Objektif Ujian Diagnostik

5
Objektif Ujian Diagnostik Pengamatan Ujian Diagnostik Pengamatan amat berguna kepada pelajar yang kurang bernasib baik dari segi kemahiran-kemahiran yang menggunakan anggota badan seperti penglihatan dan pendengaran terutamanya. Terdapat beberapa objektif kasar yang dapat kita lihat daripada penggunaan ujian ini. Antaranya ialah mengecam orientasi kedudukan, persamaan, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan. Mengecam adalah kemahiran yang mula-mula perlu pelajar kuasai. Pengecaman dengan menggunakan deria badan seperti mata dan telinga dapat dilakukan dengan sempurna jika ia dilakukan dengan baik dengan menggunakan cara yang betul. Selain itu, ujian ini bertujuan untuk memberikan murid-murid keupayaan untuk menentukan sesuatu saiz, jarak, kiri ke kanan serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain. Selepas murid-murid dapat mengecam sesuatu benda yang diuji, mereka perlu menentukan setiap permasalahan yang mereka hadapi dengan menggunakan kebolehan deria mereka sendiri. Dengan bantuan yang sedikit diberikan, mereka akhirnya dapat menguasai kebolehan ini. Ujian ini juga dilakukan untuk melatih murid-murid mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan. Kemahiran tersebut dapat mereka gunakan ke atas beberapa aspek yang penting seperti melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat. Ujian yang dilakukan mengikut kemahiran dan aras kebolehan dapat mengukuhkan dan mengembangkan kebolehan mereka. Di samping itu, murid dapat meyelaras pergerakan motor dan tangan. Kemahiran yang mengkhususkan pergerakan dari kiri ke kanan, dan dari bawah ke atas dapat membaikipulih kelemahan yang telah dilakukan murid di mana ada di antara mereka yang tidak dapat mengimbangkan pergerakan motor, terutamanya motor halus. Murid-murid juga dapat memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan. Sebagai contoh, kemahiran penglihatan. Gambar berurutan seperti gambar bersiri dan kekekalan gambar

description

ujian

Transcript of Objektif Ujian Diagnostik

Objektif Ujian Diagnostik Pengamatan

Ujian Diagnostik Pengamatan amat berguna kepada pelajar yang kurang bernasib baik dari segi kemahiran-kemahiran yang menggunakan anggota badan seperti penglihatan dan pendengaran terutamanya. Terdapat beberapa objektif kasar yang dapat kita lihat daripada penggunaan ujian ini.

Antaranya ialah mengecam orientasi kedudukan, persamaan, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan. Mengecam adalah kemahiran yang mula-mula perlu pelajar kuasai. Pengecaman dengan menggunakan deria badan seperti mata dan telinga dapat dilakukan dengan sempurna jika ia dilakukan dengan baik dengan menggunakan cara yang betul.

Selain itu, ujian ini bertujuan untuk memberikan murid-murid keupayaan untuk menentukan sesuatu saiz, jarak, kiri ke kanan serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain. Selepas murid-murid dapat mengecam sesuatu benda yang diuji, mereka perlu menentukan setiap permasalahan yang mereka hadapi dengan menggunakan kebolehan deria mereka sendiri. Dengan bantuan yang sedikit diberikan, mereka akhirnya dapat menguasai kebolehan ini.

Ujian ini juga dilakukan untuk melatih murid-murid mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan. Kemahiran tersebut dapat mereka gunakan ke atas beberapa aspek yang penting seperti melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat. Ujian yang dilakukan mengikut kemahiran dan aras kebolehan dapat mengukuhkan dan mengembangkan kebolehan mereka.

Di samping itu, murid dapat meyelaras pergerakan motor dan tangan. Kemahiran yang mengkhususkan pergerakan dari kiri ke kanan, dan dari bawah ke atas dapat membaikipulih kelemahan yang telah dilakukan murid di mana ada di antara mereka yang tidak dapat mengimbangkan pergerakan motor, terutamanya motor halus.

Murid-murid juga dapat memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan. Sebagai contoh, kemahiran penglihatan. Gambar berurutan seperti gambar bersiri dan kekekalan gambar dapat dikuasai dan dijawab jika mereka sentiasa dilatih dan menggunakan kebolehan yang ada dengan baik.

Akhir sekali, murid dapat memahami dan berupaya untuk mencari jalan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Ujian ini amatlah susah bagi mereka yang gagal dalam menguasai kemahiran kasar. Bagi mereka yang berkebolehan, mereka akan mencari jalan untuk meyelesaikannya. Terlebih dahulu, mereka perlu memahami apa kehendak soalan dan aktiviti yang dijalankan ke atas mereka.

6.2 Kepentingan Ujian pengamatan terhadap pelajar masalah pembelajaran.

Ujian pengamatan amat penting bagi mengesan pelajar pelajar bermasalah pembelajaran. Kepentingan ujian pengamatan tersebut adalah dapat mengumpul maklumat berkaitan dengan penempatan. Melalui hasil pengumpulan maklumat yang diperoleh akan membantu proses penempatan kanak-kanak yang tidak berkeupayaan. Hal ini kerana kanak-kanak ini berbeza berbanding dengan kanak-kanak lain.Oleh itu, mereka perludiasingkan darisegi program pengajaran, pendekatan,bahan pengajaran, persekitaran danlain-lain lagi. Melalui maklumat daripada ujian pengamatan ini dapat membantu gurumenyediakan atau menyelaras system pengajaran mengikut ketidakupayaankanak-kanak. Penyelarasansystempengajaran tersebut juga dikenali sebagai Rancangan PengajaranIndividu (RPI).

Kepentingan yang seterusnya adalah guru dapat membuat laporan kepada ibu bapa dan juga pakar kesihatan. Melalui hasil ujian pengamatan yang telah dijalankan, Ibu bapa akandapat menjadikanmaklumat yang diperoleh sebagairujukan.Ibu bapa juga akan dididedahkan dengan kaedah yang sesuai untuk kanak-kanak itu dan mereka jug atahu apakah aspek yang perlu diberi penekanan untuk mengatasi ketidakupayaan anak-anak mereka. Jadi ini dapat membantu ibubapa dalam memberi pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka.Pakar-pakar kesihatan pula akan memantau kanak-kanak tersebut dari semasa ke semasa dan memberikan maklumat tentang sebarang perubahankanak-kanak tersebut mengikut ketidakupayaan mereka

Seterusnya melalui ujian pengamatan juga Ibubapa atau pihak-pihak yang terlibat dapat membuat pengesanan awal terhadap ketidakupayaan anak-anak mereka. Melalui penilaian awal ini, ia dapat menentukan kanak-kanak yang memerlukan didikan tambahan dan mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah yang lebih serius pada masa hadapan sekiranya tidak mendapat sebarang pemerhatian. Jadi masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka dapat diatasi dan dapat mengelakkan masalah yang lebih teruk daripada berlaku.Ibubapa juga dapat menentukan pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka dalam membuat rawatan yang khusus untuk anak-anak mereka.

Kepentingan ujian pengamatan juga adalah dapat menyediakan rancangan berdasarkan keperluan pelajar tersebut. Dalam hal ini, maklumat yang akan diperolehi digunakan dalam empat cara iaitu sebelum kanak-kanak tersebut berada di kelas pemulihan khas, maklumat tersebutmembantugurubiasadalampengajaran yang terbaik untukmengajar mereka. Hal ini akan memudahkan guru-guru untuk menyediakan alat bantu mengajar dan tahu setiap kelebihan dan kekurangan pelajar itu sendiri.Seterusnya adalah Prosedurpenilaiandapatmembantu dalam menjangka teknikpengajaran yang efektif dalam proses pengajaran. Ketiga adalahdalam menentukan programdanstrategi yang sesuai, penilaian ini akan dapat menyediakan maklumatrujukan yang lebih formaldan benar. Akhir sekali adalahmaklumat ini dapat dihimpunkansecara individu kepada pelajar yangbenar-benar layak dimasukkan kedalam kelas pemulihan khas.

Kepentingan yang akhir sekali adalah kenalpasti tahap perkembangan semasa dan pendidikan yang diperlukan. Hal ini keranapenilaian ini melibatkan tahap perkembangan semasakanak-kanak pemulihan khasmelibatkan pra akademik, akademikatau teknik sosial.Dengan menggunakan maklumat ini,guru atau penilai akan dapatmemaklumkan subjekdan teknik yang bersesuaianyang diperlukan para pelajar. Maklumat yang diperolehi ini juga meliputi kekuatan dankelemahan kanak-kanak itu. Kesannya guru dapat mengesan kelemahan dan kebaikan para pelajar tersebut mengikut keupayaan mereka. Jadi guru boleh menyediakan Rancangan Pengajaran Individu dengan lebih baik dan mudah.

Instrumen Ujian Pengamatan Pendengaran

Aktiviti 1: Mengecam bunyi

Langkah-langkah:

1. Murid diperdengarkan beberapa bunyi iaitu nama abjad (b, d, x, s) dan bunyi haiwan (burung, lembu, kucing, ayam) dengan bantuan audio.

2. Murid akan menunjukkan gambar berdasarkan objek/ gambar/ abjad yang didengar

Aktiviti 2: Diskriminasi dan mengingat bunyi

Langkah-langkah:

1. Murid akan mendengar beberapa nama objek yang mempunyai bunyi yang hampir sama (kelapa & kepala, kopi & topi).

2. Murid akan mengenal pasti nama objek yang didengar dan menunjukkan dengan jari gambar objek yang didengar pada helaian bergambar yangdisediakan oleh guru.

Aktiviti 3: Mengajuk Bunyi

Langkah-langkah:

1. Murid akan diperdengarkan bunyi seperti sa, pi, topi dan basikal.

2. Murid akan mengajuk semula bunyi yang didengarnya.

Aktiviti 4: Mengecam Arah Bunyi

Langkah-langkah:

1. Murid akan berdiri di tengah-tengah kelas dengan mata yang tertutup.

2. Guru akan memperdengarkan bunyi dari arah hadapan murid.

3. Murid akan ditanya dari mana arah bunyi itu diperdengarkan.

4. Langkah 2 dan 3 diulang dengan meletakkan sumber bunyi dari arah kiri,kanan dan belakang murid.

Aktiviti 5: Mengecam Jarak Bunyi

Langkah-langkah:

1. Murid akan berdiri di tengah-tengah kelas dengan mata yang tertutup.

2. Guru akan memperdengarkan tiga bunyi yang telah dirakam dengan jarak yang berbeza jauhnya antara alat perakam dan sumber bunyi.

3. Murid akan mengenalpasti bunyi yang dirakam dengan jarak yang dekat,sederhana jauh dan paling jauh