NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my · Nur Nadzifah, Nurul Huda, Muhammad Fakruddin, Ahmad...
Transcript of NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my · Nur Nadzifah, Nurul Huda, Muhammad Fakruddin, Ahmad...
PERSEPSI MAHASISWA UTM TERHADAP FAKTOR BERLAKUNYA KHALWAT.
KAJIAN KES DI KOLEJ TUN HUSSEIN ONN.
NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
PERSEPSI MAHASISWA UTM TERHADAP FAKTOR BERLAKUNYA KHALWAT. KAJIAN KES DI KOLEJ TUN HUSSEIN ONN.
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2003 / 2004
Saya NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan penukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )
SULIT
√ TIDAK TERHAD
TERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan oleh,
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
KELANTAN DARUL NAIM.
USTZ. SITI NORLINA BT. MUHAMAD
Nama Penyelia
Tarikh : 10 Mac 2004 Tarikh : 10 Mac 2004
CATATAN : * ** ♦
Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH,
TAWANG, 16320, BACHOK,
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam).”
Tandatangan : _______________________
Nama Penyelia : Ustazah Siti Norlina Binti Muhamad
Tarikh : __10 MAC 2004__________
PERSEPSI MAHASISWA UTM TERHADAP FAKTOR BERLAKUNYA KHALWAT.
KAJIAN KES DI KOLEJ TUN HUSSEIN ONN.
NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : Nur Asyima Binti Che Alias
Tarikh : ____10 Mac 2004___
iii
DEDIKASI
Selautan kasih dan sayang buat abah dan umi tercinta
Che Alias Teh dan Masitah Mustapha
Sentuhan mesra dan lakaran akhlak serta corakan budi kalian
Membuatkan aku mengenal
Erti sebuah kehidupan.
Buat adik-adik yang kukasihi,
Nur Nadzifah, Nurul Huda, Muhammad Fakruddin,
Ahmad Muhsin dan Nur Asy-Syifa’
Kuiring sekalung doa agar kalian terus tabah
Mencipta kejayaan terunggul.
Buat guru-guru yang dihormati
Terima kasih atas segala ajaran dan dorongan
Mutiara-mutiara ilmu darimu
Akan kujadikan sebagai perisai kehidupan.
Buat teman-teman seperjuangan
Angah, Na, Kak Kin, Kak Ana, Muny,
Mah, Taq, Idah, E, Fah
Teruskan perjuangan hingga pengakhiran
Semoga perjuangan kita di dalam rahmat Allah sentiasa.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Rasul pilihan Allah yang diutus untuk
membawa rahmat sekalian alam. Beribu-ribu kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini
dapat disiapkan dengan sempurna.
Serangkai penghargaan yang tidak terhingga dinukilkan buat Ustazah Siti
Norlina Binti Muhamad, selaku penyelia Projek Sarjana Muda di atas nasihat, dorongan,
buah fikiran dan tunjuk ajar beliau kepada saya di dalam menyempurnakan tesis ini.
Selaut kasih dirangkaikan buat kedua ibu bapa yang sentiasa memberi semangat
dan galakan serta menjadi sumber inspirasi untuk saya meneruskan perjuangan dalam
menuntut ilmu. Semoga kalian berdua dalam maghfirah Allah sentiasa.
Seterusnya, jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan dan
individu terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kajian ini. Hanya
Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. Semoga segala usaha ini akan mendapat
keredhaan dan diberkati Allah Subhanahu Wa Taala, Insya Allah. Sekian, wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi mahasiswa UTM terhadap
faktor berlakunya khalwat. Ia dilakukan terhadap mahasiswa Islam tahun tiga dan empat
yang tinggal di Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), UTM Skudai. Seramai 150 orang
responden yang telah dipilih untuk terlibat di dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk
deskriptif yang menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data. Soal selidik yang
dibina mengandungi 2 bahagian utama iaitu bahagian A dan B. Bahagian A
mengandungi 6 item yang berkaitan latar belakang responden. Bahagian B pula
mengandungi 32 item yang merangkumi persepsi mahasiswa terhadap faktor berlakunya
khalwat, persepsi terhadap program kolej, dan persepsi terhadap peranan pihak universiti
dalam menangani masalah khalwat. Data diperoleh melalui maklum balas daripada
borang soal selidik yang diedarkan. Data berkenaan dianalisis menggunakan Statistical
Package For Social Sciences (SPSS) version 11.0, dan dipersembahkan dalam bentuk
jadual berdasarkan min dan peratusan. Berdasarkan keputusan kajian yang diperolehi,
terdapat hampir keseluruhan pelajar bersetuju bahawa faktor berlakunya khalwat adalah
kerana kurang didikan agama dalam diri seseorang. Namun, faktor-faktor seperti
institusi kekeluargaan, rakan sebaya dan masyarakat setempat turut menyumbang ke
arah berlakunya khalwat. Akhirnya, penyelidik telah mengemukakan beberapa
cadangan untuk menangani masalah khalwat. Cadangan kajian lanjutan juga turut
dicadangkan kepada penyelidik akan datang.
vi
ABSTRACT
This research is conducted to identify UTM student’s view on factor the
‘khalwat’ occurred. 150 respondents were chosen from third and forth year which stay
at Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), UTM Skudai. It was conducted descriptively by
using a set of questionnaire in collecting data. The questionnaire contains two important
parts, namely Part A and Part B. 6 items in Part A about the respondents’ background.
Meanwhile, the others 32 items in Part B covers student’s perception about factor the
‘khalwat’ occurred, college’s programme, and duty of university organization to
overcome this problem. The finding has been collected from responses given in the
questionnaires that being distributed before. The data were analyzed using SPSS
software (Statistical Package For Social Sciences), and it was presented in table form
based on the average and percentage. Based on the research, majority respondents agree
with factor the ‘khalwat’ occurred because less education of religion. Nevertheless, the
‘khalwat’ was influenced by factors such as family institution, friends and social society.
Finally, the recommendation was given to overcome this problem. Further research
were also suggested for the future researcher.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
viii
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 7
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Khalwat Dari Sudut Hukum Syarak 10
2.3 Kes Khalwat Dari Sudut Perundangan 13
2.4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Berlaku Khalwat 15
2.4.1 Kurangnya Pendidikan dan
Pemahaman Agama Dalam Diri 15
2.4.2 Institusi Kekeluargaan 18
2.4.3 Persekitaran 20
ix
2.4.3.1 Rakan Sebaya 20
2.4.3.2 Masyarakat Setempat 21
2.4.3.3 Pentadbiran Kolej 23
2.4.3.4 Pentadbiran Universiti 27
2.5 Sorotan Kajian Lepas 29
2.6 Kesimpulan 30
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Reka Bentuk Kajian 32
3.3 Populasi Kajian 32
3.4 Sampel Kajian 33
3.5 Tempat Kajian 33
3.6 Instrumen Kajian 34
3.6.1 Soal Selidik 34
3.7 Tatacara Kajian 35
3.7.1 Kajian Rintis 36
3.7.2 Kajian sebenar 36
3.8 Penganalisisan Data 38
3.9 Kesimpulan 39
x
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 40
4.2 Bahagian A: Latar Belakang Responden 41
4.3 Bahagian B: Analisis Persoalan Kajian 44
4.3.1 Bahagian B (I): Persepsi Mahasiswa
Terhadap Faktor Berlakunya Khalwat 45
4.3.2 Bahagian B (II): Persepsi Mahasiswa
Terhadap Program Kolej 59
4.3.3 Bahagian B (III): Persepsi Mahasiswa
Terhadap Peranan Pihak Universiti
Dalam Menangani Masalah Khalwat 64
xi
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, CADANGAN
DAN RUMUSAN
BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan 68
5.2 Perbincangan 69
5.2.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 70
5.2.2 Bahagian B 71
5.2.2.1 Bahagian B (I): Persepsi
Mahasiswa Terhadap Faktor
Berlakunya Khalwat 71
5.2.2.2 Bahagian B (II): Persepsi
Mahasiswa Terhadap Program
Kolej 75
5.2.2.3 Bahagian B (III): Persepsi
Mahasiswa Terhadap Peranan
Pihak Universiti Dalam
Menangani Masalah Khalwat 76
5.3 Rumusan 78
5.3.1 Persepsi Mahasiswa Terhadap Faktor
Berlakunya Khalwat 78
5.3.2 Persepsi Mahasiswa Terhadap
Program Kolej 78
5.3.3 Persepsi Mahasiswa Terhadap
Peranan Pihak Universiti Dalam
Menangani Masalah Khalwat 79
xii
5.4 Cadangan 79
5.4.1 Pihak Universiti 80
5.4.1.1 Menguatkuasakan Akta Atau
Peraturan Universiti 80
5.4.1.2 Menempatkan Mahasiswa Di
Kolej-Kolej Kediaman Dalam
Kampus 81
5.4.2 Pihak Kolej 82
5.4.2.1 Merangka Pelaksanaan
Program-Program Keagamaan
Dan Kemasyarakatan 82
5.4.3 Ibu Bapa 83
5.4.4 Pelajar 83
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 83
5.6 Penutup 86
xiii
BAHAGIAN ENAM
SENARAI RUJUKAN
SENARAI RUJUKAN 87
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
LAMPIRAN A 90
LAMPIRAN B 91
LAMPIRAN C 95
xiv
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Strategi dan Matlamat Pembangunan Sahsiah
Pelajar 28
3.1 Pengelasan Instrumen Kajiaan 35
3.2 Pengkelasan Maklum Balas Bagi Soal selidik
Bahagian B 38
4.1 Maklumat Latar Belakang Responden 41
4.2 Taburan Skor Bagi Item 1 45
4.3 Taburan Skor Bagi Item 2 46
4.4 Taburan Skor Bagi Item 3 46
4.5 Taburan Skor Bagi Item 4 47
4.6 Taburan Skor Bagi Item 5 48
4.7 Taburan Skor Bagi Item 6 48
4.8 Taburan Skor Bagi Item 7 49
4.9 Taburan Skor Bagi Item 8 50
4.10 Taburan Skor Bagi Item 9 50
4.11 Taburan Skor Bagi Item 10 51
4.12 Taburan Skor Bagi Item 11 52
4.13 Taburan Skor Bagi Item 12 52
4.14 Taburan Skor Bagi Item 13 53
4.15 Taburan Skor Bagi Item 14 54
4.16 Taburan Skor Bagi Item 15 54
xv
4.17 Taburan Skor Bagi Item 16 55
4.18 Taburan Skor Bagi Item 17 56
4.19 Taburan Skor Bagi Item 18 56
4.20 Taburan Skor Bagi Item 19 57
4.21 Taburan Skor Bagi Item 20 58
4.22 Taburan Skor Bagi Item 21 58
4.23 Taburan Skor Bagi Item 22 59
4.24 Taburan Skor Bagi Item 23 60
4.25 Taburan Skor Bagi Item 24 61
4.26 Taburan Skor Bagi Item 25 61
4.27 Taburan Skor Bagi Item 26 62
4.28 Taburan Skor Bagi Item 27 63
4.29 Taburan Skor Bagi Item 28 64
4.30 Taburan Skor Bagi Item 29 64
4.31 Taburan Skor Bagi Item 30 65
4.32 Taburan Skor Bagi Item 31 66
4.33 Taburan Skor Bagi Item 32 66
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Prosedur Kajian Yang Dijalankan 37
xvi
SENARAI SINGKATAN
FKA Fakulti Kejuruteraan Awam
FKKSA Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli
FKKSM Fakulti Kejuruteraan Komputer dan Sumber Maklumat
FKSG Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi
FP Fakulti Pendidikan
FPPSM Fakulti Pengurusan dan Sumber Manusia
FS Fakulti Sains
KS Kurang Setuju
KTDI Kolej Tun Doktor Ismail
KTHO Kolej Tun Hussein Onn
KTR Kolej Tun Razak
PMIUTM Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia
PPIPS Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
r.a. radhiallahu anhu
S Setuju
s.a.w. Sallallahu Alaihi Wasallam
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SMT Sekolah Menengah Teknik
SS Sangat Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
S.W.T. Subhanahu Wa Taala
TS Tidak Setuju
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Statistik Laporan Suku Tahun Kes Jenayah
Syariah 2003 90
B Borang Soal Selidik 91
C Surat Sokongan Dari Fakulti Pendidikan 95
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kemasukan budaya Barat dalam kehidupan masyarakat Malaysia telah
menyebabkan berlakunya pertembungan antara dua budaya. Pertembungan ini
akhirnya memperlihatkan budaya Barat mendapat tempat yang istimewa dalam
kehidupan masyarakat.
Menurut Dr. Saedah Siraj (Muslimah, Februari 1992:32) perubahan demi
perubahan telah berlaku ke atas masyarakat Malaysia khususnya bangsa Melayu.
Salah satu bukti yang jelas ialah kehidupan mereka yang kaya dengan budi bahasa,
timbang rasa, kerjasama, tolong-menolong, lemah-lembut dan penyayang telah
terhakis ditelan zaman dan tidak boleh dibanggakan lagi. Begitu juga dengan
kehidupan menurut corak Islam.
Pembangunan dan kemajuan teknologi yang tidak bertepatan dengan ajaran
Islam akan menyebabkan pemikiran muda-mudi Malaysia rosak sehingga melanggar
syariat Islam dan seterusnya terjerumus kepada keruntuhan akhlak. Secara tidak
disedari unsur-unsur negatif ini telah merebak ke dalam pemikiran muda-mudi Islam
2
masa kini. Akhirnya generasi Islam kini sudah tidak lagi menghiraukan perkara halal
dan haram.
Penglibatan seseorang dalam melakukan sesuatu perbuatan mungkar
berpunca daripada pergaulan bebas antara sesama manusia khususnya pergaulan
bebas antara lelaki dan perempuan. Akibatnya timbul gejala-gejala yang tidak sihat
seperti berdua-duaan lelaki dan perempuan, rogol, mengandung anak luar nikah dan
pembuangan bayi. Sesuatu kemungkaran yang dilakukan tidak mengira golongan
sama ada golongan terpelajar atau tidak.
Orang yang terpelajar tidak boleh dianggap tidak akan melakukan perkara-
perkara yang tidak bermoral ini. Ini kerana mereka juga merupakan makhluk ciptaan
Allah yang tidak sempurna dan mereka juga tidak lepas daripada melakukan
kesilapan. Semua manusia dianugerahkan dengan nafsu dan akal. Seseorang
individu itu akan rosak jika tidak dapat mengawal nafsunya. Manusia akan mendapat
darjat yang lebih hina daripada binatang sekiranya tidak menggunakan akal dengan
sebaik-baiknya.
Masyarakat Malaysia sekarang beranggapan bahawa berpasangan adalah satu
kebiasaan tetapi ia boleh mendorong seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang
negatif seperti khalwat dan akhirnya boleh membawa kepada zina. Allah telah
berfirman dalam surah al-Isra' ayat 32 yang berbunyi:
Maksudnya: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah
satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
3
Walaupun Allah S.W.T. telah memberikan amaran tentang seksaan bagi
orang yang derhaka dan melakukan kemungkaran tetapi manusia sering lupa dan
terus terjebak ke dalam perkara tersebut. Allah S.W.T. berfirman dalam surah al-
Nisa', ayat 14:
"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, dan melampaui batas-
batas syariat-Nya akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah ia di
dalamnya, dan baginya azab yang seksa yang amat hina.”
Terdapat banyak laporan di dada-dada akhbar tempatan mengenai kes gejala
sosial yang semakin meruncing termasuk di Institusi Pengajian Tinggi. Antaranya
ialah kes penemuan mayat bayi lelaki dalam tong sampah di Kolej Zaaba, Universiti
Putra Malaysia (Berita Harian, November, 1999). Memandangkan mahasiswa
dewasa ini cenderung untuk melakukan perkara-perkara yang negatif, penyelidik
mengambil kesempatan ini untuk menyelidik mengenai pandangan dan persepsi
mahasiswa terhadap faktor berlakunya khalwat.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam kepesatan arus sains dan teknologi, masyarakat dikejutkan dengan
pelbagai masalah sosial. Masalah ini timbul kesan daripada pergaulan yang tidak
mempunyai batasan sesama manusia khususnya antara lelaki dan perempuan. Akibat
daripada pergaulan bebas ini maka timbul pelbagai masalah, contohnya khalwat.
Perbuatan khalwat adalah peringkat awal berlakunya berbagai-bagai gejala sosial
seperti penzinaan, mengandung anak luar nikah dan pembuangan bayi.
4
Khalwat sebenarnya berasal dari istilah Arab yang bermaksud bersunyi-
sunyian untuk berdamping kepada Tuhan. Namun situasi sekarang telah mengubah
istilah tersebut menjadi satu perbuatan jenayah yang mengakibatkan kesan-kesan
negatif kepada masyarakat. Hari ini, jenayah khalwat semakin berleluasa lebih-lebih
lagi di kalangan muda-mudi, sedangkan mereka merupakan bakal pemimpin yang
akan memimpin negara pada masa akan datang.
Malangnya, masyarakat hari ini belum menyedari sepenuhnya tentang
larangan Allah agar jangan menghampiri zina dan berkhalwat kerana ia merupakan
faktor-faktor kerosakan moral dan penjejas keharmonian. Hanya sebahagian kecil
sahaja yang benar-benar peka terhadap kesan khalwat tersebut. Oleh itu, kesedaran
perlu ditanamkan kepada setiap individu dan masyarakat dalam usaha mengurangkan
kadar berlakunya jenayah ini.
Rentetan dari itu, pengkaji mengambil inisiatif untuk mengkaji mengenai
pandangan dan persepsi mahasiswa terhadap faktor atau punca berlakunya khalwat
ini.
1.3 Pernyataan Masalah
Isu khalwat yang dibincangkan dalam media massa dan media elektronik
banyak mengaitkan dengan kes yang berlaku, tangkapan yang dibuat dan hukuman
yang sewajarnya yang perlu dikenakan kepada pesalah. Dalam usaha untuk kita
mencegah sesuatu, kita seharusnya mencari punca asal yang menyebabkan berlakunya
khalwat di kalangan masyarakat hari ini.
5
Para intelektual sepatutnya berganding bahu memikirkan dan mencari jalan penyelesaian
kepada masalah khalwat. Mereka patut sama-sama mencari punca dan dasar masalah
yang sebenar. Punca ini perlu dikaji bagi merangka plan tindakan untuk mencegah
berlakunya perkara tersebut dan seterusnya menentukan hukuman yang sewajarnya
dikenakan kepada pesalah. Mereka juga wajar diberi peluang menyuarakan pendapat
atau pandangan bagi mengatasi dan mengurangkan kes khalwat daripada terus berlaku.
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui persepsi dan pendapat mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap faktor yang menyebabkan berlakunya
khalwat.
1.4 Objektif Kajian
Dalam menjalankan sesuatu kajian, objektif kajian haruslah diberi perhatian
memandangkan ia berfungsi sebagai satu rangka rujuk bagi memastikan pelaksanaan
kajian berjalan dengan lancar dan sistematik. Justeru, pengkaji telah menetapkan
beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini iaitu:
1. Mengkaji persepsi mahasiswa terhadap faktor berlakunya khalwat.
2. Mengkaji persepsi mahasiswa terhadap program kolej.
3. Mengetahui persepsi mahasiswa terhadap peranan pihak universiti dalam
menangani masalah khalwat.
6
1.5 Persoalan Kajian
Bagi memenuhi objektif kajian ini, maka penyelidik telah menggariskan
beberapa persoalan bagi menjawab objektif kajian. Antara persoalannya ialah:
1. Apakah persepsi mahasiswa terhadap faktor berlakunya khalwat.
2. Apakah persepsi mahasiswa terhadap program kolej.
3. Adakah pihak universiti memainkan peranan aktif dalam menangani masalah
khalwat.