novel t3

8
Novel Cempaka Putih Untukmu Sinopsis Novel ini mengisahkan keakraban dan keikhlasan dalam persahabatan antara dua kaum iaitu Hartini (orang Melayu) dan Satiah (orang Asli). Hartini telah mengikut ayahnya Encik Hasrul berpindah ke sebuah perkampungan orang asli iaitu Kampung Kuala Batu di Jerantut, Pahang. Hartini bersekolah di Sekolah Menengah Kuala Batu dan telah berkenalan dengan beberapa orang rakan baharunya seperti Satiah, Mijod, Ineng, Sinda, Ambok dan Meramu. Satiah merupakan rakan karibnya. Satiah seorang murid yang pendiam kerana latar belakang dan masalah peribadinya. Justeru keluarga Hartini mengambil keputusan untuk mengambil Satiah sebagai anak angkat mereka. Lalu, Satiah tinggal bersama keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah. Hubungan dan persahabatan antara dua keluarga semakin erat. Namun pada suatu hari Satiah didapati pengsan. Satiah telah dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan Satiah menghidap penyakit barah paru-paru yang kronik. Encik Hasrul mencadangkan supaya Satiah dirawat di hospital, tetapi hal ini mendapat bantahan daripada ayah Satiah, Pak Morit yang masih kuat berpegang kepada rawatan tradisional. Penyakit Satiah masih tidak menampakkan apa-apa perubahan sehinggalah tiba hari keputusan peperiksaan PMR diumumkan. Satiah merupakan calon tunggal yang berjaya memperoleh keputusan 8A tetapi pada masa yang sama dia terpaksa bertarung dengan kesakitan. Akhirnya Pak Morit akur dan bersetuju agar Satiah dirawat di hospital. Keadaan Satiah beransur pulih tetapi mereka terpaksa berpisah kerana mereka berdua akan melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama yang berasingan. Pelbagai dugaan telah Hartini lalui di sekolah baharu, antaranya dia telah dimasukkan ke dalam lokap kerana difitnah oleh Junainah yang mengedarkan pil ecstasy. Semua dugaan berjaya diatasi dengan bantuan Encik Hasrul. Hartini dan Satiah berpeluang bertemu kembali sewaktu cuti persekolahan. Namun pertemuan mereka merupakan pertemuan terakhir apabila Satiah telah kembali kerahmatullah. Hartini telah membaca catatan Satiah dan sebelum kembali ke asrama dia telah menanam sepohon cempaka putih di pusara Satiah sebagai tanda kasihnya dan memenuhi permintaan Satiah. Tema Novel ini bertemakan keakraban dan keikhlasan persahabatan antara dua orang remaja walaupun berbeza latar belakang dan keturunan. Hartini dan Satiah bersahabat baik dan persahabatan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

description

novel

Transcript of novel t3

Novel Cempaka Putih UntukmuSinopsis Novel ini mengisahkan keakraban dan keikhlasan dalam persahabatan antara dua kaum iaitu Hartini (orang Melayu) dan Satiah (orang Asli). Hartini telah mengikut ayahnya Encik Hasrul berpindah ke sebuah perkampungan orang asli iaitu Kampung Kuala Batu di Jerantut, Pahang. Hartini bersekolah di Sekolah Menengah Kuala Batu dan telah berkenalan dengan beberapa orang rakan baharunya seperti Satiah, Mijod, Ineng, Sinda, Ambok dan Meramu. Satiah merupakan rakan karibnya. Satiah seorang murid yang pendiam kerana latar belakang dan masalah peribadinya. Justeru keluarga Hartini mengambil keputusan untuk mengambil Satiah sebagai anak angkat mereka. Lalu, Satiah tinggal bersama keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah. Hubungan dan persahabatan antara dua keluarga semakin erat. Namun pada suatu hari Satiah didapati pengsan. Satiah telah dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan Satiah menghidap penyakit barah paru-paru yang kronik. Encik Hasrul mencadangkan supaya Satiah dirawat di hospital, tetapi hal ini mendapat bantahan daripada ayah Satiah, Pak Morit yang masih kuat berpegang kepada rawatan tradisional. Penyakit Satiah masih tidak menampakkan apa-apa perubahan sehinggalah tiba hari keputusan peperiksaan PMR diumumkan. Satiah merupakan calon tunggal yang berjaya memperoleh keputusan 8A tetapi pada masa yang sama dia terpaksa bertarung dengan kesakitan. Akhirnya Pak Morit akur dan bersetuju agar Satiah dirawat di hospital. Keadaan Satiah beransur pulih tetapi mereka terpaksa berpisah kerana mereka berdua akan melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama yang berasingan. Pelbagai dugaan telah Hartini lalui di sekolah baharu, antaranya dia telah dimasukkan ke dalam lokap kerana difitnah oleh Junainah yang mengedarkan pilecstasy. Semua dugaan berjaya diatasi dengan bantuan Encik Hasrul. Hartini dan Satiah berpeluang bertemu kembali sewaktu cuti persekolahan. Namun pertemuan mereka merupakan pertemuan terakhir apabila Satiah telah kembali kerahmatullah. Hartini telah membaca catatan Satiah dan sebelum kembali ke asrama dia telah menanam sepohon cempaka putih di pusara Satiah sebagai tanda kasihnya dan memenuhi permintaan Satiah.TemaNovel ini bertemakan keakraban dan keikhlasan persahabatan antara dua orang remaja walaupun berbeza latar belakang dan keturunan. Hartini dan Satiah bersahabat baik dan persahabatan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Persoalan

i. Kasih sayang antara keluarga.

Contoh:Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah begitu menyayangi keluarga Pak Morit dan Mak Sukin sehingga mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kebaikan anak mereka iaitu Hartini dan anak angkatnya Satiah. Encik Hasrul telah membawa Satiah ke hospital manakala Puan Sarah mempelawa Mak Sukin tidur di rumahnya.

ii. Ketabahan menghadapi dugaan hidup.

Contoh:Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapi penyakitnya dan tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tanjung Bestari.

iii. Kebijaksanaan mengatasi masalah.

Contoh:Encik Hasrul berjaya membuktikan anaknya tidak bersalah dengan meminta kerjasama pengetua dan beberapa pegawai polis Cawangan Narkotik supaya mengadakan pemeriksaan mengejut di seluruh bilik asrama.

Nilai

1. Nilai ketabahan

Contoh:Penderitaan yang dialami oleh Satiah sangat menyakitkan. Walaupun dia mengalami kesakitan yang teruk, dia tetap meneruskan pelajarannya di sekolah berasrama penuh.

2. Nilai kasih sayang

Contoh:Hartini sangat menyayangi Satiah sehingga dia tidak dapat menerima kenyataan pemergian rakan karibnya itu pada peringkat awal.

3. Nilai kebijaksanaan

Contoh:Encik Hasrul bijak menangani masalah anaknya yang difitnah mengedar pil ecstasy di sekolahnya.4. Nilai kegigihan

Contoh :Satiah, Ineng, Sinda, Ambok, Meramu dan rakan-rakan yang lain gigih belajar sehingga berjaya dalam peperiksaan PMR.

Pengajaran

1. Kita hendaklah saling menyayangi.

Contoh:Keluarga Hartini amat menyayangi Satiah walaupun Satiah hanyalah anak angkat mereka dan berasal daripada anak orang Asli.

2. Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah

Contoh:Encik Hasrul bijak menyelesaikan masalah anaknya yang telah difitnah mengedar pil ecstasy

3. Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan

Contoh:Hartini, Satiah dan rakan-rakan yang lain bersungguh-sungguh belajar secara berkumpulan untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan PMR.

PlotSecara keseluruhannya plot novel Cempaka Putih digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

i.Permulaan

Cerita bermula dengan sebuah keluarga iaitu Encik Hasrul yang bertugas sebagai pegawai kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah ditawarkan berkhidmat di sebuah perkampungan orang Asli. Ahli keluarga terpaksa mengikut Encik Hasrul berpindah ke tempat tersebut sebagai menghormati beliau sebagai ketua keluarga.

ii.Perkembangan

Keluarga Encik Hasrul mengambil Satiah yang merupakan kawan karib Hartini sebagai anak angkat. Hubungan antara keluarga Encik Hasrul dan Pak Morit semakin erat. Hartini menjalani kehidupan seperti biasa namun Satiah terpaksa bertarung dengan penyakit yang dihidapinya.

iii.Klimaks

Penyakit Satiah semakin serius walaupun Pak Morit telah menghantar anaknya berubat dengan seorang dukun di Kampung Langsat. Satiah pengsan pada hari keputusan PMR diumumkan. Darah keluar membuak-buak dari mulutnya sehingga Pak Morit akhirnya bersetuju menghantar Satiah ke hospital untuk mendapat rawatan.

iv.Peleraian

Setelah bertahun-tahun menanggung penderitaan, akhirnya Satiah menemui ajal. Dalam catatan hariannya, Satiah telah meminta Hartini supaya menanam pohon cempaka putih di pusaranya. Permintaan tersebut telah ditunaikan oleh Hartini sebelum dia kembali ke asrama.

Watak Utama

Hartini

i. Anak ketiga kepada Encik Hasrul dan Puan Sarah.

ii. Merupakan pelajar Tingkatan Tiga Teratai di Sekolah Menengah Kuala Batu. Melanjutkan pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah Gemilang Wawasan, Raub.

iii. Mempunyai kakak (Along), abang (Angah) dan adik bernama Amin.

iv. Seorang yang berani. Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju agar Satiah dirawat di hospital.

v. Seorang yang tabah. Contoh: Hartini menerima kehilangan rakan karibnya dengan tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi.

vi. Seorang yang penyayang. Contoh: Hartini sangat menyayangi rakannya Satiah. Buktinya sewaktu Satiah meninggal dunia Hartini pengsan dan tidak sedarkan diri. Agak sukar bagi Hartini menerima hakikat bahawa rakan karibnya itu telah meninggal dunia.

vii. Seorang pelajar yang bijak. Contoh: Hartini merupakan seorang pelajar yang bijak. Dia telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR iaitu 7A 1B.

Watak Sampingan

Satiahi. Anak sulung kepada Pak Morit dan Mak Sukin

ii. Mempunyai adik iaitu Akob dan Amat.

iii. Rakan karib Hartini

iv. Menghidap penyakit barah paru-paru.

v. Seorang yang pendiam. Contoh: Tidak banyak bercakap di dalam kelas dan jarang ke rumah kawan-kawan .

vi. Seorang yang tabah. Contoh: Satiah tabah menanggung kesakitan akibat penyakit barah paru-paru.

vii. Seorang yang bijak. Contoh: Satiah merupakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR. Beliau memperoleh keputusan 8A. Dia juga mahir dalam penulisan. Menyambung pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah Tanjung Bestari, Kuantan.

Encik Hasrul

i. Suami kepada Sarah .

ii. Mempunyai empat orang anak iaitu Along, Angah, Hartini dan Amin.

iii. Merupakan seorang kakitangan kerajaan di Jabatan Pertanian.

iv. Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: Sebelum berpindah ke tempat baharu beliau memastikan segala urusan persekolahan anak-anak dan keperluan tempat tinggal diselesaikan terlebih dahulu.

v. Seorang yang baik hati. Contoh: Encik Hasrul telah menghantar Satiah ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

vi. Seorang yang menepati janji. Contoh: Encik Hasrul mengotakan janjinya untuk mengadakan kenduri kesyukuran apabila Hartini dan rakan-rakannya mencapai keputusan cemerlang dalam PMR.

LatarLatar Masa

i. PagiContoh:Pada pukul 9.00 pagi, Encik Hasrul sekeluarga bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Jerantut

ii. PetangContoh:Pada suatu petang setelah keluarga Encik Hasrul tiba di rumah baharu, masyarakat setempat menyambut kedatangan mereka.

iii. MalamContoh:Encik Hasrul mempelawa Pak Morit dan Mak Sukin bermalam di rumahnya kerana keadaan Satiah yang masih lemah. Encik Hasrul bimbang penyakit Satiah berulang kembali.

Latar Tempati. Di Kuala LumpurContoh:tempat tinggal asal keluarga Encik Hasrul.

ii. Di kampung Kuala Batu.Contoh:sebuah perkampungan orang asli yang dihuni oleh Pak Morit dan Mak Sukin yang juga merupakan tempat tinggal baharu Encik Hasrul dan keluarganya.

iii. PontianContoh:Tempat tinggal nenek Hartini dan di situlah Hartini belajar komputer selepas peperiksaan PMR.

iv. Kampung LangsatContoh :Tempat Pak Morit menghantar anaknya Satiah berjumpa dukun.

Latar Masyarakat

i. Masyarakat bandarContoh:Keluarga Encik Hasrul yang telah lama tinggal di bandar agak keberatan untuk berpindah ke kawasan pedalaman.

ii. Masyarakat orang AsliContoh:Masyarakat orang Asli suka bersedekah dengan memberikan hasil pertanian seperti keledek, dan pisang kepada keluarga Encik Hasrul.

iii. Masyarakat pelajarContoh:Hartini, Satiah, Sinda, Ineng, Ambok, Meranu, Ali Sintok dan rakan-rakan yang lain menduduki peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kuala Batu.

iv. Masyarakat peniagaContoh:Pak Dollah seorang peniaga yang menjual ikan.

v. Masyarakat pendidikContoh:Cikgu Hanafi sentiasa memberi pujian ke atas Satiah yang pandai mengarang.

Teknik Penulisan

i. PemerianContoh:Murid-murid dalam Tingkatan Tiga Teratai hanya 25 orang sahaja termasuk aku. Ada 15 orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki. Ketua kelas kami ialah Ali Sintok. Dia murid yang cukup serius dan berdisiplin.

ii. DialogContoh:Yalah. Dua tiga hari lagi kita berangkat. Nenek tahu Tini rindu akan mama dan kawan-kawan di sana. Sabarlah, nanti nenek uruskan tiket dulu, kata nenek

iii. Imbas kembaliContoh:Ketika membaca catatan demi catatan yang ditulis itu aku terasa seperti berada di sisi Satiah. Aku seperti sedang bercakap dengannya. Bayangan peristiwa semasa bersama-sama seperti hadir semula dalam hidupku. Semua peristiwa yang berlaku antara kami ditulis dengan menarik.

iv. Monolog DalamanContoh:Apa agaknya yang sedang Satiah lakukan pada saat ini?

v. SaspensContoh:Hartini, Nora dan Najmi dipanggil oleh pengetua berkaitan kes pengedaran pil ecstasy.

vi. KejutanContoh:Hartini terkejut dengan kematian rakan karibnya Satiah, menyebabkan badannya lemah longlai.

Gaya Bahasa1. Sinkope

Contoh:Aku berasataksabar nak ke sekolah esok

2. Peribahasa

Contoh :ringan tulang, berbesar hati, sebusuk-busuk daging dikunyah-kunyah tetap juga boleh dimakan, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

3. Hiperbola

Contoh:Udara sejuk menerjah tubuh

4. Metafora

Contoh :Seronok sekali rasanya mendengarmuzik alamyang begitu asli. ,

entahlah, rasanyakotak fikirankubelum dapat menjangkau sejauh itu.