Nota Tambahan

17
Bagi tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini, kami diminta membuat kerja kursus projek berkaitan penaksiran dan penilaian. Dalam bahagian satu ini, kami akan membincangkan konsep penaksiran dan penilaian kanak-kanak, objektif penaksiran dan penilaian kanak-kanak, prinsip-prinsip penaksiran dan penilaian serta teknik-teknik atau instrumen- instrumen yang boleh digunakan dalam penaksiran dan penilaian. Penaksiran dan penilaian merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam pendidikan. Dalam bidang pendidikan awal kanak- kanak, penaksiran dan penilaian membolehkan seseorang guru atau pendidik mendapatkan maklumat tentang seseorang kanak- kanak, melihat keberkesanan pembelajaran, kurikulum, pentadbiran dan mengenalpasti aspek-aspek yang boleh diperbaiki (Lihanna Borhan). Penaksiran dan penilaian juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap pengajaran. Jika penaksiran dan penilaian yang sistematik hanya dilakukan pada satu-satu aspek tertentu sahaja, contohnya aspek kognitif dinilai melalui ujian dan peperiksaan bertulis, maka aspek itulah kelak yang akan menjadi fokus dan strategi pengajaran (Meisels, 1995). Aspek yang tidak dinilai akan diberi perhatian ‘superficial’ atau secara tidak mendalam. Sekiranya ini berlaku, falsafah pendidikan yang seringkali merujuk kepada perkembangan keseluruhan individu seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi tidak relevan. Oleh itu, penaksiran dan penilaian perlu diberikan perhatian yang serius sejak dari mula lagi,

description

nota

Transcript of Nota Tambahan

Bagi tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini, kami diminta membuat kerja kursus projek berkaitan penaksiran dan penilaian. Dalam bahagian satu ini, kami akan membincangkan konsep penaksiran dan penilaian kanak-kanak, objektif penaksiran dan penilaian kanak-kanak, prinsip-prinsip penaksiran dan penilaian serta teknik-teknik atau instrumen-instrumen yang boleh digunakan dalam penaksiran dan penilaian.

Penaksiran dan penilaian merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam pendidikan. Dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, penaksiran dan penilaian membolehkan seseorang guru atau pendidik mendapatkan maklumat tentang seseorang kanak-kanak, melihat keberkesanan pembelajaran, kurikulum, pentadbiran dan mengenalpasti aspek-aspek yang boleh diperbaiki (Lihanna Borhan). Penaksiran dan penilaian juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap pengajaran.

Jika penaksiran dan penilaian yang sistematik hanya dilakukan pada satu-satu aspek tertentu sahaja, contohnya aspek kognitif dinilai melalui ujian dan peperiksaan bertulis, maka aspek itulah kelak yang akan menjadi fokus dan strategi pengajaran (Meisels, 1995). Aspek yang tidak dinilai akan diberi perhatian superficial atau secara tidak mendalam. Sekiranya ini berlaku, falsafah pendidikan yang seringkali merujuk kepada perkembangan keseluruhan individu seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi tidak relevan. Oleh itu, penaksiran dan penilaian perlu diberikan perhatian yang serius sejak dari mula lagi, terutamanya ke arah pembentukan insan yang seimbang dari semua aspek dapat dipenuhi.

1.1 KONSEP PENAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK.

Penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Secara keseluruhannya penaksiran dan penilaian bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil penaksiran dan penialain membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu proses yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu proses yang pertama adalah merancang, proses kedua melaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga adalah merekod maklumat.

Dalam proses pertama iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslah diambil kira agar penilaian dan penaksiran yang hendak dibuat berjalan dengan lancar dan sistematik. Perkara-perkara berikut adalah yang pertamanya mengenal pasti murid yang hendak dinilai, yang kedua menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, yang ketiga menentukan instrumen yang hendak digunakan, dan yang seterusnya adalah menentukan aspek yang hendak diperhatikan, menentukan tempoh masa pemerhatian dan yang terakhir menentukan waktu sesuatu penaksiran dan penilaian hendak dijalankan.

Selain itu, dalam proses merancang juga pembinaan instrumen perlu dititikberatkan. Instrumen yang dibina seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti tujuan yang jelas, menepati apa yang hendak dinilai, item yang boleh diukur dan perlu diingatkan bahawa setiap item hanya boleh mengukur setiap satu kemahiran sahaja.Dalam proses kedua iaitu proses melaksanakan penaksiran dan penilaian pula, perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana penaksiran dan penilaian dilaksanakan. Penaksiran dan penilaian dalam pendidikan prasekolah hanya dapat dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses pengamatan terhadap segala pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian dan penaksiran, pemerhatian merupakan satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat agar dapat merekodnya dengan tepat kelak.

Terdapat tiga langkah pemerhatian yang boleh digunakan dalam proses penaksiran dan penilaian iaitu pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku murid, pemerhatian melalui perbualan atau interaksi antara murid dengan guru atau murid dengan murid dan yang ketiga pemerhatian terhadap hasil kerja murid. Untuk pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru bolehlah membuatnya ketika kanak-kanak melakukan aktiviti seperti menyusun blok bersama rakan-rakan, membuat aktiviti kumpulan, mewarna atau melakukan aktiviti fizikal. Melalui interaksi lisan murid pula bolehlah dinilai melalui aktiviti seperti main peranan, bersoal jawab, bacaan atau nyanyian.

Di antara contoh hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai oleh guru adalah melalui lukisan, buku skrap atau kraf tangan yang dihasilkan oleh kanak-kanak.Proses yang ketiga iaitu proses terakhir dalam penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak adalah merekod maklumat yang diperoleh. Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Antara contoh-contoh rekod yang boleh digunakan adalah Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan.

1.2 OBJEKTIF PENAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK.

Tujuan atau objektif penaksiran dan penilaian haruslah difahami dengan jelas oleh guru dapat memastikan bentuk penaksiran dan penilaian yang wajar digunakan. Secara umumnya, Katz (1997) berpendapat penaksiran dan penilaian di prasekolah betujuan untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama, membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibubapa dan menolong kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri.

Secara khususnya, antara objektif penaksiran dan penilaian yang penting adalah ianya dapat mengesan perkembangan seseorang murid itu serta mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Ianya juga dapat digunakan untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa. Guru juga dapat mengesan keberkesanan sesuatu pengajrannya melalui proses penaksiran dan penilaian. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Menurut Lihanna Borhan, dari tujuan penaksiran dan penilaian berdasarkan garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan dalam pendidikan prasekolah, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan penilaian berbentuk ujian atau peperiksaan bertulis bukanlah satu kaedah yang sesuai di tahap ini. Sebaliknya, guru prasekolah seharusnya mengubah perhatian mereka ke arah penggunaan sistem penilaian yang lebih autentik.

1.3 PRINSIP PENAKSIRAN DAN PENILAIAN.James H. McMillan (2000) telah menyatakan terdapat tiga utama prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Prinsip yang pertama adalah maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian itu haruslah jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus. Prinsip yang kedua pula adalah penaksiran dan penilaian seharusnya boleh dipercayai dan konsisten. Prinsip yang terakhir pula adalah penilaian haruslah inklusif dan adil.

Surayah dan Haslinda (2009) pula menyatakan terdapatnya enam prinsip penaksiran dan penilaian. Prinsip yang pertama adalah penaksiran dan penilaian seharusnya dijalankan secara berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Hal ini adalah selari dengan sifat perkembangan kanak-kanak itu sendiri iaitu perkembangan adalah satu proses yang berterusan. Oleh itu, guru tidak seharusnya menjalankan proses penaksiran dan penilaian hanya sekali atau dua sahaja. Ini adalah supaya maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak itu jelas, boleh dipercayai dan telus (James H. McMillan).

Prinsip yang kedua adalah penaksiran dan penilaian haruslah mempunyai perancangan, strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan penilaian dan hasil pembelajaran. Prinsip ini adalah menepati langkah melaksanakan penaksiran dan penilaian yang iaitu langkah yang pertama adalah proses merancang, langkah kedua melaksanakan penaksiran dan langkah yang ketiga adalah merekod maklumat ke dalam instrumen peaksiran dan penilaian yang bersesuaian dengan aspek perkembangan yang ingin dikaji. Sebagai contoh, Rekod Berterusan dapat digunakan untuk merekod perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Senarai Semak pula merupakan instrumen yang terbaik digunakan kerana ianya mudah dan praktikal untuk dikendalikan di samping banyak kemahiran-kemahiran lain yang boleh dimasukkan secara serentak.

Prinsip penaksiran dan penilaian yang ketiga adalah ia perlulah mempunyai kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran. Prinsip yang seterusnya adalah ianya harus memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman harian kanak-kanak. seterusnya, penaksiran dan penilaian juga hendaklah dilaksanakan secara tidak formal, iaitu semasa kanka-kanak mengalami proses pembelajaran. Ini adalah untuk mendapatkan hasil yang autentik dan tidak hanya seperti sebuah sandiwara. Prinsip yang terakhir pula adalah proses penaksiran dan penilaian perlu dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi untuk membuktikan kesasihannya.

1.4 TEKNIK PENAKSIRAN DAN PENILAIAN.

Segala maklumat yang diperolehi hasil daripada proses penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak perlulah dicatat dan direkod dengan jelas dan sistematik. Terdapat beberapa teknik merekod maklumat yang diperoleh secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid iaitu dengan menggunakan Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan juga Rekod Berterusan.

Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas.

Senarai semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal. Terdapat beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan Senarai Semak iaitu penggunaannya mudah dan praktikal. Selain itu, orang yang tidak mahir dan menilai juga dapat menggunakannya dengan selesa. Ianya dapat digunakan di hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya dengan hanya mengingati tingkah laku yang sudah diperlihatkan. Selain itu, dengan menggunakan Senarai Semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu masa. Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam merancang kurikulum untuk kanak-kanak.

Di sebalik kebaikan-kebaikan yang telah dinyatakan, terdapat juga beberapa kelemahan penggunaan Senarai Semak. Di antaranya adalah ianya mengandungi kurang informasi dan deskripsi berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan tingkah laku atau kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian menggunakan instrumen Senarai Semak juga hanya melihat pada tingkah laku tertentu shaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru akan terlepas pandang daripada melihat dan memehatikan tingkah laku yang lebih signifikan. Selain itu juga, data atau maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku yang dipamerkan oleh kanak-kanak sahaja.

Rekod Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru menilai kemahiran atau amalan murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred. Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan penggunaan Skala Kadar. Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua tunjang.

Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku. Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu peristiwa berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif. Dalam Rekod Anekdot, maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah murid.

Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau "narrative" yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan minit dan ianya juga boleh berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu sekitar dua puluh lima minit sehingga tiga puluh minit.

Prosedur prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah pertamanya guru perlu memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan. Seterusnya, item yang akan difokuskan semasa pemerhatian perlu dipastikan. Langkah ketiga adalah dengan merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci. Rekod yang dicatat hendaklah tepat dan padat. Prosedur terakhir perlu diambil perhatian adalah mencatatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

Antara kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat memberi gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan (Surayah dan Haslinda, 2009). Yang keduanya, Rekod Berterusan yang turut dikenali sebagai Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga, kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan dalam apa jua situasi dan tujuan.Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah ia dapat menyebabkan kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu juga, penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana seseorang gruru itu perlu memberi lebih tumpuan pada proses perekodan.

Tugasan dlam bahagian seterusnya pula akan menghuraikan dapatan-dapatan yang telah kami perolehi daripada dua buah jurnal yang kami kaji. Kami memilih dua buah jurnal berkenaan adalah kerana ianya sangat signifikan dengan perkembangan yang ingin kami kajia iaitu perkembangan sosioemosi ke atas subjek yang kami pilih.

2.0Kajian Literatur.

Untuk tugasan dalam bahagian ini, kami telah sepakat untuk memilih sebuah jurnal oleh Profesor Madya Anna Christina Abdullah untuk dijadikan bahan kajian. Jurnal yang bertajuk Tingkah Laku Prososial Kanak-kanak Prasekolah : Mensasarkan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Interpersonal ini menjadi pilihan kami kerana ianya dilihat signifikan dengan perkembangan yang ingin kami kaji iaitu perkembangan sosioemosi. Kami juga menggunakan sebuah lagi jurnal dari Surakarta, Indonesia yang bertajuk Keterampilan Sosial Anak Prasekolah Ditinjau dari Interaksi Guru-Siswa Berdasarkan Model Mediated Leraning Experence.

2.1Kemahiran Sosioemosi Pada Kanak-kanak.

Hurlock (1997) menyebut masa atau usia tahun-tahun awal kanak-kanak sebagai The Golden Age di mana terdapat enam perkembangan kanak-kanak yang dapat dilihat pada tahap ini tetapi perkembangan yang paling sukar bagi kanak-kanak adalah perkembangan sosioemosi di mana mereka berhadapan kesukaran untuk bergaul dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan atau orang lain. Menurut Elksnin dan Elksnin, 1995 menyatakan anak-anak yang memiliki ketrampilan sosial yang baik akan lebih mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih berani mengekspresikan diri, lebih mudah diterima oleh rakan-rakan sebaya dan akan lebih berjaya dalam akademiknya.

Ibubapa serta guru perlu sedar dan memainkan peranan penting dalam menyuburkan dan memupuk perkembangan kognitif, emosi, sikap dan tingkah laku yang positif di kalangan kanak-kanak. Program pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti harus merangkumi perkembangan sosioemosi kanak-kanak di samping peluang-peluang pengayaan pembelajaran kognitif dan berbahasa. Tidak dinafikan bahawa pendidikan prasekolah harus menyediakan kanak-kanak untuk permulaan pendidikan formal di sekolah rendah dengan membekalkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran berfikir.

Beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa kekurangan kemahiran sosial semasa zaman kanak-kanak akan berterusan sehingga kanak-kanak itu menjadi dewasa (Farrington 1990; Kagan & Moss 1982). Terdapat bukti bahawa orang dewasa yang mengalami penyakit psikiatri, terutama yang dalam keadaan bimbang, yang mengalami gangguan emosi dan mempunyai personaliti yang tidak baik juga turut mempunyai masalah dalam bersosial (Shaffer 1979). Beberapa kajian telah dilaporkan menunjukkan program prasekolah yang mensasarkan kemahiran sosial telah menghasilkan kesan jangka panjang dari aspek pengurangan tingkah laku anti-sosial seperti mencuri, merosak kemudahan awam, berbohong dan pergaduhan (Barnett 1992; Berrueta-Clement, Schweinhart & Barnett, 1984).

2.1Punca Salah Laku Sosial Di Kalangan Kanak-kanak.

Semua kanak-kanak memerlukan kawan, bukan sahaja untuk berseronok dan bermain, tetapi untuk mempelajari erti kerjasama, empati dan ciri-ciri lain yang mereka perlu memiliki untuk membentuk pertalian yang erat apabila mereka dewasa kelak. Persahabatan semasa zaman kanak-kanak bagaikan asas yang akan menentukan bagaimana sifat dan sahsiah seseorang kanak-kanak itu apabila mereka dewasa nanti. Proses tolak ansur dan rundingan yang berterusan yang dilakukan oleh kanak-kanak semasa bermain dapat memupuk perkembangan sosial mereka serta meningkatkan harga diri mereka. Sebagai orang dewasa, kita semua perlu tahu cara mendampingi orang lain dan menyelesaikan konflik. Latihan dalam proses ini sebaik-baiknya bermula dari zaman kanak-kanak lagi.

Erikson (1982) mempercayai manusia perlu berkembang melalui lapan peringkat pertumbuhan emosi sebelum mereka dapat berasa berkeupayaan dan menikmatikepuasan diri (self-fulfilled) dalam kehidupan mereka. Tiap-tiap peringkat bercirikan oleh satu pertempuran antara dua keadaan dalaman yang berlawanan, satu negatif dan satu lagi positif. Semasa tahun-tahun prasekolah, pertempuran ialah antara inisiatif dan perasaan bersalah (guilt). Kanak-kanak prasekolah yang sihat dalam aspek emosi ingin mengambil tindakan dan menuntut kemahuan mereka.

Mereka akan mencipta, mengambil risiko, main secara olok-olok dan menyertai aktiviti-aktiviti yang berimaginasi dan beraksi. Apabila orang dewasa menggalakkan aktiviti-aktiviti sedemikian dan elakkan teguran atau had-had yang melampau, maka inisiatif kanak-kanak akan berkembang. Sekiranya kanak-kanak diyakinkan bahawa usaha mereka adalah salah, maka mereka akan turut berasa salah. Kanak-kanak yang dihukum atau ditegur kerana usaha mereka akan lama kelamaan berhenti mencuba dan membina kepercayaan diri bahawa mereka adalah orang yang jahat.

Zaman awal kanak-kanak ialah masa genting untuk pembentukan perasaan positif terhadap diri sendiri, orang lain dan dunia luar. Kanak-kanak yang mengalami layanan yang menggalakkan dan menyokong serta diterima oleh orang dewasa dan rakan sebaya akan menjadi kanak-kanak yang bersuaian secara emosional. Kanak-kanak yang dianiayai, diabaikan atau disingkirkan boleh mengalami gangguan kesihatan mental dan sosial. Kanak-kanak yang sihat dari aspek emosi lebih berkebolehan menjalinkan pertalian yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya (Trawick-Smith, 2000).

Kanak-kanak yang mempunyai tahap kebolehan sosial yang rendah bertindak secara tidak bertanggungjawab, ganas, tidak bekerjasama dan tidak terkawal (Knopczyk & Rhodes, 1996). Kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku sosial yang kompeten ditanggap dengan lebih positif oleh masyarakat dan justeru dilayan dalam cara yang lebih positif, kanak-kanak ini mengalami interaksi interpersonal yang lebih memuaskan dan merasa lebih bahagia dibandingkan dengan rakan sebaya mereka yang kurang berkompeten.

Misalnya, kanak-kanak berumur 6 tahun yang telah menembak Kayla Roland, rakan sebayanya di Michigan, A.S., mungkin telah berfikir yang itulah caranya untuk menyelesaikan masalah interpersonalnya. Seorang pakar psikoanalyst yang ditemubual tentang tragedi ini mengatakan bahawa kanak-kanak yang telah menembak rakan sebayanya,shows a failure, at a very significant level, to find other ways to deal with troubles, and this could come from how (he has) been treated, or how (he has) seen people being treated.(New Sunday Times 2000).

Kejadian-kejadian seperti ini mencadangkan bahawa satu punca salah laku sosial ialah kekurangan dalam perkembangan sosioemosi pelajar-pelajar tersebut, dan pada peringkat yang lebih khusus lagi, melibatkan kekurangan dari aspek kognitif sosial yang dapat menyedari seseorang tentang kesan dan akibat sesuatu tindakan serta pendapat yang membolehkan seseorang memikirkan tentang penyelesaian alternatif yang tidak mempunyai unsur-unsur keganasan, sebaliknya dapat menghasilkan kesudahan yang diingini. Kognitif sosial atau kefahaman sosial ini ialah komponen penting dalam kemahiran menyelesaikan masalah sosial kanak-kanak, yang seterusnya akan mempengaruhi tingkah laku sosialnya.

http://pareonline.net/getvn.asp?v=7&n=8