Nota Ringkas Sce3114 aa

39
1 - SCE3143 SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT ISU 1: REKA BENTUK, INOVASI DAN REKA CIPTA A KESTABILAN STRUKTUR 1. Bentuk2 asas; sfera, kubus, kon, piramid, silinder, kuboid, hemisfera 2. Sesuatu struktur dikatakan stabil jika struktur itu tidak mudah rebah dan tumbang apabila ditolak/digerakkan 3. Faktor yang mempengaruhi kekuatan kestabilan: jenis bahan; keluli : paling kuat batu : kuat kayu : tidak kuat luas tapak struktur ketinggian struktur B REKA BENTUK STRUKTUR YANG STABIL DAN DAPAT MENAHAN KEADAAN BUMI YANG MENCABAR 1. Penahan beban seismik disusun secara simetri. Elemen penahan sebaiknya disebar secara simetri & teratur mengahadap 2 dasar bangunan. Contohnya : kerangka struktur, konkrit & besi. 2. Tembok & kerangka dipasang di batas pinggir bangunan. Jangan letakkan semua elemen tersebut di satu pusat pada satu lokasi --> kilasan --> runtuh 3. Rumah tahan gempa: a. Dasar: tapak menggunakan sistem base batu kali menerus dimana hubungan antara sloof dengan base adalah setiap 0.5 meter.Hal ini dimaksudkan supaya ada keterikatan antara base dengan sloof . Apabila terjadinya gempa, ikatan antara base dengan sloof tidak terjejas. Bertindak seperti penyerap gegaran antara bangunan dan asas untuk melindungi bangunan sederhana. Biasanya galas yang diperbuat daripada lapisan alternatif keluli dan bahan elastik seperti getah sintetik. Ia akan menyerap sebahagian gerakan sisi yang akan merosakkan bangunan. FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

description

1234

Transcript of Nota Ringkas Sce3114 aa

Page 1: Nota Ringkas Sce3114 aa

1 - SCE3143

SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

ISU 1: REKA BENTUK, INOVASI DAN REKA CIPTA

A KESTABILAN STRUKTUR

1. Bentuk2 asas; sfera, kubus, kon, piramid, silinder, kuboid, hemisfera2. Sesuatu struktur dikatakan stabil jika struktur itu tidak mudah rebah dan

tumbang apabila ditolak/digerakkan3. Faktor yang mempengaruhi kekuatan kestabilan:

jenis bahan; keluli : paling kuat batu  : kuat kayu : tidak kuat

luas tapak struktur  ketinggian struktur 

B REKA BENTUK STRUKTUR YANG STABIL DAN DAPAT MENAHAN KEADAAN BUMI YANG MENCABAR

1. Penahan beban seismik disusun secara simetri.Elemen penahan sebaiknya disebar secara simetri & teratur mengahadap 2 dasar bangunan. Contohnya : kerangka struktur, konkrit & besi.

2. Tembok & kerangka dipasang di batas pinggir bangunan.Jangan letakkan semua elemen tersebut di satu pusat pada satu lokasi --> kilasan --> runtuh

3. Rumah tahan gempa:a. Dasar: tapak menggunakan sistem base batu kali menerus dimana hubungan

antara sloof dengan base adalah setiap 0.5 meter.Hal ini dimaksudkan supaya ada keterikatan antara base dengan sloof . Apabila terjadinya gempa, ikatan antara base dengan sloof tidak terjejas. Bertindak seperti penyerap gegaran antara bangunan dan asas untuk melindungi bangunan sederhana. Biasanya galas yang diperbuat daripada lapisan alternatif keluli dan bahan elastik seperti getah sintetik. Ia akan menyerap sebahagian gerakan sisi yang akan merosakkan bangunan.

b. Dinding: Menggunakan dinding kayu dan bata. Untuk mengatasi adanya daya horizontal akibat gempa, di pasang pengikat silang sebagai pemaku pada dinding

c. Bumbungd. Bahan ringan:Lebih ringan bangunan, kurang beban.e. Steel / Konkrit Bertetulang:Gentian adalah kira-kira satu inci panjang dan

lebar  jarum.f. Tulang yg menyambung dinding:Retak tidak berlaku kerana gentian

memegang mereka bersama-samag. Dinding ricih: Diperbuat daripada konkrit bertetulang (konkrit dengan rod keluli

atau bar yang tertanam didalamnya), membantu mengukuhkan struktur dan membantu menahan daya goyang. Dinding juga boleh diperkukuhkan dengan rasuk keluli pepenjuru dalam teknik yang dipanggil merentas perembatan.

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 2: Nota Ringkas Sce3114 aa

2 - SCE3143

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 3: Nota Ringkas Sce3114 aa

3 - SCE3143

SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

ISU 2: PEMULIHARAANPemuliharaan - Usaha-usaha untuk melestarikan bekalan sumber alam yang telah diteroka menerusi usaha-usaha memelihara dan membaik pulih sumber setelah digunakan.

A PEMULIHARAAN AIR1. Definisi pencemaran air – 

Sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan juga sisa buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain seperti tumbuhan dan haiwan.

2. Punca pencemaran air  Pembuangan sampah-sarap Pembuangan sisa daripada kilang Penerokaan

3. Definisi pemuliharaan air - merujuk kepada mengurangkan penggunaan air dan kitar semula air sisa untuk tujuan yang berbeza seperti pengairan, pembersihan, pembuatan dan pertanian.

4. Definisi kecekapan air - pencapaian fungsi, tugas, proses atau hasil dengan jumlah minimum air dilaksanakan, atau penunjuk hubungan antara jumlah air yang diperlukan untuk tujuan tertentu dan jumlah air yang dibekalkan.

5. Matlamat kemapanan: Untuk memastikan ketersediaan kepada generasi akan datang.i. Pengeluaran air tawar dari sebuah ekosistem tidak boleh melebihi kadar

penggantian semula jadi.ii. Pemuliharaan tenaga: Mengepam air, penghantaran, dan kemudahan rawatan

air sisa menggunakan sejumlah besar tenaga. Contoh - California15% dikhaskan oleh pengurusan air.

iii. Pemuliharaan habitat: Memelihara habitat air tawar untuk hidupan liar tempatan dan unggas air yang berhijrah, serta mengurangkan keperluan untuk membina empangan baru dan infrastruktur lencongan air.

6. Teknologi pemuliharaan air  1) Proses NEWater –

Merupakan proses rawatan  semula air yang telah diamalkan, contohnya di negara Singapura akibat bekalan air yang terhad.- NEWater bermaksud air sisa kumbahan yang telah dirawat:Terdapat tiga proses utama yang digunakan untuk menghasilkan Newater (i)   Penurasan mikro (Microfiltration) (ii)  Osmosis Songsang (Reverse Osmosis) (iii) Teknologi Sinaran Ultra-violet Penyahjangkitan (Ultraviolet light disinfection

technologies).

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 4: Nota Ringkas Sce3114 aa

4 - SCE3143

2) Proses Rawatan Air  Intake (pengambilan) : Untuk proses ini, pam diperlukan untuk mengepam air masuk ke pusat rawatan. Air diperolehi daripada sungai, tasik, laut dll.

Aeration (Pengudaraan) :Proses ini bertujuan untuk menyingkirkan bahan-bahan organik dengan memberi aliran udara kepada air tersebut. Hidupan-hidupan organik yang terkandung di dalam air tersebut akan mula mengalami proses penguraian apabila menerima oksigen.

Coagulation (Kogulasi) : Proses ini bertujuan untuk mengumpul bahan-bahan terampai. Prosesnya adalah melalui penambahan bahan kimia yang berfungsi untuk memberi daya tarikan kepada partikel-partikel terampai tersebut.

Flocculation (Flokulasi) : Proses ini adalah kesinambungan daripada proses sebelum ini.Tujuannya adalah untuk membenarkan floc terbentuk. Floc adalah keadaan di mana partikel-partikel itu membentuk kumpulan yang lebih besar dan berat

Sedimentation (Pemendapan) : Proses ini bertujuan untuk memendapkan partikel-partikel berat yang terhasil daripada 2 proses sebelum ini. Partikel-partikel itu kemudiannya boleh dibuang daripada air tersebut.

Filtration (Penapisan) : Tujuannya adalah untuk menapis bahan-bahan yang tidak boleh dibuang melalui proses sebelum ini. Bahan-bahan yang terlepas akan ditapis dan dibuang di proses ini.

Chlorination (Penklorinan) : Proses membunuh kuman-kuman yang terdapat di dalam air tersebut dengan menambah klorin di dalamnya. Tetapi bukan semua kuman dapat dibunuh, dan disebabkan itu kita perlu untuk memasak air sebelum diminum kerana bakteria-bakteria dapat dibunuh apabila suhu air mencapai tahap yang tertentu seperti 100o C.

3) Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)(SPAH) adalah salah satu daripada "Best Management Practice (BMP)" yang diamalkan di Malaysia.Sistem ini adalah bertujuan untuk melambatkan aliran air larian permukaan. Kawasan tadahan bagi sistem ini adalah keluasan bumbung bangunan. Bekalan air ini digunakan untuk mencuci kereta, menyiram tanaman, menyimbah tandas dll. SPAH yang ringkas hanya menggunakan tong kecil sahaja untuk menyimpan air hujan. Sistem ini mempunyai dua fungsi utama: On Site Detention:

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 5: Nota Ringkas Sce3114 aa

5 - SCE3143

Melambatkan aliran air permukaan dengan menahan seketika air hujan. Penuaian Air Hujan. Bertindak sebagai tangki yang berfungsi sebagai bekalan air hujan.

Kebaikan Dapat menjimatkan penggunaan air bersih kira-kira 30% daripada

penggunaan air bersih Mengurangkan bil-bil air Melambatkan air larian permukaan Mengatasi masalah bekalan air di kawasan-kawasan pendalaman Kurangkan hakisan tanah atau banjir kilat Mudah kerana dilakukan secara persendirian

Keburukan Bekalan terhad. Mengurangkan pendapatan sistem air awam Tangki simpanan air hujan boleh membahayakan kanak-kanak yang bermain

di sekelilingnya dan menjadi tempat pembiakan nyamuk Sistem penuaian air hujan memerlukan penjagaan dan pemeliharaan selepas

dipasang iaitu ia mungkin tidak sesuai untuk semua pemilik rumah. kualiti air yang rendah kerana ia tidak mempunyai sistem penapisan atau

penurasan air yang sistematik

7. Cara penjimatan air  Baiki paip yang bocor untuk mengelakkan pembaziran air. Tutup paip air sewaktu memberus gigi atau bercukur. Kita boleh menjimatkan

hampir lima liter air seminit. Sebelum membeli peralatan air, kita perlu memeriksa kadar penggunaan air

bagi peralatan tersebut. Gunakan pancuran air daripada mencedok air dari takungan. Kita boleh

menjimatkan dua pertiga daripada jumlah air yang digunakan. Kumpul air hujan untuk menyiram bunga. 1000 liter air sejam akan digunakan

sekiranya kita memakai air pancutan untuk tujuan yang sama. Gunakan air di dalam baldi untuk membersihkan kenderaan. Gunakan penyiram ketika menyiram pokok bunga. Gunakan air di dalam gelas ketika memberus gigi dan berkumur. Gunakan tadahan air hujan untuk kegunaan harian. Pastikan pakaian penuh ketika menggunakan mesin basuh. Gunakan bekas ketika membersihkan sayur-sayuran,

8. Akibat tidak memulihara air  Putus bekalan air  Penyakit Kemusnahan habitat haiwan Kehilangan tenaga Hilang punca makanan Sistem air bawah tanah tercemar

B PEMULIHARAAN TANAH

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 6: Nota Ringkas Sce3114 aa

6 - SCE3143

1 Definisi pemuliharaan tanah - adalah satu set strategi pengurusan untuk pencegahan tanah menjadi terhakis dari permukaan bumi, menjadi kimia diubah oleh berlebihan pengasidan, beralkali atau pencemaran kimia lain

2. Aktiviti pembangunan di tanah tinggi pertanian pelancongan pembalakan pembinaan lebuh raya pembinaan golf/resort

3. Definisi pencemaran tanah – Pencemaran tanah bermaksud perbuatan atau bencana semula jadi yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga kawasan tersebut telah bertukar warna, tidak subur atau berlakunya hakisan.Bahan cemar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu dalam bentuk cecair atau pepejal. Kebanyakan bahan pencemar ini adalah terdiri daripada organik atau kimia.Tahap pecemaran adalah serius apabila sesuatu kawasan tanah telah bertukar warna, tidak subur serta tumbuh-tumbuhan dikawasan tersebut menjadi layu.Kebanyakkan tanah yang tercemar adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia itu sendiri. Sebagai contoh ialah perlombongan, penebangan hutan yang menyebabkan aliran tanah dari darat ke laut, pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan kumbahan yang tidak terkawal, dan tumpahan minyak dan pembuangan sisa nuklear ke dalam laut.

4.  Kesan tidak memulihara tanah perubahan iklim pencemaran air  cerun tidak stabil kemusnahan hutan hakisan dan pemendapan

5.  Langkah pemuliharaan tanahi. Tanaman tutup bumi

Seperti tanaman kekacang dan rumput ditanam di lereng bukit antara barisan-barisan getah dan kelapa sawit. Kaedah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kejadian hakisan tanih dan mengekalkan kesuburan tanih.

ii. Penggunaan baja organikPetani-petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan dan sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia. Selain menambahkan kesuburan tanah, baja organik adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.

iii. Kaedah biologi Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kaedah biologi ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang akan mencemarkan alam sekitar. Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 7: Nota Ringkas Sce3114 aa

7 - SCE3143

helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.

iv. Pertanian tetapKerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkankemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanih.

v. Melandaikan cerun dan membuat tarahan.Pembinaan jalan raya dan lebuh raya di kawasan cerun curam kini dilakukan dengan lebih terancang untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Kawasan cerun bukit yang curam akan dilandaikan untuk mengurangkan hakisan tanih dan kejadian tanah runtuh. Kawasan tebing curam kaki bukit pula akan ditarah untuk mengurangkan kecerunan jalan raya yang dibina melalui kawasan tanah tinggi.

vi. Pembinaan tembok konkrit dan longkang konkritTembok konkrit dibina di kawasan cerun bukit yang telah ditarah untuk mengurangkan hakisan tanih. Aliran air di kawasan cerun yang telah ditarah pula diperbaiki melalui pembinaan longkang konkrit untuk mengelakkan air bertakung dan seterusnya gelongsoran tanah dapat dielakkan di kawasan tersebut.

vii. Kaedah Phytoremediation. Kaedah pemulihan tanah tercemar dengan menanam tumbuhan yang khusus di tapak tanah tercemar. Tumbuhan bertindak dengan menyerap bahan bahan toksik melalui akar. Ia boleh digunakan untuk menyingkirkan logam berat, pestisid, pelarut organik, sisa bahan letupan dan minyak mentah yang mencemari tanah.

C) PEMULIHARAAN HUTAN

1. Definisi pemuliharaan hutan –  Usaha yang diambil bagi memulihkan kawasan hutan yang telah musnah dan

hidupan liar yang diancam kepupusan.

2.  Ancaman hutan penebangan pemusnahan

3. Faktor  pokok digunakan sebagai arang untuk bahan api dibersihkan untuk digunakan sebagai padang rumput bagi ternakan, perladangan

komoditi, dan penempatan

4.  Kepentingan hutan

i. Habitat flora dan fauna.Hutan merupakan habitat flora dan fauna. Terdapat pelbagai jenis hidupan liar dan burung-burung serta spesis tumbuhan yang berharga di hutan. Contohnya, hutan hujan tropika Malaysia mempunyai 14 500 spesis dimana 6 000 spesis berpotensi menjadi sumber perhutanan. Hutan juga menjadi habitat kepada 600 spesis burung, 800 spesis tumbuh-tumbuhanan, 200 spesis binatang liar,210

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 8: Nota Ringkas Sce3114 aa

8 - SCE3143

spesis mamalia, 150 spesis katak, 140 spesis ular, 80 spesis cicak dan sejumlah besar spesis serangga serta hidupan liar.

ii. Pembekal makananPembekal makanan kepada haiwan sepanjang tahun. Di hutan hujan tropika sentiasa terdapat berbagai-bagai jenis bunga, buah, daun dan kacang untuk dimakan oleh pelbagai fauna yang terdapat di dalamnya.

iii. Pembekal ubat-ubatanHutan juga membekalkan herba-herba ubatan yang berguna kepada manusia dalam mengatasi pelbagai penyakit. Hutan bakau memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan herba-herba ubatan. Kulit dari pokok Rhizophora boleh digunakan untuk merawat keretakan tulang, mengubati ceret-beret dan boleh juga memberhentikan pendarahan. Sementara itu pula, kulit pokok Tumu / Berus (Bruguiera sp.) biasanya dihancurkan untuk mendemah bahagian luka dan cecair dari buah pokok Perapat (Sonneratia sp.) juga boleh digunakan pendarahan akibat dari buasir.

iv. Pembekal bahan mentahHutan juga membekalkan pelbagai bahan mentah bagi kegunaan beberapa industri desa. Contohnya, rotan digunakan dalam industri perabot dan mengkuang pula digunakan untuk menghasilkan tikar, bakul .Sementara itu,kayu bakau digunakan sebagai arang batu dan tiang sebagai bahan cerucuk dalam pembinaan. Hasil hutan bakau seperti daun-daun nipah yang bersaiz besar dan mudah dilentur digunakan dalam penganyaman tikar, atap dan bakul.

v. Tempat RekreasiHutan juga bertindak sebagai tempat rekreasi. Kebanyakan kawasan hutan kini mula dijadikan sebagai kawasan-kawasan rekreasi yang terpelihara dan memperolehi keuntungan yang besar. Di Malaysia, misalnya terdapat beberapa buah taman negara yang menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara untuk berinteraksi dengan alam semulajadi.

vi. Sumber penyelidikanHutan juga merupakan sumber penyelidikan perubatan farmasi yang amat bernilai. Pelbagai kajian dan penyelidikan dapat dijalankan di dalam hutan bagi mendapatkan input yang baru yang boleh digunakan dalam kehidupan manusia.

vii. Sumber PendapatanHutan juga memberi sumber pendapatan kepada negara. Melalui aktiviti pembalakan. Kayu-kayan yang terdapat dihutan adalah amat bernilai dan digunakan dalam beberapa bidang yang menguntungkan. Di Malaysia, hasil pendapatan dari aktiviti pembalakan telah meningkat dalam jangka masa 10 tahun.

viii. Mengurangkan pencemaran udara dan mengawal edaran gasMengurangkan pencemaran udara dan mengawal edaran gas oksigen dan karbon dioksida. Bagi tumbuhan, gas karbon dioksida adalah diperlukan sebagai alat untuk memproses makanannya. Dalam proses fotosintesis ini tumbuhan hijau akan menyerap gas karbon dioksida dan melepaskan gas oksigen sebagai

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 9: Nota Ringkas Sce3114 aa

9 - SCE3143

hasil sampingan daripada proses itu. Dengan adanya tumbuhan hijau maka keseimbangan kedua-kedua gas dalam udara akan dapat dikekalkan.

ix. Mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuhDaun-daun pokok akan mengurangkan kesan titisan air kepermukaan tanah dan akan mengurangkan kesan hakisan tanah. Akar-akar pokok di dalam hutan yang terdapat ditanah-tanah tinggi tersebut juga akan mengikat dan menahan sebahagian daripada air hujan itu daripada mengalir deras turun ke tanah rendah dan ini boleh menghalang daripada tanah runtuh.

x. Memerangkap nutrien, sedimen dan bahan-bahan toksikBahan-bahan organik yang kompleks sama ada dalam bentuk daun atau kayu menjadi sumber makanan penting bagi serangga dan haiwan-haiwan yang hidup di hutan bakau. Pokok bakau juga boleh memerangkap sedimen dan bahan-bahan toksik. Disamping itu juga bahan-bahan toksik seperti racun perosak dan sisa buangan domestik serta perindustrian yang kebanyakannya terlekat kepada sedimen yang mendap, turut terperangkap.

xi. Pengawal iklimKetebalan hutan yang terdapat di sesuatu kawasan mempengaruhi ciri-ciri iklim kawasan berkenaan.Kawasan tropika misalnya mempunyai hutan tebal serta terdiri daripada beberapa lapisan yang berlainan kepentingannya. Lapisan yang berlainan ini dapat mengawal jumlah kehilangan air dari permukaan hutan melalui proses sejatan seterusnya menstabilkan kelembapan.

5. Langkah pemuliharaan hutan

i. Penghutanan semula Pokok jati dan pain ditanam di kawasan yang telah dibalak. Pokok-pokok ini matang dan boleh ditebang dalam tempoh 10 hingga 15 tahun. Lokasi : Grik (Perak), Jeli dan Gua Musang(Kelantan), Sandakan dan Ranau (Sabah), Miridan Bintulu (Sarawak)

ii. Ladang hutan Dijalankan oleh kerajaan dan pihak swasta. Pokok ditanam adalah jenis yang cepat matang, tahan serangan penyakit dan bermutu tinggi seperti pain, jati dan sentang. Lokasi : Jeli & Gua Musang (Kelantan), Kuala Lipis , Bentong & Jerantut (Pahang), Sandakan &Tambunan (Sabah), Miri (Sarawak).

iii. Pengurusan Hutan Secara LestariCiri-ciri yang dititik beratkan dalam pengurusan hutan secara lestari ialahi) mengurangkan kadar pembalakan tahunan dengan menghadkan kuota lesen membalakii)  Penebangan secara terpilih bagi memastikan pokok matang sahaja ditebangiii) Rawatan Silvikultur dilakukan bagi memastikan pokok tumbuh tanpa penyakit. Dengan ini mutu balak bertambah baikiv) Penanaman pokok balak dijalankan setelah kegiatan pembalakan selesai

iv. Penyelidikan Hutan: Dijalankan oleh FRIM dan UPM.Penyelidikan dijalan untuk mencari kaedah pengurusan dan pemuliharaan hutan yang baik.FRIM bersama-sama pakar dari

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 10: Nota Ringkas Sce3114 aa

10 - SCE3143

Jerman, Britain & Jepun menghasilkan Pelan Tindakan HutanTropika bertujuan melindungi hutan hujan tropika dan hidupan liar. Lokasi : Kepong (Selangor), Lembah Danum (Sabah)

v. Kitar dan Guna SemulaKitar dan guna semula merujuk kepada pemprosesan bahan-bahan terbuang yang tidak digunakan kepada penghasilan bentuk baru yang boleh dimanfaatkan.Tujuan kitar dan guna semula ialah:a) Mengurangkan masalah pencemaran alamsekitar.b) Menjimatkan sumber alam dan mengelakkan pembaziran.c) Mengurangkan jumlah bahan buangan.

D) PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR

1.  Definisi pemuliharaan hidupan liar –usaha pengurusanhidupan liar secara bijaksana supaya hidupan ini dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang.

2.  Hidupan liar di Malaysia yang terancam 42 spesis mamalia 34 spesis burung 14 spesis reptilia 14 spesis ikan

3. Sebab kepupusan: perdagangan haiwan liar  pemburuan haiwan

4. Kepentingan hidupan liari. Ubat-ubatan:

Semua ubat-ubat tradisi dan sebahagian besar daripada bahan kimia ubat moden diperoleh daripada haiwan. Masih terdapat banyak spesies haiwan yang belum sempat dikaji tetapi mempunyai potensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti barah, AIDS dan sebagainya

ii. Sumber bahan mentah: Hasil keluaran seperti kulit haiwan , madu , rotan , damar dan sebagainya berasal daripada tumbuhan dan haiwan

iii. Keseimbangan alam sekitar: haiwan memainkan peranan yang sangat penting dalam siratan makanan dan keseimbangan alam

iv. Rekreasi: Kepelbagaian haiwan mengekalkan keindahan semula jadi alam sekitar untuk aktiviti riadah dan rekreasi manusia. Juga ia menjadi satu daya tarikan kepada pelancong dan menyumbang kepada ekonomi negara.

v. Ekonomi: hasil keluaran haiwan memberikan pendapatan kepada negara.

5. Langkah pemuliharaan hidupan liari. Mewujudkan kawasan hutan simpanan untuk memelihara hidupan liar.

Contohnya , hutan dara ,hutan simpanan , dan taman negara ( T.N. Pahang; T.N. Kinabalu di Sabah; T.N. Bako , T.N. Mulu dan T.N. Niah di Sarawak )

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 11: Nota Ringkas Sce3114 aa

11 - SCE3143

ii. Memindahkan tumbuhan yang diancami kepupusan untuk ditanam di kebun khusus atau aboretum dalam usaha pemeliharaan.

iii. Melindungi hidupan liar di hutan paya bakau dengan mewujudkan hutan simpananp paya bakau, misalnya di  Matang (Perak)  dan Pulau  Kukup (Johor).

iv. Mendirikan pusat pembiakan haiwan yang terancam dengan kepupusan , seperti ikan dan penyu ( di Pantai Timur ) , tuntung ( Perak ) dan orang utan ( Sabah dan Sarawak ). Pusat-pusat ini akan membiakkan haiwan - haiwan tersebut untuk dikembalikan kepada habitat asalnya

v. Taman marin didirikan untuk melindungi hidupan laut. Contohnya taman-taman marin di Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulau Paya, Pulau Perhentian dan Pulau Tinggi

vi. Mengisytiharkan hidupan yang terancam dengan kepupusan sebagai spesies terpelihara dan tiada siapa pun dibenarkan menangkap, menembak atau menjualnya.

vii.  Antara spesies-spesies terpelihara ialah orang utan, siamang, kera , badak Sumatera dan harimau

viii. Menguat kuasakan undang-undang untuk melindungi hidupan liar.ix. Mengawal aktiviti pembalakan untuk mengurangkan pemusnahan habitat

hidupan liar.x. Penghutanan semula, iaitu menanam semula hutan dengan anak benih

baru setelah pokok balak ditebang.xi. Pendidikan: Mendidik pelajar sekolah dan orang ramai tentang kepentingan

pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar.xii. Mengawal pencemaran sungai dan laut yang memusnahkan habitat

hidupan air

SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

ISU 3: TENAGA DALAM BIOSFERA

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 12: Nota Ringkas Sce3114 aa

12 - SCE3143

A ALIRAN TENAGA

1. Konsep biosfera

Biosfera ialah persekitaran yang dibina oleh segala biotik (tumbuhan,haiwan,manusia) yang melakukan proses-proses hidup tertentu. Proses proses‟ yang dimaksudkan itu salah satunya ialah rantai makanan/siratan makanan dimana berlaku pengaliran tenaga dari Matahari dengan organisma di Bumi.Secara teori;BIOSFERA ALAM SEKITAR bagi manusiaSemua populasi dan persekitaran fizikal membentuk satu ekosistem.Jadi, ekosistem mempunyai komponen biotik dan abiotik.Biotik: Haiwan, Tumbuhan, MikoorganismaAbiotik: Cahaya matahari, Tanah/Air Ekosistem berinteraksi sebagai tempat tinggal, punca makanan, pengguna dan pengurai. Proses biasa yang terlibat dalam biosfera ialah pengangkutan makanan, penyerapan, pemindahan tenaga, transpirasi, perpeluhan, penguraian dan sebagainya.

2.  Aliran tenaga

Proses SATU HALA iaitu apabila tenaga yang tersedia dalam makanan bergerak melalui suatu ekosistem, tenaga itu akan didegradasikan secara perlahan-lahan kepada haba iaitu satu bentuk tenaga yang tidak boleh digunakan.

3. Contoh satu kitaran ekosistem Matahari merupakan punca tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan. Tumbuh-tumbuhan yang berfungsi sebagai pengeluar mendapat bekalan makanan

secara langsung dari matahari untuk memulakan proses fotosintesis. Tenaga yang disimpan dan mengalir dalam sesebuah ekosistem biasanya dalam

bentuk tenaga kimia atau tenaga haba. Tenaga kimia akan disimpan manakala tenaga haba akan dibebaskan. Tidak semua tenaga di dalam pengeluar dipindahkan ke badan pengguna primer,

badan pengguna primer ke badan pengguna sekunder, dan badan pengguna sekunder ke badan pengguna tertier.

Sebahagian telah hilang tenaga dalam bentuk tenaga haba semasa  proses  respirasi, pergerakan dan pembiakan

Langkah pada rantai makanan terbatas kepada 4 atau 5 sahaja dan pada setiap langkah sebahagian besar daripada tenaga akan hilang sebagai haba.

Ini bermakna semakin pendek rantai makanan pemindahan tenaga akan menjadi lebih cekap.

B) RANTAI MAKANAN DAN SIRATAN MAKANAN (RM &SM)

1. Definisi rantai makanan - hubungan antara hidupan iaitu benda hidup dimakan oleh benda hidup yg lain

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 13: Nota Ringkas Sce3114 aa

13 - SCE3143

2. Definisi siratan makanan - gabungan dua atau lebih rantai makanan dalam satu habitat

3. RM dan SM terdiri dariPengeluar (autotrof) - mampu mensintesis makanan sendiri berdasarkan

pemerolehan tenaga daripada cahaya matahari.Pengguna (hetetrof)

  perlu mengambil makanan yang dibentuk terlebih dahulu. Boleh dibezakan mengikut jenis iaitu herbivor, karnivor dan omnivor dan pengurai.

Pengurai-mikroorganisma cth bakteria kulat. Pengurai akan memakan organisma yang mati dan memecahkannya menjadi sebatian yang

ringkas.

4. Contoh aliran tenaga dalam SM Matahari bertindak sebagai pembekal utama tenaga asas kepada semua

hidupan yang terdapat dalam tasik Tenaga (haba) dari matahari diterima oleh tumbuhan hijau (keladi, teratai,

lumut, alga). Tenaga kimia terhasil melalui proses fotosintesis yang dijalankan apabila

tumbuhan selaku pengeluar membuat makanannya sendiri Tenaga kimia yang disimpan dalam tumbuhan pengeluar itu seterusnya akan

dipindahkan pula kepada hidupan zooplankton apabila hidupan tersebut memakan tumbuhan berkenaan.

Pada aras ni, zooplankton (pelbagai hidupan seni) berperanan sebagai pengguna primer.

Tenaga kimia dalam zooplankton (pengguna primer) ini pula berpindah kepada pengguna sekunder (ikan-ikan kecil dan cacing) apabila haiwan berkenaan memakan zooplankton tadi.

Tenaga kimia yang dipindahkan ini digunakan untuk tumbesaran, pergerakan dan membiak.

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 14: Nota Ringkas Sce3114 aa

14 - SCE3143

Seterusnya tenaga kimia yang disimpan di dalam pengguna sekunder pula akan dipindahkan/berpindah ke pengguna tertier (ikan-ikan yang lebih besar) apabila ikan-ikan ini memakan ikan-ikan kecil dan cacing/ulat.

Dalam konteks ini, sekali lagi tenaga kimia yang dipindahkan itu berfungsi untuk tumbesaran, bergerak dan membiak.

Akhirnya, tenaga kimia yang terdapat di dalam pengguna tertier akan berpindah / dialirkan kepada pengurai yang terdiri daripada bakteria, fungi dan protozoa.

SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 15: Nota Ringkas Sce3114 aa

15 - SCE3143

ISU 4: KEMAPANAN SUMBER

Sumber bermaksud sebarang bahan yang berguna dan diperlukan oleh manusia. Sumber memberikan manfaat yang besar kepada penduduk bumi untuk pelbagai tujuan.Antara sumber-sumber ialah cahaya matahari, air, tumbuhan, binatang, tanih dan mineral. Kemapanan sumber ialah usaha untuk memantapkan sumber supaya ianya dapat dikekalkan dan dipelihara dengan sebaik-baiknya. Sumber-sumber semulajadi ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang tidak boleh diperbaharui.

A SUMBER TENAGA YANG BOLEH DIPERHARUI

1. Definisi: sumber tenaga yang boleh diperbaharui boleh diganti secara semula jadi dalam jangka masa yang singkat. Sumber tenaga ini akan kekal selamanya walaupun dengan penggunaan yang berterusan.

2. Jenis:i. Tenaga Solar:

Ialah tenaga yg menggunakan sinaran Matahari yang sampai ke Bumi. Tenaga ini boleh ditukarkan menjadi bentuk tenaga yang lain seperti tenaga haba dan elektrik.Digunakan untuk

Memanaskan air untuk digunakan di rumah, bangunan atau kolam renang Memanaskan ruang di dalam rumah, rumahhijau dan bangunan-bangunan

lain.Tenaga suria boleh ditukarkan menjadi tenaga elektrik dalam dua cara:-

Alat Voltan Foto (PV) atau “sel –sel suria‟ Loji Kuasa Suria

Kebaikan- Tidak mencemarkan alam- Tidak perlu dibayar/free- Boleh diperolehi selagi cahaya matahari ada

Kelemahan- Jumlah cahaya Matahari yang tiba dipermukaan Bumi tidak tetap. Ia bergantung

kepada lokasi, hari, tahun dan keadaan cuaca. Hanya digunakan apabila terdapat cahaya matahari Memerlukan kawasan yang luas untuk menjana tenaga Menggunakan kos yang tinggi untuk membangunkan teknologi.

ii. Tenaga AnginKuasa angin bermaksud pertukaran tenaga angin kepada beberapa bentuk tenaga yang bergunaKuasa angin dapat memutarkan turbin daripada tenaga kinetik kepada tenaga elektrik.Contoh: kincir angin.Kebaikan:-

Sumber tenaga bersih- Murah- Tidak menyebabkan pencemaran

Kelemahan:-

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 16: Nota Ringkas Sce3114 aa

16 - SCE3143

Perlu memilih kawasan yang sesuai untuk tenaga angin- Bunyi yang kuat terhasil daripada putaran turbin seperti bunyi enjin jet

pencemaran bunyi. Pembinaan kincir angin menggunakan kos yang tinggi

iii. Tenaga biomass

Tenaga yang berasal daripada tumbuhan dan bahan organik seperti kayu, tanaman seperti jagung dan tebu, baja, tumbuhan akuatik dan juga gas bahan buangan daripada sampah sarap dan kumbahan. Bahan organik ini menyimpan cahaya Matahari dan bentuk tenaga kimia. Biojisim boleh ditukarkan kepada beberapa bentuk tenaga lain yang berguna, seperti gas metana atau bahan bakar kenderaan, seperti etanol dan biodiesel. Bahan bahan yang berbau, seperti sampah yang mereput, dan bahan buangan pertanian dan bahan buangan oleh manusia, membebaskan gas metana yang juga dikenali sebagai “gas bahan buangan” atau “biogas”.

Kebaikan- Murah- Menggunakan barang terbuang dan tidakmembazir 

Kelemahan- Gas rumah hijau terhasil kesan pembakaran. Pembinaan tempat untuk mengumpul, menuai dan menyimpan bahan-bahan

mentah menggunakan kos yang tinggi Mempunyai kos tambahan untuk memasang teknologi untuk memproses dan

mengitar semula sisa buangan

iv. Tenaga geotermalKuasa diekstrak daripada haba yang disimpan dibumi.Pereputan radioaktif mineral, dan dari tenaga solar yang diserap pada permukaan untuk menjana elektrik

Kebaikan- Mesra alam- Kos yang efektif – Lestari

Kelemahan- Boleh digunakan hanya di kawasan-kawasan gunung berapi.- Kos menubuhkannya boleh menjadi mahal.- Terhad kepada kawasan-kawasan berhampiran sempadan plat tektonik.- Membebaskan gas rumah hijau yang terperangkap jauh di dalam bumi.

v. Tenaga hidroelektrik

Tenaga yang terhasil daripada air yang mengalir dan boleh diubah menjadi tenaga elektrik.Tenaga mekanikal (kinetik) diperoleh daripada air yang mengalir memutarkan turbin untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Kebaikan- Menggunakan kos yang rendah- Tidak menghasilkan pencemaran- Tidak menggunakan bahan api untukmenghasilkan tenaga elektrik

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 17: Nota Ringkas Sce3114 aa

17 - SCE3143

Kelemahan- Kos yang tinggi untuk pembinaan empangan.- Banjir kawasan tanah yang besar bermakna bahawa alam semula jadi dimusnahkan.- Pembinaan empangan besar boleh menyebabkan kerosakan geologi yang serius.

B) SUMBER TENAGA YANG TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI

1. Definisi : sumber yang tidak boleh diganti dalam jangkamasa yang singkat2. Jenis :

i. PetroleumTerbentuk daripada pereputan haiwan dan tumbuhan yang hidup berjuta juta tahun yang laluLebih daripada berjuta - juta tahun, reputan haiwandan tumbuhan ini ditutupi dengan lapisan pasir dan kelodak. Haba dan tekanan daripada lapisan ini membantu ia berubah bentuk kepada minyak mentah. Perkataan “petroleum‟ bermakna “minyak batuan‟ atau "minyak dari Bumi‟. Petroleum terdiri daripada campuran hidrokarbon yang kompleks yang boleh diasingkan kepada pecahan berlainan melalui kaedah penyulingan berperingkat kerana setiap pecahan mempunyai takat didih yang berlainan.

Pembakaran petroleum menghasilkan pengeluaran berikut- Karbon dioksida (CO2)- Karbon monoksida (CO)- Sulfur dioksida (SO2)- Nitrogen oksida (NO)- Kompoun Organik Mudah Meruap (VOC)- Plumbum dan pelbagai gas toksik seperti benzene,formaldehyde, acetaldehyde

Kebaikan- Bahan bakar kapal terbang, kereta, dan lori,- Menghasilkan ubat- ubatan dan produk-produk plastik.- Menjana tenaga elektrik

Kelemahan-  CO2 merupakan gas rumah hijau dan sumber kepada pemanasan global.-  SO2 menyebabkan hujan asid, yang mana mengancam tumbuhan dan haiwan yang

tinggal didalam air, dan ia memudaratkan penyakit respiratori dan jantung, khususnya untuk kanak kanak dan orang tua.- 

NO dan VOC menyumbangkan kepada pemusnahan lapisan ozon, dan juga menyebabkan keradangan dan merosakkan paru paru.

PM menyebabkan keadaan berjerebu di bandar dan kawasan sekitar, menyebabkan asma dan bronkitis kronik, terutama kanak-kanak dan orang tua. “PM yang seni‟ (sangat-sangat kecil) juga menyebabkan emfisema dan kanser paru-paru.-

Plumbum memberikan kesan kematian kepada kesihatan, terutama kanak-kanak, dan gas toksik kemungkinan bersifat karsinogen.

ii. Gas asli

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 18: Nota Ringkas Sce3114 aa

18 - SCE3143

Pencarian gas asli dimulakan dengan ahli geologi, yang mengkaji struktur dan proses bumi. Mereka mengenalpasti jenis batuan yang difikirkan mempunyai potensi mengandungi gas dan mendapan minyak.Para saintis dan jurutera mengkaji kawasan yang dipilih dengan mengkaji sampel batuan dari bumi dan membuat kiraan. Jika kawasan tersebut berpotensi, kerja-kerja mengorek dimulakan. Sebahagian daripada kawasan ini berada di darat tetapi banyak yang berada di laut. Apabila gas ditemui, ia kemudian dialirkan keluar menerusi perigi ke permukaan dan ke dalam saluran paip.Ada gas yang diperolehi bersama-sama metana, seperti butana dan propana, diasingkan dan dibersihkan di loji pemprosesan gas. Hasil sampingan, apabila diasingkan, digunakan dalam pelbagai cara. Contohnya, propana boleh digunakan untuk memasak.

Kebaikan- Digunakan utk menghasilkan keluli, kaca, kertas,pakaian, batu bata, elektrik dan

sebagai bahan mentah penting dalam penghasilan pelbagai produk. Sebahagian produk tersebut ialah cat, baja, plastik,bahan anti-beku, pewarna, filem fotografik, ubat-ubatan dan bahan letupan-

Digunakan di rumah untuk menyalakan dapur, pemanas air, pewarna pakaian dan lain-lain peralatan elektrik.

Kelemahan- Menyebabkan pencemaran udara. W/b/pun pembakaran gas asli adalah lebih bersih

berbanding dengan bahan bakar fosil yang lain. Ia menghasilkan sedikit sulfur, karbon dan nitrogen berbanding arang batu dan minyak, dan apabila ia dibakar, ia tidak meninggalkan sebarang zarah zarah abu.-

Menghasilkan karbon dioksida iaitu gas rumah hijau. Gas rumah hijau menyumbang kepada “kesan rumah hijau‟

 iii. Arang batu

Arang batu ialah batuan mendapan berwarna hitam atau perang kehitaman yang mudah terbakar yang terdiri daripada karbon dan hidrokarbon.Tenaga di dalam arang batu berasal daripada tenaga yang tersimpan oleh tumbuhan yang hidup beratus juta tahun yang lalu, di mana sebahagiannya dilitupi dengan hutan paya

Kebaikan:- Menjana elektrik. Loji kuasa membakar arang batu untuk menghasilkan stim. Stim akan

memusingkan turbin (mesin untuk menjana kuasa mekanikal) yang menjana elektrik. Sumber tenaga utama dalam kebanyakan industri seperti industri keluli, simen dan

kertas. Pembuatan: Kandungan bahan arang batu (seperti metanol dan etilena) digunakan

dalam membuat plastik, serat sintetik, baja dan ubat-ubatan. Membuat keluli. Arang batu dibakar di dalam relau untuk membentu kok (hampas

arang batu), yang mana ia digunakan untuk melebur bijih besi menjadi besi yang diperlukan dalam pembuatan keluli. Suhu yang amat tinggi hasil penggunaan kok yang memberi keluli kekuatan dan sifat fleksibel untuk membina jambatan, bangunan dan kenderaan.- Industri konkrit dan kertas juga menggunakan arang batu dengan jumlah yang besar.

Kelemahan:-

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 19: Nota Ringkas Sce3114 aa

19 - SCE3143

Perlombongan arang batu boleh memberi kesan negatif terhadap ekosistem dan kualiti air dan merubah landskap dan permandangan.

Puing yang menghalang aliran aliran air hasil daripada permukaan kawasan perlombongan seperti pemusnahan bahagian puncak gunung, dan air berasid boleh dialirkan dari kawasan perlombongan yang ditinggalkan

Pembakaran arang batu menghasilkan beberapa jenis pengeluaran dan hasil sampingan yang kurang baik terhadap alam sekitar:i) Sulfur dioksida (SO2), merupakan kandungan hujan asid dan meningkatkan penyakit respiratori.

  ii) Nitrogen oksida (NO), yang mana terlibat dalam pembentukan hujan asid dan kabus fotokimia yang tebaliii) Zarah-zarah tertentu, merupakan kandungan hujan asid dan meningkatkan penyakit respiratori.iv) Karbon dioksida (CO2), gas rumah hijau yangutama yang dihasilkan dari penggunaan tenaga.v) Merkuri - kerosakan perkembangan neurologi kepada manusia dan haiwan lain. Kepekatan merkuri di dalam udara selalunya rendah dan tidak membimbangkan. Namun, apabila merkuri memasuki air sama ada secara terus atau menerusi pemendapan daripada udara proses biologi menukarkan ia kepada metil merkuri,

bahan kimia toksik tinggi yang terkumpul di dalam ikan dan haiwan (termasuk manusia) yang makan ikan.

C) ISU SUMBER TENAGA

1. Kepupusan sumber tenaga2. Kesan negatif penggunaan tenaga terhadap alam sekitar3. Pembaziran tenaga4. Kekurangan bekalan tenaga

D) CARA MENGATASI KEKANGAN ISU TENAGA

1.  Menggunakan pelbagai sumber lain seperti nuklear,biomass, hidro dan solar 

2.  Penciptaan alatan-

Kereta hybrid-

Solar cooker –

Mini Sun Energy Saver

3.  Penjimatan tenaga elektrik-

Memasang penghawa dingin mengikut keperluan-

Tutup peralatan elektrik jika tidak digunakan

SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

ISU 5: BAHAN TAMBAH DALAM MAKANAN

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 20: Nota Ringkas Sce3114 aa

20 - SCE3143

Bahan yang ditambahkan ke dalam makanan untuk tujuan mengawet atau meningkatkan bau, rasa dan rupa makanan. A) BAHAN TAMBAH SEMULAJADI DALAM MAKANAN

1. Definisi - Makanan terdiri daripada bahan organik yang tidak boleh tahan lama kerana bahan organik mereput

2. Fungsi - sebagai pengawet, iaitu untuk membunuh mikroorganisma atau mencegah pertumbuhan mikroorganisma yang merosakkan makanan.

3. Jenisi. Garam-

Diperoleh daripada air laut.Digunakan untuk mengawet sayuran, daging dan ikan.Pengawetan untuk elak makanan rosak.Cth: tangkapan ikan yang berlebihan diawet supaya dapat disimpan lama.Garam menyerap air dan mengeringkannya.Tanpa air, mikroorganisma tak boleh hidup

ii. GulaDigunakan untuk mengawet buah-buahan.Buah-buahan disimpan di dalam air gula.Gula yang larut menyebabkan air tak dapat digunakan oleh mikroorganisma.Proses plasmolisis menyebabkan kehilangan air.

iii. CukaMengandungi asid etanoik sejenis asid organik.Digunakan untuk mengawet makanan seperti sayuran dan buah-buahan.Mikroorganisma tidak dapat hidup dalam makanan yang berasid.

4. Kesani. Kebaikan

Sedap Menarik Tahan lama

ii. Keburukan Gula - kencing manis, obesiti Garam - darah tinggi

B BAHAN TAMBAH BUATAN DALAM MAKANAN

1. Definisi - Bahan makanan yang trdiri daripada bahan kimia yang tahan lama.

2. Fungsi -  Diletakkan dalam makanan untuk meningkatkan bau, rasa dan rupa makanan serta mengawet makanan supaya tahan lebih lama

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 21: Nota Ringkas Sce3114 aa

21 - SCE3143

3. Jenis

i. PengawetBahan yang ditambah ke dalam makanan untukmemperlahankan atau menghalang pertumbuhan bakteria/kulat supaya tahan lama.Contoh:-

Natrium nirit/ Natrium Nitrat – Perlahankan pertumbuhan mikroorganisma - Daging, sosej, burger....

Natrium benzoat/ Natrium benzoik – Cegah pertumbuhan mikroorganisma - Belacan, cencaluk, sos, jus buah, marjerin........

Sulfur dioksida/ Asid askorbik – Perlahankan pertumbuhan mikroorganisma - Jus buah-buhan, jem

ii. PewarnaBahan kimia yg memberikan warna tertentu kepada makananFungsi - Untuk mengembalikan warna asal makanan yg telah hilang semasa pemprosesanContoh:-

Pewarna Lisamina Hijau - Kacang hijau- pulihkan warna hijau- Pewarna Kuning - Majerin- supaya kelihatan kuning- Pewarna dari Tar Arang - Daun teh- menambah warna perang- Jem strawberi- jem

kelihatan segar – Pewarna Metanil Yellow - Taufu Kuning -Menyebabkan kemandulan kpd kaum lelaki

iii. Anti-pengoksidaan

Bahan kimia yg ditambah dlm makanan berminyak untuk mencegah minyak dalam makanan dioksidakan oleh oksigen dlm udaraPengoksidaan memecahkan bahan makanan kepada molekul kecil yang mungkin merosakkan makanan & bau tengik- Berubah rasa, warna dan mungkin beracunPenyelesaian Akta makanan 1983 membenarkan hanya 11 jenis anti pengoksidaan digunakan sebagai bahan tambah buatan dalam makanan. Bahan Semula jadi 

Asid sitrik Asid fosforik Asid askorbik

Bahan sintetik BHA (hidrosilanisolberbutil) BHT (hidrosil- toluenaberbutil)

Untuk bahan mengandungi minyak, lemak,makanan goreng & biskut.

iv. Penstabil & Pemekat Penstabil -Bahan kimia yg ditambah kepada makanan yang berbentuk emulsi seperti

makanan yg berkrim,sos salad, ais krim, dan susu untuk membantu minyak & air dalam makanan itu bercampur dengan sebati & kekal sebagai emulsi sepanjang masa Contoh: Agar- agar & gam acacia

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 22: Nota Ringkas Sce3114 aa

22 - SCE3143

Pemekat - Bahan kimia yg ditambah kepada makanan untuk mengubah struktur asal bahan dalam makanan kepada sesuatu yg mempunyai tekstur yang halus dan licin. Contoh: kanji, pectin (jem), agar2

v. PerisaBahan kimia yang ditambah kepada makanan untuk memberi atau meningkatkan rasa makananContoh: kek, jem, cordial

4. Kesani. Kebaikan:

Hasil makanan sedap, berkualiti dan selamat Hasil makanan segera. (tin) Makanan tahan lama Mempelbagaikan jenis makanan Kos makanan murah sebab makanan tidak terhad

ii. Keburukan MSG - Rasa pening, lesu, jantung berdegup kencang,mual Penggunaan Natrium nitrit - Bahan ini berubah kepada sebatian nitrosamina yang

bersifat karsinogen dan punca kepada penyakit kanser. Natrium benzoat - Gangguan urat saraf, alergi Tartrazina- Sebagai pewarna kuning: keaktifan melampau, ruam, asma, kanak-kanak

mungkin terlalu aktif, tidak banyak tidur.

SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

ISU 6: PENCEMARAN DAN KESANNYA TERHADAP BUMI

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 23: Nota Ringkas Sce3114 aa

23 - SCE3143

A) PENCEMARAN UDARA

1. Definisi - Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidak selesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera.

2. Indeks Pencemaran Udara (IPU) IPU adalah satu sistem yang dibangunkan untuk memaklumkan kepada orang ramai

mengenai tahap kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan dengan cara yang termudah.

Ia juga adalah satu sistem kepekatan pencemar yang diukur dan ditukarkan kepada suatu nombor pada skala antara 0 hingga 500. Oleh itu, IPU dikategorikan kepada lima tahap iaitu baik, sederhana, tidak sihat,sangat tidak sihat dan berbahaya.

Julat IPU

Skala IPU-Kualiti Udara 0 –50 Baik 51–99 Sederhana 99 –199 Tidak Sihat 199-299 Sangat Tidak Sihat 300 ke atas Merbahaya

3. Jenis pencemaran

i. Pencemaran Primer - Pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak lengkap. Ia menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara.- Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang kayu yang tidak terkawal

ii. Pencemaran Sekunder - Tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.- Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat (PAN).

4. Punca pencemaran

i. Pembebasan Asap Daripada Aktiviti Perindustrian/Pembuatan- Industri kimia melepaskan pencemar berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik.

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 24: Nota Ringkas Sce3114 aa

24 - SCE3143

ii. Asap Kenderaan Bermotor - Asap kenderaan mengandungi karbon dioksida,karbon monoksida dan nitrogen oksida- Berbahaya apabila masuk ke dalam paru-paru

iii. Pembebasan Debu Dan Ampaian Habuk Daripada Perlombongan Kuari- Habuk yang terbebas terlalu banyak semasa perlombongan kuari akan menyebabkan udara tercemar dan menyebabkan jerebu

iv. Pembakaran Terbuka- Pembakaran pokok tua di ladang dan hutan sertapembakaran sampah dalam skala besar menyebabkan berlakunya jelaga.- Jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin

v. Aktiviti Harian- Peti sejuk dan penyaman udara mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon.- Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.

5. Kesan

i. Hujan asid- Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrikii. Pemanasan global- Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini.iii. Manusia mendapat penyakit- Karbon monoksida akan akan melambatkan tindakbalas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.- Nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari- Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusiaiv. Haiwan terancam dan mati- Haiwan akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara. Ini disebabkan dari udara yang memasuki paru-paru haiwan dan makanan dari sumber tumbuhan yang tercemar kesan pencemaran udara.v. Tanaman tidak subur - Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.- Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk juga terganggu.vi. Hakisan bangunan- Hujan asid yang turun akan mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan barangan besi. Selain itu, ia akan melunturkan cat kereta dan membocorkan bumbung-bumbung zink. Manakala batuan dan binaan bangunan menjadi lemah dan rapuh serta mempercepatkan hakisan bangunan.

6. Langkah mengatasii. Penggunaan hidrokloroflorokarbon (HCFC) menggantikan CFCii. Perundangan- Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985 (pindaan)- Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977 )- Dihadkan kepada 50 HDU.- Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978 ) -Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter.

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 25: Nota Ringkas Sce3114 aa

25 - SCE3143

iii. Pengasing Elektrostatik- Apabila sesuatu benda dicas, maka ia mempunyai daya elektrostatik dan mampu menarik bendasing. Pengasing elektrostatik menggunakan prinsip ini untuk menarik partikel-partikel kecil dari udara.- Contohnya, apabila cerobong kilang dicas, asap yang mengandungi partikel kecil akan ditarik oleh daya ini dan melekat di tepi cerobong.iv. Penampalan ozon-Bahagian ozon yang berlubag boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon.

B) PENCEMARAN AIR

1. Definisi: Air dikatakan tercemar apabila komposisinyaberubah dari kedaan semulajadi atau keadaan dimana ianya menjadi kurang sesuai untuk kegunaan manusia atau haiwan. Perubahan tersebut termasuklah dari segi:- Fizikal- Kimia- Biologi

2. Kelas pencemaran air Kelas 1 –air boleh diminum tanpa perlu dirawatKelas 2– air memerlukan rawatan biasaKelas 3 –kualiti tercemar, tidak boleh berenang tapi boleh berkelahKelas 4 –tercemar Kelas 5 –hampir mati

i. Tumpahan minyakLapisan minyak akan menghalang oksigen ke dalaml aut menyebabkan oksigen terlarut berkurang. Menghalang cahaya matahari hingga menganggu proses fotosintesis

ii. PerindustrianCecair kimia yang tidak dirawat disalurkan ke dalam sungai.Pencemaran ini mengganggu kehidupan akuatik.Pengurangan kadar oksigen di dalam air boleh mengancam kehidupan akuatik

iii. Bahan buangan domesticTerdiri daripada sampah sarah dan bahan kumbahan.Air menjadi keruh, berkeladak dan kotor.Ini menyebabkan organisma akuatik tidak dapat menyesuaikan diri dalam air.

iv. PertanianPestisid disembur untuk membunuh haiwan perosak.Bahan kimia tersebut mengalir ke dalam sungai apabila hari hujan.

4. Kesan pencemarani. Kesihatan menusia.- Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat,

merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 26: Nota Ringkas Sce3114 aa

26 - SCE3143

ii. Mengancam organisma laut.- Tumpahan minyak akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan,siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut.- Bulu burung laut berminyak tidak akan dapatmengembang menyebabkannya mati kelaparan.- Menyebabkan kepupusan hidupan laut.

iii. Tanah basah.Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.

5. Langkah pencegahan

i. Media massa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai -Kempen kesedaranii. Menguatkuasakan undang-undang. Manakala,Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai,sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.iii. Penyelenggaraan sistem perparitan

C) PENCEMARAN BUNYI

1. Definisi - bunyi yang berlebihan yang tidak dikehendaki dan menyebabkan gangguan. Organ terlibat adalah telinga dan tidak nampak dengan mata kasar. Menyebabkan pekak atau kerosakan pada telinga dalam masa yang singkat

2. Jenis1. Kebisingan selanjar - Merupakan kebisingan yg selar dan kurang drpd 3dB.- Berlaku apabila seseorang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dgn lebih perlahan.

2. Kebisingan fluktasi- Kebisingan yang terletak antara puncak gelombang yg lebih tinggi & rendah. Pada tahap ini, getaran gelombang bunyi akan bergetar lebih cepat drpd kebisingan selejar.- Getaran gelombang adalah sekitar 3db sahaja.

3. Hentakan impuls- Merupakan bunyi yang lebih intensiti dlm tempoh yang singkat.-Contohya tembakan, ketukan atau lagaan drpd benda keras.- Tahap getaran gelombnag ini akan memuncak & menurun dengan lebih cepat.- Pada tahap ini juga, intensiti bunyi ialah melebihi 80db kemudian gelombang bunyi akan menurun.  Akan tetapi intensiti ini masih menunjukkan tahap bunyi yang tinggi kerana bunyi yg kuat memberi kesan yang lama terhadap getaran.

4. Kebisingan selang-seli.- Kebisingan ini berlaku secara selang seli.- Dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan & kuat dalam jangka masa pendek.- Contohnya: ketika seseorang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak & getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu diberhentikan.

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 27: Nota Ringkas Sce3114 aa

27 - SCE3143

5. Punca pencemarani. Bunyi kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas,dan lain-lain yang banyak menyumbang ke arah pencemaran ini.ii. Pembangunan kawasan industri mengeluarkan bunyi melalui pemprosesan material, jentera, kenderaan, aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman kepada orang ramai dan memberi kesan kepada manusia seperti gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.iii. Pembinaan kawasan petempatan mengeluarkan bunyi apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalamtanah untuk pembinaan bangunan-bangunan tinggi.iv. Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi. Pemecahan batu, enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori turut menjadi punca pencemaran ini.v. Tabiat masyarakat - Membuka radio, tv dan alat hiburan yang lain dengan sangat kuat dan bercakap dengan nada yang agak tinggi.

6. Kesani. Kesan kepada telingaa) Kesan serta merta- Disebabkan bunyi yang kuat (>120 dB)- Menyebabkan pecah selaput tympanum, kerosakan tulang kecil pendengaran.- Hilang pendengaran kekal.b) Kesan Kronik- Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat (>85dB - 5 tahun, > 8 jam sehari)- Lebih tinggi frekuensi, kerosakan koklia tinggic) TTS (Temporary Threshold Shift)- Threshold pendengaran tinggi semasa bekerja di tempat bising.- Kembali asal setelah 12 jam keluar dari suasana bising.d) PTS (Permanent Threshold Shift)- Pendedahan berulangan – threshold pendengaran tidakkembali kepada „base line‟ asal.ii. Kesan Di Luar Telingaa) Kesan Fisiology- Meningkatkan Tekanan darah melalui galakan ANS (Autonomy Nerves System) - Meningkatkan Pergerakan Otot.b) Kesan Psychosomatic.- Sakit Kepala, pening, loya, muntah- Nystagmus, pergerakan mata tak dapat dikawalc) Kesan Pyscology- Gangguan Percakapan- Kesan Tingkahlaku- Keletihan- Gangguan saraf dan ketegangand) Lain-lain- Mudah marah- Sering merasa cemas.

 7. Cara mengatasi

i. Pengawalan oleh manusiaKesedaran sivik masyarakatPengeluaran kenderaan yang enjinnya lebihsenyap dan mesra alamSikap bertimbang rasa

ii. Penguatkuasaan undang-undangJPJ menyaman kenderaan diubahsuai sistemexhaustJabatan alam sekitar menyaman kenderaan yang melebihi tahap bunyi ditetapSyarat kepada kontarktor utk tidak menjalankan binaan pada waktu malam

D) RADIASI

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013

Page 28: Nota Ringkas Sce3114 aa

28 - SCE3143

 1. Definisi - Radiasi ialah proses di mana zarah-zarah bertenaga bergerak dalam medium atau ruang.

2. JenisSinar Ultraviolet (UV) dari matahariinfraredgelombang mikrogelombang radioRadiasi pengion- Apabila zarah memiliki tenaga yang cukup tinggi sehingga menyebabkan terkeluarnya elektron daripada atom iaitu ion.- Contoh : Alpha particle, Beta particle, sinar x dan sinar gamma adalah.

3. Faktor - radiasi pengion yang terdapat dalam cahayamatahari, bahan radioaktif yang tertimbus dalam tanahatau batu, radon, televisyen berwarna, bangunan, produk-produk agrikultur, lombong dan pembakaran arang.Perokok pula menerima dos radiasi lebih tinggi daripadaradioisotop yang terkandung dalam rokok.

4. Kegunaan radiasiX-ray, CT scan, mammografi dan PET scan.Doktor boleh mengenalpasti jenis penyakit dan lokasi sebenar penyakit untuk disesuaikan dengan rawatan terbaik.Rawatan Radiotheraphy pula digunakan untukmembunuh sel-sel kanser.

5. Kesan terkena radiasii. Akut–apabila terdedah kepada dos yang tinggi dalam tempoh masa yang singkatDos radiasi yang tinggi berupaya membunuh sel manakala dos yang rendah merosakkan atau mengubah sel. Berikut adalah kesan-kesan radiasi akut (NCRP Report No. 98, Guidance on Radiation Received in Space Activities)LD 50/60 ialah Lethal Dose di mana 50% orang yang terdedah kepada dos ini akan mati dalam tempoh 60hari. Pada tahap 100 rad (Radiation Absorbed Dose)ke atas boleh mengakibatkan keguguran rambut, kulit terbakar dan masalah penglihatan

ii. Kronik –apabila terdedah kepada dos yang rendah dalam tempoh masa yang lamaGenetic–kesan yang dialami oleh anak-anak kepada individu yang terdedah kepada radiasi. Sperma atau ovum yang terdedah kepada radiasi boleh mengalami mutasi. Kesan utama tidak dapat dikenalpasti.Somatic–kesan yang dialami oleh individu yang terdedah kepada radiasi. Kesan utama adalahkanser.In-Utero –kesan yang dialami oleh bayi dalam kandungan yang terdedah kepada radiasi. Kesan utama adalah bayi dilahirkan tidak sempurna atau cacat.

FY/PISMPSN’10/JSN/IPGKPMM/JUN2013