Nota Topik 3-5

download Nota Topik 3-5

of 22

Transcript of Nota Topik 3-5

TOPIK 3 PEMULIHARAAN IN SITUSinopsisStrategi pemuliharaan in situ merupakan strategi pemuliharaan jangka panjang dan terbaik. Namun begitu peningkatan aktiviti manusia boleh mengakibatkan spesies hidupan liar pupus melalui hakisan genetik, pengeluaran sumber secara berlebihan, pembiakbakaan, terhad, perubahan persekitaran, serangan penyakit serta persaingan dengan spesies eksotika (spesies invasif). Oleh itu strategi pemuliharaan ex situ merupakan satu alternatif apabila populasi serpihan (remnant population) tidak berupaya membiak di habitat semula jadi.Dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan tentang peranan yang dimainkan oleh zoo, aquarium, taman botani/arboreta dan bank benih dalam aktiviti pemuliharaan. Anda juga akan berpeluang mengkaji secara terperinci tentang julat kepelbagaian haiwan dan tumbuhan yang terdapat di zoo/taman botani yang dipilih. .Hasil Pembelajaran1. Mengenalpasti dan menghuraikan ciri-ciri habitat semulajadi di Malaysia. 2. Menerangkan kepentingan populasi semulajadi kepada kehidupan manusia.Rangka KandunganOrganization Chart Habitat SemulajadiPopulasi Semulajadi PEMULIHARAAN IN SITURajah 6.1: Ringkasan Kandungan Isi KandunganPemuliharaan In Situ Kepelbagaian hidupan liar atau biodiversiti mengalami pelbagai ancaman akibat kegiatan manusia seperti pembalakan haram, pemburuan haram, pembukaanHutan Hujan KhatulistiwaPaya BakauHabitat Air TawarBahan Rujukan1. Primack, R.B. (1998) Essentials of Conservation Biology. 2rd edition. Sinauer Associates Inc. Chapter 14 Ex situ conservation strategies. 2. Miller, G.T. (1997) Environmental Science. 6th edition. Brooks/Cole Thompson Learning. Chapter 17 Sustaining wild species. 3. Moulton, M.P. and Sanderson, J. ( 1999) Wildlife Issues in a Changing World. 2nd edition. Lewis Publishers. pages 88-90; 96. and pages 235-243.TOPIK 4 PEMULIHARAAN EX-SITUSinopsisStrategi pemuliharaan in situ merupakan strategi pemuliharaan jangka panjang dan terbaik. Namun begitu peningkatan aktiviti manusia boleh mengakibatkan spesies hidupan liar pupus melalui hakisan genetik, pengeluaran sumber secara berlebihan, pembiakbakaan, terhad, perubahan persekitaran, serangan penyakit serta persaingan dengan spesies eksotika (spesies invasif). Oleh itu strategi pemuliharaan ex situ merupakan satu alternatif apabila populasi serpihan (remnant population) tidak berupaya membiak di habitat semula jadi.Dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan tentang peranan yang dimainkan oleh zoo, aquarium, taman botani/arboretum dan bank benih dalam aktiviti pemuliharaan. Anda juga akan berpeluang mengkaji secara terperinci tentang julat kepelbagaian haiwan dan tumbuhan yang terdapat di zoo/taman botani yang dipilih.Hasil Pembelajaran1. Menerangkan tentang peranan zoo, aquaria, taman botani, arboreta and bank benih dalam aktiviti pemuliharaan. 2. Sintesis maklumat tentang kepelbagaian haiwan dan tumbuhan di zoo/ taman botani.Kerangka KandunganOrganization Chart PEMULIHARAAN EX SITU Zoo Aquaria Seed Bank Taman Botani/ ArboretumRajah 7.1: Kerangka KandunganIsi KandunganPemuliharaan Ex SituPemuliharaan ex situ merupakan strategi pemuliharaan spesies hidupan liar di luar habitat semula jadi mereka. Spesies yang dikategorikan sebagai terancam kepupusan atau akan mengalami kepupusan akan dilindungi dan dibiakbaka dalam kurungan/habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi spesies tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai.Pemuliharaan ex situ hidupan liar fauna dijalankan di zoo, aquarium dan program pembiakaan kurungan manakala pemuliharaan flora dijalankan di taman botani, arboreta dan bank benih. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manafaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini.Program pembiakbakaan kurungan hidupan liar merupakan salah satu kaedah yang dijalankan untuk memastikan spesies-spesies hidupan liar tidak pupus. Tujuan program pembiakbakaan hidupan liar flora dan fauna diwujudkan antara lain ialah: . supaya impak ke atas hidupan liar di kawasan pemuliharaan in-situ dapat dikurangkan. . membiakkan spesies hidupan liar flora dan fauna yang dilindungi sepenuhnya ke satu tahap populasi yang sihat sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya.. membiakkan spesies hidupan liar flora dan fauna yang dilindungi dan mempunyai nilai ekonomi di dalam kurungan. . membiak spesies yang mempunyai nilai rekreasi.Program pembiakbakaan kurungan boleh dijalankan melalui beberapa kaedah seperti, permanian beradas (artificial insemination), peliharaan silang (cross fostering), pemindahan embrio (embryo transfer) dan pengeraman buatan (artificial incubation).Terdapat beberapa organisasi yang menjalankan aktviti pemuliharaan ex situ seperti Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar, Jabatan Pertanian, FRIM dan organisasi-organisasi lain. Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar telah mewujudkan beberapa pusat pembiakbakaan kurungan hidupan liar fauna sejak beberapa tahun yang lalu seperti Pusat Pembiakan Seladang, Pusat Pembiakan Burung Kuang, Pusat Pembiakan Rusa Sambar, Pusat Pembiakan Tapir, Pusat Pembiakan Napoh/Pelanduk dan Pusat Pembiakan di Zoo Melaka. Bagi hidupan liar flora pula, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian, FRIM dan lain-lain organisasi telah membangunkan beberapa pusat pemuliharaan ex-situ seperti taman botani dan arboretum.ZooSeiring dengan keperluan untuk melindungi dan memulihara biodiversiti, maka peranan zoo telah berubah daripada pusat pameran haiwan mamalia seperti zirafah, gajah dan lain-lain kepada pusat perlindungan dan pemuliharaan biodiversiti terancam seperti serangga dan lain-lain kumpulan haiwan. Matlamat zoo kini secara umumnya adalah untuk memantapkan program pembiakbakaan hidupan liar dan hidupan yang terancam kepupusan.Zoo kini bekerjasama dengan organisasi lain seperti universiti dan organisasi kerajaan seperti Jabatan Perhilitan yang terlibat dengan aktivitipemuliharaan hidupan liar. Organisasi-organisasi ini akan menyediakan kepakaran dan latihan penjagaan haiwan serta ubatan veterinar kepada pihak zoo manakala pihak zoo akan menguruskan penjagaan haiwan yang dilindungi dalam kurungan.Zoo juga menjalankan program pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat tentang keperluan aktiviti pemuliharaan hidupan liar dan telah mendapat banyak sokongan dan sumbangan daripada masyarakat. Di samping itu, zoo merupakan tempat rekreasi, pusat rujukan dan penyelidikan hidupan liar.Terdapat pelbagai spesies fauna seperti mamalia, burung, reptilia, amfibia, serangga, yang terancam kepupusan dilindungi di zoo. Spesies ini akan dibiakbaka kurungan sehingga mencapai saiz populasi yang sesuai sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi. Namun begitu pelbagai persoalan timbul terhadap sejauhmana keupayaan haiwan kurungan tersebut berupaya menyesuaikan diri di habitat semula jadi.Di Malaysia terdapat Zoo Negara dan beberapa zoo negeri. Antara zoo yang aktif menjalankan program pembiakbakaan adalah Zoo Melaka dan Zoo Taiping manakala Zoo Negara dijadikan pusat rekreasi utama dan tempat rujukan serta penyelidikan oleh para penyelidik. Pengurusan zoo memerlukan kepakaran, tenaga kerja terlatih, ruang yang luas dan kos pengurusan yang tinggi. Usaha ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak seperti NGO, badan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan badan-badan swasta.Panda menjadi symbol aktiviti pemuliharaan spesies hidupan liar yang kian terancamAquariaAquaria awam kebiasaannya lebih cenderung mempamerkan spesies marin yang menarik dan luar biasa seperti singa laut, ikan lumba-lumba dan lain-lain kepada pengunjung aquaria. Namun begitu fokus aquaria kini telah berubah kepada pendidikan pemuliharaan spesies marin yang terancam kepupusan. Aktiviti pemuliharaan aquaria merupakan suatu keperluan memandangkan beribu-ribu spesies ikan kini mengalami ancaman kepupusan. Molluska air tawar juga perlu dilindungi kerana sensitiviti hidupan ini terhadap pencemaran dan perubahan persekitaran.Usaha kini tertumpu kepada membangunkan teknologi pembiakbakaan spesies marin yang jarang ditemui. Program pembiakbakaan spesies marin dijalankan di pusat penetasan, aquarium serta habitat air buatan. Penyelidikan tentang teknologi pembiakbakaan spesies marin juga sedang dibangunkan.Di negara kita terdapat beberapa aquaria seperti di KLCC dan di beberapa negeri lain. Terdapat juga beberapa pusat penetasan penyu di Tanjung Bidara Melaka, Segari Perak dan Pasir Panjang, Kelantan. Pembangunan aquaria juga perlu kepada kepakaran yang tinggi tentang hidupan marin, kosyang tinggi dan tenaga kerja terlatih disamping penyediaan habitan seperti habitat semulajadi spesies marin tersebut.Taman Botani/ArboretumTaman botani adalah tempat di mana pelbagai tumbuhan di tanam dengan tujuan sebagai pusat rujukan pendidikan, penyelidikan, perhiasan serta rekreasi manakala arboretum pula adalah fokus kepada sesuatu jenis tanaman atau famili tumbuhan sahaja seperti taman herba, taman paku pakis, taman orkid, kebun buah-buahan dan lain-lain. Pelbagai organisasi terlibat secara aktif membangunkan taman botani untuk memulihara pelbagai spesies flora yang terdapat di dunia. Fokus taman botani kini tertumpu kepada usaha menanam tumbuhan yang jarang di temui dan tumbuhan tumbuhan yang diancam kepupusan.Taman botani terbesar di dunia terletak di Kew, England dikenali sebagai Taman Botani DiRaja mempunyai 25000 spesies tanaman iaitu kira-kira 10% daripada jumlah spesies tumbuhan dunia dan 2700 daripada spesies yang ditanam merupakan spesies yang telah disenaraikan sebagai spesies terancam oleh badan IUCN (International Union Conservation N ).Di Malaysia, organisasi kerajaan, swasta, institut penyelidikan mahupun institut pengajian tinggi awam turut memain peranan membangunkan pelbagai taman botani untuk tujuan pemuliharaan spesies flora serta dijadikan pusat rujukan penyelidikan serantau. Antara taman botani yang terkenal sebagai pusat rekreasi dan pusat penyelidikan adalah seperti berikut: . Taman . Pusat . Taman . Pusat . Taman Botani Rimba Ilmu, Universiti Malaya Penyelidikan Botani, Semengoh, Sarawak Pertanian Bukit Cahaya, Shah Alam Orkid dan Stesyen Penyelidikan Pertanian, Tenom, Sabah Botani, Putrajaya. Taman Botanikal, Melaka . Taman Botani, Pulau Pinang . Taman Botani KepongSelain berfungsi sebagai institut penyelidikan perhutanan, FRIM juga berfungsi sebagai taman botani. Sekurang-kurangnya 1098 spesies tumbuhan peringkat tinggi (Angiosperma dan Gimnosperma) direkodkan di kawasan institut yang meliputi 600 hektar. Senarai ini termasuk spesies tempatan dan bukan tempatan yang dibawa masuk melalui program pertukaran. Kawasan penyelidikan seluas kira-kira 391 hektar mempunyai 786 spesies, manakala Taman Botani yang dibangunkan oleh FRIM di Kepong (93 hektar) mempunyai pelbagai koleksi semaian spesies pokok liar. Arboretum Dipterokarpa yang ditubuhkan pada 1929 mempunyai koleksi 92 spesies manakala Arboterum bukan Dipterokarpa mempunyai koleksi 96 spesies. Arboretum yang ditubuhkan baru-baru ini, iaitu arboretum pokok buah-buahan mempunyai 65 spesies, manakala Arboretum Koniferatum dan monokot mempunyai 19 dan 39 spesies masing-masing.Pembangunan taman botani atau arboretum adalah satu usaha yang perlu diberi tumpuan memandangkan banyak spesies flora yang terdapat di hutan negara kita merupakan spesies endemik iaitu hanya terdapat di rantau Asia Tenggara sahaja. Namun begitu beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membangunkan taman botani seperti memerlukan kawasan yang luas, kos pengurusan, kepakaran, tenaga kerja serta keperluan menyediakan habitat seperti habitat semulajadi setiap spesies yang ditanam.Bank BenihTaman botani dan institut penyelidikan telah membangunkan bank germplasma tumbuhan-tumbuhan yang dinamakan bank benih. Di bank benih terdapat koleksipelbagai benih daripada tumbuhan liar mahupun tanaman. Bank benih memberi tumpuan kepada 100 spesies tanaman yang merupakan 90% daripada sumber makanan kepada masyarakat setempat. Namun begitu bank benih juga memainkan peranan untuk mengumpul koleksi benih bagi spesies tumbuhan yang diancam kepupusan atau kehanyutan variasi genetik.Benih tumbuhan di simpan dalam keadaan kering atau pada suhu rendah berupaya mengekalkan benih dalam jangka masa yang panjang. Kemudian benih ini akan dicambahkan untuk menghasilkan populasi baru dan sebahagiannya digunakan untuk menambah koleksi benih di bank benih. Bank benih dijadikan pusat untuk mendapatkan germplasma untuk tujuan pertanian, lanskap, penyelidikan atau taman botani/arboretum. Sebahagian germplasma tumbuhan di simpan dalam bentuk biji benih, keratan tumbuhan dan juga dalam bentuk tisu kultur.Pembangunan bank benih adalah usaha yang perlu diberi tumpuan oleh pihak kerajaan supaya germplasma yang diperlukan terutamanya tanaman makanan tidak mengalami kepupusan. Namun begitu pengurusan bank benih memerlukan kepakaran yang tinggi, kos yang banyak, ruang dan peralatan penyimpanan serta tenaga kerja terlatih. Masalah yang dihadapi oleh bank benih adalah secara beransur-ansur benih yang disimpan akan kehilangan keupayaan untuk bercambah atau mengalami mutasi.Terdapat beberapa bank benih telah dibangunkan di dunia seperti Svalbard Global Seed Vault yang terletak di Artik. Di negara kita terdapat beberapa bank benih dibangunkan oleh pihak MARDI seperti bank benih padi di MARDI, Bertam dan lain-lain bank benih.Rajah 4.2: Sumber germplasma pelbagai tanaman makanan di duniaLayari Internet (1 jam) Lawat zoo/ taman botani maya di internet. Kenalpasti julat kepelbagaian hidupan yang terdapat di situ. Persembahkan dapatan anda di hadapan kelas menggunakan rekod inventori seperti contoh berikut:Jadual 7.2: Rekod Inventori di Zoo Taiping, PerakNama Saintifik Nama Umum Bilangan Haiwan JumlahJantan Betina Tidak PastiOrder: Marsupilia Macropodidae1 Dorcopsos veterum Bush Wallaby 11 2 Macropus agilis Agile Wallaby 3 8 2 13 3 Macropus rufus Red Kangaroo 1 12Sila layari mana-mana laman web Zoo/ Taman Botani Maya yang berikut: ZoosIUCN Conservation Breeding Specialist Group : http://www.cbsg.org/South East Asian Zoos Association http://www.seaza.org/American Zoo & Aquarium Association : http://aza.org/ZooNet (International Index) : http://www.mindspring.com/~zoonet/www_virtual_lib/zoos.htmlArizona-Sonora Desert Museum : http://www.desertmuseum.org/Australian Museum http://www.amonline.net.au/thylacine/index2.htmSan Diego Zoo http://www.sandiegozoo.org/Gardens/Plantshttp://www.mobot.org/CPC/welcome.htmlhttp://www.rbgkew.org.uk:80/conservation/index.htmlhttp://www.florabank.org.au/Latihan (30 minit)Bincangkan kelebihan dan kelemahan strategi Pemuliharaan Ex Situ. Emelkan jawapan kepada pensyarah kursus anda.Fikirkan (30 minit)Adakah strategi pemuliharaan ex situ yang dijalankan akan berjaya memulihara keseluruhan biodiversiti untuk generasi yang akan datang? Bincangkan. Emelkan jawapan kepada pensyarah kursus anda.Bahan Rujukan1. Primack, R.B. (1998) Essentials of Conservation Biology. 2rd edition. Sinauer Associates Inc. Chapter 14 Ex situ conservation strategies. 2. Miller, G.T. (1997) Environmental Science. 6th edition. Brooks/Cole Thompson Learning. Chapter 17 Sustaining wild species. 3. Moulton, M.P. and Sanderson, J. ( 1999) Wildlife Issues in a Changing World. 2nd edition. Lewis Publishers. pages 88-90; 96. and pages 235-243.TOPIK 5 ANCAMAN TERHADAP BIODIVERSITISinopsisAktiviti manusia merujuk kepada aktiviti harian yang melibatkan interaksi dengan alam sekitar untuk mencapai kesejahteraan hidup. Alam sekitar pula mengandungi dua komponen iaitu komponen hidup merangkumi flora dan fauna manakala komponen bukan hidup adalah tanah, air dan udara. Aktiviti manusia seperti pertanian, pembalakan, perikanan dan lain-lain memberi ancaman ke atas biodiversiti seperti kemusnahan habitat, populasi berkurangan, fragmentasi populasi seterusnya kepupusan spesies, jika tidak diurus dengan baik. Dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan tentang ancaman yang dihadapi oleh hidupan liar akibat aktiviti manusia seperti pembalakan haram, pemburuan haram, pembukaan tanah, penyeludupan hidupan liar, pembinaan empangan dan pembakaran terbuka serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengekang pemburuan dan penyeludupan haram hidupan liar. .Hasil Pembelajaran 1. Mengenalpasti ancaman terhadap hidupan liar. 2. Mencadangkan langkah-langkah pencegahan untuk mengekang pemburuan dan penyeludupan hidupan liarKerangka KandunganOrganization Chart Kepupusan spesies ANCAMAN TERHADAP HIDUPAN LIAR Fragmentasi Populasi Kemusnahan habitatPopulasiberkuranganRajah 11.1: Kerangka KandunganIsi KandunganAncaman terhadap BiodiversitiKepelbagaian hidupan liar atau biodiversiti mengalami pelbagai ancaman akibat kegiatan manusia seperti pembalakan haram, pemburuan haram, pembukaan tanah, penyeludupan hidupan liar, pembinaan empangan dan pembakaran terbuka yang boleh menyumbang kepadaAncaman terhadap biodiversiti boleh dikategorikan kepada: . Kemusnahan habitat . Pengeluaran sumber secara berlebihan . Pengenalan spesies invasif . Serangan penyakit . Rantaian kepupusanJadual 11.1: Faktor Penyebab Kepupusan SpesiesJadual 11.2: Kemusnahan Habitat Hutan Primer di Negara TropikaPengenalan spesies penakluk/ invasif Banyak spesies yang berguna telah dibawa dari habitat lain dan diperkenalkan kepada habitat baru. Spesies ini dinamakan sebagai spesies invasif. Spesies invasif diperkenalkan kerana beberapa tujuan seperti sumber makanan alternatif, ubat-ubatan, sumber ekonomi dan lain-lain faedah. Namun begitu pengenalan spesies invasif di sesuatu habitat telah menyumbang kepada pelenyapan spesies semulajadi di habitat tersebut.species end_speciesBahan Rujukan1. Primack, R.B. (1995) A Primer of Conservation Biology. Sinauer Associates Inc. Chapter 2 Threats to Biological Diversity. 2. Moulton, M.P. and Sanderson, J. ( 1999) Wildlife Issues in a Changing World. 2nd edition. Lewis Publishers. pages 88-90; 96. and pages 235-243. 3. Primack, R.B. (1993) Essentials of Conservation Biology . Sinauer Associates Inc. Chapter 7 Exotic species, introductions, disease and overexploitation.