NOTA TING 1.doc

63
Tajuk 1 – Al Quran Menjana Kecemerlangan Hidup. Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah Al Baqarah: Ayat 1 - 5. Maksudnya: 1. Alif laam miin. 2. Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, 3. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang kami anugerahkan kepada mereka. 4. Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang Telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang Telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. 5. Mereka Itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung. 1. Al Quran merupakan kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibrail. 2. Al Quran menjadi panduan hidup yang lengkap merangkum hubungan manusia dengan Allah SWT seperti ibadat solat dan hubungan manusia dengan manusia seperti berbuat baik kepada ibu bapa, berakhlak mulia dan sebagainya. 3. Kelebihan beramal dengan ajaran al Quran: (a) memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat; (b) mendapat hidayat daripada Allah SWT; (c) jiwa dan perasaan sentiasa tenang. 4. Takwa ialah mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah SWT dengan mengerjakan segala suruhan Nya dan meninggalkan segala larangan Nya. 5. Ciri-ciri mukmin bertakwa: (a) beriman dan beramal dengan ajaran yang terdapat dalam al Quran; (b) beriman dengan hari kiamat; (c) mendirikan solat lima waktu. 6. Kelebihan orang yang bertakwa:

Transcript of NOTA TING 1.doc

Page 1: NOTA TING 1.doc

Tajuk 1 –  Al Quran Menjana Kecemerlangan Hidup.

Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah Al Baqarah: Ayat  1 - 5.

Maksudnya: 1.  Alif laam miin. 2.  Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk

bagi mereka yang bertaqwa, 3.  (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang

mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang kami anugerahkan kepada

mereka. 4.  Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang Telah diturunkan

kepadamu dan kitab-kitab yang Telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan

adanya (kehidupan) akhirat. 5.  Mereka Itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan

mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.

1.       Al Quran merupakan kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad

SAW melalui  malaikat Jibrail.

2.       Al Quran menjadi panduan hidup yang lengkap merangkum hubungan

manusia  dengan Allah SWT seperti ibadat solat dan hubungan manusia dengan manusia

seperti berbuat baik kepada ibu bapa, berakhlak mulia dan sebagainya.

3.         Kelebihan beramal dengan ajaran al Quran:

(a)    memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat;

(b)   mendapat hidayat daripada Allah SWT;

(c)    jiwa dan perasaan sentiasa tenang.

4.         Takwa ialah mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah

SWT dengan mengerjakan segala suruhan Nya dan meninggalkan segala larangan  Nya.

5.         Ciri-ciri mukmin bertakwa:

(a)    beriman dan beramal dengan ajaran yang terdapat dalam al Quran;

(b)   beriman dengan hari kiamat;

(c)    mendirikan solat lima waktu.

6.         Kelebihan orang yang bertakwa:

(a)    sentiasa berada dalam keredaan dan kasih sayang Allah SWT;

(b)   mendapat kebahgiaan hidup di dunia dan di akhirat;

(c)    tabah, cekal dan sentiasa bersifat dengan sifat-sifat mulia dalam kehidupan.

Page 2: NOTA TING 1.doc

7.         Usaha untuk menjadi pelajar yang bertakwa:

(a)    sentiasa menunaikan solat fardu pada awal waktu;

(b)   rajin mengulangkaji pelajaran;

(c)    sentiasa membaca al Quran.

Tajuk 2 – Mencontohi Kepatuhan Malaikat

Ayat Pemahaman: Surah Al Baqarah: Ayat  34 – 37.

Maksudnya: 34.  Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah

kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan

adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. 35.  Dan kami berfirman: "Hai Adam,

diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang

banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang

menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.36.  Lalu keduanya digelincirkan

oleh syaitan dari surga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan kami berfirman:

"Turunlah kamu! sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat

kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan." 37.  Kemudian

Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, Maka Allah menerima taubatnya.

Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

1.         Dalam ayat 34 surah al Baqarah, Allah SWT memerintahkan malaikat dan iblis  sujud iaitu memberi hormat kepada Adam.

2.         Malaikat dengan segera mematuhi perintah tersebut dengan memberi hormat

kepada Adam, sebaliknya iblis dengan angkuh dan takbur enggan patuh pada   perintah

Allah SWT.

3.         Cara syaitan memperdaya manusia:

(a)    menggoda manusia supaya mensyirikkan Allah SWT;

(b)   mempengaruhi manusia agar mengingkari suruhan Allah SWT;

(c)    mendorong manusia melakukan maksiat;

(d)   menggoda manusia supaya bersengketa.

4.         Cara menghindari tipu daya syaitan/iblis:

(a)    taat dan patuh pada perintah Allah SWT;

(b)   meninggalkan segala larangan Allah SWT;

Page 3: NOTA TING 1.doc

(c)    melakukan ibadat kepada Allah dengan penuh khusyuk.

5.         Syarat-syarat taubat:

(a)    menyesali kesalahan yang telah dilakukannya;

(b)   berhenti daripada melakukan perbuatan maksiat serta-merta;

(c)    berazam tidak akan mengulangi lagi kesalahan yang telah dilakukan;

(d)   meminta maaf atau mengembalikan hak orang lain sekiranya melakukan kesalahan kepada

manusia.

6.         Ciri-ciri orang yang taat perintah Allah SWT:

(a)    memelihara iman daripada perkara-perkara yang boleh merosakkannya;

(b)   sentiasa patuh pada suruhan Allah SWT;

(c)    sentiasa mengingati Allah SWT;

(d)   sentiasa menjaga maruah diri.      

Tajuk 3 – Berbudi Dan Berbakti Cara Hidup Mukmin

Ayat Pemahaman: Surah Al Baqarah: Ayat  83.

Maksudnya: 83.  Dan (ingatlah), ketika kami mengambil janji dari Bani Israil (yaitu):

janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum

kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik

kepada manusia, Dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi

janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling.

1.          Perintah Allah SWT kepada Bani Israel berdasarkan ayat di atas:

(a)    menyembah Allah SWT yang Maha Esa;

(b)   berbakti kepada ibu bapa;

(c)    berbuat baik kepada kaum kerabat;

(d)   membantu anak yatim;

(e)    berkomunikasi sesama manusia dengan baik;

(f)    membantu orang miskin;

(g)   menunaikan solat;

(h)   mengeluarkan zakat.

2.         Cara berbakti kepada ibu bapa:

Page 4: NOTA TING 1.doc

(a)    menghormati dan menyayangi ibu bapa;

(b)   mentaati perintah ibu bapa yang tidak bercanggah dengan hokum syarak;

(c)    menjaga mereka sama ada ketika sihat atau sakit;

3.         Cara menjalinkan hubungan dengan kaum kerabat;

(a)    membantu kaum kerabat yang berada dalam kesusahan;

(b)   hormat menghormati antara satu dengan yang lain;

(c)    menziarahi mereka apabila lama tidak berjumpa.

4.         Cara berbuat baik kepada anak yatim dan orang miskin:

(a)    memberikan bantuan untuk membiayai makanan, minuman, pakaian dan persekolahan

mereka;

(b)   menjaga harta anak yatim dengan baik dan memulangkannya semula apabila mereka

dewasa;

(c)    bergaul dengan cara yang baik dan tidak bersikap sombong terhadap mereka.

5.         Adab-adab berkomunikasi:

(a)    bercakap dengan baik ketika berhubung dengan semua golongan;

(b)   bercakap hanya pada perkara-perkara yang berfaedah saja;

(c)    mengajak kawan-kawan melakukan kebaikan cegah mereka daripada melakukan

kejahatan.

6.         Kesan menjaga solat:

(a)    menjauhi diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT;

(b)   memberi ketenangan jiwa dan perasaan.

7.         Peranan zakat dalam Islam:

(a)    memberikan bantuan kewangan kepada pelajar yang kurang berkemampuan supaya dapat

melanjutkan pelajaran;

(b)   membangunkan negara seperti membina masjid, sekolah, rumah anak yatim dan

sebagainya.

 Tajuk 4 – Sabar Menghadapi Ujian Allah SWT

Ayat Pemahaman: Surah Al Baqarah: Ayat  155 – 156.

Page 5: NOTA TING 1.doc

Maksudnya: 155.  Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit

ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita

gembira kepada orang-orang yang sabar.

156.  (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna

lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun".

 1.         Bentuk-bentuk ujian Allah SWT kepada manusia berdasarkan ayat di atas:

(a)    perasaan takut dan gerun kepada musuh;

(b)   kematian atau kehilangan orang yang disayangi;

(c)    kelaparan dan kebuluran;

(d)   kekurangan hasil tanaman;

(e)    berlaku kegawatan ekonomi.

2.         Ciri-ciri orang yang berjaya menghadapi ujian Allah SWT:

(a)    memiliki keimanan yang teguh kepada Allah SWT;

(b)   memiliki sifat sabar dan reda dalam diri;

(c)    mengingati Allah SWT ketika senang atau susah.

3.         Tujuan Allah SWT memberikan ujian kepada seseorang:

(a)    untuk membuktikan kekuasaan Allah SWT;

(b)   untuk menunjukkan bahawa manusia merupakan makhluk Allah SWT yang lemah dan

amat mengharapkan bantuan daripada Nya;

(c)    untuk menunjukkan bahawa manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada menerima

ujian daripada Allah SWT.

4.         Cara-cara menghadapi ujian Allah SWT:

(a)    mengucapkan “inna lillahi wainna ilaihi rajiuun”;

(b)   bersabar menghadapi ujian tersebut;

(c)    berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

5.         Hikmat ujian Allah SWT kepada manusia:

(a)    meningkatkan keimanan dan ketakwaan seseorang kepada Allah SWT;

(b)   melahirkan mukmin yang cekal dan tabah dalam mengharungi hidup di dunia;

(c)    menjadikan mukmin yang berjiwa positif dan sentiasa bermuhasabah diri serta

memperbaiki kelemahan dan kesilapan;

Page 6: NOTA TING 1.doc

(d)   melahirkan perasaan reda dan bersyukur terhadap ketentuan Ilahi.

Tajuk: 5 – Makanan Yang Halal Dan Yang Haram Menurut Islam

Ayat Pemahaman: Surah al-Baqarah: Ayat 168.

Maksudnya: 168.  Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang

terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; Karena

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

1.         Makanan halal ialah makanan yang baik untuk kesihatan rohani dan jasmani          

menurut Islam.

2.         Makanan haram ialah makanan yang memudaratkan kesihatan jasmani dan            

rohani.

3.         Ciri-ciri makanan yang halal:

(a)    binatang atau tumbuh-tumbuhan yang halal dimakan menurut al-Quran dan as-Sunnah;

(b)   binatang yang disembelih dengan nama Allah SWT;

(c)    makanan atau minuman yang tidak merosakkan akal fikiran.

4.         Ciri-ciri makanan yang haram:

(a)    binatang halal yang disembelih tanpa menyebut nama Allah SWT;

(b)   babi dan anjing serta makanan yang diproses daripada kedua-duanya;

(c)    benda-benda yang boleh memudaratkan kesihatan badan dan kewarasan akal.

5.         Islam mengharuskan umatnya makan makanan yang haram sekiranya seseorang

itu dalam darurat seperti ketiadaan makanan yang halal atau tidak dapat mencarinya

supaya seseorang itu tidak mati kebuluran.

 6.         Akibat makan makanan yang haram:

(a)    hati menjadi gelap dan tertutup untuk menerima hidayat dari Allah SWT;

(b)   kesihatan jasmani dan kewarasan akal akan terjejas;

(c)    amal ibadat yang dilakukan tidak diterima oleh Allah SWT.

7.         Hikmat makan makanan yang halal:

Page 7: NOTA TING 1.doc

(a)    mudah menerima hidayat daripada Allah SWT;

(b)   khusyuk ketika beribadat kepada Allah SWT;

(c)    doa akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

8.         Makanan seimbang ialah makan yang mempunyai semua jenis bahan yang  

diperlukan untuk pertumbuhan dan kesihatan fizikal dan mental.

9.       Antara ciri-ciri makanan seimbang ialah:

(a)    makanan yang halal;

(b)   makanan yang segar dan bersih;

(c)    makanan yang baik untuk kesihatan fizikal dan mental.

10.       Keburukan mengambil makanan yang terlalu banyak dan membazir ialah:

(a)    membawa kepada pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, sakit

jantung dan sebagainya;

(b)   tidak dapat beribadat dengan baik;

(c)    menjadi sahabat syaitan.

 Tajuk: 6 – Kepentingan Doa Dalam Hidup Mukmin

Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah Al Baqarah: Ayat  201 

Maksudnya: 201.  Dan di antara mereka ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah

kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".

1.         Doa ialah memohon kepada Allah SWT sesuatu kebaikan yang diharuskan oleh     

syarak.

2.         Contoh kebaikan di dunia yang digalakkan berdoa ialah:

(a)    berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan;

(b)   berjaya masuk ke universiti;

(c)    memiliki keluarga yang bahagia.

3.         Contoh kebaikan di akhirat yang digalakkan berdoa ialah:

(a)    mendapat keampunan Allah SWT;

(b)   mendapat syafaat seperti syafaat nabi;

Page 8: NOTA TING 1.doc

(c)    mendapat ganjaran syurga yang penuh dengan kenikmatan.

4.         Antara tujuan berdoa ialah:

(a)    untuk memohon sesuatu hajat daripada Allah SWT;

(b)   untuk memohon kejayaan hidup di dunia dan di akhirat;

(c)    untuk mengelakkan diri daripada berputus asa apabila gagal.

5.         Adab-adab berdoa:

(a)    suci daripada hadas;

(b)   mengangkat kedua-dua belah tangan;

(c)    dimulai dengan membaca basmalah;

(d)   berselawat kepada nabi di awal dan di akhir doa;

(e)    berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk.

6.         Hikmat berdoa:

(a)    supaya segala cita-cita yang baik tercapai;

(b)   melatih diri agar sentiasa mengingati Allah SWT dalam apa jua keadaan;

(c)    memupuk sikap sabar, reda dan bersyukur kepada Allah SWT.

 Tajuk: 7 – Arak Dan Judi Memusnahkan Kehidupan

Ayat Pemahaman: Surah al-Baqarah: Ayat: 219

Maksudnya: 219.  Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada

keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa

keduanya lebih besar dari manfaatnya". dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka

nafkahkan. Katakanlah: " yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-

ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,

1.         Arak ialah minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan.

2.         Judi ialah permainan yang menggunakan wang dan sebagainya sebagai

pertaruhan.

3.         Minum arak dan berjudi hukumnya adalah haram walaupun sedikit, sama ada

mabuk ataupun tidak.

Page 9: NOTA TING 1.doc

4.         Keburukan arak dan judi:

(a)    seseorang itu akan meninggalkan perintah Allah SWT;

(b)   memudaratkan kesihatan fizikal dan mental;

(c)    kegiatan maksiat dan jenayah berleluasa.

5.         Menurut Imam As-Syafie, hukuman bagi kesalahan minum arak ialah 40 sebatan

walaupun minum hanya sekali atau sedikit saja.

6.         Hukuman bagi orang yang berjudi pula ialah boleh didenda serta dirampas harta

yang diperoleh hasil daripada perjudian tersebut.

7.         Usaha untuk menghindarkan diri daripada minum arak dan berjudi:

(a)    jauhi diri daripada bergaul dengan peminum arak dan orang yang berjudi;

(b)   hindarkan diri daripada memasuki tempat perjudian dan tempat minum arak;

(c)    tidak melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan maksiat dan penyalahgunaan dadah.

8.         Hikmat pengharaman arak dan judi terhadap individu:

(a)    berdisiplin dan bertanggungjawab;

(b)   bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan;

(c)    menjadi warganegara yang berguna.

9.       Hikmat pengharaman arak dan judi terhadap keluarga:

(a)    mewujudkan keluarga yang bahagia;

(b)   menjamin kebajikan keluarga;

(c)    mendapat pendidikan yang baik dan sempurna.

10.       Hikmat pengharaman arak dan judi kepada masyarakat:

(a)    menjamin keharmonian hidup bermasyarakat;

(b)   memudahkan tercapainya matlamat negara;

(c)    masyarakat dapat hidup dengan bersatu padu.

11.       Hikmat pengharaman arak dan judi terhadap negara:

(a)    pembangunan negara dapat berjalan dengan lancar;

(b)   menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Page 10: NOTA TING 1.doc

 Tajuk: 8 – Keagungan Dan Kekuasaan Allah SWT

Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah al-Baqarah: Ayat 255

Maksudnya: 255.  Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia yang

hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur.

Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi

Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang

mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang

dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. dan Allah tidak merasa berat

memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha besar.

1.         Isi kandungan ayat Kursi:

(a)    semua makhluk di langit dan di bumi berada di bawah kekuasaan Allah SWT;

(b)   Allah SWT mampu memberikan pertolongan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki Nya.

(c)    Allah SWT mengatur kehidupan seluruh alam;

(d)   Allah SWT Maha Hidup dan Maha Kekal;

(e)    Allah SWT tidak mengantuk dan tidak lalai;

(f)    Allah SWT Maha Tinggi dan Maha Agung.

2.         Kelebihan mengamalkan ayat Kursi:

(a)    memberi ketenangan dan kelembutan pada hati;

(b)   menghindarkan diri daripada gangguan jin dan syaitan;

(c)    pahalanya sama dengan membaca satu perempat al-Quran.

3.         Faedah kejadian matahari:

(a)    membekalkan cahaya untuk menerangi alam;

(b)   membekalkan haba dan tenaga kepada manusia dan tumbuh-tumbuhan.

4.         Faedah kejadian siang dan malam:

(a)    manusia dapat bekerja pada waktu siang;

(b)   manusia dapat berehat pada waktu malam.

5.         Faedah kejadian hidup dan mati:

Page 11: NOTA TING 1.doc

(a)    supaya manusia insaf bahawa kehidupan di dunia adalah sementara saja;

(b)   supaya manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

 Tajuk: 9 – Berpegang Teguh Dengan Agama Allah SWT

Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah al-Baqarah: Ayat: 256

Maksudnya: 256.  Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya

Telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar

kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya ia Telah berpegang

kepada buhul tali yang amat Kuat yang tidak akan putus. dan Allah Maha mendengar lagi

Maha Mengetahui.

 1.         Antara sebab-sebab Islam tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam ialah:

(a)    kerana paksaan adalah bertentangan dengan konsep dakwah Islamiah yang menyeru

manusia kepada Islam dengan cara yang baik dan berhikmah;

(b)   kerana paksaan akan menimbulkan pergaduhan dan permusuhan;

(c)    kerana iman orang yang dipaksa mudah luntur.

2.         Bagi orang yang telah menganut Islam pula, mereka tidak dibenarkan murtad

(keluar dari Islam).

3.         Antara sebab-sebab mereka tidak dibenarkan murtad ialah:

(a)    supaya penganut Islam tidak menjadikan agama sebagai permainan;

(b)   kerana penganut Islam telah diajar tentang kebenaran ajaran Islam.

4.         Taghut bermaksud syaitan, berhala dan apa-apa saja kepercayaan dan amalan

yang menyesatkan.

5.         Antara kepercayaan dan amalan taghut ialah:

(a)    menyembah berhala, pokok, kubur dan sebagainya;

(b)   mempersendakan hukum Allah SWT;

(c)    melakukan perkara khurafat.

6.         Antara kesan-kesan buruk amalan taghut ialah:

(a)    dimurkai oleh Allah SWT;

Page 12: NOTA TING 1.doc

(b)   terdedah kepada perbuatan maksiat;

(c)    masyarakat akan berpecah belah.

7.         Hikmat berpegang teguh dengan agama Allah SWT:

(a)    mendapat keselamatan hidup di dunia dan di akhirat;

(b)   dikasihi dan diredai oleh Allah SWT;

(c)    terhindar daripada melakukan kejahatan.

8.         Akibat tidak mengikut ajaran Islam:

(a)    tidak memperoleh hidayat dan rahmat Allah SWT;

(b)   hidup dalam kesesatan dan kesusahan;

(c)    terdedah kepada perkara kejahatan dan maksiat.

9.       Pendekatan dakwah yang berkesan:

(a)    berdakwah dengan berhikmah dan bijaksana;

(b)   berdakwah dengan memberi pengajaran yang baik;

(c)    perbahasan hal-hal agama dengan baik.

 Tajuk: 10 – Sifat-Sifat Allah SWT

 Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah al-Baqarah: Ayat 284 – 286° ( 4

Maksudnya: 284.  Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di

bumi. dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu

menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang

perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehandaki-Nya dan menyiksa

siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. 285.  Rasul

Telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula

orang-orang yang beriman. semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-

kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan

antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan:

"Kami dengar dan kami taat." (mereka berdoa): "Ampunilah kami Ya Tuhan kami dan

kepada Engkaulah tempat kembali." 286.  Allah tidak membebani seseorang melainkan

sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya

dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan

kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami,

Page 13: NOTA TING 1.doc

janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau

bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan

kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami;

dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang

kafir."

 1.         Allah SWT mengetahui amalan zahir dan amalan batin manusia sama ada baik

atau buruk.

2.         Amalan zahir ialah amalan yang dapat diketahui dengan menggunakan

pancaindera.

3.         Amalan batin ialah amalan yang dapat dirasa oleh hati dan difikirkan dengan akal.

4.         Contoh amalan zahir yang baik ialah membaca al-Quran dan hadis, menolong ibu  

bapa, mengerjakan solat, rajin menuntut ilmu dan sebagainya.

5.         Contoh amalan zahir yang jahat ialah malas sembahyang, malas belajar, bercakap

bohong dan sebagainya.

6.         Contoh amalan batin yang baik ialah bersangka baik, takutkan Allah SWT,  berfikir

tentang kebesaran Allah SWT.

7.         Contoh amalan batin yang jahat ialah, bersangka buruk, tidak yakin terhadap Allah

SWT, riak dan sebagainya.

8.         Hikmat beriman dengan hisab:

(a)    melahirkan mukmin yang ikhlas dalam setiap amalan yang dilakukan;

(b)   menggalakkan seseorang mempertingkatkan amalan kebaikan.

(c)    Segera bertaubat apabila melakukan sesuatu kesalahan atau dosa.

9.       Setiap orang Islam wajib mematuhi perintah rasul.

10.       Rasul ialah lelaki yang dipilih oleh Allah SWT dan dikurniakan wahyu untuk

membimbing manusia ke jalan yang benar.

11.       Hikmat diutuskan rasul kepada manusia:

(a)    untuk memperbetulkan penyelewengan akidah yang dilakukan oleh manusia.

Page 14: NOTA TING 1.doc

(b)   untuk mengajar manusia beribadat kepada Allah SWT;

(c)    untuk mendidik manusia supaya berakhlak mulia.

12.       Orang yang melakukan dosa sama ada sengaja ataupun tidak wajib memohon

keampunan daripada Allah SWT.

13.       Hikmat Allah SWT bersifat Maha Pengampun dan Maha Penyayang:

(a)    menjauhkan diri daripada berputus asa dan kecewa;

(b)   menggalakkan manusia melakukan amal soleh;

(c)    suka memberi kemaafan dan meminta maaf.

Tajuk: 11 – Pengenalan Hadis

1.         Hadis pada bahasa ialah perkhabaran atau berita.

2.         Hadis menurut istilah ialah setiap apa yang disandarkan kepada Rasulullah SAW,

sama ada ucapan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifatnya.

3.         Hadis merupakan sumber hukum yang kedua selepas al Quran.

4.         Hadis berperanan menjelaskan dan menghuraikan ayat al Quran seperti penjelasan

tentang ibadat solat dan sebagainya.

5.         Hadis terbahagi kepada dua jenis iaitu hadis Nabawi dan hadis Qudsi.

6.         Hadis Nabawi ialah hadis yang lafaz dan maknanya daripada Rasulullah SAW. Ia

merangkumi perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW.

7.         Hadis Qudsi ialah hadis yang lafaznya daripada nabi tetapi maknanya daripada     

Allah SWT. Ia merupakan wahyu Allah SWT yang diucapkan kembali oleh       Rasulullah

SAW.

8.         Perbezaan antara al Quran dengan hadis:

(a)                al Quran:

           

-          lafaz dan makna daripada Allah SWT;

-          wahyu Allah SWT yang disampaikan kepada nabi melalui Malaikat Jibril;

-          merupakan sumber hukum Islam yang pertama.

Page 15: NOTA TING 1.doc

(b)               Hadis:

-          lafaz dan makna daripada Rasulullah SAW;

-          perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW;

-          merupakan sumber hukum Islam yang kedua.

9.         Perawi hadis bermaksud orang yang menerima dan menyampaikan hadis   

Rasulullah SAW.

10.       Bagi menentukan kedudukan sesuatu hadis itu benar atau pun palsu, kita   

hendaklah mengetahui tentang syarat-syarat perawi hadis.

11.       Antara syarat-syarat yang perlu ada kepada perawi hadis ialah:

            (a)        Islam;              (b)        Baligh (cukup umur);  (c)        adil;

            (d)       dhabit (kuat ingatan);              (e)        berhati-hati meriwayatkan hadis.

Tajuk: 12 – al Quran dan Hadis Panduan Hidup Mukmin

قا وسلـم عـليه صلى النبى عـن عنه الله رضى هـريرة أبى عن : كتـاب : بهما تمسـكـتم ان ما تضلوا لن امـرين فيكـم تركـت ل

نبيه وسنة .الله

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW bersabda: Aku tinggalkan

kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-

duanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi Nya.

1.         Al Quran dan hadis merupakan sumber hukum yang utama dalam Islam.

2.         Ajaran al Quran dan hadis adalah panduan hidup yang lengkap yang ditentukan   

oleh Allah SWT.

3.         Cara berpegang teguh pada ajaran al Quran dan hadis:

(a)    yakin dengan kebenaran dengan al Quran dan hadis;

(b)   mempelajari dan memahami isi kandungannya;

(c)    menjadikan al Quran dan hadis sebagai panduan hidup.

Page 16: NOTA TING 1.doc

4.         Setiap muslim mestilah berusaha untuk memahami isi kandungan al Quran dan      

hadis dan beramal dengannya.

5.         Antara kelebihan berpegang teguh pada ajaran al Quran dan hadis ialah:

(a)    sentiasa teguh imannya terhadap Allah SWT;

(b)   memperolehi hidayat dan rahmat Allah SWT;

(c)    dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil.

6.         Orang yang menolak ajaran al Quran dan hadis akan menerima akibat buruk          

seperti:

(a)    akidah akan rosak dan terkeluar daripada Islam;

(b)   segala amalan yang baik tidak diterima oleh Allah SWT;

(c)    tidak mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Tajuk: 13 – Ilmu Pengetahuan Asas Kejayaan

السلم عـليه الله صلى النبى عـن عـنه الله رضى بكـر أبى عـنالـخامسة: تكـن وال مـحبا أو مستمعا أو متعلما أو عالما أغـد قـال

.فتهلك

Maksudnya: Mulakan pagimu sebagai seorang guru atau pelajar atau pendengar atau

orang yang cinta akan ilmu, jangan jadi orang kelima, anda akan binasa.

1.         Sebab digalakkan menuntut ilmu:

(a)    merupakan tuntutan agama;

(b)   untuk memartabatkan diri, agama, bangsa dan negara;

(c)    untuk meningkatkan keimanan.

2.         Akibat tidak berilmu:

(a)    sukar untuk mendapat hidayat Allah SWT;

(b)   tidak mendapat keredaan Allah SWT;

(c)    dihina dan disisihkan oleh masyarakat;

(d)   tidak dapat membangunkan masyarakat Islam.

3.         Ciri-ciri ilmu yang berguna:

Page 17: NOTA TING 1.doc

(a)    ilmu yang dapat meningkatkan dan memantapkan iman;

(b)   ilmu yang boleh membentuk sahsiah dan akhlak yang mulia;

(c)    ilmu yang membawa kejayaan dan kemajuan kepada umat Islam.

4.         Cara menjadi orang yang berilmu:

(a)    belajar secara formal atau tidak formal;

(b)   membaca buku-buku ilmiah;

(c)    rajin menghadiri majlis atau program ilmu.

5.         Faedah berilmu:

(a)    mendapat petunjuk dan hidayah Allah SWT;

(b)   dapat membezakan antara perkara yang hak dengan yang batil;

(c)    dapat melakukan ibadat kepada Allah SWT dengan sempurna.

Tajuk: 14 – Konsep Akidah

1.         Akidah dari segi istilah syarak bermaksud kepercayaan dan keyakinan

yang            mantap terhadap konsep ketuhanan, kerasulan, perkara sam’iyyat dan

perkara             mumkinat berdasarkan dalil al Quran dan As Sunnah.

2.         Ciri-ciri akidah yang benar:

(a)    kepercayaan dan keyakinan yang teguh terhadap Allah SWT yang Maha Berkuasa;

(b)   kepercayaan kepada rasul serta beriman dengan sunnah yang dibawa;

(c)    kepercayaan terhadap perkara sam’iyyat (ghaib) yang dijadikan oleh Allah SWT.

3.         Nama-nama lain bagi ilmu akidah:

(a)    ilmu Kalam, iaitu ilmu yang membahaskan tentang kalam Allah SWT, sama ada qadim

(dahulu) atau hadis (baru);

(b)   ilmu Makrifah, iaitu ilmu yang membincangkan tentang sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT

dan rasul Nya;

(c)    ilmu Tauhid, iaitu ilmu yang membicarakan tentang keesaan dan kewujudan Allah SWT;

(d)   ilmu Usuluddin, iaitu ilmu yang membincangkan tentang perkara-perkara asas dalam

agama seperti ketuhanan.

4.         Ciri-ciri akidah yang salah:

Page 18: NOTA TING 1.doc

(a)    menolak keesaan dan kekuasaan Allah SWT;

(b)   mensyirikkan Allah SWT dengan makhluk ciptaan Nya;

(c)    menafikan kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT.

5.         Tujuan mempelajari ilmu akidah:

(a) memantapkan keimanan terhadap Allah SWT;

(b)   menjauhkan diri daripada amalan yang boleh merosakkan keimanan terhadap Allah SWT;

(c)    mempertahankan akidah daripada sebarang bentuk penyelewengan.

6.         Alam syahadah ialah setiap kejadian alam yang boleh dilihat serta dikaji

oleh         pancaindera manusia seperti pokok, bulan, matahari, gunung ganang

dan   sebagainya.

7.         Semua benda yang dilihat dan dikaji melalui pancaindera menjadi

bukti      kewujudan Allah SWT.

8.         Akidah dan syariat saling lengkap melengkapi antara satu dengan yang lain

dan     tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan individu Muslim.

9.         Syariat ialah peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan oleh Allah

SWT            sama ada dalam bentuk suruhan atau larangan.

Tajuk: 15 – Asas Akidah Islam

1.         Akidah Islam bersumberkan kepada dua perkara iaitu al Quran dan Hadis.

2.         Aspek-aspek perbahasan akidah Islam:

(a)    tauhid Rububiyyah iaitu keyakinan bahawa Allah SWT adalah sebagai Pencipta, Pemilik

dan Penguasa ala mini;

(b)   tauhid Uluhiyyah iaitu keyakinan bahawa Allah SWT bersifat dengan sifat-sifat

kesempurnaan dan hanya Dia saja yang wajib disembah dan ditaati;

(c)    An-Nubuwwat iaitu perutusan nabi dan rasul yang membawa ajaran Allah SWT untuk

disampaikan kepada manusia;

(d)   As-Sam’iyyat iaitu perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera

manusia seperti dosa, pahala, syurga dan neraka.

3.         Akidah seseorang itu boleh rosak disebabkan oleh perkataan, perbuatan dan hati.

Page 19: NOTA TING 1.doc

(a)    melalui perkataan:

         menghina Islam;

         mengubah hukum Allah SWT seperti mengatakan menutup aurat adalah tidak wajib;

         bersumpah dengan selain nama Allah SWT;

         menyanyi lagu-lagu yang bertentangan dengan akidah Islam.

(b)   melalui perbuatan:

         menyembah berhala, pokok dan kubur;

         menghina al Quran seperti memijak dan mengoyak;

         memakai lambing agama lain seperti salib, tatu dan sebagainya;

         menyertai upacara agama lain seperti upacara penyucian dosa.

(c)    melalui hati:

         berniat keluar daripada Islam;

         yakin bahawa alam dan isi kandungannya terjadi dengan sendiri;

         ragu-ragu tentang rukun Islam, rukun iman atau hukum-hukum Islam.

4.         Faktor-faktor salah laku akidah:

(a)    jahil tentang Islam;

(b)   menjauhkan diri daripada ulama;

(c)    berkawan dengan orang yang buruk akhlaknya;

(d)   terpengaruh dengan budaya dan hiburan yang merosakkan akhlak.

5.         Perkara yang memantapkan akidah:

(a)    melalui perkataan:

         membaca dan memahami al Quran dan hadis;

         sentiasa berzikir dan berselawat;

         saling nasihat menasihati ke arah kebaikan.

(b)   melalui perbuatan:

         melakukan ibadat wajib dan sunat;

         menuntut ilmu pengetahuan yang berfaedah;

         melakukan pekerjaan yang halal.

Page 20: NOTA TING 1.doc

(c)    melalui hati:

         yakin dengan pertolongan Allah SWT;

         sentiasa mengingati Allah SWT;

         ikhlas melakukan sesuatu ibadat.

Tajuk: 16 – Konsep Muslim dan Mukmin

1.         Islam dari segi bahasa bermaksud sejahtera, selamat, aman dan menyerah.

2.         Islam dari segi syarak pula ialah menyerah diri, tunduk dan patuh pada

perintah     Allah SWT yang disampaikan oleh rasul Nya.

3.         Setiap orang Islam mestilah meyakini dan mengamalkan semua rukun Islam iaitu:

(a)    mengucap dua kalimah syahadah;

(b)   menunaikan solat lima waktu sehari semalam;

(c)    berpuasa pada bulan Ramadan;

(d)   mengeluarkan zakat;

(e)    mengerjakan haji ke Baitullah.

4.         Iman dari segi bahasa ialah kepercayaan dan keyakinan, manakala iman dari

segi    syarak pula ialah mengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati

serta           dibuktikan dengan mengerjakan segala suruhan Allah SWT.

5.         Setiap orang Islam mestilah meyakini semua rukun iman.

6.         Perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh manusia untuk

meningkatkan    keimanan mereka ialah:

(a)    ikhlas dalam melakukan perintah Allah SWT;

(b)   cintakan majlis ilmu;

(c)    sentiasa merenung kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

7.         Ihsan dari segi bahasa ialah melakukan kebaikan kepada orang lain,

manakala         ihsan dari segi syarak pula ialah kesungguhan, ketekunan dan keikhlasan

dalam             mengerjakan ibadat semata-mata kerana Allah.

8.         Ciri-ciri orang yang bersifat ihsan dalam kehidupan:

Page 21: NOTA TING 1.doc

(a)    melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas kerana Allah SWT;

(b)   menggunakan nikmat kurniaan Allah SWT untuk kebaikan diri, keluarga, masyarakat dan

negara;

(c)    mematuhi peraturan atau undang-undang yang ditetapkan.

9.         Muslim ialah orang yang percaya dan taat pada ajaran yang dibawa

oleh     Rasulullah SAW.

10.       Mukmin ialah orang yang percaya dan yakin tentang kewujudan Allah SWT

dan    ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

11.       Antara sifat muslim dan mukmin ialah:

(a)    mengerjakan solah dengan khusyuk;

(b)   menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan iman;

(c)    bermotivasi dalam pelajaran.

12.       Antara langkah-langkah untuk menjadi muslim dan mukmin yang sejati ialah:

(a)    mempelajari ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah;

(b)   melazimi membaca al Quran dan berzikir kepada Allah SWT;

(c)    menjaga kesihatan fizikal dan mental.

Tajuk: 17 – Rukun Iman Teras Akidah Islam

1.         Setiap rukun iman mempunyai hubungan antara satu dengan yang lain dan

perlu    diyakini secara keseluruhan.

2.         Mempercayai sebahagian rukun iman saja boleh merosakkan iman

seseorang           seperti:

(a)    percaya kepada Allah SWT tetapi menolak rasul;

(b)   percaya kepada Allah SWT tetapi menolak al Quran;

(c)    percaya kepada rasul tetapi menolak hadis.

3.         Hikmat mempercayai rukun iman terhadap diri sendiri:

(a)    meyakini akan kekuasaan Allah SWT;

Page 22: NOTA TING 1.doc

(b)   melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan;

(c)    berakhlak mulia dalam kehidupan.

4.         Hikmat mempercayai rukun iman terhadap keluarga:

(a)    melahirkan keluarga yang saling berkasih sayang;

(b)   melahirkan keluarga yang bersama-sama mengajak ke arah kebaikan dan mencegah

kemungkaran;

(c)    mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT.

5.         Hikmat mempercayai rukun iman terhadap masyarakat:

(a)    kehidupan bertambah makmur dan maju;

(b)   gejala sosial dalam masyarakat akan dapat diatasi;

(c)    mendapat keberkatan Allah SWT.

6.         Akibat menafikan rukun iman:

(a)    iman seseorang itu akan terbatal;

(b)   meragui tentang keesaan dan kekuasaan Allah SWT;

(c)    mudah melakukan perbuatan maksiat.

Tajuk: 18 – Dalil Kewujudan Allah SWT

1.         Proses kejadian manusia:

(a)    bermula apabila air mani (sperma) lelaki dan ovum perempuan bersenyawa dalam rahim;

(b)   dalam tempoh 40 hari, air mani bertukar menjadi darah beku (alaqah);

(c)    darah beku tersebut kemudiannya bertukar menjadi seketul daging (mudghah);

(d)   daging tersebut akan membaluti tulang-tulang hingga menjadi susunan yang kukuh sebagai

janin;

(e)    peringkat seterusnya ialah penyempurnaan anggota badan dan pancaindera yang

membentuk seorang bayi;

(f)    peringkat akhir ialah ditiupkan roh ke dalam tubuhnya.

2.         Kejadian siang dan malam juga merupakan bukti kewujudan Allah SWT.

3.         Siang dan malam terjadi disebabkan bumi yang berputar di atas paksinya.

Bumi     mengambil masa selama 24 jam untuk membuat sekali putaran. Semasa

Page 23: NOTA TING 1.doc

berputar,       kawasan yang disinari cahaya matahari akan menjadi siang manakala

kawasan         yang tidak mendapat cahaya matahari menjadi malam.

4.         Faedah kejadian siang dan malam:

(a)    manusia dapat melakukan aktiviti seharian seperti bekerja dengan sempurna;

(b)   manusia dapat berehat pada waktu malam.

5.         Allah SWT berkuasa menjadikan haiwan dalam pelbagai bentuk dan jenis

sama      ada haiwan di darat, di udara, di air dan sebagainya.

6.         Sebahagian daripada haiwan-haiwan tersebut halal dimakan dan sebahagian

lagi    haram dimakan.

7.         Allah SWT juga menjadikan tumbuh-tumbuhan dalam pelbagai bentuk,

warna        dan rasa. Contohnya buah-buahan ada yang manis, masam, pahit dan

sebagainya.

8.         Tumbuh-tumbuhan itu berfaedah kepada manusia dan makhluk-makhluk lain.

9.         Langkah-langkah menghargai nikmat kejadian alam:

(a)    menggunakan nikmat kejadian alam pada jalan kebaikan;

(b)   tidak memusnahkan tanam-tanaman dengan sesuka hati;

(c)    tidak melakukan pencemaran terhadap sungai, laut dan sebagainya..

Tajuk 19 – Fardu Ain Dan Fardu Kifayah

19.1 – Konsep Fardu Ain dan Fardu Kifayah

1.         Fardu Ain ialah perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam.

Berdosa     jika tidak melaksanakannya.

2.         Fardu Kifayah ialah perkara yang wajib dilaksanakan oleh sebahagian

orang           Islam untuk kepentingan umat Islam seluruhnya. Sekiranya tidak ada seorang

pun      daripada anggota masyarakat yang melaksanakan fardu kifayah, maka

semua   masyarakat tersebut akan berdosa.

3.         Antara contoh perkara fardu ain ialah:

(a)    menunaikan solat fardu;

Page 24: NOTA TING 1.doc

(b)   berpuasa pada bulan Ramadan;

(c)    berbakti kepada ibu bapa.

4.         Antara contoh fardu kifayah ialah:

(a)    solat berjemaah;

(b)   menguruskan jenazah;

(c)    menguasai ilmu teknologi maklumat, kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya.

19.2 – Kepentingan Fardu Ain dan Fardu Kifayah

1.         Kepentingan fardu ain kepada individu:

(a)    melahirkan individu yang taat kepada pemerintah dan larangan Allah SWT;

(b)   melahirkan individu yang berilmu dan beramal dengan ilmunya;

(c)    melahirkan individu yang bermaruah dan dipandang mulia oleh orang lain.

2.         Kepentingan fardu ain kepada masyarakat:

(a)    melahirkan masyarakat yang mengamalkan cara hidup Islam;

(b)   segala perintah Allah SWT dapat dilaksanakan dengan mudah;

(c)    melahirkan masyarakat yang aman, harmoni dan diberkati Allah SWT.

3.         Kepentingan fardu ain kepada negara:

(a)    melahirkan warganegara yang berbudi pekerti mulia;

(b)   melahirkan umat Islam yang hidup bersatu dan berkerjasama antara satu dengan yang lain;

(c)    pembangunan negara berjalan dengan baik serta mengikut syariat Islam.

4.         Akibat mengabaikan fardu ain:

(a)    jiwa tidak tenteram dan mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu;

(b)   mendorong seseorang melakukan perkara-perkara yang mungkar;

(c)    jauh daripada keberkatan dan keredaan Allah SWT.

5.         Kepentingan fardu kifayah kepada individu:

Page 25: NOTA TING 1.doc

(a)    tekun dan sabar dalam menimba ilmu;

(b)   melahirkan individu yang berilmu dan beramal dengan ilmunya;

(c)    mahir dan pakar dalam sesuatu bidang ilmu dan kemahiran.

6.         Kepentingan fardu kifayah kepada masyarakat:

(a)    dapat memenuhi keperluan hidup masyarakat Islam;

(b)   masalah sosial umat Islam dapat diselesaikan dengan mudah berdasarkan hukum Islam;

(c)    umat Islam akan bertambah maju dalam pelbagai bidang.

7.         Kepentingan fardu kifayah kepada negara:

(a)    negara bertambah maju dalam semua bidang kehidupan;

(b)   negara dalam keadaan aman dan makmur;

(c)    negara dihormati dan menjadi contoh kepada negara Islam yang lain.

8.         Akibat mengabaikan fardu kifayah:

(a)    umat Islam akan ketinggalan dalam semua bidang;

(b)   hidup dalam keadaan tersisih dan terpinggir daripada kehidupan masyarakat;

(c)    hidup dalam kemiskinan dan kemunduran kerana tidak memiliki ilmu dan kemahiran.

Tajuk 20 – Bersuci Asas Kebersihan

20.1 – Konsep Bersuci

1.         Bersuci pada bahasa ialah membersihkan sesuatu dari kekotoran. Bersuci pada      

            istilah pula ialah membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada hadas dan najis.

2.         Hukum bersuci daripada hadas, najis dan kekotoran adalah wajib dan

menjadi       syarat sesuatu ibadat.

3.         Akibat mengabaikan kebersihan:

(a)    mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit;

(b)   disisihkan oleh kawan-kawan;

(c)    menjatuhkan imej umat Islam.

4.         Perbezaan amalan antara orang yang pembersih dengan orang yang pengotor:

Page 26: NOTA TING 1.doc

(a)    amalan orang yang pembersih:

         menjaga kebersihan makanan, pakaian dan persekitaran;

         mengambil makanan dan minuman yang halal;

         mengamalkan akhlak yang mulia.

(b)   amalan orang yang pengotor:

         mengabaikan kebersihan diri, pakaian, makanan dan persekitaran;

         makan dan minum daripada sumber yang haram dan syubhah;

         mengamalkan sifat-sifat mazmumah dalam kehidupan.

5.         Hikmat bersuci:

(a)    menjamin kecergasan rohani dan jasmani;

(b)   kehidupan dalam keadaan bersih dan selesa;

(c)    kehidupan akan bebas daripada jangkitan penyakit.

6.         Bahan-bahan untuk bersuci:

(a)    air mutlak seperti air paip, air sungai, air laut, air perigi dan air salji;

(b)   debu tanah yang suci untuk bertayamum;

(c)    benda-benda keras dan kesat seperti kertas, kayu dan batu untuk beristinjak;

(d)   bahan yang dapat menghilangkan darah dan lendiran pada kulit binatang seperti tawas,

bahan kimia dan buah manjakani untuk menyamak.

20.2 – Bersuci Daripada Najis

1.         Najis pada bahasa ialah benda-benda kotor dan jijik, manakala najis pada

istilah     pula ialah kotoran yang menyebabkan tidak sah sesuatu ibadat seperti solat,

tawaf    dan sebagainya.

2.         Najis terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

(a)    najis mughallazah (najis berat) iaitu anjing dan babi serta keturunan daripada kedua-

duanya;

(b)   najis mutawassitah (najis pertengahan) iaitu semua kekotoran daripada binatang dan

manusia seperti air kencing, nanah, darah, bangkai dan sebagainya;

Page 27: NOTA TING 1.doc

(c)    najis mukhaffafah (najis ringan) iaitu air kencing kanak-kanak lekaki yang umurnya di

bawah dua tahun yang hanya minum susu ibunya saja.

3.         Cara-cara menyucikan najis mughallazah:

(a)    buang najis yang ada terlebih dahulu;

(b)   kemudian basuh dengan air mutlak sebanyak tujuk kali. Satu basuhan daripadanya dengan

air yang bercampur tanah (selut);

(c)    basuh sehingga hilang bau, rasa dan warnanya.

4.         Cara-cara menyucikan najis mutawassitah:

(a)    buangkan najis yang ada terlebih dahulu;

(b)   basuh dengan air mutlak sehingga hilang bau, rasa dan warna.

5.         Cara-cara menyucikan najis mukhaffafah:

(a)    lap tempat yang terke kencing;

(b)   renjis dengan air mutlak;

(c)    kemudian lap sehingga kering.

20.3 – Istinjak

1.         Istinjak ialah perbuatan membersihkan qubul (kemaluan) dan dubur

selepas            membuang air kecil atau besar dengan menggunakan alat-alat yang

tertentu.

2.         Hukum beristinjak adalah wajib.

3.         Alat-alat yang boleh digunakan untuk beristinjak:

(a)    air mutlak seperti air hujan, air laut, air sungai, air perigi, air salji, air embun dan air mata

air;

(b)   benda-benda keras dan kesat seperti batu, kertas, tisu, daun kering dan kayu.

4.         Alat-alat yang haram digunakan untuk beristinjak:

(a)    kertas yang tertulis ayat al Quran atau hadis, nama-nama Allah dan rasul;

(b)   bahan makanan seperti roti, biskut, buah-buahan dan sebagainya;

(c)    benda-benda licin seperti plastik.

Page 28: NOTA TING 1.doc

5.         Syarat-syarat beristinjak dengan benda-benda kesat:

(a)    alat yang digunakan mestilah bersih dan kering;

(b)   najis yang terdapat pada qubul atau dubur belum kering;

(c)    najis yang keluar tidak meleleh ke tempat lain seperti paha.

6.         Cara beristinjak dengan menggunakan batu dan air:

(a)    sapu tempat keluar najis dengan tiga biji batu atau sebiji batu yang mempunyai tiga bucu;

(b)   kemudia basuh dengan air mutlak sehingga bersih.

7.         Cara beristinjak dengan menggunakan benda-benda kesat ialah

dengan       membersihkan tempat keluar najis dengan benda kesat seperti kertas atau

kayu sehingga bersih.

8.         Hikmat beristinjak:

(a)    dapat melakukan ibadat dengan khusyuk;

(b)   terhindar daripada berlakunya jangkitan penyakit;

(c)    dikasihi dan diredai oleh Allah SWT.

20.4 – Wuduk

1.         Wuduk ialah perbuatan membasuh atau menyapu anggota badan yang

tertentu       dengan menggunakan air mutlak yang dimulai dengan niat kerana Allah SWT.

2.         Hukum berwuduk adalah wajib bagi orang yang ingin melakukan solat,

tawaf,       menyentuh al Quran, sujud tilawah dan sebagainya. Tanpa Wuduk ibadat

tersebut            tidak sah.

3.         Rukun-rukun wuduk:

(a)    niat;

(b)   membasuh muka, iaitu bermula dari tempat tumbuh rambut di dahi hingga ke dagu dan dari

anak telinga kanan hingga ke anak telinga kiri;

(c)    membasuh kedua-dua tangan iaitu bermula dari hujung jari hingga ke siku;

(d)   menyapu sebahagian kepala;

(e)    membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku lali;

Page 29: NOTA TING 1.doc

(f)    tertib, iaitu melakukan semua rukun mengikut susunannya.

4.         Antara perkara sunat ketika berwuduk:

(a)    memulakan berwuduk dengan membaca “Bismillahirahmanirahim”;

(b)   mendahulukan anggota kanan daripada yang kiri;

(c)    mengulangi sebanyak tiga kali pada setiap perbuatan;

(d)   berkumur-kumur.

5.         Antara perkara-perkara makruh ketika berwuduk:

(a)    berbual-bual ketika berwuduk;

(b)   menggunakan air secara berlebihan;

(c)    mendahulukan anggota yang kiri daripada yang kanan.

6.         Antara perkara-perkara yang membatalkan wuduk:

(a)    keluar sesuatu dari qubul dan dubur;

(b)   bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang bukan mahram tanpa berlapik;

(c)    menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan.

7.         Hikmat berwuduk:

(a)    menghapuskan dosa-dosa kecil;

(b)   merupakan syarat sah bagi sesuatu ibadat;

(c)     memberi ketenangan jiwa dan perasaan.

20.5 – Mandi

1.         Mandi ialah meratakan air mutlak ke seluruh badan dengan niat

mengangkat          hadas atau membersihkan kotoran.

2.         Jenis-jenis mandi:

(a)    mandi wajib, iaitu mandi yang diwajibkan dan disertai dengan niat kerana berlaku hadas

besar seperti berjunub, haid, keluar mani dan mati kecuali mati syahid;

(b)   mandi sunat, iaitu mandi yang disunatkan dan disertai dengan niat kerana tujuan-tujuan

tertentu seperti mandi hari Jumaat dan mandi hari raya;

(c)    mandi harus, iaitu mandi selain daripada mandi wajib dan mandi sunat seperti mandi untuk

kebersihan dan kesegaran badan.

Page 30: NOTA TING 1.doc

3.         Sebab-sebab wajib  mandi:

(a)    keluar air mani sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja;

(b)   bersetubuh;

(c)    mati yang bukan mati syahid;

(d)   keluar darah haid dan nifas.

4.         Rukun mandi wajib:

(a)    niat mandi wajib, iaitu ketika air mula sampai ke anggota badan;

(b)   meratakan air ke seluruh anggota badan termasuklah celah-celah jari kaki dan tangan,

rambut, kuku dan juga kemaluan.

5.         Perkara-perkara sunat ketika mandi wajib:

(a)    memulakan mandi dengan membaca “Bismillahirahmanirahim”;

(b)   membersihkan terlebih dahulu segala kotoran yang boleh menghalang air sampai ke

anggota badan;

(c)    berwuduk sebelum mandi;

(d)   mengosok seluruh anggota badan.

6.         Hikmat mandi wajib:

(a)    membolehkan seseorang itu beribadat kepada Allah SWT;

(b)   menyegarkan tubuh badan dan mencergaskan minda;

(c)    memberi keselesaan untuk berinteraksi dengan orang lain.

7.         Perkara yang diharamkan ketika berhadas besar:

(a)    solat wajib atau sunat;

(b)   melakukan tawaf;

(c)    menyentuh, membawa dan membaca al Quran;

(d)   duduk dalam masjid.

20.6 – Tayamum

1.         Tayamum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua

belah         tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu berserta dengan niat.

Page 31: NOTA TING 1.doc

2.         Sebab-sebab tayamum:

(a)    ketiadaan air atau ada air tetapi hanya cukup untuk keperluan makan dan minum;

(b)   sakit yang memudaratkan jika terkena air;

(c)    air yang terlalu sejuk dan boleh memudaratkan diri;

(d)   terkurung dan tiada bekalan air.

3.         Syarat-syarat tayamum:

(a)    masuk waktu solat;

(b)   debu tanah mestilah suci daripada najis;

(c)    debu mestilah kering dan tidak bercampur Lumpur;

(d)   membersihkan najis sebelum bertayamum.

4.         Rukun tayamum:

(a)    niat;

(b)   menyapu muka;

(c)    menyapu kedua tangan hingga ke siku;

(d)   tertib.

5.         Cara-cara bertayamum:

(a)    tekan kedua-dua tapak tangan ke atas debu yang suci;

(b)   kemudian sapu muka dengan debu tadi disertai dengan niat;

(c)    seterusnya tekan kedua tapak tangan ke atas debu tersebut di tangan kanan dan kiri

hingga ke siku.

6.         Perkara-perkara sunat ketika bertayamum:

(a)    memulakan dengan membaca “Bismillahirahmanirahim”;

(b)   mendahulukan tangan kanan daripada tangan kiri;

(c)    menipiskan debu di tapak tangan;

(d)   membaca doa.

7.         Perkara-perkara yang membatalkan tayamum:

(a)    semua perkara yang membatalkan wuduk;

(b)   ada air sebelum solat sekiranya bertayamum kerana ketiadaan air.

Page 32: NOTA TING 1.doc

20.7 – Samak

1.         Samak ialah menyucikan kulit binatang selain daripada kulit anjing dan

babi           dengan cara-cara tertentu.

2.         Kulit binatang yang halal atau haram dimakan kecuali anjing dan babi

menjadi       suci apabila disamak.

3.         Alat-alat yang digunakan untuk menyamak:

(a)    tawas;

(b)   bahan kimia;

(c)    kapur sirih;

(d)   buah manjakani.

4.         Cara-cara menyamak:

(a)    lendir, darah dan lemak yang melekat pada kulit binatang mestilah dibuang terlebih dahulu;

(b)   selepas itu kulit binatang digosok dengan alat-alat menyamak supaya benda-benda yang

masih melekat pada kulit dapat dihilangkan;

(c)    kemudian jemurkan kulit binatang tersebut sehingga kering.

5.         Faedah menyamak:

(a)    menjamin kebersihan barang yang digunakan;

(b)   menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada kulit binatang;

(c)    dapat dikomersilkan untuk menambah pendapatan.

20.8 – Hikmat Bersuci Dalam Kehidupan Individu dan Masyarakat

1.         Hikmat bersuci kepada individu:

(a)    menjamin kesihatan fizikal dan mental;

(b)   menjauhkan diri daripada penyakit;

(c)    ibadat akan lebih sempurna dan diterima oleh Allah SWT.

2.         Hikmat bersuci kepada masyarakat:

(a)    kehidupan masyarakat dalam keadaan aman dan sejahtera;

(b)   melahirkan masyarakat yang cergas dan cerdas;

Page 33: NOTA TING 1.doc

(c)    dipandang mulia oleh masyarakat lain.

3.         Akibat mengabaikan kebersihan diri dan alam sekitar:

(a)    individu akan mudah dijangkiti oleh pelbagai penyakit;

(b)   kehidupan menjadi tidak selesa;

(c)    alam sekitar akan tercemar dengan sampah sarap;

(d)   kualiti udara akan tercemar dan akan menjejaskan kesihatan.

4.         Langkah-langkah untuk menjaga kebersihan alam sekitar:

(a)    bergotong royong membersihkan kawasan sekitar;

(b)   pemupukan nilai-nilai murni semenjak dari kanak-kanak lagi;

(c)    menyediakan tempat membuang sampah yang mencukupi;

(d)   pemantauan dan penguatkuasaan oleh pihak yang berwajib.

Tajuk: 21 – Solat

21.1 – Solat Fardu

1.         Solat pada istilah syarak ialah beberapa perbuatan dan ucapan yang

dimulai            dengan takbiratulihram dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat

tertentu.

2.         Syarat-syarat wajib solat:

(a)    beragama Islam, tidak wajib kepada orang kafir kerana mereka tidak percaya kepada Allah

SWT;

(b)   berakal, tidak wajib kepada orang yang gila;

(c)    baligh; tidak wajib kepada kanak-kanak;

(d)   suci daripada haid dan nifas;

(e)    boleh mendengar dan melihat, tidak wajib kepada orang buta, tuli dan bisu sejak lahir.

3.         Syarat-syarat sah solat:

(a)    suci daripada hadas kecil dan besar;

(b)   suci badan, pakaian dan tempat solat;

(c)    menutup aurat;

(d)   menghadap kiblat;

Page 34: NOTA TING 1.doc

(e)    yakin telah masuk waktu solat.

4.         Sunat ab’ad ialah sunat yang sangat dituntut dan mendapat pahala

apabila melakukannya ketika solat. Sekiranya tertinggal, tidak membatalkan solat

tetapi             disunatkan sujud sahwi sebelum salam.

5.         Antara perkara-perkara sunat ab’ad ialah:

(a)    membaca tahiyat awal;

(b)   duduk untuk membaca tahiyat awal;

(c)    berselawat kepada nabi dalam tahiyat awal;

(d)   membaca selawat ke atas keluarga nabi dalam tahiyat akhir;

(e)    membaca doa qunut semasa solat subuh.

6.         Sunat haiat ialah perkara sunat yang digalakkan dan mendapat pahala

apabila        melakukannya, tetapi jika tertinggal tidak perlu sujud sahwi.

7.         Antara perkara-perkara sunat haiat ialah:

(a)    mengangkat tangan ke telinga semasa takbiratulihram;

(b)   membaca doa iftitah;

(c)    membaca tasbih semasa rukuk dan sujud.

8.         Perkara-perkara yang membatalkan solat:

(a)    meninggalkan mana-mana rukun solat;

(b)   berhadas besar atau kecil;

(c)    terbuka aurat;

(d)   bergerak tiga kali berturut-turut.

9.         Perkara-perkara makruh dalam solat:

(a)    menahan diri daripada membuang air;

(b)   meludah;

(c)    memejamkan mata.

10.       Hikmat solat:

(a)    dapat membentuk akhlak dan peribadi mulia;

(b)   memperoleh hidayat daripada Allah SWT;

Page 35: NOTA TING 1.doc

(c)    memberi ketenangan dan ketenteraman jiwa.

21.2 – Khusyuk Solat dan Kesannya Pada Kehidupan Mukmin

1.         Khusyuk dalam solat bermaksud tunduk dan merendah diri dengan memberikan

            sepenuh tumpuan fikiran, hati dan anggota semata-mata kerana Allah SWT.

2.         Cara-cara mendapatkan khusyuk dalam solat:

(a)    peranan hati:

         memberikan tumpuan dengan mengingati kebesaran dan keagungan Allah SWT;

         mengingati kelemahan dan kekurangan diri berbanding dengan kekuasaan dan kebesaran

Allah SWT;

(b)   peranan akal:

         memahami dan menghayati apa yang dibaca;

         menumpukan sepenuh perhatian kepada solat.

(c)    peranan anggota:

         menumpukan pandangan mata hanya ke tempat sujud;

         tidak bergerak-gerak kecuali yang berkaitan dengan solat;

         melakukan rukun fikli dengan sempurna dan tamakninah.

3.         Perkara-perkara yang menghalang khusyuk dalam solat:

(a)    tidak memahami maksud ayat dan bacaan dalam solat;

(b)   banyak berangan-angan dan berkhayal dalam solat;

(c)    banyak melakukan maksiat dan dosa.

4.         Hikmat khusyuk dalam solat:

(a)    solat yang khusyuk akan diterima Allah SWT;

(b)   meningkatkan keimanan kepada Allah SWT

(c)    mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar.

21.3 – Tuntutan Solat Berjemaah

Page 36: NOTA TING 1.doc

1.         Solat berjemaah ialah solat yang dilakukan secara beramai-ramai yang

diketuai       oleh seorang imam.

2.         Hukum solat berjemaah bagi solat fardu ialah sunat muakkad (dituntuta)

terhadap            setiap orang Islam dan menjadi fardu kifayah bagi sesebuah kawasan atau

qariah.

3.         Kelebihan solat berjemaah berbanding solat bersendirian ialah mendapat

ganjaran pahala sebanyak dua puluh tujuh darjat.

4.         Solat-solat yang boleh dilakukan secara berjemaah ialah:

(a)    solat wajib lima waktu sehari semalam;

(b)   solat sunat Tarawih di bulan Ramadan;

(c)    solat sunat dua Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha)

5.         Syarat-syarat makmum:

(a)    berniat mengikut imam;

(b)   mengikuti semua pergerakan imam;

(c)    makmum lelaki mestilah berimankan dengan imam lelaki.

6.         Syarat-syarat menjadi iman:

(a)    seorang lelaki. Perempuan hanya boleh menjadi iman kepada perempuan saja;

(b)   orang yang telah baligh;

(c)    bacaan iman betul dan sempurna.

7.         Orang yang layak menjadi imam:

(a)    paling baik dalam membaca ayat-ayat al Quran;

(b)   berakhlak mulia;

(c)    dihormati dan disegani.

8.         Jenis-jenis makmum:

(a)    makmum muafik iaitu makmum yang sempat membaca Al Fatihah ketika imam masih

berdiri dalam rakaat pertama;

Page 37: NOTA TING 1.doc

(b)   makmum masbuk iaitu makmum yang tidak sempat membaca Al Fatihah bersama imam

kerana imam telah rukuk. Makmum masbuk mendapat rakaat sekiranya sempat rukuk dan

tamakninah bersama imam walaupun tidak sempat membaca Al Fatihah.

9.         Hikmat solat berjemaah:

(a)    melatih diri supaya menjadi Muslim yang berdisiplin;

(b)   merapatkan hubungan persaudaraan sesama Islam;

(c)    menimbulkan perasaan sama rata sesama orang Islam.

Tajuk: 22 – Solat Jumaat

22.1 – Konsep Solat Jumaat

1.         Solat Jumaat ialah solat dua rakaat yang dilakukan dalam waktu Zuhur, pada

hari Jumaat secara berjemaah dan didahulukan dengan dua khutbah dengan

syarat-           syarat tertentu.

2.         Keistimewaan hari Jumaat:

(a)    penghulu bagi sekelian hari

(b)   hari berlakunya kiamat;

(c)    Allah SWT memakbulkan doa hamba Nya yang beramal soleh.

3.         Syarat-syarat wajib solat Jumaat:

(a)    Islam;

(b)   Berakal;

(c)    Baligh;

(d)   Lelaki;

(e)    Bermastautin.

4.         Syarat-syarat sah solat Jumaat:

(a)    ditunaikan dalam waktu Zuhur;

(b)   didahului oleh dua khutbah;

(c)    dilakukan secara berjemaah;

(d)   bilangan makmum tidak kurang daripada 40 orang yang bermastautin.

5.         Golongan yang diharuskan meninggalkan solat Jumaat:

Page 38: NOTA TING 1.doc

(a)    orang sakit yang memudaratkan kesihatannya;

(b)   orang musafir yang diharuskan;

(c)    keselamatan diri yang terancam.

6.         Bermusafir ialah orang yang dalam perjalanan yang lebih daripada dua

marhalah,   iaitu lebih kurang 94 km.

7.         Bermastautin ialah orang yang tinggal menetap di sesuatu tempat dan

tidak            berhajat untuk berpindah ke tempat lain.

8.         Bermukim ialah orang yang tinggal menetap di sesuatu tempat dan tidak

berhajat   untuk menetap di situ selama-lamanya.

9.         Hikmat solat Jumaat:

(a)    mengeratkan hubungan persaudaraan sesama Islam;

(b)   dapat mengetahui isu-isu semasa dalam masyarakat Islam;

(c)    menunjukkan kekuatan dan perpaduan umat Islam;

(d)   dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

22.2 – Khutbah Jumaat

1.         Khutbah ialah ucapan atau syarahan yang mengandungi nasihat atau

pengajaran     yang disampaikan oleh khatib sebelum solat Jumaat.

2.         Rukun khutbah Jumaat:

(a)    memuji Allah SWT;

(b)   berselawat kepada Nabi Muhammad SAW;

(c)    memberi peringatan kepada jemaah supaya bertakwa kepada Allah SWT;

(d)   membaca sekurang-kurangnya satu ayat al Quran sama ada pada khutbah pertama atau

khutbah kedua;

(e)    mendoakan supaya Allah SWT mengampunkan orang-orang Islam.

3.         Syarat-syarat sah khutbah Jumaat:

(a)    khutbah disampaikan setelah masuk waktu Zuhur;

Page 39: NOTA TING 1.doc

(b)   khutbah disampaikan sebelum solat Jumaat;

(c)    rukun khutbah disampaikan dalam bahasa Arab;

(d)   khatib hendaklah seorang lelaki;

(e)    khatib suci daripada hadas kecil dan hadas besar;

(f)    berturut-turut di antara dua khutbah.

4.         Perkara-perkara sunat khutbah:

(a)    khutbah disampaikan di atas mimbar;

(b)   khatib memegang tongkat ketika berkhutbah;

(c)    khatib memberi salam sebelum duduk di atas mimbar;

(d)   khatib naik ke atas mimbar setelah azan yang pertama;

(e)    khatib berkhutbah dengan suara yang nyaring.

22.3 – Adab Makmum Solat Jumaat

1.         Adab-adab ketika di masjid:

(a)    memakai bau-bauan;

(b)   memakai pakaian yang suci dan bersih;

(c)    sentiasa dalam keadaan berwuduk;

(d)   menjaga ketenteraman dengan tidak berbuat bising.

2.         Adab ketika masuk masjid:

(a)    melangkah masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan;

(b)   membaca doa;

(c)    tidak melangkah makmum yang berada dalam masjid;

(d)   penuhkan saf kosong di hadapan.

3.         Adab-adab setelah masuk ke dalam masjid:

(a)    solat sunat Tahiyatul Masjid sebelum duduk;

(b)   berniat iktikaf;

(c)    bersalam dengan jemaah yang berhampiran;

(d)   membaca al Quran, berselawat, berzikir dan berdoa.

4.         Adab-adab sebelum solat Jumaat:

(a)    mandi sunat Jumaat;

(b)   memotong kuku, menggunting misai dan bercukur;

Page 40: NOTA TING 1.doc

(c)    memakai pakaian yang bersih dan suci;

(d)   memakai bau-bauan yang diharuskan.

5.         Adab selepas solat Jumaat:

(a)    mengerjakan solat sunat;

(b)   berdoa selepas selesai menunaikan solat

(c)    membaca doa keluar masjid

(d)   bersegera meneruskan aktiviti harian setelah selesai solat Jumaat.

Tajuk: 23 – Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan Solat Sunat Rawatib

1.         Solat sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan

setiap      kali masuk ke dalam masjid sebelum duduk.

2.         Tujuan melakukan solat ini ialah bagi menghormati masjid sebagai rumah

Allah      SWT.

3.         Solat sunat Rawatib ialah solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas

solat      fardu.

4.         Solat sunat Rawatib boleh dilakukan pada waktu-waktu berikut:

(a)    dua rakaat sebelum solat fardu Subuh;

(b)   dua rakaat sebelum dan selepas solat fardu Zuhur;

(c)    dua rakaat sebelum solat fardu Asar;

(d)   dua rakaat selepas solat fardu Maghrib;

(e)    dua rakaat sebelum dan selepas solat fardu Isyak.

5.         Hikmat solat sunat Rawatib:

(a)    menyempurnakan kekurangan pahala dalam solat fardu;

(b)   meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT;

(c)    mewujudkan sifat tawaduk dalam diri seseorang Muslim.

Tajuk: 30 – Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan

1.         Adab menjaga fitrah lelaki dan perempuan bermaksud menjaga tingkah laku

atau   tutur kata yang bersopan dan menjaga sifat semula jadi sebagai seorang lelaki

atau      perempuan berdasarkan syariat Islam.

Page 41: NOTA TING 1.doc

2.         Antara akibat menyalahi fitrah kelelakian dan keperempunan ialah:

            (a) akibat di dunia:

         maksiat berleluasa;

         dijangkiti penyakit yang merbahaya;

         berlaku maksiat luar tabie.

            (b) akibat di akhirat:

         dilaknat oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW;

         tidak diakui umat oleh Nabi;

         di azab oleh Allah SWT.

3.         Adab pergaulan sesama lelaki:

(a)    saling hormat menghormati;

(b)   menjaga batasan aurat;

(c)    menjaga maruah dan keaiban orang lain.

4.         Adab pergaulan sesama perempuan:

(a)    menjaga batasan aurat antara satu dengan yang lain;

(b)   saling menasihati ke arah kebaikan;

(c)    tidak menyebarkan keaiban orang lain.

5.         Adab pergaulan antara lelaki dengan perempuan:

(a)    menjaga batasan aurat menurut syarak;

(b)   tidak berdua-duaan tanpa mahram;

(c)    tidak memakai pakaian yang boleh merangsang syahwat;

(d)   diharuskan bergaul antara lelaki dengan perempuan untuk tujuan belajar dan perkara-

perkara yang diharuskan syarak sahaja.

6.         Faktor melanggar fitrah kejadian:

(a)    memiliki iman yang lemah;

(b)   jahil tentang ajaran Islam;

(c)    pergaulan antara lelaki dengan perempuan tanpa batasan.

Page 42: NOTA TING 1.doc

7.         Hikmat mematuhi fitrah kejadian:

(a)    dapat mengawal diri daripada melakukan maksiat;

(b)   memiliki jati diri;

(c)    kehidupan diberkati dan diredai Allah SWT.

Tajuk: 31 – Adab Berkawan

1.         Kawan ialah orang yang selalu berdamping dengan kita selain kaum keluarga.

2.         Kawan boleh mempengaruhi kehidupan seseorang.

3.         Ciri-ciri kawan yang baik:

(a)    taat dan patuh pada perintah Allah SWT;

(b)   berakhlak mulia dalam pergaulan;

(c)    menjaga keaiban kawan;

(d)   menerima teguran dan nasihat dengan baik.

4.         Cara-cara beradab dengan kawan:

(a)    memberi salam ketika bertemu dan berpisah;

(b)   saling nasihat menasihati pada perkara kebaikan;

(c)    jujur dan ikhlas dalam berkawan;

(d)   bersangka baik terhadap kawan.

5.         Kelebihan berkawan dengan orang baik:

(a)    taat pada perintah Allah SWT;

(b)   dapat mencegah perbuatan mungkar;

(c)    dikasihi dan diredai oleh Allah SWT;

(d)   dapat mencontohi kebaikannya.

Tajuk: 32 – Adab Kepada Ibu Bapa

1.         Maksud beradab kepada ibu bapa ialah bersopan santun kepada mereka

dalam      percakapan, perbuatan dan tingkah laku.

Page 43: NOTA TING 1.doc

2.         Setiap orang wajib menghormati dan taat kepada ibu bapa sebagai

tanda     penghargaan atas segala jasa mereka.

3.         Anak yang menderhaka kepada ibu bapa akan mendapat akibat yang buruk

dalam            hidup mereka.

4.         Akibat buruk menderhaka kepada ibu bapa:

(a)    dimurkai oleh Allah SWT;

(b)   mendapat kesusahan dalam hidup kerana jauh daripada rahmat Allah SWT;

(c)    hati dan perasaan sentiasa tidak tenteram;

(d)   dibenci dan disisih oleh masyarakat.

5.         Adab terhadap ibu bapa:

(a)    taat dan patuh pada perintah mereka selagi tidak bertentangan dengan syarak;

(b)   sentiasa menghormati dan memuliakan mereka;

(c)    mendoakan kebahgiaan ibu bapa dan mengasihinya;

(d)   membantu meringankan pekerjaan ibu bapa.

6.         Hikmat menghormati ibu bapa:

(a)    memperoleh keredaan, rahmat dan keampunan Allah SWT;

(b)   dihormati dan dikasihi oleh masyarakat;

(c)    mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat;

(d)   hati dan perasaan sentiasa tenang dan tenteram.

Tajuk: 33 – Adab Bergaul Dengan Keluarga

1.         Keluarga ialah sanak saudara dan kaum kerabat termasuk ibu bapa, nenek,

datuk,   adik-beradik, bapa saudara, ibu saudara dan sebagainya.

2.         Adab-adab bergaul dengan keluarga:

(a)    saling ziarah menziarahi;

(b)   bercakap dengan sopan ketika berkomunikasi;

(c)    saling berkerjasama dalam perkara kebaikan.

3.         Kebaikan menjaga adab bergaul dengan keluarga:

Page 44: NOTA TING 1.doc

(a)    dikasihi dan dirahmati oleh Allah SWT;

(b)   jiwa dan perasaan sentiasa tenang;

(c)    merapatkan hubungan dan kasih sayang antara ahli keluarga.

4.         Amalan pergaulan yang salah dengan keluarga:

(a)    bercakap menggunakan perkataan yang kesat, memaki hamun, menghina dan

sebagainya;

(b)   reda dengan perkara maksiat yang berlaku dalam keluarga;

(c)    memutuskan hubungan kekeluargaan seperti tidak bertegur sapa dan sebagainya.

5.         Akibat tidak menjaga adab bergaul dengan keluarga:

(a)    akibat terhadap diri:

         jiwa menjadi resah;

         tersisih daripada keluarga;

         tiada keberkatan dalam hidup.

(b)   akibat terhadap keluarga:

         maruah keluarga akan tercemar;

         keluarga akan porak peranda;

         tiada kerjasama dalam keluarga.

Tajuk: 34 – Adab Berguru

1.         Panduan adab berguru:

(a)    sentiasa berwuduk;

(b)   berdoa kepada Allah;

(c)    bersedia untuk belajar;

(d)   menghormati guru;

(e)    berpakaian bersih dan kemas;

(f)    memberi tumpuan semasa belajar.

2.         Cara-cara beradab kepada guru:

Page 45: NOTA TING 1.doc

(a)    memberi salam ketika bertemu guru;

(b)   bercakap dengan sopan;

(c)    berlapang dada menerima teguran guru.

3.         Cara-cara mengenang jasa guru:

(a)    mendoakan kebahgiaan guru;

(b)   memelihara silatulrahim dengan guru;

(c)    menghormati guru sepanjang masa.

4.         Hikmat  menghormati guru:

(a)    mendapat ilmu yang diberkati;

(b)   memperolehi kejayaan hidup di dunia dan di akhirat;

(c)    membentuk peribadi dan akhlak yang mulia dalam diri.

5.         Akibat menderhakai guru:

(a)    ilmu yang diperolehi tidak berkat;

(b)   tercicir dalam bidang pelajaran;

(c)    mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti merokok dan ponteng sekolah.

Tajuk: 35 – Adab Menuntut Ilmu

1.         Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu sama ada lelaki atau perempuan.

2.         Kewajipan menuntut ilmu ini merangkumi ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah.

3.         Antara contoh ilmu fardu ain ialah ilmu tauhid, ilmu al-Quran, ilmu fikah,

ilmu       akhlak dan sebagainya.

4.         Antara contoh ilmu fardu kifayah ialah ilmu sains, ilmu perubatan, ilmu

ekonomi,   ilmu kejuruteraan dan sebagainya.

5.         Adab-adab menuntut ilmu:

(a)    sentiasa mentaati perintah Allah SWT;

(b)   taat dan patuh pada arahan dan nasihat guru;

(c)    menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar;

Page 46: NOTA TING 1.doc

(d)   berusaha dan berdoa memohon kejayaan.

6.         Kepentingan menuntut ilmu:

(a)    menambah keyakinan dan keimanan kepada Allah SWT;

(b)   dapat melakukan ibadat dengan betul dan bertepatan dengan kehendak syarak.

(c)    dapat meningkatkan kualiti dan kecemerlangan diri, keluarga dan masyarakat.

7.         Perbuatan yang tidak beradab ketika menuntut ilmu:

(a)    tidak menghormati guru sama ada di dalam atau di luar sekolah;

(b)   tidak menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar seperti bermain dan bergurau;

(c)    melanggar peraturan dan disiplin sekolah.

Tajuk: 36 – Adab Menjaga Harta Sekolah

1.         Harta sekolah ialah segala peralatan dan kemudahan yang disediakan

oleh kerajaan untuk memudahkan proses pendidikan.

2.         Antara harta dan peralatan sekolah termasuklah:

(a)    buku teks;

(b)   komputer;

(c)    meja dan kerusi;

(d)   peralatan sukan;

(e)    kemudahan asrama.

3.         Adab-adab menjaga harta benda sekolah:

(a)    menggunakan harta sekolah dengan baik dan cermat;

(b)   menyimpan kembali barang yang digunakan ke tempat asal;

(c)    melaporkan sebarang kerosakan kepada guru dengan segera.

4.         Faedah menjaga harta sekolah:

(a)    proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan selesa;

Page 47: NOTA TING 1.doc

(b)   harta sekolah tersebut dapat digunakan oleh pelajar lain;

(c)    memberikan imej yang baik kepada sekolah.

5.         Akibat tidak menjaga harta sekolah:

(a)    menimbulkan masalah kepada pihak sekolah;

(b)   pelajar tidak dapat belajar dengan baik dan selesa;

(c)    memburukkan imej dan warga sekolah.

Tajuk: 37 – Adab Membaca al-Quran

1.         Adab-adab sebelum membaca al-Quran:

(a)    berwuduk;

(b)   memakai pakaian yang bersih;

(c)    meletakkan al-Quran pada tempat yang bersih dan tinggi seperti di atas rehal.

2.         Adab-adab semasa membaca al-Quran:

(a)    memulakan bacaan dengan membaca isti’azah dan basmalah;

(b)   membaca dengan penuh khusyuk;

(c)    berusaha untuk memahami ayat-ayat yang dibaca;

3.         Adab-adab selepas membaca al-Quran:

(a)    membaca doa apabila selesai membaca;

(b)   mencium dan mengucup al-Quran;

(c)    meletakkan al-Quran di tempat yang sesuai.

4.         Implikasi mengabaikan adab membaca al-Quran:

(a)    mendapat kemurkaan Allah SWT;

(b)   tidak memberi kesan pada hati pembaca;

(c)    tidak mendapat keberkatan.

5.         Hikmat membaca al-Quran dengan beradab:

(a)    mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT;

(b)   mendapat ketenangan dan ketenteraman jiwa.

Page 48: NOTA TING 1.doc

Tajuk: 24 – Masyarakat Arab Sebelum dan Selepas Islam

1.         Masyarakat Arab sebelum kedatangan Rasulullah SAW dikenali

sebagai     masyarakat Arab Jahiliah.

2.         Jahiliah menurut istilah bermaksud tidak tahu dan sesat daripada agama samawi.

3.         Agama-agama masyarakat jahiliah ialah:

(a)    agama menyembah berhala;

(b)   agama Kristian;

(c)    agama Yahudi;

(d)   agama Majusi.

4.         Masyarakat jahiliah terbahagi kepada dua golongan iaitu masyarakat Badwi

dan    masyarakat Hadari.

(a)    masyarakat Badwi:

         tinggal di luar bandar;

         sering berpindah randah dan tertumpu di kawasan berair untuk minuman dan ternakan;

         menternak binatang dan bercucuk tanam;

         politik mereka berasaskan kabilah yang dipimpin oleh seorang syeikh.

(b)   masyarakat Hadari:

         tinggal di Bandar;

         mempunyai pergaulan yang luas serta sering dikunjungi oleh peniaga-peniaga dari luar;

         berniaga pakaian, ternakan dan hamba abdi;

         politik mereka berasaskan kepada satu kuasa pentadbiran pusat yang terdiri daripada

pelbagai jabatan seperti Jabatan Haji dan Jabatan Kaabah. Mereka patuh kepada

pentadbiran pusat ini.

5.         Akhlak keji masyarakat jahiliah:

(a)    wanita dijadikan hamba yang boleh dijual beli dan diwarisi;

(b)   minum arak, berjudi dan berzina menjadi amalan harian;

(c)    suka merompak, membunuh serta berperang;

(d)   membunuh anak perempuan yang baru lahir.

Page 49: NOTA TING 1.doc

6.         Kedatangan Islam telah membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat

Arab     jahiliah.

7.         Antara perubahan-perubahan yang dibawa oleh Islam ialah:

(a)    amalan khurafat dan karut kepada menyembah Allah SWT yang Maha Esa;

(b)   akhlak yang buruk dan keji kepada akhlak yang mulia dan terpuji;

(c)    peperangan dan permusuhan antara kabilah kepada kehidupan yang aman dan harmoni;

(d)   penindasan kepada keadilan sejagat.

Tajuk: 25 – Riwayat Hidup Rasulullah SAW

1.         Nabi Muhammad SAW lahir di Mekah pada pagi Isnin 12 Rabiulawal

Tahun         Gajah bersamaan dengan 20 April tahun 571 Masihi.

2.         Nabi Muhammad berasal dari keturunan bangsawan Quraisy, iaitu golongan

yang terkenal dan berpengaruh di kalangan masyarakat Arab.

3.         Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib. Ibunya bernama Aminah

binti       Wahab.

4.         Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim kerana kematian ayah semasa

masih         dalam kandungan ibunya.

5.         Beberapa hari setelah dilahirkan, baginda disusui oleh Suwaibah Al-

Aslamiah        sebelum diserah kepada Halimatus Sa’adiah daripada kabilah Bani Sa’ad.

6.         Ketika berusia empat tahun, nabi membantu keluarga angkatnya

menggembala       kambing. Pekerjaan itu telah melatih nabi bersabar dan tabah

menghadapi ujian        hidup.

7.         Ketika berusia enam tahun, baginda bersama ibunya pergi menziarahi

kubur            ayahnya di Madinah.

8.         Dalam perjalanan ibu baginda telah jatuh sakit lalu meninggal dunia.

Jenazah          ibunya dimakamkan di Abwak.

9.         Baginda dibawa pulang ke Mekah oleh hambanya Ummu Aiman dan

telah             dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib.

Page 50: NOTA TING 1.doc

10.       Abdul Mutalib merupakan seorang pembesar Mekah yang terkenal dan dihormati.

11.       Baginda hanya sempat tinggal bersama datuknya selama dua tahun

sebelum           datuknya meninggal dunia.

12.       Datuknya meninggal dunia ketika baginda berusia lapan tahun.

13.       Selepas kematian datuknya, nabi dipelihara pula oleh bapa saudaranya Abu Talib.

14.       Baginda telah bekerja mengembala kambing untuk membantu meringankan

beban yang ditanggung oleh bapa saudaranya.

15.       Ketika berusia 12 tahun, baginda mengikuti rombongan perniagaan

bapa     saudaranya ke Syam. Ketika berada di sana, bapa saudaranya telah

bertemu          dengan seorang pendita Nasrani bernama Buhaira dan beliau mendapati

ada             tanda-tanda kerasulan pada baginda seperti yang terdapat dalam kitab Taurat

dan Zabur.

16.       Semasa remaja, baginda telah berkongsi berniaga dengan Saib bin Abi

Saib,           pemuda Quraisy.

17.       Ketika berusaha 25 tahun baginda telah menjalankan perniagaan

kepunyaan           Khadijah binti Khuwailid ke Syam dengan ditemani oleh seorang

pembantu lelaki       yang bernama Maisarah.

18.       Kemuliaan peribadi dan kebijaksanaan baginda telah memaut hati

Khadijah.           Beliau telah meminta hambanya Maisarah untuk melamar Rasulullah SAW.

19.       Rasulullah SAW telah bersetuju untuk berkahwin dengan Khadijah.

Baginda         ketika itu berusia 25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun.

20.       Hasil perkahwinan itu, baginda telah dikurniakan enam orang anak iaitu dua

lelaki             dan empat perempuan.

21.       Baginda dilantik menjadi rasul ketika berusia 40 tahun yang menjadi

penyelamat   dan rahmat ke seluruh alam.

22.       Wahyu pertama diterima ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hirak.

Page 51: NOTA TING 1.doc

23.       Selepas peristiwa itu baginda terus pulang menemui Khadijah dalam

keadaan         ketakutan dan menceritakan peristiwa yang telah dialaminya.

24.       Khadijah membawa baginda menemui sepupunya iaitu Waraqah bin

Naufal,           seorang pendita yang mengetahui tentang Taurat dan Injil.

25.       Waraqah memberitahu tentang kerasulan nabi Muhammad SAW dan

berjanji         akan membantunya jika umurnya panjang. Tidak lama selepas itu Waraqah

pun         meninggal dunia.

           

Tajuk: 26 – Kejayaan Rasulullah SAW Meletakkan Asas Akidah Yang Kukuh

1.         Matlamat utama Rasulullah SAW berdakwah di Mekah ialah membaiki

akidah       musyrikin Quraisy yang mempunyai pelbagai kepercayaan kepada

mentauhidkan      Allah SWT.

2.         Dalam menyebarkan dakwah Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat

menerima   pelbagai ancaman daripada Musyrikin Mekah.

3.         Antara ancaman dan cabaran yang dihadapi oleh Rasulullah SAW:

(a)    baginda diludah dan dicerca;

(b)   rumah baginda dibaling dengan tahi unta;

(c)    Abu Jahal cuba menghempaskan batu besar kepada Rasulullah SAW ketika baginda

sedang bersolat;

(d)   baginda ditawarkan pangkat, harta dan wanita cantik.

4.         Antara ancaman dan penyeksaan kepada sahabat Rasulullah SAW:

(a)    Bilal bin Rabah serta keluarga Yasir diseksa dengan kejam;

(b)   pemulauan terhadap keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib;

(c)    ugutan bunuh kepada penganut Islam.

5.         Rasulullah SAW tetap meneruskan dakwah Islam dengan menanam asas

akidah     yang mantap kepada penganut Islam.

6.         Hasilnya, ajaran Islam dikenali oleh Musyrikin Quraisy dan menarik

mereka           untuk menganut ajaran Islam.

Page 52: NOTA TING 1.doc

7.         Faktor kejayaan dakwah Rasulullah SAW:

(a)    pertolongan daripada Allah SWT;

(b)   keperibadian Rasulullah SAW;

(c)    keadilan dan persamaan hak dalam ajaran Islam;

(d)   dakwah yang penuh berhikmah dan bijaksana.

Tajuk: 27 – Strategi Perjuangan Rasulullah SAW Di Mekah

1.         Strategi dakwah Rasulullah SAW di Mekah terbahagi kepada dua iaitu

dakwah     secara rahsia dan dakwah secara terus terang.

2.         Dakwah secara rahsia berlangsung selama tiga tahun dan dijalankan kepada

kaum keluarga terdekat dan rakan taulan.

3.         Antara orang yang mula-mula memeluk Islam ialah Khadijah binti Khuwailid, Ali bin

Abi Talib, Abu Bakar As-Siddiq, Usman bin Affan dan Al-Arqam bin Abi Al-      Arqam.

4.         Antara hikmat dakwah secara rahsia ialah:

(a)    ajaran Islam diterima tanpa sebarang gangguan;

(b)   mengelakkan penentangan Musyrikin Quraisy;

(c)    kedudukan Islam dan umat Islam bertambah kukuh;

(d)   mengelakkan kejutan kepada masyarakat Arab.

5.         Rasulullah SAW menjalankan dakwah secara terus terang setelah turun ayat

214    surah As-Syu’ara’ dan ayat 94 surah Al-Hijr.

6.         Baginda telah mengadakan perhimpunan di Bukit Safa. Baginda telah dicaci

oleh Abu Lahab dengan kata-kata penghinaan.

7.         Rasulullah SAW dan para sahabat tetap tabah menghadapi segala

tentangan           tersebut.

8.         Antara hikmat dakwah secara terus terang ialah:

(a)    penganut Islam berani menegakkan kebenaran;

(b)   pegangan akidah umat Islam bertambah mantap;

Page 53: NOTA TING 1.doc

(c)    ajaran Islam tersebar dengan meluas.

9.         Teknik dakwah Rasulullah SAW:

(a)    berdakwah dengan penuh hikmah atau bijaksana;

(b)   berdakwah dengan memberi nasihat dan pengajaran yang baik;

(c)    berdakwah dengan berbahas dengan cara yang baik.

10.       Dakwah Rasulullah SAW mendapat tentangan yang hebat daripada

kaumnya        setelah baginda berdakwah secara terus terang.

11.       Antara faktor-faktor penentangan ialah:

(a)    Islam menghapuskan agama nenek moyang mereka seperti penyembahan berhala;

(b)   Islam menghapuskan sikap berpuak-puak dengan menekankan persamaan hak antara

sesama manusia;

(c)    perniagaan berhala yang dijalankan akan terancam.

Tajuk: 28 – Hijrah Rasulullah SAW Ke Madinah

1.         Hijrah pada bahasa bermaksud perpindahan atau perubahan daripada satu

keadaan           kepada keadaan yang lebih baik.

2.         Hijrah pada istilah pula ialah perpindahan Rasulullah SAW dan orang-

orang           Islam dari Mekah ke Madinah untuk meningkatkan syiar Islam.

3.         Peristiwa hijrah berlaku pada 12 Rabiulawal tahun ke 13 kerasulan.

4.         Antara sebab-sebab berlaku hijrah ialah:

(a)    perintah Allah SWT supaya Rasulullah SAW berhijrah;

(b)   ancaman terhadap orang Islam semakin memuncak;

(c)    penduduk Madinah memberi jaminan keselamatan kepada Rasulullah dan orang-orang

Islam.

Page 54: NOTA TING 1.doc

5.         Sebelum hijrah, beberapa penduduk Madinah telah dating bertemu

dengan             Rasulullah SAW secara sulit. Pertemuan itu telah membawa termeterai

Perjanjian     Aqabah Pertama.

6.         Perjanjian Aqabah Pertama dibuat pada tahun 621 Masihi bersamaan

tahun            kesebelas kerasulan Nabi.

7.         Antara isi kandungan Perjanjian Aqabah Pertama ialah:

(a)    tidak mensyirikkan Allah SWT;

(b)   tidak membunuh anak;

(c)    tidak membuat fitnah;

(d)   tidak mencuri;

(e)    tidak berzina.

8.         Pada tahun berikutnya iaitu tahun 622 Masihi bersamaan tahun ke 13

kerasulan,     termeterai Perjanjian Aqabah Kedua yang dibuat di antara Rasulullah

SAW         dengan 37 orang lelaki dan 2 orang perempuan Madinah.

9.         Antara isi kandungan Perjanjian Aqabah Kedua ialah:

(a)    menerima Rasulullah SAW sebagai pemimpin mereka;

(b)   berjanji mempertahankan Rasulullah SAW;

(c)    berjanji untuk berjuang mempertahankan Islam.

10.       Peristiwa selepas hijrah:

(a)    Rasulullah SAW mempersaudarakan golongan Ansar dengan Muhajirin;

(b)   membina masjid sebagai tempai ibadat dan lambang perpaduan umat Islam.

(c)    membuat beberapa perjanjian dengan golongan Yahudi di Madinah.

11.       Iktibar daripada peristiwa hijrah:

(a)    setiap umat Islam hendaklah berkorban untuk memartabatkan Islam;

(b)   dakwah memerlukan strategi yang baik dan berkesan;

(c)    perpaduan yang kukuh dan mantap hanya dapat dicapai melalui kesatuan akidah.

Tajuk: 29 – Keunggulan Perjuangan Tokoh-Tokoh Islam

Page 55: NOTA TING 1.doc

29.1 – Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA.

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama beliau ialah Abdullah bin Abi Quhafah bin Umar bin Ka’ab;

(b)   lahir di Mekah pada tahun 572 Masihi, dua tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW.

(c)    beliau berketurunan bangsawan Quraisy;

(d)   keturunan beliau mempunyai pertalian dengan datuk Rasulullah SAW yang keenam iaitu

Murrah bin Ka’ab;

(e)    seorang ahli perniagaan yang berjaya dan banyak menyumbangkan harta untuk Islam;

(f)    lelaki pertama memeluk Islam dan digelar As-Siddiq kerana membenarkan apa sahaja yang

dikatakan oleh Rasulullah SAW.

2.         Sifat peribadi:

(a)    bersopan santun;

(b)   bercakap benar;

(c)    lemah lembut;

(d)   setiakawan.

3.         Sumbangan dan pengorbanan Saidina Abu Bakar:

(a)    bersama Rasulullah SAW dalam semua peperangan;

(b)   menjadi teman Rasulullah SAW ketika berhijrah ke Madinah;

(c)    mendermakan seluruh harta kekayaan untuk membiayai Perang Tabuk.

4.         Jasa Saidina Abu Bakar:

(a)    memerangi golongan murtad dan nabi palsu;

(b)   memerangi golongan yang enggan membayar zakat;

(c)    mengembangkan dakwah Islam ke Rom dan Parsi.

29.2 – Khadijah binti Khuwailid

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama beliau ialah Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusai;

(b)   berasal daripada keturunan bangsawan Quraisy dan seorang peniaga yang kaya;

(c)    beliau adalah wanita yang pertama memeluk Islam;

Page 56: NOTA TING 1.doc

(d)   berkahwin dengan Rasulullah SAW ketika berumur 40 tahun dan merupakan isteri pertama

baginda;

(e)    meninggal dunia pada tahun ke 10 kerasulan bersamaan 620 Masihi.

2.         Sifat peribadi:

(a)    sentiasa taat pada perintah Allah SWT;

(b)   beliau seorang wanita mulia, cantik dan cerdik;

(c)    seorang yang pintar dalam perniagaan;

(d)   seorang yang lemah lembut dan amat sayang kepada Rasulullah SAW.

3.         Sumbangan Saidatina Khadijah:

(a)    sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada Rasulullah SAW;

(b)   mengorbankan harta dan kekayaannya demi kemajuan Islam;

(c)    menjadi isteri yang solehah, jujur dan setia terhadap suami;

(d)   menjadi penawar kepada Rasulullah SAW ketika Rasulullah SAW dalam kesusahan.

29.3 – Sumaiyah Ummu Amar bin Yasir

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama beliau ialah Sumaiyah binti Khabbat, seorang hamba kepada Huzaifah bin Mughirah;

(b)   beliau adalah ibu kepada Ammar dan isteri kepada Yasir;

(c)    Sumaiyah dan keluarganya memeluk Islam pada awal perkembangan Islam;

(d)   Tuan Sumaiyah sangat memusuhi Islam. Setelah mengetahui keislaman beliau, tuannya

memaksa beliau agar kembali pada agama nenek moyang mereka;

(e)    tuannya telah menyiksa beliau dengan kejam. Beliau dipakaikan dengan baju rantai

daripada besi dan dijemur di tengah panas. Namun beliau tetap mempertahankan akidah

Islam yang diimaninya;

(f)    Sumaiyah adalah wanita Islam pertama mati syahid kerana ditikam oleh Abu Jahal demi

mempertahankan akidah Islam.

2.         Sifat peribadi:

(a)    beliau memiliki keimanan yang kuat dan mantap terhadap ajaran yang dibawa oleh

Rasulullah SAW;

(b)   seorang yang tabah dan sabar dalam menghadapi segala seksaan yang dilakukan

terhadap diri, suami dan anaknya;

Page 57: NOTA TING 1.doc

(c)    sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan akidah Islam.

3.         Jasa dan pengorbanan Sumaiyah:

(a)    berani menyatakan kebenaran;

(b)   sanggup mengorbankan nyawa dalam mempertahankan akidah;

(c)    menyalakan obor semangat kepada umat Islam dalam mempertahankan akidah Islam yang

suci.

29.4 – Bilal bin Rabah

1.         Riwayat hidup:

(a)    Bilal bin Rabah dilahirkan pada tahun 43 sebelum Hijrah;

(b)   beliau berasal dari keturunan Habsyi dan hamba kepada Umaiyah bin Khalaf;

(c)    golongan hamba yang pertama memeluk Islam;

(d)   Bilal telah diseksa oleh tuannya kerana memeluk Islam. Beliau diseksa dengan tangan dan

kakinya diikat, diletakkan di padang pasir yang panas terik dan diletakkan batu besar di

atas perutnya. Namun penyeksaan tuannya tidak sedikit pun mengugat keimanannya

kepada Allah SWT;

(e)    muazzin pertama dalam Islam dan hingga kini nama ‘Bilal’ menjadi panggilan bagi orang

yang melaungkan azan;

(f)    meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 Hijrah dan dikebumikan di situ.

2.         Sifat peribadi:

(a)    beliau juga mempunyai keimanan yang mantap serta yakin dengan kekuasaan Allah SWT;

(b)   Bilal seorang yang berani mempertahankan akidahnya walaupun diseksa;

(c)    beliau seorang yang sabar dan tabah walaupun telah diseksa oleh tuannya.

3.         Sumbangan Bilal bin Rabah:

(a)    muazzin pertama dalam Islam;

(b)   menjadi contoh terunggul dalam mempertahankan akidah Islam;

(c)    menjadi pendakwah dalam mengembangkan Islam di kalangan hamba.