadap tugas berkait dalam masa hadapan. Borang yang selalunya digunakan untuk menilai ujian aptitud adalah untuk menghakimi perjanjian persekolahan dan sesiapa yang menggunakan pekerjaan dan pendidikan kaunseling. Jumlah markah bagi ujian aptitud selalunya digunakan dalam situasi kaunseling untuk menilai perjanjian dalam muzik, mekanikal dan artistik di kalangan mereka. Ujian aptitud seharusnya digunakan untuk sesiapa yang mempunyai maklumat lepas tidak lengkap, mempunyai konflik atau tarikh yang tidak sesuai bagi kehidupan pelajar. Ujian pencapaian dilakukan untuk menerangkan keadaan sebenar bagi pembelajaran. Kebijaksanaan adalah fikiran daripada ramai aptitud umum. Attitud merujuk kepada perasaan tentang objek sosial yang khusus, fizikal objek, jenis-jenis manusia, pengkhususan manusia, institusi sosial dan polisi kerajaan. Attitud secara amnya diukur dengan menggunakan skala yang memerlukan pelajar bersetuju atau tidak bersetuju dengan kenyataan. Enam Skala / Kriteria utama Skala Ujian Attitud Kenyon ialah 1) Pengalaman sosial yg menunjukkan peluangnya terhadap hubungan sosial 2) Kesihatan dan kecergasan memberi peluang utk meningkatkan kesihatan dan kecergasan fizikal 3) Perasaan terhadap kepelbagaian dalam aktiviti fizikal yg menyediakan elemen mencabar kpd peserta melalui kepantasan, pecutan, perubahan arah @ terdedah kpd keadaan berbahaya. 4) Pengalaman estetik yg disediakan secara keseluruhannya mengembirakan pemerhati 5) Kelegaan emosi di mana mereka dapat melepaskan perasaan kecewa mereka 6) Pengalaman perasaan yang tenang pelajar perlukan dedikasi untuk mencapai @ memenangi perlawanan *jawapan diatas memerlukan ayat spt berikut iaitu: Markah yg tinggi dalam skala ini menunjukkan penilaian pelajar terhadap aktiviti fizikal Senarai attitud berskala dengan pelbagai kenyataan dapat menyampaikan perasaan seseorang tentang attitud terhadap sesuatu objek. Alat psikologi yang selalunya digunakan adalah dengan kenyataan perkataan yang positif dan negatif. Kenyataan perkataan negatif hendaklah markah berbeza dengan susunan untuk menggambarkan niat reponden tersebut. Bateri, prosedur ujian dan pengukuran ketangkasan adalah Skala Attitud Pendidikan Jasmani Adams (Adams 1963), Skala Attitud Wear (Wear 1955) dan Skala Attitud Kenyon (Kenyon 1968a, 1968b).

Memotivasikan diri sendiri adalah sifat personaliti yang berkait dengan tabiat bersenam. Sifat psikologi adalah bentuk yang kukuh. Bateri, prosedur ujian dan pengukuran personaliti adalah Skala Perangai Kedudukan Blanchard (Blanchard 1936) dan Senarai Memotivasikan Diri Sendiri (SMI) (Dishman dan Ickes 1981). Faktor Penentu bagi kelakuan bersenam oleh Dishman 1990 Tabiat merokok perokok lebih gemar memilih utk tidak bersenam Tahap pekerjaan pekerja bawahan lebih gemar melakukan aktiviti bersenam drpd pekerja atasan Komposisi badan individu yg mempunyai berat badan berlebihan tidak menyukai program kecergasan Sejarah penglibatan dalam bersenam adalah telahan terbaik terhadap aktiviti fizikal Motivasi kendiri sifat personaliti terhadap motivasi kendiri berkait dgn tabiat bersenam. Tahap pengetahuan pengetahuan dan kepercayaan memberi faedah terhadap aktiviti fizikal memotivasikan individu utk bersenam 7) Kesan positif merasai keseronokan dan sihat adalah motif yg kuat terhdp penglibatan aktiviti fizikal 8) Merasai kapasiti bersenam kepercayaan yg khusus ttg kebolehan cenderung kpd kepatuhan peningkatan terhdp senaman dlm proses pemulihan dan program bersenam yg bebas 1) 2) 3) 4) 5) 6)

Soalan Topik 10 1. Apakah konsep ujian dan pengukuran aptitud. Ujian aptitud adalah untuk mengukur kebolehan atau potensi kebolehan dan tanda-tanda kejayaan terhadap tugas berkait dalam masa hadapan Cara pengiraan Ujian Attitud Nilai Pemarkahan Berbeza Nilai terakhir = [ ( 1+ Nilai skala tinggi ) Nilai direkodkan ] = [ ( 1+7) 2 ] = 6 Huraikan bateri pengukuran attitud. Bateri : Skala Attitud Kenyon (Kenyon 1968a, 1968b) Objektif : Mengukur enam attitud terhadap Pendidikan Jasmani Had Umur : Sekolah menengah hingga kolej Kesahan : Markah skala berbeza ant atlet dan bukan atlet. Pandangan individu yang mahir berbeza dengan yang pasif dan yang aktif dalam penglibatan aktiviti fizikal Kebolehpercayaan : Jarak koeffisien ant .72 - .89 utk pelbagai skala Pentadbiran / Arahan : Kesemua skala ditadbir Pemarkahan : Setiap skala mempunyai markah yg berasingan jadi pelajar akan menerima enam markah. Markah hendaklah tidak dijumlahkan untuk mendapatkan markah perseorangan Bezakan konsep pengukuran Attitud dan Personaliti Attitud merujuk kepada perasaan tentang objek sosial yang khusus, fizikal objek, jenis-jenis manusia, pengkhususan manusia, institusi sosial dan polisi kerajaan Pengukuran personaliti adalah untuk meramalkan kelakuan individu pada masa hadapan

2.

3.

4.

5. Nyatakan fungsi ujian pengukuran Personaliti.Mengukur perangai dan personaliti pelajar Meramalkan kelakuan masa hadapan pelajar Mengukur motivasi kendiri