Ok.docx

11
Ok, ni ulasannya. Agak sukar juga nak guna bahasa melayu sbb biasa ngan bahasa inggeris, tp akan cuba. Perhatian, ulasan pandu uji ini adalah pandangan peribadi, 2 penumpang, dilakukan semasa hujan agak lebat dan hujan ini berterusan dr pagi lagi. Kalau diuji ketika keadaan kering,mungkin lebih baik keputusannya. Bermula dengan menghidup enjin, kedengaran bunyi sama je dgn unit iafm yg menggunakan ?coil on plug?. Masuk gear undur, secara otomatiknya, kamera undur terpancar gambar pada cermin pandang belakang,tapi xsampai separuh cermin. Oleh itu,tidak menghalang pemandangan kebelakang menggunakan cermin pandang belakang. Mudah dan selesa untuk

Transcript of Ok.docx

Ok, ni ulasannya. Agak sukar juga nak guna bahasa melayu sbb biasa ngan bahasa inggeris, tp akan cuba. Perhatian, ulasan pandu uji ini adalah pandangan peribadi, 2 penumpang, dilakukan semasa hujan agak lebat dan hujan ini berterusan dr pagi lagi. Kalau diuji ketika keadaan kering,mungkin lebih baik keputusannya.Bermula dengan menghidup enjin, kedengaran bunyi sama je dgn unit iafm yg menggunakan ?coil on plug?.Masuk gear undur, secara otomatiknya, kamera undur terpancar gambar pada cermin pandang belakang,tapi xsampai separuh cermin. Oleh itu,tidak menghalang pemandangan kebelakang menggunakan cermin pandang belakang. Mudah dan selesa untuk mengundurkan exora ini.Dari segi prestasi enjin dan transmisi.Masuk slot gear D, tekan minyak, diperhatikan, meter melonjak ke rpm 1600 dan mula bergerak. Amat mudah untuk capai rpm 2000. Pada rpm tersebut, exora meluncur dgn lancar dan laju tanpa sebarang masalah. Pemanduan dalam bandar, diperhatikan, meter rpm tidak lebih dr 2000, bukan kerana lambat utk naik ke rpm tinggi, tapi sudah memadai dan terasa agak laju juga kelajuan meningkat sehingga terpaksa mengawal pedal minyak dan bermain brek kerana terlalu cepat menghampiri kenderaan dihadapan. Apabila dah biasa dengan ?throttle? yg responsive, pengawalan jadi amat mudah. Berbanding dengan flx @ flx se, pengalaman yang amat berbeza kerana pada flx@flx se, kita bleh rasa peningkatan kuasa dr rpm 800 ke rpm 2000, tp bg exora ini, kuasa datang secara tiba2, mgkin ini kelebihan tork maksimum pada serendah 2k rpm berbanding dgn flx@flx se hanya sekitar 80-90 peratus tork dijana pada rpm yg sama.Keluar dari laluan sibuk dibandar ke jalan yang 2 lorong ke arah luar bandar, enjin cfe+cvt ini mula menunjukkan kehebatannya. Bermula dari berhenti di lampu isyarat jalan utama sebelum naik jambatan tanjung lumpur, hanya menekan separuh ?throttle?, exora ini meluncur dgn mudah mendaki jambatan pada kelajuan 120kmh yg mana waja peribadi saya harus diperah ke tahap maksima dgn mematikan mode ?overdrive?, utk mencapai pada kelajuan yang sama di puncak jambatan tanjung lumpur.Ketika di lampu isyarat yayasan pahang, sebuah nissan navara berada dihadapan, oleh kerana ada kenderaan disebelah kiri dan navara seperti tidak mahu masuk ke lorong kiri(mgkin kerana perasan exora cfe nih kerana kami beada sebelah menyebelah ketika dilampu isyarat tanjung lumpur, mgkin nak menduga kuasa cfe), kami bersama2 sampailah ke kelajuan 120kmh sebelum ada peluang utk saya memintas ke lorong sebelah kiri(amaran,salah disisi undang2 membawa kenderaan laju dan memotong sebelah kiri. Tp memandangkan navara tuh xnak ketepi,saya terpaksa gunakan lorong kiri), memijak pada angaran 3/4 pedal minyak, cfe terus mengaum, jarum rpm melonjak melebihi 4000 rpm, lebih kurang 4300rpm, saya memintas navara tersebut tanpa sebarang masalah dan agak cepat kelajuan meningkat dari 120kmh ke 160kmh sebelum saya perlahankan kenderaan kerana kereta dihadapan dan lampu isyarat. Pada jalan rata, exora ini mengekalkan kelajuan 100kmh pada 2300 rpm. Pada mulanya kelihatan seperti 2500 rpm, tapi bila kelajuan tercapai dan setara, jarum rpm turun ke 2200 rpm. Pada kelajuan setara 110kmh, jarum rpm sekitar 2500 rpm. 90kmh disekitar 2000rpm pada kelajuan setara.(perhatian, rpm akan berlainan pada yg dinyatakan bergantung pada faktor jalan kerana rpm yg dinyatakan ketika kelajuan yg setara dipandu secara relaks)Tidak tahu berapa rpm pada kelajuan 160kmh kerana rpm ketika itu sudah 4500rpm tp kelajuan masih lg meningkat tapi terpaksa diberhentikan kerana kenderaan dihadapan dan lampu isyarat.Secara keseluruhannya, jika dibandingkan dengan kereta enjin cvt lain yg pernah saya pandu dan pandu uji seperti saga flx,flx se, inspira 1.8, lancer gt 2.0, nissan sylphy, honda city vtec n jazz idsi, harus saya katakan, cfe+cvt pada exora ini adalah combo yg terbaik diantara yg saya nyatakan diatas termasuk lancer gt 2.0(pemilik lancer 2.0 dan inspira 2.0,jgn terasa ok,hanya pandangan peribadi) berdasarkan pemanduan sebenar,bukan atas kertas dan dari segi kuasa pada setiap band rpm. Cvt pada exora ini bunyinya masih kedengaran(stakat ini,mmg sume cvt akan ada bunyi) tp lebih senyap berbanding dengan flx@flx se,mgkin kerana faktor kedap bunyi yg lebih baik, jauh lg senyap dari mitsubishi cvt. Bleh katakan setara@lebih baik sedikit dari xtronic cvt nissan slphy. Bunyi engine cfe juga lebih senyap didalam kabin,walupun diperah, ngaumannya masih terkawal,mgkin faktor kewujudan ?hood insulator? pada ?engine bay?. Ada membaca komen lain yang menyatakan bunyi enjin kuat ketika diperah,tp amatan saya, bukan bunyi enjin, tapi gabungan bunyi enjin dan bunyi cvt menyebabkan bunyi macam kuat,tp kalau bunyi enjin sahaja, paling senyap dlm variasi campro.Dari segi pemanduan.Em, sperti yg kita tahu,ada perubahan pada ?ride n handling? exora bold berbanding exora standard sblm nih. Oleh kerana hari hujan, xdapat nak komen tentang ?feedback? atas jalan kering, tp cukuplah saya katakan, ?feedback? dr steering dalam keadaan hujan,agak baik masih bleh rasakan limit mengambil selekoh ketika hujan dan ketika melalui lopak air. Steering terasa agak ringan sedikit berbanding yg lama, tp masih baik dari segi keberatan kerana kalau steering terlalu ringan,agak merbahaya jika dipandu laju.Membawa exora lama,dijalan sama diuji tadi, menunjukkan,mmg ada perubahan dalam ride n handling. Terasa spring agak keras kerana tidak terasa teroleng hinggalah mngambil selekoh pada kelajuan tinggi, baru terasa olengannya tapi masih minimum. Boleh saya katakan, jauh lebih baik dari waja saya dan jauh lebih baik dari exora lama pada jalan yang sama kerana selekoh tajam laluan harian saya, paling laju saya bwk waja peribadi pada 110kmh dan kelajuan tersebut hanya berani diambil sekiranya kenderaan disebelah sebab jalan 2 lorong, kdg2 terpaksa makan jalan sebelah, tetapi td, disangkakan bawa pada kelajuan 100kmh kerana ada bas disebelah,tetapi rakan sa saya menegur kerana rupanya ianya adalah 120kmh, dia menegur bukan kerana terasa terbuai,cume terkejut bila melihat meter kelajuan kerana xsangka rupenya dah 120kmh kerana xterasa 120kmh pada selekoh dan secara peribadi,saya sendiripun amat terkejut terhadap ?body control? exora bold.Tapi walupun agak keras,tapi masih lagi selesa bagi saya sebagai pemandu dan rakan disebelah, tetapi penumpang dibelakang,xpasti kerana tidak duduk dibelakang.Tayar gt radial champiro bax2, walupun krg terkenal dimalaysia, menjalankan tugas dgn baik walupun dlm keadaan jalan basah dan ada lopak air. Bunyi tayar tidak boleh dikomen kerana jalan basah, cume memadai utk mengatakan,ketika melalui lopak air,hanya pada kelajuan baru terasa ?aqua planning?, hampir sama xslh saya dgn yokohama adrive r1 yg pernah saya gunakan dahulu.Brek walupun masih lg br,tp memberi cekaman yg memuaskan dlm keadaan kereta yg br 173km semasa pulangkan kunci.

Dari segi nvh.Bleh saya katakan walupun dalam keadaan hujan, nvh dia lebih baik dari exora sblmnya, memandang masih br, tiada bunyian2 pelik, tp jarang dengar pengguna exora komplen bunyi2 misteri dr kete diaorang