Nyanyian dan suara dalam nyanyian

8
Nyanyian dan Suara dalam Nyanyian Nama : Rizal bin Embran No : Pensyarah pembimbing : Puan Hanizah binti Baha

description

rujuk sahaja

Transcript of Nyanyian dan suara dalam nyanyian

Page 1: Nyanyian dan suara dalam nyanyian

Nyanyian dan Suara dalam Nyanyian

Nama : Rizal bin Embran

No :

Pensyarah pembimbing : Puan Hanizah binti Baha

Page 2: Nyanyian dan suara dalam nyanyian

Defenisi Nyanyian

• Nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara dalam bentuk

tertentu yang bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi.

Ia merupakan salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk

mengembirakan hati. Nyanyian boleh dilakukan dengan bantuan alat

muzik atau hanya dengan secara bertepuk tangan dan sebagainya.

Nyanyian memerlukan daya kreativiti manusia dan dianggap sebagai salah

satu cabang seni. Mereka yang menyanyi digelar penyanyi.

Page 3: Nyanyian dan suara dalam nyanyian

Terdapat 5 Komponen Asas Nyanyian:-

1. Pitch/Nada2. Rhythm/Irama3. Pernafasan4. Suara5. Sebutan

Page 4: Nyanyian dan suara dalam nyanyian

Pitch/Nada

• Pitch merujuk kepada nota dan bunyi yang kita dengar apabila

seseorang itu menyanyi, dan ini akan menentukan yang lagu itu akan

kedengaran sedap atau menjadi sumbang.

• Seseorang penyanyi itu perlu tahu cara untuk melontarkan suara

mereka dalam kepelbagaian nada-nada yang tepat dalam sesebuah

lagu bagi menyesuaipadankan dengan irama serta muzik secara

keseluruhan dalam sesebuah lagu itu.

• Jadi jika pitching bagus maka penyampaian lagu akan bagus dan

sedap didengar. Kepentingan pitch/nada ini dalam penyampaian

nyanyian.

Page 5: Nyanyian dan suara dalam nyanyian

Rhythm/Irama• Setiap lagu mempunyai beat atau rentak yang tersendiri, dan adalah

penting untuk kta mengekalkan asas irama lagu tersebut, jika tidak

kita mungkin sukar untuk menyanyi dengan sempurna, lirik

berterabur dan tak kena dengan irama dan mungkin akan ketinggalan

dibelakang .Rentak jugalah menentukan ‘groove’ sesebuah lagu, dan

ianya juga membuatkan kita menghentakkan kaki atau menganggukkan

kepala bila kita mendengarkan lagu lagu yang ber’tempo’ laju

contohnya lagu-lagu rock.

• Kemahiran ‘deria’ irama anda bermula dengan mempelajari bagaimana

mengenali kepelbagaian durasi rentak, untuk menyanyikan notes

dengan rentak yang berbeza-beza, begitu juga kebolehan mengawal

tempo asas sesebuah lagu.

Page 6: Nyanyian dan suara dalam nyanyian

Pernafasan• Pernafasan adalah sangat penting dalam nyanyian, dan ianya adalah

perkara yang pertama yang akan diajar oleh kebanyakan guru-guru vokal

kepada anda jika anda mengambil kelas latihan vokal.Ianya juga adalah

soalan yang sering menjadi pertanyaan kepada kita-apa kena mengena

pernafasan dengan menyanyi ini?

• Apa yang kebanyakan kita tak tahu adalah yang pernafasan ini

sebenarnya adalah proses yang amat semulajadi, dan semestinya adalah

amat senang sekali untuk mahirkan diri kita dengan kawalan suara yang

betul dalam menyanyi. Memahami cara pernafasan untuk nyanyian akan

menjadi ‘tool’ yang berguna bagi mencapai tahap ‘cemerlang’ dalam asas

pernafasan untuk menyanyi.

Page 7: Nyanyian dan suara dalam nyanyian

Suara

• Suara selalunya kita abaikan apabila kita menyanyi dan kita

terlampau memfokuskan perhatian kita kepada komponen-

komponen nyanyian yang lain dari mencari bagaimana caranya

untuk menguatkan vocal bagi mengindahkan lagi mutu nyanyian

kita.

• Asas dalam memahami suara dan vocal cord atau lipatan

suara amat mustahak bagi membantu kita kearah

menggunakan tabiat menyanyi yang baik, juga dalam

melontarkan bunyi/nyanyian yang lebih santai dan ‘sihat’.

Page 8: Nyanyian dan suara dalam nyanyian

Sebutan• Belajar bagaimana cara untuk melontarkan nyanyian melalui suara

kita saja tidak mencukupi, tetapi kita perlu membentuk suara kita

dalam bentuk patah perkataan bahasa yang akan difahami oleh

audience kita.

• Inilah yang menjadikan sebutan adalah asas penting dalam

nyanyian, kerana ini adalah batu pengukur samada audience kita

faham atau tidak apa yang disampaikan melalui lagu yang kita

sampaikan, dan sama ada audience boleh ‘connect’ melalui

persembahan nyanyian. Sebutan juga adalah kunci kepada

penghasilan pitching yang tepat dalam nyanyian.