OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf ·...

102

Transcript of OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf ·...

Page 1: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti
Page 2: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Hakcipta © 2010 Wawasan Penabur Sdn. Bhd.

Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Penerbit.

Petikan Alkitab diambil dari

Alkitab Berita Baik © 1996, Bible Society of Malaysia Alkitab Terjemahan Baru © 1974, Lembaga Alkitab Indonesia

OBOR BELIA

Penulis (Bahasa Inggeris): Goh Kim Guat Kim Guat aktif dalam pelayanan belia dan kanak-kanak. Dia telah memperoleh B.A. (Hons) di Bryn Mawr College, U.S.A. dan M.Ed. di Harvard Graduate School of Education. Penterjemah: Steffisley Mosingki & Leni Umis Leni adalah seorang Dusun Tobilung dari Kota Marudu, Sabah. Dia banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja administrasi sebuah gereja berbahasa Malaysia di Subang Jaya. Steffisley adalah seorang penuntut berketurunan Rungus dari Pitas yang kini sedang menuntut di Malaysia Bible Seminary. Dia adalah pengasas dan pemimpin pelayanan Vazaan (Jalan) khusus untuk pelayanan suku kaum Rungus. Penyunting: Randy Singkee Randy banyak terlibat dalam penulisan dan penterjemahan sejak tahun 1993. Dia memperoleh B.A. (Hons) dari Universiti Malaya dan M.Sc. dalam bidang Geographical Information Systems (GIS) dari University of Edinburgh, UK. Cetakan Pertama: Oktober 2010 Cetakan Kedua : Mei 2014 Penerbit : Wawasan Penabur Sdn. Bhd. [email protected] Kulit Buku : Randy Singkee Artis Ilustrasi : Eugene Tan

Page 3: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

I si Kandungan

1 Sebelum Anda Bermula

4 Mukadimah: Mengenali Rancangan Dan Panggilan Tuhan Lembar Kerja

6 Sesi 1: Masa Untuk Berdikari

10 Sesi 2: Harus Berpendirian Tegas

14 Sesi 3: Anda Harus Mengakar

18 Sesi 4: Anda Harus Siap

24 Sesi 5: Dalam Rancangan Tuhan

30 Sesi 6: Pemandu, Bukan Peta

34 Sesi 7: Menginginkan Kehendak Tuhan

40 Sesi 8: Mencari Panggilan Anda

Panduan Pembimbing

45 Sesi 1

52 Sesi 2

59 Sesi 3

67 Sesi 4

73 Sesi 5

78 Sesi 6

85 Sesi 7

90 Sesi 8

Page 4: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

1

Sebelum Anda Bermula…

Memperkenalkan OBOR BELIA

OBOR BELIA dituliskan sebab:

Para belia dan muda-mudi masih mencari program yang lebih

berkesan dan yang dapat memenuhi keperluan mereka. Para belia dan muda-mudi masih kekurangan pembelajaran

sistematik yang dapat meletakkan dasar iman teguh di tengah-tengah tekanan kehidupan moden ini.

Kebanyakan buku pemuridan tidak dituliskan menurut konteks dan masalah-masalah yang dihadapi oleh belia dan muda-mudi yang hidup sebagai umat Tuhan di negara ini.

OBOR BELIA merupakan kurikulum yang memuat kaedah-kaedah kreatif dan praktikal agar Injil dapat disampaikan sesuai dengan keperluan para belia dan muda-mudi zaman sekarang. Kurikulum ini diolah untuk generasi muda Tubuh Kristus supaya mereka mengenal iman mereka secara mendalam dan hidup setia sebagai umat Tuhan di negara ini. Kurikulum ini akan memberi anda peluang untuk berbincang, bertukaran pendapat, berdoa bersama, belajar daripada satu sama lain, dan berseronok bersama. Setelah mempelajari kurikulum ini, anda akan mengetahui bahawa menjadi seorang Kristian memang releven, mencabar, teruja dan anda akan menemui apa yang anda kehendaki untuk kehidupan anda.

Cara Menggunakan OBOR BELIA

OBOR BELIA dicorakkan untuk pertemuan mingguan yang boleh digunakan di persekutuan di sekolah, rumah atau gereja. Anda juga boleh mengubahsuainya untuk kelompok kecil anda. Siri buku ini mempunyai dua bahagian besar: Lembar Kerja dan Panduan Pembimbing yang memberi panduan dan aktiviti-aktiviti kreatif untuk topik-topik buku ini. Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti Bersama, Renungan Firman Tuhan, Renungan Peribadi dan Doa. Panduan Pembimbing pula mempunyai tiga aspek tambahan iaitu Objektif-Objektif Sesi, Aktiviti Pencetus Minat, Jawapan Firman

Page 5: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

2

Tuhan serta kaedah ajaran yang boleh digunakan. Pembimbing atau pemimpin kelompok harus membaca Lembar Kerja dan Panduan Pembimbing untuk memahami seluruh pelajaran ini dan cara menyelenggarakannya.

Dalam Siri Buku OBOR BELIA ini, anda akan menemui yang berikut:

Ayat Mas Alkitab Ayat ini merupakan ayat yang penting dan perlu direnungi bersama kelompok anda.

Kata-Kata Mutiara Baca bersama ahli-ahli kumpulan anda dan jelaskannya secara singkat.

Aktiviti Bersama Bahagian ini memperkenalkan tema utama sesi ini dengan menggunakan pelbagai permainan, lakonan, kertas kerja atau cara yang menarik untuk mencetus minat para peserta.

Renungan Firman Tuhan Bahagian di mana Firman Tuhan akan dibentang dan dibincangkan. Pelbagai aktiviti dirancang agar mereka dapat melibatkan diri dalam Firman Tuhan.

Renungan Peribadi Bahagian ini menggabungkan cara-cara kreatif dan praktikal untuk menggalakkan mereka merenungi pelajaran hari itu serta menerapkan kebenaran yang telah dipelajari untuk kehidupan mereka, dan bukan sekedar mengetahuinya sahaja.

Doa Pembimbing dan peserta digalakkan menutup setiap sesi dengan doa.

Page 6: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Untuk Pemimpin/Pembimbing Panduan untuk memimpin dan membimbing sesi disediakan di bahagian akhir buku ini. Anda akan dibekalkan dengan nota-nota tambahan untuk setiap bahagian dalam sesi di Lembar Kerja.

Beberapa Panduan Berguna * Baca

Baca bahagian Lembar Kerja dan Panduan Pembimbing jika anda sedang membimbing satu kelompok supaya anda boleh berfikir dan menyiapkan diri dengan mantap.

* Doa Berdoa agar Tuhan memberi anda kebijaksanaan sewaktu mengen-dalikan topik dalam perbincangan. Jangan lupa berdoa agar Tuhan menyentuh dan mengubah kehidupan ahli-ahli kumpulan anda.

* Persiapan Bahagian Renungan Firman Tuhan memerlukan paling banyak bimbingan dan ajaran daripada anda. Renungkan contoh-contoh yang dapat menolong anda menjelaskan ajaran anda dalam bahagian lain.

* Santai & Ketawa Jangan terlalu serius dan kalau boleh berjenakalah sekali-sekala. Biar proses pembelajaran itu lebih berinteraksi, partisipasi dan santai.

Objektif-Objektif Sesi Bahagian ini menjelaskan dengan terperinci objektif-objektif sesi. Pembimbing mesti membaca objektif-objektif ini sebelum memulakan pelajaran.

Pencetus Minat Mencadangkan beberapa teknik pemanasan dan pencetus minat para pelajar dengan menggunakan permainan, lakonan, dan sebagainya.

Aktiviti Tambahan Aktiviti atau pelajaran tambahan yang diolah untuk memperkuatkan lagi pengajaran Alkitab atau satu pernyataan.

3

Page 7: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Buku 16: Mengenali Rancangan Dan Panggilan Tuhan Mukadimah Setiap tahun kita menghantar ramai anak muda kita ke universiti, kolej, mahupun ke dunia pekerjaan dengan hati yang penuh debaran dan bukannya optimis: adakah anak-anak muda ini mampu mempertahan-kan kehidupan rohani mereka? Walaupun jumlah sebenar tidak diketahui, namun daripada pemerhatian, ramai belia Kristian mening-galkan iman mereka atau tidak lagi bersemangat dan berkomitmen untuk melayani Tuhan sejurus sahaja mereka berkesempatan untuk berjauhan dari rumah. Apa yang sudah terjadi dengan 'produk' aktiviti-aktiviti pemuda-pemudi, kem-kem belia dan program pemuridan yang telah dijalankan semasa mereka masih di kampung? Adakah kita telah gagal? Mungkin masalah utama bukan pada masalah program kita tetapi kurangnya persiapan yang mencukupi sebelum mereka keluar dari ‘sarang terlindung’ keluarga mereka, rakan-rakan seiman dan persekutuan pemuda pemudi. Sebab itu generasi muda kita perlu dipersiapkan terlebih dahulu untuk mengenali segala kemungkinan dan cabaran yang mereka perlu hadapi apabila mereka masuk ke alam kolej atau pekerjaan. Dalam masa yang sama, mereka perlu tahu bahawa tidak mudah untuk bertumbuh dan bertahan terutama dengan keadaan persekitaran yang baru. Kita perlu menyediakan sesuatu untuk anak-anak muda ini tentang apa yang mereka perlu miliki, agar di manapun Tuhan menempatkan mereka, tidak kira di kolej mahupun di tempat kerja (terutama di Semenanjung), mereka tetap menjadi saksi dan duta kepada Tuhan Yesus kita. Mereka harus yakin bahawa Tuhan telah memanggil mereka sesuai dengan rancangan-Nya. Di saat ramai yang membaca horoskop harian untuk mencari bimbingan yang mudah-mudahan dapat menolong mereka untuk berhadapan dengan masalah yang membelenggu hidup mereka, orang Kristian mungkin akan mencari bimbingan itu di dalam Alkitab. Tidak sedikit yang berpendapat bahawa mengetahui rancangan Tuhan itu sukar dan membingungkan. Ada juga yang tidak pasti apakah Tuhan mempunyai rancangan untuk mereka atau tidak.

4

Page 8: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

O B O R B e l i a B u k u 1 6

5

Buku ini akan membantu para belia (terutamanya dari Sabah & Sarawak) mengetahui beberapa persiapan dalam menghadapi cabaran hidup di kolej, universiti atau alam pekerjaan. Ramai anak-anak muda Sabah & Sarawak yang datang ke Semenanjung untuk melanjutkan pelajaran atau bekerja. Mengenal Dia dan menjadi seperti-Nya ialah rancangan Tuhan yang paling utama dalam kehidupan mereka. Mereka akan mengetahui bahawa Tuhan mempunyai rancangan yang tertentu bagi setiap mereka tetapi mereka harus mempunyai sikap yang benar untuk mengetahuinya dengan jelas. Mereka juga akan dapat mempelajari banyak cara yang Tuhan akan pakai untuk membimbing mereka bagi mengetahui rancanganNya, khususnya tentang apa yang mereka kerjakan.

“Aku hendak mengajar dan menunjukkan kepadamu jalan yang harus kau tempuh; Aku hendak memberi nasihat, mata-Ku tertuju kepadamu.” (Mazmur 32:8)

Page 9: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Sesi 1

6

Masa Untuk Berdikari

Page 10: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Renungan Firman Tuhan

Kata-kata Mutiara

Aktiviti

Bersama

Kita perlu datang kepada Allah dan berdoa terus menerus jika kita mahu tahu rancangan Allah dalam kehidupan kita.

Membuat Perancangan

Dalam kumpulan 4 atau 5 orang, bincangkan:

Bayangkan anda kini berada di tahun akhir persekolahan anda. Senaraikan perkara yang anda perlu fikirkan dan mempertim-bangkan untuk tahun hadapan. Contohnya, mahu lanjutkan pelajaran ke tingkatan 6, masuk ke kolej, atau pergi bekerja? Di mana tempat tinggal, dari mana mendapatkan perbelanjaan untuk pendidikan, pekerjaan apa yang sesuai, dan sebagainya.

1. Doa merupakan satu elemen penting dalam kehidupan Kristus. Apa yang Yesus lakukan bila Dia ingin berdoa? (Markus 1:35)

2. Ke manakah dan apa yang Yesus lakukan bila Dia berdoa? (Lukas 9:18; 11:1)

3. Apa yang boleh Yesus katakan dengan penuh keyakinan tentang

doaNya? (Yohanes 8:27-29)

4. Apa tindakan Yesus setelah Dia berdoa dan mengetahui rancangan Allah? (Yohanes 5:19-20)

7

“Pada waktu itu pergilah Yesus ke bukit untuk berdoa, dan berdoa sehingga lewat malam kepada Allah.” (Lukas 6:12)

O B O R B e l i a B u k u 1 6

Ayat Mas Alkitab

Page 11: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Renungan Peribadi

5. Keputusan penting apakah yang harus Yesus ambil sehingga Dia harus berdoa dengan sungguh-sungguh? (Lukas 6:12)

6. Adakah Yesus mengetahui dengan pasti kehendak Bapa terutama

bila Dia harus memilih satu daripada dua keputusan? (Markus 1:38-39)

7. Menurut anda, adakah Yesus megetahui kehendak Allah untuk pen-

deritaan yang harus Dia lakukan? Kenapa Dia tetap bergumul dan meminta Allah Bapa mengubah rancangan-Nya? (Matius 26:36-46)

8. Baca Lukas 6 dan Matius 26. Bagaimana Yesus berdoa untuk mengetahui kehendak Allah dalam kehidupan-Nya?

9. Apa yang anda boleh simpulkan dari Lukas 22:39-44?

Fikirkan yang berikut: (a) Untuk yang masih lagi belajar: Adakah anda dapat mengetahui

arah tuju hidup anda setelah selesai tamat pelajaran di sekolah menengah?

(b) Untuk yang sudah bekerja: Adakah anda dapat mengetahui secara

pasti Tuhan telah memanggil anda untuk bekerja dan meninggalkan kampung halaman untuk bekerja di Bandar/Semenanjung?

(c) Adakah anda sudah mula mendoakan perkara ini?

8

Sesi 1: Masa Untuk Berdikari

Page 12: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Doa

O B O R B e l i a B u k u 1 6

(d) Adakah keluarga anda sudah menentukan perancangan untuk anda dan apa tindakan anda apabila mengetahui rancangan keluarga bertentangan dengan kehendak Tuhan?

Doakan satu sama lain dan ambil beberapa waktu untuk berdoa supaya mulai saat ini,anda akan mencari tujuan hidup anda yang sebenar dan menyerahkan segala persoalan dan pergu-mulan anda kepada Tuhan dengan doa yang berterusan.

9

Santapan Minda

“Dan aku berkata kepada orang yang berdiri di pintu gerbang: ‘Beri aku cahaya supaya aku dapat melangkah dengan selamat ke lembaran hidup baru yang tidak aku ketahui ..’ Dan dia menjawab: ‘Pergilah ke dalam kegelapan dan letakkan tangan mu ke dalam tangan Tuhan. Itu adalah lebih baik daripada cahaya untukmu, dan lebih aman daripada jalan yang anda kenali …’”

~ Minnie L. Haskins

Page 13: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

10

Sesi 2

Harus Berpendirian Tegas

Page 14: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Renungan Firman Tuhan

Aktiviti

Bersama

Kata-kata Mutiara

O B O R B e l i a B u k u 1 6

11

Di samping persiapan akademik bila kita melanjutkan pelajaran kita atau mulai masuk ke alam pekerjaan, Allah sebenarnya mempunyai rancangan lain yang indah buat kita. Dia memanggil kita untuk menjadi duta dan saksi kebaikan dan kebesaran-Nya melalui hidup kita. Kongsi Pengalaman….

Dari pengalaman anda sendiri, senaraikan secara terperinci apa yang membuat anda risau apabila memasuki kolej atau universiti; atau baru pertama kali ke bandar atau Semenanjung; atau pertama kali masuk ke alam pekerjaan? Apa yang anda lakukan dengan segala kerisauan anda ketika itu? Siapakah yang membantu anda?

Ketika Daniel dan teman-temannya dikeluarkan dari rumah-rumah mereka secara paksa dan dibawa ke Babel, mereka tidak pernah bermimpi bahawa mereka akan pergi untuk ‘melanjutkan pengajian’ di sana! Mereka belajar di dalam istana raja. Mari kita kaji apa pengalaman Daniel dan rakan-rakannya dan apa yang boleh kita

Ayat Mas Alkitab

“Sebab Allah memberikan kepada kita bukan roh ketakutan, melain-kan roh yang membangkitkan kekuatan, kasih dan ketertiban. Jadi janganlah malu bersaksi tentang Tuhan kita dan janganlah malu kerana Aku.” (2 Timotius 1:7-8a.)

Page 15: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

jadikan sebagai teladan. Baca Daniel 1:1-20 dan jawab soalan berikut: A. Penerimaan Masuk

1. Apakah kelayakan yang dicari oleh raja (ayat 3-4)?

2. Apakah yang akan mereka pelajari (ayat 4)?

3. Apakah jenis pekerjaan yang menunggu mereka apabila mereka tamat (ayat 5)?

B. Kehidupan ‘Kolej’

4. Pada pendapat anda mengapakah mereka diberikan nama baru (ayat 6-7)? Adakah ini akan memberi kesan negatif pada mereka?

5. Jika anda dipaksa untuk menukar nama Kristian anda, atau apa

sahaja yang menandakan anda sebagai seorang Kristian (rantai salib, Alkitab dsbnya) diambil daripada anda, bagaimana itu akan menjejaskan anda? Apa yang akan anda lakukan?

6. Apakah masalah yang dihadapi oleh Daniel dengan kehidupan baru

mereka di Babel (ayat 5, 8)? 7. Apa yang menjadi masalah dengan makanan baru mereka itu?

(Lihat Imamat 20:25; Ulangan 14:3).

8. Menurut anda apa yang membantu Daniel untuk membuat pilihan (ayat 11-13)? Apakah mudah untuk menjadi orang yang berbeza jika anda hanya seorang diri? Berikan alasan anda.

Sesi 2: Harus Berpendirian Tegas

12

Page 16: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Renungan Peribadi

Doa

O B O R B e l i a B u k u 1 6

13

9. Jelaskan bagaimana Daniel dan teman-temannya dapat meminta kebenaran untuk tidak mengikut cara hidup yang lain (ayat 11-14).

10. Jika itu terjadi kepada anda, bagaimana anda menghadapi ini?

11. Apakah hasil ketaatan Daniel dan teman-temannya terhadap Allah (ayat 9-17)?

12. Bagaimanakah prestasi mereka berempat di ‘peperiksaan akhir’

mereka (ayat 18-20)?

1. Apakah pelajaran yang anda dapat belajar dari ketaatan Daniel dan rakan-rakannya kepada Tuhan sepanjang pengajian anda di kolej atau bekerja di bandar/Semenanjung?

2. Adakah anda takut untuk membela apa yang anda percaya apa-bila anda berada di tempat kerja, sekolah atau kolej? Berikan alasan anda.

3. Jika demikian apa yang harus anda lakukan untuk mempersiapkan diri anda sebelum ke kolej/bandar/Semenanjung?

Berdoalah dengan pasangan anda tentang apa yang telah anda tuliskan di atas.

Santapan Minda

“Ingatlah bahawa kebimbangan anda akan dihapuskan ketika anda mengambil keputusan untuk setia kepada Allah. Dia akan membuat segalanya berjalan sesuai dengan rancangan dan kehendakNya.”

~ Goh Kim Guat

Page 17: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

14

Sesi 3

Anda Harus Mengakar

Page 18: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Kata-kata Mutiara

Aktiviti

Bersama

15

O B O R B e l i a B u k u 1 6

Kita perlu mencari gereja dan persekutuan dan menjadi ahli yang aktif supaya kehidupan rohani kita dapat bertumbuh dan berakar.

Pengalaman lalu 1. Buat satu senarai persatuan atau kelab yang anda telah menjadi

ahli dua hingga tiga tahun terakhir. Senarai harus merangkumi kelab, sukan, pasukan, persekutuan Kristian, dan lain-lain. Pastikan bahawa persekutuan atau kelompok sel ini juga dimasukkan.

2. Selepas itu, letakkan simbol bintang (*) di samping persatuan atau kelab yang anda rasakan kemesraan dan menjadi sebahagian daripadanya. Dan tandakan symbol salib () untuk persatuan atau kumpulan yang anda tidak mempunyai rasa kepemilikan bersama.

3. Kongsikan kenapa anda merasa sangat serasi dengan persatuan atau kelab tersebut dan kenapa sebaliknya bagi yang lain.

Ayat Mas Alkitab

“Dan marilah kita saling memperhatikan supaya kita saling mendorong dalam kasih dan dalam pekerjaan baik. Janganlah kita menjauhkan diri dari pertemuan-pertemuan ibadah kita, seperti dibiasakan oleh beberapa orang, tetapi marilah kita saling menasihati, dan semakin giat melakukannya menjelang Hari Tuhan yang mendekat.”

(Ibrani 10:24-25)

Persatuan atau kelab

Page 19: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Renungan Peribadi

Renungan Firman Tuhan

Sesi 3: Anda Harus Mengakar

16

1. Apa yang biasanya dilakukan oleh orang Kristian di gereja awal?

(Kisah Rasul-Rasul 2:42-47) 2. Di manakah Paulus pergi setiap kali dia tiba di suatu tempat yang

baru? (Kisah 17:1-4) 3. Apa aktiviti yang sering mereka lakukan bila mereka berkumpul?

(Kisah 2:46) 4. Berapa kerapkah orang Kristian di gereja awal bertemu? (Kisah

17:2, 18:4) 5. Apakah nasihat penulis buku Ibrani tentang kebiasaan untuk

berkumpul? (Ibrani 10:24-25) 6. Apakah tiga tujuan orang Kristian gereja awal bersekutu? (Kisah

2:42, 46-47) a. b. c.

1. Fikirkan dan senaraikan nama-nama rakan-rakan anda atau kenalan anda yang sudah melanjutkan pengajian di kolej/universiti atau bekerja di tempat lain dalam beberapa tahun terakhir ini. Mereka mungkin adalah dari persekutuan muda-mudi yang sama

Page 20: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Doa

Doa

O B O R B e l i a B u k u 1 6

17

atau dari gereja yang lain.

2. Sekarang tandakan manakah di antara mereka yang masih aktif atau setia kepada iman mereka, melayani.

3. Kenapa mereka masih kuat dalam iman dan yang lain tidak? Adakah dengan tidak menghadiri persekutuan atau gereja merupa-kan salah satu alasan kenapa mereka jatuh?

Ambil masa untuk mendoakan orang-orang yang telah disebut-kan di atas. Berterima kasih kepada Allah untuk mereka yang masih setia dan bertumbuh dalam iman sebagai orang Kristian. Berdoa bagi mereka yang imannya sudah lemah supaya mereka mempunyai kekuatan dan kerinduan untuk kembali kepada Tuhan. Berdoalah agar Tuhan akan membawa mereka kepada gereja yang baik atau persekutuan yang boleh membangun iman mereka.

Santapan Minda

“Demikianlah TUHAN adalah tempat perlindungan bagi orang yang terinjak, tempat perlindungan pada waktu kesesakan. Orang yang mengenal nama-Mu percaya kepada-Mu, sebab tidak Kautinggalkan orang yang mencari Engkau, ya TUHAN.”

~ Raja Daud (Mazmur 9:10-11)

Nama Teman: Aktif? Kenapa?

Page 21: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

18

Sesi 4

Anda Harus Siap

Page 22: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Aktiviti

Bersama

19

O B O R B e l i a B u k u 1 6

Kita tidak perlu merasa malu akan Injil (Berita Baik) tetapi kita harus siap untuk menjawab dengan penuh kepekaan dan hormat apabila orang bertanya tentang iman kita.

Apa Pendapat Anda? Apabila anda memasuki alam kolej atau bekerja, adalah sangat penting anda tahu apa yang anda percaya dan apa kehendak Allah dalam hidupmu. Jika tidak, kemungkinan kamu akan lupa tanggung-jawab anda sebagai seorang duta/saksi untuk Tuhan melalui kehidupan dan tindakan anda. Yang parah adalah anda mulai hidup sama seperti orang-orang yang tidak mengenal Tuhan. Pertimbangkan setiap pernyataan berikut:

Jika anda sangat percaya, tandakan (*).

Jika anda tidak percaya, tandakan (X).

Jika anda menerima kenyataan ini, tetapi anda belum mem-biarkan kehidupan anda dipengaruhi olehnya, tandakan(?).

Jika anda merasakan kenyataan ini tidak ada kena mengena dengan kehidupan anda, tandakan (0).

Jawablah dengan jujur!!!

Kata-kata Mutiara

Ayat Mas Alkitab

“Tetapi kuduskanlah Kristus di dalam hatimu sebagai Tuhan! Dan siap sedialah pada segala waktu untuk memberi pertanggungan jawab kepada tiap-tiap orang yang meminta pertanggungan jawab dari kamu tentang pengharapan yang ada padamu, tetapi haruslah dengan lemah lembut dan hormat, dan dengan hati nurani yang murni, supaya mereka, yang memfitnah kamu karena hidupmu yang saleh dalam Kristus, menjadi malu karena fitnahan mereka itu.”

(1 Petrus 3:15-16)

Page 23: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Sesi 4: Anda Harus Siap

20

1. Yesus adalah Tuhan.

2. Semua agama mengajar Tuhan yang sama.

3. Yesus adalah satu-satunya jalan kepada Allah dan kehidupan yang kekal.

4. Yesus mati di kayu salib untuk setiap orang.

5. Seharusnya saya berkongsi tentang Yesus di mana saja saya berada.

6. Hanya mereka yang menerima Yesus yang menjadi anak-anak Tuhan.

7. Saya perlu melakukan perbuatan baik dan hidup kudus supaya saya boleh ke syurga.

8. Selagi saya percaya kepada Yesus, saya bebas melakukan apapun yang saya mahu dalam hidup saya.

9. Semuanya berjalan dengan baik selagi saya pergi ke gereja setiap Ahad dan berjumpa dengan orang Kristian yang lain.

10. Alkitab adalah Firman Allah dan seharusnya menjadi standard untuk kehidupan kita.

11. Roh Kudus adalah kurang penting dari Allah Bapa kerana Dia hanyalah Roh Allah.

12. Bukan kehendak Allah untuk sesiapa sahaja mati tanpa diselamatkan.

13. Bukan tanggungjawab saya untuk membuat orang bertaubat; Saya hanya dipanggil menjadi saksi kepada apa yang Allah telah lakukan melalui Yesus Kristus.

14. Pada tahap kehidupan saya saat ini, adalah sangat penting bagi saya untuk memastikan saya mempunyai kerjaya yang baik supaya kewangaan saya stabil di masa hadapan. Kerana bukankah Allah hanya menolong mereka yang membantu diri mereka sendiri?

15. Saya bebas melakukan apa saja yang saya mahu kerana Tuhan sentiasa mengampuni saya setiap kali saya melakukan kesalahan.

Page 24: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

O B O R B e l i a B u k u

21

1. Apakah yang membuat Paulus sedih ketika berada di Athens (Kisah Rasul-Rasul 17:16)?

2. Apakah respon Paulus? (Kisah 17:17)? 3. Bagaimana reaksi ahli falsafah yang berpengetahuan terhadap

Paulus (Kisah 17:18-20)? 4. Apabila Paulus menjelaskan latar belakangnya, adakah Paulus

menimbulkan kemarahan pendengarnya (Kisah 17:22-23)? 5. Senaraikan lima perkara yang Paulus nyatakan tentang Allah keti-

ka dia memperkenalkan iman Kristiannya (ayat 24-31). a. b. c. d. e.

6. Menurut Paulus, apakah bukti yang Tuhan berikan untuk menunjuk-

kan bahawa semua ini adalah benar (Kisah 17:31)? 7. Bagaimanakah reaksi orang ramai terhadap Paulus (Kisah Para

Rasul 17: 32-34)?

Renungan Firman Tuhan

Page 25: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Santapan Minda

“Injil bukanlah sesuatu yang kita datang ke gereja untuk mendengar; tetapi ia adalah sesuatu yang kita pergi (keluar) dari gereja untuk memberitahu.”

~ Vance Havner

8. Apa yang anda dapat pelajari daripada contoh kehidupan Paulus, terutama tentang apa yang dapat anda responkan apabila anda berada dalam situasi di mana iman anda dipersoalkan dan dicabar? ( Kolose 2:8 dan 1 Petrus 3:15-16)

9. Apa kata Paulus tentang sikap kita terhadap Injil? (Roma 1:16) 10. Apa yang dikatakan oleh Petrus tentang cara kita berkongsi?

(1 Petrus 3:15-16)

Dalam kumpulan 3 atau 4 orang, cuba hasilkan risalah untuk anak muda Kristian sebagai persiapan memasuki pusat pengajian tinggi atau kolej. Risalah itu adalah tentang apa yang telah anda pelajari dalam 4 minggu ini, terutama dalam mempersiapkan diri secara mental dan sikap sebelum melangkah masuk ke alam kolej dan pekerjaan.

Renungan Peribadi

Sesi 4: Anda Harus Siap

22

Page 26: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Doa

Berdoa kepada Tuhan dan buatlah komitmen untuk menem-patkan Kristus sebagai Tuhan dalam kehidupan anda. Berdoa agar anda juga berkomitmen untuk berkongsi kepercayaan anda di mana sahaja anda berada.

O B O R B e l i a B u k u 1 6

23

Page 27: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

24

Sesi 5

Dalam Rancangan Tuhan

Page 28: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Aktiviti

Bersama

Kata-kata Mutiara

25

O B O R B e l i a B u k u 1 6

Walaupun Tuhan mempunyai rancangan yang tersendiri bagi setiap anak-Nya, kehendak-Nya untuk setiap manusia ialah bagi kita untuk menjadi seperti anak-Nya Yesus Kristus, dengan hidup secara kudus dan tidak bercela di hadapan-Nya.

Kehendak Tuhan?

Apa yang anda mengerti tentang kehendak Tuhan dan bagimanakah ia bekerja? Baca pernyataan di bawah ini dan bulatkan jawapan anda.

Ayat Mas Alkitab

“Terpujilah Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus yang dalam Kristus telah mengaruniakan kepada kita segala berkat rohani di dalam syurga. Sebab di dalam Dia Allah telah memilih kita sebelum dunia dijadikan, supaya kita kudus dan tak bercacat di hadapan-Nya.” (Efesus 1:3-4)

1 Adakah anda merasakan bahawa Allah mempunyai rancangan bagi setiap manusia?

Ya Tidak

2 Jika anda membuat kesilapan besar ataupun pilihan yang salah, adakah anda berada di luar kehendak Tuhan untuk selama-lamnya?

Ya Tidak

3 Adakah anda perlu mencari kehendak Tuhan ketika memilih kerjaya anda?

Ya Tidak

4 Perlukah anda mencari kehendak Tuhan ketika memilih pakaian untuk dibeli?

Ya Tidak

5 Adakah setiap perincian di dalam hidup anda ditentukan oleh Tuhan? Dari apa yang anda makan kepada apa yang anda pakai?

Ya Tidak

6 Adakah Tuhan telah menentukan siapa pasangan hidup anda di masa hadapan?

Ya Tidak

7 Adakah ianya betul bagi anda untuk bertindak dan membuat pilihan bagi kehidupan anda asalkan ia tidak bertentangan dengan perintah Tuhan?

Ya Tidak

8 Bolehkah anda mencari kehendak Tuhan bagi hidup anda di dalam Alkitab?

Ya Tidak

9 Adakah Tuhan mempunyai rancangan yang tertentu bagi anda setiap hari?

Ya Tidak

10 Adakah kehendak Tuhan bermaksud anda tidak mempunyai hak untuk membuat pilihan?

Ya Tidak

Page 29: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Sesi 5: Dalam Rancangan Tuhan

Mengetahui Kehendak Tuhan

Bahagian 1- Rancangan Menyeluruh Allah Adakah kehendak Tuhan sukar untuk diketahui? Apakah yang Tuhan telah sediakan untuk kita? 1. Baca Efesus 1:3-4. Apakah kehendak Tuhan bagi kita sebelum Dia

menciptakan dunia ini? 2. Baca 1 Tesalonika 4:1-8. Menurut Paulus, apakah kehendak Tuhan

bagi kita semua? (ayat 3,7) 3. Mengapakah kita dipanggil untuk hidup sedemikian? (ayat 1)

4. Apa kata Paulus tentang ini di Roma 8:29?

5. Baca Kolose 1:9-12. Apakah yang didoakan Paulus bagi jemaat di

Kolose? (ayat 9)

6. Mengapakah Paulus berdoa sedemikian? (ayat 10-12)? Bahagian 2- Rancangan Spesifik Tuhan

Adakah Tuhan mempunyai rancangan yang spesifik bagi setiap kita? Atau adakah ia sudah cukup bagi kita untuk mempunyai hidup yang kudus tetapi kita membuat keputusan kita sendiri berkenaan jalan hidup kita?

Mari kita kaji kehidupan beberapa orang di dalam Alkitab.

26

Renungan Firman Tuhan

Page 30: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

O B O R B e l i a B u k u 1 6

27

Petikan Alkitab

Nama Adakah Allah

mempunyai rancangan

yang spesifik?

Rancangan Tuhan

Sejauh manakah Tuhan

menyatakan rancangan-Nya?

Kejadian 12:1-5

Keluaran 3:1-14

Ulangan 31:14-15,

23

Hakim-Hakim

6:11-16

Yeremia 1:4-8

Markus 1:16-18

Kisah Para Rasul

9:1-16

Page 31: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Sesi 5: Dalam Rancangan Tuhan

28

Hidup di dalam-Nya Jika seseorang bertanya kepada anda apakah rancangan Tuhan bagi hidup anda, apakah jawapan anda?

Apakah bahagian di dalam kehidupan anda yang anda sedar tidak menyenangkan Tuhan.

Bagaimanakah anda boleh bertumbuh di dalam kekudusan bagi bahagian-bahagian tersebut?

Renungan Peribadi

Santapan Minda

“Percaya pada diri sendiri dan anda ditakdirkan untuk kecewa.... tapi jika anda percaya pada TUHAN, anda tidak akan bingung tentang masa atau keabadian. Berilah hidup anda kepada Tuhan; Dia dapat berbuat lebih banyak daripada yang anda boleh lakukan!”

~Dwight L. Moody

Page 32: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Doa

O B O R B e l i a B u k u 1 6

29

Berdoalah agar anda akan mempelajari bagaimana harus mentaati Allah dengan hidup di dalam kekudusan, tanpa cela dan berkenaan kepada-Nya. Berdoalah juga agar Dia akan memberikan anda roh kebijaksanaan dan pengetahuan setiap hari supaya anda akan bertumbuh menjadi seperti Kristus dan berbuah bagi-Nya di dalam hidup anda.

Page 33: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

30

Sesi 6

Pemandu, Bukan Peta

Page 34: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Kata-kata Mutiara

Renungan Firman Tuhan

Aktiviti

Bersama

31

O B O R B e l i a B u k u 1 6

Kunci bagi mengetahui kehendak Tuhan bukanlah dengan mengikuti satu set formula tetapi dengan bertumbuh di dalam mengenali Tuhan yang memimpin kita, dan mengikuti suara-Nya yang menuntun kita.

Cara Tuhan Membimbing

Dalam kumpulan 3 atau 4 orang, bincangkan:

1. Bagaimana Tuhan membimbing umat-Nya? 2. Pengalaman anda bagaimana Tuhan memmimpin anda.

1. Tuhan memimpin kita sama seperti seorang gembala dan kawanan dombanya. Baca Yohanes 10:1-5. Kenapa Yesus menyamakan dirinya sama dengan seorang gembala?

Ayat Mas Alkitab

“Tetapi siapa yang masuk melalui pintu, ia adalah gembala domba. Untuk dia penjaga membuka pintu dan domba-domba mendengarkan suaranya dan ia memanggil domba-dombanya masing-masing menurut namanya dan menuntunnya ke luar. Jika semua dombanya telah diba-wanya ke luar, ia berjalan di depan mereka dan domba-domba itu mengikuti dia, karena mereka mengenal suaranya.” (Yohanes 10:2-4)

Page 35: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Sesi 6: Pemandu, Bukan Peta

32

2. Jika kita adalah domba-Nya, bagaimana cara Tuhan (Gembala) berkomunikasi dengan kita?

3. Apa yang harus ada pada seekor domba untuk mengenal

gembalanya? 4. Apa yang dilakukan oleh gembala jika ada dombanya yang

tersesat atau terpisah daripada kawanan domba yang lain? 5. Baca Mazmur 119:9,11. Apa yang harus kita lakukan supaya tidak

menyimpang daripada pimpinan Tuhan? 6. Tuhan juga membimbing kita melalui doa. Kenapa Yeremia mem-

beri amaran tentang perasaan dan kehendak hati kita? (Yeremia 17:9)

7. Bagaimana kita boleh memastikan bukan perasaan dan hati kita

yang mengatasi kehendak Allah? 8. Menurut anda, bagaimana kita boleh mengenal suara Tuhan?

Page 36: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Renungan Peribadi

Doa

33

O B O R B e l i a B u k u 1 6

1. Fikirkan dua aspek di dalam kehidupan anda di mana anda masih mencari kehendak Tuhan.

2. Melalui cara apakah anda telah mencari kehendak Tuhan bagi

anda? 3. Mengapakah anda masih tidak mempunyai kepastian?

Dalam kumpulan 3 atau 4 orang, kongsikan pandangan serta masalah yang anda hadapi di antara satu sama lain. Adakah anda mampu memberikan nasihat kepada satu sama lain berdasarkan apa yang telah anda dengar?

Serahkan kehidupan anda ke tangan Tuhan. Berdoalah agar anda akan terus bertumbuh di dalam hubungan anda dengan Tuhan dan anda akan mengenali suara-Nya ketika Dia berbicara kepada anda.

Santapan Minda

“Kehendak Allah tidak akan pernah memimpin anda di mana

Rahmat Allah tidak dapat melindungi anda.”

Page 37: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

34

Sesi 7

Menginginkan Kehendak Tuhan

Page 38: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Kata-kata Mutiara

Renungan Firman Tuhan

Aktiviti

Bersama

O B O R B e l i a B u k u 1 6

35

Jika kita ingin mengetahui kehendak Allah, kita harus mempunyai hati yang menginginkan kehendak-Nya dan percaya bahawa ia adalah yang terbaik untuk kita. Sikap & Kehendak Tuhan

Dalam kumpulan 4 atau 5 orang, bincangkan yang berikut:

Baca petikan ayat yang berikut dan tuliskan apa sikap yang ada pada Daniel ketika dia memilih untuk melakukan kehendak Tuhan?

Ayat Mas Alkitab

“Aku suka melakukan kehendak-Mu, ya Allahku; Taurat-Mu ada dalam dadaku.” (Mazmur 40:8)

Sikap yang bagaimanakah diperlukan jika anda ingin melakukan kehendak Tuhan?

Page 39: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Sesi 7: Menginginkan Kehendak Tuhan

36

Mengimbas Hati

Mencari pimpinan Tuhan dan kehendakNya tidak selalunya berkaitan dengan membuat keputusan yang besar dalam kehidupan kita. Ia ada-lah satu proses hari demi hari di mana seseorang belajar dan berjalan bersama dengan-Nya sebagai anak-Nya. Keperluan Anda

Tuliskan satu hal di mana anda telah lama berdoa dan menginginkan Tuhan menyatakan kehendak-Nya tetapi masih belum ada jawapan sehingga kini

Petikan Alkitab Sikap Daniel

Daniel 1:1-21

Daniel 4:18-37

Daniel 6:1-28

Renungan Peribadi

Page 40: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

O B O R B e l i a B u k u 1 6

37

Senarai Semakan Gunakan senarai semakan berikut untuk membantu anda mengetahui sebab-sebab yang menghalang anda daripada mengetahui kehendak Tuhan.

Sikap hati Soalan Ya/

Tidak Sebab

Berkongsi Hati Allah

Jika Alkitab ada berkata sesuatu mengenainya, adakah anda sanggup untuk mematuhinya?

Mengingin-kan Kehendak Allah

Adakah anda ingin untuk melakukan apa yang Tuhan inginkan tanpa mengira apa yang akan menimpa anda?

Memper-cayai Allah

Adakah anda percaya bahawa Tuhan merancang-kan yang terbaik bagi anda?

Adakah anda percaya bahawa rancangan Tuhan bagi anda tidak akan membuatkan anda tidak gembira dan tidak puas?

Adakah anda percaya yang Tuhan akan menarik anda daripada jalan yang salah dan memastikan anda berada di jalan yang sepatutnya?

Adakah anda percaya Tuhan akan menyatakan dengan jelas kehendakNya bagi anda?

Page 41: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Doa

38

Sesi 7: Menginginkan Kehendak Tuhan

Kesimpulan Anda Bedasarkan jawapan anda, apakah halangan yang merintangi anda daripada menjadi terbuka dengan mengetahui kehendak Tuhan bagi masalah anda?

Apakah yang akan anda perbuat mengenai apa yang telah anda ketahui?

Serahkan kehidupan anda ke dalam tangan Tuhan yang Maha Penyayang dan berdoalah agar anda akan terus bertumbuh untuk mencari kehendak Allah di dalam hidup anda.

Santapan Minda “Kehendak Tuhan adalah dalam Firman Tuhan” ~ Ron Tottingham

Page 42: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

O B O R B e l i a B u k u 1 6

39

Page 43: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

40

Sesi 8

Mencari Panggilan Anda

Page 44: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Aktiviti

Bersama

Kata-kata Mutiara

O B O R B e l i a B u k u 1 6

41

Kita harus melihat pekerjaan kita sebagai satu panggilan, khusus daripada Tuhan dan bukan sebagai kerjaya dan kemestian semata-mata.

Melukis Garisan?

Bahagian 1

Sebelum kita berfikir untuk meminta Tuhan menyatakan kehendak-Nya dari segi panggilan pekerjaan kita, kita harus mengkaji bagaimana Tuhan melihat perkara yang kita lakukan di dalam hidup seharian kita. Berikan nilai bagi aktiviti berikut. Berikan tanda bagi setiap ruangan berikut sejajar dengan aktiviti yang tersenarai.

Ayat Mas Alkitab

“Firman TUHAN datang kepadaku, bunyinya: "Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, Aku telah mengenal engkau, dan sebelum engkau keluar dari kandungan, Aku telah menguduskan engkau, Aku telah menetapkan engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa”.

(Yeremia1:4-5)

Aktiviti Rohani Duniawi Neutral

Bermain alat muzik

Menghadiri perjumpaan doa

Menonton TV

‘Chatting’ dan melayari Internet

Membaca Alkitab

Pergi ke gereja

Lepak

Mendengar muzik

Menolong kerja-kerja di rumah

Mendermakan duit kepada yang miskin

Page 45: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

42

Sesi 8: Mencari Panggilan Anda

Bahagian 2

Bagimana pula dengan beberapa jenis pekerjaan? Adakah sesetengah pekerjaan lebih rohani daripada yang lain? Ataupun adakah Tuhan lebih menyenangi pekerjaan sedemikian? Bulatkan pekerjaan yang anda rasakan lebih rohani ataupun yang lebih disenangi Tuhan. Pastor Gymnastik Doktor Setiausaha Penginjil Tukang masak Suri rumah Pemain piano Guru Kerani gereja Pekerja muda mudi Ahli niaga Peguam Professor Sekolah Alkitab Penjenayah Polis Juruwang Tukang sapu Lain-lain _____________ ________________ _________________

1. Baca petikan Alkitab di bawah ini dan tuliskan bagaimana orang-orang tersebut mengetahui panggilam Tuhan bagi diri mereka:

Harun (Keluaran 4:13-17,27-31)

Saul (1 Samuel 9:15-17)

Hosea (Hosea 1:1-3)

Amos (Amos 7:14-15)

Lewi (Lukas 5:27-28)

Maria (Lukas1:26-38)

Renungan Firman Tuhan

Page 46: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Renungan Peribadi

Doa

O B O R B e l i a B u k u 1 6

43

2. Baca petikan Alkitab di bawah dan lihat kehidupan Musa dan Paulus. Kaji latar belakang, sifat dan kemampuan yang mereka miliki. Kemudian lihat bagaimana Tuhan menggunakan semua ini dalam panggilan dan pekerjaan mereka:

Kisah Rasul-Rasul 7:20-29, 35-36 Keluaran 12:37-38 Kisah Rasul-Rasul 22:1-5, 17:1-4

Dalam kumpulan 4 atau 5 orang, bincangkan dan tulis jawapan anda untuk soalan-soalan berikut:

1. Apakah perkara yang menarik perhatian anda? 2. Apakah perkara yang dapat anda lakukan dengan

cemerlang? 3. Jika anda akan menerima surat daripada Tuhan berkenaan

panggilan anda, apakah yang anda ingin tertulis di atasnya?

Serahkan semua sifat keperibadian, minat, dan kebolehan anda kepada Tuhan dan berdoalah agar Allah menunjukkan kepada anda panggilan yang telah Dia sediakan bagimu.

Musa

Paulus

Santapan Minda

“Allah tidak memanggil orang-orang yang berkelayakan. Dia memanggil orang yang sanggup dan bersedia, kemudian Dia melayakkan mereka.” ~ Richard Parker

Page 47: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

44

Panduan Pembimbing

Page 48: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Renungan Firman Tuhan

Objektif-Objektif Sesi

Pencetus Minat

1. Menyelidiki kecenderungan yang mereka miliki berdasarkan

kepada rancangan masa hadapan. 2. Mengetahui bahawa mereka harus datang kepada Allah dan

terus setia berdoa dengan sungguh-sungguh jika mahu tahu kehendak-Nya dalam kehidupan mereka.

3. Merenungkan adakah mereka sudah menyatakan kepada Allah melalui doa tentang masa hadapan yang mereka mahukan.

Masa hadapan Aktiviti ini bertujuan mengajak para peserta berfikir bagaimana kehidupan yang mereka inginkan apabila memasuki tahap kehidupan seterusnya. 1. Bahagikan mereka dalam kumpulan. Setiap kumpulan ada 3 atau 4

orang.

2. Minta mereka membincangkan petikan berikut:

“jika anda berpeluang untuk berada di masa hadapan dan berjumpa dengan perbadi anda pada umur tiga puluh tahun, bagaimanakah perbadi yang inginkan pada ketika itu?

3. Minta mereka membayangkan bagaimana kehidupan mereka pada ketika itu dan berdasarkan apa yang mereka sudah lakukan dan belum lakukan. Minta mereka kongsikan dalam kumpulan.

4. Kemudian minta wakil dari setiap kumpulan untuk mengulung apa yang sudah dikongsikan dalam kumpulan.

A. Pengenalan

1. Bukan mudah untuk membayangkan apa yang anda suka atau apa yang anda lakukan dalam kehidupan anda pada peringkat kehidupan seterusnya bukan? (Biarkan mereka respon)

2. (Rujuk pada beberapa perkara yang sudah dikongsikan).

3. Apakah yang anda sudah capai hanya mimpi sahaja atau mimpi

Sesi 1: Masa Untuk Berdikari

O B O R B e l i a B u k u 1 6

45

Page 49: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

46

yang anda mahu nyatakan dalam kehidupan anda? (Biarkan mereka respon)

4. Kita semua berada pada tahap kehidupan di mana kita harus mulai memikirkan dengn lebih serius tentang kehidupan kita. Yang akan tamat persekolahan akan mulai memikirkan adakah dia mau melanjutkan pelajaran ke kolej, atau mahu memasuki alam pekerjaan?

5. Mungkin banyak di antara anda yang sudah mulai memikirkan atau mulai bimbang tentang perkara ini, bukan?

6. Apakah perkara yang membuatkan anda merasa risau tentang masa hadapan anda?

(Minta mereka kembali ke dalam kumpulan yang sama untuk bincang dan berkongsi perkara ini antara satu dengan lain. Kemudian minta beberapa orang untuk mengongsikan perkara ini.)

7. Sudah pastinya banyak perkara yang membuatkan anda risau. (Rujuk pada apa yang sudah dikongsikan oleh mereka)

8. Satu hal yang menjadi pergumulan adalah apa yang akan anda lakukan? Jika anda mahu ke kolej atau bekerja, jurusan apakah yang anda mahu ambil, di manakah tempat untuk mempelajari ini? Kalau mahu bekerja, apa pekerjaan yang tersedia untuk anda? Adakah peluang hanya ada di Semenanjung?

9. Perkara lain ialah apakah yang akan terjadi apabila anda mening-galkan rumah/kampung halaman? Bagaimana anda memulakan kehidupan anda di tempat yang baru dan anda hanya bersendirian?

10. Dalam buku ini, kita akan membincangkan perkara-perkara ini terutamanya yang berkaitan dengan meninggalkan rumah/kampung untuk ke kolej atau bekerja di tempat lain. Adalah sangat penting bagi anda untuk melihat semua proses dalam kehidupan anda walaupun anda belum lagi sampai ke tahap tersebut.

11. Dalam sesi ini, kita akan berbincang tentang pergumulan pertama bagaimana untuk memulakan proses ini.

B. Langkah Selanjutnya

1. Adalah menjadi perkara yang biasa bila anda mempertimbangkan apa yang hendak anda lakukan apabila tamat persekolahan. Mungkin ada di antara anda yang sangat risau sehingga sudah tumbuh rambut putih kerana memikirkan perkara ini (Rujuk pada beberapa perkara yang mereka sudah kongsikan)

2. Mungkin ada di antara anda yang sangat beruntung kerana anda

Panduan Pembimbing: Sesi 1

Page 50: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

O B O R B e l i a B u k u 1 6

47

sudah tahu tujuan hidup anda tetapi kebanyakan daripada anda masih lagi bingung apa yang harus dilakukan selepas ini.

3. Anda tidak tahu apa yang anda suka, anda tidak tahu apa yang anda mahu lakukan. Ringkasnya, anda sangat bingung tentang perkara yang anda akan lakukan pada tahap kehidupan anda yang selanjutnya.

4. Sesetengah daripada anda mempunyai ibu bapa yang sudah menyediakan rancangan untuk anda. Mereka tahu apa yang mereka mahu lakukan untuk anda walaupun anda tidak suka.

5. Dengan semua pilihan yang tersedia (rujuk kepada apa yang tersedia untuk mereka - kolej, tingkatan 6 atau pra kolej, bekerja dan sebagainya), anda perlu tahu apa yang terbaik bagi anda.

6. Apa yang harus anda lakukan untuk memilih apa yang terbaik bagi anda? Apa yang Alkitab boleh ajarkan kepada kita apabila kita bergumul untuk membuat dan memilih keputusan yang terbaik untuk diri kita?

C. Pandanglah Kepada Yesus

1. Yesus Berdoa

a. Doa merupakan perkara yang sangat penting bagi Tuhan Yesus dan dalam kehidupan harian-Nya. Kita sering menemui di dalam firman Tuhan tentang Yesus mengasingkan diri untuk berdoa secara bersendirian. (Markus 1:35; Lukas 9:18; 11:1).

b. Oleh kerana itu, Yesus dapat berkata bahawa DIa selalu menga-takan apa yang dikatakan oleh Bapa-Nya (Yohanes 8:27-29) dan Yesus melakukan apa yang dilakukan oleh Allah Bapa (Yohanes 5:19-20).

c. Tidak ada perkara yang sangat kecil ataupun sangat besar yang tidak boleh kita nyatakan kepada Tuhan dalam doa. Jika anda belajar mencari Tuhan atas apa yang harus anda lakukan, Dia pasti akan menunjukkan kepada anda sama seperti yang Dia nyatakan kepada Yesus.

d. Ketika Yesus ingin mengetahui siapakah bakal 12 orang yang akan menjadi pengikut-Nya, Yesus menghabiskan sepanjang malam untuk berdoa (Lukas 6:12). Dan bila pagi menyinsing, Dia sudah menge-tahui dengan pasti siapakah murid yang harus dipilih.

e. Hal yang sama ketika Yesus hendak memutuskan samada untuk terus tinggal di Kapernaum atau bergerak ke kampung yang lain. (Markus 1:35). Setelah selasai berdoa, Dia mengetahui dengan pasti apa kehendak Allah. Jadi Yesus dapat memberitahu pengikut-pengikut-Nya untuk pergi ke kampung yang lain untuk menyampaikan

Page 51: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Panduan Pembimbing: Sesi 1

48

kebenaran firman Tuhan. (Markus 1:38-39). f. Yesus menyedari terdapat orang-orang yang perlu dilayani-Nya di

Kapernaum juga. Dia perlu tahu apakah rancangan Allah untuk Dia. Dan satu-satunya cara adalah Yesus datang kepada Bapa dalam doa.

g. Kadang-kadang kita mungkin mengetahui rancangan Tuhan, namun kita masih ingin mengatakan perkara itu dengan Tuhan. Seperti juga Yesus ketika di Taman Getsemani (Matius 26:36-46). Yesus memohon jika boleh, agar Allah mengubah rancangan-Nya. Namun Allah menunjukkan dengan jelas bahawa itu tidak akan terjadi.

h. Jika anda sungguh-sungguh ingin mengikuti Yesus dan mahu hidup sesuai dengan rancangan Tuhan, maka anda harus datang kepada Tuhan dalam doa.

i. Ini adalah satu-satunya cara anda dapat mengetahui rancangan dan kehendak Tuhan dalam kehidupan anda. Yesus sendiri harus berdoa untuk mengetahui rancangan Allah dalam hidup-Nya.

j. Jadi anda harus mula berdoa kepada Tuhan dari sekarang, walau-pun anda belum merancang apa-apa.

k. Kedua, janganlah datang kepada Tuhan dengan sekadar doa-doa pemohonan yang tidak sepenuh hati atau tidak sungguh-sungguh, atau mengungkapkan beberapa patah perkataan sahaja dalam doa dan terus berharap supaya Tuhan mendengar dan terus menjawab.

l. Ini merupakan satu keputusan yang sangat penting dalam kehidupan anda. Anda perlu datang kepada Tuhan untuk menyatakan permohonan anda.

m. (Suruh mereka merujuk Lukas 6 dan Matius 26 untuk mengetahui bagaimana Yesus berdoa untuk mengetahui kehendak Bapa dalam hidup-Nya. Juga suruh mereka merujuk kepada Lukas 22:39-44).

n. Bagaimana Yesus berdoa ketika Dia ingin mengetahui siapakah yang bakal menjadi murid-Nya? (Biarkan mereka mmberi respon).

o. Itu merupakan satu keputusan yang sangat besar dan Dia perlu mengetahui secara pasti siapakah yang benar-benar berkenaan pada Bapa. Dia berdoa dengan penuh kesungguhan dan tekun. Dia sebenarnya berdoa sepanjang malam.

p. Bagaimana saat Dia dihadapkan dengan salib? (Biarkan mereka mmberi respon).

q. Tiga kali Dia bergumul dengan Allah. Dia sangat terseksa dengan keputusan Bapa. Dia berdoa bersungguh-sungguh, sehingga Lukas mengatakan bahawa peluh yang mengalir dari-Nya seperti titisan darah.

r. Adakah anda pernah berdoa dengan sungguh-sungguh seperti itu untuk mengetahui apakah tujuan Tuhan bagi diri anda? (Biarkan

Page 52: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

49

O B O R B e l i a B u k u 1 6

mereka memberi respon). s. Sering kali kita tidak bersungguh-sungguh dan bersemangat ketika

datang kepada Tuhan. Namun kita berharap agar Tuhan terus menjawab kita, seperti kita menganggap Dia adalah mesin penjawab doa.

t. Dan kadang-kadang kita datang kepada-Nya dengan sikap yang tidak sungguh-sungguh mengharapkan Dia akan menjawab kita.

u. Mulailah dari sekarang untuk mencari Tuhan dengan sungguh-sungguh dan bertekun dalam doa bagi masa hadapan anda. Dan memohon agar Tuhan memberi petunjuk yang jelas apakah bidang yang anda perlu pelajari, apa pekerjaan yang Dia telah sediakan dan di mana anda akan ditempatkan.

v. Dia adalah Bapa Syurgawi anda yang telah menyediakan rancangan yang terbaik bagi masa hadapan anda. Tidakkah anda mengetahui bahawa Dia akan menyatakannya kepada anda, jika anda benar-benar ingin mengetahuinya daripada-Nya?

2. Yesus Melakukan a. Kadang-kadang kita tidak begitu pasti apakah kehendak kita itu

sama seperti yang Tuhan kehendaki. b. Jika anda telah sungguh-sungguh mencari Tuhan dan anda masih

tidak yakin bahawa Tuhan sudah menunjukkan anda, dan anda masih perlu membuat keputusan tertentu, maka teruskan dan lakukan apa yang anda ingin lakukan.

c. Tuhan tidak akan membiarkan kita berjalan keluar dari kehendak-Nya jika kita sungguh-sungguh ingin mengikuti kehendak Tuhan dalam hidup kita. Jika anda telah membuat kesilapan, Dia pasti akan ‘menarik’ anda kembali dan tunjukkan kepada anda di mana kesilapannya.

d. Setelah anda berdoa dengan sungguh-sungguh, berjalanlah dalam iman dan lakukkan apa yang terbaik menurut firasat anda.

e. Alkitab ada menyatakan bahawa setelah Yesus selesai berdoa, Yesus bertindak atas apa yang perlu dilakukan. Walaupun Dia harus bergumul seperti di Taman Getsemani, Yesus melakukan apa yang Dia rasakan sesuai dengan kehendak Bapa.

f. Jika Tuhan menunjukkan sesuatu kepada anda, maka anda perlu lakukan sama seperti Yesus menuruti Bapa. Kadang-kadang kita ragu-ragu dan enggan melakukan kerana kita tidak begitu menyukai apa yang telah Tuhan rancangkan untuk kita. Jadi kitapun memberi alasan bahawa kita tidak pasti tentang apa yang sudah Tuhan tunjukkan kepada kita.

g. Jika anda memiliki satu perhubungan yang benar dan baik dengan Tuhan, dan tidak ada dosa atau pengingkaran dalam kehidupan

Page 53: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Panduan Pembimbing: Sesi 1

50

anda, maka tidak ada alasan kenapa Tuhan tidak menyatakan kehendak-Nya pada anda.

h. Pada akhirnya, anda harus bersedia untuk melakukan apa yang dikehendaki oleh Tuhan dan bukannya apa yang anda kehendaki. Maka anda pasti akan dapat mendengar dan mengetahui dengan jelas apa rancangan Tuhan bagi anda.

i. Anda perlu bersiap untuk berhadapan segala kemungkinan, di mana Tuhan mungkin menghendaki anda berpuasa dan berdoa untuk mengetahui kehendak-Nya. Ada masa-masa tertentu Tuhan akan menguji kita untuk melihat tahap kesungguhan kita dalam mencari kehendak dan rancangan-Nya untuk kehidupan kita.

j. Anda perlu mengetahui bahawa doa dan puasa bukanlah cara kita memeras tangan Tuhan untuk memaksa Dia menjawab doa anda. Tuhan senang umat-Nya mengetahui rancangan dan kehendak-Nya walaupun tanpa bertanya kepada-Nya.

k. Apabila anda datang kepadaNya, maka itu adalah cara anda menyatakan isi hati anda kepada Tuhan bahawa anda berharap sepenuhnya kepada-Nya, terutama sekali tentang hal-hal yang penting terhadap anda, iaitu masa hadapan anda.

l. Dan bila Tuhan telah menunjukkan kepada anda, maka lakukanlah dengan penuh keyakinan sama seperti yang dilakukan oleh Yesus. Yakinlah bahawa Tuhan akan selalu berserta dan membimbing anda.

m. Anda perlu ingat bahawa Dia bukan selalunya akan menunjukkan segala-galanya kepada anda.

n. Percayalah kepada Tuhan bahawa Dia akan menuntun setiap langkah anda. Apa yang harus anda lakukan adalah untuk mematuhi-Nya bila Dia menunjukkan selangkah demi selangkah kepada anda. Jangan tergesa-gesa untuk mahu mengetahui segalanya.

o. Belajar untuk berjalan selangkah demi selangkah kerana itu adalah cara Tuhan membentuk anda dalam proses kehidupan ini. Begitulah kehidupan yang perlu dilalui dengan iman di sepanjang hayat anda.

Minta mereka saling mendoakan satu dengan yang lain. Tutup sesi ini dengan memberi ruang kepada para peserta waktu bersama Tuhan, berdoa untuk mereka supaya mulai saat ini, mereka akan mencari tujuan hidup mereka yang sebenar dan menyerahkan segala persoalan dan pergumulan kepada Tuhan dengan doa yang berterusan.

Doa

Page 54: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

O B O R B e l i a B u k u 1 6

51

Persediaan untuk Minggu Hadapan

Jemputlah beberapa orang dari gereja atau organisasi anda untuk datang dan berkongsi pengalaman dan masalah yang pernah mereka lalui ketika mereka pertama sekali keluar berdikari jauh dari keluarga. Mungkin di antara mereka adalah lulusan dari universiti atau kolej, atau mereka yang masih lagi belajar di kolej, atau mereka yang baru bekerja di bandar.

Page 55: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Panduan Pembimbing: Sesi 2

52

Objektif-Objektif Sesi

Pencetus Minat

Sesi 2 : Harus Berpendirian Tegas

1. Belajar dari pengalaman mereka yang sudah berada di kolej atau alam pekerjaan.

2. Memahami bahawa mereka perlu siap dalam mempertahan-kan iman mereka sejak hari pertama lagi.

3. Mengetahui bahawa Tuhan telah memanggil mereka untuk menjadi duta dan saksi-Nya di mana sahaja mereka berada/ditempatkan.

4. Mengakui kebimbangan yang dihadapi terutama sekali bila mereka harus berdiri sebagai seorang Kristian dan apa yang perlu mereka lakukan dengan kebimbangan itu.

Belajar Dari pengalaman

Objektif aktiviti ini adalah untuk membolehkan para peserta didedahkan melalui pengalaman mereka yang sudah melanjutkan pengajian atau yang sudah bekerja.

1. Jemput 1 hingga 4 orang dari gereja atau organasasi untuk berkongsi pengalaman mereka. Orang-orang ini adalah mereka yang sedang melanjutkan pengajian di universiti atau kolej, atau mereka yang sudah bekerja, atau mereka yang baru sahaja menamatkan pengajian.

2. Beri penerangan kepada orang yang dijemput tentang apa yang perlu dikongsikan dan berapa lama masa yang diberikan kepada mereka. Beberapa saranan:

a. Kejutan terbesar yang mereka alami pada hari pertama melangkah ke pusat pengajian atau tempat kerja (terutama sekali mereka yang pertama kali ke Semenanjung)

b. Pengalaman-pengalaman bererti yang mereka lalui. c. Cabaran atau masalah yang mereka hadapi sebagai

orang yang percaya (Kristian) d. Nasihat mereka untuk para peserta yang akan melanjutkan

pengajian atau masuk ke alam pekerjaan.

3. Selepas masa perkongsian, berikan masa untuk sesi soal jawab.

4. Sekiranya sukar bagi anda untuk menjemput panel, bahagikan para peserta kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri

Page 56: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

O B O R B e l i a B u k u 1 6

53

daripada tiga atau empat orang.

5. Minta mereka mengambarkan keadaan di mana mereka berada di persekitaran yang baru seperti berpindah rumah, bertukar sekolah, baru tiba di Semenanjung atau bandar, pertama kali mengikuti perkemahan, dsbnya.

6. Minta mereka membincangkan perkara berikut:

Apa yang mereka lalui dan bagaimana perasaan mereka.

Apakah yang boleh membantu mereka mengatasi masalah ini.

A. Pengenalan 1. Tidak semudah yang kita sangkakan bukan, apabila kita berpindah

dari tempat yang sangat selesa ke tempat baru dan persekitaran yang baru? (Rujuk kepada apa yang mereka kemukakan sebelum ini.)

2. Hal pertama yang anda rasakan apabila berada di tempat yang baru adalah ketidakselesaan. Tidak kira betapa tidak selesa dan puas hati anda dengan persekitaran anda sekarang, sekurang-kurangnya ianya ‘selamat’ bagi anda.

3. Ianya ‘selamat’ kerana anda sangat memahami situasi tersebut. Anda tahu apa yang dapat anda jangkakan dan diharapkan daripada anda. Dan anda masih boleh berfungsi seperti yang anda selalu lakukan.

4. Kedua, anda akan berada dalam situasi yang berbeza dan baru bagi anda.

5. Hampir semuanya berbeza dan baru, seperti orang disekeliling anda, tempat dan persekitaran. Ianya akan menjadi ‘kurang selamat’ bila anda tidak pasti tentang diri anda dan apa yang anda harapkan.

6. Anda merasa tertekan kerana anda tidak selesa dengan orang orang di sekeliling anda.

7. Hal ini berlaku ketika anda seorang diri tanpa kehadiran ahli keluarga atau orang orang yang anda sayangi.

8. Walaupun anda sekarang mungkin mengeluh tentang ibubapa atau ahli keluarga anda namun sebenarnya anda sangat perlukan mereka walaupun anda merasakan bahawa ibubapa anda hanya menganggu.

9. Anda baru sahaja mendengar pengalaman dari ahli panel jemputan kita tentang apa yang mereka alami.

10. Apa yang akan anda hadapi apabila anda meninggalkan rumah/

Renungan Firman Tuhan

Page 57: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Panduan Pembimbing: Sesi 2

54

kampung halaman tidak selalunya mudah tapi akan membantu jika anda lebih menyedari apa yang akan anda temui. Ia juga sangat membantu sekiranya anda tahu apa yang akan terjadi dan anda sudah bersedia secara mental dan rohani.

B. Menghadapi Perkara yang Tidak Diketahui

1. Apabila anda membuat persiapan untuk pergi ke kolej atau ke bandar untuk bekerja, sada di antara anda merasa sangat terganggu lebih-lebih lagi tentang apa yang kamu akan pelajari, bagaimana pergaualan dengan teman-teman baru anda (Rujuk kepada senarai yang telah dikemukakan).

2. Banyak hal ini anda tidak dapat lakukan apa apa selain berdoa dan mempercayai bahawa Tuhan akan membimbing anda untuk membuat keputusan yang baik dan bijak.

3. Sebaliknya, mungkin ada diantara anda yang sangat teruja untuk keluar dari rumah terutama sekali tanpa kawalan dari ibubapa. Anda fikir bahawa anda sudah bebas melakukan apa sahaja yang anda mahu. (Tanya pada mereka berapa ramai yang berfikir seperti ini.)

4. Apapun kekhuatiran atau kegembiraan yang anda alami, adalah sangat penting supaya anda tidak melupakan Tuhan dalam kehidupan anda. Dia mungkin mempunyai rancangan untuk anda.

5. Tuhan memang sudah menyediakan satu rancangan yang khusus bagi setiap kita. Hal ini melibatkan tentang kursus apa yang akan anda pelajari, dan pekerjaan yang anda akan kerjakan.

6. Tetapi jangan lupa bahawa yang pertama dan terpenting, adalah anda adalah anak Tuhan.

7. Tuhan mempunyai satu rancangan yang umum untuk setiap anda, tidak kira dimana anda berada dan apapun yang anda lakukan.

8. Rancangan-Nya adalah supaya anda menjalankan kehidupan dengan setia sebagai anak-Nya dan menjadi saksi bagi Allah di mana pun anda pergi, baik di kampus atau di tempat kerja.

9. Ini adalah sesuatu yang anda jangan sampai lupa apabila me-langkah tahap kehidupan yang baru.

10. Adalah sangat mudah unutk anda melupakan Tuhan ketika anda sedang melakukan penysesuaian, baik terhadap masalah serta kegembiraan anda.

11. Statistik menunjukkan bahawa sebahagian besar anak muda Kristian mengalami keruntuhan iman semasa mereka belajar atau bekerja. Dalam kesibukan mereka, Tuhan dipinggirkan daripada kehidupan mereka.

12. Tahun pengajian anda bukan hanya untuk anda bertahan sebagai

Page 58: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

O B O R B e l i a B u k u 1 6

55

seorang Kristian, tetapi ini adalah tahun-tahun di mana anda boleh menjadi seorang pengikut Kristus yang setia dan bersinar terang untuk Tuhan di kolej atau tempat kerja anda.

13. Mari kita melihat apa panggilan Tuhan dan apa yang Dia mahu kita lakukan walau di mana kita berada.

C. Rancangan Tuhan

Daniel dan tiga rakannya juga menghadapi satu situasi yang sama. Mereka berpindah ke persekitiran yang baru di mana mereka terpisah dari keluarga dan agama mereka. Tiga hal yang anda pelajari dari mereka ini: 1. Mereka Tidak Takut Untuk Mempertahankan Iman Keyakinan

Mereka. (Daniel 1:8-10)

a. Biasanya kita sering tidak mahu menonjolkan diri kita berbeza daripada yang lain apabila berada dalam situasi yang baru. Kebanyakan kita lebih selesa berada di tengah-tengah orang ramai dan tidak mahu menonjol sebagai orang yang percaya kepada Tuhan Yesus. (Tanya mereka samada mereka tergolong dalam kategori ini.)

b. Daniel dan rakan-rakannya sangat berbeza. Di mana sejak dari mula lagi Daniel mengambil keputusan untuk mematuhi perintah Tuhan (ayat 8).

c. Daniel mengakui bahawa dia akan menghadapi masalah dengan budaya dan kepercayaan dewa penduduk Babylonia. Tetapi Daniel tetap dengan pendiriannya dalam Tuhan di kota itu tanpa mengira risiko yang akan dihadapinya.

d. Ia sama seperti anda semua. Anda sudah membuat keputusan bahawa di mana pun anda melanjutkan pengajian atau pekerjaan anda perlu mempertahankan iman/kepercayaan anda.

e. (Minta mereka membaca 2 Timotius 1:7-8). Rupa-rupanya Timotius adalah sama seperti kebanyakan kita yang malu untuk bersaksi dan berkongsi tentang Injil.

f. Sebab itu Rasul Paulus mengingatkannya bahawa Tuhan memberikannya roh keberanian dan bukan roh ketakutan. Dia tidak harus malu untuk bersaksi tentang Injil seperti yang dil-akukan oleh Paulus dalam hidupnya.

g. Sebagai orang Kristian tidak bermaksud supaya kamu perlu memberitahu orang bahawa kamu adalah orang Kristian.

h. Tetapi apabila anda dihadapkan dengan situasi seperti yang dialami oleh Daniel, anda harus berani untuk membela tentang

Page 59: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Panduan Pembimbing: Sesi 2

56

apa yang kamu yakini. i. Lihat bagaimana Daniel mendekati pegawai tersebut. j. Dia tidak memegahkan diri dengan kepercayaannya tetapi dia

sangat bijaksana mendekatkan diri dengan pegawai-pegawai itu.

k. Demikian juga dengan pergaualan maupun cara percakapan anda, anda perlu bijaksana supaya apa yang diperkatakan tidak menyinggung perasaan orang lain.

2. Mereka Tidak Takut Untuk Hidup Berbeza (Daniel 1:11-14)

a. Selain daripada menyatakan diri anda kepada orang lain bahawa anda adalah seorang Kristian, bagaimana cara anda menjalankan kehidupan anda sebagai seorang Kristian juga sangat penting. Gaya hidup seorang percaya adalah sangat berbeza dengan orang yang tidak mempercayai.

b. Daniel dan teman-temannya tidak takut hidup secara berbeza dengan rakan-rakan sebaya mereka (ayat 11-12). Pasti ada pemuda-pemudi Yahudi yang lain di sana yang hidup berkompromi. Mereka mungkin mentertawakan Daniel dan teman-temannya kerana dengan cuba hidup berbeza, mereka meletakkan nyawa mereka dalam bahaya.

c. Namun begitu, Daniel dan teman-temannya bersedia menjalankan kehidupan dengan setia mengikut jalan dan ajaran Tuhan, walaupun itu bermaksud menjadikan mereka berbeza daripada orang lain. Bahkan itu juga akan mengaki-batkan mereka mungkin diolok-olok, ditolak atau diusir dari istana raja.

d. Inti daripada isu ini adalah mereka takut akan Tuhan jauh melebihi takut akan manusia. Mereka tahu bahawa adalah sangat penting untuk menyenangkan Tuhan daripada menyenangkan manusia.

e. Masalah kita ialah kita lebih peduli dengan apa yang difikir-kan oleh teman-teman kita daripada apa yang Tuhan fikirkan. Mengapa kita berfikir seperti itu? (Biar mereka respon).

f. Ini adalah satu perkara yang harus anda mohon kepada Tuhan untuk mengubah dalam hidup anda.

g. Bagaimana Allah meresponi keputusan Daniel dan teman-temannya yang memilih untuk setia dan mematuhi cara-Nya? (Biar mereka respon).

h. Allah menghormati kepatuhan mereka. Dia telah menyebabkan pegawai istana bersimpati kepada Daniel dan teman-temannya dan menunaikan permintaan mereka.

Page 60: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

O B O R B e l i a B u k u 1 6

57

i. Apabila anda belajar untuk mengutamakan Tuhan dalam hidup anda, anda akan mendapati, sama seperti Daniel, bahawa Tuhan akan sentiasa setia. Dia tidak akan membiarkan anda jatuh dan Dia selalu memimpin dan mendahului anda.

3. Mereka Tidak Takut Untuk Mempercayai Tuhan (Daniel 1:11-20)

a. Daniel dan teman-temannya mendapati bahawa dengan mem-percayai Tuhan melihat kesetiaan mereka. Mereka diberkati oleh Tuhan jauh melebihi apa yang mereka boleh bayangkan.

b. Dia menjawab permintaan mereka dengan membolehkan mereka kelihatan lebih sihat dan lebih baik daripada anak-anak muda yang lain (ayat 15).

c. Dia memberkati mereka dengan pengetahuan dan kebijaksa-naan lebih daripada kepandaian semua ahli sihir istana (ayat 18-20). (Juga suruh mereka rujuk Efesus 3:20-21)

d. Ketika kita menjalankan kehidupan ini dengan setia, kita akan menjadi saksi Allah yang nyata, yang maha pengasih, maha kuasa dan yang tinggal dalam kita.

e. Maka, kehidupan anda di kolej atau tempat kerja bukanlah sesuatu kehidupan yang harus anda menyembunyikan iman dan kepercayaan anda, dan memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang mengetahui bahawa anda adalah seorang Kristian.

f. Tentukan dari awal-awal lagi bahawa anda akan hidup untuk Tuhan. Tuhan adalah setia. Dia akan memimpin anda ketika anda dalam kesulitan. Dia sentiasa bersama dan Dia akan bersaksi melalui kehidupan anda bahawa Dia adalah nyata.

g. Sekalipun orang memilih untuk berfikir bahawa anda adalah orang yang pelik, itu tidak mengapa. Kerana apa yang penting adalah anda tetap setia kepada Tuhan dan hidup dengan penuh kesetiaan anda dalam Tuhan. Kita akan membincangkan bagaimana kita boleh mencari orang yang seperti itu di sesi selanjutnya.

h. Demikianlah rancangan Tuhan dalam setiap kita bila kita melangkah ke alam kolej dan pekerjaan – kita akan menjadi saksi dan duta bagi Dia di mana pun kita ditempatkan (2 Korintus 5:20). (Tanya mereka apa erti menjadi duta untuk Tuhan?)

i. Seorang duta adalah seseorang yang dipilih oleh Kerajaan untuk menjadi wakil rasmi negara ke negara lain. Dengan kata lain, anda dipilih oleh Allah untuk mewakili-Nya kepada orang lain.

Page 61: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Doa

Panduan Pembimbing: Sesi 2

58

j. Apa pun yang anda katakan atau lakukan akan mencerminkan siapakah Tuhan anda. Bukankah itu suatu kehormatan yang luar biasa dan pada masa yang sama satu tugas yang luar biasa?

k. Jadi, apabila anda bersedia untuk pergi ke pengajian tinggi atau alam pekerjaan, ingatlah bahawa pertama-tama anda mewakili Allah dalam hidup anda. Jadi anda perlu bersedia untuk menjalani hidup dengan setia di hadapan Tuhan dan berani menjadi saksi atau duta bagi Dia.

Bahagikan mereka kepada beberapa pasangan, dan mintalah mereka untuk berdoa dengan pasangan mereka tentang apa yang telah mereka tuliskan. Ingatkan mereka bahawa kebimbangan mereka akan dihapuskan oleh Tuhan apabila mereka mengambil keputusan untuk setia kepada Allah. Dia akan membuat segala sesuatu berjalan sesuai dengan rancangan dan kehendak-Nya.

Page 62: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Objektif-Objektif Sesi

Sesi 3 : Anda Harus Mengakar

Pencetus Minat

O B O R B e l i a B u k u 1 6

59

1. Menyedari bahawa mereka memerlukan sokongan dan dorongan dari teman-teman Kristian yang lain untuk bertumbuh secara rohani.

2. Mengetahui bahawa pertemuan setiap hari Sabat untuk sama-sama menyembah Allah serta persekutuan rumah (sel grup) merupakan sebahagian dari kehidupan komuniti gereja.

3. Menyedari bahawa mereka harus berusaha untuk mencari dan menjadi ahli gereja dan persekutuan Kristian sebagai satu persiapan untuk ke kolej atau bandar.

4. Mendoakan orang-orang muda yang telah pergi sebelum mereka yang telah meninggalkan iman mereka atau menjadi suam-suam kuku dalam iman mereka.

Pertukaran

Tujuan aktiviti ini ialah untuk melihat bagaimana para peserta boleh bekerjasama antara satu dengan lain untuk mendapatkan huruf yang perlukan untuk membentuk sebuah perkataan. 1. Sediakan terlebih dahulu kad bersaiz kecil dengan huruf-huruf

vokal atau konsonan. 2. Anda perlu mengambil kira berapa banyak orang yang terlibat

kemudian sediakan berdasarkan urutan berikut:

a. Setiap individu perlu mempunyai antara 5 hingga 7 keping kad tetapi mereka harus memiliki kesemuanya vokal atau konsonan.

b. Setiap individu boleh memegang sama ada semuanya konsonan atau vocal yang sama.

c. Perkara penting dalam permainan ini ialah mereka perlu bergerak ke sekeliling dan menukar vokal atau konsonan mereka dengan orang lain untuk membentuk sebuah perkataan.

d. Anda boleh menentukan panjang perkataan harus mem-punyai palinh sedikit 5 huruf.

e. Mereka bebas untuk memberi atau menukar kad mereka. Tetapi apabila mereka menghasilkan perkataan akhir,

Page 63: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Aktiviti

Bersama

60

Panduan Pembimbing: Sesi 3

f. mereka tidak boleh memiliki kad yang tersisa (maksudnya, semua kad harus digunakan untuk membentuk satu perkataan).

3. Anda boleh memilih untuk menghentikan permainan ini apabila sudah ada pemenang atau meneruskan permainan ini sehingga ian-ya menjadi mustahil untuk membentuk perkataan bagi huruf-huruf yang tertinggal.

Pengalaman lalu 1. Buat satu senarai persatuan atau kelab yang anda telah menjadi

ahli dua hingga tiga tahun terakhir. Senarai harus merangkumi kelab, sukan, pasukan, persekutuan Kristian, dan lain-lain. Pastikan bahawa persekutuan atau kelompok sel ini juga dimasukkan.

2. Selepas itu, letakkan simbol bintang di samping persatuan atau kelab yang anda rasakan kemesraan dan menjadi sebahagian daripadanya. Dan tandakan symbol salib untuk persatuan atau kumpulan yang anda tidak mempunyai rasa kepemilikan bersama.

3. Kongsikan kenapa anda merasa sangat serasi dengan persatuan atau kelab tersebut dan kenapa sebaliknya bagi yang lain.

A. Pengenalan

1. Anda perlu ada sedikit kerjasama dan saling membantu antara satu dengan lain untuk bermain permainan tadi, bukan? (Biar mereka memberi respon)

2. Itu tidak akan berhasil jika sesetengah dari kamu mahu mengutamakan diri sendiri dan anda tidak mahu menukar huruf kad anda, terutama sekali jika anda mengetahui bahawa teman anda akan menang!

3. Beberapa dari anda harus bermurah hati dan memberikan beberapa kad untuk mereka yang sudah mulai putus asa.

4. Atau mungkin anda melakukan tawar menawar untuk menukar kad anda kerana anda tidak akan menukarkan kad anda kecuali anda mendapat apa yang anda mahu.

5. Tapi apa pun itu, anda perlu mendapat bantuan daripada yang lain dalam rangka untuk menyelesaikan permainan ini. Dalam permainan seperti ini, semua orang harus bergantung pada

Renungan Firman Tuhan

Page 64: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

61

O B O R B e l i a B u k u 1 6

sekurang-kurangnya beberapa orang untuk bermain dan menyelesaikan permainan.

6. Ini sama seperti dengan kehidupan kita di dunia ini. Tidak ada seorang pun yang mampu hidup sendiri.

7. Dalam beberapa hal, kita harus bergantung pada orang lain untuk mendapatkan bantuan atau sokongan.

8. Ini samalah seperti kehidupan seorang Kristian. Allah telah memanggil kita menjadi sebuah komuniti orang percaya kerana Dia tahu bahawa kita tidak akan dapat menjalani kehidupan sepenuhnya tanpa bantuan dan dorongan orang lain yang sehati dan sefikiran dengan kita.

9. Ini merupakan faktor yang sangat penting untuk dipertimbangkan ketika kita bercakap untuk melanjutkan pengajian atau keluar ke bandar untuk bekerja. Teman-teman boleh mengangkat atau menghancurkan kita. Oleh kerana itu, anda perlu mencari rakan yang tepat untuk mempertahankan hidup dan berkembang secara rohani.

10. Dengan demikian anda harus mempertimbangkan dengan serius bagaimana untuk menyertai dan melayani dalam satu persekutuan Kristian supaya akan memiliki komuniti yang menyokong baik untuk membolehkan anda untuk maju dalam kehidupan rohani, mahupun dalam pengajian dan pekerjaan anda.

B. Rasa Kebersamaan

1. Pada kebanyakan masa, kita akan merasa begitu rapat dengan persatuan atau kelab kita kerana kita sudah membina hubungan dengan ahli kumpulan tersebut.

2. Kita selalu melakukan perkara bersama, atau berkongsi banyak kenangan manis dan pahit bersama. Anda akan merasakan bahawa anda tidak keseorangan.

3. Akan ada pengecualian, tetapi kebanyakannya, persahabatan adalah sangat penting.

4. Sebagai manusia, kita memerlukan persahabatan yang mendorong dan menyokong anda.

5. Bagaimanapun, mempunyai rakan yang mengenal Tuhan dan rakan yang tidak mengenal Tuhan sangat berbeza sekali. Tidak kira berapa ramai rakan anda yang bukan Kristian di kolej atau tempat kerja, anda masih memerlukan rakan seiman untuk membantu anda bertumbuh dalam secara rohani. Rakan yang tidak seiman memberikan anda sokongan emosi tetapi mereka tidak dapat menolong anda untuk menjadi lebih intim dengan Allah kerana mereka tidak mengenal Allah.

6. Mari kita lihat apa yang dikatakan oleh Alkitab tentang menjadi

Page 65: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

62

Panduan Pembimbing: Sesi 3

sebahagian dari komuniti di kalangan orang Kristian di mana sahaja anda berada atau pergi.

C. Pengalaman Gereja

1. Mereka Sering Bersekutu (Kasih Para Rasul 2:42-47; 17:1-4) a. Di awal permulaan orang Kristian di Yerusalem, mereka

meneruskan amalan orang-orang Yahudi yang berkumpul di Bait Allah untuk menyembah bersama-sama.

b. Dari kehidupan Paulus, kita mengetahui bahawa mereka yang berada di luar kota Yerusalem akan berkumpul di rumah ibadat untuk menyembah. Jadi ke mana pun Paulus pergi dia akan pergi ke rumah-rumah ibadat untuk berkumpul dan menyembah Allah bersama-sama (17:2).

c. Dalam masa yang sama, mereka juga berkumpul di rumah-rumah untuk makan bersama-sama (yang mereka panggil sebagai ‘persekutuan kasih’) dan memecahkan roti untuk mem-peringati kematian Kristus (2:46).

d. Berkumpul bersama-sama bukanlah sesuatu yang baru untuk orang-orang Yahudi atau orang-orang Kristian di awal sejarah perkembangan gereja. Mereka tidak berkumpul hanya untuk suka-suka atau bila mereka mempunyai masa. Tetapi perkara seperti ini sudah menjadi satu kebiasaan atau sebahagaian daripada budaya orang-orang Yahudi yang berlanjutan hinggalah kepada kehidupan orang Kristian.

2. Berapa Kerap Mereka Bertemu (Kisah Rasul-Rasul 17:1-4; 18:1-4;

Ibrani 10:24-25)

a. Berkumpul bersama-sama untuk menyembah Allah adalah seba-hagian daripada kehidupan orang-orang Kristian yang awal.

b. Dari kehidupan Paulus, kita dapat melihat bahawa orang-orang Kristian pada permulaannya juga berkumpul bersama-sama pada hari Sabat untuk menyembah Allah sekali dalam semingga (17:2;18:4).

c. Kemudian ada masa-masa yang tidak formal di mana mereka akan berkumpul untuk makan bersama-sama dan mengambil Jamuan Kudus.

d. Penulis buku Ibrani mengatakan bahawa dia menyeru pembacanya untuk meneruskan kebiasaan untuk berkumpul bersama. Ini adalah kerana berkumpul bersama akan membolehkan mereka saling mendorong antara satu dengan lain (Ibrani 10:25).

Page 66: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

63

O B O R B e l i a B u k u 1 6

3. Mengapa Mereka Berkumpul Bersama (Kisah Rasul-Rasul 2:42-47)

a. Berkumpul bersama untuk menyembah Allah sekali dalam seminggu adalah sebahagian dari kehidupan umat Allah.

b. Ini adalah satu hari yang ditentukan dalam seminggu apabila umat Allah datang berkumpul bersama dan menyembah Dia dan memuliakan Tuhan dalam kehidupan mereka.

c. Gereja yang awal juga berkumpul bersama-sama untuk beberapa alasan yang lain (Kisah Rasul-Rasul 2:42, 46-47):

Mereka berkumpul untuk sama-sama mempelajari Firman Allah.

Mereka berkumpul untuk bersekutu dan berkongsi tentang kehidupan mereka.

Mereka berkumpul untuk berdoa dan mengambil Jamuan Kudus.

d. Gereja awal tidak ada pilihan kecuali berkumpul bersama kerana mereka dipenuhi dengan rasa sukacita sebagai umat Allah.

e. Hasilnya adalah Allah membawa ramai orang mengenal Dia kerana mereka sangat tersentuh dengan sukacita dan kasih yang mereka nampak dari kehidupan umat Allah yang sering bersekutu bersama.

D. Pengalaman Baru Anda

a. Kajian menunjukkan orang Kristian lebih cenderung jatuh atau iman mereka menjadi suam-suam kuku, terutama di 3 tahap kehidupan mereka:

i. Apabila mereka melanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti.

ii. Apabila mereka memasuki dunia pekerjaan. iii. Apabila mereka mendirikan rumahtangga.

b. Inilah tahap yang mengubah kehidupan seseorang. Anda memasuki satu tahap yang baru di mana anda akan menghadapi banyak cabaran baru dan harus melakukan banyak penyesuaian.

c. Ramai orang Kristian yang kesibukan dan terus bergumul dengan penyesuaian ini sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk Tuhan. Perlahan-lahan, Tuhan menjadi semakin tidak penting dalam kehidupan mereka sehinggalah mereka mening-galkan Tuhan/iman mereka sama sekali. Ada juga yang kerana kesibukan, akan hanya mengingati Tuhan bila mereka memer-lukan-Nya dalam kehidupan mereka.

d. Pada fikiran anda, bagaimanakah anda boleh mengelak dari

Page 67: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

64

Panduan Pembimbing: Sesi 3

perangkap yang membuatkan anda meninggalkan Allah apa-bila anda memasuki kolej atau alam pekerjaan? (Biar mereka berbincang dan berikan mereka waktu untuk memikirkan soalan ini. Kemudian minta beberapa orang untuk berkongsi pendapat mereka).

E. Carilah Gereja dan Persekutan Yang Betul

a. Pada sesi yang lepas, anda telah mempelajari dari Daniel and rakan-rakannya di mana anda harus bertekad mencari satu penyelesaian walaupun sebelum memasuki kolej atau ke bandar untuk bekerja. Anda harus bertekad untuk memper-tahankan kehidupan anda sebagai orang Kristian dengan penuh kesetiaan dan berani.

b. Anda perlu mempersiapkan hati dan minda anda walaupun sebelum anda memulai. Ini adalah perkara pertama yang perlu anda lakukan.

c. Perkara kedua yang perlu anda lakukan ialah berkaitan dengan apa yang telah anda pelajari. Anda harus bergabung dengan satu komuniti orang-orang yang percaya untuk mempelajari Firman Allah, berdoa dan bersekutu bersama.

d. Ini bermaksud dari awal-awal lagi (2 minggu yang pertama), anda perlu mencari:

i. Gereja yang boleh anda ikuti kebaktiannya. ii. Persekutuan pelajar atau Kristian yang anda boleh sama-

sama bertumbuh dan melayani. e. Ini bukanlah sesuatu yang anda boleh berlenggah-lenggah.

Jika anda tidak menempatkan diri anda dengan persekutuan orang Kristian atau gereja, peluang anda untuk melakukan hal yang lain sangat terbuka. Bila itu berlaku, akan tiba masanya anda menempatkan Allah sebagai tempat yang kedua dalam kehidupan anda.

f. Menyembah bersama dengan umat Allah adalah keutamaan yang kritikal. Itu bukan satu pilihan!

g. Kebanyakan kampus sekarang mempunyai persekutuan pelajar atau sekurang-kurangnya mempunyai kelompok untuk mereka berkumpul bersama. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mencari dan tidak hanya menunggu seseorang untuk mengajak anda.

h. Ambil inisiatif untuk mencari dan bertanya. Ini sama juga dengan usaha anda mencari gereja. Sesetengah gereja menyediakan pengangkutan untuk pelajar atau jemaat yang datang berbakti di gereja itu.

i. Jika tidak, cari orang Kristian yang boleh anda ikut bersama ke

Page 68: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

65

O B O R B e l i a B u k u 1 6

gereja. Biasanya pengangkutan awam juga senang didapati. Anda tidak perlu sampai ke tahap di mana anda perlu berjalan beberapa kilometer untuk sampai ke gereja seperti yang terjadi di beberapa negara lain.

j. Soal yang penting adalah gereja dan persekutuan yang bagaimanakah yang anda kehendaki? Berikut ada beberapa panduan.

k. Panduan untuk mencari gereja: i. Pengajaran gereja mestilah berpandukan Firman Allah.

Selidiki melalui Pastor atau kaunselor anda jika anda tidak pasti bagaimana pengajaran gereja itu, teruta-mannya jika tidak ada sesiapa yang kenal dengan gereja itu.

ii. Gereja yang berlainan mempunyai amalan atau cara menyembah yang berbeza. Anda harus mempertim-bangkan mana satu yang anda merasa selesa dan dapat menyembah dengan bebas dan merasakan hadirat Allah.

iii. Ia sangat membantu sekirannya jemaat di sana sangat mengambil berat dan mesra. Tetapi anda juga harus membolehkan mereka menjangkau anda, bukan hanya menunggu orang lain untuk menjangkau anda.

iv. Ia seharusnya sebuah gereja yang anda fikir boleh membantu anda untuk bertumbuh dalam iman, di mana Firman Allah disampaikan dengan tepat dan betul.

v. Tetapi apa yang sangat penting ialah berdoa. Berdoa dan tanya kepada Allah untuk memimpin anda kepada gereja yang betul.

vi. Kemudian bila anda sudah menemukan sebuah gereja, kembali dan selidikinya dengan pastor atau kaunselor anda.

l. Anda juga harus terlibat dalam persekutuan Christian di kolej atau tempat kerja anda. Gereja adalah terlalu besar untuk memberi dan menyediakan perlindungan kerohanian dan pertanggungjawaban untuk anda. Kumpulan yang kecil seperti persekutuan pelajar di kolej boleh melakukan itu.

m. Di samping itu, persekutuan itu juga memberi anda peluang untuk betemu dengan pemuda-pemudi yang lain yang pernah melalui pengalaman dan pergumulan yang sama. Anda boleh saling mendorong antara satu dengan yang lain.

n. Biasanya persekutuan ini mempunyai kelompok-kelompok sel yang lebih kecil sama ada untuk berdoa, belajar tentang firman Allah atau untuk saling menyokong. Sebab itulah sangat

Page 69: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

66

Panduan Pembimbing: Sesi 3

penting bagi anda untuk menjadi ahli atau ikut serta dalam persekutuan ini supaya anda boleh berdoa dan mendapat sokongan moral.

o. Ini adalah satu kelompok pertanggungjawaban yang sangat baik untuk anda juga. Ini juga membantu anda untuk mem-perkembangkan atau mempertingkatkan cara pergaulan anda dengan rakan-rakan yang lain di kolej.

p. Bagi anda yang memiliki karunia memimpin atau mengetuai, dan pernah melayani dalam persekutuan pemuda pemudi, melanjutkan pelajaran ke kolej bukan alasan bahawa anda akan berehat dari melayani Allah.

q. Anda semua perlu berdoa tentang di mana dan bagaimana Allah mahu anda melayani. Pergi ke kolej atau bandar mencari pekerjaan bukan masanya untuk anda meninggalkan karunia anda. Tetapi sangat baik untuk anda memperkembangkan apa yang Allah sudah karuniakan kepada anda dan mencari lagi apa yang Allah mahu berikan. Anda boleh memilih untuk melayani Kristus dalam gereja atau dalam persekutuan kelompok sel.

r. Sebab itulah sangat penting sebelum anda melanjutkan pelajaran ke kolej bahawa anda sudah merancang dalam minda anda bahawa anda akan pergi ke sana berakar di gereja dan dalam persekutuan kolej. Inilah cara untuk anda bertumbuh dan berkembang dalam kehidupan Kristian. Jangan sampai menjadi seperti yang lain di mana mereka tidak bertumbuh dan iman mereka lemah lalu mereka jatuh.

Aktiviti Tambahan

1. Ada baiknya jika anda dapat mendorong anak-anak muda

yang sudah lama tidak menghadiri persekutuan dengan mengirimkan surat atau telefon untuk mendorong mereka. Anda harus lakukan sekiranya anda kenal dengan mereka. Ingatkan para peserta untuk mendoakan rakan-rakan ini.

2. Ingatkan para peserta bahawa mereka harus ingat apa yang mereka pelajari dalam sesi hari ini jika mereka tidak mahu berakhir seperti rakan-rakan mereka yang jatuh.

3. Tutup sesi ini dengan membaca doa Paulus kepada Orang-orang Kristian di Efesus dari Efesus 3:14-21. Baca sebagai doa dan komitmen para peserta kepada Tuhan.

Page 70: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Pencetus Minat

67

O B O R B e l i a B u k u 1 6

Aktiviti Bersama

Objektif-Objektif Sesi

Sesi 4 : Anda Harus Siap

1. Mengetahui adakah mereka benar-benar memahami iman

mereka. 2. Menyedari bahawa mereka perlu siap mengongsikan iman

dan keyakinan mereka dengan penuh hormat kepada orang lain.

3. Memikirkan bagaimana mereka boleh sentiasa siap sedia untuk berkongsi keyakinan dan iman mereka.

Pilihan anda

Tujuan kegiatan ini adalah untuk membolehkan para peserta mengetahui apa yang mereka inginkan apabila mereka ke kolej atau keluar bekerja. 1. Bahagikan mereka dalam kumpulan 4 atau 5 orang. 2. Jelaskan senario ini pada mereka.

Bayangkan bahawa anda baru saja mengambil keputusan memilih sebuah kolej/universiti/pekerjaan setelah berbulan-bulan mencari. Ia memiliki semua program yang anda sukai, tempat belajar/bekerja yang hebat, dan beberapa kawan anda juga akan memohon untuk memasuki kampus/syarikat tersebut. Tiba-tiba orang tua anda membantah. Mereka telah melakukan kajian sendiri dan mendapati ada sebuah kolej Kristian yang menawarkan jurusan yang sama (atau orang tua anda berpendapat pekerjaan di kampung lebih baik dan selamat). Mereka memikirkan adalah lebih baik anda ke sana untuk kebaikan rohani anda, lagipun anda akan mempunyai banyak teman-teman seiman yang akan membantu anda.

3. Minta mereka untuk berfikir tentang apa yang mereka lakukan dan

minta mereka memberikan alasan. 4. Kemudian pilih seorang dalam setiap kumpulan untuk mengongsikan

apa yang sudah mereka bincangkan.

Apa Pendapat Anda?

Page 71: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Panduan Pembimbing: Sesi 4

68

Melalui jawapan yang mereka berikan, anda akan mendapat tahu pemahaman mereka tentang kepercayaan dan iman Kristian. Jelaskan kepada mereka mengapa penyataan 2, 7, 8, 9, 11, 14 dan 15 adalah salah. Anda mungkin ingin mereka untuk membincangkan atau berkongsi mengapa mereka menempatkan tanda tanya atau sifar di beberapa kenyataan.

A. Pengenalan

1. Bukan sahaja ianya penting untuk memahami apa yang anda percaya, tetapi juga menjelmakan apa yang anda percaya dalam kehidupan anda.

2. Jika keyakinan dan kepercayan anda kepada Yesus hanya di kepala sahaja, maka anda akan berada dalam masalah yang serius apabila anda mulai hidup dan berinteraksi dengan orang lain di kolej/tempat kerja.

3. Tidak mengambil masa yang lama untuk anda tinggal di kampus seperti orang lain, apa lagi bila anda sudah mulai berpendapat Allah bukanlah Tuhanmu lagi yang anda akan dengar dan patuhi. Maka, anda akan mulai mengikuti apa saja orang lain katakan atau lakukan.

4. Anda perlu mengambil ketuanan Yesus secara serius dalam hidup anda sebelum anda memulakan kehidupan baru di kolej atau di bandar.

5. Bagaimanapun, hidup setia sebagai seorang Kristian hanyalah satu satu daripada masalah-masalah yang akan anda hadapi. Masalah yang lain adalah penyangkalan secara terbuka bahkan penen-tangan kepada iman anda.

6. Bagaimanakah anda menangani apabila pensyarah atau teman-teman anda dengan sengaja mengajukan soalan yang membuatkan anda merasa tidak selesa?

7. Mari kita lihat apakah yang dilalui oleh Rasul Paulus ketika ditentang untuk menyampaikan firman.

B. Mari Belajar Dari Pengalaman Rasul Paulus

1. Minta mereka melihat Kisah Rasul-Rasul 17:16-34. 2. Suruh beberapa orang untuk membaca bahagian ini. Kemudian

minta mereka untuk menjawab soalan ini:

Renungan Firman Tuhan

Page 72: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

69

O B O R B e l i a B u k u 1 6

a. Apakah yang membuat Paulus sedih ketika berada di Athens (ayat 16)? (Melihat kota itu penuh dengan patung-patung berhala)

b. Apakah respon Paulus? (ayat 17)? (Berbincang tentang Injil dengan orang Yahudi dan orang Yunani yang takut akan Allah di rumah ibadat, dan sesiapa sahaja yang ditemui di pasar akan mendengar)

c. Bagaimana reaksi ahli falsafah yang berpengetahuan terhadap Paulus (ayat18-20)? (Ada yang mengejek dengan memanggil Paulus mulut murai tetapi yang lain sangat hairan tentang apa yang diperkatakan oleh Paulus dan mereka mahu tahu dengan lebih lanjut tentang apa yang dikatakan oleh Paulus.)

d. Apabila Paulus menjelaskan latar belakangnya, adakah Paulus menimbulkan kemarahan pendengarnya (ayat 22-23)? (Tidak. Dia tidak merendahkan kepercayaan mereka, sebaliknya Paulus cuba menjelaskan kepercayaannya. Dia bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kepercayaan, perhatian dan membincangkan imannya dengan mengaitkan kepercayaan mereka)

e. Senaraikan lima perkara yang Paulus nyatakan tentang Allah ketika dia memperkenalkan iman Kristiannya (ayat 24-31). (Allah adalah pencipta segala sesuatu dalam alam semesta; Dia tidak tinggal di kuil-kuil buatan manusia; Dia tidak memerlukan orang untuk menjaga Dia; Dia adalah sumber dan pemberi hidup; Kita adalah anak-anak-Nya kerana Dia memberikan kita kehidupan; Kerana Dia adalah Pencipta, Dia tidak boleh menjadi seperti hasil ukiran perak, emas atau batu; Dia mahu orang mencari Dia; Pada masa lalu, Dia mengizinkan manusia menjadi jahil tetap kini Dia mahu supaya setiap orang bertaubat dan kembali kepada-Nya; Dia telah menentukan satu masa penghakiman melalui Yesus yang telah dibangkitkan dari antara orang mati.)

f. Menurut Paulus, apakah bukti yang Tuhan berikan untuk menunjukkan bahawa semua ini adalah benar (ayat 31)? (Dia membangkitkan Yesus Kristus dari antara orang mati sebagai bukti bahawa kita semua akan dibangkitkan dari kematian pada hari kiamat)

g. Bagaimanakah reaksi orang ramai terhadap Paulus (ayat 32-34)? (Ada di antara mereka yang mengejek, namun ada juga yang mendengar dan percaya dan mengikut Paulus)

3. Minta mereka membincangkan dalam kumpulan soalan berikut;

Page 73: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Panduan Pembimbing: Sesi 4

70

Apa yang anda dapat pelajari daripada contoh kehidupan Paulus, terutama tentang apa yang dapat anda responkan apa-bila anda berada dalam situasi di mana iman anda dipersoal-kan dan dicabar? (Minta mereka rujuk Kolose 2:8 dan 1 Petrus 3:15-16).

4. Kemudian minta seorang dari setiap kumpulan untuk mengongsikan respon mereka terhadap situasi ini.

Ada dua perkara yang dapat kita pelajari dari Paulus:

1. Sentiasa Bersiap a. Jika anda percaya bahawa Injil adalah berita yang terbaik

yang anda miliki, maka anda harus bersiap untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja yang berminat.

b. Ketika Paulus melihat bahawa orang-orang disekelilingnya ramai yang tidak mengenal Allah, dia sangat terganggu dan sedih. Begitulah juga yang harus kita rasakan setiap kali kita bertemu dengan orang yang belum mengenal Allah.

c. Jika anda pergi ke kolej atau di tempat kerja yang baru, anda tidak harus mempunyai sikap untuk menjadi sama seperti orang lain atau tidak mahu mengaku sebagai orang Kristian.

d. (Minta mereka merujuk dalam Roma 1:16.) Paulus memanggil kita untuk tidak merasa malu terhadap Injil. Tidak ada sebab mengapa kita harus malu menjadi sebagi seorang Kristian. Mengapa kita perlu sedemikian jika kita percaya bahawa ia akan menyelamatkan rakan-rakan dan pensyarah kita dari penghakiman dan membawa mereka mengenal Allah?

e. Petrus memberitahu anda untuk selalu bersiap dengan meletak-kan Kristus sebagai Tuhan yang terutama dalam kehidupan anda. Bila ini terjadi orang akan melihat suatu perbezaan dalam kehidupan anda, kemudian mereka mahu tahu mengapa anda seperti itu. Anda harus siap untuk menjawab pertanyaan mereka. (1Petrus 3:15).

f. Alkitab mengatakan bahawa kita harus bersiap sedia dan jangan lalai untuk melaksanakan tanggungjawab yang sudah dipercayakan kepada kita iaitu menjadi saksi Allah walau di mana pun kita berada.

2. Sentiasa Besikap Ramah

a. Pada masa yang sama, anda tidak dipanggil untuk memegahkan diri apabila mengongsikan kepercayaan dengan orang lain.

b. Paulus sangat peka kepada orang-orang Athens ketika dia mengongsikan kepercayaannya kepada mereka. Dia tidak

Page 74: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

O B O R B e l i a B u k u 1 6

71

merendah-rendahkan kepercayaan mereka melainkan mengambil peluang itu untuk membawa mereka mengenal Allah. (Kisah Rasul-Rasul 17:22-23)

c. Petrus memberitahu anda untuk memberikan alasan tentang iman kepercayaan anda dengan lemah lembut dan hormat (1 Petrus 3:15-16). Anda harus berkongsi kepercayaan anda dengan bijaksana dan jelas. Anda tidak perlu berkompromi hanya untuk membuat Kristian itu dapat diterima dengan baik.

d. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengongsikan dengan ikhlas dan jelas. Sementara tanggungjawab orang yang mendengar adalah untuk memberi respon.

e. Tapi sedarlah bahawa menjadi saksi tidak hanya bererti ber-kongsi kebenaran tentang Kristian tetapi juga bermaksud untuk berkongsi pengalaman secara perbadi anda dengan Allah dalam hidup anda. Inilah yang dimaksudkan oleh Petrus bila dia mengatakan bahawa anda harus memberi alasan untuk pengharapan yang anda miliki. Anda adalah bukti hidup bagi Allah tentang apa yang sudah Dia lakukan untuk anda dan akan terus melakukan itu.

C. Mengenal Firman Allah

1. Jaga Kehidupan Rohani Anda. a. Anda harus menjaga kehidupan rohani anda. Maksunya, anda

mesti menjaga hubungan anda dengan Allah. b. Allah adalah sangat penting dalam kehidupan anda. Jangan

cuba untuk melupakan itu. Anda harus memastikan supaya anda semakin bertumbuh dan memperdalamkan hubungan dengan Tuhan secara berterusan terutama ketika anda berada di kolej.

c. Anda harus menyisihkan masa khusus untuk Dia setiap hari dalam hidup anda.

d. Adalah mudah untuk kita mengenepikan Tuhan dari jadual harian anda terutama di tengah-tengah kesibukan pengajian anda, peperiksaan, rakan-rakan dan perkara-perkara baru yang menarik.

e. Perkara utama yang anda harus lakukan dan selesaikan sebelum anda keluar dari rumah adalah meluangkan masa untuk Allah setiap hari. Luangkan masa untuk membaca, merenung firman, berdoa, menyembah Dia setiap waktu. Dalam kata yang lain ambil masa untuk mengenal Allah.

f. Mempelajari firman Allah, berdoa dan menyembah Allah ada-lah asas rohani di mana setiap orang Kristian harus mendisiplinkan diri untuk menjadikan rutin dalam kehidupan.

Page 75: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Panduan Pembimbing: Sesi 4

72

Bukan mudah, tetapi inilah yang dikatakan sebagai disiplin. g. Ia memerlukan anda berusaha dengan lebih tekun. Anda

mungkin gagal berkali-kali tetapi jika anda terus berusaha, anda akan menemui kejayaan jauh melebihi segala kesukaran yang anda lalui.

2. Bertumbuh Dalam Kehidupan Rohani Anda

a. Berusaha untuk terus bertumbuh dalam kehidupan rohani anda. b. Untuk bertumbuh, anda harus menjadikan firman Allah sebagai

makanan rohani. Anda perlu membaca, merenung firman Allah. Ini adalah sesuatu yang harus anda lakukan setiap hari dalam hidup anda.

c. Tanpa bekalan makanan fizikal anda akan lemah dan mati. Begitu juga halnya tanpa makanan rohani anda juga akan lemah dan mati secara rohani.

d. (Minta mereka mencari cara yang lain untuk mereka bertumbuh secara rohani)

e. Cara lain ialah pengajaran dari mimbar setiap Ahad dan perbincangan dalam persekutuan serta kelompok sel. Adalah sangat penting anda manghadirkan diri dalam setiap Kebak-tian Ahad dan menjadi ahli untuk persatuan Kristian di kampus.

f. Anda seharusnya mengambil peluang untuk mengikuti kem, seminar dan bengkel kerana ini sangat membantu anda untuk bertumbuh dalam rohani dan menguatkan lagi iman anda.

g. Membaca buku-buku rohani juga akan membantu menguatkan lagi iman dan hubungan anda dengan Allah.

h. Semua ini memerlukan satu syarat asas, iaitu sikap yang benar. Anda perlu memiliki sikap yang benar tentang komitmen anda kepada Allah dan apakah yang berharga dalam hidup anda.

i. Berazamlah dari awal-awal lagi untuk membuat komitmen menerima Yesus sebagai Tuhan secara perbadi apabila berada di kolej. Kemudian persiapkan hati anda untuk berdiri teguh, bertumbuh dan menjadi saksi untuk menjangkau orang di sekeliling anda.

Tutup sesi ini dengan komitmen para peserta kepada Tuhan. Berdoa bagi mereka agar mereka menempatkan Kristus sebagai Tuhan dalam kehidupan mereka. Berdoa agar mereka berkomitmen untuk berkongsi kepercayaan mereka di mana sahaja mereka berada.

Doa

Page 76: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Pencetus Minat

O B O R B e l i a B u k u 1 6

73

Objektif-Objektif Sesi

Sesi 5 : Dalam Rancangan Tuhan

1. Mengubah beberapa tanggapan salah tentang maksud kehendak Tuhan bagi hidup mereka.

2. Mengkaji bahawa kehendak Allah untuk umat-Nya adalah supaya mereka hidup secara kudus yang menyenangkan-Nya.

3. Menyedari bahawa Tuhan mempunyai rancangan yang spesifik bagi setiap orang.

4. Mempertimbangkan kembali bahagian-bahagian di dalam kehidupan yang mereka ingin sesuaikan dengan kehendak Tuhan.

Mengambil Langkah Yang Tepat

1. Aktiviti ini bertujuan untuk menilai sejauh mana para peserta mampu membimbing rakan mereka yang matanya ditutup untuk berjalan tanpa memijak halangan yang ada di atas lantai.

2. Pilih bahan-bahan yang akan digunakan sebagai halangan. Bahan-bahan yang akan memberikan ketidakselesaan dan sedikit kesakitan amat sesuai kerana ia akan memberikan cabaran kepada para peserta. Anda boleh gunakan kacang hijau/merah, atau batu-batu kecil.

3. Buat ruangan kosong dengan menyusun semua kerusi ke tepi. 4. Bahagikan mereka kepada dua kumpulan. 5. Mereka harus mempunyai pasangan di dalam kumpullan mereka. 6. Berikan kain penutup mata kepada setiap kumpulan. 7. Berikan mereka kebebasan untuk memilih siapa yang akan

memakai penutup mata tersebut. 8. Tujuan permainan ini ialah mereka akan membimbing rakan mereka

berjalan ke garisan penamat tanpa memijak halangan yang ada di lantai.

9. Satu markah akan ditolak bagi setiap barang yang dipijak. 10. Peranan pasangan mereka ialah untuk memberikan arahan dari

luar kawasan permainan. 11. Para peserta haruslah memakai kain penutup mata sebelum

halangan diletakkan di atas lantai. 12. Kedua-dua pasukan haruslah bersaing antara satu sama lain secara

berpasangan. 13. Pasangan pertama yang mencapai garisan penamat akan

mendapat lima markah.

Page 77: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Renungan Firman Tuhan

74

Panduan Pembimbing: Sesi 5

A. Pengenalan 1. Ajukan pertanyaan kepada mereka yang memakai penutup mata

adakah mereka mampu untuk sampai ke garisan penamat tanpa pertolongan daripada pasangan mereka.

2. (Berikan peluang bagi mereka untuk menyatakan perasaan mereka.) 3. Anda mampu untuk melakukannya sendiri jika anda mahu bukan?

(biarkan mereka memberi respon). Walau bagaimanapun, anda akan melakukannya dengan jauh lebih perlahan dan dengan lebih banyak kesakitan.

4. Ianya jauh lebih baik dan mudah bagi kita untuk mempunyai pembimbing daripada kita melakukanya bersendirian, bukankah begitu?

5. Sama seperti kehidupan kita, jika kita tidak ingin jatuh tersungkur seperti seseorang yang memakai penutup mata, kita memerlukan bimbingan.

6. Alkitab berjanji bahawa Tuhan akan selalu berada di samping kita untuk membimbing kita.

7. Persoalannya adalah bagaimanakah kita mengetahui bimbingan dan rancangan Tuhan bagi kita supaya kita hidup di dalam ketaatan.

8. Sesi hari ini bertujuan untuk menjawab persoalan ini. B. Kehendak Tuhan? 1. Sebagai orang Kristian, kita bergumul untuk mengetahui kehendak

Tuhan bagi kehidupan kita. 2. Kita tidak mempunyai kepastian samada kehendak Tuhan mengan-

dungi rancangan spesifik bagi kehidupan kita; ataupun ia hanya merangkumi bahagian-bahagian besar seperti pasangan hidup, kerjaya, hubungan dan sebagainya.

3. Adakah Alkitab mempunyai segala yang kita perlu tahu mengenai kehendak Tuhan bagi setiap individu?

Kehendak Tuhan bagi setiap manusia merangkumi hidup yang:

1. Suci dan Tidak Bercela (Efesus 1:3-4; 1 Tesalonika 4:1-8) a. Paulus menulis suratnya kepada jemaat di Efesus dan menjelas-

kan bahawa Tuhan mempunyai rancangan bagi setiap pengikut-Nya sejak sebelum dunia diciptakan.

b. Tujuan-Nya adalah supaya umat-Nya yang telah dipilih dan dikasihi untuk hidup kudus dan tidak bercela di hadapan-Nya. (Efesus 1:4)

Page 78: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

O B O R B e l i a B u k u 1 6

75

c. Paulus juga berkata demikian kepada jemaat yang berada di Tesalonika. Dia menulis bahawa kehendak Tuhan ialah bagi mereka untuk dikuduskan, serta menjalani hidup yang suci dan kudus. (1 Tesalonika 4:3)

d. Apakah alasan yang diberikan oleh Paulus? (Biarkan mereka berinteraksi melalui 1 Tesalonika 4:7 dan 1 Petrus 1:15)

e. Ia adalah kerana kehendak Tuhan ialah agar kita menjadi seperti Dia. Kerana Dia kudus, kita juga harus menjadi kudus.

f. Tujuan-Nya yang terutama ialah bagi kita untuk menjadi sama seperti Anak-Nya Yesus Kristus.

g. Bagaimana Dia melakukan hal tersebut di dalam kehidupan kita adalah berbeza bagi setiap orang. Tetapi tujuannya tetap sama, iaitu supaya kita semua bertumbuh dalam kekudusan dan semakin menjadi seperti Yesus.

h. Maka hidup kita akan membawa kemuliaan bagi nama-Nya. 2. MenyenangkanNya (Kolose 1:9-12; 1 Tesalonika 4:1-8)

a. Dalam suratnya kepada jemaat di Kolose, Paulus berdoa agar mereka akan bertumbuh untuk mengetahui kehendak Tuhan supaya mereka akan mendapat kehidupan yang layak dan menyenangkan Tuhan.

b. Paulus juga berkata demikian kepada jemaat yang berada di Tesalonika agar mereka menyenangkan Tuhan. (1 Tesalonika 4:1-2)

c. Bagaimanakah ia dapat dilihat di dalam hidup kita? (Rujuk Kolose 1:10-12)

d. Sekiranya kita hidup seturut kehendak Tuhan, kita akan:

Berbuah di dalam segala pekerjaan baik kita

Bertumbuh untuk mengenali Tuhan dengan lebih dalam

Mengetahui kuasa Tuhan yang akan memberikan kita kesabaran dan ketabahan.

Selalu dipenuhi dengan kegembiraan dan rasa syukur kepada Tuhan akan hadiah hidup baru yang telah diberikanNya kepada kita.

e. Ini ialah kehendak Tuhan bagi setiap anak-Nya. f. Tetapi bagaimana dengan kehendak-Nya bagi setiap individu g. Adakah dia mempunyai rancangan spesifik bagi kita?

C. Rancangan Tuhan Yang Spesifik

1. Kehendak Tuhan a. Alkitab membuktikan bahawa Allah akan menyatakan kehendak

-Nya kepada umat-Nya:

Page 79: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Panduan Pembimbing: Sesi 5

76

Dialah yang akan memulakannya.

Dia mempunyai rancangan yang spesifik bagi setiap anak-Nya.

b. Seringkali kita menjadi terlalu cemas tentang kehendak Tuhan bagi hidup kita. Kita sering bertanya kepada-Nya dan menjadi bingung ketika kita tidak menemukan jawapan.

c. Pertama sekali, kita harus mempunyai kepastian bahawa Tuhan mengenali kita sebelum kita lahir di dunia ini. Tuhan memberikan jaminan kepada Yeremia bahawa Dia sudah membentuk rancangan-Nya bagi hidup Yeremia sejak sebelum dia lahir. (Yeremia 1:5)

d. Daud juga berkata tentang perkara yang sama di dalam Mazmur 139:15-16. Tuhan telah menyediakan rancangan-Nya bagi kita ketika Dia dengan penuh kasih sayang membentuk kita di dalam rahim ibu kita.

e. Kedua, kita harus yakin bahawa Tuhan akan menyatakan rancangan-Nya kepada kita menurut masaNya sendiri.

f. Kita juga harus mengetahui bahawa Tuhan tidak menyatakan kehendaknya sekaligus mahupun secara terperinci. Rujuk kepada apa yang mereka telah lakukan sebentar tadi.

g. Dia ialah Tuhan yang Maha Kuasa. Adalah menjadi hak-Nya untuk menyatakan kehendakNya kepada kita.

h. Kepada sesetengah orang seperti Musa dan Yeremia, Tuhan menyatakannya dengan lebih terperinci.

i. Kepada yang lain seperti Paulus, Petrus dan Yoshua, Dia hanya menyatakan apa yang Dia ingin mereka lakukan. Mereka mengetahui rancangan terperinci yang selebihnya sepanjang perjalanan mereka bersama Tuhan.

j. Kita harus mempunyai iman bahawa Dia mempunyai rancangan yang tertentu bagi setiap orang.

k. Ini termasuklah kerjaya, teman hidup, perhubungan, gereja, peluang untuk melanjutkan pelajaran, orang yang akan mempengaruhi hidup anda dan sebagainya.

l. Apa yang kita perlu lakukan ialah untuk hidup di dalam ketaatan dan kesucian di hadapan-Nya. Dan ketika anda ber-tumbuh di dalam mengenal-Nya, anda akan mengetahui cara Dia bekerja di dalam hidup anda.

2. Kehendak Manusia

a. Bagaimana pula dengan hal-hal kecil di dalam kehidupan kita? Adakah setiap hal seperti makanan yang akan kita makan serta pakaian yang kita akan pakai juga ditentukan oleh Tuhan? (Berikan mereka peluang untuk memberikan respon serta bawa

Page 80: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Doa

O B O R B e l i a B u k u 1 6

77

mereka untuk merujuk jawapan mereka dari kegiatan di Aktiviti Bersama).

b. Kita harus ingat bahawa kehendak Allah secara menyeluruh ialah bagi kita untuk hidup di dalam kekudusan. Agar kita semakin hari menjadi seperti Anak-Nya Yesus Kristus.

c. Rancangan-Nya yang spesifik bagi setiap kita akan membantu kita secara menyeluruh dalam proses bertumbuh menjadi seperti Kristus.

d. Adakah itu merangkumi memilih makanan dan pakaian kita? (Biarkan mereka menjawab).

e. Allah tidak menjadikan kita seperti robot di mana setiap perincian harus diprogramkan.

f. Dia telah menciptakan kita serupa dengan gambaran-Nya, dengan akal, hati dan kebebasan untuk membuat pilihan di dalam hidup kita terutamanya perkara-perkara kecil.

g. Ini bukan bermaksud yang anda tidak mempunyai hak di dalam membuat pilihan bagi perkara-perkara besar di dalam kehidupan anda. Ia lebih kepada dengan mengikuti Tuhan, anda akan membuat pilihan yang terbaik kerana Dia yang menciptakan anda dan Dia tahu apa yang terbaik bagi anda.

h. Pada akhirnya, ia adalah pilihan anda samada mengikuti kehendak-Nya ataupun tidak.

i. Kemahuan Tuhan ialah bagi anda untuk mencari kehidupan yang mengasihi Dia, mengikuti-Nya di dalam kepercayaan dan ketaatan.

j. Ketika anda berbuat demikian, anda sudahpun berjalan seturut kehendak-Nya dan memenuhi rancangan-Nya di dalam hidup anda.

k. Kita akan berbincang bagaimana untuk mengenal-pasti cara Tuhan menuntun anda di sesi-sesi yang seterusnya.

Tutup sesi tersebut dengan berdoa agar mereka akan mempelajari bagaimana harus mentaati Allah dengan hidup di dalam kekudusan, tanpa cela dan berkenaan kepada-Nya. Doakan agar Dia akan memberikan mereka roh kebijaksanaan dan pengetahuan setiap hari supaya mereka akan bertumbuh menjadi seperti Kristus dan berbuah bagi-Nya di dalam kehidupan mereka.

Page 81: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Objektif-Objektif Sesi

Panduan Pembimbing: Sesi 6

78

1. Menyedari bahawa kunci untuk mengetahui kehendak Tuhan ialah satu hubungan peribadi dengan Dia yang memimpin mereka.

2. Mengetahui bahawa Tuhan menginginkan mereka untuk bertumbuh di dalam mengenali-Nya agar mereka mampu mengenalpasti suara-Nya ketika Dia berbicara kepada mereka.

3. Mempelajari bahawa Tuhan memakai pelbagai bentuk pimpinan untuk berkata-kata kepada mereka.

4. Merenungkan bahagian-bahagian di dalam hidup mereka di mana mereka bergumul untuk mengetahui kehendak Tuhan

Pemimpin Yang Sebenar? 1. Tujuan aktiviti ini ialah bagi mereka yang memakai penutup mata

untuk mengenal pasti suara orang yang memberikan arahan kepadanya untuk mencapai hadiah.

2. Susun kerusi dan buat satu ruangan luas di dalam bilik. 3. Letakkan barang-barang seperti tin kosong, kerusi dan lain-lain di

merata kawasan tersebut sebagai halangan bagi mereka. 4. Kemudian letakkan bar coklat dan gula-gula asam manis di atas

salah satu halangan tersebut sebagai hadiah untuk dimenangi. 5. Bahagikan mereka kepada kumpulan bertiga-tiga, dan masing-

masing mengambil giliran untuk melalui halangan tersebut. 6. Pakaikan salah seorang daripada mereka penutup mata dan

pusingkan dia beberapa kali. 7. Tuliskan “betul” atau “salah” di atas dua kad yang berasingan dan

masukkannya di dalam satu bekas. 8. Dua orang ahli kumpulan yang lain akan mengambil kad tersebut

secara rawak untuk menentukan kad masing-masing. 9. Mereka yang mendapatkan kad “betul” harus memberikan arahan

kepada rakannya untuk mendapatkan coklat. Manakala yang mendapat kad “salah” adalah arahan kepada gula-gula masam manis.

10. Dengan arahan “mula”, mereka harus memberikan arahan kepada rakan mereka yang memakai penutup mata untuk mencari hadiah tersebut.

Sesi 6: Pemandu, Bukan Peta

Pencetus Minat

Page 82: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Renungan Firman Tuhan

O B O R B e l i a B u k u 1 6

79

11. Ahli kumpulan yang memakai penutup mata harus menentukan suara mana yang ingin dipatuhinya.

12. Jika coklat dipungut maka rakan yang memakai penutup mata dan yang memegang kad “betul” akan berkongsi hadiah tersebut manakala ahli kumpulan yang memegang kad “salah” akan mengambil gula-gula asam manis.

13. Jika gula-gula asam manis dipungut maka rakan yang memegang kad “salah” akan mendapatkan coklat manakala ahli kumpulan yang memegang kad “betul” akan berkongsi gula-gula asam manis dengan rakan yang memakai penutup mata.

A. Pengenalan 1. Ajukan pertanyaan kepada mereka yang memakai penutup mata

adakah senang bagi mereka untuk menentukan suara siapa yang harus mereka ikuti dan apakah sebab mereka memilih suara tersebut.

2. Bukanlah senang untuk menentukan suara mana yang harus dituruti di dalam keadaan sedemikian. Kita berharap untuk dengan mudah dapat mengetahui siapakah yang harus kita ikuti tanpa perlu melalui trauma memastikannya sendiri.

3. Ini samalah dengan apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. 4. Seringkali kita berharap dengan mudah untuk mengetahui apakah

pilihan yang terbaik bagi kita. Kita juga sering bertanya samada pilihan kita itu masih di dalam lingkup rancangan Tuhan ataupun tidak.

5. Kita juga sering berharap agar Tuhan berbicara secara jelas mengenai pilihan kita agar kita tidak menyimpang jauh dari kehendak-Nya.

6. Berapa ramai di antara kita yang menginginkan Tuhan untuk mem-berikan rangka tindak bagi hidup kita -- di mana setiap perincian hidup kita telah pun ditentukan oleh Tuhan -- supaya kita dengan senang hati cuma perlu menurutinya tanpa bersusah-payah berdoa untuk mengetahui kehendak Tuhan?

7. Tetapi Tuhan tidak bekerja sedemikian. 8. Allah tidak menginginkan kita menjadi seperti robot, mengikuti

arahan tanpa mempunyai kebebasan untuk bertumbuh di dalam hubungan dengannya.

9. Mengenali Tuhan bermaksud memahami-Nya dan mengetahui kehendak-Nya serta belajar untuk mentaati apa yang kita tahu menyenangkan hati-Nya.

10. Allah berjanji akan beserta kita dan memimpin kita untuk lebih

Page 83: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Panduan Pembimbing: Sesi 6

80

mengenali-Nya. 11. Bagaimanakah Allah memimpin kita? Adakah terdapat syarat-

syarat yang akan membantu kita untuk mengetahui pimpinan-Nya ataupun mendengarkan Dia dengan lebih baik? Perkara inilah yang akan kita bincangkan hari ini.

12. Terangkan ketika anda berkata “Allah berkata” ataupun “suara Allah”, anda bukan bermaksud suara yang kedengaran tetapi mengenali bagaimana Allah memimpin dan menuntun mereka.

B. Pemimpin, Bukan Peta

1. Suara Sang Gembala (Yohanes 10:1-5,14) a. Yesus menyamakan diri-Nya seperti seorang gembala yang

mempunyai sekumpulan domba di bawah jagan-Nya. (ayat 2,14)

b. Dia berkata bahawa domba-Nya mendengarkan suara-Nya (ayat 3) ketika Dia memanggil nama mereka dan memimpin mereka keluar.

c. Domba-Nya mengikuti Dia kerana mereka mengenali suara-Nya. (ayat 4)

d. Dia mengenali domba-Nya dan mereka mengenal Dia. (ayat 4) e. Kunci untuk mengenali suara Allah bukanlah melalui suatu set

formula. Yesus tidak memberikan kita sebarang cara mahupun peraturan untuk dipatuhi.

f. Menurut Yesus, kuncinya ialah melalui hubungan peribadi dengan-Nya. Sebab mengapa domba-domba tersebut mengenali suara gembala mereka ialah kerana mereka mempunyai hubungan dengan dia yang menjaga mereka. Mereka kenal akan gembala tersebut.

g. Oleh sebab itu mereka mampu untuk mengenali suara-Nya dan memberikan tindak balas kepada-Nya ketika Dia memanggil mereka.

h. Jika anda ingin mendengar suara Tuhan, anda haruslah mempunyai hubungan peribadi dengan-Nya.

2. Hadirat Gembala

a. Walaupun kita prihatin dan betul-betul ingin mencari pimpinan Allah, Allah sebenarnya mahu memberi kita lebih dari itu. Dia mahu memberikan kita diri-Nya.

b. Ketika Yesus berkata Dia mengenali domba-Nya dan mereka mengikuti Dia apabila mereka mendengar suara-Nya, Dia berjanji lebih daripada hanya memberikan panduan kepada mereka.

Page 84: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

O B O R B e l i a B u k u 1 6

81

c. Dia menjanjikan penyertaan dan hadirat-Nya. d. Mengetahui kehendak Tuhan untuk hidup anda hanyalah

sebahagian daripada hubungan yang berterusan anda dengan-Nya.

e. Tuhan lebih menginginkan anda untuk menjadi teman dan rakan-Nya, supaya anda boleh berjalan bersama-Nya.

f. Dia telahpun mengenali anda sepenuhnya. Kini Dia ingin anda untuk memahami sesuatu mengenai diri-Nya. Semakin anda mengenali Dia, anda akan semakin berjalan sesuai menurut kehendak-Nya.

g. Tuhan tidak begitu peduli dengan kesalahan yang akan anda lakukan sewaktu mengikuti Dia. Dia ingin mengajar anda cara dan jalan-Nya. Ini ialah satu proses yang akan mengambil masa sepanjang anda bertumbuh dalam mengenal Dia.

h. Apakah cara Tuhan untuk memimpin anda mengetahui rancangan-Nya bagi hidup anda? Dapatkah anda mengenal suara-Nya ketika Dia sedang berkata-kata kepada anda?

C. Suara Sang Pemimpin

Tuhan berbicara kepada kita melalui cara-cara berikut.

1. Firman Tuhan a. (Minta mereka buka ke Mazmur 119:9,11. Suruh seorang da-

ripada mereka untuk membacanya.) b. Oleh kerana Allah telahpun menyatakan Diri-Nya melalui

Firman-Nya, jelas bagi kita bahawa ini ialah saluran utama yang akan Tuhan pakai untuk berbicara dengan kita.

c. Tuhan telahpun memberikan panduan dan hikmat bagi kita untuk hidup melalui Firman-Nya. Kita juga boleh mempelajari cara Tuhan bekerja dan berfikir melalui Alkitab.

d. Walau bagaimanpun, kita tidak boleh menganggapnya sebagai horoskop. Kita tidak boleh menyelak halamannya secara rawak setiap kali kita ingin mengetahui kehendak Tuhan.

e. Walaupun adakalanya kita berbuat demikian dan Tuhan bekerja, pengalaman seperti ini bukanlah satu norma bagi kita membaca Alkitab.

f. Ketika anda mendalami Firman Tuhan, Roh Kudus akan menggunakan apa yang sudah tertanam di dalam hati dan min-da anda, memimpin anda di dalam mengambil keputusan samada besar ataupun kecil.

g. Walau bagaimanpun, anda harus ingat bahawa apa yang anda anggap datang daripada Allah tetapi bila itu bercanggah dengan Alkitab, maka itu bukanlah kehendak

Page 85: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Panduan Pembimbing: Sesi 6

82

Allah, kerana Tuhan tidak akan bercanggah dengan Firman-Nya sendiri.

2. Doa

a. Tuhan juga berkata-kata kepada kita melalui doa. b. Ia boleh datang melalui:

i. Roh Kudus membangkitkan ayat-ayat dalam Firman Tuhan di dalam fikiran kita.

ii. Satu perasaan tenang dan terjamin. iii. Perasaan yang mendorong kita bertindak di dalam

sesuatu perkara. c. Walau bagaimanapun, kita harus ingat bahawa semua ini ialah

perasaan subjektif, sesuatu yang berkemungkinan datang daripada kehendak kita sendiri.

d. Alkitab menyatakan bahawa hati kita adalah raja bagi segala dusta dan amat keji (Yeremia 17:9). Kadangkala kita tidak dapat membezakan suara hati kita dan suara gembala kita.

e. Pada masa yang sama, kita juga harus ingat bahawa kadangkala kehendak hati kita juga ialah benih yang ditanam oleh Allah. Kita tidak boleh beranggapan bahawa setiap kehendak hati kita akan bertentangan dengan kehendak Allah.

f. Adalah lebih baik bagi kita untuk mengesahkan apa yang kita rasakan datang daripada Tuhan dengan panduan yang sedia ada.

g. Tuhan juga menggunakan mimpi dan penglihatan untuk berkata-kata kepada kita. Namun demikian, ini bukanlah cara yang selalu Tuhan gunakan untuk memimpin kita.

h. Kebanyakan cara-cara dramatik ini digunakan oleh Allah untuk menyatakan hal-hal tertentu bagi mendidik pengikut-Nya. Sebagi contoh Musa, Paulus ketika perjalanannya ke Damsyik, Petrus di atas bumbung dan sebagainya.

i. Pada masa yang lain, ia diberikan kerana sesetengah orang mempunyai pengertian yang amat cetek berkenaan dengan Tuhan sehinggakan tiada cara lain untuk mencapainya.

j. Kadang-kadang Allah memilih cara ini untuk memimpin kita. k. Walau bagaimanapun, kita harus mengesahkah apa sahaja

yang kita anggap datang daripada Allah dengan bentuk panduan yang lain kerana kita tidak selalunya dapat mentafsirkan mimpi dan penglihatan dengan betul.

3. Keadaan Sekeliling

a. Allah juga menggunakan keadaan sekeliling untuk memimpin kita. Keadaan sekeliling juga, tidak seharusnya dianggap

Page 86: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

sebagai satu muktamad. b. Ini kerana apabila kita bercakap mengenai keadaan sekeliling,

kita cuma merujuk kepada keadaan yang kita sedar. Mungkin ada perkara lain yang memberikan kesan kepada keadaan sekeliling dan kita tidak menyedarinya.

c. Sebagai contoh, ketika Yesus di dalam perjalanan-Nya yang terakhir ke Yerusalem, murid-murid-Nya menentang Dia daripada meneruskan perjalanan-Nya. Keadaan sekeliling mereka menunjukkan bahawa Yesus berada di dalam keadaan yang berbahaya. Namun demikian, Yesus mempertimbangkan perkara lain yang murid-murid-Nya tidak ketahui. Sebagai contoh, tujuan kematian-Nya, oleh sebab itu Dia berkeras untuk meneruskan perjalanan-Nya.

d. Walaupun kita tidak patut meletakkan keadaan sekeliling sebagai satu kayu pengukur bagi menentukan kehendak Tuhan, kita tidak seharusnya menghadkan kemungkinan Tuhan akan menggunakannya. Kita harus mempertimbangkannya dengan panduan-panduan lain.

4. Nasihat Orang Lain

a. Adalah baik bagi kita untuk mendapatkan nasihat daripada orang yang lebih tua dan lebih bijak kerana mereka mempunyai pengalaman selama bertahun-tahun berjalan bersama Tuhan dan mengetahui fikiran-Nya.

b. Walau bagaimanapun, kita harus sentiasa mempertimbangkan dua perkara:

i. Jangan memilih untuk berjumpa dengan mereka yang akan menyatakan apa yang ingin anda dengar. Pilihlah seorang yang jauh lebih bijak dan matang; yang mampu untuk menyatakan aspek lain di dalam masalah anda yang anda tidak pernah pertimbangkan.

ii. Jangan biar orang tersebut membuat keputusan bagi diri anda. Anda memerlukan hubungan secara peribadi dengan Tuhan bukan daripada orang lain.

c. Ambil nasihat tersebut dan doakan ia. d. Kemudian, dengan panduan-panduan lain yang ada, buatlah

pilihan anda di hadapan Tuhan. e. Pilihan anda mungkin bertentangan dengan nasihat yang telah

anda terima tetapi anda akan tetap bertanggungjawab di hadapan Tuhan kerana anda memilih untuk diri sendiri.

5. Dibawa Bersama a. Bila kita berfikir akan mencari kehendak Allah, kita harus mem-

O B O R B e l i a B u k u 1 6

83

Page 87: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

pertimbangkan dua perkara: i. Tuhan menginginkan kita untuk mengetahui kehendak dan

rancangan-Nya bagi hidup kita. Dia ialah Gembala baik yang menyayangi domba-Nya dan menginginkan mereka untuk mengenal suaraNya dan mengikuti-Nya.

ii. Arah dan peta yang ada pada kita bukanlah perkara terpenting. Perkara yang paling penting ialah pemimpinnya. Rancangan-Nya ialah bagi kita untuk lebih ingin mengenali-Nya.

b. Allah masih berbicara kepada kita sebagaimana Dia telah berbicara kepada umat-Nya di masa lampau. Dia lebih prihatin di dalam membimbing kita daripada kita ingin untuk dipimpin oleh-Nya.

c. Kita cuma perlu belajar untuk mendengar dan mengenali suara-Nya ketika Dia berbicara.

d. Mencuba untuk mendengar suara-Nya melalui jenis-jenis panduan yang telah kita bincangkan bukanlah seperti berjalan di atas seutas tali; satu sahaja kesilapan dan kita akan binasa.

e. Jika seekor domba tersesat atau terpisah dari kawanan, seorang gembala daripada Timur Tengah yang mengenali dombanya dengan nama, tidak akan meninggalkan domba tersebut kepada bahaya. Dia akan memanggilnya, dan jika domba tersebut tidak mendengarkan dia, dia akan pergi untuk mencarinya.

f. Inilah gambaran yang Yesus berikan kepada kita mengenai Allah dan hubungan kita dengan-Nya. Anda perlu diam di dalam jaminan jika anda dengan tulus mencari kehendak-Nya, Dia tidak akan pernah meninggalkan anda walaupun anda membuat pilihan yang salah.

g. Sama seperti seorang gembala dari Timur Tengah, Dia akan sentiasa membawa anda kembali ke jalan yang benar.

Tutup sesi tersebut dengan menyerahkan mereka ke tangan Tuhan. Doakan agar mereka akan bertumbuh di dalam hubungan mereka dengan-Nya dan mereka akan mengenali suara-Nya ketika Dia berbicara kepada mereka.

Panduan Pembimbing: Sesi 6

84

Doa

Page 88: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

O B O R B e l i a B u k u 1 6

85

Objektif-Objektif Sesi

Sesi 7: Menginginkan Kehendak Tuhan

1. Menyedari bahawa tidak cukup bagi mereka untuk menge-tahui kehendak Tuhan, mereka harus menginginkannya.

2. Mempelajari sikap yang mereka perlu terapkan sekiranya mereka mahu terbuka untuk mengetahui kehendak Tuhan dalam kehidupan mereka.

3. Mempertimbangkan bahagian-bahagian di mana mereka ingin mengetahui kehendak Tuhan bagi mereka.

Itukah Kehendak Mu? Tujuan aktiviti ini ialah mendapatkan beberapa orang daripada para peserta untuk melakonkan perbualan satu hala di antara mereka dengan Tuhan. Ahli kumpulan yang lain akan meneka apakah topik perbualan tersebut. 1. Sediakan beberapa helai kertas dan tuliskan arahan tersebut ke

atasnya.

Tuhan baru sahaja memberitahu anda yang anda harus berpisah dengan teman lelaki/wanita anda dan anda sedang cuba meyakinkan Tuhan sebaliknya.

Allah menginginkan anda untuk menjadi penginjil di Semenanjung Arab. Anda langsung tidak berkenan. Anda kemudian ingin meyakinkan Tuhan bahawa Dia telah memilih orang yang salah kerana anda bukanlah orang yang sesuai.

Allah menyatakan bahawa anda agak kasar terhadap adik-beradik anda. Dia ingin anda untuk meminta maaf daripada mereka tetapi anda tidak bersetuju dengan-Nya.

Anda baru sahaja menerima panggilan daripada Tuhan dan Dia menegur anda berkaitan kata-kata anda. Anda berfikir bahawa ia tidak salah kerana bahasa sedemikian adalah umum di kalangan muda-mudi zaman sekarang. Kemudian anda ingin menerangkan situasi anda kepada Tuhan.

2. Panggil beberapa sukarelawan. 3. Terangkan bahawa mereka dikehendaki berlakon sedang berbual

dengan Tuhan melalui telefon. 4. Ahli kumpulan yang lain dikehendaki untuk meneka topik perbualan

tersebut.

Pencetus Minat

Page 89: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Renungan Firman Tuhan

86

Panduan Pembimbing: Sesi 7

5. Berikan para sukarelawan beberapa minit untuk berfikir sebelum mereka mula berlakon.

6. Tanya mereka yang telah mengambil bahagian apakah perasaan mereka.

A. Pengenalan 1. Pada pendapat anda, apakah watak yang telah mereka lakonkan? 2. Walaupun ia hanyalah lakonan semata-mata, keadaan tersebut

lebih kurang sama dengan kehidupan seharian kita, bukan? 3. Selalunya mudah bagi kita untuk memberitahu Tuhan apa yang kita

ingin Dia lakukan. 4. Walau bagaimanapun, bila keadaan menjadi sukar, kita seringkali

melemparkan alasan mengapa kita tidak ingin mengikuti kehendak-Nya.

5. Dalam sesi pembelajaran sebelumnya, kita telah mempelajari untuk dipimpin oleh Allah ialah melakukan kehendak-Nya.

6. Tidak cukup hanya mengetahui kehendak Tuhan bagi kita. Tetapi kita juga harus menginginkan apa yang Dia kehendak untuk kita.

7. Sesi kali ini akan menyentuh apa yang perlu ada pada diri kita bagi mengetahui kehendak Tuhan dan melakukannya.

B. Keadaan Hati 1. Dalam sesi sebelumnya, kita telah mempelajari ada beberapa cara

yang Tuhan akan gunakan untuk memimpin kita mengetahui kehendak-Nya.

2. Walau bagaimanapun, untuk mendengar Tuhan dengan jelas, kita harus mempunyai hati dan sikap yang tepat dan benar.

3. Alkitab menunjukkan seorang yang mempunyai sikap tersebut. Orang tersebut ialah Daniel.

4. Kita meilhat Daniel menjalani hidupnya dengan menurut perintah Tuhan. Dia mempu untuk mengetahui kehendak Tuhan dan mematuhinya.

5. Apakah yang dimiliki oleh Daniel sehingga dia mempu untuk mengetahui kehendak Tuhan dan hidup menurutnya?

6. Daniel memiliki sikap-sikap berikut: a. Dia Berkongsi Hati Allah (Daniel 1:1-21)

i. Daniel tidak mempunyai masalah dalam mengetahui apakah kehendak Allah baginya dan kawan-kawannya (ayat 18) kerana dia mengetahui Firman Allah. Dia tahu sebagai pengikut Allah, dia tidak boleh makan makanan yang

Page 90: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

O B O R B e l i a B u k u 1 6

87

tertentu. ii. Oleh sebab itu, dia tidak payah berdoa meminta Tuhan

untuk menyatakan kehendak-Nya bagi dia. iii. Dia tahu apa yang akan menyenangkan Tuhan dan

memuliakan-Nya. iv. Berdasarkan pegangan inilah dia terus berusaha untuk

menyenangkan Tuhan di setiap pekerjaannya. Dia lebih mengambil berat untuk melakukan apa yang menyenangkan Tuhan daripada menyenangkan hati manusia.

v. Sama seperti Daniel, anda harus menyelami Firman Tuhan - mempelajari, menghafal dan hidup di dalamnya.

vi. Anda harus mengetahui Firman Tuhan untuk mengetahui hati Allah. Tetapi hanya mengetahui Firman Tuhan sahaja tidak mencukupi.

vii. Untuk mengenal Tuhan dan mendengarkan Dia, anda perlu menyayangi dan menghargai apa yang penting bagi-Nya. Hanya demikian barulah anda mampu untuk hidup di dalamnya.

b. Dia Menginginkan Kehendak Allah (Daniel 4:18-37)

i. Daniel ingin mengetahui dan melakukan kehendak Tuhan tanpa mengira apa yang akan menimpa dirinya.

ii. Dalam kes ini, dia mengetahui bahawa dia harus memberikan amaran kepada raja tentang apa yang akan berlaku kepadanya sekaligus menggesanya untuk bertaubat. (4:27)

iii. Kita tidak mengetahui apa yang boleh dilakukan oleh raja tersebut akibat daripada tindakan Daniel, namun begitu Daniel tetap menuruti perintah Tuhan dengan taat.

iv. Seringkali kita mempunyai kehendak dan rancangan sendiri dan tidak ingin melepaskan mereka dan hidup menurut kehendak Allah.

v. Ataupun kita menjadi takut berkenaan apa yang akan menimpa kita sekiranya kita menurut perintah Tuhan.

vi. Oleh yang demikian, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika kita tidak mempu untuk mengetahui kehendak Allah.

vii. Jika di dalam hati anda masih tidak ingin melakukan apa yang Tuhan kehendaki daripada anda, adalah sukar bagi anda untuk mengetahui rancangan Tuhan.

viii. Mungkin ia berada di hadapan mata anda tetapi anda tidak dapat melihatnya kerana hati anda masih tercari-cari benda lain.

ix. Untuk mengetahui rancangan Tuhan, anda harus mempunyai hati yang mengingini dan melakukan kehendak-Nya.

Page 91: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

c. Dia Mempercayai Tuhan (Daniel 6:1-28) i. Di dalam situasi yang ketiga, kita melihat bahawa Daniel

bergumul di dalam dilema ketika raja tersebut memberikan titah yang baru.

ii. Apakah rancangan Tuhan baginya di dalam situasi tersebut? Patutkah dia menyelamatkan diri sendiri dan menuruti raja tersebut? Bukankah lebih baik bagi Daniel untuk melayani Tuhan jika dia hidup daripada mati? Minta respon daripada mereka.

iii. Ini mungkin iallah soalan yang kita akan ajukan jika kita berada di posisi Daniel.

iv. Tetapi bagi Daniel, kehendak Tuhan amat jelas iaitu untuk tetap menyembahnya (6:10). Disebabkan Daniel mem-percayai Tuhan, dia mampu untuk mengetahui apa yang Allah inginkan daripadanya dan melakukannya tidak mengira apa yang akan menimpa dirinya.

v. Dia mempercayai Tuhan akan menjaga dirinya. Pengertian Daniel ialah jika Tuhan tidak menyelamatkan dirinya, dia dan tiga orang rakannya (rujuk Daniel 3) lebih sanggup mati daripada mengingkari Tuhan.

vi. Satu sebab mengapa kita merasakan sangat sukar bagi kita untuk mentaati perintah Tuhan ialah kita tidak yakin bahawa rancangan Tuhan adalah lebih baik daripada rancangan kita.

vii. Ia ialah satu hal untuk berkata kita percaya akan Tuhan yang Penyayang dan Maha Kuasa. Pada masa yang sama ia adalah perkara yang lain bagi kita untuk mempercaya-kan masa hadapan kita kepadaNya.

viii. Kadangkala kita menutup fikiran dan hati kita kepada Tuhan kerana kita tidak yakin akan rancangan yang Dia miliki bagi kita. Kita tidak yakin bahawa rancangan tersebut ialah yang terbaik bagi kita kerana kita bimbang jika rancangan tersebut akan menyenangkan dan memuas-kan kita ataupun tidak.

ix. Kita bimbang akan dipesongkan oleh kehendak kita sendiri. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Tuhan memang sedang memimpin kita? (Minta respon daripada mereka).

x. Jika anda sudah mengkaji diri sendiri dan mendapati bahawa kehendak anda hanyalah untuk melakukan kehendak Tuhan, percayalah bahawa Dia telah memimpin anda selama ini dan dengan iman ambilah langkah seterusnya.

xi. Anda harus mempercayai bahawa Tuhan lebih mengambil

Panduan Pembimbing: Sesi 7

88

Page 92: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

berat untuk memimpin anda daripada anda sendiri ingin dipimpin. Kadangkala kita menyalahkan Tuhan kerana membuatkan ia sukar bagi kita untuk mengetahui rancangan-Nya padahal sikap kita sebenarnya menghalang kita daripada mendengar Dia dengan jelas.

xii. Anda harus mempercayai bahawa Tuhan adalah jauh lebih besar daripada kesilapan anda. Dia mampu untuk menggunakan kesilapan tersebut untuk mengajar anda mendengar suara-Nya dan berjalan di jalan yang benar.

xiii. Anda harus mempercayai kasih karunia Tuhan dan kemampuan-Nya untuk mendapatkan anda. Percayalah bahawa Dia akan menarik anda daripada jalan yang salah dan dia akan mengajar anda untuk mengenal suara-Nya.

xiv. Apabila anda berhadapan dengan pilihan yang sukar untuk dibuat, percayalah bahawa Bapamu di syurga akan menun-jukkan anda rancangan-Nya kepada anda sekiranya anda mempunyai sikap yang benar untuk mendengarkannya. Allah tidak mengambil ringan akan hidup kita.

Minta seorang daripada setiap kumpulan untuk berdoa mewakili kumpulan masing-masing. Kemudian tutup sesi tersebut dengan menyerahkan mereka yang hadir ke dalam tangan Tuhan yang Maha Penyayang. Doakan mereka agar bertumbuh untuk mencari kehendak Allah di dalam hidup mereka.

O B O R B e l i a B u k u 1 6

Doa

89

Page 93: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Objektif-Objektif Sesi

1. Memahami bahawa kerjaya dan pekerjaan mereka ialah satu panggilan daripada Tuhan.

2. Mengenali bahawa Allah menggunakan latar belakang, minat dan karunia di dalam pekerjaan yang Dia inginkan bagi kita.

3. Mengkaji kecenderungan dan minat yang ada pada diri mereka serta kehendak hati berkaitan dengan apa yang ingin mereka lakukan dengan kehidupan mereka.

Pekerjaan Idamanku 1. Aktiviti ini bertujuan untuk mengajak para peserta berfikir

pekerjaan apakah yang menarik minat mereka. 2. Bahagikan mereka kepada beberapa kumpulan. 3. Minta mereka untuk membincangkan perkara berikut:

Bayangkan anda sedang merakamkan suatu dokumentari berjudul “Di Alam Pekerjaan”. Anda ingin merakamkan orang yang terlibat dengan pekerjaan yang menarik dan mencabar. Apakah pekerjaan yang akan anda rakamkan? Berikan alasan bagi jawapan anda.

4. Arahkan mereka untuk berbincang di antara satu-sama lain di dalam kumpulan.

5. Pilih seorang wakil untuk membentangkan hasil perbincangaan mereka.

A. Pengenalan 1. Salah satu masalah terbesar bagi seorang belia ialah untuk memilih

pekerjaan ataupun karier mereka. 2. Kita semua telah, akan atau masih lagi berada persimpangan di

mana kita terpaksa membuat pilihan untuk masa hadapan kita. 3. Ia pasti sesuatu yang hebat jika anda berpeluang untuk melakukan

perkara yang menarik dan menyeronokkan bukan? (Rujuk kepada contoh mereka kemukakan awal tadi).

4. Walaupun demikian, ada di antara kita yang tidak pasti apa yang

Panduan Pembimbing: Sesi 8

90

Sesi 8: Mencari Panggilan Anda

Pencetus Minat

Renungan Firman Tuhan

Page 94: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

O B O R B e l i a B u k u 1 6

91

perlu dipilih walaupun anda diberikan kebebasan untuk memilih. 5. Soalan cepu mas bagi setiap belia ialah, “bagaimanakah cara

bagi saya untuk mencari pekerjaan ataupun karier yang sesuai bagi diri saya?”

6. Sebagai seorang Kristian, anda akan berhadapan dengan soalan yang lebih mencabar: “bagaimanakah saya mengetahui panggilan Tuhan bagi diri saya?”

7. Perkataan “pekerjaan” datang daripada perkataan Latin namun begitu di dalam masyarakat kita pada masa kini, perkataan tersebut telah kehilangan maksudnya. Kini ia lebih difahami sebagai karier/kerjaya.

8. Sebagai Kristian kita perlu mencari pekerjaan yang menjawab panggilan syurgawi, amanat agung daripada Allah untuk memenuhi tanggungjawab yang telah diletakkan di atas kita sebagai pengikut-Nya.

9. Alkitab sering mengajar bahawa Allah ialah Allah yang memanggil. Dia yang terlebih dahulu memanggil kita untuk memasuki kerajaan-Nya. Dia juga memanggil kita untuk melayani-Nya di dalam kerajaan-Nya, menggunakan apa yang telah diberikan-Nya kepada kita dengan sepenuhnya.

10. Bagaimanakah anda mengetahui panggilan yang diberikan oleh Tuhan kepada anda?

11. Topik inilah yang akan kita bincangkan pada sesi kali ini. B. Peraturan-peraturan Asas 1. Kaca Mata Anda

a. Kita sering melabelkan beberapa perkara sebagai “suci/kudus”, “rohani” dan “duniawi” bukan? (Rujuk kepada apa yang telah mereka tulis di bahagian Akitiviti Bersama).

b. Kita berfikir bahawa membaca Alkitab dan menghadiri perjumpaan doa adalah perkara kerohanian. Manakala bermain piano dan melakukan aktiviti di luar gereja ialah O.K. tetapi tidak sepenting mana.

c. Kita sentiasa membezakan hidup rohani kita daripada hidup di luar gereja.

d. Perkara yang berkaitan dengan hidup rohani kita adalah suci lantas menjadi keutamaan di dalam hidup kita.

e. Kita terbawa-bawa cara berfikir seperti ini kepada jenis pekerjaan kita.

f. Ramai orang Kristian melihat pekerjaan yang berkaitan dengan gereja samada sepenuh mahupun separuh masa, sebagai “rohani” manakala tidak bagi yang sebaliknya.

g. Mereka berfikir bahawa melayani Tuhan sepenuh masa akan

Page 95: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Panduan Pembimbing: Sesi 8

92

lebih menyenangkan hati-Nya dan lebih sejajar dengan menuruti kehendak-Nya.

h. Kadangkala ramai pekerja Kristian juga jatuh di dalam cara berfikir seperti ini. Tanpa disedari kita beranggapan bahawa mereka yang tidak berada sepenuh masa di dalam pelayanan sebagai kurang rohani dan tidak penting di dalam kerajaan Allah.

2. Kaca Mata Allah

a. Adakah anda berfikir bahawa Allah menyetujui cara berfikir seperti ini? (Minta respon daripada mereka).

b. Ketika Allah menciptakan kita, Dia tidak menciptakan kita hanya dari segi rohani, tetapi sebagai manusia utuh yang mempunyai tubuh jasmani dan rohani.

c. Sifat-sifat aktiviti kita tidak menjadikan kita rohani ataupun tidak, motif kita yang akan menentukannya.

d. Menghadiri kelompok doa boleh menjadikan kita tidak rohani dan ‘tidak kudus’ jika kita pergi dengan kemarahan dan kebencian di dalam hati.

e. Tidak ada benda yang tidak rohani di mata Allah jika kita melakukannya dengan tujuan yang baik, dan bila kita bertujuan mahu hidup di dalam kebenaran serta ingin menyenangkan dan memuliakan Tuhan.

f. Demikian juga dengan pekerjaan kita. g. Adakah pekerjaan seorang Kristian sebagai juruwang di super-

market atau penjaga parkir kurang rohani daripada mereka yang bekerja sepenuh masa di dalam gereja? (Minta respon daripada mereka)

h. Kita semua dipanggil untuk menjadi pekerja sepenuh masa. Ini bermaksud kita bekerja untuk memuliakan Tuhan. Semua pekerjaan akan memuliakan Tuhan kecuali jika pekerjaan tersebut memang salah dari segi moral.

i. Kita harus mengetahui bahawa Tuhan tidak lebih menggemarkan satu jenis pekerjaan daripada yang lain.

j. Pada pendapat anda, apakah panduan anda untuk memilih pekerjaan anda di masa hadapan? (Minta respon daripada mereka).

k. Anda harus melihat pekerjaan anda sebagai panggilan daripada Tuhan dan bukan sekadar karier. Oleh yang demikian, ia tidak penting apakah jenis pekerjaan yang anda pilih kerana anda tetap akan memenuhi panggilan Tuhan kepada anda.

l. Soalan yang harus anda tanyakan ialah: “apakah panggilan Tuhan kepada saya? Bagaimanakah saya boleh melayani Tuhan

Page 96: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

O B O R B e l i a B u k u 1 6

93

dengan semua yang saya miliki di dalam masa yang terdesak/akhir zaman ini?”

C. Mencari Panggilan Anda. a. Tuliskan ayat-ayat berikut di atas papan tulis:

Harun (Keluaran 4:13-17,27-31) Saul (1 Samuel 9:15-17) Hosea (Hosea 1:1-3) Amos (Amos 7:14-15) Lewi (Lukas 5:27-28) Maria (Lukas1:26-38)

b. Berikan seorang watak dan petikan kepada setiap kumpulan. c. Minta mereka untuk mengkaji bagaimankah watak yang telah

diberikan kepada mereka mengetahui panggilan Tuhan bagi diri mereka.

d. Pilih seorang wakil untuk membentangkan hasil pencarian mereka.

1. Tuhan Memanggil

a. Alkitab mengajar kita bahawa Allah ialah “Tuhan yang memanggil”.

b. Tuhan memanggil manusia untuk bertaubat dan kembali beriman kepada-Nya. Tuhan juga memanggil manusia untuk melayani-Nya.

c. Panggilan Tuhan bukan sahaja secara umum tetapi Dia juga mempunyai panggilan secara khusus.

d. Di dalam petikan Alkitab yang telah anda baca tadi, apakah persamaan bagi pekerjaan mereka? (Minta respon daripada mereka).

e. Di dalam setiap kisah, Tuhanlah yang terlebih dahulu memanggil mereka. Mereka tidak memilih pekerjaan ataupun panggilan mereka. Allah memanggil mereka secara peribadi kepada tugas khusus yang telah disediakan-Nya bagi mereka.

f. Anda harus ingat bahawa Allah mempunyai panggilan khusus bagi setiap kita. Dia pasti akan memanggil anda untuk memenuhi rancangan-Nya.

g. Anda mungkin mempunyai cita-cita sendiri. Tetapi jika anda benar-benar ingin mengikuti Tuhan, anda harus membawanya di hadapan Allah dan meminta Dia untuk menyatakan panggilan-Nya bagi diri anda.

h. Kadangkala, rancangan anda adalah selari dengan panggilan-Nya kerana Dia telahpun menyediakan anda, tetapi perkara ini bukanlah satu kemestian.

i. Walau bagaimanpun, anda harus mengenali bahawa

Page 97: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Panduan Pembimbing: Sesi 8

94

panggilan anda datang daripada Tuhan. Ia tidak penting apakah pekerjaan yang akan anda pilih sekiranya anda pasti bahawa dia memang telah memanggil anda.

a. Kemudian tuliskan petikan tersebut di atas papan tulis.

Kisah Rasul-Rasul 7:20-29, 35-36 Keluaran 12:37-38 Kisah Rasul-Rasul 22:1-5, 17:1-4

b. Jelaskan bahawa anda ingin mereka untuk melihat kehidupan Musa dan Paulus. Minta mereka membaca petikan tersebut dan kaji apakah latar belakang, sifat, dan kemampuan yang mereka miliki serta apakah panggilan Tuhan bagi mereka.

c. Panggil seorang wakil untuk membentangkan hasil pencarian.

2. Tuhan Menggunakan Latar Belakang Anda. a. Kita tidak harus beranggapan bahawa ilmu pengetahuan,

latihan dan pengalaman kita adalah perkara yang telah mem-buang masa kita. Ataupun mereka adalah tidak penting bagi rancangan yang Tuhan telah sediakan bagi kita.

b. Tidak ada perkara yang berlaku di dalam hidup kita sebagai kebetulan ataupun nasib semata-mata.

c. Anda harus menyedari bahawa Tuhan ialah penulis hidup anda. Dia telahpun menyediakan anda sejak hari pertama anda diciptakan bagi kemuliaan diri-Nya.

d. Bukan secara kebetulan Musa berada di dalam kerajaan Mesir. Tuhan telahpun merancangkan perkara tersebut baginya. (Kisah Rasul-Rasul 7:20-22)

e. Semua pengalaman dan ilmu pengetahuan yang dia perolehi ketika menjadi putera Mesir menyediakan Musa untuk mengetuai 600,000 orang Israel tanpa mengira wanita, kanak-kanak dan haiwan ternakan (Keluaran 12:37-38)! Kajian menjangkakan jumlah orang yang dipimpin oleh Musa keluar daripada Mesir hampir mencecah satu juta orang.

f. Bayangkan seorang manusia biasa memimpin orang yang seramai itu! Musa harus disediakan oleh Allah untuk memikul tanggungjawab tersebut walaupun dia merasakan dirinya tidak layak.

g. Perkara yang sama berlaku kepada Paulus. Tuhan memakai latihannya di dalam Hukum Taurat Yahudi untuk membolehkan dia berbincang dengan orang Yahudi. (Kisah Rasul-Rasul 22:1-

Page 98: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

95

O B O R B e l i a B u k u 1 6

5, 17:1-4). Beserta dengan kebolehan Paulus secara semula jadi dan karunia rohaninya, dia mampu untuk memikirkan iman Kristian dan mengajarkannya dengan jelas kepada orang Kristian pada waktu tersebut.

h. Ketika anda berdoa untuk mencari panduan daripada Allah, ingat bahawa Tuhan akan menggunakan latar belakang dan pengalaman anda.

3. Tuhan Menggunakan Kencenderungan dan Minat Anda.

a. Minat dan kecenderungan anda merangkumi kebolehan semula jadi anda.

b. Ramai orang berfikir yang Tuhan hanya akan melibatkan mereka dengan perkara yang sukar dan yang tidak menarik minat mereka.

c. Mereka beranggapan bahawa Tuhan hanya akan memanggil mereka kepada perkara yang mereka tidak inginkan dan bertentangan dengan minat mereka.

d. Kita harus ingat bahawa Tuhan ialah pengurus yang baik. Dia pasti telah mengambil kira kebolehan, minat dan karunia kita.

e. (Minta mereka untuk membuka Keluaran 4:4-16. ) Tuhan tahu Harun mampu berkata-kata dengan baik. Oleh yang demikian, Dia memilih Harun untuk menjadi wakil bagi Musa untuk berbicara.

f. Paulus memberikan nasihat bagi kita untuk menilai diri kita sebaik-baiknya (Roma 12:3) supaya kita tahu apakah kebolehan kita.

g. Tuhan mungkin dan mungkin tidak akan menggunakan kebolehan dan minat anda, tetapi ini boleh dijadikan satu panduan untuk anda dalam memilih pekerjaan anda.

h. Dia juga mungkin akan memimpin anda kepada perkara yang berpadanan dengan sifat dan ciri-ciri anda.

i. (Rujuk kembali kepada apa yang mereka telah bangkitkan mengenai kebolehan dan sifat-sifat Musa dan Paulus.) Walaupun dengan maklumat yang sedikit, kita melihat Musa mempunyai karakter yang teguh dan sifat-sifat seorang pemimpin secara semula jadi. (Rujuk Kisah Rasul-Rasul 7:22-26). Ini ialah ciri-ciri yang telah Tuhan berikan kepadanya untuk memikul tanggung-jawab tersebut.

j. Paulus juga mempunyai karakter yang kuat dan teguh. Dia sangat fokus dan bersemangat di dalam melakukan apa yang dia percaya (Kisah 22:3-5). Kelihatan seperti dia juga mempunyai kebolehan untuk berucap di hadapan umum dan mengajar kerana perkara tersebut ialah perkara utama yang dilakukannya di sepanjang perjalanan beliau. (Kisah 17:2-4).

Page 99: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Panduan Pembimbing: Sesi 8

96

k. Oleh disebabkan sifat, kebolehan semula jadi dan karunia rohani Pauluslah, Tuhan mampu untuk menggunakan Paulus di dalam pelayanan yang memerlukan kesungguhan dan kekuatan seperti yang ada padanya.

l. Tuhan mungkin tidak akan memanggil kita seperti Dia telah memanggil Musa dan Paulus. Kebanyakan daripada kita akan mendapatkan panggilan kita secara dalaman melalui apa yang Dia berikan kepada kita: ilham, karunia rohani dan kebolehan semula jadi. Dia telah menyediakan persekitaran kita sebelum kita mengetahui apakah panggilan kita.

4. Tuhan Menggunakan Karunia Rohani Anda.

a. Tuhan juga memberikan setiap kita karunia rohani ketika kita menjadi anak-Nya.

b. Ini ialah kebolehan istimewa yang diberikan oleh Roh Kudus untuk membolehkan gereja berfungsi sebagai satu tubuh.

c. Tuhan memberikan Paulus karunia rohani yang berpatutan baginya untuk memikul tanggungjawabnya sebagai rasul di kalangan orang bukan Yahudi dan orang Yahudi yang belum mempercayai Yesus Kristus. (Rujuk kepada 2 Korintus 12:1,11-12 )

d. Tanpa karunia tanda-tanda dan mukjizat, penglihatan, dan pengwahyuan, Paulus tidak mungkin menjadi sebegitu efektif di dalam pelayanannya.

e. Oleh disebabkan Tuhan memberikan karunia secara fizikal dan rohani, ada di antara kita yang perlu mengetahui fikiran Allah untuk menentukan karunia manakah yang akan menunjukkan anda kepada panggilan anda.

f. Kadangkala Tuhan akan memanggil seseorang untuk mening-galkan kebolehan semula jadi mereka dan memberikan fokus kepada karunia rohani bagi mengejar panggilan mereka. Sebagai contoh, sesorang mungkin mempunyai kebolehan di dalam bidang perubatan dan pada masa yang sama mempunyai kebolehan untuk berkhotbah dan mengajar. Bukan bermaksud kebolehan semula jadi tidak sepenting karunia rohani. Tetapi kita sedang hidup di akhir zaman dan kita harus menyusun keutamaan kita untuk menjawab panggilan Tuhan dan melayaninya dengan bersungguh-sungguh.

g. Oleh yang demikian, anda harus membawa kehendak, kebolehan dan karunia anda di hadapan Tuhan dan berdoa kepada-Nya untuk menunjukkan kepada anda bagaimana anda mampu untuk melayani-Nya dengan segala yang telah diberikan-Nya kepada anda.

Page 100: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Doa

D. Kesimpulannya Bagaimanakah anda mengenali kehendak Tuhan tentang masa

hadapan anda?

1. Ketahuilah bahawa pekerjaan anda ialah panggilan daripada Tuhan dan bukanlah karier semata-mata.

2. Kenali diri sendiri dan ketahui apakah sifat-sifat keperibadian yang anda miliki.

3. Lihat kepada minat dan kebolehan anda beserta karunia rohani yang telah Tuhan berikan.

4. Pertimbangkan jenis pekerjaan mahupun pelajaran yang sejajar dengan minat, kebolehan dan karunia anda.

5. Bawa mereka di hadapan Tuhan. Doakannya dan minta Tuhan untuk menyatakan rancangan-Nya terhadap anda. Anda harus sanggup untuk mematuhi-Nya jika anda ingin Dia menyatakan rancangan-Nya dengan jelas kepada anda.

6. Minta teman seiman untuk berdoa bersama anda, terutama sekali jika anda merasakan Tuhan memanggil anda ke dalam pelayanan sepenuh masa.

7. Jika anda tidak pasti ke mana Tuhan sedang memimpin anda dan anda harus membuat pilihan, pergilah dengan pilihan anda. Tuhan tidak akan membiarkan anda berjalan keluar daripada rancangan-Nya jika hati anda tertuju untuk mentaati-Nya. Dia pasti memberitahu anda jika anda telah membuat keputusan yang salah.

8. Jangan biarkan pilihan anda ditentukan oleh wang, pangkat mahupun kerana anda tidak tahu apa yang harus dilakukan! Carilah kehendak Tuhan dan berusahalah bersungguh-sungguh di dalam mentaatinya.

Serahkan para peserta kepada Tuhan -- setiap seorang dengan sifat, minat, dan kebolehan masing-masing. Doakan agar Allah akan menunjukkan kepada mereka panggilan yang telah disediakan-Nya. Doakan agar mereka mengetahui bahawa pekerjaan mereka ialah satu panggilan daripada Bapa di Syurga untuk memuliakan-Nya.

O B O R B e l i a B u k u 1 6

97

Page 101: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti

Dapatkan kesemua 25 buah buku dalam siri OBOR BELIA dari kami!

Hubungi kami di [email protected] atau layari laman web kami di www.wawasanpenabur.org

Page 102: OBOR BELIA - Wawasan Penaburwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Obor-Belia-Buku-16.pdf · Panduan Pelajar terdiri daripada Kata-Kata Mutiara, Ayat Mas Alkitab, Aktiviti