Nota Ringkas Ilmu Tarannum

62
Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS KEMAHIRAN TARANNUM BIL-QURAN PENGERTIAN AL-QURAN Al-Quran ialah Kalamullah berupa mukjizat yang telah diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s. dalam Bahasa Arab dan ditulis dalam beberapa Mushaf yang dipindahkan secara tawatir yang dimulai dengan Surah al-Fatihah dan disudahi dengan Surah an-Nas serta membacanya merupakan suatu ibadah. PENGERTIAN TARANNUM BIL-QURAN Tarannum merupakan suatu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyinya melalui proses nada, rentak dan irama tertentu untuk menambahkan keunikan seni tilawah al-Quran FALSAFAH TARANNUM BIL-QURAN Bertilawah al-Quran secara berlagu adalah suatu inisiatif ke arah pencapaian amalan membaca al-Quran di tahap tertinggi bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar al-Quran kepada Keagungan Allah Ta’ala. Bertarannum tanpa memahami falsafahnya bukan sahaja suatu penyelewengan, malah merupakan suatu pengkhianatan. m.s 1

description

agama

Transcript of Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Page 1: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

KEMAHIRAN TARANNUM BIL-QURAN

PENGERTIAN AL-QURAN

Al-Quran ialah Kalamullah berupa mukjizat yang telah diturunkan ke atas Nabi Muhammad

s.a.w. dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s. dalam Bahasa Arab dan ditulis dalam beberapa

Mushaf yang dipindahkan secara tawatir yang dimulai dengan Surah al-Fatihah dan disudahi

dengan Surah an-Nas serta membacanya merupakan suatu ibadah.

PENGERTIAN TARANNUM BIL-QURAN

Tarannum merupakan suatu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyinya melalui proses nada,

rentak dan irama tertentu untuk menambahkan keunikan seni tilawah al-Quran

FALSAFAH TARANNUM BIL-QURAN

Bertilawah al-Quran secara berlagu adalah suatu inisiatif ke arah pencapaian amalan

membaca al-Quran di tahap tertinggi bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar

al-Quran kepada Keagungan Allah Ta’ala. Bertarannum tanpa memahami falsafahnya bukan

sahaja suatu penyelewengan, malah merupakan suatu pengkhianatan. Justru, setiap individu

m.s 1

Page 2: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

DALIL-DALIL DISYARI’ATKAN TILAWAH AL-QURAN SECARA BERTAJWID,

BERTARTIL DAN BERTARANNUM

Firman Allah Ta’ala,

Maksudya: “Orang-orang yang Telah kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya

dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. dan barangsiapa yang

ingkar kepadanya, maka mereka Itulah orang-orang yang rugi”. (Surah al-Baqarah : 121)

Firman Allah Ta’ala,

Maksudnya: “Dan bacalah Al Quran itu dengan tartil”. (Surah al-Muzzammil:4)

Sabda Rasulullah s.a.w.

ن� �ن� الص�وت� الح�س� �م ف�إ �ك صو�ات� �أ ء�ان� ب �وا الق�ر ن � ح�س

ن ا �ز�يد� الق�رء�ان� ح�س� يMaksudnya: “Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara kamu (yang baik).

Sesungguhnya suara yang elok itu akan menambahkan lagi keelokan al-Quran (Riwayat

Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, ad-Darimi, an-Nasa-ie dan al-Hakim)

Sabda Rasulullah s.a.w.

m.s 2

Page 3: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

ل ت%%� �ر� ت� ت �ن �م�ا ك �ل� ك ت ق� و�ر� و�ار أ �قر� ، إ ء�ان� �ق�ال� ل�ص�اح�ب� الق�ر ي

ؤ�ه�ا �قر� �ة4 ت د� آخ�ر� آي ن �ك� ع� ز�ل �ن� م�ن يا ف�إ في الد=ن

Maksudnya: “Dipersilakan ahli al-Quran ke syurga seraya berkata: “Bacalah, naiklah ke

tingkat atas dan perelokanlah bacaan kamu sebagaimana kamu mengelokkan bacaannya

ketika di dunia dahulu. Sesungguhnya tempat tinggal kamu di syurga ini adalah

berdasarkan akhir ayat yang kamu bacakan” (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Tirmizi)

Sabda Rasulullah s.a.w.

نى� �غ%%� �ت وت� ي ن� الص%%� �ي� ح�س%%� �ب �ن �ذ�ن� ل ا أ يء4 م%%� �ذ�ن� الله ل�ش%%� م�ا أ

�ه� �جه�ر� ب ء�ان� ي �الق�ر ب

Maksudnya: “Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu ialah apa yang diizinkan kepada Nabi

(Muhammad s.a.w) yang selalu mengelokkan suara untuk melagukan bacaan al-Quran

dalam bentuk nyaring”. (Riwayat al-Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w.

�م �ك صو�ات� �أ ء�ان� ب �وا الق�ر �ن ي ز�

Maksudnya: “Hendaklah kamu menghiasi bacaan al-Quran itu (dengan mempelbagaikan

bunyi) suara kamu”. (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa-ie)

Sabda Rasulullah s.a.w.

ء�ان� �الق�ر �غ�ن� ب �ت �م ي �ا م�ن ل س� م�ن �ي ل

Maksudnya: “Bukanlah dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan dengan

bacaan al-Quran”. (Riwayat al-Bukhari)

m.s 3

Page 4: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Sabda Rasululah s.a.w.

وا ك%%� ء�ان� و�اب الق�ر �غ�ن� ب%%� �ت �م ي ا م�ن ل س� م�ن%%� �ي ، ل ء�ان� الق�ر �وا ب%%� ن غ�

�وا �اك �ب �وا ف�ت ك �ب �م ت �ن ل ف�إ

Maksudnya: “Hendaklah kamu melagukan dengan bacaan al-Quran kerana bukan dari

kalangan kami mereka yang enggan melagukan dengan bacaan al-Quran dan

menangislah. Jika engkau tidak mampu menangis maka usahakanlah menangis”. (Riwayat

an-Nasa-ie)

Sabda Rasulullah s.a.w.

ون� �ح%%� �م و�ل �اك �ي �ها، و�إ صو�ات� ب� و�أ �ح�ون� الع�ر� �ل ء�ان� ب ق�ر ؤ�وا ال �قر� إ

Nمو د�ى ق%� �ع%% �ج�ئ� ب ي ه� س%� �ن%� ، ف�إ ق� ف�س%% ل� ال �ه%% ن� و�أ �ي اب �ت%%� ك �هل� ال أ

. �وح� �ة� و�الن �ي �ان هب �اء� و�الر� غ�ن ع� ال ي ج� �ر ء�ان� ت ق�ر �ال ج�ع�ون� ب �ر� ي

Maksudnya: “Bacalah al-Quran itu dengan irama (tarannum) ‘Arab dan dengan suara yang

berlahjah Arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran dengan gaya ahli fasiq.

Demikianlah juga dengan irama ahli gereja (kristian dan yahudi)” (Riwayat al-Tabrabi dan al-

Baihaqi).

Sabda Rasulullah s.a.w.

�ه� =وا ب �غ�ن �ع�اه�د�وا و�ت �اب� الله و�ت �ت �م�وا ك �ع�ل ت

Maksudnya: “Hendaklah kamu mempelajari Kitab Allah (al-Quran) dan ceriakanlah serta

perelokkanlah irama bacaannya”. (Riwayat Muslim)

m.s 4

Page 5: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

SIFAT-SIFAT TILAWAH AL-QURAN RASULULLAH S.A.W.

‘Abdullah ibnu Maghfal telah berkata:

� )القرءان( و�ه�و� أ �قر� �م� ي ل ه� و�س� �ي �ي� ص�ل�ى الله ع�ل �ب ت� الن �ي أ ر�

اء�ة ح� ق�ر� ف�ت ة� ال ور� � س� أ �قر� �ه� و�ه�و� ي ر� ب ي �س� �ه� و�ه�ي� ت �اق�ت ع�ل�ى ن

ج�ع� �ر� � و�ه�و� ي أ �قر� �ة ي �ن �ي .ل

Maksudnya: “Aku menyaksikan Nabi s.a.w. membaca al-Quran sedangkan baginda

berada di atas untanya yang sedang maju berjalan. Baginda membaca ayat-ayat dari

Surah al-Fathu dengan bacaan yang amat lembut dalam bentuk bacaan Tarji’

(melagukan)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Al-Barra’ ibnu ‘Aazib berkata:

� ف�ى أ �قر� �م� ي ل ه� و�س� �ي ول� الله� ص�ل�ى الله� ع�ل س� م�عت� ر� س�

�حس�ن� ص�وت ا �ح�د ا أ م�عت� أ ، ف�م�ا س� �ون� ت ي ن� و�الز� �ي اء� و�الت ع�ش� ال

ه�. م�ن

Maksudnya: “Aku pernah mendengar Nabi s.a.w. membaca Surah al-Thin ketika solat

‘Isyak. Ya, sungguh indah sekali bacaannya. Tiada pernah aku mendengar seorang pun

yang lebih lunak suara bacaan daripadanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

m.s 5

Page 6: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Jabir ibnu Muth’im telah berkata:

� ف�ى أ ر� �ق%% �م� ي ل ه� و�س%%� �ي%% ل�ى الل%%ه� ع�ل ول� الل%%ه� ص%%� س%%� م�عت� ر� س�

و� وت ا أ ن� ص%%� �حس%%� د ا أ �ح%%� م�عت� أ ا س%%� الط=ور�، ف�م%%� ر�ب� ب%%� الم�غ%%

ه� �ء�ة م�ن ا .ق�ر�

Maksudnya: “Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. membaca Surah al-Thur ketika

solat maghrib. Tidak pernah aku mendengar seorang pun sebegitu lunak suara bacaan

daripadanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

PERANAN TARANNUM BIL-QURAN

Untuk mencapai tahap ketartilan yang tinggi ketika membaca al-Quran sesuai dengan

maksud Firman Allah Ta’ala : “Dan hendaklah kamu membaca al-Quran dengan setartil

yang mungkin”. (Surah al-Muzzammil : 4)

Suatu penghormatan kepada status al-Quran sebagai wahyu Allah Ta’ala yang teragung.

Sabda Rasululah s.a.w. bermaksud: “Diturunkan al-Quran itu dengan penuh kebesaran

dan kehormatan”. (Riwayat Muslim)

Menambahkan kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar terhadap

ayat-ayat al-Quran sebagaimana Firman Allah Ta’ala bermaksud: “Mereka (orang-orang

beriman) segera menundukkan muka sambil menangis sedangkan al-Quran itu boleh

menambahkan kekhusyukan dan keinnsafan”. (Surah al-Isra’:109)

Untuk memperoleh rahmat dan hidayah daripada Allah Ta’ala sebagaimana Firman Allah

Ta’ala yang bermaksud: “Dan apabila al-Quran dibaca maka hendaklah kamu

mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan dengar bacaannya) semoga kamu

beroleh rahmat Allah Ta’ala”. (Surah al-A’raf: 204)

m.s 6

Page 7: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Dapat menambahkan lagi keunikan al-Quran dari aspek seni bacaan selaras dengan

sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud : “Perelokkanlah bacaan al-Quran dengan kelunakan

suara kamu. Sesungguhnya dengan suara yang lunak sahaja mampu menambahkan lagi

keindahan seni bacaan al-Quran itu”. (Riwayat al-Nasa-ie dan Abu Daud)

SUMBER ILHAM UMUM IRAMA TARANNUM BIL-QURAN

Pakar-pakar sejarah Ilmu Tarannum berpendapat bahawa sumber ilham irama-irama

Tarannum bil-Quran adalah bersumberkan alam fenomena alam seperti:

Dari bunyi geseran kayu

Dari bunyi tiupan angin

Dari suara kicauan burung

Dari bunyi deruan air sungai dan ombak laut

PENGGUBAH /PEMODENAN TARANNUM BIL-QURAN

Menurut Syeikh Muhammad Sholeh al-Fathaniy dalam Kitab Sirajul Qari’ bahawa

pemodenan Tarannum adalah diilhamkan oleh Professor Batlimus al-Hakim al-Falsufi

yang kemudiannya diperkembangkan lagi oleh Ishaq bin Ibrahim al-Musiliy al-Nadimi

(keturunan Greek).

m.s 7

Page 8: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

SEJARAH TARANNUM BIL-QURAN

Tarannum Bil-Quran bermula sejak peristiwa Nuzulul Quran pada tahun 610 masihi ketika

Rasulullah s.a.w. sedang ‘bertahannuth’ di Gua Hira’dengan turunnya wahyu pertama ayat

1 hingga 5 Surah al-‘Alaq. Baginda menerima ayat-ayat tersebut dan membacanya

dengan elok dan lunak sepertimana disampaikan oleh malaikat Jibril a.s. serta

memerintahkan supaya para sahabatnya membacanya dengan ‘bertazyin’ dan ‘bertahsin’.

Seterusnya para sahabat seperti ‘Abdullah ibnu Mas’ud, Ubai ibn Ka’ab, Salim Maula Abi

Huzaifah dan Abu Musa al-Asy’ari telah menyebar luaskan pengajaran al-Quran secara

demikian kepada para sahabat lain.

Aktiviti ini diteruskan pula oleh para ulama al-Quran dari kalangan tabi’in seperti ‘Al-qamah

bin Qais di Kufah, ‘Abdullah ibnu al-Sa-ib di Makkah, Abu Abdur Rahman al-Sulami di

Kufah, ‘Abdullah ibn ‘Iyasy dan lain-lain lagi. Di kalangan tabi’ tabi’in pula lahir tokoh-tokoh

ulung seperti ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz, Imam Muhammad ibn Idris as-Syafi’ie, para imam

qiraat, guru-guru al-Quran, para qari dan qariah yang muktabar hingga kini

Pengajaran Tarannum Bil-Quran terus berkembang pesat di seluruh dunia Islam. Kini

terdapat pelbagai institusi pengajian al-Quran di berbagai peringkat pengajian seperti

universiti-universiti di negara-negara Timur Tengah, Nusantara dan tempatan. Di

Malaysia, kursus-kursus berkaitan dengan kemahiran al-Quran telah menjadi suatu

daripada bidang pengajian bermula di peringkat TADIKA, sekolah-sekolah rendah,

sekolah-sekolah menengah, kolej-kolej universiti, universiti-universiti, maahad-mahad

Tahfiz dan di dalam bidang latihan keguruan. Malah Malaysia dan Indonesia telah

mewujudkan Akademi Al-Quran bagi memantapkan lagi penguasaan kemahiran al-Quran

di kalangan umat Islam khususnya remaja.

m.s 8

Page 9: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

SEJARAH PENGAJIAN AL-QURAN DAN TARANNUM DI NUSANTARA

Almarhum Profesor Dr. HAMKA di dalam ‘Sejarah Umat Islam’ menjelaskan bahawa Islam

telah berkembang di Nusantara mulai kurun pertama hijrah bersamaan kurun ke tujuh

masihi iaitu di zaman pemerintahan Khulafa’ Bani Umaiyah. Perkembangan ini sekali gus

membawa kepada perkembangan pengajaran dan pembelajaran al-Quran melalui inisiatif

pedagang-pedagang dan mubaligh-mubaligh Islam yang datang dari Tanah Arab dan

India pada kurun ke sepuluh hingga kurun ke lima belas masihi (sebelum era penjajahan

barat dan Jepun di Nusantara). Mulai kurun ke dua puluh masihi, perkembangan Islam

dan al-Quran tidak lagi dimonopoli oleh golongan berketurunan Arab, malah telah diambil

alih dengan giatnya oleh umat Islam tempatan hingga kini.

JENIS-JENIS TARANNUM BIL-QURAN DAN HURAIANNYA

Tarannum Hijazi : iaitu Tarannum Arab berlahjah Hijaz. Iramanya panas dipengaruhi

suasana padang pasir yang berbukit bukau dengan suhu tinggi kepanasan. Alunan

iramanya agak nyaring, lincah di samping suara yang tinggi kehangatan.

Tarannum Masri : iaitu Tarannum Arab berlahjah Mesir. Iramanya lembut dipengaruhi

persekitaran Lembah Nil yang subur menghijau serta airnya yang beralun tenang dan

nyaman. Alunan iramanya sederhana, lembut, bersopan di samping nada suaranya

sederhana kemanisan.

m.s 9

Page 10: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

ASAS-ASAS UMUM TARANNUM HIJAZI

Tarannum Hijazi diasaskan daripada beberapa jenis tarannum seperti berikut:

Banjakah

Husaini

Mayyah

Rukbi

Dukah

Sikah

‘Usya’

Unsad

Shun-‘ani

Yaman

Hijazi

Jiharkah

Hirab

Dan lain-lain lagi

ASAS-ASAS UMUM TARANNUM MASRI

Tarannum Masriy pula diasaskan daripada beberapa jenis tarannum iaitu

Bayyati

Hijazi

Iraqi

Rast

Husaini

Kurdi

Shoba

‘Ajam

Nahawand

Nawa Athar

Sikah dan

Jiharkah

Sehingga kini beberapa jenis tarannum yang masih popular di kalangan qari dan qari-ah

adalah seperti Bayyati, Shoba, Hijaz, Nahawand, Rast, Sikah, Jiharkah dan Kurdiy.

m.s 10

Page 11: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

SUSUNAN / KOMBINASI TARANNUM YANG POPULAR DI NUSANTARA

Bayyati ÷ Shoba ÷ Hijaz ÷ Nahawand ÷ Bayyati penutup.

Bayyati ÷ Hijaz ÷ Nahawand ÷ Rast÷Sikah ÷ Bayyati penutup

Bayyati ÷ Nahawand ÷ Rast ÷ Jiharkah ÷ Bayyati penutup

Bayyati ÷ Rast ÷ Jiharkah ÷ Sikah ÷ Bayyati penutup

Bayyati ÷ Shoba ÷ Sikah ÷ Jiharkah ÷ Bayyati penutup

Bayyati ÷ Nahawand ÷ Sikah ÷ Jiharkah ÷ Bayyati penutup

Bayyati ÷ Nahawand ÷ Jiharkah ÷ Sikah ÷ Bayyati penutup

SISTEM PERSEMBAHAN TARANNUM BIL-QURAN DI MALAYSIA

Beberapa kriteria telah ditetapkan bagi melahirkan sebuah persembahan Tarannum Bil-

Quran yang berkualiti. Ia perlu memenuhi sistem dan teknik seperti berikut:

Satu Harakat: iaitu suatu alunan irama tarannum yang mengandungi beberapa

qit’ah dengan satu mahattah.

Satu Qit’ah: iaitu suatu potongan daripada alunan irama yang paling pendek tanpa

mahattah.

Satu Mahattah: iaitu suatu bentuk atau gaya penghujung yang lengkap bagi sesuatu

harakat tarannum.

Satu Tarannum: iaitu suatu jenis irama yang mengandungi beberapa harakat, qit’ah

dan mahattah yang lengkap

Satu Persembahan : iaitu suatu persembahan tilawah dengan kombinasi beberapa

jenis tarannum yang disusun dengan lengkap.

m.s 11

Page 12: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

SISTEM PERSEMBAHAN TARANNUM BIL-QURAN DI MALAYSIA

Di Malaysia, setiap persembahan tarannum perlu memenuhi ciri-ciri berikut:

Menggabungkan beberapa jenis tarannum yang berlainan tanpa takrir

Mengandungi beberapa tabaqat suara yang disusun mengikut teknik yang menarik

Tarannum pembukaan mestilah sama seperti tarannum penutup

PERSEMBAHAN TARANNUM BIL-QURAN YANG MUKTABAR

Sesuatu persembahan tarannum bil-Quran yang baik perlu memenuhi beberapa ciri

seperti berikut:

Susunan harakatnya rapi dan sistematik

Susunan tarannumnya rapi dan selesa

Bersesuaian tarannum dengan maksud ayat yang dibaca

Tarannum menepati hukum-hukum tajwid

Bersesuai tarannum dengan suara

Pengendalian suara berlahjah Arab

Mempunyai ‘Salalim’ yang menarik

Mempunyai ‘Ikhtilal Lahn’ yang baik

Mutu suara yang lunak lagi menarik

Mempunyai ‘Wushlah Mumasalah’ yang menarik dan sesuai

Disertai dengan ‘Qit’ah’ dan ‘Mahatthah’ yang menarik.

Disertai dengan ‘Burdah’ yang menarik

m.s 12

Page 13: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

PERANAN HARAKAT DALAM TARANNUM BIL-QURAN

Harakat ialah tingkatan-tingkatan atau pergerakan suara semasa mengalunkan sesuatu

tarannum. Lazimnya setiap jenis tarannum mempunyai beberapa harakat yang sesuai

dengan nada suara yang dialunkan. Antara lain peranan harakat ialah:

Untuk mempelbagaikan seni bunyi suara bacaan

Untuk menghidupkan bacaan

Untuk meningkatkan persembahan bacaan

Menjadi pengukur kepada tarannum berikutnya

PERANAN KHUSUS SETIAP HARAKAT DI DALAM TARANNUM BIL-QURAN

Harakat 1 : sebagai penyesuaian kepada persembahan

Harakat 2 : menjadi rangsangan kepada persembahan

Harakat 3 : sebagai ‘Jawab’

Harakat 4 : sebagai ‘Jawabul Jawab’

Harakat 5 : sebagai persediaan penutup persembahan

Harakat 6 : sebagai penutup persembahan.

CIRI-CIRI HARAKAT TARANNUM YANG ISTIMEWA

Beberapa ciri penting perlu dipenuhi dalam menilai keistimewaan harakat-harakat dalam

tarannum iaitu seperti berikut:

Mempunyai ‘Salalim Nuzul’ atau nada suara menurun

Mempunyai ‘Salalim Su’ud’ atau nada suara menaik

m.s 13

Page 14: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Mempunyai ‘Wuslah Mumathalah’ iaitu kombinasi dua angin/air lagu atau lebih

Mempunyai ‘Ikhtilal Lahn’ iaitu kesumbangan suara yang tidak mencacatkan

Dihiasi dengan ‘Burdah’ yang menarik.

HURAIAN JENIS-JENIS TARANNUM BIL-QURAN YANG POPULAR

Terdapat beberapa jenis irama Tarannum Bil-Quran yang sangat popular di seluruh dunia

Islam yang hingga kini masih dipertahan dan diperkembangkan dengan begitu pesat.

Berikut diperincikan setiap jenis tarannum dari aspek-aspek pengertian, latarbelakang,

sifat, peranan dan tarannum yang sesuai digandingkan dengannya.

1. TARANNUM BAYYATI

Latar Belakang Tarannum Bayyati

Bayyati menurut bahasa ialah rumah atau tempat kediaman. Pada istilah bermaksud

suatu jenis alunan tarannum yang diasaskan di Tanah Hijaz dan dipopularkan oleh para

qari dari pada Mesir. Tarannum Bayyati mula diperkenalkan di Nusantara sekitar tahun

1940an. Sesuatu persembahan tarannum yang tidak dimulai dan tidak disudahi dengan

Bayyatiy dianggap tidak sempurna

Sifat-Sifat Tarannum Bayyati

1. Gaya kelembutan di samping ketegasan

2. Sesuai dengan tabaqat suara sederhana

3. Mempunyai unsur-unsur keharmonian dan ketenangan

4. Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup persembahan

Peranan Tarannum Bayyati

m.s 14

Page 15: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Untuk memantapkan persembahan tarannum

Menjadi tarannum pembukaan dan penutup persembahan

Menjadi pengukur kepada irama tarannum seterusnya

Membawa kefasihan dalam melafazkan huruf-huruf dan kalimah al-Quran

Melahirkan kemukjizatan al-Quran dalam aspek bacaan

Tarannum Yang Sesuai Selepasnya

Sekiranya berlaku ketegangan semasa persembahan ia sesuai diwasalkan dengan

Tarannum Nahawand, Kurdi dan ‘Iraqi

Sekiranya berlaku kelemahan pada persembahan ia sesuai diwasalkan dengan

Tarannum Husaini.

2. TARANNUM HUSAINI

Latar Belakang Tarannum Husaini

Dari sudut bahasa Husaini bermaksud kecantikan. Menurut Istilah pula ia adalah nama

suatu jenis tarannum yang dipopularkan oleh pakar-pakar tarannum Hijaz. Ia

kemudiannya mengalami pengubahsuaian oleh qari-qari Mesir. Menurut al-Syeikh Dr

Ahmad Naina’, Tarannum Husaini adalah cabang dari Bayyati yang sama tarafnya dengan

Suri dan Khiyar.

Sifat-sifat Tarannum Husaini

Mempunyai pergerakan yang aktif, hangat dan bersemangat

Sesuai dengan tabaqat suara tinggi

Mempunyai unsur-unsur tenang tetapi tegas

Mempunyai unsur-unsur rangsangan dan galakan

Peranan Tarannum Husaini

Untuk memantapkan persembahan tarannum

m.s 15

Page 16: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Dapat merangsang tarannum berikutnya

Menghangatkan persembahan

Memantapkan lafaz huruf-huruf, kalimah dan ayat-ayat al-Quran

Melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan

Tarannum-Tarannum Yang Sesuai Selepasnya

Jika berlaku ketegangan pada persembahan ia sesuai digandingkan dengan

Tarannum Kurdi dan Nahawand.

Jika berlaku kelemahan pada persembahan ia sesuai digandingkan dengan

Tarannum Shoba, Hijaz atau ‘Ajam

3. TARANNUM KURDI

Latar Belakang Tarannum Kurdi

Kurdi adalah nama bagi satu rumpun Arab yang menetap di Asia Tengah antara Turki

dengan ‘Iraq. Menurut istilah, Tarannum Kurdi adalah sejenis alunan tarannum yang

dipopularkan oleh pakar-pakar tarannum berketurunan Kurdisy mengikut budaya mereka

sendiri. Tarannum ini telah mengalami proses ubahsuai oleh pakar-pakar tarannum Mesir

dan diterima pakai oleh para qari dari seluruh pelusuk dunia Islam. Namun kini ia agak

kurang dihayati.

Sifat-sifat Tarannum Kurdi

Mempunyai pergerakan yang tegas dan berkesan

Bergaya lincah ketika menaik dan menurun

Sesuai dengan tabaqat suara sederhana

Sesuai dijadikan sebagai tarannum penutup

Peranan-peranan Tarannum Kurdi

m.s 16

Page 17: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Untuk meyakinkan persembahan

Untuk meredakan ketegangan persembahan

Untuk memberi laluan kepada harakat sederhana

Untuk membawa kefasihan dalam melafazkan al-Quran

Untuk melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan

Tarannum yang sesuai digandingkan selepasnya

Jika berlaku ketegangan pada persembahan maka ia sesuai diwasalkan dengan

Tarannum Nahawand dan Bayyati

Jika berlaku kelemahan pada persembahan maka ia sesuai diwasalkan dengan

Tarannum Shoba, ‘Ajam atau Husaini

4. TARANNUM SHOBA

Latar Belakang Tarannum Shoba

Shoba bermaksud rindu dan menurut istilah ialah nama sejenis tarannum yang

dipopularkan oleh pakar-pakar tarannum Mesir. Sesuatu persembahan tarannum tidak

sempurna sekiranya tidak dimasukkan Tarannum Shoba. Alunannya sayu mendayu dan

sangat sinonim bagi menyampaikan maksud kesedihan dan sayu.

Sifat-sifat Tarannum Shoba

Memiliki gerak lembut yang menyentuh jiwa pembaca dan pendengar

Alunannya lembut merdu mempesonakan

Sesuai digandingkan dengan tabaqat suara sederhana

Sesuai dialunkan pada ayat-ayat berbentuk permohonan doa, rayuan dan rintihan

Peranan Tarannum Shoba

m.s 17

Page 18: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Memberi ketenangan pada persembahan

Kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar

Melahirkan kefasihan dalam melafazkan ayat-ayat al-Quran

Melahirkan kemukjizatan al-Quran dalam aspek bacaan

Tarannum yang Sesuai Selepasnya

Jika berlaku ketegangan pada persembahan maka sesuai diwasalkan dengan

tarannum ‘Iraqi atau Nahawand

Jika berlaku kelemahan pada persembahan maka sesuai diwasalkan dengan

tarannum ‘Ajam dan Hijaz.

5. TARANNUM HIJAZ

Latar Belakang Tarannum Hijaz

Tarannum Hijaz lahir dari budaya hidup bumi Hijaz yang kering dan tandus serta dikelilingi

bukit bukau berbatu pejal dan padang pasir. Alunan iramanya panas kehangatan sesuai

dengan tabaqat suara sederhana. Kini tarannum Hijaz telah mengalami proses

pengubahsuaian oleh para qari Mesir yang disesuaikan dengan suasana persekitaran

Lembah Nil yang subur menghijau dan nyaman. Tarannum Hijaz bergaya lembut dan

menarik, sesuai dengan kelembutan dan keunikan bahasa al-Quran.

Sifat-Sifat Tarannum Hijaz

Memiliki gerak lembut menyentuh perasaan

Alunan iramanya lembut mempesona

Sesuai digandingkan dengan tabaqat sederhana

Sesuai dialunkan pada ayat-ayat doa, rayuan, peringatan azab dan rintihan.

m.s 18

Page 19: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Peranan Tarannum HIjaz

Memberi ketenangan pada sesuatu pesembahan

Mendatangkan kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar

Melahirkan kefasihan sebutan ayat-ayat al-Quran

Melahirkan kemukjizatan al-Quran dalami aspek bacaan

Tarannum yang sesuai selepasnya

Jika berlaku ketegangan pada persembahan maka sesuai diwasalkan dengan

Tarannum Nahawand, Rast, Kurdiy dan ‘Ajam

Jika berlaku kelemahan pada persembahan maka sesuai diwasalkan dengan

Tarannum Sikah, ‘Ajam dan Husaini

6. TARANNUM ‘IRAQI

Latar Belakang Tarannum ‘Iraqi

Tarannum ‘Iraqi merupakan sejenis alunan yang popular di kalangan umat Islam

berkuturunan Iraq mengikut ‘zauq’ budaya dan cita rasa qari-qarinya yang hampir

menyamai qari-qari Hijaz. Tarannum ‘Iraqi telah mengalami pengubahsuaian oleh para

qari Mesir dengan mengekalkan identiti asalnya dan telah diterima pakai oleh seluruh

dunia Islam

Sifat-sifat Tarannum ‘Iraqi

Mempunyai gerak lambat tetapi berkesan

Alunan iramanya lembut menusuk jiwa

Bergaya sederhana dan tenang

Sesuai dengan tabaqat sederhana

Sesuai dengan ayat-ayat memohon, bercerita, dialog-dialog dan sebagainya

m.s 19

Page 20: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Peranan Tarannum ‘Iraqi

Dapat meredakan ketegangan persembahan

Melahirkan ketenangan jiwa

Melahirkan kefasihan dalam melafazkan ayat-ayat al-Quran

Menonjolkan kemukjizatan al-Quran dari aspek pembacaan

Menyampaikan mesej-mesej al-Quran dengan berkesan

Tarannum yang sesuai selepasnya

Jika berlaku ketegangan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan Tarannum

Nahawand dan Kurdi

Jika berlaku kelemahan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan Tarannum

Shoba dan Hijaz

7. TARANNUM NAHAWAND

Latar Belakang Tarannum Nahawand

Nahawand adalah nama suatu tempat yang terletak di daerah Hamadan, Farsi. Tarannum

Nahawand sangat popular di kalangan para qurra’ di Nahawand mengikut zauq budaya

tempatan. Kini Tarannum Nahawand telah mengalami proses ubahsuai oleh pakar-pakar

al-Quran Mesir dengan mengekalkan identiti asalnya. Tarannum ini diterima pakai secara

meluas di seluruh dunia Islam

m.s 20

Page 21: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Sifat-sifat Tarannum Nahawand

Mempunyai gerak ringan, tenang dan berkesan

Memilki gaya lembut bersopan

Alunannya sederhana memikat hari

Sesuai bagi tabaqat suara sederhana

Sesuai diperagakan pada ayat-ayat memohon, bercerita dan sebagainya

Peranan Tarannum Nahawand

Meredakan ketegangan pada persembahan

Melahirkan ketenangan jiwa pembaca dan pendengar al-Quran

Melahirkan kefasihan sebutan ayat-ayat al-Quran

Dapat melahirkan kemukjizatan al-Quran dari aspek bacaan

Tarannum yang sesuai selepasnya

Jika berlaku ketegangan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan Tarannum

Kurdi dan ‘Iraqi

Jika berlaku kelemahan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan Tarannum ‘Ajam

dan Rast

8. TARANNUM RAST

Latar Belakang Tarannum Rast

Tarannum Rast berasal daripada Iran yang telah diubahsuai mengikut ‘zauq’ budaya dan

lahjah Hijaz. Kini ia telah diubahsuai pula oleh pakar-pakar tarannum Mesir dengan

mengekalkan identiti asalnya dan diterima pakai di seluruh dunia Islam.

Sifat-Sifat Tarannum Rast

Memiliki gaya lembut tetapi tegas

Mempesonakan

Mempunyai ciri-ciri lincah yang menyemarakkan

m.s 21

Page 22: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Sesuai dengan mana-mana tabaqat

Sesuai dengan semua bentuk ayat al-Quran

Peranan Tarannum Rast

Merangsang persembahan

Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya

Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar

Membantu menyampaikan mesej-mesej al-Quran

Melahirkan kefasihan sebutan kalimah-kalimah al-Quran

Melahirkan kemukjizatan al-Quran dari aspek bacaan

Tarannum Yang Sesuai Selepasnya

Sekiranya ketegangan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan tarannum

Jaharkah atau Sikah

Sekiranya kelemahan persembahan ia seauai diwasalkan dengan tarannum

Husainiy.

9. TARANNUM SIKAH

Latar Belakang Tarannum Sikah

Tarannum Sikah berasal daripada Iran yang telah diubahsuai dan diterima pakai oleh qari-

qari daripada Hijaz. Tarannum ini telah dipopularkan oleh para qari di seluruh dunia Islam

mengikut lahjah Arab Hijazi. Kini ia dipopularkan lagi oleh qari-qari Mesir yang dikenali

sebagai Sikah Misri di mana bentuk alunannya lebih lembut dan bersopan.

Sifat-Sifat Tarannum Sikah

m.s 22

Page 23: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Memiliki gerak lembut meyakinkan

Gayanya lembut menusuk hati

Sesuai dengan ayat-ayat berbentuk sedih, rintihan dan rayuan

Sesuai dengan mana-mana tabaqat

Peranan Tarannum Sikah

Untuk melembutkan persembahan

Untuk memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar

Membawa kepada kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar

Dapat menambah kesenian dan ketartilan

Melahirkan kemukjizatan al-Quran dari aspek bacaan

Tarannum Yang Sesuai Selepasnya

Sekiranya berlaku ketegangan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan

Tarannum Rast atau Jiharkah

Sekiranya berlaku kelemahan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan Tarannum

Hijaz dan Husainiy

10. TARANNUM JIHARKAH

Latar Belakang Tarannum Jiharkah

Berasal dari Iran dan diterima pakai oleh para qari Hijaz dengan pengubahsuaian

mengikut ‘zauq’ budaya mereka. Kini tarannum ini semakin popular di kalangan para qari

Mesir mengikut ‘zauq’ budaya mereka yang agak lembut sesuai dengan kelembutan dan

keunikan al-Quran.

m.s 23

Page 24: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Sifat-Sifat Tarannum JIharkah

Mempunyai gerak ringan yang berkesan

Iramanya lembut menusuk jiwa

Alunannya tenang dan harmoni

Sesuai dengan ayat-ayat berbentuk sedih, rintihan, rayuan dan doa

Sesuai dengan tabaqat suara sederhana

Peranan Tarannum Jiharkah

Untuk mengurangkan ketegangan persembahan

Melembutkan persembahan bacaan

Melahirkan kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar

Sesuai digandingkan dengan ayat-ayat benbentuk memohon doa, rintihan, rayuan

dan kesedihan

Melahirkan kemukjizatan dan keunikan ayat-ayat al-Quran dari aspek bacaan

Tarannum Yang Sesuai Selepasnya

Sekiranya berlaku ketegangan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan

Tarannum Shoba atau Sikah

Sekiranya berlaku kelemahan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan Tarannum

Rast atau Husainiy

11. TARANNUM ‘AJAM

Latar Belakang Tarannum ‘Ajam

Tarannum ‘Ajam berasal dari Iran yang diterima pakai oleh qari-qari Hijaz dengan sedikit

ubaisuai mengikut ‘zauq’ budaya mereka. Kini Tarannum ‘Ajam’ terus dipopularkan lagi

oleh para qari Mesir mengikut budaya mereka tanpa menghakis identiti asalnya.

Sifat-Sifat Tarannum ‘Ajam

m.s 24

Page 25: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Mempunyai gerak lembut berkesan

Berunsur ketegasan yang meyakinkan

Memiliki kehangatan yang menyemarakkan jiwa

Sesuai dengan tabaqat suara tinggi

Sesuai dengan ayat-ayat berbentuk menyoal, perintah, tegahan, amaran dan herdik

Peranan Tarannum ‘Ajam

Untuk menghangatkan persembahan

Untuk menyemarakkan jiwa pembaca dan pendengar

Membawa mesej-mesej al-Quran dengan jelas, berkesan dan tepat

Membawa kefasihan pada ayat-ayat al-Quran

Dapat melahirkan kemukjizatan al-Qran dari aspek bacaan

Tarannum Yang Sesuai Selepasnya

Tarannum ‘Ajam sesuai digandingkan dengan mana-mana tarannum seair lagu

dengannya seperti Tarannum Hijaz dan Rukbiy

Sekiranya berlaku ketegangan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan

Tarannum Hijaz

Jika berlaku kelemahan persembahan ia sesuai diwasalkan dengan Tarannum

Rukbiy

KATEGORI-KATEGORI TARANNUM BIL-QURAN

Di antara keunikan Tarannum Bil-Quran ialah kepelbagaian kategorinya iaitu:

Kategori Lembut :Jiharkah, ‘Iraqi, Nahawand dan Shoba

Kategori Sederhana Lembut :Bayyatiy, Husainiy, Sikah, ‘Usyak dan Syuri

Kategori Keras dan Tegas :’Ajam, Hijaz dan Kurdiy

PERANAN HARAKAT-HARAKAT DALAM TARANNUM BIL-QURAN

m.s 25

Page 26: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Satu pertiga harakatnya untuk melendikkan persembahan

Satu pertiga harakatnya untuk menghangatkan persembahan

Satu pertiga harakatnya untuk menghangatkan lagi persembahan

(semua harakat tersebut mesti dijaga agar tidak berlaku takrir dan tidak bercampur aduk

antara satu tarannum dengan tarannum lain)

TEKNIK PENYUSUNAN TARANNUM BIL QURAN YANG BERKESAN

Tentukan jenis tarannum yang akan dipersembahkan

Sesuaikan tarannum yang dipilih dengan ayat-ayat yang dibaca

Cermat ketika menukar tarannum yang dipilih

Susunan tarannum hendaklah dilakukan dengan cermat, bertambah hangat

dan memiliki ciri-ciri istimewa

TEKNIK-TEKNIK BAGI MEMANTAP DAN MENGHANGATKAN PERSEMBAHAN

TARANNUM BIL-QURAN

Bagi memantapkan dan menghangatkan persembahan tarannum beberapa teknik yang

sesuai diaplikasikan adalah seperti berikut:

m.s 26

Page 27: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Menggunakan suara tinggi, lantang dan tajam

Menggunakan rentak atau jalan tarannum yang menarik dan canggih

Penggunaan Burdah yang menarik.

Penggunaan Ikhtilal Lahn yang baik

Gabungan Salalim Nuzul dan Salalim Su’ud yang sesuai.

CIRI-CIRI ISTIMEWA PERSEMBAHAN TARANNUM BIL QURAN

Setiap tarannum yang melebihi empat harakat yang menarik

Setiap persembahan yang melebihi tiga jenis tarannum yang sesuai lagi menarik

Setiap tarannum yang dialunkan mengikut lahjah Arab

Setiap harakat tarannum diberi penyesuaian dengan maksud ayat yang dibaca

Setiap tarannum yang menggunakan empat tabaqat suara yang sempurna dan

selesa

Setiap harakat mempunyai Burdah yang menarik

Setiap harakat mempunyai Washlah al-Mumasalah

Setiap harakat mempunyai Ikhtilal Lahn

Setiap harakat mempunyai Salalim Nuzul dan Salalim Su’ud

m.s 27

Page 28: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

BEBERAPA ISTILAH PENTING DALAM TARANNUM BIL-QURAN

1. Qit’ah

Pengertiannya: Qit’ah ialah suatu rentak atau gerak tarannum yang paling pendek tanpa

mahattah tertentu

Bentuknya:

Qit’ah yang diwaqafkan mengikut kehendak kalimah atau ayat

Qit’ah yang diwasalkan kepada beberapa kalimah atau ayat sehingga kepada

mahattahnya yang sempurna

Peranannya:

Sebagai daya penggerak bagi bacaan

Menjadi penghidup bacaan

Membawa kepada penekanan jiwa yang meyakinkan

Memberi penyesuaian kepada kalimah atau ayat yang dibaca

Memberi keselesaan kepada pembaca al-Quran

2. Mahattah

Pengertiannya: Mahattah ialah suatu bentuk gaya penghujung kepada suatu alunan

tarannum.

Peranannya: Mahattah berperanan untuk menyempurnakan setiap harakat tarannum.

3. Burdah

m.s 28

Page 29: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Pengertiannya: Burdah ialah bunga-bunga lagu atau renik-renik suara semasa

bertarannum.

Peranannya: Burdah akan melahirkan keindahan dan keunikan seni suara tarannum.

Burdah terbahagi kepada dua jenis iaitu:

Burdah Asli: getaran/bunga/renik suara semula jadi

Burdah Shuna-‘iy: getaran/bunga/renik suara yang digubah dan disusun mengikut

kesesuaian dan keselesaan irama tarannum.

Peranan Burdah ialah:

Menjadi daya penarik kepada persembahan tarannum

Sebagai daya penggerak bacaan

Menjadi penghias bacaan yang berseni

Menjadi perangsang dan semangat kepada pembaca dan pendengar

4. Wushlah Mumasalah

Pengertiannya: kombinasi atau gandingan dua atau lebih irama tarannum yang berlainan

atau suatu teknik memindahkan dua atau lebih harakat tarannum yang berbeza dalam

satu persembahan.

Peranan Wushlah Mumasalah ialah:

Menambahkan lagi keunikan dan keindahan sesuatu harakat tarannum

Untuk menghidupkan semula mana-mana harakat yang lemah atau kaku

5. Salalim

Pengertiannya: suatu gaya kawalan suara untuk mengindahkan suatu persembahan

bacaan al-Quran

Salalim terbahagi kepada dua iaitu:

m.s 29

Page 30: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Salalim Nuzul: iaitu gaya menurunkan tabaqat suara bacaan sedikit demi sedikit

Salalim Shu’ud iaitu: gaya menaikkan tabaqat suara bacaan sedikit demi sedikit.

Peranan Salalim ialah:

Untuk melahirkan keindahan seni tarannum al-Quran

Dapat melahirkan kemukjizatan al-Quran dalam aspek bacaan

Supaya mesej-mesej sesuatu ayat al-Quran dapat disampaikan kepada pendengar

dengan tepat dan berkesan.

6. Ikhtilal Lahn

Pengertiannya: suatu gaya sengaja menyumbangkan suara tanpa mencacatkan bacaan

mengikut irama dan tabaqat tertentu

Peranannya ialah:

Menjadi daya tarikan pendengar bagi sesuatu persembahan tarannum

Bagi melahirkan variasi persembahan tarannum

Untuk melahirkan kesyahduan bacaan al-Quran

7. Tabaqat Suara

Pengertiannya: pemeringkatan suara bacaan yang digubah dan dibawa oleh kehendak

sesuatu persembahan tarannum

Tingkatan Tabaqat:Suara

Tabaqat rendah : suara dada

Tabaqat sederhana : suara rongga mulut/tekak

Tabaqat tinggi : suara rongga hidung (khaisyum)

Tabaqat tertinggi : suara rongga otak

Peranan Tabaqat Suara:

Memberi tenaga peningkatan suara kepada sesuatu persembahan bacaan

m.s 30

Page 31: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Dapat menentukan harakat yang tepat sesuai dengan sesuatu tarannum

Melahrkan penekanan bacaan yang sesuai dengan sesuatu ayat yang dibaca.

8. Harakat

Pengertiannya: peningkatan tabaqat suara bacaan badi sesuatu persembahan bacaan al-

Quran

Harakat-harakat suara:

Qarar : suara dada bagi permulaan persembahan

Jawab : suara tekak bagi merangsang kehangatan persembahan

Jawabul Jawab : suara tekak yang paling tinggi dalam sesuatu persembahan

9. Tawasyih

Pengertiannya: alunan irama sesuatu tarannum berbentuk bait-bait sya’ir Arab dan nasyid-

nasyid.

Peranan Tawasyih:

Sebagai pembayang sesuatu irama tarannum

Memudahkan qari dan qari-ah mengingati alunan irama sesuatu tarannum

CIRI-CIRI SUATU PERSEMBAHAN TARANNUM BIL-QURAN YANG SEMPURNA

Sesuatu persembahan tarannum yang sempurna perlu memenuhi kriteria berikut:

Bacaan yang teliti dan tertib

Memelihara semua hukum tajwid

Fasih dalam melafazkan setiap kalimah al-Quran

Sebutan setiap kalimah berlahjah Arab

Susunan dan kombinasi tarannum yang sesuai dengan maksud ayat

Suara lunak, lembut dan lunak

Suara licin, tidak tersekat-sekat dan serak berpanjangan

m.s 31

Page 32: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Mengaplikasi teknik-teknik tarannum yang unik dan istimewa

TEKNIK MEMELIHARA SUARA SUPAYA SENTIASA BERKUALITI TINGGI

Elakkan minuman sejuk (ais krim, ABC dll)

Elakkan makanan berlemak dan berminyak

Kurangkan pedas

Elakkan berada di tempat yang panas terik

Untuk mendapatkan suara yang lantang dan tajam sentiasalah mengeluarkan suara

yang nyaring di dalam air atau semasa hujan lebat, menyelam di dalam air sambil

menjerit sekuat hati

Banyak minum air masak atau air suam.

Hindarkan merokok

Amalkan banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Elakkan minum air sambil makan kerana akan menjejaskan kestabilan pernafasan

semasa membaca al-Quran

TEKNIK MENJADIKAN NAFAS PANJANG

Baca ayat-ayat yang panjang secara satu nafas berulang kali

Amalkan menyelam di dalam air

Membaca ayat-ayat yang panjang sambil berlari atau berjoging

Amalkan bersenam

Elakkan makan sambil minum

m.s 32

Page 33: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

Elakkan makan dan minum terlalu kenyang

Elakkan tidur selepas makan

Amalkan bersenam dan riadhah

m.s 33

Page 34: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

CONTOH

MODUL-MODUL TARANNUM

BIL-QURAN

m.s 34

Page 35: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

MODUL 1

بياتي

نهواند

m.s 35

Page 36: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

رست

فنوتوفبياتي

m.s 36

Page 37: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

MODUL2

بياتي

صبا

m.s 37

Page 38: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

سكة

فنوتوفبياتي

m.s 38

Page 39: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

بياتي

حجاز

m.s 39

Page 40: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

بياتي

رست

m.s 40

Page 41: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

جهركة

بياتي فنوتوف

بياتي فنوتوف

بياتي

صبا

رست

m.s 41

Page 42: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

بياتي فنوتوف

MODUL 3

بياتي

نهواند

سكة

بياتي فنوتوف

MODUL 4

بياتي

m.s 42

Page 43: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

حجاز

جهركة

بياتي فنوتوف

MODUL5

بياتي

صبا

سكة

بياتي فنوتوف

MODUL6m.s 43

Page 44: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

بياتي

نهواند

حهركة

بياتي فنوتوف

MODUL 7

بياتي

حجاز

سكة

m.s 44

Page 45: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

حهركة

بياتي فنوتوف

MODUL 8

بياتي

نهواند

رست

جهركة

بياتي فنوتوف

MODUL 9

بياتي

m.s 45

Page 46: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

حجاز

نهواند

بياتي فنوتوف

MODUL 10

بياتي

حجاز

نهواند

بياتي فنوتوف

MODUL 1

بياتي

حجازm.s 46

Page 47: Nota Ringkas Ilmu Tarannum

Kemahiran Tarannum Bil-Quran USMAD IPGM PERLIS

نهواند

بياتي فنوتوف

m.s 47