Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

518
1.2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara." ●●●Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. ●●●Konsep FPK Falsafah pendidikan negara merangkumi elemen epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada pemikiran yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara

description

Khas utk bakal2 guru

Transcript of Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Page 1: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

1.2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilandan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

●●●Pengenalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara(FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktivitipendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap

bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agarsetiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa beradadilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang darisegi jasmani, emosi, rohani dan intelektual Sosial yang sering disebut oleh guru-guru

sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empatunsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atausebaliknya.

●●●Konsep FPK

Falsafah pendidikan negara merangkumi elemen epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme,

progresivisme dan eksistensialisme. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada pemikiran yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan,termasuk Rukun Negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses

pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara

Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran danprinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia

3

Page 2: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu

entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.

●●●Matlamat FPK

Berlandaskan kepada FPK yang telah dinyatakan, maka Matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan ialah bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan. Iniadalah kesinambungan daripada Matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insanyang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna

Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyatMalaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

· percaya dan patuh kepada Tuhan;· berilmu pengetahuan;

· berakhlak mulia; · bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;· memilik sahsiah yang seimbang dan bersepadu; dan

· memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

KPM juga menyatakan bahawa selain daripada perkembangan potensi individu

secara menyeluruh dan seimbang, diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia

dapat mencapai matlamat pendidikannya seperti:• melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya

sebagai seorang warganegara;• menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya

membolehkannya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan;

• melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan

prinsipprinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan;• melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara; • melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun

Negara, dan bersikap toleransi, agar dapat mewujudkan perpaduan rakyat

berbilang kaum; dan• mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan

kemudahankemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

●●●Peranan FPK

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum dalam KPM (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan yang sangat penting seperti:

sebagai cahaya yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembangkan dan memajukan pendidikan;

menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara;

4

Page 3: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan negara;

sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas -tugas pendidikan;

sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahanbahanpelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran;

sebagai pengawal ke atas aktiviti penyelewengan daripada dasar pendidikan; dan menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarangusaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.

●●●UNSUR-UNSUR PENTING FPK

· Menjadi warganegara Malaysia yang baik · Unsur intelek

· Unsur rohani dan emosi· Unsur jasmani · Memperkembangkan potensi individu

· Menyeluruh dan bersepadu· Insan yang seimbang· Kepercayaan kepada Tuhan· Rakyat Malaysia yang boleh memberikan sumbangan.

●●●Elemen-elemen dalam FPK dan Implikasinya terhadap Pendidikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh diteliti dengan lebih terperinci melalui analisis yang merujuk kepada beberapa elemen yang penting. Berikut adalah elemen-elemen

penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

Elemen-elemen FPK

pendidikan suatu usaha berterusan

Implikasi Terhadap Pendidikan

Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai-nilai

murni;

Proses pemerolehan dan pemindahanberlangsung secara berterusan bermula darikecil sehingga ke akhir hayat;

Pendidikan awal kanak-kanak amat pentinguntuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun;

Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan;

Setelah tamat persekolahan, setiap individumasih terus meningkatkan ilmu, kemahirandan akhlak mereka;

Proses pendidikan yang berterusan bagi

5

Page 4: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

membantu individu menyesuaikan diri denganpelbagai perubahan.

perkembang potensiindividu

perkembangan individu

secara menyeluruh danbersepadu

insan yang seimbang dan

harmonis

Setiap individu telah dikurniakan oleh Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam;

Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknyadicungkil, dipupuk, dikembangkan dandipertingkatkan;

Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelmamelalui interaksi sosial dengan orang lain danalam sekeliling;

Pendidikan seharusnya memberi peluangindividu untuk berkembang bakat, potensi dankebolehan mereka.

Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan; sebaliknya perlu dikembangkan secara bersepadu;

Perkembangan dan peningkatan seharusnyamerangkumi empat aspek, iaitu intelek, rohani,emosi dan jasmani perlu disepadukan.

Amat penting bagi individu memiliki ilmu

(intelek), sahsiah yang baik (emosi), percayakepada Tuhan serta mempunyai akhlak yangbaik (rohani) dan kesihatan diri yang baik

(jasmani);

Keseimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yangmampu hidup secara harmonis dengan diri

dan orang lain;

Syarat untuk mendapat bimbingan danhidayah dari Allah adalah setiap manusia perlu seimbang dari aspek luaran dan dalaman iaitu

manusia yang jujur, benar, baik tutur danamalannya;

Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk

menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.

6

Page 5: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

unsur intelek

unsur rohani

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Mempunyai kemahiran asas 3M: membaca,menulis dan mengira;

Sering berusaha untuk memperoleh danmengembang ilmu yang benar;

Berkemahiran untuk berfikir secara kreatifkritikal dan reflektif;

Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan oranglain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu).

Cintai ilmu pengetahuan;Berusaha memupukbudaya ilmu dan budaya membaca;

Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.

Menyedari dan percaya kepada Tuhan;(kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan)

unsur emosi

unsur jasmani

rakyat Malaysia yang

berketrampilan

Bersyukur dengan pemberian Tuhan;

Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilaimurni.

Mengakui tentang kewujudan Tuhan;

Mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam;

Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan;

Menyedari bahawa individu bertanggungjawabsepenuhnya terhadap segala perbuatan dantindakannya;

Mengamalkan segala ajaran agama yang

dianuti.

Mempunyai emosi yang matang dan stabil;

Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang;

Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan;

Mampu mengawal emosi dan nafsu serta tidak sombong atau hipokrit.

Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal;

Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal,manipulatif dan sosial;

Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untukmemanfaatkan masyarakat.

Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri;

Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengansempurna;

Berpandangan jauh dan berinisiatif;

Memupuk pembawaan diri yang baik.

7

Page 6: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

rakyat Malaysia yangberakhlak mulia

rakyat Malaysia yang

bertanggungjawab

rakyat Malaysia yangberkeupayaan mencapaikesejahteraan diri

rakyat Malaysia yang

dapat memberi sumbangan terhadapkeharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara

sumbangan terhadap

keharmonian dankemakmuran

keluarga, masyarakatdan Negara

Mempunyai perwatakan diri yang baik;

Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral

sebagai prinsip hidup.

Boleh dipercayai;Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik;

Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dancekap;

Mematuhi peraturan dan undang-undang negara;

Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga,

masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Berfikiran waras dan berjiwa tenang;

Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.

Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat

melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan,hormat-menghormati dan sebagainya;

Berusaha untuk memajukan ekonomi negara

berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan;

Sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara.

Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara;

Mempertahankan maruah diri, profesion, agama,bangsa dan negara.

Menjadikan Rukunegara sebagai amalan hidup;

Memupuk persefahaman keluarga;

Mematuhi norma masyarakat;

Cintakan negara.

●●●Implikasi FPK Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia

i) Implikasi Terhadap Kurikulum.

Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikankepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama danselaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar kerana

setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini adalah bersalahan denganmatlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yangseimbang. Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-

8

Page 7: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

nilai murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sistem pendidikan juga diubah menjadi pendidikan yang umum. Semua rakyat mampuuntuk ke sekolah tetapi berlainan pada zaman dahulu hanya golongan berada sahaja yangmampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi puladiserapkan bagi membawa Malaysia kea rah yang maju dan tidak ketinggalan.

ii) Implikasi Terhadap Pendidik.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi

di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikanmatlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru

mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiranterutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistempendidikan yang berteraskan teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawabsepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa

yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yangsama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkandan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti,menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh guru.

iii) Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan.

Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamatFalsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-

kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untukmerperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Iniadalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga

diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat FalsafahPendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkankeharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar

yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

●●●Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan

Vokasional di Malaysia (PTV)

* Nota Tambahan pengkhususan bidang

i) Implikasi terhadap kurikulum PTV

Perubahan PTV sekolah adalah selaras dengan cita-cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi;

Perubahan sukatan pelajaran PTV yang berorientasikan kepada program bersepadu.

Perubahan bahan-bahan pelajaran PTV yang mengutamakan nilai-nilai murni

9

Page 8: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

ii)

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

diserapkan dalam semua mata pelajaran PTV.

Perubahan program PTV yang berorientasikan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

Perubahan sistem PTV yang berorientasikan ke arah pendidikan umum dan alam pekerjaan.

Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.

Implikasi terhadap guru PTV

Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengantujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidik yang benar-benar memahami FPK akan dapat mengubah sikap peribadi dengan pandangan dan visi yangpositif terhadap tugasnya bagi merealisasikan matlamat FPK. Melalui FPK juga, pendidik

akan dapat mengubah strategi dan teknik pengajaran yang bersesuaian bagi melahirkaninsan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia. Oleh yangdemikian sangatlah penting bagi pendidik untuk benar-benar memahami matlamat dan

tujuan yang ingin dicapai oleh Negara melalui FPK. Dengan memahami sepenuhnya kehendak FPK, guru PTV akan dapat memertabatkan PTV setanding dengan aliran sains.

iii) Implikasi terhadap institusi PTV

Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untukmelahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Inimeliputi:

Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang

mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial danjasmani, secara menyeluruh dan seimbang.

Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai

murni dalam jiwa pelajar.

Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yangcintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca dalam kalanganmereka.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:-"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuranmasyarakat dan negara"

10

Page 9: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik

dengan mengemukakan ciri-ciri:● Percaya dan patuh kepada tuhan

● Berilmu pengetahuan

● Berakhlak mulia

● Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.

● Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan negara.

● Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjungaspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan

individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan

berdisiplin."

1.3 WAWASAN 2020

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana

Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadisebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang

dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga

keyakinan.

●●●9 CABARAN UTAMA

Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada MajlisPerniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utamawawasan 2020:1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi

bersama;

Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi diperingkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasamasepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia

yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju,

dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada,dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah;

Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapaikecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah

kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

11

Page 10: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang

mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahamanmatang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapabanyak negara membangun.

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan

warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilaietika paling tinggi.

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia

pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agamamereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu

negara.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai

daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi

pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologimasa depan.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial

yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikaninsan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekelilingsistem keluarga yang kukuh.

8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan

masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dansaksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam

perkembangan ekonomi.

9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,

giat dan kental.

Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya

menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang.Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa

berkenaan.

●●●Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?

Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak

5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertamaDasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an,

akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam

12

Page 11: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun

yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialahtambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomiWawasan 2020i, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin.

KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion

dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat inimemerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar

pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akankaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun 1990. Inilahukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK

Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.

1.4 ISLAM HADHARI

Islam Hadhari (Arab: ال يراضح إلا س atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori (مال

kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran. Iabukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untukmengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam

al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.

Visi

Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.

Misi

Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam

yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.

Objektif

Melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani),

akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan,inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional,

praktikal dan damai.

●●●Prinsip(1) Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.

(2) Kerajaan Adil dan Beramanah.(3) Rakyat Berjiwa Merdeka.(4) Penguasaan Ilmu Pengetahuan.(5) Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.

(6) Kehidupan Berkualiti.

13

Page 12: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

(7) Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita.

(8) Keutuhan Budaya dan Moral. (9) Pemeliharaan Alam Semulajadi.(10) Kekuatan Pertahanan.

●●●Konsep

Kerajaan telah merangka pelbagai agenda pembangunan yang selaras dengan tuntutanIslam melalui pendekatan seimbang dalam aspek-aspek spiritual, ekonomi, pendidikan,kemasyarakatan, undang-undang dan sebagainya. Kerajaan menyedari bahawa Islam

bukanlah suatu agama bersifat ritual semata-mata, tetapi agama yang bersifat praktikal iaitu diturunkan untuk mengatur kehidupan masyarakat secara realistik. Dengan itu, suatu pendekatan yang dikenali sebagai Islam Hadhari telah diperkenalkan untukmembangkitkan kesedaran baru kepada masyarakat terhadap konsep sebenar ajaran

Islam, dengan harapan akan dapat memacu pembangunan ummah dan negara.

Pendekatan Islam Hadhari bukanlah ajaran baru atau mazhab baru, tetapi merupakanusaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas menurut al-quran dan As-sunnah

sebagai teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari merupakan suatu pendekatan anjakan paradigma untuk mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam, sebagaimana yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Islam Hadhari tidak sedikitpun mengurangkan prinsip-prinsip akidah, syariat dan akhlak dalam ajaran Islam,

malah menekankan penghayatan Islam yang syumul, menyeluruh dan realistik bagi menterjemahkan agama dalam kehidupan. Pendekatan Islam Hadhari akan membuktikanbahawa ajaran Islam dapat mendorong penganutnya menjadi umat yang maju bagi

mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan danpembinaan peradaban yang didasarkan pandangan semesta Islam (Islamic worldview) dengan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan fizikal. Warisan tamadun

Islam yang memperlihatkan kegemilangan umat Islam dalam semua bidang akan dijadikan dorongan bagi memajukan ummah secara menyeluruh.

Beberapa prinsip Islam Hadhari dirangka bagi merangsang ke arah perubahan minda

umat Islam secara menyeluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor atau partisan,yang sudah semestinya memerlukan satu perubahan pandangan global umat Islam.Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerjasebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua

bidang kehidupan akan ditekankan, khususnya dalam memenuhi prinsip-prinsipmatlamat Pensyariatan syariat Islam (maqasid al-syariah) yang sentiasa berkembang dandiantara lain yang menjadi pokok seperti;

14

Page 13: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Menjaga, memartabat dan memperkasakan ;

• Agama• Maruah• Alam Sekitar

• Akal• Institusi Keluarga• Nyawa

• Keturunan• Harta

Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk membuktikan keupayaan Malaysia sebagai

sebuah negara Islam contoh yang sentiasa mengamalkan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah), sesuai dengan tuntutan agama Islam. Ia selaras dengan dasar-dasar negara yang dilaksanakan masa kini dan yang akan dicapai pada masa hadapan seperti Wawasan

2020, Dasar Pembangunan Negara dan sebagainya. Pendekatan Islam Hadhari menekankan nilai-nilai pembangunan sejagat yang sama sekali tidak bercanggah dengankonteks masyarakat majmuk.

“Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadhari

bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas-kepada fundamental. Asas dan fundamental menurut yang terkandung

dalam Al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam.

”Kita memerlukan keteguhan iman, ketangkasan mental dan kekuatan fizikal. Pendekatan menjayakan Islam Hadhari adalah satu pendekatan yang dapat memperkasa perjuanganbangsa yang lebih besar, di dunia dan di akhirat.”

Petikan Ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia

Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawidalam Perhimpunan Agong UMNO ke 55

di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpurpada 23 September 2004

15

Page 14: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

BAB 2

KEMENTERIAN

2.1 Kementerian Pelajaran Malaysia

2.2 Kementerian Pengajian Tinggi

2.1 Kementerian Pelajaran Malaysia

●●●PengenalanKementerian Pelajaran Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk

membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagimemperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negaraMalaysia. Matlamatnya ialah untuk;

• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu• Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu

berketerampilan, dan sejahtera • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara

• Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegaraMalaysia

VisiSekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Matlamat

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.

Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dansejahtera.

Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

●●●Pendidikan wajib

Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapawarganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umurenam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah

selama selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.

Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapamemastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segiundang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak

melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

16

Page 15: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●●Menteri Dan Timbalan Menteri

Menteri Pelajaran

Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin

Timbalan Menteri 1

Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri 2

Y.B. Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi

Ketua Setiausaha

Y.Bhg. Dato' Dr. Rosli bin Mohamed

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Y.Bhg. Dato' Sri Abd. Ghafar bin Mahmud

●●●SENARAI MANTAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

# Nama Tempoh Perkhidmatan

1 Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein

2 Mohamed Khir Johari

3 Abdul Rahman Talib

4 Mohamed Khir Johari

5 Tun Hussein bin Dato' Onn

6 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

7 Tun Musa Hitam

8 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud

9 Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

10 Tun Abdul Rahman Yakub

11 Datuk Seri Anwar bin Ibrahim

12 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud

13 Najib bin Tun Haji Abdul Razak

14 Tan Sri Dato' Seri Musa Mohamad

15 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

17

1955 - 1957

1957 - 1959

1959 - 1965

1965 - 1968

1970 - 1973

1974 - 1978

1978 - 1981

1982 - 1984

1984 - 1986

1969-1970

1986 - 1991

1991 - 1995

1995 - 1999

1999 - 2004

2004 - 2009

Page 16: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

2.2 Kementerian Pengajian Tinggi

●●●Pengenalan

Mula ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Ia adalah hasil rombakan kabinet yang dilakukanoleh Perdana Menteri dengan membahagikan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada 2kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia. Menteri yang pertama memikul tugas Jawatan adalah Datuk Dr. Mohd ShafieSalleh dan kini disandang oleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. Pada 15 Julai 2004,Kementerian Pengajian Tinggi telah mula beroperasi di Blok E3, Parcel E, PusatPerbadanan Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terdiri daripada dua jabatan dan agensi. Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah Jabatan Pengurusan IPT (JPIPT) danJabatan Pengurusan Politeknik & Kolej Komuniti . JPIPT pula terdiri dari dua sektorpengurusan iaitu Sektor Pengurusan IPTA & Sektor Pengurusan IPTS. Sementara agensi-

agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah LAN, PTPTN, Yayasan TAR dan 20Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UNIMAS,UMS, UPSI, UiTM, UIAM, UDM, UMK, UMP, UniMAP, UMT, UPNM, USIM, UteM dan UTHM .

VisiMenjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi Menjelang Tahun 2020.

MisiMembangun dan mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalakkan ke arah

mewujudkan pusat ilmu yang unggul dan insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.

Moto"Meneraju Kegemilangan Ilmu"

●●●Objektif KPT

1. Memastikan 2 universiti negara disenaraikan sebagai antara 100 universiti

terbaik di dunia dan salah sebuah universiti berkenaan disenaraikan antara 50 universiti terbaik di dunia.

2. Membangunkan sekurang-kurangnya 20 pusat kecemerlangan yang diiktiraf diperingkat antarabangsa dari segi hasil penyelidikan, hak cipta, penerbitan,

kerjasama penyelidikan dan 10% daripada hasil penyelidikandikomersialkan.

3. Memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian tinggi awam mempunyai kelayakan Ijazah Doktor Falsafah atau setaraf dengannya, dan 30%

pensyarah politeknik dan kolej komuniti mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana, Doktor Falsafah atau setaraf dengannya.

18

Page 17: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

4. Menghasilkan graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna

tenaga negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapatpekerjaan dalam bidang relevan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian.

5. Menggalakkan pengantarabangsaan pengajian tinggi negara termasuk menarikkemasukan pelajar dari luar negara bersamaan dengan 10% daripada

keseluruhan jumlah pelajar pengajian tinggi di peringkat diploma, ijazah dan lepasan ijazah.

6. Mempertingkatkan kohort (17-23 tahun) yang mempunyai akses pengajiantinggi kepada 50%, dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat

bagi semua bentuk pengajian tinggi yang konvensional dan bukankonvensional.

7. Memastikan terdapat peningkatan secara berterusan daripada sumber-sumber

lain dalam pembiayaan universiti awam dengan nisbah 30% ditanggung oleh universiti komprehensif/berfokus, 40% bagi universiti penyelidikan dan bakinya akan disediakan oleh kerajaan.

8. Menyediakan kemudahan prasarana pengajian tinggi yang mencukupi,

setanding dengan amalan yang terbaik yang digunakan diperingkat antarabangsa.

9. Menyediakankemudahan pembiayaan untuk pelajar yangberpotensi dan layak mendapat akses kepada pengajian tinggi.

10. Meningkatkan jalinan hubungan strategik antara institusi pengajian tinggitempatan dengan institusi pengajian tinggi luar negara, serta institusipenyelidikan ternama dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan,pembangunan dan pengkomersialan.

●●●LIMA TERAS UTAMA

1. Mewujudkan perancangan pengajian tinggi yang strategik dan sistematik.

2. Mengukuhkan pengurusan pengajian tinggi negara.3. Menambah kapasiti, akses dan penyertaan dalam bidang pengajian tinggi.4. Meningkatkan kualiti pengajian tinggi negara setanding di peringkat

antabangsa.

5. Mengantarabangsakan pengajian tinggi negara.

●●●SENARAI MANTAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI

Datuk Shafie Mohd Salleh

2004–2006

Dato' Mustapha Mohamed

2006–2008

19

D.S Mohamed Khaled Nordin

2008-Kini

Page 18: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●●PENGURUSAN TERTINGGI

20

Page 19: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

BAB 3

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

3.1 Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan

3.1 Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan

●●●Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan

dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:

a)

b)

c)d)e)

a)

Zaman Pramerdeka (sebelum 1957);

Zaman Pasca Merdeka (1957-1970);

Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990);Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); danZaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

Zaman Pramerdeka (sebelum 1957)

Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empataliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap

sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antarasatu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkansatu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkajisistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut:

Laporan Barnes (1951) – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu;

Laporan Fenn-Wu (1951) – menyemak pendidikan kaum Cina;

Ordinan Pelajaran (1952) – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagaicorak sistem persekolahan kebangsaan; dan

Laporan Razak (1956) – meletakkan asas bagi perkembangan sistempendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran

Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamaserta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaanyang sama bagi semua sekolah.

b) Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)

Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistempelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan

perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi terasDasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh JawatankuasaRahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepadapenggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa

21

Page 20: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan

peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberipenekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas denganmengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihanmasuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan

pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadarini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.

c) Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankankeseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti

Terbuka Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untukmenangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang

pendidikan yang sama untuk semua kaum.

Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan,antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakansepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai

bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakanbahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Matapelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar.

Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagimenghasilkan tenaga kerja mahir.

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa

Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadanganpendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan

kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya FalsafahPendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju danmatlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh danbersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek.

d) Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)

Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara.Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya

22

Page 21: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis

Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.

Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:

Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;

Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari padatahun 1999;

Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;

Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); dan

Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.

e) Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)

Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan

dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alafke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan

2002); Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran danPembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003(Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP)diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan

diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran,Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri,2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas.

Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah

penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Denganpembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikanprasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.

23

Page 22: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

BAB 4

SISTEM PELAJARAN MASA KINI

4.1 Pendidikan Pra Sekolah

4.2 Program PERMATA

4.3 Pendidikan Rendah4.4 Pendidikan Menengah4.5 Pendidikan Khas4.6 Program Pendidikan Khas

4.7 Sekolah Sukan 4.8 Sekolah Seni

4.1 Pendidikan Pra Sekolah

●●●Pengenalan

4.9 Pembestarian Sekolah

4.10 Pendidikan Pasca Menengah (Tertiari)

4.11 Institusi Pengajian Tinggi4.12 Pendidikan Swasta4.13 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan4.14 Sekolah Kluster

4.15 Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional

Prasekolah (bahasa Inggeris: pre-school) merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah.Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem

pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikanprasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahunmemasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golonganberpendapatan rendah.

●●●Latar belakang18 Disember 1991 - Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program prasekolah.

27 Januari 1992 - Mesyuarat antara Kementerian. - Projek Rintis Pendidikan PrasekolahKPM (1,131 kelas).

●●●Akta Pendidikan 1996Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 mengarahkan dilaksanakan peluasanprogram Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat pendidikan prasekolahPendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek

perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

●●●Konsep

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalamanpembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun ataulebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah

"Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedahpembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.

24

Page 23: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti

kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagipembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

ObjektifMenyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4

hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan,menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke

sekolah rendah

●●●Lokasi

Bangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di kawasansekolah rendah.

●●●Pengurusan

Setiap kelas prasekolah diurus oleh seorang guru dan seorang pembantu yang dilantik

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Gred jawatan bagi guru prasekolah ialah DG29 atauDG41 manakala gred jawatan bagi pembantu prasekolah ialah N17, yakni setaraf denganjawatan Pembantu Tadbir.

●●●Murid

Setiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur 5 dan/atau 6 tahun.Kelayakan untuk memasuki prasekolah dikira berdasarkan pendapatan keluarga iaitu dibawah RM500. Walau bagaimanapun had itu boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat

kekosongan.

●●●Kurikulum

Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dantahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulaitahun 2002, semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan olehKementerian Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut

sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian PelajaranMalaysia.

●●●Kriteria Pemilihan Sekolah

Tiada operator tadika lain. Pihak kementerian mendapati di satu-satu kawasan itu tidak

atau kurang mempunyai tadika/prasekolah samada oleh pihak swasta atau badanberkanun lain.

●●●Kriteria Pemilihan Murid

Warganegara Malaysia. Berumur 5 dan 5+ tahun. Setiap kelas 25 orang murid.

25

Page 24: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

4.2 Program PERMATA

●●●Pengenalan

Segalanya bermula pada suatu hari, hampir tiga tahun yang lalu, apabila peningkatankadar jenayah dan masalah sosial menjadi semakin ketara di Negara ini. Datin Paduka Seri Rosmah cuba memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah-masalah itu. Pada

pandangan bekas pelajar jurusan sosiologi ini, semestinya masalah berkenaan berakar daripada didikan semasa usia kanak-kanak.

Kerana begitu ‘terganggu’, beliau tidak boleh berhenti memikirkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Barangkali ada sesuatu yang hilang semasa dalam proses membesar.

Itulah yang membawa kepada tercetus idea untuk pelaksanaan Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak PERMATA. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar PERMATA Negara, apabila idea itu datang, beliau tidak teragak-agak untuk melaksanakannya, satu kerana matlamatnya ialah mahu melahirkan modal insan terbaik

kepada negara dan satu lagi kerana tidak mahu lagi ‘terganggu’ dengan laporan-laporanjenayah disiarkan hampir saban hari.

Lantas, 25 individu profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang

dicari untuk sama-sama mengumpul, mencari idea selain membantu merealisasikanhasrat murni berkenaan. Kumpulan profesional ini bukan calang-calang orang danmereka juga senada bahawa pembentukan insan akan menjadi lebih berkesan sekiranya dimulakan lebih awal lagi. Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang mempunyai

kepelbagaian kepakaran, latar belakang, pendidikan dan pengalaman antaranya pakar kanak- kanak, ahli akademik, aktivis wanita dan aktivis masyarakat memulakan usaha ini dengan mengadakan kajian dan penyelidikan secara sukarela dan dapatannya lantas

dijadikan input bagi pembangunan konsep pendidikan sedemikian.

Dan bagi menjayakan konsep pendidikan sedemikian, ia memerlukan satu pendekatan bersepadu yang melibatkan pelbagai pihak seperti ibu bapa, masyarakat setempat, pihak berkuasa tempatan dan ahli-ahli politik dapat dimanfaatkan bagi menjadikan kanak-

kanak setempat yang agak mundur kepada yang lebih berjaya dan membanggakanUniversiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pula diberi tanggungjawab untuk menyediakanmodul pembelajaran dan teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik-pendidik di Pusat Anak PERMATA Negara.

●●●Falsafah dan Fokus PERMATA Negara

Asuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan potensi SETIAP ANAK PERMATA NEGARA secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang

dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan kerjasama antara pendidik, ibu-bapa dan komuniti.

Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk

kanak-kanak yang memenuhi kriteria berikut:i. Berumur satu hingga empat tahun

26

Page 25: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

ii. Menetap di pinggir atau luar bandar

iii. Keluarga berpendapatan rendahiv. Berbilang kaum dan agama

Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah penting dalam pembelajaran anak-anak dan mempunyai matlamat secara keseluruhannya untuk meningkatkan kesediaankanak-kanak memasuki alam pra dan sekolah rendah dengan persediaan pelbagai

aspek perkembangan

Fokus kepada merangsang perkembangan holistik dan intervensi awal kanak-

kanak dari lahir hingga ke usia pra persekolahan.

●●●Kurikulum PERMATA

Sehubungan itu, kurikulum PERMATA telahpun digubal dengan diadaptasi dari model Pen Green Centre sebagai contoh amalan terbaik dan kemudiannya disesuaikan denganbudaya masyarakat setempat dan Falsafah Pendidikan Negara bagi memantapkan lagi

kandungannya.

Tema ‘Setiap Anak PERMATA Negara’ juga telah dipilih untuk menggambarkankesungguhan kerajaan dan agensi-agensi pelaksana untuk menggubal satu dasar

pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu dan menyeluruh. Hasil dari kesungguhanini, Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan juga telah diluluskan oleh kerajaan ke arah menyediakan pendidikan yang sempurna dan berkualiti danmenyeluruh kepada kanak-kanak.

Hasil kejayaan pelaksanaan Projek Perintis Program PERMATA Negara, pelaksanaannya

telahpun diperluas dan diperkasakan ke seluruh negara bagi memastikan lebih ramai

anak akan mendapat peluang untuk diberi permulaan terbaik dalam kehidupan mereka sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan.

4.3 Pendidikan Rendah

Walaupun kebanyakan ibubapa memilih untuk memulakan sistem pendidikan formal

anak-anak mereka dari pendidkan pra-sekolah namun pada dasarnya, pendidikan yang diwajibkan di Malaysia bermula dari pendidikan sekolah rendah.

Pendidikan sekolah rendah adalah merupakan satu asas pembelajaran. Untuk tujuan ini,satu kurikulum yang seragam telah diwujudkan untuk memastikan kurikulum pendidikan

nasional merangkumi subjek-subjek asas dan penting. Untuk mengukur prestasikemajuan pelajar di tahap ini, satu peperiksaan yang dikenali sebagai UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) dilaksanakan di semua sekolah.

Pendidikan sekolah rendah bermula semasa kanak-kanak berusia enam tahun dan

mengambil masa enam tahun sebelum melangkah ke pendidikan sekolah menengah.Ibubapa dikehendaki untuk mendaftarkan anak-anak mereka di mana-mana sekolah rendah berhampiran sebelum mereka mencapai umur tujuh tahun. Ini adalah untuk

27

Page 26: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

memastikan tempat dapat diperuntukkan dalam masa yang ditetapkan. Sila kunjungi

sekolah-sekolah yang berdekatan di kawasan anda.

Ibubapa juga boleh memohon pertukaran anak-anak mereka ke sekolah lain di atas alasan-alasan tertentu.

4.4 Pendidikan Menengah

Pendidikan menengah merupakan tahap kedua peringkat pendidikan formal, di mana asas pendidikan yang telah diterapkan semasa pendidikan sekolah rendah dipertingkatkan dan diperkukuhkan lagi sebagai persediaan untuk menghadapi

pendidikan tinggi ataupun latihan vokasional. Pendidikan di tahap ini di kawal oleh Kementerian Pelajaran. Satu kurikulum yang seragam telah diaturkan bagi memastikan pembelajaran yang konsisten. Pada tahap ini, prestasi kemajuan para pelajar akan dinilai

melalui beberapa peringkat peperiksaan am.

Persekolahan menengah pada lazimnya bermula pada umur tiga belas tahun dan berlanjutan sehingga enam tahun. Peralihan pelajar di dalam transisi daripada peringkatrendah ke menengah memerlukan pendaftaran yang berdasarkan pendidikan rendah

mereka. Di samping itu, pihak ibubapa boleh memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain jika mempunyai alasan-alasan yang kukuh.

4.5 Pendidikan Khas

Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai

keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik P&Pmengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-

- Perkembangan mental- Kestabilan emosi

- Integrasi sosial

Kanak-Kanak Khas merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan olehpakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses

pembelajaran.

“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal(4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam

pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yangdiubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia bolehberkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.

28

Page 27: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

4.6 Program Pendidikan Khas

Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-

1.2.3.4.

5.

Sekolah KhasProgam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)Pemulihan KhasProgram Disleksia

Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)

●●●Kategori Pendidikan Khas

Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yangmenghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran iaitu:

-Masalah Pembelajaran

-Masalah Pendengaran-Masalah Penglihatan

Sekolah Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:-

• Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.• Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluankhas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. ladiwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah

teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secarapengasingan dan separa inklusif.Antara program yang ditawarkan ialah:

• Prasekolah

Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah: - berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh

mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

• Pelajaran Rendah

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia

ialah: - berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan bolehmengurus diri tanpa bantuan orang lain. Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di

peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

• Pelajaran Menengah

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia

29

Page 28: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

ialah:

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

-Berumur 13+ hingga 19+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh

mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Pelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.

• Pendidikan Teknik dan Vokasional

i) Sekolah KhasSekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkanelektif mata pelajaran vokasional (MPV)

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkanSijil Kemahiran Malaysia.

ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran

Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru Sekolah Menengah Teknik Langkawi, KedahSekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor

Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, PerakSekolah Menengah Teknik Tanah Merah, KelantanSekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah

Tempoh Pengajian

• Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.• Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.• Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat

iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.

4.7 Sekolah Sukan Malaysia (SSM)

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) adalah sekolah elit khas untuk atlit-atlit di kalangan

pelajar sekolah yang berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap lebih cemerlang.Di samping pembelajaran berasaskan akademik, pelajar-pelajar dilatih mengikut bidang

kemahiran sukannya. SSM ini di bawah kawalan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum,Kementerian Pelajaran Malaysia.

Setakat ini terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu:

1. Sekolah Sukan Bukit Jalil2. Sekolah Sukan Bandar Penawar

●●●Sistem Pembelajaran

Pelajar-pelajar yang ditawarkan ke SSM ini diwajibkan tinggal di asrama. Sistempersekolahannya berbeza sedikit. Disamping pembelajaran akademik, pelajar-pelajardilatih untuk meningkatkan ketahanan fizikal dan disiplin.

30

Page 29: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

4.8 Sekolah Seni Malaysia

Sekolah Seni adalah merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran meningkatkan potensi

dan bakat pelajar dalam bidang kesenian di Malaysia. Ini membuka kepada kelahiran duasekolah perintis iaitu Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching.

Visi

"Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkaninsan budayawan bertaraf dunia".

Mengikut sejarah awal, cadangan penubuhan kedua buah sekolah tersebut telahdiputuskan dalam Persidangan Perancangan Strategik Kementerian Pelajaran Malaysia

Tahun 2004. Y.B Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysiamengumumkan penubuhan dua buah Sekolah Seni Malaysia di bawah Rancangan Ke-9iaitu di negeri Sarawak dan Johor.

●●●Konsep

Konsep Sekolah Seni ialah sekolah yang membangunkan potensi dan bakat kesenian murid. Kurikulum kesenian di peringkat menengah rendah ini merangkumi empat bidang

iaitu Seni Muzik, Seni Teater, Seni Tari dan Seni Visual. Selain empat komponen ini,kurikulum juga termasuk mata pelajaran kreativiti, kokurikulum, persembahan, sesiapresiasi dan rangkaian rakan seni. Kaedah penilaian yang dilaksanakan pula berasaskankepada pemerhatian semasa pelajar menjalankan setiap aktiviti praktikal, teori dan

nilai. Mata pelajaran yang ditawarkan ialah seperti berikut:

1.2.3.

Bahasa MalaysiaBahasa Inggeris Sejarah

7.8.9.

Geografi Seni TariSeni Muzik

4.5.6.

Pendidikan IslamSainsMatematik

10. Seni Teater11. Kreativiti

Setakat ini, kedua-dua sekolah seni ini beroperasi di premis sementara, iaitu:

1. Sekolah Seni Johor Bahru, Johor2. Sekolah Seni Kuching, Sarawak

4.9 Pembestarian Sekolah

●●●PengenalanPembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi

penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualitipengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolahdan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud

mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang

31

Page 30: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta

pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran danpembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolahini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru,

kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkanpembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadarkendiri (self-paced).

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagaiaspek perlu dilakukan supaya modal insan yang dilahirkan mampu berdaya saing dan

relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senariodalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi,sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuahinstitusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa

aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepadapelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaranyang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

●●●Sekolah bestari

Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawakepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk merekayang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar kuat atau

lemah, kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuaimengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, BahasaInggeris, Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari denganmenggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang

direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian TeknologiPendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah

yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaanteknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan

pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawahBahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

32

Page 31: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan

pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. SekolahBestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara.

4.10 Pendidikan Pasca Menengah (Tertiari)

Takrif Pendidikan Tertiari - PENDIDIKAN tertiari adalah peralihan selepas tamat

pendidikan menengah, sebelum ke peringkat pendidikan tinggi.

PENDIDIKAN tertiari dalam konteks sistem pendidikan Malaysia adalah pendidikan

selepas pendidikan menengah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi. Pendidikan padaperingkat ini merangkumi program pendidikan di kolej komuniti, politeknik, institutlatihan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta, universiti awam dan institusipendidikan tinggi swasta (IPTS).

Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, menjelang tahun 2010 negara

memerlukan 1.2 juta tenaga profesional dan separa profesional dalam pelbagai bidangtermasuklah bidang teknikal, perubatan, kesihatan dan perguruan untuk terus berdaya

maju dan membina tapak ekonomi yang kukuh sebelum mencapai sepenuhnya tarafnegara maju sedekad kemudian dalam tahun 2020.

Justeru itu dalam pembentangan pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 baru-baru

ini, Kementerian Pendidikan telah merangka strategi dan pelan tindakan yang perludilaksanakan segera dalam menghasilkan sumber manusia yang mampu menanganicabaran-cabaran globalisasi dan k-ekonomi ke arah mencapai tahap negara maju

sepenuhnya.

Melalui pelan itu, tindakan segera yang digariskan oleh kementerian ialah penubuhan

kolej komuniti di setiap kawasan Parlimen menjelang tahun 2010 setelah penubuhan 12

kolej sedemikian di kawasan Parlimen terpilih sebagai pelaksana rintis pada tahun ini.

Sebanyak 12 politeknik ditubuhkan menjelang tahun 2005 dan 12 buah lagi antara tahun

2006 sehingga 2010 serta meningkatkan kapasiti 5,000 pelajar bagi setiap satu politeknik

sedia ada. Sejajar dengan itu penubuhan lebih banyak universiti awam untuk menampung1.05 juta pelajar pada tahun 2005 dan 1.6 juta pelajar pada tahun 2010 juga akandilaksanakan segera.

Penaikan taraf kolej universiti dan meningkatkan kapasiti universiti awam yang sedia ada

segera dilaksanakan selain menggalakkan penubuhan lebih banyak kolej universitimelalui peningkatan taraf IPTS bukan bertaraf universiti dan menambah bilangan kolej

33

Page 32: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

universiti serta universiti swasta baru.

4.11 Institusi Pengajian Tinggi

Bagi merealisasikan matlamat negara sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi dan

percambahan ilmu di rantau ini menjelang tahun 2020, pelbagai usaha dan tindakan telahdilakukan. Dengan tertubuhnya Universiti Malaya, era pengembangan ilmu di Malaysiasudah bermula.

●●●Penubuhan IPTA di Malaysia

Universiti-universiti yang menjadi perintis kepada penubuhan IPTA di Malaysia ialah:• Universiti Malaya (UM) - Ditubuhkan pada tahun 1962 hasil daripadakertas cadangan Suruhanjaya Carr-Saunders yang bertujuan mewujudkan

sebuah pusat umum di mana pelbagai kaum, agama dan ekonomi dapatbersama.• Universiti Sains Malaysia (USM)- Penubuhan USM bermula denganpersetujuan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang terhadap resolusi

penubuhan sebuah kolej universiti di negeri tersebut. USM ditubuhkan padatahun 1969.• Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)- Penubuhan UKM pada tahun 1970membuktikan bahawa Bahasa Melayu boleh dijadikan sebagai bahasa

pengantar di peringkat universiti dengan terbuktinya beberapa kejayaanyang telah dikecapi oleh universiti ini.

●●●Percambahan dan Pengiktirafan IPTA di Malaysia

Dewasa ini, percambahan ilmu dan pengetahuan berlaku dengan cepat dan pantas. Maka,kerajaan telah mengambil beberapa langkah dengan mewujudkan beberapa universitidan bidang pengajian yang baru bagi menyediakan sumber tenaga pakar selari denganperkembangan industri di negara ini.

Universiti awam di Malaysia telah dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu:

1.2.

3.

Universiti PenyelidikanUniversiti Komprehensif

Universiti Berfokus

Kategori-kategori ini mencerminkan bidang dan jurusan utama yang ditawarkan olehuniversiti-unversiti tersebut kepada para pelajarnya.

Selain itu, pengiktirafan antarabangsa yang diterima oleh Universiti Sains Malaysia (USM)

sebagai Unversiti Apex merupakan satu pencapaian yang terbaik diterima oleh universitiawam di Malaysia. Dengan pencapaian ini, Malaysia telah mengorak langkah untukmenjadi pusat kecemerlangan pengajian tinggi serantau menjelang tahun 2020.Pertumbuhan universiti-universiti IPTS yang semakin pesat membuatkan universiti

awam perlu berdaya saing untuk menghasilkan modal insan yang sentiasa berdaya saingdan berpengetahuan luas bagi membantu dalam meningkatkan lagi ekonomi serta

34

Page 33: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

pembangunan negara seiring dengan Teras 4 dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi

Negara iaitu Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi.

●●●Latar BelakangKementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah ditubuhkan pada 27 Mac 2004 danbermatlamat membangun serta mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang

menggalakkan untuk menghasilkan pusat ilmu yang unggul, melahirkan insan yangkompeten, berinovasi serta berakhlak mulia dalam memenuhi keperluan negara danantarabangsa. KPT berperanan penting dalam melahirkan ekosistem pengajian tinggiyang terbaik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta

(IPTS), politeknik dan kolej komuniti. Semua institusi ini merupakan komponen utamaekosistem pendidikan dan latihan negara yang akan melahirkan para pemikir, ilmuwan,sarjana, tenaga kerja mahir dan separa mahir sesuai dengan peranan masing-masing.

Bersesuaian dengan matlamat ini, KPT mempunyai tiga (3) jabatan bagi pengurusan

institusi pengajian tinggi iaitu:1. Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) - menguruskan IPTA dan IPTS2. Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) - menguruskan Politeknik

3. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) - menguruskan KolejKomuniti

Usaha untuk mencapai matlamat ini turut disokong oleh agensi yang berperanan pentingdalam pengajian tinggi iaitu:

1. Malaysian Qualification Agency (MQA)

• Badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasipendidikan tinggi negara.

2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)• Badan yamg mengurus pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi.

●●●Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)

Teras Utama PSPTN

Dalam usaha mencapai matlamat pengajian tinggi negara, PSPTN dirangka denganmenggariskan tujuh (7) teras utama iaitu:

Teras 1

Teras 2

Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti

Pendemokrasian melalui meritokrasi kepelbagaian (50%

akses pengajian tertiari; 33% tenaga kerja berpendidikantertiari)

Dana Pembangunan Modal Insan Pengajian Tinggi - biasiswaberprestij (pelajar cemerlang) dan biasiswa khas (kumpulan

tertentu)

Menambah baik Kualiti Pengajaran dan PembelajaranDasar kebangsaan latihan pelajar dan sangkutan pensyarah

di industri

Penambahbaikkan kurikulum berkala, kaedah pembelajaran

35

Page 34: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Teras 3

Teras 4

Teras 5

Teras 6

Teras 7

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

interaktif dan Bahasa Inggeris diperluaskan Graduan berketerampilan dan kebolehpasaran

100,000 PhD atau setaraf

Memperteguh Penyelidikan dan InovasiMembina massa kritikal penyelidik (100 RSE bagi setiap

10,000 tenaga kerja)6 buah Universiti Penyelidikan

20 pusat kecemerlangan diiktiraf antarabangsaBudaya inovasi di kalangan pelajar10% hasil penyelidikan dikomersialkan

Memperkasa Institusi Pengajian TinggiSatu atau dua buah Universiti Apex daripada kalangan IPT

dalam tempoh terdekatTiga IPT di antara 100 universiti terbaik dan satu di antara

50 universiti terbaik di dunia

Kuasa autonomi mengikut KPI75% pensyarah berkelayakan PhDPenarafan IPT mengikut KPI

Mempergiat PengantarabangsaanJaringan kolaborasi di kalangan IPT luar negara

Purata 10% keseluruhan enrolmen pelajar antarabangsa5% pelajar antarabangsa dalam kursus kompetitif Pelajar pasca kedoktoran di IPT terbaik dunia (top schools)Purata 15% keseluruhan tenaga pengajar antarabangsa di

Universiti PenyelidikanMobiliti pelajar dengan pemindahan kreditBiasiswa Antarabangsa Malaysia

Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat

Pengiktirafan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) melaluiMQF

Pengiktirafan pembelajaran dan pengalaman terdahuluPeningkatan penyertaan golongan dewasa

Laluan alternatif dan mobiliti program

Mengukuh sistem penyampaian Kementerian Pengajian TinggiKPT sebagai pemudah caraSistem penyampaian terbaikKeberkesanan pelaksanaan dan pemantauan

KPI - berdasarkan prestasiPerbelanjaan berhemah Pemilihan pengurusan tertinggi IPTA berdasarkan merit

36

Page 35: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

4.12 Pendidikan Swasta

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan segala kemudahan untuk

proses pengajaran dan pembelajaran kepada semua kanak-kanak di Malaysia khususnyadi sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Antara kemudahan-kemudahan yang

dimaksudkan termasuklah keselesaan bangunan, kerusi meja, buku teks, makmalkomputer dan guru bertauliah serta bilangan guru yang mencukupi.

Seiring dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan peluang pendidikan untuk semua, sektor swasta turut sama menyumbang kepada usaha tersebut. Banyak institusi

pendidikan swasta atau ringkasnya IPS, beroperasi di seluruh negara bagi menyediakanpeluang pendidikan kepada warganegara Malaysia dan juga warganegara antarabangsa.

Pendidikan swasta adalah pendidikan yang disediakan kepada pelajar oleh institusipendidikan swasta. Institusi pendidikan swasta adalah institusi bukan bantuan Kerajaan

dan ia dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Penubuhan, pengurusan danpengoperasian institusi pendidikan swasta adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan1996 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

●●●Sejarah Perkembangan

Pendidikan swasta telah wujud di Malaysia semenjak tahun 1950an. Pada ketika itubanyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar-pelajar sebagai persediaanuntuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang agama. Pada awal

1970an, perkembangan semasa peranan dan fungsi sistem pendidikan telah mewujudkansekolah swasta bagi menampung pelajar-pelajar untuk meneruskan pelajaran diperingkat menengah.

Tahun 1980an telah menyaksikan suatu perubahan yang penting di mana pendidikanswasta turut sama menyediakan peluang pendidikan di peringkat pendidikan tinggisebagai alternatif kepada mereka yang tidak terpilih memasuki institusi-institusipendidikan tinggi awam (IPTA). Pada hari ini pendidikan swasta di Malaysia telah

berkembang dengan begitu pesat dengan penubuhan lebih banyak institusi pendidikantinggi swasta (IPTS) dan IPS.

●●●Kategori InstitusiSistem pendidikan kebangsaan merangkumi daripada peringkat prasekolah hinggalah

kepada peringkat pendidikan tinggi. Institusi pendidikan swasta secara amnya terdiri daridua kategori utama yang dibahagikan mengikut peringkat pendidikan yang ditawarkan.

Institusi Pendidikan Swasta seperti sekolah swasta, sekolah antarabangsa, tadika, pusat-pusat kemahiran termasuk pusat bahasa, pusat tuisyen, pusat latihan komputer, pusat

kemahiran teknikal dan pusat perdagangan adalah di bawah seliaan dan tanggungjawabKementerian Pelajaran Malaysia.

37

Page 36: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Operasi institusi pendidikan swasta dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Walau

bagaimanapun proses penubuhan dan pendaftaran, pengurusan dan operasi sesebuah IPSadalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996.Kategori kedua merupakan institusi pendidikan tinggi swasta yang terdiri dari institusipendidikan bertaraf kolej, kolej universiti dan universiti yang terletak di bawah kawalan

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Ringkasnya dua kategori utama institusi tersebut adalah terdiri daripada InstitusiPendidikan Swasta yang di bawah seliaan KPM, dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta(IPTS) yang di bawah seliaan KPTM. Kesemua institusi pendidikan berkenaan perlu

berdaftar dengan Kementerian berkaitan terlebih dahulu sebelum dibenar beroperasi.

Institusi pendidikan yang tergolong dalam kategori ini menawarkan pendidikan dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah hinggalah ke peringkat menengah. Jenis-jenisinstitusi pendidikan swasta dalam kategori yang perlu didaftarkan dengan Kementerian

Pelajaran termasuklah:

Tadika swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan PrasekolahKementerian Pelajaran Malaysia.

Sekolah rendah dan menengah swasta yang mengikuti KurikulumKebangsaan dan penilaian yang dicadangkan.Sekolah rendah dan menengah agama swasta yang mengikutiKurikulum Kebangsaan.

Sekolah persendirian Cina yang mengikuti garis panduan KementerianPelajaran.Sekolah EkspatriatSekolah Antarabangsa

Pusat tuisyen yang menyediakan bantuan pelajaran kepada parapelajar mengikut Kurikulum Kebangsaan.Pusat bahasa, pusat latihan komputer, pusat kemahiran/ perdagangan,

sekolah gaya pos dan lain-lain

4.13 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010

●●●Pendahuluan

Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untukmembolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yangakan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabarandan tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan

yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistempendidikan negara. Justeru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang

holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah dilancarkan oleh PerdanaMenteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di PusatKonvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras

38

Page 37: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

iaitu membina Negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah

Kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan danmelonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

●●●Perkara utama dalam PIPP

1. Membina bangsa negara

2. Membangunkan modal insan3. Memperkasakan sekolah kebangsaan4. Memartarbatkan profesion keguruan5. Merapatkan jurang pendidikan

6. Melonjakkan kercermerlangan institut pendidikan

1. Membina negara bangsa Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysiaadalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran

secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistemnilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsabergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi,

kewarganegaraan dan demokrasi.

Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam systempendidikan bagi melahirkan warganegara “glokal” yang bertindak bijak menghadapicabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan. Fokus utama

dalam membina negara bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasakebangsaan sebagai asas perpaduan, integrasi nasional dan bahasa ilmu. Fokus lain ialahmemupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta memupuk

kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikirankehidupan.

Antara strategi untuk membina negara bangsa ialah:-

Menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan.

Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara.

Menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti

kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan.

Mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakanbahasa kebangsaan.

Bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, pelbagai usaha akan

dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat agar menghormatiPerlembagaan Malaysia, meningkatkan semangat patriotik melalui aktiviti kokurikulumdan menanam semangat hormat-menghormati sensitiviti masyarakat pelbagai kaum.

Selain itu, memberi kefahaman menyeluruh tentang pentingnya semangat kejiranan kearah perpaduan dan integrasi nasional turut dititikberatkan. Kementerian PelajaranMalaysia (KPM) turut menyusun program bagi memupuk kecintaan terhadap seni,

39

Page 38: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

warisan dan budaya melalui kurikulum kesenian, membina sekolah seni, meningkatkan

kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) sertamembudayakan penggunaan tulisan jawi. Bagi memupuk kefahaman yang jelas tentangpendekatan Islam Hadhari, pelbagai aktiviti untuk bimbingan melalui siri ceramah, seminar dan penerbitan bahan bacaan berkaitan Islam Hadhari akan dilaksanakan.

2. Membangunkan modal insan

Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyaiilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai

jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasiberkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik,berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional,

mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupayamenjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Bagi mencapai dasar danmatlamat tersebut, fokus pembangunan modal insan sepanjang tempoh RancanganMalaysia Kesembilan (RMK-9) adalah:-

❶ Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar.

KPM akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah AgamaNegeri (SAN) akan diteruskan. Pelaksanaan mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah-

sekolah akan diperluaskan. Peruntukan belanja mengurus akan ditingkatkan bagi sekolahkerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

❷ Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan

kemahiran.Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah

Menengah (KBSM) akan dikaji semula agar lebih menekankan kemahiran berfikir arastinggi. Budaya cintakan ilmu pengetahuan akan dipupuk dengan menggalakkan tabiat

membaca. Penerbitan dan penterjemahan pelbagai jenis bahan bacaan sama ada dalambentuk bercetak atau bukan bercetak akan dipergiatkan. Bagi menjayakan ProgramPembestarian Sekolah, infrastruktur yang mencukupi akan disediakan seperti komputer,

televisyen dan cakera video digital (DVD). Bagi memastikan program ini dapat beroperasidengan lancar, program latihan dan bimbingan akan diadakan iaitu Latihan AsasPenggunaan Komputer, Latihan Penggunaan Komputer untuk pengajaran danpembelajaran (P&P), Latihan Penggunaan Perisian Khusus dan latihan Penggunaan

Televisyen Pendidikan (TVP) dalam P&P. Beberapa pendekatan P&P baru akandiperkenalakn supaya menarik minat para pelajar seperti program F1 TechnologyChallenge dan Robotik.

40

Page 39: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

❸ Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan ketrampilan.

Kemahiran berkomunikasi merentas kurikulum dan kokurikulum denganmemperbanyakkan aktiviti literasi dan secara langsung akan dipergiatkan. MPV akandiperluas di sekolah-sekolah selain memastikan pelajar menguasai kemahiran ICT. Bagimembina penampilan diri yang positif, aktiviti bina diri seperti kerja berpasukan dan

pembinaan karakter akan diperbanyakkan. Ceramah, seminar, motivasi dan bengkelberunsur pembangunan insan akan ditingkatkan bagi memupuk nilai-nilai murni, budibahasa dan adab di kalangan pelajar. Kerja amal dalam masyarakat setempat seperti dirumah orang tua dan anak yatim juga akan diperbanyakkan. Aspek keselamatan,

kesihatan dan kebersihan (3K) turut diberi keutamaan. Program Amalan KebersihanSekolah turut dimantapkan sepanjang RMK-9.

❹ Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik.KPM akan mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan

kandungan kepada kemahiran atau daripada bersifat ujian kepada kebolehan am. Bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam juga akan dikurangkan bagi matapelajaran tertentu. Sistem penggal akan dikaji semula dan digantikan dengan sistemsemester bagi menjadikan suasana persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan. Bagi

memantapkan kualiti system pentaksiran dan penilaian, standard prestasi kebangsaanbakal diperkenalkan untuk dibandingkan dengan standard negara lain.

❺ Memantapkan program kokurikulum dan sukan.

Budaya bersukan dan kokurikulum akan diterapkan kepada pelajar denganmenyediakan kemudahan serta peralatan sukan yang mencukupi di semua sekolah tidak kira lokasinya. KPM akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan

Majlis Sukan Negara (MSN) untuk melaksanakan program pembangunan sukan lebihmenyeluruh di samping mengenal pasti sekolah yang dapat dijadikan Pusat Sukan Daerahdan Negeri. Bagi meningkatkan semangat patriotik, Rukun Negara akan dipelajari dandihayati dari peringkat awal persekolahan. Penubuhan Kelab Rukun Negara akan

dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah.

❻ Memperkukuh disiplin pelajar.

Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, kempen melibatkan penglibatan ibu bapadalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Kempen Pencegahan Salah Laku akan diperhebatkan. Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya 2005 akan dilaksanakan disekolah rendah secara berperingkat dengan menerapkannya ke dalam mata pelajaran

bahasa Melayu.

❼ Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin dengan mempelbagaikan

saluran aduan terus.

Saluran aduan terus akan dipelbagaikan termasuk talian terus, e-mail, faks dankhidmat pesanan ringkas (SMS).

41

Page 40: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

❽ Memantapkan kurikulum.

Pelaksanaan j-QAF kepada murid Islam dan Pendidikan Moral kepada bukan Islamakan diperluaskan. Selain itu, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan diperluaspelaksanaannya ke Tahap Dua sekolah rendah dan sekolah menengah.

❾ Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi. Ini akan dilakukan dengan

menjalankan pelbagai aktiviti bagi membangunkan modal insan.

3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Dalam PIPP, tumpuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) diberi kepada sekolahrendah. Ini kerana SK berperanan penting sebagai tapak untuk menyemai serta memupukperpaduan di antara kaum dari peringkat awal persekolahan. Ciri-ciri SK perkasa ialah :

Infrastruktur lengkap dan berkualiti.

Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai 3M.

Beraspirasi nasional.

Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil.

Pencapaian akademik cemerlang.

Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi.

Iklim dan budaya sekolah yang sihat.

Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan.

Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan.

Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.

4. Merapatkan jurang pendidikan di luar bandar

PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan

infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, iaturut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar. Tumpuan akan diberi kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak.KPM turut memfokuskan untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik dengan

menambah bilangan komputer, TV Pendidikan, video teleconferencing, SchoolNet,mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid dan guru luar bandar.

Beberapa langkah telah dikenal pasti untuk meningkatkan penyertaan Orang Asli danminoriti iaitu meningkatkan penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira).

5. Memartabatkan profesion perguruan

Guru-guru yang baru menamatkan pengajian perguruan dari maktab atau institusipengajian tinggi akan diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman dahulu tanpasebarang pengecualian. KPM akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim insurans khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah

guru dan kemudahan asas yang sempurna.

42

Page 41: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) secara berpusat akan digubal bagi memberi

penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. Ia akan memberifocus kepada membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat LatihanKeguruan, Sistem Penyaluran, rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT),Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System.

Guru tugas-tugas khas bakal menikmati elaun baru apabila PIPP 2006-2010 dilaksanakan

sepenuhnya. Pelbagai keistimewaan bakal dilaksanakan seperti mewujudkan laluanpantas untuk kenaikan gred DG berasaskan merit dan prestasi akan dilaksanakan,kemudahan tempat tinggal di kawasan pedalaman dan Bandar besar akan disediakan dan

menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.

6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam system pendidikan

negara, dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda arasyang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikanyang ada iaitu mengikut bidang khusus (niche areas) masing-masing. Hal ini kerana padamasa ini terdapat pelbagai jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Institusi-

institusi model yang dapat dijadikan contoh akan dibangunkan supaya dapat dijadikan showcase di peringkat antarabangsa. Ia bertujuan untuk membuktikan keupayaan sistempendidikan negara di samping membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat

Kecemerlangan Pendidikan.

Dalam pada itu, sebanyak 300 buah institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang

dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut

elemen berikut :

Elemen utama (pencapaian purata, kokurikulum).

Elemen sokongan (pengurusan dan pentadbiran sekolah, ketrampilan guru,pengurusan kewangan yang cekap, penglibatan ibu bapa dan masyarakat).

●●●Kesimpulan

Dengan termeterainya PIPP 2006-2010, diharapkan bidang pendidikan bukan sahajadapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda tetapijuga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk memikul amanah bagimembantu memajukan negara. Modal insan yang mempunyai celik minda dan nilai-nilai

ditambah sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya. Negara perlu melahirkan lebih ramai Ulul-Albab (pemikir) yang bersyukurkerana mereka merupakan golongan yang mampu melaksanakan amanah bagi membawa

kebaikan kepada negara.

43

Page 42: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

4.14 Sekolah Kluster

Sekolah Kluster ialah sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia.

Sehingga kini, beberapa buah sekolah telahpun diisytiharkan sebagai sekolah kluster sejak 30 Mac 2007.

●●●Latar Belakang

Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk PembangunanPendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan SekolahKluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya

dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan

di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

●●●Definisi

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid.

Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistempendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalamkluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

●●●Tujuan

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistempendidikan Malaysia.

●●●Pelaksanaan

Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster.Jawatankuasa tersebut ialah:-

○ Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

○ Panel Penasihat- dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri PanglimaDr. Abdul Rahman Arshad

○ Jawatankuasa Pelaksana - dipengerusikan oleh Timbalan Ketua PengarahPelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yangmelibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandanganstakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel

Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkankepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan

jayanya.

44

Page 43: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●●Kriteria pemilihan

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:

❶ Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah JenisKebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan SekolahOrang Asli.

❷ Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP),Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalampersekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.

❸ Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah PendidikanKhas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).❹ Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta

❺ Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:-

1. Prasyarat Pertama

Pengukuran Standard Sekolah-Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang

berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

2. Prasyarat Kedua

Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahunberturut-turut:

SBP

SMKASMT

: GPS 2.5 dan ke bawah

: GPS 3.0 dan ke bawah: GPS 4.0 dan ke bawah

SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah

Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)

Sekolah Rendah Harian -80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajarandalam UPSR, atau Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atauGPS UPSR : 2 dan ke bawah.

Syarat pemilihan:-

1.

2.3.4.5.

Kecemerlangan murid dalam aspek:

AkademikKokurikulum SahsiahPengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.

45

Page 44: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

6.

7.8.9.10.

11.

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.

Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.Keberkesanan pelaksanaan program KPM

Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas bolehmengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:

Langkah 1: Penerimaan pencalonan

Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah KlusterLangkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal ProfesionalLangkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat

Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran

4.15 Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional

*Pengkhususan bidang

●●●PengenalanPerubahan era globalisasi masa kini menjadikan pendidikan teknik dan vokasional salahsatu agenda utama negara terhadap pembangunan negara melalui visi dan misi negara

iaitu Wawasan 2020 dalam mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Oleh itu, dalamusaha mencapai taraf negara maju tersebut beberapa perkara perlu diambil perhatianoleh pihak tertentu iaitu yang pertama, penambahan tenaga kerja dalam bidang berkaitanteknik dan vokasional dan yang kedua penambahan institusi pendidikan teknik dan

vokasional. Namun demikian, tahukah anda bagaimana pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia ini berkembang bagi merealisasikan impian negara?. Maka, dalam kajian iniakan mengupas sejarah perkembangan teknik dan vokasional di Malaysia.

◊ PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI ZAMAN IMPERIALISME BARAT

●●●Sebelum Zaman Kolonialisme British

Pendidikan di Tanah Melayu bermula sejak kewujudan Empayar Melaka lagi sewaktuperkembangan ajaran Islam ke rantau Asia Tenggara. Masyarakat pada ketika itu,menuntut ilmu berpusatkan rumah-rumah guru dan surau-surau. Selepas berlakupertambahan bilangan anak murid maka wujudkan sekolah pondok dengan sukatan

berdasarkan kurikulum Masjid Al-Haram di Makkah.

Reformasi kecil telah berlaku setelah kehadiran Portugis pada tahun 1511 apabila mereka telah memperkenalkan pendidikan berasaskan agama Kristian mazhab Roman Katolik.

Kemudian, apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda pula, menyebabkan berlakunyaperubahan daripada mazhab Katolik ke mazhab Protestant di Melaka pada ketika itu.

46

Page 45: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Kebanyakkan masyarakat pada ketika itu menerima ilmu kemahiran secara tidak formal

seperti kemahiran berladang atau berkebun, bersawah, bertukang kayu dan logam,membuat keris dan kerja-kerja kraftangan seperti anyaman.

●●●Semasa Zaman Kolonialisme British

•Sebelum Perang Dunia KeduaSemasa British menjajah Tanah Melayu, British telah mengategorikan sistem pendidikankepada lima peringkat iaitu:

• Pendidikan Rendah

• Pendidikan Menengah• Latihan Perguruan• Pendidikan Teknik dan Vokasional

• Pendidikan Tinggi

Pendidikan teknik dan vokasional turut diberi perhatian oleh kerajaan British pada ketikaitu. Sejarah perkembangannya bermula pada tahun 1900. Orang-orang Melayu yangberkemahiran dalam seni menganyam, menyulam dan mengukir diambil untuk menjadi

tenaga pengajar di sekolah-sekolah Melayu yang berdekatan dengan Kuala Lumpur.

Kemudian, pada tahun 1905 Sekolah Teknik Treacher Kuala Lumpur telah dibuka untukmemberi latihan kepada pembantu-pembantu teknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukurdan Keretapi Tanah Melayu. Pada tahun 1918 pula, Suruhanjaya Pendidikan Teknik dan

Industri telah dibentuk untuk mengkaji keperluan pelajaran vokasional dan teknik diNegeri-negeri Tanah Malayu.

Pada tahun 1923, Pusat Latihan Pertanian telah ditubuhkan bagi memberi latihan kepada

orang Melayu mengenai cara-cara berladang dan berkebun. Kemudian, pada tahun 1926,Sekolah Teknik telah ditubuhkan dan kemudiannya pada tahun 1941 statusnya telahditukar ke Maktab Teknik dan dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Malaysia padatahun 1972. Bagi memberi pendidikan yang lebih mendalam kepada Pegawai-pegawai

pertanian, Sekolah Pertanian telah diwujudkan pada tahun 1931 di Serdang, Selangor dankemudian dinaik taraf sebagai Kolej Pertanian sebelum diiktiraf sebagai Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1972 dan hari ini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.

•Selepas Perang Dunia Kedua

Beberapa dasar telah diperkenalkan oleh British dalam pendidikan di Tanah Melayuselepas menghadapi Perang Dunia Kedua bagi memantapkan sistem pendidikan dan

kepentingan politik mereka di Tanah Melayu.

British telah memperkenalkan Laporan Barnes (1951) yang telah dipengerusikan oleh L.J.Barnes yang merupakan Pengarah Bahagian Latihan Sosial, Universiti Oxford telahmenyatakan hasrat untuk mendirikan sekolah vokasional moden yang mengutamakan

matapelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga. Namun, rancangan beliau

47

Page 46: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

gagal kerana laporan beliau gagal untuk mencadangkan penambahbaikan kepada

sekolah-sekolah Melayu tanpa merombak semula sistem pendidikan secara keseluruhan.

Menyedari bahawa masyarakat cina di Tanah Melayu juga ingin mejaga kepentinganmereka, maka satu laporan yang dikenali sebagai Laporan Fenn-Wu (1952) telahdiperkenalkan oleh Dr. Fenn yang merupakan Setiausaha Kerja Bersekutu kepadaLembaga Amanah bagi beberapa buah universiti di China dan beliau telah dibantu oleh

Dr.Wu yang merupakan petugas di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Dalamlaporan ini, sekolah cina ingin meminta bantuan pusat dan latihan perguruan untuk

masyarakat cina.

Melihat kepada laporan-laporan yang telah dibentangkan, maka kerajaan British telahmengambil jalan tengah dengan memperkenalkan satu ordinan yang dikenali sebagaiOrdinan Pelajaran 1952. Ordinan ini telah mengkaji kedua laporan dan mengambilkeputusan untuk memperkenalkan sekolah kebangsaan, bahasa Melayu dan Inggeris

diperkenalkan di sekolah-sekolah jenis kebangsaan, sekolah aliran Ingeris dikekalkan,pendidikan agama Islam dijalankan untuk murid-murid beragama Islam, dan penubuhanSekolah Menengah Vokasional dicadangkan dan termaktub sebagai Polisi Pelajaran

Kebangsaan.

◊ SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH TEKNIK VOKASIONAL DAN PERTUKANGAN

Penubuhan sekolah teknik bermula pada tahun 1905. Sekolah teknik pertama ialah

Sekolah Teknik Treacher yang dikelolakan oleh Jabatan Kerjaya Raya Negeri-negeriMelayu Bersekutu. Tujuan penubuhan sekolah teknik ini adalah untuk melahirkan pembantu-pembantu jurteknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keretapi Tanah Melayu dan

Jabatan Ukur.

Pada tahun 1914, telah berlaku perang dunia kedua menyebabkan semua jabatan-jabatantersebut ditutup. Sekolah teknik juga turut ditutup. Pada tahun 1918, sekolah teknik telahdibuka semula dan telah diambil alih oleh Jabatan Pelajaran pada tahun 1931. Sekolah

teknik ini telah menerima pelajar-pelajar dari agensi swasta pada tahun 1933. Antarakursus yang diperkenalkan ialah kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal dankejuruteraan ukur.

Sekolah pertukangan atau Trade School bermula pada tahun 1926 dengan tertubuhnya 4

buah sekolah pertama di Kuala Lumpur. Guru terdiri daripada orang eropah yang ditadbiroleh seorang pengetua dibawah kelolaan Jabatan Pelajaran. Bertujuan untuk melahirkanmekanik-mekanik terlatih untuk memenuhi keperluan di Jabatan Keretapi dan di sekolah-sekolah untuk mata pelajaran pertukangan. Murid akan mengikuti kursus selama 3 tahun.

Latar belakang murid kebanyakkannya merupakan pelajar yang gagal untuk meneruskanpelajaran ke sekolah menengah. Tiga mata pelajarn menjadi teras iaitu seni perusahaan,sains pertanian dan sains rumah tangga.

48

Page 47: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

◊ PENUBUHAN POLITEKNIK DI TANAH MELAYU

Pada tahun 1964, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV), Kementerian

Pelajaran Malaysia telah ditubuhkan dan dipertanggungjawab untuk mempromosikanpendidikan teknikal dan vokasional. Bahagian ini seterusnya diberi status jabatan dandinamakan Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek) pada tahun 1995. Selain merangkapolisi, jabatan baru ini juga bertanggungjawab menentukan halatuju pendidikan teknikal

dan vokasional selaras dengan program pengindustrian dan modernisasi Negara. Satubadan khusus telah ditubuhkan bertanggungjawab dalam mengurus politeknik iaitu

Bahagian Pengurusan Politeknik.

Pendidikan Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui Pelan Colombo pada tahun1969 dengan penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Inidikukuhkan lagi melalui satu resolusi yang telah dipersetujui oleh Jemaah Kabinet dalamPelan Perlaksanaan Pendidikan (1979) dan Pelan Industri Kebangsaan pada tahun 1985 –

1995. Keputusan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan(1991) sekali lagi memberi ruang kepada penambahan bilangan politeknik dan penawaran kursus-kursus bagimemenuhi permintaan tenaga separa profesional dalam bidang kejuteraan, perdagangan

dan hospitaliti.

Perubahan struktur kabinet kerajaan Malaysia pada tahun 2004 telah mengubahpengurusan politeknik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia ke kementerian baruiaitu Kementerian Pengajian Tinggi dimana pengoperasian politeknik diletakkan di

bawah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang ditubuhkan padaTahun 2005. Bermula 1 September 2007, Bahagian Pengurusan Politeknik dikenalisebagai Sektor Pengurusan Politeknik dan diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah(Pengurusan Politeknik), Tn Hj Mokhlis bin Jaafar.

◊ PENUBUHAN BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional ( BPTV )ditubuhkan pada tahun 1964. Pada

awalnya, penubuhan bahagian ini berfungsi untuk memastikan kesinambungan polisipendidikan dan perkembangan Pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia.

Antara bidang operasi yang terdapat di BPTV pada ketika itu ialah menyediakanperkhidmatan dalam penyelidikan, perancangan, pelaksanaan, pengkoordinasian,

pengawasan dan pemantauan perkembangan pendidikan teknik dan vokasional sebagai agensi pusat untuk Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional.

Dalam usaha menyelaraskan setiap bidang operasi yang ada di BPTV maka tujuh buahunit diwujudkan, iaitu:

1. Unit Ketukangan Kejuruteraan2. Unit Perdagangan3. Unit Ekonomi Rumah Tangga (ERT)

4. Unit Sains Pertanian

49

5. Unit Kursus Pendek6. Unit Politeknik7. Unit Pentadbiran

Page 48: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Pada tahun 1986, unit di dalam BPTV telah bertambah menjadi sepuluh unit iaitu:

1. Unit Kejuruteraan Awam2. Unit Kejuruteraan Elektrik 3. Unit Kejuruteraan Mekanikal4. Unit Perdagangan

5. Unit ERT

6. Unit Sains Pertanian7. Unit Pembangunan8. Unit Pengurusan pelajar9. Unit Pengurusan

10. Unit Pentadbiran

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dinaik taraf dan bertukar nama sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal pada tahun 1995.

◊ PENUBUHAN MAKTAB PERGURUAN TEKNIK

Selaras dengan syor-syor dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib tentangpendidikan teknik dan vokasional, Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960mencadangkan sebuah maktab perguruan teknik ditubuhkan selewat-lewatnya padatahun 1962. Oleh itu dalam bulan Jun 1960, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk

mendapatkan pakar teknik dari Kanada bagi mengkaji penubuhan maktab perguruanteknik di negara ini.

Kemudian pada bulan Jun 1961, dengan kerjasama Kerajaan Kanada melalui Rancangan

Colombo, dua orang pakar pendidikan teknik dan vokasional Kanada iaitu Encik C.C.Aschroft, pakar kejuruteraan dan bekas Pengetua Maktab Perguruan Teknik Ontario,Kanada dan Encik D.T. Dingwell, bekas guru teknik di Junior Technical Trade School,Kuala Lumpur (1956-1958) telah datang ke negara ini untuk membuat kajian. Hasilnya,

mereka telah mengesyorkan kepada kerajaan beberapa langkah yang perlu diambiltermasuklah anggaran perbelanjaan pembinaan bangunan, reka bentuk bangunan,bengkel, makmal, kurikulum dan sebagainya. Berikutan itu, satu perjanjian kerjasama lima tahun telah ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan

Kerajaan Kanada. Mengikut perjanjian tersebut, Kerajaan Kanada bertanggungjawab untuk menyediakan tenaga pengajar, merangka data kursus dan menganjurkan latihanuntuk kakitangan tempatan di Kanada.

Dengan itu lahirlah Maktab Perguruan Teknik (MPT) pada 17 Mei 1962, selepas tibanya

sekumpulan guru teknik dan vokasional dari Kanada yang diketuai oleh Encik B.F. Addy.Bangunan MPT yang pertama terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Bangunan iniadalah bekas bangunan Kolej Perempuan Melayu (Malay Girl's College) yang telah

berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian pada akhir tahun 1967 apabilaperkhidmatan kakitangan dari Kanada tamat, semua tanggungjawab untuk mengurusmaktab ini diambil alih oleh pegawai-pegawai tempatan.

Peranan maktab ini telah menjadi bertambah penting dengan terlaksananya Sistem

Pelajaran Aneka Jurusan dalam tahun 1965 yang memperkenalkan empat mata pelajaran baru di peringkat sekolah menengah rendah, iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian,Perdagangan dan Sains Rumah Tangga. MPT mula mengendalikan Kursus Pertukangan

pada awal tahun 1970, apabila jabatan berkenaan di Maktab Perguruan Pertukangan di

50

Page 49: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Kuantan dipindahkan ke sini. Pada tahun 1972 kursus Pengajian Perdagangan pula

dimulakan apabila Jabatan Pengajian Perdagangan Maktab Perguruan Ilmu Khasdipindahkan ke maktab ini dalam usaha menggabungkan jurusan teknik dan vokasional.MPT juga telah mengendalikan latihan perguruan dalam tiga komponen kursus Kemahiran Hidup: Ekonomi Rumah Tangga, Kemahiran Manipulatif Tambahan dan

Pertanian sejak 1989 sehingga kursus-kursus tersebut dipindahkan ke Maktab PerguruanBatu Pahat dalam tahun 1992. Mulai tahun 2006, MPT dinaiktarafkan dengankemampuan menganugerakan Ijazah Perguruan kepada para pelajarnya. Ia mula dikenalisebagai Institut Perguruan Teknik (IPTKL).

●●●PENUTUP

Bagi merealisasikan impian negara iaitu menjadikan Malasia sebgai negara majumenjelang tahun 2020, maka pelbagai perubahan perlu dibentuk berdasarkan

pengalaman-pengalaman yang lalu. Kita hendaklah memastikan bahawa setiapperancangan dan tindakan selari dengan dasar yang telah digariskan oleh kementerian seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan sebagainya. Setiap guru perlu membuat anjakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran selari dengan perubahan globalisasi yang berlaku.ICT merentas kurikulum boleh dipraktikkan oleh guru sebagai salah satu bahan bantu

mengajar di dalam kelas.

51

Page 50: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

BAB 5

KURIKULUM

5.1 Teori Pendidikan dan Kurikulum 5.2 Kurikulum Prasekolah5.3 Kurikulum Baru Sekolah Rendah5.4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

5.5 Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah5.6 Pengurusan Kurikulum 5.7 Program JQAF

5.8 Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (Kia2M)

5.1 Teori Pendidikan dan Kurikulum

Kurikulum memiliki keterkaitan yang sangat erat dengan teori pendidikan. Suatu

kurikulum disusun dengan mengacu pada satu atau beberapa teori kurikulum dan teori kurikulum dijabarkan berdasarkan teori pendidikan tertentu. Nana S. Sukmadinata (1997) mengemukakan 4 teori pendidikan, iaitu :

(1). Pendidikan Klasik(2). Pendidikan Peribadi

(3). Teknologi Pendidikan (4). Teori Pendidikan Interaksional

(1) Pendidikan Klasik (Classical Education)

Teori pendidikan klasik berlandaskan pada falsafah klasik, seperti Perenialisme,Eessensialisme, dan Eksistensialisme dan memandang bahawa pendidikan berfungsi sebagai kebolehan memelihara, mempertahankan dan meneruskan warisan budaya. Teori

pendidikan ini lebih menekankan peranan isi kandungan pendidikan daripada proses. Isikandungan pendidikan atau materi diambil daripada khazanah ilmu pengetahuan yang ditemukan dan dikembangkan para ahli tempo dulu yang telah disusun secara logik dan sistematik. Dalam aplikasinya, pendidik mempunyai peranan besar dan lebih dominan,

sedangkan pelajar memiliki peranan yang pasif, sebagai penerima informasi dan tugas-tugas dari pendidik.Pendidikan klasik menjadi sumber bagi pengembangan model kurikulum subjek

akademik, iaitu suatu kurikulum yang bertujuan memberikan pengetahuan yang solidserta melatih pelajar menggunakan idea-idea dan proses “penelitian”, melalui kaedahekspositori dan inkuiri.

(2) Pendidikan Peribadi (Personalized Education)

Teori pendidikan ini bermula daripada andaian bahawa anak-anak telah memiliki potensi-potensi tertentu sejak dilahirkan. Pendidikan seharusnya dapatmemperkembangkan lagi potensi-potensi yang dimiliki pelajar dari segi keperluan dan

minat mereka. Dalam hal ini, pelajar menjadi subjek utama pendidikan, sedangkan

52

Page 51: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

pendidik hanya menempati posisi kedua, yang lebih berperanan sebagai pembimbing,

pendorong, fasilitator dan pelayan pelajar.

Teori ini terbahagi kepada dua cabang utama iaitu pendidikan progresif dan pendidikan romantik. Pendidikan progresif dengan tokoh pemulanya- Francis Parker dan John Dewey- memandang bahawa pelajar merupakan satu kesatuan yang utuh. Material pengajaran berasal dari pengalaman pelajar sendiri yang sesuai dengan minat dan keperluannnya.

Mereka merefleksi masalah-masalah yang muncul dalam kehidupannya. Hasil daripada refleksinya itu, mereka dapat memahami dan menggunakan sesuatu pelajaran itu dalam kehidupan. Pendidik lebih merupakan ahli dalam metodologi dan membantu

perkembangan pelajar sesuai dengan kemampuan masing-masing. Pendidikan romantik berpangkal dari pemikiran-pemikiran J.J. Rouseau tentang tabula rasa, yang memandangsetiap individu dalam keadaan fitrah, memiliki nurani kejujuran, kebenaran dan

ketulusan.

Teori pendidikan peribadi menjadi sumber bagi perkembangan model kurikulum humanistik, iaitu suatu model kurikulum yang bertujuan memperluas kesedaran diri danmengurangkan kerenggangan dan keterasingan dari lingkungan dan proses aktualisasi

diri. Kurikulum humanistik merupakan reaksi atas pendidikan yang lebih menekankan pada aspek intelektual (kurikulum subjek akademik).

(3) Teknologi Pendidikan

Teknologi pendidikan ialah suatu konsep pendidikan yang mempunyai persamaan dengan pendidikan klasik tentang peranan pendidikan dalam menyampaikan informasi.Namun begitu, terdapat juga perbezaan antara kedua konsep pendidikan tersebut. Dalam tekonologi pendidikan, apa yang lebih diutamakan adalah pembentukan dan penguasaan

kompetensi atau kemampuan-kemampuan praktis, bukan pemeliharaan budaya lama.

Dalam konsep pendidikan teknologi, isi pendidikan dipilih oleh ahli bidang-bidangkhusus. Isi pendidikan seperti data-data objektif dan keterampilan-keterampilan yang

yang mengarah kepada kemampuan vocational disusun dalam bentuk desain program atau desain pengajaran dan disampaikan dengan menggunakan bantuan media elektronik dan para pelajar dapat mempelajarinya secara individual.

Pelajar berusaha untuk menguasai sejumlah besar bahan dan pola-pola kegiatan secara

efisien tanpa refleksi. Keterampilan-keterampilan barunya segera digunakan dalam masyarakat. Guru berfungsi sebagai pengarah pembelajaran (director of learning), lebih banyak tugas-tugas pengelolaan berbanding penyampaian dan pendalaman bahan.Teknologi pendidikan menjadi sumber untuk perkembangan model kurikulum teknologi,

iaitu model kurikulum yang bertujuan untuk memberikan penguasaan kompetensi bagi para pelajar, melalui kaedah pembelajaran individual, media buku atau pun elektronik,sehingga mereka dapat menguasai sesuatu pelajaran.

53

Page 52: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

(4) Teori Pendidikan Interaksional

Pendidikan interaksional ialah suatu konsep pendidikan yang bermula dari pemikiranmanusia sebagai makhluk sosial yang senantiasa berinteraksi dan bekerja sama denganmanusia lain. Pendidikan sebagai salah satu bentuk kehidupan juga berasakan kerja sama dan interaksi. Dalam pendidikan interaksional, penekanan interaksi terbahagi kepada dua

pihak iaitu interaksi daripada guru kepada pelajar dan interaksi daripada pelajar kepada guru. Selain itu, interaksi ini juga terjadi antara pelajar dengan material pembelajaran danlingkungan, antara pemikiran manusia dengan lingkungannya.

Interaksi ini terjadi melalui berbagai bentuk dialog. Dalam pendidikan interaksional,

pelajar akan lebih kepada mempelajari fakta. Seterusnya, pelajar mengadakan pemahaman eksperimental dari fakta-fakta tersebut, memberikan interpretasi yangbersifat menyeluruh serta memahaminya dalam konteks kehidupan. Falsafaht yang melandasi pendidikan interaksional adalah falsafah rekonstruksi sosial.

Pendidikan interaksional menjadi sumber untuk perkembangan model kurikulum

rekonstruksi sosial, iaitu model kurikulum yang memiliki tujuan utama menghadapkanpara pelajar pada tentangan, ancaman, hambatan-hambatan atau gangguan-gangguan

yang dihadapi manusia. Pelajar didorong untuk mempunyai pengetahuan yang cukup tentang masalah-masalah sosial yang mendesak (crucial) dan bekerja sama untuk

menyelesaikannya.

●●●TEORI-TEORI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Teori BehaviourismeTeori ini dikenali umum sebagai aliran mazhab tingkah laku yang mengutamakanpembelajaran kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mengikut Pavlov (1962),

setiap rangsangan menimbulkan gerakbalas dan berlaku pembelajaran apabila terdapatperkaitan antara ransangan dan gerakbalas. Pembelajaran berlaku kerana ada perkaitan antara dua rangsangan yang dinamakan stimuli. Teori Skinner pula menekankanpeneguhan positif dan peneguhan negatif bertujuan untuk menambahkan kebarangkalian

berulangnya sesuatu tingkahlaku dan bukan untuk menghentikannya. Peneguhan positif ialah untuk menentukan tingkah laku positif dengan maklumbalas yang positif.Contohnya, pujian terhadap murid-murid yang memberikan jawapan yang betul.

Peneguhan negatif pula diberi untuk memberi kesan yang tidak menyeronokkan atau tidak menyenangkan seseorang individu. Contohnya, denda yang dikenakan kepada pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah. Kesimpulannya, teori behaviourisme memberi tingkahlaku yang ingin dilihat, diukur dan dinilai. Tingkahlaku ini boleh

dibentuk melalui persekitaran dan peneguhan yang diberi.

2. Teori KognitifTeori kognitif lebih menumpukan kepada aspek pemikiran pelajar. Setiap pelajar

mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula

54

Page 53: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

segala pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Menurut Bloom (1950),

aras pengetahuan terbahagi kepada 6 iaitu:

1. Pengetahuan2. Kefahaman3. Aplikasi4. Analisis

5. Sintesis6. Penilaian

*selanjutnya akan dibincangkan dalam bab seterusnya...Taksonomi Bloom

3. Teori Pembelajaran GagneTeori pembelajaran Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Mengikut Gagne, organisma menerima pelbagai jenis rangsangan daripada

persekitarannya secara sedar dan tidak sedar. Rangsangan ini akan diterima dan diproses oleh deria-deria orgnisma. Setiap individu akan menilai input daripada persekitarannya, mentafsirkannya dan memindahkannya kepada tindakbalas tertentu.

Rangsangan diproses oleh sistem saraf untuk dikenali dan diletakkan dalam bahagian otak ingatan jangka Gagne juga mengatakan bahawa pembelajaran dan penyampaian isi

pengajaran mesti bergerak daripada aras paling mudah kepada yang lebih kompleks. Beliau mengemukakan 8 fasa yang melibatkan proses pembelajaran:

I) Motivasi

ii) Kefahamaniii) Pemerolehaniv) Penahanan

4. Teori Konstruktivisme

v) Mengingat Kembali

vi) Generalisasi vii) Pelakuanix) Maklum Balas

Teori konstruktivisme pada dasarnya menekankan pembinaan konsep yang asassebelum konsep itu dibangunkan dan kemudiannya diaplikasikan apabila diperlukan .Menurut Brooks (1998), manusia membentuk pemikiran dan membina pemahaman

berdasarkan peristiwa yang mereka alami sebelum ini. Ini merujuk kepada teori konstruktivisme yang menekankan pembinaan konsep melalui pengetahuan lepas. Menurut Jones (1997) pula, konstruktivisme ialah proses menambah dan mensintesis maklumat baru berpandukan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan satu maklumat

baru. Kesimpulannya, konstruktivism ialah proses membuat analisis dan menilaimaklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan yang sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru. Hasilannya, individu tersebut akan membentuk pemahamannya sendiri dan suatu konsep tertentu berhubung

pengetahuan dan maklumat berkenaan.

55

Page 54: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Prinsip-prinsip Konstruktivisme

1. Pengetahuan dibina pelajar. 2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain

afektif dan domain psikomotor.

4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman. 5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri. 6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.7. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.

8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.

Guru perlu mengenalpasti cara untuk mengaitkan pengajaran dengan pengetahuan sediaada pelajar supaya pelajar dapat menggambarkan perkara yang diajar dan memudahkan mereka untuk faham. Menurut Sells dan Glasgow (1998), konstruktivism menekankan

penerokaan dan penemuan kendiri melalui aktiviti penyelesaian masalah. Oleh itu, teori ini sesuai digunakan untuk gaya pembelajaran reflektif kerana pelajar mengaitkan pengetahuan dan pengalaman lepas untuk membentuk pemahaman baru. Aktiviti-aktivitiyang dilaksanakan ialah melalui perbincangan, perdebatan, eksplorasi, pembinaan dan

kolaboratif.

5. Teori Sosial

Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teorimazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali sebagaiTeori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan

menggunakan pendekatan ‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada

kefahaman pelajar.

6. Teori Multiple IntelligenceMenurut Alick (1999), teori multiple intelligence diperkenalkan oleh Howard Gardner.Teori ini mencadangkan 8 jenis kecerdasan yang mungkin dimiliki oleh setiap

individu yang boleh membantu pembelajaran mereka iaitu:

Linguistik

Logikal

Jenis Sifat

Pelajar menggunakan bahasa secara berkesan danmempunyai keupayaan auditori yang optimum.

Belajar paling baik melalui pendengaran .

Tidak membina gambaran mental .

Suka bercakap.

Gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan.

Pemikiran secara konsep, abstrak.

Berkebolehan menjelajahi dan menghubungkait.

56

Page 55: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Bodily / Kinesthetic

Visual / spatial

Muzik

Interpersonal

Intrapersonal

Naturalist

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Gemar pembuktian, pengiraan, permainan berasaskanlogik dan menyelesaikan puzzle

Gemar pergerakan aktif dalam pembelajaran.

Mempunyai kemahiran berkomunikasi melalui bodylanguage dan aktiviti fizikal.

Cemerlang dalam aktiviti 'hands-on'.

Sukar memberi tumpuan dan fokus.

Perlukan visual untuk membina kefahaman.

Belajar paling berkesan melalui gambar dan imej.

Menukar apa yang dibaca dan didengar kepada gambaran mental.

Cemerlang dalam pembelajaran bilik darjah.

Sensitif terhadap irama dan bunyi.

Boleh belajar dengan muzik latar belakang.

Suka berinteraksi dengan individu lain.

Belajar paling baik melalui aktiviti berkumpulan.

Sensitif.

Belajar paling baik secara individu.

Mampu berinteraksi dengan persekitaran.

7. Teori Humanisme

Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosidan perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiapindividu itu mempunyai cara belajar yang berbeza denganindividu yang lain. Oleh itu,

strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak danperkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan

memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

●●●MODEL PENGAJARAN

1. Model Robert GlazerRobert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia

ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Beliau juga menekankan maklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, objektif pengajaran harus ditentukan sesuai dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian, kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan

pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segala proses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan, agar guru dapat

57

Page 56: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

mengubahsuai proses pengajarannya, demi meningkatkan keberkesanan pengajaran pada

masa hadapan. Kesimpulannya, Model Pengajaran Robert Glaser dibina berlandaskankonsep pengajaran sebagai suatu proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.

2. Model TabaModel Pengajaran Taba pula menekankan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam

suatu sistem yang sesuai yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Penyusunan maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah diutamakandalam model ini. Model ini menerangkan bahawa seseorang pelajar melakukan operasi

kognitif ke atas bahan pengajaran atau pemilihan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat seperti berikut; menyusun data atau fakta dengan memerhaticiri-ciri persamaan dan perbezaan, menggolong dan mengelas fakta-fakta menjadikategori dan memberi label kepadanya, membuat generalisasi atau kesimpulan

atas hubungan-hubungan antara kategori-kategori itu, dan mengaplikasigeneralisasi yang diperolehi. Rumusannya, dengan merujuk kepada model ini, guru dapat merancang pengajaran dengan membahagikan topik kepada generalisasi, konsep

dan fakta-fakta yang berguna untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai.

3. Model Latihan TerusModel Arahan Terus pula merupakan satu model pengajaran yang bertujuan untukmembantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yang boleh diajar

dengan cara langkah demi langkah. Model ini juga dikenali sebagai ‘Model Latihan’ dan‘Model Pengajaran Aktif’. Model ini dibentuk khas untuk merangsang pembelajaran pelajar berkaitan pengetahuan berprosedur (procedural knowledge) yang memerlukansama ada kemahiran asas atau komprensif dan juga berkaitan ilmu pengetahuan yang

memerlukan pengajaran langkah demi langkah. Model ini menekankan aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar melakukannya semula.

4. Model InkuiriModel Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapanatau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis,

merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkanjawapan dan membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapatdua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini

sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih

tinggi seperti di universiti. Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidangpendidikan.

58

Page 57: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●●APLIKASI TEORI DALAM REKABENTUK PERISIAN PPBK

Pada peringkat awal perisian ini , khususnnya set induksi akan memperkenalkan objektif -objektif pembelajaran akan diperlihatkan bagi membolehkan pengguna mengetahui dan membuat pemilihan sama ada sesuai untuk dirinya atau sebaliknya. Dalam teori behaviorisme, set induksi diperlukan untuk membolehkan pengguna khususnya pelajar

menunjukkan tindakbalas dan kesediaan mereka untuk mempelajari cara-cara membina laman web dengan MS Frontpage 2000. Oleh itu, kami akan menggunakan bimbingan, latihan, ganjaran dan pengukuhan bagi menarik minat pengguna untuk terus menggunakannya sehingga ke penghujung perisian. Soalan-soalan berbentuk kuiz akan

disediakan bagi menguji kefahaman. Setiap jawapan yang betul akan diberikan ganjaran seperti mana yang dinyatakan dalam teori behaviorisme. Ini akan membentuk peneguhan positif seterusnya akan masuk dalam ingatan bagi tempoh yang lama.

Untuk mempraktikkan teori kognitif, perisian ini akan menggunakan bahasa yang mudah

difahami dan ringkas bagi menyusun fakta mengikut turutan mudah kepada yang lebih sukar.Di samping itu kami akan cuba mengaitkan dengan memberikan contoh yangberkaitan dengan persekitaran mereka dalam kehidupan seharian. Dengan ini akanmembantu pelajar mudah mengingati pengetahuan yang dipelajari.

Teori kontruktivisme juga akan dipraktikkan oleh pelajar semasa menggunakan perisian

PPBK kerana mereka terpaksa melakukan "hand-on". Pelajar bebas memilih mana-mana

tajuk dan boleh berpindah-randah dari satu tajuk ke tajuk yang lain dengan menggunakan butang navigasi yang disediakan.

Dengan menggunakan bantuan multimedia, sudah tentu teori multiple intelligences akan diaplikasikan bagi membantu menyokong persembahan yang lebih baik dari segi gaya

dan teknik penyampaian sesuatu pengetahuan atau kemahiran lebih-lebih disokong oleh bunyi, video, animasi dan latar yang sesuai. Pembelajaran hyperteks yang berpusatkanpelajar digunakan dan terpulang kepada pelajar untuk menentukan tajuk yang hendak

dimulakan dahulu.

●●●PERBEZAAN INSTRUKSI BEHAVIORISME, KOGNITISME, DAN KONSTRUKTIVISME

ASPEK

Fokus Pengajaran

Instruksi & Manipulasi

BEHAVIORISME

Berfokuskanpembentukantingkah laku pelajar

Pengajar memanipulasikan

perubahan tingkah laku denganpengukuhan terpilih

KOGNITISME

Berfokus kepada transmisi proses pemikiran pelajar

Pengajar memanipulasikan

proses pemikiranpelajar denganmembekalkanmodel mental yang

KONSTRUKTIVISME

Berfokuskanpembinaan mental realiti pelajar.

Pengajar fasilitasikanpemodelan

konseptual pelajar.Pengajar mesti memahami strukturkognitif sedia ada

59

Page 58: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Realiti Yang

dipromosikan

Realiti pelajar

adalah konvergen -semua realitinya

dipusatkan kepada satu realiti yangsama.Pengajaran

berpusatkan realititersebut

perlu diikuti oleh pelajar.

Realiti pelajar

adalah konvergen.

pada pelajar danmembekalkan

aktiviti pembelajaran yang sesuai untukmembantu pelajar membina

pengetahuannya. Menggunakan konteks dan strategi yang benar serta

coaching. Menciptapelbagai persekitaran untuk

pelajar agar ia dapatmelatih berfikir dengan berbagai-bagai kaedah.

Hasilnya ialah pelajar yang lebih bersedia untuk menangani situasi

berbeza-beza.

Realiti pelajar adalah divergen. Pelajar digalakkan untuk

memajukan realitiyang berbeza-beza.

5.2 Kurikulum Prasekolah

●●●MODUL KONSEPTUAL KURIKULUM KEBANGSAAN PRASEKOLAH

Kurikulum prasekolah berasaskan empat prinsip iaitu :

1. Perkembangan diri secara menyeluruh dan bersepadu.

Memberi fokus kepada penyuburan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Potensi murid hendaklah dikembangkan secara bersepadu kerana setiap aspek

perkembangan saling mempengaruhi antara satu sama lain.

60

Page 59: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Individu yang seimbang dan harmonis memiliki:

Kepercayaan kepada TuhanIlmu pengetahuanKemahiran asasAkhlak mulia

Emosi yang stabilkesihatan dan kecerdasan

2. Pembelajaran yang menggembirakan.

Memberi penekanan kepada minat dan semangat untuk belajar. Semangat ini akan dapatdipupuk melalui suasana dan persekitaran pembelajaran yang menarik, selesa, mencabar dan menggembirakan. Suasana yang kondusif untuk belajar dengan sendirinya memupuk

semangat cinta akan ilmu pengetahuan yang akan menjadikan seseorang itu berfikiran luas dan terbuka.

3. Pengalaman pembelajaran yang bermakna.Memberi penekanan kepada penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti sebenar supaya mereka dapat mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman kehidupan seharian . Usaha

ini akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.

4. Pendidikan sepanjang hayat.Suatu usaha yang berterusan untuk mendapatkan dan pemindahan pengetahuan, nilai

murni dan kemahiran. Pengalaman pendidikan prasekolah yang mengembirakan danbermakna akan dapat mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri sesorang sejak kecil hingga ke akhir hayat. Perkembangan murid akan dicapai melalui enam komponen

pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu.

Komponen tersebut adalah seperti berikut:

● Bahasa dan Komunikasi

● Perkembangan Kognitif

● Perkembangan Fizikal dan

● Perkembangan Sosioemosi

● Kerohanian dan Moral

● Kreativiti dan Estatika

Penekanan diberi kepada bahasa yang merentas semua komponen kerana penguasaan bahasa penting dalam proses pembelajaran . Penguasaan kemahiran bahasa boleh diperoleh melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penguasaan

kemahiran bahasa akan membantu murid berfikir, memahami sesuatu konsep,berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan berkomunikasi secara lisan.

Pelaksanaan kurikulum adalah secara bersepadu yang dirancang melalui Amalan

Bersesuaian dengan Perkembangan kanak-kanak (ABP). ABP ialah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaiandengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid.

61

Page 60: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Pendekatan kurikulum berfokus kepada hasil pembelajaran (outcome-based learning)

iaitu memberi penekanan kepada apa yang murid perlu tahu, faham dan buat serta amalkan, hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada apa yang harus diperoleh dan dicapai oleh murid.

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu, murid dapat

menguasai dan memperoleh ciri-ciri berikut:Kecekapan berbahasa dan berkomunikasi

Kemahiran berfikirBerakhlak mulia dan beretika Berkeyakinan dan berdisiplin

Sihat dan cergas dan imaginatif, kreatif dan ekspresif.

5.3 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran

Kebangsaan (1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun1983. Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis

dan mengira. Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Pada tahun1989, Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula

diperkenalkan di semua sekolah menengah. KBSM ini dirancang untukmemperkembangkan potensi individu daripada aspek JERIS secara menyeluruh danbersepadu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yangberilmu, berakhlak mulia serta

berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan, kesejahteraan serta pembangunan negara. Walaubagaimanapun, faktor utama KBSR yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada KBSM pada tahun 1989.

Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang

dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilaietika yang kukuh.

Matlamat Pendidikan PersekolahanMatlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi

pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek,rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak

mulia.

62

Page 61: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Matlamat KBSR

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensimurid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-

aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Objektif KBSR

Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan diperingkat rendah bertujuan untukmembolehkan murid:

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.9.

Menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaandan bahasa rasmi negara;Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah;

Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;Menguasai kemahiran belajar; Menguasai kemahiran berfikir;

Bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;

Membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri; Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusiadan alam sekitar;

10. Menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;

11. Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, keseniandan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;

12. Menjaga kesihatan dan kecergasan diri; 13. Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap

keusahawanan dan produktiviti; 14. Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat

tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;

15. Menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkanakhlak mulia;

16. Membina semangat patriotisme;17. Mengembangkan bakat dan kreativiti; dan

18. Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yangmenjadikannya asas bagi amalan hidup.

63

Page 62: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

●●●Prinsip KBSR

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan:-1.2.

3.4.5.

6.

7.

8.9.

Pendekatan Bersepadu;Perkembangan individu secara menyeluruh;

Pendidikan yang sama untuk semua murid;Pendidikan seumur hidup;Murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiranmelalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan penglaman

hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat;Suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan interaksi sosial, bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid;

Aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkanpemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas;

Aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel;Penekanan kepada nilai (merentas kurikulum);

10. Penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira); dan 11. Penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam

bilik darjah.

●●●Ciri-Ciri KBSR

Ciri-ciri KBSR terbahagi kepada enam perkara. Ciri-cirinya adalah seperti berikut;

64

Page 63: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

●●●Penekanan

Fokus Tahap I

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

1.

2.

3.

4.

Penguasaan kemahiran asas berbahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis);

Penguasaan nombor dan operasi asas mengira;Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran; dan

Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

Fokus Tahap II1.2.

3.

4.5.

6.

Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian

masalah;Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain;Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran;

Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni.

●●●Struktur KBSR

Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-

i.ii.iii.

Komunikasi;Manusia dan Alam Kelilingnya; dan Perkembangan Diri Individu.

Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada

struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-

● Kemahiran Asas; ● Kerohanian, nilai dan sikap

● Manusia dengan Persekitaran; ● Kemahiran Hidup; dan

● Kesenian dan Kesihatan; ● Kokurikulum.

●●●Bidang Pelajaran

Matapelajaran

Bidang

Komunikasi

Manusia dan

Persekitaran

Komponen

Kemahiran Asas

Sikap , Nilai dan

Spiritual

Fasa 1

Bahasa MelayuBahasa InggerisBahasa CinaBahasa Tamil

Matematik

Pendidikan IslamPendidikan Moral

65

Fasa 2

Bahasa MelayuBahasa InggerisBahasa CinaBahasa Tamil

Matematik

Pendidikan IslamPendidikan Moral

Page 64: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Sains

Perkembangan Diri

Individu

Kemahiran Hidup

Seni dan Riadah

Kokurikulum

-

-

Pendidikan Muzik Pendidikan SeniPendidikan Jasmani dan

Pendidikan Kesihatan

Kajian Tempatan

Kemahiran Hidup

Pendidikan Muzik Pendidikan SeniPendidikan Jasmani dan

Pendidikan Kesihatan

Dalam struktur KBSR terdapat tiga bidang iaitu:-

⍟⍟⍟

Bidang KomunikasiBidang Manusia dan Alam Kelilingnya

Bidang Perkembangan Diri Individu

●●●Teras KBSR

⍟⍟⍟⍟⍟

Penggabungjalinan;

Penyerapan;Penilaian;Pengkayaan; dan

Pemulihan.

●●●Penekanan Dalam KBSR Dalam melaksanakan KBSR, penekanan diberi kepada:-

⍟⍟⍟⍟⍟⍟⍟⍟⍟⍟

Kemahiran asas;

Kemahiran berfikir;Nilai Merentas Kurikulum;Bahasa merentas kurikulum;Patriotisme merentas kurikulum;

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid; Penilaian berterusan;Pemulihan dan pengayaan;

Prinsip mudah ubah; danSains dan teknologi merentas kurikulum

●●●Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid,seseorang guru seharusnya;

⍣ Mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang pembelajaran; Kemudahan fizikal kelas

· ruang pembelajaran yang selesa;· sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif;

66

Page 65: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

· ruang pameran hasil kerja;

· bahan rujukan untuk penggunaan murid;· bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran.

Aspek emosi sosial

· penggunaan bahasa yang mesra;· keupayaan guru memahami muridnya;· penggunaan teknik yang pelbagai.

⍣ Mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.· Melibatkan murid secara aktif;

· Menjalankan penilaian yang berterusan;· Mewujudkan peluang murid menilai kerja mereka; · Melatih murid meneroka pelbagai cara dalam menyelesaikan tugasan; · Memberi peluang murid mendapatkan pengalaman yang berulang kali dalam

situasi yang berlainan;· Menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan murid membuat

keputusan secara rasional;· Memberikan penghargaan di atas usaha murid supaya dapat membantu dan

membina sifat berani, yakin dan daya juang; · Melatih murid menguasai kemahiran belajar dalam kemahiran berfikir; dan· Mengambil tindakan segera terhadap masalah pembelajaran murid.

⍣ Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara

aktif. Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan ataupun individu.Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampir-hampir sama ataupun kepada kebolehan yang pelbagai.

Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti seperti berikut;

· Simulasi

· Bercerita

· Lakonan

· Tunjuk ajar

· Pidato

67

· Permainan

· Projek

· Sumbangsaran

· Main Peranan (Role Play)

· Lawatan

Page 66: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

●●●Penilaian

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

•Penilaian Kemajuan Berasas Sekolah (PKBS)

· Penilaian Kendalian Sekolah Rendah

•Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

●●●Pengubahsuaian Dalam Sukatan KBSR

Program KBSR memulakan percubaannya dalam tahun 1982 sementara KBSM dilaksanakan berperingkat-peringkat mulai tahun 1988. Selepas tahun 1988, program KBSR disemak semula untuk melihat kekuatan dan kelemahannya. Akibatnya KBSR, yang

dikenali sebagai KurikulumBaru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah untuk mencerminkan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020, globalisasi dan pengunaan teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT).

Draf baru sukatan Tahun 1 disediakan pada November 1992 dan kemudian dilaksanakan pada Disember 1994.

Antara perubahan besar dalam KBSR ialah;-

1) Penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran;2) Penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian;3) Menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang

paling kompleks mengikut topik; 4) Mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran; 5) Mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam

topik berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat;

6) Mata pelajaran alam dan manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu sains dan kajian tempatan;

7) Pengunaan bahasa inggeris dalam pengajaran matematik, sains dan semua

matapelajaran teknikal bagi tahun 1 sekolah rendah, tingkatan 1 dan tingkatan 6 rendah mulai Januari 2003; serta

8) Pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran danpembelajaran matematik dan sains;

●●●Peranan Guru dalam Pelaksanaan Kurikulum (KBSR/KBSM)

68

Page 67: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

●●●Rumusan

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Program KBSR terbahagi kepada dua tahap. Tahap satu (Tahun 1 hingga Tahun 3)

menekankan penguasaan 3M dan Tahap dua (Tahun 4 hingga Tahun 6) memperkukuhkan semula penguasaan 3M serta pembinaan dan kandungan sains yang

kukuh.

Pengubahsuaian tertentu pada KBSR dilakukan pada Tahun 1994 supaya matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan denganlebih berkesan lagi. Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum. Peranan mereka termasuk menginterpretasi, merancang, memodifikasikan,

dan melaksanakan kurikulum.

5.4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM )

• KBSM memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara

menyeluruh, seimbang dan bersepadu.• Oleh itu kandungan kurikulum KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran,

kefahaman dan amalan nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan serta kewarganegaraan sebagai asas untuk pendidikan seumur hidup.

• Konsep bersepadu dalam KBSM membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara integrasi dan menyeluruh.

(Pukal Latihan KBSM, 1990)

●●●Kesinambungan Dan Kesepaduan Dalam KBSM

Kesinambungan

• Kandungannya diolah kesinambungan daripada 3 bidang utama KBSR:-– Komunikasi (Bahasa, Matematik)– Manusia dan Alam Sekeliling (Pendidikan Agama Islam, Pengajian Moral,

Sains dan Kemasyarakatan)

– Perkembangan Diri (PJK, PS, Aktiviti Kokurikulum)

• Usaha perkembangan potensi pelajar dalam bidang emosi dan rohanidiperluaskan dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran.

●●●Objektif KBSM

• Membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran-kemahiran berinteraksi dalam semua situasi hidup, serta memperkembangkan pemikiran dan

penaakulan.• Memberi peluang pelajar memahami alam sosial dan fizikal supaya mereka dapat

menikmati keadaan kehidupan daan nilai-nilai yang berkaitan serta membolehkan mereka menjadi anggota-anggota masyarakat yang berkesan dan

bertanggungjawab.

69

Page 68: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

• Menekankan pembelajaran ke arah memahami diri, mengembangkan bakat, serta

mempertingkatkan peribadi dan watak.• KBSM Menengah Rendah : fokus kepada pencapaian pendidikan umum dan

perkembangan sifat-sifat kewarganegaraan.•KBSM Menengah Atas : fokus kepada penguasaan kemahiran dan ilmu

pengetahuan yang lebih meluas dan mendalam. • Menitikberatkan aktiviti kokurikulum.• Pendekatan dan strategi pembelajaran seimbang dengan KBSR dan berpusatkan

murid.

5.5 Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

●●●Matlamat Kurikulum Program Ijazah

· Meluaskan keintelektualan dalam bidang yang berkaitan · Meluaskan kesedaran dan kefahaman terhadap bidang disiplin dan antara disiplin· Menjadikan pelajar lebih berdikari dan bekerjasama · Bersedia untuk bekerja atau melanjutkan pelajaran dan diterima umum bidang

keprofesionalan mereka

Program KPLI ini ditawarkan kepada pemohon yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi guru di sekolah rendah mengikut bidang yang ditawarkan. Kursus 1 tahun ini ditawarkan

bagi pengambilan Februari dan Julai pada setiap tahun. Unjuran pengambilan pelatih bagi program ini adalah berdasarkan keperluan guru semasa dan contoh bidang program yangditawarkan.

●●●Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI(R))

Diperkenalkan mulai Januari 2003 untuk melatih guru siswazah dalam bidang perguruan sekolah rendah. Kurikulum ini digubal berasaskan keperluan mengoptimumkanperkembangan kognitif kanak-kanak, keperluan meningkatkan ilmu pedagogi danpengalaman berasaskan sekolah rendah serta keperluan memupuk nilai positif dan

amalan profesional di kalangan guru. Keperluan-keperluan tersebut diterjemahkan dalam kandungan kurikulum latihan perguruan yang mendefinisikan bagaimana seseorang guru perlu merekabentuk pengajaran yang berkesan, mewujudkan suasana bilik darjah yang

selesa dan kondusif untuk menimba ilmu serta memupuk ciri-ciri guru profesional yangdisanjung tinggi oleh masyarakat. Kurikulum ini juga menuntut agar guru-guru yangmengikuti program latihan ini berketrampilan dalam penggunaan kemahiran

teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

70

Page 69: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

5.6 Pengurusan Kurikulum

●●●Pengenalan Kepada Kurikulum dan Teori Asas Kurikulum

Definisi KurikulumPerkataan kurikulum berasal daripada perkataan Latin iaitu "currere" bermaksud "a race

course" atau “satu litar perlumbaan.” Berdasarkan asal perkataan ini maka definisi kurikulum yang biasa digunakan merujuk kepada “a course of study” atau "satu rancangan pengajian."Perkataan kurikulum telah diberi berbagai-bagai definisi bergantung kepada tujuan dan

fungsinya.

Menurut Taba (1962), kurikulum ialah "a plan of learning" atau "satu rancanganpembelajaran."

Saylor et. al (1981) pula mendefinisikan kurikulum sebagai "a plan for providing sets of

learning opportunities for person to be educated."

Menurut Tanner & Tanner (1978), kurikulum ialah "the planned and guided learning experiences and intended learning outcomes, formulated through the systematic

reconstruction of knowledge and experience..’for the learners' continuous and willful growth in person-social competence."

Bushoff et. al pula mendefinisikan kurikulum seperti berikut; “a curriculum is an educational plan defining:

· The aims, goals and objectives of an educational action;· The ways, means and activities employed to achieve these goals · The methods and instruments required to evaluate the success of the action.”

Menurut Bowen, kurikulum ialah “a total instructional program composed of syllabus or

individual course programs.”

Good pula memberi definisi kurikulum sebagai “a general over-all plan of the content orspecific materials of instruction that the school should offer to the students by way of

qualifying him for graduation or certification for entrance into a professional orvocational field.”

Berdasarkan kepada definisi kurikulum yang telah disenaraikan, kurikulum mengandungi elemen-elemen berikut:

· Rancangan pendidikan· Mengandungi matlamat dan objektif.· Menyenaraikan kandungan, topik atau pengalaman pembelajaran · Menentukan kaedah dan aktiviti.

· Menetapkan kaedah dan instrument yang perlu untuk menilai pencapaianmatlamat dan objektif.

71

Page 70: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Dengan demikian, kurikulum boleh didefinisikan sebagai berikut:

Satu rancangan pendidikan yang dibentuk untuk suatu kumpulan

pelajar bagi mencapai matlamat yang telah ditentukan.

Berdasarkan definisi ini;- · Pembentukan kurikulum memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik.· oleh sebab ianya merupakan perancangan maka kurikulum perlu

didokumenkan dalam bentuk bertulis.· kurikulum yang dirancang adalah khusus bagi sesuatu kumpulan pelajar

tertentu.

· kurikulum berkenaan adalah bagi tujuan mencapai matlamat dan objektif yang telah ditentukan lebih awal.

Dalam konteks kurikulum sekolah, pembentukan kurikulum adalah dirancang oleh pakar di PPK dan rancangan ini didokumenkan secara bertulis melalui silibus bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan bagi kumpulan pelajar tertentu iaitu pelajar sekolah rendah

atau menengah yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif seperti yang dinyatakan dalam Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.

Kurikulum sekolah didokumenkan dan dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Pengurusan Kurikulum Di Sekolah

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertindak sebagai badan akademik tertinggi

yang memainkan peranan penting memastikan pelaksanaan pengurusan kurikulumsekolah berkesan dan berkualiti. Semua bidang/unit dalam Jawatankuasa Kurikulum

Sekolah adalah bertanggungjawab secara langsung mempertingkatkan prestasi akademik sekolah.

OBJEKTIF

1. Mempertingkatkan pengurusan kurikulum supaya sistematik dan berkesan. 2. Menghayati dan melaksanakan Dasar Kurikulum Sekolah. 3. Mengetahui dan memahami setiap bidang tugas supaya pelaksanaannya menjurus ke

arah piawaian kualiti.

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

1. Menentukan dan menyelaras segala dasar kurikulum sekolah supaya selari dengan

dasar yang ditetapkan oleh JPN/KPM dan Akta Pendidikan Negeri.

72

Page 71: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

2. Mesyuarat

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah minimum 4 kali

setahun. menetapkan jadual mesyuarat panitia minimum 4 kali setahun. menetapkan sistem fail / format dokumen Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan

panitia mata pelajaran.

3. Sukatan / Rancangan Pelajaran

menetapkan dasar penyediaan RPT dan Huraian serta kaedah penyediaan RekodPersediaan Mengajar.

garis panduan jenis buku/bahan/alat rujukan yang boleh digunakan dlm menyediakan rancangan pengajaran.

4. Jadual Waktu

menetapkan waktu sekolah.menetapkan sistem jadual waktu. menetapkan dasar pengagihan tugas-tugas mengajar dan bilangan waktu mengajar

untuk penyediaan jadual waktu induk dan persendirian. menetapkan dasar penyediaan jadual waktu ganti dan pengisiannya

5. Penilaian Dan Peperiksaan

Menetapkan sistem pengurusan penilaian dan peperiksaan sekolah yang berkaitan dengan:-

jenisnya (formatif, sumatif, kerja kursus, ujian lisan, PEKA, PAFA dan lain-lain)

bilangan dan takwimformat (bentuk soalan, masa dan skema jawapan)syarat luluskumpulan sasaran

jadual penentu ujian ( JPU )pengawasanheadcount

6. Anggaran Perbelanjaan

menetapkan dasar perbelanjaan tahunan dengan wang kerajaan, SUWA dan lain-lain bagi setiap panitia /unit.

menentukan dasar perolehan, penggunaan, penyenggaraan, hapus kira peralatan

dan kemudahan prasarana.

7. Pemantauan

a.) Menentukan dasar dan sistem pemantauan yang berkesanpengurusan P & Ppengurusan panitiapeperiksaan dan penilaian

73

Page 72: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

jadual waktu

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

pengurusan kewangan

bilik-bilik khas b) Menetapkan jawatankuasa pemantauanc) Menetapkan jadual waktu pemantauan

5.7 Program JQAF

Konsep Program J-QafProgram j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan j-QAF menggunakan kurikulum serta model

dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan,bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

Objektif Program J-Qaf

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan, semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:

1. Menguasai bacaan dan tulisan jawi2. Khatam al-Quran3. Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi

4. Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain

●●●Kepentingan Program J-Qaf

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Qur’an, bidang

Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dandiamalkan dalam kehidupan.

1. Pemulihan Jawi

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakanpada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan

dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata- mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAFmenjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai

Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

2. Kepentingan Khatam al-Qur’anAl-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang AsuhanTilawah al–Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga

74

Page 73: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru

yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar,membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu PI pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam

tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

3. Kepentingan Bahasa Arab

Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa

tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.

4. Kepentingan Fardhu Ain

Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan Fardu Ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat. Tambahan pula Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) yang dilaksanakan pada

masa ini perlu dikaji dan disemak semula supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Oleh itu satu pendekatan baru perlu diperkenalkan bagi memantapkan perlaksanaan Fardhu Ain ini.

●●●Model-Model Program J-Qaf

Enam (6) model telah dikenalpasti akan dilaksanakan iaitu 5 model pengajaran dan 1model kokurikulum. Model-model pengajaran adalah seperti berikut:

1. Model Kelas Pemulihan Jawi;

2. Model Tasmik;3. Model 6 Bulan Khatam Al-Quran;4. Model Perluasan Bahasa Arab Kumunikasi;

5. Model Bestari Solat.

Bagi aktiviti-aktiviti pengukuhan pula yang telah dikenalpasti akan dilaksanakan adalah model-model berikut:

1. Kelab Seni Tulisan Jawi;

2. Kem Bina Juara;3. Majlis Khatam al-Quran; 4. Kem Literasi al-Quran; dan5. Pertandingan Bahasa Arab.

●●●Model-Model J-Qaf

1. Model Kelas Pemulihan Jawi

Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran danpembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah

75

Page 74: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di

peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaianserta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

2. Model Khatam Al-QuranKhatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam

Qur’an Model 6 Bulan dan Buku Panduan Program Khatam al-Qur’an Model Tasmik.

Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi danmusyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah

IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran.

Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut

kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dankesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar

dipertimbangkan.

3. Model Bahasa ArabBahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata

pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun muriddiwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina danTamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab

yang dilantik khusus.

5.8 Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (Kia2M)

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas

iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama program ini adalah bertujuan yang satu iaitu untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.

Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai

kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada muridpemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas BahasaMelayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuh masa oleh guru Bahasa Melayu

tahun satu.

Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek Pendidikan

76

Page 75: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan

kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.

Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yangdijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua muridtahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran

membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini.

Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai

dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini denganseberapa segera yang boleh.

77

Page 76: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

6.1 Asrama

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

BAB 6

PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID

6.6 Bimbingan dan Kaunseling

6.2 Skim Pinjaman Buku Teks

6.3 Biasiswa dan Pinjaman

6.7 Standard Guru Malaysia (SGM)

6.8 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)6.4 Program Bersepadu Sekolah Sihat 6.9 Skim Baucer Tuisyen6.5 Program Pemakanan Sekolah

6.1 Asrama

●●●Pengawasan Asrama

● Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.

● Membantu di dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama.

● Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkahkeselamatan asrama.

● Menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama.

● Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur.

● Menyelaras pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama.

● Membantu dalam urusan sebutharga/tender makanan asrama sekolah.

● Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam

aktiviti riadah dan kokurikulum diadakan.

● Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan asrama.

6.2 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

PengenalanProgram Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) mula dilaksanakan pada tahun 1975. SPBTmerupakan satu program pinjaman buku teks kepada murid yang layak di semua sekolah

kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pemberian pinjaman buku teks dilaksanakan mengikut Dasar Kelayakan SPBT yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet. DasarKelayakan ini digunakan untuk menentukan sama ada seseorang murid itu layak atautidak layak menerima pinjaman buku teks SPBT sebagaimana yang digunakan pada

borang SPBT.

Program SPBT asalnya dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban kewangan yangditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu dan memastikan muriddaripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka.

Namun, bermula tahun 2008, kerajaan Malaysia telah memberi bantuan pinjaman bukuteks kepada semua murid yang bersekolah di sekolah kerajaan tanpa mengira tarafkewangan keluarga. Justeru, keadaan ini menjadikan tanggungjawab unit SPBT

bertambah berat bagi memastikan setiap buku diproses dan diagihkan kepada semua murid.

78

Page 77: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Objektif

Murid- murid yang layak mendapat bekalan buku yang mencukupi.Pengurusan dan pengagihan buku- buku teks dapat dijalankan dengan lancar dan

sistematik. Murid - murid dapat menggunakan buku- buku tersebut secara berkesan didalam kelas dan sebagai rujukan ketika di rumah.

●●●Skim Pinjaman Buku Teks

a. Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira.b. Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik

Buku Bantuan.

c. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim pinjaman buku teks.

6.3 Biasiswa dan Pinjaman

●●●Pinjaman dan Biasiswa

Beberapa program biasiswa telah diwujudkan bagi para pelajar yang memerlukanbantuan dalam meneruskan pengajian mereka. Ini termasuklah program-program yangdimulakan oleh kerajaan, syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) serta entiti-

entiti korporat.

Maklumat lanjut mengenai program biasiswa yang ditawarkan oleh badan-badankerajaan:

● Dana Pendidikan dari Kementerian Pendidikan

● Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

● Skim Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

● Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah

● Pinjaman dan Biasiswa MARA

● Bantuan Pendahuluan Pendidikan Tinggi (HESK) Lembaga Tembakau Negara(LTN)

● Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

6.4 Program Bersepadu Sekolah Sihat

Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah melancarkanProgram Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Program ini bertujuan untuk menyediakan

pelbagai perkhidmatan kesihatan kepada murid di sekolah rendah hingga sekolahmenengah. Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)adalah berasaskan rasional berikut:

Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan

di bawah satu program bersepaduUntuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif serta menjurus

kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasaHasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa

kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah.

79

Page 78: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak

serta dapat dinilai keberkesanannya.Satu usaha yang meningkatkan kesefahaman dan kerjasama perlu diwujudkan

antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu-isu kesihatan.Satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan

melalui program yang terancang dan bersepadu.

6.5 Program Pemakanan Sekolah

Program-program pemakanan seperti Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah(RMTS) yang mula diperkenalkan ke seluruh sekolah rendah di Malaysia pada tahun 1979

dan diikuti oleh Program Susu Sekolah yang mula dipekenalkan pada tahun 1989, adalah antara program yang dijalankan bagi meminimumkan masalah tersebut. (Abdul Rahman,1993).

6.6 Bimbingan dan Kaunseling

● Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.

● Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan keunseling murid dan

menyediakan laporan yang diperlukan.

● Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.

●●●Apa itu kaunseling?

Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Iadijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaianperibadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan

berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malahkaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana

apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaankhidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yangmenyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah

penting dalam menghasilkan perubahan diri.

6.7 Standard Guru Malaysia (SGM)

●●●Pengertian Standard Guru Malaysia

" Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapaioleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan

oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan). "

80

Page 79: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai

oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihanperguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumenini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi daninstitusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru

berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuanpenambahbaikan berterusan.

Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertamadi mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada

tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkannilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yangdapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,

berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluannegara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikirankritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang

baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi,liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang jugacelik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global.

Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizamyang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untukmeningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:

”... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school

improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in largemeasure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching

is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.”(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan

guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistempendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antaralangkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah

baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihanperguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.

81

Page 80: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju

utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG)dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang danmelaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusipendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga

aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dankefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkanstandard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan

institusi latihan perguruan di Malaysia.

●●●Rasional

Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:-Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan,

pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaranyang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional

dengan berkesan; Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas

dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumberpengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses

latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi;KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi

institusi latihan perguruan diwujudkan, danStandard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras

dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteriadan standard am pendidikan tinggi.

●●●Tujuan

Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:-Mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai

profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran

pengajaran dan pembelajaran;Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi

dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang

ditetapkan tercapai.Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi

pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar denganperkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

82

Page 81: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

●●●Penggubalan

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang berikut:

Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil, danrealistik;

Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta

penandaarasan, danProses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan

persetujuan bersama dengan pihak-pihak berkepentingan.

●●●Penggunaan

Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut:

① Guru

Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.

② Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan

Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru

pra-perkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan).

Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap pencapaian standard.

③ Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan PerguruanMengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus.

Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi.

Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan

keperluan.

④ Guru Besar dan Pengetua SekolahMengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru.Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian

standard oleh guru.

⑤ Agensi Latihan PerguruanMengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus

di institusi latihan perguruan. Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan

institusi latihan perguruan. Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh

ditambahbaik.

83

Page 82: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●●Komponen SGM

Standard merangkumi tiga aspek berikut:-

Standard 1 : Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruanberdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 2 : Pengetahuan dan Kefahaman Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentangsubjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada

seseorang guru.

Standard 3 : Kemahiran Pembelajaran dan PembelajaranStandard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yangpatut dikuasai oleh seseorang guru.

●●●Keperluan

Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilaiprofesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran danpembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan

dan melaksanakan keperluan yang berikut:

Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan PerguruanKeperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon

program latihan perguruan.

Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian Keperluan ini memperincikan programlatihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian.

Keperluan 3: Kolaborasi

Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihanperguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara,badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihanperguruan.

Keperluan 4: Infrastruktur dan InfostrukturKeperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dankomunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.

Keperluan 5: Jaminan Kualiti

Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi,prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasaterpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.

84

Page 83: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program

latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, danberketerampilan.

●●●Logo Standard Guru Malaysia

●●●Penerangan Logo

Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai

kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan (Standard 1),pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard 3). Ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang

bertindan; membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guruadalah saling berkait dan bersepadu.

Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama yang

patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong danmembantu guru mencapai Standard. Keperluan yang dimaksudkan ialah kelayakanmasuk dan prosedur pengambilan calon program latihan perguruan (Keperluan 1),latihan, pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan 2), kolaborasi

(Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktur (Keperluan 4), dan jaminan kualiti(Keperluan 5).

Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard

dan Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia,Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia

yang dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitumenguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memilikisemangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa.

85

Page 84: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang

patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualitikepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia,bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual InstrumenStandard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai

kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

●●●Penutup

Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yangpatut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualitikepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia,bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen

Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyaikompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

●●●Glosari

Berikut adalah penjelasan kepada istilah yang digunakan dalam dokumen Standard GuruMalaysia, Panduan Standard Guru Malaysia dan Instrumen Standard Guru Malaysia.

Guru

Tiga kategori guru yang dimaksudkan ialah guru terlatih yang sedang mengajar disekolah, guru terlatih yang sedang mengikuti kursus dalam perkhidmatan di institusi

latihan perguruan, dan guru pelatih yang sedang mengikuti kursus praperkhidmatan diinstitusi latihan perguruan.

Institusi Pendidikan

Sekolah atau mana-mana tempat lain, di mana dalam menjalankan kerja sesuatuorganisasi atau institusi, individu lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih.

Standard

Pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru.

Keperluan

Pernyataan aspek latihan perguruan yang patut disediakan dan dilaksanakan oleh agensidan institusi latihan perguruan.

Bilik Darjah

Lokasi dan ruang di mana sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, termasuk bilikkuliah, bengkel dan makmal.

86

Page 85: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Kompetensi

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme, pengetahuan dankefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Institusi Latihan Perguruan

Organisasi yang bertanggungjawab mereka bentuk dan melaksanakan latihan perguruantermasuklah IPG dan fakulti pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Agensi Latihan Perguruan

Organisasi yang menggubal dasar dan memantau pelaksanaan latihan perguruan sepertiKementerian Pengajian Tinggi dan BPG

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Institusi yang melaksanakan latihan perguruan di bawah Kementerian PelajaranMalaysia.

Sekolah

Institusi pendidikan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah, sekolah teknik,sekolah pendidikan khas, sekolah vokasional.

Murid

Pelajar sekolah yang menerima pengajaran dan pembelajaran daripada guru.

Program

Susunan kursus dan isi kandungan pembelajaran yang dirancang serta direka bentuk bagisuatu tempoh tertentu untuk mencapai hasil pembelajaran seperti yang ditentukan dalam matlamat dan objektifnya. Program yang dimaksudkan akan menjurus kepada

penganugerahan sesuatu kelayakan.

Kursus

Unit asas pembelajaran yang membentuk sesuatu program, mempunyai hasil khusus,

kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kaedah penilaian bagimenyokong pencapaian hasil pembelajaran.

Kurikulum

Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan. Kurikulummerangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dankepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya darisegi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan

nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

87

Page 86: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti persatuan atau kelab, sukan dan olahraga, serta unit beruniform yang wajibdiikuti oleh semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan.

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ditempatkan di sekolahselama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagaisebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian,penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

Guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Jawi, Quran,

bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untukmemberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikandan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksidan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

Praktikum

Semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan di tempatkan di sekolah untuk pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik darjah. Praktikum menyediakan peluang

kepada guru pelatih mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran dan pembelajaranserta menghasilkan teori pengajaran dan pembelajaran yang tersendiri.

Penilaian

Pengukuran berterusan yang dijalankan sepanjang tempoh kursus pengajian atauprogram latihan dan termasuklah apa-apa peperiksaan bertulis yang membawa markah atau gred bagi sesuatu kursus atau program latihan atau sebahagian daripadanya.

Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Program latihan secara sistematik yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan.

Hasil Pembelajaran

Penguasaan guru dalam amalan nilai profesionalisme keguruan, ilmu pengetahuan dankefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Pihak Berkepentingan

Pihak yang mempunyai kepentingan bersama secara langsung dalam konteksperkhidmatan pendidikan. Contohnya sekolah, ibu bapa, penaja, ketua perkhidmatan.

Budaya IPG

Amalan kerja warga IPG bertujuan mewujudkan identiti institusi unggul yang melahirkan

guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung

88

Page 87: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

aspirasi negara, serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan

individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Infrastruktur

Kemudahan fizikal di institusi latihan perguruan bagi menyokong penterjemahan danpelaksanaan kurikulum serta kokurikulum yang berkesan, bermakna danmenyeronokkan.

Infostruktur

Pemilihan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara berkesan,jaringan dalaman dan luaran serta perkhidmatan pusat sumber.

Pengurusan Kualiti

Mekanisme dan kerangka kualiti semua proses aktiviti organisasi bagi menjamin kualitiproduk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Pendidik Guru

Merupakan individu yang bertauliah yang melatih guru di institusi latihan perguruan.

6.8 Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG)

●●●Tujuan-tujuan Persatuan

● Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan

kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;

● Untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendakdan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;

● Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran

dan maklumat mengenai pendidikan;

● Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berundingantara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak

mereka pada amnya; dan

● Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusahamenambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuanmeningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran

●●●Fungsi Persatuan

Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-

tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:

● membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikanmurid;

● menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan

kemudahan di sekolah;

89

Page 88: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

● meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubunganantara sekolah dengan masyarakat setempat;

● meningkatkan kecerian premis sekolah supya dapat mewujudkan suasana yangkondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan

●●●Keanggotaan Persatuan

Anggota Persatuan terdiri daripada:a) Semua guru di Sekolah; b) Ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah; dan

c) Warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagianatau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan (seperti di Lampiran A); dan

d) Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi ex-officio dan Penasihat

Persatuan.

●●●Jawatankuasa Persatuan

Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai

"Jawatankuasa PIBG". Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota Persatuanpada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.

Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.

Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut:a) seorang Yang Di-Pertua;b) seorang Naib Yang Di-Pertua;

c) seorang Setiausaha;d) seorang Bendahari; dane) 1-11 orang Ahli Jawatankuasa

Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah, seboleh-

bolehnya, seimbang.

Guru Besar atau Pengetua tidak boleh menganggotai Jawatankuasa PIBG dan hanya

bertindak sebagai Penasihat Persatuan.

Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota Persatuan (bukan anggota gurudi sekolah tersebut) yang tidak mempunyai anak di sekolah itu hendaklah tidak melebihi

1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa PIBG berkenaan.

Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagaan ini dan subperaturan 6(4) hingga (6)Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa - Guru) 1998, Pegawai PendidikanDaerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yang berkenaan) bolehmelantik tidak lebih daripada 2 orang yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi

anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar.

90

Page 89: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah bermula dari tarikh

pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya atausehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh pendaftar.

Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa PIBG, Yang Di Pertua hendaklahmelantik mana-mana anggota biasa Persatuan, berdasarkan undian terbanyak di

kalangan anggota Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

Jawatankuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai nama danalamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG pada setiap tahun selewat-lewatnya

14 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.

●●●Fungsi Jawatankuasa PIBG

Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan danmembuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpabercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan,

Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya.

6.9 Skim Baucer Tuisyen

●●●Pengenalan

Skim Baucar Tuisyen adalah merupakan satu usaha murni kerajaan melalui Kementerian

Pelajaran Malaysia untuk merapatkan jurang pencapaian antara murid keluarga miskindengan murid keluarga berada. Matlamat Skim Baucar Tuisyen adalah untuk memberi tuisyen kepada murid miskin yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, BahasaInggeris, Sains dan Matematik bagi membolehkan murid tersebut menguasai

pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran berkenaan.

●●●ObjektifMembolehkan murid miskin yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Sains dan Matematik dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran asas yangdiperlukan agar setanding dengan murid yang lain.

●●●Kumpulan SasaranMurid yang belajar di Tahun 4, 5 atau 6;

Semenanjung : Keluarga yang berpendapatan bulanan RM 530.00 dan ke bawah,Sarawak : Keluarga yang berpendapatan bulanan RM585.00 dan ke bawah,Sabah/Labuan: Keluarga yang berpendapatan bulanan RM685.00 dan ke bawah.

●●●Pelaksanaan Program

Setiap murid yang terpilih diberikan satu buku baucar bagi setiap mata pelajaranyang bernilai RM10.00.

Berdasarkan senarai murid yang layak, sekolah akan menubuhkan pusat tuisyendengan menyediakan jadual waktu tuisyen dan keperluan guru tuisyen.

91

Page 90: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Pegawai Pelajaran Daerah akan melantik dan mengagihkan guru tuisyen kepada

sekolah daripada pool guru tuisyen SBT daerah.Sekolah akan mengadakan kelas tuisyen SBT untuk murid mereka sendiri.JPN/PPD akan memantau dan menyediakan pelaporan status pelaksanaan SBT

kepada KPM.

●●●Penutup

Adalah diharapkan melalui SBT ini, peluang dan pencapaian di antara murid daripadakeluarga miskin dan murid daripada keluarga yang berada dapat di seimbangkan.

Kejayaan program ini bergantung kepada komitmen dan kerjasama antara pihak sekolah, guru tuisyen dan ibu bapa.

92

Page 91: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

BAB 7

PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

7.1 Gerak Kerja Kokurikulum 7.2 Sekolah Harapan Negara7.3 Hari Guru7.4 Projek Nilam

7.5 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia7.6 Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran

7.1 Gerak Kerja Kokurikulum

Pada asasnya gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum dan setiap

orang pelajar harus melibatkan diri. Gerak Kerja ini boleh dijalankan didalam dan di luar

bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu gerak kerja itu. Dengan andaian bahawa pelajar-pelajar tidak dapat pengalaman-pengalaman tertentu di bilik darjah. Maka gerakkerja kokurikulum boleh menyediakan pengetahuan dan pengalaman tersebut bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika

serta sosial yang positif.

Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua pelajar dan ahli masyarakat adalah

perlu, berasas kepada anggapan bahawa :

● Semua pelajar harus mempunyai perseimbangan antara perkembanganmental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial,

jasmani dan rohani)● Semua pelajar mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan.

● Semua pelajar boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri.

● Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan pelajar-pelajar untuk keperluan

masyarakat.● Masyarakat juga bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka dalam

mendidik pelajar-pelajar, termasuklah pendidikan kemasyarakatan.

Menyemaikan kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan

sebagaimana yang dinyata dalam Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat utama gerak kerja kokurikulum. Matlamat gerak kokurikulum hendak dicapai adalah :

◊ Perseimbangan antara perkembangan ,mental (akademik ) dengan

perkembangan sosial, jasmani dan rohani pelajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.

◊ Pengukuhan interaksi dan intergrasi dikalangan pelajar di sekolah. ◊ Peningkatan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam gerak kerja kokurikulum

yang diceburi.◊ Pengukuhan dan pengayaan perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta

93

Page 92: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

perluasan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu.

◊ Pengisian masa lapang pelajar dengan berfaedah, memberi kegembiraan sertapembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.

◊ Peningkatan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap◊ Peningkatan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembiraan pelajar.

◊ Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat.

Bagi meningkatan gerak kerja kokurikulum (berikut adalah beberapa pelaksanaan) ;

●●

Memberi wajaran yang sesuai kepada gerak kerja kokurikulum supaya

kurikulum dan gerak kerja kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.

Menambahkan lagi bilangan-bilangan pasukan pakaian seragam,

persatuan/kelab dan sukan serta mempelbagaikan gerak kerja, dengantujuan memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai.

Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua gerak kerja kokurikulum,

dimana yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan.Melibatkan pelajar dan pihak sekolah gerak kerja khidmat masyarakat.

Melibatkan Persatuan Ibubapa/guru-guru dan pelajar-pelajar dalam

perancangan dan perlaksanaan gerak kerja kokurikulum.Merancang dengan teliti gerak kerja kokurikulum bagi menetapkan

matlamat yang dikehendaki.

Merekod dan menilai kemajuan gerak kerja kokurikulum.

Mengadakan pertandingan dengan melibatkan semua secara berterusan.

Mengadakan penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan.

Memberi penghargaan kepada pelajar dan lain-lain pihak, dari semasa ke

semasa.

●●●Fungsi Gerak Kerja Kokurikulum

❶ Pengetahuan yang diperolahi dari mata pelajaran akademik dapat di perkukuhkan

dan diamalkan melalui kerja kokurikulum. Ini juga dapat member peluang kepada para pelajar memahami konsep latihan dalam bidang tertentu denganmenggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks yang lebih bermakna dan

realistik. Di samping itu cara begini juga dapat memberi pengalaman yang mungkin tidak terdapatdi dalam bilik darjah. Segala gerak kerja kokurikulum hendak di rancang terlabih dahulu supaya selaras dan saling melengkapi denganapa yang diajar di bilik darjah. Ini boleh membantu pelajar-pelajar meningkatkan

lagi prestasi mereka dalam pelajaran.

94

Page 93: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

❷ Gerak kerja kokurikulum dapat memberi asas kerjaya kepada pelajar. Ia dapat juga

membantu dan melengkapi pengajaran dan pembelajaran serta dapatmenimbulkan kesedaran dan penyediaan pemilihan kerjaya. Pengetahuan dankemahiran ini dapat berguna apabila mereka memasuki dunia pekerjaan kelak.Gerak kerja ini boleh dijalankan secara kumpulan atau individu dan tidak hanya

terbatas kepada kemudahan dan peralatan atau kepakaran yang ada di sekolah itu saja.

❸ Para pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah boleh memberi khidmat kepada

masyarakat dan begitulah sebaliknya. Tujuannya adalah untuk memupuk dua hala antara masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat bekerja sama dan salingbantu membantu.

❹ Pengetahuan yang diperolahi dari mata pelajaran akademik dapat di perkukuhkan

dan diamalkan melalui kerja kokurikulum. Ini juga dapat member peluang kepada para pelajar memahami konsep latihan dalam bidang tertentu denganmenggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks yang lebih bermakna danrealistik. Di samping itu cara begini juga dapat memberi pengalaman yang

mungkin tidak terdapatdi dalam bilik darjah. Segala gerak kerja kokurikulum hendak di rancang terlabih dahulu supaya selaras dan saling melengkapi denganapa yang diajar di bilik darjah. Ini boleh membantu pelajar-pelajar meningkatkan

lagi prestasi mereka dalam pelajaran.

❺ Semua kerja korikulum boleh memberi peluang kepada melatih diri sendiri untuk

kesihatan diri disiplin, memupuk minat bakat serta membina semangat untuk

menghayati nilai perpaduan dan kewarganegaraan.

●●●Tiga Kelompok Gerak Kerja Kokurikulum sekolah:-

1.

2.

Badan Beruniform

● Pengakap

● Kadet Remaja Sekolah

● Kadet Tentera Udara

Persatuan/Kelab

● Bahasa Melayu

● Sejarah dan Geografi

● Sains

● Kemahiran Hidup dan Pengguna

● Rekacipta

● Kelab Pencegah Jenayah

95

● Persatuan Bulan Sabit Merah

● Pandu Puteri

● Puteri Islam

● Bahasa Inggeris

● Seni dan Kraftangan

● Matematik

●Pelajar Islam

●Kelab Kebajikan dan Pendidikan Moral

Page 94: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

3.

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Sukan & Permainan

● Bola Sepak ● Bola Tampar

● Bola Jaring ● Bola Keranjang

● Badminton ● Hoki

● Catur ● Tenis

● Renang, Terjun dan Polo Air ● Olahraga

Pasukan Rumah: Laksamana/Temenggung/Bendaraha/Syahbandar

7.2 Sekolah Harapan Negara

"Anugerah Sekolah Harapan Negara" merupakan pengiktirafan dan penghargaan

Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap segolongan guru (secara kolektif), di sebuah sekolah, iaitu, satu unit institusi asas pendidikan, di atas dedikasi serta pengorbanan

mereka sebagai pendidik terhadap pembangunan pendidikan umumnya serta pembinaan warganegara khususnya.

Penganugerahan ini mengiktirafkan model sekolah contoh dalam konteks semasa yang

dapat dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah lain untuk menilai secara ikhtisas tentangpencapaian, cabaran dan hambatan yang dialami oleh para pendidik di sekolah berkenaan dalam melaksanakan tanggungjawab pendidikan dalam konteks masa ini.

●●●Objektif Penganugerahan

" Memberi pengiktirafan kepada peranan guru masa kini yang telah dan sedang berusaha untuk mempertingkatkan mutu pendidikan negara sebagai langkah ke arah pembinaan

warganegara yang berguna.

" Memupuk, mengembang serta menyuburkan perasaan perpaduan di kalangan guru-guru bagi mencapai tahap profesion keguruan yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan

tanggungjawab mereka dalam konteks semasa. " Memberi penilaian secara objektif terhadap sumbangan guru-guru dalam melaksanakan Dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya penganugerahan ini akan mencetuskan semangat bersaing yang sihatdan berkesan.

7.3 Hari Guru

●●●Pengenalan Hari GuruTarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun

1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi

Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

96

Page 95: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

●●●Logo Hari Guru

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Putih Perak

Kuning

: Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.: Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.

: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.Bulan dan : membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.bintang

MerahBiru

: Menunjukkan keteguhan semangat.: Menunjukkan perpaduan muhibah.

●●●Objektif Hari Guru Malaysia

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk

perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum

guru dalam masyarakat Malaysia.Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar,

persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan

mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

●●●Anugerah

Anugerah Tokoh Guru KebangsaanAnugerah Kepimpinan Pendidikan Menteri Pelajaran Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas

Anugerah Guru Cemerlang Kurang UpayaAnugerah Guru Inovatif

●●●Ikrar Hari GuruBahawasanya kami,

Guru-guru negara Malaysia,Dengan ini berikrar,Mendukung terus cita-cita kami,Terhadap tugas kami,

97

Page 96: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Dan menyatakan keyakinan kami,

Pada cita-cita murni pekerjaan kami,Kami akan berbakti,Kepada masyarakat,Dan negara kami,

Kami sentiasa menjunjung,Perlembagaan negara,Kami mengamalkan,Prinsip-prinsip Rukun Negara,

Pada setiap masa.

●●●TEMA HARI GURU MALAYSIA 2008 - Guru Cemerlang Negara Terbilang

2009 – Guru Pembina Negara Bangsa 2010 - Guru Pembina Negara Bangsa2011 - Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara2012 - Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

●●●Lagu Guru Malaysia

Kami guru MalaysiaBerikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpinPutera puteri negara kita

Pada Seri Paduka

Kami tumpahkan setiaRukun Negara kitaPanduan hidup kami semua

*Di bidang pembangunanKami tetap bersama

Membantu membinaNegara yang tercinta

Amanah yang diberi

Kami tak persiakanApa yang kami janjiTunai tetap kami tunaikan (3x)

Ulang *

98

Page 97: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

7.4 Projek Nilam

●●●Pengenalan

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Program galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysiaadalah Program ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM yang telah mula dilaksanakan pada tahun 1999. Pelaksanaan Program NILAM ini dimulakan hasil

daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkatKementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1998. Program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah dan rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat

persekolahan.

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang

berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk

membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan TingkatanSatu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat

Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program MembinaTabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Matlamat Program NILAM Supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid

●●●Objektif Program NILAM

• Menjadikan murid banyak membaca

• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini

●●●Perlaksanaan Program NILAM

Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas tamatwaktu persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti membaca.

Waktu lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran

kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu Bahasa atau mata pelajaran lain.

99

Page 98: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Murid juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu

perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku dan menulis ulasanbuku.

Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas tamatwaktu persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya

matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti membaca.

Waktu lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu

Bahasa atau mata pelajaran lain.

Murid juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku dan menulis ulasan

buku.

7.5 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)

●●●Pengenalan

Ditubuhkan pada 3 Mac 1958 di atas nama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Persekutuan Tanah Melayu melalui satu mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Penasihat Pelajaran,Ketua Pegawai Pelajaran Negeri dan wakil-wakil negeri. Pada tahun 1968 ditukarkan kepada Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. MSSM ini di bawah Majlis Sukan Negara untuk

menganjurkan Kejohanan Peringkat MSSM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Kejohanan Peringkat MSSM hanya terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah bantuan kerajaan bawah umur 18 tahun.

Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditubuhkan untuk

menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia.Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain psikomotor,

kognitif dan afektif. Pada tahun 1972, kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukan bersama.

Visi MSSM

Memberi peluang kepada pelajar menyertai kejohanan yang mempunyai unsur-unsurkeseronokan sambil mempamerkan kecemerlangan.

Misi MSSM

Melahirkan atlet elit yang berpotensi tinggi melalui program pertandingan sukan di dalamdan di luar negara.

100

Page 99: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

●●●Objektif MSSM

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti-aktiviti sukan.Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan sekolah sama ada di

peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa.Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan sekolah.

Menyelaras segala kaedah dan undang-undang pertandingan sukan sekolah di peringkat kebangsaan dan negeri

Bekerjasama dengan mana-mana badan sukanlain atau pertubuhan-pertubuhan sukan.

Memajukan dan meningkatkan prestasi sukan keseluruhannya di Malaysia.Membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai cara, langkah, kaedah dan dasar

yang patut diambil bagi kemajuan sukan sekolah dan jika diluluskan oleh

kerajaan,melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor-syor itu.

7.6 Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran

Pertandingan Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia hendaklah

mengikut Peraturan-Peraturan Am Pertandingan Majlis Sukan dan Kebudayaan

Perkhidmatan Pelajaran.

●●●Jenis-Jenis Permainan

Jenis Permainan Jantina Jenis Pertandingan

1. Bola Sepak Senior Lelaki

2. Bola Sepak Veteran Lelaki

3. Bola Jaring Senior Wanita

4. Bola Jaring Veteran Wanita

Berpasukan

Berpasukan

Berpasukan

Berpasukan

5. Sepak Takraw

Senior

Lelaki Berpasukan/antara

regu

6. Badminton

7. Jogathon

Lelaki/Perempuan Ind/Berpasukan

Lelaki/Perempuan Ind/Berpasukan

8. Boling Tenpin Lelaki+Wanita Ind/Berpasukan

9. Pentanque Lelaki/Perempuan Ind/Berpasukan

10. Tenis Lelaki Ind/Berpasukan

11. Ping Pong

12. Kebudayaan

Lelaki/Perempuan Ind/Berpasukan

Lelaki+Perempuan Berpasukan

13. Golf

14. Hoki

15. SepakTakraw Veteran

Lelaki

Lelaki

Lelaki

101

Ind/Berpasukan

Berpasukan

Antara Regu

Page 100: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●●Pemain yang layak menyertai pesta ini adalah:-

1. Seorang warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dan menerima gaji

daripada Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada bekerja secara tetap atau

kontrak ( Kontrak bermaksud dari segi Perkhidmatan Awam )

2. GSTT dan KGSK yang berkhidmat selama 3 bulan secara berterusan

3. Pegawai Khidmat singkat dibenarkan menyertai pertandingan ini dengan syarat

telah berkhidmat selama 3 bulan secara berterusan.

4. Guru yang melanjutkan pelajaran secara penuh masa dibenarkan mengambil

bahagian dengan syarat gajinya masih dibayar oleh pihak sekolah atau Jabatan

asalnya dan mendapat kebenaran daripada Dekan.

5. Kakitangan Politeknik, Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kolej

Komuniti Kementerian Pelajaran Malaysia boleh bermain di daerah dimana

pusat pengajian itu berada dan mewakili Daerah tersebut di pesta ini.

●●●Pemain yang tidak layak menyertai pesta pula adalah seperti berikut;-

1. Pegawai dan Kakitangan Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah-Sekolah atau

Maktab tajaan Jabatan Agama Islam Negeri, Sekolah-Sekolah Swasta danpersendirian.

2. Pekerja Kontrak Swasta

3. Guru Ganti

4. Guru dan Kakitangan Sekolah Sukan Bandar Penawar tidak dibenarkan bermain untuk Pesta MSKPP Johor kerana status kakitangan dan pegawainya telah diputuskan bertanding di bawah MESCA.

5. Dalam acara veteran umur peserta lelaki adalah 40 tahun ke atas dan peserta

wanita adalah 35 tahun di kira pada tahun pertandingan.

6. Seorang pemain hanya dibenarkan bertanding / didaftarkan di bawah satu bahagian/ peringkat umur iaitu senior atau veteran dalam satu permainan sahaja.

7. Pemain tidak dibenarkan mewakili pasukan MSKPPM Daerah lain melainkan

mendapat kebenaran dengan pelepasan bertulis dari Daerah asal dimanamereka berkhidmat. Tempuh 7 hari bekerja.

102

Page 101: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

8. Pemain dalam kategori veteran (jika ada permainan bercampur) dibenarkan

mengambil bahagian dalam kategori senior dan mesti bermain dalam kategori yang sama hingga akhir pesta. Tegasnya tidak boleh bertukar kategori dalam permainan itu.

9. Setiap peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan (ASAL) danSlip gaji asal atau surat tawaran kerja secara kontrak yang disahkan oleh ketua

majikan masing-masing.

10. Pegawai Pelajaran Daerah dan pengurusan pasukan berkenaan adalah

bertanggungjawab penuh pada setiap nama pemain yang didaftarkan.

11. Sebarang bentuk penyelewengan adalah tanggungjawab Pegawai Pelajaran Daerah dan jika berlaku perkara seumpama ini, kenyataan bertulis hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola kepada Yang Dipertua MSKPP Johor.

103

Page 102: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

BAB 8

URUSAN PERKHIDMATAN

8.1 Perintah-Perintah Am8.2 Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 19938.3 Arahan Perbendaharaan8.4 Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor

8.5 Arahan Perkhidmatan8.6 Akta Acara Kewangan8.7 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

8.1 Perintah Am

Perintah Am dan pekeliling kerajaan ini menjadi nadi utama yang mengawal selia serta memastikan urus tadbir kerajaan daripada peringkat akar umbi hingga ke tahap tertinggi,

harus berjalan lancar serta mematuhi prosedur ditetapkan. Pada dasarnya, Perintah Am adalah rangkuman syarat, garis panduan, kod etika, disiplin dan undang-undang kecil berkaitan apa yang boleh dilakukan selain prosedur bagi melakukannya dan larangan

terhadap penjawat awam. Pekeliling kerajaan pula terbahagi kepada tiga kategori iaitu pekeliling perkhidmatan, surat dan surat edaran yang lazimnya menjadi saluran untukmenerangkan bidang kuasa dan kaedah bagaimana sesuatu elemen Perintah Am

disesuaikan untuk kementerian, jabatan atau sektor perkhidmatan awam tertentu.

Pekeliling bersifat lebih anjal berbanding Perintah Am kerana ia harus diterjemahkanmengikut keperluan semasa walaupun terikat kepada ruang lingkup yang ditetapkanPerintah Am. Ini lazimnya dikeluarkan ketua pengarah di kementerian berkenaan khusus bagi kakitangan tertentu. Tetapi ada juga pekeliling yang dikeluarkan Ketua Setiausaha

Negara jika membabitkan keseluruhan kakitangan awam secara umum. Antara lain,Perintah Am merangkumi Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Perkhidmatan Badan Berkanun Persekutuan, Perkhidmatan Badan Berkanun

Negeri dan Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan. Ia meliputi perihal pelantikan,elaun, cuti, tatatertib rumah kerajaan, perubatan dan waktu bekerja selain skim pencenperkhidmatan awam, skim pencen badan berkanun dan kuasa tempatan, acara kewangan,

serta penyelarasan pencen.

Perintah Am juga menggariskan tugas-tugas suruhanjaya perkhidmatan bagi melantik,mengesahkan, memberi taraf berpencen, menaikkan pangkat, menukar, kawalan tatatertib dan tugas-tugas lain. Ia juga menetapkan kuasa melantik bagi anggotaperkhidmatan kehakiman dan perundangan, perkhidmatan awam persekutuan dan

bersama, anggota pasukan polis, serta perkhidmatan pelajaran. Selain itu, Perintah Am menetapkan tahap penggredan mengikut kelayakan akademik penjawat awam serta status pegawai (sama ada tetap, sementara, kontrak, sambilan atau berasingan). Ia juga menentukan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan tangga gaji. Lazimnya setiap

profesyen dalam sektor awam perlu ada perintah am yang khusus mengenainya dan

104

Page 103: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

diperincikan menerusi pekeliling yang dikeluarkan mengikut keperluan semasa oleh

ketua jabatan berkenaan, tertakluk kepada bidang kuasa yang diberi.

Delegasi kuasa bagi mengguna pakai Perintah Am sering diturunkan kepada pegawaiperingkat jabatan. Ini secara tidak langsung menyebabkan tiada keseragaman dari segi pelaksanaan, yang lazimnya mengikut budi bicara pegawai atasan berkenaan. Walaupun pegawai atasan terbabit juga terikat kepada Perintah Am atau Pekeliling lain, pemantauan

yang menyeluruh sukar dilakukan terhadap mereka, terutama jika jabatan kerajaan itu terletak di pedalaman. Sehubungan itu, wujud aduan di kalangan kakitangan awam bahawa berlaku pilih kasih dalam pelaksanaan tindakan tatatertib mengikut Perintah Am

kerana hukum berlainan dikenakan bagi kesalahan sama.

8.2 : Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) sukacita memaklumkan beberapa perkara yang berkaitan pengurusan tatatertib dalam Perkhidmatan Awam seperti berikut:

●●●Latar belakang

Peraturan tatatertib yang digunakan adalah terkandung dalam Peraturan-peraturanPegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Peraturan ini mengandungi peraturandan kelakuan yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seseorang pegawai awam.Pelanggaran ke atas sebarang peraturan yang ditetapkan akan membolehkan tindakan

tatatertib diambil.

Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi

menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain.

●●●Kes Tatatertib Pegawai Awam Bagi Tempoh Tahun 2002-2006

⍟ StatistikPada keseluruhannya untuk tempoh 5 tahun (2002 – 2006) bilangan pegawai yangdikenakan tindakan tatatertib (tidak termasuk ATM, PDRM bagi tahun 2002 hingga 2004dan Badan Berkanun Negeri) ialah seramai 10,438 orang. Trend aliran

walaubagaimanapun menunjukkan penurunan yang ketara. Bilangan pegawai dananggota ATM dan PDRM yang telah dikenakan tindakan tatatertib bagi tempoh yang sama masing-masingnya ialah berjumlah 7,390 dan 4,819.

⍟ Faktor Penurunan

Secara amnya kesedaran pegawai akan tindakan punitif dengan sendirinya berkeupayaan mencegah sebarang pelanggaran di kalangan pegawai awam. Analisis kepada rekodmendapati antara faktor utama yang menyumbang kepada aliran penurunan adalah:-

105

Page 104: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

a)

b)

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Program Latihan dan Taklimat

Bengkel, kursus dan ceramah tatatertib anjuran JPA/Kementerian/Jabatan telah adakan dari masa ke semasa bagi memantapkan pemahaman berkaitan peraturan-peraturan tatatertib.

Perkhidmatan Kaunseling

Jawatan kaunselor telah diwujudkan di semua kementerian/jabatan. Dalam hubungan ini Kaunselor bertindak sebagai pemudah cara dalam menanganiisu-isu yang dihadapi oleh kakitangan yang bermasalah sebelum tindakan

tatatertib diambil ke atas pegawai.

Sehingga tarikh semasa terdapat lebih kurang seramai 6,000 kaunselor/pegawai yang

dilatih untuk menjalankan tugas-tugas kaunseling. Daripada jumlah tersebut, 95 adalah Pegawai Kaunselor di bawah perkhidmatan gunasama awam persekutuan.

●●●Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Tatakelakuan

Peraturan-peraturan yang ada telah diperkemaskan dari semasa ke semasa bagi

memastikan ianya mudah difahami oleh penjawat awam.

Ketua Jabatan turut diingatkan supaya memastikan pegawai dan anggota di bawah

kawalannya sentiasa mematuhi peraturan- peraturan yang berkuatkuasa; besertaamaran di mana sekiranya berlaku pelanggaran tatatertib tindakan tegas akan diambil.

Y. Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dalam mesyuarat berkata dengan Ketua-Ketua

Setiausaha/Ketua Jabatan telah bersetuju supaya semua kes-kes tatatertib yang dirujukoleh Badan Pencegah Rasuah hendaklah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikhkes dirujuk.

●●●Kumpulan Pegawai

Pegawai dalam Kumpulan Sokongan merupakan kumpulan pegawai yang paling ramaidikenakan tindakan tatatertib iaitu 9,649 (92%) daripada 10,438 pegawai. Fenomena ini

disebabkan populasi pegawai daripada Kumpulan Sokongan mendominasi bilanganpegawai awam iaitu seramai 887,665 (77%) daripada keseluruhan 1.1 juta pegawaiawam.

●●●Jenis Kesalahan

Kes-kes yang berkaitan tidak hadir bertugas di kalangan pegawai awam adalah kesalahan tertinggi dan paling ketara iaitu 7,668 kes (55%) berbanding jumlah keseluruhansebanyak 13,761 kes. Butiran dan jenis-jenis kesalahan lain termasuk tatakelakuan

adalah seperti di Jadual 4:

106

Page 105: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●●Implikasi kepada Hukuman TatatertibJika seseorang pegawai didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib, mana-mana

satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman, implikasi kepada pelaksanaan adalah seperti dihuraikan di Lampiran berkepil.

●●●Penutup

Pendedahan secara terperinci adalah selari dengan prinsip dan amalan ketelusanPerkhidmatan Awam seperti mana yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Y. Bhg. Tan Sri Ismail Adam semasa pertemuan khas JPA dengan wakil media-

massa pada 4 Jun 2007 di JPA.

●●●Pelaksanaan Dan Implikasi Hukuman Tatatertib Hukuman

●●Pelaksanaan/Implikasi

1. Amaran (Warning)

Tidak boleh dinyatakan amaran pertama atau amaran keras atau sebagainya.

Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 6 bulan atau satu urusan mana terdahulu.

2. Denda (Fine)

Denda yang dikenakan adalah berasaskan emolumen pegawai. Denda maksimum ialah tidak melebihi 7 hari emolumen. Jika dikenakan lebih sekali dalam satu bulan kalendar,agregat denda tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak 45% daripada emolumenbulanan pegawai. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 12 bulan atau

satu urusan mana terdahulu.

3. Lucut Hak Emolumen (Forfeiture of Emoluments)

Lazimnya dikenakan bagi kes tidak hadir bertugas. Pegawai tidak layak dinaikkanpangkat dalam tempoh 18 bulan atau satu urusan mana terdahulu.

4.Tangguh Pergerakan Gaji (Deferment of Salary Movement)

Dikenakan bagi tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan dan dilaksanakan pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji pegawai. Pegawai tidak berhak menerima pergerakan gaji dalam tempoh hukuman dan tarikh pergerakan gaji akan berubah ke tarikh yang paling hampir selepas tamat tempoh hukuman. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 30 bulan

atau satu urusan mana terkemudian.

5.Turun Gaji (Reduction of Salary)

Gaji diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama dan penurunan gaji itu tidak melebihi tiga pergerakan gaji. Tempoh hukuman ialah tidak boleh kurang daripada 12 bulan tetapi tidak boleh lebih 36 bulan. Hukuman dilaksanakan pada tarikh yangditetapkan oleh Lembaga Tatatertib atau pada tarikh hukuman dijatuhkan. Pegawai tidak

107

Page 106: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

berhak menerima pergerakan gaji dalam tempoh hukuman dan tarikh pergerakan gaji

akan berubah ke tarikh pergerakan gaji berikutnya selepas hukuman tamat. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 36 bulan atau satu urusan mana terkemudian.

6.Turun pangkat (Reduction in Rank)

Gred pegawai diturunkan ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama. Gaji pegawai ditetapkan pada satu mata gaji dalam jadual gaji bagi gred yangdikurangkan itu supaya lebih rendah dan berhampiran dengan gaji akhir sebelum

hukuman. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 48 bulan atau dua urusan mana terkemudian.

7.Buang Kerja (Dismissal)

Tarikh hukuman ialah pada tarikh Lembaga Tatatertib menjatuhkan hukuman. Pegawai tidak berhak menerima apa-apa kemudahan dalam perkhidmatan awam.

8.3 Arahan Perbendaharaan

Pendahuluan

Arahan Perbendaharaan ini diterbitkan bagi menggantikan Arahan Perbendaharaan yang

dikeluarkan pada 29 Disember 1997.

Pendahuluan ini bukan merupakan sebahagian daripada Arahan Perbendaharaan.Pendahuluan ini menekankan ciri-ciri penting dalam Arahan Perbendaharaan sebagai panduan kepada pegawai-pegawai awam amnya dan pegawai-pegawai perakaunan

khususnya.

Seksyen 4 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] memperuntukkan bahawa tiap-tiappegawai perakaunan adalah tertakluk kepada Akta ini dan hendaklah menjalankan apa-

apa kewajipan menyenggara buku dan menyediakan akaun yang ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini atau oleh arahan-arahan yang dikeluarkan oleh perbendaharaanmengenai perkara tatacara kewangan dan perakaunan yang tidak bertentangan dengannya; dengan syarat bahawa seorang pegawai perakaunan negeri adalah di

samping itu tertakluk kepada apa-apa arahan pihak berkuasa Kewangan negeri yang tidak bertentangan dengan yang tersebut di atas.

Berasaskan seksyen 4 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], Arahan Perbendaharaan

ini menerangkan tatacara kewangan dan perakaunan yang perlu dipatuhi oleh semua Pegawai Pengawal atau Pegawai Yang Diberi Kuasa (di mana berkaitan) yangbertanggungjawab bagi perkara- perkara berikut:

(i) Memungut, menerima atau mengakaun Wang Awam;(ii) Membelanja atau membayar apa-apa Wang Awam; dan(iii) Menerima, menyimpan, mengeluar, melupus, menghapus kira dan mengakaun

108

Page 107: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Aset Awam (kecuali tanah dalam Persekutuan dan negeri).

Arahan Perbendaharaan ini dibahagikan kepada tiga bab iaitu;-

Bab A – Tatacara Kewangan;Bab B – Tatacara Perakaunan;dan

Bab C – Audit, Kehilangan dan Tatacara Hapus Kira.

1. Bab A – Tatacara Kewangan menjelaskan tatacara mengenai pemberian kuasa oleh Badan Perundangan bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan serta bagaimana perbelanjaan itu (selepas peruntukan diluluskan oleh Badan Perundangan) dilakukan,

tertakluk selanjutnya kepada kawalan Perbendaharaan. Ia juga menjelaskan tatacara mengenai pindah peruntukan dan anggaran tambahan. Tujuan bab ini adalah untuk menjelaskan dan bukan menggantikan apa-apa peruntukan Perlembagaan dan undang-undang dan sekiranya didapati apa-apa pertentangan antara Arahan ini dengan

peruntukan Perlembagaan dan undang-undang itu, maka peruntukan Perlembagaan dan undang-undang itu akan diguna pakai.

2. Bab B – Tatacara Perakaunan dibahagikan kepada tiga seksyen seperti berikut:

Mengawal Terimaan dan Bayaran dan Menyimpan Wang Awam;

Perakaunan; dan

Tatacara Perolehan Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja.

Di bawah seksyen I diterangkan bahawa kawalan terimaan dan bayaran serta

penyimpanan Wang Awam adalah terletak di bawah tanggungjawab Pegawai-pegawaiPengawal.

Di bawah seksyen II diterangkan tanggungjawab Ketua Setiausaha Perbendaharaan,

Akauntan Negara, Pegawai Kewangan Negeri dan Akauntan Negeri/Bendahari Negeri dalam perkara-perkara mengenai tatacara perakaunan.

Seksyen III pula menerangkan tatacara perolehan bekalan, perkhidmatan

dan kerja.

3. Bab C – Audit, Kehilangan dan Tatacara Hapuskira menegaskan tanggungjawab

Pegawai Pengawal berkenaan:-

perbelanjaan, pemungutan, penyimpanan dan perakaunan yang sepatutnya

mengenai Wang Awam;penyimpanan, pelupusan dan perakaunan yang sepatutnya mengenai Aset

Awam di bawah jagaan mereka; dan

Laporan Ketua Audit Negara mengenai Akaun Awam dan keterangan

kepada Jawatankuasa Akaun Awam.

Bab ini juga menjelaskan tatacara yang perlu dipatuhi sekiranya berlaku apa-apa kehilangan atau sekiranya tatacara perakaunan yang telah ditetapkan tidak dipatuhi.

109

Page 108: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Dimana perlu, tindakan surcaj hendaklah diambil terhadap pegawai-pegawai yang

bertanggungjawab ke atas sesuatu kehilangan.

Semua pegawai awam perlu memahirkan diri dengan Arahan Perbendaharaan. Kurangpengetahuan mengenai Arahan Perbendaharaan tidak akan diterima sebagai suatu alasan sekiranya Arahan Perbendaharaan tidak dipatuhi, atau pun jika berlakunya apa-apa kehilangan Wang Awam atau Aset Awam akibat ketidakpatuhan kepada Arahan

Perbendaharaan.

8.4 Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor

●●●Definisi Stor

Tempat bagi melaksanakan penerimaan, perekodan, penyimpanan, penyelenggaraan,pengendalian dan pengeluaran stok.

●●●Objektif Pengurusan Stor

• Pengurusan Stor hendaklah dilaksanakan secara(a) Stok sentiasa ada apabila dikehendaki dan menepati kehendak pelanggan; dan

(b) Kualiti stok sentiasa terjamin dengan cara memberi perlindungan, penjagaan dan penyelenggaraan yang sewajarnya semasa dalam simpanan.

1. Menyimpan2. Merekod

3. Susun Atur4. Pengeluaran

8.5 Arahan Perkhidmatan

Panduan asas pentadbiran sesebuah pejabat / jabatan yang meliputi pentadbiran am,

perkara perkhidmatan, alat kelengkapan pejabat, rekod awam dan kemudahanperhubungan.

8.6 Akta Acara Kewangan

Satu Akta untuk menyediakan kawalan dan pengurusan kewangan awam di Malaysia dan

untuk prosedur kewangan dan pengakaunan, termasuk prosedur untuk memungut,menyimpan dan membayar wang awam Persekutuan dan Negeri.

8.7 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan

Penamatan Perkhidmatan 2005) (Bhg. V,VII dan VIII)

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

110

Page 109: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

BAB 9DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU

9.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)9.2 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)9.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)9.4 Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI)9.5 1 Murid 1 Sukan9.6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-20259.7 Transformasi Pendidikan Vokasional 9.8 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)9.9 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan

9.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

●●●Pengenalan

KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusunsemula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan

dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasaserta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan

minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.

KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan

pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard

Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan bolehlakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dannilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualitipembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

●●●Latar Belakang

Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat

Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanyadi peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapatiwujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.

Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula danpenambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah

untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yangrelevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokustransformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca,

111

Page 110: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti

dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.

Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukanpenandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Disamping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan

seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkankepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan

standard dibangunkan.

Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusanMesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPMmembangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsipKurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan disekolah rendah terpilih di seluruh negara.

●●●Hasrat KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang,berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains danteknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan

kerohanian, sikap dan nilai.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan danDasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru

Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empattonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajaruntuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together)dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).

Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:-- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial

• Berilmu pengetahuan • Berketerampilan

• Percaya kepada Tuhan

• Berakhlak mulia• Berkeyakinan

• Berdikari

- Warganegara yang bertanggungjawab

• Berbudi

• Patriotik• Penyayang

112

• Bersatu padu

• Adil• Berbakti

Page 111: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)

• Berdaya saing• Kemahiran berkomunikasi

- Pekerja berilmu

• Inovatif • Dahagakan ilmu• Pencipta teknologi

●●●Prinsip KSSR

• Berdaya tahan• Jati diri

• Kreatif• Menguasai kemahiran TMK• Belajar sepanjang hayat

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip inidikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang danholistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

① Pendekatan Bersepadu

Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsurpengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduandari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

② Perkembangan Individu Secara MenyeluruhKSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untukmemenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap

potensi murid dikembangkan secara bersepadu.

③ Pendidikan Saksama Untuk Semua MuridKSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untukmendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan

seimbang.

④ Pendidikan Seumur Hidup KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan olehsemua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian

dan pendidikan sepanjang hayat.

●●●Bentuk KurikulumKonsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentukpengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada

pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asaskepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjangtersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan

nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.

113

Page 112: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

1.

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Enam Tunjang Kurikulum

Tunjang KomunikasiTunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiranberbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis,

serta nilai tambah menaakul. Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantumereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalamtunjang-tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untukmembuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.

Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil SekolahKebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.

2. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada perkembanganjasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialahPendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk

melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.

3. Tunjang KemanusiaanTunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang

kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatansemangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam TunjangKemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.

114

Page 113: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

4.

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Tunjang Keterampilan Diri

Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dansahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah danmengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum

seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada muridmeningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga danmasyarakat.

5. Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:-• pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik• pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik • pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains,Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(TMK).

6. Tunjang Kerohanian, Sikap Dan NilaiTunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaranyang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplinilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan

Moral bagi murid bukan Islam.

●●●Fokus KSSR

KSSR memastikan selepas enam tahun persekolahan murid mencapai standardpengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi

penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian denganmenggunakan akal atau logik.

Tahap IPengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Penekanan diberikanuntuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi,

keusahawanan dan TMK.

Tahap IIPenekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di sampingmenguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan

pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.

115

Page 114: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●●Organisasi KurikulumKSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran

dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran jugadiorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modul mengandungi

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid.

●●Organisasi Tahap I

Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan

Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di bawah.

● Modul Teras Asas

Modul Teras Asas merangkumi bidang pembelajaran asas yang terdiri daripada Modul

Bahasa, Modul Matematik, Modul Pendidikan Jasmani, dan Modul Pendidikan Kesihatan.Modul-modul ini mesti dipelajari oleh semua murid. Modul Pendidikan Islam mestidipelajari oleh murid beragama Islam, manakala Modul Pendidikan Moral dipelajari oleh

murid bukan beragama Islam.

● Modul Teras Tema

Modul Teras Tema menggabungkan beberapa disiplin ilmu dalam satu modul. Terdapat

dua modul Teras Tema iaitu Dunia Kesenian dan Dunia Sains dan Teknologi (DST). DuniaKesenian terdiri daripada Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik. DST pula menggabungkandisiplin Sains, Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat & Komunikasi(TMK). Modul Teras Tema mesti dipelajari oleh semua murid.

● Modul Elektif

Modul elektif merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada murid seperti

Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan,Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. Modul ini ditawarkan untuk membolehkan muridberkemahiran dalam pelbagai bahasa. Pihak sekolah perlu memilih untuk melaksanakansekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam

aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.

116

Page 115: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●●Pernyataan Standard

● Kurikulum Berasaskan Standard

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripadastandard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalamsuatu tempoh dan tahap persekolahan.

Standard Kandungan

Penyataan spesifik tentangperkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan

dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi

aspek pengetahuan,kemahiran dan nilai.

●●●Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh

diukur bagi setiap standard kandungan.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.

Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilanmodal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.

EMK yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar,

Nilai Murni dan Patriotisme. Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativitidan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pastisebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

Guru hendaklah memastikan kesemua EMK diterapkan secara efektif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh FalsafahPendidikan Kebangsaan. Hubungan EMK yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.

117

Page 116: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●●Perbezaan KSSR dengan KBSR

●●●KSSR Pendidikan Khas

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas dibina selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu,perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas merangkumikurikulum bagi murid bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah

pembelajaran.

Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dan murid Pendidikan Khas (Masalah

Penglihatan) secara umumnya menggunakan kurikulum aliran perdana. Sungguh punbegitu, terdapat beberapa pengubahsuaian dilakukan terhadap beberapa mata pelajaranaliran berkenaan (khususnya dari segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran) selaras dengan keperluan khas pembelajaran. Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran)

dan murid Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) masing-masing turut diwajibkanmempelajari mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK) danKemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL).

Kurikulum Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina berdasarkan tahap

keupayaan dan keperluan murid. Kurikulum bagi kumpulan murid ini lebih berfokuskepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu, dan tidak terlalu

menekankan akademik. Di Tahap I, murid Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)

118

Page 117: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

disediakan mata pelajaranAsas 3M, Pengurusan Kehidupan, Seni Kreatif, Pendidikan

Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani. Sementara itu di Tahap II, disediakanmata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam,Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Sains, Sosial dan AlamSekitar, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Kemahiran Hidup Asas, Teknologi

Maklumat dan Komunikasi, dan Pengurusan Kehidupan. Program pengajaran danpembelajaran bagi ketiga-tiga kategori ini juga dibentuk secara fleksibel selaras denganPeraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.

●●●Soalan-Soalan Lazim Berkaitan KSSR

1. Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian,

Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologiserta Keterampilan Diri.

KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan TeknologiMaklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M

(Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).

KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis

dan Mengira)

2. Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan

semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagipengurusan kurikulum lebih berkesan.

3. Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada

literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains puladiperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmuSains.

4. Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris?Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minatmurid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasibahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz

chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.

5. Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam

119

Page 118: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses

maklumat daripada laman web di KPM seperti berikut:-

• http://www.moe.gov.my/bpk atau• menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283

6. Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P?

KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatanP&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P.

7. Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu matapelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

9.2 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

●●●Pengenalan

Mulai 2014 Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan Kurikulum Standard SekolahMenengah (KSSM) yang mula diguna pakai pelajar Tingkatan Satu, sementara KurikulumStandard Sekolah Rendah (KSSR) membabitkan murid Tahun Satu. Pelaksanaan KSSR bermula dengan murid Tahun 1 pada 2011. Maka terdapat keperluan untuk melihat

semula KBSM sedia ada supaya wujud kesinambungan kurikulum sekolah rendah danmenengah. KBSM telah melalui satu kitaran lengkap dalam sistem persekolahan semenjak pelaksanaannya melalui SPI Bil.2/2000 bertarikh 14 Januari 2002: Pelaksanaan Sukatan

Pelajaran yang Disemak Semula Bagi KBSR dan KBSM.

●●●Konsep Transformasi KSSM

Konsep transformasi KSSM adalah berdasarkan kepada prinsip KBSM sedia ada iaitu:- • Kesinambungan pendidikan rendah dengan pendidikan menengah • Pendidikan umum untuk semua murid,

• Penggunaan disiplin ilmu yang ada • Kesepaduan antara unsur JERI • Penekanan nilai-nilai murni

• Peluasan dan peningkatan penggunaan Bahasa Malaysia• Pendidikan sepanjang hayat

Namun demikian, dasar KSSM yang baru terdapat beberapa transformasi dari segi:-

• Reka bentuk kurikulum• Organisasi kurikulum • Kandungan kurikulum • Penekanan kepada kemahiran abad ke-21

120

Page 119: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

KerangkaTransformasi KSSM

Senarai Mata Pelajaran Menengah Rendah

121

Page 120: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Pendidikan Vokasional Dan Teknologi (PVT)

122

Page 121: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

123

Page 122: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

9.3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

●●●Pengenalan

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancangmengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan olehpihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara

berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripadaPentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan danKokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

●●●Konsep PBS

PBS merupakan pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS diguna pakai untukmentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini

dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain).

PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sediadilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi SistemPengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secaraberterusan.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Akademik Bukan Akademik

Pentaksiran Aktiviti

Pentaksiran Pusat

(PP)

Pentaksiran Sekolah

(PS)

124

Jasmani, Sukan dan

Kokurikulum

(PAJSK)

Pentaksiran

Psikometrik (PPsi)

Page 123: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

●●●Komponen PBS

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

1.

2.

Pentaksiran Pusat (PP) • Dirancang, dibina dan dilapor oleh Lembaga Peperiksaan tetapi ditadbir,

diperiksa dan direkod oleh sekolah.

Pentaksiran Sekolah (PS)

• Dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru disekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. PSdilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif dan sumatif.

125

Page 124: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

3.

4.

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

• Dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan potensijasmani, sukan dan kokurikulum yang dikawal.

Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

• Dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan semulajadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan

masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.

126

Page 125: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

●●●Ciri PBS

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

1. Holistik4. Fleksibel

2. Sepadu5. Merujuk Standard

3. Seimbang4. Sebahagian daripada proses PNP

●●●Pelaksanaan PBS

• UPSR 60:40 mulai 2016

• PMR 100% mulai 2014

127

Page 126: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●Kaedah Pelaksanaan

● Pentaksiran Rujukan Standard

Standard PrestasiStandard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaianatau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam

sesuatu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telahdikenalpasti. Standard prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran bolehdan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yangditetapkan.

● Kerangka Standard Prestasi

Band Pernyataan Band

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat denganBeradab Mithali

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan

Beradab Terpuji

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat denganBeradab

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

2 Tahu dan Faham

1 Tahu

128

Tafsiran

Murid mampu menzahirkan idea yangkreatif dan inovatif,mempunyaikeupayaan membuatkeputusan untuk mengadaptasipermintaanserta cabaran dalamkehidupan seharian serta boleh berbicara untukmendapatkan danmenyampaikan maklumatmenggunakan ayat yangsesuai secarabertatasusila dan menjadi contohsecara tekal.Murid melaksanakan sesuatukemahiran pada situasi baru, denganmengikut prosedur atausecara sistematik, serta tekal danbersikap positif. Murid melaksanakan sesuatukemahiran dengan beradab, iaitumengikutprosedur atau secarasistematik. Murid menggunakan pengetahuanuntuk melaksanakansesuatukemahiran pada suatu situasi.Murid menunjukkan kefahamanuntuk menukar bentuk komunikasiataumenterjemah serta menjelaskanapa yang telah dipelajari.Murid tahu perkara asas, atau bolehmelakukan kemahiran asasataumemberi respons terhadap perkara yang asas.

Page 127: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Kerangka Dokumen Standard Prestasi

Proses Pentaksiran Sekolah

129

Page 128: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●●Soalan-Soalan Lazim Berkaitan PBS

1. KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

S: Apakah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)?

J: PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspekkognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selarasdengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS ini mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan

assessment of learning.

PBS mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. PBS merupakan satubentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara terancang

mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat(PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik

(PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

S: Adakah PBS sesuatu yang baharu?J: Tidak, PBS telah dilaksanakan oleh guru di sekolah seperti Penilaian Kerja Amali

(PEKA), Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), Pentaksiran Lisan Berasaskan

Sekolah (PLBS), Perkara Asas Fardu Ain (PAFA), projek, kuiz, soal-jawab,persembahan dan lain-lain.

S: Bilakah penambahbaikan PBS mula dilaksanakan?

J: Penambaikan PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada tahun 2011 dan Tingkatan 1pada tahun 2012. Penambahbaikan UPSR pada 2016 dan penambahbaikan PMR pada2014.

S: Apakah komponen PBS?

J: Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat(PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

S: Apakah penambahbaikan dalam PBS?

J: KPM telah membuat beberapa penambahbaikan antaranya melaksanakanPentaksiran Rujukan Standard, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

(PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan perekodan penguasaan murid dalamaplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS).

PBS bertujuan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran

serta pencapaian prestasi seseorang murid.

130

Page 129: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

S: Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada?

J: PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitujasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebihmemberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep

assessment for learning dan assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yangmerupakan assessment of learning.

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran

Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasiseseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh manamurid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari

berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahappencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran RujukanStandard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapimelapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan

dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataanstandard.

PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan

pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapatmeningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakanorang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:

• boleh memantau perkembangan murid secara berterusan;• boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan

pembelajaran murid;• lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan

murid;• mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi.

S: Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan?

J: Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:• Pementoran• Penyelarasan• Pemantauan

• Pengesanan• Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing

guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan

yang ditetapkan.• Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan

memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan

131

Page 130: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

• Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepadaStandard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan.

• Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesananinstrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

S: Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan

pembelajaran anak-anak mereka? J: Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS pada bila-bila masa

sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan muriddaripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base).

S: Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid?

J: Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimanaperlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik. Maklum balas yang memberi \

makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaranmereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkanprestasi mereka di masa hadapan.

S: Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS?

J: PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari segipembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.

S: Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai?

J: Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing

kerana mereka:- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikanpembelajaran murid

- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid

- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

S: Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakan PBS?

J: Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas pengajaran danpembelajaran tetapi akan diberi pendedahan semula tentang Pentaksiran BerasaskanSekolah.

132

Page 131: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

2.

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS)

S: Apakah Pentaksiran Sekolah (PS)?

J: PS dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru. Gurumenjalankan pentaksiran secara berterusan semasa proses pengajaran danpembelajaran. PS dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif dan pentaksiransumatif. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses PdP. Manakala

pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atautahun. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)

dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

S: Apakah pentaksiran rujukan standard?J: Pentaksiran Rujukan Standard melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid

dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard bagi setiap matapelajaran. Pernyataan standard ini ditetapkan mengikut tahap-tahap penguasaan

seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Dalam pentaksiran ini, standardprestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid.

S: Apakah kelebihan pentaksiran rujukan standard?J: Pentaksiran Rujukan Standard melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid

dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individuberdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa

dibandingkan dengan orang lain.

S: Apakah Dokumen Standard Prestasi (DSP)?J: Dokumen Standard Prestasi (DSP) mengandungi panduan untuk mentaksir dan

melapor penguasaan murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang

dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Dokumen ini merangkumi band, pernyataanstandard, deskriptor dan evidens.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan band, pernyataan standard, dan deskriptor?

J: Band adalah tahap penguasaan murid. Band 6 adalah band tertinggi manakala Band1 adalah band terendah.

Pernyataan Standard adalah prestasi atau tahap penguasaan murid secara umum

dalam pembelajaran.

Deskriptor adalah pernyataan tentang tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dandiukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran.

S: Bilakah DSP digunakan?

J: DSP digunakan untuk mentaksir murid semasa proses P&P. Dokumen Kurikulumdigunakan oleh guru untuk mengajar.

133

Page 132: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

S: Apakah fungsi DSP?

J: DSP dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

S: Adakah murid boleh ditaksir pada band yang lebih tinggi walaupun dia belummenguasai setiap deskriptor dalam band terdahulu?

J: Boleh, murid boleh ditaksir pada band yang lebih tinggi walaupun dia belum

menguasai setiap deskriptor dalam band terdahulu kerana guru mengajarberdasarkan Dokumen Standard Kurikulum (DSK)/Sukatan Pelajaran. Walaubagaimanapun, murid perlu menunjukkan evidens lisan atau bertulis atau bahan yang

membuktikan bahawa murid telah menguasai deskriptor dalam band yang terdahulu.Evidens boleh dikemukakan dalam bentuk bahan atau murid itu sendiri.

S: Adakah sekolah perlu melaksanakan PEKA, PLBS/ULBS dan kerja kursusKemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tingkatan 1?

J: PEKA dan PLBS/ULBS perlu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PS. Kerjakursus bagi KHB tidak perlu dilaksanakan di Tingkatan 1 mulai tahun 2012.

S: Adakah LINUS boleh digunakan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah?

J: Tidak boleh kerana LINUS merupakan satu program untuk mengenal pasti murid yang tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). PBS pula ialahsatu sistem dan dalam PS murid ditaksir berdasarkan kehendak standardpembelajaran yang terdapat dalam mata pelajaran berkenaan.

S: Perlukah Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun diadakan?J: Bergantung kepada keperluan / objektif / tujuan ujian tersebut diadakan. Sekiranya

bertujuan mendapatkan kedudukan murid, skop ujian boleh merentasi semua konteksdan konstruk (pengetahuan dan kemahiran yang diukur) dalam mata pelajaran

tersebut. Sekiranya JK PBS sekolah memutuskan untuk mendapatkan kedudukan bagimurid-murid dalam band-band tertentu, soalan atau tugasan ujian tersebut hendaklah

berdasarkan evidens dalam dokumen standard prestasi.

S: Adakah murid yang belum menguasai kemahiran/pengetahuan dalam PS perluditaksir semula?

J: Murid perlu ditaksir semula sehingga murid menguasai pengetahuan/kemahiran

dalam PS.

S: Bolehkah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) menjadi pentaksir?J: Boleh, kerana GSTT telah dilantik untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

di bilik darjah. Pentaksiran hendaklah dijalankan oleh guru yang mengajar.

*Untuk lagi banyak soal jawab soalan lazim, sila download di page ISMP 2nd Batch

134

Page 133: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

9.4 Memarta b atkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI)

●●●PengenalanStrategi memartabatkan Bahasa Melayu (BM) melibatkan penggunaan BM sebagai bahasapengantar Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan menengah sertapenambahbaikan terhadap pendekatan pembelajaran dan pengajaran (P&P) BM.Manakala strategi memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris (BI) melibatkanpenambahbaikan kurikulum BI serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi danberkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut.

●●●Definisi MBMMBIMemartabatkan BM bermaksud meletakkan BM pada tempat yang sepatutnya, sesuaidengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara152, Perlembagaan Malaysia. BM juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuh BI pula membawa maksudmemantapkan penguasaan BI sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasidan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.

●●●Tujuan MBMMBI Tujuan utama memartabatkan BM adalah kerana BM merupakan bahasa kebangsaanyang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arahmembina Negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Manakala tujuan utamamemperkukuh BI adalah kerana BI merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yangperlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmuuntuk bersaing di peringkat nasional dan global

●●●Rasional• Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan

Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasaMalaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut.

• Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi semuamata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an.

• Kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasakebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu.

●●●Pelaksanaan• Bermula dengan Tahun Satu, Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Pada masa yang sama Bahasa Cina digunakan di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT.

• Perubahan tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi

• Perubahan sepenuhnya mengambil masa selama 3 tahun

• Bermula pada tahun 2012

• Peperiksaan SPM Sains dan Matematik dalam dwi bahasa sehingga 2015

135

Page 134: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●●Strategi Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris• Menyediakan guru BI yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru

dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA

• Menyediakan guru BI di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelasberenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid)

• Menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris

• Memperkenalkan language arts dalam P&P Bahasa Inggeris

●●●Strategi Memartabatkan Bahasa Malaysia• P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima

di SMK dan SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT

• Menambah waktu P&P Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT

• Menggunakan ICT dalam P&P Bahasa Malaysia

• Menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia

• Memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa Inggeris

●●●Keratan-keratan Akhbar Berkaitan Isu MBMMBI

Dasar MBMMBI Murid Tahun Satu Mulai 2011

Kerajaan sedang meneliti kemungkinan untuk melaksanakan dasar baru iaitumemartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuh bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi muridtahap satu mulai tahun 2011. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,murid tahun satu yang baru memasuki persekolahan tidak terlibat dengan dasar lama.

Tambah beliau lagi, perkara ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya bilangan guruyang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk mata pelajaran sains danmatematik sekiranya ia dapat disiapkan pada akhir tahun 2010, kepada pemberita di lobiParlimen semalam.

Menurut beliau, pelaksanaan dasar MBMMBI bagi murid tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat pula akan bermula pada tahun 2012.

Langkah itu, katanya, adalah untuk membolehkan Kementerian Pelajaran membuatpersiapan rapi dengan mengambil kira semua keperluan pengajaran dan pembelajaran disediakan secara teratur.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran menegaskan, kerajaan komited tidakakan kembali kepada dasar pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik DalamBahasa Inggeris (PPSMI) kerana dasar baru iaitu MBMMBI adalah selaras dengan keperluannegara untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Sumber : Kosmo online 21 oktober 2009

136

Page 135: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

MBMMBI Mampu Bela Pelajar Tercicir

Keputusan kerajaan untuk mengkaji mempercepatkan pelaksanaan dasar baru memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagimurid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012 mampu membela nasibpelajar sekolah rendah yang sebelum ini keciciran berikutan subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.

Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Profesor Datuk Dr Zainal Kling, berkata pelaksanaan dasar baru yang menggantikan Pengajaran danPembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) itu tidak boleh dilengahkan lebih lama kerana sejak PPSMI diperkenalkan enam tahun lalu, ia memberikesan negatif kepada pelajar sekolah rendah terutama di luar bandar.

Akhbar melaporkan keputusan kerajaan mengkaji mempercepatkan pelaksanaan MBMMBI bagi murid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran bagaimanapun berkata, pelaksanaan lebih awal itubergantung kepada beberapa faktor termasuk bilangan guru yang mencukupi, kesediaankurikulum baru serta buku teks untuk Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang perlu disiapkan akhir tahun depan.

Zainal berkata, pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu tidakmemberi banyak masalah kerana ia pernah dilaksanakan sebelum PPSMI diperkenalkan.

Sementara itu, Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), ProfDatuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berkata keputusan kerajaan itu selaras dengan kehendakpertubuhan itu yang mahu pelaksanaan dasar itu dipercepatkan.

Mereka juga ingin menggesa kerajaan supaya dasar itu dilanjutkan pula di peringkat institusipengajian tinggi selain tidak mengabaikan usaha untuk memperkasakan bahasa Inggeris. Selain itu, ucapan pemimpin negara dan papan tanda juga perlu menggunakan bahasaMelayu.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad turut menyokongdasar baru itu berharap bahasa Melayu akan dijadikan teras utama dalam pembinaangagasan 1Malaysia.

Sumber : Berita Harian

●●●Soalan Lazim Berkaitan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia MemperkukuhBahasa Inggeris (MBMMBI)

S: Apakah itu Dasar MBMMBI?J: Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dansekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasaInggeris dengan fasih dan betul.

137

Page 136: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

S: Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI?J: Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran danpembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jeniskebangsaan Tamil dan sekolah menengah. Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dansekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil disekolah jenis kebngsaan Tamil.

S: Bagaimanakah Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah?J: Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan perananbahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaanbahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaanbahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)dalam p&p

S: Mengapakah Dasar MBMMBI diperkenalkan?J: Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakanseperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami matapelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lamauntuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasaInggeris. Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supayamurid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukansahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yangdemikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akandapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terusketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telahmelaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa Malaysia.

S: Bagaimanakah pendekatan soft landing dilaksanakan di sekolah?J: Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulaitahun 2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakanbahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah,bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggerisdan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu gurudan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landingmembolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BIsehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akandilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolahmenengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran iniadalah pada tahun 2021.

S: Bagaimanakah guru dilatih untuk melaksanakan Dasar MBMMBI?J: KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBIuntuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan

138

Page 137: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

pembangunan pendidikan nasional. ELTC telah dipertanggungjawabkan untukmelaksanakan program serta kursus berikut:

Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPG;

Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris;

Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English LanguageTeachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidakmengikuti C-PELT;

Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk

meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajarTingkatan 1 di sekolah-sekolah Band 3 – 5.

BPG juga mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagimata pelajaran BM dan BI:

Latihan untuk bahasa Malaysia:

i. Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI)ii. KDP 4 Mingguiii. Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Latihan untuk bahasa Inggeris:

i.ii.

Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa InggerisKursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris

iii. Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris

S: Bagaimanakah kita memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yangberkualiti? (BPG/ELTC/IPGM)

J: Institut Pendidikan Gurua. IPG akan memantau prestasi / penglibatan guru-guru baru ini selama 6 bulan

selepas tamat pengajian dan di tempatkan disekolah.b. “Teacher Study “ untuk guru-guru bagi memastikan prestasi mereka di sekolah.c. Lengkapkan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran pedagogi yang sesuai

dengan pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran murid.d. Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) – ada komponen

Amalan Professional, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum.

Bagi PBS, pelajar akan mengikuti setiap semester pengajian.

Praktikum – 3 kali praktikum :a. Semester 5 – 4 minggub. Semester 6 – 8 mingguc. Semester 7 – 12 minggu

139

Page 138: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Semester 8 – pelajar akan menjalani internship di mana kajian permasalahan dalampengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini dapat membantu pelajar ini di sekolahsebagai guru permulaan. Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT)telah dibangunkan sebagai satu inisiatif ELTC untuk membantu guru-guru bahasaInggeris mengenalpasti keperluan latihan professional mereka serta memberi petunjuk untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan. Selain itu, ianya juga bolehdijadikan panduan dalam merancang, mereka bentuk dan mengurus program pembangunan profesionalisme untuk guru-guru bahasa Inggeris.

Di samping itu, instrumen PSELT yang berunsur self-evaluative juga telah dibina dan akandapat diakses secara atas talian oleh guru bahasa Inggeris untuk mengenalpastikeperluan latihan profesional serta memohon untuk mengikuti kursus yang diperlukanuntuk pembangunan profesionalisme secara berterusan.

S: Bagaimanakah KPM memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris mencukupi bagi menampung penambahan waktu pengajaran matapelajaranBahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?J: ELTC melaksanakan Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT)untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggerisdi sekolah rendah di seluruh Malaysia. Kursus ini merupakan kursus tambah opsyen.

BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan tersebut:● Program Intervensi Tambah Opsyen guru-guru Sains dan Matematik sekolah

menengah yang telah berkhidmat antara 1 – 5 tahun● Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru-guru bahasa Inggeris yang

telah bersara dari seluruh negara

S: Apakah peranan guru penutur jati dalam membantu meningkatkan pencapaianBahas Inggeris?J: Pada tahun 2008 KPM telah bersetuju untuk mengambil penutur jati bahasa Inggerissebagai pakar atau mentor kepada guru dan pensyarah Bahasa Inggeris di sekolah rendahdan institusi pendidikan guru di negara ini. Keputusan dibuat untuk melaksanakanProgram Penutur Jati Bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013.

Petunjuk Prestasi Utama Program Penutur Jati adalah untuk meningkatkan kapasiti gurubahasa Inggeris di 1800 buah sekolah rendah dan pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI,iaitu:

IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, SarawakIPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, SabahIPG Kampus Dato’ Razali Iamail, Kuala Terengganu, Terengganu

IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, dan English Language TeachingCentre, Kuala Lumpur

Peranan Training Fellows (TF) yang ditempatkan di setiap PKBI adalah untuk menjadimentor dan coach kepada pensyarah Bahasa Inggeris dengan tujuan membantu dalampembangunan profesionalisme pensyarah tersebut. Selain itu, TF juga bekerjasama dengan pensyarah dalam membangunkan program latihan. Tugas yang dilaksanakan olehTF adalah sejajar dan selaras dengan keperluan dan kehendak institusi.

140

Page 139: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Mentor yang terlibat di sekolah rendah adalah untuk membantu guru bahasa Inggerisdalam aspek seperti berikut:

a. Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guruBahasa Inggeris;b. Pengendalian program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zonc. Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zond. Perkhidmatan pakar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum e. Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaranf. Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuaig. Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program h. Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi di dalam kalangan gurusekolah

S: Apakah bahan yang dibekalkan untuk menjayakan Dasar MBMMBI?

J: English Language Teaching Centre (ELTC) telah menyediakan bahan bagimeningkatkan profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam

kalangan guru:a. Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT)

· Untuk pembangunan profesionalisme guru bahasa Inggeris, ELTC telah

menerbitkan buku Pedagogy Standards for English Language Teachingyang membolehkan guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluanlatihan profesional mereka.

b. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH)

· Buku Panduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan P&P untuk pelajar Tingkatan 1 tahun 2012 dalam kemahiran bertutur danberkomunikasi dengan lebih berkesan.

· CD Audio-Video (Teacher’s CD) yang membolehkan guru melaksanakan

pengajaran kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih efektif.· OPS-ENGLISH Student’s Handbook untuk pelajar.

Bahagian Teknologi Pendidikan telah menyediakan dan membekalkan bahan digitalpengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan

perisian kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahan digital ini berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semuakomputer. Bahan diterapkan dengan unsur didik hibur di samping menitikberatkan

kemahiran berbahasa.

S: Bagaimanakah penggunaan makmal bahasa dapat membantu dalam penguasaan

Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?

J: Makmal bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalampelaksanaan dasar MBMMBI. Infrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi dengan alatpandang dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia danBahasa Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa.

141

Page 140: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

S: Bagaimanakah pentaksiran dilaksanakan di sekolah?

J: Pentaksiran di sekolah akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu;● Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan

tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran (pentaksiranpembelajaran atau assessment for learning)

● Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengantujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apayang dipelajari (pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning)

● Pentaksiran formatif memberi tumpuan bukan semata-mata kepada membuatujian, memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skormalahan yang lebih penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid dan aktiviti memberi maklumbalas kepada sesiapa sahaja yang memerlukanterutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secaraberkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atauverbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihakberkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.

● Pentaksiran sumatif dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentangtahap penguasaan murid dalam pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat(kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran.Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pulaoleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid di semester atau tahunberikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu membandingkan murid dengan muridyang lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif.

S: Adakah soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik diperingkat UPSR, PMR dan SPM dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris ataudwibahasa?J: Selaras dengan soft-landing MBMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaranSains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat dalam dwibahasasehingga tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua matapelajaran tersebut akan dibuat dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasratMBMMBI.

S: Bagaimanakah Dasar MBMMBI akan membantu murid menghadapi cabaran darisegi bahasa pengantar dalam pembelajaran Matematik dan Sains di peringkat prauniversiti?J: Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebihefektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antarainisiatif tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasitipensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti sepertibahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah. Oleh itu, pelaksanaan Dasar MBMMBI diharapkan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid bagi membantu mereka meneruskanpengajian di peringkat prauniverisiti mahupun universiti.

142

Page 141: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

9.5 1Murid 1Sukan (1M 1S)

●●●PengenalanDasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan FalsafahPendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbangdari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada SukanUntuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utamakepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan.Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkanmelalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selarasdengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteksini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yangsihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosialserta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagimenarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. KementerianPelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmatimanfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakansukan seiring dengan keperluan akademik.

●●●RasionalDasar 1M 1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti mata pelajaran akademik dan kegiatankokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani.

Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangatmuhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara.

Dasar 1M 1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.

MatlamatDalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melaluipenyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang

tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahlimasyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

143

Page 142: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

●●●Konsep

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiapmurid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikutisekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dansistematik. Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar;

● Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripenglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif;

● Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan muriddalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah;

● Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untukdigilap ketahap yang lebih tinggi;

●●●Dasar PerlaksanaanPelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip pelaksanaan berikut:

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk muridTahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta Tingkatan Peralihan,Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program iniberdasarkan kemampuan sekolah (SPI Bil.16/2010 bertarikh 1/12/2010Rujuk LAMPIRAN 1).Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dansukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan oleh pihak laindengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmanidan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama bagi program 1M 1S.Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalamaktiviti sukan.Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani,jasmani dan emosi murid.Ibu bapa dan agensi luar / rakan sukan adalah digalakkan untukmenyumbang kepada pembangunan sukan sekolah. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan danperalatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagimeningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah. Segalaprosedur dan langkahlangkah keselamatan hendaklah dipatuhi bagimengelakkan sebarang kemalangan.

144

Page 143: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

●●●Objektif

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Dasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti berikut:1. Meningkatkan kecergasan jasmani;2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni; 3. Memupuk perpaduan di antara kaum; 4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid;5. Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal;6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal;7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

*Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang 1M 1S, sila download file yang saya upload dipage ISMP 2nd Batch.

●●●Soal Jawab Berkaitan 1M 1S

S: Apa Itu Dasar 1Murid 1Sukan?J: Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

S: Kenapa Dasar 1M 1S Ini Diwujudkan?J: Dasar 1M 1S diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk;-

1) Mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada muridyang kurang atau tidak aktif;

2) Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan muriddalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah;

3) Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untukdigilap ke tahap yang lebih tinggi.

S: Siapakah Yang Harus Terlibat Di Dalam Pelaksanaan Dasar 1M 1S Ini?J: Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah danTingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Manakalamurid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkankemampuan sekolah.Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antaratingkatan, kelas, rumah sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan muriddalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri(MSSN)/Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalahmerupakan aktiviti 1M 1S.

S: Bagaimanakah prestasi murid dinilai?J: Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yangberasaskan:-

1. Kehadiran;2. Jawatan Serta Sumbangan;3. Penglibatan; dan4. Pencapaian.

145

Page 144: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

9.6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

●●●PengenalanPada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistempendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan PelanPembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusanmelaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan

antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapaserta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasimuda untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaankajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan

penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, danenam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, orang ramai dan murid di seluruh negara.

Dokumen awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi

semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaianlampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkanvisi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa

depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perludilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Usaha yang telahdirangka dan akan dilaksanakan untuk mentransformasi sistem pendidikan negara

diharap dapat difahami dengan jelas oleh masyarakat keseluruhannya. Kementerian akanmendapatkan maklum balas tentang laporan awal pelan ini daripada seluruh komunitisebelum laporan akhir pelan ini dihasilkan pada Disember 2012.

●●●Objektif Dan Pendekatan Kajian SemulaLaporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan merupakanhasil penyelidikan yang mendalam dan pelibatan meluas masyarakat yang dijalankan oleh Kementerian. Pelan

Pembangunan Pendidikan dibangunkan dengan tiga objektif khusus, iaitu:1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan

memberi tumpuan terhadapakses kepada pendidikan, meningkatkan standard(kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam

kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem;

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistempendidikan dan setiap murid

bagi 13 tahun akan datang;dan

3. Menggariskan program transformasi sistempendidikan, yang merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharudanharapan masyarakat yang meningkat, menyemarakserta menyokong keseluruhantransformasi perkhidmatan

146

Page 145: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Pendekatan yang digunakan dalam penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan

adalahberani dan ulung kali dilaksanakan. Perspektif daripada pelbagai pakar dan agensi antarabangsa telah digarap untuk menilai dan mentaksirprestasi sistem pendidikan Malaysia. Agensi yang terlibat and Cultural Organisation (UNESCO), Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), serta enam universiti tempatan.

Kementerian juga bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain untuk memastikan

jajaran dengan dasar awam yang lain berkaitan pendidikan. Sebagai contoh, Kementerian bekerjasama dengan PEMANDU untuk membangunkan inisiatif pendidikan menerusi

Program Tranformasi Kerajaan (GTP)2.0 bagi mencerminkan pembaharuan utama yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan dalam tempoh 2013-2025. Tambahan lagi, buat pertama kalinya Kementerian telah melibatkan penyertaan rakyat secara besar-

besaran. Sepanjang tempoh setahun, lebih 50,000 orang pegawai Kementerian, guru,pemimpin sekolah, ibu bapa, murid dan orang awam di seluruh negara telah dilibatkanmelalui temu bual, kumpulan fokus, tinjauan, dewan terbuka Dialog Nasional danperbincangan meja bulat. Kementerian telah melantik panel pakar yang terdiri daripada

12 ahli tempatan dan empat ahli antarabangsa bagi menyediakan input bebas terhadapdapatan kajian semula sistem pendidikan negara.

●●●11 Anjakan Pendidikan

11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) danKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017.Kementerian akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal. Selain itu Kementerian akan

mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana, termasuklah membenarkan murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajiansekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun sekarang danmenamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun, berbanding enam tahun.

Peperiksaan UPSR pada 2016 akan mengandungi 80% soalan berbentuk pemikiran aras tinggi.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Kementerian akan meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dengan memastikan

semua 70,000 guru Bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai standard ditetapkan akan mengikuti latihan intensif. Modul Sastera Inggeris akan diwajibkan kepada murid sekolah menengah. Bagi memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia pula, Kementerian akan memperkenalkan

kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah, merangkumi semua sekolah jenis kebangsaan. Dengan perlaksanaan kurikulum ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah kebangsaan akan dimansuhkan mulai 2017. Kerajaan juga akan menggalakkan

147

Page 146: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, India, Tamil, Arab serta bahasa

ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilaiBagi memupuk semangat patriotisme di kalangan murid dalam usaha membina satu identiti nasional yang kukuh dan jitu, Kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang 2017. Pedagogi untuk Pendidikan

Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (role-play), simulasi, perbincangan dan tugasan dalam kumpulan kecil. Bagi murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras

semua agama utama di Malaysia. Kementerian juga akan mengkaji membolehkan murid bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar.

4. Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan

Kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan dengan mensasarkan hanya 30 peratus teratas dari kelompok pelajar cemerlang menyertai profesion perguruan. Bagi guru-guru yang sudah ada dalam sistem, Kementerian akan

mengukuhkan pembangunan kerjaya mereka. Guru berprestasi tinggi berpeluangmenikmati kenaikan pangkat bermula daripada Gred DG14 sehingga DG54 dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu kurang daripada 25 tahun.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

Kementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan kompetensi serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan guru besar mulai 2013. Kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan

miskin bandar.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskankeperluanKementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program

Penambahbaikan Sekolah (SISC+) dan Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (Si-Partners) secara sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Jurulatih-jurulatih berkenaan akan memberikan bimbingan secara terus kepada sekolah

berprestasi rendah. Satu projek perintis akan dilaksanakan di Sabah dan Kedah mulaiJanuari 2013 sementara perlaksanaan di seluruh negara bermula Januari 2014.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaranKementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya

melalui perlaksanaan 1BestariNet bagi semua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesaisepenuhnya pada penghujung 2013. Dalam masa terdekat, semua murid akan mempunyaiakses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untuk

perlaksanaan pembelajaran secara interaktif.

148

Page 147: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran

Struktur organisasi Kementerian akan disusun semula agar fungsi bahagian tidak bertindih dan lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD yang akan terlibat secara langsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah.

9. Memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swastaKementerian akan memperluaskan capaian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

untuk membolehkan ibubapa memantau kemajuan anak mereka di sekolah secara atas talian. Kementerian juga akan menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dan turut melibatkan kumpulan alumni dan pertubuhan bukan kerajaan

sebagai penganjur.

10. Memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakanKementerian akan mengaitkan setiap program yang dilaksanakan dengan keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi program berimpak rendah setiap tahun,

Kementerian akan meningkatkan kecekapan dalam mengurus perbelanjaan dengan memberi keutamaan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.

11. Meningkatkan Ketelusan akauntabiliti awamSemua pihak berkepentingan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian. Laporan Tahunanmengenai kemajuan sasaran dan inisiatif pelan ini akan ditertbitkan utntuk tatapan

umum mulai 2013.

●●●Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia

149

Page 148: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●●Enam Ciri Utama Yang Diperlukan Oleh Setiap Murid

9.7 Transformasi Pendidikan Vokasional

●●●Pengenalan

Apabila transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan mulai tahun 2013 maka aliranini tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas dua. Ketika ini umum beranggapan ia

sebagai tempat pelajar yang tidak berminat belajar dalam aliran akademik. Pelajar aliranini juga dikira kurang berpeluang untuk ke menara gading jika dibandingkan dengansebahagian rakan-rakan mereka daripada aliran akademik yang akan memasuki kelas

matrikulasi atau tingkatan enam selepas menamatkan peperiksaan SPM.

Pengumuman sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan SriMuhyiddin Yassin baru-baru ini telah melonjakkan kedudukan aliran tersebut dalamsistem pendidikan negara. Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga ke

peringkat diploma secara jalan pintas melalui pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepastingkatan tiga. Apa yang menarik pelajar mula didedahkan asas mata pelajaranvokasional dan boleh memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun iaitu semasaberada di tingkatan satu.

Sesungguhnya peluasan aliran vokasional dalam sistem pendidikan telah diamalkan di

kebanyakan negara dan bilangan pelajarnya sangat ramai kerana ia dianggap selaridengan kemajuan teknologi dan tuntutan ekonomi sesebuah negara. Transformasi

150

Page 149: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

pendidikan vokasional yang bermula pada tahun 2013 nanti memberi penekanan kepada

amalan industri atau amali teknikal dan akan mengurangkan komposisi akademik. Apayang menariknya Pendidikan Asas Vokasional (PAV) akan diperkenalkan kepada pelajarmulai tingkatan satu.

Mereka juga dibenarkan mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada

tahap satu iaitu semasa berada di tingkatan dua dan SKM tahap dua semasa berada ditingkatan tiga. Sementara itu pelajar yang mengikuti aliran vokasional ini selepastingkatan tiga akan diberi peluang mengikuti pendidikan selama empat tahun sehinggaperingkat diploma iaitu SKM tahap empat.

Kurikulumnya merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS),

SKM dan lain-lain bentuk pensijilan yang diiktiraf oleh pihak industri. Sudah sampaimasanya diperkenalkan bidang bertahap tinggi seperti aviation, maritime, oil and gas,

ICT, kejuruteraan, perakaunan, pengajian perniagaan dan lain-lain dalam aliranini. Dengan kata lain usaha memartabatkan pendidikan vokasional perlu dilaksanakansupaya berlaku perubahan landskap di mana aliran ini akan menjadi pilihan utamapelajar-pelajar dan ibu bapa seperti kebiasaan amalan di negara-negara maju.

Ketika ini dalam sistem pendidikan kita hanya 10 peratus (%) daripada jumlah pelajar

yang mengikuti pendidikan vokasional. Bilangan ini dikira kecil jika dibandingkan dengannegara lain seperti Korea Selatan 28%, Thailand 41%, Indonesia 51%, Jerman 59%,Australia 62% dan Belanda 68%. Sementara itu di kalangan negara OECD yang berjumlah

44 negara puratanya ialah sebanyak 44%. Seperti yang diumumkan oleh TimbalanPerdana Menteri bilangan pelajar vokasional akan ditingkatkan kepada 20% pada tahun2013. Jumlah ini boleh dicapai sekiranya pihak swasta diberi peluang dan dilibatkan sama

bagi menyediakan kemudahan pendidikan tersebut.

●●●Soalan Lazim berkaitan

S: Apakah yang dimaksudkan aliran teknikal?J: Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik pada peringkat

Penilaian Menengah Rendah (PMR). Objektif aliran teknikal adalah untuk membantumelahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian, perdagangan dan ekonomi rumah tangga).

S: Apakah pula makna aliran vokasional?

J: Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang pencapaian baik dansederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak pekerjaan(vocational). Komponen pembelajaran adalah seimbang teori dan amali. Objektif aliran ini

ialah membantu melahirkan pekerja separa profesional seperti juruteknik/ pembantuteknik.

151

Page 150: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

S: Maksud aliran kemahiran?

J: Manakala aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian PMR yang rendahtetapi berminat kepada pembelajaran amali (hands-on). Objektif aliran ini apabila tamatkursus akan menjadi tenaga mahir di industri atau bekerja sendiri. Kandungan kursusaliran kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian

Sumber Manusia. Mereka yang berjaya mengikuti kursus ini akan dianugerah dengan SijilKemahiran Malaysia (SKM).

S: Mengapakah perlu dilakukan transformasi pendidikan vokasional ini?J: Perubahan ini diperlukan tidak lain tidak bukan untuk menyediakan tenaga kerja

terlatih yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan negara untuk memasuki pasaranpekerjaan. Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan denganlatihan amali sejak dibangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri

dengan mudah dalam alam pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal danpernah mengikuti latihan amali sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini.

Dilaporkan juga hampir 80% daripada tenaga kerja yang memasuki pasaran pekerjaan

adalah mereka yang hanya mempunyai kelulusan SPM. Kelayakan akademik tanpakemahiran teknikal ini akan memberi kesan kepada kualiti pekerjaan dan pendapatanbulanan. Pendapatan permulaan sekitar RM600 hingga RM800 sebulan. Sekiranyamereka mempunyai kelulusan diploma pendapatan permulaan boleh meningkat di antara

RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Peningkatan pendapatan ini adalah selaras denganProgram Transformasi Kerajaan yang menyasarkan pendapatan tinggi di kalangan pekerja dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020.

Memartabatkan aliran pendidikan ini juga ada kaitan dengan usaha membantu kerajaan

bagi menyediakan peluang pekerjaan. Peningkatan pertambahan penduduk dan jumlahpelajar yang meninggalkan bangku sekolah lebih daripada setengah juta orang setiap

tahun menyukarkan pihak kerajaan dan swasta menyediakan pekerjaan.Transformasi pendidikan vokasional ini sudah tentu akan menarik minat lebih ramaipelajar cemerlang memasuki aliran ini. Sekiranya pendidikan ini dapat menjanjikan peluang pekerjaan yang baik dan pendapatan yang tinggi kepada pelajar maka sudah

tentu ibu bapa turut menggalakkan anak-anak mereka mengambil peluang untukmengikuti aliran ini. Diharapkan dengan memartabatkan pendidikan vokasional ini akanmempercepatkan lagi usaha untuk menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan,berkemahiran dan berpendapatan tinggi bagi menjadikan Malaysia negara maju dalam

tahun 2020.

●●●Program Asas Vokasional (PAV)

Program Asas Vokasional Di 15 Sekolah Harian Terpilih Mulai 2013. Program Asas Vokasional (PAV) yang dikhususkan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3 akandilaksanakan mulai tahun 2013 dalam usaha menjadikan vokasional sebagai pendidikan arus perdana, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

152

Page 151: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Beliau berkata PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional (MPV) yang sedang

diajar di sekolah harian dan ia adalah sejajar dengan proses transformasi pengajianteknik dan vokasional.

"Pelajar lepasan PAV di peringkat menengah rendah kita akan benarkan melanjutkan

pelajaran di kolej-kolej vokasional, sebab kita juga akan melaksanakan transformasidengan mengubah Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Ini yang kita usahakan supaya vokasional akan menjadi pendidikan arus perdana setaraf Sijil Pelajaran

Malaysia," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Katanya PAV akan dilaksanakan di kesemua 15 sekolah harian yang terpilih sebagai

sekolah rintis untuk program itu di seluruh negara serta para pelajar yang lulus dalam PAV akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat.

Beliau berkata lanjutan daripada PAV, antara pendekatan yang diambil kerajaan adalah

sama ada dengan kerjasama swasta melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) iaitupenubuhan kolej vokasional baru oleh mereka atau kementerian menghantar pelajar kekolej vokasional sedia ada.

Mohd Puad berkata antara kaedah yang akan digunakan kementerian untuk memilih

pelajar di sekolah rendah khususnya Tahun 6 bagi mengikuti PAV di peringkat menengahadalah menggunakan penilaian psikometrik.

"Kita memilih pelajar antaranya melalui penilaian psikometrik di sekolah rendah untuk

melihat minat mereka...bukan menggunakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PAVini mempunyai penilaian psikometrik tersendiri," katanya.

Beliau berkata Kementerian Pelajaran juga akan berbincang dengan Kementerian

Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia mengenai tahap kelulusan pelajaryang melanjutkan pelajaran selama tiga tahun di Kolej Vokasional sama ada tahap

Diploma atau SKM Tahap IV.

Katanya pelajar lulusan PAV sewajarnya meneruskan pengajian di kolej vokasional dan ia

adalah matlamat transformasi pendidikan teknik dan vokasional walaupun mereka

mempunyai pilihan untuk kembali meneruskan pengajian dalam aliran sekolah biasa.

"Masalah pendidikan vokasional di negara ini, komponennya adalah 55 peratus

vokasional dan teknik (Voktech) manakala 45 peratus lagi akademik, sedangkan di

negara-negara maju komponen pendidikan vokasionalnya 70 peratus Voktech dan hanya30 peratus akademik," katanya.

153

Page 152: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Mohd Puad berkata sekiranya selepas PAV mereka hanya mengikuti kursus dua tahun di

kolej vokasional, ia adalah tidak mencukupi kerana di negara-negara maju sekurang-kurang perlukan tiga tahun termasuk 'job training' yang penting bagi melahirkan graduanberkemahiran tinggi.

Terdahulu, beliau mewakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

merangkap Menteri Pelajaran menutup 'Perak Expo for Young Scientis' bertemakan'Innovation of Science and Technology for Environmental Sustainability' yangberlangsung tiga hari berakhir Ahad. Ekspo anjuran bersama Universiti Pendidikan Sultan

Idris, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, K-Perak Implementation and CoordinationCorporation (KPerak), Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi antaranya bertujuan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran sains,

matematik dan teknologi di kalangan pelajar dan orang ramai ke arah mengurus sertamengekalkankesejahteraan alam.

●●●Transformasi Pendidikan Vokasional lahir tenaga Mahir

Pendidikan teknikal dan vokasional sememangnya memerlukan satu anjakan baru yangbukan sahaja membolehkan pelajar memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun,malah dijangka mengubah lanskap pendidikan negara untuk mengarusperdanakan pendidikan vokasional serta mengubah komposisi modal insan daripada berorientasikan

lepasan akademik kepada lepasan aliran vokasional sejajar amalan di negara maju.Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menstruktur semula sistempendidikan ini menerusi Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) yang akandikuatkuasakan pada 2013 kena pada masanya bagi mengangkat martabat pendidikan

vokasional sebagai aliran pendidikan yang akan menjadi pilihan pelajar.

Apabila transformasi ini dilaksanakan, maka aliran vokasional tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas kedua. Apa yang pasti, rancangan penstrukturan semula sistem

pendidikan vokasional ini, sudah tentu ditunggu-tunggu oleh pelbagai pihak yang inginmelihat bidang ini menjadi teras utama dalam sistem pendidikan negara.

Untuk itu, persepsi umum terhadap pendidikan vokasional harus diubah. Jika selama ini,ramai menganggap pelajar vokasional tergolong dalam kalangan yang lemah atau

dikategorikan dalam kelas kedua maka transformasi besar-besaran ini diharap mengubahstigma masyarakat umum bahawa tanggapan sedemikian tidak lagi berasas. Jikahalangan persepsi sebegini dapat di atasi, tidak mustahil pendidikan vokasional menjadi

rebutan pelajar sebagaimana yang berjaya dilaksanakan di negara Eropah.

Kemajuan pesat dalam sektor industri negara yang rancak berjalan sekarang sudah pastiakan mengalami gangguan sekiranya tenaga mahir secukupnya tidak dapat disediakan.Malah, harapan seterusnya dapat memberi ruang dan peluang lebih besar kepada pelajar

untuk memiliki keupayaan dan tahap kemahiran luar biasa bagi memenuhi permintaan pasaran. Secara langsung juga, langkah kerajaan mengarusperdanakan pendidikanvokasional turut terkandung dalam Bab 5, Rancangan Malaysia ke-10.

154

Page 153: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Pendidikan dan latihan vokasional sememangnya mempunyai peranan cukup penting

dalam menyediakan laluan utama ke arah melahirkan modal insan yang berkemahirantinggi seterusnya menyumbang kepada penjanaan kekayaan baru bagi negara. Untuk itu,kualiti kuriku¬lumnya perlu dipertingkat dan dise¬suaikan dengan keperluan industri.

Justeru dalam konteks ini, TPV yang diperkenalkan itu akan membabitkan dua aspekpenting iaitu program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan Kolej Vokasional (KV)

sebagai laluan dalam usaha mencapai matlamat berkenaan. Malah, la akan dilaksanakanmengikut pelan tindakan strategik dalam tempoh 2011 hingga 2020 yang dibahagikankepada tiga fasa, iaitu fasa lonjakan dari 2011 hingga 2013, fasa Peningkatan (2014

hingga 2016) clan fasa pemerkasaan (2017 hingga 2020). Sehubungan itu, bagimemanntap dan melestarikan penerimaan keseluruhan sistem serta kurikulum di bawahTPV, maka mulai sesi persekolahan 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)melaksanakan projek rintis PAV di 15 sekolah harian atau sekolah menengah kebangsaan

(SMK), di samping menaik taraf 15 sekolah menengah vokasional menjadi KV, masing-masing di setiap negeri.

PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional yang ketika ini diajar di sekolah

harian clan akan ditawarkan kepada pelajar menengah rendah seawal tingkatan satusehingga tingkatan tiga, khusus kepada lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)yang cenderung kepada pendidikan bercorak amali. Dalam aspek ini, sistem PAV akan dilaksanakan selama tiga tahun di SMK terpilih itu berdasarkan beberapa tahap sejajar

proses transformasi pengajian teknik dan vokasional. Lepasan PAV dibenarkanmenyambung pelajaran di KV atau ke institusi kemahiran awam dan swasta. la akandilaksanakan sepanjang tempoh empat tahun sehingga peringkat diploma menggunapakai sistem semester dengan kurikulumnya berasaskan kepada kemahiran tertentu.

Kurikulum KV mempunyai dua komponen membabitkan 70 peratus kemahiran clan 30peratus akademik bagi memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan.

Malah, kurikulum ini akan merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga

Kebangsaan (NOSS), SKM dan lain-lain bentuk persijilan yang diiktiraf pihak industri danpada akhir tahun keempat, pelajar sudah memperolehi Diploma Kolej Vokasional, iaituselari dengan kepatuhan SKM Tahap 4. Dalam merancakkan pendidikan vokasional,

pembabitan sektor swasta (industri) turut dipelawa bersama -sama menjayakantransformasi ini. Tanggungjawab yang boleh dimainkan oleh sektor ini ialah menyediakantenaga pakar industri sebagai tenaga pengajar jemputan di kolej vokasional. Menerusikaedah ini, pendedahan dan maklumat langsung berkaitan industri semasa dapat

disalurkan kepada pelajar. Malah, sektor swasta digalak untuk membangunkan institusivokasional berdasarkan kurikulum yang dipersetujui bagi menampung kemasukanpelajar berpotensi tajaan Kementerian.

Hakikat betapa penting pelan ini perlu dilaksanakan juga merujuk kepada keperluan

negara yang memerlukan sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10

155

Page 154: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

tahun akan datang bagi menampung kehendak industri tempatan. Tidak terkecuali,

transformasi sedemikian perlu diketengahkan berikutan penyertaan pelajar peringkatmenengah dalam bidang vokasional masih rendah. Ketika ini, enrolmen pelajar Malaysiadalam bidang ini hanya mencapai lima peratus. la jauh ketinggalan berbanding negaramaju yang rata-rata mencatat paras lebih 50 peratus.

Malah negara serantau seperti Indonesia dan Thailand mengatasi jumlah peratusan

berbanding Malaysia dengan jumlah pelajar yang mengambil aliran ini menjangkau 40hingga 60 peratus. Pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu daripada

kekuatan utama dalam sistem, pendidikan di German, Hampir 60 hingga 70 peratusdaripada pelajarnya iaitu melebihi 1.6 juta orang memasuki sekolah vokasional. lamerangkumi kira-kira 340 jenis pekerjaan dan sangat popular di kalangan lepasan

sekolah di negara itu.

Pendekatan ini berjaya mengurangkan kadar pengangguran siswazah dalam tempoh setahun selepas tamat pengajian kepada tiga peratus sahaja. Sementara di Austria, 78peratus pelajarnya memasuki bidang vokasional dan hampir 60 peratus mereka yangbekerja mendapat pendedahan dalam bidang itu. Berdasarkan pelbagai usaha

bersungguh-sungguh yang dilaksanakan kerajaan bagi memperkasa pendidikan teknik dan vokasional, diharap mampu meningkatkan peratusan pelajar aliran berkenaankepada 20 peratus menjelang 2015. Apa yang jelas, pelan transformasi vokasional ini

bukan sekadar memberi satu alternatif dalam sistem pendidikan negara, tetapi antarapendekatan bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam mengisi perancangan dankeperluan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

9.8 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)

Untuk menjadikan Malaysia Negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, Kerajaan

pada bulan Oktober 2010 telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi

meningkatkan pendapatan per kapita daripada AS$6,700 (RM23,700) pada tahun 2009kepada AS$15,000 (RM48,000) pada tahun 2020. Peningkatan ini akan dicapai melaluipertumbuhan pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak 6% setahun sehingga 2020.

●●●ETP memberi fokus kepada 12 Bidang Ekonomi Utara Negara (NKEA) iaitu:

1. Minyak, Gas dan Tenaga2. Perkhidmatan Kewangan

3. Perkhidmatan Perniagaan 4. Borong dan Runcit 5. Kesihatan

6. Pertanian

7. Minyak Sawit8. Pelancongan

9. Elektronik dan Elektrikal10. Pendidikan 11. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

12. Greater Kuala Lumpur

Dibawah ETP, NKEA tersebut talah dikenalpasti sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang

mempunyai potensi untuk memberi sumbangan secara langsung kepada pertumbuhan

156

Page 155: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

ekonomi Malaysia. Sebanyak 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP) dan 60 peluang

perniagaan (BO) telah dikenalpasti untuk menyumbang kepada peningkatan pendapatannegara kasar (GNI).

●●●Memacu Malaysia Ke Arah Menjadi Negara Maju Dan Berpendapatan Tinggi

Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP) adalahsatu usaha komprehensif yang akan mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negaraberpendapatan tinggi menjelang 2020. Ia akan meningkatkan pendapatan negara kasar (PNK) per kapita Malaysia dari lebih kurang AS$6,700 atau RM23,700 pada 2009 ke lebih

daripada AS$15,000 atau RM48,000 pada 2020, dengan itu memacu kemajuan negara ketahap yang sama dengan negara-negara berpendapatan tinggi yang lain.

Perkembangan PNK sebanyak 6 peratus setahun akan membolehkan kita mencapai

sasaran yang ditetapkan di bawah Wawasan 2020. Pelaksanaan ETP yang berjaya akanmenyaksikan ekonomi Malaysia berubah dengan ketara mirip negara-negara maju yanglain. Kami akan meneruskan anjakan ke arah ekonomi berdasarkan perkhidmatan dengan

menyaksikan sektor perkhidmatan berkembang dari 58 peratus ke 65 peratus padatempoh yang sama. Lebih 3.3 juta pekerjaan baru merentasi kawasan bandar dan luarbandar negara akan diwujudkan menjelang 2020.. Ciri-ciri pekerjaan baru ini akanmenyebabkan anjakan ke arah julat pendapatan sederhana dan tinggi. Greater Kuala

Lumpur/Klang Valley akan ditransformasikan kepada sebuah bandar raya bertaraf dunia.

Akhirnya, pertumbuhan akan dicapai dengan cara mampan dan tanpa kos kepada

generasi akan datang melalui inisiatif-inisiatif seperti pembinaan kapasiti penjanaan

tenaga alternatif dan pemuliharaan alam sekitar bagi mempromosikan ekopelancongan.

●●●ETP Berbeza dari Percubaan Lampau untuk Mengembangkan Ekonomi.

Satu pendekatan baru dan berani telah diambil untuk membangunkan ETP. Ini adalah kali

pertama usaha sebegini diambil dalam sejarah Malaysia, atau oleh mana-mana negaramaju yang lain. Program ini menyediakan fokus mantap pada beberapa enjin pembangunan utama, 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas

atau NKEA). NKEA ini dijangka akan menyumbang dengan ketara kepada prestasiekonomi negara, dan ia akan menerima keutamaan dalam pelaburan awam dan sokonganpolisi.

Sektor swasta akan menerajui ETP; manakala Kerajaan akan memainkan peranan utama

sebagai fasilitator. Sebahagian besar daripada pembiayaan akan datang dari sektorswasta (92 peratus) dan pelaburan sektor awam akan digunakan sebagai pemangkin untuk memulakan penyertaan sektor swasta. Keberkesanan sebarang program

transformasi bergantung kepada butir-butir khususnya. ETP berbeza dari program-program lain kerana ia menumpu pada tindakan – bukan pada prinsip teori dan idea.Kami telah mengenal pasti 131 projek permulaan (entry point projects atau EPP) yang

157

Page 156: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

menggariskan tindakan yang perlu diambil untuk mengembangkan ekonomi.

EPP dan peluang-peluang perniagaan lain yang dikenal pasti di bawah setiap NKEAdiasaskan pada jumlah sumbangan mereka kepada PNK; dan dipilih berdasarkan padaanalisis ekonomi dan kewangan yang teliti. Sebarang perbelanjaan awam akandiperuntukkan pada dasar memaksimumkan PNK daripada setiap ringgit perbelanjaan.

Akhirnya, ETP dirumuskan supaya telus dan rapi, di mana sebuah Unit ETP baru di bawahPEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan di bawah Jabatan PerdanaMenteri) telah ditugaskan untuk mengawasi dan melaporkan kemajuan ETP kepadapemimpin Kerajaan, komuniti perniagaan dan rakyat.

●●●Diwujudkan bersama oleh Sektor-sektor Swasta dan Awam.Semenjak permulaannya, sektor swasta dan komuniti perniagaan telah terlibat dalam pembentukan ETP. Pada Mei 2010, Bengkel Seribu Orang telah dijalankan untukmembantu mengenal pasti 12 NKEA. Sektor awam terus memainkan peranan yang besarapabila makmal-makmal NKEA bermula pada Jun 2010. Lima ratus minda terbaik darisektor swasta (350 orang dari 200 syarikat berlainan) dan Kerajaan (150 orang dari 60institusi awam berlainan, kementerian dan agensi) telah berkumpul untukmembangunkan pelan bagi 12 NKEA tersebut.

Idea-idea dan rancangan-rancangan yang dikenalpasti dan dibangunkan di makmal telahdisindiketkan dengan meluas sepanjang tempoh lapan minggu makmal tersebut. Lebih600 mesyuarat pensindiketan telah diadakan dengan kementerian-kementerian, agensi-agensi, syarikat-syarikat multinasional, syarikat-syarikat tempatan dan badan-badanbukan kerajaan. Pemegang berkepentingan utama seperti Perdana Menteri, Menteri-menteri dan para pemimpin perniagaan telah menyertai makmal pada peringkat awal danmemberi maklum balas kepada peserta.

Berikutan dari makmal-makmal tersebut, Hari Terbuka telah diadakan di Kuala Lumpur,

Sabah dan Sarawak di mana pelawat (komuniti perniagaan, syarikat multinasional, rakyatdan media) telah melawat gerai-gerai NKEA dan memberi input yang lanjut. Hasildaripada proses ini adalah satu hala tuju yang jelas untuk Malaysia menjadi sebuahnegara berpendapatan tinggi dalam masa sepuluh tahun akan datang. Dalam melancarkan ETP, kami mengesahkan bahawa EPP yang tersenarai dalam hala tuju ini hanyalah satupermulaan, dan melalui pelaksanaannya, kami akan mempelajari dan menyesuaikanprogram tersebut bagi memastikan pencapaian aspirasi kami.

●●●Tinjauan umum NKEADua belas NKEA tersebut adalah teras kepada ETP. NKEA ditakrifkan sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang berpotensi untuk menyumbang secara langsung dan material kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Dua belas NKEA yang terpilih ialah:-

● Minyak, Gas dan Tenaga;● Minyak Sawit, Perkhidmatan Kewangan;● Pelancongan, Perkhidmatan Perniagaan, Elektronik dan Elektrikal; ● Pemborongan dan Peruncitan;● Pendidikan;● Penjagaan Kesihatan;● Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur;

158

Page 157: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

● Pertanian;

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

● Greater Kuala Lumpur/Klang Valley.

S: Apakah Maknanya untuk menjadi NKEA?J: Malaysia akan menumpukan usaha-usaha pertumbuhan ekonomi pada NKEA. NKEA akan menerima sokongan utama daripada Kerajaan termasuk pembiayaan, pembekalanbakat dan tenaga kerja terbaik dan medapat perhatian khusus Perdana Menteri. Sebagai tambahan, penyusunan semula polisi seperti penyingkiran halangan untuk bersaing danliberalisasi pasaran akan disasarkan pada NKEA.

Program-program yang diusulkan akan melibatkan pemilihan dan keseimbangankeseluruhan yang nyata kepada ekonomi. Misalnya, mengutamakan pelaburan dalam sektor NKEA membawa kepada pengurangan pelaburan dalam sektor-sektor lain.Pelantikan sektor-sektor sebagai sektor-sektor NKEA perlu mempunyai implikasi sebenar pada sumber-sumber utama sekiranya mereka akan menerajui suatu perubahan yangbermakna. Falsafah yang sama bagi keutamaan juga akan digunapakai untuk sokonganlain yang disediakan oleh Kerajaan kepada sektor-sektor ini, seperti perbelanjaan operasidan usaha-usaha penyusunan semula polisi tertentu sektor-sektor tersebut dan danperubahan regulatori.

NKEA akan mendapat tumpuan khusus daripada Perdana Menteri dan akan mempunyaimekanisme laluan pantas untuk menyelesaikan pertelingkahan atau sebarangpenyempitan. Kerajaan adalah komited untuk memberi sokongan berterusan bagipertumbuhan sektor bukan NKEA. Namun demikian, Kerajaan akan menumpukan usahanya pada NKEA berdasarkan sumbangan PNK yang amat ketara yang bakal dijanaoleh sektor-sektor inidalam memacupembangunan ekonomi negara.

9.9 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

●●●NKRA – National Key Result Area

“The Government is set to begin the transformation process in strengthening theefficiency of its delivery system”

“ The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensurethat the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians”

“ Our real work will begin as we make the transformation of government serviceshappen”

●●●Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PendidikanDalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti danberkemampuan.

159

Page 158: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●Sub-NKRA 1: Prasekolah7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti danberkemampuan:

1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru5. Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar

dan pedalaman6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan

Prasekolah.7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi

· NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan· Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012

· Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah

pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan,terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal.Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan

khas.

Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi

● Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik

· Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahapautonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota

perkhidmatan)

● Menghasilkan pelajar yang cemerlang· Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan

yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang

● Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem

· Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkankecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara

sekolah tersebut

Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin SekolahMeningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpinsekolah di Malaysia

●●●NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional)

1. Prasekolah3. Sekolah Berprestasi Tinggi

160

2. Literasi dan Numerasi4. Pengetua/Guru Besar

Page 159: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

BAB 10BAB TAMBAHAN

A Dasar, Kurikulum & Sistem10.1 Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) 10.2 LINUS & PROTIM

10.3 Tonggak 1210.4 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)10.5 RMK - 10 ( Pendidikan)

B Isu Semasa Pendidikan

10.6 Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar10.7 Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik10.8 Isu Penempatan GSTT

10.9 Majlis Bahasa Inggeris10.10 Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah10.11 Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional

C Isu Semasa Negara

10.12 Sistem Pemerintahan Malaysia (YDP Agong, Kabinet,Komponen)10.13 Isu Adam Adli10.14 BR1M

10.15 Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik10.16 Bajet 2013

D Teori Pendidikan

10.17 Taksonomi Bloom

E Lain-Lain

10.18 Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) 10.19 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)10.20 Sorotan Peristiwa 2011 dan 2012

161

Page 160: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

A Dasar, Kurikulum & Sistem 10.1 Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

●●●Pengenalan

Bajet 2012 telah memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya, SBPA digubal

dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. SBPA akanmemperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan

penjawat awam berasaskan prestasi kerja.

●●●Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah

seperti berikut:-

1. Pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima inisiatif iaitu

Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;

2. Pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan

rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.

162

Page 161: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

3. Pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah

untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerjabagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;

4. Pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat peringkat

iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan danProfesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;

5. Peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan

Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;

6. Peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan

Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;

7. Pelaksanaan enam strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat

iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process

reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);

8. Penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui

pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);

9. Penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM

berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;

10. Pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa

dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subjectmatter expert;

11. Pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang

mengandungi dua komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian TahapKecekapan;

12. Perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam

Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;

163

Page 162: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

13. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran

Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;

14. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan

penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang

memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;

15. Pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan

jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;

16. Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi

rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

17. Penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan

berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;

18. Peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan

pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan

19. Pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim

perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)

●●●Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Perubahan Panggilan Gred DG Guru

Perubahan Panggilan Gred DG Guru iaitu selepas Ini Tiada Lagi Gred DG 41, DG44, DG48,

DG52,dan 54. Semua Gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6. Untuk lebih mudah lihat dibawah.

DG41 kepada 1-1

DG 44 kepada 1-2DG 48 kepada 1-4DG 52 kepada 1-5DG54 kepada 1-6

Gaji Kakitangan Awam Akan Disemak Setiap 3 Tahun Sekali, Bermakna 2015 Ada Lagi

Semakan, Demikian Juga Pada 2018. Pada 2013 Dan 2016 Kadar Elaun Akan Disemak Semula, Dan Pada 2014 Dan 2017. Pelarasan Gaji Akan Dilakukan Bergantung Kepada Kedudukan Kewangan Kerajaan Supaya Menjelang 2020 Pendapatan Perkapitan

Kakitangan Awam Pada 2020 Adalah USD 15,000. Semua Kenaikan Pangkat Tidak Lagi Bergantung Kepada Kekosongan Jawatan Tetapi Bergantung Kepada Tahap Prestasi Dan Syarat Kelayakan. Seseorang Guru Boleh Mencapai Ke Tahap Dg 54 ( 1-6 ) Setelah 25Tahun Berkhidmat.

164

Page 163: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

1) Guru DG41

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

- Ditukar kepada 1-1

- Gaji Permulaan Rm 1925 & Gaji Maksimum Rm 6220- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 230- Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-1 Ke Dg 1-2 ialah 8 Tahun

2) Guru DG 44 kepada 1-2

- Ditukar kepada 1-2 - Gaji Permulaan Rm 2985 & Gaji Maksimum Rm 7235

- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 250- Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-2 Ke Dg 1-4 ialah 8 Tahun

3) Guru DG 48

- Ditukar kepada 1-4 - Gaji Permulaan Rm 4390 & Gaji Maksimum Rm 8710- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 270

- Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 6 Tahun

4) Guru DG 52

- Ditukar kepada 1-5

- Gaji Permulaan Rm 5260 & Gaji Maksimum Rm 9610- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 290- Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 3 Tahun

5) Guru DG54

- Ditukar kepada 1-6 - Gaji Permulaan Rm 7250 & Gaji Maksimum Rm 11,505

- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 320

●●●Kebaikan Dan Kelebihan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam

SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:-

1. Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yangberprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan; 2. Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris

dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah

6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akanmeningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860

ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus

165

Page 164: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

kepada 5,370 ringgit;3. Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan

kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat,sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan

mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukansiswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, iamemakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapantahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini

bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-basedlapan tahun turut diterima pakai; dan4. Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012,Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320

ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyenke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

Kerajaan sentiasa prihatin ke atas beban kewangan yang ditanggung oleh pesara. Dengan

pelaksanaan SBPA, lebih 600 ribu pesara Kerajaan akan menikmati pelarasan pencenyang melibatkan peruntukan 600 juta ringgit. Mulai tahun 2013 nanti, Kerajaan akanmelaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa

perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

●●●5 Sebab Mengapa Cuepacs Minta SBPA Diteliti Atau Menolak SBPA

1. Tiada Perbincangan yang dilakukan diantara pihak JPA dan Cuepacs dalam

memutuskan skim baru ini. 2. Masa yang diberikan untuk Penjawat Awam memahami dan memilih SBPA

adalah terlalu singkat.3. Jabatan Perkhidmatan Awam dituntut agar memberi penerangan tentang

kenaikan gred Penjawat Awam dan faedah yang akan diterima di bawah SBPAsecara jelas.

4. Memperjelaskan tentang kenaikan 7-13% gaji Penjawat Awam dalam SBPA 5. Tiada sokongan yang jelas untuk 'exit policy'.

●●●Penyelesaian Isu

(30 Dis). - BERNAMA

Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan memberi faedah kepada penjawat awam menikmati kenaikan gaji dan jumlah pencen lebih baik berbanding Sistem SaraanMalaysia (SSM).

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata

SBPA merupakan semakan semula, dan bukan penambaikan kerana skim gaji serta wangpersaraan penjawat awam tidak disemak bagi satu tempoh yang lama.

166

Page 165: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

“Sebagai contoh, sekiranya penjawat awam menerima SBPA sebelum tarikh tutup pada 15Jan 2012, beliau akan menerima kenaikan gaji yang dikira bermula 1 Jan berbanding

sekiranya penjawat awam enggan menerima skim baru tersebut,” katanya selepas diwawancara dalam program Helo Malaysia terbitan Bernama TV di Wisma Bernama malam Khamis.

Mengenai pindaan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) daripada 75 peratus

kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji, beliau berkata ia tidak menjadi masalah. Kajian JPA menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)mendapati hanya 0.4 peratus penjawat awam gagal mencapai LPNT yang ditetapkan bagi 2010, katanya.

Oleh itu, Abu Bakar berkata tidak timbul isu JPA menurunkan standard LPNT ekoran

penurunan kepada 65 peratus kerana akhirnya prestasi penjawat awam akan dinilaipihak berkepentingan iaitu pelanggan dan rakyat. Jumaat lepas, JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15

Jan depan, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60tahun kekal hari ini.

●●●Soalan Lazim Berkaitan Isu SBPA

S: Adakah wajib bagi penerima SPBA untuk melanjutkan pecen sehingga umur 60?

J: Tak semestinya, kepada yang melapor diri pada 1 Jan 2012, opsyen 60 tahun diberi,namun boleh bersara awal 55/56/58 sekiranya punya alasan munasabah. Bayaran pencen juga dibayar pada umur 55 tahun [walaupun bersara 60. Bayaran juga diselaraskan bagi penjawat lelaki dan perempuan]. Kepada yang di bawah skim SSB dan

SSM dan nak tukar SBPA, opsyen diberi sama ada kekal pada umur saraan sebelum ini atau pilih 60 tahun SAHAJA tahun lain tak boleh.

S: Apa perbezaan jadual gaji SBPA dengan skim SSM, ada kenaikan ke?

J: Gaji memang berbeza sama sekali. Seperti yang dibentangkan oleh PM pada pembentangan bajet 2012, ada kenaikan antara 7% – 13%. Jadual gaji masih berstatus “sulit” dan kebanyakan yang ditujukkan di laman² sosial adalah daripada slaid taklimat

SBPA. Kebanyakan yang ditunjukkan adalah benar. Namun berbeza mengikut skim. – takerlu risau, mana yang memilih SBPA, akan ada kenaikan pada gaji pada Januari nanti.Jadual gaji juga adalah mendatar (sebaris) dan kebarangkalian untuk seseorang penjawat awam untuk sampai ke “dinding” adalah mustahil kerana selain tempoh T di

dipanjangkan sedikit, ada kemungkinan pihak kerajaan akan membuat pelarasan gaji semula selepas setiap 3 tahun selepas ini.

●●●Lain² persoalan utama

Penjawat yang telah mendapat borang penukaran kepada SBPA ini perlu menyatakan persetujuan dalam tempoh bertenang 15 hari. Jika penjawat diluarnegara dan tidak mengetahui, boleh juga diberi borang SBPA dan perlu memberi

jawapan dalam tempoh 15 hari selepas menerima borang. Bagi yang telah

167

Page 166: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

mengetahui tetapi tidak mengisi surat persetujuan penukaran, akan dianggapkekal dengan skim SSM.

Tempoh percubaan staf baru dipendekkan daripada 1-3 tahun kepada 6 bulan hingga 12 bulan.

Gaji bagi pekerja berstatus kontrak juga akan diselaraskan semula berdasarkan

skim SBPA ini.

PTK digantikan dengan PROSPECT dan penjawat tidak memohon di bawah PROSPECT malah ditawarkan [ini untuk kenaikan pangkat.

Penilaian tahunan seseorang akan dinilai bukan sahaja oleh pegawai atasan malah

oleh pekerja bawahan dan juga rakan sekerja.

Penilaian yang kurang daripada 75% akan menyebabkan penjawat awam berkenaan diberikan kata dua melalui pelaksanaan EXIT POLICY [yang kini di bantah CUEPACS].

Staf punya peluang diberikan kenaikan gaji [asalkan perform] dengan gaji akan melebihi gaji bosnya. – menarik!.

Kursus induksi digantikan dengan Program Transformasi Minda dengan tempoh program dipendekkan daripada 3 minggu kepada 5 hari sahaja.

Kepada yang telah lulus SKT dan menunggu untuk kenaikan gaji pada tahun hadapan, harap bersabar untuk menanti kata putus daripada JPA. Anda pasti risau tentang kenaikan gaji anda. Daripada apa yang aku dengar, kenaikan gaji [SSM] tak

sama dengan SBPA. SBPA lagi menarik.

Bagi pekerja lama, skim ini hanya tertakluk dan berpeluang kepada mereka yang masih berkhidmat pada 2 januari. Mana yang bersara pada 1 Januari 2012.

Penjawat awam tidak perlu lagi pelepasan dengan izin jika hendak menukar

agensi.

Penjawat awam juga diberi kebenaran untuk meninggalkan perkhidmatan awam dan ke sektor swasta. Jika ingin ke sektor awam SEMULA adalah dibolehkan dantempoh perkhidmatan sebelum itu juga akan dikira untuk tujuan persaraan. – Ni

pun CUEPACS tak setuju

Syarat kelayakan masuk ke perkhidmatan awam juga diperbaiki antaranya, BMIindividu berkenaan mestilah dalam lingkungan “unggul”.

●●●Kesimpulan ringkas

SBPA ni sangat bermakna untuk pekerja baru. Sebab terus dapat gaji yang tinggi bersama orang lama. Ada sesetengah kes, orang lama pun akan dapat tangga gaji

yang sama dengan staf yang baru.Ada juga kes, orang lama pun ada kebaikannya [terutama yang dah langgar

"dinding". Mereka ini punya peluang merasa kenaikan gaji, jika memilih skim SBPA ini.

CUEPACS bantah sbelum ni pun sebab skim SBPA ni belum diterangkan secara jelas dan terperinci. Aku setuju juga, sesuatu yang belum jelas, tak kan kita nak bersetuju. Mungkin JPA boleh tambah baik proses selepas ini.

168

Page 167: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●●Apabila anda bersetuju untuk menerima tawaran SBPA, anda sebenarnya telah bersetuju untuk;-

Menggunakan Jadual Gaji Sebaris menggantikan Jadual Gaji Matriks yangdigunakan dalam SSM. Dalam erti kata lain, mata gaji anda yang baru adalah mengikut susunan tangga dalam sebaris.

Menerima kadar kenaikan gaji tahunan yang lebih menarik dan tinggi berbandingSSM seperti jadual di bawah. Namun, kenaikan gaji tahunan adalah berdasarkan penilaian prestasi perkhidmatan anda (markah LNPT). Anda mungkin tidak akan diberi kenaikan gaji tahunan sekiranya markah LNPT anda di bawah 70.

Ditawarkan opsyen untuk melanjutkan umur persaraan sehingga 60 tahun (tapi sekiranya anda tidak berminat, anda boleh terus memilih umur persaraan 56tahun atau 58 tahun mengikut SSM)

Menerima 'dasar pemisah' di mana anda boleh memilih untuk bersara atau dibersarakan sekiranya prestasi anda adalah rendah (LNPT bawah 70) atau anda mempunyai masalah yang boleh menjejaskan kepentingan negara atauperkhidmatan. Namun, sekiranya prestasi anda rendah, anda tidak akan terus

diberhentikan kerja. Sebaliknya, KPM akan menyiasat terlebih dahulu puncasebenar kenapa anda mendapat markah LPNT 69 dan ke bawah (a.k.a pegawaiberprestasi rendah).

Banyak pihak mempersoalkan tentang perlaksanaan dasar pemisah atau exit policy

kerana dasar ini diyakini tidak akan berlaku secara adil. Kerana apa?? Kerana instrumenpenilaian yang diguna pakai oleh SBPA boleh dipersoalkan dan diragui ketelusannya.Instrumen penilaian yang digunakan ada tiga: kaedah pelbagai penilai (multi-rater),

KPI dan LNPT. Instrumen penilaian KPI (mengikut pemahaman penulis) adalah diguna pakai oleh Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Sekiranya KPI yang disasarkan oleh mereka tercapai, mereka akan menikmati 5% hingga 15% kenaikan gaji tahunan daripada gaji pokok.

Katakanlah instrumen yang digunakan untuk Kumpulan Perlaksana (seperti guru) adalah

LNPT (seperti yang dilaksanakan tahun ini). Pegawai penilainya adalah pengetua sekolah

tersebut (manusia... yang mempunyai EMOSI yang boleh mempengaruhi ketelusanpenilaian). Pegawai A menunjukkan prestasi yang benar-benar baik dalam perkhidmatannya namun beliau tidak sekepala dengan pengetua sekolah tempat beliau bertugas. Adalah tidak mustahil sekiranya Pegawai A akan mendapat markah LNPT di

bawah 70 sekiranya pengetua tersebut berniat untuk menabur pasir ke periuk nasi Pegawai A. Oleh hal yang demikian, SBPA seharusnya dilengkapi dengan instrumenpenilaian yang lebih efisyen bagi memastikan ketelusan perlaksanaannya tidak dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

169

Page 168: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

●●●Istilah penting

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian

Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan

keupayaannya untuk menjalankan tugas.

10.2 LINUS &PROTIM

●●●Pengenalan

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi. Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1

pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

●●●Definisi Literasi

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

●●●Kemahiran Asas Literasi

TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan

ayat mudah. TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan

ayat mudah menggunakan kata sendi.

TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

●●●Definisi Numerasi

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

●●●Kemahiran Asas Numerasi

TAHUN 1- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.

- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak- Aplikasi

TAHUN 2

: Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas

- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100

170

Page 169: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi - Aplikasi

TAHUN 3

: Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan

mengukur panjang/pendek objek

- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga

1000.- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi - Aplikasi

●●●LINUS

: Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai

Semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untukmenguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan

rendah pada akhir 2012 Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru

PemulihanKIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah

kendalian guru pemulihanPROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha

memulihkan kemahiran literasi dan numerasi

●●Latar Belakang

Satu daripada National Key Result Area (NKRA)“semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk

menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan

rendah pada akhir 2012”.(NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah

(Kohort Pertama).

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untukmenerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan muridsekolah rendah.

RasionalProgram pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru

pemulihan khas di sekolah masing-masing.Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM)

untuk murid Tahap II.Masalah murid (yang tidak mempunyai masalah pembelajaran) yang belum

menguasai kemahiran asas M3 dengan baik masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan.

Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak NKRA.

171

Page 170: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah 3M dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi

perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar memenuhi keperluanmelanjutkan pelajaran dan kerjaya.

Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3(Tahap I) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS).

●●Matlamat LINUS

Celik hurufCelik nombor

●●Strategi Pelaksanaan Di Sekolah

Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3):Saringan 1 (Mac)Saringan 2 (Jun)

Saringan 3 (September)Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai

tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.

Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.

●●●PROTIM ( PROGRAM PEMULIHAN 3M)

PROTIM adalah satu program ‘pembangunan’ yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5

dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas membaca, menulis dan mengira atau lebih dikenali dengan masalah 3M. Sebelum PROTIMdiperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang‘bermasalah’ ini.

PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM

mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN. Aras modul dalam

program PROTIM ini sedikit berbeza dengan aras modul dalam program PEMULIHAN. Inikerana modul PROTIM melibatkan penguasaan sistem bahasa. Gambar masih menjadi pilihan utama dalam modul ini untuk membantu pemahaman murid. Berbanding program PEMULIHAN, program PROTIM mahukan murid menyelesaikan banyak latih tubi dalam

satu-satu masa yang ditetapkan. Aras soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program PROTIM sudah menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIMsudah ramai yang tahu membaca. Cuma yang menjadi masalah adalah, murid seringkalimelakukan kesilapan semasa menulis.

172

Page 171: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Gambar yang sepatutnya ditulis sebagai :- SELIPAR ditulis SIPE

LOCENG ditulis LONCENG SELUAR ditulis SUAR dan banyak lagi.

Sesetengah sekolah melaksanakan PROTIM dalam dua sesi iaitu, pagi sebelum rehat

untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan selepas rehat untuk mata pelajaran Matematik.

Kedua-dua program ini akan ‘melepaskan’ murid mereka setelah didapati cemerlang dalam ujian penilaian yang dijalankan. Semoga, coretan ini dapat memberi maklumatberguna untuk semua.

PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M dalam

kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid dikehendaki menjalani satu ujian

‘tapisan’. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR.

173

Page 172: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

10.3 Tonggak 12

●●●Pengenalan

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Penjawat-penjawat awam yang beretika dan bermoral tinggi dapat membantu kerajaan bagi mencapai Wawasan 2020. Lanjutan dari itu kerajaan telah mengetengahkankepentingan dua belas nilai dan norma-norma kerja yang dikenali sebagai Tonggak Dua Belas.

1. Menghargai Masa

Amalan Positif

-Menepati Mas-Menyengerakan Tugas-Mempunyai Perancangan Waktu-Bijak Menguruskan Masa Yang Diberi-Menumpukan Masa kepada Kerja Produktif

-Menetapkan Target Date-Menyelesaikan Tugas Dalam Masa YangDitetapkan

174

Amalan Negatif

-Berbual-bual Kosong-Tidak Menyenggarakan Tugas-Tidak Merancangkan Pekerjaan -Berniaga di Waktu Pejabat-Melayan Tetamu Yang TidakBerkenaan-Ke Kantin Waktu Bertugas-Tinggalkan Pejabat Untuk Urusan Peribadi

-Tidak Merancang Pekerjaan -Tiada Sence Of Urgency -Membuat Kerja Peribadi Di Pejabat-Tidak Peka Kepada Pembaziran Masa

Page 173: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

2. Ketekunan Membawa Kejayaan

Amalan Positif

-Gigih, Rajin, Tekun, Sabar, Berdisiplin, Cekal dan bersemangat dalammelaksanakan sesuatu tugas yangdiarahkan walaupun menghadapi banyak rintangan.- Bercita-cita tinggi- Sanggup berkorban

3.Keseronokan Bekerja

Amalan Positif -Menggap kerja sebagai ibadat-Mempunyai Inisiatif sendiri -Menghasilkan sesuatu yang berfaedah -Sedia memberi kerjasama

4.Kemulian Kesederhanaan

Amalan Positif

Amalan Negatif

-Mudah tersinggung-Tidak bercita-cita tinggi-Mudah putus asa-Disuruh buat baru buat-Kurang berdisiplin-Tidak bersemangat-Tiada inisiatif -Suka bertangguh

Amalan Negatif

-Menganggap kerja sebagai beban-Tidak diberi masa yang cukup-Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar-Tidak dipercayai dan selalu dicurigai-Hanya menunggu arahan sahaja.

Amalan Negatif-Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan-Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat-Merendah diri-Mesra dalam pergaulan-Tidak memperagakan kemewahan-Sedia menerima cadangan dan nasihat

5. Ketinggian Peribadi

Amalan Positif

-Tertib dan baik budi bicara-Bersopan-santun dan sederhana dalam

kelakuan-Berilmu dan berpengetahuan luas-Bekerjasama dan saling hormat-

menghormati-Berlumba-lumba membuat kebajikan-Bertanggungjawab -Bersih dari sifat dengki

175

-Menonjol-nonjolkan diri-Berlakuan mengada-ngada -Berlebih-lebihan mengampu ketua-Memperagakan kemewahan dan kedudukan -Sombong dan meninggi diri -Membesarkan perkara kecil

Amalan Negatif-Sombong dan suka menunjuk-nunjuk-Sukar untuk membuat kebajikan-Mengumpat dan memfitnah rakan sejawat-Berpura-pura dalam tindakan-Menghina dan merendahkan usaha orang lain-Hasad dengki-Tamak mengejar pangkat dan kedudukan-Pemarah dan tidak sabar

Page 174: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

6. Kekuatan Sifat Baik Hati

Amalan Positif

-Pemaaf dan berhemah tinggi-Ikhlas dan bertimbang rasa-Simpati kepada kesusahan dan masalah oranglain-Pemurah dalam usaha kebajikan-Ramah,berbudi mulia dan berkerjasama-Boleh menerima teguran

7. Pengaruh Teladan

Amalan Positif

-Bermoral dan berakhlak tinggi-Tertib dan beradap sepanjang masa-Rajin dan kuat kerja-Amanah dan bertanggungjawab-Berbudi mulia serta merendahkan diri -Gemar dan cintakan ilmu yang bermanafaat

8. Kewajipan Menjalankan Tugas

Amalan Positif

-Tekun dan sabar menjalankan tugas-Mementingkan kualiti-Bersikap profesional dan cekap-Cepat,cermat dan berdisiplin-Boleh di harap untuk menyempurnakan tugas-Inisiatif -Sentiasa bertangungjawab terhadap tugas yangdiberi

176

Amalan Negatif

-Kasar dan kurang sopan-Berdendam-Suka hina dan caci orang-Bermuka-muka-Sombong & penting diri sendiri-Cepat menuduh dan menghukum tanpa siasatan-Mudah buat kritikan tetapi tidak bolehmenerima kritikan

Amalan Negatif-Buruk perangai-Jahil dan tidak suka membaca-Dengki dan buruk sangka-Mempersendakan agama-Kedekut -Sensitif dan pemarah -Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab

Amalan Negatif

-Tidak boleh diharapkan-Suka bangkang dan berdalih apabiladiberi tugas-Tidak bersungguh-sungguh -Tidak peka kepada kualiti-Tidak taat kepada arahan-Selalu buat silap-Tidak ikut peraturan-Suka bertangguh

Page 175: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

9.Kebijaksanaan Berhemat

Amalan Positif

-Berhati-hati apabila berbelanja-Mengadakan sistem kewangan yang berkesan-Tidak membazir harta kerajaan datangnya dari rakyat-Bertanggungjawab keatas setiap perbelanjaan -Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan

10. Keutamaan Kesabaran

Amalan Positif

Amalan Negatif

-Boros dan suka membazir-Tidak cermat dengan harta kerajaan-Kurang peka dan bakhil kepada keperluanawam-Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya-Bermewah dengan harta kerajaan -Memperaga kehebatan dan kemewahan

Amalan Negatif-Tenang menghadapi masalah rumit- Mempunyai perhitungan jauh - Tahan menerima cabaran- Tidak putus asa- Pemaaf dan berhemah tinggi- Cermat dalam tutur kata

11. Peningkatan Bakat

Amalan Positif

-Mengenal dan memupuk bakat yang ada -Mengalakkan pencambahan fikir

-Cepat mengalah- Berpandangan sempit-Tidak tahan menghadapi kesusahan - Tidak sanggup berkorban- Selalu mengubah pendirian dan keputusan- Takutkan cabaran

Amalan Negatif

- Tidak memberi galakan dan menyekat pemikiran baru

-Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha orginal-Berani mencuba idea-idea baru-Memberi galakan kepada pemikiran baru-Memberi dorongan terhadap kreativiti-Menyediakan persekitaran yang dapat melahirkanidea-idea baru

12. Nikmat Mencipta

Amalan Positif-Berani mencuba- Sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikanmasalah- Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran- Sentiasa dalam cabaran intelektual- Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanafaatkan

177

- Tidak menghargai bakat yang ada- Memperkecilkan usaha orginal- Berpuashati dengan tahap bakat yangada

Amalan Negatif- Takut menemui kegagalan - Memandang remeh usaha orang lain- Berpuashati dengan kedudukan yangsedia ada - Pemikiran tidak dinamik- Tidak suka pembaharuan - Tidak sabar dalam penciptaan baru

Page 176: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

10.4 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

●●●Pengenalan

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris

menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan

sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.

●●●Sejarah Perlaksanaan

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana

Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.

Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

●●●Objektif Menurut Penerangan Mengenai Dasar PPSMI Di Laman Web KPM

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapaitaraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam

era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan

berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagaiinovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam

bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini. Ketika mencadangkan dasarini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan dalam arus

globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan keranakebiasaan dengan bahasa Inggeris.

178

Page 177: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

●●●Pelaksanaan

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

PPSMI dilaksanakan kepada masukan pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun

persekolahan 2003; pelajar-pelajar lain pula tidak terlibat, sebaliknya meneruskanpembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa perantara lama. Bahan-bahanpembelajaran PPSMI berbentuk pakej yang terdiri daripada komponen-komponen berikut:-

⍣Buku Teks (Textbook): Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik.

⍣Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book): Buku Latihan dan Aktiviti (BLA)

disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaankemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA

membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid.BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja.

⍣Buku Panduan Guru (Teacher's Guide): Buku Panduan Guru disediakan

untuk guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkanpengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P.

Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu.

⍣MyCD (Pupil's CD-ROM): MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan

mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yangtelah mereka pelajari melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian.

⍣CD-ROM Guru (Teacher's CD-ROM): CD-ROM Guru bertujuan membantu guru

dalam merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti

tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja.

⍣Buku Amali Sains (Science Practical Book): Buku Amali Sains diterbitkan

untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan

melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja.

179

Page 178: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

⍣Buku Glosari: Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan

istilah tersebut dengan lebih tepat.

Bagi perlaksanaan pada sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Cina) setelah bantahan dibuat

oleh Dong Jiao Zong satu kompromi oleh Majlis Tertinggi Barisan Nasional, satu formula “2-4-3” telah dilaksanakan mulai tahun 2003 untuk Tahap I dengan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina secara serentak dalam pengajaran dan pembelajaran Sains danMatematik, manakala bagi Tahap II, formula “6-2-3-2” telah dilaksanakan mulai tahun

2006 untuk tujuan tersebut.

●●●Hasil dan reaksi

Sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan

berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik,ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikandiri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa

ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah.

Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa

ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding kanak-

kanak yang bahasa ibundanya merupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut,tidak dapat mengikuti peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan

mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan berbahasa Inggeris mereka.

Sokongan terhadap perlaksanaannya juga bergantung kepada bahasa ibunda/harian yang

digunakan. Dengan itu pembaca akhbar Inggeris yang cenderung menggunakan bahasa

Inggeris dalam pertuturan harian menyokong perlaksanaannya, sementara pembaca akhbar berbahasa Tempatan (Akhbar Melayu, India dan Cina) yang bahasa ibunda bukanbahasa Inggeris cenderung membantah perlaksanaannya.

●●●Prestasi Akademik

●●Peperiksaan

Pada tahun 2007, kelompok pelajar sekolah menengah pertama yang melalui PPSMImengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Keputusan rasmi memperlihatkanpeningkatan, khususnya bagi mata pelajaran berkenaan ilmu sains dan matematik. Menurut pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Ramlan Sariman, mata pelajaran

Biologi menunjukkan peningkatan kelulusan sebanyak 4.87% (91.45%-96.32%),Matematik Tambahan 6.81% (68.61%-74.76%), Fizik 8.76% (94.87%-97.63%),Matematik 1.04% (77.61%-78.65%) dan Sains Tambahan 4.29% (86.25%-90.54%),

sekaligus membuktikan bahawa bahasa perantara bukan penghalang dalam kejayaan

180

Page 179: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

dalam pelajaran peringkat menengah.

Pada tahun 2008, 518,616 pelajar sekolah rendah perintis PPSMI menduduki Ujian

Penilaian Sekolah Rendah. Para pelajar diberi pilihan menjawab soalan Sains danMatematik dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil atau lebih dari satu bahasa

tersebut. Pada 13 November, keputusan rasmi dilaporkan mencatatkan hasil yangmenggalakkan dari segi penggunaan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains danmatematik. Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Alimuddin Mohd Dom dilaporkan berkata, 159,234 orang murid (31% dari keseluruhan pelajar) menjawab kertas Sains dalam

bahasa Inggeris sementara untuk kerta Matematik, bilangannya adalah 238,153 orang(46%).[8] Walau bagaimanapun, keputusan ini dipertikaikan oleh sesetengah pihak.Menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia, Mohd Sabri Mohd Arshad, "sebanyak 31.1 peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek

sains ataupun matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar danmempunyai latar belakang keluarga berpendidikan. Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagi menggunakan bahasa ibunda, maka memberi kesan kepada jurang perbezaan

yang jauh," di samping menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri dengan menambahkan waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain.

●●●Kaji Selidik Akademik

●●Kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina)

Kajian "Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid" mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) membantutkan tahap kecerdasan murid serta merugikangenerasi akan datang. Kajian ini mendapati PPSMI hanya mampu menunjukkan peningkatan minimum kepada penguasaan bahasa Inggeris sebanyak empat peratus danpada masa yang sama mengurangkan minat untuk mempelajari subjek Sains dan

Matematik.

Kajian oleh Permuafakatan Badan Ilmuah Nasional ini menggunakan kepakaran 53 pakar

bahasa dan melibatkan tujuh universiti awam dibuat pada Jun hingga Disember 2008.Antara universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan UniversitiTeknologi Mara.

Kos kajian adalah sebanyak RM470,000, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis

dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara. Seramai 553 guru termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah turut dipilih sebagai sampel

bagi kajian yang dijalankan selama tujuh bulan.

181

Page 180: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●Antara Hasil Kajian Juga Mendapati PPSMI:-

● Menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus

murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga matapelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.PPSMI telah dan akan

membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains danMatematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi.

● Hasil kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem

pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003. Laporan eksekutif kajian ini

diedarkan buat pertama kali kepada umum di Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia,Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di

Kuala Lumpur pada 18 Mac 2009.[sunting] Kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)

● Kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in International Mathematics and Science

Study (TIMSS 2007)[12] dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Kajian penting ini walaupun tidak merujuk secara khusus kepada dasar PPSMI tetapi ia mengenai pencapaian matematik dan sains (pelajar

Gred 8 atau Tingkatan 2) yang membabitkan 59 negara termasuk Malaysia pada tahun 2007.[13]

● Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik

dan sains merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mataberbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata.Skor sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

● Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi

matematik dan 40 mata bagi sains adalah besar, mengikut laporan itu dan terbesar sekali

di kalangan 59 negara itu. Antara hasil kajian, didapati hanya dua peratus pelajar Malaysia tergolong dalam kategori Advanced Benchmark Matematik dalam TIMSS 2007berbanding enam peratus pada 2003.

● Bagi kategori Highbench Mark (skor 550), peratus dalam kategori ini merosot kepada

18 peratus pada 2007 daripada 30 peratus pada 2003. Dalam Intermediate Benchmark(skor 475) pula merosot daripada 71 peratus dalam 2003 kepada 50 peratus bagi 2007.

Penurunan Malaysia adalah paling ketara berbanding negara lain.

● Berdasarkan perbandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketiga-

tiga kategori matematik juga merosot. Dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics TIMSS 2007, hanya dua peratus pelajar Malaysia berada dalam kategori ini berbanding

182

Page 181: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Taiwan (45 peratus), Korea (40 peratus), Singapura (40 peratus), Jepun (26 peratus), Hungary (10 peratus), England dan Russia (lapan peratus), Amerika Syarikat (enam

peratus) dan Serbia (lima peratus).

● Dalam kategori 'High Benchmark 550' Matematik, hanya 18 peratus pelajar Malaysia

tergolong kategori ini, berbanding Taiwan dan Korea (71 peratus), Singapura (70

peratus), Jepun (61 peratus) England (35 peratus), Hungary 36 (peratus), Russia (33peratus), Amerika Syarikat (31 peratus), Australia dan Serbia (24 peratus) dan Romania(20 peratus). Secara bandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia yangtergolong dalam ketiga-tiga kategori pencapaian sains juga merosot secara mendadak.

● Laporan TIMSS mengenai faktor yang dikaitkan dengan pencapaian matematik dan

sains ialah di kebanyakan negara mendapati pelajar belajar matematik dan sains dalam

bahasa keluarga (home language) puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSSberbanding pelajar yang belajar kedua-dua mata pelajaran ini dalam bukan bahasakeluarga atau bahasa kedua/asing.

● Hasil kajian TIMSS ini menunjukkan wujud hubungan rapat antara proses pembelajaran

matematik dan sains dalam bahasa asing, selain bahasa ibunda dengan kelemahan dalam prestasi subjek berkenaan. Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yang pelajarnya

mengguna bahasa keluarga dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah seperti Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England dan Romania mencapai skor yang tinggi.

●●Kajian Prof Dr Nor Hashimah Jalaludin

Satu kajian telah dilakukan oleh Prof Dr Nor Hashimah pada tahun 2004 menunjukkan75% pelajar setuju belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mendatangkan masalah pemahaman dan 77% setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan Sains dan Matematik dengan berkesan. Kajian sama yang dibuat ke atas guru pula

mendapati 96% guru setuju pelajar semakin kurang minat dalam Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris dan 98% guru setuju pelajar mempunyai masalah memahami Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sampel bagi kajian ini adalah

seramai 971 orang pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dalam aliran kebangsaan dan jenis kebangsaan di bandar dan luar bandar. Sementara bagi guru ia melibatkan 43orang guru yang berpengalaman mengajar 1 hingga 20 tahun berumur melebihi 25 tahun pada tahun kajian dibuat.

●●Kajian UPSI

Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris menerbitkan hasil kajian mengenai kesan dasar PPSMI pada April 2008, berasaskan tiga kali tinjauan soal selidik dan ujian terhadap

murid-murid Tahun Lima, iaitu pada bulan-bulan Februari 2007 (sampel bersaiz 1564orang) dari 27 buah sekolah rendah; Julai 2007 (636 orang) dari 13 buah sekolah; danJanuari 2008 (1703 orang) dari 28 buah sekolah. Menurut abstrak kajian tersebut[15]:

183

Page 182: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

“ Lebih 80% murid menyatakan yang guru Matematik dan Sains mereka mengguna campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar kedua-dua mata

pelajaran ini. Purata lebih 70% murid menyatakan mereka ‘tidak faham/kurang faham’ pengajaran guru Matematik dan dan 80% Sains dalam Bahasa Inggeris, dan mereka‘sukar/agak sukar’ mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini. Prestasi murid dalam Ujian

Matematik dan Sains rendah, terutama item-item yang memerlukan murid membacaarahan dalam Bahasa Inggeris dan ‘menyelesaikan masalah’. Bagi kohort Januari 2008 skormin Matematik 7.89 daripada skor maksimum 20.0; dan skor min Sains hanya 4.08daripada maksimum 14.00. Skor min Bahasa Inggeris juga rendah iaitu 11.87 daripada skor

maksimum 31.0. Kelemahan ini nyata sekali di kalangan murid Melayu dan murid Orang Asli, berbanding murid Cina dan India. … Dapatan dari kajian-kajian ini menunjukkanobjektif asal dasar PPSMI tidak tercapai, bahkan negatif: ia menyusah dan melemahkan lagi pembelajaran Matematik dan Sains pelajar, dan terlalu sedikit meningkatkan pembelajaran

Bahasa Inggeris pelajar. ”

Kajian ini turut menerima bidasan oleh sesetengah pihak kerana kajiannya yang tidak

kurang kepincangannya. Antara kelemahan utama yang ditekankan adalah: kelemahan guru berbahasa Inggeris dikaitkan dengan kegagalan dasar padahal ini masih boleh dibaiki; kekurangan analisa statistik dalam data yang memerlukan sampel terlibat dibahagi mengikut latar belakang sekolah dan murid; ketiadaan kelompok kawalan

sebagai alat perbandingan statistik untuk mengukuhkan hujahnya, memandangkansemua sekolah mengajar dalam bahasa Inggeris[16]; perbandingan hasil soalan berbahasa Inggeris dan soalan berbahasa Malaysia, yang mana hanya 37.3% menjawabsoalan berbahasa Malaysia berkenaan dengan betul berbanding 39.6% yang menepati

soalan berbahasa Inggeris itu, menjadikan hasil kajian ini seolah-olah tidak menyokong dengan sebaiknya saranan kajian ini agar memansuhkan dasar ini.

●●●Reaksi Dari Bidang Pendidikan

●●Kesan Negatif

Menurut satu memorandum yang dikarang bersama oleh 11 pertubuhan pendidikan

sekitar hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian-kajian telah dijalankan untukmembuktikan bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah, termasuk amaran dari Kongres Pendidikan Melayu Kedua bahawa 500,000 orang pelajar Melayu akan keciciran dalam mata pelajaran terbabit kerana lemah menguasai bahasa

Inggeris; formula-formula "2-4-3" dan "6-2-3-2" bagi SJK(C) bukan sahaja menjejaskan pembelajaran Sains dan Matematik, bahkan juga bahasa Cina di kalangan murid-murid;Persatuan Pendidikan Tamil juga meluahkan kebimbangan murid-murid SJK(T) yangkebanyakannya berasal dari keluarga miskin turut akan menghadapi keciciran kerana

ketidakmampuan menguasai bahasa Inggeris, sekaligus memburukkan keadaan sosio-ekonomi masyarakat India kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaikkantaraf hidup masyarakat mereka.

Memorandum 11 pertubuhan tersebut turut menyentuh satu laporan kajian UNESCO

184

Page 183: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

yang turut menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkatsekolah rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat. Ini sejajar dengan resolusi

pendidikan yang diluluskan oleh UNESCO (1951:691) yang berbunyi:

“ Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan

selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa

penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasaibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di sekolah. ”

(On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to

as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because

to begin their school life in the mother tongue will make the break between home andschool as small as possible).

Selain itu, memorandum juga merujuk laporan bertajuk Education for All: Policy Lessons

From High-Achieving Countries[20] ditulis oleh Santosh Mehrotra pada tahun 1998.Mehrotra menegaskan kepentingan mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasaperantara dalam buku yang dikarangnya bersama Enrique Delamonica bertajuk

Eliminating Human Poverty: Macroeconomic & Social Policies for Equitable Growth yangmencatatkan pemerhatian terhadap persada pendidikan di benua Asia Selatan dan Afrika sub-Sahara, di mana adalah didapati bahawa jika bahasa perantara bukan bahasa ibunda, lebih-lebih lagi jika ibu bapa pelajar itu buta huruf, maka bertambah buruklah masalah

belajar dalam persekitaran yang dikelilingi kemiskinan, diiringi kemungkinan keciciranbertambah.

●●Dasar Memihak Kepada Keluarga Di Bandar

Bill Templer, seorang pensyarah kanan yang melawat di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, berhujah dalam satu surat kepada akhbar, bahawa dasar ini berat sebelah kepada anak-anak keluarga bandar yang berpendapatan tinggi, sambil meluaskan lagi jurangantara yang kaya dan miskin, baik di bandar mahupun di luar bandar, malahan boleh juga

menjejaskan pemahaman konsep sains dan matematik kepada murid-murid biasa kerana mereka tidak mempelajarinya dalam bahasa ibunda mereka.

●●●Reaksi Awam

●●Bantahan Golongan Sasterawan, Budayawan Dan CendekiawanKebanyakan cendekiawan antaranya Prof Diraja Ungku Aziz termasuk golongan sasterawan dan budayawan menyatakan penentangan kepada dasar PPSMI. Ini termasuk

kesemua Sasterawan Negara yang masih hidup di antaranya A. Samad Said, ProfMuhammad Hj Salleh dan Anwar Ridhwan bersatu menyatakan pendirian menentang dasar PPSMI. Mereka menyatakan penentangan mereka dalam satu kenyataan bersama di

sidang media pada 5 Mei 2009.

185

Page 184: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●Enam Alasan Yang Diberikan Diringkaskan Seperti Berikut:-1. Malaysia seharusnya mencontohi sistem pendidikan negara Scandinavia, Belanda,

Belgium dan Switzerland yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan tidak

mengabaikan bahasa ibunda. 2. Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang bukan sahaja datang daripada

negara-negara berbahasa Inggeris, tetapi lebih banyak berasal daripada negara

bukan berbahasa Inggeris seperti Perancis, Jerman, Jepun, Spanyol, Switzerland,India dan Bangladesh. Yang mencemerlangkan mereka bukanlah bahasa lnggeris tetapi ilmu yang baru dan eksperimen yang penuh tekun dan berterusan.

3. Beberapa masalah yang dihadapi Malaysia bukan berpunca daripada penguasaan

bahasa Inggeris. Terdapat banyak negeri yang pernah dijajah oleh Inggeris yangmenggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi masih tidakcemerlang dalam pentadbiran, ekonomi dan ilmu. Sebaliknya di Malaysia yangmenggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita

jauh ke dalam dunia industri, sains dan teknologi.4. Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang

menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca".

5. Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakandua jenis kewarganegaraan: yang pertama warganegara yang menguasai bahasaInggeris dan bidang sains dan teknologi, dan seterusnya yang kedua, warganegara

yang berbahasa Melayu dan menguasai bidang-bidang sastera dan sains sosial,iaitu bidang-bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya.

6. Mereka menyokong dasar yang membuka mata dan ilmu pelajar kepada duniayang luas, relevan dan kemaskini. Mereka tidak membantah pengajaran bahasa

Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, malah ingin mencadangkan bahawa lebih banyak bahasa antarabangsa diajarkan. Namun untuk perkembangan budaya danjati diri bangsa, MaIaysia perlu mempunyai sebuah bahasa penyatuan yangdipelajari, didalami dan dibanggai oleh seluruh rakyat Malaysia. Sementara itu

kerajaan juga harus mengajar bahasa ibunda pelajar-pelajar ini di peringkatsekolah rendah supaya bahasa itu tidak pupus.

●●Ahli Politik Yang Mendokong

Perbahasan mengenai dasar PPSMI tidak terlepas pandangan ahli politik, baik pihak

pembangkang mahupun pemerintah. Antara ahli politik yang mendukung dasar PPSMIialah Mukhriz Mahathir, anak kepada pencadang dasar itu sendiri. Beliau pernah menyatakan bahawa tujuan mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa

Inggeris bukanlah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, sebaliknya memudahkan rakyat mencapai pengetahuan yang bernilai dalam bidang sains danmatematik melalui pengetahuan bahasa Inggeris.

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye turut mendokong PPSMI, beliau dilihat hanya

mengesyorkan untuk kerajaan bagi menangani kelemahan daripada dasar PPSMI ini

186

Page 185: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

dengan lebih berkesan khususnya yang melibatkan kefasihan guru-guru dalam bahasa Inggeris. Namun beliau tetap berpendirian bahawa tidak perlu dimansuhkan dasar PPSMI

itu.

●●Ahli politik yang menentang

Pada April 2008, pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim,

berkata "Pakatan Rakyat tetap tidak akan bertolak ansur mengenai kedudukan bahasakebangsaan dan lain-lain hal yang telah diputuskan melalui Perlembagaan Persekutuansebelum ini, dan "pimpinan mestilah serius dalam usaha meletakkan semula bahasaibunda sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik."Anwar mengulangi ikrar beliau

untuk mengembalikan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda sewaktu parti campuran Pakatan Rakyat pimpinan beliau menerima memorandum membantah PPSMI dari Gerakan Mansuhkan PPSMI di Kuala Terengganu pada 15 Januari 2009.

YB Khairy Jamaluddin, naib ketua Pemuda UMNO, turut menggesa agar dikembalikan

bahasa kebangsaan sebagai perantara mata pelajaran Sains dan Matematik. Katanya,"(Berdasarkan maklum balas akar umbi) bahasa Inggeris jadi tembok penghadang untuk

fahami sains dan matematik. Guru pun ada masalah untuk mengajar, bukan sahaja lidah tergeliat, proses pengajaran juga terencat. Saya takut yang dikejar tak dapat, yangdikendong keciciran." Tambahnya lagi, cara terbaik bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris ialah dengan memantapkan teknik pengajaran subjek itu secara

menyeluruh, antara lain dengan memperkenalkan pelajaran sastera bahasa Inggeris di sekolah.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Parti

Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang benar-benar memperjuangkan pengembalian bahasa Melayu sebagai bahasa untuk medium pengajaran bagi subjek sains dan matematik, ini kerana menurut beliau, PPSMI yang

diperkenalkan oleh Kabinet Malaysia sejak tahun 2002, telah melanggar sekurang-kurangnya 5 peruntukan perundangan dan Perlembagaan Malaysia iaitu, Perkara 8 (1) dan 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996, Peraturan Mahkamah Tinggi 1987, Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib

1960. Tambahan, kaedah pelaksanaan PPSMI oleh kerajaan Barisan Nasional dilihatnya sebagai suatu konsep prikmatik (percubaan yang dilakukan jika tidak berjaya akan diundurkan).

●●●Penentangan Awam: Gerakan Mansuhkan Ppsmi

●●Perarakan Keranda Mac 2009

Sekitar akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009, bangkitnya sebuah pergerakan bergelarGerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang matlamat utamanya adalah memastikan dasar

PPSMI dimansuhkan secepat mungkin. Gerakan yang asalnya dikenali sebagai

187

Page 186: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

"Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu" ini dipimpin Datuk Dr Hassan Ahmad, bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.[31] Walaupun kelihatan erat dengan Pakatan

Rakyat, GMP menolak tanggapan bahawa mereka menyokong parti campurantersebut[32], apatah lagi ada juga beberapa ahli politik Barisan Nasional yang menyokongperjuangan mereka, misalnya Datuk Puad Zarkashi dari UMNO.

GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, di perkarangan pusat

beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 31 Januari 2009, yang dihadiri oleh tokoh-tokoh berkenaan bahasa seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, penyair

Dinsman dan Pyanhabib, ahli jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar, aktivis teater Khalid Salleh, serta ahli-ahli politik Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, dan Kamaruzzaman Mohamad, dan juga pejuang bahasa-bahasa Cina dan Indiaseperti Yayasan Tamil Malaysia dan Dong Jiao Zong. Kemuncak bantahan GMP ke atas

PPSMI ditunjukkan melalui perarakan secara besar-besaran pada 7 Mac, di mana mereka menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campurtangan baginda dalam menyelesaikan isu PPSMI.

Perjuangan GMP turut dibantu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) yang cuba

mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana melaksanakan dasarPPSMI yang didakwa mereka sebagai mencabuli Perkara 152 Perlembagaan yang

menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, di samping dilaporkan merancanguntuk mengadakan tunjuk perasaan bergelar "Keranda 152", sempena dakwaan PPSMItersebut pada bulan Februari. Akan tetapi pada 15 Februari 2009, tunjuk perasaan "Keranda 152" itu tidak menjadi kenyataan, akhirnya mereka membuat laporan polis

berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur yang diiringi kira-kira 20 tokoh bahasa dan diketuai oleh Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussin dan berkata,

laporan tersebut merupakan proses pertama Gapena menggunakan saluran itu.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut kuat membangkang dasar

PPSMI. Pada 18 Februari 2009, PKPIM mengikut jejak Gapena membuat laporan polis

yang seumpamanya terhadap kerajaan di Balai Polis Gombak, Selangor.

●●●Perspektif

●●Perundangan: Percanggahan dengan perlembagaan

Menurut Prof Dr Aziz Bari, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sangat jelas dalam Perkara 152 di mana segala urusan rasmi baik di peringkat persekutuan dannegeri hendaklah dijalankan dalam bahasa itu. Walaupun terdapat pengecualian kepada

penggunaan bahasa Melayu oleh Yang Dipertuan Agong, PPSMI tidak boleh dihujah sebagai sesuatu yang dibenarkan tambahan pula dasar ini tidak dilaksanakan melalui parlimen tetapi dibuat oleh pihak eksekutif secara tiba-tiba yang sepatutnya perlu melalui

proses rundingan dan perbincangan awam. Polisi ini sudah pun dicabar pada tahun 2002

188

Page 187: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

yang oleh empat orang pelajar Melayu Perak pada tahun 2002 kerana melanggar Perkara 152. Menurut Prof Dr Aziz lagi, mahkamah belum membuat keputusan mengenai PPSMI

sedangkan dalam kes Universiti Merdeka pada tahun 1981, isu Perkara 152 PerlembaganPersekutuan telah timbul dan diputuskan oleh mahkamah. Dalam kes Universiti Merdeka ini, mahkamah telah menolak petisyen penubuhan Universiti Merdeka yang akan

menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar kerana bertentangan denganPerkara 152.

Menurut bekas pengerusi MAS, Tan Sri Dato' Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata

bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains tidak sah di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan seksyen 17(1) Akta 550 Akta Pendidikan 1996 dan dengan sendirinya bercanggah dengan kehendak dan tujuan Artikel 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Malaysia. Kenyataan ini disokong oleh ramai penulis

muda Malaysia seperti Faisal Tehrani dan lain-lain.

●●●Nasib PPSMI

●●Rencana utama: Pemansuhan PPSMI

Sepanjang separuh kedua tahun 2008, Kementerian Pelajaran telah mengadakan lima sesi persidangan meja bulat di kalangan ahli-ahli akademik, persatuan ibu bapa dan guru,

kesatuan perguruan dan pertubuhan bukan kerajaan, untuk mengkaji semula dasarPPSMI dan dijangka mengambil keputusan terhadap PPSMI pada hujung tahun,berdasarkan keputusan UPSR dan faktor-faktor lain. Di sidang terakhir pada bulan Disember, usul-usul yang dikemukakan para hadirin persidangan dikumpul menjadi tujuh

pilihan berkenaan nasib dasar ini, iaitu:-Meneruskan PPSMI seperti sedia ada;Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah

tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah;

Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah;Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan

digunakan sepenuhnya di sekolah menengah;

Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah;

Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris

sepenuhnya di sekolah menengah; dan Memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar

ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.

Pada 8 Januari 2009, Datuk Hishamuddin berkata keputusan muktamad mengenai nasib

PPSMI hanya akan dicapai pada "tahun hadapan", walaupun hampir selesai mengkaji segala maklum balas yang dikumpul.

189

Page 188: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Setelah Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk pentadiran negara selaku Perdana Menteri pada bulan April, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik

menjadi Menteri Pelajaran baru. Pada bulan Mei, Tan Sri Muhyiddin berkata beliau masih belum puas hati dengan yang hasil kajian yang pernah dilakukan dan dibentangkan di sesi perbincangan meja bulat, oleh itu tidak dapat mencapai kata putus mengenai nasib dasar

PPSMI, sebaliknya masih membuka pintu kepada kajian dan memorandum baru oleh semua pihak mengenai isu ini.

Akhirnya pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan

dasar PPSMI diberhentikan mulai tahun 2012 setelah melakukan kajian mendalam. Dalam pada itu Tun Mahathir Mohamad memberi reaksi tidak puas hati, lalu mengadakan undian isu tersebut di blognya bagi menguji sikap terhadap dasar Pengajaran danPembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Hasilnya dari

100,024 undi, 86% penjawab mengundi tidak kepada soalan sama ada matapelajaran sains dan matematik harus kembali ke bahasa kebangsaan sebagai pengantar.

Bagaimanapun, pada 9 Ogos, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan para pelajar yang

memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh meneruskannya hingga tamat sekolah menengah sekaligus menundakan pemansuhansepenuhnya PPSMI ke tahun 2014. Sehubungan dengan itu, beliau memperkenalkan dasar

MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris) sebagai ganti PPSMI yang memberi tumpuan kepada peningkatan pembelajaran matapelajaran bahasa-bahasa, sambil mengaku bahawa kerajaan tidak akan kembali ke dasar PPSMI.Pada masa yang sama, kerajaan berdepan dengan gesaan agar sekolah berbahasa Inggeris

sebagai bahasa pengantar dikembalikan dalam sistem pendidikan negara demi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak Malaysia.

Pada 7 Mei 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan yang difailkan

pada 21 Januari 2006 oleh empat orang pelajar, termasuk Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar (anak lelaki Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin), agar mengisytiharkan PPSMI sebagai batal dan tidak sah, setelah hakim memutuskan bahawa

‘dua surat pekeliling ikhtisas berhubung pelaksanaan PPSMI di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan (Cina dan Tamil) adalah tidak bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan’.

Sekitar masa kontoversi PPSMI memuncak, wujudnya sebuah pertubuhan penyokong

PPSMI, bernama Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) yangmemperjuangkan PPSMI supaya dijadikan pilihan untuk sekolah-sekolah yang inginmenyambung pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Atas tujuan

tersebut, mereka menghantar memorandum kepada kerajaan pada 19 Januari 2011.[57] Tegas Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim, "pencapaian cemerlang" pelajar dalam peperiksaan awam yang diambil oleh pelajar yang menjalani PPSMI pada tahun

2010 membuktikan keberkesanan dasar tersebut, malah penguasaan Bahasa Kebangsaan

190

Page 189: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

di kalangan pelajar tidak terjejas pula oleh pelaksanaan dasar tersebut. Tambahnya pula,PPSMI tidak pernah mendukung gagasan pembelajaran bahasa Inggeris menerusi Sains

dan Matematik, sebaliknya bertujuan membantu pemerolehan ilmu dalam bahasa Inggeris selaku lingua franca ilmu sains dan matematik. Bagaimanapun kajian tempatanitu tidak mengambil kira dapatan kajian antarabangsa dalam "Trends in International

Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)". Kajian tersebut dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik dan sains merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508

mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999.Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Pada April 2011, Kementerian Pendidikan mengumumkan hasrat untuk membenarkan

semula pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris untuk sekolah-sekolah terpilih.

Pada 4 November 2011, Kabinet Malaysia telah memutuskan pemansuhan Pengajaran

dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah "kekal" dan kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti dituntut

sesetengah pihak. Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap sebagai Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata PPSMI di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya pada 2016, manakala di sekolah menengah bagi kedua-dua mata pelajaran itu akan dilaksanakan sepenuhya pada 2021.

Kabinet juga memutuskan untuk membenarkan murid kohort PPSMI untuk meneruskanpembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima. Ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan

Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan.

Dalam perkembangan lain, Dalam satu wawancara televisyen di TV3 dalam program Soal

Jawab yang disiarkan kepada umum pada jam 11.00 malam 9 November 2011, Tan Sri Muhyiddin telah mengakui PPSMI yang dijalankan di Malaysia, telah menemui kegagalan dan tidak mencapai hasrat dan dasar kerajaan dalam menggunakan kaedah pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya beliau dilihat lebih berpendirian

dalam menegakkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan BahasaInggeris (MBMMBI). Walaubagaimanapun dalam wawancara tersebut, Tan Sri Muhyiddintidak menjelaskan secara terperinci tentang kesan dan nasib pelajar lepasan persekolahan yang akan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi khususnya di

Malaysia, yang kini rata-rata IPT (baik IPTA dan IPTS) menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium perantara pengajaran dan mengenepikan bahasa Melayu. Di Malaysia,Universiti Kebangsaan Malaysia dilihat hanya merupakan satu-satunya IPT di Malaysia

yang telus dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dan

191

Page 190: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

pembelajaran dalam kebanyakan kursus pengajian yang ditawarkan dalam pelbagaibidang.

●●Persepsi pelajar

Berdasarkan rekod Kementerian Pelajaran Malaysia, berkenaan dengan peratusan pelajar yang memilih untuk meneruskan pembelajaran bagi subjek sains dan matematik dalam

bahasa Melayu, sebanyak 89 peratus pelajar Tingkatan Satu yang akan memulakanpersekolahan 3 Januari 2011 memilih menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dandwibahasa bagi mempelajari mata pelajaran Sains dan Matematik. Manakala hanya 11peratus pelajar memilih belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.

Berdasarkan peratusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,

berkata ini menunjukkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan dasar MBMMBI bagi

menggantikan PPSMI adalah tepat. Beliau turut mendakwa, bahawa anggaran tersebut telah lama diramalkan, kerana itu kerajaan menetapkan untuk meminda PPSMI kepada MBMMBI.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyifatkan dasar yang diputuskan itu sesuai

dengan tahap keupayaan pelajar yang akan mengikuti proses Pembelajaran danPengajaran (P&P) bagi Sains dan Matematik.

Jawatankuasa Khas MBMMBI merumuskan 164,324 pelajar bersetuju menggunakan

bahasa Melayu sepenuhnya untuk mempelajari Sains dan 161,123 dalam Matematik,berbanding 56,025 orang pelajar berhasrat menggunakan bahasa Inggeris untuk belajar

Sains dan Matematik pula seramai 56,248 pelajar. Selebihnya seramai 258,622 orangpelajar berhasrat untuk mempelajari Sains dan 261,600 orang lagi ingin pelajari Matematik dalam dwibahasa. Tambahan itu, Muhyiddin akan menubuhkan Majlis BahasaInggeris pada tahun 2012 bagi menentukan penanda aras dan tahap pencapaian BI

pelajar dalam sistem persekolahan negara.Katanya, majlis tersebut bakal berkelayakan sebagai tempat rujukan dan menentukantanda aras bahasa itu akan menggunakan pakar dalam dan luar negara serta mengadakan kerjasama dengan Universiti Cambridge.

Muhyiddin juga menetapkan mulai tahun depan beberapa sekolah dipilih menyertai

projek rintis apabila ibu bapa boleh mengikuti perkembangan pelajaran anak mereka

menerusi konsep maya.

10.5 RMK - 10 ( Pendidikan)

●●●Membangun Dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia

Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan

menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Tidak ada negara mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang

192

Page 191: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadapperubahan ekonomi, dan berpaksikan kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan.

Oleh itu, membangun, menarik dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia merupakanprasyarat penting bagi mencapai hasrat negara. Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam

bidang teknikal dan profesional, serta paras produktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama modal insan dan tenaga kerja negara berpendapatan tinggi. Berdasarkan ciri ini,usaha perlu ditumpukan bagi mencapai tahap modal insan bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Carta 5-1 menunjukkan tahap modal insan Malaysia pada masa kini

berbanding dengan beberapa negara berpendapatan tinggi berasaskan ciri tersebut.

Masih terdapat jurang yang luas untuk Malaysia mencapai modal insan bertaraf dunia dan

risiko untuk ketinggalan semakin bertambah. Beberapa kajian antarabangsa

menunjukkan prestasi pelajar Malaysia merosot berbanding dengan pelajar negara lain.Mengikut Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)1, 2007, lebih kurang 20% daripada pelajar Malaysia gagal mencapai tanda aras minimum dalam

Matematik dan Sains, berbanding dengan hanya 5% dalam Sains dan 7% dalam Matematik pada tahun 2003. Di samping itu, tenaga kerja secara relatifnya adalah tidak mahir. Sebanyak 77% daripada tenaga kerja hanya mempunyai pendidikan asas selama 11 tahun, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan hanya 28%

daripada guna tenaga dalam kumpulan pekerjaan berkemahiran tinggi. Kekuranganmodal insan mahir akan menjadi lebih meruncing dalam persaingan global yang sengitmemandangkan modal insan berkualiti 1 TIMSS menyediakan perbandingan dalam pencapaian Matematik dan Sains di peringkat antarabangsa dari semasa ke semasa bagi

pelajar yang mengikuti lapan tahun persekolahan. Pada tahun 2007, sebanyak 59 buah negara menyertai kajian ini akan tertarik ke negara yang menyediakan peluang paling baik.

Negara Asia seperti Republik Korea dan Singapura telah berjaya menjadi negara maju

dalam tempoh satu generasi. Kejayaan ini adalah hasil daripada penentuan yang jitu danteliti terhadap sektor keutamaan yang perlu diberi fokus di samping memberi tumpuan

kepada usaha membangun, meningkatkan kemahiran dan menghasilkan modal insan yang diperlukan bagi memacu pertumbuhan sektor ekonomi tersebut. Pembangunan modal insan bertaraf dunia di Malaysia memerlukan usaha yang komprehensif danbersepadu daripada sektor awam dan swasta serta masyarakat. Sehubungan ini,

kolaborasi antara pelbagai kementerian dan sektor swasta perlu diperkukuhkan untuk meningkatkan keberkesanan pembangunan modal insan dan memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Pendekatan holistik akan memenuhi keperluan setiap rakyatMalaysia di sepanjang peringkat kehidupan.

Pengalaman mengagumkan tentang pertumbuhan dan pemodenan Republik Korea

melalui pembangunan modal insan. Pada masa kini, Republik Korea merupakan sebuah

negara maju dalam semua aspek. Ekonomi Republik Korea mencecah satu trillion dolar

193

Page 192: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

dan merupakan ekonomi yang ke-13 terbesar di dunia. KDNK per kapita menyaingi kebanyakan negara maju yang lain. Republik Korea juga maju dalam bidang teknologi dan

kadar penembusan jalur lebar yang tertinggi di dunia, iaitu lebih 90%. Prestasi pelajar Republik Korea juga sentiasa berada di kedudukan terbaik dalam kalangan negara yangmempunyai pencapaian tertinggi dalam penilaian pelajar di peringkat antarabangsa

seperti Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA). Pencapaian ini amat menarik. Namun apa yang lebih menakjubkan ialah kepantasan Republik Korea membangun daripada sebuah negara yang musnah akibat peperangan kepada negara kuasa besar ekonomi. Setengah

abad lalu, Republik Korea yang mempunyai ramai tenaga kerja berkos murah telah menjadikan pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai satu cara meningkatkanproduktiviti bagi melonjak pembangunan dan mencapai status negara maju.

Republik Korea menyedari bahawa untuk bersaing di peringkat global, perlu diwujudkan

sistem pendidikan yang dapat memastikan semua pelajar disokong dan boleh berjaya tanpa mengenepikan pelajar yang berprestasi rendah.Bagi mencapai matlamat ini,

Republik Korea memberi tumpuan kepada pengukuhan pendidikan di semua peringkat,dari sekolah rendah sehingga universiti dan latihan kemahiran. Inisiatif yang diambil termasuk bukan sahaja menjadikan pendidikan sekolah peringkat menengah sebagai pendidikan wajib, tetapi mempercepat pengukuhan pendidikan teknikal dan latihan

menerusi kerjasama erat dengan chaebol dan syarikat-syarikat besar di Republik Koreaseperti menubuhkan universiti korporat sebagai institusi pembelajaran sepanjang hayat.Pelaburan yang besar telah dibuat dalam pendidikan tertiari. Pada masa kini, jumlah enrolmen di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dianggarkan seramai 3.6 juta

pelajar. Di samping itu, Kerajaan Republik Korea merekayasa keseluruhan sistem pendidikan untuk menyediakan modal insan yang diperlukan oleh industri yang diberi keutamaan.

●●●Rangka Kerja Pembangunan Modal Insan Yang Bersepadu Bagi Malaysia

●●Pendidikan Awal Kanak- Kanak Prasekolah

●Pendidikan Asas Pendidikan Tertiari

Universiti/ KolejPoliteknikKolej Komuniti

InstitusiPendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional(TEVT)

●●Alam Pekerjaan Pesara/ Kerjaya Kedua Tema

▪ Mengarusperdanakandan memperluas TEVT

▪ Meningkatkan kompetensi siswazah

▪ Mempercepat penyusunan semula pasaran pekerjaan

▪ Menarik dan mengekal bakat terbaik

▪ Meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada

194

Page 193: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

▪ Memastikan setiapkanak–kanak boleh berjaya

▪ Menjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar

▪ Membuat pelaburankeataspemimpin unggul disetiapsekolah

▪ Meningkatkan daya tarik profesion keguruan dan menghasilkanguru terbaik

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), Kerajaan akan mengguna

pakai rangka kerja pembangunan modal insan yang bersepadu. Rangka kerja ini akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat di sepanjang kitar hayat, bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas, pendidikan tertiari sehingga ke

alam pekerjaan dengan melaksanakan strategi berikut:• Merombak sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan

signifikan;• Meningkatkan kemahiran rakyat untuk meluaskan kebolehpasaran; dan

• Menyusun semula pasaran pekerjaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Pencapaian ini amat menarik. Namun apa yang lebih menakjubkan ialah kepantasan

Republik Korea membangun daripada sebuah negara yang musnah akibat peperangankepada negara kuasa besar ekonomi. Setengah abad lalu, Republik Korea yangmempunyai ramai tenaga kerja berkos murah telah menjadikan pendidikan dan

pembangunan modal insan sebagai satu cara meningkatkan produktiviti melonjak pembangunan dan mencapai status negara maju. Republik Korea menyedari bahawa untuk bersaing di peringkat global, perlu diwujudkan sistem pendidikan yang dapatmemastikan semua pelajar disokong dan boleh berjaya tanpa sistem pendidikan yang

dapat memastikan semua pelajar disokong dan boleh berjaya tanpa mengenepikan pelajar yang berprestasi rendah.

Bagi mencapai matlamat ini, Republik Korea memberi tumpuan kepada pengukuhan

pendidikan di semua peringkat, dari sekolah rendah sehingga universiti dan latihankemahiran. Inisiatif yang diambil termasuk bukan sahaja menjadikan pendidikan sekolah peringkat menengah sebagai pendidikan wajib, tetapi mempercepat pengukuhan

pendidikan teknikal dan latihan menerusi kerjasama erat dengan chaebol dan syarikat-syarikat besar di Republik Korea seperti menubuhkan universiti korporat sebagai institusi pembelajaran sepanjang hayat. Pelaburan yang besar telah dibuat dalam pendidikan tertiari. Pada masa kini, jumlah enrolmen di institusi pengajian tinggi awam

dan swasta dianggarkan seramai 3.6 juta pelajar. Di samping itu, Kerajaan Republik Koreamerekayasa keseluruhan sistem pendidikan untuk menyediakan modal insan yangdiperlukan oleh industri yang diberi keutamaan.

195

Page 194: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●●Merombak Sistem Pendidikan Untuk Meningkatkan Prestasi Pelajar DenganSignifikan

Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam sistem pendidikan dengan kadar literasi dalam kalangan orang dewasa sekitar 92% dan enrolmen pendidikan rendah yanguniversal serta merupakan antara negara yang menikmati kadar pertumbuhan enrolmensekolah menengah yang terpantas. Pendidikan bukan hanya merupakan hak asasi

manusia, malah amat penting kepada perkembangan ekonomi. Prestasi pendidikan yang rendah memberi kesan negatif kepada masa depan negara memandangkan tahappendidikan yang tinggi berkait rapat dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Sekiranya tahap pendidikan negara tidak ditingkatkan ke peringkat piawaian

antarabangsa, serta jurang pencapaian sekolah tidak dikurangkan, Malaysia akan ketinggalan dalam pendidikan dan kehilangan daya saing pada masa hadapan sekolah.

Selaras dengan pengalaman pelaksanaan sistem pendidikan terbaik dunia dan keperluan

untuk menghasilkan peningkatan prestasi pelajar yang signifikan, empat strategi akandiguna pakai dalam tempoh rancangan ini:-

1. Memastikan Setiap Kanak-kanak Boleh Berjaya

Menetapkan harapan yang tinggi kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang danmenyediakan bantuan dan sokongan yang sistematik terutama kepada mereka yang ketinggalan dalam pembelajaran.

2. Menjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar.

Memberikan autonomi kepada beberapa aspek pengurusan sekolah sebagai ganjaran ke

atas peningkatan signifikan pencapaian pelajar.

3. Membuat pelaburan bagi membangun kepemimpinan unggul di setiap

sekolah.

Membuat pelaburan yang besar bagi meningkatkan prestasi kepimpinan sekolah sebagai pemangkin utama perubahan menerusi kriteria pemilihan yang ketat, latihan danpengurusan prestasi yang mantap berdasarkan prestasi pelajar.

4. Meningkatkan daya tarikan profesion keguruan dan menghasilkan guru

terbaik.Menjadikan profesion keguruan lebih menarik supaya lebih ramai individu berkebolehan

tinggi berminat menyertainya, meningkatkan kualiti latihan praktikum, dan memantapkan pengurusan prestasi serta pembangunan profesional bertaraf dunia yangberterusan.

●●Penyediaan Asas Pendidikan yang Kukuh kepada Lebih Ramai Kanak-kanak

Pendidikan awal memainkan peranan penting dalam pembinaan minda kanak-kanak dandapat membantu mengurangkan masalah pembelajaran semasa dan pencapaian pada

masa hadapan. Peringkat awal pembelajaran kanak-kanak merupakan tempoh kritikal

196

Page 195: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

yang menjadi penentu kepada perkembangan minda individu dan bersifat kumulatif.Sehubungan itu, Kerajaan akan memberi tumpuan untuk meningkatkan dan memperluas

pendidikan awal bagi menyediakan asas yang kukuh kepada lebih ramai kanakkanak supaya mereka boleh berjaya.

Pada tahun 2011, program pembangunan awal kanak-kanak berumur empat tahun dan

ke bawah (PERMATA), iaitu program bagi melahir dan mendidik ‘permata’ masa hadapannegara, akan diletakkan di bawah tanggungjawab KPM dengan tujuan untuk menyelaras dan mengintegrasikannya ke dalam sistem pendidikan formal. Tumpuan PERMATA

adalah kepada kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan bawah RM1,500. Selepas kejayaan program perintis PERMATA yang dilancarkan pada tahun 2007, sebanyak 181 buah pusat PERMATA akan dibina dengan peruntukan RM36 juta dalam tempoh Rancangan.

●●Peningkatan Enrolmen dan Kualiti Prasekolah

Kanak-kanak yang mengikuti program prasekolah lebih komited terhadap pendidikan dan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi pada masa hadapan2. Pada masa ini, kadar

enrolmen prasekolah dalam kalangan kanak-kanak berumur empat dan lima tahun hanyalah sekitar 67%. Memandangkan kepentingan pendidikan prasekolah dan keupayaan negara meningkatkan kadar enrolmen, pendidikan prasekolah telah dijadikan fokus utama di bawah NKRA Pendidikan. Seperti yang ditunjukkan dalam Carta 5-3,

program ini bertujuan meningkatkan kadar enrolmen kepada 87% pada tahun 2012 dan92% pada tahun 2015. Pada masa yang sama, kualiti pendidikan prasekolah akan terus dipertingkatkan. Dalam tempoh 2010–2012, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk

program ini.

●●Merendahkan Umur bagi Permulaan Persekolahan

Dengan pelaksanaan program pembangunan pendidikan awal kanak-kanak, lebih ramai

kanak-kanak akan bersedia untuk memasuki sekolah pada umur yang lebih rendah berbanding amalan sekarang. Dalam tempoh Rancangan, umur bagi memulakanpersekolahan akan dikurangkan daripada 6+ kepada 5+. Langkah ini adalah selaras

dengan amalan di negara maju. Pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat danakan dimulakan dengan sekolah di kawasan luar bandar danperladangan terutama di sekolah kurang murid, bagi membolehkan pelajar dari kawasanini mendapat manfaat daripada asas pendidikan yang kukuh pada peringkat lebih awal.

●●Memastikan Penguasaan Literasi dan Numerasi

Peningkatan kadar literasi dan numerasi adalah penting untuk mengurangkan kadar keciciran pelajar berpunca daripada ketidakupayaan mereka untuk mengikuti

pembelajaran. Dengan penguasaan kemahiran literasi dan numerasi asas yang kukuhpada peringkat awal persekolahan, kemungkinan berlaku keciciran pelajar daripada sistem persekolahan dapat dikurangkan. Penguasaan literasi dan numerasi di peringkat

awal sangat penting kerana tanpa kemahiran ini mereka akan menghadapi kesukaran

197

Page 196: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

mengikuti pembelajaran di peringkat selanjutnya. Program LINUS memberi tumpuan kepada intervensi awal dengan menempatkan fasilitator dan guru pemulihan terlatih di

sekolah. Sehingga kini, seramai 15,500 fasilitator dan guru pemulihan telahpun dilatih.

●●Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Kerajaan akan melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan

Penguasan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam tempoh Rancangan. Program ini bertujuanmemartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan memantapkan penguasaan bahasa Inggeris untuk memperkukuh daya saing negara. Program ini akan mengguna pakai pendekatan modular yang bersepadu dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu dan akan memperluas pengajaran Kesusasteraan Melayu di peringkatsekolah rendah. Program MBMMBI akan juga memperkukuh pengajaran danpembelajaran bahasa Inggeris melalui kurikulum baru dengan memberi penekanan

kepada lima bidang utama kemahiran iaitu membaca, mendengar dan berucap, menulis,tatabahasa, dan seni bahasa. Masa yang diperuntukkan untuk pengajaran bahasaInggeris ditambah daripada 4 jam kepada 5.5 jam seminggu untuk Tahap 1 (Tahun 1hingga 3), dan

daripada 3.5 jam kepada 5 jam untuk Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6) di peringkat sekolah rendah.

Sebanyak empat daripada 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) akan menumpukan

kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris kepada guru. Kerajaan akanmenilai dan memantau keberkesanan program secara berterusan dan melaksanakaninisiatif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

●●Akauntabiliti Sekolah Terhadap Prestasi Pelajar

Sistem sekolah berprestasi tinggi menetapkan harapan besar kepada sekolah dalam aspek peningkatan prestasi pelajar, pemantauan jurang prestasi dan penyediaan

sokongan yang sewajarnya apabila sasaran tidak tercapai. Seterusnya, rombakan kepada sistem pendidikan akan memberi tumpuan yang jelas terhadap prestasi pelajar, dansekolah akan dipertanggungjawabkan ke atas pencapaiannya.

●●Meningkatkan Prestasi Semua Sekolah melalui Program Peningkatan Kualiti

Sekolah Secara MenyeluruhProgram Pembangunan Prestasi Sekolah yang dilancarkan pada April 2010 merupakan

usaha yang menyeluruh dengan harapan dan cabaran yang tinggi, serta meningkatkan motivasi dan sokongan kepada semua sekolah awam untuk mengukuhkan prestasipelajar, khususnya sekolah berprestasi rendah yang amat memerlukan bantuan. Program ini mengandungi elemen elemen berikut:

• Penyenaraian Kedudukan Prestasi SekolahSetiap tahun semua sekolah akan dinilai dan disusun mengikut kedudukan pencapaian prestasi. Penjelasan terperinci berkenaan penarafan prestasi akan

dimaklumkan kepada sekolah untuk meningkatkan pemahaman dan ketelusan

198

Page 197: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

terhadap kaedah penilaian yang dibuat. Langkah ini bertujuan mendorong sekolah untuk mencapai prestasi yang lebih baik dan membolehkan KPM menyalurkan

sumber kepada sekolah yang amat memerlukan sokongan; dan

• Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah

Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah akan dilaksana di semua sekolah awam sebagai alat sokongan untuk membantu sekolah membuat penambahbaikan. Instrumen ini akan memberi gambaran menyeluruh kepada guru besar danpengetua tentang prestasi sekolah masing-masing untuk menentukan isu yang

perlu ditangani mengikut keutamaan serta menyediakan pelan tindakan selanjutnya. Sekolah akan merangka pelan penambah baikan sebagai asas bagi memantau kemajuan dan membantu KPM menyediakan sokongan yang sesuaiuntuk menjayakan pelan tersebut. Infrastruktur dan kemudahan asas seperti

bekalan elektrik, air, sanitasi dan alat bantuan mengajar adalah asas kepada peningkatan prestasi pelajar. Kerajaan komited bagi menyediakan kemudahan daninfrastruktur asas ini kepada semua sekolah. Sebagai sebahagian daripada

Program Pembangunan Prestasi Sekolah, Kerajaan akan terus memberi fokus kepada penyediaan kemudahan dan infrastruktur di sekolah yang amatmemerlukan sokongan, khususnya sekolah di luar bandar di Sabah dan Sarawak.

●●Peningkatan Prestasi Sekolah melalui Program Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrif sebagai sekolah yang mempunyai etos danidentiti unik yang boleh mendorong pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai budaya kerja yang kukuh dan sentiasa berusaha ke

arah mencapai kemajuan berterusan di samping mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh. SBT akan berusaha meningkatkan piawaian sekolah setaraf dengan sekolah terbaik di dunia dan menjadi model kepada sekolah lain serta memberi sokongan melalui rangkaian bimbingan dan latihan. Sejumlah 100 SBT akan dibangunkan menjelang 2012

dengan peruntukan sebanyak RM140 juta. Sebanyak 20 SBT telah dikenal pasti seperti ditunjukkan dalam Carta 5-5. Sekolah ini diberi status SBT berdasarkan pencapaian danprestasi mereka yang tekal. Sekolah ini terdiri daripada pelbagai kategori termasuksekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh.

●●Membuat Pelaburan ke atas Pemimpin Unggul di Setiap Sekolah

Sistem sekolah berprestasi tinggi memanfaatkan guru besar dan pengetua sebagai

penjana perubahan melalui proses pemilihan ketat dan latihan intensif untuk mereka, danseterusnya memastikan mereka memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional yang berkesan. Peningkatan pencapaian guru besar dan pengetua mempunyai kesanpositif yang signifikan ke atas pencapaian pelajar. Mereka juga memainkan peranan yang

penting dalam merancang, menyelaras dan memantau pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru besar dan pengetua juga memastikan suasana pembelajaran yang kondusifdengan mengurangkan tekanan dan gangguan luaran, serta mewujudkan persekitaran

yang teratur di dalam dan di luar bilik darjah.

199

Page 198: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●Memperkenal Bai’ah atau Tawaran Baru bagi Guru Besar dan Pengetua Sekolah

Pendekatan baru dalam pengurusan pencapaian (Tawaran Baru) untuk guru besar danpengetua yang dimulakan pada 2010 akan memberi ganjaran kewangan dan bukan kewangan bagi mereka yang berprestasi cemerlang. Tawaran Baru ini adalah terpakai kepada semua guru besar dan pengetua di semua sekolah awam di Malaysia. Pencapaian

semua sekolah akan dinilai dan ditaraf mengikut prestasi tahunan berdasarkan kepada markah komposit.

●●●Ringkasan pendekatan penarafan sekolah GredPurataSekolah (GPS) Kewajaran

1 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) adalah instrumen piawaian untuk menilaisekolah berasaskan 4 aspek utama (visi dan misi; pengurusan organisasi; program pengurusan pendidikan; dan prestasi murid) . Mereka akan diberi ganjaran sekiranya

mencapai markah komposit yang telah ditetapkan atau menambah baik pencapaian sekolah. Program ini memberi peluang kepada guru besar dan pengetua untuk menerima ganjaran tanpa mengambil kira prestasi awal sekolah mereka, asalkan sekolah berkenaan

menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam senarai penarafan prestasi. Di sampingitu, dianggarkan 10% guru besar dan pengetua berprestasi rendah akan diberi latihan kemahiran pengurusan sebagai usaha untuk meningkat prestasi mereka. Peruntukansebanyak RM160 juta akan disediakan untuk program ini dalam tempoh 2010-2012.

●●Peningkatan Sokongan dan Bimbingan kepada Guru Besar dan Pengetua

Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan peningkatanprestasi pelajar. Kerajaan menyedari pemimpin adalah kritikal dalam membuat

perubahan, oleh itu akan terus mengukuhkan latihan kepimpinan serta memberikandorongan kepada mereka untuk meningkatkan prestasi. Institut Aminuddin Baki (IAB)adalah institut latihan kepimpinan asas untuk warga pendidik termasuk pengetua, pentadbir dan pegawai pendidikan. IAB menyasarkan untuk melatih sekurang-kurangnya

14,000 orang pemimpin sekolah dan pegawai pendidikan setiap tahun dalam tempoh Rancangan berbanding dengan 8,000 orang pada tahun 2009. Kaedah penyampaianlatihan di IAB akan berubah daripada berasaskan syarahan kepada penekanan terhadap

pembelajaran berdasarkan pengalaman. Kursus pendidikan dan pengurusan akan dijalankan di kampus dan secara atas talian menggunakan platform e-learning, serta dilengkapi repositori pengetahuan digital. Selain daripada latihan, IAB akan menyediakan perkhidmatan konsultasi dan bimbingan kepada pemimpin sekolah untuk meningkatkan

prestasi. Selaras dengan Program Pembangunan Prestasi Sekolah, pakar pembimbing pengetua akan menyediakan bimbingan kepimpinan tambahan dan sokongan kepada sekolah berprestasi rendah.

●●Meningkatkan Daya Tarikan Keguruan dan Menghasilkan Guru Terbaik

Kualiti guru merupakan penentu utama kepada prestasi pelajar seperti ditunjukkandalam Carta 5-7. Pengalaman daripada sistem sekolah berprestasi tinggi global

menunjukkan bahawa pelajar akan hanya boleh ditingkatkan dengan meningkatkan

200

Page 199: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sistem sekolah berprestasitinggi berupaya menarik dan menerima hanya calon terbaik sebagai guru, meningkatkan

prestasi mereka secara berterusan serta memupuk budaya berprestasi tinggi di sekolah.Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan mengambil pendekatan yang sistematik untuk meningkatkan kualiti guru baru serta menambah baik kualiti dan profesionalisme guru

sedia ada.

●●Mempertingkatkan Kualiti Guru Baru Secara Signifikan

Setiap tahun, KPM menerima lebih 175,000 permohonan untuk menyertai profesion keguruan dan 20,000 orang ditempatkan di sekolah. Ramai pemohon tidak mempunyai

sikap dan aptitud yang sesuai untuk menjadi guru. Daripada permohonan kemasukan ke program latihan perguruan di IPG pada tahun 2010, hanya 7% mendapat 7A dan ke atas dalam SPM

●●Menjadikan Profesion Keguruan Pilihan Utama

Menarik siswazah cemerlang menyertai profesion keguruan adalah kritikal. Dalam

tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untukmeningkatkan kesedaran tentang keguruan sebagai profesion yang berprestij. Kerajaan akan menjadikan profesion keguruan sebagai kerjaya pilihan dengan menekankan empat perkara berikut:

• Ganjaran kewangan: Profesion ini sebenarnya merupakan antara profesion awam yang menyediakan gaji permulaan yang tinggi;

•Pembangunan kerjaya: Melalui Tawaran Baru untuk guru, prospek kerjaya guru akan menjadi lebih menarik dengan peluang pembangunan profesionalisme

yang lebih luas selain daripada peluang kenaikan pangkat yang lebih cepat kepada guru yang cemerlang;

• Berprestij: Sebagai kerjaya elit, profesion keguruan akan menggunakan kriteria pemilihan dan proses penilaian yang ketat. Hanya calon cemerlang akan diterima

dalam profesion ini;•Pembangunan nusa bangsa: Profesion keguruan bertanggungjawabmembentuk generasi pemimpin masa depan dan penting dalam membawa

Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.

●●Pengukuhan Latihan Perguruan Melalui Latihan Praktikum

Pengalaman praktikum merupakan elemen penting dalam latihan perguruan kerana

dapat memberi pengalaman pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah. Dalam sistem persekolahan terbaik seperti di Finland dan New Zealand, latihan dan pengalaman praktikum guru pelatih, dari segi kualiti dan kuantiti, sentiasa dipertingkatkan. Oleh itu, Kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan

praktikum kepada guru pelatih, seperti memanjangkan tempoh latihan praktikum, dan meningkatkan kerjasama guru berpengalaman yang mempunyai kemahiran membimbing yang tinggi untuk menyelia guru pelatih.

201

Page 200: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Dalam tempoh Rancangan, latihan praktikum kepada guru pelatih akan ditingkatkanmelalui langkah berikut:

• Kursus Perguruan Lepasan Ijazah akan dilanjutkan daripada satu tahun kepada 212 satu tahun setengah untuk meningkatkan pengalaman praktikum guru pelatih;

• Jabatan Pelajaran Negeri akan menyelaras penempatan guru pelatih di sekolah yang layak melaksanakan program ini dan memantau pematuhan oleh guru pembimbing;

• Guru berpengalaman akan diberikan kursus pembimbing untuk meningkatkan

kebolehan membimbing mereka; dan• Program praktikum akan menjadi sebahagian daripada penilaian prestasi

sekolah dan guru pembimbing.

●●Penghapusan Jaminan Penempatan Guru Pelatih

Pada masa ini, guru pelatih IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijaminpelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Jaminan pelantikan iniakan dihapuskan dalam tempoh Rancangan. Dengan ini, hanya guru pelatih yang

memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru.Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualitiminimum bagi guru baru.

●●Peralihan kepada ‘Sistem Terbuka’ dalam Latihan Guru

Pelaksanaan latihan perguruan akan diperluaskan kepada universiti swasta berbandinghanya daripada IPG dan IPTA. Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan

beralih kepada ‘sistem terbuka’ bagi menambah sumber guru terlatih. Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah. Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan.

●●Tawaran Baru untuk Semua Guru bagi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan

Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru

yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini. Di samping itu, Kerajaan akan meningkatkan guru berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009kepada 90.0% menjelang tahun 2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar ini akan

ditingkatkan daripada 28% dalam tahun 2009 kepada 60% menjelang tahun 2015.Tawaran Baru ini mengandungi tiga elemen:

• Peluang kenaikan pangkat yang cepat berdasarkan kecekapan dan prestasi;• Meningkatkan pembangunan profesional berterusan (CPD) secara sistematik

kepada semua guru; dan• Kaedah pengurusan prestasi baru yang lebih mantap.

202

Page 201: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●Kemajuan Kerjaya Lebih Cepat Berasaskan KompetensiKemajuan kerjaya yang perlahan merupakan antara sebab utama siswazah di Malaysia

tidak memilih kerjaya perguruan. Sepanjang 30 tahun perkhidmatan, kebanyakan guru menikmati hanya satu atau dua kali kenaikan pangkat sahaja. Mengikut dasar kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan, pada kebiasaannya guru mengambil masa selama 10 tahun untuk dinaikkan daripada gred permulaan ke gred jawatan yang

seterusnya. Kemajuan kerjaya yang cepat untuk guru berprestasi tinggi adalah penentu untuk menjadikan profesion keguruan lebih menarik terutama kepada calon guru yangberpotensi tinggi. Pendekatan ini juga membolehkan lebih ramai guru berpeluangmencapai gred yang lebih tinggi dalam masa yang singkat dan dengan ini boleh

membimbing guru baru lebih awal. Melalui inisiatif Tawaran Baru, pergerakan gred yanglebih cepat berasaskan kompetensi dan prestasi akan dilaksanakan. Laluan cepat untukkenaikan pangkat secara automatik akan diberi kepada semua guru tanpa mengira

tempoh perkhidmatan dan keperluan memajukan permohonan. Sistem laluan kerjaya baru dijangka bermula pada tahun 2011 dan dilaksana sepenuhnya menjelang tahun 2015.

●●●Pembangunan Profesional yang Berterusan yang Bersesuaian bagi Menyokong

Pembangunan Keupayaan dan Kemajuan KerjayaLatihan yang berfokus kepada bidang tugas baru berdasarkan kenaikan pangkat dan

memberi penambahbaikan kepada kebolehan pengajaran akan memberi faedah kepada guru. Pada masa ini, tiada pendekatan yang sistematik berkaitan CPD dalam sistem pendidikan. Pendekatan CPD yang menyeluruh akan dilaksana pada tahun 2011 danmengandungi elemen berikut:

• Modul CPD yang bersesuaian mengikut keperluan dirangka untuk setiap gred jawatan bagi melengkapkan guru dengan peranan baru selepas kenaikan pangkat;

• Modul ini memberi lebih fokus kepada peluang pembelajaran di sekolah; dan• Pelbagai modul CPD seperti kursus latihan formal, pengajian pasca siswazah,

pengajian jarak jauh dan aktiviti bimbingan akan membolehkan guru membuat pilihan terbaik untuk pembangunan kerjaya mereka tanpa mengganggu pengajaran dan pembelajaran.

●●Pelaksanaan Instrumen dan Proses Baru untuk Penilaian dan Penaksiran Guru

Kaedah penilaian semasa ke atas guru adalah sama dengan penilaian penjawat awam yang lain. Kaedah ini tidak mengambil kira prestasi pelajar, keupayaan sebenar

pengajaran atau kecekapan utama yang diperlukan dalam profesion keguruan. Skorpenilaian untuk guru akan menjadi lebih bermakna sekiranya ia dapat mengukur prestasisebenar guru, kurang subjektif dan berasaskan bukti. Satu pendekatan baru yang selari dengan amalan di sekolah berprestasi tinggi akan dilaksana pada tahun 2011 untuk

memastikan penilaian dibuat secara tekal, objektif dan dapat memupuk budaya cemerlang di sekolah. Pendekatan ini akan mengandungi instrumen baru bagi menilaiguru yang menggunakan kombinasi berwajaran beberapa aspek utama seperti penekanan

kepada pengajaran dan pembelajaran, nilai profesional, aktiviti di luar kelas dan

203

Page 202: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

●●Transformasi Keberkesanan Penyampaian

Sistem penyampaian yang cekap dan berkesan sangat diperlukan untuk meningkatkan prestasi pelajar. Pendekatan yang lebih inovatif akan diguna pakai untuk memastikanpenyampaian dilaksanakan dengan efektif.

●●Pengukuhan Penyampaian Perkhidmatan untuk Menyokong Kemajuan Sekolah

Penambahbaikan mekanisme penyampaian kepada sekolah memerlukan perubahan

dalam proses kritikal yang memberi kesan secara langsung terhadap sekolah seperti penempatan guru, pengurusan prestasi sekolah dan juga peranan Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Untuk memastikan perkhidmatan disampaikan secara optimum, KPM akan melaksana ‘Service Line’ iaitu perkhidmatan

khusus untuk membantu sekolah yang amat memerlukan, antaranya bimbingan, binaupaya dan kemudahan peralatan yang sewajarnya. Di peringkat prasekolah, Kerajaan akan terus mengharmoni dan menambahbaik kualiti semua prasekolah awam yang

disediakan oleh pelbagai agensi Kerajaan. Pendekatan ini memerlukan peningkatan produktiviti sumber manusia dan kewangan, serta pengukuhan kemampuan penyampaian.

●●Pelaksanaan Kurikulum Baru untuk Memupuk Kreativiti dan Inovasi

Dalam tempoh Rancangan, kurikulum baru untuk sekolah rendah dan menengah akandiperkenalkan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah akan diganti dengan KurikulumStandard Sekolah Rendah pada 2011 dan ini akan diikuti dengan kurikulum baru untuk

sekolah menengah. Kurikulum baru berbentuk modular ini akan memberi peluang kepada setiap pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri, memupuk sikap bertanggungjawab 216 terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang dapat menyerlahkan potensi mereka. Kurikulum ini juga akan

menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran.Penerapan nilai dan etika di peringkat awal amat penting dalam pembinaan sahsiah individu. Kurikulum yang bakal diperkenalkan akan menerapkan prinsip 1Malaysia bagi

pendekatan pedagogi dalam penyampaian pendidikan. Sebagai usaha untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baru ini akanmenjadikan Sukan sebagai satu subjek mata pelajaran bermula tahun 2011. Dasar ‘1Murid, 1Sukan’ mewajibkan setiap pelajar mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti

sukan. Setiap pelajar dikehendaki mengikuti aktiviti sukan pilihan masing-masing selama90 minit seminggu bagi sekolah menengah dan 60 minit bagi sekolah rendah. Peruntukanuntuk geran sukan bagi setiap pelajar akan dinaikkan daripada RM2.40 kepada RM4 bagi sekolah rendah dan daripada RM4 kepada RM6 bagi sekolah menengah.

●●Pendidikan Asas dan Prasekolah Swasta

Pendidikan yang ditawarkan oleh sektor swasta semakin diterima oleh Kerajaan dan

orang ramai. Sehubungan ini, pihak swasta akan digalak untuk menyediakan pendidikan

204

Page 203: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

di semua peringkat bermula daripada prasekolah sehingga pendidikan tertiari. Kerajaanakan melaksana pelbagai kaedah perkongsian awam swasta seperti dalam pengurusan

sekolah dan pembiayaan yuran pelajar.

●●Perkongsian Awam-Swasta dalam Pembangunan Prasekolah

Kerajaan akan memanfaatkan penyediaan pendidikan prasekolah oleh sektor swasta

untuk menampung kemudahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan. Insentif akandisediakan kepada pengusaha swasta bagi mempercepatkan penyediaan prasekolah untuk mencapai objektif meningkatkan enrolmen pelajar di peringkat ini. Insentif ini akan membolehkan pihak swasta mendapatkan geran bagi pembinaan prasekolah di kawasan

yang kurang membangun di luar bandar. Sektor swasta dijangka akan membina 488 buah prasekolah pada tahun 2010, sebanyak 1,000 buah pada tahun 2011 dan 1,145 buah pada tahun 2012. Skim pembiayaan bersama bagi meningkatkan permintaan terhadap

pendidikan prasekolah akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan. Usaha ini juga boleh membantu isi rumah berpendapatan rendah mengurangkan bebanan pembiayaanpendidikan prasekolah. Bantuan sehingga RM150 sebulan diberikan kepada mereka untuk pendidikan kanak-kanak berumur 4+ dan 5+ tahun di prasekolah swasta.

●●Perkongsian Awam-Swasta dalam Pendidikan Asas

Perkongsian awam-swasta dalam pendidikan asas memberi autonomi signifikan kepada

pengendali sekolah, sebagai tukaran kepada penambahbaikan yang spesifik dalam prestasi pelajar sebagaimana dipersetujui dalam kontrak rasmi. Sebagai contoh, charter school di Amerika ecialist chool dan pecial st United Kingdo d n inde endent cho l di indepedent s ho juga te ah di una pa ai d seko ah per endir an Cina di Malaysia. Ke ajaa a an

memper enalkan angk kerja Sekolah Amanah kepad sekola awam ang te pilih. ekol h Am nah adala sekola awam ang di adbir b rsam ole pihak s asta da pem mpin ekolah awa

●●Meningkatkan Kemahiran Rakyat Malaysia Untuk Meluaskan Kebolehpasaran

Dalam beberapa dekad yang lalu, Malaysia telah membuat pelaburan yang besar dalam pendidikan lepasan menengah dan tertiari. Pada masa kini, Malaysia telah menubuhkan20 universiti awam dan 26 universiti swasta serta 405 institusi latihan kemahiran awam

dan 584 institusi latihan kemahiran swasta. Pada tahun 2009, institusi pendidikan tinggi dalam negara telah mengeluarkan lebih daripada 181,000 siswazah. Daripada jumlah ini,lebih daripada 81,000 siswazah adalah lepasan institusi pendidikan tinggi swasta.Institusi latihan kemahiran pula mengeluarkan lebih daripada 120,000 pelatih pada tahun

2009. Seramai 30,000 pelatih adalah daripada institusi latihan kemahiran swasta. Pada masa kini, hanya 23% sahaja daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia mempunyai pendidikan tertiari berbanding dengan kadar purata bagi negara Pertubuhan Kerjasama

dan Finland. Pada tahun 2009, sebanyak 27% daripada siswazah institusi pengajian tinggi tempatan masih menganggur dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian.Bagi yang berjaya mendapat pekerjaan pula, 29% daripada mereka pada tahun 2006 dan

33% pada tahun 2009 hanya memperoleh pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.

205

Page 204: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Majikan dan persatuan industri sering mengaitkan kekurangan soft skills seperti etika kerja yang positif, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kebolehan membuat

keputusan serta kepimpinan sebagai faktor utama yang menjejaskan kebolehpasaran siswazah Malaysia. Memandangkan terdapat jurang yang besar antara tahap kompetensi siswazah Malaysia dengan piawaian antarabangsa, isu ini perlu ditangani bagi

memastikan negara mempunyai siswazah yang berkemahiran, serba boleh dankebolehpasaran yang tinggi. Pada masa yang sama, dianggarkan seramai 100,000 atau 22% pelajar Malaysia memasuki pasaran pekerjaan sebaik sahaja menamatkan 11 tahun persekolahan, iaitu dengan hanya memiliki kelayakan SPM. Kumpulan pelajar ini mungkin

lebih cenderung kepada kemahiran teknikal, oleh itu mempunyai peluang yang besaruntuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang teknikal. Malaysia perlumemesatkan pembangunan modal insan bertaraf dunia bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi. Justeru, peningkatan kemahiran secara radikal perlu dilaksana bagi

meningkatkan kebolehpasaran dengan memberi tumpuan kepada strategi berikut:• Mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada pendidikan teknikal dan

latihan vokasional yang berkualiti; dan

• Meningkatkan kompetensi siswazah sebagai persediaan untuk memasuki pasaran pekerjaan.

●●Mengarusperdanakan dan Memperluas Akses kepada Pendidikan Teknikal dan

Latihan Vokasional yang Berkualiti

Malaysia berhasrat meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi. Oleh itu, enrolmen dalam pendidikan teknikal dan latihanvokasional (TEVT) perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan dipertingkatkan

untuk meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja. TEVT bertujuanmenambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaanpendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional. TEVT menjurus kepada penyediaan kemahiran

yang boleh digunakan dengan segera dalam pasaran pekerjaan. TEVT menjadi pilihan pendidikan perdana di kebanyakan negara maju. Model binari atau dwi-laluan pendidikan yang fleksibel diguna pakai di kebanyakan negara berpendapatan tinggi. Model inimembolehkan pelajar menukar aliran antara akademik dengan teknikal atau vokasional

yang mempunyai prospek kerjaya yang setara. Kadar purata enrolmen pelajar yangmemasuki aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara OECDadalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia. Penambahbaikan peluang, akses dan

kualiti TEVT untuk laluan teknikal adalah sama penting dengan penambahbaikan laluan akademik pendidikan tertiari.

Pendidikan TEVT di peringkat sekolah menengah mempunyai dua aliran utama, iaitu

teknikal dan vokasional. Aliran teknikal mempunyai lebih banyak komponen akademik,manakala aliran vokasional mempunyai lebih banyak komponen hands-on. KemahiranTEVT memberi manfaat secara langsung kepada majikan, pekerja serta sektor industri

yang berkaitan. Faedah yang diperoleh bergantung kepada gabungan kemahiran pekerja.

206

Page 205: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Oleh itu, kos berkaitan TEVT perlu dibiayai bersama antara Kerajaan, majikan, industri dan pelajar berdasarkan kepada faedah yang diperoleh.222 Dalam tempoh Rancangan,

empat strategi berikut akan diguna pakai untuk mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada TEVT yang berkualiti:

• Menambah baik persepsi terhadap TEVT dan menarik minat lebih ramai pelajar;

• Membangunkan tenaga pengajar TEVT yang lebih efektif;• Mempertingkat dan mengharmonikan kualiti kurikulum TEVT selaras dengan

keperluan industri; dan • Memperkemas penyampaian TEVT.

●●Menambah Baik Persepsi Terhadap TEVT dan Menarik Minat Lebih Ramai

Pelajar Terdapat banyak peluang untuk penyedia TEVT awam dan swasta menarik lepasan

sekolah yang tidak melanjutkan pengajian untuk mengikuti latihan TEVT danmeningkatkan bilangan pekerja berkemahiran dalam pasaran pekerjaan. Bagi tujuan ini,penekanan akan diberi untuk meningkatkan nilai dan daya tarikan TEVT kepada pelajar,penyedia latihan dan industri. Dalam tempoh Rancangan, kempen media di peringkat

nasional akan dilaksana secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran danmenambah baik persepsi terhadap TEVT. Kumpulan sasar utama adalah pelajar yangberpotensi dan ibu bapa mereka. Kempen akan memberi penekanan terhadap manfaat memasuki pasaran pekerjaan dengan kelayakan TEVT, seperti gaji permulaan, jenis

pekerjaan dan laluan kerjaya serta pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuklebih banyak jawatan dalam sektor awam. Pelbagai saluran penyampaian seperti televisyen, radio, majalah dan selebriti akan diguna untuk menyampaikan maklumat

tersebut kepada kumpulan sasar. Kaunselor di sekolah akan diberi tanggungjawab untuk membimbing dalam tempoh yang panjang bagi membantu pelajar, bermula daripada tingkatan 4 berterusan sehingga pelajar berkenaan memasuki pendidikan tertiari.Langkah ini adalah untuk memastikan lebih ramai pelajar meneruskan pelajaran ke

peringkat tertiari. Bagi meningkatkan keberkesanan bimbingan, kumpulan kaunseling yang terdiri daripada kaunselor sekolah akan dibentuk di setiap daerah. Kumpulan kaunseling ini akan bertanggungjawab untuk menjalinkan hubungan yang erat denganinstitusi TEVT dan majikan, serta meningkatkan penyelarasan antara pihak

berkepentingan melalui pertukaran maklumat. Kumpulan ini juga akanbertanggungjawab untuk menyediakan panduan

●●Membangunkan Tenaga Pengajar TEVT yang Lebih Efektif

Laluan kemajuan kerjaya tenaga pengajar TEVT akan diperkemas untuk menjadikannya sebagai kerjaya pilihan yang menarik kepada tenaga pengajar yang berprestasi tinggi.Tenaga pengajar yang memenuhi syarat kompetensi yang jelas di setiap gred boleh

dinaikkan pangkat tanpa bergantung kepada kekosongan jawatan. Personel industri yangberpengalaman tinggi dan mempunyai kemahiran praktikal di tempat kerja akan digalakmenjadi tenaga pengajar di institusi TEVT. Untuk memudahkan pengambilan ini, laluan

kemasukan ke profesion tenaga pengajar vokasional yang fleksibel akan diwujudkan, dan

207

Page 206: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

syarat yang menyukarkan kemasukan di peringkat pertengahan akan dihapuskan.Langkah ini akan meningkatkan kapasiti latihan dan membantu untuk memastikan tenaga

pengajar mempunyai pengalaman di tempat kerja.

Penambahan bilangan tenaga pengajar yang cemerlang akan dilaksanakan melalui

peluasan program tenaga pengajar sambilan. Langkah ini akan menarik mereka yangberminat untuk menjadi tenaga pengajar di samping terus kekal bekerja di industri.Tenaga pengajar yang memiliki pengetahuan terkini tentang teknologi danperkembangan industri akan memberi latihan yang paling relevan dan seterusnya

meningkatkan kebolehpasaran pelatih. Kerjasama antara institusi TEVT dengan industri dalam pertukaran personel akan diperkukuhkan bagi membolehkan tenaga pengajar vokasional menjalani program penempatan di industri bagi mendapat pendedahan danpengetahuan teknologi terkini. Pada masa yang sama, tenaga pengajar vokasional dari

industri ditempatkan di institusi TEVT bagi memperkukuh kemahiran pedagogi mereka. Bagi memperkukuh penyampaian latihan dan meningkatkan pengambilan tenaga pengajar, kapasiti Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan akan dipertingkatkan

dengan menggunakan metodologi dan pendekatan latihan yang baru. Sebuah pusatlatihan tenaga pengajar yang baru akan dibangunkan bagi menambah kapasiti latihansebanyak 800 setiap tahun. Selain daripada itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan menyelaras program latihan pengajar di institusi latihan kemahiran awam yang lain.

●●Mempertingkat dan Mengharmonikan Kualiti Kurikulum TEVT Selaras dengan

Keperluan IndustriPembangunan kurikulum TEVT dilaksana oleh setiap agensi penyedia latihan dengan

keupayaan, kapasiti dan agenda tersendiri. Amalan ini menjejaskan kualiti penyampaian TEVT. Langkah akan diambil bagi menyeragam dan mengharmonikan kurikulum,mengurangkan kos pembangunan kurikulum, dan memastikan kurikulum selaras dengankeperluan terkini industri. Jabatan Pembangunan Kemahiran akan dilantik sebagai agensi

untuk membangun dan menyeragamkan kurikulum TEVT mulai tahun 2011. JabatanPembangunan Kemahiran akan memastikan kurikulum yang dibangunkan memenuhi piawaian minimum dan selaras dengan bidang ekonomi yang diberi keutamaan.Kurikulum TEVT akan mengandungi komponen kemahiran asas berkaitan dengan literasi

dan numerasi serta penguasaan pelbagai bahasa. Kemahiran asas ini penting sebagai sokongan kepada kemahiran praktikal serta pembinaan kemahiran dan keupayaan individu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan suasana kerja. Di samping itu,

Jabatan Pembangunan Kemahiran akan membangun bank kurikulum untuk menyimpan semua kurikulum yang dibangunkan. 226 Agensi penyedia TEVT mengeluarkan sijil tersendiri dan sijil TEVT ini belum diiktiraf sepenuhnya sebagai sijil yang melayakkancalon memasuki institusi pengajian tinggi. Penerimaan sijil TEVT dalam kalangan pelajar,

ibu bapa dan majikan dapat diperluas dengan menghapuskan keraguan terhadap kualitilatihan yang diberikan oleh pelbagai agensi. Pada masa ini, SKM, Diploma Teknologi danSarjana Muda Teknologi tidak diiktiraf sepenuhnya oleh institusi pengajian tinggi dan

Lembaga Jurutera Malaysia. Untuk penyeragaman dan pengiktirafan persijilan TEVT, SKM

208

Page 207: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

akan diguna pakai sebagai persijilan kebangsaan bagi TEVT. Langkah berikut akan diambil bagi memperkukuh pengiktirafan sijil TEVT:

• Mengiktiraf dan menyeragam pelbagai tahap SKM dengan kesemua sijil yangdikeluarkan oleh penyedia TEVT menjelang tahun 2012;

• Mewajibkan pekerja dalam pekerjaan terpilih memiliki SKM atau sijil yang

setaraf. Syarat ini akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2012; dan• Memperluas penerimaan SKM sebagai syarat kelayakan masuk ke dalam skim perkhidmatan awam, dan ke institusi teknikal dan vokasional di peringkat tinggi dan ke institusi pengajian tinggi menjelang tahun 2011.

Lembaga Teknologis Malaysia akan ditubuh untuk mempercepat pengiktirafan sijil

berkaitan kemahiran dan teknologi. Pengiktirafan ini akan menggalakkan institusi pengajian tinggi termasuk institusi TEVT menawarkan kursus berkaitan teknologi selaras

dengan keperluan ekonomi berpendapatan tinggi. Selaras dengan hasrat untukmembangunkan pendidikan teknikal dan keperluan industri, Malaysia-Japan International Institute of Technology akan ditubuh sebagai institusi berautonomi di bawah Universiti

Teknologi Malaysia dengan matlamat memperkukuh kerjasama dan rangkaian denganJepun dalam bidang teknikal dan kejuruteraan. Institut ini berupaya memberi pendedahan kepada pelajar dan meningkatkan keberkesanan kos dalam menyediakan latihan tentang pembangunan teknologi terkini di tempat kerja, etika kerja dan amalan

pengurusan Jepun. Pada masa ini, terdapat keperluan untuk mengurangkan pertindihankursus yang ditawarkan oleh pelbagai institusi latihan bagi mengoptimumkanpenggunaan kapasiti TEVT dan mengelak pembaziran sumber. Dalam tempoh Rancangan, perkara ini akan diberi perhatian memandangkan kadar enrolmen di institusi TEVT

dijangka akan meningkat. Institusi TEVT akan mengkaji semula, merasionalisasi danmemperkemas penyelarasan kursus menjelang akhir tahun 2011.

●●Memperkemas Penyampaian TEVT

Kaedah pembiayaan semasa akan dikaji semula untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan institusi TEVT awam. Bagi menggalakkan persaingan dalam kalangan institusi TEVT awam, penyediaan peruntukan akan berdasarkan kepada prestasi institusi.Kerajaan juga akan menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar di peringkat SKM

Tahap 3 dan ke atas di institusi TEVT awam yang berprestasi tinggi. Bagi mencapaimatlamat ini, sistem penarafan untuk menilai prestasi institusi awam dan swasta akan diperkenalkan. Pencapaian dalam sistem penarafan institusi TEVT akan menjadi asas

kepada Kerajaan untuk membiayai pelatih di institusi TEVT swasta. Pendekatan ini akan dipertingkat dan diperluas dalam tempoh Rancangan bagi mengoptimumkan penggunaan kapasiti latihan di institusi TEVT awam dan swasta. Pelajar tercicir adalah sumber tenaga kerja yang besar dan berpotensi untuk diberi latihan kemahiran. Jika diberi latihan dan

dilengkapkan dengan kemahiran yang tepat, mereka akan meningkatkan dengan ketara bilangan pekerja mahir. Pada tahun 2007, seramai 20,000 pelajar tercicir daripada sistem pendidikan asas dan jumlah ini meningkat kepada 30,000 orang pada tahun 2008.

Liputan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) akan diperluaskan bagi menyediakan

209

Page 208: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

latihan yang khusus untuk memenuhi keperluan golongan ini. Peruntukan tambahan juga akan disediakan bagi membiayai kos latihan dan elaun perantisan. Dalam tempoh akan mendapat manfaat. SLDN menekankan penglibatan langsung industri dalam latihandan menetapkan 70% daripada latihan perlu dijalankan di tempat kerja.

Dalam tempoh Rancangan, latihan di tempat kerja akan digalak dan dijadikan sebagai 228 sebahagian daripada pendidikan formal TEVT, kerana latihan ini menyediakan:

• Persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Tempat kerja mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik melalui pengalaman sebenar. Kemahiran praktikal dan soft skills yang diperoleh akanmeningkatkan kebolehpasaran;

• Aliran maklumat untuk meningkatkan kecekapan pengambilan pekerja.

Majikan mengetahui perkembangan prestasi pelatih dan perantis, justerumemudahkan mereka membuat keputusan menggaji pekerja; dan

• Sumbangan produktif.

Pelatih menjalankan tugasan yang memberi manfaat kepada majikan, ini menjadikan TEVT berfaedah kepada pelatih dan majikan. Melalui SLDN, pekerja

industri yang berpengalaman akan diberi peranan sebagai pembimbing kepada perantis.

Bagi mencapai tujuan ini, pembimbing mesti cukup terlatih untuk memberi latihan yang

berkesan di tempat kerja. Tenaga pengajar di institusi TEVT pula perlu mempunyai kemahiran tinggi untuk melatih pembimbing. Sebanyak RM7.5 juta akan diperuntukkankepada SLDN untuk melatih pembimbing dan tenaga pengajar.

●●Meningkatkan Kompetensi Siswazah bagi Menyediakan Mereka Memasuki

Pasaran PekerjaanEkonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi memerlukan sebilangan besar pekerja yang berpengetahuan seperti ahli sains, jurutera, ahli profesional, agen paten dan

usahawan berasaskan teknologi. Institusi pengajian tinggi mempunyai peranan yang penting dalam menghasilkan modal insan berkemahiran tinggi dan berkeupayaan untuk mencipta, menginovasi, menghasil dan mempelopori pengetahuan baru serta

mengaplikasi dan membangunkan teknologi. Usaha untuk menarik pelaburan langsungasing dan memacu pertumbuhan sumber domestik yang baru memerlukan bilangansiswazah yang mencukupi dan kompeten. Walau bagaimanapun, tahap kebolehpasaran,kekurangan dan ketidakpadanan kemahiran siswazah masih menjadi isu utama dalam

pembangunan modal insan. Banyak kajian mendapati siswazah Malaysia kurangkompeten dalam kemahiran teknikal yang diperlukan oleh industri, dan lemah dalam softskills termasuk etika kerja profesional, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan,

membuat keputusan dan kepimpinan. Oleh itu, usaha bersepadu akan diambil untuk

210

Page 209: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

mempertingkat ompetensi siswazah dan keberkesanan pembiayaan kos pengajian tinggi,iaitu dengan:

• Memperkukuh kerjasama industri dan penyelidikan; • Memberi lebih autonomi kepada universiti dan memperkukuh budaya berprestasi tinggi;

• Memperkukuh kurikulum kursus pengajian bagi menyeimbangkan kandunganakademik dan soft skills; dan

• Melantik dan mengekalkan staf akademik yang terbaik.

●●Memperkukuh Kerjasama Industri dan Penyelidikan

Latihan industri adalah penting untuk membantu siswazah mempersiapkan diri bagi memenuhi keperluan industri yang sentiasa berubah dan aktiviti ekonomi baru.Penglibatan sektor swasta dalam penyediaan pendidikan melalui perkongsian awam-

swasta akan dipertingkat bagi menggalakkan penyertaan industri dalam penyediaankursus dan latihan industri. Di samping itu, kursus berorientasikan pasaran akanditambah bagi memudahkan transisi pelajar ke dalam pasaran pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran pelajar secara keseluruhannya. Rangka kerja dasar yang

standard bagi program latihan industri yang berstruktur akan dilaksana oleh institusi pengajian tinggi dengan kerjasama industri untuk meningkatkan keberkesanan program.

Program ini dirancang untuk diperluas kepada kursus selain daripada kursus yang

mewajibkan latihan klinikal seperti perubatan, pergigian dan kejururawatan. Di sampingitu, program latihan industri untuk staf akademik akan dipergiat bagi memastikan tidak kurang 15% daripada staf akademik mengikuti sekurang-kurangnya enam bulan latihan

industri bagi setiap lima tahun tempoh perkhidmatan. Bagi memperluas pengalaman industri kepada staf akademik, program Knowledge Transfer Partnership (KTP) akan diperkenal pada tahun 2011 untuk meningkatkan kerjasama antara industri denganuniversiti berkaitan. KTP bertujuan memudahkan pemindahan kepakaran dan hasil

kajian melalui projek inovatif yang dikendalikan bersama oleh staf akademik dan rakankongsi perniagaan daripada industri. Di samping itu, KTP juga menyediakan latihanberasaskan industri kepada siswazah bagi meningkatkan pengetahuan dan pengalaman,kemahiran keusahawanan serta kebolehpasaran semasa menjalankan projek

berkenaan.230 Universiti akan digalak untuk mewujudkan kerjasama strategik denganinstitusi penyelidikan antarabangsa dan universiti luar negara untuk meningkatkanaktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), terutama dalam bidang teknologi baru.

Antara langkah yang akan diambil adalah:

• Melaksanakan lebih banyak program sangkutan bagi membolehkan staf akademik berkongsi pengetahuan, meneroka idea baru bagi meningkatkan kualiti

penyelidikan dan menggalakkan pertukaran staf akademik;• Mengukuhkan pengurusan harta intelek yang dibangunkan di universiti bagi

menambahbaik tadbir urus aktiviti penyelidikan; dan

• Mengukuhkan pusat kecemerlangan di universiti melalui kerjasama industri

211

Page 210: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

dalam aktiviti R&D bagi menyokong dan mempercepat pengkomersialan inovasi dan teknologi baru.

●●Memberi Lebih Autonomi kepada Universiti dan Memperkukuh Budaya

Berprestasi TinggiDi negara lain, universiti awam bekerjasama dengan penggubal dasar bagi

membangunkan kaedah untuk membantu institusi pendidikan tertiari mencapaikecemerlangan. Pemberian autonomi, ketelusan dan akauntabiliti terhadap prestasicemerlang merupakan elemen kritikal bagi membolehkan universiti di Malaysiasetanding dengan institusi terbaik dunia. Universiti awam perlu bertanggungjawab

terhadap prestasi yang dicapai memandangkan sebahagian besar keperluan kewangan dibiaya oleh peruntukan awam. Di samping itu, ketelusan yang lebih tinggi dalam pencapaian prestasi akan memudahkan Kerajaan membuat penambahbaikan dan

memberi sokongan dalam bidang yang diperlukan.

●●Menginstitusikan Autonomi dalam Universiti

Universiti terbaik dunia berupaya meningkatkan inovasi dan prestasi serta menggalak kecemerlangan melalui autonomi yang signifikan dalam bidang berikut:

• Peruntukan. Keupayaan untuk mengagih peruntukan mengikut keperluan, menentukan

keutamaan bidang pembiayaan, dan menetapkan yuran pengajian dalam had yangditetapkan;

• Fakulti.

Bebas untuk menarik dan mengekalkan staf akademik terbaik melalui insentifyang menarik dan ganjaran yang kompetitif;

• Tadbir urus.

Tanggungjawab yang lebih besar dan hak membuat keputusan penting tentanguniversiti termasuk hala tuju strategik, keutamaan dan pengagihan sumber serta mendapat hak yang lebih besar dalam membuat keputusan; dan

• Pengambilan pelajar.

Meningkatkan kawalan terhadap kualiti dan profil pelajar yang akan diambil. Di bawah Accelerated Programme for Excellence (APEX), universiti APEX akan diberi

autonomi dalam bidang tadbir urus, sumber manusia (lantikan anggota sokongan,staf akademik dan pengurusan atasan), kewangan dan pengambilan pelajar.

Program ini diperkenalkan pada tahun 2008, dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah

dipilih sebagai universiti pertama diberi status APEX. Pada masa ini, USM mempunyai autonomi dalam pengambilan pelajar. Autonomi dalam bidang lain hanya akandipertimbangkan setelah USM memenuhi beberapa prasyarat yang ditetapkan.

Pemberian autonomi akan diperluas kepada universiti penyelidikan dan universiti awam

212

Page 211: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

lain yang mencapai tahap kesediaan yang ditetapkan.

●●Mengukuh Budaya Berprestasi Tinggi di Universiti

Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) telah diperkenalkankepada universiti awam dan akan diperluas kepada semua institusi tertiari swasta yangmenawarkan pengajian di peringkat ijazah. SETARA bertujuan membuat penilaian yang

jelas dan seragam bagi meningkatkan ketelusan serta memberi tekanan ke atas prestasi,dan seterusnya meningkatkan kualiti keseluruhan sistem pendidikan tinggi. Penarafan mengenai pencapaian prestasi institusi dari aspek kebolehpasaran siswazah akan dihebahkan kepada umum. Penarafan ini akan diperluas untuk meliputi aspek seperti

kaedah pengajaran dan pembelajaran serta khidmat sokongan kepada pelajar.

Dalam tempoh Rancangan, sistem penarafan ini akan merangkumi setiap jabatan di

institusi berkenaan. Naib canselor bertanggungjawab ke atas prestasi universiti danpembaharuan kontrak mereka bergantung kepada prestasi yang dicapai. Prestasi yang rendah boleh menyebabkan kontrak tidak disambung. Petunjuk prestasi utama (KPI)yang jelas bagi naib canselor telah disediakan, termasuk KPI bagi kebolehpasaran

siswazah. Dengan ini, naib canselor akan memastikan semua staf bertanggungjawab terhadap prestasi 232 mereka dan seterusnya meningkatkan budaya akauntabiliti di institusi. Dalam tempoh Rancangan, pembiayaan berasaskan prestasi institusi tertiari awam akan dilaksana bertujuan menyediakan mekanisme pembiayaan yang telus untuk

memangkin peningkatan prestasi. Pendekatan baru ini akan mengandungi komponenberikut:• Pembiayaan Kerajaan berasaskan prestasi yang dikaitkan dengan SETARA.

Pembiayaan kepada universiti akan dikaitkan secara langsung dengan prestasijabatan dan institusi secara keseluruhan. Kaedah ini menyediakan mekanisme yang telus dalam penyediaan pembiayaan dan peningkatan akauntabiliti dalam perbelanjaan peruntukan awam. Mekanisme pembiayaan ini mempunyai dua

komponen, iaitu komponen tetap dan komponen berubah. Komponen tetapmerangkumi item operasi asas seperti gaji staf akademik dan kos utiliti, danpembiayaannya tidak bergantung kepada pencapaian prestasi. Komponen berubah pula bergantung secara langsung kepada prestasi yang diukur melalui SETARA.

Universiti yang menerima penarafan yang rendah akan menerima peruntukanyang lebih kecil. Komponen berubah ini termasuk pembangunan intelektual dalam R&D dan aktiviti ko-kurikulum pelajar;

• Peralihan kaedah pembiayaan daripada berasaskan-penawaran kepada berasaskan-permintaan.

Kerajaan akan mengharmonikan kapasiti pendidikan tertiari dan mewujudkan

keserataan persaingan bagi institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam

213

Page 212: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

mengukuhkan budaya berprestasi tinggi serta meningkatkan kualiti dan daya saing pendidikan tertiari di Malaysia. Pendekatan sedia ada, iaitu pembiayaan

awam langsung dan pemberian geran kepada institusi awam akan beralih kepada pembiayaan berasaskan-permintaan melalui pinjaman dan biasiswa selaras dengan pendekatan yang lebih berasaskan-pasaran; dan

• Pengurangan kadar pembiayaan Kerajaan kepada universiti.

Universiti awam perlu menambah dana melalui sumber kewangan alternatif termasuk sumbangan daripada perbadanan, sektor swasta atau alumni.

Pendekatan ini akan memperkukuh kerjasama antara universiti dan industri, danseterusnya meningkatkan kesesuaian serta kualiti pengajaran dan penyelidikan.

●●Memperkukuh Kurikulum Kursus Pengajian bagi Menyeimbangkan Kandungan

Akademik dan Soft Skills Kualiti dan kesesuaian kursus dan kurikulum adalah faktor penting yang mempengaruhi kebolehpasaran siswazah. Dalam tempoh Rancangan, institusi pengajian tinggi akan menyemak semula kurikulum dan kursus serta menyelaras pencapaian program dan

pembelajaran selaras dengan keperluan industri dan majikan. Sebanyak 2,730 program sedia ada akan disemak semula bagi memastikan pematuhan kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Semakan semula ini adalah berdasarkan kepada prinsip berikut:-

• Kandungan kursus yang ditawarkan akan ditanda aras dengan kriteria dan

piawaian yang dipersetujui di peringkat nasional dan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa; dan

• Penerapan domain yang ditetapkan dalam MQF yang merangkumi soft skills

seperti etika kerja positif, kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan, kerja berpasukan dan kepimpinan.

Selaras dengan pertambahan permintaan bagi pekerja mahir dan profesional, semua

politeknik di Malaysia akan disusun semula untuk menawarkan kursus di peringkatdiploma dan ijazah serta mengurangkan secara berperingkat kursus di peringkat sijil menjelang akhir tempoh Rancangan. Politeknik akan meningkatkan pengkhususan dalam bidang tertentu untuk menjadi pusat kecemerlangan. Tiga politeknik sedia ada akan

dinaik taraf kepada politeknik premier bagi melaksanakan penyelidikan gunaan melalui kerjasama dengan industri berkaitan untuk memupuk inovasi dan membangunkanteknologi tempatan dalam bidang baru. Kurikulum institusi pendidikan tertiari perlu

memberi lebih penekanan terhadap pembangunan soft skills pelajar selaras denganmaklum balas yang diterima daripada majikan. Atribut Umum Pelajar yang kini dikenali sebagai Skala Soft Skills Malaysia (My3S) merupakan ujian penilaian kendiri untukmenilai kompetensi siswazah dalam soft skills. Ujian ini akan dilaksana mulai Julai 2010.

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan terus memainkan peranan penting dalam pelaksanaan MQF sebagai asas jaminan kualiti pengajian tinggi dan pusat rujukan kriteria dan piawaian kelayakan nasional. MQA akan memperluas kerjasama dengan agensi

jaminan kualiti luar negara melalui pemeteraian Memorandum of Arrangement sebagai

214

Page 213: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

usaha menetapkan tanda aras yang 234 piawai dan membantu meningkatkan keupayaan anggotanya.

●●Melantik dan Mengekalkan Staf Akademik yang Terbaik

Usaha akan dipergiat untuk menambah bilangan staf akademik berkelayakan PhD.Peratusan staf akademik berkelulusan PhD di semua universiti awam pada tahun 2009

adalah 35.9%. Menjelang akhir tempoh Rancangan, staf akademik berkelayakan PhD di universiti penyelidikan disasarkan sebanyak 75%, manakala universiti awam lain 60%.Bagi mencapai sasaran ini, program MyBrain15 menetapkan matlamat untuk meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015 dan 60,000 pada

tahun 2023.

Program ini akan menyediakan lebih ramai calon untuk dilantik sebagai staf akademik.

Sejumlah RM2.26 bilion akan diperuntukkan bagi menyediakan biasiswa kepada 16,800staf akademik melanjutkan pengajian di peringkat PhD. Proses pelantikan staf akademik juga akan diperhalusi dan dijadikan lebih telus untuk menarik calon terbaik. Ganjaran akan dijadikan lebih kompetitif supaya setanding dengan faedah yang ditawarkan oleh

sektor swasta serta menyediakan manfaat bukan kewangan seperti waktu mengajar yangfleksibel. Sokongan kemajuan kerjaya staf akademik akan diberi keutamaan. Modul latihan asas akan diwajibkan kepada semua staf akademik baru. Bagi memastikan mereka mendapat panduan dan sokongan yang mencukupi pada awal kerjaya, staf akademik baru

akan diletakkan di bawah seliaan staf akademik kanan yang bertanggungjawabmembimbing dan memberi nasihat kemajuan kerjaya secara berkala.

Di samping itu, dalam tempoh tiga tahun pertama sebagai staf akademik, tugas mengajar

akan dikurangkan untuk membolehkan mereka membangunkan portfolio penyelidikan yang mantap dan memperoleh geran daripada sumber luar. Sebagai usaha penambahbaikan kualiti staf akademik, mereka yang telah bersara dan pensyarah luar

negara akan digalakkan untuk berkhidmat di universiti awam secara kontrak. Pensyarah sambilan dan pensyarah pelawat terutama daripada industri juga akan digalakkan untukmengajar di universiti awam. Bagi tujuan ini, pakej ganjaran yang lebih menarik dankompetitif telah disediakan. Di samping itu, skim perkhidmatan pensyarah akan disemak

semula untuk membolehkan mereka dinaikkan pangkat ke gred yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan yang sama tanpa perlu memegang jawatan pentadbiran seperti dekan atau ketua jabatan.

●●Menyusun Semula Pasaran Pekerjaan Untuk Menjadikan Malaysia NegaraBerpendapatan Tinggi

Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi akan dicapai, antara lain, melalui pewujudan pasaran pekerjaan yang efisien untuk membangunkan, menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran. Kekurangan kemahiran yang diperlukan

akan menghalang transformasi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan

215

Page 214: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

pengetahuan dan inovasi. Usaha penyusunan semula dan pengukuhan pasaran pekerjaan perlu untuk memastikan kecekapan pemadanan antara permintaan dengan penawaran,

meningkatkan keupayaan mengekalkan modal insan terbaik serta memperkukuh daya tarikan Malaysia kepada pakar asing dan diaspora Malaysia.

Kepelbagaian tenaga kerja Malaysia terus kekal sebagai aset negara. Rakyat Malaysia

mempunyai silang budaya yang kukuh dan mudah menyesuaikan diri. Sikap keterbukaan dan keupayaan menguasai pelbagai bahasa membolehkan modal insan negara mewujudkan rangkaian yang kukuh di peringkat serantau dan global. Dalam tempoh

Rancangan, Kerajaan komited untuk memperbaharui pasaran pekerjaan dengan penekanan khusus ke atas peningkatan mobiliti pekerja dan peningkatan kemahiran tenaga kerja semasa, terutama dalam kalangan isi rumah 40% terendah. Pembaharuan pasaran pekerjaan adalah penting bagi menyedia landasan kepada negara untuk terus

berkembang ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Tumpuan pembaharuan akan diberi kepada tiga bidang utama:

• Menjadikan pasaran pekerjaan lebih fleksibel;

• Mempertingkat kemahiran dan keupayaan tenaga kerja sedia ada; dan • Memperkukuh keupayaan Malaysia menarik dan mengekalkan modal insan

terbaik.

●●Menjadikan Pasaran Pekerjaan Lebih Fleksibel

Sistem pasaran pekerjaan yang cekap merupakan faktor penting dalam mengurangkankos menjalankan perniagaan, mempengaruhi iklim pelaburan dan mewujudkan lebih peluang pekerjaan. Berdasarkan laporan Doing Business 2008 oleh Bank Dunia, Malaysia

menduduki tangga ke-43 dalam aspek pemudahan penggajian pekerja. Di samping itu,kebergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing tidak mahir bergaji rendah telah mengurangkan kadar upah dan melambatkan syarikat beralih kepada aktiviti bernilai tambah yang tinggi, serta menyumbang kepada pengaliran keluar berterusan modal insan

tempatan.

●●Mengkaji Semula Rangka Kerja Perundangan dan Institusi bagi Menyediakan

Kaedah Penggajian dan Pemecatan yang Fleksibel Dalam tempoh Rancangan, usaha akan diambil untuk mengkaji semula undang undangperburuhan supaya selaras dengan ekonomi berasaskan pengetahuan dan cabaran globalisasi. Kajian semula ini akan memastikan hubungan industri kekal relevan dengan

persekitaran semasa perniagaan, mengimbangi kestabilan sosial serta memudahkanmobiliti tenaga kerja. Kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kecekapanpenyelesaian pertikaian pekerja di Malaysia. Dalam kes lebihan pekerja, kos pemecatan pekerja di Malaysia secara relatifnya lebih tinggi berbanding negara Asia Tenggara yang

lain. Secara purata, majikan di negara ini perlu membayar pampasan sehingga 75 minggu gaji kepada pekerja yang telah berkhidmat selama 20 tahun semasa penamatan kontrak,berbanding hanya 56 minggu di Thailand dan empat minggu di Singapura. Di samping itu,

masa yang panjang diambil untuk menyelesaikan pertikaian kerja.

216

Page 215: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Sehubungan ini, undang-undang perburuhan akan dikaji semula dalam tempoh

Rancangan bagi mengoptimumkan keseimbangan antara fleksibiliti pasaran pekerjaan dengan kestabilan pekerjaan serta mempercepat penyelesaian pertikaian pekerja.Bilangan pekerja yang diberhentikan meningkat akibat daripada perubahan struktur

ekonomi negara dan pendedahan kepada kejutan luaran. Jumlah pemberhentian pekerja yang meningkat mewujudkan keperluan bagi penyediaan jaringan keselamatan sosial untuk membantu mereka. Jaringan keselamatan sosial juga memberi fleksibiliti kepada syarikat untuk mengurus tenaga kerja ketika dalam kesukaran. Tabung Bantuan

Kehilangan Pekerjaan akan diperkenalkan bagi menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja yang diberhentikan dan tidak mendapat pampasan sewajarnya daripada pihak majikan semasa pemberhentian. Pekerja yang diberhentikan dan layak menerima bantuan akan diberi RM600 sebulan bagi tempoh maksimum enam bulan, dengan syarat

mereka masih belum mendapat pekerjaan dalam tempoh tersebut. Sebanyak RM80 juta akan diperuntukkan kepada Tabung ini dalam tempoh 2010-2012.

●●Memperkukuh Perkhidmatan Pekerjaan bagi Meningkatkan Mobiliti Pekerja

Komponen penting bagi pasaran pekerjaan yang fleksibel adalah keupayaan membuatpemadanan pekerjaan secara efektif untuk menyelesaikan ketidakpadanan penawarandan permintaan tenaga kerja. Terdapat peluang yang besar untuk mewujudkan kerjasama industri dan perkongsian awam-swasta ke arah mengukuhkan perkhidmatan pekerjaan

kepada tenaga kerja Malaysia bagi menghapuskan herotan dalam pasaran pekerjaan.Kerajaan akan mengukuh dan memodenkan perkhidmatan pekerjaan awam melalui penaiktarafan pusat pekerjaan awam sedia ada.

Langkah ini akan meningkatkan penyampaian khidmat nasihat kerjaya, menyedia

perkhidmatan pemadanan dan penempatan yang dipacu oleh industri, dan melaksanakan program pendidikan atau jangkauan komuniti yang berterusan mengenai arah aliran

pekerjaan dan kerjaya. Pencari kerja dan masyarakat akan dimaklumkan tentang peluang pekerjaan yang wujud dan potensi laluan kerjaya. Majikan akan mendapat faedah daripada akses kepada platfom tambahan bagi memenuhi keperluan pekerja mereka. Bagi mencapai matlamat ini, pusat pekerjaan awam yang berkesan dan cekap yang dikendali

secara bersama oleh sektor awam dan swasta perlu diwujudkan.

●●Memperbaharui Dasar Pekerja Asing Tidak Mahir

Pekerja asing tidak mahir telah meningkat lebih dua kali ganda semenjak tahun 2000kepada 1.9 juta orang, seperti ditunjukkan dalam Carta 5-9. Kebanjiran pekerja asing

tidak mahir berkos rendah telah melambatkan pelaburan dalam mekanisasi dan inovasi,terutama dalam sektor pertanian dan pembuatan, dan seterusnya mengurangkan pertumbuhan produktiviti dan menjejaskan aspirasi negara untuk beralih kepada

ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi. Sektor yang sangat bergantung kepada pekerja

217

Page 216: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

asing tidak mahir mempunyai produktiviti yang rendah, seperti ditunjukkan dalam Carta 5-10. Kebergantungan kepada pekerja asing tidak mahir akan dikurangkan secara

berperingkat. Walau bagaimanapun, sektor yang menghadapi kekurangan tenaga kerja,seperti pembinaan dan perladangan akan dibenarkan menggaji pekerja asingberdasarkan keperluan. Langkah akan diambil untuk memastikan majikan menambah

baik persekitaran kerja dan kebajikan pekerja termasuk penyediaan perumahan dankemudahan asas. Sistem levi multi-tier akan dilaksana ke atas erkerja asin tidak ma ir. Mela ui si tem i i, sya ikat ak n terd rong untuk me ingk tkan kema iran ekerja merek atau men gaji pe erja a ing ang berk mahiran tingg . Sistem levi baru ini bertujuan mengawal

kemasukan pekerja asing tidak mahir kerana levi akan dibayar oleh majikan danbukannya pekerja. Penetapan kadar levi adalah berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu bayaran levi berkadar langsung dengan nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja, kadar akan meningkat setiap tahun, dan berbeza mengikut tahap kemahiran pekerja

asing.

●●Meningkatkan Penyertaan Tenaga Kerja

Arah aliran isi rumah dengan dua sumber pendapatan meningkatkan keperluan terhadap

kaedah bekerja yang lebih fleksibel. Sehubungan ini, Kerajaan akan memperkenal Peraturan Kerja Separa Masa di bawah Akta Kerja 1955 dalam tempoh Rancangan. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan penyertaan lebih besar dalam kalangan penduduk yang berada di luar tenaga kerja seperti suri rumah, pesara dan orang kurang upaya.

Kaedah bekerja dari rumah, teleworking, dan separa masa atau masa anjal akan digalakkan. Di samping itu, penyertaan tenaga kerja tempatan dapat ditingkatkan denganmemanfaatkan sepenuhnya golongan wanita di luar tenaga kerja. Oleh itu, langkah akan

diambil untuk meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja daripada 46% pada tahun 2010 kepada 55% pada tahun 2015. Jangka hayat rakyat Malaysia kini setara dengan negara maju. Pelaksanaan dasar dan amalan bekerja secara fleksibel dan separa masa akan menggalakkan rakyat Malaysia yang bersara untuk terus menyumbang kepada

ekonomi, terutama dalam sektor dan pekerjaan yang memerlukan kepakaran mereka.

●●Meningkatkan Kemahiran dan Keupayaan Tenaga Kerja Sedia Ada

Pada masa ini, hanya 28% daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia bekerja dalam pekerjaan berkemahiran tinggi. Peratusan ini menunjukkan sebahagian besar tenaga kerja mempunyai tahap pencapaian akademik yang rendah. Peningkatan kemahiran dan latihan semula tenaga kerja sedia ada amat diperlukan ke arah meningkatkan ekonomi

dalam rantaian nilai yang lebih tinggi. Kerajaan menyasarkan 33% tenaga kerja dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang tahun 2015, dan 50% menjelang tahun 2020. Pencapaian matlamat ini memerlukan penglibatan yang lebih besar daripada sektor swasta.

●●Menggalakkan Perkongsian Kos Latihan

Liputan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran akan diperluaskan untuk

menggalakkan peningkatan kemahiran dan latihan semula tenaga kerja. Tabung ini akan

218

Page 217: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

memperluas bantuan kewangan daripada lepasan sekolah kepada pekerja. Menyedari bahawa tidak semua pekerja mampu untuk membiayai latihan, pinjaman pada kadar

faedah yang rendah akan disediakan oleh Tabung ini untuk membiayai kos latihanpeningkatan kemahiran. Sebanyak RM500 juta akan diperuntukkan untuk menyediakanpinjaman kepada pekerja, dan jumlah yang sama juga disediakan kepada lepasan sekolah.

Enterpris kecil dan sederhana (EKS) memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SMECorp.) akan membantu dalam pembangunan EKS yang berkeupayaan dan berdaya tahan serta mampu bersaing di pasaran global. Di samping menyediakan kemudahan

infrastruktur, bantuan kewangan, khidmat nasihat, akses kepada pasaran dan program sokongan yang lain, SME Corp. akan terus melaksanakan Program PeningkatanKemahiran.

Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan keupayaan pekerja EKS di peringkat

teknikal, penyeliaan dan pengurusan terutama dalam bidang kejuruteraan elektrikal danelektronik, teknologi maklumat serta reka bentuk industri. Di bawah program ini, SME

Corp. akan membiayai 80% daripada kos latihan yang ditanggung oleh majikan untukmelatih pekerja mereka di pusat latihan bertauliah. Perkongsian kos latihan akan dipergiatkan melalui peluasan liputan Tabung Pembangunan umber Manusia Berhaddaripada 44 kepada 70 subsektor. Tabung ini adalah kumpulan wang yang disumbangkan

melalui levi oleh majikan untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja mereka. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan bagi meneruskan pembiayaan geran sepadan untuk latihan dan peningkatan kemahiran pekerja EKS. Di samping itu, RM50 juta akan diperuntukkan untuk membiayai program

perantisan yang melibatkan lebih 8,000 perantis. Peruntukan ini akan digunakan bagi membiayai elaun perantis dan yuran latihan vokasional. Kerajaan menggalakkan semua peringkat tenaga kerja untuk terus meningkatkan kelayakan dan keupayaan ke peringkat

lebih tinggi.

Dalam tempoh Rancangan, program akan diperkenal bagi menggalakkan penyertaan

industri supaya bersama menaja pekerja mereka untuk melanjutkan pengajian ke

program PhD perindustrian. Program ini akan melibatkan latihan dan penyelidikan projek berkaitan dengan pekerjaan serta berfokus kepada keperluan industri. Program ini akan dilaksana secara bersama oleh syarikat dengan universiti. Pendekatan ini akan menggalakkan inovasi dan perkongsian pengetahuan yang dapat menyumbang kepada

pertumbuhan dan pembangunan enterpris, menjana pengetahuan baru di universiti, danmenggalakkan penyelidikan yang berkaitan dengan industri dalam negara. Bagi tujuan ini,sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan. Di samping itu, Kerajaan akan meneruskanpelaksanaan program di bawah pakej rangsangan ekonomi 2009 dengan menyediakan

peruntukan bagi membiayai sebahagian daripada kos pengajian di peringkat PhD di universiti tempatan. Sebanyak RM350 juta akan diperuntukkan dalam tempoh Rancangan yang akan memanfaatkan 5,000 pelajar PhD.

219

Page 218: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●Menggerakkan Industri bagi Meningkatkan Kemahiran Tenaga KerjaPenyediaan latihan secara langsung oleh syarikat dalam industri tertentu akan

memastikan kandungan latihan menepati keperluan industri. Bagi tujuan ini, latihanvokasional akan diselaras dan diterajui oleh sektor swasta. Kerajaan akan mempergiat dan menggalakkan sektor swasta untuk membangunkan program latihan dalaman yang diiktiraf dan memperluas program tersebut dengan menyediakan latihan kepada pelatih

yang bukan hanya terdiri daripada pekerja mereka bagi memenuhi keperluan industri.Kerajaan juga akan melaksanakan pendekatan pembiayaan tempat latihan bagi program latihan dalam bidang kemahiran khusus untuk sektor yang diberi keutamaan. Kursus ini akan dipersijilkan 242 sama ada di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia atau

badan persijilan antarabangsa.

Program Peningkatan Kemahiran Perindustrian (INSEP) merupakan program latihan

untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah dalam bidang seperti kejuruteraan, ICTdan pengurusan. Program bridging ini dilaksanakan oleh 11 pusat pembangunan kemahiran negeri dengan kerjasama majikan. Tujuan program ini adalah untuk menyediakan siswazah yang baru tamat pengajian dengan kemahiran khusus dan

kompetensi yang sesuai dengan keperluan industri untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka. Kerjasama dalam pembangunan kerjaya dan bimbingan antara universiti danindustri akan digalakkan. Skim Pengurusan Kebolehpasaran Siswazah (GEMS) yangdiuruskan oleh Jawatankuasa Syarikat Berkaitan Kerajaan Berprestasi Tinggi Putrajaya

akan terus dilaksana dan diperluaskan bagi meningkatkan kebolehpasaran siswazah yangmenganggur. Inisiatif ini bertujuan memudahkan pemadanan antara siswazah denganmajikan, melengkapkan siswazah dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang

menepati keperluan industri dan jawatan yang disasarkan, dan meningkatkan asimilasi serta integrasi siswazah dengan tempat kerja.

Selain daripada syarikat berkaitan Kerajaan, program ini juga disertai oleh EKS, agensi

Kerajaan dan syarikat swasta. Sejak inisiatif ini dimulakan pada bulan Mac 2009, GEMStelah berjaya melatih 5,000 siswazah. Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (RPL) bertujuan mengiktiraf pengalaman terdahulu dan kepakaran pekerja, serta menggalak dan memberi ganjaran terhadap pembelajaran sepanjang hayat dalam

kalangan tenaga kerja akan diperluas. Program ini akan meningkatkan dengan ketara prospek kemajuan kerjaya tenaga kerja dengan menganugerahkan SKM kepada pekerja yang memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran di tempat kerja tetapi tidak

mempunyai latihan formal. Program ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 60,000pekerja setahun. Bantuan kewangan kepada pekerja untuk menjalani latihan bagi melayakkan mereka menerima SKM akan mula dilaksana pada tahun 2011. Di samping itu, bank kredit kemahiran akan ditubuhkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk

menyediakan pangkalan data bagi merekod latihan dan mempermudah persijilan tenaga kerja mahir.

220

Page 219: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●Menaik Taraf dan Memperluas Akses kepada Kolej KomunitiSistem kolej komuniti di Malaysia menyediakan pendidikan lepasan menengah dalam

pelbagai kursus teknikal dan vokasional mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia. Kolejkomuniti di seluruh negara yang berjumlah 59 buah memainkan peranan penting untukmenyediakan latihan peningkatan kemahiran dan latihan semula kepada masyarakat dalam pelbagai disiplin. Kolej ini juga menggalak pembelajaran sepanjang hayat kepada

semua lapisan masyarakat dan kumpulan umur.

Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan memperkenal pendekatan yang lebih inovatif

bagi kolej komuniti melalui pelaksanaan program modular yang membolehkan pelajar

mengikuti pelbagai modul jangka pendek berasaskan keupayaan mereka. Modul boleh digabung untuk melayakkan pelajar dianugerahkan SKM. Hampir 70% daripada kandungan modul ini akan dilaksana secara latihan praktikal di industri atau di tempat

kerja. Secara khususnya, program ini akan menyediakan peluang peningkatan kemahiran kepada pelajar yang cenderung kepada bidang teknikal atau vokasional tetapi tidak dapatmelengkapkan 11 tahun pendidikan asas. Pendekatan modular yang lebih fleksibel iniakan menawarkan 135 kursus yang berlainan menjelang tahun 2015 berbanding dengan

52 pada tahun 2010. Sasaran jumlah enrolmen kolej komuniti akan meningkat daripada 31,000 pelajar pada tahun 2010 kepada 120,000 pelajar menjelang tahun 2014.

●●Menarik dan Mengekalkan Modal Insan Berkepakaran

Globalisasi telah meningkatkan mobiliti modal insan berkepakaran ke negara perindustrian yang didorong oleh upah, suasana pekerjaan dan kualiti hidup yang lebih baik. Modal insan berkepakaran tinggi berupaya menyesuaikan diri di pelbagai suasana

pekerjaan di seluruh pelusuk dunia. Terdapat banyak persaingan untuk menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi ini. Usaha bersepadu akan diambil untukmeningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi modal insan berkepakaran tinggi bagi warga tempatan dan asing. Malaysia juga akan secara aktif berusaha mendapatkan

modal insan berkepakaran yang kritikal untuk negara.

●●Mempermudah Prosedur dan Menyedia Insentif Lebih Baik untuk Menarik

Modal Insan Asing BerkepakaranKerajaan akan menambah baik prosedur semasa penggajian modal insan berkepakarandari luar negara dengan mengurangkan kesulitan, peringkat pemprosesan dan bilanganagensi penguatkuasaan. Penambahbaikan ini bertujuan memudahkan prosedur

pengeluaran permit kerja supaya lebih liberal selaras dengan amalan negara berpendapatan tinggi. Sehubungan ini, amalan semasa akan dikaji semula dandiselaraskan. Insentif dan suasana pekerjaan akan ditambah baik sebagai langkah meningkatkan lagi daya tarikan kepada modal insan asing berkepakaran. Langkah ini

termasuk membenarkan modal insan asing berkepakaran bertukar kerja denganpersetujuan majikan yang didaftarkan, membawa pembantu rumah asing serta memberi kebenaran kepada pasangan untuk bekerja walaupun masih memegang pas tanggungan.

Bagi meningkatkan fleksibiliti dan mobiliti modal insan asing berkepakaran, had masa

221

Page 220: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

visa pekerjaan akan dimansuhkan kepada mereka yang berpendapatan melebihi RM8,000sebulan. Visa terbuka akan dikeluarkan kepada profesional asing yang berkemahiran

tinggi tanpa dikaitkan atau disyaratkan bekerja dengan syarikat atau majikan tertentu.Mereka juga dibenarkan membeli unit kediaman yang berharga RM250,000 dan ke atas.Malaysia amat memerlukan peningkatan kemasukan modal insan asing berkepakaran

dalam sektor perkhidmatan profesional untuk menampung kekurangan modal insan tempatan.

Sehingga kini, Pertubuhan Negara negara Asia Tenggara (ASEAN) telah memeterai

Peraturan Pengiktirafan Bersama bagi pengamal kejuruteraan, kejururawatan, seni bina,perubatan dan pergigian. Manakala, Rangka Kerja ASEAN Mengenai PeraturanPengiktirafan Bersama bagi pengamal ukur bahan dan perakaunan telah ditandatangani.Usaha akan dilaksana dengan mengambil kira objektif bagi mempermudah mobiliti

golongan profesional ASEAN. Menjelang tahun 2015, di bawah Perjanjian Rangka KerjaASEAN bagi Perkhidmatan (AFAS), Malaysia bersama negara anggota ASEAN yang lain akan meliberalisasi kemasukan golongan profesional. Pembangunan industri

perkhidmatan di Malaysia dapat dipertingkatkan sekiranya Malaysia berupaya menarik lebih ramai modal insan berkepakaran dalam sektor perkhidmatan profesional dari negara ASEAN yang lain.

●●Menjadikan Bandar Lebih Menarik kepada Modal Insan Berkepakaran

Kualiti hidup sesebuah bandar merupakan faktor utama bagi modal insan berkepakarandi peringkat global memilih destinasi untuk tinggal dan bekerja. Kuala Lumpurmerupakan bandar ke-11 di Asia yang selesa untuk didiami, dan berpotensi untuk

menjadi antara lima bandar terbaik. Secara umumnya, Kuala Lumpur berada dalam kedudukan istimewa sebagai bandar raya yang sangat selesa dan kosmopolitan yang merupakan mikrokosma kepada Asia. Bagi menarik modal insan berkemahiran dari luarnegara, Kuala Lumpur akan digambarkan sebagai sebuah bandar raya bagi mereka yang

mengutamakan kualiti dan kepelbagaian gaya hidup, bercirikan alam semula jadi, kaya dengan budaya, dan metropolis moden dengan infrastruktur canggih. Di samping itu,usaha bersepadu akan dilaksana untuk menjadikan bandar raya lain seperti Georgetown, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu lebih menarik dan selesa untuk didiami. Inisiatif

yang akan dilaksana di bandar raya tersebut termasuk peluasan ruang terbuka seperti taman, dataran awam dan laluan pejalan kaki, memulihkan waterfronts dan memperindah lokasi kesenian dan kebudayaan serta meningkatkan tahap keselamatan, kecekapan

pengangkutan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

●●Mewujudkan Kesinambungan Pembangunan Modal Insan Berkepakaran untuk

Masa Hadapan

Walaupun pelbagai inisiatif telah diambil bagi menarik modal insan berkemahiran dari luar negara, mereka yang masih berada dalam sistem pendidikan belum dimanfaatkan sepenuhnya. Pelajar asing yang belajar di universiti tempatan, terutama dalam bidang

kritikal merupakan potensi sumber modal insan berkemahiran. Bagi mengekalkan pelajar

222

Page 221: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

ini, prosedur sedia ada yang 246 mewajibkan mereka kembali ke negara asal sebaiksahaja tamat pengajian akan dikaji semula bagi memudahkan mereka bekerja di Malaysia,

terutama dalam pekerjaan kritikal yang terpilih. Biasiswa akan diberi kepada pelajar terbaik dari seluruh dunia untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah danpasca kedoktoran di Malaysia dalam bidang kritikal yang spesifik selaras dengan

keperluan negara.

Sebaik menamatkan pengajian, mereka akan diberi peluang untuk bekerja di Malaysia.

Mereka yang memilih untuk tinggal dan bekerja di Malaysia akan meningkatkan bilangan

modal insan berkepakaran. Dalam tempoh Rancangan, 5% daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia akan disediakan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan setiap tahun. Kerajaan juga akan mengenal pasti pelajar terbaik Malaysia yang sedang belajar di universiti terbaik di luar negara dan akan menyediakan

biasiswa bagi membiayai yuran pengajian tahun akhir dengan syarat mereka kembali ke tanah air. Di samping itu, langkah akan diambil untuk memastikan rakyat Malaysia yangbelajar di luar negara dengan biasiswa kembali ke Malaysia sebaik sahaja menamatkan

pengajian mereka.

●●Penglibatan Diaspora Rakyat Malaysia

Kepelbagaian dan saiz komuniti rakyat Malaysia di luar negara adalah aset unik yangboleh dimanfaatkan untuk melonjakkan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Dianggarkan lebih daripada 700,000 rakyat Malaysia bekerja dan tinggal di luar negara,kebanyakan daripada mereka adalah profesional berkemahiran tinggi. Kerajaan akanmengambil usaha yang tekal untuk mengenal pasti rakyat Malaysia yang berbakat di luar

negara, untuk terlibat dengan mereka dan mendorong mereka menyumbang kepada negara melalui tindakan berikut:

• Mengekalkan hubungan. Diaspora Malaysia akan dilibatkan secara aktif dalam membina dan memperkukuh

hubungan mereka dengan Malaysia. Kerajaan secara aktif akan mengenal pasti,mempertemu dan membentuk jaringan. Pangkalan data diaspora yang lengkap mengandungi maklumat seperti pakar dalam sektor ekonomi utama dan latarbelakang kemahiran akan diwujudkan dan diselenggara supaya mereka dilibatkan

dalam bidang bersesuaian;

• Mengesah dan mengiktiraf sumbangan.

Anugerah dan acara yang bersesuaian akan diwujudkan untuk mengiktiraf danmeraikan pencapaian penting ahli komuniti diaspora Malaysia. Di samping itu,persatuan diaspora Malaysia akan diwujudkan bagi menyediakan peluang rangkaian melalui saluran atas talian dan pertemuan bersemuka di bandar raya

yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia di luar negara untuk menyediakan aktivitidan peluang yang lebih besar untuk mereka menyumbang kepada negara;

•Mendapatkan idea dan nasihat.

223

Page 222: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Dialog berkala akan diwujudkan antara wakil Kerajaan dengan diaspora Malaysiadi bandar raya utama yang membolehkan ahli diaspora bertukar idea dan memberi

input untuk penggubalan dasar terutamanya yang berkaitan teknologi danperindustrian. Di samping itu, diaspora Malaysia terkemuka akan diiktiraf sebagai autoriti dalam bidang tertentu seperti sektor ekonomi yang utama. Mereka ini

akan dirujuk dan ditawarkan untuk menganggotai lembaga penasihat; dan

• Sumber pelaburan modal.

Kerajaan akan menggalak diaspora Malaysia untuk melabur di Malaysia.

Mengambil kira kepakaran mereka, diaspora akan ditawar untuk melabur dalam projek khusus dengan kerjasama entiti perniagaan tempatan atau agensi sektorawam melalui usaha sama.

●●Menubuhkan Talent Corporation bagi Membekalkan Negara dengan Modal Insan

Berkepakaran yang Diperlukan Usaha menarik pelaburan telah dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysiadengan jayanya, tetapi tiada agensi yang bertanggungjawab dalam menarik modal insan

berkepakaran yang bertaraf dunia bagi merapatkan jurang kemahiran serta membekalkan modal insan yang sangat diperlukan dari dalam dan luar negara. Oleh itu,Talent Corporation (TC) akan ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan mandat untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan modal insan

berkemahiran yang diperlukan bagi mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi. TCakan mempunyai tiga peranan utama:

• Sebagai pemangkin.

TC akan meneraju dan memacu inisiatif dalam usaha untuk menarik dan membangunkan modal insan berkepakaran bertaraf dunia melalui pengurusan modal insan berkepakaran kebangsaan dengan kerjasama sektor awam danswasta. Inisiatif ini merangkumi usaha untuk melibatkan diaspora Malaysia, 248

mengenal pasti dan mengumpul modal insan berkepakaran yang berpotensi, danmencungkil bakat dan mempergiat pembangunan pemimpin pelapis;

• Sebagai pemudah cara.

TC akan membantu industri dan sektor swasta dalam mewujud, memotivasi danmengekalkan modal insan berkemahiran. Pihak berkepentingan dari pelbagaiagensi dan syarikat akan diketemukan untuk mewujudkan keselarasan dan

koordinasi kukuh kepada pengurusan modal insan berkepakaran kebangsaaan. Di samping itu, peranan ini akan dilengkapkan melalui penyediaan insentif dansokongan untuk menghubung dan mengagih modal insan berkepakaran; dan

• Sebagai penyampai.

TC akan bertanggungjawab memastikan inisiatif utama negara tentangpembangunan modal insan di semua peringkat dilaksanakan bagi membangunkan

dan mengekalkan modal insan berkepakaran di Malaysia dan merapatkan jurang

224

Page 223: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

yang besar serta menangani halangan dalam pembangunan modal insan berkepakaran. TC juga akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program

dan mengenal pasti program dan menilai kesan inisiatif utama pembangunanmodal insan berkepakaran. Rangka Tindakan Modal Insan BerkemahiranKebangsaan yang bersepadu akan dibangunkan oleh TC dengan kerjasama sektor

awam dan swasta pada tahun 2011. Rangka tindakan ini akan mengenal pasti danmembuat unjuran keperluan modal insan berkepakaran dalam sektor ekonomi utama dari semasa ke semasa, dan membangunkan inisiatif yang khusus bagi mempercepat bekalan modal insan berkepakaran yang kritikal. Rangka tindakan

tersebut akan: • Menyediakan analisis menyeluruh bagi menangani isu modal insan berkepakaran bermula daripada peringkat prasekolah hingga persaraan,dan akan dipacu oleh permintaan dengan kerjasama industri bagi

memastikan kesesuaiannya dengan keperluan pasaran dan ekonomi berasaskan pengetahuan; dan

• Mengandungi maklumat terperinci mengenai keseluruhan peringkat

pembangunan modal insan bagi memenuhi keperluan sektor yang diberi keutamaan dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEAs), jurang permintaandan penawaran modal insan semasa an pada masa akan datang serta

portfolio inisiatif bersepadu untuk memastikan program dilaksana dan ditadbir urus dengan berkesan.

Selaras dengan peningkatan persaingan modal insan berkepakaran di peringkat global,

langkah yang proaktif diperlukan bukan sahaja untuk menarik, malahan untuk mengenal pasti modal insan asing yang berkemahiran. Pendekatan yang akan diambil adalah sama seperti pendekatan untuk menarik pelaburan langsung asing. TC akan bekerjasama

dengan Jabatan Imigresen dan perwakilan Malaysia untuk merancang dan melaksana strategi secara giat untuk menarik modal insan asing dan diaspora Malaysia, terutama mereka yang berkepakaran dalam sektor ekonomi yang diberi keutamaan atau bakal siswazah dari universiti terkemuka dunia. Di samping usaha mengadakan roadshow dan

festival kerjaya, Kerajaan akan melatih, mengenal pasti dan menarik modal insan asingberkepakaran tinggi bagi memenuhi kekurangan kemahiran dan pengetahuan tertentu di Malaysia. Program menarik dan mengekalkan modal insan sedia ada seperti Program Menggalak Warga Negara Malaysia yang Berkepakaran yang Bekerja Di Luar Negara

Pulang Ke Malaysia dan Program Brain Gain akan digabungkan di bawah TC dandiperkukuh untuk memastikan penyelarasan yang lebih baik, lebih fokus dan memberi impak yang lebih besar. Insentif di bawah program ini akan dikaji semula dan diperluas untuk menjadikannya lebih menarik bagi kumpulan modal insan berkepakaran tinggi

yang disasarkan di luar negara.

●●●Kesimpulan

Pembangunan modal insan merupakan elemen asas dan kritikal dalam

225

Page 224: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

mentransformasikan ekonomi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi. Untuk mencapai daya saing yang tinggi di peringkat

global dan ekonomi berasaskan inovasi, pendekatan yang sistematik dan menyeluruhuntuk membangun, menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi negara diperlukan. Malaysia perlu merapatkan jurang untuk mencapai modal insan

berkepakaran bertaraf dunia. Kerajaan akan melaksanakan perubahan menyeluruh di setiap tahap pembangunan modal insan sepanjang kitaran hayat, iaitu daripada menambah baik pendidikan awal kanak kanak sehingga peningkatan kemahiran tenaga kerja sedia ada. Pembangunan dan pengukuhan kualiti guru akan diberi tumpuan untuk

meningkatkan pencapaian pelajar. Sekolah dan pengetua akan dipertanggungjawab terhadap pencapaian pelajar serta diberi lebih bantuan dan autonomi sewajarnya. Dalam tempoh Rancangan, lebih penekanan akan diberi kepada latihan kemahiran bagi memastikan negara dapat membentuk modal insan yang memenuhi keperluan industri,

meningkatkan produktiviti dan rantaian nilai ekonomi yang lebih tinggi.

Pendidikan teknikal dan latihan vokasional akan diarusperdanakan, dan pendidikan

tertiari akan dinaik taraf dengan ketara melalui pemberian autonomi yang lebih besardan pengurusan berprestasi tinggi dengan matlamat ke arah meningkatkan kebolehpasaran siswazah dan mobiliti kerja. Dalam tempoh Rancangan, sumber akanditumpukan kepada usaha untuk membangun serta mengekalkan modal insan terbaik

bertaraf dunia. TC akan ditubuhkan dengan mandat utama untuk mengenal pasti danmembekal modal insan berkepakaran tinggi yang amat diperlukan oleh sektor ekonomi utama bagi memastikan aspirasi negara tercapai. Pada masa yang sama, usaha yang lebih gigih diambil untuk memastikan akses yang saksama kepada peluang meningkatkan

kemahiran dan menyokong golongan yang amat memerlukan. Sehubungan ini, inisiatif latihan kemahiran akan ditumpukan kepada isi rumah 40% terendah serta program penambahbaikan sekolah dan inisiatif LINUS dilaksana bagi merapatkan jurang

pencapaian bagi pelajar yang ketinggalan dalam pembelajaran dan meningkatkanpencapaian sekolah berprestasi rendah. Langkah ini akan memastikan setiap pelajar di Malaysia boleh berjaya. Modal insan berkemahiran tinggi merupakan asas terpenting bagi mencapai ekonomi berpendapatan tinggi. Membangun dan mengekalkan modal insan

bertaraf dunia untuk Malaysia amat memerlukan usaha yang tekal, terselaras danberfokus supaya kepelbagaian dapat dimanfaatkan ke peringkat antarabangsa sertauntuk memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan berkemahiran tinggi di Malaysia.

B Isu Semasa Pendidikan

10.6 Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar

Wang bantuan RM100 ini diberikan lanjutan daripada janji kerajaan pada Bajet Negara

yang dibentangkan pada 7 Oktober 2011 yang lalu oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

226

Page 225: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●●Matlamat pemberian wang bantuanMatlamat pemberian wang bantuan rm100 ini ialah meringankan beban ibubapa yang

terpaksa menanggung beban mengeluarkan perbelanjaan lebih bagi membeli perlatan-peralatan sekolah dan pakaian untuk anak-anak yang bakal memulakan persekolahan pada bulan Disember 2011

●●●Siapa yang layak terima?

Wang bantuan rm100 ni layak diterima oleh ibu bapa pelajar daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Setiap pelajar akan menerima rm100 setiap seorang. Pelajar-pelajar yang

layak menerima bantuan rm100 ini ialah mereka yang bersekolah di Sekolah Kerajaan,Sekolah Bantuan Kerajaan,Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan dan Sekolah Agama Negeri.

●●●Bila wang bantuan rm100 mula dibayar

Ianya mula dibayar mulai 15 November 2011 dan akan berakhir pada tarikh yang akan diumumkan oleh kerajaan kelak.

●●●Bagaimana wang ini dibayar

Wang bantuan ini dibayar dengan cara tunai kepada ibu bapa. Pihak sekolah akanmengeluarkan borang akuan penerimaan/penolakan dan setelah diisi ibu bapa perlu

mengembalikannya kepada pihak sekolah.

●●●Tanggungjawab pihak sekolah mengagihkan wang bantuan

Pelajar-pelajar yang layak menerima wang bantuan perlulah dikenalpasti dan

disenaraikan .Pembayaran hendaklah dilakukan secara tunai kepada ibubapa setelah wang

dikeluarkan daripada Bank Simpanan Nasional.Wang bantuan tidak boleh diberikan dalam apa-apa bentuk seperti cek, wang pos,

baucar atau lain-lain kecuali tunai sahaja.Wang bantuan hendaklah diberikan kepada pelajar-pelajar yang layak menerima

dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh wang tersebut diterima oleh pihak

pentadbiran sekolah-sekolah.Pihak sekolah hendaklah memastikan ibu bapa yang telah menerima wang

bantuan rm100 menurunkan tandatangan di dalam borang Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dan proses ini hendaklah disaksikan oleh oleh 2

orang guru sekolah

10.7 Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik

Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku

bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:

227

Page 226: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS

dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana danPh.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari

2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan

sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-

masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kadpengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai

RM50.00 setiap keping.

Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan

penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua. Baucar ini adalah untuk pembelianbuku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkankeperluan IPT masing-masing; Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedaibuku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan

sehingga 30 April 2012; Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012. Pelajar tidak dibenarkan sama sekalimenebus baucar buku ini dengan wang tunai.

10.8 Isu Penempatan GSTT

7,079 GSTT ke jawatan tetap

PUTRAJAYA: Seramai 7,079 daripada 13,184 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di

seluruh negara akan diserapkan dalam jawatan tetap selepas mengikuti kursus perguruan

di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terpilih, mulai Januari ini.Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata langkah itu membuktikan

komitmen Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri MuhyiddinYassin, untuk menyelesaikan isu membabitkan 13,184 guru GSST di seluruh negara.

Beliau berkata, sebenarnya seramai 1,799 daripada 13,184 guru GSTT terbabit sedang

mengikuti latihan perguruan menerusi mod kursus dalam cuti (KDC) di IPGM di seluruhnegara sejak beberapa bulan lalu.

“Bagaimanapun, pada hari ini (semalam), kita memutuskan untuk memberi peluang

228

Page 227: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

kepada 7,079 guru GSTT mengikuti latihan perguruan di IPTA dan IPGM di seluruhnegara mulai Januari depan.

“Ia dilakukan selepas proses saringan permohonan daripada GSTT menerusi kaedah

penyerapan di bawah Skim Perkhidmatan Pelajaran selesai,” katanya selepas

mempengerusikan mesyuarat khas berhubung isu GSTT di pejabatnya, di sini, semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, 4,433 GSTT akan mengikuti kursus Diploma

Pendidikan Lepasan Ijazah KPLI (DPLI) di IPTA (mulai Februari 2012).

“Selebihnya akan mengikuti kursus menerusi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di IPGM di seluruh negara mulai 9Januari depan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, kementerian menolak 2,788 permohonan lain kerana

GSTT terbabit gagal mengemukakan maklumat lengkap atau dokumen asal ketika menghadiri temu duga sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, kementerian bersedia memberi peluang membenarkan guru

terbabit membuat rayuan dengan mengemukakan permohonan lengkap bersama salinan sijil asal yang sudah disahkan untuk pertimbangan semula kementerian sebelum tarikh

tutup pada 26 Disember ini.

“Kementerian juga menolak permohonan 2,012 calon lain kerana tidak memenuhi syarat

minimum iaitu berkhidmat sebagai GSTT sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut.

“Selebihnya, 916 permohonan lagi ditolak kerana berumur lebih 35 tahun iaitu melebihi

had ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya.

10.9 Majlis Bahasa Inggeris

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran , Tan Sri Muhyiddin Yassin

mengumumkan, pada tahun ini, Kementerian Pelajaran akan menubuhkan Majlis BahasaInggeris ( MBI ) yang bertujuan mengkaji kualiti dan standard sistem pengajaran,

pembelajaran serta pencapaian bahasa tersebut di kalangan pelajar sekolah di Negara ini.

Menurut beliau , keanggotaan MBI terdiri daripada pakar-pakar Bahasa Inggeris

tempatan dan luar Negara, termasuk dari dari Universiti Cambridge yang antara peranannya ialah meneliti dan menyediakan penanda aras tentang perkara berkenaan

terhadap Kerajaan. MBI akan menjadi rujukan untuk semua pihak, sama ada Kementerian Pelajaran atau sekolah swasta untuk menilai standard Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Menurut beliau lagi, matlamat penubuhan MBI ialah untuk menentukan standard

pengajaran, pembelajaran serta pencapaian bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Negara ini setaraf dengan standard antarabangsa.

229

Page 228: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

PEMBINA bersetuju dengan penubuhan MBI dan ia mempunyai kaitan dengan dasarMBMMBI yang menggantikan dasar PPSMI yang dimansuhkan oleh Kerajaan. Walau

bagaimanapun, diharapkan pelaksanaan MBI hendaklah berjalan dengan sempurna danprofessional. Paling utama ia tidak tersasar dari matlamat penubuhan asalnya iaitu untukmeningkatkan standard bahasa Inggeris di kalangan pelajar seterusnya rakyat Negara ini.

Diharapkam MBI tidak akan meletakkan peranan bahasa Inggeris setaraf dengan Bahasa

Melayu dalam Sistem Pendidikan Negara ini atau tumpuan lebih terhadap bahasa Inggeris akan menyebabkan peranan dan kedudukan Bahasa Melayu dikesampingkan sehingga orang Melayu tidak menghargai bahasanya sendiri. PEMBINA berharap MBI tidak menjadi laluan kepada pengembalian semula PPSMI seperti yang dituntut oleh Page dan

JMM . Kalau kononnya perjuangan mereka hendak meningkatkan standard bahasaInggeris di kalangan pelajar-pelajar sekolah Negara ini, kedua-dua persatuan inihendaklah menunjukkan ‘ kejujuran ‘ mereka dengan menyokong penubuhan MBI dan

juga MBMMBI bukannya terus mendesak supaya PPSMI dikembalikan. Sebenarnya Majlis Bahasa Inggeris turut menjadi ` penanda aras ‘ kepada kejujuran dan tujuan sebenar tuntutan Page untuk mengembalikan PPSMI walaupun Kerajaan sudah membuat keputusan muktamad mengenainya.

230

Page 229: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

231

Page 230: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

10.10 Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah

Jawatan Guru Penolong Kanan P. Islam mungkin diperluaskan

05/01/2012 2:46pm

KANGAR 5 Jan. — Jawatan guru penolong kanan pendidikan Islam yang kini hanya wujud di sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) mungkin diperluaskan ke sekolah harian tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, Kementerian Pelajaran kini masih mengkaji keperluan itu danjika didapati sesuai, ia akan dilaksanakan di sekolah harian yang mempunyai kelas aliran agama (KAA).

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) seluruhPerlis di sini hari ini, katanya kajian itu membuktikan kesungguhan kerajaan memartabatkan pendidikan Islam di sekolah harian.

Mohd. Puad. juga berharap lebih banyak SAR dan Sekolah Agama Negeri (SAN) mendaftar sebagai SABK untuk membolehkan mereka menerima bantuan yang lebih sempurna daripada kerajaan.

Tambah beliau, pada masa ini, sebanyak 169 daripada 247 SAR telah mendaftar sebagai SABK manakala bagi SAN hanya 77 daripada 472 sekolah yang mendaftar.

Beliau mernjelaskan, sebanyak RM100 juta diperuntukkan kepada SABK untuk kerja-kerja menaik taraf pembaikan dan jumlah itu tidak termasuk bayaran gaji kakitangannya.

Menurutnya jika SAR dan SAN mendaftar sebagai SABK, sudah pasti sekolah-sekolah itu akan menikmati kemudahan peruntukan itu.

Beliau percaya SAR dan SAN bimbang untuk mendaftar sebagai SABK denganalasan kurikulum di sekolah mereka akan dikawal kerajaan. — BERNAMA

232

Page 231: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

10.11 Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional

Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional

Teks UcapanYab Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin

Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional

Bertempat Di German-Malaysia Institute

PADA 06 JANUARI 2012

Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Yang Berhormat Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri,Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian

Yang Berbahagia Dato Sri Abd Ghafar bin Mahmud,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.Ketua-Ketua Jabatan,Dif-Dif Kehormat, Dato'-Dato', Datin-Datin,

Tuan-Tuan, Puan-Puan,Seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian

1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t

kerana dengan limpah izin dan kurniaNya, kita dapat berhimpun dalam satu majlis bersejarah yang menandakan permulaan transformasi pendidikan vokasional, selaras dengan agenda yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh iaitu

mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan perhargaan kepada pihak penganjur dantuan rumah iaitu German Malaysia Institut (GMI) kerana dapat menjayakan majlis yangamat bermakna ini.

2. Aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan

pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan berhasrat untuk merealisasikan ‘High Income Economy' atau Ekonomi Berpendapatan Tinggi. Dalam Model Baru Ekonomi

yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato` Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, dinyatakan bahawa kejayaan melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baharu bagi menjana kekayaan negara merupakan faktor yang kritikal, bagi menentukan pencapaian kemajuan

dan kemakmuran masa depan negara Malaysia. Pertumbuhan ekonomi nasional menuntut peningkatan bilangan graduan dalam bidang teknikal dan vokasional.

Dato’-dato’, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan

233

Page 232: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

3. Dalam memenuhi aspirasi ini, pendidikan vokasional adalah laluan yang penting ke

arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovatif dan mampu menghadapi saingan pada peringkat serantau dan juga global serta relevan dengan keperluan semasa. Dalam hal ini, penekanan terhadap penambahbaikan kualiti

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional adalah sangat penting seterusnya menyumbang kepada mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi. Peningkatan kemahiran secara berterusan perlu dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Sehubungan itu, sistem latihan kemahiran dan jalinan usahasama dengan pihak

industri perlu diperkukuhkan supaya lebih responsif dan menepati keperluan serta perkembangan ekonomi negara. Untuk itu, peranan yang dinamik dari pihak yang terlibatmenjadi faktor penting dalam melahirkan tenaga kerja yang kompetitif dan berdaya saing. Tugas yang paling mencabar ialah menghasilkan tenaga kerja yang dapat memenuhi

kehendak industri tempatan iaitu sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Para hadirin sekalian,

4. Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah proaktif sejak tahun 2009 lagi dengan

melihat pelaksanaan pendidikan teknikal dan vokasional di negara maju dan negara

serantau. Kadar purata enrolmen pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkatmenengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan ( OECD )adalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia. Jika kita melihat kepada negara-negara maju, pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu kekuatan utama dalam

sistem pendidikan di semua negara ini. Sebagai contoh, di Jerman, Finland dan Austria,hampir 50 peratus hingga 80 peratus pelajarnya mengikuti pendidikan vokasional di peringkat menengah atas melalui program sepenuh masa (4 -5 tahun) dan program

apprenticeship. Malahan di negara tersebut, pelajar-pelajar diberi pilihan untukmengikuti pendidikan vokasional pada peringkat umur 14 tahun lagi. Di negara-negara serantau seperti Indonesia dan Thailand, enrolmen pelajar yang mengambil aliran ini di peringkat menengah atas mejangkau 40 hingga 60 peratus. Dalam pada itu, pendidikan

vokasional di sekolah luar negara juga melibatkan On The Job Training bagi menghasilkantenaga kerja kepada industri. Apabila tamat pengajian, pelajar mereka dianugerahkan sekurang-kurangnya sijil dan ada negara yang menawarkan sehingga peringkat diploma.

5. Melihat kepada perkembangan yang berlaku di negara maju dan negara serantau,

pendidikan vokasional di Malaysia perlu dibuat perubahan besar dan segera. Jika ini tidak dilakukan, kita bimbang negara kita tidak kompetitif di peringkat global dan terus ketinggalan. Kejayaan perlu diukur bukan hanya kepada pencapaian dalam bidang

akademik, tetapi definisi baru kejayaan ialah melalui bidang teknikal dan vokasional.

Dato’-dato’, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan

234

Page 233: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

6. Pendidikan vokasional di Malaysia pada masa ini sedang menuju ke arah konsepPendidikan Untuk Semua ( Education For All ) seperti yang digariskan oleh UNESCO.

Program Pendidikan Asas Vokasional ( PAV ) yang dibentuk bertujuan untuk memberi pilihan alternatif kepada murid yang cenderung kepada pendidikan bercorak hands-on dan berasaskan pekerjaan (work-based) dari peringkat menengan rendah lagi sehingga

ke tahap kolej vokasional (KV) atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Swasta ( ILKS ). Sebanyak 15 buah sekolah menengah vokasional di setiap negeri telah dinaik taraf menjadi KV rintis pada tahun 2012 seperti yang disebutkan tadi. Dengan terlaksananya transformasi ini, maka aliran vokasional tidak boleh lagi dianggap sebagai

pendidikan kelas kedua kerana pelajar-pelajar yang keluar nanti adalah pekerja mahir yang mempunyai kebolehpasaran kerja yang tinggi.

Hadirin sekalian,

7. Transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa kurikulum,

institusi, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, tadbir urus dan sumber manusia

sehingga terbina sistem pendidikan vokasional yang baharu. Proses dilaksana menerusi lima strategi, lima inisiatif dan sebelas tindakan. Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam Buku Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional yang akan dilancarkansebentar lagi.

8. Lima strategi utama ini merangkumi:

- Transformasi kurikulum pendidikan vokasional - Transformasi institusi pendidikan vokasional

- Kolaborasi dengan rakan strategik dalam industri - Transformasi pentaksiran pendidikan vokasional.- Transformasi organisasi pendidikan vokasional.

9. Dalam usaha memastikan latihan kemahiran memenuhi keperluan industri,

Kementerian amat menggalakkan sebarang bentuk jalinan kerjasama (MoU) antara institusi latihan KPM (PAV dan KV) dengan industri kerana dengan adanya perkongsian

teknologi dan kepakaran ini secara tidak langsung dapat memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan para pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan yang sebenar.Maka pada hari ini akan termeterai perjanjian persefahaman (MOU) di antara KPMdengan 11 rakan strategik iaitu industri, agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS.

Syabas diucapkan kepada agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS yang terlibat.

10. Ini merupakan langkah permulaan. Saya percaya selepas ini lebih banyak agensi

awam, swasta dan industri akan tampil ke hadapan untuk sama-sama terlibat dalam

proses transformasi pendidikan vokasional yang sedang berlaku. Kerjasama pihak industri dalam menyediakan latihan kemahiran amat penting agar latihan melalui "work based learning" dapat diperolehi oleh pelajar. Kepakaran dan kemudahan yang ada pada

kedua belah pihak dapat dikongsi bersama serta boleh mengelakkan berlakunya

235

Page 234: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

ketidaksesuaian bidang pekerjaan antara industri dengan institusi latihan kemahiran.

11. Di samping itu, amalan standard kualiti persekiran tempat kerja melalui konsep 5S

yang berasal dari Jepun iaitu sisih, sapu, susun, seragam dan selalu amal juga telah mula diperkenalkan di sekolah menengah teknik dan vokasional oleh Bahagian Pendidikan

Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2009. Pelaksanaan konsep 5S perlu menjadi budaya dalam pengurusan tempat kerja terutama di bengkel-bengkel dan juga pejabat bagi mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan pengurusan kerja yang lebih teratur. Inisiatif ini juga merupakan langkah ke arah transformasi

persekitaran kolej vokasional supaya amalan budaya bekerja yang berkualiti diterapkankepada pelajar KV. Kita mengharapkan graduan KV akan mengamalkan budaya ini apabila mereka bekerja atau menjalankan perniagaan nanti. Saya difahamkan 8 buah sekolah akan menerima Sijil 5S dari Malaysia Trodiction Council (MPC) pada hari ini. Sayabas

diucapkan.

12. Akhir sekali saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian

Pelajaran Malaysia, kementerian dan agensi-agensi lain dalam usaha menjayakantransformasi pendidikan vokasional ini. Kepada seluruh warga Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM, SMT/V dan Kolej Vokasional, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya, Tingkatkanlah usaha dan bekerjalah dalam satu pasukan untuk meningkatkan

kecemerlangan pendidikan vokasional demi masa depan negara. Jadikanlah usaha inisebagai agenda penting pembangunan modal insan negara yang kita cintai.

13. Dengan lafaz Bismillah-ir Rahman-ir Rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan

Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia..

Wabillahi al-Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sekian, terima kasih.

236

Page 235: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

C Isu Semasa Negara10.12 Sistem Pemerintahan Malaysia (YDP Agong, Kabinet, Komponen )

* Nota Peringatan

Dalam sistem-sistem parlimen seperti sistem Westminster United Kingdom, PerdanaMenteri ialah ketua kerajaan, manakala Ketua Negara (Raja, Ratu, Presiden, atau Gabernor Jeneral [de facto]) yang mungkin secara rasmi merupakan ketua eksekutif memainkanperanan istiadat. Malaysia = Perdana Menteri ialah KETUA KERAJAAN, manakala

KETUA NEGARA ialah Yang Di-Pertuan Agong.

●●●Dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu:-

• Badan Perundangan.

Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa inikepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;• Badan Pemerintah.

Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman; dan;

237

Page 236: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

• Badan KehakimanBadan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-

undang atau menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa,bidang tugas dan peranan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan danBadan Pemerintah berkait antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan

sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga BadanPemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada BadanPerundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara

ini.

Amalan pengasingan kuasa antara tiga badan utama iaitu badan perundangan

[legislative], pentadbiran [executive] dan kehakiman [judiaciary] yangdipraktikkan baik di peringkat pusat atau kerajaan negeri yang diamalkan selama

ini berasaskan Perlembagaan seseungguhnya telah mengukuh dan melicinkan lagi urusan pemerintahan-pentadbiran negara semenjak merdeka.

●●●Komponen Utama Dalam Sistem Kerajaan Malaysia

●●Badan Perundangan

Badan Perundangan (Parlimen Malaysia) memiliki kuasa menggubal undang-undangpersekutuan dan juga negeri-negeri di dalamnya. Parlimen terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dua Dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Parlimen adalah badan kuasa perundangan untuk persekutuan yang membuat undang-

undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh persekutuan. Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai-cukai dan kadar-kadar persekutuan boleh dinaikkan hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti yang dinyatakan dalam undang-undang persekutuan.

Semua hasil yang diperoleh hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang hanya boleh dibelanjakan dengan kuasa Parlimen. Parti yang memenangi kerusi majoriti dalam pilihan raya umum dan dapatsokongan majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan. Pemimpin parti majoriti

yang mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri.

●●Yang di-Pertuan Agong

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara yang mengambil keutamaan mengatasi semua orang dalam persekutuan dan tidak boleh dikenakan

dakwaan dalam apa-apa juga perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Yang di-PertuanAgong dipilih oleh Majlis Raja-Raja mengikut peraturan yang termaktub dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatannya

238

Page 237: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

selama lima tahun kecuali baginda meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatannya oleh Raja-Raja Melayu.

Sebagai ketua utama negara, baginda mempunyai kuasa eksekutif. Baginda berkuasa

memanggil, membatalkan dan membubarkan Parlimen. Dalam melaksanakan kuasa,

baginda mendapat nasihat daripada Jemaah Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh melaksanakan tiga perkara mengikut budi bicara baginda sendiri iaitu melantik Perdana Menteri, tidak mempersetujui pembubaran Parlimen dan meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan

kebesaran Raja-Raja. Baginda juga mempunyai kuasa pengampunan bagi semua kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan dan kesalahan-kesalahan tertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Baginda adalah Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong

bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera

di Sabah dan Sarawak. Selain memegang tampuk tertinggi dalam Angkatan Tentera Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong juga berperanan menentukan rizab orang Melayu dan bumiputera, jawatan perkhidmatan, biasiswa, bantuan keistimewaan pendidikan atau latihan, kadar permit atau lesen dan juga mengisytiharkan darurat.

●●Dewan Negara

Dewan Negara adalah Majlis Tertinggi yang berperanan membahaskan sesuatu rangundang-undang dengan lebih terperinci. Ia juga bertanggungjawab membincangkan

perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Mengikut Perkara 68, Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Walau bagaimanapun, Dewan Negara boleh

menangguhkan pelaksanaan sesuatu rang undang-undang itu.

Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli yang mana 44 orang dilantik oleh Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada warganegara yang pada pendapat baginda

“telah berbakti dengan cemerlangnya atau telah mencapai taraf gemilang dalam perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atau wakil-wakil kaum yang terkecil bilangannya atau yang

boleh mewakili kepentingan Orang Asli”. Wilayah Persekutuan dianggotai oleh empatorang ahli iaitu dua orang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebanyak 26

orang lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dari 13 buah negeri di Malaysia, iaitu tiap-tiap sebuah negeri mengemukakan dua orang Senator.

239

Page 238: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Seorang Yang di-Pertua Dewan dan Timbalannya dipilih terlebih dahulu bagi mengendalikan Persidangan Dewan dari kalangan ahli-ahli sendiri. Keanggotaan Dewan

ini dihadkan kepada warganegara yang berumur 30 tahun ke atas. Tempoh jawatanseseorang Ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan Ahli Dewan Negara boleh dilantik untuk kali kedua dan memegang jawatan Senator bagi tempoh tiga tahun lagi. Hanya dua

penggal sahaja dibenarkan bagi setiap Senator memegang jawatannya. Tempoh memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara ini tidaklah terjejas dengan pembubaran Parlimen. Parlimen diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk mengubah keahliah Dewan Negara, seperti menambah bilangan ahli-ahli dewan yang dipilih oleh Dewan Undangan

Negeri menjadi tiga orang, memperuntukkan supaya ahli-ahli Dewan Negara itu dipilih oleh pengundi-pengundi, atau mengurangkan jumlah ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik.

●●Dewan Rakyat

Dewan Rakyat merupakan majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapatserta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka. Ahli-ahli Dewan Rakyatdipilih secara langsung oleh rakyat keseluruhannya dalam pilihan raya umum. Yang di-

Pertua dan Timbalannya dipilih oleh Dewan Rakyat. Namun demikian, terdapat pula satu syarat dalam perlembagaan yang membolehkan Yang di-Pertua dipilih dari luar Dewan Rakyat. Orang yang dipilih seperti ini dianggap sebagai ahli tambahan Dewan dan satu tambahan kepada ahli yang dipilih. Keanggotaan Dewan Rakyat dihadkan kepada

warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara.Tempoh Dewan ini ialah lima tahun. Walau bagaimanapun, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkuasa, menurut kebijaksanaannya, untuk membubarkan Parlimen

sebelum tempoh tersebut iaitu setelah memperoleh nasihat dari Perdana Menteri.

Ahli Dewan Rakyat pada masa ini ialah 222 orang yang mewakili kawasan pilihan raya di

seluruh Malaysia. Pecahan kerusi Dewan Rakyat adalah 153 kerusi untuk negeri-negeri di

Semenanjung, 25 kerusi untuk Sabah dan 31 kerusi untuk Sarawak, sementara Wilayah Persekutuan pula 13 kerusi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 kerusi), Wilayah Persekutuan Labuan (1 kerusi) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 kerusi).

●●●Badan Pemerintah (Eksekutif)

Badan pemerintah atau eksekutif merupakan badan yang bertanggungjawabmelaksanakan kuasa-kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan dan undang-undang.

Mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah Persekutuan

Malaysia adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukanmana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh

dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain. Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah Timbalan Ketua Utama

Negara. Apabila berlaku kekosongan disebabkan Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya

240

Page 239: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

menjalankan tugas kerana sakit, tidak berada dalam Persekutuan Malaysia lebih daripada 15 hari atau kerana sebab-sebab lain maka Timbalan Yang di-Pertuan Agong

bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.

●●Jemaah Menteri

Jemaah Menteri merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di bawah Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik barisan Jemaah Menteri untuk menasihatkan baginda dalam hal ehwal menjalankan tugas-tugasnya. Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti berikut:

a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang daripada ahli

Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan sebilangan besar

daripada ahli-ahli Dewan itu sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri;dan

b) Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-

menteri lain dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

●●Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja mengandungi semua Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Tugas majlis ini seperti yang tercatat dalam Perkara 38, Perlembagaan Persekutuan adalah untuk:-

• Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan

mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga, Perlembagaan Persekutuan;

• Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau

upacara agama meliputi seluruh persekutuan;

• Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau

memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan memerlukanpersetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berundingdengan Majlis Raja-Raja.

●●Badan Kehakiman

Badan Kehakiman adalah badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia. Kuasa kehakiman ini terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Kuasa Kehakiman juga terletak pada Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa tertentu seperti yang termaktub

dalam Perkara 126, 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan.

241

Page 240: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●Fungsi Badan KehakimanFungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah-mahkamah seperti

Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi terdiri daripada dua buah, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya – sebuah bagi Semenanjung Malaysiadan sebuah lagi bagi Sabah dan Sarawak (yang dahulunya dinamakan Borneo). Mahkamah Rendah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak terdiri daripada Mahkamah

Seksyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu di Semenanjung manakala, Mahkamah Adat/Negeri di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, terdapat juga Mahkamah Juvana bagi membicarakan kanak-kanak dan mereka yang di bawah umur 18 tahun.Fungsi-fungsi ini dijalankan mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan

Persekutuan kepada mahkamah-mahkamah tersebut.

●Pelantikan Hakim

Ketua Hakim Negara, Kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak sertaHakim-hakim Besar Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim lain Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas

nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan meskipun keanggotaan mereka boleh diubah atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi

berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor,Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep

penubuhan Negara Malaysia. Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan

mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan

institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu danPentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-PertuanAgong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan

Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan

Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan

menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

242

Page 241: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●Struktur Parlimen MalaysiaParlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan

aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakanbadan penggubal undang-undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:

1. Yang Di-Pertuan Agong

2. Dewan Negara3. Dewan Rakyat

Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan Negara dan

222 ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan terus menjadi lambang demokrasiberparlimen negara untuk selama-lamanya.

●Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

▪ Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-PertuanAgong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja.

▪ Pemilihan itu berkuatkuasa 13 Disember 2011 untuk tempoh lima tahun. Sementara

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

▪ Ini kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama

pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.

▪ Sultan Abdul Halim, 83, menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

●Senarai Kabinet Terkini (Jemaah Menteri)

Perdana Menteri

Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Senator Datuk Seri Idris Jala

Senator Tan Sri Nor Mohamed YakcopSenator Datuk Seri Jamil Khir BaharomYB Senator Dato’ Palanivel a/l K. Govindasamy – Baharu

Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui Keong

Timbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah Ibrahim

243

Page 242: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Timbalan Menteri: Datuk SK DevamanyTimbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Timbalan Menteri: Datuk T Murugiah

Kementerian Kewangan

Menteri I: Datuk Seri Najib Tun RazakMenteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek Hussin Timbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai

Kementerian Pelajaran

Menteri: Tan Sri Muhyiddin YassinTimbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka SiongTimbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi

Kementerian Dalam Negeri

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien Timbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman YusopTimbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Menteri: Datuk Seri Dr Rais YatimTimbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum

Timbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis D”Cruz

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie ApdalTimbalan Menteri: Datuk Hasan Malek Timbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun

Kementerian Pengajian Tinggi

Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled NordinTimbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung

Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri: Datuk Seri Mustapa MohamedTimbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir

Timbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan

244

Page 243: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Kementerian Sains, Teknologi dan InovasiMenteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah EmbasTimbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

Kementerian Pengangkutan

Menteri: Datuk Seri Kong Cho HaTimbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Timbalan Menteri: Jelaing Mersat

Kementerian Pelancongan

Menteri: Dato’ Seri Dr Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Menteri: Datuk Seri Noh Omar

Timbalan Menteri: Datuk Johari BaharumTimbalan Menteri: Chua Tee Yong

Kementerian Pertahanan

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Kementerian Kerja Raya

Menteri: Datuk Shaziman Abu MansorTimbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

Kementerian Kesihatan

Menteri: Datuk Seri Liow Tiong LaiTimbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

Kementerian Belia dan Sukan

Menteri: Datuk Ahmad Shabery CheekTimbalan Menteri: Senator Gan Ping SieuTimbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim

Kementerian Sumber Manusia

Menteri: Datuk Dr S SubramaniamTimbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan

245

Page 244: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan KepenggunaanMenteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian HoeTimbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri: Datuk Wira Chor Chee HeungTimbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul JalilTimbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie

Kementerian Luar Negeri

Menteri: Datuk Seri Anifah AmanTimbalan Menteri: A Kohilan Pillay

Timbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem

Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar

Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Menteri: Tan Sri Bernard Giluk Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin Timbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel

●●Perubahan Kabinet baharu ini melibatkan perubahan yang berikut:-

Menteri

• Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan bagi menggantikanDatuk Seri Ong Tee Keat yang ditamatkan pelantikan sebagai menteri;

• Datuk Wira Chor Chee Heung yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan pula dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menggantikan tempat Cho Ha.

Timbalan Menteri

• Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani;

• Senator Datuk Donald Lim Siang Chai sebagai Timbalan Menteri Kewangan;• Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan menggantikan DatukWee Jeck Seng yang ditamatkan pelantikan.

• Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan

246

Page 245: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Komunikasi dan Kebudayaan • Senator Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan

Komuniti;• Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

Selain daripada pelantikan baru, terdapat juga rombakan dari segi pertukaran portfolio

dalam Senarai Menteri Kabinet 2010 yang melibatkan tiga timbalan menteri iaitu:• Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;

• Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke Kementerian Pengangkutan; • Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.

Ketua Hakim Negara

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa 12 September ini, menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang mencapai umurpersaraan wajib 66 tahun pada tarikh berkenaan.

10.13 Isu Adam Adli

●●●Adam Adli Menurunkan Bendera Perdana Menteri.

Isu Adam Adli, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak yangmenurunkan bendera Dato Seri Najib Tun Razak di PWTC. Ia berlaku ekoran

ketidakpuasan hati sekumpulan golongan pelajar terhadap akta universiti AUKU. Dengan matlamat untuk memperjuangkan kebebasan akademik, Adam Adli menyatakan dia tidak akan membuat permohonan maaf kepada Perdana Menteri terhadap perbuatannya itu.Tindakannya ini mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkan tindakan itu tidak

beradap dan lari daripada norma seorang pelajar yang sepatutnya sibuk menumpukanperhatian terhadap pelajaran di universiti.Tambahan lagi dia merupakan bakal pendidik.Namun terdapat segelintir juga yang menyokong usahanya itu dan menganggapperbuatannya itu sebagai berani dan terkedepan dalam menyuarakan rasa hati pelajar.

●●●Adam digantung tiga semester

Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim digantung pengajian selama tiga semester atas

tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penggantungan pelajar tahun ketiga jurusan Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) peringkat sarjana muda itu berkuatkuasa serta merta. Pelajar 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas

dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17Disember lalu. Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yangtertera gambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan menggantikannya dengan kain rentang propelajar. Beliau kemudiannya memberitahu

pemberita bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan universiti itu.

247

Page 246: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

10.14 BR1M

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●●Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Satu program bantuan kewangan untuk rakyat Malaysia yang tinggal dalam isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

●●●Syarat Permohonan

Seorang pemohonan yang ingin mendapatkan bantuan ini mestilah: Warganegara MalaysiaLelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah

dengan jumlah pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah.BerkahwinIbu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggunganBujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)

Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan jumlahpendapatan kasar RM3000 dan ke bawah sebulan.

Untuk tujuan pendaftaran, pemohon mesti menyertakan salinan dokumen seperti

berikut:

Borang Pendaftaran BR1M Salinan MyKad/Kad Polis/Kad Tentera Salinan Penyata Gaji terkini (Bagi pemohon yang menerima gaji sahaja)

●●●Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah

Bantuan Kewangan RM500 ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluargayang layak. Ketua Isi Rumah dan Ketua Keluarga dijelaskan dalam gambar di bawah.

248

Page 247: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

249

Page 248: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

10.15 Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik

●●●Program Transformasi Kerajaan (GTP)

Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009, dan akan diterajui oleh beliau. Dua objektif GTP adalah – pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam

penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuksemua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk

Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.

●●Enam NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan

ianya adalah: -

1. Mengurangkan kadar jenayah

Mengurangkan jenayah jalanan 20 peratus pada hujung 2010. Pasukan Rela dikemaskini dan diberi latihan secukupnya. CCTV ditambah untuk cegah jenayah.Percepatkan perundangan kes-kes tertangguh.

2. Memerangi rasuah

Mengemaskini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan. Tender terbuka atau tender terhad dalam semua perolehan kerajaan kecuali kes-kes tertentu.

3. Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan

Menjadikan pendidikan prasekloah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Semua kanak-kanak menguasai kemahiran membaca, menulis dan

mengira ketika melangkah ke tahun 4 sebelum hujung 2012. Menjanjikan ganjaran kepada semua pengetua dan guru besar sekolah berasaskan pencapaian sekolah masing-masing. Mengenal pasti 100 buah sekolah terdiri daripada jenis harian

biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang 2012.

4. Meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah

Membayar semua bantuan kebajikan untuk rakyat pada tiap 1 hari bulan bagi bulan yang berkenaan bermula Januari 2010. Menambah jumlah usahawan di kalangan wanita kepada 4,000 orang menjelang tahun 2012 melalui program

Amanah Ikhtiar Malaysia.

250

Page 249: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalamanMembina jalan luar bandar berjumlah 1,500km sebelum penamat 2012.

Memastikan kesemua rakyat di semenanjung tinggal tidak melebihi 5km dari kemudahan jalan berturap. Meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012. Meningkatkan liputan bekalan

elektrik di Sabah dan Sarawak kepada 95% pada akhir tahun 2012. Memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.

6. Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana

Meningkatkan bilangan pengguna pengangkutan awam daripada 16% kepada 25% pada penghujung tahun 2012. Menambah 35 set “4-car-train” yang beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya menjelang penghujung 2012.

●●●Program Transformasi Ekonomi (ETP)

●●Pengenalan

Program Transformasi Ekonomi merangkumi Model Baru Ekonomi (MBE), 12 BidangEkonomi Utama Negara (NKEA), lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dan 131

Projek Penggerak Ekonomi (EPP).

Perdana Menteri juga telah melancarkan dokumen Pelan Hala Tuju ETP di Pusat

Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 25 Oktober 2010. Kandungan Pelan Hala Tuju ETP ini turut merangkumi 12 Bidang.

Ekonomi Utama Negara (NKEA) iaitu :

1. Minyak, gas & tenaga3. Perkhidmatan kewangan5. Perkhidmatan perniagaan

7. Pemborongan & peruncitan9. Penjagaan kesihatan11. Pertanian

2. Minyak sawit 4. Pelancongan6. Elektronik dan elektrikal

8. Pendidikan10. Kandungan & infrastruktur komunikasi12. Greater Kuala Lumpur

251

Page 250: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●Program Transformasi Ekonomi (ETP) juga bersandarkan Model Baru Ekonomi(NEM).

●●8 Inisiatif Pembharuan Strategik (IPS)

1. Membangunkan tenaga kerja berkualiti

2. Ekonomi Domestik yang berdaya saing3. Mengukuhkan sektor awam

4. Tindakan Alternatif yang telus dan Mesra Pasaran5. Membina Infrastrutur berasaskan pengetahuan 6. Meningkatkan sumber pertumbuhan7. Memastikan kebolehmampanan pertumbuhan

8. Menyuburkan sektor swasta

252

Page 251: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

●●●Program Transformasi Politik

KUALA LUMPUR – Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan

Dalam Negeri 1960 dan beberapa akta lain yang dianggap lapuk bukan sahaja mencatat sejarah baru tetapi turut merubah landskap politik negara sepanjang 2011.

Keputusan itu mengejutkan banyak pihak, khususnya barisan pembangkang yang

terkesima dan mati akal dengan langkah berani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hanya mengambil masa dua tahun untuk menunaikan janjinya bagi melaksanakan Program Transformasi Politik (PTP) negara.

Tanggal 15 September menjadi titik permulaan transformasi politik negara yang

dilakukan Najib apabila beliau mengumumkan pemansuhan ISA, Akta Buang Negeri

1959, dan kajian semula yang membabitkan Akta Kediaman Terhad 1933, AktaMesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967, semasamenyampaikan perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia.

ISA akan digantikan dengan dua undang-undang baru yang sesuai dan dijangka

dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Mac tahun depan.

Kata Najib, dua akta baru yang akan menggantikan ISA bakal mewujudkan

perseimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan menjaga keamanan awam.

Langkah itu juga, kata Perdana Menteri membolehkan Malaysia mengamalkan sistem

demokrasi yang progresif dengan lebih baik dan dihormati negara lain. Pada Oktober,pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 diluluskan Dewan Rakyat tanpa sebarang pindaan selepas akta itu yang telah 34 tahun tidak diguna pakai, diyakini sudah lapuk dan tidak boleh digunakan lagi.

Ini diikuti dengan pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933, yang mana serentak itu

Najib turut mengumumkan pembebasan kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu dengan serta-merta manakala lebih 200 waran yang belum diserahkan

dibatalkan.

Menurut Najib, pemansuhan akta itu dan beberapa akta lain merupakan sebahagian

daripada permulaan PTP negara dan pelengkap kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan kerajaan.Kesungguhan kerajaan melaksanakan proses transformasi politik itu menurut Perdana Menteri tidak dipengaruhi atau didesak mana-mana pihak, sama ada dari dalam mahupun

luar.

“Tiada siapapun yang mempengaruhi kita, tiada siapapun yang mendesak kita.

253

Page 252: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Kerajaan ini membuat keputusan atas kehendak dan fikrah sendiri dengan memulakanproses islah dan penambahbaikan,” katanya.

Beliau berkata teras utama PTP mengambil kira aspirasi nasional ke arah sebuah

Malaysia moden, demokratik, progresif lagi maju dan memiliki demokrasi yang berfungsi.

Ia juga bertujuan menyeimbangkan keperluan keselamatan nasional dan kebebasan

individu dengan mengambil kira kemajmukan negara, yang kompleks sifatnya, danancaman keganasan global pasca tragedi 11 Sept 2001, katanya. Transformasi politik

Najib juga jelas kelihatan melalui pendekatan matang pentadbiran beliau berdepangesaan badan bukan kerajaan dan desakan daripada pembangkang, berhubungkebebasan mengadakan perhimpunan termasuk perhimpunan haram 9 Julai — Bersih 2.0.

Seiring dengan semangat ‘merasai denyut nadi rakyat’, Najib dilihat berjaya meneruskan

momentum transformasi politiknya apabila berupaya menggantikan pertentangan

dengan dialog, sekatan dengan keterbukaan, dan mengatasi authoritarian dengan demokrasi.

Buktinya langkah kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan

Aman 2011 bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis yang bertujuan membenarkanwarganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata.

Rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat pada hujung bulan lepas adalah satu

daripada usaha kerajaan melakukan transformasi terhadap kerangka undang-undangsedia ada berhubung hak perlembagaan warganegara untuk berhimpun.

Turut diluluskan bulan lepas ialah usul untuk memansuhkan tiga Proklamasi

Darurat yang diisytiharkan pada tahun 1966, 1969 dan 1977.

Usul yang dibentangkan Najib itu bertujuan membatalkan tiga proklamasi yang

diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan selepas keadaan darurat dan kini dimansuhkan kerana ancaman keselamatan seumpamanya tidak lagi wujud.

Selaras dengan kesungguhan Perdana Menteri untuk melaksanakan PTP fasa kedua

dengan pemansuhan tiga Proklamasi Darurat itu, seramai 36 orang tahanan di bawah Ordinan Darurat dibebaskan.

Tidak terhenti di situ, ruang demokrasi turut dibuka Najib kepada golongan mahasiswa

apabila kerajaan memutuskan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membolehkan pelajar yang mencapai umur 21 tahun menyertai parti politik.

254

Page 253: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Mengumumkan perkara itu semasa membentangkan usul memansuhkan Proklamasi Darurat, Najib berkata keputusan itu dibuat kerana kerajaan percaya kepada kematangan

dan kebijaksanan para mahasiswa.

“Dengan itu bagi menghormati hak Perlembagaan mahasiswa dan mahasiswi negara yang

telah mencapai umur baligh undang-undang atau ‘age of majority’, kerajaan akan pinda Seksyen 15 AUKU 1974 bagi membenarkan mereka menjadi ahli parti politik,” katanya.

Penuntut universiti bagaimanapun ditegah sama sekali membawa politik kepartian ke

dalam kampus.

Langkah itu, dilihat banyak pihak mampu mengembalikan keyakinan sebahagian

pengundi muda yang sebelum ini lebih cenderung kepada agenda pembangkang.

Biarpun langkah-langkah transformasi Najib mungkin diterjemah sesetengah pihak

sebagai strategi kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya umum

ke-13 tidak lama lagi, namun tidak dapat dinafikan pembaharuan yang dibawakan anak sulung Tun Abdul Razak Hussein ini akan kekal menjadi legasinya sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam. – BERNAMA

10.16 Bajet 2013

Intipati Bajet 2013 yang dibentangkan pada 28 September 2012 yang telah disampaikan

oleh Perdana Menteri Malaysia di parlimen

1. Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5

peratus. * KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.

2. Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus

terhadap kesejahteraan rakyat.

3. Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6

bilion.

4. Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.

5. RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun

2013.

6. Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar danpemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

255

Page 254: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

7. Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

8. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana

Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

9. Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar

dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

10. Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi

pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan. * Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan

produk petroleum kepada yang layak.

11. Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian

cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

12. Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh

empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

13. DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun

2012 untuk biayai pembangunan MRT.

14. Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan

cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

15. Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam

urus niaga bon dan sukuk runcit.

16. Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan

sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

17. Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua

tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

18. RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan

Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

19. Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun

Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukaibagi pemaju hartanah.

256

Page 255: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

20. Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira

struktur perundangan Agama Islam Negeri.

21. RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT

diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

22. Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME

Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yangmenjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

23. Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan

diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

24. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350

juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.

25. Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh

Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan

PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.

26. Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan

kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.

27. Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti

mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.

28. Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D

diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatanberkanun untuk tempoh 10 tahun.

29. Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam

syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.

30. Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi

dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015

31. Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55

peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015

257

Page 256: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

32. Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruhdan saksama

33. Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip “nilai untuk wang”

34. Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk

memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projekyang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan,

projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaankemudahan sukan.

35. Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan

di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.

36. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang

dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada

kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.

37. Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.

38. Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor

swasta.

39. Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan

pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.

40. Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan

bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.

41. Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda,

membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.

42. Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan,

bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin

dan daif.

43. Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti

tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa,

pendidikan, sukan dan alam sekitar.

258

Page 257: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

44. Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat one-off sebanyak RM200 akan diberikan bagi pembelian satu unit telefon pintar 3G daripada peniaga yang dibenarkan. Inisiatif ini

adalah untuk belia yang berusia antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah. Sejumlah RM300 juta diperuntukkan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.

45. Bantuan Rakyat Satu Malaysia atau BR1M 2.0 diberi kepada yang layak, kriteria sama

seperti BR1M pertama iaitu pendapatan RM3,000 ke bawah. Sebagai tambahan BR1M 2.0diperluaskan kepada individu bujang 21 tahun ke atas dan pendapatan bawah RM2,000akan memperolehi RM250 seorang membabitkan peruntukan kerajaan RM3 bilion.

46. Kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku Satu Malaysia kepada setiap pelajar

IPTA dan pra-universiti. Untuk itu, nilai baucar akan ditingkatkan daripada RM200kepada RM250.

47. Bakal haji yang mencarum di KWSP, kini dibenarkan mengeluarkan simpanan dari

Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000.

48. Bonus penjawat awam sebulan setengah gaji secara berkala tiga 3 bulan.

D Teori Pendidikan

10.17 Taksonomi Bloom

Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956.

Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.

1)Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual.

2)Domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah

diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuandan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus

rekabentuk sistem dan sebagainya.

3)Domain psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan

teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal

dan juga lawatan teknikal.

Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur

kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan

penilaian.Taksonomi ini diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuktujuan pendidikan.

259

Page 258: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam aras. Namun,sekitar tahun 1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara

berperingkat. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan terminologi.Sebagai contoh, tema pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ditukarkan kepada mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalis, menilai dan

membina.

1. Pengetahuan (Knowledge)

Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan

lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.Contoh: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

2. Pemahaman (Comprehension)

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakanidea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep,menterjemah draf.

Contoh: Pilih, terangkan, tulis semula.

3. Aplikasi (Application)

Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah

menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, danlain-lain.Contoh: Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

4. Analisis (Analysis)

Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Contoh: Bezakan, pasti, pilih.

5. Sintesis (Synthesis)

Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah,

membuat ramalan, membuat klasifikasi.Contoh: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

6. Penilaian (Evaluation)

Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran,menafsir dan mengkritik. Contoh: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

260

Page 259: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

E Lain-Lain

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

10.18 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui

penguatkuasaan Akta A193 dan P.U.(B)556/1973. SPP merupakan agensi/jabatan di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri. Menteri yang bertanggungjawab ke atas SPP ialah Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

SEJARAH Penubuhan SPP adalah hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya

Diraja mengenai perkhidmatan perguruan yang ditubuhkan bagi mengkaji perkhidmatan guru-guru, gaji-gaji dan syarat-syarat perkhidmatan mereka serta lain-lain kakitangan

sekolah (lebih dikenali dengan nama Suruhanjaya Diraja Aziz) yang telah mengemukakan perakuan supaya sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan berasingan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), ditubuhkan bagi Perkhidmatan Pelajaran. Pada 1 September

1973 hingga 30 November 1973, SPP ditempatkan di Tingkat 9, Bangunan U.M.B.C. di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Pada ketika itu, bangunan tersebut adalah merupakan ruang pejabat yang disewa bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pada 1 Disember 1973 pula, dengan persetujuan Jabatan Pos dan Kementerian Kerja Raya, SPP telah

berpindah ke Tingkat 6, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur. Dalam tempoh masa tersebut, Jawatankuasa Ruangan Pejabat Kerajaan dan Kementerian Kerja Raya telah bersetuju untuk membina sebuah bangunan khas untuk SPP.

Pada pertengahan tahun 1975, SPP telah berpindah ke bangunan baru tersebut yang

terletak di Jalan Spooner (kini dikenali sebagai Jalan Cenderawasih), Kuala Lumpur. Seterusnya pada tahun 1988, SPP telah berpindah ke bangunan Menara Dato’ Onn, Pusat

Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. SPP telah berpindah ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya mulai tahun 1999 hingga kini.

Bagi melancarkan urusan pelantikan dan perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak,

maka urus setia cawangan Sarawak telah ditubuhkan secara rasminya pada 16 Julai 1976berdasarkan kepada Education Act 1961 (Extension to Sarawak Order 1976). Urusan perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak hanya dilaksanakan berdasarkan kepada

peraturan-peraturan Persekutuan sepenuhnya selepas 1 Julai 1978 iaitu setelah berkuatkuasa Laporan Jawatankuasa Kabinet. Sebelum tarikh tersebut, peraturan-peraturan yang digunapakai adalah berasaskan kepada Perintah Am Negeri, Pekeliling-Pekeliling dan Peraturan-Peraturan yang digunapakai pada masa itu.

Urus setia cawangan Sabah pula telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1977 bagi tujuan yang

sama iaitu melancarkan urusan perkhidmatan pendidikan di negeri Sabah. Bagi urusan kenaikan pangkat dan tindakan tatatertib ianya dikendalikan secara terus oleh ibu pejabat SPP di Putrajaya. Pada peringkat awal penubuhan SPP, keanggotaan Anggota

Suruhanjaya terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat (4) orang Anggota. Mulai tahun 1978, jawatan Timbalan Pengerusi diwujudkan. Kini, keanggotaan semasa SPP

261

Page 260: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

ialah seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 24 orang Anggota. Sepanjangpenubuhannya, seramai 8 orang Pengerusi dan 9 orang Timbalan Pengerusi telah dilantik.

Dalam tempoh yang sama, seramai 11 orang Setiausaha telah menerajui SPP selaku Ketua Jabatan.

Visi SPP

Menjadi Suruhanjaya Perkhidmatan Yang Terbaik

Misi SPP

Memberi Perkhidmatan Yang Berkualiti Dalam Urusan Pengambilan Dan Perkhidmatan Bagi Anggota Perkhidmatan Pelajaran

262

Page 261: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Objektif SPPMelaksanakan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dari

segi pelantikan, urusan perkhidmatan dan kawalan tatatertib dan naik pangkat AnggotaPerkhidmatan Pelajaran dengan cekap dan berkualiti bagi memenuhi keperluan sektor

pendidikan

PENGERUSI

TAN SRI DR ZULKURNAIN BIN HAJI AWANG

TIMBALAN PENGERUSI

DATO' HAJI DANGIRAN BIN HAJI MUSTAPA

10.19 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

●●●Pengenalan

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yangmerancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk perkhidmatan awam.Dengan kata yang lain, jabatan ini adalah seolah-olah Bahagian Sumber Manusia dalam

sebuah syarikat swasta. Mulai daripada 1 Oktober 1998, JPA melaksanakan MS ISO 9000dan diiktirafkan dengan sistem kualiti tersebut pada 21 Ogos 1999.

●●●Objektif

Menjadi agensi yang berprestasi tinggi dalam membekalkan sumber tenaga manusia yangberupaya memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui penggubalan dasar danpengurusan sumber manusia dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:

Cepat dalam semua tindakan; Layanan mesra kepada pelanggan;Menepati masa yang dijanjikan; Telus dalam semua peringkat pengurusan;

Adil dan saksama dalam pertimbangan; Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi (availability) dan

boleh dipercayai (reliability); dan

Menepati undang-undang, dasar dan peraturan.

●●●Misi

Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan dalam urusan personel sektor awam.Menggubal dasar personel sektor awam termasuk pengambilan, penempatan,

kenaikan pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan, gantirugi kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif dan penghargaan.

Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam yang berkualiti.

Menentukan saiz dan struktur yang optimum.Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mengujudkan suasana yang

harmonis.

263

Page 262: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

●●●Fungsi

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk:

Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan Malaysia dalam urusan sumbermanusia sektor awam (di bawah tanggungjawab Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam);

Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam;

Menggubal dasar sumber manusia sektor awam, termasuk pengambilan,penempatan, kenaikan pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan,ganti rugi kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif, dan penghargaan (di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

(Pembangunan)); danMenguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mewujudkan suasana yang

harmonis (di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam (Operasi)).

●●●Sejarah

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bermula sebagai Pejabat Perjawatan Tanah Melayu di Singapura pada 22 Ogos 1934. Dengan pembentukan Malayan Union pada

tahun 1946, pejabat itu berpindah ke Kuala Lumpur. Pejabat Perjawatan Persekutuankemudian ditubuhkan pada 1 Julai 1954 melalui percantuman Pejabat Perjawatan Tanah Melayu, Cawangan Perkhidmatan Pejabat Ketua Setiausaha, serta Bahagian Perjawatan

Perbendaharaan Persekutuan. Pada tahun 1967, Pejabat Perjawatan Persekutuan menukarkan nama kepada Pejabat Perjawatan Malaysia dan kemudian 15 Ogos 1968menukarkan nama semula lagi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Nama jabatan initelah dikekalkan sejak masa itu.

●●●Ketua Jabatan

01 Jul 2010 - (Kini) Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah

10.20 Sorotan Peristiwa 2011 dan Penggal Pertama 2012

●●●2011

1-Gempa Bumi Di Jepun.

Paparan peristiwa penting tahun 2011 dimulakan dengan kejadian gempa bumi yang melanda Jepun. Gempa dengan kekuatan 8.9 pada Skala Richter merupakan yang paling buruk berlaku di Jepun dalam tempoh 140 tahun. Akibat kekuatan gempa ini telah berlaku kejadian Tsunami yang bukan sahaja memusnahkan harta benda dan kerosakan

awam tetapi juga telah melumpuhkan sistem pentadbiran Jepun secara keseluruhannya.Kejadian ini juga mengakibatkan loji nuklear di Sendai, Timur Laut Jepun mengalami kebocoran radioaktif dan ia menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan dan duniaterutama di bahagian Asia akan kejadian pencemaran radiasi. Terdapat juga khabar angin

yang menyatakan jangkitan radiasi telah berlaku terhadap produk-produk makanan

264

Page 263: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

terutama makanan laut daripada Jepun dan ia menimbulkan panik terhadap perusahaan makanan di Jepun oleh kalangan penduduk tempatan dan penduduk dunia.

2-Demonstrasi Di London.

Demonstrasi yang berlaku di London merupakan satu lagi peristiwa bersejarah yang

berlaku pada tahun 2011. Ia bermula di kota London dan kemudian merebak sekitar Birmingham, Bristol dan Liverpool. Demonstarsi ini terjadi ekoran tindakan polis menembak mati seorang pemuda berumur 29 tahun dalam keadaan berbalas tembakan.

Demonstrasi ini juga telah menyebabkan salah seorang pelajar Malaysia di sana, Asyraf

Haziq Rosli, 20 tahun cedera akibat ditumbuk dan dipukul oleh orang yang tidak dikenali.Lebih malang lagi untuk pelajar berkenaan, dalam keadaan cedera dia telah dirompaktanpa mampu melakukan apa-apa. Kejadian ini telah dirakam dan tersebar di laman video

popular Youtube, lalu mendapat perhatian banyak pihak daripada seluruh dunia. Perdana Menteri Britain, David Cameron telah menyampaikan permohonan maaf terhadap apa yang berlaku kepada pelajar berkenaan.

3-Kebangkitan Di Timur Tengah.

Tahun 2011 juga menyaksikan kebangkitan di Timur Tengah akibat rakyat yang tidak berpuashati dengan pemerintahan di negara-negara terlibat. Dikenali juga sebagai Arab

Spring, ia bermula di Tunisia diikuti Mesir dan Syria. Yang paling popular dan dikenali,Hosni Mubarak yang telah memerintah Mesir secara diktator selama 30 tahun akhirnya meletakkan jawatan atas desakan yang dibuat oleh rakyat. Demonstrasi ini juga telah mengakibatkan industri pelancongan dan ekonomi Mesir lumpuh.

4-Kematian Muammar Gaddafi.

Seorang lagi pemimpin diktator yang dikenali ramai, Muammar Gaddafi telah digulingkan

dalam penentangan berdarah yang berlaku di Libya. Kolonel Muammar Abu Minyar al-Gaddafi telah dilahirkan pada 1942 dan merupakan presiden yang memerintah Libya semenjak 1969. Berasal daripada keluarga petani, Muammar Gadaffi menerima pendidikan rendah agama dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan. Daripada sinilah

Gadaffi mengasaskan kumpulan revolusi untuk merampas kepimpinan negara Libya.Menjadikan peritiwa Presiden Gamal Abdel Nasser di Mesir menjatuhkan kerajaan monarki sebagai inspirasi, Gadaffi telah memulakan aktiviti politiknya secara aktif.Mendapat gelaran sebagai “Pemimpin Besar Dan Pengasas Revolusi” pada peringkat awal

pemerintahannya, Gadaffi telah memansuhkan sistem kerajaan beraja di Libya.

Terdapat pelbagai versi cerita mengenai kerajaan yang diperintah oleh Gadaffi ini.

Pemerintahan Gadaffi sering melaungkan yang Libya adalah diperintah oleh rakyat dan

monopolinya terhadap kuasa politik tidak melampau dan tidak zalim seperti diktator lain.Dikalangan negara barat dan Amerika beliau dikenali dengan kelantangan suaranya dalam memperjuangkan isu hak dan keadilan serta mengkritik pimpinan barat kerana isu

diskriminasi terhadap Islam. Ini menjadikan Barat terkadang tidak selesa dengan

265

Page 264: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

pemimpin negara pengeluar minyak di Utara Afrika ini. Gadaffi akhirnya mati di tempatkelahirannya sendiri di bandar Sirte. Beliau dibunuh dengan kejam dan dimalukan oleh

mereka yang membencinya. Mayatnya diarak dan dipamerkan kepada seluruh rakyatLibya sebelum dikebumikan di tempat yang dirahsiakan.

5-Perkahwinan Diraja British.

Satu lagi peristiwa bersejarah pada tahun 2011 adalah apabila Putera William melangsungkan perkahwinan diraja bersama pasangannya Kate middleton. Perkahwinanpasangan diraja ini mendapat liputan meluas media diseluruh dunia. Putera William

merupakan anak kepada mendiang Puteri Diana bersama Putera Charles. Setelah perkahwinan itu, mereka dikurniakan gelaran Duke of Cambridge dan Duchess of Cambridge masing-masing untuk putera Williams dan Kate middleton. Selain itu putera William juga dikurniakan gelaran Earl of Strathearn dan Baron Carrickfergus. Antara yang

dijemput hadir ke majlis tersebut ialah Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

6-Malaysia Airlines Dan Air Asia Bekerjasama.

Isu dan topik syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines System Berhad (MAS) terus menjadi antara topik yang hangat diperkatakan pada 2011. Lebih mengejutkanapabila syarikat penerbangan kebangsaan mengumumkan akan bekerjasama dengan

syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia. Perkara ini berlaku apabila Khazanah Nasional, pemilik saham terbesar dalam Malaysia Airlines membenarkan sebanyak 20.5peratus sahamnya dimiliki oleh Tan Sri Tony Fernandes dan juga Dato KamarudinMeranun melalui syarikat Tune Air Berhad. Kemudian telah dibentangkan Rangka Kerja

Kolaborasi Komprehensif (CCF) bagi menyelaras tindakan yang akan membolehkankedua-dua gergasi penerbangan ini bekerjasama dari segi logistik dan strategik.

Perkara ini telah menimbulkan kontroversi dan menjadi isu hangat apabila dikatakan

terdapat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ketika semua proses ini berlaku.Banyak lagi yang saya ingin tulis mengenai topik ini, namun saya bukan dalam kapasitiyang dibenarkan kerana saya merupakan salah seorang kakitangan syarikat berkenaan.

Mungkin satu masa saya akan menceritakan daripada perspektif saya sendiri mengenai aspek pengurusan dan kepimpinan di Malaysia Airlines itu sendiri.

7-Tuduhan Rasuah Terhadap Dato’ Seri Dr Khir toyo.

Isu rasuah melibatkan mantan Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Khir Toyo menjadi antara topik yang menjadi perhatian ramai kerana ia dianggap sebagai kes berprofile tinggi membabitkan kenamaan negara. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun selepas beliau didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk beliau

dan isterinya dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5juta, empat tahun lalu. Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki yang memutuskan hukuman itu turut mengarahkan perlucutan hak terhadap hartanah tersebut. Kes ini turut

266

Page 265: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

mengundang kontroversi kerana Dato’ Seri Dr Khir Toyo merupakan Menteri Besar danmempunyai kepentingan ketika membeli hartanah terbabit.

8-Pasukan Bola Sepak Malaysia cemerlang di Sukan Sea.

Detik manis dicipta pada 2011 kerana kejayaan skuad bola sepak memenangi pingat emas

di Sukan Sea Jakarta, Indonesia sekaligus mempertahankan emas pada Sukan Sea yanglalu. Menariknya pertandingan adalah melibatkan pasukan Indonesia yang merupakan tuan rumah pada acara berkenaan. Dengan sokongan padu lebih 100 ribu penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bong Karno, seolah rahmat dan rezeki untuk Malaysia

apabila anak buah Ong Kim Swee disuntik semangat dan begitu yakin diri bagi mempertahankan kejuaraan dimana ia merupakan detik yang sangat berharga dalam sejarah bola sepak tanah air.

9-Kematian Presiden Korea Utara, Kim Jong Il.

Tahun 2011 diakhiri dengan kematian Presiden Korea Utara, Kim Jong Il. Serangan jantung dikenalpasti punca yang menyebabkan kematiannya pada usia 69 tahun. Amat

dikenali dengan program senjata nuklearnya sewaktu pemerintahan, Jong-Il mencuri tumpuan dunia apabila cuba bangkit untuk menjadi kuasa dunia baru melalui program persenjataannya. Ketika menjadi Presiden Korea Utara pada awal dan lewat 1990-an,beliau menyaksikan ratusan ribu rakyatnya maut akibat kebuluran, dan masalah

kekurangan makanan berterusan sehingga ke hari ini dan adalah dianggarkan satu pertiga daripada kanak-kanak Korea Utara terbantut tumbesarannya akibat kekuranganzat makanan. Kebanyakan peruntukan kewangan disalurkan untuk pembangunan program ketenteraan dan menguatkan barisan pertahanan kerajaan. Beliau telah

menemui sumber untuk meneruskan program senjata nuklear yang berkesudahandengan ujian letupan nuklear pada Oktober 2006 dan Mei 2009. Anak lelaki bongsu Jong-Il, Kim Jong-Un akan mengisi kekosongan jawatan presiden seterusnya menjadi

pemimpin dan pemerintah tinggi tentera di Korea Utara.

●●●2012

1. Sukan Olimpik 2012 di London.

Malaysia berjaya membawa pulang 2 pingat masing-masing Perak dan Gangsa yang diperoleh Dato’ Lee Chong Wei dalam acara perseorangan badminton dan Pandalela Renong dalam acara terjun.

2. Duit Kertas RM20 diperkenalkan Semula

Duit kertas berwajah baru dan duit kertas RM20 diperkenalkan semula setelah kaliterakhir digunakan pada tahun 1982

3. Peraturan Baru Taman Asuhan Kanak-Kanak

Peraturan baru diperkenalkan memandangkan banyak pusat asuhan kanak-kanak dan

tadika yang tidak berdaftar wujud di kawasan perumahan.

267

Page 266: Nota Temuduga Ppps Edisi Kedua (1)-1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

4. Putera William Dan Kate Middleton Melawat Malaysia (11 September 2012)

Pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton telah membuat lawatan khas ke Malaysia selama tiga hari pada 11 September lepas. Pasangan Duke dan Duchess of Cambridge itu mengadakan lawatan khas bagi pihak Ratu Queen Elizabeth II sebagai

sebahagian siri lawatan ke beberapa negara Komanwel bersempena sambutan ulangtahun ke-60 pemerintahan baginda Ratu.

Lawatan pertama kali pasangan diraja itu bertujuan merapatkan hubungan dua hala

antara kedua-dua negara yang telah lama terjalin. Semasa lawatan tersebut, pasangan diraja itu telah dibawa menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.Pasangan diraja tersebut juga telah dirai dalam satu majlis malam diraja di Istana Negara.

Selain itu juga, pasangan diraja tersebut telah mengadakan pertemuan dengan Perdana

Menteri dan Isteri sebelum menghadiri majlis makan tengah hari di Seri Perdana.

Selain menghadiri program rasmi, pasangan itu juga telah mengadakan lawatan ke Hospis

Malaysia di mana Middleton yang juga penaung diraja hospis kanak-kanak East Angliadijadualkan menyampaikan ucapan umum yang pertama di luar Britain.

Pasangan itu juga telah menghadiri persembahan kebudayaan khas di Taman Kuala

Lumpur City Centre (KLCC) sebelum berangkat ke Kota Kinabalu dan mengakhiri lawatandengan melawat ke Lembah Danum iaitu salah satu hutan hujan tropika utama di Sabah.

5. Lesen pemanduan transmisi automatic diperkenalkan

Lesen pemanduan ini akan diperkenalkan pada May setelah kurikulum pembelajaran danpengambilan lesen menggunakan kenderaan transmisi automatik digubal.

6. Perkhidmatan keretapi KTM yang lebih laju

Lebih 90,000 pengguna di KL, Klang, Seremban dan Rawang dijangka mendapatperkhidmatan keretapi yang lebih laju apabila KTM memperkenalkan keretapi baru pada

Mac.

7. Diskaun 50 peratus kepada pengguna LRT dan Monorail warga tua

Warga tua yang memang kad konsesi boleh menikmati diskaun 50 peratus LRT dan

Monorail bermula 1 Januari.

-TAMAT-SEMOGA BERJAYA DALAM TEMUDUGA ANDA

268