Orientalisme

41
Oleh: Mohamad Sofee Razak UMAT Islam kini berdepan dengan serangan secara terancang sama ada secara fizikal dan minda. Usaha musuh untuk menjatuhkan Islam dan menyesatkan umatnya ini tidak pernah luntur sejak sekian lama. Mereka akan melakukan apa saja bagi memastikan Islam dan umatnya terus berada di landasan yang salah dalam melaksanakan propaganda supaya arahan, kewajipan dan amalan agama diragui dan ditinggalkan penganutnya sendiri. Ini yang sedang dan sudah dilakukan golongan bijak pandai bukan Islam. Golongan orientalis yang secara ilmiah dan melalui hujah akademik menyerang pemikiran masyarakat Islam supaya mereka berasa sangsi dan tidak yakin dengan segala ajaran serta tuntutan agama yang disyariatkan. Keadaan ini kesinambungan dan bukti bahawa sejak dulu, orientalis komited menyerang agama Islam melalui tulisan dan perbincangan akademik sama ada dalam atau luar pusat pengajian tinggi yang boleh didapati di dalam banyak saluran seperti tesis, buku, jurnal, majalah dan tulisan di internet. Serangan golongan orientalis dan pendokongnya terdiri daripada kalangan intelektual dan sarjana adalah dalam pelbagai bentuk dan saluran termasuk mempertikaikan kesahihan kitab suci al- Quran serta terjemahannya; riwayat hadis, sunnah dan sirah Rasulullah; mempersenda tradisi penulisan buku ilmiah karangan ulama muktabar; tidak relevan kaedah fiqh dan sebagainya. Melalui metodologi ilmiah, wacana, dialog dan penulisan akademik. Mereka cuba menimbulkan keraguan, kelemahan dan mencari kesilapan atau kelonggaran yang mungkin berlaku dalam penulisan karya agung ulama dan pemikir Islam terdahulu di mana keadaan ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi budaya, pemikiran, tindak tanduk, kritikan dan kepercayaan sebahagian umat Islam yang terdedah dengan agenda mereka secara sedar atau sebaliknya, terutama melalui pembacaan bahan penulisan atau penerbitan dalam dan luar negara.

description

pasai orientalis la apa lagi...

Transcript of Orientalisme

Oleh: Mohamad Sofee RazakUMAT Islam kini berdepan dengan serangan secara terancang sama ada secara fizikal dan minda. Usaha musuh untuk menjatuhkan Islam dan menyesatkan umatnya ini tidak pernah luntur sejak sekian lama. Mereka akan melakukan apa saja bagi memastikan Islam dan umatnya terus berada di landasan yang salah dalam melaksanakan propaganda supaya arahan, kewajipan dan amalan agama diragui dan ditinggalkan penganutnya sendiri.Ini yang sedang dan sudah dilakukan golongan bijak pandai bukan Islam. Golongan orientalis yang secara ilmiah dan melalui hujah akademik menyerang pemikiran masyarakat Islam supaya mereka berasa sangsi dan tidak yakin dengan segala ajaran serta tuntutan agama yang disyariatkan.Keadaan ini kesinambungan dan bukti bahawa sejak dulu, orientalis komited menyerang agama Islam melalui tulisan dan perbincangan akademik sama ada dalam atau luar pusat pengajian tinggi yang boleh didapati di dalam banyak saluran seperti tesis, buku, jurnal, majalah dan tulisan di internet.Serangan golongan orientalis dan pendokongnya terdiri daripada kalangan intelektual dan sarjana adalah dalam pelbagai bentuk dan saluran termasuk mempertikaikan kesahihan kitab suci al-Quran serta terjemahannya; riwayat hadis, sunnah dan sirah Rasulullah; mempersenda tradisi penulisan buku ilmiah karangan ulama muktabar; tidak relevan kaedah fiqh dan sebagainya.Melalui metodologi ilmiah, wacana, dialog dan penulisan akademik. Mereka cuba menimbulkan keraguan, kelemahan dan mencari kesilapan atau kelonggaran yang mungkin berlaku dalam penulisan karya agung ulama dan pemikir Islam terdahulu di mana keadaan ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi budaya, pemikiran, tindak tanduk, kritikan dan kepercayaan sebahagian umat Islam yang terdedah dengan agenda mereka secara sedar atau sebaliknya, terutama melalui pembacaan bahan penulisan atau penerbitan dalam dan luar negara.

Dr. Atikullah AbdullahMenurut Dr Atikullah Abdullah dalam makalah bertajuk Orientalis Timbulkan Was-Was Terhadap Islam, perkataan orientalis mempunyai banyak makna dan menurut sarjana besar seperti Edward W Said dalam magnum opusnya Orientalism di mana orientalis merujuk kepada sesiapa saja khususnya orang Barat yang mengajar, menulis atau mengkaji mengenai hal ehwal Timur.Dalam pengertian khusus, orientalisme lebih merujuk kepada gerakan pengkajian hal ehwal Islam dan masyarakat Muslim oleh orang Barat sama ada dengan tujuan ilmiah semata-mata atau keagamaan dan politik. Terdapat pelbagai tujuan dan misi gerakan orientalis ini yang antaranya meliputi aspek keagamaan, akademik, perniagaan, ekonomi dan politik.Menurut Mahmud Hamdi Zaqzuq pula, orientalis adalah mereka yang mengkaji Islam atas nama akademik tetapi terselit niat jahat untuk memasukkan jarum mereka bagi mengelirukan masyarakat Islam mengenai agama mereka dan golongan ini kebanyakannya terdiri daripada kakitangan gereja.

Mahmud Hamdi ZaqzuqAda orientalis yang hanya mencari upah membuat kajian untuk kepentingan negara mereka sama ada dari segi ekonomi, penjajahan politik dan sebagainya. Keadaan ini banyak berlaku ketika zaman penjajahan ketika emperialisme British dan Belanda.Golongan ketiga ialah orientalis yang mengkaji Islam secara objektif dan mereka berpegang kepada prinsip akademik yang hanya berminat mencari fakta kebenaran seperti Edward William Lane yang menghasilkan kamus Arabic-English Lexicon diiktiraf sebagai sangat berautoriti dalam nahu Arab dan dirujuk oleh pakar nahu Arab sendiri.Di samping itu, orientalis AJ Wensink menghasilkan Mujam al-Hadith al-Nabawiyy iaitu sebuah karya lengkap dan sangat bermanfaat untuk pengkaji dan pencari asal-usul sesuatu hadis. Namun begitu, sebahagian besar mereka dilihat aktif memainkan peranan meracuni pemikiran umat Islam agar tidak kuat berpegang kepada ajaran Islam, jika tidak meninggalkannya terus.

Sumber: https://irfanirsyad.wordpress.com/2012/09/07/orientalis-barat-ada-niat-tersirat-menyesatkan-umat-islam/

PENDEKATAN GOLONGAN ORIENTALIS

1.0 PENDAHULUANGolongan Orientalis telah merencana pelbagai dakyah dan propaganda dan ia dirancang dan dikaji untuk melenyapkan dan menghancurkan Islam dan pengikutnya. Pada zaman Rasulullah s.a.w sendiri bangsa Yahudi dan kafir Quraisy melakukan pelbagai tipu daya dan helah serta muslihat untuk memecah belah kan pengaruh Islam. Justeru itu ayat yang Allah turunkan ini bersesuaian dengan misi dan visi golongan yang seringkali melakukan pelbagai perancangan untuk menjayakan hasrat mereka. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada mu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepada mu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Al-Baqarah:1:120 )

Orientalis menurut Indriaty, 1998 ; 2 dalam Mohd Fauzi Hamad, 2010: 168, sesiapa sahaja yang memberi pengajaran, menulis dan mengkaji mengenai Timur; tidak kira sama ada ia seorang ahli antropologi, sosiologi, ahli sejarah, filologi dan lain-lain digelar Orientalis dan hasilan daripada aktiviti aktiviti mereka disebut sebagai Orientalisme. Menurut Kamus Dewan, ( 4th ed ), ( 2007), Kuala Lumpur menjelaskan Orientalis ialah pakar dalam bahasa, kebudayaan dan lain-lain bangsa timur.

Orientalis bukan sekadar belajar Islam daripada jauh, tetapi mereka mendalami ilmu-ilmu Islam dengan mendalam, dengan teliti dan tekun. Sekali pun mereka orang Amerika yang tidak Islam, mereka mahir bahasa Arab, ilmu nahu dan saraf, ilmu fiqah, tauhid, tafsir, sirah dan lain-lain lagi. Untuk mencapai sesuatu hasrat dan tekad untuk menguasai dunia Islam, maka secara tidak langsung perlulah menguasai cabang ilmu yang ada di dalam Islam itu sendiri. Justeru itu, golongan Orientalis telah mengambil langkah untuk menguasai bahasa Arab dan sekali gus menguasai pelbagai khazanah ilmu yang telah di cetuskan oleh Golongan ilmuwan Islam sejak berabad lamanya. 2.0 PENDEKATAN ORIENTALISMenurut Zaharuddin Ab. Rahman, 2008, sebahagian besar mereka adalah dalam kumpulan pertama dan kedua. Mereka dilihat sangat aktif memainkan peranan meracuni pemikiran umat Islam agar tidak kuat berpegang kepada ajaran Islam, jika pun tidak meninggalkannya terus tetapi jati diri umat Islam akan tergugat secara tidak langsung. Pelbagai cara dan pendekatan di lakukan oleh pihak Orientalis untuk merealisasikan cita-cita mereka, antara pendekatannya ialah :

2.1 Memutar belit sejarah dan tamadun Islam

Golongan Orientalis telah menggunakan wadah penulisan dan melakukan pelbagai kajian dalam mengungkap pelbagai kisah yang digarap kan di dalam buku-buku karya mereka dengan pelbagai fakta yang menyeleweng dan diguna pakai oleh golongan penulis Islam sendiri. Begitu banyak fakta dan maklumat berkaitan dengan sirah hidup Nabi Muhammad serta tokoh ulung sejarawan Islam dan juga sejarah dunia Islam yang lainnya telah diberikan fakta yang salah dan menyeleweng dengan hakikat peristiwa sebenar yang terjadi. Sesetengah fakta itu diputar belit kan dan diselitkan kisah-kisah khayalan dan mitos sehingga sukar untuk dikenali antara baik dan buruk dan yang mana benar dan salah sesebuah peristiwa tersebut. Para orientalis ini menafikan sekeras-kerasnya sejarah penyebaran Islam dilakukan dengan cara paling lunak dan amat diplomasi sebaliknya mereka menyebarkan dakyah bahawa ajaran Islam ini disebar luaskan dengan mata pedang dan kekerasan. Mereka turut menolak kesejagatan risalah Islam yang sesuai untuk semua budaya dan etnik.

2.2 Meragukan umat Islam terhadap Al-Quran, As-Sunnah dan ulamak

Orientalis menakut-nakutkan dunia Barat tentang bahaya Al-Quran dengan mendedahkan bahaya Al-Quran melalui kajian yang dianggap ilmiah. Isi kandungan Al Quran dan ajaran-ajaran yang baik yang terkandung pelbagai hikmah dan kebaikan di selindung, biarpun kajian Orientalis menemui kepelbagaian ilmu dan pengajaran yang baik untuk umatnya seperti nilai ukhuwah Islam, keutuhan norma -norma akhlak dan sebagainya. Selain itu golongan Orientalis turut berjaya mempengaruhi dan menyebarkan kefahaman bahawa umat Islam hanya boleh bergantung kepada Al-Quran kerana lebih terjamin keasliannya. Seandainya dakyah Orientalis ini berjaya dilaksanakan dan dijadikan sebagai teras kehidupan oleh sebahagian besar dan menolak semua hadis yang diterima pakai oleh umat Islam pada zaman ini. Maka akan terhasil satu golongan intelek yang menjadikan kehidupan mereka hanya bersandarkan Al Quran semata-mata dan menolak hadis. Inilah yang sebenarnya menjadi agenda mereka agar wujudlah satu golongan orientalis baru di kalangan umat Islam. Memetik dari berita Harian ( 2001), Menurut S Parvez Manzoor, dalam bukunya Method Against Truth: Orientalisme and Quranic Studies, pengkajian orientalis Barat ke atas A l-Quran biar apa pun manfaatnya, lahir daripada kebencian yang dipupuk dalam kekecewaan dan diselubungi dengan kebencian. Masyarakat Barat percaya untuk menyelesaikan masalah ancaman Islam, mereka cuba untuk mewujudkan perasaan syak wasangka tentang apa sahaja yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Hanya Muslim yang keliru dengan kemukjizatan Al Quran akan mengabaikan misi dan visi untuk mengangkat martabat Al Quran itu sendiri di peringkat global.

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak). (Surah An Nisa 4 : 174)

2.3 Menyerang umat Islam dengan serangan pemikiran atau perang saraf

Kejayaan yang paling besar bagi orientalis ialah mengubah pandangan umat Islam dan inilah satu kepuasan dan kejayaan kerana kejayaan untuk mempengaruhi pemikiran umat Islam merupakan satu cara yang paling berkesan untuk menguasai umat Islam itu sendiri. Jangan terkejut jika golongan yang terpengaruh ini tidak terhad kepada mereka yang agak kebaratan atau tipis semangat keislaman nya sahaja, malah mereka juga datang daripada kalangan yang mendakwa pejuang Islam atau Islamik dan mempunyai asas keagamaan turut tidak terkecuali daripada terpengaruh dakyah orientalis.

Pihak Orientalis telah merencana pelbagai fikrah dan perancangan untuk menyalurkan pelbagai idea seperti pemikiran liberal, pluralisme, materialisme, positivisme, dan lain-lain lagi. Pemikiran tersebut telah dijadikan teras kehidupan dan akhirnya pemikiran ini dianuti oleh umat Islam dan meluaskan lagi perpecahan di kalangan umat Islam. Apabila pengaruh ini di jadikan satu kepercayaan dan amalan secara tidak langsung ia telah diiktiraf sebagai satu cara hidup yang telah disepakati sebagai amalan yang turut diterima oleh agama. Mereka juga menimbulkan keraguan terhadap Islam dan kaum Muslimin agar terpedaya dan beranggapan bahawa Al-Quran adalah hasil karya nabi Muhammad, hadis Nabi tidak boleh dijamin kebenarannya, Islam tidak lebih daripada gerakan politik di dunia Arab sahaja, Islam anti kemajuan dan sebagainya. Memetik dari Mohd Fikri Che Hussain, ( 2010 ) , Sebahagian orientalis berusaha untuk mewujudkan penyelewengan terhadap kepelbagaian fakta ketamadunan umat Islam. Segala realiti ini wujud dan menjadi ciri keunikan ajaran Islam dan para penganutnya sejak sekian lama. Namun ia dinafikan dengan segenap daya kemampuan yang dimiliki oleh mereka agar tidak tersebar di kalangan bangsa lain yang berada di luar lingkungan ajaran Islam.

2.4 Melahirkan keraguan terhadap sumber-sumber dan ketamadunan umat Islam

Pihak Orientalis melakukan perancangan dan kajian untuk memisahkan kehidupan umat Islam dalam melakukan sesuatu sama ada aspek pembangunan ekonomi, politik, perundangan, kenegaraan, akhlak, kemasyarakatan, pengurusan dan pentadbiran daripada di jadikan sebagai satu wadah kehidupan. Mereka (Orientalis) menjadikan ilmu sebagai alat untuk menggagalkan dakwah Islam dan bersembunyi di sebalik topeng-topeng pembahasan dan penelitian ilmiah. Sebenarnya mereka itu memasukkan benih-benih kebatilan terutama sekali ke dalam Syariah Islamiah, masalah-masalah Fiqah dan sebagainya.

Atas dasar ini, muncullah satu keinginan kuat untuk memisahkan agama dari ilmu pengetahuan. Dan ini adalah satu realiti yang tidak dapat diterima oleh agama Islam. Dalam pada itu timbul pula di kalangan umat Islam sendiri yang ingin memisahkan antara agama dan ilmu pengetahuan atas dasar kejayaan yang berjaya dicapai oleh bangsa Eropah yang mencapai kemajuan pesat setelah memisahkan diri dari agama dan mencapai ketamadunan yang tinggi dalam ilmu pengetahuan dan peradaban. Sekiranya di campur adukkan agama dan pengetahuan, pihak tersebut beranggapan akan menyebabkan umat Islam akan mengalami kemunduran dan ketinggalan zaman. Hal itu mungkin timbul dari ketidakmampuan akal mereka untuk memahami peranan ilmu pengetahuan yang sebenarnya. Ilmu pengetahuan adalah satu pokok asas dalam agama Islam .

Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.

(Al- Mujadalah ayat 58: 11)

3.0 CARA MENANGANI TINDAKAN ORIENTALIS

3.1 Mengambil langkah menulis sejarah dan tamadun Islam

Satu-satunya jalan untuk mengatasi kebatilan yang digemburkan oleh Barat adalah tanggungjawab ilmuwan Muslim untuk segera menyediakan pusat-pusat pengkajian yang menyelidik kebatilan dan kekeliruan ilmiah kaum orientalis. Dengan kata lain, untuk menghancurkan kebatilan pemikiran harus dengan pemikiran yang lurus berdasarkan logik dan hujah akal. Peranan pihak berkuasa juga penting dengan menubuhkan satu kumpulan penyelidik yang terdiri dari umat Islam sendiri dan menghasilkan penulisan yang ilmiah dan dapat mengutarakan kebenaran lebih terjamin keaslian sesuatu sejarah yang berlaku.

Memetik dari Muhammad Said Ramadhan al-Buti (1983), Pihak berkuasa perlu merancang satu sistem pendidikan yang memberi ruang yang sempurna bagi pertumbuhan pengajian ilmu sirah untuk mendedahkan umat Islam menghayati ajaran Nya. Sekalipun di pusat pengajian menengah dan tinggi terdapat mata pelajaran sejarah Islam yang di dalamnya terkandung juga kisah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w namun ia hanya berbentuk pengolahan cerita semata mata sedangkan perkara yang dituntut kita memahaminya adalah pengajaran-pengajaran dan iktibar yang tersurat mahupun yang tersirat demi manfaat umat Islam. Selain itu penjelasan tentang agama Islam melalui pelbagai cara termasuk penulisan yang berdasarkan fakta dan bukan kata-kata yang berbentuk retorik semata-mata.

3.2 Mengukuhkan kefahaman tentang Islam

Di samping itu, pihak yang berkenan perlu menyanggah tuduhan-tuduhan kaum orientalis terhadap Islam dan umat Islam dengan mengungkap, menganalisis dan memperbetulkan tuduhan-tuduhan yang tidak benar baik di sengaja ataupun kerana kesalahan metodologi dan material. Ia juga bertujuan menumbuhkan kesedaran terhadap kesalahan yang dilakukan oleh orientalis kerana kejahilan, salah faham atau kerana sempitnya wawasan keislaman yang mereka miliki. Orang Islam juga perlu mengambil manfaat hasil karya orientalis khususnya kajian objektif ilmiah murni yang tidak dicemari motif-motif misi keagamaan dan penjajahan.

Pemimpin Islam yang berani perlu tampil memberi pendapat yang bertentangan dengan pendapat mereka ataupun beberapa peristiwa ganas yang dilakukan oleh segelintir pejuang Islam kerana kezaliman Barat sendiri. Justeru itu, orang Islam harus sentiasa berwaspada dan mengambil langkah yang positif dan strategik untuk mengatasi hal ini. Antara langkah yang harus diambil ialah menjelaskan semaksimum nya tentang agama Islam melalui pelbagai cara termasuk penulisan dan media massa yang berdasarkan fakta dan bukan sekadar kata-kata retorik. Orang Islam juga harus berusaha meningkatkan keilmuan terutama dari segi sains dan teknologi yang boleh menandingi kemampuan orang-orang Barat dan menampilkan cara hidup yang lebih progresif, dinamik serta mampu menangani krisis secara bijak dan mampu menggerakkan manusia ke arah kemajuan. Oleh itu, menjadi kewajipan orang Islam di Malaysia untuk berusaha mewujudkan satu masyarakat yang harmonis dengan meningkatkan kemajuan dirinya melalui prinsip Islam. Islam harus dirasai oleh orang Islam dan orang bukan Muslim dalam segala aspek kehidupan di negara ini kerana agama Islam rahmat untuk alam sejagat.

3.3 Memberi kefahaman Islam yang sebenar

Menangani masalah kekaburan tentang Islam memerlukan strategi dakwah dan tarbiah yang berintegrasi di kalangan umat Islam agar mampu memberikan pengarahan yang benar dan memiliki kefahaman serta nilai yang sebenar sebagaimana yang telah dibangunkan oleh Rasulullah s.a.w dan golongan sahabat Nabi s.a.w. Dengan kata lain, diperlukan suatu pola dakwah yang mampu memberikan sistem kekebalan dalaman umat Islam dalam berhadapan dengan serangan dan racun pemikiran musuh-musuh Islam. Dalam masa yang sama, perlu ada keutuhan tarbiah di kalangan umat Islam yang berjalan sepanjang masa agar dapat memberikan wawasan dan kefahaman Islam yang sebenar. Umat Islam perlu mempunyai institusi kewartawanan Islam yang sempurna dan lengkap, yang dikelola tenaga-tenaga yang profesional yang ikhlas dan mampu memberikan kefahaman sebenar tentang ajaran Islam. Untuk membangun umat Islam agar memiliki kesatuan hati, umat Islam perlu memiliki jiwa berdikari dalam pelbagai aspek kehidupan tanpa menerima sesutu perkara tanpa diketahui kesahihannya.

3.4 Menyatupadukan Umat Islam

Untuk menyatupadukan umat Islam agar memiliki kesatuan hati, umat Islam perlu memiliki jati diri dan nilai keimanan yang tinggi .Kebergantungan kepada pihak luar, khususnya dengan musuh-musuh Islam sama ada dalam bidang ekonomi, ketenteraan dan pentadbiran telah menyebabkan kepimpinan Islam akur dengan kehendak dan kemahuan mereka. Musuh-musuh Islam seringkali mengambil kesempatan terhadap istilah toleransi untuk menyuburkan gerakan anti Islam. Melalui perpaduan umat Islam pasti sebarang propaganda mampu di tangani bersama kerana penyatuan umat itulah kunci kekuatan Islam. Kekuatan iman pasti akan memberikan kekuatan kepada umat Islam menghadapi pelbagai dakyah ataupun propaganda musuh-musuh Islam.

Wahai orang-orang Yang beriman! Tetapkan lah iman kamu kepada Allah dan Rasul Nya, dan kepada Kitab Al-Quran Yang telah diturunkan kepada Rasul Nya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan dahulu daripada itu. dan sesiapa Yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikat Nya, dan Kitab-kitab Nya, dan Rasul-rasul Nya dan juga hari akhirat, maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh. ( An Nisa 4 : 136)

3.5 Penguasaan ilmu dan teknologi

Usaha harus dipertingkatkan supaya orang Islam dapat menguasai segala bidang ilmu termasuk sains dan teknologi yang boleh menandingi kemampuan orang-orang Barat Orientalis yakin dan berusaha untuk menerapkan fahaman mereka dan di jadikan sebagai teras dalam menambahkan pengetahuan. Untuk itu, usaha menerapkan ilmu pengetahuan yang bersendikan akidah dan syariat perlu diperkembangkan sejak dari bangku sekolah rendah lagi agar akan lahirlah generasi yang mampan dan ampuh menghadapi apa juga anasir-anasir dari pihak yang berusaha menyelewengkan akidah dan pegangan umat Islam. Di samping itu, Orang Islam perlu menjalankan penyelidikan hasil penguasaan teknologi agar mampu menangani segala krisis dengan bijak bagi membuktikan kebenaran Islam tanpa perlu bergantung pada kajian yang dikhuatiri akan diselewengkan.

4.0 PERANAN KEIMANAN TERHADAP HARI AKHIRAT

4.1 Komited dan iltizam dalam melakukan amalan

Menurut Abdul Hadi Awang ( 2008 ), kepercayaaan pada hari akhirat menjadi garis perbezaan antara manusia dan haiwan. Manusia yang percaya pada hari akhirat mempunyai akal fikiran yang luas dan dapat memahami perkara di sebalik apa yang dilihat dengan mata kasar. Kepercayaan ini akan menguatkan iltizam dalam melakukan amalan dan tidak mudah di gugat oleh sebarang anasir yang mengelirukan. Kepercayaan kepada hari akhirat tentang sesuatu yang ghaib pasti menjadi satu benteng menangkis serangan yang boleh mengelirukan. Perkara ghaib yang tidak dilihat mata kasar pasti akan menjadi pengajaran yang penting bagi meneguhkan keimanan dan juga membawa sikap berlapang dada dan optimis serta menghilangkan fikiran yang sempit dan lebih optimis dengan ajaran Islam. Selain itu, ia turut memberi kelebihan kerana orang yang benar-benar beriktikad dengan hari Akhirat pasti dijanjikan balasan yang sangat setimpal kerana mempercayai sesuatu yang belum pasti bila akan berlaku pasti akan memberikan sepenuh komited dan iltizam untuk mempercayainya.

Sesungguhnya orang-orang Yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita

(Al baqarah ayat 02:62)

4.2 Menguatkan keimanan dan ketakwaan Kehidupan kita di dunia ini tiada nilainya dan akan penuh penyesalan di akhirat nanti sekiranya kita tidak beriman dengan Allah dan hari kiamat lantas sentiasa melakukan amal kebajikan sebagai bekalan untuk perbicaraan dan timbangan amal yang akan dibuat di padang Mahsyar kelak. Semoga dengan mengingati kematian dan hari kiamat, akan bertambahlah iman kita selain berasa gerun terhadap peristiwa yang akan berlaku itu lantas berusaha sedaya upaya melakukan amal soleh untuk kehidupan yang bahagia di syurga nanti yang kekal selamanya. Sebarang dakyah dan tipu helah yang direncanakan pasti akan sirna sekiranya keutuhan iman umat Islam di sandarkan kepada keimanan yang jitu kepada apa sahaja syariat yang di amanahkan oleh Allah kepada umat Islam. Beriman kepada hari Akhirat juga memberi keteguhan akidah dan mampu menolak apa sahaja propaganda yang dilemparkan ke atas kesucian agama Islam.

Dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi (Ali Imran ayat 03: 85)

4.3 Menggalakkan melakukan amal makruf (kebaikan) dan meninggalkan maksiat

Bahkan manusia itu hendak berbuat maksiat terus-menerus. Ia bertanya" Bilakah hari kiamat itu datang?" ( Al-Qiyamat: 75 : 5-6)Seseorang yang sentiasa mengingati akan peristiwa yang pasti berlaku ini, pasti juga akan mengingati mati. Hal ini kerana kematian adalah langkah awal untuk menuju ke hari kiamat. Insan yang mengingati mati pasti t idak berani dan mahu melakukan kemaksiatan kepada Allah dan bertekad untuk melakukan kebaikan dalam segala aspek kehidupan. Orang yang beriman kepada hari akhir akan lebih bertanggungjawab di dalam bertindak. Ia akan lebih berhati-hati serta penuh perhitungan. Sebarang bentuk kebohongan tentang Islam mudah ditepis kerana keimanan kepada hari Akhirat melahirkan insan yang kuat akidahnya dan teguh imannya. Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amal nya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)(Al Mulk ayat 67: 2)

4.4 Menghindarkan diri dari melakukan pembohongan dan kezaliman

Keimanan kepada hari akhirat akan menghasilkan umat Islam yang takut melakukan perkara yang di tegah kerana percaya pasti akan ada pembalasan yang benar bagi mereka yang melakukan kezaliman terhadap Islam. Melibatkan diri dengan pembohongan dan kezaliman. Meyakini perkara yang bertentangan dengan syariat Islam yang dibawa oleh golongan Orientalis pasti akan mengundang kemurkaan Allah dan akan di timpa azab yang pedih. Apabila adanya tempat yang akan dihisab dan dihitung amalan pasti menjadi tembok penghalang dari terjebak dengan pembohongan dan kezaliman. Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan Al-Araaf : 96:07

5.0 KESIMPULAN

Serangan Orientalis dalam pemikiran Islam adalah suatu ancaman yang sangat berbahaya. Bahkan bahayanya sukar untuk dikesan. seumpama barah yang hanya dapat dikesan setelah rosak nya banyak. Namun begitu, mempelajari orientalis juga merupakan keperluan kepada orang Islam bagi tujuan mengkaji dan menelaah sikap orang bukan Islam tentang Islam, Al-Quran, kenabian dan umat Islam. Perkara ini merupakan kewajipan bagi orang Islam untuk mengetahui penilaian pihak lain terhadap ajaran Islam dan sewajarnya keimanan dan keteguhan akidah kita kepada Rukun Islam dan Rukun Iman pasti akan meneguhkan akidah umat Islam itu sendiri. Tidak semua yang di bawa oleh Orientalis buruk, bahkan kajian mereka banyak membongkar khazanah ilmu Islam yang berharga. Malah hasil kajian Orientalis banyak merungkaikan tentang kehebatan Islam sehingga mampu menarik minat mereka untuk memeluk Islam. Begitulah kehebatan Islam sekiranya di kaji dengan akal yang waras pasti akan ditemui kebenaran Islam itu sendiri.

Ditulis : NorsuriatiSumber : http://hazulfa-karyakreatif.blogspot.com/2012/10/pendekatan-golongan-orientalis.html

Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad , dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaanNya. Membaca Al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadah. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama umat Islam di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan secara mutawatir (berperingkat atas sebab penurunannya), dan mashaf yang lazim ditemui hari ini dikenali sebagai mashaf Uthmani. Rencana ini mengemukakan satu kajian tentang asal-usul dan sejarah Al-Quran, dari segi cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat turunnya, masanya, awalnya dan akhirnya. Disertakan juga maklumat tentang pengumpulan dan pembukuan Al-Quran.Isi kandungan 1 Pengertian Nuzul Al-Quran 2 Cara Al-Quran (wahyu) diturunkan 3 Peringkat penurunan Al-Quran 3.1 Kritikan terhadap pandangan atau pendapat di atas 4 Hikmah Al-Quran diturunkan beransur-ansur 5 Ayat pertama dan terakhir diturunkan 5.1 Yang pertama diturunkan 5.2 Yang terakhir diturunkan 6 Sejaran pengumpulan dan pembukuan al-Qur'an 7 Nota 8 Rujukan 9 Pautan luarPengertian Nuzul Al-QuranDaripada segi bahasa, perkataan Nuzul bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya nazala () membawa maksud dia telah turun atau dia menjadi tetamu. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, Dia yang telah..menurunkan hujan. (al-Baqarah:22), Dialah.yang menurunkan Taurat Dan Injil. (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.Cara Al-Quran (wahyu) diturunkanAishah isteri Rasulullah SAW, meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar ketika beliaumenyendiri di Gua Hira beribadah kepada Allah SWT untuk selama kira-kira tiga tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.[1]Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada Baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab:Kadang-kadang wahyu datang kepada-ku dengan gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagi-ku, dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-ku. Kadang ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-ku merupai lelaki, bercakap dengan-ku dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-ku.Rasulullah juga pernah mendapat wahyu langsung daripada Allah, seperti ketika menerima perintah solat.Peringkat penurunan Al-QuranPara ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekaligus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu: Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz; Kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-Izzah di langit dunia; dan Kali ketiga, penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam.Al-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan if Ulum al-Quran berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn Abbas, Hakim Dan al-Nasai, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-Izzah Dan dari Bait al-Izzah kepada Rasulullah s.a.w. Melalui Jibril a.s. 1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi, . (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz. (al-Buruj:21-22) 2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-Izzah di langit dunia.Penurunan kali kedua secara sekaligus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas; Allah SWT berfirman, (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur. (al-Baqarah:185) Firman Allah SWT, Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). (ad-Dukhan:3) Firman Allah SWT, Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. (al-Qadr:1) Ibn Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: Al-Quran diturunkan sekaligus pada malam yang penuh berkat. Ikrimah pula meriwayatkan Abdullah bin Abbas berkata: Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr dan ditempatkan di Bait al-Izzah di langit dunia.Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara Atiyyah bin al-Aswad dan Abdullah bin Abbas yang mana Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan, dan Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi al-Awwal. Kemudian Ibn Abbas menjelaskan: Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekaligus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari. 3. Dari Bait al-Izzah kepada Rasulullah S.A.W. (dalam masa 20 malam).Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah S.A.W, dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah al-Munawwarah. Mengikut pendapat ini, Jibril A.S.(Angel Gabriel) diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. dalam masa 20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.Kritikan terhadap pandangan atau pendapat di atasMengenai pendapat pertama mengenai al-Quran diturunkan sekaligus dari Allah SWT ke al-Lauh Mahfuz tidak disokong oleh bukti yang jelas dan kukuh. Ayat dalam surah al-Buruj yang digunakan sebagai hujah tidak menunjukkan secara tersurat atau tersirat mengenai penurunan sekaligus. Para ulama hanya membuat tafsiran pada ayat ini. Maksud ayat ini menceritakan tentang al-Quran dipelihara daripada sebarang pencemaran. Ayat ini ditujukan kepada musuh-musuh Islam yang cuba menambah, mengurang atau mengubah ayat al-Quran tidak akan dapat berbuat demikian kerana ia akan tetap tulen dan selamat. Tafsiran ini disokong oleh para mufassir seperti Tabari, Baghawi, Razi dan Ibn Kathir. Pendapat kedua tentang penurunan sekaligus ke Bait al-Izzah berpandukan kepada ayat 2, surah al-Baqarah dan ayat 1, surah al-Qadr tidak menyatakan secara jelas mengenai al-Quran diturunkan sekaligus pada malam yang penuh berkat tersebut. Kenyataan al-Quran ini merujuk kepada masa ia diturunkan dan tidak mengenai bagaimana atau cara ia diturunkan. Ulama tabiin yang terkenal Amir al-Shaabi mengatakan: Sudah pasti penurunan al-Quran berlaku pada Malam Lailatul-Qadr pada bulan Ramadhan, dan terus turun dalam masa 23 tahun. Tidak ada Nuzul lain melainkan yang diturunkan kepada Rasulullah SAW.Jumhur bersetuju yang ayat 1-5 daripada surah al-Alaq diturunkan di akhir Ramadhan 13 tahun sebelum Hijrah. Ketiga-tiga ayat yang dijadikan hujah di atas, tidak dinafikan, merujuk kepada ayat 1-15 surah al-Alaq. Cuma para ulama mentafsirkan ayat 185 surah al-Baqarah sebagai keseluruhan al-Quran. Para ulama, fuqaha, ahli hadith dan ahli tafsir semuanya bersetuju perkataan al-Quran merujuk kepada sebuah al-Quran atau sebahagian daripadanya. Malah ia dinyatakan dalam surah al-Araf, ayat 204, Allah SWT berfirman, Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.Mengenai riwayat Ibn Abbas, ia merupakan pandangan beliau dan tidak ada dikaitkan dengan sebarang ucapan Rasulullah s.a.w. sebagai satu sumber menyokong pendapatnya. Suatu persoalan timbul mengapa perkara sepenting ini hanya disebut oleh Ibn Abbas sedangkan di kalangan sahabat yang diiktiraf sebagai pakar al-Quran seperti Abdullah Masud, Ubayy bin Kaab, Zaid bin Thabit dan Muaz bin Jabal tidak membicarakan perkara Nuzul al-Quran yang diturun sekaligus ke Bait al-Izzah(langit dunia). Al-Zarqani berpendapat tidak wajar untuk mempersoalkan atau tidak mempercayai Ibn Abbas kerana beliau dikenali sebagai orang yang tidak ada kaitan dengan cerita-cerita israiliyat serta pendiriannya sebagai sahabat, oleh itu beliau tergolong di bawah Hukm al-Marfu iaitu perkara yang ada hubungan dengan Rasulullah SAW.Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah melalui Jibril(Gabriel) secara berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-Izzah(langit dunia) dan kepada Rasulullah. Penulisan ini tidak akan terbabit dalam perbahasan ulama mengenai jumlah penurunan dan juga mengenai riwayat Ibn Abbas bersandarkan kepada Rasulullah atau tidak. Penulis hanya menyampaikan adanya perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai jumlah Nuzul.Hikmah Al-Quran diturunkan beransur-ansurAl-Quran diturunkan sedikit demi sedikit supaya mudah dihafal, difahami dan dilaksanakan. Ia sebagai satu rahmat dan kurniaan yang sangat berkesan kepada hamba-hambaNya. Sekiranya al-Quran diturunkan sekaligus, sudah tentu ia akan menyusahi dan memberatkan, baik daripada segi hafalan, pemahaman dan pelaksanaannya dalam kehidupan. Al-Khudhari mengatakan tempoh al-Quran diturunkan ialah 22 tahun 2 bulan dan 22 hari, bermula daripada 17hb. Ramadhan tahun 41 kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah. Dalam tempoh tersebut al-Quran dihafal oleh Rasulullah dan para sahabat serta dicatat oleh panitia penulis al-Quran kemudian dikumpulkan pada zaman Sayidina Abu Bakr r.a. dan disempurnakan pada masa Sayidina Uthman r.a. Antara hikmat utama Allah SWT merencanakan penurunan al-Quran kepada baginda Rasulullah SAW ini secara beransur-ansur adalah seperti berikut: 1. Untuk menetapkan jiwa Rasulullah s.a.w. dan menguatkan hatinya. Ini kerana dengan turunnya Jibril a.s. membawa wahyu secara berulang-ulang daripada Allah SWT kepada Rasul-Nya dapat menguatkan jiwa Rasulullah s.a.w. Baginda dapat merasakan pertolongan serta inayat Ilahi tersebut. Tanggungjawab sebagai Nabi adalah berat dan Rasulullah sebagai seorang manusia yang sudah tentu akan menghadapi pelbagai cabaran getir dalam menyampaikan risalah bukan sahaja menghadapi tekanan, sekatan, cercaan, maki hamun malah ancaman nyawa daripada kaumnya sendiri Quraisy dan juga dari kalangan Yahudi dan orang munafik. Tentulah beliau memerlukan belaian wahyu sebagai penenang kepada semua itu. 2. Untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur. Ini akan memudahkan mereka untuk memahami al-Quran dan menghafaznya serta dapat beramal dengannya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan mereka. Oleh itu mereka dapat mengikis akidah amalan dan adat yang bertentangan dengan Islam secara beransur-ansur. Oleh itu sedikit demi sedikit ianya dapat dihapuskan. 3. Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku iaitu apabila timbul sesuatu masalah di kalangan mereka, turunlah al-Quran menentukan hukum yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya, ayat mengenai persoalan roh dan seumpamanya. 4. Untuk menunjukkan bahawa sumber al-Quran itu Kalam Allah SWT semata-mata. Ia bukan ciptaan Nabi Muhammad s.a.w. atau makhluk lain.Ayat pertama dan terakhir diturunkanKetinggian kedudukan al-Quran dan keagungan ajaran-ajarannya akan dapat merobah kehidupan manusia, menghubungkan langit dengan bumi, dan dunia dengan akhirat. Pengetahuan mengenai sejarah perundangan Islam daripada sumber utama iaitu al-Quran akan menggambarkan kepada kita mengenai pemeringkatan hukum dan penyesuaiannya dengan keadaan tempat hukum itu diturunkan yang memerlukan perbahasan mengenai apa yang pertama dan terakhir diturunkan.Yang pertama diturunkanTerdapat empat pendapat mengenai apakah yang mula-mula diturunkan mengenai al-Quran:- i) Jumhur (Pendapat yang paling rajih atau sahih) bersetuju iaitu yang pertama diturunkan ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq berdasarkan riwayat Aisyah yang dicatatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Hakim dalam kitab-kitab hadith mereka. Aisyah r.a. menyatakan: Sesungguhnya permulaan wahyu datang kepada Rasulullah s.a.w. melalui mimpi yang benar di waktu tidur. Mimpi itu jelas dan terang bagaikan terangnya pagi hari. Kemudian dia gemar menyendiri dan pergi ke gua Hira untuk beribadah beberapa malam dengan membawa bekal. Sesudah kehabisan bekal, beliau kembali kepada isterinya Khadijah r.a., maka Khadijah pun membekalinya seperti bekal terdahulu sehinggalah beliau didatangi dengan suatu kebenaran (wahyu) di gua Hira tersebut, apabila seorang malaikat (Jibril a.s.) datang kepadanya dan mengatakan: Bacalah! Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab: Aku tidak tahu membaca. Malaikat tersebut kemudian memeluk-ku sehingga aku merasa sesak nafas, kemudian aku dilepaskannya sambil berkata lagi: Bacalah! Maka aku pun menjawab: Aku tidak tahu membaca. Lalu dia memeluk-ku sampai aku rasa sesak nafas dan dilepaskannya sambil berkata: Bacalah! Aku menjawab: Aku tidak tahu membaca. Maka dia memeluk-ku buat ketiga kalinya seraya berkata: Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah! Yang mengajar dengan perantaraan kalam dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Setelah berlaku peristiwa itu kembalilah Rasulullah s.a.w. kepada isterinya Khadijah (membawa ayat-ayat ini) dengan tubuh menggigilsehinggalah akhir hadith. (al-Hadith).Imam-imam yang lain seperti al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Dalail dan al-Tabrani dalam al-Kabir mengesahkan ayat tersebut adalah yang pertama diturunkan. ii) Pendapat lain mengatakan Surah Al-Muddathir yang pertama kali diturunkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah seorang sahabat. Daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman, dia berkata: Aku telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah: Yang manakah di antara al-Quran mula-mula diturunkan? Jabir menjawab, . Aku berkata, Atau . Dia Jabir berkata,Aku katakan kepada-mu apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w. kepada kami: Sesungguhnya aku berdiam diri di gua Hira. Maka ketika habis masa diam-ku, aku turun lalu aku susuri lembah. Aku lihat ke depan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Lalu aku lihat ke langit, tiba-tiba aku melihat Jibril yang amat menakutkan. Maka aku pulang ke Khadijah. Khadijah memerintahkan mereka untuk menyelimuti aku. Mereka pun menyelimuti aku.Lalu Allah menurunkan: Wahai orang yang berselimut; bangkitlah, lalu berilah peringatan.Mengenai Hadis Jabir ini, dapatlah disimpulkan iaitu pertanyaan tersebut adalah mengenai surah yang diturunkan secara penuh. Jabir menjelaskan yang surah Muddathir diturunkan secara penuh sebelum surah Iqra selesai diturunkan, karena yang turun pertama sekali daripada surah Iqra itu hanyalah permulaannya saja. Ini diperkuatkan oleh hadith Abu Salamah daripada Jabir yang terdapat dalam Sahih Bukhari dan Muslim. Jabir berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. ketika bercakap mengenai putusnya wahyu, beliau menyebut dalam percakapannya itu, Sewaktu aku berjalan, aku terdengar suara dari langit. Kemudian aku angkat kepala-ku, tiba-tiba aku ternampak malaikat yang mendatangi aku di gua Hira duduk di atas kursi antara langit dan bumi, lalu aku pulang dan aku katakan: Selimutkanlah aku! Mereka pun menyelimuti aku. Lalu Allah menurunkan ayat, .Hadis ini menggambarkan peristiwa ini terkemudian daripada peristiwa di gua Hira, atau al-Muddathir adalah surah yang pertama diturunkan setelah terputusnya wahyu. Dapat disimpulkan ayat pertama untuk kenabian ialah Iqra dan surah pertama untuk risalah ialah surah al-Muddathir. iii) Andaian ketiga ialah berdasarkan satu kenyataan yang diperakukan kepada Ali bin Abi Talib, disebut oleh Abi Ishaq daripada Abi Maisarah. Riwayat yang direkodkan oleh al-Wahidi menyebut: Apabila Rasulullah muncul (dari gua Hira) dan mendengar suatu suara menjerit, Wahai Muhammad, Rasulullah terus pulang ke rumah. Waraqah bin Naufal menasihatkan Rasulullah mendengar kepada suara tersebut. Oleh itu apabila Rasulullah kemudiannya mendengar suara tersebut, beliau menyahut; Suara itu berkata, Katakanlah, Aku bersaksi sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah dan bacalah: .. (al-Fatihah: 1-7) iv) Sebahagian ulama tabiin seperti al-Dhahhak bin Muzahim berpendapat ayat pertama ialah Bismillah. Dia menyebut Abdullah bin Abbas pernah berkata: Perkara pertama yang diturunkan oleh malaikat Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. dengan beliau mengatakan, Wahai Muhammad, aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui daripada Syaitan yang dilaknat, dan katakanlah: Bismillahir Rahmanir Rahim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.)Al-Qadhi Abu Bakar al-Baqillani menyebutkan hadith ini sebagai munqati dalam kitabnya, Al-Intisar. Menurut al-Zarkasyi di dalam kitabnya al-Burhan, sebahagian besar ulama menyatukan hadith riwayat Aisyah dan Jabir dengan menyimpulkan Jabir mendengar Nabi membicarakan peristiwa permulaan wahyu dan dia mendengar bahagian akhirnya sedang bahagian pertamanya dia tidak mendengar. Jadi Jabir menyangka surah yang didengarnya adalah yang pertama diturunkan, pada hal bukan. Ibn Hibban dalam sahihnya menyatakan tidak ada pertentangan antara kedua hadith tersebut kerana ketika turun kepada Rasulullah Iqra, beliau pulang ke rumah lalu berselimut; kemudian turunlah Surah Al-Muddathir.Surah-surah lain yang awal diturunkan termasuklah al-Masad (111), al-Takwir (81), al-Ala (87), al-Lail (92) dan al-Fajr. Para ulama juga membicarakan ayat-ayat yang mula-mula diturunkan berdasarkan permasalahan atau persoalan tertentu. Di antaranya ia melibatkan i) Pertama kali mengenai makanan-ayat 145 Surah al-Anam, ayat 145 Surah al-Nahl, ayat 173 Surah al-Baqarah dan ayat 3 Surah al-Maidah; ii) Pertama kali mengenai minuman- ayat 219 mengenai khamar dalam Surah al-Baqarah, ayat 43 Surah al-Nisa dan ayat 90-91 Surah al-Maidah; dan iii) Pertama kali mengenai perang iaitu ayat 39 Surah al-Hajj.Yang terakhir diturunkanPelbagai pendapat mengenai yang terakhir diturunkan tetapi semua pendapat ini tidak mengandungi sesuatu yang dapat disandarkan kepada Rasulullah s.a.w., malah masing-masing merupakan ijtihad atau dugaan. Al-Qadhi Abu Bakar mengatakan mungkin mereka memberitahu apa yang terakhir kali didengar oleh mereka daripada Rasulullah s.a.w. ketika beliau hampir wafat. Antara pendapattersebut ialah:- i. Pendapat Ibn Abbas-banyak riwayat yang dikaitkan dengan Ibn Abbas: a. Amir al-Shabi meriwayatkan bahawa Abdullah bin Abbas pernah berkata: Ayat terakhir diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. adalah ayat mengenai riba. Firman Allah, Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba - yang belum dipungut -. (al-Baqarah:278). b. Ikrimah meriwayatkan bahawa Ibn Abbas menyebut: Ayat al-Quran terakhir diturunkan adalah, Dan peliharalah diri-mu daripada azab yang terjadi pada suatu hari kamu semua dikembalikan kepada Allah. (al-Baqarah: 281) c. Abdullah b. Utbah r.a. katanya, Abdullah bin Abbas berkata kepada saya: Adakah anda tahu ayat yang terakhir sekali turun? Jawab-ku tahu iaitu (Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan) (al-Nasr: 1). Berkata Ibnu Abbas: Kamu benar. d. Said bin Jubayr mengatakan orang-orang Kufah berselisih tentang ayat, Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar. (Al-Nisa:93). Saya menemui Ibn Abbas dan bertanyakan ayat ini dan beliau berkata: Ayat ini adalah ayat terakhir diturunkan dan selepas itu tidak ada ayat yang menasakhkan ayat ini. ii. Pendapat al-Bara bin AzibBerikut ialah dua kenyataan yang diriwayatkan oleh beliau:- a. Abu Ishaq al-Sabiee meriwayatkan bahawa al-Bara mengatakan: Surah lengkap terakhir diturunkan ialah surah Baraah.Bukhari vol 3 Kitab al-Maghazi hadith 4364. b. Abu Ishaq al-Sabiee meriwayatkan bahawa al-Bara mengatakan: Ayat terakhir diturunkan ialah, Mereka (orang-orang Islam umat-mu) meminta fatwa kepada-mu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalalah). Katakanlah: Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalalah itu(al-Nisa:176) iii. Pendapat Ubay bin KaabYusuf b. Mihran meriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas yang Ubay bin Kaab mengatakan potongan ayat al-Quran terakhir diturunkan ialah, Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (al-Taubah:12 iv. Pendapat Abdullah bin Amru bin al-AsAbu Abdul Rahman al-Halabi mendengar Abdullah b. Amru sebagai berkata: Surah terakhir diturunkan ialah Surah al-Maidah. v. Pendapat AishahJubayr bin Nufayl berkata, Aku pergi menemui Aishah, yang bertanya kepadaku: Adakah kamu membaca Surah al-Maidah? Aku kata: Ya. Dia berkata: Inilah Surah terakhir yang diturunkan vi. Pendapat Ummu SalamahMujahid b. Jabr mengatakan yang Umm Salamah berkata: Ayat terakhir diturunkan adalah ayat, Maka Tuhan mereka perkenan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan.. (al-Nisa:195) vii. Pendapat Umar al-KhattabAbu Said al-Khudry meriwayatkan daripada Umar al-Khatab yang memberitahu ayat terakhir diturunkan ialah pengharaman riba (al-Baqarah:275) dan Rasulullah s.a.w. wafat beberapa hari selepas itu dan perkara riba tersebut tidak tertinggal tanpa penjelasan. viii. Pendapat Muawiyah bin Abi SufiyanAmr Qais al-Kufi meriwayatkan Muawiyah mengatakan ayat berikut sebagai ayat terakhir diturunkan, Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada-ku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (al-Kahfi:110)Sekiranya kita menganalisis pendapat-pendapat di atas, kita akan menghadapi kesukaran untuk menentukan ayat terakhir diturunkan kepada Rasulullah disebabkan perbezaan pendapat tersebut. Walau bagaimanapun kita boleh membuat rumusan berdasarkan logik; i. Ayat 275 hingga 281 surah al-Baqarah nampaknya diturunkan bersama kerana ayat ini membicarakan persoalan riba dan hukum berkaitannya. Umar dan Abdullah Ibn Abbas mengatakan ayat riba merupakan ayat terakhir diturunkan boleh dikatakan tepat memandangkan Rasulullah wafat 9 hari selepas ayat ini diturunkan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Said bin Jubayr dan Ibn Jurayj mengenai ayat 281, surah al-Baqarah. ii. Pandangan Ibn Abbas mengenai ayat 93 surah al-Nisa ialah tentang ayat terakhir berhubung pembunuhan seorang Muslim, bukannya ayat terakhir al-Quran. Manakala pendapatnya mengenai surah al-Nasr tidak menjadi masalah. Surah al-Nasr kemungkinan merupakan surah pendek yang terakhir diturunkan, sementara surah al-Baraah merupakan surah panjang yang terakhir diturunkan. Ini tidak bercanggah dengan pandangan Aishah dan Ibn Amr yang mengatakan surah al-Maidah merupakan surah penuh terakhir diturunkan. Mereka bermaksud surah terakhir mengenai perkara halal dan haram. iii. Pandangan al-Bara tentang ayat 176 surah al-Nisa sebagai ayat akhir turun ialah ayat akhir tentang faraid. Apa yang diriwayatkan oleh Ubay bin Kaab mengenai ayat 128 hingga 129 surah al-Taubah adalah sebahagian daripada surah tersebut yang diturunkan secara keseluruhan sebagai surah panjang yang terakhir diturunkan. Riwayat Umm Salamah pula bukannya mengenai ayat terakhir tetapi lebih kepada jawapan kepada soalan beliau kepada Rasulullah mengenai kedudukan wanita dalam Islam. Pandangan Muawiyah pula jelas merujuk kepada yang terakhir diturunkan di Mekah melibatkan surah al-Kahfi termasuk ayat terakhirnya.Kesimpulannya, Surah al-Taubah sebagai surah panjang terakhir turun; Surah al-Nasr surah pendek terakhir turun; dan ayat 275 hingga 281 Surah al-Baqarah merupakan ayat terakhir diturunkan.Sejaran pengumpulan dan pembukuan al-Qur'anAl-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui beberapa cara iaitu: Jibril memasukkan ke dalam hati Baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-apa, hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya. Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat kepada Baginda sehingga Baginda benar-benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan itu. Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun ketika itu cuaca sangat sejuk. Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda sewaktu turunnya ayat surah al-Muzammil.Sejarah penurunan al-Quran pula terbahagi kepada tiga peringkat iaitu: Allah menurunkan al-Quran ke Luh Mahfuz secara sekali gus bukannya secara beransur-ansur. Firman Allah dalam surah al-Buruj ayat 21 - 22 yang bermaksud: Bahkan apa yang didustakan mereka itu ialah al-Quran yang mulia, yang tersimpan dalam Luh Mahfuz. Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia juga diturunkan sekali gus. Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 3 maksudnya:Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran di malam yang penuh keberkatan.Firman-Nya lagi dalam surah al-Qadar ayat 1 yang bermaksud:Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr.Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah ayat 185 maksudnya:Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran. Turun dari langit dunia kepada Nabi saw melalui perantaraan Jibril bermula tanggal 17 Ramadan .Firman Allah dalam surah as-Syura ayat 192-195 maksudnya:Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dibawa turun oleh Ar-Ruhul Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad saw) supaya kamu menjadi salah seorang di antara orang yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas.Setiap ayat yang dibawa oleh Jibril dihafaz oleh Nabi SAW kemudian baru dibacakan kepada sahabat. Nabi saw menghafaznya betul-betul bimbang jika tertinggal perkataan tertentu atau huruf tertentu.Baginda mengulangi bacaan ketika Qiamullail(bangun malam) dan solat. Setiap tahun sekali Nabi SAW ditasmi (mendengar dan membetulkan) bacaannya oleh Jibril(Angel Gabriel) dalam bulan Ramadan secara bertadarus.Pada akhir hayat Baginda, Jibril mentasminya sebanyak dua kali.Sahabat berusaha dan bersungguh-sungguh menghafaz dan mempelajari serta memahaminya dengan menjauhi kenikmatan tidur dan rehat. Sebagaimana Rasulullah saw, sahabat turut memanfaatkan masa malam mereka untuk memantapkan hafalan mereka.Di antara huffaz(penghafaz/ penghafal Al-Quran) terkenal daripada sahabat iaitu empat orang Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali bin Abi Talib), Talhah, Ibnu Masud, Huzaifah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, Ibnu Abbas, (Aisyah dan Hafsah){isteri Rasullullah).Termasuk daripada orang-orang Ansar(penduduk asal Kota Madinah) seperti Ubai bin Kaab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit, Abu Darda dan Anas bin Malik.Pada masa sama, Nabi SAW melantik beberapa sahabat sebagai penulis wahyu.Mereka menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan setiap kali wahyu turun sebagai tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang begitu saja.Di antara penulis itu ialah empat Khulafa Ar-Rasyidin, Muawiyah bin Abu Sufian, Khalid bin al-Walid, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit.Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas kulit kayu,batuan,kulit haiwan dan kain-kain sahaja berikutan kertas belum diketemukan.Pada masa itu iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, ayat al-Quran tidak dihimpunkan dalam satu mashaf(teks lengkap yang berbuku).Ini disebabkan kepada beberapa faktor iaitu: Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu mashaf daripada kemudahan penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz(penghafal Al-Quran) dan qurra(pembaca Al-Quran). Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasikh dan mansukh(hukum atau ayat yang bertukar disebabkan perkara tertentu). Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi beransur-ansur. Setiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor, sebab dan peristiwa.Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz mati dalam peperangan Yamamah iaitu hampir 70 orang.Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar supaya dihimpunkan helaian ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra.Pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya dan takut seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran.Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari bahawa ia adalah satu wasilah yang paling agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput, maka Saidina Abu Bakar bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-Quran itu.Maka dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi saw yang masih hidup antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran.Al-Quran kemudian ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas, tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah SAW.Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab.Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman.Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu Qiraat yang telah diizinkan Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran. Maka dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya.Pada peringkat awal,jawatan kuasa penyelaras Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6 buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh Khalifah Uthman bin Affan sendiri,naskah dihantar ke Kota Basrah,naskah kepada kota Kufah dan kota Syam serta sebuah naskah ke kota Madinah Al-Munawwarah dan sebuah lagi ke kota Makkah Al-Mukarramah.Manakala,kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang disalin terus dari naskhah Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh Umar Dany dan Sheikh Abu Daud Sulaiman bin Najah.Dua salinan baharu itu hanya digunakan tatkala timbulnya perselisihan berkenaan teks salinan sebenar Kitab suci Al-Quran, serta membetuli akan keraguan dalam mashaf Al-Quran enam buah seperti yang dinyatakan diatas, akibat timbul dari perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam Qiraat.Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy.Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah(Nabi SAW).Manakala cara membarisnya pula adalah diambil daripada apa yang telah diakui kesahihannya oleh para Ulama seperti yang dibandingkan dalam Kitab At-Tarazu Ala Dhabtil Kharazi karangan Imam At-Tanassi dengan mengambil tanda-tanda Al-Khalil bin Ahmad dan Para pengikut daripada kalangan(Masyariqah) Masyarakat Al-Quran,gantian daripada tanda-tanda yang disepakati oleh orang Andalusia(di Spanyol) dan orang-orang Maghribi.Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani hasil penggemblengan tenaga oleh Zaid bin Thabit sebagai ketua, Abdullah bin Zubair, Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam.Akhirnya mashaf Uthmani itu bertebaran ke seluruh dunia yang menjadi panduan umat Islam yang paling utama hingga hari ini.Nota: Walaupun Al-Quran yang telah distandardkan mengikut resam mashaf Uthmani sekarang, namun masih ada lagi saki baki kitab-kitab Suci Al-Quran mengikut resam yang berlainan seperti Al-Quran Muhammad (Quranul Majid), Mashaf Madinah dan lain-lain. Hal ini disebabkan Al-Quran tersebut diselaraskan dengan bacaan sesuatu pegangan imam Qiraat (Imam-imam Syatibi) yang khusus ,tidak mengikut piawai bacaan Arab Quraisy yang dipersetujui bersama. Namun begitu ayat-ayat Al-Quran dalam teks resam yang lain dari mashaf Uthmani tidak mengubah akan ayat-ayat dan maksud Al-Quran itu, cuma mungkin berlainan dari segi tanda baris akibat dari sebutan yang diriwayatkan oleh imam-imam Qiraat yang berlainan.Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_al-Quran