ORGANISASI REKAAN

download ORGANISASI REKAAN

of 10

Transcript of ORGANISASI REKAAN

ORGANISASI REKAANOrganisasi rekaan dalam seni visual merujuk kepada pembelajaran yang membolehkan pelajar atau individu berkomunikasi secara visual melalui hasil kerja seni. Organisasi rekaan terdiri empat komponen iaitu komposisi, kadar banding, perspektif dan garisan struktur. Selain itu organisasi rekaan juga daripada dua tumpuan utama iaitu reka

bentuk grafik dan multimedia. Reka bentuk grafik meliputi poster, simbol, logo, maskot, kaligrafi, tipografi, pembungkusan, grafik persekitaran, ilustrasi, dan grafik komputer.

Komposisi

Maksud komposisi adalah menyusun objek didalam gambar.

Kadar banding Kadar banding adalah berkenaan nisbah bahagian sesuatu individu atau objek. Di dalam karya seni, perhubungan bahagian-bahagian adalah sukar untuk di ukur dengan tepat

kerana kadarbanding adalah penilaian peribadi. Bahagian-bahagian dalam kadar banding ini dianggap berkaitan mengenai keseluruhan dan apabila digabungkan bahagian-bahagian tersebut menghasilkan harmoni dan imbangan.

PerspektifPerspektif adalah sesuatu yang dialami yang menampilkan latar menjadi reality dan reality menjadi latar. Perspektif juga adalah suatu sistem matematikal untuk bidang tiga dimensi ke bidang dua dimensi seperti kertas atau kanvas. Kata perspektif berasal dari kata bahasa Itali prospettiva yang bererti gambar pandangan.

Garisan strukturGarisan merupakan unsur seni yang paling asas. Garisan struktur ialah kesan yang dihasilkan dengan menggunakan alat, instrumen, media atau bahan yang dimulakan daripada satu titik merentasi suatu permukaan atau sesuatu kawasan tetapi ialah lebih struktur dalam bentuk grid

PosterPoster merupakan reka bentuk komunikasi yang berfungsi menyampaikan mesej dan intipati daripada gubahan idea. Ianya juga merupakan elemen dalam promosi, kempen dan sebagainya.

SimbolIalah reka bentuk grafik yang diringkas dan dipermudahkan daripada imej sumber alam semula jad dan alam buatan manusia. Simbol terdiri daripada flora dan fauna serta benda-benda yang terdapat di sekeliling manusia. Ianya lebih ringkas dan mudah daripada tanda yang menggunakan teks.

LogoLogo ialah visual grafik yang menjadi identiti kepada firma perniagaan, kelab, persatuan, organisasi dan badan-badan tertentu.

KaligrafiMaksud kaligrafi adalah tulisan indah. Penulis kaligrafi dikenali sebagai calligrapher atau dalam bahasa arab disebut al-khatat. Terdapat pelbagai jenis tulisan kaligrafi antaranya: tulisan Roman,Gothik dan Teks. Jenis-jenis tulisan khat adalah Kufi,Nasakh,Riq'a, Diwani Jali Thuluth Farsi Diwani dan Raihani. Berikut ialah contoh tulisan kaligrafi.

Tipografi (muka taip)

Tipografi merupakan seni menyusun atur atau merekaletak sesebuah muka surat dengan menggunakan huruf untuk mendapatkan hasil yang menarik. Terdapat 3 kumpulan muka taip yang diaplikasikan dalam rekaan grafik iaitu muka taip serif, san serif dan hiasan.

PembungkusanPembungkusan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pembungkusan jenis lembut dan pembungkusan jenis keras. Pembungkusan seni lembut terdiri daripada beg plastik, kertas, plastik pembalut dan kertas pembalut. Manakala pembungkusan jenis keras terdiri daripada kotak, tin, botol dan sebagainya.

PEMBUNGKUSAN KERAS

PEMBUNGKUSAN LEMBUT

GrafikGrafik persekitaran ialah reka bentuk grafik yang ada pada alam sekeliling. Ianya berkonsepkan pengiklanan untuk menyampaikan maklumat di samping mempromosi kepada pembaca dan pengguna.

IlustrasiIlustrasi merupakan seni yang menggambarkan idea dan kata-kata dalam bentuk gambar. Pada zaman dahulu, ilustrasi digunakan untuk merakamkan legenda dan

peristiwa bersejarah. Kini ianya lebih bersifat komersial dan berkembang pesat seiring dengan penemuan teknik percetakan.

Grafik komputerKomponen grafik dalam perisian menggunakan komputer grafik ialah teks, warna, bentuk, ilustrasi dan garisan yang boleh membantu pelajar. Penggunaan komputer grafik membantu pelajar meningkatkan mutu hasil kerja kerana komponen grafik telah tersedia dalam pelbagai perisian.

MultimediaMultimedia ialah penggunaan komputer untuk sesuatu persembahan dengan

menggunakan sokongan teks, grafik, audio dan video. Ianya menggunakan rangkaian hubungan dan alat untuk membolehkan pengguna melayari, berinteraksi, mencipta dan berkomunikasi.