P Ppt Handout

11
Slide 1 Peranan dan tanggungjawab guru terhadap perkembangan Negara amatlah penting. Guru yang berpengalaman dalam kod etika perguruan dan mengetahui peraturan-peraturan pendidikan akan membantu melahirkan masyarakat yang berjaya. Guru yang berpengalaman dalam kod etika perguruan dan mengetahui peraturan-peraturan pendidikan akan membantu melahirkan masyarakat yang berjaya. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan yang hebat, semua itu adalah hasil ajaran dan didikan guru di sekolah. Oleh itu, guru perlu mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.

description

vsaf

Transcript of P Ppt Handout

Page 1: P Ppt Handout

Slide 1

Peranan dan tanggungjawab guru terhadap perkembangan Negara

amatlah penting. Guru yang berpengalaman dalam kod etika

perguruan dan mengetahui peraturan-peraturan pendidikan akan

membantu melahirkan masyarakat yang berjaya. Guru yang

berpengalaman dalam kod etika perguruan dan mengetahui

peraturan-peraturan pendidikan akan membantu melahirkan

masyarakat yang berjaya. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan

yang hebat, semua itu adalah hasil ajaran dan didikan guru di

sekolah. Oleh itu, guru perlu mengelakkan diri daripada

menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan

kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang

bertentangan dengan Rukun Negara.

Page 2: P Ppt Handout

Slide 2

Guru perlulah menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau

dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara

yang diutamakan dalam diri seorang individu yang bergelar guru itu.

Seseorang guru yang mempunyai pegangan agama yang kuat akan

melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan

kokurikulum untuk membentuk personality unggul. Ibu bapa

mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan

kepada Tuhan dalam diri pelajar. Selain itu, guru harus membina

kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan membina intelek

yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian

dan keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani akan

menyubur dan meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan.

Page 3: P Ppt Handout

Slide 3(1)

Bagi menjamin guru sentiasa benar dan betul, maka Kod Etika

Profesion Keguruan tekah digubal. Tanggungjawab utama guru

ialah kepada muridnya. Guru hendaklah memastikan

keperluan setiap murid terjaga. Perhatian dan pengajaran

hendaklah diberi kepada semua murid tanpa mengira agama,

bangsa atau kepercayaan. Selain daripada itu, guru juga

haruslah mengesan, menerima perbezaan individu dalam

kalangan muridnya dan membimbing mereka

memperkembangan potensi mereka dari segi jasmani, intelek

dan daya cipta masing-masing. Guru tidak harus menerima

sebarang bayaran daripada muridnya untuk pengajaran

tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti

sekolah melainkan bayaran yang disahkan.

Page 4: P Ppt Handout

Slide 3 (2)

Guru hendaklah menjalankan tugas untuk

menyebarkan cita dan matlamat pendidikan

negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip

Rukun Negara. Pupuk nilai dan sikap murni yang

sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa

dalam diri pelajar. Para guru tidak harus

melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh

menjejaskan kecekapan mereka sebagai guru atau

warga pendidik. Peranan dan tanggungjawab guru

terhadap perkembangan Negara amatlah penting.

Page 5: P Ppt Handout

Slide 3 (3)

Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan

penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa

dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan.

Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan

keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang

guru yang bertanggungjwab haruslah bersikap adil terhadap

pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa,agama, faktor

jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara

lain. Guru harus memberi contoh teladan yang baik dengan

berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun

semasa bertugas harus juga diamalkan supaya murid

memperolehi model yang baik.

Page 6: P Ppt Handout

New point(a)

Selain itu, guru juga perlu menghormati

masyarakat tempat kami berkhidmat dan

memenuhi segala tanggungjawab sebagai

warganegara dan sentiasa sanggup

mengambil bahagian dalam sebarang

kegiatan masyarakat. Dalam setiap program

sekolah sepatutnya masyarakat  setempat tidak

dilupakan. Oleh itu, jika mengadakan majlis

rasmi sekolah seperti Maulidul Rasul, Maal Hijrah,

Hari Keluarga, masyarakat setempat harus

dijemput sama.

Page 7: P Ppt Handout

N1(b)

Guru harus menghormati masyarakat tempat

yang mereka berkhidmat dengan

mengamalkan adat dan budaya masyarakat

dan tidak melakukan sesuatu yang

bercanggah dengan budaya masyarakat

tempatan. Sebagai contoh, jika masyarakat

tempat yang kami berkhidmat mengamalkan

corak kehidupan kampung, kami juga perlu

mengikut gaya hidup mereka dan sentiasa

menghormati adat resam mereka.

Page 8: P Ppt Handout

N2(a)

Selain itu, guru boleh mengambil bahagian dalam

program kelas tuisyen percuma kepada para pelajar yang

terdiri daripada golongan pelajar yang kurang

berkemampuan kewangan. Pelajar-pelajar di semua

sekolah sebenarnya pandai. Kebanyakan mereka adalah

pelajar yang miskin. Mereka mengalami kesempitan hidup

dan tiada duit untuk membayar yuran kelas tambahan di

sekolah. Jadi, kelas tambahan secara percuma perlu

diberikan agar semua pelajar di semua sekolah dapat

belajar dengan baik

Page 9: P Ppt Handout

N2 (b)

Kelas tambahan sangat penting untuk para pelajar

mengulangkaji semua mata pelajaran terutama bagi

mata pelajaran yang sukar dikuasai. Kebanyakan

pelajar tidak sempat untuk mengulang kaji semua

mata pelajaran dan memerlukan tunjuk ajar guru

sebagai pengukuhan bagi sesetengah topik. Secara

tidak langsung, kelas tambahan dapat membantu

pelajar mahir dalam sesuatu mata pelajaran kerana

adanya latihan tubi bagi soalan-soalan peperiksaan.

Page 10: P Ppt Handout

N3(a)

Di samping itu, guru yang ideal harus sentiasa mengambil bahagian dalam kegiatan masyarakat seperti membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat, gotong royong dan aktiviti Rukun Tetangga. Guru perlulah pandai bersosial dan mesra bergaul dengan masyarakat sekeliling. Oleh itu, penglibatan dengan aktiviti di sekolah mahupun bersama rukun tetangga sangat penting.

Page 11: P Ppt Handout

N3(b)

Guru sejak dahulu lagi dipandang tinggi

oleh orang lain terutamanya masyarakat itu

sendiri kerana guru biasanya mengetuai

sesuatu jawatan di dalam rukun tetangga.

Penglibatan aktiviti ini dapat mengeratkan

hubungan dengan masyarakat tempatan

dan mewujudkan perpaduan kaum .