Nota ti bab 1

6

Click here to load reader

Transcript of Nota ti bab 1

Page 1: Nota ti bab 1

BAB 1 : ASAL USUL TURKI

Masyarakat Turki sekarang amat terkenal dan masyhur dikalangan

masyarakat Asia. Mereka dikenali dengan bangsa Turaniyah iaitu

menyerupai orang China, Tibet, dan Jepun. Akibat berlakunya

percampuran dengan bangsa yang lain - Ketika berada di Asia Barat

seperti orang QuQaz, Macedonia, Arnut, Rom ,Bulgaria, Akrad, Serbia

maka lahirlah mereka menjadi sebuah bangsa yang tidak menyerupai

Mongolia dan China.

Kawasan ini didiami oleh Puak Ghuz yang dikenali sebagai Turks.

Terletak di seberang sungai yang dinamakan sebagai Turkistan. Kawasan

ini terletak antara kawasan banjaran Mongolia dan utara China di timur

dan Laut Khazar di barat, Tanah pamah Siberia di utara dan benua kecil

India dan Parsi di selatan. Pada separuh ke2 kurun ke 6M, suku-suku ini

berpindah secara besar-besaran dari penempatan asal mereka ke Asia

minor,(sebab perpindahan) disebabkan oleh factor ekonomi atau politik

dimana puak ini mendapat tekanan hebat dari puak lain yang lebih besar

dan kuat iaitu puak Mongol. Mereka terpaksa berpindah bagi mencari

penempatan baru yang lebih aman dan stabil.

Puak ini telah mendiami kawasan tebing Sungai Jaihun kemudian

menetap seketika di Tabriztan dan Gorgan. Ini bermakna mereka berada

berdekatan dengan wilayah islam yang berjaya ditakluk selepas

peperangan Nahawand selepas kejatuhan Empayar Sassani di Parsi

tahun 21H/641M.

Hubungan dengan dunia islam

Pada tahun 22H/642M angkatan tentera islam telah mara ke Bab

(kawasan puak Turks). Ketua tentera islam adalah Abdul Rahm bin

Rabi’ah bertemu dengan Raja Turks Shahrubaraz. Raja Turks telah

meminta perjanjian dari Abdul Rahman dan menyatakan kesediaan

untuk turut sama dalam angkatan tentera islam memerangi Armenia.

Maka Abdul Rahman telah mengarahkan Shah bertemu dengan

panglima islam Suraqah bin Amru. Suraqah menerima kehadiran Shah.

Beliau menulis surat kepada khalifah Umar bin al-Khattab memaklumkan

perkara tersebut. Umar bersetuju dengan tindakan tersebut dan

Page 2: Nota ti bab 1

berlakulah perjanjian damai antara kedua pihak. Sejak itu tidak berlaku

lagi peperangan antara Turki dan Islam malah bersama-sama menakluk

dan menyebarkan islam di Armenia.

Tentera islam mara menakluk Negara-negara di timur Laut Parsi

dan berjaya menyebarkan islam di sana.Setelah Berjaya menjatuhkan

empayar Parsi yang dianggap sebagai tembok yang menghalang

kemaraan tentera islam ke wilayah tersebut. Setelah halangan ini

Berjaya dihapuskan ditambah dengan kejayaan penaklukan islam, kini

pintu terbuka luas untuk puak-puak yang mendiami kawasan tersebut

termasuklah puak Turk. Dengan ini wujudlah hubungan langsung antarra

puak ini dengan umat islam. Puak Turk akhirnya memeluk islam dan

turut sama menyertai barisan pejuang untuk menyebarkan islam dan

memartabatkan kalimah Allah.

Pada zaman khalifah Uthman bin Affan, Tabariztan Berjaya

ditakluk. Umat islam telah menyeberangi Sungai Jaihun pada 31H dan

bertapak di wilayah seberang sungai, ramai puak Turk memeluk islam.

Mereka menjadi pembela islam dan turut sama berjihad menyebarkan

seruan Allah kepada seluruh manusia. Tentera islam terus mara

menawan Bukhara pada zaman Muawiyah bin Abu Sufyan . tentera

hebat ini merentas hingga sampai ke wilayah Samarqand. Akhirnya

seluruh Wilayah seberang sungai berada dalam keadilan pemerintahan

islam. Mereka hidup dibawah naungan tamadun islam yang agung.

Semenjak dari tarikh itu, puak Turk mula muncul memainkan peranan

penting dalam sejarah islam. Malah akhirnya mereka Berjaya membina

sebuah empayar islam yang besar dan ada hubungan yang kuat dengan

para khallifah Empayar Abbasi dikenali sebagai Empayar Saljuk.

Kemunculan kerajaan Saljuk

Adapun Negara Anatolia (Asia Kecil) pada kurun ke 5H ditakluk di

bawah raja Konstantinopal. Dunia islam terbahagi kepada 2 bahagian,

kerajaan Abbasi di Baghdad dan kerajaan Fatimiyah di Mesir.

Kerajaan Saljuk menyokong khalifah Abbasi di Baghdad dan

menaikkan semula fahaman sunnah, setelah hampir runtuh disebabkan

pengaruh kerajaan Buweih di Iran dan Iraq serta pengaruh kerajaan

Page 3: Nota ti bab 1

Abidi Fatimi di Mesir dan Sham. Kerajaan Saljuk Berjaya menghapuskan

pengaruh kerajaan Buweih sepenuhnya dan menyekat peluasaan

pengaruh kerajaan Abidi Fatimi.

Tugrul Bey seorang yang berwibawa, bijak dan berani. Beliau

seorang yang kuat pada agama, warak dan adil.oleh kerana sifat ini

beliau mendapat sokongan dan bantuan padu daripada rakyatnya.

Beliau telah mempersiapkan satu angkatan tentera yang kuat. Beliau

juga berusaha unutk menyatukan semua kuasa Saljuk Turki di bawah

satu empayar yang kuat.

Bagi mengukuhkan lagi hubungan antara khalifah Abbasi al-Qaaim

bin Amrillah, dengan pemerintah empayar Saljuk Tugrul Bey, khalifah

telah berkahwin dengan anak Jufri Bey abang Tugrul Bey pada tahun

448H/1056M. selepas itu pada bulan syaaban tahun 454H/1062M.

Walaubagaimanapun, hayat Tugrul Bey tidak berpanjangan. Beliau

meninggal dunia pada malam jumaat 8hb Ramadan tahun 455H/1062M.

umur beliau ketika itu hampir 70 tahun

Sultan Muhammad bergelar Alp Arslan

Selepas kewafatan sultan Tugrul Bey , Alp Arslan telah menaiki

tahkta yang mana telah berlaku perebutan kuasa tapi dia telah Berjaya

meredakannya. Seperti pak ciknya , Arslan seorang pemerintah yang

pintar dan berani. Pada awal pemerintahannya beliau melaksanakan

dasar tertutup bertujuan mengukuhkan setiap sudut pentadbiran dalam

Negara yang tunduk di bawah empayar Saljuk. Setelah itu, barulah beliau

merancang untuk menakluk Negara-negara baru yang akan digabungkan

dalam empayarnya. Beliau juga seorang yang bersemangat untuk

berjihad di jalan Allah dan menyebarkan islam di Negara kristian yang

berjiran seperti Armania dan Rom. Sesungguhnya beliau mampu

menguasai Armania dan menghancurkan rajanya. Maka berlakulah

peperangan dari segenap pelusuk sehinggalah ke istananya.

Penaklukan yang dicapai oleh Arslan menimbulkan kemarahan

Romanos, pemerintah Rom. Maharaja ini tekad melancarkan serangan

balas bagi mempertahankan empayarnya. Beliau menghantar

Page 4: Nota ti bab 1

tenteranya utuk melancarkan serangan kepada tentera Saljuk.

Pertempuran paling sengit ialah perang Malzgirt yang tercetus pada

tahun 463H/Ogos 1070M.

Raja Romanos juga Berjaya ditawan oleh seorang hamba. Beliau

telah memukul raja itu dengan tangannya.

Arslan : Jika saya menjadi tawanan di hadapan engkau, apakah yang

engkau akan lakukan pada saya?

raja rom : Saya akan lakukan segala yang tidak baik

Arslan : Apakah yang engkau jangka saya akan lakukan?

Raja rom : Samada engkau bunuh dan malukan saya di negaramu atau

engkau ampunkan saya dengna mengambil wang tebusan dan

kembalikan saya ke empayar saya.

Arslan : Saya sememangnya beri pengampunan dan minta tebusan saja.

Arlsan meminta wang tebusan sebanyak 1.5 juta dinar. Raja pun berdiri

di depan Arslan dan beliau memberi air. Raja mengucup tanah di

depannya dan mengucup tanah sambil mengadap Arslan sebagai tanda

hormat. Arslan memberikan 10 ribu dinar untuk persiapan raja dan dia

dibebaskan bersama sejumlah besar paderi dan pengikutnya. Arslan

menghantar tentera untuk mengiringi raja ke wilayahnya. Tentera ini

membawa bendera yang tertulis “ tiada tuhan selain Allah dan

Muhammad utusan Allah.”

Arslan seorang yang baik dan sentiasa mengambil kira factor

emosi dan fizikal untuk menang. Beliau sentiasa mendampingi ulama

dan bersikap terbuka menerima nasihat mereka. Contohnya Abu Nasr

Muhammad bin Abdul Malik al-Bukhari al-Hanafi ketika perang

Malazgirt. Beliau berkata: jika engkau berperang untuk

mempertahankan agama sudah tentu Allah menjanjikan kemenangan

untukmu dan membenarkan agama ini mengatasi agama lain. Saya

berharap semoga Allah catatkan namamu untuk perolehi kemenangan.

Bereperanglah pada hari jumaat ketika khatib berkhutbah di mimbar

kerana mereka berdoa untuk para pejuang.

Page 5: Nota ti bab 1

Arslan telah terbunuh di tangan pemberontak bernama Yusof al-

Khawarizmi pada 1 Rabiul Awal tahun 456H/1072M. Beliau dikebumikan

di Bandar Marwa bersebelahan kubur bapanya. Beliau diganti oleh

anaknya Malikshah. Pada zaman Malikshah empayar Saljuk semakin luas

hingga merangkumi Afghanistan di timur dan Asia Minor di barat serta

Sham di selatan. Dengan kematian Malikshah 447H-485H/1055M-

1092M, berakhirlah zaman kegemilangan dan kekuasaan Saljuk. Zaman 3

org sultan Tugrul Bey, Alps Arslan dan Malikshah zaman kegemilangan.

Dengan kematian mereka bermulalah zaman kejatuhan dan

pertumpahan darah. Zaman Arslan dan Malikshah wujud menteri iaitu

Nizam Muluk. Kemudian menyaksikan kejatuhan ketika di bawah

pemerintahan Ghiyasuddin Abu Sujak Muhammad yang berterusan

sehingga 511H/1128M. maka berakhirlah empayar Saljuk.

Wujud beberapa factor yang menyebabkan kejatuhan empayar

Saljuk yang turut menjadi punca kejatuhan khilafah Abbasi selepas itu.

1. Perebutan takhta di kalangan ahli keuarga Saljuk yang wujud di

kalangan saudara mara, bapa saudara, anak dan cucu.

2. Campur tangan kaum wanita dalam pemerintahan.

3. Tindakan beberapa orang pemerintah, menteri dan atabek yang

menyemarakkan pertelingkahan antara pemerintah Saljuk.

4. Kelemahan khalifah Abbasi yang tunduk dengan kuasa tentera Saljuk

5. Kegagalan empayar Saljuk menyatukan wilayah Sham, mesir, Iraq di

bawah kuasa khilafah Abbasi.

6. Perpecahan dalam antara Saljuk hingga membawa kepada perang

saudara yang berpanjangan.

7. Konspirasi jahat terhadap empayar Saljuk yang sentiasa melakukan

tindakan khianat dan bunuh ramai sultan saljuk dan panglima perang

mereka.

8. Serangan oleh tentera salib dari seberang laut dan peperangan

empayar Saljuk degan serangan ganas dari eropah.

Page 6: Nota ti bab 1