Nota Tenaga Haba Tahun 5

9
Menyiasat Alam Fizikal : Tenaga Haba (Ulang Kaji Tahun 5) N O T A Tenaga Haba 1. Haba adalah suatu bentuk tenaga. 2 . Objek yang menerima tenaga haba akan menjadi panas. 3 .Haba boleh mengalir dari objek yang panas kepada objek yang sejuk. 4.Sumber tenaga haba utama bagi Bumi ialah Matahari. 5. Tanpa tenaga haba dari Matahari, Bumi akan menjadi terlalu sejuk dantidak sesuai untuk didiami oleh hidupan. 6.Sumber-sumber lain tenaga haba termasuklah daripada pembakaran bahan dan tenaga elektrik. 7.Tenaga haba juga boleh mengubah keadaan fizikal bahan . 8. Apabila sesuatu bahan dipanaskan, bahan itu akanmengembang dan bertambah saiznya. 9. Apabila sesuatu bahan disejukkan , bahan itu akan mengecut dan berkurang saiznya. Kesan Haba ke atas Bahan(a) Pengembangan dan Pengecutan Pepejal

description

NOTA TENAGA HABA TAHUN 5

Transcript of Nota Tenaga Haba Tahun 5

Menyiasat Alam Fizikal : Tenaga Haba (Ulang Kaji Tahun 5)

NOTATenaga Haba1. Haba adalah suatu bentuk tenaga. 2 . Objek yang menerima tenaga haba akan menjadi panas. 3 .Haba boleh mengalir dari objek yang panas kepada objek yang sejuk. 4.Sumber tenaga haba utama bagi Bumi ialah Matahari. 5. Tanpa tenaga haba dari Matahari, Bumi akan menjadi terlalu sejuk dantidak sesuai untuk

didiami oleh hidupan.

6.Sumber-sumber lain tenaga haba termasuklah daripada pembakaran bahan dan tenaga elektrik.7.Tenaga haba juga boleh mengubah keadaan fizikal bahan.8.Apabila sesuatu bahan dipanaskan, bahan itu akanmengembang dan bertambah saiznya.9.Apabila sesuatu bahan disejukkan , bahan itu akan mengecut dan berkurang saiznya.

Kesan Haba ke atas Bahan(a) Pengembangan dan Pengecutan Pepejal1.Pepejal akan mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan. Namun begitu, pengembangan dan pengecutan pepejal tidakmelibatkan perubahan yang besar dan sukar dikesan oleh mata kasar.

2 Co nt oh pengembangan p epejal: Penutup botol (logam) yang ketat boleh dibuka dengan mudah denganmemanaskan penutup itu. Apabila penutup dipanaskan, ia akan memgembang dan bertambah saiznya. Ini membolehkan penutup itudibuka dengan senang.3 . Aplikasi pengembangan dan pengecutan pepejali. Celah-celah pada landasan kereta api di bahagianpenyambungannya bertujuan untuk mengelakkan landasan besimembengkok apabila mengembang pada hari panas.ii. Kabel telefon dan kabel elektrik dipasang kendur sedikit di antaratiang. Ini bertujuan untuk mengelakkan kabel menjadi tegang danputus pada waktu malam yang lebih sejuk.(b) Pengembangan dan PengecutanCecair1. Cecair juga mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabiladisejukkan.2.Pengembangan dan pengecutan cecair adalah lebih banyakdaripada pepejal.3. Aplikasi pengembangan dan pengecutan cecair

Pengembangan dan pengecutan merkuri (raksa) dalam termometermembolehkan kita menyukat suhu sesuatu bahan.(c) Pengembangan dan Pengecutan Gas

1. Seperti pepejal dan cecair, gas juga boleh mengembang dan mengecut.2.Pengembangan dan pengecutan dalam gas adalah paling banyakberbanding pepejal dan cecair.3. Aplikasi pengembangan gas

Dalam industri membuat roti, gas karbon dioksida hasil daripadapenapaian yis (ragi) mengembang apabila adunan roti dipanaskan. Iniakan menaikkan adunan roti.LAMPIRAN 1Lembaran KerjaStesen 1 dan 21. a) Apa yang berlaku kepada ketulan ais apabila dipanaskan?_______________________________________________________

(b) Apa yang menyebabkan kejadian ini?_______________________________________________________ (c) Bagaimanakah cara untuk menukarkan air menjadi ais semula? _______________________________________________________(d) Namakan proses perubahan rupa bentuk bahan yang berlaku di (a)._______________________________________________________Stesen 3 dan 4

2. (a) Masukkan bebola besi ke dalam gelang. Adakah bebolabesi itudapat masuk melalui gelang?

_______________________________________________________(b) Panaskan bebola besi selama beberapa minit. Cuba masukkanbebolabesi ke dalam gelang sekali lagi.Adakah bebola besi itu dapat masuk melalui gelang? Mengapa?

____________________________________________________(c) Biarkan bebola besi menjadi sejuk. Cuba masukkan bebola besimelalui gelang sekali lagi. Catatkan pemerhatian anda._______________________________________________________(d) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan aktiviti ini?_______________________________________________________(e) Bagaimana anda dapat mengaplikasikan konsep berkaitan tenagahaba ini dalam kehidupan seharian?______________________________________________________ Stesen 5 dan 6

2. (a) Masukkan kelalang ke dalam air panas. Apa yang berlaku kepadaaras air dalam tiub kaca?_______________________________________________________(b) Terangkan fenomena ini._______________________________________________________

(c) Ramalkan apa yang akan berlaku apabila kelalang dimasukkan kedalam air sejuk.

_______________________________________________________Stesen 7 dan 8

3. (a) Masukkan botol dalam air panas. Perhatikan apa yang berlakukepada belon.

_______________________________________________________(b) Apakah inferens yang boleh dibuat daripada aktiviti di(a)? _______________________________________________________(c) Bagaimana konsep yang terlibat dalam aktiviti ini boleh diaplikasikandalam industri atau kehidupan seharian? ______________________________________________________(d)_______________________________________________________

(e)_______________________________________________________LAMPIRAN 2Latihan

A. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai daripada senaraiperkataan berikut.panas tenaga haba sejukmengembang tenaga elektrik mengecut 1. Haba merupakan suatu bentuk bentuk ____________________ .2 . Antara sumber-sumber haba ialah Matahari, pembakaran bahan dan____________________ .3.Bahan ____________________ apabila dipanaskan dan____________________ apabila disejukkan.4. Objek yang panas akan membebaskan ____________________ .5. Haba mengalir dari objek yang ____________________ ke objek yang____________________ .B. Jawab soalan yang berikut.1. Kaji jadual di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.Masa (minit) 0

0246810

Suhu air (C)806552423735

Jadual di atas diperoleh dalam satu eksperimen. Dalam eksperimen ini,suhu air panas dalam sebuah bikar yang terdedah disukat pada sela masa tertentu.(a) Namakan alat yang boleh digunakan untuk menyukat suhu sepertidalam eskperimen ini._______________________________________________________(b) Berdasarkan keputusan dalam jadual di atas, apakah inferens yangboleh dibuat?_______________________________________________________ (c) Namakan:i) pemboleh ubah yang dimanipulasikan.___________________________________________________ ii. pemboleh ubah yang bergerak balas. ___________________________________________________ (d) Cadangkan dua cara untuk memperlahankan penurunan suhu.i. ____________________________________________________ii.____________________________________________________

JAWAPAN

A: 1. Tenaga 4. Haba

2. tenaga elektrik 5. panas, sejuk 3. mengembang, mengecutB: (a) thermometer

b) Suhu air menurun kerana tenaga haba daripada air panas terbebaske persekitaran

menyebabkan air itu semakin sejuk. c) i. masa (minit)

ii.suhu air (0C)d) i. Menutup bikar dengan bahan penebat haba seperti kayu/kapas ii. Melapik bikar dengan bahan penebat haba seperti kayu