OUMM3203 ETIC.doc

download OUMM3203 ETIC.doc

of 16

Transcript of OUMM3203 ETIC.doc

  • 7/27/2019 OUMM3203 ETIC.doc

    1/16

    OUMM3203

    MEI 2013 (SMP KHAS)

    OUMM 3203

    PROFESSIONAL ETHICS

    NO. MATRIKULASI : 800713115322001

    NO. KAD PENGNEALAN : 800713-11-5322

    NO. TELEFON : 019-9396847

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CENDERING TERENGGANU

  • 7/27/2019 OUMM3203 ETIC.doc

    2/16

    OUMM3203

    Pengenalan

    Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara

    dan rakyatnya . sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak

    wujudnya peradaban manusia , perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama , malah

    semakin menjadi amalan biasa. Apa apa pun amalan biasa terutama yang buruk ,

    seharusnya tidak menjadi amalan yang berterusan sehingga sukar dibendung dan

    dibanteras . Rasuah jika diterima sebagai amalan biasa, akan membawa kehancuran

    kepada seluruh masyarakat , bangsa dan negara seperti yang berlaku dalam sejarah

    tamadun besar dunia. Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali

    dalam fenomena ini . Walaupun gejala ini belum begitu berleluasa, kesedaran seluruh

    masyarakat amat diperlukan , terutama dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang

    kian pesat .

    Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis habisan dari awal lagi akan

    memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara . Penyakit ini juga akan

    turut menggugat kestabilan sosial negara . Apatah lagi ketika kerajaan sedang

    mencanangkan program pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan

    Malaysia sebuah negara maju. Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai

    terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan

    serta birokrasi negara ini . Rasuah juga tidak boleh dimulakan kerana akan berlarutan

    dan ketagihan . Setelah sebati dengannya, maka wabak berbahaya ini merebak

    menjangkiti orang lain pula . Rasuah menyebabkan seseorang menjual prinsip ,

    maruah dan harga diri . Masyarakat yang mengamalkan rasuah akan bertindak di luar

    batasan dan peraturan yang telah ditetapkan .

    Sesungguhnya masyarakat yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisis

    kepercayaan . Oleh itu , semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang boleh

    menyebabkan perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja melebihi

    pendapatan . Berikutan semakin seriusnya usaha menangani gejala ini , rakyat sangat

    berharap tiada sesiapa akan terkecuali daripada tindakan undang undang . Martabat

    atau parti politik bukan payung yang melindungi sesiapa daripada penghakiman dan

    hukuman. Kita yakin bahawa hukuman yang setimpal boleh menerbitkan perilaku

  • 7/27/2019 OUMM3203 ETIC.doc

    3/16

    OUMM3203

    baik seseorang . Sehubungan itu , dalam memerangi gejala ini , semua pihak perlulah

    bertindak secara menyeluruh dan berterusan . Jika kita sepakat melakukannya , tiada

    sebab kita akan gagal

  • 7/27/2019 OUMM3203 ETIC.doc

    4/16

    OUMM3203

    Definisi Rasuah

    Menurut Transparency International rasuah ialah perilaku di jabatan-jabatan atau

    pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak

    wajar dan tidak sah /menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya

    (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang

    diberi kepada mereka.Gejala rasuah merupakan satu jenayah atau kesalahan undang-undang

    di mana seseorang itu mendapat kebebasan, kontrak perniagaan atau keistimewaan dari pihak

    berkuasa atau syarikat tertentu selepas menyogokkan pihak terbabit dengan wang, hadiah atau

    pemberian yang lain kepada pihak terbabit. Rasuah juga merupakan satu tindakan pemerasan

    yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah

    dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan

    memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang

    telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan

    bersikap pilih kasih dalam tindakannya.

    Rasuah menurut bahasa Latin berasal daripada perkataan curroptio iaitu daripadakata kerja corrumpere yang membawa maksud busuk, rosak, menggoyahkan, memutar belit,

    dan menyogok. Dalam bahasa Arab perkataan rasuh bermaksud al-risywah. Di dalam al-

    Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain

    seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Secara keseluruhannya rasuah merupakan satu

    perilaku yang sangat terkutuk dan dibenci bukan sahaja oleh agama malah kemanusiann

    sekalipun. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan memberi dan menerima

    suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Rasuah juga

    boleh ditakrifkan seperti berikut:-

    Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan

    mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa

    manfaat seumpama itu yang lain;

    Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan

    apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas

    apa-apa sifat;

  • 7/27/2019 OUMM3203 ETIC.doc

    5/16

    OUMM3203

    Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi

    atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

    Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan

    atau peratusan;

    Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang

    atau benda berharga;

    Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-

    apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada

    apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada

    atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada

    menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi;

    Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi

    kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat.

    Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan

    terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat

    Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga

    urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana

    sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: Rasulullah SAW telah

    mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah

    dalam soal hukum- menghukum.

    Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang

    terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan

    mereka ini.

    Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

    Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka.

  • 7/27/2019 OUMM3203 ETIC.doc

    6/16

    OUMM3203

    Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

    Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu

    dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat

    kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya.

    (al-Baqarah : 188)

    Dalam skop yang luas, rasuah "politik" bermaksud penyalahgunaan jawatan

    awam untuk kepentingan peribadi. Semua bentuk pemerintahan dan organisasi pasti

    terdapat perilaku rasuah, sama ada sedar atau tidak. Cuma berat (kes) berbeza-beza:

    daripada yang paling ringan dalam bentuk penggunaan pengaruh dan sokongan untuk

    memberi dan menerima pertolongan, hingga kepada rasuah yang sudah dianggap satu

    "prosedur rasmi", dan sebagainya. Kemuncak segala rasuah ialah satu keadaan yang

    digelar kleptokrasi, yang erti harfiahnya pemerintahan oleh para pencuri; iaitu

    berpura-pura bertindak jujur pun tidak ada sama sekali!

    Rasuah yang wujud dalam bidang politik dan pentadbiran/ birokrasi mungkin

    berbentuk sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak. Rasuah tidak sekadar

    memudahkan atau menggalakkan jenayah seperti pelacuran, pemalsuan wang, cetak

    rompak, dan penyeludupan. Kesannya lebih meluas lagi. Untuk memahami masalah

    ini dan mencari rumusannya, sangat penting untuk membezakan antara rasuah dengan

    perilaku jenayah (dalam erti kata yang lebih luas). Sama ada sesuatu hal/perilaku

    dianggap rasuah atau tidak bergantung pada praktik undang-undang di negara/wilayah

    berkenaan. Contohnya, pendanaan parti politik untuk pilihan raya dianggap satu

    bentuk rasuah di negara/ wilayah tertentu tapi dianggap legal di tempat tertentu lain.

    PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH

    Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang

    terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama

    yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan

    tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan

    oleh at-Tirmizi yang bermaksud :

  • 7/27/2019 OUMM3203 ETIC.doc

    7/16

    OUMM3203

    Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka.

    Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana

    dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

    Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah

    serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya.

    Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan

    keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan

    sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

  • 7/27/2019 OUMM3203 ETIC.doc

    8/16

    OUMM3203

    INDEKS PERSEPSI RASUAH

    Indeks ini ialah Indeks Persepsi Rasuah yang dikumpul dari ahli perniagaan

    atau bisnes yang memberi mata dengan skala 0 hingga 10 dengan 10 (bersih dari

    rasuah) dan 0 (kadar rasuah yang amat tinggi). Indeks ini telah dirangka oleh

    Transparency International satu badan antarabangsa yang menganalisa ketelusanserta

    kadar rasuah di peringkat sejagat.

    Antara negara-negara yang mempunyai kadar rasuah yang amat tinggi dan mendapat

    mata di antara 1.5 dan 2.0 dalam TI Corruption Perceptions Index 2004 termasuklah:

    Haiti

    Bangladesh

    Nigeria

    Myanmar

    Chad

    Paraguay

    Azerbaijan

    Di kalangan negara ASEAN (selain Myanmar), Indonesia mempunyai mata

    yang sangat rendah iaitu pada 2.0. Manakala Malaysia terletak di bahagian yang lebih

    tinggi iaitu dengan mata 5.0. Namun negara ASEAN yang mendapat keyakinan paling

    tinggi ialah Singapura dengan 9.3.

    Mengukur kadar rasuah secara statistik dengan tujuan untuk membandingkan

    tahap penglibatan rasuah dalam beberapa buah negara, sebenarnya tidak memberikan

    hasil yang boleh diikuti sepenuhnya. Transparency International, salah satu badan

    terkemuka dalam kajian dan kegiatan anti-rasuah, telah menyediakan tiga penanda

    aras, yang diterbitkan setiap tahun: Indeks Persepsi Rasuah (berdasarkan pendapat

    para ahli tentang kekorupan negara-negara dunia); Barometer Rasuah Global

    (berdasarkan tinjauan pandangan rakyat tentang persepsi dan pengalaman mereka

    berdepan dengan gejala rasuah); dan Tinjauan Pemberi Sogok, yang melihat sejauh

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Indeks_Persepsi_Rasuahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indeks_Persepsi_Rasuahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perniagaanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Indeks&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Indeks&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Transparency_Internationalhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Antarabangsa&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Ketelusanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ketelusanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Haitihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bangladeshhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nigeriahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Myanmarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Chadhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Paraguayhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Azerbaijanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/ASEANhttp://ms.wikipedia.org/wiki/ASEANhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Myanmarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indonesiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indeks_Persepsi_Rasuahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perniagaanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Indeks&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Transparency_Internationalhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Antarabangsa&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Ketelusanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Haitihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bangladeshhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nigeriahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Myanmarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Chadhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Paraguayhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Azerbaijanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/ASEANhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Myanmarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indonesiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapura
  • 7/27/2019 OUMM3203 ETIC.doc

    9/16

    OUMM3203

    mana syarikat-syarikat antarabangsa/multinasional bersedia memberi sogok di negara-

    negara yang menjadi tempat operasi mereka. Transparency International juga

    menerbitkan Laporan Rasuah Global; edisi tahun 2004 yang memfokuskan rasuah

    dalam lapangan politik.

  • 7/27/2019 OUMM3203 ETIC.doc

    10/16

    OUMM3203

    Fakta Kajian Mengenai Rasuah

    Kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang mengatakan

    bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung memberi rasuah kepadapihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas

    didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52%, diikuti kumpulan berpendapatan bulanan

    RM3,001 hingga RM5,000 (40%), RM1,501 - RM3,000 (31%) dan kurang RM1,500 (18%)

    (Berita Harian 6 Mac 07).

    Suatu kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International mendedahkan bahawa

    terdapat perkaitan yang rapat di antara gejala rasuah dan kemiskinan, iaitu gejala rasuah

    berlaku kerana didorongi oleh faktor kemiskinan [laporan Corruption Perception Index 2006

    (CPI 2006)].

    Tiga per-empat (3/4) dari negara-negara yang mempunyai indeks kurang dari 5

    adalah terdiri dari negara-negara miskin di mana rakyatnya berpendapatan kurang dari 1USD

    sehari (0 adalah paling dicemari oleh rasuah, dan 10 adalah paling bersih dari rasuah).

    Piawaian Rasuah di Malaysia

    Laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 melaporkan bahawa

    Malaysia telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada tahun 1995

    ke tempat 39 pada tahun 2004.

    Kajian pada tahun 2006 pula telah mencatatkan Malaysia dengan index CPI 5.0, jatuh

    ke tangga 44, dari sejumlah 163 buah Negara dan pada tahun 2007, Malaysia hanya mampu

    memperbaiki sedikit kedudukannya kepada tangga 43 dari ranking terbawah iaitu 180,

    berkongsi kedudukan dengan Korea Selatan dan Afrika Selatan. Index CPi Malaysia bagi

    tahun 2007 adalah 5.1 dengan tahap kebersihan dan keyakinan bebas rasuah pada lingkungan

    3.4 - 6.8 dari 10 tahap terbaik.

    Lebih menyedihkan saya, negara yang dipimpin orang Islam yang paling bersih dari

    rasuah adalah Qatar yang berada di tangga 32 sahaja. Sejahat-jahat Yahudi pun, negara

    mereka berada di tangga 30. Jiran kita, Singapura pula berada di tempat keempat terbaik di

    dunia.!

    http://www.finfacts.com/irelandbusinessnews/publish/article_1011276.shtml

    http://www.finfacts.com/irelandbusinessnews/publish/article_1011276.shtmlhttp://www.finfacts.com/irelandbusinessnews/publish/article_1011276.shtml
  • 7/27/2019 OUMM3203 ETIC.doc

    11/16

    OUMM3203

    Menurut kajian Transparency International Global Corruption Barometer 2006,

    mendapati kesan rasuah mengikut sektor di Malaysia seperti berikut :-

    Sektor Tahap ( 1 = terbersih , 5 = paling kotor)

    Parti Politik 3.5

    Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan 3.0

    Bisnes & Syarikat Swasta 3.3

    Polis 3.8

    Kehakiman 2.8

    Media 2.4

    Badan Cukai 2.5

    Perubatan 2.1

    Pendidikan 2.2

    Ketenteraan 2.0Perkhidmatan 2.2

    Pendaftaran & Permit Perkhidmatan 3.1

    NGO ( Badan bukan kerajaan) 2.2

    Badan Keagamaan 1.7

  • 7/27/2019 OUMM3203 ETIC.doc

    12/16

    OUMM3203

    Kesimpulan

    Rasuah merupakan musuh pembangunan. Ia membantutkan perkembangan ekonomi

    dan merencatkan perjalannya. Rasuah memberi kesan yang sangat dahsyat bukan sahaja

    kepada individu yang terlibat malah juga kepada masyarakat dan negara tersebut. Secara

    keseluruhannya gejala rasuah merupakan gejala yang kronik dan rumit untuk dihapuskan.

    Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Ahmad Zaki, BPR memerlukan kaki tangan yang lebih

    ramai lagi utnuk membasmi gejala yang tidak bermoral ini. Ini disebabkan pada masa

    sekarang sahaja seorang pegawai BPR terpaksa mengendalikan 13 kes dalam tempoh setahun

    dan ini pasti sesuatu yang amat membebankan pihgak BPR. Manakala hal sebaliknya pula

    berlaku di negara-negara maju yang mana seorang pegawai hanya perlu mengendalikan

    sekitar empat kes setahun.

    Pandangan Perdana Menteri supaya siasatan terhadap kes rasuh mestilah dilakukan

    dengan hati-hati dan teliti supaya tidak berlaku kesilapan dan mengenakan tindakan harus

    dititikberatkan. Namun pada masa yang sama, tidak patut tugas untuk mengatasi dan

    membasmi gejala rasuah ini secara keseluruhan dalam setiap aspek ekonomi, politik mahupunsocial hanya diserahkan bulat-bulat kepada pihak BPR sahaja. Sesungguhnya satu operasional

    dan evolusi bertindak secara sistematik dan terancang mesti dirangka dan diambil tindakan

    segera. Penenman nilai-nilai murni dalam diri pegawai-pegawai kerajaan seharusnya dibuat

    secara komprehensif . kursus-kursus yang dianjurkan bukan hanya untuk melihat kepada

    pembangunan jati diri berbrntuk luaran sahaja bahkan juga melihat kepada aspek

    pembangunan rohani yang berteraskan agama.

    Dalam konteks yang sama juga, kerajaan semestinya mengerti bahawa kesempitan

    hidup akan memaksa seseorang melakukan perkara di luar dugaan. Belitan kemiskinan dan

    penderitaan disebabkan tanggungan keluarga dan sebagainya apatah lagi dalam era yang sarat

    dengan cubaan dan kos kehidupan yang tinggi semestinya menjadi faktor implisit yang

    menyumbang ke arah menyuburkan gejala tidak sihat ini. Baja-baja keimanan sahaja tidak

    cukup untuk membentengi seseorang daripada menjauhkan diri daripada rasuah jika prasarana

    atau perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat tidak dipertingkatkan. Seterusnya, satu

    persidangan dan bengkel yang mengimpunkan para cerdik pandai, para ulama dan pegawai-

  • 7/27/2019 OUMM3203 ETIC.doc

    13/16

    OUMM3203

    pegawai kerajaan, pegawai BPR dan pihak berwajib dengan tidak mengecualikan parti

    pembangkang serta pimpinan mahasiswa harus diadakan segera bagi membincangkan satu

    resolusi penyelesaian yang segera.

  • 7/27/2019 OUMM3203 ETIC.doc

    14/16

    OUMM3203

    RUJUKAN / REFERENSI

    Leonard J. B (2006). Business & Professional Ethics for Directors Executives &

    Accountants, (4th Edition) ,Toronto,: Thomson Higher Education.

    Dr. Muhammad Diah Jurini (2008). OUM320 Professional Ethics, (cetakan kelapan)

    Seri Kembangan Selangor: Open University Malaysia (OUM).

    Mok Soon Sang (2005),Siri Pendidikan PTK (Teras Dan Profesional),Kuala Lumpur:

    Multimedia ES Resources Sdn Bhd.

    Abdul Rahim M. (2001) Ilmu Pendidikan Untuk KPLI,. Sungai Besi, Selangor: Sanon

    Printing Corporation Sdn Bhd.

    Dewan Bahasa Dan Pustaka. (1992) Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran (cetakan

    kedua). Kuala Lumpur: Percetakan Rina Sdn Bhd..

    Mok Soon Sang (2005), Siri Pendidikan PTK (PengurusanPengajaran dan

    Pembelajaran), Kuala Lumpur: Multimedia ES Resources Sdn Bhd.

    Pelan Induk Pembangunan Persekutuan 2006 2010 Kementerian Pelajaran

    Malaysia.

    Perutusan Khas Hari Guru 2007 YB. Dato Sri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri

    Pelajaran Malaysia

  • 7/27/2019 OUMM3203 ETIC.doc

    15/16

    OUMM3203

    Menggunakan pendekatan ekonomi, undang-undang dan etika,menganalisis

    isu rasuah untuk meyakinkan menunjukkan kedudukannya dari sudut

    moralpandangan.

    Pengenalan - Definisi, Sejarah dan amalan rasuahIni menulis-up adalah

    terperinci dan jelas dengan rujukan yang mencukupi daripada sumber-

    sumberyang berwibawa.

    Analisis ekonomi ke atas perbuatan rasuah. Hujah-hujah yang berdasarkan

    teori-teori mikroekonomi dan kuasa pasaran dan sangat jelas danterperinci.

    Sesetengah kos / faedah data ilustrasi diberikan.

    Analisis undang-undang ke atas perbuatan rasuahHujah-hujah yang

    berdasarkan rangka kerja undang-undang dan kuasa-kuasa sosial adalah jelas

    danterperinci.

    Analisis etika dalam perbuatan rasuahHujah-hujah yang berdasarkan EMPAT

    teori etika telah nyenyak dibentangkan.kesimpulanKesimpulan mengenai hasil

    analisis adalah terperinci dan lengk

  • 7/27/2019 OUMM3203 ETIC.doc

    16/16

    OUMM3203

    Category 4 3

    Introduction Definition,

    history and

    practice of

    bribery

    The write-up

    was detailedand clear with

    adequate

    references from

    reputable

    sources.

    The write-up

    was adequateand clear, but

    without any

    reference to

    reputable

    sources.

    Economic

    analysis on

    the act of

    bribery

    Arguments

    were based on

    microeconomic

    theories and

    market forces

    and were very

    clear and

    detailed. Some

    cost/benefit

    data

    illustrations

    were given.

    Arguments

    were based on

    microeconomic

    theories and

    market forces

    and were

    adequate and

    clear.

    Legal

    analysis onthe act of

    bribery

    Arguments

    based on the

    legal

    framework and

    social forces

    were clear and

    detailed.

    Arguments

    were based on

    the legal

    framework andsocial forces

    and were

    adequate and

    clear.

    Ethical

    analysis on

    the act of

    bribery

    Arguments

    based on

    FOUR ethical

    theories were

    soundly

    presented.

    Arguments

    based on

    THREE ethical

    theories were

    soundly

    presented.

    Conclusion

    The conclusion

    on the outcome

    of the analysis

    was detailed

    and complete.

    The conclusion

    on the outcome

    of the analysis

    was adequate.