Nota Sejarah Bab 3 Tingkatan 4

12
http://rosleyasin.blogspot.com Tamadun awal di Asia Tenggara SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala lumpur 1 Kerajaan Awal di Asia Tenggara Geografi Terbahagi dua tanah besar dan kepulauan. Kewujudan awal di tanah besar terbukti dengan kemunculan kerajaan Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai dan Ayuthia. Tamadun awal di Kepulauan pula terdiri daripada Kedah Tua, Gangga Negara dan Langkasuka (Tanah Melayu), Singgahsari, Srivijaya, Mataram dan Majapahit (Indonesia) Bukti Sumber Bertulis dan Artifak Sumber China menyatakan kewujudan kerajaan Funan pada kurun ketiga masihi, membuktikan kerajaan Funan merupakan kerajaan terawal di Asia Tenggara. Data arkeologi menunjukkan kerajaan Funan bermula semenjak abad ketiga masihi. Asia Tenggara menjalinkan hubungan diplomatic dengan China dan hubungan kebudayaan dengan India. Bukti berdasarkan artifak gendang Dongson yang dihasilkan di Dongson, Vietnam ditemui di Batu Buruk,Besut, Sungai Tembeling, Sungai Klang, Thailand, Indonesia dan Myanmar. Sumber China mencatatkan Kang Tai dan Chu Ying pernah dihantar sebagai utusan China ke Funan pada tahun 245-250 masihi. Raja Funan pada masa itu ialah Kaundinya (Houen-Tien alam bahasa China). Wujud hubungan dagangan Asia Tenggara dengan Rom dibuktikan dengan persamaan artifak manik yang dijumpai di Kuala Selinsing, Kota Tinggi, Muar, pantai barat dan selatan Thailand. Bukti arkeologi seperti jumpaan manik dan tembikar menunjukan perdagangan maritm telah berkembang sejak abad ke lima sebelum masihi. Pembentukan Tamadun Pembentukan tamadun dikaitkan dengan perkembangan perdagangan maritime. Perdagangan maritime berkembang seiring dengan kemahiran membuat kapal layar dan perahu. G. Coedes menyatakan Funan sebagai kerajaan Melayu tertua di Asia Tenggara yang muncul pada abad pertama. C. Coedes kerajaan Melayu kedua ialah kerajaan Champa sekitar abad kedua, dikenali sebagai Lin Yi dan pada abad ketujuh baru dikenali sebagai kerajaan Champa.

description

Nota Sejarah

Transcript of Nota Sejarah Bab 3 Tingkatan 4

Page 1: Nota Sejarah Bab 3 Tingkatan 4

http://rosleyasin.blogspot.com Tamadun awal di Asia Tenggara

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala lumpur 1

Kerajaan Awal di

Asia Tenggara

Geografi

• Terbahagi dua

tanah besar dan

kepulauan.

• Kewujudan awal

di tanah besar

terbukti dengan

kemunculan

kerajaan Funan,

Chenla, Angkor,

Sukhotai dan

Ayuthia.

• Tamadun awal di

Kepulauan pula

terdiri daripada

Kedah Tua,

Gangga Negara

dan Langkasuka

(Tanah Melayu),

Singgahsari,

Srivijaya, Mataram

dan Majapahit

(Indonesia)

Bukti Sumber Bertulis dan Artifak

• Sumber China menyatakan kewujudan kerajaan Funan

pada kurun ketiga masihi, membuktikan kerajaan Funan

merupakan kerajaan terawal di Asia Tenggara.

• Data arkeologi menunjukkan kerajaan Funan bermula

semenjak abad ketiga masihi.

• Asia Tenggara menjalinkan hubungan diplomatic

dengan China dan hubungan kebudayaan dengan India.

• Bukti berdasarkan artifak gendang Dongson yang

dihasilkan di Dongson, Vietnam ditemui di Batu

Buruk,Besut, Sungai Tembeling, Sungai Klang,

Thailand, Indonesia dan Myanmar.

• Sumber China mencatatkan Kang Tai dan Chu Ying

pernah dihantar sebagai utusan China ke Funan pada

tahun 245-250 masihi. Raja Funan pada masa itu ialah

Kaundinya (Houen-Tien alam bahasa China).

• Wujud hubungan dagangan Asia Tenggara dengan Rom

dibuktikan dengan persamaan artifak manik yang

dijumpai di Kuala Selinsing, Kota Tinggi, Muar, pantai

barat dan selatan Thailand.

• Bukti arkeologi seperti jumpaan manik dan tembikar

menunjukan perdagangan maritm telah berkembang

sejak abad ke lima sebelum masihi.

Pembentukan Tamadun

• Pembentukan tamadun

dikaitkan dengan

perkembangan perdagangan

maritime.

• Perdagangan maritime

berkembang seiring dengan

kemahiran membuat kapal

layar dan perahu.

• G. Coedes menyatakan

Funan sebagai kerajaan

Melayu tertua di Asia

Tenggara yang muncul pada

abad pertama.

• C. Coedes kerajaan Melayu

kedua ialah kerajaan

Champa sekitar abad kedua,

dikenali sebagai Lin Yi dan

pada abad ketujuh baru

dikenali sebagai kerajaan

Champa.

Page 2: Nota Sejarah Bab 3 Tingkatan 4

http://rosleyasin.blogspot.com Tamadun awal di Asia Tenggara

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala lumpur 2

Kerajaan Agraria

Ciri-ciri

• Kegiatan ekonomi berasaskan pertanian,

menanam padi sawah di kawasan lembah

sungai

• Menanam padi huma di kawasan tanah tinggi

atau berbukit.

• Menanam tanaman lain seperti pisang, jagung,

keledek dan sayur-sayuran.

• Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti

cengkih dan lada hitam.

• Menjalankan kegiatan memungut hail hutan

seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk,

gading, damar, kayu cendana dan pelbagai

buah-buahan.

• Mengutip sarang burung dari gua untuk tujuan

perdagangan.

• Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai.

• Ada yang berusaha mendapatkan kulit kura-

kura.

• Kegiatan menternak binatang.

• Tahap awal untuk sara diri, apabila terdapat

lebihan pertanian dan ternakan akan

diperdagangkan.

• Kawasan lembah sungai yang

subur contoh

i. kerajaan Dvaravati (Thai)

ii. Sungai Irrawadi

(Myanmar)

iii. kerajaan Sungai Merah

(Vietnam)

iv. Kerajaan Sungai Mekong

(Kemboja, Laos dan

Vietnam)

• Kawasan pedalaman di kawasan

berbukit dan di lereng gunung

berapi

i. Contoh kerajaan Taruma

di Indonesia.

Lokasi Kegiatan Ekonomi Sistem pengairan

• Raja Indravarman I telah

membina system

pengairan dan barray

mampu mengairi tanah

seluas 12.5 juta ekar.

• Hasil padi bertambah dan

dapat menampung

keperluan beras kerajaan

Angkor

Page 3: Nota Sejarah Bab 3 Tingkatan 4

http://rosleyasin.blogspot.com Tamadun awal di Asia Tenggara

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala lumpur 3

Kerajaan Angkor

Faktor menjadi kuat

• Kedudukan dekat dengan Tasik

Tonle Sap.

• Tanah di sekitar subur untuk

pertanian

• Iklim yang panas dan lembab

sepanjang tahun sesuai untuk

tanaman padi.

• Air tasik untuk mengairi kawasan

pertanian di samping untuk

minuman

• Ikan air tawar yang banyak

diperolehi dari Tasik Tonle Sap

Kepentingan Tasik Tonle

• Membekalkan sumber air minuman

• Pada musim banjir air Sungai Mekong melimpah,

pada musim kemarau kawasan sekitar akan menjadi

subur akibat mendapan Lumpur yang subur.

• Membekalkan sumber protein iaitu ikan.

• Air sungai untuk mengairi kawasan sawah padi.

• Sumber air dapat menampung keperluan

penanaman padi

Page 4: Nota Sejarah Bab 3 Tingkatan 4

http://rosleyasin.blogspot.com Tamadun awal di Asia Tenggara

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala lumpur 4

Kerajaan Maritim

• Pada peringkat awal penduduknya menjalankan kegiatan menangkap ikan

dan mencari hasil laut.

• Petempatan mereka di kawasan pengeluaran bijih timah dan

memperdagangkannya.

• Ada petempatan berkembang dan berperanan sebagai tempat berdagang,

seterusnya menjadi pelabuhan pembekal.

• Peranannya adalah untuk membekalkan bahan logam tempatan seperti

bijih timah dan emas serta bekalan makanan.

• Pelabuhan pembekal disinggahi oleh para pedagang yang ingin

mendapatkan bekalan seperti pelabuhan Jenderam Hilir, Klang, Kuala

Berang dan Kuala Selinsing.

• Pelabuhan Kerajaan menjadi tarikan kepada pedagang dari pesisir pantai

Teluk Siam, Kemboja, Vietnam, China Selatan hingga ke India dan Barat.

• Kedudukan di laluan perdagangan China dengan India, menyumbang

kepada perkembangan pelabuhan entreport.

• Terletak di kawasan persisiran pantai, lembah

sungai dan kepulauan.

• Dikenali sebagai kerajaan kelautan.

• Contohnya kerajaan Srivijaya, kerajaan Kedah Tua,

Chih Tu, kerajaan Tiumah di Pulau Tioman, Peng-

keng Pahang, Mo-Lo-Yu Sungai Batang Hari.

Perkembangan Lokasi

Page 5: Nota Sejarah Bab 3 Tingkatan 4

http://rosleyasin.blogspot.com Tamadun awal di Asia Tenggara

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala lumpur 5

Faktor perkembangan

kerajaan Maritim

Kedudukan strategic kerana kedudukannya di

laluan perdagangan di antara India dengan China

• Pelabuhannya memperdagangkan hasil

buminya seperti logam emas, dan timah, hasil

hutan dan laut.

• Logam emas dan bijih menjadikan tanah

Melayu dan Sumatera dikenali sebagai

Suvarnadvipa (Semenanjung emas) atau

Suvarnabhumi (bumi emas).

Penduduknya terdiri daripada pelbagai golongan

seperti orang tempatan, orang laut dan pedagang

luar.

Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa Lingua

Franca atau bahasa perhubungan di Asia Tenggara

Semangat masyarakat yang ingin meneroka dan

berdagang dengan masyarakat luar kawasannya

Kemahiran membuat perahu dan kapal layar

• Perahu untuk perdagangan jarak dekat

• Kapal layar untuk perdagangan jarak jauh.

Kemudahan pelabuhan tempat membaki kapal,

gudang menyimpan barang dan rumah rehat

Mengetahui kaedah membaca bintang di langit

untuk menuju kesesuatu tempat.

Page 6: Nota Sejarah Bab 3 Tingkatan 4

http://rosleyasin.blogspot.com Tamadun awal di Asia Tenggara

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala lumpur 6

Ciri-ciri Maritim kerajaan

Srivijaya

• Memiliki bala tentera laut yang besar dan

dianggotai oleh pelbagai lapisan rakyat

termasuk orang laut

• Fungsi angkatan laut

i. mengawal perdagangan di Selat

Melaka

ii. mengawal keselamatan kerajaan

Pelabuhannya yang baik dan kedudukan strategic

di Selat Melaka menjadi tempat persinggahan

kapal yang berdagang di antara India dan China

Hasil barangan untuk perdagangan antarabangsa

dibekalkan oleh jajahan takluk dan kawasan

pemerintahannaya

Mampu menghasilkan kapal yang besar.

I Tsing Menyatakan pelabuhan Srivijaya dikenali

kerana mampu menghasilkan kapal yang besar

Page 7: Nota Sejarah Bab 3 Tingkatan 4

http://rosleyasin.blogspot.com Tamadun awal di Asia Tenggara

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala lumpur 7

Faktor perkembangan

kerajaan Kedah Tua (Chieh-

cha/ Kataha)

Kedudukan strategic kerana kedudukannya di

laluan perdagangan di Selat Melaka.

Pelabuhan entreport memperoleh barang

dagangan dari luar seperti kain kapas, sutera, teh,

tembikar, kaca dan manik.

Terlindung daripada tiupan angin monsun barat

daya dan timur laut.

Terdapatnya Gunung Jerai yang menjadi panduan

kapal pedagang yang keluar masuk .

Masyarakatnya menganut agama Buddha dan

kemudiannya menganut agama Hindu

Kemudahan menyimpan barang dagangan dan

kekayaan hasil hutan seperti damar, rotan dan

sumber bumi seperti timah

Page 8: Nota Sejarah Bab 3 Tingkatan 4

http://rosleyasin.blogspot.com Tamadun awal di Asia Tenggara

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala lumpur 8

Saling Bergantungan dan Melengkapi

Kerajaan Agraria Kerajaan Maritim Aspek

Mengeluar dan membekalkan Sebagai pengguna dan

memperdagangkan (penyalur)

makanan

Bergantung kepada kerajaan maritim Memasarkan barangan keperluan pelabuhan

Membekalkan barangan untuk

membuat kapal/perahu

Membuat perahu/kapal tentera Bahan mentah

Tukang-tukang kayu dan batu yang

mahir

Monumen sebagai mercu tanda

keagungan kerajaan.

monumen

Mendapatkan daripada kerajaan

maritim

Membeli barang mewah dari China

dan India

Barang mewah

Page 9: Nota Sejarah Bab 3 Tingkatan 4

http://rosleyasin.blogspot.com Tamadun awal di Asia Tenggara

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala lumpur 9

Pengaruh Hindu dan Buddha

dalam kerajaan Awal

Cara Kedatangan

Terdapat empat pendapat

1. Dibawa oleh golongan Ksyatria/ tentera. Pengaruh Hindu Buddha

dibawa dan disebarkan oleh golongan penakluk yang membentuk

tanah jajahan.

2. Dibawa oleh pedagang/ Vaisya.

3. Dibawa oleh golongan Brahmin/ pendeta.

4. Proses berlaku daripada pengambilan aspek-aspek kebudayaan

India yang menarik kemudian disesuaikan dengan budaya

tempatan.

• Sejarawan bersetuju dan menerima pendapat keempat berdasarkan

bukti arkeologi jumpaan seni arca kasar yang mempunyai langgam

bercirikan Asia Tenggara seperti arca dengan ikatan kulit harimau

yang ditemui di Srivijaya

Proses Pengambilan Budaya

Aspek-aspek yang diambil oleh seseorang pemerintah adalah

berbeza-beza.

Masa Agama

5 Masihi Kedah Tua Dieng Indonesia

Buddha Hindu

7 Masihi Takuapa, Pulau Bangka Sumatera, Jawa

Hindu Mazhab Vishnu Buddha Mahayana

• Penerimaan terhadap beberapa aspek kebudayaan India

khususnya keagamaan dan system pentadbiran didorong

oleh factor perdagangan.

• Telah wujud hubungan perdagangan sejak abad ke-5

masihi.

• Perdagangan terus berkembang apabila maharaja Vespian

(Rom) memberhentikan perdagangan logam emas dengan

India.

• Kesannya pelbagai aspek kebudayaan India telah diterima

dan diserapkan dalam system pemerintahan dan

pentadbiran, kesenian, dan kesusasteraan di kebanyakan

negara di Asia Tenggara.

Page 10: Nota Sejarah Bab 3 Tingkatan 4

http://rosleyasin.blogspot.com Tamadun awal di Asia Tenggara

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala lumpur 10

Pengaruh dalam Sistem Pemerintahan

Pengaruh Hindu Buddha

• Penggunaan gelaran raja

• Raja berkuasa mutlak.

• Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib

dilaksanakan

• Penderhaka akan dihukum

• Wujud kepercayaan raja bayangan tuhan, lahir konsep

dewa-raja mempunyai kuasa sakti

• Diwujudkan pelbagai adat untuk mengukuhkan

kedudukan raja seperti upacara pertabalan yang

dipimpin oleh golongan Brahmin.

• Tujuan adat untuk membezakan kedudukan raja dengan

golongan yang diperintah

Raja

Kerabat diraja

Pembesar, Brahmin

Rakyat

Hamba

Sistem pentadbiran Angkor

• Mendirikan kompleks kota melambangkan konsep

alam semesta (Orde-kosmos)

• Suryavarman II telah membina Angkor Wat.

• Raja dianggap sebagai raja dewa dan kedudukannya

dipuncak pemerintahan.

• Disetiap daerah, Raja dibantu oleh pembesar daerah

atau gabenor.

• Dalam bidang pentadbiran raja dibantu oleh pegawai

tentara dan hakim.

Sistem Pentadbiran Srivijaya

• Pengaruh India lahir dalam bentuk mengamalkan

agama Buddha Mahayana.

• Pentadbiran pusat dan daerah dijalankan oleh empat

kumpulan anak raja Yuvaraja, Pratiyuvaraja, raja

kumara dan raja putra (boleh menggantikan raja

kecuali raja putra kerana anak gundik).

• Anak raja dibantu oleh Parvanda (Senapati) ketua

pentadbiran pusat.

• Di bawahnya terdapat pegawai lain iaitu hakim,

temenggung dan penghulu.

• Daerah ditadbir oleh Datu (terbahagi dua, Parvanda

berketurunan raja dan bhupati orang kaya-kaya)

• Datu yang dilantik mesti menjalankan upacara angkat

sumpah, di tempat suci bernama Telaga Batu.

Page 11: Nota Sejarah Bab 3 Tingkatan 4

http://rosleyasin.blogspot.com Tamadun awal di Asia Tenggara

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala lumpur 11

Pengaruh

Hindu Buddha

dalam

Kesenian dan

Kesusasteraan

Seni bina

(Monumen)

Bahasa

Sanskrit

Kesusasteraan

• Monumen ialah binaan atau bangunan yang diperbuat daripada batu bertujuan memperingati orang

ternama atau mengingati peristiwa penting contoh seperti arca, candi,kuil, wat/stupa, patung

• Candi lambang agama Hindu Buddha berperanan sebagai rumah ibadat.

• Candi juga berfungsi sebagai kubur raja dan keluarag (menyimpan abu mayat)

• Candi tempat meyimpan patung dewa utama.

• Candi lambang keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya.

• Candi Angkor Wat dan Candi Borobudur melambangkan konsep Orde Kosmos.

• Contoh warisan candi yang terkenal di Asia Tenggara ialah Candi Dieng, Borobudur, Prambanan

(Indonesia), Angkor Wat (Kemboja), Candi di Chaiya dan Yarang (Thailand) dan Lembah Bujang

(Kedah).

• Candi Dieng dan Prambanan merujuk agama Hindu, hampir semua candi diThailand merujuk agama

Buddha.

• Patung Avalokitesvara merupakan patung agama Hindu.

• Patung dewa Vishnu, Siva, Brahma, Durga dan Lingga merupakan patung agama Hindu.

• Patung Drawapala dan Nandiswara berperanan menjaga candi daripada dimasuki roh jahat.

• Jenis dan gaya patung serta candi yang dibina melambangkan zaman penciptanya.

• Bahasa Sanskrit meningkatkan pencapaian intelektual masyarakat.

• Batu bersurat yang mengandungi bahasa Sanskrit mengandungi maklumat tentang agama,

pemerintahan, raja dan undang-undang seperti batu bersurat kerajaan Kutei dan Sg. Mas.

• Bahasa dan tulisan Sanskrit yang terdapat pada batu bersurat di Asia Tenggara menunjukkan arahan

dan pemberitahuan pemerintah ditujukan kepada rakyat.

• Bahasa Sanskrit adalah merupakan bahasa keagamaan, banyak perkataan masih kekal dalam bahasa

Melayu dan Asia Tenggara lain tetapi telah mengalami penyesuaian.

• Bahasa Sanskrit berkembang menjadi bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal di Asia Tenggara.

• Kesusastreaan India melalui epik Ramayana dan Mahabharata serta Puranas menyumbangkan unsur

mitos dalam kesusasteraan klasik Asia Tenggara.

• Pengaruh kesusasteraan awal ini dapat dilihat dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama,

Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarna.

• Masyarakat Asia juga terdedah kepada cerita-cerita dalam epik Ramayana dan Mahabharata melalui

kesusasteraannya, cerita lisan dan wayang kulit.

• Epik Mahabharata menghasilkan naskah adunan unsur tempatan sperti hikayat Pendawa Lima,

hikayat Pendawa Jaya dan hikayat Sang Samba.

• Epik Ramayana pula menglahirkan Hikayat Seri Rama.

Page 12: Nota Sejarah Bab 3 Tingkatan 4

http://rosleyasin.blogspot.com Tamadun awal di Asia Tenggara

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala lumpur 12

Candi

Borobudur Angkor Wat Lembah Bujang

• Candi Borobudur di Jawa tengah

menggambarkan agama Buddha

Mahayana.

• Candi Borobudur dibahagikan

kepada tiga tingkat.

• Setiap tingkat melambangkan

tahap kehidupan yang diwakili

oleh patung Buddha dan stupa.

• Di tingkat pertama terdapat

ukiran cerita tentang Gautama

Buddha.

• Tiga tingkat itu melambangkan

ajaran Buddha dan dihubungkan

dengan konsep Lapan Jalan

Kebenaran iaitu:-

1. Panna (kebijaksanaan)

2. Samadhi (penumpuan)

3. Sila (Moral)

• Pembinaan Candi Borobudur

mengambil masa selama 75

tahun.

• Candi Angkor Wat dibina di

Kemboja mengikut agama Hindu.

• Angkor Wat melambangkan orde

kosmos iaitu negara dianggap

sebagai sesuatu alam semesta. Oleh

itu raja dan ibu kotanya adalah

merupakan pusat alam dan raja

bertanggungjawab menjamin

kesejahteraan negara dan rakyat.

• Angkor Wat mempunyai tempat

pemujaan pada bahagian tengah

setinggi 39 meter dengan teres

empat tingkat.

• Setiap sudut mempunyai menara.

• Bahagian luar dibina tembok yang

terdapat ukiran yang

menggambarkan epik Ramayana

dan Mahabharata.

• Kawasan Lembah Bujang

meliputi kawasan tanah tinggi

seperti gunung Jerai, Bukit Batu

Pahat dan Bukit Choras.

• Lembah Bujang diairi oleh

Sungai Muda dan Sungai

Merbok.

• Candi Lembah Bujang bersaiz

kecil.

• Candi ini berasaskan agama

Hindu terbahagi kepada dua

bahagian utama iaitu vimana dan

mandapa.

• Vimana ialah bahagian suci

tempat meletakkan arca

keagamaan.

• Mandapa ialah bahagian luar

candi.

• Candi berunsur agama Buddha

memiliki pelan jenis cruciform.

• Lembah Bujang banyak mewaris

tinggalan tembikar tanah,

tembikar China, barangan kaca,

manik, patung agama Hindu dan

Buddha.