oberserveeeeee.doc

10
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Tarikh : 25.03.2015 Masa : 8.15 – 8.45 pagi Tahun : Tahun 4 Intan Tajuk : olahraga asas Sub tajuk : Membaling Standard Kandungan : 1.11, 2.11, 5.1 . Standard Pembelajaran : 1.11.1 Membaling, melontar, melempar dan merejam pelbagai alatan dari posisi melutut dan duduk. 1.11.2 Membaling, melontar, melempar dan merejam pelbagai alatan dari posisi berdiri. 2.11.2 Mengenal pasti perkaitan antara ketinggian pelepasan semasa membaling, melontar, melempar dan merejam dengan jarak. 5.1.5 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti. Hasil Pembelajaran: Pada akhir Pelajaran murid dapat... Psikomotor : Melakukan balingan ke arah sasaran pada jarak 3 hingga 5 meter sekurang-kurangnya daripada 2 daripada 3 percubaan dengan lakuan yang betul. Kognitif : Mengenal pasti perkaitan antara ketinggian pelepasan semasa membaling dengan jarak. Afektif : Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti. Pengalaman Sedia Ada : Murid telah menguasai kemahiran membaling dan menangkap bola. Penerapan Nilai Murni : Mengiktiraf kebolehan dan menerima kekurangan rakan sebaya . Kemahiran Berfikir : Banding beza. Elemen Merentasi Kurikulum : Keusahawanan mencuba-cuba.

Transcript of oberserveeeeee.doc

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Tarikh: 25.03.2015Masa: 8.15 8.45 pagi

Tahun: Tahun 4 Intan

Tajuk : olahraga asasSub tajuk : MembalingStandard Kandungan : 1.11, 2.11, 5.1 .Standard Pembelajaran : 1.11.1 Membaling, melontar, melempar dan merejam pelbagai alatan dari posisi melutut dan duduk. 1.11.2 Membaling, melontar, melempar dan merejam pelbagai alatan dari posisi berdiri.

2.11.2 Mengenal pasti perkaitan antara ketinggian pelepasan semasa membaling, melontar, melempar dan merejam dengan jarak. 5.1.5 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti.Hasil Pembelajaran:

Pada akhir Pelajaran murid dapat... Psikomotor : Melakukan balingan ke arah sasaran pada jarak 3 hingga 5 meter sekurang-kurangnya daripada 2 daripada 3 percubaan dengan lakuan yang betul. Kognitif : Mengenal pasti perkaitan antara ketinggian pelepasan semasa membaling dengan jarak. Afektif : Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti.Pengalaman Sedia Ada : Murid telah menguasai kemahiran membaling dan menangkap bola.Penerapan Nilai Murni : Mengiktiraf kebolehan dan menerima kekurangan rakan sebaya .Kemahiran Berfikir : Banding beza.Elemen Merentasi Kurikulum : Keusahawanan mencuba-cuba.Bahan Bantu Belajar : Bola kecil, skital, gelung, botol plastik.BAHAGIAN / MASAAKTIVITIBUTIRAN MENGAJARPENGELOLAANCATATAN

Permulaan

(5 minit)

Memanaskan Badan

- Berjoging 1 pusingan padang dan berhenti bila wisel dibunyikan.- Regangan TanganPelajar berjoging di tempat asal dengan perlahan selama 1 minit.Regangan tangan: Berdiri tegak, kaki buka seluas bahu Kedua-dua tangan dirapatkan. 5 pergerakan-atas, kiri, kanan, depan dan belakang. Semua pergerakan dalam kiraan 12.

Pelajar

Guru

Alatan

- skitalEMK- kreativiti dan inovasi.

BAHAGIANAKTIVITIFokus Pengajaran/Butir MengajarPengelolaanCATATAN

Badan dan pinggang

Kaki dan paha

Tarik nafas

Regangan badan dan pinggang

Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu. Tangan kanan menyilang ke kiri di hadapan. Tangan kiri mencekak pinggang. Tahan dalam kiraan 12. Perlakuan yang sama dilakukan untuk tangan kiri.

Regangan kaki dan paha

Berdiri tegak kaki dibuka seluas bahu. Mata pandang hadapan. Angkat kaki kanan dengan lutut sama paras dengan pinggang dan tahan dalam kiraan 12. Perlakuan yang sama dilakukan dalam untuk kaki kiri

Berdiri tegak,kaki dibuka seluas bahu. Mata pandang hadapan. Tarik nafas dan tahan dengan kaki dijengkitkan sedikit ke atas. Hembus nafas perlahan-lahan. Dilakukan sebanyak 3 kali

Pelajar

Ketua

Guru

Perkembangan (3 minit)

Aktiviti 1 : Membaling bola kecil1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 8 orang.2. Murid-murid di setiap kumpulan berbaris dalam 1 garisan lurus.3. Semasa membaling bola kecil, murid berdiri 3 meter dari tiga gelung yang disusun secara lurus.

4. Murid membaling bola kecil dengan tangan lurus mengikut arah pusingan jam ke dalam gelung 1.

5. Ulang lakuan (4) untuk gelung 2 dan 3.

6. Ulang aktiviti beberapa kali.

EMK:Kreativiti dan Inovasi.

Catatan:

Perkembangan

(7 minit)Aktiviti 2: Membaling bola melalui gelung.1. Murid dalam kumpulan 4 orang.

2. Setiap kumpulan mempunyai sebiji bola(bola kertas) dan satu gelung.

3. Dua orang murid (W dan X) akan berdiri bertentangan sejauh lima meter dari gelung

yang dipegang oleh murid Y dan Z di tengah-tengah.

4. Murid W akan membaling bola dengan tangan lurus mengikut arah pusingan jam ke dalam gelung dan sampai kepada murid X, dan sebaliknya.

5. Ulang aktiviti beberapa kali dan tukar peranan.EMK:Kreativiti dan invovasi

BBM:

*Bola yang dibuat oleh kertas sahaja.

Catatan:

Kemuncak(10 minit)Permainan kecil: Menjatuhka botol sebanyak mungkin.1. Murid dalam 4 kumpulan masing-masing.2. Murid berbaris dalam garisan lurus.3. 10 botol diletakkan pada garisan 5 meter dari murid yang membuat balingan.

4. Setiap ahli dalam kumpulan mempunyai sebiji bola.

5. Ahli-ahli dikehendaki menjatuhkan sebanyak botol yang boleh dengan bola melalui balingan tangan lurus mengikut arah pusingan jam.

6. Ahli yang telah membuat balingan tidak dapat membaling lagi.

7. Pasukan yang lebih cepat menjatuhkan kesemua 10 botol terlebih dahulu dikira menang.

8. Jika keempat-empat pasukan tidak dapat menjatuhkan kesemua 10 botol selepas semua ahli membuat balingan, pasukan yang mempunyai bilangan botol tertinggal yang terkurang dikira menang.EMK: Kreativiti dan inovasi.BBM:

Bola yang diperbuat oleh kertas sahaja.

Catatan:

Penutup

(5 Minit)

Cooling Down Melakukan regangan otot dari bahagian bawah (kaki) hingga bahagian atas (kepala).

Pentaksiran kemahiran Berjalan di tempat asal sahaja selama 30 saat dalam kawasan bilik darjah sambil menarik nafas perlahan. Regangan tangan dan pinggang Berdiri tegak, kaki dibuka melebihi luas bahu. Kuncikan jejari kiri dan kanan tangan. Kiraan 12, Ulang aktiviti sebanyak 3 kali. Regangan kaki dan paha Berdiri tegak kaki dibuka seluas bahu. Mata pandang hadapan. Bongkokkan badan dan siku dibengkokkan sedikit. Cuba sentuh lantai dengan kedua belah tangan dan tahan dalam kiraan 12. Tarik nafasPenilaian:

Guru menyemak kemahiran sama ada murid menguasai kemahiran yang diajar dengan borang senarai semak B4D3E1.

Pelajar

Guru

gelung

Botol

PAGE