Nota sej Ting2.doc

126
Nota Ting. 2 PMR SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 1 – KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH Pengaruh British di Kedah (Teks m/s: 4-6) sebelum tahun 1791 Pulau Pinang adalah sebahagian dari wilayah Kedah Kedah pula terletak di bawah naungan Siam terkenal sebagai sebuah kuasa maritim Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) tertarik dengan kegemilangan Kedah terutamanya di Pulau Pinang Sebab-Sebab SHTI Tertarik dengan Kedah a) Kedah Sebagai Pelabuhan Persinggahan kedudukan Kedah strategik di laluan antara timur dan barat banyak terdapat kemudahan seperti bekalan air, bekalan makanan dan tempat membaiki kapal pedagang singgah sebelum belayar ke Canton, China tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun b) Kedah Sebagai Pusat Pengumpulan Barang Dagangan banyak barang dagangan terdapat di Kedah yang dibawa dari negara luar seperti China teh dari China diperlukan oleh SHTI China perlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan Melayu

Transcript of Nota sej Ting2.doc

Nota Ting. 2PMR

SEJARAH TINGKATAN DUA

BAB 1 KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

Pengaruh British di Kedah

(Teks m/s: 4-6)

sebelum tahun 1791 Pulau Pinang adalah sebahagian dari wilayah Kedah

Kedah pula terletak di bawah naungan Siam

terkenal sebagai sebuah kuasa maritim

Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) tertarik dengan kegemilangan Kedah terutamanya di Pulau Pinang

Sebab-Sebab SHTI Tertarik dengan Kedah

a) Kedah Sebagai Pelabuhan Persinggahan kedudukan Kedah strategik di laluan antara timur dan barat

banyak terdapat kemudahan seperti bekalan air, bekalan makanan dan tempat membaiki kapal

pedagang singgah sebelum belayar ke Canton, China

tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun

b) Kedah Sebagai Pusat Pengumpulan Barang Dagangan banyak barang dagangan terdapat di Kedah yang dibawa dari negara luar seperti China

teh dari China diperlukan oleh SHTI

China perlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan Melayu

c) Kedah Sebagai Pangkalan Tentera SHTI perlukan Pulau Pinang sebagai pangkalan tenteranya

SHTI bersaing kuasa perdagangan dengan Perancis di India

Pulau Pinang dijadikan pangkalan tentera untuk mempertahankan India dari serangan Perancis

Ancaman-Ancaman di Kedah

Kuala Kedah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu

pemimpin mengamalkan dasar buka pintu dalam pentadbiran

Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan antarabangsa

para pemimpin Kedah menghadapi tentangan dan ancaman dalam usaha mengekalkan kedaulatan Kedah dari Bugis, Siam dan Burma

i)Ancaman Bugis Dari Selangor akhir abad ke-18 keadaan politik Kedah tidak stabil kerana perebutan takhta antara pembesar-pembesar

keadaan ini mengancam kedaulatan Kedah

tahun 1770 Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah

kerabat diraja Kedah tidak bersetuju kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara

kerabat diraja Kedah berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa

tentera Bugis pimpinan Raja Haji menyerang dan menawan Kuala Kedah dan Alor Setar

Sultan Kedah terpaksa berundur ke Kangar

Sultan Muhammad Jiwa dapatkan bantuan tentera dari firmaJourdain Sullivan and de Souza tahun 1771 firma telah menghantar Francis Light ke Kedah untuk berunding

perjanjian telah ditandatangani yang membenarkan firma berniaga di Kuala Kedah

firma dikehendaki membantu Kedah dalam ketenteraan

Sultan Kedah membatalkan perjanjian apabila firma tidak membantu Kedah menyerang Bugis di Selangor

(ii) Ancaman Siam Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa Siam berperang dengan Burma (1753-1781)

selepas perang tamat Siam menjadi kuasa yang kuat dan menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia

Kedah berasa terancam

Sultan Abdullah (1778-1797) mendapatkan bantuan tentera SHTI

Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang sebagai hadiah sekiranya SHTI sanggup melindungi Kedah dari ancaman Siam

Francis Light sedar tentang kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan pangkalan tentera

SHTI bersetuju untuk membantu Kedah

Francis Light di Pulau Pinang(Teks m/s: 7-9) SHTI bersaing dengan Belanda di semenanjung Tanah Melayu

SHTI bimbang dasar monopoli Belanda menjejaskan perdagangan mereka

SHTI anggap tawaran Sultan Abdullah yang membenarkan mereka menduduki Pulau Pinang sebagai pucuk dicita ulam mendatang

Francis Light menandatangani perjanjian secara peribadi dengan Sultan Abdullah pada tahun 1786 iaitu Perjanjian Inggeris-Kedah

Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat Francis Light memberi bantuan tentera apabila perlu

Pada 11 Ogos 1786 upacara menaikkan bendera rasmi British iaituUnion Jackdiadakan

nama Pulau Pinang ditukar kepadaPrince of Wales Islandoleh Francis Light

ibu negeri Pulau Pinang dinamakan Georgetown iaitu sempena nama Raja England King George III

tahun 1787 sebanyak 42 buah kapal berlabuh di Pulau Pinang

tahun 1790 bilangan kapal bertambah kepada 104 buah

bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu

Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 SHTI bantu Kedah sekiranya Kedah diserang musuh

SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah

SHTI berjanji akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultan sebagai pampasan

Pulau Pinang Diambil British Secara Rasmi

tahun 1786 Siam menakluk Patani dan mengancam Kedah

Sultan Abdullah menuntut SHTI memberi bantuan tentera (seperti dalam perjanjian 1786)

SHTI enggan membantu dengan alasan SHTI tidak terlibat dengan perjanjian

SHTI juga mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam

Sultan Abdullah mendesak Francis Light meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak menenpati janji

Francis Light enggan dan menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolah oleh Sultan Abdullah

Sultan Abdullah berasa marah dan tertipu dengan tindakan Francis Light

Tahun 1791 Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang

Sultan Abdullah mendapat bantuan dari Riau, Siak dan Selangor

Francis Light minta bantuan dari British menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai

Sultan Abdullah tewas

Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791

kesan-kesan:

- SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi

- sebagai ganjaran SHTi membayar 6000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah

- George Leith dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama

SHTI Mengambil Seberang Perai

(Teks m/s: 10-12)

2 sebab SHTI memerlukan Seberang Perai;

i. Seberang Perai sebagai benteng mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang oleh pihak musuh

ii. Seberang Perai subur dan sesuai untuk pertanian bagi menampung makanan di Pulau Pinang

SHTI mengambil kesempatan kerana Sultan Dziauddin memerlukan bantuan tentera bagi menghadapi ancaman Siam

terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan gabenor Leith pada Jun 1800

kesan SHTI menduduki Pulau Pinang dan menukar nama kepada Province Wellesley

Syarat Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800 Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai

SHTI membayar 10 000 dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai

SHTI tidak membantu Kedah apabila Siam menyerang Kedah pada November 1821

rakyat Kedah terpaksa berjuang sendiri

Kedah tewas dan ditakluki Siam

Jun 1826 Raja Siam Rama III menandatangani perjanjian dengan Henry Burney di Bangkok iaitu Perjanjian Burney 1826

Syarat Perjanjian Burney 1826 British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah

Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma

British tidak membantu sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya

British akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepada Siam

Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai

Perluasan Kuasa British di Singapura

(Teks m/s: 13-18)

Sebab-Sebab British Bertapak di Singapura:i. SHTI gagal memajukan Pulau Pinang Pulau Pinang gagal mencapai kemajuan

kedudukan Pulau Pinang jauh ke utara Selat Melaka menyebabkannya gagal bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu

kebanyakan kapal dagang berdagang di Betawi, Riau dan Lingga

ii. Keinginan British mempunyai pelabuhan strategik perdagangan SHTI dengan China semakin penting

barang dagangan China seperti teh, sutera, kapas dan bahan pencelup mendapat pasaran lumayan di Eropah

SHTI memerlukan pelabuhan strategik di selatan Selat Melaka bertujuan untuk menguasai laluan perdagangan antara India dan China

SHTI menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang Napoleon (1793-1814)

selepas Perang Napoleon tamat British terpaksa memulangkan Melaka dan Betawi kepada Belanda

Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan memberi layanan buruk kepada pedagang British di Betawi

Stamford raffles ditugaskan mencari pelabuhan baru

Raffles cuba membuka pelabuhan di Palembang, Acheh dan Riau tetapi gagal

hasrat British untuk menyaingi pengaruh Belanda tidak berhasil

iii. Singapura sebagai pangkalan perdagangan yang strategik merupakan sebahagian wilayah Johor

kedudukannya strategik di bahagian selatan semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda

Singapura sesuaisebagai pelabuhan bebas dan pangkalan British untuk menyaingi Belanda di Betawi

Raffles mencadangkan kepada SHTI supaya mendirikan pangkalan baru di Singapura

Raffles yakin Singapura dapat menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu

Raffles menghadapi masalah kerana Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman berada di bawah pengaruh Belanda

Cara-Cara Raffles (British) Menguasai Singapura:

Raffles mendarat di Singapura pada 12 Januari 1819

Pada 30 Januari 1819 Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman (Pemerintah Singapura dan Tanah Besar Johor) menandatangani perjanjian yang membenarkan British membina loji di Singapura

Temenggung Abdul Rahman menandatanganinya kerana bimbang diserang oleh British

Syarat Perjanjian 30 Januari 1819 SHTI boleh mendirikan loji di Singapura

SHTI bersetuju melindungi Temenggung Abdul Rahman dari ancaman dalam dan luar negeri

SHTI akan membayar sebanyak 3000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung Abdul Rahman

SHTI tidak membenarkan Temenggung Abdul Rahman membuat hubungan dengan kuasa Barat lain

perjanjian antara Raffles dan Temenggung Abdul Rahman ini tidak sah kerana tidak dipersetujui Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman

Raffles merancang untuk memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda

Raffles menggunakan helah dengan menghidupkan semula masalah pewarisan takhta yang berlaku tahun 1812

Raffles memperalatkan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak ditabal sebagai Sultan Johor

Raffles berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabal sebagai Sultan Johor yang baru

pada 6 Februari 1819 Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian awal antara Temenggung Abdul Rahman dengan Raffles yang dibuat pada 30 Januari 1819

SHTI mula bertapak secara rasmi di Singapura

pertabalan Sultan Hussein menyebabkan Johor menpunyai dua prang sultan iaitu Sultan Hussein di Singapura (diperintah oleh Temenggung Abdul Rahman) dan Sultan Abdul Rahman di Lingga

British melantik Residennya di Singapura iaitu William Farquhar (1819-1823) dan John Crawford (1823-1826)

Kuasa British di Singapura Secara Rasmi:

tahun 1819 British belum lagi menguasai Singapura secara rasmi

pada 7 Jun 1823 Raffles menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman yang membolehkan SHTI menguasai Singapura dan pulau-pulau disekitarnya

pada 2 Ogos 1824 perjanjian ditandatangani antara Residen Singapura John Crawford dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman

kesannya Sultan Hussein terpaksa menyerahkan Singapura secara rasmi kepada SHTI

Syarat Perjanjian 7 Jun 1823 Sultan Hussein terima bayaran 1500 dolar Sepanyol dan Temenggung Abdul Rahman sebanyak 800 dolar Sepanyol sebulan

Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang Cina

SHTI berkuasa di seluruh pulau Singapura dan pulau-pulau berdekatan kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman

undang-undang British dikuatkuasakan

Syarat Perjanjian 2 Ogos 1819 Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI buat selama-lamanya

Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya

Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau warisnya boleh menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura

SHTI mengarahkan Temenggung Abdul Rahman memindahkan pusat pentadbiran dari Kuala Sungai Singapura ke Teluk Belanga

alasan SHTI ialah untuk memajukan Singapura

SHTI mengambil tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga

tahun 1866 pusat pemerintahan Johor di Teluk Belanga dipindahkan ke Johor Bharu

Pertikaian Inggeris-Belanda dan Perpecahan Kepulauan Melayu

(Teks m/s: 19-20)

Belanda tidak puas hati dengan petempatan Raffles di Singapura

alasan Belanda ialah Singapura berada di bawah lingkungan pengaruh Belanda dan Singapura akan menjejaskan perdagangan Belanda di Betawi

kesan pertikaian ialah;

a) Hubungan Belanda-Inggeris tegang

b) British enggan menyerahkan Singapura kepada Belanda kerana potensi Singapura sebagai pelabuhan bebas dan pangkalan tentera British

c) Satu perjanjian ditandatangani iaitu Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)

Syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London) Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura

Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu

British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada British

British berjanji tidak akan membuka petempatan baru ke selatan Singapura

Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Kepulauan Melayu terbahagi dua;

a) British menguasai Tanah Melayu dan Singapura di Utara

b) Belanda menguasai Kepulauan Riau dan Lingga di Selatan

British dapat meluaskan pengaruh di Tanah Melayu tanpa gangguan kuasa-kuasa Barat lain

Melaka menjadi hak British dan membolehkan British menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka

Kerajaan Johor berpecah dua iaitu;

a) Johor dan Singapura menjadi hak British

b) Kepulauan Riau dan Lingga menjadi hak Belanda

Penubuhan Negeri-Negeri Selat NNS (Teks m/s: 21-13

tahun 1824 SHTI menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura

Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor

Singapura dan Melaka ditadbir oleh Residen

tahun 1826 ketiga-tiganya disatukan di bawah satu pentadbiran iaitu NNS

tujuan adalah untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan

ibu negeri NNS pertama ialah Pulau Pinang

tahun 1832 ibu negeri NNS dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura

alasannya kerana kedudukan Singapura lebih strategik dan menguntungkan

Pentadbiran di Negeri-Negeri Selat

pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor

Gabenor menerima arahan daripada Gabenor Jeneral British di India

Gabenor NNS dibantu oleh Residen Konsuler bagi setiap negeri di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka

semua dasar dan undang-undang NNS digubal oleh Gabenor Jeneral British di India

kesan-kesannya;

a) Penduduk dan pedagang tempatan tidak puas hati kerana NNS ditadbir seperti Tanah Jajahan India

b) Saudagar-saudagar British di NNS merayu dan mendesak supaya dipindahkan pentadbiran ke London

c) Pada 1 April 1867 NNS diisytiharkan sebagai Tanah jajahan British dan diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London

d) Majlis Perundangan ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan undang-undang sendiri

Sebab-Sebab Perpindahan Pentadbiran NNS Dari India Ke London (1867)

SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan NNS

NNS membantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura

Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal kerana kebanyakan mereka menubuhkan kongsi gelap dan melakukan kekacauan

Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata wang Sepanyol diganti dengan mata wang rupee India ini merugikan pedagang-pedagang kerana nilai rupee rendah

Penduduk tempatan membantah kerana NNS dijadikan tempat buangan banduan

Kesan Perpindahan Pentadbiran NNS Ke London

Tahun 1871 mata wang NNS pertama telah dikeluarkan

SEJARAH TINGKATAN 2

BAB 2

KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH

2.1 Dasar Campur Tangan British di Negeri-Negeri Melayu NNM

(Teks m/s: 29-32)

Sebab-Sebab Dasar Campur Tangan British di NNMi. Kekayaan bumi NNM hasil bumi seperti bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu

kawasan utama bijih timah di Larut dan Kinta (Perak), di Sungai Pahang dan Sungai Lembing (Pahang), di Lukut, Kuala Lumpur , Ampang dan Petaling (Selangor) dan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan

kawasan utama emas ialah di Ulu Tembeling, Pahang

ii. Revolusi Perindustrian British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan

NNM perlu dikuasai untuk bekalan bijih timah berterusan

NNM sebagai pasaran hasil keluaran kilang

iii. Pembukaan Terusan Suez dan Penciptaan Kapal Wap Terusan Suez dibuka tahun 1869

terusan ini menghubungkan Laut Merah dengan Laut Mediterranean

ia memendekkan perjalanan dari England (Eropah) ke India, Asia Tenggara dan China

penciptaan kapal wap mempercepatkan perjalanan dan dapat membawa muatan lebih banyak

iv. Persaingan Kuasa Eropah Lain abad ke-19 berlaku persaingan kuasa

British di India bimbang dengan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara

British tidak akan membiarkan kepentingannya di NNM diancam oleh kuasa Barat lain seperti Belanda di Hindia Timur (Indonesia), Perancis di IndoChina dan Sepanyol di Filipina

v. Perubahan Dasar British di London tahun 1873 Parti Konservatif menguasai kerajaan British di London

Parti Liberal kalah

pertukaran kerajaan menyebabkan dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan di NNM

vi. Desakan Pedagang di NNM keadaan huru-hara berlaku di NNM

antara sebab-sebabnya ialah pertelingkahan antara pembesar dan pergaduhan kongsi gelap Cina

keadaan ini memberi kesan kepada pedagang-pedagang di NNS kerana mereka mengalami kerugian

akibatnya pedagang mendesak British campur tangan dan melindungi kepentingan pelaburan mereka di NNM

tahun 1873 seramai 243 pedagang NNS menulis surat kepada Lord Kimberly iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British mendesak British campur tangan

Hubungan Antara NNS Dengan NNM

NNS sebagai pelabuhan entrepot

NNS mengendalikan perdagangan bagi NNM

Pedagang-pedagang NNS melabur modal dalam perlombongan bijih timah di Larut, Sungai Ujong, Lukut dan Klang

2.2 Keadan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Memberi Peluang Campur Tangan British (Teks m/s: 33)

kurun ke-19 keadaan di NNM pantai barat huru-hara dan tidak stabil

antaranya Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

i. Keadaan di Perak politik tidak stabil

sebab-sebab;

a)Pergaduhan antara kongsi gelap Cina Ghee Hin dan Hai San buruh Cina dibawa masuk secara beramai-ramai pada tahun 1848 oleh Long Jaafar ke daerah Larut (Kelian Pauh dan Kelian Bharu)

tujuan untuk memajukan lombong bijih timah di Larut

berlaku pergaduhan di Larut yang mencetuskan Perang Larut

keadaan menjejaskan perusahaan bijih timah

Ngah Ibrahim iaitu Menteri Larut melantik Kapten Speedy (Timbalan Pesuruhjaya Polis NNS) membantu menamatkan kekacauan di Larut

b)Perebutan takhta di kalangan kerabat diraja berlaku akibat sistem pewarisan takhta tidak dipatuhi sepenuhnya

mengikut sistem, seseorang anak raja perlu memegang tiga jawatan iaitu Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda sebelum berhak ditabal menjadi sultan

tahun 1871 Sultan Ali mangkat dan pembesar-pembesar Perak melantik Raja Ismail (Raja Bendahara ketika itu) sebagai sultan Perak yang baru

pelantikan itu ditentang oleh Raja Abdullah (Raja Muda ketika itu) dan Raja Yusuf (Raja Di Hilir ketika itu)

Raja Abdullah sepatutnya mewarisi takhta

pada upacara pemakaman Sultan Ali di Sayong Raja Abdullah tidak hadir walaupun dijemput

Raja Yusuf diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar-pembesar Perak

tentangan kuat Raja Abdullag disokong penuh pembesar-pembesar di hilir Perak seperti Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor

kuasa Sultan Ismail hanya terbatas di hulu Perak sahaja

Raja Abdullah terus berkuasa di hilir Perak

keadaan ini menyebabkan perpecahan dan menggugat keamanan di Perak

Raja Abdullah meminta bantuan British untuk mengiktiraf beliau sebagai sultan

permintaan Raja Abdullah diterima penuh minat oleh Andrew Clarke (Gabenor NNS) yang membuka peluang British untuk menguasai Perak

Langkah-langkah Menamatkan Kekacauan:

Andrew Clarke memanggil pembesar-pembesar Melayu dan pemimpin kongsi gelap Cina berunding di Pulau Pangkor

antara pembesar yang hadir ialah Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan Dato Sagor

Sultan Ismail tidak hadir kerana lewat menerima surat jemputan

antara pemimpin kongsi gelap yang hadir ialah Kapitan Ah Kwee (Ketua Kumpulan Hai San)

hasil rundingan membawa kepada termeterainya Perjanjian Pangkor pada 30 Januari 1874

perjanjian ditandatangani atas kapal british iaitu H.M.S. Pluto

Syarat-Syarat Perjanjian Pangkor 1874: Raja Abdullah diiktiraf sebagau sultan Perak

Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda

sultan menerima seorang Residen British sebagai penasihat dalam semua perkara kecuali hal-hal agama Islam dan adapt istiadat Melayu

Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak

Residen, Penolong Residen, Sultan dan pembesar dibayar gaji daripada pungutan hasil mahsul Perak

Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen

Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segala usaha mengembalikan keamanan di Perak

Kesan Perjanjian Pangkor Ke Atas Perak:

tanda bermulanya kuasa British secara langsung dalam pentadbiran dan ekonomi Perak

ii. Keadaan di Selangor tahun 1857 Sultan Abdul Samad yang berkuasa di daerah Langat ditabal menjadi sultan Selangor

daerah Klang dikuasai Raja Sulaiman

apabila Raja Sulaiman mangkat, Klang dikuasai pula oleh Raja Abdullah

timbul rasa tidak puas hati oleh Raja Mahadi (putera Raja Sulaiman)

Raja Abdullah berjaya memajukan perlombongan bijih timah di daerah Klang

buruh-buruh Cina dibawa masuk bekerja di lombong-lombong

lombong-lombong bijih timah dibuka di Kuala Lumpur dan Ampang

tahun 1860 daerah Klang berkembang maju sebagai pusat bijih timah

Klang dijadikan ibu negeri Selangor sebelum dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1880

kekayaan Klang menjadi rebutan dan perbalahan antaranya oleh Raja Mahadi

perbalahan antara mereka mencetuskan perang saudara Perang Klang

perang audara merebak ke daerah-daerah lain di Selangor

keadaan bertambah buruk apabila pelombong-pelombong Cina terlibat sama

tahun 1866 Raja Mahadi menyerang Raja Abdullah di Klang

kegiatan perdagangan Selangor terjejas

Langkah-Langkah Ke Arah Menamatkan Perang Klang:

Sultan Abdul Samad (1857-1898) melantik Tengku Kudin untuk menamatkan Perang Klang

Tengku Kudin (nama sebenar Tengku Dhiauddin) ialah putera diraja Kedah, menantu Sultan Abdul Samad dan wakil sultan untuk mentadbir dan memajukan Selangor (1868)

Tengku Kudin tidak diterima pembesar-pembesar Selangor termasuk Raja Mahadi kerana beliau bukan anak negeri Selangor

Tengku Kudin meminta bantuan British

British mendesak Sultan Abdul Samad menerima Residen British tetapi gagal

British terus berusaha mencari alasan untuk menempatkan residennya di Selangor

tahun 1873 sebuah kapal dagang British dirompak di Langat

1874 rumah api British di Tanjung Rachado (sekarang Tanjung Tuan, Negeri Sembilan) telah diserang

kapal perang British iaitu H.M.S. Rinaldo membedil Kuala Selangor

British membantu Tengku Kudin menewaskan Raja Mahadi dan menamatkan Perang Klang

British mendesak Sultan Abdul Samad meletakkan Selangor di bawah naungannya

tahun 1874 J.G. Davidson dilantik sebagai Residen Selangor yang pertama

Penolong Residennya ialah Frank Swettenham

iii. Keadaan di Sungai Ujong Sungai Ujong kaya dengan bijih timah

tahun 1872, Dato Kelana Syed Abdul Rahman menjadi pemerintah Sungai Ujong

seorang lagi pembesar yang berpengaruh di Sungai Ujong ialah Dato Bandar Kulop Tunggal

kedua-duanya saling bersengketa

sebab-sebab mereka bersengketa ialah;

1. Kedua-duanya berebutkan Sungai Linggi yang merupakan jalan perhubungan utama ke pelabuhan Melaka

2. Pungutan cukai ke atas pedagang yang melalui sungai ini sangat lumayan

Dato Kelana berasa kedudukannya tidak terjamin kerana Dato Bandar disokong kuat penduduk tempatan dan pelombong-pelombong Cina daerah Sungai Ujong

Dato Kelana meminta bantuan British

tahun 1874 Dato Kelana menandatangani perjanjian menerima perlindungan British

syarat-syarat perjanjian ialah;

1. Dato Kelana diiktiraf pemerintah daerah Sungai Ujong

2. British berkuasa penuh mengutip cukai di Sungai Linggi

iii. Residen British pertama yang ditempatkan di Sungai Ujong ialah P.J.Murray

Dato Bandar tidak mengiktiraf perjanjian dan menentang tindakan British mengutip cukai di Linggi

British memberi bantuan tentera kepada Dato Kelana untuk menewaskan Dato Bandar

Dato Bandar dibuang negeri ke Singapura

British menguasai daerah-daerah lain seperti Rembau, Jelebu dan Sri Menenati

British menempatkan pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di setiap daerah, antaranya tahun 1883 di Rembau, 1886 di Jelebu dan 1889 di Sri Menanti

tahun 1895 semua daerah disatukan dan membentuk persekutuan yang dipanggil Negeri Sembilan

Tunku Muhammad Ibni Yamtuan Antah (Yamtuan Sri Menanti) ditabal sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama

Tahun 1895 Residen British ditempatkan di Negeri Sembilan iaitu Martin Lister

Negeri Sembilan secara sah menjadi negeri naungan British

iv. Keadaan di Pahang Pahang tidak sekaya seperti Negeri-Negeri Melayu yang lain

British mahu menguasai Pahang bagi menghalang kuasa Eropah lain bertapak di Negeri-Negeri Melayu

kurun ke-19 Asia Tenggara menjadi tempat kuasa Perancis, Rusia dan Jerman mencari tanah jajahan

Sultan Ahmad berusaha mengekalkan kedaulatan Pahang dari dijajah British seperti yang berlaku di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan

Sultan Ahmad mencontohi tindakan Sultan Abu baker dari Johor untuk membangunkan Pahang bagi menyekat pengaruh British

Sultan Ahmad membawa masuk pelabur-pelabur Eropah untuk memajukan Pahang

syarikat-syarikat Eropah mengusahakan lombong emas dan bijih timah di Pahang

contoh;

1. Pahang Corporation Ltd(Sungai Lembing)

2. Malay Peninsular(Pahang)

iii.Prospecting Co.(Selising)

iv.Penjom & Sg. Dua Semantan Co.(Penjom)

tindakan Sultan Ahmad tidak disenangi British kerana menjejaskan kepentingan mereka di Negeri-Negeri Melayu

Perluasan Kuasa British di Pahang

tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld Gabenor Negeri-Negeri Selat memujuk Sultan Ahmad menerima Residen british tetapi gagal

tahun 1887 British mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar di Johor untuk memujuk Sultan Ahmad menerima pengaruh British

Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British di Pahang

British masih tidak puas hati kerana wakil British berkuasa terhad

tahun 1888 seoreang warganegara British berbangsa Cina iaitu Go Hui ditemui mati berhampiran istana Sultan Ahmad

British menggunakan peluang ini mendesak Sultan Ahmad menerima Residen British atas alasan Sultan Ahmad tidak mampu mewujudkan keamanan di Pahang

akhirnya Sultan Ahmad terpaksa menerima J.P.Rodger sebagai Residen British

penerimaan ini sebagai tanda berakhirnya kedaulatan Pahang

British mula campur tangan secara langsung dalam pentadbiran Pahang

Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar (Teks m/s: 44)

campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu membawa kepada pengenalan Sistem Residen

antaranya;

1. Perak (J.W.W. Birch)

2. Selangor ( J.G. Davidson)

iii. Negeri Sembilan (Martin Lister)

iv. Pahang (J.P. Rodger)

ia menandakan negeri-negeri ini diletakkan sebagai negeri naungan British

keadaan ini menggugat kuasa sultan dan pembesar

Sebab-Sebab Sistem Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar

Residen menjalankan semua urusan pentadbiran negeri

Residen memaksa sultan menerima nasihat dalam semua perkara pentadbiran (kecuali hal-hal agama Islam dan adat istiadat Melayu)

nasihat Residen mesti dipatuhi dan dilaksanakan

Residen mengambil alih kuasa dan hak memungut cukai (oleh pegawai British iaitu Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil)

Residen menghapuskan amalan perhambaan yang melampaui bidang kuasa mereka (perhambaan amalan adapt turun-temurun pembesar Melayu)

2.4 Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

Teks m/s: 45-46

Faktor-Faktor Pembentukan NNMB (1896):

(i)Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas

Residen menjadi terlalu berkuasa

Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri

Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen

(ii)Krisis Kewangan Pahang perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British

jika pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor masalah dapat diringankan

(iii)Perkongsian Perkhidmatan Pakar menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor

(iv)Sistem Perhubungan sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan

(v)Faktor Keselamatan mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan

Langkah-Langkah Ke Arah Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu:

Perjanjian Persekutuan ditandatangani pada 12 Jun 1895

NNMB atau Persekutuan 1896 terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah disatukan pada 1 Julai 1896

pusat pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala Lumpur

pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri

diketuai oleh Residen Jeneral pertama Frank Swettenham (1896-1900)

Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895: Raja-Raja Melayu bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan yang akan dikenali sebagai NNMB

Raja-Raja bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai Residen Jeneral

Raja-Raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adapt istiadat Melayu

Raja-Raja Bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British

Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi NNMB

Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896 (NNMB)Pesuruhjaya Tinggi British

(Gabenor NNS di Singapura)

Residen Jeneral

(berpusat di Kuala Lumpur- tinggal di Carcosa tahun 1898)

Residen

Perak Selangor N9 Pahang

2.5 Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibawaan Sultan

(Teks m/s: 47-48)

Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1896

Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport

kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam

penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad

sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal (kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu)

kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral

Kesan-Kesan Kuasa Sultan Dikurangkan

sultan-sultan NNMB tidak puas hati

tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu Persidangan Raja-Raja Melayu bagi mengatasi masalah

ahli-ahli Durbar ialah;

1. Pesuruhjaya Tinggi

2. Raja-Raja Melayu

iii. Residen Jeneral

iv. 4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)

Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak

Durbar kedua didakan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur

Persidangan DURBAR II (1903) di Kuala Lumpur Sultan Perak iaitu Sultan Idris (1887-1916) mendesak British tentang;

1. Pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral

2. Mendesak kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan

iii. Mendesak bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan lebih tinggi

iv. Mendesak Bahasa Melayu diiktiraf menjadi bahasa rasmi

kesan-kesan desakan;

1. British menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909

2. Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha

iii. British bersetuju menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri

iv. Tahun 1903-1909 Pesuruhjaya Tinggi NNMB ialah Frank Swettenham

SEJARAH TINGKATAN DUA

BAB 3 NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA (NNMU) DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH

3.1 NNMU Penampan Keselamatan British di Tanah Melayu

(Teks m/s: 55-57

akhir abad ke-19 muncul Zaman Imperialis Baru

kuasa-kuasa Barat seperti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia bersaing untuk mendapatkan bahan mentah dan tanah jajahan

negara-negara di Asia Tenggara seperti Tanah Melayu dan Siam menjadi rebutan

British berasa bimbang dan tercabar

kebimbangan ini mendorong British meluaskan pengaruh ke NNMU

Peluasan Kuasa Yang Membimbangkan British

1. i.Perancis- ingin meluaskan kuasa ke Lembah Menam Chao Phraya

- merancang membina terusan di Segenting Kra yang akan mengancam kedudukan dan perdagangan di Singapura

1. Jerman berusaha mendapatkan Pulau Langkawi daripada Siam

iii.Amerika Syarikat ingin bertapak di Terengganu

1. Rusia berhasrat membuka petempatan di Ujung Salang

Cara British Menghalang Pengaruh Eropah di Tanah Melayu

i. British Menandatangani Perjanjian Sulit 6 April Dengan Siam tujuan menghalang Siam menyerah dan membenarkan mana-mana kuasa lain bertapak di Siam

syarat-syarat perjanjian;

Siam tidak akan menyerahkan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada mana-mana kuasa lain tanpa izin British

British mengakui hak Siam ke atas negeri-negeri tersebut

British akan membantu Siam jika diserang musuh

kesan perjanjian;

gagal menghalang sultan setiap negeri dari menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa lain

contoh: tahun 1897 Sultan Kelantan memberi konsesi tanah seluas 776 996 hektar kepadaDuffDevelopment Companyuntuk melombong emas

Sultan Terengganu menerima permohonan Amerika Syarikat untuk membuka petempatan di Pulau Redang

ii. Menandatangani Perisytiharan Rritish-Siam 1902 tujuan untuk menghalang perluasan kuasa Barat lain

syarat-syarat perjanjian;

British mengiktiraf NNMU dibawah naungan Siam

rakyat British dilantik oleh kerajaan Siam sebagai penasihat sultan iaitu Kelantan (W.A. Graham), Kedah ( Meadowe Frost) dan Perlis (H.E. Duke)

Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan memberi konsesi kepada kuasa asing

kesan-kesan perjanjian;

British berjaya mengukuhkan pengaruh di NNMU

iii. Menandatangani Perjanjian Bangkok 1909 (British-Siam) tujuan untuk British terus menghalang kuasa Barat lain

syarat-syarat perjanjian;

Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British

Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British

British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam

kesan-kesan perjanjian;

NNMU diserahkan kepada British

Raja-Raja Melayu tidak dibawa berunding dan terpaksa akur dengan keputusan perjanjian

Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Utara

(Teks m/s: 58-62)

(i) Penasihat British di Kedah Sultan Abdul Hamid Halim Shah tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok 1909

Baginda enggan menerima penasihat British

tahun 1910 British tetap melantik penasihat British iaitu George Maxwell

George Maxwell mengukuhkan kuasa dengan melaksanakan pentadbiran Barat di Kedah

tindakan George Maxwell itu menimbulkan konflik dengan anggota majlis Mesyuarat Negeri pimpinan Tunku Mahmud

berlaku percanggahan pentadbiran di Kedah antara Tunku Mahmud dengan George Maxwell

Tunku Mahmud berjaya mengekalkan identiti Kedah melalui tindakan mahkamah

Tunku Mahmud menentang tindakan George Maxwell mengibarkan bendera Union Jack dikediamannya

Usaha-Usaha Tunku Mahmud Mengekalkan Identiti Kedah

menggunakan Bahasa Melayu dalam surat rasmi dan perundangan

surat rasmi tidak perlu ditapis

penggunaan kalendar Hijrah

cuti umum pada hari Jumaat

melantik orang Melayu dalam pentadbiran Kedah

Usaha-Usaha George Maxwell Menerapkan Pengaruh barat Dalam Pentadbiran Kedah

menggunakan bahasa Inggeris dalam surat rasmi dan perundangan

surat rasmi ditapis oleh Penasihat British

menggunakan kalendar Masehi

cuti umum pada hari Ahad

pelantikan pegawai British dalam pentabiran Kedah

(ii) Penasihat British di Perlis Raja Syed Alwi membantah tindakan Siam menyerahkan Perlis kepada British

Baginda enggan menerima Penasihat British

British tidak peduli (degil)

Kapten Meadowe Frost dilantik sebagai Penaihat British

cara untuk mengukuhkan kuasa di Perlis;

1. Menggubal undang-undang

2. Memperkenalkan jabatan-jabatan baru seperti Jabatan Hasil dan Cukai, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Kadi

iii. Menguasai Jabatan Kewangan sebagai strategi menguasai pentadbiran Perlis

(iii) Penasihat British di Kelantan tahun 1910 Sultan Muhammad IV terpaksa menandatangani perjanjian dengan British

tujuan untuk menempatkan Penasihat British di Kelantan

J.S. Mason dilantik sebagai Penasihat British

perubahan-perubahan yang berlaku ialah;

- tahun 1915 kuasa mentadbir jajahan diambil alih oleh pegawai-pegawai British

- British menguasai jabatan-jabatan baru seperti Mahkamah Tinggi, Jabatan Polis dan Pejabat Tanah

kesan-kesan;

- pentadbiran Kelantan dikuasai sepenuhnya oleh British

(iv) Penasihat British di Terengganu Sultan Zainal Abidin II tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok

Baginda menolak pelantikan Penasihat British

Sultan Zainal Abidin II menemui Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura untuk membuat bantahan

tahun 1910 British tetap melantik W.L. Conlay sebagai wakil British

bidang kuasa terhad dalam menguruskan hal ehwal luar Terengganu sahaja

tahun 1911 Sultan Zainal Abidin II menggubal perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu

tujuan adalah untuk memelihara kedaulatan dan kemerdekaan Terengganu

tahun 1918 Sultan Muhammad II memerintah Terengganu

tahun 1919 British mendesak supaya menandatangani perjanjian di Singapura

British melantik J.L. Humphreys sebagai Penasihat British

Sultan Muhammad II turun takhta kerana enggan tunduk kepada tekanan British

British menguasai kesemua jabatan penting kerajaan Terengganu seperti Jabatan Kastam, Jabatan Perubatan, Jabatan Kerja raya dan Jabatan Tanah dan Galian

Sebahagian Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu

( Ittiqan ilmuluk bi tadil ilsuluk) sultan tidak boleh menyerahkan Terengganu kepada mana-mana kuasa asing

mustahak ke atas raja bermesyuarat

hak Raja dan Menteri Besar dalam memilih Jemaah Menteri

3.3 Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British

(Teks m/s: 63-70)

Johor adalah negeri Melayu terakhir menerima Penasihat British

Johor mengamalkan dasar persahabatan dengan British

Johor berjaya mengekalkan kedaulatan hingga tahun 1914

Sebab-sebab;

a. Kebijaksanaan pemerintah

b. Pengenalan sistem birokrasi moden

c. Kestabilan dan kemakmuran ekonomi

antara pemimpin-pemimpin Johor yang berwibwa ialah;

1. Temenggung Daeng Ibrahim (1825-1826)

2. Sultan Abu Bakar (1862-1895)

Temenggung Daeng Ibrahim (1825-1862)

tahun 1825 Temenggung Abdul Rahman mangkat dan digantikan puteranya Daeng Ibrahim sebagai Temenggung Johor

berkhidmat di bawah Sultan Hussein dan Sultan Ali

tahun 1855 satu Perjanjian Persahabatan ditandatangani antara Temenggung Daeng Ibrahim dengan Sultan Ali

Temenggung Daeng Ibrahim diberi kuasa menjadi pemerintah Johor kecuali di wilayah Kesang (di bawah Sultan Ali)

antara kewibawaan Temenggung Daeng Ibrahim ialah;

- menjalankan pentadbiran dengan cekap

- mengasaskan pusat pentadbiran baru di Tanjung Puteri

- memajukan ekonomi Johor dengan cara menggalakkan kemasukan orang Cina dari Singapura untuk mengusahakan lading lada hitam melalui Sistem Kangcu

Syarat-Syarat Persetiaan Antara Temenggung daeng Ibrahim Dengan Sultan Ali (Mac 1855)

Sultan Ali diiktiraf sebagai Sultan Johor tetapi gelaran itu tidak boleh diwariskan kepada keturunan baginda

Kawasan pemerintahan Sultan Ali di wilayah Kesang

Sistem Kangcu diperkenalkan oleh Temenggung Daeng Ibrahim tahun 1833

kangcu asalnya daripada perkataan Cina iaitu Tuan Sungai

Sistem Kangcu melibatkan;

a. Orang Cina diberi Surat Kebenaran iaitu Surat Sungai untuk menetap dan mengusahakan pertanian di tebing sungai

b. Kawasan lading dikenalisebagai Kangkar atau Kaki Sungai

c. Setiap kangkar diketuai oleh seorang kangcu yang memerintah dan memungut cukai

d. Tanaman adalah seperti lada hitam dan gambir

e. Hasil tanaman dikenakan cukai (sumber pendapatan kerajaan Johor)

Sultan Abu Bakar : Bapa Pemodenan Johor (1862-1895)

tahun 1862 naik takhta Johor selepas kemangkatan ayahandanya

diberi gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor

sering ke England untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik bagi membangunkan Johor

tahun 1868, Ratu Great Britain mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Sultan Abu Bakar

tahun 1885, satu Perjanjian Persahabatan ditandatangani antara Johor dengan British

persetujuan dicapai tentang;

1. Johor diiktiraf negeri bebas dan berdaulat

2. Maharaja Abu Bakar diiktiraf Sultan Johor (setelah Sultan Ali dari keturunan Bendahara mangkat tahun 1877)

iii. Kedudukan Sultan Johor lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi di Singapura

iv. Sultan Abu Bakar boleh berhubung terus dengan kerajaan British di London tanpa melalui Pesuruhjaya Tinggi

kesan-kesan persetujuan;

a. Sultan Abu Bakar berjaya menyekat kuasa British terhadap Johor

b. Sultan Abu Bakar menerima seorang Konsul British bukannya Penasihat British

Usaha-Usaha Pemodenan oleh Sultan Abu Bakar

(a) Memodenkan pentadbiran Johor dengan mengadakan mahkamah, perkhidmatan pos dan jabatan Kerja Raya

(b) Menjaga kebajikan rakyat dengan membina sekolah, hospital dan jalan raya

(c) Menjaga keamanan negeri dengan menubuhkan pasukan polis dan tentera

(d) Memantapkan ekonomi Johor dengan cara meneruskan Sistem Kangcu dan menjadi pengeksport lada hitam dan gambir terbesar dunia

(e) Mengisytiharkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor tahun 1895 yang merupakan perlembagaan bertulis pertama dan menjadi asas kepada pembentukan institusi Raja Berperlembagaan

Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor

(a) Sultan tidak boleh menyerahkan Johor kepada kuasa asing

(b) Ditubuhkan Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri

(c) Anggota Majlis Mesyuarat Menteri dilantik daripada orang Melayu dan bertanggungjawab menasihati sultan dalam pentadbiran

(d) Ahli Majlis Mesyuarat Negeri terdiri daripada rakyat Johor yang berperanan menggubal undang-undang

Kesan-Kesan Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar

(a) Digelar Bapa Pemodenan Johor kerana membawa banyak perubahan dalam pentadbiran dan pembangunan Johor

(b) British tidak dapat menggugat kemerdekaan Johor

(c) Johor aman dan makmur

(d) Ketokohan Sultan Abu Bakar dihormati pemerintah British

Pemimpin Johor Yang Berwibawa

pembangunan dan pemodenan Johor akibat persepakatan antara sultan dan pembesar

kepintaran dalam pentadbiran menyebabkan British tidak mempunyai alas an untuk campur tangan

antara pemimpin terkemuka Johor ialah;

1. Dato Abdul Rahman bin Andak

2. Dato Jaafar bin Muhammad

iii. Dato Muhammad Salleh bin Perang

iv. Dato Muhammad Ibrahim Munsyi

Dato Jaafar bin Muhammad

Merupakan Setiausaha kerajaan Johor pertama (1868)

Menteri Besar Johor pertama (1882-1919)

Digelar Datuk Bentara

Beliau mewajibkan semua pegawai British di Johor memakai pakaian rasmi Johor

Bendera Union Jack iaitu bendera rasmi British dikibar lebih rendah daripada bendera Johor demi maruah dan kedaulatan Johor

Surat rasmi dalam bahasa Melayu bagi memartabatkan bahasa Melayu

Dato Abdul Rahman bin Andak

Merupakan Setiausaha Sulit Sultan Johor (1885)

Setiausaha Kerajaan Johor (1893-1909)

Digelar Dato Seri Amar Diraja

Berperanan dalam hal ehwal hubungan luar negeri

Bertanggungjawab mengawal hubungan Johor-British

Tahun 1888 menjadi perintis kepada penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor (sebuah badan persuratan terulung tanah air)

Dato Muhammad Salleh bin Perang

Pernah memegang perlbagai jawatan dalam kerajaan

Antaranya;

a. Pesuruhjaya Polis untuk keamanan dan kestabilan Johor

b. Ketua jabatan Ukur tugasnya melukis peta pembangunan Johor yang menunjukkan semua jalan yang akan dimajukan dan melukis peta lengkap negeri Johor

c. Ketua Jabatan Tanah merancang pembangunan di Muar, Endau, Segamat, Tangkak dan Batu Pahat

Digelar sebagai Dato Bentara Luar

Dato Muhammad Ibrahim Munsyi

Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama tahun 1883

Mendidirkan banyak sekolah dan mendesak pendidikan wajib kepada rakyat Johor

Dianugerahi Dato Bentara Dalam

Digelar Bapa Pendidikan Melayu Johor

Tahun 1893 dilantik sebagai Timbalan Menteri yang pertama

Johor Di ambang Penjajahan British

sejakPerjanjian Persahabatan 1885British menyusun strategi untuk menguasai Johor

British bimbang Johor dikuasai kuasa Barat lain

usaha dan muslihat British untuk menguasai Johor, antaranya;

1. British menubuhkan Lembaga Penasihat Johor

2. Sultan Johor dinasihati supaya meminjam sebanyak 200,000 dolar dari Negeri-Negeri Selat

- tujuan untuk membina landasan keretapi dari Johor ke Singapura

- ia muslihat British untuk mengawal kewangan Johor

muslihat British disedari oleh Dato Abdul Rahman Andak dengan menasihati sultan supaya tidak menerima tawaran pinjaman British

rancangan British berjaya digagalkan

British menyedari kepintaran Dato Abdul Rahman Andak dan bukan mudah untuk campur tangan di Johor

British berusaha menyingkirkan Dato Abdul Rahman Andak

tahun 1907 John Anderson iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat mencadangkan supaya Dato Abdul Rahman Andak dibersarakan dan dihantar ke London

British menggunakan peluang ini untuk menguasai Johor

Sultan Ibrahim iaitu putera Sultan Abu Bakar terpaksa meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor bagi membolehkan British menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri

tahun 1914 British melantik Douglas Campbell sebagai Penasihat British di Johor

Lembaga Penasihat Johor

ditubuhkan di London pada 1886

Sultan Johor berhubung secara langsung dengan Pejabat Tanah Jajahan di London

Dianggotai oleh orang British

Fungsinya adalah untuk menguruskan hubungan luar Johor dan menasihati Sultan Johor tentang hal-hal pentadbiran

BAB 5 KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH (SBUB)

Sabah di bawah pengaruh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu

Sabah menjadi tumpuan pedagang Barat kerana kedudukannya strategik dan kaya dengan hasil bumi

5.1 SBUB Bertapak Di Sabah( Teks m/s: 102-104)

Sabah menarik perhatian pelabur-pelabur Barat kerana potensi ekonomi

antaranya kuasa Amerika Syarikat, Britain, Belanda dan Sepanyol

syarikat-syarikat asing mula bertapak di Sabah

Amerika Syarikat

tahun 1865 Sultan Brunei beri konsesi tanah di Sabah kepada wakil Amerika Syarikat iaitu W. L. Moses

tempoh sewaan selama 10 tahun

Moses menjual konsesi kepadaThe American Trading Companydiketuai oleh J.W. Torrey dan T. B. Harris

Torrey gagal menanam kopi dan tebu di Kimanis

Torrey menjual haknya kepada Von Overbeck

Britain

Von Overbeck menghadapi masalah kewangan

Tahun 1877 Overbeck meminjam wang daripada syarikat Alfred Dent dan Edward Dent

Gabenor Labuan iaitu W. H. Treacher bersetuju membantu Overbeck memperbaharui tempoh pajakan daripada Sultan Brunei dengan syarat syarikat yang ditubuhkan diletakkan di bawah kekuasaan British

Tahun 1877 Sultan Brunei iaitu Sultan Abdul Mumein perbaharui pajakan dengan Overbeck dan Dent melalui perjanjian

Sultan Brunei serahkan tanah antara Teluk Kimanis dan Sungai Sibuku

1878 Overbeck dan Dent menandatangani perjanjian dengan Sultan Jamalul Alam (Kesultanan Sulu)

Sultan Sulu serahkan kawasan dari Sungai Pandasan hingga ke Sungai Sibuku

Tahun 1880 Overbeck menjual semua haknya kepada Alfred dan Edward Dent

Dent tubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad

Saham syarikat dijual kepada rakyat British bagi menambah modal perniagaan

Persatuan berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British untuk mengukuhkan kedudukan dan memajukan perniagaan

November 1881 kerajaan British menganugerahkan piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad

Tahun 1882 syarikat itu dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB)

Kesan Pemberian Piagam Diraja British Kepada SBUB

SBUB berkuasa mentadbir Sabah

Presiden pertama ialah Sir Rutherford Alcock

Pengarah urusannya ialah Alfred Dent

Brtish dapat memperluaskan pengaruh dan menghalang kuasa Barat lain bertapak di Sabah

Tahun 1888 SBUB menandatangani Perjanjian Perlindungan Borneo Utara yang menjadikan Sabah negeri naungan British

British bertanggungjawab dalam hal ehwal luar Sabah

Syarat-Syarat Pemberian Piagam Kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad

SBUB tidak boleh menyerahkan wilayah Sabah kepada sesiapa tanpa persetujuan kerajaan British

SBUB mesti melantik pentadbir daripada pegawai yang diakui kerajaan British

SBUB perlu memelihara agama, adat resam dan undang-undang penduduk tempatan

SBUB hendaklah mentadbir Sabah dengan adil dan saksama

SBUB mesti menerima nasihat daripada kerajaan British

5.2 SBUB Mengukuhkan Kuasa Di Sabah(Teks m/s: 105-108)

pemerintahan SBUB diketuai oleh gabenor W.H.Treacher

gabenor dilantik oleh pengarah syarikat dengan persetujuan kerajaan British

gabenor dibantu majlis Penasihat yang ditubuhkan tahun 1883

ahli majlis ialah Setiausaha Kerajaan, Bendahari dan Ketua Pasukan Keselamatan

pusat pentadbirannya di Sandakan

SBUB menubuhkan jabatan kerajaan untuk melicinkan pentadbiran

Cara SBUB Mengukuhkan Kuasa dan Melicinkan Pentadbiran Sabah(i)Menubuhkan Jabatan Kerajaan Dalam Pentadbiran- antaranya Jabatan Pos, Jabatan Buruh, Jabatan Polis, Jabatan Kewangan dan Jabatan Tanah dan Ukur

- mempunyai Pegawai Daerah, Ketua Anak Negeri (digelar Orang kaya-Kaya O.K.K. ) dan Ketua Kampung

(ii)Membahagikan Sabah Kepada Beberapa Residensi / Daerah / Kampunga)Peringkat Residensi pada peringkat awal Sabah dibahagi kepada dua residensi iaitu Residensi Pantai Barat dan Residensi Pantai Timur

tahun 1935 terdapat empat residensi iaitu Residensi Pantai Barat, Residensi Sandakan, Residensi Tawau dan Residensi Pedalaman

setiap residensi diketuai seorang Residen

b)Peringkat Daerah Setiap residensi pula dibahagi kepada beberapa daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah (berbangsa Eropah)

Terdapat sepuluh daerah iaitu daerah Alcock, Daerah Dewhurst, Daerah Keppel, Daerah Martin, Daerah Myburgh, Daerah Dent, Daerah Clarke, Daerah Cunliffe, Daerah Mayne dan Daerah Elphinstone

Tahun 1915 jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah diperkenalkan dan disandang oleh penduduk tempatan

Ketua Anak Negeri (Orang Kaya-Kaya O.K.K.) tugasnya membantu Pegawai daerah dalam pentadbiran

Diberi surat kuasa yang membolehkan mereka menguruskan hal-hal berkaitan masyarakat tempatan

c)Peringkat Kampung SBUB melantik Ketua Kampung yang digelar Orang Tua

SBUB mengekalkan penglibatan peribumi dalam pentadbiran kerana mereka memahami adat dan budaya masyarakat tempatan

SBUB tidak mempu menggaji ramai pegawai Eropah kerana menghadapi masalah kewangan

(iii)Melaksanakan Undang-Undang Barat dan Tempatan tujuan untuk menjaga keamanan negeri

tahun 1900 diwujudkan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeri di Jesselton

a)Mahkamah Majistret- dihakimi Pegawai Daerah

- mengendalikan kes-kes berat seperti kes bunuh, culik dan rompakan

b)Mahkamah Anak Negeri- hakim dilantik dari kalangan Ketua Anak Negeri yang arif dalam bidang agama Islam dan adat

- mengendalikan kes-kes peribumi berkaitan undang-undang Islam dan adat

Organisasi Pentadbiran SBUB

Lembaga Pengarahdi London

Gabenordi Sabah yang dinasihati oleh Majlis Penasihat

Setiausaha Kerajaanyang bertanggungjawab kepada;

- Ketua-Ketua Jabatan(Pos, Buruh, Polis, Kewangan, Jabatan Tanah dan Ukur)

-Residenyang merupakan ketua pentadbir di peringkat residensi

-Pegawai Daerahmerupakan ketua pentadbir di peringkat daerah

- tugasnya sebagai majistret, pemungut cukai, bendahari daerah dan pegawai buruh

Ketua Anak Negeripula tugasnya menjaga keamanan, menguruskan pembahagian tanah, mengutip cukai dan memajukan pertanian

Ketua Kampungpula tugasnya menguruskan hal ehwal kampung, menjaga keamanan, membantu memajukan perdagangan, melaporkan kepada Pegawai Daerah tentang kes-kes kecurian, wabak penyakit dan menjaga keselamatan kampung

5.3 SBUB Mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah(Teks m/s: 109-114) matlamat SBUB menguasai Sabah adalah untuk membolot kekayaan ekonomi Sabah

SBUB mengeksploitasi kekayaan Sabah seperti hasil-hasil tradisional, hasil pertanian dagangan, pembalakan dan perlombongan

(i)Hasil-Hasil Tradisional Sabah SBUB memaksa penduduk tempatan menambah hasil keluaran tradisional

Hasil jualan penduduk dikenakan cukai seperti cukai tanah, cukai kepala, lesen perahu dan senjata

Tujuan cukai untuk mengatasi masalah kewangan SBUB

Antara hasil-hasil utama;

a) Sarang burung eksport tradisional SBUB yang menguntungkan

1926 nilai eksport sebanyak 125 000 dolar

kawasan utama ialah di Gua Gomantong, Gua Kuamut dan gua Magdalene

b)Pokok lanut dikenali sebagai abaka, manila hemp ataumusa textiles hidup meliar di kawasan pamah dan lembah

gentian pokok lanut dijemur sebelum diproses menjadi tali kapal

di eksport ke Eropah

c)Rotan di eksport dalam bentuk perabot, tikar dan tongkat

d)Pokok sagu / rumbia merupakan tanaman tradisional Sabah

hidup subur di kawasan berpaya di muara sungai

harga sagu sangat mahal di pasaran dunia

SBUB menggalakkan rakyat Sabah mengusahakannya secara komersial

Sagu mentah dieksport ke Singapura dan Eropah

1888 nilai eksport sagu Sabah sebanyak 93 433 dolar

e)Hasil laut seperti mutiara, trepang dan sirip ikan yu

diusahakan oleh masyarakat Bajau

dieksport ke China

(ii)Hasil Pertanian Dagangan SBUB mengusahakan tanaman baru seperti getah dan tembakau

Sabah mempunyai tanah luas dan subur

a)Tembakau tanaman dagangan yang penting

tembakau Sabah diiktiraf terbaik di dunia

daun tembakau digunakan untuk menghasilkan cerut

mendapat pasaran tinggi di Belanda dan Amerika Syarikat

SBUB mengecualikan cukai eksport kepada peladang tembakau bertujuan menggalakkan tanaman tembakau

Tahun 1890 terdapat 61 buah ladang tembakau di Sabah

1902 hasil eksport tembakau Sabah bernilai lebih 2 juta dolar

Kawasan utama penanaman ialah di Pulau Banggi, Teluk Marudu, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan

b)Getah ladang-ladang getah dibuka di Beauford, Jesselton dan Tenom

berkembang akibat pembinaan landasan kereta api

SBUB memberi 4% dividen kepada pengusaha getah bertujuan menggalakkan penanamannya

SBUB juga memberi pengecualian cukai eksport selama 50 tahun kepada pengusaha getah

Buruh ladang getah dibawa masuk dari China dan Jawa

Getah menjadi hasil eksport utama SBUB

(iii)Pembalakan SBUB menguasai hasil balak Sabah

Kaya dengan sumber balak seperti seraya, ramin, kapur, belian dan meranti

Kawasan pembalakan utama di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau

Tahun 1898 kilang memproses kayu balak kepunyaan SBUB dibina

Buruh dibawa masuk dari Filipina dan Indonesia

Hasil kayu balak dieksport ke China, Singapura, Britain dan Australia melalui pelabuhan Sandakan

(iv)Perlombongan SBUB giatkan perlombongan Sabah seperti emas, arang batu dan mangan

a)Emas tahun 1886 diusahakan oleh Orang Cina di Sungai Segama

b)Arang batu dilombong di Silimpopon dan Labuan

Silimpopon mempunyai longgokan arang batu terbesar Asia Tenggara

diusahakan olehSyarikatCowie HarbourCoalc)Mangan diusahakan di Teluk Marudu oleh Syarikat British Borneo Exploration

dieksport ke Britain

5.4 Perubahan Sosial SBUB Di Sabah (Teks m/s: 115-120)

SBUB membangunkan kemudahan asas seperti landasan kereta api jalan raya, sekolah, hospital dan telegraf

tujuannya untuk kepentingan dan keuntungan SBUB

(i)Landasan kereta api 1896 landasan kereta api pertama dari Weston ke Beauford sepanjang 32 km

1904 dibina landasan dari Jesselton yang dikenali sebagai North Borneo Railway

1905 landasan disambung dari Beauford ke Jesselton dan dari Tenom ke Malalap

tujuannya untuk memudahkan SBUB mengangkut hasil keluaran di bahagian pedalaman ke pelabuhan

(ii)Jalan raya SBUB menumpukan pembinaan jalan raya di bandar-bandar besar seperti Jesselton, Sandakan, Lahad Datu, Kudat dan Tawau

tujuannya untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan bandar dan pelabuhan

1930-an perhentian motokar dan bas dibina di Kota Kinabalu

(iii)Pengangkutan air 1890 Syarikat Perkapalan Straits Steamship memulakan perkhidmatan

tujuannya untuk mengangkut penumpang dan barangan

(iv)Pendidikan SBUB kurang memberi perhatian

SBUB hanya menyediakan pendidikan di peringkat rendah kerana kekurangan wang

SBUB anggap bidang pendidikan tidak menguntungkan

Kebanyakan sekolah dibina oleh mubaligh Kristian bagi tujuan menyebarkan agama Kristian

antara sekolah yang wujud ialah Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu dan Sekolah Cina

a)Sekolah Inggeris 1883 sekolah Inggeris pertama iaitu Institut Byron dibina di Sandakan oleh mubaligh Roman Katolik

tahun 1887 Sekolah St. Mary ditubuhkan di Sandakan

1909 Jabatan Pelajaran ditubuhkan untuk menguruskan sekolah-sekolah di Sabah

tahun 1939 terdapat 49 buah sekolah mubaligh dengan pelajar seramai 3700 orang

b)Sekolah Latihan dibina di Jesselton pada 1 Julai 1915

merupakan sekolah latihan bagi anak-anak Ketua Anak Negeri

dibina bertujuan untuk melatih anak-anak menjadi pegawai pentadbiran peringkat rendah

bahasa pengantarnya ialah Bahasa Melayu

dari segi kurikulum pelajar diajar tentang membaca, menulis dan mengira

jawatan yang dikhaskan bagi lulusan sekolah ini ialah renjer, kerani dan Ketua Anak Negeri

c)Sekolah Melayu dan Bumiputera tahun 1921 sekolah Melayu pertama dibina di Kota Belud

1930 terdapat 10 buah sekolah Melayu bagi menampung 400 orang pelajar

1924 ditubuhkan Sekolah Bumiputera Keningau di Keningau

d)Sekolah Cina dibina sendiri oleh masyarakat Cina

1940 terdapat 11 000 pelajar berdaftar di sekolah Melayu, sekolah mubaligh dan sekolah Cina

(v)Pembinaan Hospital dan Pusat Kesihatan SBUB bina hospital di bandar-bandar besar seperti Jesselton, Sandakan, Beauford dan kudat

1924 Hospital Besar Tawau di bina

1940 terdapat 9 buah hospital dan 40 buah klinik di Sabah

di kawasan luar bandar disediakan pusat-pusat kesihatan

kelemahan bilangan doktor tidak mencukupi

perkhidmatan perubatan tidak dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Sabah

(vi)Kemunculan Bandar-Bandar Baru akibat daripada kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial

bandar-bandar berkembang pesat sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan

antaranya Sandakan, Kudat, Jesselton, Tawau dan Lahad Datu

a)Sandakan diasaskan William Pryer tahun 1879

menamakannya sebagai Elopura bermaksud bandar yang cantik

berkembang maju sebagai pusat pentadbiran, pelabuhan antarabangsa dan pusat pembalakan

b)Tawau sebuah pelabuhan yang terkenal di Pantai Timur Sabah

eksport utamanya getah, abaka, mutiara dan kayu balak

c)Kudat tahun 1881 SBUB menjadikannya sebagai pusat pentadbiran yang pertama

pedagang menetap dan membina kedai di Kudat

gagal menarik ramai penduduk dan pedagang kerana keadaan geografinya tidak sesuai untuk pertanian

tahun 1884 SBUB memindahkan pusat pentadbirannya ke Sandakan

d)Jesselton diasaskan tahun 1900 oleh Charles Jessel

nama asalnyaJesselTownsempena nama pengasasnya

kemudiannya disingkatkan kepada Jesselton

juga dikenali dengan nama Api-Api, Singga Mata atau Diasuka

Jesselton maju kerana pembinaan landasan kereta api, perkembangan tanaman getah dan sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan penting

1967 nama Jesselton ditukar kepada Kota Kinabalu

Perubahan Sosial dan Kemajuan Lain

pejabat pos

1883 SBUB mengeluarkan setem pertama Sabah

tahun 1883 juga akhbar pertama di Sabah diterbitkan iaituThe North Borneo Herald 1890-an kontinjen polis tempatan ditubuhkan

1900 SBUB telah menubuhkanSkuad Terbanguntuk menjamin keselamatan dan dianggotai pegawai polis tempatan

1903 loji air di Kota Kinabalu dibina untuk membekalkan air bersih

tahun 1905 menara jam Jesselton dibina dan kekal hingga sekarang di Sabah

BAB 6 BRITISH MENGEKSPLOITASI EKONOMI (TANAH MELAYU, SARAWAK DAN SABAH)

6.1 Kegiatan Pertanian Dagangan (Teks m/s: 126-128)

- peringkat awal diusahakan jenis tanaman tradisional seperti lada hitam, gambir, buah pala, cengkih, ubi kayu, tebu dan nanas

- diusahakan kerana mendapat pasaran yang baik

- British hanya menggalakkan peladang Eropah dan orang asing untuk mengusahakan pertanian dagangan

- penduduk tempatan tidak digalakkan terlibat

a)Lada hitam dan gambir- untuk tujuan eksport

- diusahakan di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak

- kurun ke-19 lada hitam dan gambir diperkenalkan di Johor melalui Sistem Kangcu

- di Johor tanaman ini diusahakan oleh orang-orang Cina dari Singapura

- tanaman ini menjadi hasil eksport penting Johor sehingga awal kurun ke-20

- gambir biasanya digunakan sebagai bahan pewarna dan mencelup sutera

b)Buah pala dan cengkih- banyak ditanam di Pulau Pinang

- tanaman buah pala diutamakan kerana harganya lebih tinggi

- dieksport ke Eropah dan China

- cengkih yang dikeringkan sesuai dijadikan ubat

- 1850-an tanaman ini merosot kerana harganya tidak stabil

c)Tebu- ladang tebu banyak dibuka di Seberang Perai dan Perak

- permintaan terhadap gula meningkat di pasaran dunia

- 1830-an Seberang Perai merupakan pusat pengeluaran gula utama di negeri-Negeri Selat

- tahun 1900 Perak mencul sebagai pusat pengeluar gula terbesar di Tanah Melayu

- gula menjadi eksport penting Tanah Melayu selama hampir 50 tahun

d)Ubi kayu- meruapakan tanaman eksport penting Tanah Melayu

- banyakditanam di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor

e)Nanas- industri mengetin nanas berpusat di Perak, Selangor dan Johor

- sebelum Perang Dunia II Tanah Melayu merupakan pengeksport nanas dalam tin kedua terbesar di dunia

6.2 Tanaman Baru Memantapkan Ekonomi

(teks m/s: 128-129)

- kurun ke-20 tanaman dagangan tradisional kurang penting kerana harganya tidak stabil di pasaran dunia

- British memperkenalkan tanaman baru seperti kopi, kelapa sawit, tembakau dan teh

a)Kopi- diusahakan secara besar-besaran di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor

- harga kopi meningkat di pasaran dunia

b)Kelapa sawit- berasal dari Afrika

- diperkenalkan di Kuala Selangor

- 1920-an minyak kelapa sawit mula dieksport

- ladang kelapa sawit dibuka di Perak dan Johor

- Johor menjadi pengeksport utama kelapa sawit

c)Tembakau- ladang dibuka di Pulau Pinang dan Pahang

d)Teh- diusahakan di Cameron Highlands, Pahang

- teh yang dihasilkan di Tanah Melayu bermutu tinggi dan dikenali sebagaiTeh Ceylon6.3 Perkembangan Perusahaan Getah (Teks m/s: 130-133)

- akhir kurun ke-19 harga kopi jatuh di pasaran dunia

- getah diperkenalkan sebagai tanaman pilihan untuk memulihkan ekonomi

- kurun ke-20 getah menjadi eksport penting Tanah Melayu

(i)Sejarah Asal-Usul Getah- berasal dari Brazil

- getah di Tanah Melayu dari jenisHevea Brasiliensis- tahun 1876 sebanyak 70 000 biji getah dari Brazil dibawa ke England oleh Henry Wickham

- kemudian disemai di Kew Garden, England

- sebanyak 300 benih getah dihantar ke negara-negara naungan british terutamanya Sri Lanka

- 1877 sebanyak 22 batang anak getah dibawa ke Singapura dan ditanam di Botanical Garden

- dari Singapura beberapa batang anak getah dibawa ke Kuala Kangsar dan ditanam di halaman kediaman Residen Perak

- Pengarah Botanical Garden Singapura iaitu H.N.Ridley yang bertanggungjawab menggalakkan tanaman getah di Tanah Melayu

(ii)Perkembangan Getah- awal kurun ke-20 harga getah melambung tinggi di pasaran dunia

- permintaan meningkat kerana perkembangan perusahaan membuat motokar di Eropah dan Amerika Syarikat

- ladang-ladang getah dibuka besar-besaran di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor

- 1920-an Tanah Melayu menghasilkan 53% daripada jumlah pengeluaran getah dunia

- Tanah Melayu muncul pengeluar getah terbesar dunia

- Syarikat-syarikat Eropah menguasai perusahaan getah di Tanah Melayu sepertiSime Darby,Guthrie,Harrisons and CrosfielddanUnited Plantation- Penduduk tempatan mengusahakan tanaman secara kebun kecil

Faktor-Faktor Perkembangan Perusahaan Getaha)Permintaan Getah Meningkat- diperlukan dalam perusahaan membuat motokar di Amerika Syarikat dan Eropah

- diperlukan untuk membuat kasut, pakaian, tayar kenderaan, alat perubatan dan penebat elektrik

b)Kejatuhan Harga Kopi- harga kopi jatuh kerana pengeluaran berlebihan di Brazil dan serangan serangga perosak

- peladang terpaksa beralih kepada tanaman getah

c)Tenaga Buruh Mencukupi- buruh dari India dibawa masuk secara besar-besaran untuk bekerja di ladang-ladang getah

d)Usaha H.N.Ridley- memperkenalkan kaedah menoreh mengikut sistem ibedem atau sistem tulang ikan herring

- kaedah torehan ini meningkatkan pengeluaran susu getah

e)Pelaburan Modal- banyak syarikat besar Eropah melabur dalam perusahaan getah di Tanah Melayu sepertiSime DarbydanGuthrief)Cukai Rendah- British mengenakan cukai tanah dan cukai eksport yang rendah

- Tujuannya untuk menggalakkan ladang-ladang baru dibuka

Sebab-Sebab Kejatuhan Perusahaan Getah- tahun 1920-1930-an berlaku zaman kemelesetan ekonomi dunia

- harga getah jatuh dan memberi kesan kepada perusahaan getah

Langkah-Langkah Menstabilkan Harga Getah- diperkenalkan Rancangan Stevenson dan Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa

a) Rancangan Sekatan Stevenson 1922- tujuan untuk mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga getah

- disertai negara naungan British seperti Tanah Melayu dan Sri Lanka

- Belanda dan Indonesia enggan menyertai rancangan ini sebaliknya terus meningkatkan pengeluaran getah

- tahun 1928 rancangan ini ditamatkan oleh British apabila gagal mencapai matlamat

b) Perjanjian Peraturan getah Antarabangsa 1934- tujuan untuk mengurangkan pengeluaran getah dan menstabilkan harga

- disertai oleh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sri Lanka, India, Myanmar, Indonesia, IndoChina dan Thailand

- setiap negara dikehendaki mengurangkan pengeluaran mengikut kuota yang ditetapkan

- berjaya meningkatkan semula harga getah di pasaran dunia sebelum Perang Dunia II

Pengeluaran Getah Tiruan

- Amerika Syarikat memperkenalkan getah tiruan selepas Perang Dunia II

- menjadi pesaing kepada getah asli

- dihasilkan apabila bekalan getah asli dunia terputus akibat Perang Dunia II

- getah asli keluaran Tanah Melayu bermutu tinggi dan dapat menandingi getah tiruan

6.4 Perkembangan Perusahaan Perlombongan

(Teks m/s: 134-138)

- British memajukan kegiatan perlombongan

- Hasil galian adalah seperti bijih timah, emas, arang batu, bauksit, bijih besi dan ilmanit

a)Emas- 1890-an dilombong secara komersial di raub, Pahang

- Raub merupakan kawasan lombong emas terbesar Tanah Melayu

- diusahakan oleh syarikat dari Australia

b)Arang batu- dilombong di Batu Arang, Selangor

- digunakan sebagai bahan api

c)Bauksit- sejenis logam yang digunakan untuk membuat aluminium

- dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Ramunia di Johor, Teluk Emas di Melaka

d)Bijih besi- dilombong di Bukit Besi, Terengganu dan Rompin, Pahang

- lombong bijih besi juga dibuka di Kedah, Perak dan Johor

e)Ilmanit- galian yang dikeluarkan sebagai hasil sampingan perlombongan bijih timah

- dihasilkan di batang Padanf, Perak

Perkembangan Perlombongan Bijih Timah- bijih timah merupakan galian terpenting di Tanah Melayu

- British menguasai Tanah Melayu adalah juga kerana bijih timah

- Sebelum dieksport bijih timah diproses menjadi jongkong timah

- Perkembangannya dapat dilihat dalam dua peringkat iaitu peringkat sebelum dan selepas campur tangan British

a)Peringkat Sebelum Campur Tangan British di Tanah Melayu- kegiatan melombong adalah bercorak tradisional

- diusahakan oleh orang Melayu

- menggunakan cara mendulang dan melampan

- tahun 1820-an orang Cina dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah kepunyaan pembesar melayu di daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang

- orang Cina dan Eropah dibenarkan membuka lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar-pembesar Melayu

b)Peringkat Selepas Campur Tangan British di Tanah Melayu- perlombongan bijih timah semakin berkembang dengan penglibatan orang Cina

- banyak lombong baru dibuka di Ampang, Kuala Lumpur dan di Lembah Kinta, Perak

- orang Cina memperkenalkan sistem lombong dedah, pam kelikir dan palung

- akhir kurun ke-19 orang Cina menguasai kegiatan melombong bijih timah

Faktor-Faktor Perkembangan Bijih Timah- akhir kurun ke-19 Tanah Melayu merupakan penyumbang utama bijih timah dunia iaitu sebanyak 55%

- perkembangannya adalah kerana faktor seperti Revolusi Perindustrian dan kaedah melombong yang lebih moden

a)Revolusi Perindustrian di Eropah- permintaan bijih timah semakin meningkat

- bijih timah digunakan dalam perusahaan mengetin makanan

b)Kaedah Melombong Bijih Timah Lebih Moden- diperkenalkan oleh syarikah-syarikat Eropah awal kurun ke-20

- menggunakankapal korekuntuk menghasilkan lebih banyak bijih timah

- tahun 1912 kapal korek pertama kali digunakan olehSyarikat MalayanTinDredgingdi Batu Gajah, Perak

- pada tahun 1929 terdapat 107 buah kapal korek di Tanah Melayu

- 1930-an orang Eropah menguasai perusahaan bijih timah sebanyak 68%

Kejatuhan Harga Bijih Timah dan Langkah Mengatasi- 1930-an harga bijih timah jatuh akibat kemelesetan ekonomi dunia

- 1931 ditandatanganiPerjanjian Bijih Timah Antarabangsasebagai langkah memulihkan semula harga bijih timah

- negara-negara terlibat ialahTanah Melayu, Bolivia, Nigeria dan Indonesia- semua negara bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran bijih timah

- hasilnya pada tahun 1934Majlis Bijih Timah Antarabangsaditubuhkan

- tujuan untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah

- kesannya dapat menstabilkan semula harga bijh timah

6.5 Pengeluaran Hasil Hutan

(Teks m/s: 139-141)

- Tanah Melayu kaya dengan hasil hutan seperti kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, kapur barus, getah perca dan getah jelutung

- diusahakan secara tradisional melalui kegiatanmeramu- semasa pentadbiran British hasil-hasil ini menjadi kegiatan ekonomi bercorak komersial

- british menggalakkan pengeluaran hasil hutan untuk dieksport ke China, Amerika Syarikat dan Eropah

- tahun 1901 Brritish menubuhkan Jabatan Perhutanan

- tujuan untuk menguruskan pengeluaran hasil hutan dengan lebih sistematik

a)Damar- diperoleh daripada getah pelbagai jenis pokok di hutan

- damar digunakan untuk menutup renggangan pada papan perahu

- dieksport untuk dijadikan varnis iaitu bahan untuk menggilap permukaan papan atau rotan

b)Getah perca- diperoleh daripada pokok getah perca yang tumbuh dalam hutan

- digunakan untuk membuat peralatan bedah, bola golf dan bahan penebat kabel telegraf dasar laut

- untuk mendapatkan getah perca batang pokok ditetak bagi mengeluarkan susunya

- kemudian susu dikumpul dalam bekas dan dibentuk menjadi bebola atau jongkong

c)Getah jelutung- kegunaannya untuk dijadikan ramuan getah pengunyah dan sebagai pelekat dalam industri gigi palsu

- tahun 1920-an getah jelutung dikumpul menggunakan tabung buluh

- ia biasanya dieksport

d)Rotan- dihasilkan untuk kegunaan dalam negeri dan juga banyak dieksport ke China

- kegunaan rotan untuk dijadikan bakul, tikar ,tongkat, tangkai payung dan perabot

e)Pembalakan- banyak dieksport ke China dan Britain

- antara kayu balak yang diusahakan ialah cengal, meranti dan keruing

- digunakan sebagai bahan binaan, membuat perabot dan perahu

- 1928 British memperkenalkan lesen kilang papan untuk mengawal kegiatan pembalakan dan industri berasaskan kayu

Kegiatan Dwiekonomi

- diperkenalkan oleh British terhadap penduduk di Tanah Melayu

- ia melibatkan kegiatan ekonomi dagangan dan ekonomi tradisional

a)Ekonomi Dagangan- British lebih mengutamakan ekonomi dagangan seperti kegiatan perlombongan, perladangan dan perdagangan

- dimajukan terutama di kawasan pantai barat Tanah Melayu

- dijalankan secara besar-besaran menggunakan teknologi moden dan disokong kemudahan asas yang baik seperti sistem perhubungan dan pengangkutan yang teratur

- lebih berorientasikan eksport

- dikuasai syarikat asing khususnya syarikat Eropah

- tertumpu pada perlombongan bijih timah dan perusahaan getah

- melibatkan tenaga buruh yang ramai

- melibatkan pelaburan modal yang besar

- teknologi moden seperti mesin hidraulik banyak digunakan dalam kegiatan perlombongan bijih timah

b)Ekonomi Tradisional- kegiatan ekonomi tradisional ini diabaikan oleh british

- diusahakan oleh orang Melayu di luar bandar

- bercorak sara diri

- tertumpu pada kegiatan menanam padi dan menangkap ikan

- menggunakan peralatan tradisional seperti kerbau untuk membajak sawah padi

- melibatkan modal kecil

Kesan Kegiatan Dwiekonomi

- berlaku perkembangan tidak seimbang

- mewujudkan jurang ekonomi antara masyarakat bandar dengan masyarakat luar bandar

6.6 Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan

(Teks m/s: 142-158)

- kemajuan pesat ekonomi terutama perlombongan bijih timah dan perusahaan getah membawa pelbagai perubahan

- perubahan dialami antaranya penggunaan buruh-buruh luar, kemajuan pengangkutan dan perhubungan, kemudahan sosial, pendidikan vernakular dan kemunculan bandar-bandar baru

i)Penggunaan Buruh Luar- British menggalakkan kemasukan imigran Cina dan India

- tujuan sebagai tenaga buruh di lombong bijih timah dan ladang getah

- British memastikan ia mencukupi demi kepentingan British untuk membolot kekayaan Tanah Melayu

a)Orang Cina- dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah di Perak, Selangor dan negeri Sembilan

- berasal dari China Selatan

- kebanyakan dibawa masuk melaluiSistem Kontrak- ada juga yang datang ke Tanah Melayu secara persendirian dan bekerja di sektor pertanian dan menjadi pekerja mahir di bandar

Sistem Kontrak

- orang Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui majikan

- tambang perjalanan dibayar oleh majikan

- majikan juga menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal

- mereka dikehendaki bekerja dengan majikan sehingga hutang tambang selesai

- selepas tamat kontrak mereka bebas bekerja dengan majikan lain

b)Orang India- dibawa masuk bekerja di ladang-ladang getah

- berasal dari selatan India

- dibawa masuk melaluiSistem Kangani- ada juga orang India bekerja membina jalan kereta api, jalan raya dan menjadi buruh di bandar dan pelabuhan

Sistem Kangani- kangani bermaksud penyelia atau ketua pekerja di ladang getah

- kangani ini dihantar oleh pemilik ladang ke India untuk mencari tenaga buruh

- kangani menguruskan tambang dan perjalanan buruh-buruh sehingga selamat tiba di ladang majikan

- kangani dibayar komisen berdasarkan jumlah buruh yang dapat dibawa masuk

- buruh-buruh dibayar gaji tetap dan diletakkan di bawah jagaan kangani

- buruh dikehendaki bekerja dengan pemilik ladang sehingga segala hutang tambang selesai

Kesan Kemasukan Buruh

- mewujudkan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi seperti

- orang Cina tinggal di kawasan lombong dan di bandar

bekerja sebagai pelombong dan peniaga

- orang India tinggal dan bekerja di ladang getah

- orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar (desa)

- menjalankan kegiatan pertanian bercorak tradisional dan nelayan

- masyarakat peribumi terus terpinggir dan terpisah daripada arus perkembangan ekonomi

- dasar British mewujudkan jurang ekonomi antara kaum

- mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang terdiri daripada pelbagai keturunan yang mengamalkan cara hidup, bahasa dan agama yang berbeza

Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan- British memerlukan sistem pengangkutan dan perhubungan yang cekap dan pantas

- tujuan untuk membawa hasil ekonomi terutama bijih timah dan getah ke pelabuhan untuk dieksport

- pengangkutan seperti landasan kereta api dan jalan raya

- perhubungan seperti perkhidmatan pos, telegraf dan telefon

a)Perkembangan Landasan Kereta api- perkhidmatan kereta api diperkenalkan di Tanah Melayu akhir kurun ke-19

- terdapat tiga fasa perkembangan;

Fasa Pertama (1885-1896)- dibina untuk keperluan perlombongan bijih timah

- landasan kereta api yang pendek dibina menghubungkan kawasan lombong dengan pelabuhan

- tujuan memudahkan bijih timah dieksport

- antara landasan kereta api yang dibina ialah dari

- Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang

- Kuala Lumpur ke Port Swettenham (Pelabuhan Klang)

- Seremban ke Port Dickson

- Ipoh dan batu Gajah ke Teluk Anson (Teluk Intan)

- tahun 1886 landasan kereta api dari Kuala Lumpur ke Klang telah dirasmikan yang dihadiri oleh Sultan Abdul Samad dan Frederick Weld, Gabenor Negeri-Negeri Selat

Fasa Kedua (1897-1909)- tiga tujuan pembinaan landasan kereta api pada peringkat ini iaitu;

- untuk menghubungkan kawasan utara dengan selatan apabila Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan

- untuk memenuhi keperluan ekonomi seperti bijih timah dan getah yang semakin berkembang pesat

- untuk memudahkan pentadbiran British

- tahun 1903 kereta api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan

- ditukar nama kepada Kereta Api Tanah Melayu KTM tahun 1948

- hari ini dikenali sebagai Kereta Api Tanah Melayu Berhad KTMB

Fasa Ketiga (1910-1931)- landasan kereta api dibina selepas British berjaya memperluaskan pengaruhnya di negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

- tujuannya adalah untuk;

- menghubungkan seluruh Tanah Melayu (hanya Terengganu yang tiada landasan kereta api)

- sebagai pengangkutan awam bagi penduduk Tanah Melayu

- memenuhi keperluan ekonomi dan pentadbiran British

Perkembangan Jalan raya

- peringkat awal jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan lombong bijih timah dan pertanian dengan stesen kereta api

- jalan raya telah dibina menghubungkan Kuala Lumpur dengan Ipoh dan Seremban

- awal kurun ke-20 rangkaian jalan raya meningkat akibat meningkatnya penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan bas

- jalan-jalan yang sedia ada diturap untuk disesuaikan dengan kenderaan bermotor

- banyak jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan pelabuhan dan untuk menghubungkan bandar-bandar besar dengan bandar-bandar kecil

- tahun 1939 terdapat satu jaringan jalan raya yang menghubungkan seluruh Tanah Melayu

- tumpuan jalan raya adalah di kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi dan memudahkan pentadbiran British

Kemajuan Pengangkutan Laut dan Udara- kemajuan ekonomi membawa kepada pengenalan perkhidmatan kapal wap dan kapal terbang

Kapal Wap

- tahun 1890Syarikat StraitsSteamshipditubuhkan di Singapura

- tujuan untuk memberi perkhidmatan kapal wap kepada pelabuhan di Negeri-Negeri Melayu

- kapal susur pantai ini membawa bekalan makanan, jentera dan buruh untuk perusahaan perlombongan bijih timah

- contoh: kapal wapThe SS Perakmemberikan perkhidmatan dari Singapura ke Pelabuhan Klang

Kapal Terbang- tahun 1937 perkhidmatan penerbangan awam diperkenalkan olehSyarikatWearne Air Serviceiaitu hak milik Wearne bersaudara

- syarikat ini beribu pejabat di Singapura

- memulakan penerbangan dalam negeri antara Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang

- kapal terbang pertama yang digunakan oleh Syarikat Wearne adalah dari jenis kipas dua iaituD.H.RapidesKemajuan Sistem Perhubungan

- antara yang ditekankan ialah sistem pos dan telegraf, telefon dan radio

- tujuan supaya perhubungan antara negeri di Tanah Melayu dengan negeri-negeri lain dapat dibuat dengan pantas

- mula diperkenalkan di kawasan kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pelabuhan seterusnya berkembang ke kawasan petempatan

- tahun 1870-an pejabat pos dan telegraf dibina di Taiping, Perak

- kurun ke-20 setiap daerah di Perak boleh menghubungi Taiping melalui Telegraf

- tahun 1910 pejabat pos dan telegraf dibina di Pulau Pinang

Kemajuan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemudahan Asas Laina)Perkhidmatan Kesihatan- masalah kesihatan wujud akibat daripada pertambahan penduduk yang pesat, pembukaan kawasan hutan untuk kegiatan ekonomi dan petempatan baru

- persekitaran tempat kerja dan kediaman yang kotor menyebabkan penyakit seperti taun, beri-beri dan malaria mudah merebak

- penyakit malaria dan beri-beri dianggap penghalang pada perkembangan ekonomi British kerana menyebabkan banyak kematian di kalangan buruh Cina dan India

- British mengambil langkah mendirikan hospital, pusat perubatan dan Institut Penyelidikan Perubatan untuk mengatasi masalah kesihatan

- tahun 1889 hospital kerajaan terawal didirikan di jalan Tanglin (Kuala Lumpur) di Taiping dan Pulau Pinang

- pusat-pusat kesihatan kecil juga didirikan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang untuk memudahkan penduduk di luar bandar

- 1890 Lembaga Kesihatan ditubuhkan untuk memastikan kebersihan bandar

- 1901 Institut Penyelidikan Perubatan ditubuhkan di Kuala Lumpur

- tujuannya untuk membuat penyelidikan bagi mencari punca, rawatan dan langkah mencegah penyakit berbahaya seperti malaria dan beri-beri

b)Sistem Pengairan Untuk Penanaman Padi- pada peringkat awal lagi di Kedah terdapat sistem pengairan sempurna untuk tanaman padi iaitu terusan

- terusan ini mula dibina tahun 1885 dan siap pada tahun 1895 yang diberi namaTerusan Wan Mat Saman- ia dibina oleh wan Mat Saman bin Wan Ismail (Perdana Menteri Kedah yang pertama)

- terusan ini sepanjang 35 kilometer dari Alor Setar ke Gurun, Kedah

- ia dibina menggunakan tenaga manusia dan peralatan tradisional seperti cangkul

- untuk membina terusan ini unggun api dinyalakan pada jarak tertentu sebagai penanda untuk memastikan terusan digali dengan lurus

- berdasrkan terusan inilah kerajaan British memodenkan sistem pengairan di Tanah Melayu

- tahun 1931 Jabatan Parit dan tali Air ditubuhkan untuk memajukan tanaman padi

- banyak bekalan makanan diperlukan akibat pertambahan penduduk

- kawasan sawah padi yang luas telah dibuka di Sungai Manik, Perak dan Tanjung Karang, Selangor

c)Bekalan Tenaga Elektrik- tenaga elektrik diperkenalkan akibat daripada kemajuan ekonomi

- awal kurun ke-20 tenaga elektrik mula disalurkan ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur

- 1930 Empangan Hidroelektrik Chenderoh dibuka untuk menampung keperluan tenaga elektrik

- empangan ini dikendalikan olehThe Perak River Hydro-Electric Power Company Limited- tujuan asal pembinaan adalah untuk mendapatkan kuasa elektrik bagi kegunaan perusahaan melombong bijih timah di Lembah Kinta

Kemunculan dan Perkembangan Bandar Baru- pertengahan kurun ke-19 banyak petempatan baru dibuka di kawasan kegiatan ekonomi terutama di kawasan lombong bijih timah

- petempatan kemudiannya berkembang menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan

- perkembangan lombong bijih timah adalah faktor utama munculnya bandar-bandar baru di Tanah Melayu seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban

a)Ipoh- terletak di Lembah Kinta

- dibuka sejak kurun ke-16 dan didiami oleh orang Melayu

- nama bandar Ipoh berasal dari nama pokok Ipuh iaitu sejenis pokok yang getahnya digunakan sebagai racun pada sumpitan dan anak panah untuk berburu

- tahun 1880-an Lembah Kinta menjadi tumpuan pelombong Cina apabila pengeluaran bijih timah di daerah Larut merosot

- Ipoh berkembang menjadi bandar yang sibuk

- tahun 1935 Ipoh dijadikan ibu negeri Perak bagi menggantikan Taiping

b)Taiping- terletak di daerah Larut

- nama asalnya Kelian Pauh

- tahun 1840-an ramai orang Cina dibawa masuk ke Larut untuk memajukan lombong bijih timah

- selepas Perang Larut tamat British menyusun semula pentadbiran di Larut

- nama Taiping bermaksudkedamaian yang abadi- berkembang menjadi sebuah bandar moden dan dijadikan ibu negeri Perak

c)Kuala Lumpur- pertengahan kurun ke-19 Raja Abdullah (pembesar daerah Klang) meneroka kawasan berhampiran pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong bijih timah

- ia kemudian dikenali sebagai Kuala Lumpur kerana kawasan itu berlumpur

- tahun 1860-an ramai orang Cina dibawa masuk untuk menjalankan kegiatan melombong bijih timah di sekitar Kuala Lumpur

- Kuala Lumpur terus berkembang daripada sebuah perkampungan lombong bijih timah menjadi pusat perdagangan yang maju

- Yap Ah Loy antara orang yang bertanggungjawab membangunkan Kuala Lumpur

- 1880 Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor menggantikan Klang

- British menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat bandar yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pentadbiran dan perniagaan

- 1896 Kuala Lumpur dijadikan pusat pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

- 1897 Bangunan Sultan Abdul Samad telah dibina dan menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan

- kini bangunan ini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

- pada hari ini Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia yang pesat membangun

Kepelbagaian Pendidikan Dalam Masyarakat Berbilang Kaum- sistem pendidikanvernakulardi negara kita wujud akibat daripada pembentukan masyara