Nota Rumusan Alam Sekitar

5
Nota rumusan Alam sekitar Topik 1- Apakah system bumi Terdapat sistem terbuka dan sistem tertutup dalam alam semesta. Matahari merupakan pusat sistem suria yang mengandungi sembilan planet (Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto). Semua planet dalam sistem suria terikat dengan tarikan gravitinya dan beredar dalam orbitnya sendiri. Bumi merupakan planet yang ketiga dari matahari. Bumi yang condong berputar di atas paksinya serta mengelilingi matahari. Ini menyebabkan kejadian siang dan malam, tempoh siang dan malam yang tidak sama panjang serta berlakunya empat musim di kawasan garis lintang sederhana dan tinggi. Sistem bumi mengandungi atmosfera, litosfera, hidrosfera dan biosfera. Tenaga suria memainkan peranan penting dalam sistem bumi. Tenaga boleh dikelaskan kepada dua bentuk, iaitu endogenetik dan eksogenik. Antara punca-punca tenaga utama di bumi ialah kimia, kinetik, keupayaan, radiasi, elektrik dan geoterma. Tenaga suria banyak memberi kesan terhadap alam semula jadi seperti kerpasan/hujan, aliran air, hakisan, pemendapan dan lain-lain fenomena. Variasi tenaga suria di bumi bersama kedudukan bumi serta peredaran bumi mempengaruhi proses-proses geomorfologi, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan aktiviti manusia. Topik 2- Sistem Geomorfologi Geomorfologi bermaksud kajian ke atas bentuk muka bumi. Ia juga merupakan bidang sains bumi yang mengkaji interaksi antara proses, faktor dan bentuk di permukaan bumi secara saintifik. Proses geomorfologi melibatkan proses endogenik dan eksogenik. Nisbah antara benua dengan lautan di permukaan bumi amat ketara di mana hanya 29% sahaja ialah muka bumi dan 71% adalah lautan. Struktur bumi terdiri daripada kerak bumi, mantel dan teras bumi. Batuan terdiri daripada himpunan mineral seperti batuan igneus, batuan enapan dan batuan metamorfosis yang berbeza dari segi komposisi mineral, pembentukan, keras lembutnya, kestabilan bahan warna, struktur, perikat, ira dan ciri rekahannya. Batuan adalah pembentuk bumi yang menghasilkan batuan keras tahan seperti gunung, dataran tinggi, banjaran dan batuan lembut seperti lurah dan lembah. Batuan amat penting bagi ekonomi manusia seperti pembinaan dan perhiasan. Luluhawa merupakan proses pemecahan dan penguraian batuan akibat tindakan unsur-unsur iklim contoh hujan, suhu, kelembapan udara. Ia terbahagi kepada luluhawa kimia, fizikal dan mekanika. Terdapat empat jenis gerakan jisim seperti aliran lambat, aliran cepat, geluncuran dan runtuhan. Faktor-faktor yang mempengaruhi gerakan jisim adalah seperti faktor semula jadi (hujan lebat), faktor cerun (cerun landai atau curam), faktor tumbuhan semula jadi (tebal atau nipis) dan faktor manusia (memotong kaki cerun). Terdapat hakisan, pengangkutan dan pemendapan akibat tindakan larian air permukaan, ombak dan angin. Proses geomorfologi amat penting kepada manusia sama ada dari segi kebaikan atau pun keburukan. Antara kebaikannya ialah mendorong pelbagai jenis aktiviti manusia seperti pertanian, perlombongan, pelancongan dan pengangkutan. Contohnya Tanah tinggi Kundasang menjadi kawasan pertanian sayur-sayuran. Banjaran gunung, gaung, lurah, tasik luas, jeram dan air terjun yang amat sukar dibina petempatan, jalan pengangkutan dan melaksanakan pertanian menjadi halangan kepada aktiviti manusia. Jika ia dibina, tanah runtuh mungkin memusnahkan harta benda serta mengancam nyawa manusia. Topik 3 – Stm Atmosfera pengimbang alam Cuaca dan iklim adalah hasil bertindak balas system suria dan system bumi.

Transcript of Nota Rumusan Alam Sekitar

Page 1: Nota Rumusan Alam Sekitar

Nota rumusan Alam sekitar

Topik 1- Apakah system bumi

Terdapat sistem terbuka dan sistem tertutup dalam alam semesta.

Matahari merupakan pusat sistem suria yang mengandungi sembilan planet (Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto).

Semua planet dalam sistem suria terikat dengan tarikan gravitinya dan beredar dalam orbitnya sendiri.

Bumi merupakan planet yang ketiga dari matahari. Bumi yang condong berputar di atas paksinya serta

mengelilingi matahari. Ini menyebabkan kejadian siang dan malam, tempoh siang dan malam yang tidak sama panjang serta berlakunya empat musim di kawasan garis lintang sederhana dan tinggi.

Sistem bumi mengandungi atmosfera, litosfera, hidrosfera dan biosfera.

Tenaga suria memainkan peranan penting dalam sistem bumi.

Tenaga boleh dikelaskan kepada dua bentuk, iaitu endogenetik dan eksogenik.

Antara punca-punca tenaga utama di bumi ialah kimia, kinetik, keupayaan, radiasi, elektrik dan geoterma.

Tenaga suria banyak memberi kesan terhadap alam semula jadi seperti kerpasan/hujan, aliran air, hakisan, pemendapan dan lain-lain fenomena.

Variasi tenaga suria di bumi bersama kedudukan bumi serta peredaran bumi mempengaruhi proses-proses geomorfologi, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan aktiviti manusia.

Topik 2- Sistem Geomorfologi

Geomorfologi bermaksud kajian ke atas bentuk muka bumi. Ia juga merupakan bidang sains bumi yang mengkaji interaksi antara proses, faktor dan bentuk di permukaan bumi secara saintifik. Proses geomorfologi melibatkan proses endogenik dan eksogenik. Nisbah antara benua dengan lautan di permukaan bumi amat ketara di mana hanya 29% sahaja ialah muka bumi dan 71% adalah lautan. Struktur bumi terdiri daripada kerak bumi, mantel dan teras bumi.

Batuan terdiri daripada himpunan mineral seperti batuan igneus, batuan enapan dan batuan metamorfosis yang berbeza dari segi komposisi mineral, pembentukan, keras lembutnya, kestabilan bahan warna, struktur, perikat, ira dan ciri rekahannya. Batuan adalah pembentuk bumi yang menghasilkan batuan keras tahan seperti gunung, dataran tinggi, banjaran dan batuan lembut seperti lurah dan lembah. Batuan amat penting bagi ekonomi manusia seperti pembinaan dan perhiasan.

Luluhawa merupakan proses pemecahan dan penguraian batuan akibat tindakan unsur-unsur iklim contoh hujan, suhu, kelembapan udara. Ia terbahagi kepada luluhawa kimia, fizikal dan mekanika. Terdapat empat jenis gerakan jisim seperti aliran lambat, aliran cepat, geluncuran dan runtuhan. Faktor-faktor yang mempengaruhi gerakan jisim adalah seperti faktor semula jadi (hujan lebat), faktor cerun (cerun landai

atau curam), faktor tumbuhan semula jadi (tebal atau nipis) dan faktor manusia (memotong kaki cerun).

Terdapat hakisan, pengangkutan dan pemendapan akibat tindakan larian air permukaan, ombak dan angin.

Proses geomorfologi amat penting kepada manusia sama ada dari segi kebaikan atau pun keburukan. Antara kebaikannya ialah mendorong pelbagai jenis aktiviti manusia seperti pertanian, perlombongan, pelancongan dan pengangkutan. Contohnya Tanah tinggi Kundasang menjadi kawasan pertanian sayur-sayuran. Banjaran gunung, gaung, lurah, tasik luas, jeram dan air terjun yang amat sukar dibina petempatan, jalan pengangkutan dan melaksanakan pertanian menjadi halangan kepada aktiviti manusia. Jika ia dibina, tanah runtuh mungkin memusnahkan harta benda serta mengancam nyawa manusia.

Topik 3 – Stm Atmosfera pengimbang alam

Cuaca dan iklim adalah hasil bertindak balas system suria dan system bumi.

Keadaan cuaca dan iklim dipengaruhioleh unsur unsur seperti sinaran suria, sinaran bumi, bajet haba dan taburan suhu global.

Mempengaruhi taburan suhu secara mendatar ialah garis lintang, kecondongan bumi di atas paksinya, kebenuaan, kecerunan, pengaruh jasad air, liputan awan, panas matahari dan kepanasan.

Kelembapan mutlak merupakan jumlah wap air terkandung dlm udara dgn jumlah maksimum wap air yg trdpt pd suhu trtntu.

Keadaan cuaca memainkan peranan pntg dlm kegiatan manusia seperti pertanian, perdagangan, pelancongan serta pengangkutan.

Kesan rumah hijau dan penapisan lapisan ozon merupakan fenomena berlaku akibat interaksi manusia dgn alam sekitar.

Isoplet atu garisan peta merupakan satu peta g mmpunyai garisan2 yg menyambung titik2 yg mmpunyai nilai sama digunakan utk mempersembahkan unsur iklim.

Topik 4 – Sistem Hidrologi

Kitaran hidrologi tidak ada titik permulaan. Proses-proses dalam kitaran hidrologi ialah proses sejatan, proses perpeluhan dan sejatpeluhan, proses pemeluwapan, kerpasan dan larian air permukaan.

Proses sejatan ialah proses yang melibatkan penukaran air daripada bentuk cecair kepada bentuk gas atau wap. Faktor-faktor yang mempengaruhi sejatan ialah suhu, tekanan wap, tiupan angin atau turbulens, kemasinan air dan kelembapan bandingan dan luas permukaan air. Sejatpeluhan melibatkan pembebasan wap-wap air ke atmosfera tetapi ia berlaku melalui liang-liang stoma daun.

Page 2: Nota Rumusan Alam Sekitar

Kerpasan merupakan proses pelepasan air daripada awan dalam bentuk air hujan, salji atau hujan batu.

Imbangan air merupakan keseimbangan antara input air yang diterima oleh permukaan bumi dengan ‘out air’ ke atmosfera. Imbangan air bermaksud keseimbangan antara input dengan output air. Ia dipengaruhi oleh jumlah kerpasan, nilai sejatpeluhan, litupan tumbuh-tumbuhan, lembapan tanih, geologi dan tindakan manusia.

Kemarau merupakan keadaan kering dan panas tanpa hujan dalam masa yang panjang. Kekurangan air adalah kerana tindakan manusia.

Langkah-langkah untuk menangani masalah kekurangan air ialah seperti melakukan pembenihan awan iaitu menggalakkan kejadian hujan, memajukan sumber air tanih, membina laluan air, mengemas kini sistem pengurusan dan pengagihan air, memproses air dari sumber-sumber tasik atau kolam serta penggunaan air secara bertanggungjawab.

Banjir kilat merupakan limpahan air di permukaan dalam jangka masa yang singkat. Puncanya ialah kekurangan permukaan telap air, saliran tidak cekap, kekurangan litupan tumbuhan, aktiviti manusia dan penebusgunaan kawasan tanah lembap.

Langkah-langkah untuk mengurangkan fenomena banjir ialah dengan membina empangan besar, membina tetambak atau benteng, mengawal aktiviti penebangan hutan, membina empangan-empangan besar, memperluas dan memperdalamkan alur-alur sungai serta mengambil langkah-langkah persediaan, pencegahan dan kawalan. Bagi mengatasi banjir, kita perlu melaksanakan kajian penyelidikan dan pembangunan seterusnya menjadikan penyelidikan dan pembangunan suatu yang lebih cekap.

Topik 5 - Ekologi

Ekologi adalah satu kajian tentang semua organisma yang wujud dalam satu ekosistem.

Ekosistem pula terdiri daripada dua komponen iaitu biotik dan abiotik yang berinteraksi dalam cara tersendirinya.

Aliran tenaga berlaku apabila proses fotosintesis berlaku dalam tumbuh-tumbuhan. Organisma yang menukarkan tenaga luaran kepada tenaga makanan merupakan pengeluar, manakala organisma yang tidak menukarkan tenaga luaran kepada tenaga makanan bergantung pada pengeluar untuk tenaga makanannya. Ini dikenali sebagai pengguna. Semua organisma adalah ahli dalam rantaian makanan atau siratan makanan.

Tiada manusia yang bebas daripada kewajipan memelihara dan memulihara alam sekitar. Tanggungjawab bersama perlu dipikul bersama jika ingin mencapai kesejahteraan hidup bersama demi memperoleh kualiti hidup yang lebih bermakna.

Manusia perlu bersama-sama menjaga alam sekitar supaya ia tidak termusnah dalam sekelip mata

Topik 6 – Saling Kebergantungan Sistem

Alam sekitar sebagai satu entiti yang menyambungkan sistem-sistem atmosfera, hidrologi, geomorfologi dan ekologi melalui satu laluan tenaga yang dapat menghidupkan sistem bumi.

Air hujan mempengaruhi sistem geomorfologi dan letusan gunung berapi pula mempengaruhi cuaca dunia.

Ciri-ciri gunung berapi yang mempengaruhi cuaca atau iklim dunia ialah kekuatan letusan gunung berapi, kandungan magma dan lokasi.

Perubahan satu sistem akan memberi kesan terhadap sistem-sistem alam sekitar fizikal yang lain dan juga kepada manusia.

Pengekalan alam sekitar memerlukan tindak tanduk manusia secara bijak.

Pelbagai langkah harus diambil bagi memelihara dan memulihara alam sekitar yang terganggu. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar fizikal kita adalah dengan cara penghutanan semula, pengekalan hutan bakau dan mengurangkan kadar perhutanan. Langkah-langkah manusia diharap dapat mengatasi masalah-masalah alam sekitar

Topik 7 – Penduduk dan Sumber

Taburan penduduk dunia adalah tidak sama rata, di mana terdapat kawasan yang padat dan ada juga kawasan yang jarang penduduknya.

Faktor utama yang boleh mempengaruhi taburan penduduk dunia adalah geografi, ekonomi dan sosial, demografi serta sejarah, politik dan dasar kerajaan sesebuah negara.

Pertumbuhan penduduk adalah meliputi bilangan perubahan penduduk yang mendiami sesuatu kawasan pada masa tertentu, tidak kira sama ada perubahan negatif atau positif.

Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk ialah hayat, demografi dan juga sosial.

Penduduk optimum merujuk kepada keseimbangan yang dicapai di antara jumlah penduduk dengan ciri-ciri teknologi moden yang menguruskan sumber-sumber pengeluaran negara tersebut.

Lebihan penduduk adalah keadaan di mana pertambahan penduduk tidak disertakan oleh pertambahan keluaran-keluaran negara.

Kurangan penduduk pula ialah satu keadaan di mana sesebuah negara mempunyai jumlah penduduk yang sedikit (dan kadang-kadang disertai oleh tingkat teknologi yang rendah) berbanding dengan sumber-sumber negara yang sedia ada.

Kadar pertumbuhan penduduk dihitung dengan cara peratus kadar kelahiran ditolak dengan kadar kematian.

Topik 8 – Pembangunan Ekonomi dan alam sekitar

Page 3: Nota Rumusan Alam Sekitar

Pembangunan ekonomi sesebuah negara berlaku melalui proses pembangunan perikanan, pertanian perindustrian, perhutanan perlombongan, pembinaan dan pelbagai aktiviti perkhidmatan.

Sistem pertanian terbahagi kepada empat jenis iaitu pertanian pindah, pertanian sara diri intensif, pertanian pekebun kecil dan perladangan ekstensif.

Antara masalah-masalah yang timbul akibat kegiatan pertanian ialah masalah ancaman fizikal, masalah tanah dan masalah kekurangan modal.

Sektor perikanan dibahagikan kepada tiga jenis iaitu perikanan pinggir pantai, perikanan laut dalam dan perikanan air tawar.

Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh sektor perikanan ialah tangkapan berlebihan, pencemaran air, penggunaan pukat atau teknik tangkapan dan perluasan zon ekonomi eksklusif.

Hutan semula jadi terbahagi kepada hutan konifer, hutan hujan tropika, hutan monsun tropika dan hutan padang rumput hawa sederhana.

Antara masalah perhutanan ialah penyahhutanan. Kegiatan pertanian mempengaruhi alam sekitar dari

segi mengakibatkan perubahan landskap fizikal, pendedahan permukaan bumi secara terus, kemusnahan ekosistem dan kepelbagaian biologi (biodiversiti), perubahan suhu mikro atau pemanasan setempat, mengganggu kestabilan kitar hidrologi, pencemaran udara, jerebu dan pencemaran air sungai.

Akibat daripada aktiviti perikanan adalah kesan-kesan terhadap alam sekitar seperti kemusnahan habitat atau kawasan pembiakan, kepupusan sumber perikanan, pencemaran dan kemusnahan ekosistem paya bakau.

Kegiatan perhutanan meninggalkan beberapa kesan terhadap alam sekitar seperti kekurangan sumber makanan, kegiatan ekonomi terjejas, kehilangan kesuburan tanah, fenomena kesan rumah hijau dan bekalan air berkurangan.

Antara kepentingan dan sumbangan kegiatan perlombongan kepada penduduk dan negara adalah sumbangan kepada pendapatan eksport negara, peluang pekerjaan kepada penduduk dan mengalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran.

Kegiatan perlombongan serta perindustrian turut memberi kesan kepada alam sekitar. Antaranya adalah lombong-lombong terbiar, kehilangan tanah subur untuk pertanian, pencemaran udara dan pencemaran air.

Jenis-jenis industri perkhidmatan ialah industri pelancongan, industri pengangkutan dan telekomunikasi, industri kewangan, hartanah dan perniagaan, sektor utiliti elektrik, air dan gas serta perkhidmatan kerajaan

Topik 9 – Interaksi antara kawasan

roses globalisasi ekonomi merujuk kepada perubahan aktiviti ekonomi dunia yang bersifat struktural yang banyak dipengaruhi oleh perkembangan teknologi serta perubahan pola pemikiran masyarakat dunia

Proses globalisasi ekonomi membawa pelbagai kesan positif dan kesan negatif.

Proses globalisasi juga menyebabkan anjakan ekonomi dalam pelbagai aspek. Antaranya ialah

penambahan perdagangan antarabangsa pada kadar lebih cepat berbanding pertumbuhan ekonomi dunia

Saling bergantungan antara negara berlaku untuk perkongsian sumber dan perluasan pasaran yang menguntungkan kedua-dua negara.

Pelbagai pertubuhan atau pakatan diwujudkan bagi pelbagai bentuk kerjasama ekonomi antara negara.

Antara yang terpenting ialah APEC, ASEAN, Segi Tiga Pertumbuhan ASEAN dan EAEG-BIMP.

Walaupun pakatan-pakatan ini utamakan kerjasama ekonomi, isu-isu contohnya seperti isu alam sekitar juga dibincangkan dan diselesaikan bersama

Topik 10 – Impak dan pengurusan alam sekitar

Interaksi manusia dengan alam sekitar fizikal menghasilkan impak pada alam sekitar.

Penyahhutanan akan menjejaskan keseimbangan suhu seterusnya mengakibatkan peningkatan dalam pemanasan global.

Kesan pemanasan global dikaitkan dengan peningkatan suhu dunia yang diakibatkan oleh kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.

Proses perbandaran boleh menyebabkan kesan negatif seperti kemerosotan kualiti alam sekitar dan pencemaran alam sekitar.

Perkembangan industri yang pesat turut memberi kesan negatif kepada alam sekitar fizikal kita seperti kemerosotan dan kepupusan sumber alam, pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air, udara, bunyi, bau, dan sebagainya serta kemerosotan kualiti alam sekitar seperti peningkatan suhu sekitar (pemanasan setempat) dan kemusnahan ekosistem akuatik.

Pembangunan lestari adalah berasaskan kepada pembangunan antara dua pihak untuk mencapai hidup yang sejahtera.

Pembangunan lestari meliputi aspek pemeliharaan dan pemuliharaan melalui langkah perundangan dan bukan perundangan.

Pendidikan merupakan satu saluran yang amat penting untuk meningkatkan kesedaran penduduk tentang kepentingan alam sekitar.

Antara nilai-nilai yang seharusnya diterapkan untuk keharmonian pengurusan alam sekitar adalah seperti bekerjasama, rendah diri, menghormati alam atau bumi, hidup seimbang dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, aktiviti-aktiviti manusia seperti petempatan dan perumahan, pengangkutan dan komunikasi, perlombongan, pertanian dan perindustrian banyak memberi kesan kepada alam sekitar kita.