Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

47
Selepas pelajaran pelajar akan dapat menerangkan; Pengajaran dan pembelajaran PTV - Proses perancangan PTV - Penjanaan idea dalam konteks PTV - Pengajaran dan pembelajaran melalui amalan reflektif kritis - Perkembangan kemahiran - Kemahiran perkembangan idea PROSES PERANCANGAN, PELAKSANAAN DAN PENILAN PTV

Transcript of Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

Page 1: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

Selepas pelajaran pelajar akan dapat menerangkan;

Pengajaran dan pembelajaran PTV - Proses perancangan PTV - Penjanaan idea dalam konteks PTV - Pengajaran dan pembelajaran melalui amalan reflektif kritis - Perkembangan kemahiran - Kemahiran perkembangan idea melalui lukisan Pembinaan kit pembelajaran

PROSES PERANCANGAN, PELAKSANAAN DAN PENILAN PTV

Page 2: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

Kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran bagi mata pelajaran RBT di Sekolah Rendah - Penilaian secara ujian bertulis - Penilaian berasaskan rubrik - Penilaian melalui pemerhatian - Penilaian portfolio - Penilaian masteri - Penilaian Konstruktivis - Penilaian berasaskan kompetensi - Penilaian Berasaskan projek - Penilaian kendiri

Page 3: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

1. PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PTV1. PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PTV

Proses perancangan PTV

• Menentukan rasional Sebab perlunya program diadakan. Contoh mewujudkan modal

insan yang berkebolehan dan berketrampilan

b) Visi merujuk kepada hala tuju yang menjadi matlamat jangka panjang program mengikut perspektif yang lebih luas

c) Misi: Sesuatu matlamat yang ditetapkan untuk dicapai dalam tempoh tertentu selaras dengan visi yang telah ditetapkan.

Page 4: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

d) Matlamat Matlamat KHSR bertujuan membolehkan memperolehi kemahiran

praktis berasaskan teknologi keusahawanan dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerja buat sendiri serta cenderung berurusniaga dan mereka cipta

e) Objektif: Objektif merujuk kepada komitmen pengurusan & pentadbiran untuk mencapai matlamat prestasi serta dalam masa yang telah ditetapkan – di mana hasil yang dicapai mempunyai hubungan secara langsung dengan strategi, visi dan nilai asas program tersebut

f) Isi pelajaran Kandungan mata pelajaran yang releven dengan keperluan

masyarakat selaras dengan dasar dan falsafah kebangsaan

Page 5: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

g) Kaedah penyampaian Bagaimana isi pelajaran disampaikan dengan lebih berkesan dan bermakna. Contoh: tunjukcara, bercerita, kajian,simulasi, sumbang saran,maian peranan, permainan, temu bual, tinjauan dan lawatan

h) Keperluan Fizikal /Infrastruktur Penyediaan infastruktur dan kemudahan pembelajaran seperti bangunan, bengkel, kemudahan-kemudahan bengkel , kemudahan P&P,, buku rujukan dsb.

i) Tenaga Kerja Guru terlatih, pembantu bengkel atau makmal, pembina kurikulum,

penilai

Page 6: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

j) Rancangan pelaksanaan Selaras dengan penekanan MP KHSR kepada penguasaan

kemahiran, pencapaiannya hendaklah dibuat melalui aktiviti. Pelaksanaan aktiviti mengikut peringkat

a. Peracangan (merancang aktiviti projek, merancang bahan dan

alatan, merancang kaedah penyampaian) b. Penyampaian ( Motivasi, tunjuk cara kemahiran, arahan aktiviti, pelaksanaan, penyeliaan & bimbingan) c. Penilaian

k) Penilaian - dapatan dariu segi kemahiran, pengetahuan dan nilai - hasil kerja

Page 7: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

Penjanaan Idea Dalam Konteks PTV

- Penghasilan idea yang kreatif dalam mereka bentuk produk. Ini dalakukan dalam kerja amali. Ini dilakukan dalam subjek reka cipta. Bagi KHSR elemen ini merangkumi aspek pendedahan kepada asas reka cipta, mengenal idea berdasarkan gambar atau objek, Kajian reka bentuk dan kefungsian produk

Pengajaran dan pembelajaran melalui amalan reflektif kritis

- P&P dimana mengaitkan masa silam pengalaman pelajar dengan membuat releksi secara kritis seperti kebolehan untuk menilai kemunasabahan idea.

Page 8: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

2. Perkembangan kemahiran- perkembangan kemahiran individu dilakukan melalui proses latihan yang merangkumi kemahiran berfikir, komunikasi, melakukan aktiviti & tugasan mengikut spesifikasi, bersosial, penulisan, merancang, analisa, menilai, belajar, urus diri dsb.

Page 9: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

3. Kemahiran perkembangan idea melalui lukisan- Kemahiran mengeluarkan idea dan berkongsi pandangan melalui gambar atau lukisan. Ini boleh dilakukan dalam aktiviti Prekaan Projek contohnya dengan; • Menghasilkan rupa dan bentuk projek secara lakaran. • Melakar dari berbagai-bagai sudut pandangan. • Menghasilkan lakaran awal reka bentuk idea yang telah di pilih. • Menghasilkan lakaran-lakaran perkembangan idea selanjutnya. • Menganalisis lakaran-lakaran reka bentuk yang telah disediakan. • Menghubung kait lakaran-lakaran idea yang telah dibuat, bersesuaian dengan idea asal.

Page 10: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

4. Pembinaan kit pembelajaran

- Kit pembelajaran ialah alat yang membantu proses P&P supaya lebih berkesan. Ia boleh dalam bentuk perisian,, CD ROM model, simulasi atau kit ujikaji.

QuickTime™ and aTIFF (Uncompressed) decompressor

are needed to see this p icture.

QuickTime™ and aTIFF (Uncompressed) decompressor

are needed to see this picture.QuickTime™ and a

TIFF (Uncompressed) decompressorare needed to see this picture.

QuickTime™ and aTIFF (Uncompressed) decompressor

are needed to see this p icture.QuickTime™ and aTIFF (Uncompressed) decompressor

are needed to see this picture.

Page 11: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

Penilaian dan pentaksiran merupakan suatu proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan pelajar dengan menggunakan pelbagai kaedah.

Penilaian bukan sahaja terhad kepada ujian dan peperiksaan malah penilaian juga merupakan sebahagaian daripada proses

pengajaran dan pemelajaran.

Proses ini hendaklah dijalankan secara berterusan. hasil daripada penilaian ini maka kekuatan dan kelemahan para pelajar  dapat dikenal pasti.

Ini membolehkan para guru mengambil tindakan   susulan yang berkesan, terancang dan lebih strategik.  Memastikan murid

bertambah maju             

5. SISTEM PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN DISEKOLAH

Page 12: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

Penilaian dan pentaksiran dijalankan di peringkat sekolah dan peringkat pusat. Kedua-dua peringkat penilaian ini saling melengkapi dan bertujuan untuk memastikan matlamat pendidikan negara tercapai. Sebaliknya penilaian menekankan kepada murid dapat menguasai semua aspek Penilaian juga dilakukan terhadap tahap penguasaan dan pencapaian kemahiran, perlakuan, amalan, pengetahuan, serta nilai dan sikap murid. Ia dilakukan secara pemerhatian aktiviti dan juga projek yang dijalankan. Penilaian perlu dicatatkan. Senarai semak adalah satu kaedah merekod maklumat penilaian Semua penilaian hendaklah direkodkan kedalam rekod profil dan buku rekod mengajar.

Page 13: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

PENGUJIAN , PENGUKURAN & PENILAIANPENGUJIAN , PENGUKURAN & PENILAIANDEFINASI: PENGUJIAN – Suatu cara yang sistematik mengubah

tingkahlaku individu. Dilakukan secara lisan, bertulis atau demonstrasi berkaitan perubahan tingkahlaku tentang pelajaran yang dipelajari.

PENGUKURAN – Suatu proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitif sesuatu benda, perkara atau keadaan. Dinayatakan dalam nilai angka. Cth Skel ordinal: menentukan tempat atau kedudukan

Skel selang: menentukan markah atau gred

Page 14: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

DEFINASI: PENILAIAN – Suatu proses menentukan, mendapatkan dan

memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan lanjutan.

Aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti P & P

Membuat analisis keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang aktiviti P & P selanjutnya

Perbandingan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

(Rujuk Lampiran)

Page 15: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

Prosedur PenilaianProsedur Penilaian

PeringkatPersediaan

ujian

PeringkatPentadbiran

ujian

PeringkatPemeriksaan Dan Pengukuran ujian

PeringkatAnalisis

ujian

PeringkatInterprestasi

Dan Tindakan

1 2 3

45

Page 16: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

KAITAN PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN KAITAN PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIANPENILAIAN

PENGUJIAN

PENGUKURAN

PENILAIAN

Prosedur penilaian mengandungi aspek pengujian,pengukuran, penganalisa dan penyimpulan.

Pengujian dan pengukuran adalah aktiviti utama penilaian

Page 17: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

TUJUAN PENGUKURAN DALAM KBSM & KBSRTUJUAN PENGUKURAN DALAM KBSM & KBSR

1. Sebagai penggerak untuk mendorongkan murid berusaha belajar2. Menggerakkan murid membuat ulangkaji sebelum ujian

dijalankan3. Sebagai satu latihan yang formal untuk membantu murid

mengukuhkan konsep atau kemahiran yang dipelajari4. Keputusan ujian digunakan sebagai kriteria untuk menempatkan

murid dalam kumpulan yang sesuai5. Keputusan ujian digunakan sebagai rekod prestasi dan profil6. Keputusan ujian digunakan untuk membuat penilaian7. Mengumpul maklumat pencapaian pelajar selepas aktiviti P&P

supaya dapat dibuat pentaksiran dan mengambil tindakan

Page 18: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

TUJUAN PENILAIAN DALAM KBSM & KBSRTUJUAN PENILAIAN DALAM KBSM & KBSR

8. Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam pelajaran sesuatu kemahiran - dapat merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan

9. Menentukan kesan pengajaran guru - Dapat merancang strategi yang lebih berkesan

10. Menentukan pencapaian objektif pelajaran yang ditetapkan - merancang aktiviti P&P akan datang

11. Merekod keputusan penilaian dan Rekod Prestasi & Profil untuk rujukan

12. Menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu program

Page 19: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

TUJUAN PENILIAANTUJUAN PENILIAAN

PENILAIAN

AKTIVITI PENGAJARAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN

OBJEKTIF PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Page 20: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

CIRI-CIRI UJIANCIRI-CIRI UJIAN1. KEESAHAN - benar dan tepat. Oleh itu keesahan dlam ujian merujuk

kepada darjah sejauh manakah ujian dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur. - lain perkataan memenuhi objektif

2. KEBOLEHPERCAYAAN - merujuk kepada pencapaian calon adalah tekal apabila mengambil ujian itu beberapa kali dalam satu jangka masa.

3. KEOBJEKTIFAN - ketepatan seseorang memeriksa jawapan calon.

4. KEBOLEHTADBIRAN - Sejauh manakah kelicinan proses pengujian dapat dilaksanakan

5. KEMUDAHTAFSIRAN - setakat mana hasil pencapaian calon dapat ditafsirkan dengan cara yang boleh memberi maklumat yang jelas mengikut objektif peniliannya.

Page 21: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

AKTIVITI PENILAIAN DALAM KBSM & KBSRAKTIVITI PENILAIAN DALAM KBSM & KBSR1. Penilaian mengesan penguasaan - dilakukan semasa guru mengajar - Tujuan mengesan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran supaya dapat diperbaiki serta merta

2. Penilaian mengesan kemajuan - dilakukan selepas beberapa kemahiran dalam sesuatu topik selesai dijarkan. - Tujuan untuk mengesan kemajuan murid tentang kemahiran yang dipelajari supaya aktiviti pengayaan dan pemulihan dapat dilakukan

3. Penilaian Mengesan pencapaian - dilakukan selepas guru mengajar beberapa topik. Biasanya satu semester - Tujuan mengesan pencapaian murid dalam beberapa topik untuk menentukan murid dalam kumpulan masing-masing

Page 22: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

JENIS PENILAIAN DALAM KBSM & KBSRJENIS PENILAIAN DALAM KBSM & KBSRAktiviti penilaian tersebut boleh digolongkan kepada DUA jenis:

• Penilaian Formatif - digunakan untk mengesan penguasan dan kemajuan - dilakukan selepas beberapa kemahiran dijalankan - Cara penilaian berbentuk tak formal seperti pemerhatian, bersoal jawab secara lisan, latihan, kuiz, memeriksa hasil kerja murid dikelas atau kerja rumah. - Biasanya digunakan untuk mengesan penguasaan kemahiran individu. Oleh itu kerap dijalankan . - Bagi mengesan kemajuan murid ujian kertas pensil dalam bentuk formal digunakan untuk menilai. - Dilakukan selepas beberapa kemahiran dijalankan - Keputusan direkodkan dalam borang prestasi untuk tindakan seperti penempatan dalam kumpulan

Page 23: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

Penilaian Sumatif - digunakan untuk mengesan pencapaian murid dalam kelas atau membuat perbandingan pencapaian murid antara kelas - Penilaian meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran atas beberapa unit pembelajaran, biasanya dalam tempoh semester, pertengahan semester , genap setahun, peperiksaan awam (UPSR, PMR, SPM DAN STPM atau Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) ) - Untuk persijilan - Dilakukan secara formal dengan menggunakan ujian kertas pensil, peperiksaan amali atau bertulis, senarai semak - Keputusan ujian digunakan untuk merancang aktiviti P & P, aktiviti pengayaan dan pemulihan, merekod keputusan dan rekod profil serta penempatan kedudukan murid - Pencapaian dinyatakan dalam Gred dan markah.

Perbandingan antara Penilaian Formatif dan

Sumatif (Rujuk Lampiran)

Page 24: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

SISTEM PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN            

Berdasrkan Huraian Sukatan Pelajaran KHSR terdapat TIGAkaedah penilaian dan pentaksiran yang biasa dijalankan di sekolah adalah :

1. Pemerhatian                             Dibuat apabila sukar hendak dikesan melalui kaedah lisan      atau melalui kerja bertulis para pelajar . Biasanya penilaian      dibuat melalui sikap, perlakuan, proses atau hasil kerja  amali, lukisan, kraf tangan dan sebagainya.

Kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dankemahiran bagi mata pelajaran RBT di SR

Page 25: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

2. Lisan                             Mengesan secara serta-merta tentang penguasaan pengetahuan, kefahaman, konsep, kemahiran, perlakuan amalan dan sikap  pelajar. Biasanya penilaian jenis ini dilaksanakan melalui aktiviti  seperti bersoal- jawab, perbincangan, kuiz, hafazan, bercerita dan   sebagainya.

3. Penulisan   Melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan    daripada kerja bertulis para pelajar seperti lembaran kerja    ujian bertulis, laporan  projek, karangan, taksir graf, peta,     jadual atau carta. Setiap penilaian dan pentaksiran hendaklah dikendalikan oleh guru untuk menilai sendiri pelajarnya secara  berterusan berdasarkan hasil pemelajaran yang telah ditentukan.

Page 26: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

Terdapat beberapa kaedah penilaian dan pentaksiran antaranya ialah;a) Penilaian secara ujian bertulisb) Penilaian berasaskan rubrikc) Penilaian melalui pemerhatiand) Penilaian portfolioe) Penilaian masterif) Penilaian Konstruktivisg) Penilaian berasaskan kompetensih) Penilaian Berasaskan projeki) Penilaian kendiri

Kaedah menilai dan mentaksir

Page 27: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

1. PENILAIAN SECARA PEMERHATIAN1. PENILAIAN SECARA PEMERHATIAN Satu bentuk ujian Bukan bertulis , Teknik pemerhatian

digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri perkembangan murid daripada bidang efektif dan psikomotor. Antara subjek ialah Agama Islam, Moral, Muzik, kemahiran Hidup dan Pendidikan Jasmani

Aktiviti pemerhatian tingkah laku murid harus dibuat keatas perlakuan mereka semasa di dalam dan di luar bilik darjah.

Antara alat yang digunakan untuk merekod prestasi murid ialah; a) Senarai Semak b) Skala kadar

Senarai semak untuk merekod tingkah laku murid. Skala kadar bagi menunjukan darjah pencapaian tingkah laku

contohnya 5 mata iaitu (1) Amat Buruk (2) Buruk (3) Sederhana (4) Baik (5) Amat baik

Page 28: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

2. PENILAIAN PORTFOLIO2. PENILAIAN PORTFOLIO

Penilaian portofolio merupakan penilaian berterusan yang didasarkan pada pengumpulan maklumat /informasi yang menunjukkan perkembangan kemampuan pelajar dalam satu masa tertentu.

Informasi tersebut merupakan hasil dapatan/pandangan (hasil pekerjaan) dari proses pembelajaran yang dianggap terbaik oleh pelajar, tugasan, ISL yang memaparkan kemampuan dijawab atau direncanakan (bukan nilai), atau bentuk informasi lain yang berkait dengan kompetensi tertentu dalam satu mata pelajaran.

Penilaian portofolio pada dasarnya menilai hasil karya-karya pelajar secara individu pada satu masa untuk suatu mata pelajaran.

Page 29: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

PENILAIAN PORTFOLIOPENILAIAN PORTFOLIO

Akhir suatu masa hasil karya tersebut dikumpulkan dan dinilai oleh guru dan pelajar itu sendiri. Berdasarkan informasi perkembangan tersebut, guru dan pelajar sendiri dapat menilai perkembangan kemampuan mereka dan terus melakukan perbaikan.

Dengan demikian, portofolio dapat memperlihatkan perkembangan kemajuan belajar pelajar melalui karyanya, antara lain: karangan, puisi, surat, komposisi musik, gambar, foto, lukisan, nukilan buku/ literatur, laporan penelitian, sinopsis, dsb.

Page 30: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

PENILAIAN PORTFOLIOPENILAIAN PORTFOLIO

Hal-hal yang perlu diperhatikan dan dijadikan pedoman dalam penggunaan portofolio di sekolah, antara lain :

a. Karya pelajar adalah benar-benar karya pelajar itu sendiri. Guru melakukan penelitian atas hasil karya pelajar yang dijadikan bahan penilaian portofolio agar karya tersebut merupakan hasil karya yang dibuat oleh pelajar itu sendiri.

b. Saling percaya antara guru dan pelajar Dalam proses penilaian guru dan pelajar harus memiliki rasa saling percaya, saling memerlukan dan saling membantu sehingga terjadi proses pendidikan berlangsung dengan baik,

Page 31: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

PENILAIAN PORTFOLIOPENILAIAN PORTFOLIOc. Kerahasiaan bersama antara guru dan pelajar.

Kerahasiaan hasil pengumpulan informasi perkembangan pelajar perlu dijaga dengan baik dan tidak disampaikan kepada pihak-pihak yang tidak berkepentingan sehingga memberi impak negatif proses pendidikan.

d. Milik bersama (joint ownership) antara pelajar dan guru. Guru dan pelajar perlu mempunyai rasa memiliki portofolio sehingga pelajar akan merasa memiliki karya yang dikumpulkan dan akhirnya akan berupaya terus meningkatkan kemampuannya.

e. Kepuasan / Motivasi Hasil kerja portofolio sebaiknya berisi keterangan dan bukti

yang memberikan dorongan pelajar untuk lebih meningkatkan diri.

Page 32: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

PENILAIAN PORTFOLIOPENILAIAN PORTFOLIO f. Kesesuaian

Hasil kerja yang dikumpulkan adalah hasil kerja yang sesuai dengan kompetensi yang terkandung dalam kurikulum.

g. Penilaian proses dan hasil Penilaian portofolio menerapkan prinsip proses dan hasil. Proses belajar yang dinilai misalnya diperoleh dari catatan guru tentang kerja dan karya peserta didik.

h. Penilaian dan pembelajaran Penilaian portofolio merupakan hal yang tak dapat dipisahkan dari proses pembelajaran. Manafaat utama penilaian ini sebagai diagnostik yang sangat bererti bagi guru untuk melihat kelebihan dan kekurangan pelajar.

Page 33: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

TEKNIK PENILAIAN PORTFOLIOTEKNIK PENILAIAN PORTFOLIOTeknik penilaian portofolio di dalam kelas memerlukan langkah-langkah sebagai berikut:

a. Jelaskan kepada pelajar bahawa penggunaan portofolio tidak hanya merupakan kumpulan hasil kerja pelajar yang digunakan oleh guru untuk penilaian, tetapi digunakan juga oleh peserta pelajar sendiri, dan dapat dinilai dengan wang (mempunyai nilai tambah produktif). Dengan melihat portofolionya pelajar dapat mengetahui kemampuan, keterampilan, dan minatnya. Proses ini tidak akan terjadi secara spontan, tetapi memerlukan waktu bagi pelajar untuk belajar meyakini hasil penilaian mereka sendiri.

Page 34: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

TEKNIK PENILAIAN PORTFOLIOTEKNIK PENILAIAN PORTFOLIOb. Tentukan bersama pelajar sampel-sampel portfolio apa saja yang

akan dibuat. Portfolio antara pelajar dengan yang lain. Misalnya, untuk kemampuan menulis pelajar mengumpulkan karangan-karangannya. Sedangkan untuk kemampuan menggambar, pelajar mengumpulkan gambar-gambar yang diambil. Berbentuk produk berupa kertas kerja, laporan, produk kerja (baju, masakan, patung dan lain-lain), rakaman video dan bukti-bukti lainnya sesuai dengan projek yang akan dilakukan.

Page 35: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

TEKNIK PENILAIAN PORTFOLIOTEKNIK PENILAIAN PORTFOLIO c. Kumpulkan dan simpanlah karya-karya tiap pelajar dalam satu

folder di rumah masing-masing atau loker masing-masing di sekolah.

d. Catatkan tarikh hasilan pada setiap bahan maklumat perkembangan pelajar sehingga dapat terlihat perbezaan kualiti dari masa ke masa.

e. Sebaiknya tentukan aspek-aspek yang akan dinilai dari sampel portofolio beserta buktinya bersama para pelajar sebelum mereka membuat karyanya . Bincangkan cara penilaian hasil pelajar. Contoh; kemampuan menulis karangan aspek yang akan dinilai, misalnya: penggunaan tata bahasa, pemilihan ayat, sistematik penulisan. Dengan demikian, pelajar mengetahui keinginan /keupayaan (standard) guru dan berusaha mencapai standard tersebut

Page 36: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

f. Mintalah pelajar menilai karyanya secara berterusan. Guru dapat membimbing pelajar tentang bagaimana cara menilai dengan memberi maklumat tentang kelebihan atau kekurangan. Hal ini dapat mengelakkan dilakukan pada saat akhir penilaian portofolio.

g. Setelah hasilan dinilai dan ternyata belum memuaskan Standard Kompetensian, pelajar dapat diberi kesempatan untuk memperbaiki lagi. Namun, antara pelajar dan guru perlu mengadakan “kontrak” atau perjanjian mengenai jangka masa pembaikan, Misalnya setelah 2 minggu hasil yang telah diperbaiki harus diserahkan kepada guru.

h. Bila perlu dalam menilai hasil karya pelajar, beri peluang untuk mempamerkan hasil karya pelajar tersebut dalam (pertunjukan, pameran dsb) dengan menjemput masyarakat supaya dapat membantu dan memotivasi pelajar.

CONTOH PENILAIAN PORTFOLIO (Rujuk Lampiran

Page 37: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

3. PENILAIAN BERASASKAN PROJEK (PRODUK)3. PENILAIAN BERASASKAN PROJEK (PRODUK)

1. Pengertian Penilaian projek adalah penilaian terhadap keterampilan dalam membuat suatu produk dan kualiti

produk tersebut. 2. Penilaian projek tidak hanya diperolehi dari hasil akhir saja

tetapi juga proses pembuatannya. 3. Penilaian projek meliputi penilaian terhadap kemampuan

pelajar membuat produk-produk teknologi dan seni, seperti: makanan, pakaian, hasil karya seni (patung, lukisan, gambar), barang-barang terbuat dari kayu, keramik, plastik, dan logam.

4. Pengembangan projek meliputi 3 (tiga) tahap dan dalam setiap tahapan perlu diadakan penilaian iaitu:

a. Tahap Persediaan (Perancangan), merangkumi aspek: menilai kemampuan pelajar merancang, mendapat dan mengembangkan idea dan merekabentuk produk.

Page 38: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

PENILAIAN BERASASKAN PRODUKPENILAIAN BERASASKAN PRODUK

b. Tahap Pelaksanaan (pembuatan produk) merangkumi aspek: menilai kemampuan peserta didik menyeleksi dan menggunakan bahan, alat, dan teknik.

c. Tahap penilaian (appraisal) merangkumi aspek :, menilai kemampuan pelajar membuat produk sesuai kegunaannya, memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Page 39: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

PENILAIAN BERASASKAN PRODUKPENILAIAN BERASASKAN PRODUK

2. Teknik Penilaian Produk Penilaian produk biasanya menggunakan cara holistik atau analitik.

a. Cara analitik: iaitu berdasarkan aspek-aspek produk, biasanya dilakukan terhadap semua kriteria yang terdapat pada semua tahap proses perkembangan (tahap: Persediaan (perancangan), Pelaksanaan (pembuatan) produk, penilaian produk).

b. Cara holistik : iaitu berdasarkan kesan keseluruhan dari produk, biasanya dilakukan hanya pada tahap penilaian produk (appraisal).

Contoh Penilaian Produk (Rujuk Lampiran)

Page 40: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

4 . PENILAIAN KENDIRIDefinasi: Penilaian kendiri adalah suatu teknik penilaian di mana pelajar diminta untuk menilai dirinya sendiri berkaitan dengan status, proses dan tahap pencapaian kompetensi yang dipelajarinya dalam mata pelajaran tertentu berdasarkan kriteria atau standard yang telah ditetapkan. Tujuan utama penilaian kendiri adalah untuk membantu atau memperbaiki proses dan hasil belajar. Meskipun demikian, hasil penilaian kendiri dapat digunakan guru sebagai bahan pertimbangan untuk memberikan nilai. Peranan penilaian kendiri amat penting seiring dengan pembelajaran berpusat dari guru ke murid yang berdasrkan daripada konsep belajar sendiri (auonomous learning).

Page 41: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

. …samb…..PENILAIAN KENDIRIAda beberapa jenis penilaian kendiri antaranya:

a. Penilaian Langsung dan Spesifik: Iaitu penilaian secara langsung pada masa itu atau setelah selesai melakukan tugasan. Untuk menilai aspek-aspek kompetensi tertentu dari suatu mata pelajaran.

b. Penilaian Tidak Langsung dan Holistik: Iaitu penilaian yang dilakukan dalam waktu yang panjang, Untuk memberikan penilaian secara keseluruhan.

c. Penilaian Sosio-Afektif: iaitu penilaian terhadap unsur-unsur afektif atau emosional. Misalnya pelajar diminta untuk membuat tulisan yang memuat curahan perasaannya terhadap suatu objek tertentu.

Page 42: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

….. sambungan Penggunaan teknik ini dapat memberi impak positif terhadap

perkembangan keperibadian seseorang. Antara kebaikan penggunaan penilaian kendiri di kelas :

1) Dapat menanamkan rasa percaya diri pelajar, Kerena mereka diberi kepercayaan untuk menilai dirinya sendiri;

2) Pelajar menyedari kekuatan dan kelemahan dirinya, Dapat dilihat ketika mereka melakukan penilaian, Harus melakukan intersepsi terhadap kekuatan dan kelemahan yang dimilikinya.

3) Dapat mendorong, membiasakan, dan melatih pelajar untuk berlaku jujur, karena mereka dituntut untuk jujur dan objektif dalam melakukan penilaian.

Page 43: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

TEKNIK PENILAIAN KENDIRIAda kecenderungan pelajar akan menilai diri terlalu tinggi dansubektif. Kerena itu, penilaian kendiri dilakukan berdasarkan kriteria yang jelas dan objektif.

Untuk itu penilaian kendiri oleh pelajar perlu melalui langkah-langkah berikut.

a) Menjelaskan kepada pelajar tujuan penilaian kendiri.

b) Menentukan kompetensi atau aspek kemampuan yang akan dinilai.

c) Menentukan kriteria penilaian yang akan digunakan.

d) Merumuskan format penilaian, sebagai rujukan penskoran, daftar senarai semak, atau skala penilaian.

Page 44: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

TEKNIK PENILAIAN KENDIRI

e) Meminta pelajar melakukan penilaian diri.

f) Guru mengkaji hasil penilaian, untuk mendorong pelajar supaya sentiasa melakukan penilaian kendiri secara cermat dan objektif.

g) Lakukan tindakan lanjutan, antara lain guru memberikan komen tertulis, guru dan pelajar berbincang bersama proses dan hasil penilaian

Page 45: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

TEKNIK PENILAIAN KENDIRIPerlu diingat tidak ada satu pun alat penilaian yang dapat mengumpulkan imaklumat hasil dan kemajuan belajar pelajar secara lengkap.

Satu penilaian tidak cukup untuk memberikan gambaran/ maklumati tentang kemampuan, keterampilan, pengetahuan dan sikap seseorang.

interprestasi hasil ujian adalah tidak mutlak dan kekal kerana murid terus berkembang sesuai dengan pengalaman belajar yang dialaminya.

Untuk menjamin keobjektifan hasil penilaian, perlu dilakukan proses verifikasi oleh pemeriksa (verifier) baik pemeriksa internal mahupun eksternal.

Page 46: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

…sambung…TEKNIK PENILAIAN KENDIRI

a. Verifikasi internal

Verifikasi internal sebagai proses penjaminan mutu (Quality Assurance) dilakukan oleh pentadbir sekolah, biasanya terdiri guru kanan. ketua penatia dan wakil pentadbir sekolah, dengan ketentuan sebagai berikut:

1). Memahami tujuan pembelajaran/kriteria kerja yang harus dikuasai pelajar;

2). Memantau pelaksanaan penilaian yang dilakukan oleh

guru;

3). Memverifikasi hasil penilaian;

4). Menguji peserta didik secara sampling melalui bukti yang

terdapat dalam portfolio;

Page 47: Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

5). Menyusun umpan balik;

6). Mengesahkan hasil verifikasi penilaian kepada guru,

7). Mengajukan hasil verifikasi kepada external verifier.

b. Verifikasi eksternal

Verifikasi eksternal sebagai proses pengendalian mutu (Quality Control) dilakukan oleh penilai (assessor) yang diakui Lembaga Persijilan Profesion, (Lembaga Akreditasi) dengan syarat berikut;

1). Memahami tujuan pembelajaran/kriteria tugasan yang harus dikuasai pelajar;

2). Memantau pelaksanaan penilaian yang dilakukan oleh guru;

3). Verifikasi (Pengesahan) hasil penilaian guru, dan

4). Menguji pelajar secara sampling melalui bukti belajar berupa portfolio.