NOTA

5
Isu: Pengaruh Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pendidikan Globalisasi menurut kamus dewan edisi keempat ialah proses yang membolehkan sesuatu aktiviti contohnya ekonomi, kebudayaan dan lain-lain disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi dan dasar terbuka kepada pengaruh luar. Manakala pendidikan menurut kamus dewan ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Selain itu mengikut Plato, pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Manakala globalisasi pendidikan menurut kamus dewan edisi keempat ialah usaha untuk mengubah suai atau memperbaharui sistem jentera pentadbiran daripada kurang cekap kepada yang lebih cekap dan berkesan. Dror (1976) menyifatkan reformasi atau pembaharuan ini sebagai satu usaha untuk membuat pembaharuan yang disengajakan, yang berkaitan dengan beberapa aspek dalam sistem pentadbiran. Biasanya, reformasi diperlukan untuk menyelaraskan kehendak persekitaran semasa yang sentiasa berubah-ubah di samping mempertingkatkan dinamika organisasi serta mengambil peluang daripada kemajuan yang berlaku. Antara faktor penyebab berlakunya reformasi ialah taraf pendidikan yang semakin meningkat, pertambahan bilangan

description

NOTA1

Transcript of NOTA

Page 1: NOTA

Isu: Pengaruh Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pendidikan

Globalisasi menurut kamus dewan edisi keempat ialah proses yang

membolehkan sesuatu aktiviti contohnya ekonomi, kebudayaan dan lain-lain

disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia,

terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi dan dasar terbuka

kepada pengaruh luar. Manakala pendidikan menurut kamus dewan ialah aktiviti-

aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran,

kerohanian dan jasmani manusia. Selain itu mengikut Plato, pendidikan ialah suatu

proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.

Manakala globalisasi pendidikan menurut kamus dewan edisi keempat ialah

usaha untuk mengubah suai atau memperbaharui sistem jentera pentadbiran

daripada kurang cekap kepada yang lebih cekap dan berkesan. Dror (1976)

menyifatkan reformasi atau pembaharuan ini sebagai satu usaha untuk membuat

pembaharuan yang disengajakan, yang berkaitan dengan beberapa aspek dalam

sistem pentadbiran. Biasanya, reformasi diperlukan untuk menyelaraskan kehendak

persekitaran semasa yang sentiasa berubah-ubah di samping mempertingkatkan

dinamika organisasi serta mengambil peluang daripada kemajuan yang berlaku.

Antara faktor penyebab berlakunya reformasi ialah taraf pendidikan yang semakin

meningkat, pertambahan bilangan penduduk, desakan awam, peningkatan

teknologi, era globalisasi, persaingan ekonomi dan sebagainya.

Walaupun Globalisasi membawa faedah kepada setiap Negara namun kesan

globalisasi amat dirasai oleh Negara-Negara membangun dan sedang membangun

seperti Malaysia kerana Negara tersebut perlu bersaing dengan Negara yang maju

dalam pelbagai bidang contohnya ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.

Globalisasi pendidikan banyak mempengaruhi pembangunan sumber manusia.

Page 2: NOTA

Glabalisasi dalam dunia pendidikan sekarang ini memang diperlukan untuk

menghadapi tentangan global. Namun demikian globalisasi pendidikan hendaklah

tidak meminggirkan masyarakat kita yang termasuk dalam golongan yang lemah

agar kemajuan bangsa dapat dinikmati bersama.

Mengikut pandangan lain, globalisasi merujuk kepada satu cara hidup tanpa

sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya

globlisasi ini lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun dalam bidang

pendidikan, globalisasi juga tidak terkecuali. Di samping itu, globolisasi dalam

pendidikan menyumbang kepada peningkatan mutu pendidikan di Malaysia

seterusnya mewujudkan sistem pendidikan yang cemerlang di seluruh dunia. Selain

itu, impak globalisasi kepada bidang pendidikan ialah pendidikan menjadi sejagat

atau luas iaitu dimana semua individu boleh mendapat pendidikan yang sama tanpa

mengira taraf ekonomi, sosial dan sebagainya.

            Dalam era globalisasi, isu dan cabaran globalisasi yang sentiasa

dibincangkan ialah pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi

(TMK) yang memberi kesan kepada semua masyarakat terutama dalam bidang

pendidikan. Kemajuan dunia globalisasi telah menukar cara pemikiran kita dalam

mengikut arus pembangunan. Ledakkan maklumat yang berkaitan dengan

perkembangan TMK telah meningkatkan mutu pendidikan di Negara kita secara

meluas tanpa batasan. Di samping itu juga, pengaruh TMK telah mempengaruhi

gaya hidup rakyat Malaysia secara amnya dan pelajar secara khususnya dalam

bidang pendidikan.

            Pengaruh TMK di era globalisasi ini dalam bidang pendidikan menyediakan

peluang pendidikan yang luas kepada semua individu dengan menyediakan

kemudahan contohnya komputer untuk proses pembelajaran. Selain daripada itu,

Page 3: NOTA

kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan juga akan terus bertambah bagi

tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia tanpa sempadan, kita seharusnya

didedahkan dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi supaya kita tidak

ketinggalan. Justera, kemudahan-kemudahan inilah yang akan membantu kita

dalam mencapai matlamat untuk menjadi sebuah Negara yang maju dalam arus

globalisasi.

Kepesatan arus gloablisasi ini juga akan membuatkan pemikiran generasi

muda kita pada masa hadapan akan lebih jauh ke hadapan dalam pelbagai bidang

terutama bidang pendidikan dengan bantuan pelbagai kemudahan yang disediakan.

bekas Perdana Menteri pernah berkata ketika membentang rancangan Malaysia Ke

Sembilan bahawa dalam kontek dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah

satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Oleh itu bekas Perdana Menteri berharap

agar Negara kita akan mencapai hasrat dan aspirasi dan seterusnya menjadi

Negara yang maju menjelang 2020 seiring dengan barisan Negara yang maju yang

lain dalam pelbagai bidang terutama bidang pendidikan.

Pengaruh TMK dalam bidang pendidikan mengubah corak dan sistem

pendidikan di Malaysia dimana pelbagai peluang-peluang pendidikan terbuka luas

tanpa batasan kepada semua pelajar dengan adanya pelbagai kemudahan seperti

institusi pengajian tinggi awam atau swasta . Di samping itu juga, dengan adanya

pengaruh TMK dalam era globalisasi ini membolehkan para pelajar melanjutkan

pelajaran malalui sistem pendidikan jarak jauh yang lengkap apabila pelajar

mempunyai kemahiran untuk menggunakan TMK. Pembelajaran sepanjang hayat

tanpa mengira masa, tempat dan sebagainya boleh dilakukan sendiri di era

globalsiasi sehingga mewujudkan pembelajaran tanpa sempadan.

Page 4: NOTA

Namun kesan negatif globalisasi terhadap pendidikan memberikan tekanan

kepada para guru untuk merancang program kurikulum agar dapat menangani

keperluan globalisasi dalam pendidikan. Ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan

bagi menghasilkan modal insan yang inovatif dan berdaya saing menjelang

Wawasan 2020. Kesan globalisasi dalam pendidikan juga akan memingirkan bahasa

Malaysia sebagai bahasa ilmu. Ini terjadi apabila murid mendapatkan maklumat

menggunakan internet dimana sebahagian besar maklumatnya dalam bahasa

Inggeris. Jika hal ini berlaku, mungkin bahasa Malaysia akan menjadi bahasa kedua

dalam kehidupan masyarakat.

            Kesimpulannya, globalisasi dalam pendidikan sangat penting dalam

meningkatkan mutu pendidikan Negara kita setaraf dengan Negara maju yang lain.

Semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan langkah-

langkah komprehensif bagi mencapai kemajuan bersama dalam pelbagai bidang

seperti ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Kita tidak boleh mengelak

daripada menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan.

Dengan globalisasi dalam pendidikan diharapkan semua masyarakat terutama

dalam bidang pendidikan dapat bersaing dengan dunia luar. Oleh itu, kita perlu

bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena

globalisasi ini.