Otak Kiri Dan Otak Kanan

9
Otak kiri dan otak kanan Pada tahun 1981 psikologis Amerika, Roger Sperry telah m,endapat anugerah Nobel (perubatan) kerana penemuannya mengenai pengkhususan fungsi pada hemisfera cerebral otak manusia. Penyelidikannya membuktikan bbahawa otak kiri dan otak kanan mempunyai pengkhususan yang berbeza dalam menjalankan tugas intelektual. Setiap hemisfera otak mempunyai sensasi, persepsi, pemikiran dan idea sendiri yang tidak bertindak balas dengan apa yang ada pada hemisfera satu lagi, seolah-olah kedua-duanya beroperasi secara berasingan. Proses pemikiran pada otak kiri mempunyai ciri susunan, turutan dan logi; manakala pe mikiran pada otak kanan pula mengawal keupayaan ‘spatial’, aspirasi artistic dan kreativiti. Berikut merupakan pengkhususan fungsi otak kiri dan otak kanan: Bil Otak kiri Otak kanan 1 Segmental Holistik 2 Berturutan Serentak 3 Ekspresi logik Ekspresi gestalt 4 Persepsi fokal Orientasi sedar 5 Analatikal Kreatif 6 Pemikiran mengenai masa Pemikiran mengenai masa kini 7 Bahasa Metaforikal 8 Linguistik/simbol Rupa bentuk 9 Kecerdasan verbal Inteligen praktikal 10 Intelek Penggunaan deria 11 Pengetahuan yang boleh dikira Pengetahuan melalui pengalaman 12 Pengiraan Matematik Mengenal pasti pola 13 Pemikiran sedar Pemikiran bawah sedar 14 Analisis logikal Reaksi emosional 15 Kaedah dan peraturan Intutif/kreatif Otak kiri berkeupayaan melakukan aktiviti rasional dan logic serta menterjemahkan persepsi menjadi persembahan yang logikal dan fonetik mengenai reality dan seterusnya mengkomunikasikannya berasaskan analisis logikal. Aktiviti otak kiri lebih ketara dalam aktiviti membaca , menulis dan mengira. Semua aktiviti ini adalah pemikiran secara linear, menegak dan habitual. Otak kiri lebih cemerlang dalam tugas Otak kiri lebih cemerlang dalam tugas berkaitan bahasa, pertuturan dan logik. Hemisfera kanan (otak kanan) pula bersifat intutif yang melakukan imaginasi dan persepsi tehadap sesuatu secara holistic, apresiatif terhadap seni dan muzik, pemujaan, upacara keagamaan, mistik dan perasaan. Otak kanan berupaya membina konstruk daripada berbagai maklumat sehingga dapat membentuk idea dan konsep baru. Keupayaan ini

description

Gunakan maklumat ini dengan sebaiknya

Transcript of Otak Kiri Dan Otak Kanan

Page 1: Otak Kiri Dan Otak Kanan

Otak kiri dan otak kanan

Pada tahun 1981 psikologis Amerika, Roger Sperry telah m,endapat anugerah Nobel

(perubatan) kerana penemuannya mengenai pengkhususan fungsi pada hemisfera cerebral

otak manusia. Penyelidikannya membuktikan bbahawa otak kiri dan otak kanan

mempunyai pengkhususan yang berbeza dalam menjalankan tugas intelektual. Setiap

hemisfera otak mempunyai sensasi, persepsi, pemikiran dan idea sendiri yang tidak

bertindak balas dengan apa yang ada pada hemisfera satu lagi, seolah-olah kedua-duanya

beroperasi secara berasingan. Proses pemikiran pada otak kiri mempunyai ciri susunan,

turutan dan logi; manakala pe mikiran pada otak kanan pula mengawal keupayaan

‘spatial’, aspirasi artistic dan kreativiti.

Berikut merupakan pengkhususan fungsi otak kiri dan otak kanan:

Bil Otak kiri Otak kanan

1 Segmental Holistik

2 Berturutan Serentak

3 Ekspresi logik Ekspresi gestalt

4 Persepsi fokal Orientasi sedar

5 Analatikal Kreatif

6 Pemikiran mengenai masa Pemikiran mengenai masa kini

7 Bahasa Metaforikal

8 Linguistik/simbol Rupa bentuk

9 Kecerdasan verbal Inteligen praktikal

10 Intelek Penggunaan deria

11 Pengetahuan yang boleh dikira Pengetahuan melalui pengalaman

12 Pengiraan Matematik Mengenal pasti pola

13 Pemikiran sedar Pemikiran bawah sedar

14 Analisis logikal Reaksi emosional

15 Kaedah dan peraturan Intutif/kreatif

Otak kiri berkeupayaan melakukan aktiviti rasional dan logic serta menterjemahkan

persepsi menjadi persembahan yang logikal dan fonetik mengenai reality dan seterusnya

mengkomunikasikannya berasaskan analisis logikal. Aktiviti otak kiri lebih ketara dalam

aktiviti membaca , menulis dan mengira. Semua aktiviti ini adalah pemikiran secara linear,

menegak dan habitual. Otak kiri lebih cemerlang dalam tugas Otak kiri lebih cemerlang

dalam tugas berkaitan bahasa, pertuturan dan logik.

Hemisfera kanan (otak kanan) pula bersifat intutif yang melakukan imaginasi dan persepsi

tehadap sesuatu secara holistic, apresiatif terhadap seni dan muzik, pemujaan, upacara

keagamaan, mistik dan perasaan. Otak kanan berupaya membina konstruk daripada

berbagai maklumat sehingga dapat membentuk idea dan konsep baru. Keupayaan ini

Page 2: Otak Kiri Dan Otak Kanan

dipanggil holistik, lateral, intutif, metaforikal dan selanjutnya memahami saling hubungan

yang kompleks, pola dan struktur. Otak kanan juga cemerlang dalam tugas mengenal pasti

pola, muzik dan emosi.

Ada kebenaran mengenai pendapat yang mengatakan bahawa kebanyakan sistem

pendidikan mempunyai kecenderungan untuk mengembangkan keupayaan analatikal pada

otak kiri lebih daripada potensi kreatif yang ada pada otak kanan.

• Secara umumnya otak kanan berfungsi mengendalikan sesuatu secara umum

seperti emosi.

• Otak kiri lebih berfungsi untuk menganalisis seperti menyelesaikan masalah

Matematik.

Pada amalannya keseluruhan yang terdapat pada minda kita adalah hasil aktiviti

pemerosesan otak kiri dan kanan.

• Aktiviti yang melibatkan bahasa dilaksanakan oleh otak kiri bagi mereka yang

menggunakan tangan kanan (right-handed). Oleh itu mereka yang lumpuh otak

kirinya akan mengalami masalah untuk bercakap. Walau bagaimanapun otak kanan

yang membantu membentuk persepsi dan otak kiri yang ditugaskan melapor

melalui bahasa, kadang kala otak kiri tersalah terjemah apa yang otak kanan fahami

kerana maklumat yang diterima akan diterjemah mengikut bagaimana otak kiri

memahami situasi berkenaan. Gabungan kekuatan otak kiri dan otak kanan akan

menghasilkan pemikiran dan tindakan terbaik untuk menghadapi apa jua situasi.

Page 3: Otak Kiri Dan Otak Kanan

Contoh soal selidik untuk membezakan penggunaan otak kiri atau otak kanan

Soalan Ya Tidak

(a) Adakah anda kerap mempunyai gerak hati?

(b) Adakah anda banyak menggerakkan tangan semasa bercakap?

(c) Bolehkah anda memberitahu berapa lama masa yang telah

berlalu tanpa menggunakan jam?

(d) Bila anda mendapat gerak hati, adakah anda bertindak

mengikut gerak hati berkenaan?

(e) Adakah anda memilih untuk belajar sesuatu yang baru dengan

mengikut langkah yang anda fahami atau mengikut apa yang

ditunjukcarakan?

(f) Adakah algebra lebih mudah dari geometri?

(g) Adakah anda cekap mendapatkan intipati mengenai apa yang

orang lain maksudkan apabila mereka bercakap dengan

bahasa yang anda fahami?

(h) Bila anda memerhatikan gambar pada sebuah buku, adakah

anda baca tajuk sebelum mengkaji imej pada gambar?

(i) Adakah anda lebih mudah mengenali wajah daripada nama

seseorang?

(j) Adakah anda lebih suka menyempurnakan sesuatu tugas

terlebih dahulu sebelum memulakan tugas yang lain?

Page 4: Otak Kiri Dan Otak Kanan

Skor:

Untuk soalan a, b, d, g dan i, tandakan ‘kanan’ bagi jawapan ‘ya’ dan ‘kiri’ bagi jawapan

‘tidak’. Bagi soalan c, e, f, h dan j, tandakan ‘kiri ‘pada jawapan ‘ya’ dan tandakan ‘kanan’

pada jawapan ‘tidak’. Sekarang kira jumlah tanda ‘kiri’ dan ‘kanan’ yang anda perolehi.

Jika lebih banyak ‘kanan’ daripada ‘kiri’ bermakna anda lebih cenderung menggunakan

otak kanan, dan sebaliknya. Kebanyakan daripada kita mempunyai kecenderungan

campuran antara otak kiri dan kanan.

Page 5: Otak Kiri Dan Otak Kanan

Ujian Personaliti dan Kesihatan

Selepas membuat ujian berdekad lamanya, Hans Eysenck, seorang psikologis British telah

mengelompokkan tiga dimensi personality melalui soal selidik, iaitu introvert/ekstovert,

emosional/stabil dan tahan lasak/lembut hati. Dengan memahami personality masing-

masing kita boleh mengenal pasti kecenderungan gaya dan tingkah laku yang

mendatangkan impak negatif terhadap kesihatan kita dan berusaha mengubah suai bagi

mengelakkan gangguan kesihatan.

Soal selidik Personaliti

Soal selidik Introvert/Ekstrovert

Bil Soalan Ya Tidak

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Adakah anda gelisah bila melakukan aktiviti/kerja yang

kurang tindakan?

Adakah anda kerap mencari motif disebalik tindakan orang

lain?

Adakah anda suka bercakap dengan orang untuk mengelakkan

anda hilang peluang bercakap dengan orang asing?

Adakah anda di antara orang akhir member tepukan dalam

Sesutu konsert atau majlis?

Semasa mendapatkan maklumat urusniaga, adakah anda lebih

suka menggunakan tulisan daripada berbincang melalui

telefon?

Adakah anda seronok dengan projek yang banyak

memerlukan bacaan?

Adakah anda berharap anda terlepas tugas dan mempunyai

lebih banyak masa rehat?

Adakah anda mendapati anda berada di depan rakan anda

yang berhati-hati semasa melintas jalan?

Adakah anda memerlukan banyak kawalan diri untuk

mengelakkan masalah?

Adakah anda kerap berhati-hati untuk membuat perisytiharan

sepenuhnya kepada pihak kastam/polis atau sebagainya untuk

tujuan memberi kerjasama.

Page 6: Otak Kiri Dan Otak Kanan

Soal selidik Emosional/Stabil

Bil Soalan Ya Tidak

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Adakah anda kerap mengalami kurang tidur bila merasa

bimbang?

Adakah anda terganggu oleh sesuatu yang kurang penting

dalam fikiran anda?

Pada umumnya adakah anda berpuas hati dengan kehidupan

anda?

Adakah anda menganggap masa depan anda cerah?

Adakah anda cukup yakin dengan keputusan anda?

Adakah anda kerap merasa takut dengan sesuatu atau

seseorang yang anda tahu tidak akan mencederakan anda?

Adakah anda kerap merasa malu dengan apa yang telah anda

lakukan?

Adakah anda senyum dan ketawa seperti orang lain?

Adakah anda merasa sangat kecewa jika orang lain mengkritik

anda?

Adakah anda berpendapat berjumpa doktor kerana penyakit

remeh seperti selesema, suatu yang membuang masa?

Page 7: Otak Kiri Dan Otak Kanan

Soal selidik Keras hati/lembut hati

Bil Soalan Ya Tidak

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Adakah anda menetapkan aspirasi pada peringkat rendah

untuk mengelakkan daripada kecewa?

Jika seseorang melakukan sesuatu yang buruk kepada anda,

adakah anda akan melakukan Sesutu kembali kepadanya?

Adakah anda merasa marah bila seseorang ahli politik tertentu

mengatakan sesuatu dalam akhbar?

Adakah anda kerap menyoal moral dan tingkah laku sendiri?

Adakah anda meminati lakonan ganas dan seksaan dalam

filem?

Adakah anda melakukan sesuatu kerja yang agak merbahaya

untuk mendapatkan keseronokan?

Adakah anda hilang minat kerana jenaka yang agak kasar dan

tidak beradab?

Adakah anda merasa marah sek,iranya seseorang itu tidak

mengakui kesalahannya?

Adakah anda bersungguh-sungguh ingin membantu sesorang

yang mengalami masalah emosi?

Adakah anda merasa sukar untuk mengelak daripada

memegang binatang kecil dan berbulu?

Page 8: Otak Kiri Dan Otak Kanan

Skor:

Soal selidik Introvert/Ekstrovert dan hubungan dengan kesihatan

Satu mata bila anda menjawab ‘ya’ bagi soalan 1, 3, 4, 8 dan 9; manakala satu mata juga

bagi jawapan ‘tidak’ bagi soalan 2, 5, 6, 7 dan 10. Skor 8-10 bermakna personality anda

adalah ‘outgoing’, bersosial, aktif dan impulsif atau ekstrovert. Jika skor 3-7 anda adalah

introvert. Jika skor 1-2, anda adalah menyepi, mengawal diri, priharin dan

bertanggungjawab atau introvert klasik. Personaliti ekstrovert biasanya mempunyai ciri

berikut:

• Suka aktiviti,

• Bersosial

• Berani mengambil risiko

• Mengikut gerak hati

• Penuh perasaan

• Kurang refleksi dan;

• Kurang bertanggungjawab

Mereka yang ekstrovert perlukan gaya hidup yang lebih seimbang dan sederhana. Mereka

perlukan cukup tidur dan makanan sihat. Mereka berkemungkinan minum alcohol dan

menghadiri jamuan berlebihan.

Personaliti introvert sebaliknya mempunyai cirri yang bertentangan dengan ekstrovert.

• Mereka lebih berhati-hati dan reflektif

• Boleh dipercayai

• Tabah dan;

• Berusaha sendirian

Mereka pada umumnya merasa malu dan kurang bersosial. Mereka perlukan khidmat

kaunseling untuk mengurangkan rasa malu yang berlebihan. Mereka yang tinggal

bersendirian perlu mengambil berat mengenai keperluan fizikal dan emosional

terutamanya dengan mengekalkan hubungan dengan keluarga dan rakan.

Page 9: Otak Kiri Dan Otak Kanan

Soal selidik Emosional/Stabil dan kaitannya dengan kesihatan

Satu mata bila anda menjawab ‘ya’ bagi soalan 1, 2, 6, 7 dan 9; manakala satu mata bagi

jawapan ‘tidak’ bagi soalan 3, 4, 5, 8 dan 10. Skor antara 8-10 bermakna anda sangat

emosional, merasa bimbang dan menakutkan. Skor 3-7 menunjukkan anda sederhana

emosional, lebih seimbang tetapi masih resah. Skor 1-2 bermakna anda sekali sekala stabil,

berkeyakinan, merasa selamat dan tidak mudah terganggu.

Emosi yang stabil disenangi orang lain. Mereka yang emosional biasanya lebih mudah

tertarik kepada sesuatu, kreatif, artistik dan lebih bersimpati kepada orang lain berbanding

mereka yang stabil. Mereka yang tidak stabil emosinya mempunyai harga diri yang rendah,

tertekan, bimbang, kurang autonomi, hypochondria dan terasa bersalah.

Mereka yang terlalu emosional kerap kali mengalami tekanan atau fobia. Terapi kognitif

tingkah laku boleh membantu kesihatan fizikal dan mental mereka. Meningkatkan harga

diri melalui teknik pemikiran positif dan belajar mengatasi kebimbangan boleh menjadikan

hidup mereka lebih sihat dan gembira. Mereka yang emosinya stabil tidak bertindak

berlebihan terhadap sesuatu dan lebih dipercayai orang lain. Mereka perlu sedar bahawa

tidak semua orang tenang dan seimbang emosinya.

Soal selidik Keras hati/Lembut hati

Satu mata bil;a anda menjawab ‘ya’ bagi soalan 2, 3, 5, 6 dan 8; manakala satu mata bagi

jawapan ‘tidak’ bagi soalan 1, 4, 7, 9 dan 10. Skor 8-10 bermakna anda mempunyai cirri

keras hati seperti tegas, agresif, bercita-cita tinggi dan meminati sensasi. Skor 3-7

menunjukkan keras hati anda adalah sederhana. Skor 1-2 bermakna anda mempunyai cirri

sangat lembut hati seperti pemurah, prihatin dan memahami orang lain.

Sifat kersa hati yang berlebihan menunjukkan anda perlu khidmat kaunseling untuk

mengawal marah dan mengurangkan tingkah laku yang berisiko. Pada puratanya lelaki

biasanya lebih keras hati berbanding perempuan. Mereka yang lembut hati biasanya

disenangi oleh rakan mereka yang kadang-kadang mengambil kesempatan kerana sifat ini.

Mereka yang lembut hati biasanya lebih cenderung mengalami depresi bila sesuatu tidak

kena atau jangkaanya meleset. Mereka ini perlu meningkatkan keprihatinan terhadap diri

mereka lebih daripada orang lain.