OBJEKTIF · PDF fileObjektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat: - Merekabentuk...
date post
01-Apr-2019Category
Documents
view
251download
1
Embed Size (px)
Transcript of OBJEKTIF · PDF fileObjektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat: - Merekabentuk...
Objektif Am : Mempelajari dan memahami rekabentuk litar
pneumatik
Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-
Merekabentuk litar asas berbilang silinder
berdasarkan kawalan pneumatik.
Menerangkan litar asas berbilang silinder
berdasarkan kawalan pneumatik.
UNIT 5
REKABENTUK LITAR (KAWALAN TURUTAN BERBILANG SILINDER)
OBJEKTIF
5.0 PENGENALAN
ekiranya seseorang bercerita tentang reka bentuk litar pneumatik, apakah yang
anda faham tentangnya ?
Kerja mereka bentuk bagi suatu litar pneumatik bukanlah satu tugas yang mudah
dilakukan terutama sekali apabila banyak penggerak yang perlu dikawal dengan
jujukan gerakan yang rumit. Oleh itu, aspek-aspek seperti keselamatan tentang
pengoperasian, perlaksanaan fungsi yang dicapai, tahap kecekapan operasi dan kos
perlu diambil kira ketika melakukan kerja mereka bentuk litar pneumatik, supaya
litar tersebut dapat mencapai atau melaksanakan kerja ke tahap yang optimium.
Perlaksanaan fungsi yang dicapai adalah dimaksudkan sebagai asas pencapaian yang
berulang. Sementara itu, aspek yang perlu dititikberatkan ialah sistem hendaklah
bebas daripada suhu persekitaran yang tinggi, kelembapan dan habuk. Hal ini kerana
perkara berkenaan dapat mempengaruhi atau merosakkan litar sistem pneumatik.
Tambahan pula, kos pembaikan bagi sistem ini adalah mahal.
5.1 PENGENDALIAN LITAR ASAS KAWALAN TURUTAN BERBILANG SILINDER
Bagi kendalian litar kawalan turutan berbilang selinder di contoh 5.1 di bawah,
terdapat dua rod silinder tindakan pneumatik yang akan digerak atau dikawal secara
bergilir-gilir dengan menggunakkan bantuan daripada komponen-komponen
pneumatik.
S
IINNPPUUTT
Contoh 5.1 :
Rajah 5.1 : Litar asas berbilang silinder
Jujukan litar merupakan turutan pergerakan silinder atau penggerak yang
mempunyai lebih dari satu penggerak dalam sesuatu litar. Berdasarkan rajah 5.1 di
atas, jujukan litar adalah seperti rajah 5.2 di bawah.
A+ B+ A- B-
Rajah 5.2 : Jujukan litar
Rajah 5.2 di atas menunjukkan dua buah silinder dua tindakan iaitu A dan B. Di
mana pergerakkan silinder ini perlu mengikuti jujukan A+ B+ A- B- dengan secara
Automatik apabila suis tekan ditekan dan dilepaskan.
Komponen : Dua buah sillinder dua tindakan, dua injap kawalan berarah 4/2, empat
buah injap belantik sehala, dua buah suis sentuh dan sebuah suis tekan.
a0 b0 b1 a1
St
Silinder A Silinder B
a0
a1
b0
b1
Sumber angin
a1 b1 a0
b0 st
Penerangan kendalian :
1. Bila suis tekan ditekan, udara dibekalkan ke injap belantik sehala a1dengan "normally open" sehingga ke injap kawalan berarah 4/2.
2. Injap ini akan bergerak ke sebelah kiri untuk menyambungkan A+, kemudian udara akan dihantar ke silinder A bagi menggerakkan rod silinder keluar sehingga
menyentuh suis sentuh a1 dan terhenti.
3. Injap belantik a1 akan mula beroperasi dengan bergerakkan ke kiri supaya udara dapat disalurkan ke injap kawalan berarah 4/2 dengan menyambung B+ dengan
tujuan untuk menolak rod silinder B keluar daripadanya sehinggs rod itu tersentuh
suis sentuh b1.
4. Sebaik sahaja rod itu tersentuh suis sentuh b1, injap belantik b1 akan berfungsi lalu bergerak ke kanan bagi melengkapkan sambungan agar menyalurkan udara
menerusinya ke injap kawalan. Di sini injap kawalan akan digerak kembali ke
arah kanan dengan menyambungkan A- sehingga ke silinder A. Hal ini akan
menolak rod silinder A masuk ke dalamnya supaya udara itu dapat dialir keluar
hingga ekzos dengan bantuan saluran yang telah disambungkan. Ia akan terhenti
apabila tersentuh suis sentuh a0.
5. Apabila rod silinder tersentuh suis sentuh a0,silinder B akan berfungsi semula di mana udara dibekalkan dengan menerusi injap belantik sehala kemudian
memasak injap kawalan 4/2 bergerak ke sebelah kiri.
6. Ini akan membolehkan B- disambung dan menbenarkan udara melaluinya sehingga silinder B. Dengan ini rod silinder akan ditolak masuk sebaik sahaja
bekalan udara diterima lalu menyalurkan udara disebelah depan rod ke bahagian
ekzos.
7. Manakala silinder A akan berfungsi lagi bila rod di silinder B tersentuh suis sentuh b0, kitar ini akan berulang-ulang beroperasi selagi suis tekan tidak
dilepaskan.
Contoh 5.2 :
Litar ini adalah sama dengan litar pada rajah 5.1 di atas tetapi berbeza dari segi
susunan jujukan iaitu A+ A- B+ B-. Injap penghad jenis guling digantikan dengan
jenis yang lain sekiranya terdapat isyarat yang berlawanan.
Rajah 5.3 : Litar asas berbilang silinder berlainan jujukan
Contoh 5.3 :
Ianya adalah sama seperti litar dalam rajah 5.2 dan rajah 5.3 di atas tetapi dengan
jujukan A+ B+ B- A-. Suis injap penghad jenis guling digantikan dengan jenis lain
yang sesuai sekiranya terdapat isyarat yang berlawanan.
Rajah 5.4 : Litar asas berbilang silinder berlainan jujukan digandingkan bersama
dengan injap belantik sehala
a0 a1 b0 b1 Silinder A Silinder B
b0
St
b1 a0 b1
Hidraul
Silinder A Silinder B a0 a1 b0 b1
a0
St
b0 a1 b1
Injap Belantik
sehala
5.2 RAJAH GERAKAN MASA
Rajah gerakan masa (RGM) atau Time Motion Diagram, dapat menggambarkan
jujukan dua atau lebih silinder yang digerakkan secara automatik.
Contoh 5.4 :
Jujukan A+ B+ B- A-
Contoh 5.5 :
Jujukan A+ A- B+ B-
A
B
1 2 3 4 5
JumlahPergerakan
a1
a0
b1
b0
A
B
1 2 3 4 5
JumlahPergerakan
a1
a0
b1
b0
Pergerakkan A+ diwakili oleh 1 ke 2
dari a0 ke a1(menaik) pada silinder A.
Pergerakkan B+ diwakili oleh 2 ke 3
dari b0 ke b1(menaik) pada silinder B.
Pergerakkan B- diwakili oleh 3 ke 4 dari
b1 ke b0(menurun) pada silinder B.
Pergerakkan A- diwakili oleh 4 ke 5 dari
a1 ke a0(menurun) pada silinder A.
Pergerakkan A+ diwakili oleh 1 ke 2
dari a0 ke a1(menaik) pada silinder A.
Pergerakkan A- diwakili oleh 2 ke 3 dari
a1 ke a0 (menurun) pada silinder A.
Pergerakkan B+ diwakili oleh 3 ke 4
dari b0 ke b1 (menaik) pada silinder B.
Pergerakkan B- diwakili oleh 4 ke 5 dari
b1 ke b0 (menurun) pada silinder A.
Soalan 5a-1
Isikan tempat kosong yang telah disediakan
1. Kawalan turutan untuk litar berbilang silinder dilakukan pada suatu litar yang
mempunyai lebih dari __________________silinder.
2. Kawalan turutan gerakan bagi silinder-silinder juga dipanggil _____________ silinder.
3. A+ B+ B- A- adalah jujukan bagi _________silinder.
4. A+ B+ C+ C- B- A- adalah jujukan bagi _________silinder.
5. A+ B+ A-,B- adalah jujukan bagi __________silinder.
Soalan 5a-2
Sila lengkapkan jujukan di bawah
i.
A+ B+ A-,B-
ii.
AKTIVITI 5a
a1 b1
a1 b1 c1 c0 b0
a0 St
SELAMAT MENCUBA
Soalan 5a-3
Sila lengkapkan penerangan di bawah:
Silinder A
1. A+ ialah pergerakan _____________ piston A
2. A- ialah pergerakan ______________ piston A
3. Bila A+ berlaku, ianya akan menjana injap _______ pada akhir pergerakan tersebut.
4. Bila A- berlaku, ianya akan menjana injap _______ pada akhir pergerakan tersebut.
a1 a0
5.3 MEMBINA LITAR LATA ( CASCADE )
Dalam membina litar lata, perkara seperti membahagikan pergerakan silinder kepada
kumpulan, setiap ahli kumpulan tidak boleh sama dan jumlah bilangan kumpulan
adalah bersamaan dengan bilangan garisan yang akan digunakan ke dalam sesuatu
sistem pneumatik, adalah merupakan cara penting yang perlu dikuasai oleh seseorang
semasa proses melakukannya. Dalam litar ini, terdapat injap memori dan garisan
angin sekiranya dibandingkan dengan pengendalian litar asas berbilangan silinder. Di
samping itu, litar ini agak popular digunakan dalam mesin gerudi, dimana mesin perlu
dikawal langkah demi langkah dalam pembuatan dan lain-lain lagi.
5.3.1 Cara untuk membina litar pneumatik lata (Cascade).
Prosedur membina litar lata adalah seperti berikut;
1. Membahagikan jujukan gerakan silinder seperti rajah 5.5 di bawah, A+,
B+, A-,A+, B-, A- kepada beberapa kumpulan. Pastikan bahawa setiap
kumpulan yang dibahagikan tidak mempunyai jujukan pada silinder yang
sama contohnya A+ tidak boleh berada dalam satu kumpulan dengan A-.
Kumpulan yang dibahagikan adalah berdasarkan garis angin yang hendak
kita guna. Sekiranya anda telah menubuhkan 4 kumpulan seperti dibawah
bermaksud anda akan menggunakan 4 garis angin.
1 2 3 4
a1 a1
A+ B+ A- A+ B- A-
b1 a0 b0
Rajah 5.5 : Jujukan Gerakan Selinder
st a0
IINNPPUUTT
Rajah 5.6 : Litar lata (cascade)
(A) (B)
a1 a0 b1