P3 - Bahagian B

21
Tujuan ujian Untuk menguji kebolehan calon mengalih bentuk komunikasi daripada bentuk bukan linear kepada bentuk linear dan mengutip maklumat daripada data/carta. Kemahiran Terlibat kefahaman analisis kebahasaan

description

for all viewer

Transcript of P3 - Bahagian B

Page 1: P3 - Bahagian B

Tujuan ujian

Untuk menguji kebolehan calon mengalih bentuk komunikasi daripada bentuk bukan linear kepada bentuk linear dan

mengutip maklumat daripada data/carta.

Kemahiran Terlibat

kefahaman analisis

kebahasaan

Page 2: P3 - Bahagian B

Ciri-ciri Jawapan

1. Idea/isi : rumus dan contoh

2. Huraian : carta/data: pengetahuan

3. Kebahasaan : jelastepatpadat

tersusun

4. Kesimpulan

Page 3: P3 - Bahagian B

Apa yang mesti ada dalam setiap perenggan

1. Idea/isi : rumus dan contoh

2. Huraian : huraian data: huraian pengetahuan (jp)

Page 4: P3 - Bahagian B

Secara keseluruhan jumlah eksport Negara X menunjukkan

peningkatan dari tahun 2008 hingga 2010(idea).Pada tahun 2008

jumlah eksport adalah sebanyak RM juta 28,321 meningkat ke RM juta

30,019 pada tahun 2010. Peningkatan sebanyak RM 1698 iaitu

bersamaan 6 %. (hujahan data) Ini disebabkan kesungguhan kerajaan

X dalam mengadakan promosi perdagangan di luar negara.(hujahan

sebab)

Page 5: P3 - Bahagian B

MERUMUS SOALAN DATA

KEMAHIRAN ASAS

Page 6: P3 - Bahagian B

Kemahiran 1MENGANALISIS KEHENDAK SOALAN(K/S)

Terdapat 2 kehendak soalan iaitu:

1. ANALISIS DATA:

i. Mengenal pasti pola-pola utama iaitu:i. Pola Perubahanii. Pola Perubahan Bandinganiii. Pola Bandinganiv. Pola Umum

Page 7: P3 - Bahagian B

Kemahiran 1MENGANALISIS KEHENDAK SOALAN(K/S)

Sambungan:

2. ANALISIS PENGETAHUAN:

i. Sebab / Faktorii. Kesaniii. Langkah

Page 8: P3 - Bahagian B

Kemahiran 2MEMILIH FORMAT JAWAPAN

Cara menyusun rumusan pola dan pengetahuan.

1. FORMAT BERGABUNG:a. Idea : pola rumusanb. Huraian : data sebagai bukti

: sebab (jp)

2. FORMAT BERASINGAN: Analisis Data.

Idea : polaHuraian : data

Analisis PengetahuanIdea : Fakta

Huraian : Penjelasan

Page 9: P3 - Bahagian B

Kemahiran 2MEMILIH FORMAT JAWAPAN

Cara menyusun rumusan pola dan pengetahuan.

1. FORMAT BERGABUNG:

a. Idea : pola rumusan dan contohb. Huraian : data sebagai bukti

: sebab (jp)

Page 10: P3 - Bahagian B

Kemahiran 3CARA PENULISAN DATA

Analisis perubahan :

1. Pastikan ada nilai tahun asas dan akhir

2. Berikan perubahan dalam bentuk nilai mutlak

dan perubahan peratus

Contoh

Pada tahun 2008 jumlah eksport adalah sebanyak RM juta 28,321

(tahun asas) meningkat ke RM juta 30,019 pada tahun 2010. (tahun

akhir)Peningkatan sebanyak RM juta 1698 iaitu bersamaan 6 %.

(perubahan mutlak dan peratus)

Page 11: P3 - Bahagian B

Kemahiran 3CARA PENULISAN DATA

Analisis bandingan ( intra/vertikal)

1. Gunakan angka mutlak dan peratus2. Mesti disertakan dengan jumlah besar.

Contoh

Sementara sepanjang tahun 2008 , kelapa sawit mempunyai nilai eksport tertinggi iaitu RM 8,478 juta (angka mutlak) bersamaan 30%(peratus) daripada jumlah eksport sebanyak RM 28,321 juta.(Jumlah besar)

Page 12: P3 - Bahagian B

Kemahiran 3CARA PENULISAN DATA

Analisis bandingan ( horizontal)

1. Gunakan angka mutlak atau peratus (ikut data)2. Nyatakan % /NM asas dan % /NM bandingan3. Berikan beza

Contoh

Tahun 2009 , kelapa sawit mempunyai nilai eksport lebih tinggi iaitu RM 80,478 juta berbanding jumlah eksport sebanyak RM 28,321 juta pada tahun 2008 berbeza sebanyak RM 52,157.

Page 13: P3 - Bahagian B

MERUMUS

JADUAL DAN GRAF

Page 14: P3 - Bahagian B

POLAPERUBAHAN

Page 15: P3 - Bahagian B

POLA PERUBAHAN

BENTUK JAWAPAN.

1. Jumlah keseluruhan dikira sebagai satu isi .

2. Sektor-sektor dikelompokkan mengikut kelompok masing-masing seperti

meningkat, menurun, konsisten dan tidak konsisten.

Page 16: P3 - Bahagian B

CONTOH

Isi 1: Jumlah Besar.

Idea : Jumlah eksport Malaysia menunjukkan pola peningkatan dari tahun 2008 ke 2010.

Huraian : Pada tahun 2008 jumlah eksport datasebanyak RM2,500 juta meningkat

kepada RM3,500 juta tahun 2010 iaitu meningkat sebanyak RM1,000 juta atau

40%.

Huraian : Ini disebabkan oleh usaha gigih kerajaan

Sebab mempermosikan dagangan ke luar negara.

Page 17: P3 - Bahagian B

POLA PERUBAHANBANDINGAN

Page 18: P3 - Bahagian B

POLA PERUBAHAN BANDINGAN

1. Dikaji apabila semua sektor mempunyai pola perubahan yang sama iaitu meningkat atau menurun kesemuanya.

2. Data yang menjadi asas bandingan ialah perubahan peratus

3. CONTOH JAWAPAN:

i. Getah meningkat paling tinggi iaitu 66.7% iaitu dari RM 30 juta pada tahun 2009 ke RM 50 juta pada tahun 2011 peningkatan sebanyak RM 20 juta.

ii. Koko meningkat paling sedikit iaitu 50% dari RM 40 juta pada tahun 2009 ke RM 60 juta pada tahun 2011 peningkatan sebanyak RM 20 juta.

Page 19: P3 - Bahagian B

POLA BANDINGAN

Page 20: P3 - Bahagian B

POLA BANDINGAN - VERTIKAL

BENTUK JAWAPAN:

1. Sekurang-kurangnya 2 pola perlu dikemukakan

2. Pola ditulis secara berturutan dalam satu perenggan.

3. Data sektor dikemukakan ialah nilai mutlak dan peratus dan diikuti data jumlah keseluruhan.

CONTOH:

a. Pada tahun 2010, eksport tertinggi ialah getah dan koko adalah eksport terendah .

Eksport getah adalah yang iaitu RM 1750 atau70% daripada RM2,500juta tahun pada 2010. sementara eksport koko ialah 15% atau RM 375 daripada RM2,500juta pada tahun 2010.

Page 21: P3 - Bahagian B

POLA BANDINGAN - HORIZONTAL

BENTUK JAWAPAN:

1. Buat perbandingan mendatar

2. Pola ditulis lebih tinggi daripada ……...(tahun akhir sebagai asas)

3. Data sektor dikemukakan ialah nilai mutlak atau peratus dan diikuti perbezaan.

CONTOH:

a. Pada tahun 2010, eksport getah lebih tinggi berbanding tahun 2009.

Eksport getah RM 2,500 juta pada tahun 2010. berbanding RM1,700 juta pada tahun 2009. Berbeza sebanyak RM 800 juta