Nota1

22
1 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

Transcript of Nota1

Page 1: Nota1

1

Tamadun Islam dan Tamadun

Asia (TITAS)

Page 2: Nota1

Definisi Tamadun

Definisi Tamadun

Bahasa Arab Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Page 3: Nota1

3

Dalam Bahasa Arab

• Tamadun berasal dari perkataan Bahasa Arab tamaddun.

• Ia diambil daripada akar kata - maddana yang bererti:

1. mengasas, membina atau membentuk sesebuah bandar.

2. memperhaluskan budi bahasa dan memperelokkan tingkah laku/ akhlak.

Page 4: Nota1

4

• Tamadun boleh ditakrifkan sebagai:

Sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan (seperti S & T, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain) yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.

Page 5: Nota1

5

Page 6: Nota1

6

Dalam Bahasa Inggeris

Tamadun dikenali sebagai civilization.• Civilization berasal daripada perkataan Latin -

Civitas iaitu city (bandar).• Civilization diertikan sebagai:

1. kehidupan bandar

2. mencapai satu tahap kesopanan yang tinggi bertentangan dengan kehidupan biadap (barbaric)

• Definisi civilization merujuk kepada kebandaran sebagai asas tamadun.

Page 7: Nota1

7

Page 8: Nota1

8

Dalam Bahasa Melayu Tamadun diertikan sebagai peradaban, kemajuan dan

kebudayaan.

Peradaban• Diambil dari perkataan adab = iaitu sopan, terhormat, hidup

tersusun, tingkat kebudayaan dan akhlak lebih tinggi dari orang biadab.

Peradaban menurut Kamus Dewan (1998:6):• keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan

rohani dalam sesuatu bangsa atau masyarakat. Tamadun menurut Kamus Dewan (1998:1335):• Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf

kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dll) yang tinggi.

Page 9: Nota1

9

Page 10: Nota1

10

Pendapat ahli sejarah tentang TamadunPendapat ahli sejarah tentang Tamadun

1. Ibnu Khaldun:“Masyarakat madani sebagai masyarakat yang maju sama ada di kota atau di desa”.

2. Malik Bennabi:“Suatu fenomena sosial dalam perkembangan persejarahan manusia yang meletakkan keseimbangan antara aspek moral dengan aspek material”.

3. Edward L. Farmer:“Tamadun sebagai unit budaya yang terbesar dalam organisasi manusia yang terdiri daripada perkongsian norma-norma sosial, tradisi dan institusi-institusi yang berterusan dari satu generasi ke satu generasi yang lain”

Page 11: Nota1

11

Piramid Giza Mesir

Page 12: Nota1

12

Kesimpulan:

Kemuncak kewujudan sesebuah tamadun bukan digambarkan oleh limpahan kemewahan tetapi

suasana kemakmuran sesuatu bangsa.

Page 13: Nota1

13

Page 14: Nota1

14

Ciri-ciri Tamadun SejagatCiri-ciri Tamadun Sejagat • Kewujudan penempatan manusia di sesebuah

kawasan yang membentuk kota atau bandar.• Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial

dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan teratur.

• Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika tersendiri.

• Peningkatan kualiti hidup berbanding sebelumnya, terhasil peningkatan jangka hayat yang lebih stabil dan panjang.

Page 15: Nota1

15

Ciri-ciri Tamadun SejagatCiri-ciri Tamadun Sejagat

• Kemunculan bahasa dengan satu sistem tulisan tersendiri yang menjadi perantaraan komunikasi dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu.

• Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral yang berwibawa dalam mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakat.

• Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam teknologi dan pembinaan bagi keselesaan hidup

Page 16: Nota1

16

Ciri-ciri TamadunCiri-ciri Tamadun Menurut Edward L. Farmer (Comparative History of Civilization in Asia), ciri-ciri tamadun ialah:

• Penempatan kekal• Revolusi pertanian• Stratifikasi sosial• Kewujudan agama • Pengkhususan kerja dan

inovasi teknologi• Urbanisasi• Sistem tulisan

Page 17: Nota1

17

Page 18: Nota1

18

Kelahiran & Perkembangan Tamadun

• Kelahiran tamadun didorong oleh faktor kedudukan strategik bagi memperolehi sumber semulajadi untuk kelangsungan hidup. Faktor geografi~Sg. Hwang-He, Sg. Ganges, Sg. Tigris & Euphrates, Sg. Nil & Selat Melaka.

• Rangsangan keagamaan dan kerohanian mendorong menghayati nilai-nilai murni kehidupan ketinggian budaya. Tamadun Islam~cara hidup kamil dorongan wahyu.

Page 19: Nota1

19

Kelahiran & Perkembangan Tamadun

• Penghayatan tinggi terhadap moral dan nilai terpuji. Memupuk kecintaan kepada ilmu, ketekunan, rajin, disiplin, t’jawab mendorong rakyat berganding bahu membangunkan negara.Plato & Aristotle, Lao Tze, Kung Fu Tze, Al-Farabi, Al-Ghazali dan Ibn Khaldun.

• Toleransi dan interaksi antara tamadun. Keterbukaan menerima dan menyebar idea serta teknologi membantu kemunculan tamadun baru.Yunani-India-Cina-Islam.

Page 20: Nota1

20

Kelahiran & Perkembangan Tamadun

• Kesengsaraan dan penderitaan juga mendorong masyarakat menggemblengkan tenaga dalam membangunkan kehidupan mereka.“Neccessity is mother of invention” Dalam konteks zaman moden, kebangkitan negara Jepun adalah contoh terbaik selepas kekalahan mereka dalam perang dunia ke-2.

Page 21: Nota1

21

Faktor-faktor kelemahan & kejatuhan Tamadun

Setiap tamadun dalam sejarah mengalami zaman kemerosotan masing-masing disebabkan faktor:

• Ketidakadilan dan jurang perbezaan ketara antara golongan kaya dan miskin.

• Penindasan dan kezaliman yang berleluasa. Sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati.

Page 22: Nota1

22

Faktor-faktor kelemahan & kejatuhan Tamadun

• Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama di kalangan pemimpin.

• Sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan dari segi teknologi, struktur politik, ekonomi dan sosial.

• Bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran. (Diluar kawalan manusia)