Objektif Tamadun
-
Upload
sejarahwarrior -
Category
Documents
-
view
14 -
download
2
description
Transcript of Objektif Tamadun
Objektif Tamadun
Tamadun dibangunkan hasil gabungan pelbagai faktor positif yang bermula dari
kepercayaan, agama, ilmu pengetahuan, sistem pentadbiran dan organisasi sosial yang
tertatur, kecantikan seni dan ketinggian budaya, serta beberapa elemen penting yang lain.
Namun, tanpa kita sedari, tamadun jugalah yang telah memperbaiki kesemua elemen tersebut.
Tamadun menambahkan kekuatan beragama dalam kalangan ahli masyarakat. Tamadun juga
yang telah melahirkan ramai cendekiawan dan sarjana-sarjana dalam pelbagai bidang. Sistem
pentadbiran dan struktur sosial menjadi semakin kukuh di mana masyarakat dapat merasakan
perasaan selamat antara satu sama lain. Kesenian yang timbul dan kebudayaan yang tercipta
juga melambangkan ketamadunan sesebuah masyarakat itu sendiri secara tidak langsung.
OBJEKTIF
-Melahirkan pengembara muda yang lasak serta kaya dengan ilmu dan pengalaman.
- Mengkaji dan menghayati jatuh bangun sesebuah tamadun dunia.
- Mengangkat tokoh sebagai ikon generasi muda.
- Menguasai bahasa strategi dunia.
- Melatih relawan muda dengan kerja-kerja khidmat sosial.
- Membina dan memperkukuh jaringan belia di seluruh dunia.
- Mendedahkan generasi muda kepada isu semasa dan antarabangsa.