NYANYIAN KOIR

download NYANYIAN  KOIR

of 11

Transcript of NYANYIAN KOIR

  • 7/30/2019 NYANYIAN KOIR

    1/11

    16

    NYANYIAN KOIR

    PENGENALAN

    Koir adalah sebuah ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi beramai-

    ramai. Ia bukan sebuah kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain,

    malah sebagai sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni.

    Perkataan "ensembel" berasal daribahasa Perancis yang bermaksud "bersama-

    sama."Kelab koir ialah sebuah kumpulan nyanyian yang terdiri daripada 45 orang atau

    lebih.Koir ditubuhkan disekolah hasil daripada permintaan pelajar-pelajar. Guru-guru

    akan menjemput orang luar bagi mengajar pelajar-pelajar sekiranya guru penasihat

    tersebut.

    Kebiasaanya koir juga diajar oleh senior daripada sekolah tersebut yang

    menjadi kumpulan mahir. Apabila sesuatu kumpulan baru ditubuhkan maka kumpulan

    baru ini akan membuat persembahan disekolah danakan menggantikan kumpulan

    mahir atau senior mereka.Dari segi istilahnya, koir adalah sebuah kumpulan muzikal

    vokal yang menyanyi beramai-ramai yang membentuk satu nyanyian yang harmoni.

    Walaupun bukan penyanyi solo yang baik, namun dalam kumpulan koir, ahli-ahli

    ini mampu untuk menghasilkan gabungan suara yang berharmoni, mantap dan merdu.

    Koir sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti

    kokurikulumdi sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial

    khususnya di kalangan generasi muda. Koir dapat memberi penekanan ke arah

    pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti,

    nilai sosialisasi, esteika dan etika.

  • 7/30/2019 NYANYIAN KOIR

    2/11

    17

    Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk

    memikir dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti koir

    memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi. Aktiviti koir ini juga dapat

    mencungkil bakat pelajar yang sekali gus membina keyakinan kental dalam diri. Koir

    dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan, merupakan aktiviti yang popular

    dijalankan di sekolah-sekolah berbanding dengan lain-lain aktiviti muzik. Ini adalah

    kerana aktiviti koir tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dari segi peralatan muzik

    dan juga lebih mudah mendapatkan penyertaan pelajar di samping keperluan masa

    latihan yang agak singkat.

    STRUKTUR PERSEMBAHAN KOIR

    Nyanyian kumpulan koir kebiasaannya diketuai oleh seorang pemimpin koir atau

    juga lebih dikenali sebagai konduktor muzik (sama sepertiorkestra). Konduktor-

    konduktor untuk koir kadang-kala dipanggil pengarah koral, pemimpin korus, atau

    pemimpin koir, terutamanya kepada koir-koir yang bersekutu dengan sesebuah

    orkestra. Kebanyakan kumpulan koir mengandungi empat bahagian, namun jumlah

    bahagian sebenar adalah tidak terhad. Selain daripada empat bahagian, bilangan

    bahagian kumpulan nyanyian di dalam satu-satu persembahan koir yang paling biasa

    adalah tiga, lima, enam dan lapan.

    Kumpulan-kumpulan koir boleh menyanyi dengan atau tanpa iringan alat-alat

    muzik. Nyanyian tanpa iringan instrumen dipanggil nyanyian acapella. Instrumen iringan

    secara praktikalnya boleh mengandungi sebarang instrumen, daripada satu hinggalah

    kepada orkestra penuh. Untuk raptai iringan piano atau organ sering digunakan

    walaupun pada awalnya instrument lain sepatutnya dirancang untuk digunakan, atau

    untuk tujuan raptai muzikal acapella.

  • 7/30/2019 NYANYIAN KOIR

    3/11

    18

    KATEGORI MENGIKUT LINGKUNGAN SUARA

    Biasanya dalam koir ini terdapat empat kumpulan suara. Tapi boleh jadi lebih

    dari itu. Tingkat-tingkat suara yang lazim adalah seperti soprano dan alto (wanita),

    manakala tenor dan bes pula adalah untuk lelaki. Bagi kumpulan koir kanak-kanak

    biasanya hanya ada dua gabungan suara iaitu alto dan soprano kerana suara kanak-

    kanak lelaki lebih kurang suara kanak-kanak perempuan. suara ahli kumpulan akan di

    uji terlebih dahulu bagi menentukan dimana kedudukan suara mereka sama ada

    soprano, alto, tenor mahupun bes.

    Kemudian, barulah skor lagu diedarkan berdasarkan kepada kumpulan suara

    masing-masing. Suara soprano kebiasaannya mempunyai lingkungan suara dari "C

    tengah" (C4) hingga ke "A atas" (A5) untuk muzik koir. Perkataan "soprano" secara

    umumnya merujuk kepada penyanyi yang bersuara tertinggi dalam lingkungan suara

    wanita. Dalam nyanyian 4 penyanyi koir berharmoni, penyanyi soprano adalah

    penyanyi bersuara tertinggi yang kebiasaannya membentuk melodi muzik nyanyian.

    Namun terdapat juga soprano yang boleh menyanyi lebih tinggi atau rendah dari

    lingkungan suara kebiasaannya. Manakala alto pula kebiasaanya meliputi di antara G di

    bawah C tengah hingga ke E sepuluh di bawah C tengah (G3-E5).

    Ini merupakan lingkungan suara terendah bagi wanita. Dalam kumpulan

    penyanyi koir , suara penyanyi alto adalah yang ke-2 tertinggi. Nota alto pada asalnya

    ditulis dalam klef alto tetapi kini ditulis dalam klef trebal. Walaupun lelaki dan wanita

    boleh menyanyi di dalam lingkungan suara penyanyi alto, namun istilah ini lebih kerap

    ditujukan untuk penyanyi wanita. Istilah "kontralto" adalah istilah spesifik untuk merujuk

    kepada penyanyi alto wanita yang berlawanan dengan penyanyi alto lelaki atau

    instrumen muzik atau klef. Tetapi, dalam koir setiap tingkat suara ni mempunyai

    peranan masing-masing dalam meharmonikan sesuatu persembahan nyanyian.Di

    dalam nyanyian 4 penyanyi koir ,penyanyi tenor ialah yang bersuara kedua rendah, di

    atas suara penyanyi bes dan di bawah suara penyanyi soprano dan penyanyi alto.

  • 7/30/2019 NYANYIAN KOIR

    4/11

    19

    Lingkungan suara seorang penyanyi tenor koir biasanya tidak sehebat suara

    penyanyi tenor opera. Sesetengah nyanyian koir tidak memerlukan penyanyi tenornya

    menggunakan keseluruhan tenaga kuasa suara tenor, walaupun sesetengah koir tetap

    memerlukan tenor untuk menyanyikan nada B3 ke atas sehingga G4. Di masa kini dan

    juga sebelumnya, banyak kumpulan nyanyian koir menghadapi kesukaran mendapat

    penyanyi yang memiliki suara seorang tenor. Ini adalah kerana ia amatlah sukar untuk

    lelaki dewasa sebenarnya memiliki suara tinggi yang unik untuk digelar tenor.

    Kebanyakan lelaki dewasa lebih gemar menyanyikan lagu untuk bahagian besatau

    bariton.

    Oleh sebab itu, kerap kali penyanyi lelaki yang tidak memiliki suara tenor dilantik

    untuk memegang bahagian tersebut walaupun suara mereka tidak sampai ke tahap

    lingkungan suara seorang tenor. Apabila perkara sebegini wujud dalam sesetengah

    kumpulan koir, kebiasaanya penyanyi alto disuruh menyanyikan bahagian tenor

    walaupun sesetengah alto yang dipilih juga mempunyai lingkungan suara yang tidak

    cukup tinggi.Bes ialah suara lelaki yang menyanyi di dalam lingkungan suara yang

    paling dalam dan rendah di dalam suara manusia. Lingkungan suara penyanyi bes

    kebiasaannya adalah dari F2 hingga ke E4 tetapi boleh menjadi seluas Eb2 hingga F4.

    Suara penyanyi bes berubah dari suaradada hingga ke pertengahan suara di sekitar A3

    atau Ab3 di bawah pertengahan C dan berubah kepada daftar suara utama pada

    sekitar D4 atau C#4 di atas pertengahan C. Suara rendah penyanyi bes adalah

    kekuatan mereka manakala suara tinggi ialah kelemahan mereka. Nyanyian koir

    dikategorikan menurut lingkungan suara seperti berikut:-

    Koir campuran (mengandungi suara penyanyi lelaki dan wanita)

    jenis ini adalah corak kumpulan koir yang paling kerap dibuat, mengandungi

    penyanyi- penyanyi soprano, alto, tenor dan bes yang dikenali dengan nama

    singkat sebagai SATB.

    Jika suara-suara ini dibahagi kepada dua bahagian, nama pendek yang

    digunakan ialah SSAATTBB , manakala SATBSATB jika kumpulan koir tersebut

    terbahagi kepada dua separa bebas empat bahagian koir.

  • 7/30/2019 NYANYIAN KOIR

    5/11

    20

    Sekiranya suara bariton digunakan, istilah pendek yang digunakan adalah

    SATBarB.

    Koir lelaki

    menggunakan istilah pendek SATB yang serupa dengan koir campuran namun

    S merujuk kepada soprano kanak-kanak lelaki manakala alto dinyanyikan oleh

    lelaki dewasa dengan penggunaan falseto,kerap juga dipanggil sebagai kaunter

    tenor.

    Format ini adalah amat biasa digunakan di dalam koir katedral British.

    Koir wanita

    mengandungi suara soprano dan alto sahaja, menggunakan singkatan SSAA

    atau SSA.

    Koir kanak-kanak

    sering dibuat dalam dua bahagian SA (soprano;alto) atau tiga bahagian SSA

    atau kadang-kala mengandungi lebih banyak suara.

    LATAR BELAKANG PENUBUHAN KUMPULAN KOIR

    Perancangan membentuk sebuah kumpulan koir seharusnya dilakukan secara

    bersistematik agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan hingga tercapai objektif.

    Ia bertujuan mengelak daripada timbulnya masalah-masalah yang boleh membantutkan

    perancangan yang telah dibuat.Terdapat beberapa pekara yang perlu diberi perhatian

    khusus dalam menentukan kejayaannya,antaranya ialah :

    1. Saiz kumpulan

    2. Jenis Kumpulan 2, 3, atau 4 suara

    3. Jumlah atau bilangan penyanyi

    4. Pemuzik Iringan

    5. Alat Muzik Iringan

    6. Keupayaan Guru.

    7. Tempat Latihan

  • 7/30/2019 NYANYIAN KOIR

    6/11

    21

    8. Jadual Latihan

    9. Surat menyurat

    10. Skor atau gubahan-gubahan lagu.

    Kesemua faktor yang disebutkan diatas akan memudahkan lagi prosedur yang

    seterusnya dan membolehkan segala urusan berjalan dengan lancar. Prosedur

    berikutnya ialah:

    1. Menentukan tarikh uji bakat

    Penentuan tarikh untuk uji bakat perlu dirancang dengan teliti agar setiap pelajar

    yang berminat berpeluang menjalankannya. Proses ini akan dapat membantu

    mendapatkan pelajar yang terbaik dikalangan pelajar.

    2. Melaksanakan uji bakat

    Melaksanakan uji bakat bertujuan mendapatkan pelajar-pelajar yang berpotesi

    dalam nyanyian koir.dalam hal ini guru perlu ingat jumlah penyanyi yang diperlukan

    dalam setiap kumpulan. Jumlah penyanyi akan mempengaruhi bunyi yang

    dihasilkan nanti. Ia akan memudahkan proses keseimbangan bunyi sesebuah

    kumpulan koir.

    Guru-guru juga perlu ingat bahawa uji bakat ini bertujuan mencari penyanyi secara

    kumpulan bukan secara solo.Penyanyi yang telah terbina identiti dan cara nyanyian

    tersendiri lebih sesuai untuk nyanyian solo, Walaubagaimanapun mereka boleh

    diasuh untuk bernyanyi secara kumpulan.

    Warm up perlu dijalankan sebelum uji bakat dilaksanakan agar pelajar telah betul -

    betul bersedia. Menguji bakat perlu dilakukan mengikut beberapa turutan bagi

    mempastikan pekara- pekara berikut:

  • 7/30/2019 NYANYIAN KOIR

    7/11

    22

    Tempo

    Menyanyi dengan tempo yang tepat amat penting dalam sesebuah kumpulan ensembel

    .Terdapat aktiviti-aktiviti yang dapat membantu mengesan tempo pelajar antaranya

    ialah, meminta pelajar menepuk tangan mengikut tempo lagu yang dimainkan atau

    dinyanyikan. Tepuk tangan sama dengan guru dan sebagainya.

    Renj

    Menentukan renj yang tepat bertujuan membahagikan pelajar berdasarkan jenis suara

    seperti suara soprano, alto ,tenor dan bes. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah

    dengan meminta pelajar menyanyi not terendah dan tertinggi yang termampu. Tetapi ia

    dapat dilakukan secara lebih sistematik menggunakan alat muzik seperti kibod, piano,

    gitar misalnya mainkan satu nada sederhana dan minta pelajar tersebut turut . Proses

    ini dilakukan dengan menaikkan not atau turunkan not ikut turutan bagi mendapatkan

    not tertinggi dan terendah yang boleh dicapai oleh setiap individu . Proses ini

    memudahkan guru menentukan jenis suara serta kumpulan yang sesuai dengan setiap

    individu.

    Tone Suara

    Tone kualiti setiap individu berbeza-beza dan ia perlu disesuaikan dengan kumpulan-

    kumpulan tertentu agar kesannya lebih menyerlah. Suara yang tidak terkawal bunyinya

    misalnya terlalu tajam, atau gemersik perlu dielakkan kerana ia akan merosakkan

    keseluruhan ensembel. Suaranya akan selalu tertonjol menyebabkan imbangan bunyi

    sukar dilakukan. Pastikan penyanyi yang dipilih mempunyai suara yang dapat diadun

    secara kumpulan.

    Irama

    Kemahiran dalam irama dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran

    terutamanya dalam lagu yang mempunyai pelbagai corak irama. Sesetengah pelajar

    sukar menyanyikan bahagian-bahagian irama up beat atau sinkopasi. Ini akan

    membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran .

  • 7/30/2019 NYANYIAN KOIR

    8/11

    23

    Oleh itu para guru disarankan menguji kebolehan pelajar dalam irama yang pelbagai

    dan pastikan ia dilakukan dengan betul serta menepatitempo yang diberi. Aktiviti yang

    selalu dilakukan ialah guru menyedikan beberapa jenis pola irama yang pelbagai

    termasuk yang mempunyai sinkopasi. Guru menepuk irama-irama tersebut dan

    meminta pelajar mengikutnya. Pelajar yang berjaya mengikutinya dengan irama serta

    tempo yang betul dianggap berjaya dan layak menyertai kumpulan tersebut.

    Bagi pelajar yang mempunyai latar belakang muzik serta telah menguasai corak irama

    bolehlah menjalankan aktiviti yang lebih mencabar iaitu guru memainkan satu corak

    irama asas dan meminta pelajar memaikan satu corak irama lain dalam waktu yang

    sama. Gabungan corak irama ini akan menghasilkan satu corak irama baru jika

    dimainkan dengan betul.

    Ketepatan Pic

    Ketepatan pic sangat penting dalam menghasilkan sebarang bentuk ensembel yang

    berkualiti. Ia juga tidak terkecuali bagi sebuah kumpulan koir. Lapisan suara hanya

    dapat dilakukan jika setiap pelajar mempunyai ketepatan pic. Pic yang lemah akan

    menyebabkan harmoni yang tidak tepat , lemah serta tidak bertenaga malah

    menyukarkan proses nyanyian secara harmoni. Dalam konteks ini guru perlu

    mempastikan setiap pelajar yang terpilih mempunyai ketepatan pic. Ketepatan pic dapat

    dinilai atau diuji melalui beberapa aktiviti mudah saperti meminta pelajar menyanyikan

    balik melodi yang dimainkan atau dinyanyikan .

    Pelajar yang dapat mernyanyikan balik melodi yang dimainkan dikira mempunyai

    ketepatan pic yan baik, Namun guru-guru perlulah memainkan melodi-melodi yang

    bersesuaian dengan renj suara individu tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah

    menyanyikan arppegio, skel serta melodi-melodi pendek yang dimainkan dalam

    pelbagai nada yang bersesuaian dengan suara setiap individu.

  • 7/30/2019 NYANYIAN KOIR

    9/11

    24

    Pembahagian Kepada Kumpulan S.A.T.B

    Pembahagian kepada kumpulan dilakukan berdasarkan jumlah atau saiz kumpulan

    yang telah dirancangkan. Dalam konteks ini kumpulan yang dirancangkan berjumlah 40

    orang. Pemberatannya ialah 13 penyanyi bes, 10 penyanyi tenor, 10 penyanyi Alto dan

    7 penyanyi sopranao. Pemberatan ini diambil setelah mengambil kira kekuatan bunyi

    yang diperlukan.Penetapan kumpulan ini dibahagikan berdasarkan renj suara yang

    dimiliki oleh individu dengan berdasarkan renj saperti berikut:

    1. Soprano

    2. Alto

    3. Tenor

    4. Bes

    Menyanyi mengikut kumpulan S, A, T, B. dimulakan dengan kumpulan soprano dan

    diikuti oleh alto, tenor dan bes. Melodi biasanya dinyanyikan oleh soprano atau alto

    namun kadangkala semua menyanyi secara unison jadi adalah lebih baik rujuk pada

    skor dan pastikan kumpulan yang menyanyikan bahagian melodi didahulukan. Dalam

    konteks ini saya telah memilih lagu yang dimulakan dengan semua kumpulan menyanyi

    secara unison pada keseluruhan rangkap pertama. Oleh itu pengajaran dimulakan

    dengan turutan berikut:

    1. Menyanyikan baris demi baris beserta latih tubi sehingga lengkap satu

    rangkap.(tanpa iringan) Melodi dimainkan piano sebagai panduan.

    2. Menyanyi keseluruhan rangkap pertama dengan iringan.

    3. Melatih tubi bahagian-bahagian yang bermasalah dan membina keyakinan diri.

    4. Peneguhan dilakukan dengan meminta pelajar menyanyikan keseluruhan

    rangkap lagu dengan iringan piano.

    5. Pembetulan dilakukan secara serta-merta bukan menunggu sehingga

    keseluruhan rangkap tamat. Proses ini dilakukan sahingga pelajar dapat

    menyanyikannya dengan baik.

  • 7/30/2019 NYANYIAN KOIR

    10/11

    25

    KESERAGAMAN KOIR

    mat (attack and released)

    Permulaan nyanyian pada setiap not perlu diselaraskan dengan setiap individu dan

    setiap kumpulan. Begitu juga dengan cara menamatkan setiap not yang dinyanyikan.

    Kesemuanya perlu diselaraskan agar wujud persembahan sebagai satu kumpulan dan

    bukan bersifat individualistik.

    Pemimpin koir dapat mendengar keseluruhan ensembel dengan baik kerana

    kedudukannya didepan dan berhadapan dengan kumpulannya. Penentuan aras

    dinamik bertujuan memberikan impak serta keseimbangan bunyi keseluruhan koir.

    Pakaian kumpulan koir yang seragam akan mempamerkan identiti serta kerjasama

    yang telah terbina. Namun apa yang penting ialah ia bersesuaian dengan acara serta

    tatacara dan etika persembahan. Pastikan pakaian tersebut tidak menyumbang kepada

    gangguan-gangguan seperti berlaku pakaian terlalu ketat sehingga mengganggu

    kelancaran pernafasan. Tidak selesa dengan potongan/fesyen yang kurang

    sesuai/mendedahkan aurat menyebabkan penyanyi kurang konsentrasi dan

    berkemungkinan hilang keyakinan diri.

    Persembahan koir tidak memerlukan gerakan yang banyak dan agresif tetapi memadai

    dengan menunjukkan mimik muka yang bersesuaian dengan lirik serta interpretasi lagu

    yang dinyanyikan. Pergerakkan yang keterlaluan hanya akan menghilangkan

    konsentrasi penyanyi dan penonton. Gaya persembahan seharusnya tertumpu kepada

    elemen-elemen muzik saperti harmoni, pic, dinamik, interpretasi, sebutan dan

    sebagainya.

  • 7/30/2019 NYANYIAN KOIR

    11/11

    26

    KESIMPULAN

    Melalui perancangan yang telah dibuat dengan teratur dan teliti, sebuah kumpulan koir

    akan dapat dihasilkan dengan berkesan dan berkualiti. Malah sistem penjadualan dan

    sikap yang tegas dalam mengendalikan kumpulan perlu diambil berat agar ahli

    kumpulan koir tidak mengambil kesempatan atau sambil lewa menjalani sesi latihan.

    Sikap kesungguhan mengendalikan latihan akan menarik keyakinan dan semangat

    kepada ahli kumpulan koir menjalani latihan dengan baik.

    Cara mengendalikan latihan dengan mengadakan warm-up vokal dan tubuh turut

    menarik minat serta perangsang kepada ahli koir. Aktiviti-aktiviti tersebut kelihatan tidak

    begitu penting tetapi ia sebenarnya amat penting kerana ia boleh memberi persediaan

    fizikal yang berkesan dalam nyanyian di samping membantu menggalakkan ahli

    menyertainya kerana sesi tersebut adalah sungguh menarik seperti suatu permainan

    atau hiburan. Contohnya senaman ringan dari segi fizikal, pemanasan suara yang

    mempunyai pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti bubbling, humming, dan cara

    latihan suara yang menggunakan pelbagai teknik yang menarik lagi berkesan.

    Kemesraan dan cara layanan terhadap ahli koir juga perlu diberi tumpuan untuk

    menarik mereka menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh.

    Latihan yang betul dan berkesan penting kepada ahli koir. Selang antara hari latihan

    tidaklah terlalu lama dan ahli koir perlu mengadakan sesi latihan sepanjang masa

    sehingga hari pertandingan. Perhatian yang kurang akan menyebabkan kumpulan koir

    menjadi lemah dan kurang komitmen. Jurulatih dan pelajar mesti ada kesungguhan

    yang kuat untuk memenangi sebarang acara atau pertandingan itu. Pujian atau motivasi

    perlu diberikan oleh jurulatih sebagai perangsang dan dorongan dalam menambahkan

    kekuatan semangat mereka menyanyi dengan berkesan