Oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIMjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Khas...

8
1 Khutbah Khas Hari Pahlawan 2018 Oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM

Transcript of Oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIMjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Khas...

Page 1: Oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIMjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Khas Hari... · Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling

1

Khutbah Khas Hari Pahlawan 2018

Oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JAKIM

Page 2: Oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIMjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Khas Hari... · Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling

2

KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN

TAHUN 2018

“PAHLAWAN: JASAMU SENTIASA DI HATIKU”

27 JULAI 2018/14 ZULKAEDAH 1439

نظلذث وطان، ونش غلييا فيطو نو خرية األ ي نوذ غلييا ة احلهد هلل الذ

ق ن ال إهل إالذ اهلل وحده ال شيم هل، الهلم احلد أ ص

نان، أ

االستلرار واأل

دايث . الهتي دا عتده ورسهل، الهتػث ةال نذ سيدىا وىبيذيا مهذد أ ص

وأ

فضل داع إىل الب واإليهان، واإلحسان، وأ

د مذ صل وسلم وبارك لع سيدىا مهذ اهلل اللذ رحث للػالهي ولع نو بػث

يو م ادل م ةإحسان إىل ي ريو واتلذاةػي ل يبي الطا الطذ .ءاهل وصحاةت

ا بػد، فيا غتاد اهلل نذ . أ ى اهلل وطاغت وصيكم وإيذاي ةتل

ا اهلل، أ ل اتذ

ن :كال اهلل تػاىل يف مكم آيات. لػلذكم تفلح

ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦچ

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Marilah kita bertakwa kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-

Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi

Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Istiqamahlah kita dalam mengamalkan

segala ajaran Allah dan suruhan Rasulullah . Mudah-mudahan kita beroleh

kejayaan sama ada di dunia dan di akhirat nanti.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

27 Julai 2018/14 Zulkaedah 1439

Khutbah Jumaat 2018

Khutbah Khas

Page 3: Oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIMjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Khas Hari... · Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling

3

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Ketika negara-negara di luar berada dalam kancah peperangan yang

menghancurkan negara berkenaan, kita merasa amat bertuah tinggal dalam sebuah

negara yang aman harmoni. Keamanan ini tidak datang sendiri melainkan melalui

perjuangan dan pengorbanan pasukan keselamatan. Mereka mengorbankan tenaga,

jiwa dan raga berjuang serta berjihad mempertahankan kedaulatan negara daripada

terus diceroboh, diganggu serta dijajah. Ada di antara mereka yang terkorban atau

mengalami pelbagai kecederaan.

Namun, apa yang penting mereka telah melakukan satu tindakan yang amat selari

dengan tuntutan Islam iaitu mempertahankan hak dan kebenaran. Mereka tidak rela

negara yang kita sayangi ini dijajah dan kita diperhambakan. Mereka mahu menjadi

bangsa berwawasan, merdeka, berdikari dan bebas untuk melaksanakan tuntutan Ilahi

dengan aman. Justeru, mimbar Jumaat bersempena sambutan hari pahlawan

membicarakan khutbah bertajuk: PAHLAWAN: JASAMU SENTIASA DI HATIKU.

Kita sangat berterima kasih kepada para pahlawan dan pejuang negara. bagi

mereka yang beragama Islam dan telah kembali menemui Allah , kita doakan

semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan para syuhada‟ dan orang-orang soleh

serta mendapat ganjaran yang baik daripada Allah . kepada mereka yang masih

hidup, kita sanjungi, hargai dan teladani keberanian dan kehebatan mereka. Benarlah

apa yang disabdakan oleh Rasulullah :

ال "ىبئكم أ

فضل ةليلث أ

ن ال للث نو أ

أ ف لػلذ رض خ

اللدر، حارس حرس يف أ

ل "يرجع إىل أ

27 Julai 2018/14 Zulkaedah 1439

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

Khutbah Khas

Page 4: Oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIMjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Khas Hari... · Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling

4

Mafhumnya : “Mahukah Aku ceritakan kepada kamu tentang satu malam yang lebih

utama daripada malam al-Qadar? Iaitu malam yang dilalui oleh seseorang yang

berkawal di suatu tempat yang menakutkan (kerana menjaga keamanan), yang

mungkin (jika berlaku sesuatu tidak baik) dia tidak dapat kembali lagi kepada

keluarganya.”

(Riwayat Hakim dan Baihaqi)

Untuk itu, pada 31 Julai setiap tahun, masyarakat Malaysia akan sama-sama

mengingati dan mengenang segala jasa pahlawan negara melalui satu majlis rasmi

iaitu sambutan Hari Pahlawan. Di samping sambutan yang diadakan saban tahun, kita

sebagai rakyat Malaysia perlulah menghayati dan mengambil pengajaran daripada

semangat kepahlawanan para pejuang negara. Sesungguhnya, negara amat

memerlukan rakyat berjiwa pejuang yang sanggup melakukan pelbagai pengorbanan

demi membangunkan ummah dan negara tercinta ini.

Hakikat ini bersesuaian dengan prinsip Maqasid Syariah dalam Islam iaitu

memelihara agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. Keamanan dan ketenteraman

dalam sesebuah negara sahaja yang menjadi pra syarat kesemua prinsip tadi dapat

dijaga, dipelihara dan ditegakkan seterusnya membawa manfaat dan rahmat kepada

agama, negara dan rakyat keseluruhannya.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Hari ini, dalam suasana keamanan dan kemakmuran yang telah dikecapi hasil

perjuangan dan pengorbanan para pahlawan negara khasnya, serta hasil tersebar luas

ajaran agama Islam amnya, masyarakat Malaysia telah mengharungi kehidupan yang

harmoni dan tenteram. Namun, di sebalik suasana sebegini, satu gejala atau fenomena

sebenarnya sedang merebak dan menyerang secara senyap dalam kehidupan

masyarakat dunia amnya menyebabkan umat Islam di Malaysia turut terkesan dengan

gejala ini. Perkara yang dimaksudkan ialah serangan penggunaan alatan gajet yang

boleh membawa kesan negatif dalam masyarakat antaranya boleh melahirkan suasana

dalam masyarakat yang sering mengadu-domba, fitnah-memfitnah, menyampaikan

maklumat yang tidak tepat, hina-menghina, kutuk-mengutuk dan seumpamanya.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

27 Julai 2018/14 Zulkaedah 1439 Khutbah Khas

Page 5: Oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIMjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Khas Hari... · Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling

5

Dalam konteks ini telah digambarkan oleh Rasulullah melalui sabda baginda

yang berbunyi:

ت " نذمم داء سيصيب أ

ا األ ل اهلل ونا: ، فلال مم؟ كال داء يا رس

ش : األ

األ

"وابلطر واتلاكثر واتلذياجش يف ادلىيا، واتلذتاغض واتلحاسد حىت يكن ابلغ

Maksudnya: "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat

-umat terdahulu. Sahabat bertanya: "Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu wahai

Rasulullah? Rasulullah menjawab: "Penyakit umat-umat terdahulu ialah terlalu

banyak berfoya-foya, terlalu mewah, menghimpun harta sebanyak mungkin, tipu-menipu

dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi dan hasut-menghasut sehingga

menjadi zalim."

(Riwayat al-Hakim)

Jika berterusan berlaku dalam masyarakat suasana yang celaru akhlaknya,

serong tatasusilanya dan rendah nilai budinya serta menyimpang dari landasan syarak,

bagaimana mungkin akan muncul para pahlawan dan pejuang kebenaran yang akan

tampil dengan semangat kepahlawanan tulen dan unggul. Justeru, langkah perlu

dilaksanakan untuk melahirkan generasi berciri pahlawan yang mempunyai daya juang,

integriti, amanah, sabar, kental dan terus mampu mencurah bakti bagi membanteras

segala bentuk kemungkaran dan kerosakan yang berlaku.

Maka sudah tentu sebagai jawapannya, setiap individu dari kita perlu

menghayati dan mengamalkan segala nilai berteraskan Islam yang telah terbukti mampu

mewujudkan kebahagiaan dan keharmonian sejagat. Sebagai seorang yang beragama

Islam, kita hendaklah menjadikan aqidah sebagai tonggak ke arah melahirkan individu

muslim yang mampu menjadi pahlawan dan pejuang kebenaran. Pengakuan syahadah

yang kita ucapkan itu sepatutnya benar-benar memerdekakan kita daripada segala bentuk

maksiat dan perlakuan yang bertentangan dengan syariat Islam. Hal ini penting

ditonjolkan kerana sinar cahaya keberanian dan kepahlawanan para pejuang negara

terdahulu sememangnya telah dinyalakan oleh obor Islam. Melaluinya, semangat jihad

telah berjaya disuntik.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

27 Julai 2018/14 Zulkaedah 1439 Khutbah Khas

Page 6: Oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIMjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Khas Hari... · Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling

6

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Kita perlu meletakkan agama Islam sebagai sumber yang boleh mendorong

umat Islam menghayati erti perjuangan dan seterusnya menjadi seorang pahlawan.

Bermula dengan diri sendiri, berjuang melawan hawa nafsu yang sentiasa mendorong

ke arah melakukan kemurkaan terhadap Allah . Kemudian berjuang memandu

ahli keluarga menghidupkan amal-amal Islami dalam kehidupan seharian. Lebih dari

itu, berjuang dalam mengajak masyarakat agar sentiasa bergerak di atas landasan

syariat yang benar dan berpaksikan ketauhidan kepada Allah selaras dengan

firman-Nya dalam surah Al „Imran ayat 104:

ں چ ں ڱ ڱ ڱ ڱ ڳ ڳ ڳ ڳ

چڻ ڻ ۀ ۀ ڻڻ

Maksudnya: “dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang

menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang

mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”

Dalam perjuangan mengajak masyarakat ke arah kebaikan dan menjauhi

kemungkaran, kita perlu mengambil falsafah daripada para pejuang Islam yang

pastinya mempunyai sifat ketegasan dalam berjuang dan menjadi pahlawan Islam ke

arah mengangkat syiar dan syariat Allah .

Umpamanya, contohilah ketegasan Saidina Ja‟afar bin Abi Talib dan

rombongannya ketika berjumpa dengan Najjasyi apabila beliau mengungkapkan,

“kami tidak akan menyembah selain Allah”. Contoh lain ialah Rabi‟ ibn „Amir, yang

berkata dengan tegas kepada panglima Rustum daripada Parsi, “kami adalah

pembawa misi Ilahi untuk membebaskan manusia daripada pengabdian sesama

manusia kepada pengabdian hanya kepada Allah semata-mata, daripada kezaliman

agama kepada keadilan Islam, daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia

dan akhirat,”. Begitu juga Bilal ibn Rabah yang walaupun ditindih dengan batu besar

di atas tubuhnya, tetapi dengan keberanian, ketabahan dan kepahlawanan sehingga

mampu menyatakan kalimah tauhid, “ahad! ahad! ahad!” iaitu Allah yang Esa.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

27 Julai 2018/14 Zulkaedah 1439 Khutbah Khas

Page 7: Oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIMjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Khas Hari... · Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling

7

Sesungguhnya, ketiga-tiga pahlawan Islam tersebut telah memerdekakan roh dan jasad

mereka daripada segala belenggu kejahilan, kesesatan, penindasan dan belenggu

kehidupan jahiliah. Ketiga-tiga mereka sebenarnya mempunyai keimanan yang sangat

kuat. Ketegasan sikap yang diamalkan oleh pahlawan-pahlawan Islam ini

sememangnya menggambarkan sifat-sifat kepahlawanan generasi awal Islam. Mereka

wajar dijadikan sumber inspirasi untuk umat Islam kini dalam melakukan kerja Islami

ke arah mengajak masyarakat meyakini dan melaksana kebenaran serta kesyumulan

Islam.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Kesimpulannya, akan lahir mereka yang berjiwa pahlawan, memiliki kualiti

unggul, bermaruah, berakhlak mulia dan berintegriti. Mereka juga bebas daripada

kejahilan dan kebekuan fikiran, sentiasa hebat, mempunyai idea yang bernas dan

sentiasa mengutamakan kebenaran, ehsan dan ikhlas. Di sinilah Islam telah berperanan

memberikan sinar pencerahan yang mampu menerangi segala kegelapan minda

manusia. Islam telah mendidik jiwa perjuangan, kepahlawanan yang memberanikan

mereka berhadapan dengan segala risiko keduniaan selagi ianya mendapat redha Ilahi.

Firman Allah dalam surah Al „Imran ayat 169:

ڃ ڃ ڃ چ چ

ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڱگ گ ڳ ڳ ڳ ڳ ڱ ڱچ

Bermaksud: “Jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh (yang

gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah

hidup di sisi tuhan mereka dengan mendapat rezeki.”

27 Julai 2018/14 Zulkaedah 1439

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

Khutbah Khas

Page 8: Oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIMjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Khas Hari... · Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling

8

وي بارك اهلل ل ومكه ىف امقرآن امعظيه ، ونفعن وإياكه بىا فيىيع و الس إ ووكه تلوت كر احلكيه ، وتقبل ون يات واذل

ال

ستغفر اهلل امعظيه ل ومكه ولسائر . امعنيه ذا وأ قول قول

أ

ني والىؤوات، فاستغفروه، فيا فوز الىسنىني والىسنىات والىؤو

الىستغفريي ويا ناة اتلائبني

27 Julai 2018/14 Zulkaedah 1439

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

Khutbah Khas