Olimpik Kuno

14
8/8/2019 Olimpik Kuno http://slidepdf.com/reader/full/olimpik-kuno 1/14 1 1.0 PENGENALAN Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satu aspek yang amat mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang kurang stamina, kemahiran, keteguhan dan kegagahan akan merugikan komuniti mereka. Untuk mempertahankan komuniti dan kewujudan yang berterusan sesuatu suku itu, para belia harus membina kekuatan, daya tahan, ketangkasan dan kemahiran untuk menanggung kehidupan mereka. Kanak-kanak pula akan mempelajari kemahiran melalui peniruan. Para bapa akan mengajar anak lelaki tentang segala kemahiran yang diperlukan oleh seseorang pemburu atau pelayar. Di antara aktiviti kemahiran termasuklah memanah, melempar gada dan lembing, memburu binatang, membuat senjata dan sampan, menangkap ikan dan mendayung kolek. Aktiviti perkembangan fizikal adalah seperti berenang, berlari, dan mendaki gunung. Aktiviti-aktiviti ini adalah satu keperluan yang diwajibkan oleh setiap kanak-kanak dalam masyarakat primitif untuk menjamin kehidupan mereka. Semasa zaman prasejarah, Pendidikan Yunani Homer diperkenalkan. Tujuan utama pendidikan jasmani dan sukan adalah untuk membentuk manusia petindak dimana pada zaman ini peperangan sering berlaku. Maka, setiap warganegara merupakan askar dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah sangat penting. Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam peperangan. Di antara aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas aristocrat ialah perlumbaan kereta kuda, tinju, bergomol dan lari. Bagi golongan askar, aktivitinya adalah seperti

Transcript of Olimpik Kuno

Page 1: Olimpik Kuno

8/8/2019 Olimpik Kuno

http://slidepdf.com/reader/full/olimpik-kuno 1/14

1

1.0 PENGENALAN

Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satu aspek

yang amat mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang kurang

stamina, kemahiran, keteguhan dan kegagahan akan merugikan komuniti mereka.

Untuk mempertahankan komuniti dan kewujudan yang berterusan sesuatu suku itu,

para belia harus membina kekuatan, daya tahan, ketangkasan dan kemahiran untuk

menanggung kehidupan mereka.

Kanak-kanak pula akan mempelajari kemahiran melalui peniruan. Para bapa

akan mengajar anak lelaki tentang segala kemahiran yang diperlukan oleh seseorang

pemburu atau pelayar. Di antara aktiviti kemahiran termasuklah memanah, melempar 

gada dan lembing, memburu binatang, membuat senjata dan sampan, menangkap ikan

dan mendayung kolek. Aktiviti perkembangan fizikal adalah seperti berenang, berlari,

dan mendaki gunung. Aktiviti-aktiviti ini adalah satu keperluan yang diwajibkan oleh

setiap kanak-kanak dalam masyarakat primitif untuk menjamin kehidupan mereka.

Semasa zaman prasejarah, Pendidikan Yunani Homer diperkenalkan. Tujuan

utama pendidikan jasmani dan sukan adalah untuk membentuk manusia petindak

dimana pada zaman ini peperangan sering berlaku. Maka, setiap warganegara

merupakan askar dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah sangat penting.

Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan,

kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam peperangan. Di antara

aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas aristocrat ialah perlumbaan kereta

kuda, tinju, bergomol dan lari. Bagi golongan askar, aktivitinya adalah seperti

Page 2: Olimpik Kuno

8/8/2019 Olimpik Kuno

http://slidepdf.com/reader/full/olimpik-kuno 2/14

membaling lembing, memanah dan mengangkat berat. Dalam zaman ini, penduduknya

boleh dikatakan melibatkan diri dalam sukan yang memerlukan tenaga dan kekuatan.

2.0 OLIMPIK KUNO

Pada awal sejarah Olimpik Kuno, terdapat tempat untuk menjalankan tradisi

olahraga µtanpa pakaian¶ Greek yang diperkenalkan pada 720 Sebelum Masihi. Anak-

anak lelaki bangsawan yang sememangnya dilatih untuk berlawan, bermain pedang,

melompat, menunggang kuda, bermain tombak dan sebagainya telah menjadikan

pentas sukan Olimpik untuk mempamerkan kehandalan mereka.

Menurut legenda, Olimpik Kuno mula diperkenalkan oleh Hercules, anak kepada

Zeus dari zaman Yunani yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi. Sukan ini

diadakan pertama kalinya di Olympia, Greece iaitu tempat suci tuhan Greek.

Pada awal kewujudannya, Olimpik Kuno hanya disertai oleh kaum lelaki sahaja.

Hadiah yang diberikan kepada pemenang adalah mahkota atau kalungan yang

diperbuat daripada daun zaitun. Selain itu, pemenang juga akan menjadi pujaan ramai

dan menjadi orang yang sangat dihormati. Nama pemenang juga akan dijadikan puisi

atau dibuat satu ukiran patung khas yang menyerupai pemenang. Oleh yang demikian,

mereka bersemangat untuk memenangi acara yang dipertandingkan.

Page 3: Olimpik Kuno

8/8/2019 Olimpik Kuno

http://slidepdf.com/reader/full/olimpik-kuno 3/14

Mengikut catatan, Coroebus, seorang pelari yang mengambil bahagian dalam

temasya itu telah memenangi acara lari 192 meter, sekali gus menjadikannya sebagai

 juara pertama dalam sejarah Olimpik Kuno.

Coroebus, atlet yang merupakan pemenang pertama dalam sejarah Olimpik Kuno.

Tahun silih berganti, Sukan Olimpik Kuno terus berkembang dan mula diperkenalkan

dalam empat tahun sekali selama 1,200 tahun. Bagaimanapun, pada tahun 393 selepas

Masihi, kerajaan empayar Yunani yang diperintah oleh Maharaja Theodosius 1,

seorang yang berfahaman kristian mengharamkan sukan itu yang dikatakan menjadi

festival bagi orang tidak beragama (pagan).

Page 4: Olimpik Kuno

8/8/2019 Olimpik Kuno

http://slidepdf.com/reader/full/olimpik-kuno 4/14

3.0 FAKTOR KEWUJUDAN

Faktor utama yang mempengaruhi kewujudan Olimpik Kuno adalah disebabkan

faktor agama. Olimpik Kuno diadakan untuk menghormati tuhan Zeus yang merupakan

tuhan bagi orang Yunani. Olimpik Kuno diadakan bagi menggabungkan dua tempat

lawatan warga kota yang suci iaitu antara pusat sukan dan pusat agama di Olympia.

Gambaran pelukis mengenai Tuhan Zeus

Page 5: Olimpik Kuno

8/8/2019 Olimpik Kuno

http://slidepdf.com/reader/full/olimpik-kuno 5/14

4.0 LOKASI

Faktor Olimpik Kuno diadakan di Olympia kerana lokasi tersebut merupakan

pusat tamadun yang tertua di Yunani. Bentuk muka bumi yang baik dan

kedudukan yang strategik memudahkan warga kota datang ke Olympia.

Peta menunjukkan kedudukan Olympia

Page 6: Olimpik Kuno

8/8/2019 Olimpik Kuno

http://slidepdf.com/reader/full/olimpik-kuno 6/14

5.0 PERTANDINGAN

Permulaan untuk persiapan pertandingan adalah sepuluh bulan sebelum

pertandingan dimulakan. Atlet-atlet mengangkat sumpah yang mereka telah berlatih

dalam ketika di bandar-bandar sekurang-kurangnya sepuluh bulan terlebih dahulu dan

mereka akan mematuhi peraturan dan pengawalan semasa pertandingan. Pegawai-

pegawai juga mengangkat sumpah untuk menghakimi pertandingan dengan adilnya.

 Atlet juga memberi perhatian kepada pengambilan makanan dan jenis latihan. Dua hari

sebelum pertandingan pula, hakim, pengadil, jurulatih dan peserta keluar dari Elis

menuju ke Olympia yang jaraknya sejauh 55 km.

Page 7: Olimpik Kuno

8/8/2019 Olimpik Kuno

http://slidepdf.com/reader/full/olimpik-kuno 7/14

6.0 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

LUMBA L ARI

Terdapat 3 acara larian di Olympia. Pertama, acara lumba lari 192m atau satu pusingan

stadium. Seterusnya acara 384m iaitu 2 pusingan stadium. Bagi acara jarak jauh

sebanyak 7 hingga 24 pusingan (1,344m hingga 4,608m)

Page 8: Olimpik Kuno

8/8/2019 Olimpik Kuno

http://slidepdf.com/reader/full/olimpik-kuno 8/14

PENTATHLON 

 Acara  pentathlon pula merupakan acara yang dipertandingkan dengan

mengambil kelima-lima acara iaitu melempar cakera (discus), merejam lembing

( javelin), melompat ( jumping ), berlari (running ) dan gusti (wrestling ).

 Acara melempar cakera yang dipertandingkan zaman ini merupakan pengekalan

idea sukan olimpik kuno kerana sifat aerodinamik bentuknya yang nipis, bulat dan lebih

laju daripada membaling batu.

Page 9: Olimpik Kuno

8/8/2019 Olimpik Kuno

http://slidepdf.com/reader/full/olimpik-kuno 9/14

  Atlet menggunakan pemberat (halteres)semasa melompat untuk meningkatkan jarak

lompatan mereka. Pemberat tersebut akan dihayun atlet untuk mendapatkan daya

tujahan ke hadapan semasa melompat dan dilepaskan ke belakang semasa mendarat.

Merejam lembing merupakan acara yang berunsurkan senjata di mana askar 

menggunakannya sebagai senjata. Ia merupakan senjata yang digunakan untuk

menyerang musuh dari jarak yang jauh sebelum bergaduh secara dekat. Namun, atlet

menggunakan lembing yang lebih ringan jika dibandingkan dengan askar.

 Acara wrestling terbahagi kepada dua iaitu upright wrestling dan ground westling . Acara

ground wrestling  dimainkan dengan menjatuhkan pihak lawan ke lantai dengan

menjatuhkan sama ada bahagian belakang, bahu atau pinggul lawan sebanyak tiga

Page 10: Olimpik Kuno

8/8/2019 Olimpik Kuno

http://slidepdf.com/reader/full/olimpik-kuno 10/14

10

kali. Namun, kemenangan akan diberikan jika lawannya sudah tidak mampu melawan

semula. Sebelum perlawanan, peserta akan disapukan minyak dan pasir pada

keseluruhan badannya.

7.0 HADIAH

Pencapaian atlet semasa Olimpik Kuno adalah untuk memenangi mahkota

Olimpik. Bagi mereka, hadiah berbentuk barang tidak penting jika dibandingkan dengan

mendapat pujian, penghargaan dan pengiktirafan sebagai pemenang sukan Olimpik

Kuno. Pemenang bagi setiap acara dalam sukan Olimpik Kuno akan diberi darjat

kehormat dengan menaikkan martabat dan darjat melalui ukiran-ukiran patung yang

menyerupai pemenang dan namanya akan dicatat dalam puisi-puisi yang dianggap

sesuatu yang lebih bermakna. Darjat kehormat ini diberikan oleh pemerintah Greek.

Pemenang juga akan diberikan kalungan dedaun zaitun yang diambil dari

tempat-tempat keramat di Greek. Tetapi sebelum pemenang dikalungkan dengan

dedaun zaitun tersebut, nama pemenang, nama keturunan pemenang dan tempat asal

pemenang akan disebut dan diumumkan supaya pemenang dapat dikenali dan

diberikan penghormatan yang lebih berbanding rakyat biasa yang lain. Mitos Kalungan

tersebut dipercayai memberikan pertambahan kuasa kepada pemenang. Kalungan

Page 11: Olimpik Kuno

8/8/2019 Olimpik Kuno

http://slidepdf.com/reader/full/olimpik-kuno 11/14

11

riben (ribbon) merah juga akan dikalungkan oleh Hellanodikos (hakim) kepada

pemenang di kepala, pergelangan tangan dan kaki sebagai tanda kejayaan.

8.0 ATLET OLIMPIK KUNO

Milo of Kroton

Merupakan seorang atlet gusti yang merupakan pemenang Olimpik Kuno sebanyak

enam kali. Beliau mula memenangi acara gusti budak lelaki pada Olimpik yang ke-60.

Seterusnya beliau meneruskan kejuaraan dari olimpik yang ke-62 sehingga olimpik ke-

66 iaitu 532 hingga 516 Sebelum Masihi.

Page 12: Olimpik Kuno

8/8/2019 Olimpik Kuno

http://slidepdf.com/reader/full/olimpik-kuno 12/14

12 

9.0 PENAMATAN OLIMPIK KUNO

Sukan ini diperkenalkan atas nama keagamaan dan penghormatan kepada

Zeus. Namun, semakin lama kepercayaan tradisional yang diamalkan semakin pudar.

Sukan ini semakin hilang kepentingannya semasa penaklukan Rom ke atas Yunani.

  Apabila Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom. Sukan Olimpik dilihat festival

orang tidak beragama dan pada tahun 393, Maharaja Theodosius mengharamkan

Olimpik dan ini menandakan berhentinya sukan Olimpik selama ribuan tahun

sehinggalah diadakan semula pada abad ke-19.

Page 13: Olimpik Kuno

8/8/2019 Olimpik Kuno

http://slidepdf.com/reader/full/olimpik-kuno 13/14

13 

10.0 KESIMPULAN

Sukan merupakan acara dunia yang utama dan yang menyebabkan

berkembangnya budaya, agama, politik, ekonomi dan mempengaruhi

peradaban sesebuah negara. Pada zaman Olimpik Kuno, atlet lebih

menekankan kepada semangat, menguji kemahiran fizikal dan yang penting

adalah bagi menyambut sambutan perayaan keagamaan. Namun begitu,

berbeza dengan pertandingan sukan pada zaman sekarang yang lebih

mementingkan wang ringgit berbanding semangat kesukanan. Malahan ada

segelintir atlet yang sanggup menerima rasuah tanpa memikirkan semangat

kesukanan dan mencemarkan imej negara.

Page 14: Olimpik Kuno

8/8/2019 Olimpik Kuno

http://slidepdf.com/reader/full/olimpik-kuno 14/14

14 

11.0 RUJUKAN

1. http://www . perseus.tufts.edu/olyimpics.milo.html 

2 .

http://rujuknota.blogspot 

.com

3. http://www .olympia-greece.org/ancient-olympics1.html 

4. N .S. Gill, http://ancienthistory .about .com/ 

5 . missjewelzhttp://sportsupdated .wordpress.com